Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3 ... 10 ... 20  Next
AuthorMessage
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 28 May 2008, 5:34 pm

kepada semua members2 yg ada dgr cerita atau dah ada pengalaman dlm menda2 seram ni, bolehla dikongsi sama2... nak jgk dgr...
Back to top Go down
oneg11
Super Senior
Super Senior
oneg11

Number of posts : 766
Age : 36
Location : Kedah
Registration date : 14/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 29 May 2008, 12:48 am

sebut pasal pengalaman seram, baru semalam saya kena sakat. saya kuaq dgn membe n time nak balik bila sampai kat satu lorong dekat dgn rumah kami, tiba-tiba ja saya nampak ada orang siap bertelekung lagi (berpakaian sembahyang bagi wanita muslim) jalan kat situ dalam pukul 2 pagi menghala ke masjid. membe saya tu bagi la high beam kat dia, sikit pun dia x elak. saya dah rasa len macam tapi membe saya boleh plak pkiaq positif. dia cakap makcik tu nak p "qiyamullail". kami x jadi balik & pegi lepak kat tempat yang "selamat" sikit. lepas sembang punya sembang baru saya dengan membe perasan yang surau tu gelap gelita and langsung takde orang. memang agak scary jugak la
Back to top Go down
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 29 May 2008, 3:10 am

time damahum kat hostel dulu mcm2 gak menda yg jadi... tapi yg paling takleh lupa masa ada satu week kat hostel tu, kami suma kena tido awal, takleh yg merayau lepas lights off... nak jadi cerita damahum takleh tido... pastu tiba2 terjaga pukul 3.15am... masa tu damahum dgr ada orang panggil nama damahum melalui tingkap bilik... damahum boleh nampak badan orang tu cuma muka ja tak jelas... elok nak sahut ja tiba2 kepala orang tu jatuh n melantun2 kat lantai... apa lagi trus damahum amik bantal n tutup muka sampai pagi... subuh2 pun burn camtu ja, tak berani nak bgn...
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 31 May 2008, 9:40 pm

pengalaman berlaku di umah keluarga angkat...malam jumaat klu tak silap lbh kurang pkl 10.00 mlm.Nak ambik slipar kat pintu belakang umah n nak terus ke depan melalui belakang...baru separuh jalan dengar orang mandi,saya ingat mungkin orang belakang umah yang mandi mlm2 ni,patah balik pintu belakang,tapi saya berpatah semula nak teruskan perjalanan melalui jalan yg sama,terdengar suara perempuan menyanyi menidokan anak,duk kat situ mendengar n patah balik pintu belakang,sampai pintu belakang suara tu senyap,saya jadi pelik n kuar semula kat tempat gelap tu dan dengar,kemudian dengar perempuan ketawa mengilai2,saya ingat orang belakang ni bergurau dgn famili tapi umah tu gelap kemudian saya pg semula ke pintu belakang n suara tu senyap semula n saya naik heran,tak terpkr ape2 pun,lalu kuar semula tempat tadi n dengar,nak tau ape saya dengar.....suara orang menghirup....saya pandang sekeliling...gelap dan hanya pokok besar je yang ada di situ n umah kat belakang tu tetap gelap tiada orang,time tulah saya tersedar...ini bkn orang....ape lagi saya cabut langkah seribu...saya lompat masuk umah lalu pintu belakang n terus duk depan dgn kluarga angkat tnpa berkata ape2...mrk kata kenape saya lain mcm je...saya hanya kata tak ada ape2.Keesokkan siangnye baru saya citer dgn mak angkat ape yang berlaku pada malam tersebut...mak saya kata tmpt tu mmg pelik skit...mak saya marah.kenape saya pegi tunggu kat situ,saya kata saya perkara pelik n nak tau ape yang berlaku n masa tu tk terpkr akan perkara lain...pengajaran...jgn suka ambik tau,terutama tmpt2 pelik mcm tu..
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 06 Jun 2008, 3:08 pm

damahum nie banyak sangat tgk citer hantu lam TV nie...
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 07 Jun 2008, 10:40 pm

rasa2nye...damahum ada ke pengalaman ni semua... affraid
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 10 Jun 2008, 6:18 am

syanaz wrote:
damahum nie banyak sangat tgk citer hantu lam TV nie...
heh... mana ada byk tgk crita hantu dlm tv... movie day ja damahum tgk cerita hantu... tu pun yg best2 la... yg tak best n tak seram tak mau tgk, buang masa sj.. hahaha

mamzie wrote:
rasa2nye...damahum ada ke pengalaman ni semua... affraid
damahum pny pengalaman ke? yup pernah la jugak... tapi masa damahum junior kat sains bukit mertajam dulu....
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 10 Jun 2008, 2:28 pm

Tolong citer skit damahum.....nak jgk tau...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 1:00 am

Syanaz kena pglmn seram nie awal tahun nie.Kat sekolah baru la.Sya kena pegang library so tempat dia kat hujung bangunan.Sunyi sket kalau petang.Kalu pagi oklah murid ramai.Then masa hari ketiga sya duk kat situ sampai petang.Sorang pun tak der.Berani la konon sbb tak tau cerita.Bila dah pukul 5 sya tutup sume sumber elektrik(kipas dan lampu) tapi esok pepagi sya dtg nak buka kunci..habis semua kipas berpusing ligat. 3 kali kena baru lah bersore kat member.Rupanya memnag kat situ biasa kena mcm tu.Cikgu library yang lama pun selalu kena.Saja la benda tu nak nyakat.Tapi sampai skang takut wo.Tak berani dah duk sampai ptg kat situ buat keje.Rupanya bilik sebelah tu bekas bilik mayat.Sekolah sya nie bekas hospital lama. Kerani pun ada 2-3 kali kasi tau kipas tak bertutup sampai petang tapi bila esok pagi dtg tertutup pulak..cam tu la kisah hantu kat sekolah nie..Jahat wo
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 3:19 am

masa time junior2 dulu damahum slalu bgn tdo lewat sampai nak ke skolah pun dah mcm segan sbb terlalu lewat... so tiba2 rasa cam nak berazam bgn awal... then damahum pn tido la... satu mlm tu damahum rasa katil cam kena goncang kuat2... so bgn la n check jam baru 4am... sminggu gak la jadi camtu... pastu dah jadi cam habit asyik bgn awal sbb tkmo kena goncang...
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 9:17 pm

ada hikmah disebaliknya tu damahum...
biasalah tu syanaz...sekolah saya pun mcm tu gak....
masa tu sekolah rendah....bilik air perempuan bangunan belakang mmg seram sebab berdekatan dgn pokok besar dgn akarnya yang berjurai....cikgu selalu beri nasihat klu nak pg toilet tu kena berdua...tapi apalh malang nasib ari tu...ajak kwn2 teman smua blh taknak...tk de pilihan terpaksa pegi sendirian...sampai depan pintu nak buka...pintu kunci dari dalam....puas menunggu..dengar bunyi air kat dalam...siap ketuk lagi supaya cepat kuar...tapi tak kuar jgk...at last give up...so pusing belakang nak ke kelas semula...baru beberape langkah tetiba je pintu tu terbuka...yang peliknya tak ada sape2 didalam...so terbatal terus niat nak lepas hajat...tunggu je masa rehat nanti...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
deqlis
Super Senior
Super Senior
deqlis

Number of posts : 869
Age : 43
Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam
Registration date : 27/06/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 09 Jul 2008, 1:10 am

deqlis nk cerita jugak kisah rumah hantu..huhuh..kisah nie masa deqlis last semester di UITM, Shah Alam, tinggal kat rumah sewa.

Rumah sewa nie ada 3 org penyewa, kira deqlis yg keempatlah..mula2 duduk tue ok jer lahh..buat mcm biasa, lagipun x tau cerita kan..

Pada suatu hari tue, salah seorg housemate tue tanya, ada dengar tak bunyi lesung batu? ada dengar tak bunyi macam orang seret tong2 air yg besar ditengah2 malam?

akak jawab ada..masa ulangkaji tue ada jugak dengar, nak tidur pun ada laa dengar...dia pun cerita sebenarnya rumah kat atas rumah kita nie dah lama tinggal (takde org duduk)... bunyi2 tue semua tu datang dr penghuni halus rumah kosong tue lah..eeiii seram ...naper laa dia nie citer,,kalu tak citer x lah rasa seram..

Baru terfikir, masa mula2 masuk rumah tue, saya solat yg pertama kabinet kat dalam bilik bergoyang..fuhhh seram.... masa depan pc siapkan assignment plak ada plak terasa angin mcam ditiup2 kat bawah tengkuk saya nie,....meremang rasa...

Pernah diganggu sampai naik seram duk kat situ... pada suatu ptg, tgh saya melipat2 kain dan member baca majalah. Saya cakaplah kat member tue..g lah pasang radio... member jawab malas lah.... tup tup radio tue berbunyi (buka dgn sendiri)......meremang bulu roma kami..rasa tak sanggup nk duduk situ..nak study pun bercelaru jadinya...

Bab lesung batu pulak, mmg berbunyi tanpa diduga tengah2 mlm pukul 2-4 pagi pun leh bunyi.. tp saya pernah lah try tunggu bunyi tue..pas tue mmg tak bunyi... housemate saya plak cakap, bunyi tue kalu kita tunggu dia tak bunyi... padanlah mmg tak bunyi..macam dia tau2 saya tunggu... kadang2 plak, bila saya tumbuk lesung batu nak wat sambal belacan, "dia" pun berlawan tumbuk jugak... isshh mmg rasa tak sedap jer dukkat situ...mcm terasa diperhatikan jer...

Kadangkala rumah kami tiba2 blackout, rumah org lain tak plak... sedangkan kalu diikutkan rumah flat, kalu blackout, mesti laa black out semua kan? nie mmg benda tue kacau kami..Selain tue, kadang2 satu rumah tukar cahaya warna kuning...fuhh mmg kami selimut jer...bacalah segala doa yg tahu di baca masa tue...

Bila diceritakan pada kawan2 kuliah, ada yg cadang baca 3 Qul dan Ayat kerusi, Al-Fatihah 30 kali dah renjis air tue kat 3 pnjuru rumah. Bila deqlis buat, nampaknya benda tue makin mengganggu deqlis dan yg lain (mcm marah lah)... byk lagi benda2 pelik berlaku dalam rumah tue.. sehinggakan terpaksa ajak mak dan ayah duduk sekali kat rumah tue untuk deqlis siapkan kerja dan study untuk final exam. Sebab housemate deqlis semua yg dah bekerja, kadang2 mereka jarang ada di rumah, deqlis selalu keseorangan di rumah.

Yang paling menakutkan deqlis plk apabila salah seorang rakan sebilik bercerita tentang pengalaman dia plak, di mana katil kami mengadap almari, almari kami plak yang ala2 cermin boleh nampak bayang2.. Masa dia terjaga dari tidur, dia pandanglah ke almari tue...punyalah dia terkejut apabila dia nampak seorang yang kelihatan seperti seorang wanita yang berambut panjang mengurai sedang memandang ke arahnya, bila dia alih pandangan ke arah kedudukan makhluk tue, makhluk itu hilang, dan apabila pandang semula di cermin di almari mmg dah tiada... kalu deqlis mahu pengsan, tp dia nie capai tuala terus g mandi...

Pengalaman kena sendiri pengalaman dengan makhluk halus nie membuatkan deqlis sedar kewujudan mereka. Merasai kehadiran mereka dengan sendiri..bukan menonton movie.. baru tau perasaan kena kacau... buat pengetahuan ada, mmg kalu benda tue ada berdekatan kita, kitaakan dapat rasa lain macam... kalu benda tue tak tinggal dengan kita mmg xde rasa apa bila keseorangan sekalipun.. Aper2pun banyak2lah baca Ayat Qursi.
Back to top Go down
Guest
Guest



KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 09 Jul 2008, 12:56 pm

pengalaman aku pulak dulu2 mase belajar kt Uitm Shah Alam. Aku tinggal kt asrama tingkat 3. Dijadikan cerita house mates sumenyer org KL/Selangor. Jadi mase weekends selalu lah diorg ni blk rumah, tinggal aku sorg2 sebab kampung jauh sgt.

Jadi, byk kali mase kena tinggal sorang, tak kira siang atau mlm (tp selalunyer tghhari ngan maghrib) dgr bunyi org bg salam dan ketuk pintu rumah. Tapi yg part bg salam tu, bende tu x ckp "Assalamualaikum" tp dia ikut rentak biasa org kasi slm. Bunyi cam same tp bukan salam, cam "As-shushyishwy-kom". Tp bile bukak x de org.

Mula-mula aku rase iskh, betul ke td aku dgr ade org bg salam. Rase gerun gak. palik pun ade gak. Tp sebab dh byk sgt kali kena, lame2 aku penat nk lyn. nsb baik lah aku x pnh nampak. Aku mmg doa pd tuhan x nk nampak bende2 ni...
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 09 Jul 2008, 7:57 pm

wow dahsyat sungguh citer deqlis....seram bila membacanya.. :|
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 10 Jul 2008, 12:54 pm

damahum wrote:
time damahum kat hostel dulu mcm2 gak menda yg jadi... tapi yg paling takleh lupa masa ada satu week kat hostel tu, kami suma kena tido awal, takleh yg merayau lepas lights off... nak jadi cerita damahum takleh tido... pastu tiba2 terjaga pukul 3.15am... masa tu damahum dgr ada orang panggil nama damahum melalui tingkap bilik... damahum boleh nampak badan orang tu cuma muka ja tak jelas... elok nak sahut ja tiba2 kepala orang tu jatuh n melantun2 kat lantai... apa lagi trus damahum amik bantal n tutup muka sampai pagi... subuh2 pun burn camtu ja, tak berani nak bgn...


eiii seramnya biar betul, kalo camgini lah terjadi
depan mata mau demam sebulan xbagun2.huhu
seramnya..
Back to top Go down
beefii
Regular Customer
Regular Customer
beefii

Number of posts : 227
Age : 41
Location : JB
Registration date : 13/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 25 Jul 2008, 1:14 pm

olala...
beefii penah kene tak ah pengalaman2 camnie???
haaa...ade2...
mase beefii study kat poli pd..
biase la..
pd kan dkt ngan pantai...
bile mlm2 xnantok lagi msti ade pojek kan...hehe Laughing
beefii ajak la member beefii g jln2 tepi pantai...
saje nak amik angin laut mlm2...
skali ngah borak2 sambil jalan susur tepi pantai...
kitorg lalu kat tmpt yg mcm semak n pokok besar2...
skali dgr cam baby gelak daaaaa...
kitorg pun ape lg...
cabot laaaaaa...
nmpk hotel kat depan kelam kabut masuk situ...
da terang sok pagi baru kuar...
hoho... Laughing
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 25 Jul 2008, 8:37 pm

saya banyak gak dengar ttg PD ni...terutama di kawasan pusat latihan dan tepi pantainye... :|
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 26 Jul 2008, 10:04 pm

PD? pd amenda mamzie?
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 28 Jul 2008, 10:25 am

PD tu Port Dickson lah...
rasa2nya panda hang pun tau.... :D
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
beefii
Regular Customer
Regular Customer
beefii

Number of posts : 227
Age : 41
Location : JB
Registration date : 13/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 28 Jul 2008, 4:49 pm

hoho...
dah2..jgn nok gocoh...
hehe..
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 01 Aug 2008, 12:28 am

biasalah beefii...
si damahum ni kadang2 sengal skit.... :)
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 06 Aug 2008, 11:13 am

:(
Back to top Go down
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 11 Aug 2008, 6:24 am

damahum takper tanya..ada gak PD tu singkatan utk Pantai Dalam..amboi mamzie jgn buli2 si damahum ni....kang susah lak nak pujuk nie.. :D
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 20 Aug 2008, 1:31 am

dah biase dgn merajuk si damahum tu.....
paling tak pun dia akan kata 'dem'.... :)
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
babygirl_77
Regular Customer
Regular Customer
babygirl_77

Number of posts : 210
Age : 47
Location : Kay El
Registration date : 12/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeThu 28 Aug 2008, 3:38 pm

saya pun nak kongsi citer pengalaman seram nie...
masa tu saya masih kecik lagi , umo 12 tahun ....saya sekuarga balik kg, lalu jln linggi (jln lama yg bengkang bengkok) ...mmg seram jln tu ..x kira siang/mlm tp itu dulu ler...skg dah elok dah jln tuu...
ayah saya mmg suka jln malam , jam kira2 pkul 10.30mlm...masa tu saya ingat lg jln linggi tu trak tentera suka lalu kuar masuk ....
mak & ayah saya pulak sepanjang perjalanan asyik p citer kisah tentera jepun yg kejam bunuh askar kita , ada yg kena tembak la , kena pancung la....kena seksa sampai mati la.....seram lak dgr ...
kebetulan lak trak tentera tu lalu saya pun asyik tgk trak tu lalu jln sebelah ....tiba2 dlm deretan trak tentera itu ..yg akhir sekali , tiba2 saya nampak driver trak tu xde kepala ...aaarrrrggghhhh ....
hampir2 terbabas kete sbb ayah terkejut dgn jeritan saya..abis smua terjaga abg dan kakak sbb terkejut ....
mak saya cakap cuma mainan perasaan saya jer tu....tp yg nyata saya yg melihatnyer..sampai skg masih teringat dan pantang saya nampak trak tentera nie ...mesti saya x pandang puyer..
Back to top Go down
beefii
Regular Customer
Regular Customer
beefii

Number of posts : 227
Age : 41
Location : JB
Registration date : 13/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 29 Aug 2008, 2:33 am

waaa....seramnyerrrr :|
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 08 Sep 2008, 5:02 pm

mmg seram giler....
tentu lps ni semua orang yg baca citer babygirl akan mengelak dari menggunakan jalan tu pada waktu malam....
he...seram betul..
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 09 Sep 2008, 5:09 am

Balik kg ke mana baby?nak tau juga supaya tak lalu jalan tu lain2 kali...
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
babygirl_77
Regular Customer
Regular Customer
babygirl_77

Number of posts : 210
Age : 47
Location : Kay El
Registration date : 12/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 09 Sep 2008, 12:21 pm

balik ke masjid tanah melaka...dulu ayah saya memang suka lalu kot jln tu
tp laa nie x yah dah ..ikut Alor Gajah jer..

lagipun jln linggi tu dah upgrade jadi highway kot...dah lama x ikut jln tu
kalu sapa2 pernah ikut jln tu, mesti ada rasa seram..eeeiii teringat2 lak
Back to top Go down
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 09 Sep 2008, 12:58 pm

wah... ganas btol
Back to top Go down
Guest
Guest



KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeWed 10 Sep 2008, 1:53 pm

seram ......KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Em1610
Back to top Go down
beefii
Regular Customer
Regular Customer
beefii

Number of posts : 227
Age : 41
Location : JB
Registration date : 13/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeFri 12 Sep 2008, 1:10 am

huhu...
sib baik baru terbace...
dulu mase blaja kat poli pd kalo burin2 slalu gak g melaka ngan budak2 umah..
kadang2 naik kete..
kadang2 merempit blasah pinjam moto budak laki..
slumber jer kitorg balik mlm2 lalu jln tue..
sib baik takde pape..
tp cuak2 gak la...
lagi2 bile lalu kat area2 yg gulap gulita tue..
ishhh...tak pandang kiri kanan pun..
pandang depan jer..
dlm hati mcm2 bace..
huahuauhahaa....tue la brani sgt..
hehe ngeh3x
Back to top Go down
Che ab
Admin
Admin
Che ab

Number of posts : 1081
Registration date : 03/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 4:10 am

uish..memang seram citer2x kat cnie especially trak askar tu...
affraid

Che ab takder pengalaman yang betul2x kena pada diri sendiri..cuma pernah tgk orang kena rasuk ajer..
cuma lately..selalu kena tindih tapi tak nak percaya sgt coz lebih percaya pada fakta saintifik. tapi yang the latest punya kes tindih (dalam sebulan lepas)..lepas ajer che ab terjaga lepas kena tindih tu, tetiba nampak satu makhluk hitam dengan mata merah menyala berdiri betul2x depan katil che ab...mmg sampai sekarang x leh lupa...
tapi tak pasti adakah benda tu khayalan atau betul2x berlaku..wallahualam...
senyum..
Back to top Go down
http://pekanrabu.biz
beefii
Regular Customer
Regular Customer
beefii

Number of posts : 227
Age : 41
Location : JB
Registration date : 13/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 6:33 am

woooo....che ab nmpk makhluk tue ker...
manyak takut ooo...
saye kalo tdo jarang telentang..mesti ngereng..
taku2 kalo kene camtue..
sbb penah jadik camtue..
xnak la kene lagi...takut wooooo
Back to top Go down
miecyber
Mod PR
Mod PR
miecyber

Number of posts : 155
Age : 53
Location : Kaki Gunung Tahan
Registration date : 10/08/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 7:04 am

Bestlah thread niee...
Citelah lagi....
Saya nak dengar citer seram lagi...Pliss..
Back to top Go down
http://www.azmit.com
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 7:23 am

Che ab wrote:
uish..memang seram citer2x kat cnie especially trak askar tu...
affraid

Che ab takder pengalaman yang betul2x kena pada diri sendiri..cuma pernah tgk orang kena rasuk ajer..
cuma lately..selalu kena tindih tapi tak nak percaya sgt coz lebih percaya pada fakta saintifik. tapi yang the latest punya kes tindih (dalam sebulan lepas)..lepas ajer che ab terjaga lepas kena tindih tu, tetiba nampak satu makhluk hitam dengan mata merah menyala berdiri betul2x depan katil che ab...mmg sampai sekarang x leh lupa...
tapi tak pasti adakah benda tu khayalan atau betul2x berlaku..wallahualam...
senyum..
wa.... kena tindih ni camna rasa dia....
Back to top Go down
Che ab
Admin
Admin
Che ab

Number of posts : 1081
Registration date : 03/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 12:18 pm

beefii wrote:
woooo....che ab nmpk makhluk tue ker...
manyak takut ooo...
saye kalo tdo jarang telentang..mesti ngereng..
taku2 kalo kene camtue..
sbb penah jadik camtue..
xnak la kene lagi...takut wooooo
aah..skang ni che ab pun tdo mengereng jer..tapi benda2x nih di luar kuasa kita... x sabar nih!
Back to top Go down
http://pekanrabu.biz
Che ab
Admin
Admin
Che ab

Number of posts : 1081
Registration date : 03/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 12:20 pm

Quote :
wa.... kena tindih ni camna rasa dia...
Serious hang tak taw ka damahum?
Dia camner eah...dalam sedar x sedar waktu tdo tue..kita akan dengar bunyi berdesing kat telinga, pastu badan akan jadi macam kejang x leh gerak..n rasa ada benda yg tindih kita.nk bercakap pun x boleh...
senyum..
Back to top Go down
http://pekanrabu.biz
babygirl_77
Regular Customer
Regular Customer
babygirl_77

Number of posts : 210
Age : 47
Location : Kay El
Registration date : 12/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSat 13 Sep 2008, 12:29 pm

mesti ramai yang ada pengalaman kena tindih nie kan ... eeee..geramnyer
Back to top Go down
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSun 14 Sep 2008, 11:46 am

Che ab wrote:
Quote :
wa.... kena tindih ni camna rasa dia...
Serious hang tak taw ka damahum?
Dia camner eah...dalam sedar x sedar waktu tdo tue..kita akan dengar bunyi berdesing kat telinga, pastu badan akan jadi macam kejang x leh gerak..n rasa ada benda yg tindih kita.nk bercakap pun x boleh...
senyum..
oooo.... camtu... kalo stakat ni kira ok la damahum still tak penah kena lagi n kalo boleh takmo la nak kena tindih....
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSun 14 Sep 2008, 12:08 pm

Hmmm.....nak join gak...tapi tak pernah hadapi ler...seram2 nie...
Setakat nie alhamdullillah......okay jer.....amalkan surah Kursi selalu...insyalllahh....

Lagi satu..jgn kita takut sangat ngan makhluk2 gitu.....kena berani....kalau kita takut kat dier.....wahhhh apalagi...dier suka la nyakat kita...

Tindih menindih...???? tak pasti le pulok ahakz!!! ahakz!!! ahakz!!!
Back to top Go down
Che ab
Admin
Admin
Che ab

Number of posts : 1081
Registration date : 03/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSun 14 Sep 2008, 3:33 pm

Quote :
Tindih menindih...???? tak pasti le pulok


kak nina pikior ke lain la tue... ngeh3x
Back to top Go down
http://pekanrabu.biz
cik Kentang
Super Senior
Super Senior
cik Kentang

Number of posts : 885
Age : 37
Location : utara semenanjung malaysia
Registration date : 29/06/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSun 14 Sep 2008, 5:45 pm

[quote="ninarahim"]Hmmm.....nak join gak...tapi tak pernah hadapi ler...seram2 nie...
Setakat nie alhamdullillah......okay jer.....amalkan surah Kursi selalu...insyalllahh....

Lagi satu..jgn kita takut sangat ngan makhluk2 gitu.....kena berani....kalau kita takut kat dier.....wahhhh apalagi...dier suka la nyakat kita...

Tindih menindih...???? tak pasti le pulok ahakz!!! ahakz!!! ahakz!!![/quote

org pnh kne tindih...
tp tindih kak nina ni...org xtau nk habaq...
Back to top Go down
http://rpgpaintball.blogspot.com & http://bamboolandscape.blogsp
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSun 14 Sep 2008, 6:03 pm

huarghhaahahahahahaaaaa.......... ngeh3x ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeSun 14 Sep 2008, 10:08 pm

damahum nak rasa kena indih pilah umah che ab...
mana tau makhluk mata merah berkenaan nak usik kamu sb kiut sangat....
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
babygirl_77
Regular Customer
Regular Customer
babygirl_77

Number of posts : 210
Age : 47
Location : Kay El
Registration date : 12/07/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 15 Sep 2008, 12:22 pm

ninarahim wrote:
Hmmm.....nak join gak...tapi tak pernah hadapi ler...seram2 nie...
Setakat nie alhamdullillah......okay jer.....amalkan surah Kursi selalu...insyalllahh....

Lagi satu..jgn kita takut sangat ngan makhluk2 gitu.....kena berani....kalau kita takut kat dier.....wahhhh apalagi...dier suka la nyakat kita...

Tindih menindih...???? tak pasti le pulok ahakz!!! ahakz!!! ahakz!!!


he he he .... ahakz!!! ahakz!!!

kak nina patut ajar kat damahum nie ..cam na rasa nyer kena tindih ....
damahum tu syok sgt laa..nak rasa kena tindih nie.. ahakz!!! ahakz!!!

bukan pa ...takut2 nanti makhluk merah tu yang ngeri nak tindih si damahum ..kena pikiaq 2 x
Back to top Go down
damahum
Super Senior
Super Senior
damahum

Number of posts : 707
Age : 36
Registration date : 08/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 15 Sep 2008, 12:48 pm

mamzie wrote:
damahum nak rasa kena indih pilah umah che ab...
mana tau makhluk mata merah berkenaan nak usik kamu sb kiut sangat....
malu la dgn makhluk mata merah tu
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Em1210

babygirl_77 wrote:
ninarahim wrote:
Hmmm.....nak join gak...tapi tak pernah hadapi ler...seram2 nie...
Setakat nie alhamdullillah......okay jer.....amalkan surah Kursi selalu...insyalllahh....

Lagi satu..jgn kita takut sangat ngan makhluk2 gitu.....kena berani....kalau kita takut kat dier.....wahhhh apalagi...dier suka la nyakat kita...

Tindih menindih...???? tak pasti le pulok ahakz!!! ahakz!!! ahakz!!!


he he he .... ahakz!!! ahakz!!!

kak nina patut ajar kat damahum nie ..cam na rasa nyer kena tindih ....
damahum tu syok sgt laa..nak rasa kena tindih nie.. ahakz!!! ahakz!!!

bukan pa ...takut2 nanti makhluk merah tu yang ngeri nak tindih si damahum ..kena pikiaq 2 x
hahahaha
KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Em6610
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeMon 15 Sep 2008, 5:58 pm

ngeh3x ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 16 Sep 2008, 1:50 am

eeeeeee...... SERAM NYERRRRR.....
eeeeeee...... TAKUT NYERRRRR......

HAHAHAHAHAA.....
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitimeTue 16 Sep 2008, 1:58 am

Hantu…?? Ade ke hantu….??
Aku post ni pun kerana terpanggil nk britau n nk trangkan sikit pasal hantu…
Coz ramai yg agak confuse… ade ke…?? btul ke... ??
So… bila aku trang kan kat sini… dpt lah korang andaikan n fikir sendri….

Yang paling utama bila bercerita tentang hantu…. Korang jgn takut….
Ingat… ini semua angkara jin… syaitan… dan iblis lahanat…
Darjat kita lebih tinggi… nak takut ape…

Sebenarnya dlm Islam... tidak wujudnya hantu... cuma... kita masyarakat melayu saje yg gelar.... hantu merupakan jin yang mengganggu manusia... Syaitan juga tergolong dalam kelompok jin... jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain... alam ghaib... jin2 ini boleh memasuki alam manusia... serta menyamar....tujuannya hanya satu... menyesatkan manusia... haaa... ini yg kita tak mau... kau alam kau... aku alam aku....

Bukti wujudnya Jin...
Firman Allah swt bermaksud;

Surah ar-Rahman : ayat 15
"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api"

Surah al-A'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..." Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.

Surah al-Dzariyat : ayat 56
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"

Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :

"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)

Riwayat Ahmad, sabda Rasulullah s.a.w :
"Jika ada al-Ghilan yang menyamar kepada kalian (dalam bentuk apapun), maka dengungkanlah azan"

jin ni plak ade 2.... Islam dan Kafir....
Jin Rahmanii - iaitu jin muslim
Jin Syaitani - iaitu bangsa jin yang bersifat jahat atau fasiq

Hantu yang biasa korang dengar... sebenarnya dikenali sebagai SAKA...
Saka ni merupakan sejenis makhluk halus.... dari golongan jin dan syaitan...
Saka merujuk kepada semua jenis jin dan syaitan yang didampingi oleh seseorang seperti;

Bajang... Toyol... Polong... Pelesit... Hantu Raya... Saka Binatang... Pontianak... Langsuir... Penanggal...
Banyak lagi lah.... Dibela... di puja... di beri makan... tujuan untuk untuk menjaga tuannya...

Dan kita sebagai manusia yang ditinggikan darjatnya oleh Allah swt... tidak perlu takut...
Al-Quran adalah kitab Allah swt.... dan pada Surah Al-Waaqi’ah ayat 75-89...
Allah telah bersumpah keatas kemuliaan Kitab tersebut...

Jika kita takut dan merasa rendah pada jin syaitan ini... maka jin ni akan semakin brani...

Surah Al-Jinn : ayat 6

Firman Allah swt bermaksud ;
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat

so... harap korang pas ni jgn takut lagi ngan hantu ke... jin ke...
Back to top Go down
Sponsored content




KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Empty
PostSubject: Re: KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA   KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA Icon_minitime

Back to top Go down
 

KONGSI PENGALAMAN CERITA SERAM ANDA

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 20Go to page : 1, 2, 3 ... 10 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Ruang sembang-sembang ~@-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions