|
Author | Message |
---|
Guest Guest
| Subject: 'JODOH' kententuan Tuhan Tue 15 Jul 2008, 10:06 am | |
| Renungkanlah Sedalam-dalamnya...
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat 'Right Person' dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Tue 15 Jul 2008, 5:22 pm | |
| - nazruincreation wrote:
Renungkanlah Sedalam-dalamnya...
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " eeemm...awin suke kata2 ni ianya memberikan maksud yg begitu mendlm n ade sesuatu makna yg tersirat d seblknyee..special part yg akhir 2... |
|
| |
mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Sat 19 Jul 2008, 3:17 am | |
| saya pun begitu juga awin....hidup ini penuh sekali dugaan yang diberi tapi saya tak pernah putus harapan kepadaNya...kerana segala tangisan dan keperitan hidup pasti akan ada hikmah disebaliknya....dan jawapannya telah saya kecapi sekarang..... |
|
| |
orchid_azie Newbie
Number of posts : 7 Age : 41 Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Wed 06 Aug 2008, 3:01 pm | |
| saya harap ape yang sedang saya hadapi skang...ade hikmah yang besar menanti di hadapan...begitu besar dygaan yang sedang saya hadapi... |
|
| |
syanaz Enterpreneur
Number of posts : 792 Age : 46 Location : kristal.buyblog.biz Registration date : 05/05/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Sun 10 Aug 2008, 9:03 pm | |
| Orchid_azie banyak2kan bersabar ya.....kami di sini sentiasa menyokong jika memerlukan... |
|
| |
muslim2u Regular Customer
Number of posts : 240 Age : 46 Registration date : 22/06/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Tue 12 Aug 2008, 10:32 pm | |
| - syanaz wrote:
- Orchid_azie banyak2kan bersabar ya.....kami di sini sentiasa menyokong jika memerlukan...
nape ngan orchid_azie yana..?? nk gak bg moral support..tp tk tau ape2..nyibok jek kan... :( |
|
| |
zaydan Regular Customer
Number of posts : 235 Age : 46 Registration date : 06/05/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Tue 19 Aug 2008, 1:43 pm | |
| nape plak dgn si orchid_azie tu??? - Quote :
- saya harap ape yang sedang saya hadapi skang...ade hikmah yang besar menanti di hadapan...begitu besar dygaan yang sedang saya hadapi... Crying or Very sad
|
|
| |
ninie Enterpreneur
Number of posts : 63 Age : 42 Location : Pahang Registration date : 28/05/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Wed 20 Aug 2008, 3:21 pm | |
| Perihal jodoh.... if dah melangkah x usahlah kata andai dapat ku undurkan masa.... sememangnya masa x boleh diundur semula. itulah hakikatnya... Apa yg terbentang di depan mata itulah yg kita perlu hadapi. begitu jua dengan ninie... berat sungguh ujian dariNYA " YA'ALLAH, tabahkan hatiku menempuhi ujian yang telah kau berikan.. Kau bukakan lah pintu hatinya utk kembali ke jalan yang benar.... sesungguhnya ku tahu setiap ujianmu pasti ada hikmahnya yg aku sendiri x tahu..." Doakanlah kebahagiaan ninie ye... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 30 Oct 2008, 6:58 pm | |
| 8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate) Kamu...
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Petanda 1 Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4 Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5 Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6 Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7 Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8 Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg psinggahan buatmu buat seketika.aku impikan psinggahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Sat 08 Nov 2008, 8:49 am | |
| Berdasarkan pengalaman hidup ni, ade orang yang dah berumahtangga, begitu bangga dengan status pinjaman yang Allah berikan. Maybe dorang tak perasan tapi itulah hakikatnya. Telah dinyatakan rezeki, ajal dan jodoh ditangan tuhan...tetapi masih juga memandang rendah pada orang yang lambat berkahwin ni.
Antara tanda2 mereka rasa hebat sebab dah kahwin.
1. Megutuk orang yang tidak berkahwin walaupun usia sudah lanjut.
2. Mewujudkan teori kalau kahwin cepat, anak dapat cepat, bila dh umor 50 tahun, anak dah bekerja dan boleh menanggung mereka (tentu yang berckp ni dah kawin)
3. Memperlekehkan sikap org yg tidak berkahwin sebagai punca walaupun ade antara mereka sudah punya segalanya.
HAKIKATNYA
1. Mereka yang bercakap demikian sendiri tidak dapat menjamin perkahwinan mereka berkekalan atau tidak
2. Allah Maha Berkuasa, ape yang dikehendakiNya tiada siapa yang tahu.
3. Manusia lebih suka membanding/melihat kesalahan orang lain dari menolong atau mendoakan jodohnya sampai
Sekadar pendapat... |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 13 Nov 2008, 11:05 pm | |
| SITI KHADIJAH ISTERI RASULLULLAH S.A.W - Renungi lah bagaimana jodoh itu sememangnye ketentuan tuhan... SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani. Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna. Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun. Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah. Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah. Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda. Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya. Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu. Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira. Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang. Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah. |
|
| |
mayang Ahli VIP
Number of posts : 1155 Age : 40 Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Fri 12 Dec 2008, 11:26 pm | |
| |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Tue 23 Dec 2008, 6:54 pm | |
| tujeke? bagila pendapat sikit ttg topik kita nih |
|
| |
kaiyisah Ahli Familiar
Number of posts : 97 Age : 45 Registration date : 26/09/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Wed 07 Jan 2009, 9:51 pm | |
| ....sebelum berkahwin maybe ada antara kita yg berangan2 inginkan pasangan kita spt ....tinggi...tegap....kulit tak cerah.....x brp hensem.....keje kerajaan...TAPI tetiba ALLAH tentukan jodoh ngan org yg sama tinggi .....kulit cerah...hensem...keje swasta.....sgt2 berbeza ngan apa yg kita impikan...........SEBAB...ALLAH lbh mengetahui apa yg elok utk hambanya.............. |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 08 Jan 2009, 3:03 am | |
| - kaiyisah wrote:
- ....sebelum berkahwin maybe ada antara kita yg berangan2 inginkan pasangan kita spt ....tinggi...tegap....kulit tak cerah.....x brp hensem.....keje kerajaan...TAPI tetiba ALLAH tentukan jodoh ngan org yg sama tinggi .....kulit cerah...hensem...keje swasta.....sgt2 berbeza ngan apa yg kita impikan...........SEBAB...ALLAH lbh mengetahui apa yg elok utk hambanya..............
saya menyokong cik kai ini... |
|
| |
kaiyisah Ahli Familiar
Number of posts : 97 Age : 45 Registration date : 26/09/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 08 Jan 2009, 8:54 am | |
| - halytobe wrote:
- kaiyisah wrote:
- ....sebelum berkahwin maybe ada antara kita yg berangan2 inginkan pasangan kita spt ....tinggi...tegap....kulit tak cerah.....x brp hensem.....keje kerajaan...TAPI tetiba ALLAH tentukan jodoh ngan org yg sama tinggi .....kulit cerah...hensem...keje swasta.....sgt2 berbeza ngan apa yg kita impikan...........SEBAB...ALLAH lbh mengetahui apa yg elok utk hambanya..............
saya menyokong cik kai ini... setuju?adakah pengalaman anda sama ngan saya? saya bg pendpt tu ats pengalaman saya |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 08 Jan 2009, 11:09 am | |
| - kaiyisah wrote:
- halytobe wrote:
- kaiyisah wrote:
- ....sebelum berkahwin maybe ada antara kita yg berangan2 inginkan pasangan kita spt ....tinggi...tegap....kulit tak cerah.....x brp hensem.....keje kerajaan...TAPI tetiba ALLAH tentukan jodoh ngan org yg sama tinggi .....kulit cerah...hensem...keje swasta.....sgt2 berbeza ngan apa yg kita impikan...........SEBAB...ALLAH lbh mengetahui apa yg elok utk hambanya..............
saya menyokong cik kai ini... setuju?adakah pengalaman anda sama ngan saya? saya bg pendpt tu ats pengalaman saya cik kai, beruntunglah cik kai kerana Allah permudahkan jodoh cik kai, dan saya masih ditahap berangan2 nak dapat pasangan yang serasi...saya juga bercakap berdasarkan pengalaman peribadi... kalo saya berangan nak dpt pasangan B, tapi Allah bagi A tentula sonok..tapi apekan daya...saya sendiri pun tak tau pasangan idaman saya A-Z |
|
| |
kaiyisah Ahli Familiar
Number of posts : 97 Age : 45 Registration date : 26/09/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Fri 16 Jan 2009, 9:43 pm | |
| |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Sun 18 Jan 2009, 2:38 am | |
| org pmpuan mudah gak nak bertemu jodoh, kata org tak sempat nak masak, muda2 agi dah dipetik org hehe..tapi org laki yg payah....
mak isau sebab kalo anak pmpuan lambat kawin ayah tanggung dosa gi... |
|
| |
kaiyisah Ahli Familiar
Number of posts : 97 Age : 45 Registration date : 26/09/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 29 Jan 2009, 10:47 pm | |
| bukan pasal tanggung dosa............(anak dia ni sgt patuh tau) tapi pasal pernah nak kena culik...........haaaa........sebab tu fobia ngan bus stand masai.....pasal hampir2 nak kena rembat ngan org masuk van.....mujurla ku tangkas berlari terus naik bas walaupun bas tu bukan ke tempat yg ingin ku tuju........... gara2 ada peminat ekstrim yg tak dilayan.......... |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Wed 11 Feb 2009, 10:44 am | |
| - kaiyisah wrote:
- bukan pasal tanggung dosa............(anak dia ni sgt patuh tau) tapi pasal pernah nak kena culik...........haaaa........sebab tu fobia ngan bus stand masai.....pasal hampir2 nak kena rembat ngan org masuk van.....mujurla ku tangkas berlari terus naik bas walaupun bas tu bukan ke tempat yg ingin ku tuju........... gara2 ada peminat ekstrim yg tak dilayan..........
kai, skrg pun ade pminat lagi kan? ehehe |
|
| |
ayameera Regular Customer
Number of posts : 402 Age : 52 Location : Klang Registration date : 21/06/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 12 Feb 2009, 3:57 pm | |
| |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Thu 12 Feb 2009, 5:14 pm | |
| |
|
| |
ayameera Regular Customer
Number of posts : 402 Age : 52 Location : Klang Registration date : 21/06/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Fri 13 Feb 2009, 9:40 am | |
| kau ni hilang ingatan ke haly dlm ramai2 org kat sini akak pulak yg kau pilih ........ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Sat 28 Feb 2009, 12:18 pm | |
| - ayameera wrote:
- kau ni hilang ingatan ke haly dlm ramai2 org kat sini akak pulak yg kau pilih ........ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn
ape salahnye pilik kak mera? lagipun akak cam stuju je dibawa lari? ehehe jom kak? |
|
| |
deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Wed 04 Mar 2009, 9:25 pm | |
| Salam
deqlis nk mencelah sikit..
JOdoh nie mmg ketentuanNya.. Bagi yang belum berkahwin jgn risau..jika dah ditakdirkan jodoh anda telah tiba..Insyaallah tidak akan ke mana. Cepat atau lambat bukan jaminan kebahagian Pedulikan org mengata " si polan tu x kahwin lagi...si Minah tu dah andartu.." pedulikan kata2 org ini..yg tentukan kebahagian adalah anda sendiri. Percayalah "org kata/org mengata nie" sampai bila2 pun ada.
JIka dah kahwin plak, org kata " bila nak ada anak?" Bila dah ada anak, org kata " bila nak tambah anak?" Bila anak dah besar, org kata " bila anak awak nak masuk U?" Bila anak dah habis belajar org kata" bila anak awak nak kahwin? Bila dan dapat menantu plak org kata" Bila nak dapat cucu?" Bila dah ada cucu sorang, org kata lagi " si A dah ada 3 org cucu, awak bila lagi dapat cucu baru?
hah hah .. jadi jgn pedulilah apa org kata.. janji anda tahu anda siapa dan anda bahagia..walau di mana pun kedudukan. anda.. |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Fri 06 Mar 2009, 8:22 am | |
| lega baca ape yg deqlis tulis |
|
| |
yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Fri 06 Mar 2009, 9:41 am | |
| - halytobe wrote:
- lega baca ape yg deqlis tulis
btul ckp deqlis tu...mulut org ni sume nye nk bikin panas. pegangan sue senang je klu ada org2 yg suke mengata ni "aku xhidup sbb doa ko,aku xmati krn sumpah ko.semuanya ALLAH yg menentukan' bunyi a bit kasar,tp wat dek je ape org nk kate.klu di dengar sgt hati sndri yg sakit.. |
|
| |
nuriz Newbie
Number of posts : 4 Age : 40 Registration date : 23/02/2009
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Mon 16 Mar 2009, 3:31 pm | |
| |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan Sat 28 Mar 2009, 6:30 am | |
| |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: 'JODOH' kententuan Tuhan | |
| |
|
| |
|