Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 PINTU REZEKI LUAS TERBUKA

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
AuthorMessage
najz
Enterpreneur
Enterpreneur
najz

Number of posts : 866
Age : 53
Location : selangor
Registration date : 20/05/2008

PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Empty
PostSubject: PINTU REZEKI LUAS TERBUKA   PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeWed 25 Mar 2009, 6:32 pm

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .." setiap pagi sedekahkan

al-fatihah

kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )

".........

nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Assalammualaikum;

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa

kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang

hidup

mahu

pun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa

kepada

kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka

berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan

bayangkan

wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak

menolong

kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan

rezeki

oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa

doakan ibu bapa

kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang

kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb

nya..)

Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita - ALFATIHAH UNTUK MEREKA.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Empty
PostSubject: Re: PINTU REZEKI LUAS TERBUKA   PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 2:16 pm

Solat duha sebagai roh rezeki

PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Ba_01_10

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 59
Registration date : 16/08/2008

PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Empty
PostSubject: Re: PINTU REZEKI LUAS TERBUKA   PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitimeThu 20 Aug 2009, 6:59 am

solat dhuha ni mmg baik & byk fadhilat nya...
kalo slalu di amalkan... mmg kita akan dpt merasa kelainan hidup kita....
ceria... fikiran tenang... bagaikan hilang smua masalah yg ada...
Back to top Go down
Sponsored content




PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Empty
PostSubject: Re: PINTU REZEKI LUAS TERBUKA   PINTU REZEKI LUAS TERBUKA Icon_minitime

Back to top Go down
 

PINTU REZEKI LUAS TERBUKA

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: falsafah, ilmu dan ketuhanan-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions