assalamualaikum para sahabat sekalian,
saya disini ingin bertanya pendapat dan pandangan dari kalian semua mengenai pembayaran barang belian melalui PAYPAL.saya bercadang untuk membeli sepasang kasut dimana harganya adalah USD 35.00 dan harga bagi penghantaran seperti yang dinyatakan oleh penjual adalah USD 45.00.di sini, bermakna saya perlu membuat bayaran sebanyak USD 80.00 kepada akaun penjual.soalannya, betulkah saya hanya perlu membuat bayaran sebanyak USD 80.00 sahaja?bagaimana pula dengan cukai untuk barangan import?akan adakah bayaran tambahan lain yang saya tidak tahu.harap para sahabat dapat membantu saya yang buntu ini.ini merupakan kali pertama saya hendak berurusan dengan penjual dari luar negara.terima kasih.