SEJARAH yang ni tak jemu le. Ada gak fakta menarik.mungkin anda jugak pernah alaminya, ibu- bapa , tokwan toknek opah datuk anda melaluinya.
sebelum kata jemu..baik baca dulu
Gambar-gambar iklan ni terdapat dalam suratkabar The Straits Times yg berharga 15 cents je pada tahun 31hb Ogos 1957 iaitu hari kita Merdeka. Suratkabar ni penah dikeluarkan pada Bulan Ogos masa kita sambut hari Kemerdekaan pd thn lepas.
Aku paparkan di sini kerana tertarik dengan iklan zaman dulu-dulu, zaman sebelum mak dan ayah aku belum kawen lagi.
Zaman tu jugak ayah aku dah guna minyak rambut Brylcream dlm botol kaca dan botol tu pun masih ada dlm almari sebagai kenang kenangan.Sekrg minyak tu dlm bekas plastik dah tak guna kaca dah.
Bentuk bentuk iklan tahun 1957 memang le berbeza dgn yang sekarang, masa tu belum ada teknologi canggih, semua dah al maklum kan. Jadi pelukis atau pencipta iklan tu gunakan kreativiti untuk buat lukisan yg menarik perhatian pembaca. Kebanyakan model iklan guna muka orang putih lagi walaupun dah merdeka…. tu le zaman penjajah payah nak hapus kesan penjajahan tu.
Sampai sekarang pun model iklan di tv, atau media cetak masih guna muka pan- asia iaitu campuran muka ala ala org puteh.
baca lgi sini