Ummu nak share citer best ngan u all.Camni citernye
Dalam sebuah kampung ni ada sorang tok penghulu ni.Satu hari tu,dia dapat surat dari Raja.Punyalah happy nye dia sbb dapat surat dari Raja.Buka2 je , dia baca sekali lalu je tu pun tak faham sgt al maklumla kan bahasa istana.Punyala excited nye dia sbb dapat surat dari Raja sampai terus g frame kan pastu gantung kat dinding.Bukanye nak ikhtiar g cari sesapa yg leh tlg translatekan isi surat tu.
Hari berganti hari ,minggu berganti minggu ,bulan berganti bulan.Tetiba kecoh kat kampung tu ,penduduk2 smua berkumpul kat jalan.Tok penghulu plak time tu ada kat umah dok main cucu.Bila nampak rombongan Raja kat depan umah ,apa lagi punyala tekejut dia mujur tak dicampaknye cucu yang tak tau apa2 tu.
Dengan nada terketar2 , tok penghulu pun g kat Raja tu.Terketar2 dia ,mana tidaknye .. apa persediaan pun tak ada .. .Raja pun tanya ada tak dia dapat surat dari baginda ..... lalu baginda bercita sepanjang perjalanan ke rumah tok penghulu tadi , baginda nampak masih ada penduduk yang tak cukup beras , jambatan nak ke kampung tu plak hampir nak roboh , dengan keadaan sampah bertimbun2 di keliling kampung . tok penghulu hanya tunduk mengenang kejahilan diri dalam menunaikan amanah yang diberi..wallahu alam
Sebenarnya ... tok penghulu tu adalah manusia.Ya .. manusia itu adalah kita yang dilantik oleh Allah menjadi khalifah di muka bumi ini.Raja yang dimaksudkan ialah Allah swt dan surat dari Raja itu pula ialah Al QURAN.Renung-renungkanlah kita pada hari ini ,al quran hanya di jadikan perhiasan tanpa kita dalami apa yg terkandung dalamnya.Berapa ramai dari kita yang pergi ke majlis2 ilmu utk mndalami ilmu agama?Sebagai ibu bapa ... nilai akademik tu yang lebih kita utamakan berbanding subjek akhirat.Ramai yang berlumba2 menghantar anak ke tempat tusyen yg paling bagus tapi brapa ramai yg berlumba2 yg menghntar anak ke kelas2 al quran dan bhs arab? Rmai yg dok susah hati bila anak tak pandai bhs inggeris tapi brapa ramai yg susah hati bila anak tak tau sepatah pun bhs arab?Kita leka dengan urusan dunia sehingga lupa yg satu hari nanti kita akan menghadapNya.Amatlah rugi kalau satu hari nanti kita berdepan dengan Allah dengan keadaan yang tak bersedia.Walalhu'alam...