Good day! Jika di dunia luar kita perlukan pengunjung, di internet tidak jauh bezanya kita perlukan "trafik" untuk memastikan web jualan kita mendapat conversion rate/jualan yang tinggi. Jadi bagaimana untuk menarik pengunjung ke laman web anda?
1)
Gunakan Social Bookmark - Jika anda mahu target pelanggan tempatan cuba gunakan Social Bookmark tempatan seperti gengblogger.com, mereka mempunyai trafik yang agak tinggi. Manakala jika anda mahu target international, anda boleh gunakan digg.com.stumbleupon.com,reddit.com etc
2)
Optimumkan web jualan untuk search engine - Search engine adalah lubuk, dimana setiap pengguna internet menggunakannya untuk mencari sesuatu yang mereka inginkan (Google, Yahoo, MSN). Jadi optimumkan web jualan anda untuk search engine (Psst. Kami mempunyai store yang mesra SEO. Ianya PERCUMA)
3)
Menggunakan Laman Sosial - Laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace mempunyai pengguna yang ramai. Jadi, cuba anda gunakannya untuk menarik pengunjung, contohnya anda boleh membuat contest di Fan page anda etc. Berkomunikasi dengan bakal pelanggan anda (Jangan SPAMMING)
4)
Melakukan komen - Membuat komen di blog atau website yang berkaitan. Banyak blog-blog di Malaysia, mereka tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Jadi cuba search di Google blog yang berkaitan dengan produk atau servis anda, selepas jumpa, tinggalkan komen anda. Ia penting kerana secara tidak langsung mempromosi link web jualan kepada umum.
5)
Meletakkan ke direktori web - Banyak direktori web percuma di Malaysia. Contohnya : blogmalaysia.com, allmalaysia.info, ntahla.net etc. Letakkan web jualan anda di sana, kerana biasanya direktori menjadi tempat pilihan bagi pengguna internet untuk mencari website mengikut kategori.
6)
Membeli iklan/review - Cari blog/website yang berkaitan dengan produk anda dan beli banner/review dari mereka. Contohnya, blog blog gosip artis mempunyai ramai pengunjung, jadi beli banner untuk produk tudung anda (fesyen berkaitan dengan artis kan?
)
7)
Meletakkan iklan percuma - Sebenarnya terdapat pelbagai lama iklan percuma di internet. Cuba lakukan search di Google (search "iklan percuma") pasti keluar banyak result untuk iklan percuma. Letakkan iklan produk anda di laman tersebut. (Tips : pastikan banner anda menarik perhatian)
Selamat mencuba menarik pengunjung dan pelanggan. All the best from us
Lot.my