Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menganjurkan promosi Produk IKS di Lobi MeCD (Kraftangan).
Tarikh: 24 hingga 28 November 2008
Masa : 8:00 pagi hingga 6:00 petang.
Tempat: Lobi MeCD
Objektif penganjuran program yang diadakan setiap bulan dengan tema yang berbeza ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pengusaha IKS untuk mempromosi dan menjual produk mereka bermula di Lobi MeCD. Seramai 25 usahawan kraftangan terlibat pada promosi kali ini. Terdapat pelbagai produk kraftangan dipamerkan dan dijual seperti produk seramik, produk anyaman dan produk kraftangan bermotifkan batik.
Semua dijemput hadir.