Jawatan Kosong LHDN 2011, Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.
Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41
Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 31
Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31
Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31
Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan) Gred 31
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21
Perhatian: Untuk permohonan melalui Portal JobMalaysia, anda hendaklah mencari jawatan ini pada ruang carian segera dan menggunakan kata kunci Lembaga untuk mendapat ketepatan pencarian jawatan.
CARA MEMOHON:
Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .
Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .
Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM. Setiap pemohon hanya boleh memohon Satu (1) jawatan sahaja.
Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temuduga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 Februari 2011