Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 KISAH DAN TELADAN.....

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: mertua VS menantu   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSun 11 May 2008, 7:05 pm

KAmal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa
menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras
20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis.
Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia
ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak
pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Bella... lepas
tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun
pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan,
kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak
mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang
menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa
mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni..
Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu
hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji...
" katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh
Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi
makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... .
agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni
... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur
lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak
sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah
hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh
pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak
menantunya, tetapi dia yang terkena... .
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSun 11 May 2008, 8:14 pm

Wow...best citer ni...blhlh hntr skrip wat drama siri....
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
Guest
Guest



KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSun 11 May 2008, 9:58 pm

mana dapat citer niiii

www.digital-reader.com/cheksue.htm
lol! sunny
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 12 May 2008, 1:04 am

Aha...yek,mana syanaz dapat citer ni.., Question
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 12 May 2008, 10:27 am

Mamzie...ni member syanaz yang bagi...cecikgu lelaki la nie....tak der keje agaknya buatlah cerita... Razz
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
zaydan
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts : 235
Age : 46
Registration date : 06/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 12 May 2008, 12:10 pm

best la... :D Laughing

________________________________________
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/
Back to top Go down
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: 5 guru dihina di depan murid   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 12 May 2008, 5:00 pm

KAJANG: Sebagai pendidik, mereka sepatutnya dihormati namun iamenjadi sebaliknya apabila lima guru sebuah sekolah rendah di Semenyihditertawakan kira-kira 40 anak murid sendiri ketika perhimpunanmingguan di sekolah terbabit, semalam.

Guru wanita itudikatakan mengalami tekanan hebat apabila dimalukan dengan penghinaanserta kata kesat dan lucah dua lelaki di hadapan anak murid sendiri.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, dua lelaki berkenaan bertindak biadabapabila dengan lantang mengeluarkan perkataan lucah dan menghina semuaguru terbabit hingga mereka ditertawakan anak murid sendiri.

Akibatnya, guru berkenaan hanya mampu menangis kerana tidak tertahandengan tindakan biadab lelaki terbabit yang memalukan mereka di hadapanpelajar.



Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hatiseorang daripada dua lelaki itu yang juga bapa kepada seorang muridyang belajar di situ kerana mendakwa dipukul seorang guru di sekolahterbabit, 28 Mac lalu.

Malah, sebelum ini beberapa ibu bapa murid sekolah itu pernahmengadakan demonstrasi meminta semua guru di sekolah itu ditukarkanselepas kejadian itu dengan menghalang anak masing-masing dari memasukikawasan sekolah.

Rentetan daripada kejadian itu, gurupenolong kanan yang didakwa memukul murid terbabit dikenakan tindakandan ditukarkan ke sekolah lain, akibatnya lima lagi guru wanitatermasuk guru besar yang masih tinggal menerima cacian setiap harisejak sebulan lalu.

Namun, ada ibu bapa dikatakan masih tidakberpuas hati dengan tindakan itu kerana hukuman yang diberikan terhadapguru terbabit dikatakan tidak setimpal dan mereka meminta supaya semuaguru yang mengajar di situ digantikan segera.

Menurut sumber,sikap pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor yang berdiamdiri walaupun tahu perkara yang dialami guru terbabit, dianggap sebagaitidak bertanggungjawab dan tidak membela nasib guru terutamanya wanita.

“Amat tidak kena membiarkan lima guru wanita berhadapan sendiriandengan ibu bapa yang sedang marah, saya harap tindakan segera akandiambil oleh pihak berwajib, bukan untuk kepentingan individu tetapimurid yang belajar di sekolah itu sendiri.

“Jika keadaanberterusan, proses pembelajaran akan terus terganggu, kerana guru yangmenerima cacian setiap hari tidak akan ada ‘mood’ mengajar. Tambahanpula terdapat sebilangan murid bakal menduduki Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) pada September ini, saya tidak dapat bayangkan apakahnasib mereka tanpa persediaan rapi untuk hadapi peperiksaan,” katanya.

Katanya, apabila diminta untuk membantu menyelesaikan masalah itu,pegawai di JPN hanya meminta guru besar sekolah terbabit menyelesaikanmasalah itu sendirian dan tidak mahu masuk campur dengan perbalahanyang berlarutan itu.

Difahamkan, semua guru terbabit sudahmenyatakan kesediaan untuk ditukarkan ke sekolah lain dengan segera,ekoran tidak tahan dengan apa yang mereka terpaksa lalui setiap hari.
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Sayang isteri   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 12 May 2008, 5:03 pm

Pak maun adalah seorang penduduk kampung sentul-bendul.Pada akhir bulan april isterinya yang bernama salamah gedik telah meninggal dunia kerana di serang sekupulan beruk yang boley tahan brutalnya.

Pak maun yang telah berusia lewat 70-an telah buat sesuatu yang mengejutkan seluruh kampung kerana hampir tiap2 hari menziarahi kubur isterinya.Penduduk kampung dan jiran2 beranggapan Pak maun sgt syg istrinya.

kemudian seorang jiran yg bernama Soib Yakob bertanya kpd Pak maun "hang ni terlampau sayang bini hang noh,sampai sggup menziarahinya tiap2 hari" dengan nada bangga kepada pak maun.

kemudian pak maun menjawab dengan ikhlas"sebelum salamah meninggal dia da berpesan"kalu nak kahwin sekali lagipun tggulah sampai kubur saya tumbuh rumput dulu".Oley yang demikian pasai tu la aku kena siram kubuq dia hari2 nak bagi rumput cepat naik.

Soib Yakob pun blah dari situ sambil meleleh hingus dari hidungnya kerana kesedihan
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
ella
Enterpreneur
Enterpreneur
ella

Number of posts : 242
Age : 50
Location : kuantan bandar lestari
Registration date : 13/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 15 May 2008, 1:19 am

kuang ajau punyer laki..!!
ada ka patot..
:evil:
Back to top Go down
http://projekcopycat.com/joella
ella
Enterpreneur
Enterpreneur
ella

Number of posts : 242
Age : 50
Location : kuantan bandar lestari
Registration date : 13/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 15 May 2008, 1:23 am

klako gak cite nih..
kasi hengat sket...
Back to top Go down
http://projekcopycat.com/joella
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 15 May 2008, 11:31 pm

Ella..tapi itulah kebanyakan suami zaman skang kan??.... :D
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
ella
Enterpreneur
Enterpreneur
ella

Number of posts : 242
Age : 50
Location : kuantan bandar lestari
Registration date : 13/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 16 May 2008, 1:52 pm

mmg pun.. xde benda lain dia hengat..
slain tuh... tuuuuuttt..
ni kang zaydan dtg ni kna le aku nih..!! :tongue:
tapi idak le seme..
dalam 10 ada le 8.. whahhaaaha...
Back to top Go down
http://projekcopycat.com/joella
zaydan
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts : 235
Age : 46
Registration date : 06/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 26 May 2008, 10:55 am

ella wrote:
mmg pun.. xde benda lain dia hengat..
slain tuh... tuuuuuttt..
ni kang zaydan dtg ni kna le aku nih..!! :tongue:
tapi idak le seme..
dalam 10 ada le 8.. whahhaaaha...

tak patut, tak patut :x

_________________________________________
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/2008/05/istihar-perang-kepada-virus.html
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 27 May 2008, 7:09 pm

oleh kerana zayed dah dtg...naklah tanya jgk...apenye yang ' tak patut ' cuba jelaskan dari sudut lelaki... Basketball


Last edited by mamzie on Mon 02 Jun 2008, 1:55 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 27 May 2008, 7:22 pm

dalam realiti...mmg ada mertua dan menantu mcm tu...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 27 May 2008, 7:34 pm

kenape mesti tunduk dengan karenah ibubapa jika guru2 itu tau mrk di jalan yang benar...kenape JPN tak masuk campur..adakah mereka ni telah dibeli oleh ibubapa atau mereka ni pengecut...apa gna kerusi empuk mrk di pejabat jika tak bolh siasat perkara ni dengan baik...kepada guru2 yang terbabit..jgn gentar dan buang kesedihan...adukan perkara ini pada kesatuan guru semalaysia...atau lbh mudah pg je pejabat pendidikan di putrajaya tu...jumpa menterinya...dalam hal ni guru2 terbabit kna guna cara politik bagi menyelesaikan masalah tersebut.Negara kita ada undang2...jgn teragak2 untuk gunakannya jika perlu dan jgn takut jika anda benar...
Para bapa dan murid beginilah yang harus disingkir dari sekolah tersebut kerana mereka membawa masalah kepada murid lain yang mahu menimba ilmu.Mereka ingat mereka berduit mereka boleh kuasai segalanya..
Kepada semua guru...bertindak ikut hati binasa tapi bertindak ikut akal dan fikiran pasti ada penyelesaiannya...Pilihlah yang mana...Jgn biar profesion guru dikotak katikkan oleh orang yang tak tau menghargai ilmu.
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
zaydan
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts : 235
Age : 46
Registration date : 06/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 30 May 2008, 3:34 pm

mamzie wrote:
oleh kerana zaedan dah dtg...naklah tanya jgk...apenye yang ' tak patut ' cuba jelaskan dari sudut lelaki... Basketball

apa-apa aje lah yg tak patut tu... Laughing

____________________________________________________________________
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/2008/05/istihar-perang-kepada-virus.html
Back to top Go down
najz
Enterpreneur
Enterpreneur
najz

Number of posts : 866
Age : 53
Location : selangor
Registration date : 20/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 30 May 2008, 6:51 pm

zayed wrote:
mamzie wrote:
oleh kerana zaedan dah dtg...naklah tanya jgk...apenye yang ' tak patut ' cuba jelaskan dari sudut lelaki... Basketball

apa-apa aje lah yg tak patut tu... Laughing


general bebnor tu zaydan
bounce :pale:
____________________________________________________________________
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/2008/05/istihar-perang-kepada-virus.html
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 02 Jun 2008, 1:56 am

knalh tau jgk bagaimana seorang suami menyayangi isterinya...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
Guest
Guest



KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 02 Jun 2008, 2:22 pm

akak ada dengar ceramah, orang lelaki ni kalo tak de bini, di akan mati n kalo tak mati pasti gila.
Back to top Go down
Guest
Guest



KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 02 Jun 2008, 2:28 pm

bab kuat makan tu tak pe, bab yang tak sembahyang tu yang parah dunia akhirat. beringatlah sebelum terlambat.
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 02 Jun 2008, 7:46 pm

memang betullah tu mawar.....cuma depa2 tu taknak mengaku je....tapi mawar...ada jgk yg setia.....dah lbh 10 tahun pun tak kawin2 lagi....samada empunya diri yang tak mahu atau blm ada jodoh atau memilih....tapi klu nak ikutkan rates ni....duda lbh tinggi ratesnya dari bujang...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 03 Jun 2008, 10:48 am

Amboi....mamzie...dah jadi cam ruangan kemang setaman dalam nie pulak...tapi lelaki nie kalau isteri dia tak dak cepat jer nak cari pengganti..tak sesabor......
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 03 Jun 2008, 11:26 am

Betul...bab semayang nie tak leh buat main....sya nie pun rajin juga semayanng di hujung2 waktu, tapi lebih baik dari tak buat langsung kan?
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 03 Jun 2008, 11:19 pm

itulah realitinye syanaz....so kna tanya suami masing2..klu kite dah takde...bpe lama mrk blh bertahan hidup membujang... :D
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeTue 03 Jun 2008, 11:36 pm

kite sembahyang krn Allah....tapi ada org sembahyang krn nak tunjuk dpn menatu yg dia tu alim.....di belakang hanya Allah je yang tahu....
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
najz
Enterpreneur
Enterpreneur
najz

Number of posts : 866
Age : 53
Location : selangor
Registration date : 20/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Takutku Bersebab   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 05 Jun 2008, 8:53 am

Terbuka luas pintu Masjidilharam
menerima tetamu siang dan malam
terlerai rindu melihat Kaabah
sayu bahagia berbaur rasa
menyerah diri kepadaMu sejujurnya
sejauh kaki melangkah hingga ke sini
entah jalan mana yang ku lalui
lurus atau bengkok
putih hitam terpalit di wajah
ingin ke menghisab sebelum dihisab
hadirku pasti di mahkamah Allah
di hari yang mencemaskan itu
tiada yang menunggu
tiada yang membantu
selautan airmata keinsafan
pintu taubat telah tertutup
ikrar dan janji tidak berguna lagi
sesungguhnya beraniku bertempat
takutku bersebab

Lautan manusia di depan KAabah
sunyi kendiri hanya aku dan Allah
Back to top Go down
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Pramugari   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSat 07 Jun 2008, 1:25 am

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri??? Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh??? Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja???) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSat 07 Jun 2008, 9:05 pm

Bagus sajak nie
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
nuraslizawati
Ahli Familiar
Ahli Familiar


Number of posts : 102
Age : 46
Location : Labuan
Registration date : 03/06/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSat 07 Jun 2008, 11:26 pm

mamzie...
kalau husbd liza sekrg pun nk kawen satu lagi kalau tanya tp duit je xcukup...
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSun 08 Jun 2008, 12:45 am

agaknye ada lagi ke spesies lelaki yang setia sampai ke akhirat ni...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
mamito
Newbie
Newbie
mamito

Number of posts : 62
Age : 59
Registration date : 05/06/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 12:45 pm

asalamualaikum sume tok sah la kita wanita2 solehah ni nk persoalkn hak2 orng lelaki memang allah dah bg green light kat depa,kasihsayang,cinta ni bukn bleh d tanya berapa,sampai bila.tp kalu dia orang buat nayaaaa,kat anak istri bolih la kita berbahas.kita kasi karate,kita smack dia orangggg
Back to top Go down
mamito
Newbie
Newbie
mamito

Number of posts : 62
Age : 59
Registration date : 05/06/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 12:46 pm

lupa nak jerit waaaa chaaa
Back to top Go down
mamito
Newbie
Newbie
mamito

Number of posts : 62
Age : 59
Registration date : 05/06/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 12:50 pm

lg satu budak kat atas tu nak kna karate
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 12 Jun 2008, 9:28 pm

yeargh....smackdown.... pirat
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 13 Jun 2008, 5:33 pm

mamzie..ada ker org tua buat mcm tu?
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
ladyzone
Regular Customer
Regular Customer
ladyzone

Number of posts : 266
Age : 61
Location : johor bahru
Registration date : 12/06/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSat 14 Jun 2008, 12:32 am

saya kekadang rasa kesian dgn para guru sekarang..

dah selalu kita dengar guru di malu kan... sampai nak betulkan perangai anak murid pun , kena tempelak dgn ibubapa... cuba lah kita fikir, klau guru buat bodoh je kat anak murid.. siapa yg rugi?.. anak kamu juga le....

memang lah ada satu dua kes , guru tu over... tapi, biasanya.. ade lah patut guru tu bertindak... murid2 skrng banyk yg besar kepala... sebab makbapak yg besar kan kpala dia org...

kalau dibandingkan zaman kita sekolah dulu,.. mana ada makbapak campurtangan sangat pasal guru marahkan anak... habis2..mak kata .. tu lah awak.. padan muka kena marah dgn cikgu, lain kali baik sikit perangai tu...

kesian guru2 sekarang... saya doakan mereka lebih tabah hadapi dugaan kerja.. ni kerja mulia...
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSat 14 Jun 2008, 12:42 am

memang betul tu semua...tapi kekadang bukan saje pihak ibubapa yang beri tekanan kpd guru2 kita...tapi ada sesetengah pengetua yg terlalu mementingkan nama sendiri dan jadikan guru2 utk melonjakkan lagi dirinya....suruh wat itu ini demi nk glamerkan sekolah dan dirinya...tapi sayangnya pendidikan murid terabai begitu jgk moral mereka sebagai murid...
guru sebagai PENDIDIK...tugasnya mendidik bukan wat keje2 lain....bukankah ini semakin membebankan tugas guru tersebut...
naikkan nama sekolah tu wajarlah tapi biar seiring dgn mutu pelajaran pelajar di sekolah tersebut...
pengetua sebegini tak akan back up guru2nya jika perkara yang disebut di atas berlaku kerana mereka ini tunduk pada permintaan ibubapa....
tapi untunglah pada guru2 yang mempunyai seorang pengetua yang tegas dan tau tugasnya dan selalu bersikap tidak berat sebelah...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
syanaz
Enterpreneur
Enterpreneur
syanaz

Number of posts : 792
Age : 46
Location : kristal.buyblog.biz
Registration date : 05/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSat 14 Jun 2008, 6:54 pm

Ini susah mau komen wo..nanti HM sya masuk lam forum nie kang terbaca plak.Bahaya wooo
Back to top Go down
http://kristal.buyblog.biz
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 16 Jun 2008, 1:49 am

tapi syanaz tak semua HM yang mcm tu...pernah jumpa HM yang begitu baik dgn guru2nye dan mereka bertugas tanpa tekanan...yang penting guru2 ni wat keje mereka dgn bersungguh.....
suasana seperti ni dapat kita rasa apabila kita melangkah masuk ke sekolah tersebut...
tapi guru dihina...memang tak patut....profesion guru paling mulia....kenape mesti dihina...hanya kerana mrk tak manjakan student tersebut di sekolah....
klu budak tadika blh gak guru tu manjakan...ni dah besar panjang...takkan guru tu nak pujuk mereka..peluk mereka mcm budak kecik...nanti kang timbul plak citer lain kuar kat suratkhabar...
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
Guest
Guest



KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeWed 18 Jun 2008, 6:42 pm

Mawar Biru Collection wrote:
akak ada dengar ceramah, orang lelaki ni kalo tak de bini, di akan mati n kalo tak mati pasti gila.

huiyooo....ye ke kak? hehhehe...beselah lelaki kan ade satu nafsu dan 9 akal, pompuan lak sebaliknye...akal 1 9 nafsu... Basketball
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeWed 18 Jun 2008, 9:30 pm

syanaz wrote:

kemudian pak tutttt... menjawab dengan ikhlas"sebelum E___ meninggal dia da berpesan"kalu nak kahwin sekali lagipun tggulah sampai kubur saya tumbuh rumput dulu".Oleh yang demikian pasai tu la aku kena siram kubuq dia hari2 nak bagi rumput cepat naik.

Macam pernah ku dengar yer cerita kat atas tu....tapi dimana ya????? hehehe.. Sleep
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeSun 22 Jun 2008, 11:36 pm

hanya Allah yang mengetahui nawaitu seseorang tu.....tapi mmg tak dinafikan adanya insan seperti itu....klu tak percaya tengok jerlah di dada akhbar...berapa ramai yang tunjuk alim semata2 nak menipu....
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
Guest
Guest



KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 26 Jun 2008, 10:56 am

sembahyang ni memang berat, sebab tu Islam kata tiang agama, cuba kita fikir dan renung2kan, orang yang solat, nascaya terpeliharalah amalan2 yang lain. ramai yang puasa tapi tak solat, tapi kalo orang tu solat dia mesti tak tinggal puasa.

pas tu solat ni memelihara kita dari macam2 musibah seperti miskin dan sebagainya, kalo ada sesapa yang ditimpa musibah/ bencana yang tak henti2, cuba selidik bab solatnya, mesti hancur punya.

kalo kita tengok anak melayu kita yang bejaya dalam upsr/pmr/spm/stpm, tu semua adalah orang2 yang menjaga solatnya.

nasihat untuk diri sendiri dan kekawan, beribadatlah (solat) seolah-olah kita akan mati esok, semoga kita dapat keberkatan di dunia dan akhirat.

senarai 12 barisan di akhirat :-

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT:-

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 26 Jun 2008, 2:07 pm

Emmm.....betul tuh...bila kita ambil air sembahyang maksudnya kita mencucikan diri kita...so yg wajib 5 x sehari....kalau rajin boleh buat lebih...
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeThu 26 Jun 2008, 2:42 pm

" AIR SEMBAHYANG "


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail
ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana
Allah.

Wasallam.



_________________________
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeFri 27 Jun 2008, 10:36 am

huhuhu....bila dapatku menjejakan kaki disana tuh...
Back to top Go down
sherry_lijah
Newbie
Newbie
sherry_lijah

Number of posts : 13
Age : 69
Location : N.Sembilan
Registration date : 08/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeWed 09 Jul 2008, 11:58 am

betullah tu.....org lelaki.....memang tak boleh hidup sendirian...banyak kes, kubur isteri tanah maseh merah...mata dah jeling kalau ada...anak darake...jande ke...yang boleh jadi calun. Kita kaum wanita saja yang tahan sabar.......dah lumrahnya begitu...... Rolling Eyes
Back to top Go down
ninie
Enterpreneur
Enterpreneur


Number of posts : 63
Age : 42
Location : Pahang
Registration date : 28/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeWed 09 Jul 2008, 1:11 pm

sherry_lijah wrote:
betullah tu.....org lelaki.....memang tak boleh hidup sendirian...banyak kes, kubur isteri tanah maseh merah...mata dah jeling kalau ada...anak darake...jande ke...yang boleh jadi calun. Kita kaum wanita saja yang tahan sabar.......dah lumrahnya begitu...... Rolling Eyes

setuju..... lol!
Back to top Go down
http://www.ninieshop2u.blogspot.com
zaydan
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts : 235
Age : 46
Registration date : 06/05/2008

KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitimeMon 14 Jul 2008, 5:14 pm

mudahan muslimah kat sini jd isteri yg solehah Laughing
amin..........


___________________________________________________________
http://bongkarmisterivirus.wordpress.com/
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/
Back to top Go down
Sponsored content




KISAH DAN TELADAN..... Empty
PostSubject: Re: KISAH DAN TELADAN.....   KISAH DAN TELADAN..... Icon_minitime

Back to top Go down
 

KISAH DAN TELADAN.....

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: falsafah, ilmu dan ketuhanan-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions