| Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
|
Author | Message |
---|
najz Enterpreneur
Number of posts : 866 Age : 53 Location : selangor Registration date : 20/05/2008
| Subject: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Tue 29 Jul 2008, 6:25 pm | |
| Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan samasekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 2.. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi 4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahua'lam |
|
| |
cik Kentang Super Senior
Number of posts : 885 Age : 37 Location : utara semenanjung malaysia Registration date : 29/06/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Tue 29 Jul 2008, 7:10 pm | |
| tq kak najz...bagus betul petuanya... sy dahla suke minum nescafe klo nk stay up... bhye tu..huhu.. eskem pon sy suke mkn...abisla camni... |
|
| |
najz Enterpreneur
Number of posts : 866 Age : 53 Location : selangor Registration date : 20/05/2008
| Subject: PETUA MENGUBAT PELUPA Thu 04 Sep 2008, 3:11 pm | |
| 1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap. 2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi. 3. Tidur awal bangun awal 4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu 5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam 6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging 7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi. 8. Buat stretching bila bangun dari tidur 9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 10. Elakkan lihat kemaluan dan najis 11. Baca QUran dan cuba menghafal setiap hari 12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy ) 13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah). 14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar 15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah. 16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak. 17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim. |
|
| |
ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Sat 13 Sep 2008, 7:32 am | |
| Hmm...thank you Najz..... Petua yang sememangnya perlu dipraktiskan oleh semua..... |
|
| |
mawardesa Newbie
Number of posts : 35 Age : 43 Registration date : 05/07/2008
| Subject: mohon petua:( Mon 13 Oct 2008, 3:59 pm | |
| Salam... mawar tension laaa...mohon dr akak2 adik2 forumer kalau2 ada petua cane nk halau tikus, cicak, lipas..... wooooo byk bebenor, pantang tinggal umah walau sehari, dh bersepah umah dek tahi cicak, lipas...tikus x byk tp adaaaaaaaaaa... goli pun ade... tlg ekkk |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Mon 13 Oct 2008, 4:10 pm | |
| eiii gelinya...
kalo kita jenuh tension jek situasi mcmni kan..geli n takut pun ade apakata guna la pergkap tikus patu lipas tu simbur dgn sheltox je cra tuk lipas...heheh ni tau petua ke apa, janji benda2 tu mati.heheh |
|
| |
mawardesa Newbie
Number of posts : 35 Age : 43 Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Mon 13 Oct 2008, 8:07 pm | |
| |
|
| |
cikfen Ahli Familiar
Number of posts : 100 Age : 48 Location : Shah Alam-Banting-Kajang Registration date : 04/06/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Fri 17 Oct 2008, 11:26 am | |
| Nie kisah benar ker pasal nescafe nih? |
|
| |
ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Sun 26 Oct 2008, 5:05 pm | |
| Hmm...mawar yang pasti kena double up kerja umah.....sapu rumah kena 4 kali la jawabnya kalau banyak taik cicak tu..
Tapikan akak rasa ada ubat untuk cicak tu...macam kapur..putih..jer..... kalau dia makan mesti mati punya.....kena tanya kat kedai racun kot....tak pun ada jual kat pasar2 minggu...
Tikus..letak racun ja....mesti hilang punya...
Lipas...spray jer la....tapikan tak kan hilang...sbb dia breeding...beranak pinak..kena musnahkan anak2 / telur tu sekali...
Apa2 pun kena pastikan umah kita bersih...baru benda2 cengitu tak suka nak hampiri.. |
|
| |
lisa7 Newbie
Number of posts : 2 Age : 48 Location : Damansara Damai Registration date : 14/08/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Sun 26 Oct 2008, 10:34 pm | |
| Ni ada petua...
Lipas - letak daun pandan lam almari ke atau mana2 tempat yg ada lipas...gerenti lipas takde lg Cicak - Kat pasaraya dah ada Ridsect untuk Cicak...sembur je dia akan mati..
*untuk semut sampai sekarang saya tgh mencari camna nak hilangkan dia..sbb kalau sembur..nani dia datang lg...tak larat nak sembur banyak2..bahaya lak anak2.. :D |
|
| |
patzie_girl Super Senior
Number of posts : 767 Age : 43 Location : keramat wangsa Registration date : 09/08/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Mon 27 Oct 2008, 1:06 pm | |
| pandan tu saya tau...mmg gerenti lipas takde tp permulaan kenala letak pandan merata tempat...bagi dia hilang sume.. semut lak aritu ada usha kat hypermarket...ada tapi tak pasti berkesan ke tak... |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Tue 11 Nov 2008, 10:45 am | |
| Dah tau awal2 nescafe tak kira ape bangse memang kuat angin..ayah mmg x bagi lansung anak2nya minum |
|
| |
cikfen Ahli Familiar
Number of posts : 100 Age : 48 Location : Shah Alam-Banting-Kajang Registration date : 04/06/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Sat 15 Nov 2008, 6:14 pm | |
| Baguih betul maklumat2 kat sini. thanks! |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Wed 07 Jan 2009, 7:27 pm | |
| petua yang gagal aku buat sebab malas
pejam mata dan bayangkan ade cahaya dari atas, disekeliling kita ade lingkaran segitiga...so imagine perkataan2 negatif dan positif yang berlegar dan mula nak masuk kat segitiga tu. Yang positif serap, yang negatif bayangkan dia hancur... |
|
| |
deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Wed 04 Mar 2009, 9:39 pm | |
| - mawardesa wrote:
- Salam...
mawar tension laaa...mohon dr akak2 adik2 forumer kalau2 ada petua cane nk halau tikus, cicak, lipas.....
wooooo byk bebenor, pantang tinggal umah walau sehari, dh bersepah umah dek tahi cicak, lipas...tikus x byk tp adaaaaaaaaaa...
goli pun ade...
tlg ekkk salam nie deqlis nak share cara halau tikus ..deqlis pernah buat mmg tikus pun lari... Caranya tabur kapur barus di tempat2 yg difikirkan selalu tikus tu jalan.. klu kat rumah..taburlah kat pintu rumah, tingkap dsbnya..InsyaAllah tikus akan hilang...lipas pun akan hilang..Belilah kapur barus banyak2.. sure tikus pun lari.. |
|
| |
mamito Newbie
Number of posts : 62 Age : 59 Registration date : 05/06/2008
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal Thu 05 Mar 2009, 10:24 pm | |
| la banyaknya serangga umah kat mana ni,tikus tu tulis je kad tikus dilarang masuk . jangan mare tau nanti lg banyak tikus. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal | |
| |
|
| |
| Amalan petua-petua untuk kesihatan minda dan fizikal | |
|