Assalamualaikum ,
Berikut adalah maklumat terkini untuk dikongsi bersama:
1. Peluang Kerjaya di Lembaga Zakat Selangor
2. Tawaran Tender Terbuka Membekalkan 20 buah Van Jenazah
1. PELUANG KERJAYA DI LZS
Bermula pada 23 Julai 2008, Bahagian Sumber Manusia LZS telah
mengiklankan peluang kerjaya bagi mengisi kekosongan di Lembaga
Zakat Selangor. Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan ialah:
(i) Pegawai Undang-Undang (Tetap)
(ii) Eksekutif Perancang Ekonomi (Tetap)
(iii) Eksekutif Pengurusan Hartanah (Tetap)
(iv) Eksekutif Rendah Penyelidikan Syariah (Tetap)
(v) Pembantu Tadbir ICT (Kontrak)
(vi) Pegawai Dakwah Skim Berkat (Kontrak)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Ogos 2008. Sila lawati
http://www.e-zakat.com.my untuk maklumat lanjut.
2. TAWARAN TENDER TERBUKA MEMBEKALKAN 20 UNIT VAN JENAZAH
Sekiranya anda seorang kontraktor dan berminat untuk menyertai
tender tebuka Membekal, Menghantar,Menguji Dan Mentauliah 20 Unit
Kenderaan Van Jenazah ke Lembaga Zakat Selangor, anda boleh menyertai
tawaran tender terbuka tersebut sekiranya mencukupi syarat.
Tawaran tender akan ditutup pada hari Isnin 04 Ogos 2008 jam 12.00
tengah hari.Maklumat lanjut sila layari http://www.e-zakat.com.my
untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Aras 9 & 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid
40000 Shah Alam
Selangor
Talian Khidmat Pelanggan 03-5522 7777