salam sahabat forumer sekalian....
saya memohon pertolongan sahabat forumer sekalian sekiranya mengetahui adanya sekolah menengah tahfiz atau sekolah agama rakyat atau sekolah menengah agama kerajaan negeri di kawasan sahabat2.
saya mencari pendidikan agama untuk anak-anak saya. pada masa ini anak saya sedang menuntut di tahun enam sekolah agama rakyat kelolaan ABIM.
ramai sahabat yang sudah mengesyorkan sekolah2 / madrasah/ maahad. namun begitu saya mengharapkan biarlah keadaan tempat tinggal / asrama anak saya nanti dalam keadaan sempurna dan lengkap. soal bayaran itu perkara kedua. bukan saya tidak percayakan sistem pondok, tetapi tentulah kiita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
oleh itu saya memohon bantuan sahabat sekalian. terimas...