Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 11 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:02 am

Imej Baru Dengan Rambut Karat: Ayu (OIAM) Mengaku Diri Sudah Ayu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Ayugua10

OHBULAN! tidak pernah nampak seorang pun orang Melayu yang mewarnakan rambut kepada perang nampak ayu. Tidak pernah.

Ayu OIAM ketika sessi chat bersama peminat baru-baru ini di GuaChat mengakui penampilan baru’nya itu merubah dirinya menjadi ayu.

Seperti kata Nabil Raja Lawak & ayat ini agak cliche,”..lu fikirlah sendiri!”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:04 am

Celebrity Face-Off: Siapa Bintang Harapan Sepanjang 2009?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 2009st10

Dalam penentuan Ratu Kontroversi 2008 antara Memey Suhaiza & Fasha Sandha, Memey Suhaiza dengan 3,933 undi menewaskan Fasha Sandha (2,689 undi). Pembaca OHBULAN! telah menabalkan Memey Suhaiza sebagai Ratu Kontroversi untuk tahun 2008. Terima kasih atas undian anda.

Kali ini, dengan bantuan mStar yang menyenaraikan 5 selebriti Malaysia yang di’jangka akan menyinar bintangnya pada tahun 2009. Sekarang anda menjadi penentu untuk mengundi selebriti kegemaran anda berdasarkan bakat yang mereka ada.

Maklumat secara ringkas tentang semua selebriti yang tersenarai boleh di’baca di mStar Online & jangan lupa kembali ke’sini untuk mengundi. Enjoice!

Antara 5 Selebriti Ini, Siapakah Akan Lebih Menyinar Sepanjang 2009?

*Liyana Jasmay
*Fouziah Ghous
*Lisa Surihani
*Aizat (Akademi Fantasia)
*Nabil (Raja Lawak)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:09 am

(Gambar) Eizlan Yusof bersama Isteri dan anak di Genting

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 121

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 222
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:13 am

Adakah Ini Kekasih Baru Alif AF6?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Kekasi11

Menurut Budiey pada entrinya yang bertarikh April 2008, menunjukkan gambar kekasih Alif yang pada ketika itu berada di’dalam Akademi Fantasia. Tapi saya mendapat gambar terbaru Alif AF6 bersama kekasihnya (— mungkin?). Adakah kekasihnya dulu orang yang sama seperti gambar yang baru ini? Anda tentukan…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Kekasi12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Kekasi13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Kekasi14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:14 am

Saiful Apek membintangi filem Thailand

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Apek12

Saiful Apek akan muncul dengan filem terbaru, The Wedding Game arahan sutradara dari Thailand, Ekachai Uekrongtham. Dalam filem itu, Saiful Apek membawa watak Syed yang tetap berlandaskan komedi dan akan ditayangkan pada 25 Januari sempena Tahun Baru Cina.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Apek211
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:18 am

Hospital rumah kedua

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja10

SELAMAT bernikah dengan cinta hatinya, Azfendy Azzuddin, 29, pada 30 Ogos 2008, penyanyi Deja Moss, 36, hampir dikurniakan seorang cahaya mata yang bakal menyerikan rumah tangga mereka. Namun takdir itu milik Tuhan dan apabila Dia mengambil semula janin yang baru berusia enam minggu daripada menghuni perut Deja, pasangan ini pasrah. Dalam sedih mereka menerima bahawa 'penghuni' itu bukan milik mereka dan ia harus dikembalikan kepada Yang Maha Esa.

"Ya, kami amat sedih, namun demi keselamatan, saya harus membuang tiub falipio kiri dan kemudian menggugurkan janin pertama saya.

"Namun saya percaya semua ini ada hikmah," luah penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Asmara Ini pada malam majlis resepsi pihak Azfendy di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.

Harus berpantang seperti wanita baru lepas bersalin, pemilik nama sebenar Sharifah Hadijah Wan Moss ini berharap dia akan terus kuat menempuh musibah yang melanda dirinya.

Malah si suami yang lebih mesra dipanggil Andy turut kagum dengan ketabahan Deja dan mendoakan isterinya segera sembuh dan kembali aktif menyanyi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:23 am

Bersanding dalam pantang


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja410

--------------------------------------------------------------------------------

LANGKAH kakinya dihayun dengan perlahan dan terserlah sedikit kesakitan pada wajah yang sukar dibendung, namun penyanyi terkenal Deja Moss tetap menggagahkan diri untuk meneruskan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azfendy Datuk Azzuddin.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana majlis resepsi ini berjalan lancar walaupun sebelum ini saya berdepan dengan ujian yang cukup berat," jelas pemilik nama penuh Sharifah Khadijah Wan Moss ini semasa ditemui selepas majlis berkenaan di Dewan Felda Perdana, Jalan Semarak, Kuala Lumpur kelmarin.

Wanita berusia 35 tahun ini menjelaskan, dia kelihatan tidak sihat disebabkan baru sahaja menjalani pembedahan setelah disahkan mengandung luar rahim kira-kira sembilan hari sebelum majlis resepsi itu berlangsung.

Deja yang bergelar isteri sah kepada Azfendy sejak 30 Ogos lalu pada mulanya mengalami sakit perut di sebelah kiri serta mengalami pendarahan pada 21 Disember lepas.

"Risau dengan keadaan itu, saya dan suami terus berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan, namun doktor itu memberitahu saya mengandung, tetapi tidak mengesan apa-apa masalah lain.

"Pendarahan bagaimanapun berterusan. Nasib baik rakan saya mencadangkan saya agar berjumpa doktor pakar dari Hospital Gleneagles, Ampang pada keesokan harinya.

"Hasil pemeriksaan rapi, doktor pakar itu mengesahkan saya mengandung di luar rahim dan diminta menjalani pembedahan dengan segera.

"Pembedahan itu perlu dibuat bagi membuang saluran tiub fallopia di sebelah kiri kerana kandungan saya melekat di saluran itu," katanya yang kelihatan menawan apabila menyarungkan baju pengantin sedondon dengan Azfendy rekaan Butik Cosry.

Deja menambah, dia dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan pada 23 Disember lalu di hospital tersebut.

"Pembedahan untuk mengeluarkan tiub fallopia itu mengambil masa selama dua jam 45 minit dan saya hanya dibenarkan keluar wad pada 27 Disember lepas.

"Doktor pakar menjelaskan bahawa kandungan saya sudah mencecah enam minggu. Jika saya lewat tiga hari menjalani pembedahan, kandungan itu akan pecah dan menyerang paru-paru sekali gus membahayakan nyawa saya," ungkapnya menerangkan situasi sebenar.

Enggan menyalahkan takdir yang tertulis buatnya, Deja dan suami reda menerima ujian yang diturunkan Tuhan.

"Saya bersyukur sangat kepada Tuhan kerana proses pembedahan itu berjalan lancar. Sekalipun saya kini hanya memiliki satu tiub fallopia, tetapi peluang mengandung lagi masih ada," jawab Deja dalam getaran suara perlahan.

Bercerita lebih lanjut tentang 'penderitaan' yang dialami pada malam resepsinya, penyanyi kelahiran Sarawak itu sendiri mengakui berdepan dengan beberapa kesulitan.

"Saya risau juga dengan tahap kesihatan semasa majlis ini, namun saya tidaklah menghadapi banyak masalah sehingga menjejaskan upacara persandingan ini.

"Cuma semasa hendak menaiki tangga untuk ke pelamin, saya kena berhati-hati sedikit. Memang susah sebab ada jahitan akibat pembedahan itu.

"Sebab itulah saya perlu berhati-hati dan dipimpin suami agar bekas jahitan itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk," jelas Deja sambil tersenyum manis kerana dapat berkongsi keseronokan bersama 800 orang hadirin pada upacara tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja510
MESKIPUN sudah empat bulan diijab kabul, majlis resepsi perkahwinan Deja-Azfendy tetap meriah dan gilang-gemilang.

--------------------------------------------------------------------------------

Antara rakan artis yang turut hadir pada malam itu ialah Noniswara, Misha Omar, Farhan AF4, Rem, Sharifah Zarina, Anuar Zain dan Bob AF2.

Sambil menjelaskan kes mengandung di luar rahim tidak berlaku dalam sejarah keluarganya, Deja hanya pasrah dengan dugaan yang mendatang itu.

"Sepanjang pengetahuan saya, dalam famili saya tiada sesiapa yang mengalami masalah sama. Lagipun saya tidak boleh menyalahkan ketentuan yang datang daripada pencipta-Nya.

"Nasib baiklah suami cukup memahami keadaan saya, malah semasa doktor memberi pilihan sama ada mahu meneruskan kandungan yang menjangkau usia melebihi sebulan itu atau menggugurkannya, kami berdua berbincang terlebih dahulu.

"Sudah pastilah suami begitu mengambil berat soal keselamatan dan kesihatan saya. Lantaran itu, kami sekadar bersetuju dengan keputusan yang mampu memberi kebaikan kelak.

"Lagipun, mungkin rezeki saya dan suami untuk punya cahaya mata dalam tempoh terdekat ini masih belum mendapat keizinan daripada Allah," tambah Deja yang sentiasa meraih sokongan padu daripada si suami yang sedia setia hingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, majlis resepsi persandingan itu tidak mungkin dapat belayar dengan sempurna, andai tidak mendapat bantuan daripada keluarga Azfendy.

Deja benar-benar terhutang budi dengan keluarga sebelah suami yang sanggup berhempas pulas mengadakan sambutan untuk upacara itu.

Majlis tersebut menjadi persandingan buat kali kedua kepada Deja bersama Azfendy setelah persandingan diadakan 16 November lepas bertempat di Kuching, Sarawak.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja610
AZFENDY begitu mengagumi semangat kuat Deja yang cekal berdepan segala cubaan hidup.


--------------------------------------------------------------------------------

Pasangan ibarat merpati dua sejoli itu selamat diijab kabul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

"Saya anggap pembedahan ini macam rintangan untuk saya sekali gus berharap dapat melayari bahtera rumah tangga bersama suami dengan lebih sempurna selepas ini.

"Setelah dibedah, saya harus berpantang selama 44 hari macam orang bersalin. Saya kena menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya supaya tidak alami kesulitan pada kemudian hari.

"Pembedahan yang dijalani itu melibatkan ovari, jadi saya tidak boleh melakukan kerja berat ataupun menggunakan terlampau banyak tenaga dalam kehidupan seharian.

"Doktor menasihati saya agar dalam masa enam bulan ini saya tidak aktif melakukan aktiviti seni dan banyakkan berehat di rumah.

"Malah dalam waktu sama saya juga tidak dibenarkan mengandung semula untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini," terang Deja yang bergenang air mata.

Selang empat bulan selepas dinikahkan, Deja dan suami mengambil masa agak lama bagi mengadakan majlis resepsi di ibu negara.

Mengakui bukan sengaja dilengah-lengahkan, Deja menjelaskan, keluarga sebelah suaminya tidak dapat mencari tempat bersesuaian untuk melangsungkan upacara terbabit.

"Sebenarnya sudah lama saya dan famili Azfendy cari tempat untuk mengadakan majlis persandingan ini, namun kami dapati banyak tempat yang telah ditempah hingga akhir tahun lalu.

"Kalau sudah dapat lokasi, dewan pula tidak mencukupi untuk menempatkan tetamu yang dijemput.

"Maka, 1 Januari 2009 akhirnya menjadi tarikh upacara resepsi perkahwinan kami. Bukanlah kami sengaja hendak menjalankan majlis ini sempena Tahun Baru 2009.

"Tempat sudah tersedia, jadi keluarga sebelah suami pantas mengambil keputusan untuk buat majlis ini pada awal tahun baru," kata Deja.

Nekad enggan rancang keluarga

AZFENDY AZZUDDIN, 29, yang asyik memerhatikan isteri tercinta berbicara bersama pihak media mulai meluah bicara tentang musibah kecil yang melanda Deja Moss apabila isterinya itu habis bercerita.

“Pada awalannya saya risau juga mengenai upacara resepsi ini apatah lagi dengan tahap kesihatan isteri saya masih belum pulih sepenuhnya setelah menjalani pembedahan seminggu lepas.

“Namun kebimbangan itu mulai hilang setelah melihat Deja hampir pulih selepas menjalani pembedahan. Lagipun persiapan boleh dikatakan hampir siap sepenuhnya.

“Dewan telah ditempah, malah kad jemputan juga sudah diedarkan kepada tetamu. Jadi setelah berbincang dengan keluarga dan Deja, malah mendapat nasihat doktor pakar, kami bersepakat untuk meneruskan majlis ini.

“Enggan memburukkan keadaan, saya dan famili tidak memberi kebenaran kepada Deja untuk terlibat sama dalam membuat persiapan persandingan ini kerana khuatir dengan tahap kesihatannya.

“Sebaliknya macam menjadi lumrah, Deja yang saya kenali memang tidak boleh duduk berdiam diri tanpa melakukan sebarang kerja lebih-lebih lagi majlis kami semakin hampir.

“Deja merupakan wanita yang bersemangat kuat apabila berdepan dengan situasi genting.

“Dengan perasaan cukup bangga untuk diluahkan, saya amat mengagumi sikap optimistik Deja yang tidak berputus harap walaupun diuji dengan bermacam dugaan,” jelas Azfendy mengenai personaliti si isteri yang memukau jiwanya.

Tidak dinafikan Azfendy pada mula memperlihatkan keterujaan apabila Deja dikhabarkan hamil sebelum mengetahui isterinya mengandung di luar rahim.

“Waktu itu saya seronok sangat dengar Deja mengandung dan saya pula bakal bergelar seorang bapa selang beberapa bulan lagi.

“Begitupun, setelah doktor mendedahkan masalah yang dihadapi Deja yang dikatakan mampu mengancam nyawanya, saya turut bersedih dengan berita kurang enak itu.

“Setelah mendapat nasihat doktor pakar, Deja segera menjalani pembedahan membuang kandungan di luar rahimnya.

“Kami terpaksa membuat pilihan terbaik supaya kesihatan Deja kembali pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.

“Saya dan Deja reda dengan masalah ini, malah kami beranggapan bahawa kami tiada rezeki untuk punya anak dalam waktu terdekat.

“Selepas ini seandainya Deja kembali sembuh, kami enggan mengamalkan konsep merancang keluarga, sebaliknya kalau boleh kami ingin mengikut setiap perkara yang direncana Allah.

“Kalau ada rezeki untuk memiliki anak dalam masa singkat ini, kami akan menerimanya dengan hati penuh terbuka,” kata Azfendy.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:27 am

kerjaya dan hari bahagia Sari Yanti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Hi_01_27


BIARPUN sibuk dengan perancangan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak sampai dua minggu lagi, Sari Yanti Mohamad Nazari masih ligat dengan kerja-kerja seninya. Bakal suri kepada Mohd Eddy Casmady Che Hussain ini mengakui tidak membataskan aktiviti seninya dan masih terus meluangkan masa menjalani sesi fotografi bersama media dan tetap menerima tawaran berlakon.

Malah dalam menanti saat disatukan pada 16 Januari depan, artis kecil molek ini masih sempat melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan apabila menjayakan program Chopp! di TV9.

Program yang dihoskan secara langsung bersama pelakon Iqram Dinzly itu disiarkan setiap hari pada pukul 8.30 malam selama lima minit.

“Entahlah, saya rasa biasa sahaja. Memang saya sibuk menguruskan hal-hal berkaitan majlis pernikahan dan persandingan tetapi tidak pula menganggu kerja-kerja saya dalam bidang lakonan.

“Cuma untuk tidak membebankan diri, sejak November lepas saya hanya menerima tawaran lakonan sebagai artis undangan sahaja.

“Bukannya apa, saya juga tidak mahu terkejar ke sana ke mari dan walaupun keluarga banyak membantu, saya juga perlulah bertanggungjawab melunaskan kerja-kerja persediaan dan perancangan perkahwinan saya itu,” katanya.

Popular dengan watak Kaisara dalam siri drama remaja, Kisah Kaisara, Sari Yanti yang mesra disapa Sari ini turut mengakui program kelolaannya di TV9 itu juga tidak menganggu tumpuannya terutama dalam membuat persiapan majlis perkahwinannya nanti.

Ini kerana, selain dirinya dan Iqram, ada beberapa artis muda yang turut mengacarakan rancangan yang memberikan penekanan kepada program-program menarik di stesen tersebut.

“Peluang dah ada depan mata, takkan nak dilepaskan begitu sahaja. Lagipun, bukan sahaja ia tidak menganggu persiapan kahwin malah kehadiran saya juga tidak menganggu kelancaran program kendalian saya kerana ada artis yang turut menjadi hos seperti Scha, Irma Hasmie dan Aidit Marcello.

“Kami akan bergilir-gilir mengendalikannya maka tidak timbul isu walaupun ia program secara langsung sebab ada hos lain yang bertanggungjawab.

“Lagipun tugas mengendalikan Chopp! fleksibel. Satu hari hanya dua orang yang mengacara dan kami akan berbincang soal jadual kerja untuk memudahkan semua,” jelas Sari Yanti.

Hanya akan bercuti beberapa hari sebelum menjelang tarikh pernikahan yang akan berlangsung di kampungnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Sari Yanti juga menegaskan, tidak akan bercuti lama meraikan hari bahagianya itu.

Ini kerana kata Sari Yanti, selepas selesai majlis bertandang di sebelah pihak lelaki pada 24 Januari ini, dia akan kembali berlakon dan mengacara seperti biasa. Malah agenda bulan madu juga tiada dalam perancangan dan bakal suaminya yang juga merupakan seorang bekas pelumba kereta yang pernah menjadi instruktor kepada aktor Norman Hakim yang memegang watak ayahnya dalam drama Kisah Kaisara, buat ketika ini.

“Bulan madu tidak dibincangkan lagi. Kalau ada satu waktu terluang dalam waktu terdekat selepas berkahwin nanti, bolehlah pergi,” katanya selamba.

* Kahwin dan kerja

Sama seperti orang lain yang teruja menempuh alam baru, gadis comel ini tidak terkecuali. Cumanya, tidak seperti kebanyakan artis lain, Sari Yanti yang simple ini bukan sahaja lebih senang mengadakan kenduri kahwin di rumah malah mahukan sebuah majlis perkahwinannya yang sederhana

Apa yang penting, tegasnya, majlis meriakan hari bahagianya itu disambut meriah dengan kehadiran tetamu, sanak saudara dan handai taulan.

“Saya memang teringin nak buat kenduri kahwin di rumah. Bukan di dewan hotel seperti yang biasa dilakukan. Pada saya, ia lebih bebas dan meriah,” ujar anak kedua daripada tiga adik beradik ini.

Pertama kali mengadakan majlis perkahwinan dalam keluarganya, kata Sari Yanti, mungkin persiapan agak kelam kabut kerana keluarganya masih tiada pengalaman namun segalanya teratur mengikut perancangan.

“Saya ini langkah bendul. Tentunya pengalaman pertama mengadakan majlis perkahwinan, kami mahukan yang terbaik. Tapi tidaklah sampai begitu beria-ia,” kata gadis berusia 24 tahun ini lagi.

Berbicara soal komitmen, selepas bergelar suami isteri, Sari Yanti menegaskan bahawa tiada halangan untuknya meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

Bercinta selama dua tahun, Casmady, panggilan Sari Yanti kepada bakal suami yang empat tahun tua daripadanya itu sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

“Itu yang paling best tentang Casmady. Dia bukan sahaja tidak kisah saya berlakon malah dia menggalakkan saya memasuki kelas lakonan,” kata Sari Yanti yang telah lama mengenali Casmady kerana kedua-dua keluarga mereka merupakan kenalan.

Bersedia menempuh alam perkahwinan pada usia muda, Sari Yanti menjelaskan bahawa bakal suaminya itu juga menerima gaya kerjanya yang tidak menentu masa.

“Dia relaks sahaja,” kata Sari Yanti mengenai buah hatinya itu. Namun begitu, pasti sahaja sebagai seorang isteri kepada sebuah rumah tangga, Sari Yanti tidak mahu lalai melunaskan tanggungjawab terhadap suami.

Malah walaupun mendapat sokongan suami untuk meneruskan kerjayanya, gadis bermata bundar itu tetap percaya, keutamaan diri harus diletakkan kepada alam barunya yang bakal ditempuhinya itu.

“Apabila suami sudah memberikan lampu hijau, jangan pula kita sia-siakan. Tapi dalam mengejar kerjaya, jangan pula kita lupa rumah tangga.

“Seperti orang lain, saya berharap menjadi seorang isteri yang baik dan berazam menjadi seorang isteri yang baik. Melangkah ke alam rumah tangga, pasti setiap daripada kita mahukan satu alam yang bahagia.

“Jadi saya perlu pastikan dalam apa juga yang saya lakukan dan cita-citakan dalam bidang seni, saya mesti meletakkan rumah tangga di tangga teratas. Ia tetap menjadi keutamaan dan nombor satu,” tegasnya.

* Impian

Dan melangkah ke tahap seterusnya dalam kehidupan pada 2009, selain meraikan kehidupan berdua sebagai suami isteri, Sari Yanti juga mahu melihat kerjayanya dalam bidang seni berkembang pesat.

Masakan tidak, biarpun hanya sekitar dua tahun melibatkan diri dalam bidang lakonan tetapi namanya semakin dikenali. Selain Kisah Kaisara, Sari Yanti juga berlakon dalam Gadis Merah Jambu dan Sofea Zara.

Ketika ini, sudah ada beberapa tawaran berlakon yang menanti dan untuk tahun ini, kepada penggemar Kisah Kaisara, jika tiara aral melintang, drama remaja popular itu bakal hadir untuk musim ketiga.

Begitu menyenangi Kaisara, watak yang memperkenalkan dirinya dalam dunia lakonan, bagaimanapun, Sari Yanti tetap mengharapkan dapat memberikan wajah baru kepada watak-watak yang dibawakan selama ini.

Mungkin sahaja kerana wajahnya dan tubuhnya yang kecil membuatkan ramai yang lebih senang menawarkan karakter remaja kepadanya namun Sari Yanti amat berharap, 2009 ini membuka peluangnya membawakan watak lebih mencabar.

“Memang watak remaja relevan dengan saya watak remaja tak semestinya yang lincah sahaja. Saya mahu mencabar diri membawakan watak yang kukuh walaupun remaja seperti watak gila atau mereka yang ada dua perwatakan iaitu jahat dan baik,” katanya mengenai watak yang diimpikan.

Sari Yanti juga berharap, dunia seni bukan sahaja memberinya satu kepuasan berganda pada tahun ini malah bertekad mahu mencuba setiap peringkat dalam bidang yang diminatinya ini.

Tidak sahaja dalam membawakan watak dan perwatakan, tetapi juga kerja di belakang tabir umpamanya duduk di kerusi sutradara, jika mempunyai peluang dan ruang.

“Ya, saya mahu berkembang dan maju... itulah yang saya maksudkan,” tegasnya penuh optimis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:28 am

Lawak saya bukan merapu – Zizan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Hi_02_25


KARIERNYA sebagai pelawak tidaklah lama dan dia masih boleh dikategorikan sebagai pelawak junior. Pun begitu publisiti yang diberi terhadapnya cukup banyak. Peluang dia untuk muncul di kaca televisyen juga cukup meluas. Antaranya menerusi rancangan Bolos, Gaia, Jozan, AC di Sini dan Raja Lawak. Peluang seperti itu cukup bererti bagi anak kelahiran Terengganu ini biarpun masih baru dalam persada seni tanah air.

Mohd. Razizan Abd. Razak, 24 tahun kini telah dikenali ramai. Gandingan mantapnya bersama teman Raja Lawak, Johan, memperlihatkan seolah mereka ini pasangan yang serasi bila di pentas. Namun begitu setiap apa yang dilakukan oleh Zizan di pentas ataupun lawak di kaca televisyen belum tentu dapat memuaskan hati semua orang.

Lumrah, ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Persepsi orang ramai berbeza-beza. Zizan juga cukup masak dengan itu semua. Dia sendiri tidak menafikan bahawa tanggapan negatif sudah pasti ada dan cukup merasa berterima kasih dengan pujian dan kritikan yang diberi kepadanya.

Persoalan lawak merapu adalah ungkapan baru baginya. Biasanya sebahagian para pelawak ditohmahkan dengan tanggapan lawak bodoh. Zizan yang ditemubual baru-baru ini juga memberi sedikit penjelasan tentang beberapa persoalan yang diajukan kepadanya.

Dia sendiri mengakui bahawa dia masih mentah dalam dunia lawak ini dan setiap kekurangan yang dilakukan seharusnya tidak dipersalahkan kepadanya seratus peratus.

“Berikan saya peluang, kerana saya masih baru lagi,” kata pelawak yang begitu meminati lakonan dan lawak Afdlin Shauki.

* Pernahkah anda mendapat kritikan sebelum ini?

Pernah, tapi tidaklah teruk sangat. Bagi saya kritikan itu bukan sekadar komen yang ingin menjatuhkan air muka ataupun karier saya, tapi ia sebagai tunjuk ajar. Saya terimanya dengan hati yang terbuka. Kemudian ia saya jadikan teladan. Kita manusia biasa, salah dan silap tu biasalah.

* Anda biasanya digandingkan dengan Johan. Jika tanpa Johan apakah anda boleh membawa karakter ataupun lakukan lawak seorang diri?

Sebelum ini saya di Raja Lawak pun memegang tiket pelawak solo. Tapi setelah keluar dari Raja Lawak saya banyak digandingkan bersama. Tak kisah pun, orang kata berdua lebih baik gitu...!

Kalau berdua idea tu lebih banyak dan ada kesinambungan yang berterusan bila berlawak. Tidak timbul rasa selesa atau tidak, kerana Johan juga berbakat. Kalau dinner show saya pun ada buat lawak solo. Tengok keadaanlah. Kalau saya kena buat solo, saya kena buat banyak persiapan mental dan mencari idea yang lebih sebab idea kena fikir sendiri. Kalau berdua, bolehlah kita berkongsi idea.

* Mana lebih selesa, lawak solo ataupun dengan Johan?

Dua-dua suka dan dua-dua tak ada masalah.

* Berapa bayaran yang tertinggi pernah anda dapat?

Nak cakap ke.....takutlah!

* Di pentas ataupun munculnya Zizan, pastinya anda selalu membawa ataupun terbawa-bawa watak lembut. Kenapa?

Ye ke....ha ha ha he he (ketawa gaya lembut). Saya tahu dan saya sedar juga hal itu. Bukannya apa, sebelum saya jelaskan jangan ada yang salah faham ya. Saya tahu karakter itu pasti akan ada bila saya buat lawak, Bukannya apa, saya sebelum ini banyak berkawan dengan golongan lembut, jadi cara pergaulan seperti itu terbawa-bawa. Tapi awas, saya tak lembut....ha ha ha. Saya rasa tanpa sedar ia muncul juga. Nak buat macam mana, auw!

* Adakah anda rasa lawak anda sudah cukup bagus sekarang, sedangkan ramai yang kata lawak anda banyak yang merapu.

Sebagai orang baru, dalam dunia apa pun kalau baru berkecimpung selama dua tahun, tempoh itu belum cukup untuk mengatakan dia sudah hebat. Bagi saya kalau sudah berkecimpung 10 tahun pun saya tak berani nak kata saya hebat.

Soal merapu tu....lawak ini kadang kala ia bersahaja, dan kadang kala kita pandukan kepada skrip. Kalau idea spontan tu ia datang terlintas di fikiran kita sebut saja. Itulah yang agaknya dikatakan merapu. Bagi saya tidaklah lawak saya tu merapu sangat, Sikit-sikit je la agaknya. Tapi tidaklah dari mula sampai akhir merapu saja. Saya sangkallah kalau begitu. Sikit-sikit adalah sebab tak merapu tak kelakarlah jadinya. Kita bukan bagi syarahan, kalau itu ye, unsur-unsur merapu memang tak boleh masuk sikit pun.

* Mewah dengan kehidupan sekarang?

Biasa-biasa saja, yang penting rezeki tak putus dan saya dapat bantu keluarga di kampung hidup senang sikit dari sebelumnya.

* Dengar show paling tinggi RM15 ribu. Tu yang dapat renovasi rumah di kampung?

Pandai jelah, nak tau aja kita punya harga show tau! Tak kuasa gitu! Jangan cakap macam tu, nanti orang kata kita minta mahal, yang amal percuma pun buat. Yang murah pun terima dan yang mahal macam tu lagi kita terima. Eh termengaku lak! Tapi bayaran yang macam tu saya kongsi dengan Johan. Nak dapat bayaran macam tu nak kata selalu taklah sangat. Suka tau korek rahsia kita tau!

* Apa rancangan tahun ni.

Tahun ini Bolos musim 2 kembali, jadi pengacara Raja Lawak lagi. Terbaru dapat tawaran jadi DJ radio. Tunggu....

* Dengar ada kekasih dah. Siapa dia?

Nak serkap jaranglah tu. Mana ada, kita solo lagilah. Tamboh sket, mude plok tu...tak dok
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:36 am

Dilla Ali dah kahwin

MASIH ingat Dilla Ali yang pernah menganggotai kumpulan M’steen yang pernah popular di sekitar 90-an yang turut dianggotai oleh Intan Azura yang kini popular sebagai pelakon itu?

Dia ini pun sebelum menyepikan diri pernah berlakon beberapa buah drama. Tapi sekarang dengarnya dia membabitkan diri dalam bidang alih suara. Dia menjadi penerbit bagi sebuah syarikat alih suara di ibukota.

Dah lama tidak mendengar beritanya, tiba-tiba Joyah dapat tahu dia sudahpun bernikah pada 20 Disember lalu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah.

Khabarnya dah lama Dilla dan Shah ini kenal. Adalah 10 tahun dan baru kini kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkahwin.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Dilla. Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Khairuli Ilmi iaitu anak kepada Datuk A. Rahman Hassan.

Tahniahlah Joyah ucapkan kepada Dilla dan pasangannya. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:38 am

Harapan Farhan pada Bukan Mimpi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Farhan10


LAMBAKAN artis-artis baru yang mewarnai dunia seni tanah air sedikit sebanyak telah menenggelamkan nama Farhan. Bintang yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia (AF-4) itu tetap optimis bahawa dia juga boleh berjaya seperti yang lain.

Malah tekad Farhan untuk terus mewarnai dunia seni tanah air dilihat sesuatu yang realistik kerana hanya mereka yang kental sahaja dapat terus bertahan hingga ke akhirnya.

Dia juga tidak mahu menjadi bintang mi segera yang hanya muncul untuk seketika. Harapannya untuk terus kekal dalam bidang seni sampai bila-bila.

Apa yang istimewa dengan gadis ini, tidak banyak kisah peribadinya yang terpampang untuk santapan peminat seperti sesetengah artis yang lain. Sikap berahsianya itu membuatkan sesiapa sahaja sukar mendapatkan cerita terbaru. Jelasnya, biarlah isu kerjaya sahaja yang jadi perhatian orang.

Tambahnya lagi, bidang nyanyian sememangnya sudah menjadi kerjaya tetapnya lantaran itu, dia semakin sibuk dengan pembikinan album terbarunya yang berkonsepkan rythmic soul yang memuatkan lapan buah lagu.

“Buat masa ini, Farhan memang sibuk dengan album baru, Bukan Mimpi dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan.

“Farhan menjangkakan lagu Bukan Mimpi yang terdapat dalam album tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat memandangkan ia sudahpun diputarkan di kebanyakan stesen radio ,” tutur Farhan.

Dalam kesuraman industri muzik tanah air, ramai artis dan syarikat rakaman yang tidak berani membuat album penuh dan hanya mengeluarkan album single. Tetapi, bagi gadis baru menjengah 25 tahun ini, perkara tersebut sememangnya perlu di atasi dengan bijak.

Katanya, pihaknya sudahpun membuat perancangan bagi memastikan album yang bakal dilancarkan itu mendapat tempat di hati peminat.

Jelas Farhan, kecanggihan teknologi masa kini pasti akan digunakan sebaik-baiknya. Sebab itu dia merancang untuk menjual lagu-lagunya secara online seperti yang dilakukan oleh kebanyakan artis yang lain.

Selain sibuk dengan pembikinan album, Farhan juga tidak putus-putus menerima undangan nyanyian terutamanya syarikat-syarikat korporat.

Yang pasti Farhan mempunyai pesona sebagai seorang penghibur yang boleh membawakan apa sahaja jalur muzik tanpa sempadan.

“Alhamdulillah, setakat ini Farhan masih lagi menerima undangan nyanyian. Walaupun tak terlalu banyak, tapi rezeki tak putus-putus.

“Pada Farhan ini adalah petanda yang bagus kerana setiap kali persembahan , pasti Farhan akan terima kritikan dan reaksi daripada peminat. Dari situlah Farhan akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri,” ujar farhan.

Dia memberitahu, setiap kali persembahan, pihak penganjur yang akan memilih konsep yang mereka mahukan. Ini lebih mudahlah Farhan menghiburkan tetamu yang hadir.

Dek kerana kesuraman industri muzik, ramai penyanyi yang kini beralih arah kepada cabang bidang seni yang lain. Mereka meneroka segala cabang seni dan mengambil peluang itu untuk terus kekal dalam industri ini.

Ada yang terjun ke bidang lakonan, menjadi pengacara atau membuka perniagaan sebagai jaminan masa hadapan.

Bagi Farhan, jiwanya masih lagi pada bidang muzik. Memang ada tawaran berlakon cuma dia sahaja yang masih lagi belum bersedia. Biarlah tumpukan pada bidang nyanyian buat masa ini.

“Sebenarnya memang Farhan ada terima tawaran lakonan, tapi terpaksa ditolak sebab Farhan mahu memberikan lebih fokus pada bidang nyanyian dahulu,” katanya.

Kini Farhan mengorak langkah dengan tertubuhnya Mezaforte Sdn. Bhd. sebagai jaminan masa depan. Di bawah syarikatnya itu, dia menguruskan seorang lagi artis, Hazama.

“Jika saya tidak ada persembahan, saya akan duduk di pejabat dan menguruskan kerjaya seni Hazama. Memang saya ada banyak perancangan yang telah dibuat untuk mengukuhkan lagi syarikat tersebut.

“Harap-harap, biarlah semuanya berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Untuk tahun 2009 ini, Farhan mengharapkan agar album Bukan Mimpi akan mendapat sambutan oleh peminat-peminatnya.

“Kalau boleh Farhan nak gembirakan semua orang terutamanya keluarga Farhan. Mereka bukan sahaja inspirasi Farhan, malah memang Farhan berharap agar mereka dapat memaafkan apa sahaja kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan,” kata Farhan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:53 am

Kalau jodoh tak ke mana - Ayu Raudhah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Ayu17 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Ayu212

AYU RAUDHAH tiba-tiba memanaskan dunia hiburan tempatan apabila dikatakan akan bertunang dengan pelakon Pekin, Februari depan.

Dalam ruangan Gitu...lah! kelolaan Niezam minggu lepas menyatakan bahawa Ayu dan Pekin merancang untuk 'mengikat' cinta mereka selepas hubungan masing-masing pernah putus di tengah jalan tahun lepas.

Sementelah sejak kebelakangan ini khabarnya kedua-dua mereka menjalinkan kembali hubungan mesra dan sudah banyak mata yang melihat mereka keluar bersama.

Sebelum putus tahun lepas, Ayu yang juga merupakan adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan dan Pekin pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

Berkesempatan berbual dengan Ayu yang ketika dihubungi Rabu lalu sedang berhenti rehat daripada menjalani penggambaran drama Sebelum Menutup Mata di Kuang, Selangor, dia memberitahu terkejut dengan berita yang dilaporkan.

Namun gadis berusia 24 tahun ini tidak pula mengelak daripada memberi sebarang kenyataan. Malah dia mengakui menerima dengan hati terbuka aktor berwajah lembut itu sekiranya sudah jodoh antara mereka.

"Kalau ada jodoh tak ke mana," jelasnya sambil ketawa manja.

Mengakui hakikat bahawa dia masih bertemu dengan Pekin namun Ayu kemudiannya menegaskan buat masa ini memang tiada perancangan untuk mengikat tali pertunangan seperti yang diheboh-hebohkan.

"Memang kami masih berkawan dan masih berjumpa antara satu sama lain kerana tiada persengketaan antara saya dan dia.

"Cumanya mungkin pertemuan kami tidak lagi seperti dulu. Buat masa ini, itulah kami. Tapi kalau sudah jodoh, saya terima ketentuan-Nya," jelas Ayu tanpa berselindung.

Mengakui senang berkawan dengan Pekin kerana seorang yang berterus terang, kata Ayu, pelakon yang berasal dari Kelantan itu juga banyak memberinya dorongan dalam kerjaya dan kehidupan.

Berkenalan ketika usianya 18 tahun pada sebuah acara di Bukit Bintang, Pekin semasa itu masih bergelar seorang penyanyi berkumpulan

"Saya juga selalu meminta pandangannya. Saya sukakannya kerana dia tak hipokrit dan tak control macho. Dia orangnya relaks sahaja," kata Ayu mengenai bekas buah hatinya itu.

Ditanya mengapa mereka berpisah, Ayu dengan selamba memberitahu hubungan mereka, 'mungkin lama sangat' dan ingin 'berehat sebentar'.

"Kami pun tak declare apa-apa. Itu yang buat saya terkejut tu (berita pertunangan). Mungkin orang silap kot sebab kakak saya yang bernama Rohaiza pun ada yang nak kahwin Mac depan.

"Dulu masa kakak saya, Rubytah nak kahwin dengan Lan Pet Pet pun ada yang ingatkan saya yang mahu berkahwin," katanya sambil ketawa.

Memberitahu bahawa kedua-dua keluarga Ayu dan Pekin saling mengenali antara satu sama lain, dia dan keluarganya juga pernah bertemu keluarga Pekin di Kelantan sewaktu dia menjalani penggambaran sebuah drama di sana dua tahun lalu.

"Mungkin ada yang melihat kami sekarang berjumpa kut... itu yang ingat kami bercinta semula," kata Ayu lagi sambil memberitahu selepas perpisahan mereka pernah bekerjasama dalam drama Sutra Maya.

Mengakui yang dirinya tidak marah dengan berita yang ditulis namun Ayu memberitahu kurang senang kerana perlu memberikan penjelasan kepada semua terutama keluarga dan teman-teman.

"Tak kan saya nak terangkan kepada setiap orang hubungan saya dan dia," ujarnya lagi.

Belum memikirkan soal komitmen kerana sibuk dengan aktiviti lakonan, selain sibuk di lokasi penggambaran Sebelum Menutup Mata, Ayu juga baru sahaja selesai penggambaran tiga drama Bila Syaitan Berbisik, Dewi Di Sebalik Cermin dan Sinar Senja.

Sehingga Mac depan, kata Ayu pula, sudah ada beberapa drama yang akan dijayakannya selain menerima tawaran berlakon filem.

"Alhamdulillah... rezeki saya... sementara orang nakkan kita... Saya mahu bekerja lebih keras tahun ini," katanya yang baru dua tahun aktif dalam dunia lakonan.

Jadi sebenarnya bila Ayu Raudhah mahu mendirikan rumah tangga? Kala ditanya soalan itu, Ayu Raudhah ketawa dan memberitahu bahawa mengikut perancangan awal, dia mahu berkahwin pada usia 21 tahun. Namun mungkin kerana masih tiada jodoh, perancangan itu akhirnya tinggal perancangan sahaja.

"Ikutkan saya memang dah nak kahwin. Tapi nampaknya tak ada rezeki lagi. Saya memang suka berkahwin awal kerana saya mahu menimang cahaya mata awal. Supaya nanti, anak-anak dah besar dan saya masih muda," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 8:56 am

Fazley lebarkan sayap

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Fazley13

Bukan mudah untuk memiliki semua dalam satu masa. Menjadi penyanyi, pengacara, pelakon, perunding motivasi, usahawan berjaya sudah cukup untuk meletakkan nama Dr. Fazley Yaakob sebagai insan yang kental. Dia mengecapi semuanya dalam usia yang masih muda.

Kini, Fazley yakin untuk terus memperkembangkan perniagaannya sejajar dengan peredaran zaman.

Di bawah jenama Fazley International Collection, ruang baru diterokai dengan kemunculan FaZLey GadGets khusus untuk peminatnya.

Kini, Fazley boleh berbangga apabila Fazley Baroqah, Fazley Handbag, Fazley Babies dan Fazley Apparel semakin mendapat tempat dihati peminat.

Dia yakin produk-produk yang dipasarkan terutamanya gajet, mempunyai pasaran yang luas dan diterima oleh orang ramai. Kini, impian tersebut telah pun direalisasikan di bawah jenama FaZLey GadGets yang beroperasi di in Q box, Mid Valley Megamal dan in Q box One Utama.

“Sebelum ini, saya hanya memasarkan produk-produk secara online. Namun, memandangkan banyak permintaan untuk melihat barang tersebut, terpaksalah saya mencari satu kedai khusus untuk peminat gajet ini,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Kata Fazley, semua barang-barang tersebut memang dibawa khusus dari United Kingdom (UK) dan sudah pasti barang yang dipasarkan tidak terdapat di Malaysia. Tambahan pula dia sering menerima maklum balas daripada peminat-peminat setianya yang mahukan dia mencuba sesuatu yang baru.

Antara barang unik yang terdapat di bawah jenama FaZLey GadGets termasuklah Digital Frame, Mini USB Fridge, Baby Video Monitor dan Emergency Charger. Namun, yang paling mendapat permintaan hangat sudah pasti Jellyfish mood Tank.

Sambutan yang diterima memang menggalakkan. Mungkin sebab ia tidak terdapat ditempat lain. Tambahnya, ada peminat yang mahu membeli aksesori kedainya seperti lampu berbentuk telur. Walhal, lampu tersebut digunakan sebagai perhisan sahaja.

“Mahu tidak mahu, terpaksalah saya menjualnya dan mencari pembekal baru” kata Fazley lagi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Fazley14


Perniagaan yang diusahakannya mendapat sokongan padu terutamanya daripada keluarga. Fazley mengangap ini adalah satu perniagaan keluarga terutamanya untuk isteri dan adik-adiknya yang lain.

Tambahnya, dia tidaklah menguruskan perniagaan tersebut seorang diri. Selepas ini, adiknya, Ahmad Faizal yang akan pulang dari Australia akan menjaga Fazley Sports, barang-barang khusus untuk bersukan seperti jersi-jersi, kasut bola dan banyak lagi.

Manakala, adik perempuannya, Farahdila pula akan menguruskan Fazley Baroqah. Terdapat beberapa keistimewaan dibawah jenama Fazley Baroqah termasuklah telekung, tafsir al-Quran dan al-Quran digital yang tidak dijual di Malaysia.

“Jadi, semua barang-barang keperluan boleh didapati di bawah Fazley International Collection dan ia sebenarnya memudahkan urusan kita seharian,” ujarnya lagi.

Fokus media kini lebih terarah kepada perniagaan yang diusahakan oleh Fazley. Adakah dia sebenarnya sudah mahu melupakan terus bidang hiburan yang suatu ketika dulu menaikkan namanya?

Rupa-rupanya, dalam diam dia sudahpun merakamkan album terbaru yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya penghujung Januari ini. Kini, dia sedang sibuk menguruskan pembikinan video klip single terbarunya yang berjudul Superheromu yang digubah oleh Ajai, manakala lirik ditulis oleh Fazley sendiri.

Bagi Fazley, lagu tersebut agak unik kerana ia mempunyai pembaharuan dan kelainan. Selain itu, peminat juga boleh mendengar suara VJ yang dari Indonesia dalam lagu tersebut.

Apa yang paling menggembirakan ialah dapat menyanyikan lagu ciptaan Habsah Hassan berjudul Rindu Tak Tertanggung yang memang ditujukan khas untuk ibu dan isterinya Azrene Soraya. Bagi lagu Permaisuri D Hati pula menampilkan kolobrasi bersama adinya Faizal.

Baginya sekarang, tumpuannya kini lebih kepada bidang pengacaraan. Antara rancangan yang pernah di hoskan oleh Fazley termasuklah 3 Hari 2 Malam. Kini dia masih lagi dalam proses perbincangan untuk menerbitkan program bual bicara sendiri. Namun, semuanya masih dalam perancangan dan menunggu masa untuk dimulakan.

Perunding Motivasi bagi program Gadis Melayu dan Gang Starz juga mahukan tahun 2009 ini akan menggemilangkan lagi kariernya dalam bidang seni dan berharap akan menjadi insan yang lebih sempurna.

“Sudah pasti saya mengharapkan album yang akan muncul mendapat sambutan daripada peminat,” katanya lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 9:08 am

Pelakon tambahan cemarkan nama artis

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Pesta10
Pelakon baru (kiri) dan pembaca berita.

Baru nak berjinak-jinak jadi artis dah mula buat hal. Kemunculan pelakon baru yang tidak terkenal itu hanya mencemarkan nama artis.

Pelakon yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pesta seks dan khayal di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam tahun baru 2009 lalu hanyalah seorang pelakon baru yang belum popular.

Tapi apabila disebut kerjaya sebagai pelakon, orang tak kisahlah pelakon lama atau pelakon baru, mereka tetap dinamakan sebagai pelakon.

Sebab itulah pengarah atau penerbit harus meneliti latar belakang seseorang yang beriya-iya nak jadi artis ni. Jangan pilih yang cantik dan seksi sahaja.

Pilih yang benar-benar mahu menonjolkan bakat, bukannya sekadar nak mintak laluan masuk atau nak glamor sahaja.

Kalau setakat nak glamor dan menjadikan tiket sebagai artis untuk mendapat perhatian, baik tak payah. Menyusahkan orang sahaja.

Lakonan belum terbukti, sosial pulak yang lebih. Belum sempat mencipta nama sebagai pelakon yang dikenali sudah terkantoi.

Orang ingat sampai bila-bila apa yang awak buat itu. Awak sendiri yang cuba tutup pintu rezeki yang baru nak dibuka itu.

Mangga Muda: Semoga tahun 2009 ini makin cool gosip artis. Hujung tahun ini ramai yang kahwin, jangan pulak tahun 2009 pakat pergi mahkamah pula.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 9:14 am

GAMBAR FAUZIAH GOUS

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 F50

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 F216

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 F313
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 9:26 am

Stacy in DJunction Kota Kinabalu

Stacy nyanyi live...best giler suara dia...antara lagu yang dia nyanyi adalah No One, Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi...Aku Stacy dll..

Ni le gambar2 yang sempat Kino 'tembak'...enjoy!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Copyof13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Copyof14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Copyof16

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Copyof17


Last edited by sally_eiyna on Sun 04 Jan 2009, 11:17 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 9:36 am

Zhana Af diberi surat warning

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Untitl43


Bekas bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) dikatakan dua kali terima amaran daripada Engku Emran

SUDAH jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang Zubir dengar berlaku kepada penyampai radio kesayangan Suria FM, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan atau Zhana, 24. Selepas Zubir teropong, Zhana yang ditukarkan ke unit berita, bukan lagi sebagai penyampai Suria FM, baru-baru ini dia mengambil tindakan nekad menghantar surat notis berhenti kerja ke meja Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin!

Zubir difahamkan, notis berhenti kerja itu berkuat kuasa selama dua minggu. Zubir dengar cerita, Zhana kecewa dengan pihak pengurusan yang bertindak menukarkannya ke unit lain gara-gara dia tidak datang bertugas pada 16, 18 dan 19 Jun lalu, selain mempertikaikan sijil cuti sakit yang diberikan doktor dari satu klinik swasta kepadanya.

Setahu Zubir, sebelum ini Zhana bersama teman sekerjanya, Zizi mengendalikan segmen Breakfast@Suria mulai jam 6 hingga 10 pagi. Menurut laporan sebuah akhbar mingguan bertarikh 6 Julai lalu, Zhana kononnya dikenakan tindakan kerana dia tidak datang bertugas dengan alasan demam. Namun, keesokan harinya ketika dia ke pejabat dan memberi sijil cuti sakit, orang besar di stesen itu terus tarik muka dan minta dia buat kerja baca berita saja.

Menerusi akhbar mingguan yang sama bertarikh 13 Julai, Engku Emran sudah pun membuat kenyataannya berhubung isu berkenaan. Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Zubir berjaya teropong sijil cuti sakit Zhana yang dikeluarkan sebuah klinik di Mid Valley Megamall bertarikh 18 Jun. Menerusi sijil cuti sakit itu, Zubir difahamkan Zhana diberi rehat selama dua hari (18 dan 19 Jun 2008) kerana mengalami masalah sakit puan atau vaginitis.

Pun begitu, Zubir dimaklumkan satu sumber, selepas Zhana menyerahkan sijil berkenaan kepada pihak pengurusan, Engku Emran mengeluarkan ˇ®letter of warning & show causeˇŻ kepada Zhana, sekali gus menggantung kerja Zhana sebagai penyampai Suria FM mulai 23 hingga 27 Jun lalu. Namun, selepas Zhana memberi surat penjelasan, khabarnya sekali lagi dia menerima surat amaran daripada Emran.

Zubir berusaha mendapatkan kesahihan cerita daripada mulut Zhana sendiri, tapi hampa kerana semua SMS yang dikirimkan kepadanya tiada balasan, selain panggilan telefon tidak berjawab. Pun begitu, sekiranya ini satu lagi kisah benar, industri penyiaran kehilangan seorang lagi penyampai berbakat seperti Zhana.

Namun, Zubir yakin, selepas keluar dari Suria FM, tentu banyak stesen radio lain mengintai Zhana!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:27 am

Farahrizan Abdul Razak Astro Awani Ditangkap Pesta Dadah & Parti Seks Orgy

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 31649710

Rupa-rupanya penyampai di Astro Awani yang dikatakan ditangkap di parti dadah dan seks orgy selebriti dalam sambutan tahun baru ialah Farahrizan Abdul Razak.

Penyampai berita televisyen, Farahrizan Abdul Razak, 22, yang diberkas polis kerana menyertai parti dadah di sebuah hotel, awal pagi kelmarin, dikatakan sudah mengatur persiapan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang kakitangan syarikat penyiaran lain, minggu depan.

Bagaimanapun, perancangan majlis perkahwinannya itu dipercayai terjejas berikutan dia direman untuk siasatan polis sehingga esok. Dalam serbuan awal pagi tahun baru di bilik tingkat 11 sebuah hotel di sini, dia bersama 25 individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKL) untuk diambil keterangan.

Sembilan daripada mereka direman selepas disahkan positif dadah dalam ujian air kencing. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata, personaliti terbabit disahkan positif mengambil dua jenis dadah serentak iaitu syabu dan ketamin.

Katanya, penyampai berita terbabit disoal siasat bagi mengenal pasti sejauh mana pembabitannya dalam penganjuran parti itu. Menurutnya, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap pengurusan hotel berkenaan, sebaliknya tindakan terhadap penganjur.

“Parti itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu. Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai dadah jenis ketamin dan syabu serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Kang berkata, pihaknya akan menghantar semua yang direman untuk menjalani ujian air kencing kedua di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum tindakan lanjut.

“Mereka bagaimanapun bebas sebarang tuduhan seks kerana kesalahan membabitkan dadah. Siasatan awal mendapati seorang lelaki membekalkan dadah kepada pengunjung parti itu. Pembekal dadah itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1a) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya,” katanya yang menjelaskan parti itu bukan berunsur seks seperti dihebohkan kerana ketika diberkas, semua suspek lengkap berpakaian dan tiada seorang pun berbogel.

Malah, katanya, hanya dua keping kondom ditemui di lokasi kejadian. Difahamkan, penyampai berita itu diajak beberapa rakan ke bilik hotel terbabit selepas berhibur di sebuah kelab malam berhampiran. Dia dikatakan tidak mengetahui apa yang berlaku di situ sebelum sepasukan polis menyerbu bilik berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz, berkata pihaknya menyifatkan kejadian itu berlaku pada ‘waktu peribadi’ penyampai berita terbabit. Namun, beliau berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada polis dan bersedia memberi kerjasama.

“Buat masa ini, kami tidak dapat memberi sebarang kenyataan hingga mendapat maklumat sahih mengenai kejadian sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam. - Harian Metro
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:32 am

Sinopsis, Watak & Poster Filem MAUT

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 A146

Tajuk : MAUT ( Sebelum ini dikenali sebagai MALAIKAT MAUT)
Genre : Suspense Drama
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2009
Pegarah : Bade Hj. Azmi
Penerbit : Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pelakon:
Cerita Satu
Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan

Cerita Dua
Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush

Cerita Tiga
Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Riduan Hashim, Rabecca Ahmad


Malaikat maut menjemput pulang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 B69

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 C52

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 D39

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 E33

Sinopsis Filem MAUT

Dalam kehidupan manusia, terdapat sepohon pokok. Setiap kali daunnya jatuh, satu nyawa manusia akan diambil. Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan menjalankan tugasnya mengambil nyawa manusia, yang namanya tertera pada daun tersebut.

Cerita 1: Ketenangan Abadi. Lina, seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Lina, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, Lina rasa serba tak kena, dia rasa seram sejuk. Tiba-tiba pintu rumah Lina diketuk orang. Seorang gadis (Fadilah) dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh di rumah Lina. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Lina dengan simpatinya mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Lina dapati Fadilah telah tiada. Tiada seorangpun percaya dengan cerita Lina tentang Fadilah. Keesokannya, di televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Lina ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Fadilah. Fadilah sebenarnya telah dirogol dan dibunuh. Rohnya tidak tenteram.

Cerita 2: Sinar Harapan. Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, jejaka Inggeris yang dikenalinya sekian lama. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah rasa cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan perempuan lain. Mereka bergaduh dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apabila tersedar, Farah telah ada di hospital, dengan seorang perempuan tidak dikenali menemaninya. Farah menceritakan kepada perempuan itu tentang siksaan yang dialaminya sepanjang koma beliau. Farah begitu menyesal atas kelakuannya selama ini. Dia telah melalui pembalasannya sepanjang berada dalam koma itu. Farah mahu bertaubat.

Cerita 3: Azab Balasan. JJ, seorang lelaki muda yang telah lupa asal usul dan pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert black metal, JJ dan kawan-kawan yang di bawah pengaruh dadah telah terlibat dalam kemalangan. Proses kematiannya kelihatan sangat menyakitkan dan mengelirukan. JJ juga tidak mampu mengucapkan kalimah dua syahadah. Ketika menguruskan jenazah JJ, dugaan lain pula yang dialami keluarganya, seolah-olah rohnya tidak pernah tenteram.

Nantikan tayangan filem Maut mulai 15 Januari 2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 F51

Poster Filem MAUT

Watak Dalam Filem MAUT

Liyana Jasmay : Lina
Sabrina Hassan : Farah
Que Haidar : JJ
Siti Shahrizah (Eja) : Jasmin
Hasnul Rahmat : Ahmad
Hamidah Wahab : Ibu JJ
Awal Ashaari : Fendi
Nana Era: Sabrina
Syarizad Ibrahim (Sherry) : Anne
Diana Daniella : Umi
Mohamad Bathich : Duke
Mohamad Bathich : Baby
Noreminadiya (Emy Nadia) Fadilah
Reza Era : Azam
Danny X-Factor : Ikram
Noniswara : Ibu Farah
Zack Taipan : Ayah Fadilah
Hafidzuddin Fazil : Ayah Farah
Fouziah Gous : Hana
Ridzuan Hashim : Ayah JJ
Fauziah Nawi : Nenek JJ
Rabecca Ahmad : Salina
Khairul Fahmizwan : JJ kecil
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:36 am

Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy

Pada 20 dan 21 Disember 2008 yang lalu, Adlin Aman Ramli dan kekasihnya Emilda Rosmila telah menjalani kursus pra perkahwinan di Zura Academy di Bangsar. Pasangan ini khabarnya akan berkahwin pada bulan 5 ini. Permohonan kahwin dibuat di Kuala Lumpur dan akan dinikahkan di negeri Perak. Semoga mereka berdua selamat diijabkabulkan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 E34
Hari Pertama kursus mengenakan pakaian serba putih

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 E211
Gambar mereka di hari kedua. Sehati sejoli..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:40 am

Gambar rita rudaini dan suami..aidil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Rita110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Rita212

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Rita410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Rita510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Rita-a10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Rita-a11

w/pon nampak dari luarannya hubungan cam adik-kakak, but for this lovely & sweet couple... mmg mcm pinang dibelah dua.

w/pon makin naik usia, rita tetap maintain gitu. aku ckp ni pon psl aku ni mmg peminat rita dari dulu2 lagi.

pa pe pon, doakan la yg terbaik utk mereka berdua. citer lama usah diungkit kembali. usahlah buruk sangka lagi kat diorg ni yer.. flower
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:41 am

Elyana Tetamu Undangan di My Starz LG

Program realiti My Starz LG telah pun menyaksikan penyingkiran 4 peserta iaitu Elaine & AG dari kumpulan A, Jessica dan yang terbaru, Gzell dari Kumpulan B. Minggu ini seorang lagi peserta bakal diumumkan terkeluar dari pentas My Starz LG dan siapakah di antara 8 yang masih kekal akan terus mara ke pusingan seterusnya? Sama-sama kita saksikan!

Sedikit kelainan bermula minggu ini, persembahan mereka tidak lagi dibahagikan di dalam kumpulan A & B dan para peserta mula bergabung. Persembahan mereka ini akan diadili oleh juri tetap, Hattan dan Liza Hanim serta juri jemputan, komposer terkenal, Adnan Abu Hassan. Konsert malam itu nanti bertemakan ‘CINTA’ dan dijangka bertambah hangat dengan nyanyian istimewa dari tetamu undangan, Elyana.

Justeru itu, untuk mengetahui siapakah yang akan tersingkir dan berhibur dengan persembahan para peserta korang kena tonton My Starz LG:

4 Januari 2009 (Ahad)

7.30 malam (Siaran langsung bermula jam 8.00 malam)

Dewan Auditorium, MBSA Shah Alam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Elyana19
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:45 am

Photo Liza Hanim Pregnant

Diam-diam ubi berisi, diam Liza Hanim rupanya perutnya dah pun berisi. Selepas tamat pementasan P Ramlee The Musical musim kedua, wajah penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa ini jarang ditemui sehingga Liza muncul dalam My Starz LG sebagai pengkritik.

Hamil anak kedua… tahniah buat Liza Hanim. Elok jugak tu, anak sulung Liza, Marsya Qistina pun dah membesar, jadi inilah masanya nak buat anak lagi… Pandai Liza dan suami, Mohd Shahrin Mohd Samsudin meramaikan ahli keluarga. Jangan tak tahu dalam pada mengandung itu, Liza masih berhasrat untuk aktif sebagai anak seni. Malah, sempat dia bertanya kepada teman baiknya, Chedd kalau ada peluang untuk beraksi lagi di pentas teater.

Bukan sesuatu yang mengejutkan kerana selesai pementasan P.Ramlee dulu, Liza sering meluahkan hasratnya untuk kembali beraksi. Berlakon pentas ini memang tak akan puas dan mungkin kerana itu dia sentiasa mahukan cabaran baru. Apa pun tahniah sekali lagi kepada Liza dan suami.

Gambar ini diambil ketika Liza jadi pengkritik di My Starz LG Ahad lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Liza10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Liza_h10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 10:54 am

Pengacara NONa ni seksi jgk...kan!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Ally14

Hos majlis, Ally Iskandar dan pengacara Nona

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Ally212

Mereka asyik duk bergurau sinis… menceriakan suasana majlis.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 11:16 am

Pasang surut Jasmin Hamid bergelar artis


LIKU-LIKU kehidupan aktres cantik Jasmin Hamid, 34, sepanjang 18 tahun bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya.

Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.

Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya.

Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, pemilik nama sebenar Jasmiah Abd. Hamid ini mengaku dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.

“Memang kadangkala ada juga tawaran yang bagus dan sesekali ada juga yang tidak. Namun, semua tawaran itu bergantung juga kepada diri saya untuk menerimanya atau tidak.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan dalam sebulan tu sekurang-kurangnya saya ada ‘job’ dan tiada masalah dengan karier yang saya ceburi ini.

“Namun, saya tidak terlalu bergantung kepada kerja ini sebagai sumber pendapatan. Sebaliknya, saya menganggap bayaran tersebut diberikan atas lakonan yang saya lakukan.

“Saya berlakon pun sebab minat. Jadi, saya diberi bayaran atas lakonan itu dan bukannya saya berlakon sebab bayaran,” cerita Jasmin mengenai hasil titik peluhnya itu.

Pernah terima bayaran ‘ciput

Menyentuh tentang gaji seorang pelakon, Jasmin berkata bayaran lakonan yang diterimanya tidak menentu.

“Selalunya, saya menerima bayaran yang memadai dengan lakonan yang dibuat. Kadangkala, ada juga produser yang tidak berkira dan pandai menghargai saya.

“Tetapi, saya juga tidak menafikan pernah tidak mendapat bayaran yang sepatutnya saya terima.

“Apabila fikirkan karektor yang diberikan, saya sanggup juga berlakon walaupun bayaran tersebut tidak setimpal dengan apa yang saya dah buat,” jelas Jasmin yang gemarkan watak seseorang yang banyak bermain dengan perasaan dalaman.

Tambah Jasmin, dia menyukai watak tersebut kerana ia mampu menguji tahap emosi dan ekspresi dirinya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Jasmin15
Jasmin menyenangi watak yang mampu menguji tahap emosi dan ekspresi dirinya.


“Bagi saya, kalau diberi pilihan, baik biar orang suruh saya berlawan dengan orang lain daripada berlawan dengan perasaan.

“Bukan apa, kalau benda tu susah hendak keluarkan, kita akan rasa sakit kerana kita memaksanya untuk buat apa yang diinginkan oleh pengarah,” luah Jasmin yang biasanya terkenal dengan watak antagonis di kaca TV.

Terbaru, watak antagonis Jasmin sebagai Datin Sofira boleh dilihat melalui drama bersiri Spa Q yang sedang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.

Pelakon baru ‘cetek’ pengetahuan

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1996 melalui drama Jutawan Segera ini, walaupun sudah jauh melangkah, dia masih mencari ilmu berpandukan orang-orang yang arif dan lebih berpengalaman daripadanya dalam industri ini.

Jasmin juga tidak lokek jika ada juniornya yang ingin menimba ilmu daripadanya pula dengan berkata ringkas: “Itu pun kalau mereka hendak.”

Bukan ingin menunjuk pandai, Jasmin berpendapat pelakon baru sekarang malas hendak membuat kajian.

“Yang membuatkan saya terkejut apabila ada antara pelakon baru yang tidak mengenali pelakon lama yang sedang bekerja dengannya.

“Sepatutnya, seseorang itu perlu membuat kajian tentang dengan siapa kita berlakon dan ambil tahu tentang orang sekeliling kita.

“Mereka juga perlu ada pengetahuan. Misalnya, ketika berlakon, pengarah minta menangis, saya rasa semua orang boleh buat tetapi kalau penonton tak dapat rasa perasaan sedih tu tak guna juga.

“Saya juga masih mencari pelakon baru yang betul-betul layak bergelar seorang pelakon. Saya akui memanglah jika tiada yang lama, tiada juga yang baru tetapi kaedah yang digunakan sekarang ini berlainan dengan orang dulu.

“Saya tak nafikan perbezaan pemikiran antara orang dulu dan sekarang, tetapi pucuk pangkalnya ia terpulang kepada diri-sendiri.

“Walaupun kita sudah sampai kepada zaman siber sekalipun, asal-usul kita jangan dilupakan,” ulas Jasmin dengan panjang lebar.

Semakin matang

Seperti yang diketahui, Jasmin telah disahkan bercerai dengan suaminya, Ian Rashid Macquistan, 36, pada 4 Februari 2008.

Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya.

Mereka adalah Rohana, 21, Luqman Hakim, 14, dan Ian Haziq, 8.

“Kehidupan saya tidak banyak berubah malah saya menjadi semakin matang. Saya suka mengambil iktibar kepada apa yang berlaku di sekeliling sama ada yang buruk atau yang baik serta kesannya.

“Saya dan anak-anak masih menjalankan kehidupan seperti dulu. Kami masih menjadi keluarga yang bahagia.

“Apabila ada masa terluang, saya akan habiskan masa bersama anak-anak di rumah atau keluar jalan-jalan.

“Tetapi apabila berjalan dengan saya, anak-anak akan cepat bosan sebab sepanjang perjalanan mesti ada sahaja orang nak bergambar dengan saya.

“Kadangkala rindu juga dengan zaman dulu sebab kita tak kisah dengan apa yang dilakukan tetapi sekarang perlu berhati-hati kerana ada juga tempat yang boleh mengundang bahaya,” ujar Jasmin yang sentiasa membawa anak-anaknya berlibur di luar sekali dalam masa sebulan.

Enggan toleh ke belakang

Tahun 2009 baru sahaja membuka lembaran baru. Begitu juga dengan Jasmin yang memasang azam baru untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

“Saya tak nak tengok lagi apa yang berlaku di belakang tetapi saya nak terus berjalan ke depan sehingga mencapai apa yang diimpikan.

“Biarlah impian itu saya rahsiakan untuk saya seorang sehingga apabila sudah tercapai satu masa nanti, saya akan kata ‘I work for it’ dan saya tahu yang impian itu tercapai mengikut rezeki masing-masing,” akhiri wanita berbintang Virgo ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 11:26 am

Pilihan mStar: 5 bintang harapan 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Juey10
Pelakon Jue Aziz sering membuat kesilapan mengejar 'glamor' dengan cara yang salah.


Terlalu ramai bakat muda yang diketengahkan tetapi yang benar-benar berbakat boleh dibilang dengan jari. Kalau populariti dan glamor yang dicari, ramai nama yang akan tersenarai.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Mey110
Pelakon baru Diana seharusnya lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.


Mungkin ada yang rasa sudah hebat dan 'popular' bila wajah manis dan jelita sering terpapar di dada akhbar menjadi tajuk.

'Stigma' orang ketiga dalam krisis rumahtangga Abby Abadi-Norman lebih diberi perhatian dari bakat yang ada pada diri Memey Suhaiza.

Tapi kalau sekadar skandal dan gosip yang diharapkan melariskan nama, itu sudah jauh tersimpang dari matlamat sebenar. Begitu juga 'stigma' yang terpalit kerana publisiti murahan seperti yang diundang oleh Memey Suhaiza, Jue Aziz, Ngasreen Ngasri (Darling) dan Diana Danielle tanpa disedari mereka.

5 bakat muda yang dijangka akan lebih menyerlah di tahun baru ini ialah pelakon Liyana Jasmay, Fouziah Gous, Nabil, Aizat dan Lisa Surihani. Mereka berlima menepati kriteria pemilihan mStar.


LIYANA JASMAY

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Yanna210
Liyana Jasmay berbakat besar. Gadis genit berusia 20 tahun ini juga bakal bergelar penyanyi pada tahun depan.


Pelakon kecil molek ini sudah mula menongkah dunia lakonan sejak usia belasan tahun dan kini bintangnya semakin bergemerlapan selepas menjayakan beberapa buah filem seperti Castello, Syaitan, Kami The Movie, Histeria dan bakal muncul dengan beberapa buah filem baru iaitu Papadom dan Maut.

Lakonannya yang bersahaja dan berani mencuba apa sahaja watak yang diberikan itu membuatkan Liyana layak digelar sebagai pelakon versatil.

Gadis genit berusia 20 tahun ini juga bakal bergelar penyanyi pada tahun depan. Setakat ini, penyanyi popular lagu Hanya Kau Yang Mampu, Aizat telah mencipta sebuah lagu untuk Liyana.

KOMEN MSTAR: Liyana perlu berhati-hati memilih watak yang sesuai untuk mengembangkan lagi bakat yang ada. Pelapis pelakon Ellie Suriatie, Umie Aida dan Norkhiriah.

LISA SURIHANI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Lisa110


Lisa bakal muncul dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Rempit V3 terbitan MIG Production Sdn. Bhd. pada tahun ini.

Sebut sahaja nama Lisa, pasti orang akan teringatkan wajahnya sebagai pelakon komersial di TV. Namun, Lisa juga sedang berjinak-jinak dalam bidang perfileman.

Melalui filem I’m Not Single arahan Pierre Andre, Lisa telah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21).

Ternyata usaha pelakon berusia 22 tahun ini untuk bergelar pelakon yang berjaya pada masa akan datang tidak akan sia-sia apabila beliau semakin mendapat tempat di hati pengarah filem dan drama.

Terbaru, Lisa bakal muncul dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Rempit V3 terbitan MIG Production Sdn. Bhd. pada tahun ini.

KOMEN MSTAR: Untuk pergi jauh, Lisa perlu mencantikkan lagi cara lakonannya yang nampak agak keras dan kaku. Wajah yang comel dan ayu boleh membantu Lisa tetapi bakat perlu diasah. Jauhkan dari gosip yang memakan diri.

AIZAT AF5

Lagu Kita nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aizat telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 18 Januari depan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Zat10

Pendendang lagu Hanya Kau Yang Mampu ini sudah dikenali sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia 5.

Tidak sampai setahun selepas menyertai program tersebut, Aizat sudah mampu mencipta rekod apabila lagu Hanya Kau Yang Mampu berjaya terjual melebihi puluhan ribu secara digital.

Lagu Kita nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh beliau juga telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 18 Januari depan.

Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini dijangka bakal menyinar pada tahun ini memandangkan bakatnya bukan sahaja tertumpu kepada bidang nyanyian, malah beliau juga berkebolehan mencipta lagu dan lirik.

KOMEN MSTAR: Bakat semulajadi Aizat sebagai penyanyi dan komposer adalah unik memandangkan usianya yang masih muda. Aizat sudah ada 'support system' yang bagus, kedudukan kewangan yang stabil. Aizat perlu dapatkan material yang bagus dan sebagai komposer, kena selektif bila memilih penyanyi untuk menyanyikan lagunya.

NABIL

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Bil1310


Tahun 2009 akan menyaksikan bakat sebenar Nabil sebagai pelakon apabila filem yang diinspirasikan oleh tagline Nabil - 'Lu Fikirlah Sendiri The Movie' akan menemui peminat.

Jenaka 'gila-gila' Ahmad Nabil Ahmad semakin menjadi-jadi tahun ini. Namanya cukup dikenali sehingga berjaya menerbitkan 13 episod program 'Lu Fikirlah Sendiri.'

Malah, ketika Aidilfitri tahun lepas penonton dapat menyaksikan kemunculan anak kelahiran Negeri Sembilan itu di setiap saluran televisyen.

Raja Lawak yang semakin menyerlah bakatnya dalam bidang lakonan mampu pergi jauh lagi. Tahun 2009 akan menyaksikan bakat sebenar Nabil sebagai pelakon apabila filem yang diinspirasikan oleh tagline popularnya iaitu 'Lu Fikirlah Sendiri The Movie' akan menemui peminat pada tahun hadapan. Selain dari filem ini, ada dua lagi filem Sifu & Tonga dan Jinotty akan muncul juga pada tahun hadapan.

Nabil akan dilihat lebih komersial lagi apabila wajah komik Nabil akan dapat ditonton oleh para peminat setia di TV3 dan TV9. Di saluran TV3 pula, dia akan muncul bersama Raja Azura dalam rancangan Ewah-Ewah, manakala di TV9 pula dalam rancangan kanak-kanak, Pondok Pondok.

Populariti Nabil bukan saja sudah sampai ke tanah seberang tetapi diberi peluang bergandingan dengan Fara Fauzana dan Wahid untuk program sensasi Melodi atas permintaan pihak pengurusan.

KOMEN MSTAR: Kekerapan wajah Nabil dipertontonkan kemungkinan akan memberi implikasi yang negatif pada Nabil jika dia tidak berhati-hati. Nabil tidak boleh bersikap terlalu menerima setiap tawaran yang datang kerana ditakuti peminat akan cepat jemu.

FOUZIAH GOUS

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Fg111
Wajah jelita Fouziah Gous membawa banyak tuah kepada empunya diri.


Wajah jelita Fouziah Gous membawa banyak tuah kepada empunya diri. Banyak tawaran yang datang dan pelakon yang baru saja menjalani penggambaran utnuk telemovie Menantu 3 Rasa kini kembali sibuk di lokasi drama bersiri Spa Q musim kedua sebanyak 60 episod.

Sebagai orang baru, Fouziah yang berusia 26 tahun, amat bertuah kerana dapat bergandingan dengan nama-nama besar dan disenangi di stesen TV milik Media Prima.

KOMEN MSTAR: Untuk lebih menyerlah, Fouziah Gous perlu menjauhkan diri dari memegang watak yang stereotaip. Perlu bijak memilih pengarah dan skrip.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 11:30 am

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS RESPSI PERKAHWINAN DEJA-FENDY

Keguguran tidak halang Deja adakan resepsi perkahwinannya

MAJLIS sambut menantu penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss atau Deja Moss,35 dan suami, Azfendy Azzuddin,29 yang berlangsung di Dewan Perdana Felda malam tadi disambut meriah biarpun Deja baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat keguguran kandungannya seminggu yang lalu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja211

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja312

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja411

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Deja511
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 11:36 am

ZAINAL ALAM BERPELUK SAKAN...

Sebagai pengacara dan bekas wartawan, sepatutnya Pakcik Zainal kita ni menunjukkan contoh yang baik pada artis mahupun peminatnya. Ni tidak... malah tanpa segan silu dia berpeluk sakan macam 'orang utan' kat dalam zoo..! Kurang kasih sayang juga ke Zainal Alam oii..!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 A147

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 B70
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 11:38 am

PARTI HARI JADI RIZ KE-22

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Angels10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Angels11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Angels12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Angelz10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:00 pm

Tahun Baru, Alam Baru - Dj Zaf

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Dj_zaf10

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Zafrina Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai DJ Zaf yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Suffian Harris Mustapa atau Opie pada 29 Disember 2008 lalu. Pasangan ini dinikahkan di
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:03 pm

Koleksi Terbaru Gambar Abby Abadi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Abby20


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Abby215


Gambar terbaru Abby Abadi selepas bercerai. Member aku sure suka tengok gambar nie. Dia peminat Abby kaw..kaw nyer masa zaman Abby dengan Ellite. banyak gambar abby kat locker dia masa kat hostel dulu... Yang tak paham nyer... Kenapa Norman buat hal ! aku tengok abby nie alright lagi hapa... Nie abby Ellite dulu nih... kalau takde abby, ellite dah macam tak bermaya... Abby lah penyeri kumpulan Ellite masa zaman kegemilangan Ellite
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:08 pm

Yatie Feminin Selamat Berkahwin dengan Zalizan

Andriati Abd Rahman, 30, or Yatie first met her current husband Zalizan Mohd Noh, 39,in Riyadh, Arab Saudi at a friend’s place. From then on, love simply blossoms. Yatie is currently working with Saudi Arabia’s low cost carrier while Zalizan is the General Manager of Scan Associates. They were solemnized by Ramlang Porigi, the guy made famous by Saiful Bukhari of Anwar’s sodomy case at Masjid Wilayah Persekutuan last Thursday. Congrats! Hope the marriage is blessed forever.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 A148
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:11 pm

Azwan Ali Punya Blog - AMboiii AmBoiii!

Controversial host, Azwan Azli now has his own blog. This is very much a bitchin’ blog about all things related to the entertainment industry. Coming straight from the horse’s

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Azwan12
[center]AZWAN ALI AND FOUNDERS OF AURA SERI
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:18 pm

Scha al-Yahya Ganti Diana Danielle Dalam Evolusi KL Drift 2

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 123pt010

Yay untuk Scha al-Yahya. Akhirnya imej ala-tomboy dalam Awan Dania akan berguna untuk melakukan drift hebat dalam filem sekuel Evolusi KL Drift yang di’arahkan oleh Shamsul Yusof.

Scha akan menggantikan watak di’bawa oleh Diana Danielle & cerita ini di’bawakan oleh wartawan penuh sensasi Berita Harian, Zubir dalam tulisan’nya hari ini. Terima kasih Zubir.

OHBULAN! secara personal rasa Scha al-Yahya lebih sesuai untuk membawakan watak gadis drift ini berbanding Diana Danielle.

Scha ada suara jantan, tidak seperti Diana Danielle yang semakin hari semakin ‘Fasha Sandha’ suaranya. Kita tunggu kemunculan Scha al-Yahya dalam Evolusi KL Drift 2.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:23 pm

Perceraian Selebriti Sepanjang 2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 12312010

Sorotan oleh Thani Hasbullah

Tiada siapa yang berkahwin untuk berpisah mahupun naik turun mahkamah. Namun perpisahan akan terjadi juga sekiranya tiada lagi persefahaman untuk hidup sebumbung.

Tatkala jendela 2009 bakal dibuka, murai.com.my menerusi Ceritera 2008 mengimbas pasangan selebriti tempatan yang bercerai selain beberapa hubungan yang sedang retak menanti belah.


Berpisah jua...

# Penyanyi Azharina Azhar atau Azharina, 23, dan Datuk Sukri Mohamed, 50. (Februari 2008)

# Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Asyikin, 28, dan Dr Fariz Yahya, 30. (26 Mei 2008

# Penyanyi, Siti Fairus Sheikh Mohamed atau Siti Fairuz, 44, dan Mohamad Zainuddin Kordi, 45. (14 Julai 2008)

# Pelakon Nor' Ashikin Karman atau Norish Karman, 34, dan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60. (15 Julai 2008)

# Pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38. (12 Ogos 2008)

# Penyanyi Norazlina Abd Rahman atau Leina Hangat, 36, dan Muhammad Jamal Delaloy Abdullah, 40. (6 Ogos 2008)

# Penyanyi VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau Cham VE, 30, dan Karmila Khalid, 31. (8 September 2008)

# Penyanyi Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman atau Anis Suraya, 28, dan Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, 28. (14 Oktober 2008).

# Pelakon, Emma Akma Yunus atau Emma Akma, 39, dan Mohd Kamal Jaafar Sidek, 34. (29 Oktober 2008).

# Pelakon, Nasrizal Ngasri atau Bell, 29, dan Nur Farhana Mahamad Fauri, 26. (24 November)

# Penyanyi, Noraniza Idris, 40 – dirahsiakan. (Tarikh tidak diketahui)

# Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 30. (18 Disember 2008)

Sedang bergolak...

# Pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 28, dan Intan Shahira Mohd Shahru, 27

#Jamaluddin Elias atau Nash, 48 dan Sosilawati Lawiya, 44.

# Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46, dan Nor Radhiah Ramli, 22.

# Penyanyi OAG, Mohd Radhi Razali atau Radhi OAG, 31, dan Shazlin Sharif, 30.

# Penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43.

# Pengacara TV3, Zakiah Anas, dan bekas wartawan Yusof Mohamad Taib, 46.

# Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek dan Khairul Fazlin Kamaruddin, 38.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:25 pm

Azam Tahun Baru 4 Selebriti Panazz...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 12312011

KUALA LUMPUR, 2 DIS 2009: Tahun 2008 yang telah berlalu tentunya memberikan impak yang cukup besar buat 4 nama sensasi tanah air dalam menyusuri gerbang 2009 ketika ini.

Dato' Siti Nurhaliza, Norman Hakim, Linda Onn dan pereka fesyen Hatta Dolmat, masing-masing pernah dilanda dengan cerita kontroversi yang mungkin boleh membuatkan mereka tersungkur, jika tidak cekal jiwanya.

Bagi Siti, pengalaman lebih 18 tahun dalam dunia seni, banyak mendidiknya untuk menjadi lebih tabah meskipun kontroversi bertali arus sejak berkahwin dengan Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K). Gosip Datuk K dikatakan berkahwin dengan seorang pramugari dan Siti sendiri tidak pegang pada janjinya untuk bertudung, terpaksa ditelan.

Norman Hakim pula menjadi artis paling teruk dikritik dan dihentam kerana terjebak dengan kes khalwat dengan Memey Suhaiza dan pada masa yang sama mengabaikan bekas isterinya, Abby Abadi sehingga mereka akhirnya bercerai.

Dalam dunia fesyen yang sangat berkait rapat dengan artis, pereka fesyen Hatta Dolmat pula terjebak dengan kes tentang baju rekaannya untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Mila AF selepas timbulnya isu antara tajaan dan bayaran.

Sementara, pengacara dan deejay radio popular, Linda Onn terjebak dengan kes putus kasih dengan Fahrin Ahmad dan sentimen mereka itu terbawa-bawa sehingga set Sehati Berdansa 2. Mungkinkah 2009 yang baru menjelma akan memberi sinar baru terhadap Linda Onn?

Jom ikuti ucapan dan azam Tahun Baru 2009 bersama 4 selebriti panazz ini.


Dato' Siti Nurhaliza, Penyanyi

"Kontroversi akan datang tanpa kita sangka. Sebagai artis, Siti tidak boleh lari dari kontroversi. Selagi bergelar anak seni, maka Siti akan terus berdepan bermacam-macam gosip. Bagaimanapun kontroversi selalunya membuatkan Siti lebih sabar, matang dan matang.

"Untuk 2009, sudah semestinya Siti ingin menjadi insan yang lebih berjaya. Dari segi peribadi, Siti ingin menjadi manusia yang lebih baik, sama ada sebagai isteri, anak dan ibu.

"Dari segi kerjaya, Siti mahu album Lantera Timur yang baru dipasarkan mendapat jualan terbaik. Insya-Allah Siti juga akan mengadakan konsert amal tahun hadapan dan juga konsert tradisional. Itu semua sudah menjadi perancangan Siti bagi tahun 2009.

"Siti bersyukur, 2008 telah menunjukkan beberapa kejayaan sudah tercapai, salah satunya konsert akustik di Singapura yang memberi kenangan manis buat Siti"


Norman Hakim, Pelakon

"Walaupun kita sudah tinggalkan 2008, saya akan tetap memandang ke belakang untuk mengambil iktibar apa juga yang telah saya lalui. Saya mahu lebih muhasabahkan diri untuk meneruskan hidup. Saya tidak mahu perkatakan lagi apa yang telah berlaku kerana saya mahu bergerak ke hadapan.

"Saya juga hargai apa juga komen dan teguran masyarakat di luar sana kerana itu hak masyarakat dan ada di antaranya membuatkan saya sedar dan menjadi lebih kuat. Sebagai ayah, peranan saya akan tetap teruskan seperti biasa. Selain bekerja, urusan anak-anak tidak akan saya abaikan.

"Dari segi kerjaya, insya-Allah, saya bercadang untuk menerbitkan sebuah filem usahasama pada 2009. Walaupun melawan arus dengan kegawatan ekonomi yang akan berlaku, tapi saya tetap positif . Semoga 2009 akan lebih baik untuk kita semua."


Hatta Dolmat, Pereka Fesyen

"Alhamdulillah sebelum melangkah ke 2009, saya telah dipilih sebagai Pereka Fesyen Paling Popular untuk ABPBH 2007. Pengitirafan itu saya anggap sebagai satu anugerah penting untuk terus dihargai oleh masyarakat.

"Saya akan cuba elakkan kontroversi. Apa yang berlaku sepanjang 2007 dan 2008 sudahpun selesai. Artis-artis yang pernah dikaitkannya dengan saya dulu pun semua sudah OK.

"Kalau boleh untuk 2009, saya mahu bekerjasama dengan Maya Karin pula sebab dia antara artis yang saya kagumi sejak dulu lagi.

"Saya juga begitu mengharapkan agar bidang fesyen di Malaysia akan lebih maju, walaupun dengan kegawatan ekonomi dijangka akan berlaku pada 2009."


Linda Onn, Deejay & Pengacara

"Ada 3 perkara yang menjadi azam saya tahun depan. Pertama, saya mahu jadikan restoran My Mom's Chicken Rice sebagai sebuah perniagaan francais. Sebab itulah sekarang saya sedang sibuk mengikuti kursus di dalam dan di luar negara.

"Kedua, dari sudut peribadi, kalau ditemukan jodoh, memang saya ingin berumahtangga pada 2009 ini. Saya sudah bersedia sepenuhnya. Malah saya sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin sejak 2008 lagi, tapi tiada jodoh.
Saya berdoa agar keinginan saya ini akan tercapai. Kalau boleh tak mahu dilambatkan lagi.

"Mengenai kerjaya saya di radio pula, sekarang baru beberapa minggu saya di Sinar FM dan saya harap kerjaya saya semakin bersinar dan berazam untuk kerja lebih kuat. "
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:29 pm

Sentral: Wan Syuhada juara Idola Kecil musim pertama

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Mainpi73

WADA bersama trofi dan replika cek selepas dinobatkan juara Idola Kecil di Shah Alam, malam tadi.


SHAH ALAM: Peserta dari Cheras, Wan Syuhada Md Amin, 12, atau lebih dikenali sebagai Wada dinobatkan sebagai juara Idola Kecil pada pertandingan akhir yang berlangsung di Sri Pentas Dua Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Wada menyanyikan lagu Ketawalah Lagi nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza bersama Noraniza Idris, dengan iringan akuarium oleh Pak Ngah serta lagu solo Dinasti Cinta (Siti Nurhaliza).

Peserta cilik itu mengalahkan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000. Tempat kedua dimenangi Ridzuan Haqiem Rusli, 10, dari Hulu Langat, Selangor yang membawa pulang RM5,000 dan ketiga, Syaza Farzana Shahrul Ridhwan, 12, yang menerima wang tunai RM3,000. Semua pemenang turut menerima trofi termasuk hadiah sampingan.

Peserta yang gagal menduduki tempat tiga teratas ialah Wan Muhammad Hafizuddin Wan Anuar, 11, atau Udin, Nur Syuhada Amir Hamzah, 12, (Shada) dan Mohd Shafieq Shazwan, 11, (Afiq). Mereka membawa pulang hadiah sagu hati RM500 seorang.

Rancangan realiti anjuran stesen televisyen TV9 itu bukan hanya menonjolkan bakat nyanyian, tetapi juga diselangi dengan visual aktiviti peserta sepanjang berada dalam Idola Kecil.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:47 pm

Zizie hangat bercinta dengan ahli politik

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Zz19


DALAM Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) di Putrajaya, baru-baru ini, Zizie Izette sebahagian daripada artis dan selebriti yang menjadi tumpuan pada malam kemuncak itu kerana kehadirannya turut ditemani seorang jejaka dikenali sebagai Datuk S, seorang jutawan IT terkenal.

Lebih menarik, jutawan itu pernah dikaitkan dengan seorang aktres popular namun gosip berkenaan hilang begitu saja berikutan pelakon wanitea terbabit dikatakan sudah bercinta pula dengan bekas suami seorang aktres lain.

Berikutan itu, ramai menganggap wujud hubungan istimewa antara Zizie dan Datuk S, lebih-lebih lagi beliau sendiri pernah membuat pengakuan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan yang turut aktif dalam bidang politik sebelum ini. Bagi mendapatkan kepastian mengenai hubungan mereka, satu pertemuan diatur bersama pelakon ini yang mula digilap bakat lakonannya ketika berusia 13 tahun melalui filem Kekasih Awal Dan Akhir pada 1991.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Zz210



Dalam pertemuan dan sesi fotografi di Hotel Park Royal Kuala Lumpur, Selasa lalu, Zizie secara jujurnya mengakui hubungannya dengan Datuk S sudah lama terjalin dan sering keluar bersama, termasuk menemaninya ke beberapa majlis hiburan.

“Ya, memang saya mengenali Datuk S, namun tiada hubungan istimewa antara kami. Antara saya dan beliau, hubungan kami tidak lebih sebagai sepupu. Kami bersaudara dan tiada apa yang perlu disembunyikan mengenai hubungan kami. Sebenarnya, saya sendiri pun tidak menyangka kehadirannya pada malam itu (FFM21) mengundang pelbagai tanda tanya di kalangan rakan media hingga timbulnya gosip kami bercinta. Rasa mahu tergelak pun ada apabila kawan dan wartawan telefon bertanyakan hal ini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan gosip itu sebagai peristiwa melucukan sepanjang 17 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.

“Mana mungkin kami bercinta kerana kami bersaudara... kami rapat macam adik-beradik. Bagus juga ada gosip ini, sekurang-kurangnya saya tahu ada orang sekeliling yang peka terhadap perkembangan diri dan kerjaya saya. Boleh juga jadi bahan lawak kami bila keluar bersama nanti,” katanya.

Akui hati sudah berpunya

TANPA berselindung, Zizie yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri popular, Spa Q (Musim Kedua), mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang ahli perniagaan yang mula dikenalinya sejak tujuh tahun.

“Beliau bukan Datuk S. Dia orang biasa saja... tiada apa-apa pangkat pun. Dia ada bisnes sikit dan sekarang baru berjinak-jinak dengan bidang politik. Sebenarnya, saya tidak reti mahu bercinta dengan orang kaya sebab saya seorang yang ringkas dan bersederhana.

Alhamdulillah, sudah tujuh tahun usia percintaan kami. Masing-masing pun sudah kenal hati budi dan bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Namun, kami tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing terlebih dulu,” katanya.

Baginya, membina mahligai perkahwinan bukan satu kerja mudah, malah memerlukan banyak persediaan, tidak hanya dari segi mental tetapi juga fizikal dan emosi, terutama kewangan.

“Mana-mana pasangan bercinta tentunya mahu hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Namun, soal kahwin ini bukan boleh dibuat main-main kerana saya menganggap sesuatu perkahwinan itu bersifat abadi. Saya menginginkan kebahagiaan berkekalan. Sebab itulah, kita perlu membuat persediaan dari segala aspek. Walaupun belum berkahwin, saya sudah berasakan betapa sukarnya sesebuah perkahwinan itu untuk bertahan hingga terkandas di pertengahan jalan,” katanya.

Berpandukan pengalaman itu, beliau cukup berhati-hati merancang kehidupannya, termasuk membuat persediaan secukupnya sebelum menempuh alam perkahwinan.

“Saya dibesarkan tanpa kasih seorang ayah. Namun, saya tidak pernah menyesal dengan pengalaman lalu, malah menganggapnya sebagai pengajaran berguna dan panduan hidup. Yang penting, apabila saya sudah mempunyai anak nanti, saya mahu mereka menikmati kehidupan lebih baik. I’m always keep my options open, malah kekasih saya pun memahami pendirian saya. Beliau seorang yang cool dan tidak pernah mendesak untuk berkahwin. Lagipun, kalau ada jodoh tak ke mana... biarlah kami cukupkan `bekalan’ untuk masa depan dulu,” katanya.

Seronok berada dalam keluarga seni

SAMBIL mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya lakonannya, Zizie berkata, beliau cukup seronok mempunyai adik beradik yang turut menceburi bidang seni.

“Lebih menyeronokkan, saya yang mula-mula terbabit dalam bidang ini sebelum abang dan adik menceburinya, seolah-olah saya yang membuka laluan kepada mereka. Malah, mummy juga seorang pelakon. Tidak sangka, dalam kesibukannya menemani saya di lokasi (penggambaran) sebelum ini, tahu-tahu saja mummy turut menerima tawaran berlakon. Alhamdulillah, kehidupan kami senang sekarang dan Allah membuka pintu rezeki keluarga kami dalam bidang lakonan,” katanya.

Antara abang dan adik Zizie yang turut menceburi bidang seni ialah salah seorang anggota A To Z, Ahmad Shahal Jeffry, selain Ad Samad (penggubah lagu dan penulis lirik), Samzy Fuzette (model dan pelakon) dan Shaheizy Sam (pelakon).

“Walaupun menceburi bidang sama tetapi kami jarang berlakon dalam sebuah produksi sama. Kalau ada pun tidaklah selalu. Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak kerana bimbang tidak boleh memberikan tumpuan, terutama dalam menjiwai sesuatu watak.

Maklumlah, bila adik-beradik berjumpa mesti haru-biru jadinya. Kami takut perangai di rumah terbawa-bawa ke set hingga mengganggu penggambaran.

“Namun, saya tidak menafikan berlakon bersama abang dan adik dalam produksi yang sama agak menyeronokkan,” katanya.

Peristiwa abang ditahan polis

SELAMA 17 tahun menceburi bidang lakonan, Zizie terkenal dengan imej bersihnya dan jarang dilanda gosip liar hingga boleh menjejaskan reputasinya, malah mengenali pelakon ini, beliau seorang yang mudah mesra, bersikap terbuka serta tidak hipokrit.

“Entahlah, saya pun `nakal’ juga tetapi tidaklah sampai kena gosip. Alhamdulillah, setakat ini gosip yang saya terkena pun yang bersifat gurauan, tidaklah sampai menjejaskan nama baik saya dan keluarga. Ini bukan disebabkan saya jujur dan sentiasa berbuat pada orang.

I’m just being myself... tidak perlu jadi `plastik’. Saya percaya pada hukum karma... apabila kita berbuat baik, nanti akan dibalas baik,” katanya.

Bagaimanapun, dalam pelbagai pengalaman dilaluinya, beliau tidak dapat melupakan peristiwa seorang abangnya ditahan polis atas kesalahan dadah dalam kejadian kira-kira empat tahun lalu hingga turut menjejaskan nama baik keluarganya.

“Walaupun maruah keluarga sedikit tercalar, banyak hikmah di sebaliknya peristiwa ini. Siapa sangka, hubungan kami adik-beradik bertambah rapat selepas kejadian itu. Malah, ketika kesnya dibicarakan, kami berdiri teguh di belakangnya memberikan sokongan moral.

Syukurlah, abang saya kini banyak berubah ke arah kebaikan. Dia kini menjadi lebih positif, tenang dan menghargai kehidupan. Sebab itulah, saya percaya di sebalik apa yang berlaku, pasti ada sebabnya dan punya hikmah tersembunyi,” katanya.

INFO: Zizie

Nama Penuh: Zizie Izette Samad
Tarikh Lahir: 30 Disember 1978
Usia: 30 tahun
Asal: Batu Pahat, Johor
Status Perkahwinan: Bujang
Kerjaya: Pelakon, Model dan Pengacara
Mula Terbabit Dalam Bidang Seni: Ketika Berusia 13 Tahun (1991)
Filem: Kekasih Awal Dan Akhir, Sama Tak Serupa dan Black Maria
Drama/Telefilem: Lebih 100 - Antaranya Cinderella, Good Morning Cikgu, Kecil Kecil Cili Padi, Aduhai Esah, Emil Emilda dan Spa Q (Musim Kedua)
Teater: Mak Yong, Anak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti dan Mencari Juita
Program TV: Di Mana Joe Jambul, Cabaran Anak Malaysia dan Generasi Ke Generasi
Iklan Komersial: Telekom Malaysia dan McDonalds
Pencapaian Terbaik: Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa 1999; Pelakon Wanita TV Terbaik Anugerah Skrin 2003; Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia Ke-11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:51 pm

Dramatis muda berang apabila dituduh jadi pasangan lesbian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Mainpi77

"SAYA bukan 'cat dinding' atau 'cat gudang'! Saya perempuan 'original'! Kepada mereka yang buat cerita tu, Linda Hashim lesbian, tak normal... saya akan buktikan, suatu hari nanti saya akan berkahwin dengan lelaki sejati, maskulin!," tegas aktres cantik, Linda Hashim, sekali gus menafikan gosip liar mendakwa dia menjalin hubungan songsang dengan kaum sejenisnya.

Linda yang mula berlakon sejak usia 11 tahun dan kini sudah membintangi lebih 50 drama, dikatakan seorang lesbian apabila ada dakwaan dia kononnya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen radio swasta popular. Desas-desus memberitahu, Linda sering bertemu tangga dengan pengkid yang dikenali sebagai A itu di konti, menunggunya selesai bersiaran.

Pernah juga sebelum ini Linda dan A bergambar sama menjayakan sesi fotografi. Hubungan mereka khabarnya terlalu intim sehinggakan sering kelihatan bersama di kebanyakan majlis yang dihadiri kedua-duanya, selain dilihat kerap menaiki kereta yang sama untuk ke destinasi tertentu. Justeru, hubungan akrab itu menguatkan lagi dakwaan kononnya Linda dan pasangan lesbiannya menjalin hubungan terlarang sejak sekian lama.

Istilah ‘cat dinding’ atau ‘cat gudang’ sering dilabel kepada pasangan lesbian sejak kebelakangan ini.

Namun, ketika diajukan persoalan itu, Linda tenang dan seakan sudah bersedia dengan jawapan.

“Saya akui, memang berkawan rapat dengan A dan dia juga seorang yang boleh dipercayai. Pun begitu, A bukan pengkid kerana dia memiliki sifat kewanitaan yang tebal, contohnya dia sering bersolek dan mengenakan baju kurung. Setahu saya, pengkid tak pernah mekap, selain sentiasa menggayakan baju seperti seorang lelaki. Mereka juga akan mengenakan bengkung pada bahagian tertentu di tubuh.

“Sekalipun kami kawan baik, tapi tidaklah sampai saya sering menunggu dia habis kerja kerana masing-masing ada kereta. Kecuali jika kami pergi ke majlis atau destinasi yang sama, kami naik satu kereta. Bagi saya, persahabatan kami disalahertikan sehingga menimbulkan gosip liar. Susahlah, asal nampak berkawan rapat dengan kaum sejenis, mulalah timbul cakap-cakap belakang kononnya saya ni lesbian.

‘Biarlah apa orang nak cakap, lama-lama dah penat, berhenti sendiri. Selagi saya tidak melakukan perkara di luar batasan, tidak salah saya berkawan dengan lelaki mahupun perempuan. Yang penting, saya tak ada skandal dengan suami orang!,” kata Linda lantang bersuara.

Putus cinta dengan anak VIP

Pada masa sama, Linda tidak menafikan, dia pernah putus cinta dengan anak VIP kira-kira dua tahun lalu. Kini, dia solo dan jika dilihat keluar bersama kawan lelaki, orang itu sekadar teman biasa, bukan seseorang yang istimewa di hatinya.

“Terus-terang, cita rasa saya adalah lelaki yang lebih berusia tujuh atau lapan tahun. Namun, setiap kali saya bertemu dengan seseorang, lelaki itu rata-ratanya sebaya atau tua setahun dua saja daripada saya. Justeru, saya tak nak serius berkawan dengan mereka kerana bagi saya, lelaki sebaya atau muda, belum cukup matang daripada segi pemikiran,” jelas Linda tanpa berselindung.

Berbicara mengenai perjalanan seninya, populariti Linda agak perlahan, media massa pula seakan-akan terlepas pandang sumbangannya terhadap bidang lakonan tanah air.

Linda yang pernah muncul sebagai model komersial ketika di sekolah menengah lagi, tidak keberatan mengakui perjalanan seninya agak perlahan daripada segi publisiti jika dibandingkan beberapa nama seperti Rozita Che Wan, Fouziah Gous, Ayu Raudhah dan Dynas Mokhtar (sekadar menyebut beberapa nama seangkatan), mereka sentiasa menjadi pilihan media massa dan segar di ingatan peminat.

Mungkinkah Linda tidak cukup jelita untuk meraih populariti bergelar anak wayang?

“Meniti kehidupan sebagai artis, tidak dinafikan publisiti amat penting. Bagi saya, publisiti, populariti dan bakat sewajarnya berjalan seiring. Tapi, saya tidak memperoleh kesemuanya apabila tidak ‘mewah’ dengan populariti. Pun begitu, saya masih bersyukur kerana tawaran berlakon belum pernah putus. Belum pernah duduk di rumah berminggu-minggu sebab tak ada ‘job’. Paling lama saya break, kira-kira seminggu saja dah masuk set.

Mahu sambung belajar di Jakarta

“Secara peribadi, antara sebab saya kurang mendapat perhatian media massa mungkin kerana kebanjiran ramai artis atau muka baru. Pihak wartawan pula pasti berlumba-lumba memaparkan muka ‘fresh’ menerusi medium masing-masing. Itu belum termasuk kemunculan artis realiti TV yang kini memilih bidang lakonan sebagai karier.

“Mungkin daripada segi publisiti. saya gagal memberi saingan. Tapi, mujurlah produser dan pengarah terus memberi kepercayaan kepada saya. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari, saya mampu melakukan perubahan hidup ke satu peringkat yang lebih stabil,” kata Linda yang sudah pun ada beberapa tawaran berlakon sehingga awal tahun depan.

Sebagai persediaan masa depan, Linda mengusahakan perniagaan keluarga iaitu pakej perkahwinan. Dia juga ada perancangan melanjutkan pelajaran bidang seni di sebuah kolej di Jakarta pertengahan tahun depan, namun semuanya tertakluk kepada keadaan semasa.

“Banyak perkara berlegar di fikiran saya terutama sekembalinya saya ke tanah air selepas setahun merantau. Mungkin ketika itu saya hanya terbabit dengan kerja belakang tabir,” katanya tidak mudah mengalah dengan persaingan industri hiburan yang semakin sengit, selain berdepan pancaroba menempatkan diri sebaris artis popular lain.

INFO: Linda Hashim

NAMA PENUH: Norhazlinda Hashim

TARIKH LAHIR: 8 September 1984

ASAL: Ipoh, Perak

KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

DRAMA: Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi, Cinta Batu Belah dan Anak Betung (masih dalam pembikinan)

KOMERSIAL: Sunsilk, Clean & Clear, Digi, Honda Motor, Hotlink dan Kentucky Fried Chicken (KFC)

PERNIAGAAN: Erin’s n Erina’s Sequins (pakej perkahwinan milik keluarga)

Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 12:55 pm

Tunggu Masa Sesuai Naik Pelamin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 D40
Zamarul, Diana siap sedia ikat percintaan tujuh tahun

SEJAK beliau membuat kejutan apabila berterima kasih kepada buah hatinya, siapa lagi kalau bukan Diana Rafar, ketika menjulang trofi Pelakon Drama Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2008, pihak media tidak henti-henti memburu pelakon berbakat besar ini.

Tujuan mereka cuma satu, mahu mendapatkan pengesahannya sama ada kejutan yang dibuatnya itu sebagai petanda hubungan cinta mereka akan berakhir dengan perkahwinan.

Justeru, kesempatan mengadakan sesi fotografi bersama Zamarul dan Diana yang berlangsung di Butik The Closet, Shah Alam, baru-baru ini, digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan kepastian mereka berhubung perkara itu.

Zamarul ketika ditemui, tidak menafikan mereka sudah bersiap sedia untuk menempuh alam perkahwinan, namun masih menunggu masa yang sesuai.

“Memang kami mahu hubungan ini berakhir dengan satu ikatan sah. Kami pun tidak mahu ia tergantung begitu saja. Lagipun, sudah lama sangat kami bercinta, malah sudah pun masuk tahun ketujuh sejak mula mengenali pada 2002.

“Sebenarnya, perancangan berkahwin itu sudah dibuat, cuma sedang menunggu masa sesuai. Saya dan Diana pun tidak mahu terkejar-kejar dalam hal ini sebab masing-masing sibuk. Kami berserah pada Allah. Jika ada jodoh, bersatu juga kami nanti... Insya-Allah,” katanya.

Bagi Zamarul, tempoh percintaan mereka yang panjang itu bukannya sesuatu yang sia-sia, malah banyak perkara dipelajarinya bersama Diana, terutama aspek keserasian yang dianggapnya asas penting dalam memelihara keharmonian rumah tangga.

“Saya pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Walaupun kecewa, namun ia tidak pernah melunturkan semangat saya untuk berkahwin lagi. Saya percaya pada qada dan qadar, selain prinsip gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya.

“Banyak hikmah saya peroleh di sebalik peristiwa, malah memberi pengajaran yang cukup bermakna. Sebab itulah saya katakan, aspek keserasian ini penting. Inilah yang saya dan Diana cuba selami sepanjang tujuh tahun ini,” katanya.

Zamarul pandai ambil hati

DITANYA bagaimana penerimaan keluarganya terhadap Zamarul yang berstatus duda anak satu itu, Diana menjelaskan, ibu dan semua adik-beradiknya bersikap terbuka, malah menerima siapa saja yang bertakhta di hatinya.

“Bagi keluarga saya, mereka tidak mahu tahu kisah hidup dia yang sebelum ini... sejarah biar jadi sejarah. Lagipun, mereka senang dengan Zamarul, lebih-lebih lagi ibu saya. Zamarul memang pandai ambil hati kami sekeluarga. Dia menyayangi ibu saya lebih dari segalanya.

“Sebenarnya, saya tidak kisah pun sama ada dia bujang atau duda asalkan dia menyayangi saya. Selepas sekian lama berkawan, saya yakin dia mampu membahagiakan saya dunia dan akhirat. Namun, saya berserah kepada takdir untuk menentukan segalanya,” katanya.

Ditanya sama ada buah hatinya itu menepati ciri lelaki idamannya selama ini, beliau dengan ikhlas mengakui tidak pernah memikirkannya kerana Zamarul adalah cinta pertamanya.

“Saya tidak pernah mempunyai lelaki idaman kerana inilah kali pertama saya bercinta. Dengan Zamarul, barulah saya mengenali apa itu erti cinta. Namun, apa saya nampak, dia seorang lelaki matang yang sentiasa `cool’ mungkin disebabkan faktor usia, selain pengalamannya sebelum ini.

“Kepada dialah tempat saya sering mengadu nasib dan mendapatkan nasihat. Saya yakin pilihan saya tepat dan memang berharap hubungan ini berakhir di jenjang pelamin,” katanya.

Zamarul yang duduk di sebelahnya kelihatan tersipu-sipu dengan pujian yang dilemparkan kepadanya. Namun, sempat Zamarul menyatakan beliau sudah menganggap ibu dan adik-beradik Diana bagaikan keluarga sendiri.

“Alhamdulillah, mereka menerima saya seadanya, begitu juga sebaliknya. Malah, saya menganggap ibu Diana seperti ibu sendiri. Sebagai anak, saya amat menyayangi dan menghormati ibu saya. Maka, saya perlu melakukan perkara yang sama terhadap ibu Diana,” katanya.

Dugaan terhebat digosip dengan Mawi

TUJUH tahun menyulam kasih, sudah banyak pengalaman suka duka ditempuh pasangan ini yang dipertemukan ketika kedua-duanya bekerja di Motion Planet, sebuah syarikat penerbitan VCD terkenal di ibu kota.

Namun, dalam kebanyakan cabaran yang dihadapi mereka, dugaan paling hebat ialah apabila Diana dikatakan bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi. Bagi Diana, gosip itu benar-benar menguji hubungannya dengan Zamarul, namun konflik itu berjaya diatasi dengan baik berdasarkan prinsip saling mempercayai yang wujud antara mereka.

“Cerita itu tidak betul... saya pun tidak tahulah bagaimana ia boleh tersebar. Namun, saya bersyukur kerana dia `cool’ dan menerima berita itu cuma sebagai satu gosip liar. Mungkin, ini berkat prinsip saling mempercayai yang kami wujudkan sejak di peringkat awal perkenalan kami.

“Bila isu ini hangat diperkatakan dulu, ketika itulah saya dapat menyaksikan sendiri kematangannya dalam menangani sesuatu konflik. Maklumlah, dia lebih dewasa daripada saya. Itulah yang meningkatkan lagi keyakinan saya kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, Diana enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, malah turut meminta ia tidak diperbesarkan lagi kerana terlalu banyak perasaan yang perlu dijaga apatah lagi kini Mawi sudah pun berkahwin dengan pilihan hatinya, Ekin.

Rezeki orang bercinta

TIDAK dinafikan, rezeki Zamarul dan Diana semakin murah sejak kebelakangan ini, malah pelbagai tawaran diterima mereka, termasuk dilantik sebagai duta produk kesihatan terkenal, Al-Jabbar Herbs, membabitkan sejumlah bayaran yang dikatakan agak lumayan.

Malah, Zamarul sendiri mengakui sejak mengenali buah hatinya itu, tawaran lakonan diterima bertali-arus hinggakan mereka tidak punya masa terluang untuk dihabiskan bersama seperti kebanyakan pasangan bercinta lain.

“Alhamdulillah, banyak `job’ sekarang, seolah-olah percintaan ini membuka pintu rezeki kami. Tawaran yang diterima pun bukan hanya dalam bidang lakonan, bahkan sebagai jurucakap produk. Ada tawaran yang mahukan kami berpasangan, tidak kurang juga tawaran bersifat individu.

“Mungkin inilah yang dinamakan rezeki bercinta. Tidak sangka pula percintaan ini menghasilkan kesan positif terhadap kehidupan kami berdua,” katanya.

Bagaimanapun, dalam memenuhi semua tuntutan kerja itu, tentunya ia membabitkan pengorbanan, terutama dari segi masa yang sepatutnya dihabiskan bersama, menyebabkan pasangan ini jarang keluar bersama kecuali apabila bercuti panjang.

Ini turut diakui Diana yang ternyata tidak dapat membendung kesedihannya berikutan kesukaran menghabiskan banyak masa bersama `cinta pertamanya’ itu.

“Sebenarnya, kami nama saja pasangan bercinta tetapi mahu berjumpa pun susah, apa lagi mahu keluar dating. Kalau dapat berjumpa sekali seminggu sudah cukup baik. Orang nampak mudah tetapi cubalah berada dalam situasi kami ini. Namun, saya tidak pernah kecewa dengan keadaan ini. Inilah hakikat percintaan kami. Saya dan Zamarul bersyukur kerana setakat ini tiada apa-apa masalah timbul sebab masing-masing sudah ada persefahaman. Apa yang kami buat ini pun untuk kebaikan masa depan kelak,” katanya.

Info Diana Rafar

Nama Penuh: Adiana Abdul Rafar

Tarikh lahir: 9 Mei 1982

Usia: 26 tahun

Asal: Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Keluarga: Anak Bongsu (dari enam beradik)

Kerjaya: Model, Duta Produk, Pengacara, Pelakon, Penyanyi dan Ahli Perniagaan

Mula Terbabit (Dalam Bidang Seni): Ketika Berusia 5 tahun

Album: GIM (1999) dan S.I.S (2005)

Drama/Telefilem: Sempadan Kasih, Mencari Ibu, Rumah Kedai, Tragedi Epal Hijau, Bunga Bunga Pulau, Mimpi, Diari, Radio Gaga dan Exora

Filem: Susuk

Iklan/Produk: Provite Vitamin, Pantene, Al Jabbar, Echo Park, Vita-X dan Q-Neera

Program TV: Bintang Kugiran, Suria 2002 dan Temasya Pantun RTB - RTM,

Perniagaan: D'Lugano Spa


Info Zamarul Hisham

Nama Penuh: Zamarul Hisham Mohamed

Tarikh Lahir: 9 Mac 1971

Usia: 37 tahun

Asal: Johor Bahru, Johor

Keluarga: Anak Bongsu (dari empat beradik)

Kerjaya: Model, Pelakon, Duta Produk dan Ahli Perniagaan

Pencapaian: Pelakon Drama Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin 2008)

Filem: Di Ambang Misteri, Lady Boss, I Know What You Did Last Raya, Kantoi

Drama/Telefilem: Dinasti Bilut, Cikgu Vespa Merah, Ihsan, Suara Saleha
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:21 pm

AMY MASTURA COVER MAJALAH JELITA MEI 2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 L1209110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:33 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Aznil17

TIDAK dinafikan, sesetengah individu yang melaksanakan ibadah haji enggan mendedahkan doa yang dipohon apatah lagi perkara ini amat personal.

Lain orang, lainlah pula gayanya. Ada yang seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi doa itu kerana berpendapat soal itu hanya diketahui si pemohon, yakni manusia dan pencipta-Nya.

Begitupun, pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi, 46, tanpa berselindung memberitahu kepada umum tentang doa yang dihajati semasa kedua belah kakinya memijak sebuah kawasan yang dikenali sebagai Jabal Rahmah.

"Ada doa yang saya anggap terlalu peribadi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diceritakan kepada masyarakat.

"Saya tidaklah mendoakan untuk diri sendiri semata-mata, sebaliknya saya turut mohon Allah memberikan rezeki kepada saya, keluarga dan rakan sekeliling.

"Bagaikan menjadi lumrah. Saya juga sempat meminta Tuhan memakbulkan permintaan saya dalam bab jodoh.

"Secara peribadi, jika Yang Maha Kuasa berikan jodoh kepada saya dalam masa terdekat ini, saya tidak mampu berupaya untuk menolak ketentuan itu.

"Saya akur dengan kehendak-Nya, lagipun hanya Allah yang mengetahui segala-galanya tentang saya," jawab Aznil berterus terang.

Menyambung butir bicara, bapa kepada dua cahaya mata, Fildza Haifa, 18, dan Fariq Haizen, 13, itu beranggapan soal jodoh akan datang dengan sendiri tanpa perlu dicari-cari.

"Mungkin ada alasan tertentu, yang menyebabkan Tuhan belum membuka pintu hati saya untuk berkahwin semula.

"Kalau sudah suratan takdir saya untuk 'dihadiahi' dengan seorang wanita yang baik bagi menjadi permaisuri hidup saya dan anak-anak, saya sedia menanti hingga seribu tahun lagi.

"Tidak terkecuali, saya sempat meminta supaya adik-beradik ataupun rakan lain yang masih belum mendirikan rumah tangga akan menemui jodoh mereka tidak lama lagi.

"Saya juga memohon agar negara kesayangan saya, Malaysia sentiasa aman makmur dan dijauhi sebarang musibah.

"Selain itu, saya menginginkan seorang insan bernama Aznil Nawawi sentiasa berada di landasan benar, malah perbuatan dan tingkah-laku saya dikawal dengan sebaik mungkin," jelas bapa tunggal itu panjang lebar.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:34 pm

Status ibu bukan halangan Syura

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Hi_02_26

KEMUNCULAN 2009 membuka lembaran baru buat Syura.

USIANYA baru saja mencecah angka 22 tahun, tetapi kematangan yang ditampilkan penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron tidak setanding usianya.

Masakan tidak, di kala ramai anak muda seusianya masih lagi terbuai dengan pancaroba alam remaja, Syura telah pun mengambil keputusan untuk bergelar isteri kepada seorang guru, Mohd. Fadhly Md. Yasin, 27, kira-kira dua tahun yang lalu sewaktu usianya 20 tahun.

Sungguhpun kini dia juga berstatus ibu kepada Nurul Dania Irdani, 17 bulan, itu bukanlah satu halangan buat dirinya untuk meneruskan minat serta cintanya terhadap bidang seni, dunia yang telah dikenalinya semenjak remaja lagi.

"Memang masa saya agak terbatas kerana saya kini bukan lagi hidup solo tetapi ada tanggungjawab lain sebagai isteri dan ibu. Walaupun begitu saya kena pandai bahagikan masa antara pekerjaan sebagai penyanyi dan juga tanggungjawab kepada keluarga.

"Mula-mula memang agak sukar sebab saya sekarang ini menetap di Johor, tetapi lama-kelamaan pengurusan masa itu semakin okey. Bila saya ada persembahan atau kerja di Kuala Lumpur saya akan bawa sekali anak saya," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah toleh ke belakang apabila membuat keputusan untuk bernikah pada usia yang masih muda apatah lagi menyesali keputusannya itu.

"Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ini, malah azam saya untuk maju ke hadapan lebih kuat apabila saya melahirkan anak.

"Hidup saya tidak kosong. Hari-hari melihat anak membesar di depan mata menjadi sesuatu yang amat menyeronokkan, dan saya tidak mampu untuk mengungkapnya dengan kata-kata. Sebab itu saya tidak boleh berpisah dengannya," kata Syura.

Buka butik

Mungkin kerana keazaman untuk memajukan lagi diri, kini selain bergelar penyanyi Syura boleh berbangga apabila dia juga bergelar seorang usahawan. Dia membuka butik andamannya sendiri di Johor yang diberi nama Butik Andaman Syura.

Perniagaan yang ditubuhkan pada Mei tahun ini nampaknya membuahkan hasil kerana pelanggannya bukan saja datang dari sekitar Johor, malah menjangkau sehingga ke Kuala Lumpur.

"Ini persediaan untuk masa depan andai kata saya tidak lagi menyanyi. Lagipun bidang ini cukup dekat dengan saya kerana sejak zaman remaja lagi saya sudah diajar cara-cara untuk bersolek dan kelihatan cantik.

"Berlandaskan pengalaman yang saya miliki, saya curahkan sepenuhnya terhadap butik andaman ini. Alhamdulillah, setakat hari ini perniagaan saya okey dan mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Album baru

Kata Syura lagi, walaupun sibuk, minat dan cintanya tetap terhadap bidang nyanyian dan kerana itu selepas muncul dengan album Syahdah Berdendang pada tahun 2006, kini penerima anugerah Album Pop Etnik Terbaik AIM 2007 ini terus mara dengan meluncurkan album terbarunya yang berjudul Khazanah Pujangga.

Walaupun album terbaru ini merupakan album kompilasi, tetapi terdapat tiga lagu baru khas buat peminatnya iaitu Pujangga Merindu, Dejavu dan Mendung.

Apa yang menarik, kesabaran menanti lagu daripada M. Nasir membuahkan hasil apabila lagu Dejavu ciptaan komposer itu merupakan lagu yang paling dekat dengan jiwa Syura.

"Saya memang minat dengan lagu-lagu M. Nasir, bila nak terbit album ini, saya terus fikirkan M. Nasir kerana saya tahu kualiti lagu-lagunya.

"Syukur, lepas terima lagu daripadanya saya cukup gembira dengan hasil yang diberikan dan saya yakin dengan penerimaan peminat," ujarnya.

Album yang telah berada di pasaran sejak 15 Disember lalu ini memuatkan 20 buah lagu etnik kreatif yang dikumpul sejak pada awal kemunculannya lagi. Album ini boleh didapati dalam bentuk CD dan VCD MTV Karaoke.

Buat peminat Syura yang ingin mengetahui lanjut tentang perkembangannya, anda boleh melayari laman web www.etniksyura.com.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:38 pm

Jentera revolusi TV1

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Hi_01_28


SEKADAR mengambil contoh paling hampir, Awani dan Bernama TV boleh dikelaskan sebagai perintis kepada kemunculan saluran khas TV untuk berita dan informasi tanah air.

Bagaikan satu trend baru di samping sambutan khalayak yang dirasakan cenderung ke arah sesuatu yang mereka mahukan, sebagai penyalur informasi, sebuah lagi stesen, kali ini milik kerajaan sendiri iaitu TV1 menyahut cabaran untuk muncul sebagai saluran berita dan informasi sepenuhnya bermula hari ini.

Pemacu yang diharapkan menjadi jentera penggerak kepada revolusi drastik Radio Televisyen Malaysia itu tentulah muka-muka baru yang api keterujaan mereka sedang marak.

Di dada mereka ada semangat yang menyala-nyala, mahu membuktikan kepada khalayak Malaysia bahawa TV1 ada kredibiliti dan tidak pernah jatuh dek pandangan skeptikal sesetengah pihak.

Pada bahu personaliti-personaliti muda itu tentunya tergalas visi dan misi TV1 yang kini mengaum dalam suara yang semakin lantang.

Bermula 1 Januari 2009, penonton berita TV1 khususnya akan dipersembahkan dengan satu pendekatan baru. Di bawah bimbingan Yusanani Yushak yang kini bertindak sebagai Penasihat Penyampai di RTM sejak beberapa bulan lalu, barisan baru itu menemani penonton dengan siaran berita 24 jam di TV1.

Fathil Hidayat Ghazali

Membina nama sebagai antara personaliti muda RTM yang sedang mendapat perhatian, Fathil Hidayat Ghazali secara peribadi menjadi antara penyampai berita paling sibuk menguruskan jadual baru, cara kerja baru dan penampilan baru yang sedang dipersembahkan TV1 bermula hari ini.

Paling utama, katanya, pendekatan baru sistem yang digelar 'penyampai utama' digunakan TV1 kali ini merupakan konsep julung kali yang tidak pernah diaplikasikan stesen TV tempatan lain.

"Bunyinya sedikit janggal dan kami sendiri masih menyesuaikan diri dengan revolusi baru ini.

"Kali ini, RTM bukan setakat berdepan penjenamaan semula, tukar logo atau tukar slogan tapi keseluruhan isi kandungan dan corak persembahan.

"Mula-mula memang susah nak fahamkan audiens tapi kami sebagai 'orang RTM' akan jayakan tugas ini sehabis baik," jelas Fathil yang menyifatkan inilah perubahan paling drastik RTM sejak 63 tahun beroperasi.

Kata Fathil lagi, biarlah orang kata kenapa RTM asyik buat perubahan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Hi_01_29
SEMANGAT membara. (Dari kiri) Farhatul, Azrul dan Haliza memikul cabaran memacu TV1 ke tahap serba baru.


--------------------------------------------------------------------------------

"Itu tandanya kami di RTM tidak berhenti mencari solusi terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Dan sebagai penyampai yang berada di depan kamera, saya bersedia," kata Fathil optimis.

Sebagai antara yang boleh dikelaskan senior berbanding lima lagi wajah baru TV1, Fathil memberikan penjelasan.

Menurutnya, berita berwajah baru TV1 akan meletakkan seorang penyampai utama dalam satu-satu tempoh masa tertentu, misalnya penyampai utama 1 akan menemani penonton dari pukul 7 pagi sehingga 3 petang.

Dalam masa 24 jam, seramai lapan penyampai utama akan bertugas di studio untuk menjadi penghubung para penonton dengan segmen-segmen berita yang disiarkan.

Nurul Fatiha Abd. Hamid

Usia gadis manis ini baru 22 tahun. Bagi sesetengah pihak, mungkin ini peringkat usia yang terlalu muda untuk menjadi penyampai kepada informasi yang bernas.

Biarpun masih bertatih dalam bidang penyiaran, Nurul Fatiha Abd. Hamid menyifatkan kemasukannya ke RTM, sebagai pengulas dan pembaca berita sukan TV1 adalah sebagai kelangsungan kecenderungannya terhadap dunia sukan yang diceburi sejak kecil.

Genit tubuhnya, tetapi sepanjang menjadi gimnas negara, Nurul sempat menyumbangkan enam pingat emas kepada negara dalam tiga temasya Sukan SEA pada 2001, 2005 dan 2007 yang disertainya.

"Karier saya sebagai gimnas sudah berakhir dan sekarang penyiaran menjadi kerjaya baru saya. Sukan satu-satunya kelebihan yang ada pada saya, dan tugas saya sebagai pembaca sukan di TV1 diharapkan akan memberikan sesuatu yang baru kepada penonton dan peminat perkembangan sukan khususnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Hi_01_30
FATIHA (dari kiri), Fathil dan Siti Murni berasa bangga terpilih sebagai perintis wajah baru TV1.


--------------------------------------------------------------------------------

"Inilah masanya saya mengembangkan sukan tapi mengikut haluan yang lain," beritahu Fatiha yang juga siswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Siti Murni Abdul Aziz

Gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mungkin tidak pernah menyangka keputusannya tidak meneruskan pengajian dalam bidang sains di universiti tempatan membawanya ke dunia penyiaran sebagai pembaca berita.

Jika sebelum ini beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran untuk perkembangan politik semasa dan Parlimen serta pembaca Warta Wilayah, Siti Murni Abdul Aziz, 22, kini menjadi antara penyampai utama berita TV1 atau kini dikenali sebagai Semasa@1 atau Utama@1.

"Bermula hari ini juga, masyarakat tidak perlu menunggu pukul berapakah berita akan disiarkan. Tukar sahaja ke saluran TV1, penonton akan disajikan dengan berita.

"Soal persaingan TV1 menjadi penyalur maklumat terkini untuk masyarakat itu agenda lain, yang lebih utama adalah apa yang cuba TV1 bawakan. Ini akan jadi kelebihan yang tidak ada di stesen lain," jelas Siti Murni yang sedang mendalami bidang penyiaran menerusi Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia.

Azrul Amila Amir

Lapan tahun menimba ilmu kewartawanan penyiaran di TV3 cukup bermakna buat jejaka berusia 28 tahun bergelar Azrul Amila Amir ini.

Masuk ke Pusat Berita RTM bermula Oktober lalu nampaknya satu lagi lembaran baru buat Azrul untuk meniti haluan baru sebagai 'orang RTM', bukan lagi 'orang TV3'.

Bagi Azrul, di stesen manapun dia berpijak bukan persoalan tetapi kualiti kerja yang harus diutamakan.

"Memang mula-mula masuk, ada perasaan kekok dalam diri saya tapi lama-kelamaan perasaan itu hilang dan saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja di sini.

"Fokus saya sekarang ialah perubahan drastik yang sedang kami semua lalui. Tugas kami sebagai penyampai berita TV1 bukan setakat membaca berita tetapi kena menguasai maklumat yang hendak disampaikan," ujarnya yang turut bertugas sebagai editor segmen berita ekonomi di TV1.

Farhatul Aishati Othman

Baru berusia 21 tahun namun Farhatul Aishati Othman tidak kalah apabila diajak berbicara tentang visi, misi dan perubahan yang sedang dilangkahi TV1 ketika ini.

Biarpun pengalamannya masih hijau dalam dunia penyiaran, bekas wartawan lokasi program majalah Panorama ini tidak gentar dengan hamparan tugas mencabar yang menantinya pada kemudian hati.

"Sejak kecil saya meminati bidang ini malah di rumah sayalah yang menjadi pembaca surat khabar kepada keluarga saya.

"Pengalaman bertugas dalam program majalah Panorama pula sedikit-sebanyak memberi keyakinan kepada saya untuk menunaikan tugas sebagai penyampai yang baik apabila bertugas sebagai penyampai utama nanti," jelas Farhatul bersemangat sambil menyebut nama seniornya Rosli Mohd. Nordin sebagai orang yang banyak memberi tunjuk ajar untuknya tampil berkarisma di kaca TV.

Haliza Ahmad

Apa sahaja cabaran dan peluang yang diraih sebagai penyampai berita TV1, semua itu akan ditangani wanita muda ini dengan sepenuh hati memandangkan inilah tawaran yang dinanti-nantikan sejak menjadi penuntut jurusan kewartawanan di UiTM beberapa tahun lalu.

Di antara muka baru yang sedang dicanai RTM, gadis dari Pulau Mutiara ini tidak terkecuali terpilih sebagai bakal penyampai utama yang akan mengendalikan segmen-segmen berita di TV1.

Masih dalam proses latihan dan mempersiapkan diri untuk bergelar penyampai berita, prinsip Haliza juga sama seperti rakan seangkatan yang lain.

"Apabila TV1 menjadi saluran informasi dan berita sepenuhnya, tugas kami sebagai penyampai juga bertambah. Sebagai orang baru, saya ambil semua ini sebagai cabaran dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan sehabis baik," ucapnya hati-hati.

KONSEP BARU TV1

- Mulai 1 Januari 2009, RTM1 dan RTM2 yang bertukar kepada TV1 dan TV2 menjadi dua saluran yang lebih khusus dengan genre yang berbeza, iaitu informasi dan juga ceria.

- TV1 sesuai dengan temanya ‘Informasi’ akan menumpukan kepada berita dan juga program-program berbentuk informasi seperti dokumentari, majalah dan bicarawara.

- Program TV1 yang dimaksudkan ialah program berita yang merangkumi Nasional@1, Semasa@1, yang akan bersiaran setiap setengah jam.

- Selain itu, terdapat juga segmen berita yang dinamakan Utama@1, National@1 (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil), Wilayah@1, Dunia@1, Biz@1 (Malaysia/Singapura dan Malaysia/China), Sukan@1, Warta Serumpun, Galeri Perdana, Parlimen@1, Global@1 dan Info Sukan@1 yang selaras dengan matlamatnya menyampaikan informasi.

- Durasi bersiaran 24 jam sehari di TV1 juga akan dipenuhkan dengan program dari jalur informasi antaranya mengekalkan Selamat Pagi Malaysia, HOT@1, Isu, Blog, Fenomena Seni, Vasantham dan What Say You.

- Beberapa program baru yang akan diperkenalkan pula termasuklah Dialog@1, Wanita@1, Pengguna@1 dan Eksklusif@1 selain program Di Luar Lingkungan bersama Sayed Munawar serta Santai@1 bersama Hezri Hashim.

- Slot program berbentuk dokumentari dan majalah pula memberi peluang kepada penonton menyaksikan program menarik menerusi Lensa@1 yang menyenaraikan judul Karyawan Muda, Simfoni Alam, Agro Jurnal, Intrend dan Gen X.

- TV1 juga tidak akan ketinggalan menyajikan program-program majalah dan dokumentari luar negara.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:41 pm

Bakal bapa terkacak 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Emran10

--------------------------------------------------------------------------------

MASA begitu deras berlalu. Diam tak diam sudah melebihi usia setahun perkahwinan Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama permaisuri hidupnya yang merupakan selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira.

Mahligai impian yang dimateri atas nama cinta yang luhur itu terus menyemarakkan api asmara membara dengan harapan hubungan yang dibina itu berkekalan selama-lamanya tanpa mampu diganggu-gugat anasir luar.

Jangan terkejut kerana pasangan merpati dua sejoli itu punya resipi tersendiri dalam memakmurkan rumah tangga yang dibina pada 25 Oktober 2007 untuk berterusan ke akhir hayat hendaknya.

Andai sebelum ini khalayak selalu menatap kegembiraan Erra bergelar seorang isteri, kali ini Kosmo! sendiri cuba mengorek daripada suami kepada pelakon dan penyanyi jelita itu tentang rahsia keharmonian rumah tangga mereka.

"Berlawak setiap hari menjadi asas paling penting dalam mengukuhkan ikatan ini," bilang Engku Emran telus tentang kesejahteraan yang dikecapi bersama wanita yang dinikahi itu.

Tidak dinafikan, Engku Emran di alam realiti kelihatannya serius dan garang, namun jangan salah sangka dengan personaliti luaran lelaki dengan susuk tinggi lampai itu. Dia sebenarnya gemar bercanda.

"Kalau seharian saya berborak dengan Erra, saya akan buat-buat bercakap dalam nada budak-budak, tanpa ada sebarang rasa malu dengan isteri.

"Erra sendiri membalas semula kata-kata saya dengan menggunakan suara kanak-kanak, malah kami juga tidak henti buat lawak sesama sendiri.

"Bila dua-duanya sudah bertutur dalam keadaan sama, maka perbualan kami tidak ubah seperti menyaksikan watak dalam animasi Chipmunks," ungkap Emran tertawa besar, tanda diri sedang berbahagia dengan wanita yang mendapat gelaran Primadona Filem Melayu Moden itu.

Melangkaui usia lebih setahun menyulami cinta dalam sebuah institusi kekeluargaan, pasangan itu nekad enggan melakukan sebarang sambutan ulang tahun secara besar-besaran.

Memadailah dengan majlis kecil dan biasa, sebagai pelengkap memperlihatkan tanda penghargaan yang tidak terhingga atas kerukunan rumah tangga mereka.

"Kami tidak lakukan acara besar-besaran, sebaliknya sekadar mengadakan majlis doa selamat, yang dihadiri famili terdekat kedua-dua belah pihak pada 25 Oktober lepas.

"Memang kami hendak melaksanakan dalam konsep santai tanpa mahu menguar-uarkan kepada pihak media," tambah lelaki berusia 32 tahun itu ringkas, mahukan sedikit privasi.

Tiada yang lebih membahagiakan Engku Emran apabila benih kasih yang ditaut bersama Erra jadi bermakna dengan kehadiran insan bernama cahaya mata tidak lama lagi

Engku Emran sendiri sudah pasti teruja apabila empunya diri bakal meraih gelaran baru pada tahun 2009, sebagai seorang bapa.

Insya-Allah, dengan segala kekuasaan Allah, Engku Emran akan menjadi ayah kepada seorang bayi perempuan setelah imbasan kandungan dilakukan semasa awal kehamilan Erra.

Gembira bukan kepalang, Engku Emran memberitahu, pada 23 Disember lalu Erra sekali lagi melakukan ujian imbasan kandungan.

Malah doktor sendiri mengesahkan sekali lagi bahawa 'isi' yang memboyot dalam perut Erra itu ialah bayi perempuan yang akan dilahirkan Mac depan.

"Saya cukup teruja bakal jadi bapa. Harap-harap anak yang lahir nanti akan mengikuti hobi saya dan Erra iaitu menunggang motosikal berkuasa besar," seloroh Engku Emran tentang harapan terhadap cahaya matanya kelak.

Terus membutir bicara manis, Engku Emran bagaimanapun menganggap keterujaan yang menyelubungi diri belum mencecah tahap paling maksimum selagi dia tidak menyaksikan sendiri kelahiran bayi itu di depan matanya.

"Saya cukup yakin rasa seronok itu hanya betul-betul muncul selepas tengok anak saya lahir nanti. Namun tahap kesihatan Erra turut diutamakan dalam soal ini dan saya berharap semuanya selamat.

"Setelah anak kami lahir tidak lama lagi, saya yakin anak itu bakal menjadi anugerah paling bernilai dalam rumah tangga kami," jawab Engku Emran yang kini menelaah buku berkaitan penjagaan bayi untuk persediaan bergelar bapa selang tiga bulan lagi.

Lebih mengujakan, Engku Emran kini dalam persediaan menyertai kelas intensif bersama isteri tercinta di sebuah hospital swasta sekitar Damansara dalam masa terdekat ini.

"Alhamdulillah, ada beberapa ilmu yang saya pelajari tentang cara penjagaan bayi. Selebihnya, saya tidak sabar untuk ikuti kelas tersebut terutama belajar menukar lampin pakai buang bayi," kata lelaki itu yang bakal memegang status sebagai antara bapa terkacak di Malaysia.

Suria FM tonjol kelainan

Berkumandang bebas di udara menerusi frekuensi 105.3 fm di Lembah Klang, stesen radio popular Suria FM yang sebelum ini 'berkiblatkan' tagline Hidup Pasti Rancak kini menonjolkan sebuah transisi baru.

Perubahan yang bakal menjadi tonggak utama stesen itu dapat dilihat apabila Suria FM memperkenalkan tagline baru, Muzik Terbaik Tanpa Henti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Emran210

SUDAH melebihi setahun usia perkahwinan Erra dan Engku Emran yang kini penuh teruja menanti kelahiran buah cinta sulung mereka.


--------------------------------------------------------------------------------

Tidak dinafikan, itu antara inisiatif yang cuba dilaksanakan Suria FM dalam usaha menarik perhatian umum terutama dalam meningkatkan bilangan pendengar stesen itu pada tahap lebih tinggi.

Jelas Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran, selain memfokuskan kepada peningkatan jumlah pendengar, tagline tersebut menjadi isyarat awal mengenai perubahan besar dilakukan Suria FM menjelang tahun 2009.

"Perubahan tagline kami bersempena dengan strategi memutarkan lagu-lagu terbaik pilihan pendengar tanpa henti sepanjang 40 minit bagi setiap jam bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam mulai awal bulan ini.

"Penyiaran lagu sepanjang 40 minit itu bukannya diaplikasi sekadar suka-suka, sebaliknya ia melalui kaji selidik yang dijalankan bersama-sama pendengar radio itu secara menyeluruh pada Oktober lalu.

"Strategi seumpama ini saya rasa belum ada mana-mana lagi stesen radio yang buat, jadi saya yakin dengan keberkesanan rancangan ini apatah lagi ia berpandukan kaji selidik daripada pendengar," katanya dalam nada teruja pada majlis Party Klik VIP Suria 2008 yang berlangsung di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ibarat stesen radio lain yang sering menjalani peningkatan ketara dari segi jumlah pendengar, Suria FM tidak ketinggalan berusaha untuk melonjakkan rating mereka.

Rating stesen itu yang melebihi 100,000 pendengar baru-baru ini menjadikan jumlah pendengar stesen itu terus bercambah sekali gus mencecah lebih setengah juta pendengar.

Engku Emran berkata lagi, kaji selidik yang dijalankan selama sehari itu menyenaraikan lebih 900 buah lagu dalam dan luar negara untuk diundi pendengar radio tersebut.

Menerusi perkiraan tersebut, katanya, secara tidak langsung lagu-lagu popular sekitar 80-an hingga kini jadi pilihan ramai.

Bercerita tentang maklum balas pendengar, beliau berkata rata-ratanya memberi jawapan positif terhadap pemutaran lagu-lagu pilihan selama 40 minit.

"Perubahan tersebut merupakan salah satu daripada perancangan yang kami fikirkan untuk Suria FM pada tahun depan.

"Harap-harap ia dapat menarik lebih perhatian pendengar dalam lingkungan usia antara 20 hingga 35 tahun.

"Ini adalah kelainan yang Suria FM cuba berikan kepada para pendengar. Selepas ini, kita nak apabila sebut sahaja 40 minit lagu tanpa henti, orang akan ingat kepada Suria FM," jelasnya sambil tersenyum manis, semanis perjalanan Suria FM.

Berbicara soal penyiaran lagu sepanjang 40 minit tanpa henti itu, ia sedikit sebanyak menimbulkan keraguan, apakah Suria FM mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat penyampai sedia ada mereka?

Dalam nada tenang dan penuh santai, Engku Emran menafikan dakwaan itu. "Tidak benar sama sekali."

Hujahnya lagi, bukan kerana enggan bercakap banyak di udara, maka khidmat penyampai terus berakhir di situ.

"Mereka (penyampai) masih lagi diperlukan termasuk dalam menyampaikan satu-satu informasi kepada para pendengar, malah mereka masih punya peranan sendiri meskipun kurang bercakap.

"Saya dapat lihat bahawa para penyampai yang sedia ada ini sudah pun cukup kuat untuk mengukuhkan Suria FM," jawab Engku Emran penuh keyakinan.

Bercerita lebih lanjut tentang majlis Party Klik VIP Suria 2008, katanya, ia diadakan sempena ulang tahun pertama Suria FM yang melancarkan operasi secara menyeluruh di serata negara bermula tahun lalu.

Selain dihadiri oleh Klik Suria seramai 25 orang (pendengar Suria FM), majlis itu juga dimeriahkan dengan persembahan karaoke artis terkenal tanah air seperti Amy Mastura, Elyana, Farawahida, Faradhiya dan Imran Ajmain.

Program itu juga diserikan dengan kehadiran para penyampai Suria FM seperti Zizi, Lin, Akhtar, Zaff, Hairil, Bob Ringgo dan Tuah Zoqarnain.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:46 pm

Katanya buka tirai 2009

VINCE

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Vince10

SEBAGAI membuka tirai tahun 2009, Astro Ria dengan bangganya membawakan Katanya, sebuah program yang bakal menggamit semula memori indah yang pernah dilalui oleh bekas para pelajar Akademi Fantasia (AF) yang kini sudah pun bergelar bintang.

Program istimewa itu juga bakal mengupas lebih lanjut tentang perkembangan bintang AF dalam meniti perjalanan untuk bergelar anak seni yang berwibawa.

Program lapan episod itu akan dihoskan oleh pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan, "Kami di Astro amat terharu dan berbesar hati dengan segala sokongan padu yang tidak pernah padam oleh para pelanggan sejak mula program Akademi Fantasia diperkenalkan sehinggalah kini.

"Program Katanya dihasilkan khusus untuk mengimbas kembali saat suka dan duka para bintang AF sepanjang berlangsungnya enam musim program realiti itu setakat ini.

KAER

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Kaer10

"Ia ditujukan khas buat para penonton sebagai tanda penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada sokongan mereka yang sememangnya amat bermakna buat kami."

Tambahnya, "Saksikan juga pendedahan istimewa tentang tip-tip persediaan yang berguna untuk mereka yang ingin menyertai sebarang program yang berkonsepkan rancangan realiti kelak.

"Kami berharap agar pendedahan yang akan dipaparkan menerusi program ini nanti dapat menarik minat seterusnya menggalakkan lagi penyertaan daripada orang ramai dalam program-program seumpama ini.

"Kami amat memerlukan bakat-bakat yang telah berjaya dicungkil menerusi program-program AF sebelum ini seperti Mawi, Mila, Stacy, Zahid, Vince, Faizal, Felix, Akma, Bob, Aizat, Kaer, Rosma, Khai, Amelia, Marsha, Linda dan banyak lagi untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air."


KHAI dan ROSMA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Khai11

Katanya yang akan bersiaran selama 30 minit setiap episod itu akan membawa para penonton untuk mengikuti dengan lebih dekat pencapaian dan projek terbaru bintang-bintang AF kesayangan ramai.

Program yang padat dengan informasi yang menarik itu terbahagi kepada tiga segmen yang setiap satunya akan membincangkan mengenai pelbagai topik, isu dan gosip yang berlainan.

Setiap topik telah disuntik dengan elemen-elemen unik dan istimewa yang pastinya menghiburkan. Para penonton akan dihidangkan dengan tiga topik segar dan hebat yang berlainan setiap episod sepanjang 8 minggu bersiarannya program tersebut.

Selain daripada itu, nantikan juga penampilan istimewa bekas pengetua dan para bintang AF pada setiap episod seperti Ramli MS, pasangan Mawi dan Ekin, Stacy, Mila, pasangan Rosma dan Khai, Reza, Nana, Adi, Burn dan ramai lagi.

Antara paparan menarik yang bakal dihidangkan termasuklah gelagat para bintang AF sewaktu sesi rakaman album di studio dan persediaan ketika di set pengambaraan drama atau filem serta banyak lagi.



MARSHA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Marsha14

Para penonton juga berpeluang untuk mengetahui tip-tip hebat tentang dandanan, solekan serta penggayaan rambut yang sesuai untuk ke sesi uji bakat mana-mana program realiti terutama Akademi Fantasi.

Penonton juga boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang cara pemilihan pakaian dan warna yang tepat untuk memastikan imej dan keterampilan diri adalah sesuai untuk digayakan ke sesi uji bakat AF.

Program hebat itu pastinya akan mengubat kerinduan para penonton kepada bintang-bintang AF pada musim-musim yang lepas.

Adakah tradisi AF akan disambung semula untuk musim yang seterusnya? Jangan lupa untuk saksikan sama ada persoalan ini akan terjawab dalam program Katanya di Astro, (Saluran 104) bermula Ahad ini, 4 Januari pukul 9.30 malam!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:51 pm

Luah isi hati

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Alif10

TERKILAN dan kecewa! Itulah yang dirasai Juliana Evans dan Muhammad Alif Mohd Satar apabila nama mereka digugurkan sebagai hos Remaja, program popular terbitan TV3.


Lebih menyedihkan, berita itu hanya dimaklumkan penerbit program itu menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan disusuli panggilan telefon oleh penerbit eksekutif.

Dua anak muda berbakat besar ini menyifatkan tindakan itu tidak profesional, malah alasan diberi tidak konkrit dan mengelirukan.

Impak daripada penyingkiran itu, imej mereka tercalar apabila ada segelintir pihak menuduh ia berpunca masalah disiplin walhal sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai hos program itu mereka sangat komited.

Pada pertemuan baru-baru ini, Juliana dan Alif tidak teragak-agak meluahkan isi hati. Riak terkilan jelas terpancar pada wajah masing-masing, malah mereka tidak berpuas hati apabila banyak persoalan tidak terjawab.

“Kalau ikutkan, kontrak kami tamat April depan, malah jadual yang diberi menunjukkan kami sepatutnya menjalani rakaman hingga penghujung Mac depan.

“Tiba-tiba penerbit memaklumkan kami bukan lagi hos Remaja, malah rakaman pada 17 November lalu adalah episod terakhir kami bersama produksi ini.

“Paling dikesalkan, berita itu disampaikan menerusi SMS (dua minggu lalu) dan tidak lama kemudian penerbit eksekutif pula menghubungi kami.

“Katanya, khidmat kami terpaksa dihentikan kerana tidak cukup bajet, malah mereka tidak ada perancangan menyambung kontrak kami.

“Sejak produksi beralih tangan April lalu, sudah nampak tanda nama kami akan digugurkan, tetapi tidak sangka pula mereka memilih cara ini.

“Sedih mengenangkan semua orang mengunci mulut ketika rakaman terakhir, walhal mereka tahu kami akan disingkir. Kalaupun kami tidak lagi diperlukan, berbincanglah secara baik. Setidak-tidaknya beritahu lebih awal dan bukan menerusi SMS,” kata Juliana sayu apabila tidak diberi peluang mengucap salam perpisahan kepada pengikut setia Remaja.

Sementara itu, Alif mempertikai alasan diberi tulang belakang program popular itu sebagai tidak masuk akal. Jika benar itu puncanya, mengapa produksi mengangkat dua wartawan penyiarannya sebagai hos dan menambah seorang lagi wartawan penyiaran?

“Saya terkejut dan tertanya-tanya kenapa kami diperlakukan seperti ini. Sepanjang mengendalikan program ini kami sangat komited, malah banyak tawaran lain kami tolak semata-mata mahu fokuskan perhatian kepada Remaja. Malah selepas kami mengambil alih sebagai hos, rating program ini naik mendadak dan pernah mencecah 1.2 juta penonton.

“Kalaulah disiplin menjadi puncanya, seingat saya sekali saja kami gagal hadir rakaman kerana jadual bertindih. Itupun produksi memaklumkan tarikh rakaman pada saat akhir, sedangkan kami ada program lain. Selebihnya kami ikut apa saja yang mereka mahu.

“Saya difahamkan, tempat kami diambil alih Azura dan E-One Mentor, manakala Deq Wan pula bertindak sebagai wartawan penyiaran dengan dibantu orang baru, Finaz.

“Paling terasa sudah tentu Juliana kerana dia mengacara program ini sejak 2005. Awal kemunculan dia digandingkan dengan Aidid Marcelo dan berundur seketika apabila menduduki peperiksaan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia). Tahun lalu dia kembali mengacara bersama saya,” kata Alif.

Tegas Juliana, ketika kontrak diperbaharui, mereka diarahkan terbabit secara total dalam semua aktiviti yang bakal diketengahkan, malah turut diminta turun padang jika ada liputan luar studio, baik dalam atau luar negara.

Bagaimanapun, itu hanya kata-kata kosong, bahkan terpaksa berputih mata apabila peluang lebih berpihak kepada wartawan penyiaran.

“Alif berpeluang juga ke Korea, tetapi saya paling jauh pun ke Sarawak. Bukan merungut, tetapi saya kecewa apabila skop tugas kami tidak seperti digambarkan.

“Ketika rakaman, kami diminta melakukan itu ini, tetapi purata muncul di televisyen sekejap saja. Peranan kami turut dikurangkan, yang lebih menonjol adalah wartawan penyiaran. Bila rating mendatar, kami pula dipersalahkan, walhal mereka harus mengkaji daripada semua aspek, termasuk pertukaran waktu siaran.

“Lebih 10 tahun Remaja bersiaran setiap Sabtu, jam 1 tengah hari dan tahun ini ia ditukar kepada Ahad, 7 malam. Sedikit sebanyak pasti ia meninggalkan kesan, apatah lagi waktu itu ramai menunaikan solat Maghrib,” katanya.

Apapun, sahabat karib ini berterima kasih kepada TV3 kerana membuka ruang mengasah bakat sebagai pengacara. Menerusi Remaja, rezeki mereka semakin murah, malah Alif mendapat kepercayaan mengacara program sukan berjudul Super Soccer Star terbitan RTM dan rancangan kanak-kanak, Siapa Pintar (TV9).

Sementara itu, Juliana pula memikul tanggungjawab sebagai hos program realiti hasil usaha sama RTM dan Suria TV, Singapura iaitu Aksi Gerek yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Pelakon meningkat naik ini juga berdebar menanti tayangan filem Hooperz dan drama Kasut Tumit Tinggi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 2:55 pm

Celoteh Dina di Era

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Dina11

Rap
KETIKA berkunjung ke konti radio Era baru-baru ini, CAK terserempak dengan Dina. Ala, finalis Malaysian Idol musim kedua yang cukup berani dalam berfesyen tu.
Mulanya CAK ingat Dina diundang untuk menjayakan mana-mana segmen radio berkenaan, tetapi selepas berbual panjang dengan orang sekeliling, rupa-rupanya anak jati Johor ini bergelar warga kerja Era.

Itu pasal la Dina asyik ke hulu hilir. Kejap-kejap melintas depan CAK, almaklumlah dia rancak berlatih sebagai penyampai radio sejak beberapa minggu lalu.

Sebagai permulaan, Dina akan bertugas di hujung minggu dan menjadi pasangan Nana untuk segmen Carta Era yang akan ke udara setiap Sabtu jam 2 hingga 4 petang dan siaran ulangannya dapat diikuti pada Ahad, jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

CAK difahamkan, Dina dapat menyesuaikan diri dengan cepat, malah dia menepati kriteria dikehendaki stesen itu. Kalau ikutkan, ramai selebriti berpengalaman menghadiri uji bakat, tapi Dina paling menonjol.

Kombinasi Dina dengan Nana dilihat sepadan. Apa tidaknya, masing-masing mulut macam bertih jagung. Lagipun Dina pandai mencelah menjadikan carta Era lebih meriah dan hidup.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Jan 2009, 3:05 pm

Zach kini berlakon

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Xfacto10

KERJAYA Zachery Francis Ubu, 31, bermula dalam bidang seni suara bersama kumpulan X-Factor. Kumpulan ini pernah meniti zaman kegemilangan mereka sekitar enam tahun lalu.-berbaju biru-

Bagaimanapun, anggota kumpulan itu mempunyai pelbagai komitmen lain sehingga minat dalam bidang nyanyian turut diketepikan. Namun bagi Zach, meskipun ketiadaan X-Factor, kerjaya seninya harus diteruskan.

“Sekalipun tidak lagi menyanyi di pentas dan nama X-Factor juga berkubur, aktiviti seni saya tidak terhenti begitu saja. Kini saya berpeluang melebarkan bakat dalam dunia lakonan pula.

“Sejak mula berlakon beberapa tahun lalu, pelbagai watak pernah dipegang. Saya mesti berani mencuba kerana selepas tidak lagi menyanyi, bidang lakonan menyara kehidupan harian saya. Yang menyeronokkan, lakonan turut memberi pelbagai pengalaman baru buat saya,” katanya.

Perkembangan lain, Zach kini menjalani penggambaran drama komedi berjudul Radio Gaga. Sejak bergelar pelakon, inilah watak komedi pertama dibawanya.

“Sebelum ini pengarah selalu beri watak serius. Belum pernah membawa watak lain. Sebab itu, kali pertama bawa watak komedi sebagai Izuan, saya mula menyukainya.

“Mulanya saya tidak yakin untuk membangkitkan elemen menerusi watak itu kerana perwatakan saya agak serius. Namun selepas mencuba Radio Gaga atau dalam bahasa Inggerisnya MP3, saya jatuh cinta dengan genre ini.

“Kalau diberi peluang untuk kembali pegang watak dalam cerita bergenre komedi, pasti saya menerimanya. Malah, tidak salah jika dikatakan saya menyukai cerita begini walaupun baru julung kali melakonkan watak sebegitu.

“Tiada aral, drama arahan sutradara Murali ini akan ditayangkan menerusi RTM pada awal Mac depan. Jika mahu melihat saya melawak, tontonilah cerita ini,” katanya.

Tambah jejaka kacak ini, dia juga bakal membintangi drama baru berjudul Cintaku Di Mukah yang akan dilakukan di Sarawak penghujung bulan ini. Selain itu, lakonannya dalam Dua Kali Aku Mencintaimu ditayangkan menerusi Astro Prima

“Cintaku Di Mukah akan menjalani penggambaran di Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS) dan beberapa tempat di Mukah. Dalam cerita ini, saya pegang watak pelajar universiti yang nakal tetapi menyukai muzik.

“Pada masa sama, dia mencintai seorang gadis. Menariknya, drama ini bukan saja berkonsepkan cinta, tetapi turut menerapkan nilai kekeluargaan,” katanya.

Mengenai azam tahun baru, Zach menjelaskan, dia mahu melakukan apa yang terbaik dalam kerjaya seninya. Jika 2008 adalah tahun baik untuknya, malah rezekinya tidak pernah putus, dia berdoa supaya 2009 lebih meriah.

“Baru beberapa hari kita meninggalkan 2008. Namun tahun itu memberi saya pelbagai kenangan manis. Jadi, untuk tahun ini, saya harapkan ia lebih manis.

“Saya turut memasang azam menjadi pelakon hebat dan terbaik di mata masyarakat. Bagi saya, apabila seseorang pelakon diiktiraf sebagai pelakon terbaik pada mana-mana anugerah, ia pencapaian terbaik dalam hidup mereka.

“Begitupun, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah pada tahun ini. Dicalon sebagai Top 5 memadai untuk saya. Namun, untuk menggapai semua itu bukan mudah,” katanya
Back to top Go down
muslim2u
Regular Customer
Regular Customer
muslim2u

Number of posts : 240
Age : 45
Registration date : 22/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 11:20 am

salam dek na...akk teringin sgt nk tgk gamba erra peknan..tk de ker..??? ari2 akk dok tgk hang tepek gambaq len jek..gambaaq erra peknan tk dak ka..???
Back to top Go down
http://muslim2u.fotopages.com/
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz) - Page 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 5 (go to part 6 plzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 3 of 20Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 11 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions