Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 9 ... 13, 14, 15
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 12:57 pm

Rita-Aidil gembira pernikahan sah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Ne_08_14
RITA dan suaminya Aidil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar pengesahan pendaftaran nikah mereka semalam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Ne_08_15
KERATAN Kosmo! 18 Disember 2008 lalu.


KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini yang hamil enam bulan bersama suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak gembira apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memutuskan pernikahan mereka di Songkhla, Thailad pada 25 Februari 2008 sah di sisi hukum syarak.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan mereka secepat mungkin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).

Beliau mengesahkan pernikahan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 setelah berpuas hati dengan segala dokumen yang dilampirkan sebagai bukti pernikahan.

Antara dokumen tersebut ialah surat nikah dari wilayah Songkhla, surat pengesahan Konsulat Jeneral Malaysia di daerah itu serta pengesahan pasport mereka bertarikh 25 Februari 2008.

Rita, 33, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohamed @ Mokhtar dan suaminya, Aidil, 22, yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan memasuki kamar hakim bersama peguam syarie, Boestamam Ahmad untuk mendengar sebutan permohonan pengesahan pernikahan itu.

Setengah jam kemudian, Rita dan Aidil keluar sambil menyatakan rasa syukur dan lega kerana semuanya telah selesai dan hanya menunggu arahan mahkamah untuk mendaftarkan pernikahan tersebut.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:25 pm

[Gambar Terkini] - Maya Karin

Siapa yang tak kenal dengan Maya Karin, baru2 ini dinobatkan sebagai pelakon filem wanita paling popular sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Selain dari itu, dia juga merupakan duta utk Nescafe & Loreal Paris. BH dengar cerita, dia baru sahaja tamat dengan kempen anti beg plastik. Menurut dia, sebenarnya dia dah 3 tahun ingin diberi kepercayaan untuk mengadakan kempen2 alam sekitar seperti kempen beg plastik ini. Namun, baru tahun ini dia dapat menunaikan hasrat yang dipendam selama 3 tahun itu. Itu saja utk kali ni, jom kita tengok gambar2 terbaru Maya Karin ;

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 2811_110
Senyuman manis dari Maya Karin…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 2811_111
Posing dari Maya Karin..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:29 pm

Gambar Terbaru Fazura (April)

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharfuddin, gadis manis 26 tahun ini dah pun menimba pengalaman jadi pengacara. Antaranya dia pernah menjadi VJ untuk program Teens World bagi siaran RTM2 dan MTV VJ. Kira dah mantap lah Fazura nih. Murah dengan senyumannya.

Kini, Fazura akan kembali jadi hos dalam program Anak Wayang. Sebelum ini Fazura telah melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak 2004 dan pernah berlakon 8 buah filem cereka dan pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada FFM19 dan 21. Gambar diambil ketika majlis pelancaran sidang media, Anak Wayang.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Fazura14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Fazura15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Fazura16

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Fazura17

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Fazura18
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:33 pm

Ani Mayuni di WHI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Wanita12

Ani Mayuni menjadi tetamu undangan di WHI edisi 21/4. Dia dijemput adalah membincangkan topik berkenaan 'sekan lama menunggu atau berkaitan dengan ibu-ibu mngandung lah ceritanya. Ani Mayuni juga dikhbarkan dalam WHI berkenaan dia mengandung 5 bulan anak yang ke-2. Wah perut pun makin berisi. Tahniah lah dari izyan.com atas kehamilan anak yang ke-2 itu, semoga sihat sejahtera kandungan berkenaan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Wanita13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Wanita14

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Wanita15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Wanita16
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:39 pm

Faizal hampa 'show' Minggu Setiausaha ditunda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Fai1110


Faizal terkejut persembahan Minggu Setiausaha yang menampilkannya sebagai artis utama telah ditunda oleh pihak penganjur

PERASAAN terkejut dan hampa saling bercampur di dalam diri Faizal Tahir tatkala diberitahu pihak penganjur Isnin lalu tentang penangguhan acara Minggu Setiausaha yang menampilkannya sebagai artis utama yang sepatutnya berlangsung malam tadi di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.

Segala persiapan menjelang acara tersebut telah pun dibuat oleh Faizal termasuklah konsep persembahan dan susunan lagu bersama barisan pemuzik yang dibawanya sendiri.

Malah, pada sidang media sewaktu pengumuman acara tersebut di Bora Ombak, Ampang tidak lama dulu, Faizal akui dia amat teruja kerana pertama kali berpeluang menjadi artis utama pada persembahan Minggu Setiausaha yang turut menampilkan Nita Malaysian Idol sebagai penyanyi jemputan.

Namun, berita yang disampaikan oleh penganjur, Me & U Creative, di saat-saat akhir itu ternyata membuatkan Faizal cukup tergamam apatah lagi bila mengetahui ramai peminatnya tidak sabar untuk menyaksikan persembahannya itu.

"Apa yang pihak penganjur beritahu, mereka terpaksa tunda acara ini kerana di saat-saat akhir penaja utama acara ini menarik diri. Memang ketika itu saya amat terkejut dan sudah tentu perasaan kecewa memang ada.

"Saya dah berlatih bersama pemuzik dan hanya tinggal untuk buat persembahan saja. Tetapi, nampaknya ditunda pula. Saya sendiri pun tak pasti akan ditunda sehingga bila kerana saya sebenarnya masih 'blur' dengan hal ini.

"Dan mustahil juga kalau mereka nak tunda ke tarikh tertentu kerana jika tidak silap saya, Minggu Setiausaha ini diraikan sehingga akhir bulan ini saja. Saya juga mempunyai komitmen lain dan belum pasti lagi masa saya 'free' untuk tarikh baru itu nanti," kata Faizal.

Menurut penyanyi yang tampil dengan single terbaru, Bencinta, ini, dia turut gusar perkara ini sedikit-sebanyak akan turut menjejaskan reputasinya juga.

"Dari respon yang saya dapat, ramai juga yang telah beli 'table' sempena acara tersebut. Harga meja tersebut juga bukannya murah.

"Bila jadinya perkara seperti ini, sedikit-sebanyak memang akan mencalarkan imej dan reputasi saya apatah lagi sejak kebelakangan ini macam-macam cerita orang dengar tentang Faizal Tahir," kata bapa kepada tiga orang cahaya mata ini.

Tahun ini, Faizal merupakan artis yang paling laku dengan menerima tiga tawaran mengadakan persembahan Minggu Setiausaha yang mana selain acara yang ditunda itu, Faizal turut menjayaka Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Minggu Setiausaha Hotel Istana.

Namun, hanya Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative ini yang menampilkan Faizal sebagai artis utama.

Penganjur: Persembahan ditunda bukan kerana tidak laku

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai penundaan acara tersebut, kata Pengarah Projek Me & U Creative, Karyah Ezanafitri Karim, pihaknya terpaksa membuat keputusan sedemikian kerana tidak mempunyai alternatif lain untuk meneruskan acara tersebut.

"Penaja utama acara ini menarik diri hari Jumaat yang lalu. Alasannya kerana faktor kegawatan ekonomi ketika ini. Tetapi ia bukannya kerana tidak laku. Jadi, kami memang tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menunda persembahan tersebut.

"Tetapi kami bukannya membatalkan terus acara ini. Kami telah pun berbincang dengan pihak pengurusan Faizal untuk menggantikan Minggu Setiausaha ini dengan sebuah majlis berkonsepkan 'dinner show' bersama Faizal yang mungkin akan dibuat pada akhir Jun atau awal Julai.

"Kita juga akan tetap menjemput Nita sebagai artis undangan. Tapi buat masa ini, kami masih dalam perbincangan lanjut tentang hal ini," kata Karyah.

Menurutnya, semua pembeli tiket dan meja untuk acara tersebut telah dihubungi oleh pihak penganjur sejak Jumaat lalu yang mana separuh daripada 100 meja yang diperuntukkan sebenarnya telah pun berjaya di jual.

"Mereka mempunyai pilihan sama ada untuk 'refund' atau simpan dulu tiket tersebut yang boleh digunakan untuk 'show' baru Faizal nanti. Tetapi kita masih belum menetapkan harganya kerana perbincangan masih dibuat.

"Tetapi jika 'show' itu nanti diteruskan, mereka yang sudah mempunyai tiket mungkin akan terus dapat gunakan tiket itu tanpa penambahan harga atau juga boleh menikmati diskaun. Itu semua kita belum dapat pastikan," kata Karyah.

Ujarnya, memang ada peminat-peminat Faizal yang tidak berpuas hati apabila mendapat tahu tentang acara tersebut ditunda. Namun, pihaknya telah membuat penjelasan sebaik mungkin untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan.

Malah, kata Karyah, dia tidak merasakan hal ini akan menjejaskan reputasi Faizal kerana apa yang berlaku bukan berpunca daripada penyanyi itu.

"Bagi saya, ini bukan soal reputasi. Kami sendiri sudah menerima reputasi yang tidak baik kerana penundaan Minggu Setiausaha ini. Semua pihak kenalah memahami masalah yang kadang-kadang timbul pada masa yang kita tidak jangkakan," kata Karyah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:41 pm

Azharina kahwin diam-diam lagi?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Nina1110
Nina nafi dikatakan telah berkahwin lagi dengan seorang Datuk - foto THE STAR oleh VICTOR NG


PENYANYI ini pernah 'dikecam' ramai gara-gara perkahwinan secara diam-diam dengan usahawan Datuk Shukri Mohamed kira-kira tiga tahun lalu.

Hanya setelah berita perceraiannya pada awal Februari tahun lalu berjaya dihidu banyak pihak, barulah Azharina membuka mulut menceritakan tentang rumahtangga yang dibina dan bertahan selama tiga tahun itu.

Namun, baru setahun lebih penyanyi kelahiran Kota Kinabalu Sabah ini menutup kisah duka itu, Azharina yang mesra dengan panggilan Nina ini dikatakan telah pun berkahwin lagi dengan seorang lelaki yang juga berpangkat Datuk dan turut berasal dari Kelantan, sama seperti bekas suaminya dulu.

Diajukan pertanyaan tentang perkara itu, Nina dalam reaksi terkejut akui tidak menyangka kisah seperti itu sekali lagi kembali menyelubungi dirinya.

"Kekasih pun saya tak ada buat masa ini, jadi macam mana pula saya boleh kahwin? Saya sebenarnya pelik bagaimana cerita seperti ini boleh timbul.

"Macam-macam sebenarnya orang bercakap tentang saya...ada yang kata saya sudah berkahwin dengan jejaka Filipina lah, sudah bertunang lah...banyak betul ceritanya.

"Saya bukan milik mana-mana lelaki sekarang ini. Apatah lagi dengan jadual kerja saya yang cukup padat, saya tidak ada masa untuk fikir tentang perkara seperti ini. Henti-hentikanlah membuat cerita seperti ini," kata Nina yang ditemui pada acara Minggu Setiausaha di Hotel Istana, semalam.

Ketika ini, ujar Nina, dia lebih senang memikirkan tentang karier saja serta pada masa yang sama memberikan tumpuan terhadap syarikat miliknya, Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment.

"Adakalanya agak tertekan jika memikirkan tentang perkara ini. Saya juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Sebab itu saya lebih selesa fokus kepada kerjaya saja ketika ini.

"Insya-Allah, saya juga ada perancangan untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Saya ingin berubah...ingin berubah dalam banyak perkara.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Nina2210
Nina menyampaikan lagu Rawan dan Rasa pada Minggu Setiausaha yang berlangsung di Hotel Istana, semalam


"Rasanya, sekarang ini pun saya semakin banyak berubah. Dulu saya sangat lantang bersuara tentang apa saja, tetapi sekarang saya sudah 'tone down'," kata Nina yang akan memasarkan single Rawan di Indonesia di Indonesia tidak lama lagi.

Namun, ditanya sama ada dia akan tetap 'menyembunyikan' perkahwinannya kelak andai kata sudah menemui pengganti, tutur penyanyi yang pernah popular dengan lagu Elergi Sepi ini, dia tidak mampu menolak perkara itu seandainya itu adalah permintaan bakal suaminya itu nanti.

"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi andai kata lelaki itu nanti sama seperti bekas suami saya yang mahukan cerita tentang perkahwinan kami tidak diketahui oleh orang ramai, saya kena hormati keputusan itu kerana dia adalah suami saya.

"Bukan ingin sengaja merahsiakan. Malah, saya sendiri kalau boleh ingin orang tahu tentang perkahwinan saya. Tetapi sebagai isteri, saya perlu patuh dengan kata suami," kata Nina dalam nada tegas.

Dalam perkembangan lain, Nina yang beraksi pada Minggu Setiausaha anjuran Lord's Tailor dan Hotel Istana semalam telah mempersembahkan single terbarunya, Rasa yang kini sudah pun mula diputarkan di stesen-stesen radio.

Lagu tersebut akan turut dimuatkan di dalam album terbaru Nina yang dijangka akan berada di pasaran sekitar bulan Julai depan.

Selain Rasa, lagu Rawan juga akan dimuatkan di dalam album itu serta beberapa buah lagu lain seperti Hey Lelaki yang menampilkan Mimi One Nation Emcees dan sebuah lagu 'cover version' dendangan Allahyarham P.Ramlee iaitu Gitar Berbunyi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:44 pm

Siti: Saya tetap ada kelemahan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 01266115
Selepas dua tahun, kini Siti kembali beraksi di Minggu Setiausaha. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF


TERLALU senang menemui kesempurnaan ketika menyaksikan Minggu Setiausaha yang dijayakan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Matrade semalam.

Hampir tiada cacat celanya dan 'secuit' kelemahan yang ditemui sepanjang konsert berlangsung selama 1 jam setengah terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kepuasan yang terpancar di wajah hampir seribu orang yang menonton persembahan Siti.

Dua tahun lamanya, Siti tidak beraksi di Minggu Setiausaha. Kembalinya membawa peningkatan dari segi mutu suara dan 'vocal range' yang lebih besar, gemersik dan merdu.

Begitu indah sulaman lagu-lagu yang dilontarkan. Kedengaran lebih lunak dan mendayu-dayu seandainya anda salah seorang dari penonton di dalam dewan itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 01266114
Siti mendendangkan 10 buah lagu hitsnya.


Jika dulu lagu 'Biarlah Rahsia' mahupun 'Bukan Cinta Biasa' kedengaran cukup sedap di halwa telinga. Susunan muzik pada petang itu dibawah pengarah muzik Jenny Chin lebih indah lagi kerana ianya dihalusi.

Garapan baru serta kebijaksanaan Siti mengalunkan suaranya dengan lenggok baru membuat lagu-lagu Siti kedengaran sungguh lunak.

Tidak lengkap kalau show Siti tidak menampilkan lagu lama. Tiga buah lagu lama, antaranya 'Jikalau Abang Merindu' dan 'Asmara' dipersembahkan di dalam bentuk medley.

Mungkin sukar untuk membuat pemilihan lagu kerana terlalu banyak hits dari 13 buah album telah tercipta sepanjang karier. Maka, pilihan 10 lagu hits yang dibuat pada persembahan petang itu mungkin yang terbaik pada pandangan Siti.

Tiada jemu yang bersarang di hati meskipun terpaksa menunggu diva jelita ini membuat kemunculan istimewanya selepas hiburan yang disajikan oleh pengacara 'nakal' Dee, pertunjukan fesyen oleh 4 Diva jelmaan dan juga persembahan fesyen dari pereka terkenal menggayakan kain ekslusif dari Jakel. Jakel juga merupakan salah satu penaja pada petang itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 01266112
Siti tampak lebih comel dengan busana merah jambu kusam rekaan Amir Lokman ditambah dengan dandanan rapi Nurul Syukur.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 01266113
Pengalaman yang cukup bermakna dan imbas kembali suka dukanya sebagai anak seni disusun dalam lagu Aku Cinta Padamu, Wanita, Cinta Ini dan Di Taman Teman.


Siti tidak lepaskan peluang menampilkan artis baru, vokalis Fahmi dari kumpulan Coda, di bawah naungan Siti Nurhaliza Productions (SNP). Kemantapan dua vokal ini dalam lagu 'Lucky' memberi lebih seri.

Susuk badan Siti tampak lebih comel dan molek kini, ditambah dengan dandanan rapi Nurul Syukur dan busana merah jambu kusam yang disarungkan rekaan Amir Lokman menjadikan penampilan Siti begitu anggun sekali.

Bak 'patung'yang sungguh comel ditatap, mata tidak terkedip melihat kejelitaan Siti. Begitulah pesona yang dimiliki Siti hinggakan peminatnya berduyun-duyun mengerumuni mana-mana sudut dia berada.

Hinggakan ke mana saja Siti berdiri, tumpuan lensa tidak pernah sepi. Itulah kehebatan aura yang dimiliki Siti.

Katalah apa saja tentang kisah peribadinya, sokongan dan sambutan yang diberi kepada Siti tidak mudah surut.

Dan reaksi 'penyanyi kesayangan' ini saban waktu juga tetap cool dan tenang.

Tambah terharu bila official fan club, SitiZone, juga turut turun padang memberikan sokongan moral pada idola mereka.

Bukan saja kerinduan peminat Siti terubat, Siti sendiri mengakui dia begitu rindu beraksi di Minggu Setiausaha.

"Golongan berbeza sedikit. Mereka dari pelbagai lapisan dari segi usia dan pekerjaan. Siti memang menantikan saat begini...membuat show di siang hari.

"Kalau show malam itu dah biasa sangat tapi bagi show di siang hari, pengalamannya cukup berbeza," kata Siti.

Jelasnya, "Bila nyanyi sebelah siang, suara belum 'warm up' lagi."

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 01266111
Siti pandai melayan dan menghiburkan peminatnya.


Walaupun acapkali melahirkan rasa puas hati dengan persembahan yang diberikan, Siti ditanya mungkinkah ada kelemahan yang dirasakan pada persembahannya petang itu?

"Kelemahan itu tetap ada. Selagi kita manusia, kita tetap ada kelemahan. Tapi yang penting Siti puas melayan peminat dan menghiburkan mereka.

"Rasanya penonton saja yang boleh memberi komen mereka puas hati atau tidak dengan show saya," jelas isteri kesayangan tokoh perniagaan Datuk Khalid Mohd Jiwa ini.

Dan petang itu, kelibat suami kesayangan tidak kelihatan. Tentunya 'kehilangan' suami membuat media tertanya-tanya...

"Dah agak dah mesti tanya. Sehingga saat akhir, suami Siti tanya patut tak dia datang. Siti tidak memaksa dan terpulang pada dia untuk membuat keputusan. Lagipun, petang ini, kawan diapun tak ada. Mungkin sebab itu dia tidak datang.," jelas Siti sambil menguntum senyuman.

Sambungnya, "Sebagai isteri, tentulah Siti suka kalau husband ada bersama tetapi memandangkan dia bukan selebriti maka ada batasannya.

"Siti pula kalau dia tak datang, tak apa. Tak adalah sampai tak ada semangat. Husband Siti tahu bila di atas pentas, itu kerja Siti."

Ketika diasak soalan kenapa dia terlupa mengucapkan terima kasih kepada suaminya sewaktu memenangi anugerah 'Penyanyi Wanita Popular' di Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Dengan wajah yang tenang dan senyuman yang tidak lekang di bibir, Siti berkata, "Waktu itu Siti teringat arwah ayah....tahu sajalah....tapi bila Siti turun, Siti terus meminta maaf pada suami. Dia ok saja."

Kenangan arwah ayah masih terpahat dengan erat dalam benak terutama ibu tercinta yang bagai tidak mahu berpisah dengan segala memori yang ditinggalkan, terutama rumah peninggalan suami.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 01266110
Siti akui persembahannya ada kelemahan namun berserah kepada penonton untuk menentukannya.


"Mak Siti lebih tenang tinggal di kampung. Dia akan ke kubur ayah pagi dan petang. Itu saja yang membuat dia tenang. Tengoklah nanti bila pergi holiday, Siti akan bawa mak sama," ujar Siti.

Album duet bersama penyanyi terkenal Kris Dayanti juga mendapat jawapan 'selamat' dari Siti.

"Album itu adalah usahasama dari kedua company kami. Yang lain-lain itu terlalu awal untuk diumumkan. Tunggulah...," kata Siti.

Begitu juga dengan perancangan konsert yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya bulan Jun ini. Semuanya masih di peringkat perbincangan.

"Team Siti akan buat perbincangan lagi dengan pihak sana. Nanti kalau semua dah ok, kita akan adakan satu sidang media untuk umumkan.

"Kemungkinan Kris Dayanti dijemput menjayakan konsert Siti di IB tapi semuanya masih terlalu awal untuk dihebahkan," kata Siti.

Awal bulan ini, Siti dan suami telah membuat kunjung hormat menziarah Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am Pas.

Kunjungan itu telah dipolitikkan hingga ditafsirkan seolah-olah Siti ada ura-ura untuk menyertai parti Pas.

"Kita semua manusia di atas bumi Allah. Niat Siti hanya menziarah Tok Guru kerana sudah lama kagum dengan beliau walaupun berbeza pendapat.

"Siti tetap sokong kerajaan kerana sudah beri yang terbaik untuk kita semua," kata Siti lagi.

Ditanya bagaimana perasaan Siti kerana masih laris dan popular, walaupun ekonomi gawat dan pendapatan artis lain teruk terjejas.

Dengan ayat yang disusun berhemah, Siti yang terkenal dengan kelembutan dan kesantunannya berlapik kata:

"Sebagai anak seni, Siti redha apa saja. Walaupun ada cerita yang tidak enak, Siti tidak ada masalah. Selagi Siti di tempat yang benar, Siti akan cuba tanganinya dengan bijak.

"Dan sebagai penyanyi, Siti akan terus bekerja keras membuat persembahan yang baik untuk peminat," kata Siti mematikan perbualan petang itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:46 pm

Kareena tangguh penggambaran demi ibu

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Kareen10
KAREENA Kapoor (kanan) dan teman lelakinya, Saif Ali Khan.


KAREENA Kapoor sepatutnya berlepas ke New York dengan teman lelakinya, Saif Ali Khan yang juga aktor pada Isnin lalu.

Namun, hasrat selebriti Bollywood itu ditangguhkan bagi membolehkannya menyambut hari jadi ibunya bersama dengan saudara mara.

Pasangan itu dijadualkan membuat penggambaran filem Rensil D'Silva di New York. Sesi penggambaran filem itu ditangguhkan sehari.

Parti sambutan hari jadi itu akan diadakan di rumah baru milik Kareena di Bandra.

Menurut Kareena, ayahnya dan Saif akan turut menghadirinya.

Sambil enggan mendedahkan apa-apa lagi, Kareena berkata: "Ibu adalah segala-galanya untuk saya. Saya akan buat apa-apa saja untuknya. Menangguhkan sesi penggambaran saya dan perjalanan Saif ke New York bukanlah apa sangat.

"Apa yang berikan kepada ibu adalah masa dan kasih sayang saya. Itu yang ibu hendakkan."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 1:47 pm

Jennifer Aniston bergelar pengarah filem

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Anisto10
Jennifer Aniston


BEKAS bintang `Friends', Jennifer Aniston dikhabarkan bakal mengarahkan sebuah filem tidak lama lagi.

Aniston, 40, dijangka mengarah dan turut membintangi filem `Goree Girls' yang berkisar tentang satu band perempuan `country' dan western' yang mencipta nama ketika meringkuk di dalam penjara.

Bintang The Marley and Me itu juga dikatakan telah meminta aktor dari Scotland, Gerard Butler untuk sama-sama berlakon dengannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeThu 23 Apr 2009, 4:24 pm

Bukan Main Lagi Bekas Pelajar AF7!



KL, 23 APRIL 2009: Hebat sungguh impak atau penangan Akademi Fantasia 7 (AF7). Murai Batu mengatakan demikian kerana mendengar khabar 3 pelajar wanita yang telah tersingkir iaitu Adila, Rini dan Rubisa sudah mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Ha, pasang strategi ke?

Pertama sekali, Murai Batu diberitahu Adila dah pasang pengurus baru. Dulu sebelum AF, kalau buat fotografi dengan pihak media mesti dia ditemani ibunya. Tapi sekarang ibu Adila dah boleh berehat kerana dah ada pembantu lain. Ketika ini Adila pun sudah mempunyai single terbaru dan mula berkumandang di corong radio.

Selepas Adila pula, Murai Batu dapat tahu cerita menarik tentang Rini akan membuat single terbaru single dan kemungkinan akan bekerjasama dengan komposer terkenal, Aidit Alfian. Amboi, tahun depan bolehlah Rini bertanding dalam AIM, Muzik Muzik atau ABPBH pulak.

Sementara itu, Murai Batu tidak ketinggalan mendengar cerita tentang Rubisa. Dia antara bekas pelajar AF7 yang mendapat tawaran persembahan yang paling banyak. Malah, Rubisa akan berhijrah ke Kuala Lumpur bulan Jun ini kerana mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya. Baguslah tu.

Pun begitu, Murai Batu masih belum dengar cerita mengenai Sidi, Obri, Qhaud dan Zizi. Tapi sikit hari nanti mestilah ada perkembangan menarik tentang mereka tu. Apapun, Murai Batu dapat tahu, keluarga Obri akan membuat majlis kenduri doa selamat sempena penyertaannya dalam AF7 lalu serentak dengan satu majlis pertunangan. Hai siapa bertunang? Obri ke?
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 41
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeMon 04 May 2009, 10:28 am

salam sally mana lagi cite2 panas ni. BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 828273
Back to top Go down
deqlis
Super Senior
Super Senior
deqlis

Number of posts : 869
Age : 43
Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam
Registration date : 27/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeMon 04 May 2009, 11:06 am

deqlis pun tunggu nie.. seronoknyer!!1
Back to top Go down
ladyzone
Regular Customer
Regular Customer
ladyzone

Number of posts : 266
Age : 60
Location : johor bahru
Registration date : 12/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeSat 09 May 2009, 11:30 pm

aik... sepi aje kat sini... wartawan semua gi holiday ke..... huwaaaa..!
Back to top Go down
ezaino
Ahli VVIP
Ahli VVIP
ezaino

Number of posts : 3314
Age : 47
Location : kulai --->seremban
Registration date : 12/03/2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeSun 10 May 2009, 1:36 am

sally gi jejln ler mkn angin... ngeh3x
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 44
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitimeSun 10 May 2009, 6:22 pm

aduhh! aduhh!
adooiiii...dak sally ni
p mane yekk...ni macam
aku aje yg nak kena turun
padang balik..cari bahan aje ni....
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) - Page 15 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 15 of 15Go to page : Previous  1 ... 9 ... 13, 14, 15

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions