Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 Syurga Cinta, memang best!

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
AuthorMessage
Montella
Newbie
Newbie


Number of posts : 1
Age : 39
Registration date : 23/05/2009

Syurga Cinta, memang best! Empty
PostSubject: Syurga Cinta, memang best!   Syurga Cinta, memang best! Icon_minitimeSat 23 May 2009, 7:09 pm

Korang dah tengok filem ni? Citer ni memang best.. !

Syurga Cinta, memang best! 3334883737_6279b06700_o

Syurga Cinta, memang best! 2635559768_9aa2d9690e

Source : http://www.budiey.com
SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.


Syurga Cinta, memang best! 3481663549_37fd529dfa

Syurga Cinta, memang best! 3480629582_49d2dcebfb_o

Syurga Cinta, memang best! 3479821015_17c7b50b7e_o

Syurga Cinta, memang best! 3479821909_8e2eb7be44_o

Syurga Cinta, memang best! 3480630778_5b428fabce_o


SENARAI NAMA PELAKON DAN WATAK

1. IRHAM (AWAL ASHAARI)
Seorang pemuda tampan yang berumur lingkungan lewat 20 an. Dibesarkan di luar negara oleh itu sikapnya banyak dipengaruhi oleh suasana barat. Selain daripada itu, didikan agama yang tidak pernah diberikan oleh kedua orang tuanya menyebabkan dia seorang yang jahil tentang agama. Ego dan pantang dicabar tetapi sangat romantik. Mudah untuk menangis.

2. SYUHADAH (HELIZA AF5)
Berumur awal 20-an. Seorang guru agama yang baru sahaja keluar dari universiti. Sangat penyabar dan mudah memaafkan serta memberi orang peluang. Di besarkan dengan penuh didikan agama oleh datuk dan arwah neneknya. Seorang gadis bertudung yang bukan sahaja ayu tetapi terserlah dengan sifat-sifat muslimah sejati. Suka membaca dan menambahkan pengetahuannya tentang agama.

3. IKMAL (HADZIQ TOM TOM BAK)
Ikmal seorang budak lelaki yang berumur 8 tahun. Seorang budak nakal tetapi cerdik dan petah apabila bercakap. Penuh dengan idea-idea yang bernas yang dipengaruhi dari kaca televisyen. Ikmal ialah seorang budak yang mendengar kata bukan sahaja guru tetapi juga kedua orang tuannya. Bersikap penyayang dan suka memerhati. Meletakkan guru agamanya (Syuhadah) sebagai sumber ilmu bagi pelajaran agama.

4. TAN SRI ZAKARIA (MUSTAPHA KAMAL)
Zakaria berumur lingkungan 50-an merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani di Malaysia. Bapa yang sangat penyayang namun tanggungjawabnya sebagai bapa bagi mendidik anak-anak tidak terlaksana kerana dia sendiri sangat jahil di dalam agama. Seorang yang berfikiran terbuka dan tidak kisah apa sahaja. Suka membuat amal jariah dengan menderma dan sebagainya kepada insan yang memerlukan.

5. PUAN SRI MAHANI (DIAN P. RAMLEE)
Juga berumur di dalam lingkungan lewat 40-an. Dia ialah seorang isteri dan teman yang baik kepada Tan Sri Zakaria namun tidak dalam soal mendidik anak-anaknya. Sentiasa sibuk dengan persatuan datin-datinnya dan gila glamour. Suka menangis.

6. ALEX (SAM SAHEIZY)
Rakan baik kepada Irham ketika belajar di luar negara. Suka mencabar Irham dan juga merupakan seorang ”kaki perempuan”. Sikap baiknya ialah cenderung mempromosikan produk tempatan.

7. ZAINAL (FIZZ FAIRUZ)
Berumur lebih kurang Alex dan Irham yang juga merupakan teman baik Irham ketika belajar di luar negara. Juga suka mencabar Irham. Zainal mempunyai sikap baik iaitu suka mengikut kata-kata ibunya walaupun dia sendiri tidaklah berapa baik dalam soal-soal tertentu.

8. DATUK (HISHAM AHMAD TAJUDDIN)
Datuk kepada Syuhadah yang berumur lingkungan 60-an yang merupakan seorang datuk yang mempunyai sikap humor. Namun begitu, pandai dan arif dalam soal-soal agama dan mendidik Syuhadah menjadi seorang muslimah yang sejati.


Ni antara komen2 menarik syurga cinta,

Dari http://supergirlshabiz.blogspot.com/

Abang Nas Melodi- Heliza berjaya menjadi pelakon..bukan berlakon..Maknanya, Heliza berjaya membawa watak Cikgu Syuhada dengan baik bukan dirinya sendiri iaitu Heliza. Saya akui cerita ini membuat saya menjadi sebak...Itu yang mahal tu..

Lisa Surihani– Tahniah! Memang menyentuh perasaan. Hampir2 menitiskan air mata.

Kak JJ Bintang Kecil – Filem yang menarik, rasanya belum ada lagi cerita begini yang difilemkan. Heliza boleh pergi jauh. Memang mampu buat orang menangis.

Shira M.I.G- Best! Untuk mereka yang baru nak bercinta, sedang bercinta, atau belum bercinta. Tengok cerita ni!

Raja Farah – Good movie! Congratulations!

Syurga Cinta, memang best! 2592632796_6c259916aa

Dari Facebook Heliza, https://www.facebook.com/profile.php?id=651054190&ref=nf

Noradila Ismail - Mlm ni nk tgk dgn member2....tak sabar sbb smlm kwn dah tgk..die ckp mmg bes cte tu...memang menusuk la

Azzam Fadhli Roslan - Syurga Cinta Best....Eija berlakon OK. Masih ade ruang untuk berkembang....suka tgk Eija...Sungguh Comei...

Arnizawati Mahli - salam ija...tahniah erk..akak baru balik tgk citer Syurga Cinta..best giler!! Kim salam kt Awal dan Abg Idham kay...ija take care... (^_^)

Nurulhuda Meor - Hi heliza..
Congrats!! Best sgt filem syurga cinta..
Dgr citer akan dibuat jd series dekat TV..Tp Heliza tak join ek??
Nape?? Ehehehe..Not bad ler lakonan heliza..Keep it up the good work..
See u in the next film..

Zali Zeenat - kami bru je blk tgk movie tu kira orait la citernye tidak membosankan n byk gak pengajaran yg boleh diambil drpd citer tu..tahniah ija ini membuktikan girl yg bertudung pn bley jadi heroin n boleh gak brcinta mengikut2 batas2nye anyway awk nmpak sweet sgt dlm citer tu...

Leeza Ishak - i giv 9/10 for dat film also ur act in syurga cinta...We Gain more knowledge frm it..The ending is so romantic...Congratez..

Farhanah Wijaya Abdullah - tahniah! ... very nice movie!! u did it!!!! made me cried!!! but one part tu i tot u jadi hantu! .. hehehehehe .... :p (out of 10, i give 9; 1 tu ada missing sikit!) overall best punye!

Aainaa Khairunnisa - salam heliza....dah tgk dah syurga cinta...mmg best arrr....ending yg sungguh romantik...nak g tgk lagi....lakonan heliza pun not bad.....=) paling suka masa paert kat tmpat main kete tu.....=)

Ros73 - Aku bagi 4.5 bintang utk filem “Syurga Cinta” ni. Ada byk pgajaran utk yang tua dan muda. Tak byk cite melayu macam ni. … Klu tak caya pegilah tgk cite ni di pawagam.

missnyork - I vote 9 out of 10 stars….filem nie memang best giler…for the real romantic comedy lover as me…you all should go and c it..berbaloi bayar parking mahal dekat pavilion…should recommend tis film to everyone…agama n cinta selari…the best part is byk pengajaran - “Ada 3 jodoh” - Jodoh dari Syaitan - Jodoh dari Jin - Jodoh dari Allah - nak tahu lebih lanjut go and c tis film…

Bizclub - filem melayu yg satunya aku kasi 100% bintang....tapi pelik nape tak de pengarah/penerbit melayu nk wat filem2 camni...asyik2 rempit..bohsia...rempit..bohsia...tu je ke yg boleh pikir??

Miszhelena - hi heliza...cter yg sangat menarik.. membuka mata saye mengenai cinta. lakonan yang menarik... hope to see u soon in other movies... well done

Nurain - salam kak heliza..mmg best ar cete syurga cinta....rasanya nak tengok lagi....

Affen - Assalamualaikum Heliza..saya baru tgk filem syurga cinta semlm.. mmg best.. sesuai pada waktunya di saat filem2 di pawagam Msia menayangkn citer2 barat & film melayu yg menunjukn keruntuhan akhlak anak2 melayu.. Pemilihan Heliza adalah paling bertepatan & tahniah buat abg idham dan semua yg terlibat.. Cuma satu, Heliza nampak agak susah nk kuarkn air mata.. ker sbb mmg watak Syuhada yg tabah hati..? Smuge akan ada Syurga Cinta 2 plak yer kalo film ni meletop.. Saya mcm dah terpk apa yg jd kt Syuhada & Irham in future..So Heliza.. it's a good first attempt as a Heroin.. xmcm kayu like Intan ladyana 1st time in JPB or Hipokritz like Puteri..whatever in Aduh Saleha (dgr citer Ekin plak ganti..ok latu)

Era - wow... best nyer citer syurga cinta.. kak heliza blh improve kan lg lakonan.. tahniah.. lakonan kak heliza x lar kaku sgt.. syabas

Ms Querida - tak letak harapan tinggi pn pd mulanya...tertarik nk tgk sbb ader awal...tapi tak sangka dr mula citer sampai la scene yg last....semuanya best...bukan takat awal jer yg best, lakonan haziq & heliza pn menarik... dialog simple tapi sgt kelakar... apertah lagi dgn scene2 lakonan Awal yg 'lampi'tuh ....mmg kelakar.. citer belum abis pn dah terasa nk pegi tgk lagi~~

Ieka76 - citer nie mmg best...sy dah gi tengok semalam...4 bintang tuk ahmad idham

Faez87 - I'm actually going to see this movie. I'd like to see what sort of message they can manage squeeze into the movie without making the idea seemed like a total waste. This is probably the first Malay movie in a while that I really feel like I should watch. Hopefully I won't find myself disappointed after it ends. I have high hopes

Cristalando - da tgk cite nih.mmg best.sokong heliza die cute.hihihihi.nk tgk lagi.nk tgk.
s..a..b..a..r..romantiknye..hihihi em mse esoknye,cean heliza..sedih uh...hadziq klaka..mmg ssuai..last2 mmg romantik..kereta cntrol mmbawa heliza ke atas pntas..hihihi..'sy kn budak pintar.sume pekara sy bleh hidu'

Nazshah - besh2..3 jenis JODoH.... kata2 tuh mmg melekat kat hati.. penuh dgn mesej cerita nih.. thumbs up to ahmad Idham n all the actors

Eiwan5453 - skrip filem ni memang puitis...background seruling pun kena jiwa gak....for couple, plz love with sincerely with ur love one...peace for SYURGA CINTA!!!

Ayol67 - aku ske gilerr soundtrack filem nih..yg part2 seruling tuh..kena plak dgn scene nyerr..menusuk jantung sggh..syabas to ahmad idham n all the actors..good movie..

Cinta_ungu - so far best cite nie..tak sempat nak rasa bosan...pagi tadi bukak forum bace review sume kate best..terus kite g tengok kat klcc kul 11.30am punye slot...panggung kire penuh jugak..cume 3 row paling depan takde orang...cerita nie mmg bagus kalo nak menyentapkan hati2 orang yg terleka...dalam kelakar2 ada pengajaran yg sangat berguna..dpt ilmu free plak tue..baru tau bab jodoh tue ade 3 jenis laa..dll... tatau laa kite nie sensitif ke hape tapi part Awal tersedar & insaf tue mengalir gak air mata..rase sebak je...scene tue memang menjadi.. Awal & Heliza tak nampak canggung berlakon berdua..nampak serasi laa jugak... Heliza punye scene rase mcm sikit aje..tak puas tengok tau.. Lakonan dia bleh diimprovekan lagi...sometimes nampak natural..sometimes nampak macam dibuat2... tapi kire bagus laa kalo nak dibandingkan ngan pelakon2 len time awal2 berlakon..cam JZ ke..Intan ladyana ke..DD ke..pastu..ske je tengok time Heliza punye pakaian time S.A.B.A.R tue...nampak sweet sangat..part kena clash tue tak cantik laa pakai camtue...same ngan part ending punye tudung...tak remaja tau.... Ending cite nie pun romatis gitu....
Back to top Go down
 

Syurga Cinta, memang best!

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions