|
| BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 10 May 2009, 7:24 pm | |
| hai...udah lama dah x kuaq cari bahan untuk umah ni... sejak2 ku tinggal kan umah ni kat dak sally,mmg x jengok dah... tup..tup...dak sally plak ilang... terpaksa le teman cari bahan pulok... NI GAMBO MASA KECIK BILA UDOH BESO....GINI LE JD NYER.. . |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 10 May 2009, 7:28 pm | |
| Liyana Jasmay |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 10 May 2009, 7:30 pm | |
| Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal Malique, penyanyi rap hip hop telah dianugerahkan bayi hasil perkahwinannya dengan Melissa Maureen Rizal. Lahir pada 1 Mei lalu, bayi yang dilahirkan seberat 3.45 kg itu diberi nama Inca Medina Malique . Semoga bayi ini terus sihat dan comel. |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Sun 10 May 2009, 8:27 pm | |
| heyyy...baguih2..awin dah active semula...mekna khabo nyer tgh mabuk2..penin2 .... |
| | | Che ab Admin
Number of posts : 1081 Registration date : 03/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 11 May 2009, 1:08 am | |
| wah..mama awin dah kembali dgn gosip2x hangatnya.... |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 11 May 2009, 1:36 pm | |
| Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda Dating Tepi Pantai?Several picture of Ustaz Akhil Hayy, Waheeda and friends taken somewhere at beaches. Although Ustaz Akhil Hayy and Waheedaclaim they just ‘friend’ but they look like couple together. I wonder if gossip about Ustaz Akhil Hayy and Waheeda marriage is true…? |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 11 May 2009, 1:58 pm | |
| IFa Raziah dulu dan sekarangDahulu sekarang |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 11 May 2009, 2:21 pm | |
| Emelda Rosmila and Adlin Aman Ramli BertunangLove bird couple Emelda Rosmila and Adlin Aman Ramli finally has their engagement ceremony on 14 Mac 2009 ago. RM30, 000.00 been agreed by both party as dowries and RM1, 001.00 as mas kahwin. They plan to have a wedding day on 23 May 2009. Congratulation to Emelda Rosmila and Adlin Aman Ramli![url=https://servimg.com/view/12836144/86] [/url] [url=https://servimg.com/view/12836144/87] [/url] |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 11 May 2009, 2:24 pm | |
| Western Taste Restaurant by Norman Hakim
Norman Hakin has setup his new business project. Norman Hakim owns a western food restaurant named, Western Taste Restaurant in Ukay Perdana. Norman Hakimrestaurant located near to Norman Hakim office, MDH Sdn Bhd. Altought Norman Hakim been heavily bombard by controversial issue such as divorce and scandal, he manage to expend his business empire wisely. Good luck to Norman Hakim to his culinary business! [url=https://servimg.com/view/12836144/88] [/url] |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Mon 11 May 2009, 2:34 pm | |
| Zul Huzaimy Family Pictures
[url=https://servimg.com/view/12836144/89] [/url] It’s very lucky for Zul Huzaimy because have a beautiful wife and cute son. Its very rare to see Zul Huzaimy together with his son and wife. [url=https://servimg.com/view/12836144/90] [/url][url=https://servimg.com/view/12836144/91] [/url] [url=https://servimg.com/view/12836144/92] [/url] [url=https://servimg.com/view/12836144/93] [/url] [url=https://servimg.com/view/12836144/94] [/url][url=https://servimg.com/view/12836144/95] [/url] |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 11:34 am | |
| Bekas suami dedah hubungan sulit Norish[url=https://servimg.com/view/12836144/110] [/url] Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya di Ampang hari ini. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
BEKAS suami Norish Karman semalam mendedahkan hubungan sulit yang berlaku antara aktres itu dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin. Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, berkata beliau pernah memberi amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya pada Oktober 2007. Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’. “Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan merupakan isteri saya. “Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya semula apakah keperitan yang dimaksudkan? “Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin. “Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam telefon bimbit Luqman. “Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa yang dilakukan. “Saya redha dan rela dengan perpisahan ini. Saya halalkan makan minumnya tetapi tidak redha dengan apa yang dilakukan sekarang sehingga orang menuduh saya kejam terhadap anak-anak,” luah pengerusi eksekutif syarikatnya itu. Tambahnya, "Luqman sering menginap di rumah saya dan dia pernah membuat hubungan sulit dengan NK semasa masih menjadi isteri saya. "Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah tanpa izin saya. "Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah dengan perkara di luar hukum syarak. "Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan untuk 'coverline'. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta." Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan 'luar biasa' itu. Katanya, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbicaraan pada 17 Jun nanti. Namun begitu, bukan bermakna sidang media yang diadakan itu bertujuan untuk membuktikan NK curang kepadanya. “Saya tidak berniat membuktikan dia (Norish Karman) curang. Saya hanya nak betulkan perkara yang tidak betul dengan mengeluarkan senarai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang saya berikan kepada NK untuk anak-anak. “Saya terpaksa cakap sebab apa yang ditimbulkannya dalam akhbar sebelum ini menyebabkan isteri pemimpin dan rakan-rakan saya menggambarkan saya seorang bapa yang kejam dan zalim serta meninggalkan anak-anak dalam suasana yang menyedihkan. “Mereka menyoal saya, bagaimana saya yang pernah menolong ibu tunggal dan anak orang miskin sebelum ini boleh melakukan perbuatan seperti ini terhadap anak-anak sendiri,” jelasnya. Menurutnya, ada dua isu yang dia ingin perkatakan iaitu isu nafkah dan isu kereta Murano. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hashimuddin mengenai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang diberikan kepada NK untuk anak-anak: 1. Wang saku Wang tunai berjumlah RM700 sebagai wang saku untuk anak-anak. Sekiranya tidak mencukupi, boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin di pejabat kerana ada peruntukan ‘petty cash’ yang disediakan apabila perlu. 2. Keperluan harian Bekalan makanan serta barang-barang keperluan dapur berjumlah RM700 hingga RM1,000 seminggu yang dikirimkan oleh Hashimuddin sendiri atau melalui pemandunya. 3. Kenderaan Kemudahan kenderaan pendaftaran BJN 17 beserta pemandu bagi menghantar serta mengambil pulang dari sekolah termasuk juga kelas-kelas tambahan serta aktiviti-aktiviti. Begitu juga Hashimuddin mengizinkan NK menggunakan kenderaan itu untuk tujuan tertentu sekiranya perlu. Jadual kenderaan beserta pemandu yang disediakan adalah pada hari Isnin hingga Sabtu di mana ada ketikanya hari Ahad sekiranya perlu. Kebiasaannya, Hashimuddin bersama anak-anak pada hari Ahad mulai pukul 6 pagi hingga 7 petang. Pemandu ini sentiasa berada di keadaan ‘standby’ sekiranya berlaku apa-apa kecemasan maka NK boleh menghubungi serta menggunakan kenderaan beserta pemandu itu untuk tujuan kecemasan atau hubunginya dalam masa 24 jam. 4. Pembantu rumah Wang sejumlah RM700 yang dibayar terus kepada pembantu rumah atau pun di kreditkan terus ke akaun pembantu di Filipina melalui Western Union. 5. Perkhidmatan telefon kediaman Memasang serta membayar dan menjelaskan bil telefon termasuk kemudahan internet anggaran kira-kira RM500 hingga RM 600 sebulan. 6. Keperluan Perubatan Ketiga-tiga anak serta NK didaftarkan di Hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC) di mana anak-anak boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan pada bila-bila masa termasuklah NK sendiri. Nama NK sehingga kini masih belum lagi dibatalkan bagi memudahkan beliau menjalani serta mendapatkan perubatan di SJMC. Sekiranya perlu ke klinik berdekatan, NK boleh menghantar bil ke pejabat dan akan diganti kos perbelanjaan perubatan itu. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, NK boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin bagi mendapatkan bantuan serta keperluan yang diperlukan. 7. Yuran persekolahan Segala-gala yuran sekolah, kelas-kelas lain ditanggung oleh Hashimuddin selama ini, termasuk buku-buku dan pakaian sekolah. 8. Pakaian anak-anak Segala keperluan pakaian anak-anak adalah ditanggung oleh Hashimuddin di mana dia membeli sendiri pakaian bersama anak-anak. Bantuan kewangan sekitar penceraian 1. Atas ehsan, sejumlah RM5,000 diberi selama 3 bulan (berjumlah RM15,000) bagi bayaran edah. Sepanjang NK bergelar isteri Hashimuddin , dia mendapat RM3,000 sebulan. 2. Memberi wang tunai sejumlah RM9,000 bagi membiayai kos deposit rumah sewa NK di Beverly Residence. 3. Selepas berpisah, NK masih tinggal di Tropicana yang dibiayai oleh Hashimuddin berjumlah RM5,000 sebulan, 3 bulan sehingga dia berpindah ke tempat baru. 4. Hashimuddin membantu membayar kos pembungkusan serta pengangkutan bagi tujuan pemindahan berjumlah RM3,000 dari Tropicana ke tempat kediaman baru. 5. Hashimuddin juga telah membantu membeli perabot untuk kediaman di Beverly Residence berjumlah RM7,000 dari kedai perabot IKEA. Menyentuh tentang isu kereta Nissan Murano, Hashimuddin berkata dia terpaksa menarik balik kereta itu kerana NK telah mengingkari perjanjian dan tidak membayar cukai jalan kereta. “Pada mulanya, saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana lelaki. “Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri. “Apabila saya menegur, NK kata saya cemburu. Tetapi saya terpaksa menarik kereta itu kerana dia ingkar dan tidak membayar ‘road tax’. “Sekarang, kereta itu berada dengan saya dan saya telah menghabiskan lebih RM2800 untuk membaiki kereta itu kerana ia telah ‘bengkang-bengkok’,” katanya. Selepas menjelaskan hal tersebut, Hashimuddin nekad untuk tidak memberikan apa-apa komen lagi selepas ini sehingga menunggu keputusan perbicaraan tuntutan nafkah pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. “Saya tak nak panjangkan dan buka cerita lagi. Kalau lepas ni dia nak jawab, terpulanglah kerana bagi saya kebenaran tetap kebenaran. “Jika selepas ini ada lagi yang tidak betul, saya bersedia untuk disaman,” tegasnya. |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 11:47 am | |
| Misha, Adam tak dapat dipisahkan [url=https://servimg.com/view/12836144/111] [/url] BIARPUN sudah seminggu berlalu, masih ramai peminat memperkatakan mengenai Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-16 (AIM16) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang berlangsung dalam suasana meriah, dengan banyak keputusan di luar jangkaan. Ia termasuk kemenangan besar Misha Omar pada malam kemuncak itu apabila menguasai empat kategori utama yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Pop Terbaik. Malah, kemenangan itu turut dianggap sebagai kebangkitan semula penyanyi berkenaan dalam industri muzik tanah air selepas menghasilkan album terakhirnya, Aksara, empat tahun lalu dan hanya cenderung mengeluarkan single sebelum ini. Misha dalam pertemuan bersama B*Pop baru-baru ini, menyifatkan kemenangan itu sebagai detik bersejarah dalam perjalanan karier nyanyiannya yang bermula sebagai finalis Bintang RTM 2001. [url=https://servimg.com/view/12836144/112] [/url] "Inilah kejayaan terbesar sepanjang bergelar anak seni. Tidak pernah termimpi pun untuk mencatatkan kemenangan terbesar, lebih-lebih lagi membabitkan empat kategori utama dalam sebuah anugerah berprestij, khusus dalam mengiktiraf karya muzik tempatan," katanya. Katanya, AIM sama sekali berbeza dengan majlis pengiktirafan lain yang dianjurkan dalam industri hiburan tanah air kerana ia lebih cenderung kepada aspek kualiti karya muzik dihasilkan, bukannya bersandarkan kepada populariti, malah penentuan pemenang dibuat oleh juri profesional. "Sebab itulah, kebanyakan penggiat muzik kita, termasuklah penyanyi cukup berbangga apabila memenangi AIM. Malah, saya sendiri menunggu lama untuk mencatatkan kemenangan ini. Apa yang boleh saya katakan, penantian saya selama ini sudah terbayar. "Malah, tidak sia-sia masa yang begitu lama diperuntukkan, begitu juga belanja besar yang terpaksa dikeluarkan untuk menyiapkan album ini... semua berbaloi. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kejayaan ini dan memberikan saya semangat untuk menghasilkan karya lebih berkualiti pada masa depan," katanya. Walaupun mencatatkan kejayaan besar itu, ada sedikit rasa terkilan dalam diri penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini kerana tidak berpeluang memenangi Album Terbaik. "Laluan memang sudah dekat, cuma tidak berpeluang. Mungkin belum rezeki saya agaknya. Bagaimanapun, nasib menyebelahi saya apabila Nafas Cinta diangkat sebagai Lagu Terbaik. Itu pun sudah cukup baik," katanya. [url=https://servimg.com/view/12836144/113] [/url] Misha mengakui kemenangannya pada malam itu memang di luar jangkaannya, malah tidak meletakkan harapan tinggi apabila dicalonkan bagi setiap kategori berkenaan. "Maklumlah, Misha 2008 mengambil masa agak lama untuk disiapkan sehingga peminat pun keliru sama ada ia album baru saya atau album kompilasi. Ini disebabkan kecenderungan saya menghasilkan single kemudian disusuli album baru," katanya. Melalui Misha 2008 juga, impian penyanyi jelita ini menjadi kenyataan apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Ramli MS, yang dikaguminya sejak sekian lama walaupun bayaran dikenakan agak tinggi berbanding penerbit lain. "Sebenarnya, sudah banyak kali kami bekerjasama tetapi untuk persembahan saja... kalau album, ini yang pertama. Memang ada dengar cerita Abang Ramli mahal (bayarannya) tetapi saya tidak percaya sehinggalah dia 'membuka mulut'. Terlopong juga saya dibuatnya. "Namun, saya tidak kisah kerana bayaran diminta setimpal dengan hasil kerjanya. Yang pasti, tidak rugi jika anda membeli album ini. Bila anda sudah mendengarnya, barulah anda tahu mengapa bayarannya mahal seperti yang dikhabarkan," katanya. Kelewatan Misha 2008 disiapkan juga disebabkan mahu menunggu masa terluang Ramli untuk menerbitkan album itu memandangkan jadual hariannya yang dipenuhi pelbagai aktiviti seni di dalam dan luar negara. "Kebetulan kami terbabit dalam satu persembahan. Saya memberanikan diri sama ada dia berminat menerbitkan album saya namun jawapan yang diberikan agak mengecewakan. Abang Ramli beritahu jadi penerbit album kerja yang buang masa, lebih-lebih lagi beliau sangat sibuk. "Namun, saya tidak patah semangat dan terus menunggu sehinggalah beliau memberikan persetujuan. Itu yang ambil masa lama, selain mahu mengumpul material. Daripada pengamatan saya, Abang Ramli seorang yang mementingkan kesempurnaan dan ketelitian. Itulah yang 'mahal' sebenarnya," katanya. Beliau turut mengakui tidak kisah menunggu lama dan terpaksa berbelanja besar untuk Misha 2008 kerana ia memuaskan hatinya, malah menganggap album ketiganya itu sebagai album terbaik pernah dihasilkannya sepanjang sedekad menceburi bidang nyanyian. "Yang penting, saya tidak akan menyesal kalau tidak lagi berpeluang atau mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan album selepas ini. Misha 2008 bukan sekadar memuatkan lagu, sebaliknya karya hebat yang sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. "Ia juga bukan sekadar album, malah satu lambang transformasi selama 10 tahun bergelar penyanyi, bidang ini, terutama kematangan vokal saya, selain kemampuan menyanyikan pelbagai genre lagu. Tidaklah orang kata saya hanya penyanyi 'lagu sendu' atau balada saja," katanya. Menyimpan impian untuk berduet dengan Anuar Zain, Amy Search dan Ramli Sarip, Misha secara jujur mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang mula dikenalinya dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh beberapa teman rapatnya. "Kami memang banyak perbezaan... dia pegawai kerajaan, manakala saya seorang artis tetapi berkongsi minat yang sama. Mungkin inilah yang menyebabkan kami serasi. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan direstui keluarga masing-masing. "Bagaimanapun, saya tidak mahu membuka isu perkahwinan kerana sebagai wanita, saya tidak mahu mendesak. Bagi saya, perkahwinan masih terlalu jauh walaupun itu yang saya harapkan. Saya seorang wanita, mana mungkin saya mahu melamarnya... takkanlah perigi mencari timba," katanya. Misha memberitahu B*Pop, teman istimewanya turut serasi dengan Muhammad Adam Emir, malah memenuhi 'piawaian' untuk menjadi 'papa' kepada anak kesayangannya itu. "Apa yang saya nampak, mereka serasi. Memang nampak dia mudah mesra dengan budak-budak. Dari sudut kewangan, kita boleh sama-sama 'work out'. Jika dilihat dari kemampuannya menjadi seorang ayah, memang nampak dia bertanggungjawab. "Memang dia mempunyai ciri-ciri yang saya cari. Memanglah saya mengharapkan perhubungan ini berakhir dengan satu ikatan sah tetapi biarlah masa yang menentukan. Tidak perlu terburu-buru... jika ada jodoh takkan ke mana-mana," katanya. |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 11:48 am | |
| INFO Misha
Nama Penuh: Samiha @ Aisah Omar
Panggilan Komersial: Misha Omar
Usia: 27 tahun
Tarikh Lahir: 6 Januari 1982
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
Status Perkahwinan: Bujang
Anak Angkat: Muhammad Adam Emie (3 tahun)
Mula Aktif: 2001 (Melalui Bintang RTM - Finalis)
Album: Misha (2002), Aksara (2004) dan Misha 2008 (2008)
Lagu Popular: Bunga Bunga Cinta, Pulangkan, Ku Seru, Sembunyi (duet bersama Andy Flop Poppy), Cinta Adam & Hawa dan Nafas Cahaya
Filem: Gerak Khas The Movie (2005) dan Main Main Cinta (2006).
Drama/Telefilem: Jom Balik Raya I & II (2006) dan Jula Juli (2009)
Pencapaian Terbaik: - Festival Muzik Asia Shanghai 2003 - Anugerah Emas - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 - Artis Baru Wanita Popular. - Anugerah Juara Lagu 2003 - Lagu Balada Terbaik (Bunga Bunga Cinta)/Persembahan Vokal Terbaik. - Anugerah Industri Muzik 2009 - Lagu Terbaik Tahunan & Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cinta). - Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa) dan Album Pop Terbaik.
|
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 11:56 am | |
| Bekas kekasih dedah cinta Ajai
Aktres baru, Sharifah Nor Idayu akui pernah menjadi pasangan bercinta kepada komposer terkenalPERCINTAAN antara komposer terkenal, Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai dengan Norliza Illias, bekas Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent & Management (Maestro), bukan lagi satu rahsia apabila mereka pernah mengumumkan kepada pihak media massa akan mendirikan rumah tangga selepas sekian lama menyulam cinta. Zubir difahamkan, kedua-duanya merancang untuk berkahwin sejak tahun lalu lagi, tapi sehingga kini jodoh mereka belum kesampaian. Dalam kerancakan membenih cinta, tiba-tiba kontroversi melanda perhubungan mereka apabila beberapa foto mesra Ajai bersama seorang gadis jelita, dipercayai model, tersebar di internet awal tahun lalu. B*Pop sendiri pernah membuat pendedahan mengenai foto berkenaan yang disiarkan pada 9 Mac 2008 menerusi artikel judul 'Kekasih baru Ajai' apabila memaparkan kemesraan Ajai bersama gadis persis yang wajahnya aktres Nasha Aziz. Pun begitu, menerusi laporan Metro Ahad terbitan 9 Mac 2008, Ajai mengakui mengenali gadis itu, tetapi menganggapnya tidak lebih daripada seorang kawan. Enggan memberitahu nama gadis itu, Ajai berkata, dia hanya model. Salahkah gambar itu? Namun, saya tidak kisah apa orang mahu kata kerana saya tahu apa yang berlaku sebenarnya. Bukannya kami bercium atau bergambar bogel. Lagipun saya jumpa macam-macam orang yang nak bergambar dengan saya, kadangkala di luar kawalan," katanya. Itu kisah tahun lalu. Hari ini Zubir ada cerita lebih menarik. Baru-baru ini, Zubir berpeluang bertemu gadis jelita yang bergambar mesra dengan Ajai itu. Kebetulan ketika Zubir membawa keluarga bercuti di Kuantan, seorang kenalan lama memperkenalkan gadis berkenaan kepada Zubir apabila kami sedang menikmati makan malam bersama. Apabila mengamati wajah gadis putih gebu itu, terdetik dalam hati, pernah melihat wajahnya sebelum ini dengan seseorang, tapi tak berapa ingat di mana dan dengan siapa. Selepas puas dipujuk, akhirnya dia mengakui foto mesranya bersama Ajai pernah tersebar di internet sebelum ini, sekali gus mendapat pendedahan pihak media massa. Patutlah! Akhirnya rahsia identiti gadis yang dikatakan kekasih Ajai itu berjaya dirungkai. Namanya Sharifah Nor Idayu Syed Abdul Rahman Raden Al-Yahya, 22, atau lebih senang disapa Ayu saja. Gadis berdarah kacukan Melayu, Arab dan Indonesia ini adalah model dan pelakon baru. Lebih menarik, rupa-rupanya Ayu sepupu kepada aktres terkenal Kuza, Kuna dan Kuni! Ayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Kini dia menetap di Kuantan bersama keluarga, pernah membintangi drama RTM dan Astro seperti judul Bapa Bola Anak Futsal, Batik Pengantin, Kisah Abang dan Bidadari Kota (penampilannya bersama Kuza). Selain baru dilantik sebagai duta produk kecantikan dan kesihatan, Cahaya Herba, Ayu bertugas sebagai Pengarah Urusan di sebuah syarikat pengurusan acara di Kuantan.
| [url=https://servimg.com/view/12836144/116][/url]Ajai dan Liza dicanang bakal mendirikan rumah tangga. | Menceritakan detik perkenalannya bersama Ajai, Ayu memberitahu, dia mula mengenali Ajai menerusi laman sembang (my space) sekitar Disember 2007. Ketika itu Ajai mendakwa dia sedang mencari pelakon baru untuk membintangi sebuah filem. "Kami bertukar nombor telefon dan bermula dari situlah persahabatan kami mula terjalin. Tiap-tiap malam kami 3G menerusi telefon dan sering berMMS gambar masing-masing. Akhirnya projek filem entah ke mana, alih-alih kami terus berkawan baik. Tidak lama kemudian, Ajai 'melamar' saya menerusi telefon. "Ketika itu saya tahu Ajai komposer terkenal, dia mengakui dirinya masih solo selepas bercerai dengan Nurul. Jadi, apa salahnya perhubungan kami? Pada masa sama, saya langsung tak tahu Ajai sudah ada kekasih. Sehinggalah foto mesra kami tersebar di internet, seterusnya didedahkan pihak media massa, barulah saya tahu cerita sebenar, Ajai adalah kekasih Liza!," kata Ayu berterus-terang. Ayu terbuka hati menceritakan segala-galanya kepada Zubir selepas dia terbaca kenyataan Ajai di akhbar, mendakwa model dilihat bergambar mesra dengannya itu sekadar peminat fanatiknya! "Saya kesal kerana Ajai tidak berterus terang perkara sebenar. Saya ada bukti SMS, MMS untuk mengukuhkan dakwaan bahawa kami pernah menjalin hubungan serius. Ajai juga pernah bertandang ke Kuantan menemui saya. Selepas kontroversi gambar mesra itu tercetus, kami terputus hubungan dan hanya baru-baru ini Ajai berjaya mendapatkan nombor telefon saya yang baru. "Agak menghairankan dalam beberapa SMS terbarunya, Ajai tetap mengatakan dia rindu dan sayang kepada saya! Saya terkedu kerana satu Malaysia dah tahu Ajai nak kahwin dengan Liza. Saya kasihan pada Liza kerana sebagai seorang wanita, saya tahu betapa remuk dan kecewanya hati Liza apabila Ajai memperlakukan dirinya seperti ini. "Saya masih ingat, Ajai memberitahu lagu ciptaannya untuk Alyah, Tak Mungkin Kerana Sayang, dicipta khas untuk saya, namun saya ingin sarankan kepada Ajai, biarlah dia tujukan lagu itu kepada insan yang lebih berhak. Kepada Ajai, tolong lupakan saya. Sekiranya benar Ajai menyintai Liza, memperisterikannya adalah yang terbaik," kata Ayu merayu supaya Ajai melupakannya. Memang tragis kisah 'cinta tiga segi' Ayu, Ajai dan Liza ini. Bagi Zubir, Ajai sudah cukup matang membuat keputusan terbaik untuk dirinya. Kejelitaan Ayu terserlah sebagai model dan pelakon. |
| | | orkid Newbie
Number of posts : 49 Age : 44 Location : Shah Alam Registration date : 11/05/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 12:02 pm | |
| ayu ni nak cari publisiti agaknya..ermmm |
| | | cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 12:13 pm | |
| - orkid wrote:
- ayu ni nak cari publisiti agaknya..ermmm
yela..ayu ni model yg tk glamer kn.. nk nk lak wartawan zubir ni pandai bt kontroversi.. |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Tue 12 May 2009, 12:28 pm | |
| hai sara...dah kena tukar nick baru ni puan sara...hik hik hik |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:29 pm | |
| SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia. Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir. Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut. Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu. Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama. Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas. Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya. Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika? Nantikan filem ke 31 dari MIG Production Sdn Bhd., JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:31 pm | |
| Pamela Chong, adik beradik kepada Vince AF ( AKU PUN DAK PASTI DIA NI KAK KE ADIK SI VINCE TU) |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:35 pm | |
| Ini dia gambar kad jemputan kahwin Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri. Kadnya cukup simple dan ringkas seperti juga majlis kenduri nanti tidaklah terlalu besar. Menggunakan warna hijau lumut pekat dan silver melambangkan tema Taman yang akan diadakan di padang berhampiran rumah keluarga Darling pada 31 Mei ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:40 pm | |
| Aril dan abangnya, Izwan Pilus menghadiahkan kek coklat buat ibu mereka sempena Hari Ibu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:45 pm | |
| Ingat lagi tak Zaleha Hamid, sebelum ini beliau pernah keluar di Melodi, TV3 (— penulis tidak ingat Melodi episod keberapa). Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gadis Zaman Sekarang, Joget Lama Tak Jumpa dan Jangan Tenung-Tenung berdepan dengan ujian hidup apabila menderita penyakit ketumbuhan batu dalam hempedu sejak setahun lalu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:47 pm | |
| EKIN DAN MAWI BERSAMA ISTERI EIZLAN DI KOTA KINABALU |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:50 pm | |
| (Gambar) Liyana Jasmay bersama ibunya sempena Hari Ibu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:50 pm | |
| (Gambar) Dr. Fazley, isteri, anak dan ibunya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:54 pm | |
| Menurut Izyan.com, gambar ini adalah merupakan gambar anak perempuan Zain Ruffedge bersama isterinya, Khazmira. Biarpun usia perkahwinan mereka belum menjangkau setahun tetapi Tuhan telah pun mengurniakan cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei lalu. Ternyata ikatan pernikahan pada 8 Ogos tahun lepas diperkukuhkan lagi dengan kehadiran si comel yang diberi nama Arianna Rania Mohd Kamaruzaman Zain yang lahir kira-kira jam 7.52 petang di sebuah hospital swasta di Kajang. Menurutnya, dia sentiasa berdoa semoga Arianna akan menjadi insan yang berguna. Tentang kerjaya, Zain tidak kisah jika anaknya membuat pilihan sendiri tetapi yang pasti dia mahu pilihan itu tepat untuk dirinya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:55 pm | |
| Fiza Falak, adik Sazzy Falak |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:56 pm | |
| Boyfriend baru Intan Ladyana |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 2:57 pm | |
| Zed Zaidi memang sudah terkenal sekarang, lagi-lagi lakonannya yang begitu popular dalam Sembilu Kasih. Tapi apa kata kita jenguk dalaman rumah Zed Zaidi ni. |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 3:26 pm | |
| Gambar Terbaru Jasmin Hamid[url=https://servimg.com/view/12836144/124] [/url] |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 3:29 pm | |
| Siti Nurhaliza Kongsi Baju Dengan Zamzarina[url=https://servimg.com/view/12836144/125] [/url] Sama kan baju yang Dato’ Siti Nurhaliza pakai dan Zamzarina pakai. Ditambah lagi dengan fesyen tudung saji Siti Nurhaliza. Adakah baju ini baju sponsor? |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 3:39 pm | |
| Nikki yg seksi.......+ x malu...[url=https://servimg.com/view/12836144/126] [/url] 1 jer dah lah...... |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 3:43 pm | |
| Siti Fazurina Buat hidung...Tengok gambar Siti Fazurina kat bawah ni bebetul. You don’t need a rocket scientist to tell that they are differences between the sebelum dan selepas. [url=https://servimg.com/view/12836144/127] [/url] |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 6:32 pm | |
| Sumpah Roslin diterima PETALING JAYA: Sumpah pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim, 34, bahawa dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan bekas isteri dalam tempoh 12 hari perkahwinan mereka diterima Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. Hakim Syarie Jamil Ahmad dalam penghakimannya berkata, bekas isteri Roslin, Faizah Mohamad, 32, memberitahu dia pernah melakukan hubungan kelamin tetapi pemain badminton itu menafikannya. “Mahkamah menerima sumpah defendan (Roslin) yang menjelaskan mereka tidak melakukan persetubuhan walaupun sebelum ini plaintif (Faizah) dalam keterangannya menyatakan pernah bersetubuh sebelum bekas suaminya melafazkan cerai. “Oleh kerana tiada persetubuhan, mahkamah tidak perlu menetapkan tempoh edah kepada Faizah dalam perceraian ini. Kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kecuali dengan perkahwinan semula,” katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 6:34 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 6:40 pm | |
| Adik mana yang tidak sayangkan kakaknya. Itulah hakikat Tomok buat Isma. Selepas Tomok berjuang habis-habisan sehingga menjadi juara One In A Million 3 (OIAM3), kini penyanyi New Boyz itu sedang berusaha membantu kejayaan kakaknya dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) pula. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Wed 13 May 2009, 6:42 pm | |
| KUALA LUMPUR, 11 MEI 2009: Usianya kini lebih sebulan dan yang pasti, bayi yang anda tatap di atas itu adalah Engku Aleesya - buah hati pengarang jantung pasangan popular Erra Fazira Wan Chek dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin! Rasanya inilah pertama kali wajah anak Erra dan Emran itu disiarkan untuk tatapan peminat dan murai.com.my gembira dapat berkongsi gambar Engku Aleesya yang comel itu dengan semua pengunjung portal hiburan paling sensasi ini. Tentunya Aleesya kini semakin cerdik seperti mana mama dan papanya itu. Gambar di sebelah kanan pula adalah gambar sekumpulan wartawan dan editor hiburan yang meraikan ulang tahun hari jadi Erra secara surprise pada Februari lalu di kediaman pelakon cantik itu. Ketika itu Erra yang masih lagi sarat, sempat memangku bayi rakannya. Mungkin ketika sedang berlatih cara-cara mendukung anak! Kalau mengikut perancangan, Erra dan Emran hanya ingin mendedahkan wajah Aleesya ketika upacara mencukur jambul selepas pantang tidak lama lagi tetapi murai.com.my telah berjaya mendapatkan gambar Aleesya terlebih dulu daripada seorang kenalan rapat. Ketika ini Erra sedang memulihkan susuk tubuhnya dan dia dijangka akan kembali aktif dalam bidang seni apabila benar-benar bersedia. Kita ucapkan tahniah kepada pasangan Erra dan Emran yang berjaya mencapai impian mereka dalam berumah tangga apatah lagi dengan kelahiran Aleesya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 12:04 pm | |
| PROFIL Nama sebenar: Andriani Marshanda Tarikh lahir: 10 Ogos 1989 Tempat lahir: Jakarta, Indonesia Bapa: Irwan Yusuf Ibu: Riyanti Sofyan Adik beradik: Anak sulung daripada tiga beradik Agama: Islam Kerjaya: Model, pelakon, penyanyi Sinetron: Bidadari, Keluargaku Mata Hatiku, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah, Adam Dan Hawa, Manis Dan Sayang, Benci Bilang Cinta, Soleha, Aqso dan Madina, Hikmah 2 Filem: Kalau Cinta Jangan Cengeng, Petualangan 100 Jam Album: Allah Yang Kucintai, Dua Belas Lagu Islami Terbaik, Bidadari, Marshanda. Iklan: Filma, Cadbury Eclairs, Supermi Ayam Bawang, Es Mony, Tango Wafer, Chicken Nuggets, Carvil Millenium, dan Susu Bendera. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:27 pm | |
| Askum........Kak Win, mekna mnt mf.......sbb dh lame xmasuk keje.. CUTI TANPA GAji...sbb ade masalah teknikal kit..hehehe mekna dh lama tinggalkan keje... jadi mnt mf la yer...Dunia Hiburan sunyi sepi tanpa berita sensasi... mst smua ternanti2 kan........ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:32 pm | |
| Aida Juara Gadis Melayu Bercinta Dengan Saiful Nizam TV3? Sekarang ni tersebar gossip Khairul Noormaidah Zali atau Aida, Juara Gadis Melayu TV9, dikatakan sedang bercinta dengan penyampai berita TV3, SAIFUL NIZAM ISMAIL. Dikatakan cinta mereka mula berputik apabila Saiful menegur Aida dalam pembacaan hadis beliau yang tidak tepat. Saiful Nizam Ismail - Penyampai Berita TV3 Khairul Noormaidah Zali atau Aida - Juara Gadis Melayu TV9 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:33 pm | |
| kalau dh CEO turun padang. cari bahan......bermkna mekna dh kena wt keje balik la... cori la CEO...!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:38 pm | |
| Rich tidak kisah persepsi orang terhadap anaknya Joshia Richael Gimbang TARIKH 1 Mei menjadi satu tarikh yang cukup bermakna buat pasangan Rich dan Velvet apabila mereka menyambut kelahiran permata sulung mereka, Joshia Richael Gimbang. Bayi lelaki seberat 3.1 kg itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10 pagi di salah sebuah hospital swasta di Sabah. Kelahiran Joshia pasti akan mengundang cakap-cakap yang kurang enak daripada pihak-pihak tertentu, apatah lagi pasangan itu baru saja mendirikan rumahtangga sekitar Disember tahun lalu. Namun, sebagai ayah muda, Rich enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. Kata Rich, dia tidak kisah apa saja pandangan orang tentang kelahiran Joshia. "Saya rasa, saya tidak perlu memberikan apa-apa penjelasan dan berharap semua orang memberikan sokongan kepada saya dan Velvet kerana kami baru membina sebuah keluarga," luah Rich ketika dihubungi hari ini. Bercerita tentang detik Joshia dilahirkan, tutur vokalis kumpulan Estranged ini, dia akui perasaan gembira itu cukup sukar untuk dijelaskannya. "Apabila sudah menjadi bapa, ia memberi satu pengalaman baru buat saya. Saya berasa gembira dan sangat terpegun kerana selama ini saya hanya mendengar orang lain bercerita tentang pengalaman mendapat bayi dan menjadi seorang bapa. "Jadi, kali ini, saya benar-benar dapat merasainya. Ternyata pengalaman sebenar dan apa yang diceritakan adalah berbeza," kata Rich dalam nada ceria. Ditanya tentang keadaan Velvet ketika ini, kata Rich, isterinya yang juga merupakan finalis Akademi Fantasia musim keempat itu berada di dalam keadaan baik dan sihat. Rich juga sempat berkongsi tentang keadaan bayi sulungnya itu. "Joshia mempunyai wajah mirip Velvet dan bercampur sedikit dengan iras wajah saya," katanya. Rich yang sedang menguruskan pendaftaran sijil kelahiran Joshia berkata, dia mungkin akan menghabiskan masa selama tiga bulan untuk membesarkan anaknya itu bersama Velvet di rumah mereka di Penampang, Sabah. "Tetapi jika ada 'show', saya akan balik Kuala Lumpur...kena berulang-alik lah," tuturnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:40 pm | |
| Kes bicara harta sepencarian Noraniza Idris
Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 1,21 dan 23 Jun depan bagi perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian yang difailkan penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris terhadap bekas suaminya, penyanyi Fareez.
Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid menetapkan tarikh tersebut setelah Fareez atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Tajudin, 45, gagal mengemukakan afidavit pembelaan bagi permohonan tersebut.
Penyanyi terkenal tahun 80-an yang kini telah berkahwin semula itu turut tidak menghadirkan diri bagi sebutan kes itu semalam.
Terdahulu, peguam syarie, Zuri Zabudi Budiman yang mewakili Noraniza, 41, memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang jawapan daripada Fareez.
Sehubungan itu, mereka memohon supaya mahkamah meneruskan perbicaraan setelah beberapa kali kes itu ditangguhkan.
Menurut Noraniza, bekas suaminya itu telah berjanji untuk menyerahkan separuh daripada harta sepencarian mereka selama 18 tahun berkahwin.
Harta yang dituntut ialah sebuah rumah dan sebuah rumah kedai tiga tingkat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:57 pm | |
| Hanya yang terbaik untuk anak-anak Ziela Jalil Bergelar ibu adalah anugerah yang paling berharga buat semua wanita. pengalaman hamil lebih sembilan bulan, melahirkan zuriat dan kemudiannya mendidik anak hingga dewasa pastinya banyak mencatat kenangan. sudah semestinya juga bukan mudah untuk melalui semua itu. Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan oleh seorang ibu demi anak-anaknya. Menyedari akan jasa ibu yang tidak ternilai, seluruh dunia meraikan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Sempena hari yang bermakna ini, MW memaparkan kisah pahit getir serta kenangan indah artis jelita, Puan Sri Ziela Jalil atau lebih senang disapa Ziela bersama anak-anaknya, Puteri Julia Nabilah, 17 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 15 tahun. Sesi fotografi pada petang itu berlangsung dalam suasana yang begitu meriah tanpa sebarang protokol. Sikapnya yang peramah dan suka menyakat membuatkan kami tidak kering gusi ketawa. Namun di sebalik wajah cerianya itu, ter galas tanggungjawab yang begitu besar terhadap keluarga. Pemergian suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob benarbenar menguji k esabaran dan ketabahan Ziela. Demi anak-anak tersayang, Ziela kuatkan semangat. Dia tidak mahu terus dirundung kesedihan sebaliknya mahu bekerja lebih keras untuk masa depan diri dan anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang paling berharga buat saya. Lantaran itu, saya sentiasa ber usaha memberi hanya yang terbaik untuk mereka. Pengalaman menjadi ibu adalah saat yang paling bermakna. Ia mengajar saya erti kasih sayang dan kesabaran. Sejak Julia dan Jufri kecil lagi, saya sudah ajar mereka menghargai ibu dan menyambut hari istimewa ini. Sehingga kini setiap tahun, Julia dan Jufri tidak pernah lupa mengucapkan selamat Hari Ibu kepada saya. Paling istimewa, mereka akan buat kad untuk saya. Ucapan-ucapan yang diluahkan mereka dalam kad itu begitu menyentuh perasaan saya,cerita Ziela. Hadiah istimewa Ditanya mengenai hadiah yang diberikan anak-anak, Ziela tergelak besar mengenangkan kreativiti anak-anaknya. Julia dan Jufri pernah menghasilkan koleksi gambargambarnya dalam bentuk cakera padat dari dulu hingga kini. Itu antara hadiah paling manis yang mereka beri. Semasa Allahyarham masih ada, beliau dan anak-anak akan membeli barang kegemaran saya sebagai hadiah. Namun bagi saya, semua hadiah berupa material tidak penting jika dibandingkan dengan kasih sayang anak-anak dan Allahyarham, kata Ziela. Dalam perbualan itu, Ziela mene gaskan semua sambutan Hari Ibu adalah kenangan indah dalam hidupnya. Ziela mengakui, walau ke mana pun kaki melangkah ingatan terhadap anakanak tidak pernah padam. Saya tidak betah berjauhan dengan anakanak dalam tempoh yang lama. Saya ingin sentiasa berada di sisi mereka. Jika ada tugasan di luar negara sekalipun, saya akan bawa mereka. Dalam apa perkara yang saya lakukan, anakanak tetap menjadi keutamaan, jelas Ziela. Eratkan kasih sayangMenyentuh mengenai Hari Ibu bersama ibunya, Fatimah Othman, 60 tahun, Ziela mengatakan dia tidak pernah didedahkan dengan budaya sambutan tersebut. Hanya apabila dia mempunyai keluarga sendiri barulah Hari Ibu itu dirai. Kebiasaannya, saya akan sambut. Hari Ibu bersama anakanak, ibu dan ibu saudara saya. Kami akan luangkan masa bersama seperti makan di luar atau sekadar menonton wayang. Masa yang dihabiskan bersama mengeratkan lagi kasih saying antara kami. Pada harihari istimewa seperti ini, saya akan memasak makanan kegemaran anakanak seperti Makaroni Goreng. Anak-anak memang sentiasa ternantinanti saat ini, kami akan makan bersama-sama dan bergurau senda, katanya. Mama lembut tapi tegasSementara itu, Julia dan Jufri sempat berkongsi cerita dengan MW tentang pengorbanan ibu mereka. Kata Julia, mamanya seorang yang sangat tabah meskipun luarannya kelihatan cukup lembut. Mama seorang ibu yang sangat tabah. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihannya di depan kami. Mama bekerja keras untuk menyara persekolahan saya dan adik. Secara luaran mama nampak lembut tapi hakikatnya mama sangat tegas. Mama mementingkan didikan agama dan sering ber pesan agar kami menjaga tingkah laku dan maruah diri serta k eluarga. Mama, you are the best mama in the world. I love you so much. Happy Mothers Day, Julia dan Jufri doakan mama bahagia dunia dan akhirat. Pengorbanan mama tidak mampu kami balas, kata Julia. Mawar untuk mamaSementara cerita Jufri pula setiap tahun, dia dan kakaknya tidak pernah lupa menghadiahkan jambangan bunga mawar kepada mamanya. Mereka akan meneruskan rutin Hari Ibu yang dilakukan oleh arwah papa mereka ketika hayatnya. Jasa papa ada, dia tidak pernah lupa beri bunga mawar buat mama. Jadi kami juga lakukan perkara yang sama. Mama sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Saya ingat lagi, mama tidak pergi ke Amerika selepas menang Anugerah Skrin kerana dia mahu berada di sisi Julia dan memberi sokongan kepada Julia yang sedang menduduki peperiksaan ketika itu. Mama jalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik. Dia tidak pernah tinggalkan kami sendirian. Paling seronok, mama sentiasa menghargai anakanaknya. Saya pernah dihadiahkan permainan Xbox 360 ketika mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Boy (nama manja Jufri) sayang sangat pada mama. Tiada orang lain yang boleh ganti mama. Semoga mama bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat, ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 4:58 pm | |
| gambar sarimah dan adiknya.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Thu 14 May 2009, 5:44 pm | |
| wah udah part 8 laju tull. eh sally bagus2 hang kembali berhikmat balik.heheh |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Fri 15 May 2009, 1:25 pm | |
| |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Fri 15 May 2009, 2:08 pm | |
| - azwin wrote:
Aril dan abangnya, Izwan Pilus menghadiahkan kek coklat buat ibu mereka sempena Hari Ibu. patut la den rasa mcm si aril ni ader mirip2 si izwan pilus..adik beradik rupanya......... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 Fri 15 May 2009, 2:16 pm | |
| lor iza... ko baru tau ke? hissshh....dah riuh satu malaya dah |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |