Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 ISTERIKU KUAT BERLETER

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
AuthorMessage
najz
Enterpreneur
Enterpreneur
najz

Number of posts : 866
Age : 53
Location : selangor
Registration date : 20/05/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeTue 01 Jul 2008, 8:43 am

bakal2 suami & suami
tak lupa juga kpd isteri2 & bakal2 isteri..

Ada seorg suami yg hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat 1/2 jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana da tak tahan dgn leteran isterinya, si suami berjumpa dgn Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dgn warak & kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila di ceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum & bagitau pd si suami.

'Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?'

'Betoi haji. Saya minta tolong sgt pd pak haji ni'.

'Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dlm 1 lubang yg dlm..'

'Itu saja ke haji?'

'Itu saja. Hang pi buatlah apa yg aku suruh. Tapi hang jgn menyesal di kemudian hari.'

'Terima kasihlah haji, tgklah nanti mcm mana'.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter..

'Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewat sgt. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit org kat rumah ni.'

Oleh kerana tak tertahan dgn leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yg Hj. Ahmad ajar pd dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg di beri oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, 'Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yg konon-konon buat baik ni'.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi & bawa ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yg dah 20 thn tak di gunakan.. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dlm. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada org berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada org berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pd leteran isterinya. Dia da mula rasa gelisah. Sepjg hari tu asyik teringat aje pd isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

'Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Blh tak saya dptkan balik isteri saya tu?'.

'Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jgn menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tak. Tapi hang blh pi cuba. Mlm ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dlm lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.'

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali pjg & terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yg lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dlm perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke 2. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. 'Dah mati ke bini aku ni?'

Si suami cuba buat kali yg ke 3. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila di tarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, yg keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi 1 jembalang yg berbulu amat lebat.

'Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!'

Jawab si jembalang tu, 'Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau dtg,aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, ptg, siang, mlm asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu 1 badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah'.

Hah?moral of the story?jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeTue 01 Jul 2008, 10:48 am

Emm...tu lah jangan suka berleter .....muhasabah diri...org yg berleter belum tentu lebih baik dari org yg dileter....
Back to top Go down
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeSat 05 Jul 2008, 12:56 am

betul tu nina....orang yang kuat berleter ni dia kurang muhasabah diri...sebagai isteri klu nak berleter biar bertempat...klu 24jam berleter mmg patut pun dicampak ke dalam perigi buta....
saya mmg tak tahan kena leter...dulu klu mak saya leter..saya diam2 masuk bilik tido..kadang2 dalam nak terlelap mata ni masih dengar dia berleter...bila dah sunyi baru kuar bilik...klu hubby berleter lak saya akan kata pada dia..."sayang tak suka kena leter...jgn berleter pada orang lain" nanti hubby saya terus senyap.. :D
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
ayudress
Enterpreneur
Enterpreneur
ayudress

Number of posts : 156
Age : 43
Location : kuantan
Registration date : 04/07/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeSat 05 Jul 2008, 2:58 am

lol! seram.....seram.....

kadang2 tu ter berleter jugak
Back to top Go down
http://www.ayudress.com
mamzie
Mod PR
Mod PR
mamzie

Number of posts : 1497
Age : 56
Location : Kuantan,Pahang.
Registration date : 10/05/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeSat 05 Jul 2008, 11:38 pm

ha...ayus berhati2 nanti kena campak kat dalam perigi buta plak... lol!
Back to top Go down
http://mamzie.fotopages.com
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeWed 05 Nov 2008, 4:20 am

TP... POMPUAN LAH YG SUKA SGT BERLETER...
NAPE ERRKKK...

BG ALASAN... NAPE POMPUAN SUKA BERLETER...???

KORANG STUJU TAK...
Back to top Go down
beefii
Regular Customer
Regular Customer
beefii

Number of posts : 227
Age : 41
Location : JB
Registration date : 13/07/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeSun 23 Nov 2008, 8:31 pm

nape ek pompuan suke berleter???

rasenyer sbb keadaan sekeliling gak kot...tak pun tekanan...sape tau kan..
yang tau kenape, org yg suke membebel tue jer..
meh kite bace citer nie..

Hukum Isteri Meleteri Suami ........

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet...... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan de mi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan de ngan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka de ngan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan de ngan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami de ngan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita men de ngarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya... Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf de ngan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya..

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, de mi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

:D

lagi satu saye pernah dengar satu syarahan di mana kalo suami mintak buatkan air sedangkan isteri di dapur sibuk hendak menyediakan makanan...jgn la marah2 buatlah dgn ikhlas kerana setiap langkah isteri menghantar air minuman itu di kira pahala... sunny
Back to top Go down
nona manis
Enterpreneur
Enterpreneur
nona manis

Number of posts : 19
Age : 42
Registration date : 29/11/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeWed 07 Jan 2009, 4:01 pm

kelakar la cite tu. tp, nak berleter pun ikut tempat la kan.
Back to top Go down
amoi84
Newbie
Newbie


Number of posts : 2
Age : 39
Registration date : 12/08/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 5:07 pm

tp saya ader masalah lain nie..husabnd kuat berleter..

balik jer keje..pinggan tak basuh, berleter..anak nangis berleter, ader semut ckit berleter..segalanya la berleter..pastu siap ungkit benda2 lama lg...kaitkan dengan yg baru...nk dekat stengah jam tak habis berleter lg...nape ek laki suka berleter?

bila husband saya berleter, saya diam aje..ingatkan bila saya diam, dia akan stop berleter..tp dia teruskan jugak..penah saya bersuara masa dia berleter, dia kata saya melawan dia jugak...ish2..

laki2..nape le suka berleter?
Back to top Go down
najz
Enterpreneur
Enterpreneur
najz

Number of posts : 866
Age : 53
Location : selangor
Registration date : 20/05/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 6:17 pm

amoi84 wrote:
tp saya ader masalah lain nie..husabnd kuat berleter..

balik jer keje..pinggan tak basuh, berleter..anak nangis berleter, ader semut ckit berleter..segalanya la berleter..pastu siap ungkit benda2 lama lg...kaitkan dengan yg baru...nk dekat stengah jam tak habis berleter lg...nape ek laki suka berleter?

bila husband saya berleter, saya diam aje..ingatkan bila saya diam, dia akan stop berleter..tp dia teruskan jugak..penah saya bersuara masa dia berleter, dia kata saya melawan dia jugak...ish2..

laki2..nape le suka berleter?

boleh ker tahan dgn lelaki mcam tu... merajuk la camni..
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeThu 15 Jan 2009, 7:18 pm

ni hormon luar biasa ni... hehehhe
Back to top Go down
anti_scammer
Ahli Familiar
Ahli Familiar
anti_scammer

Number of posts : 109
Age : 44
Location : Negeri Sembilan
Registration date : 18/03/2009

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeSun 22 Mar 2009, 10:55 am

alangkah beruntungnya bagi sesiapa yg dapat isteri berleter malulah.. malulah.. malulah.. malulah..
Back to top Go down
http://www.friendster.com/iem79
cikfen
Ahli Familiar
Ahli Familiar
cikfen

Number of posts : 100
Age : 47
Location : Shah Alam-Banting-Kajang
Registration date : 04/06/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeTue 14 Apr 2009, 6:36 pm

amoi84 wrote:
tp saya ader masalah lain nie..husabnd kuat berleter..

balik jer keje..pinggan tak basuh, berleter..anak nangis berleter, ader semut ckit berleter..segalanya la berleter..pastu siap ungkit benda2 lama lg...kaitkan dengan yg baru...nk dekat stengah jam tak habis berleter lg...nape ek laki suka berleter?

bila husband saya berleter, saya diam aje..ingatkan bila saya diam, dia akan stop berleter..tp dia teruskan jugak..penah saya bersuara masa dia berleter, dia kata saya melawan dia jugak...ish2..

laki2..nape le suka berleter?

saya masalah isteri berleter.... ngeh3x
Back to top Go down
http://www.freewebs.com/sideincome07
ezaino
Ahli VVIP
Ahli VVIP
ezaino

Number of posts : 3314
Age : 47
Location : kulai --->seremban
Registration date : 12/03/2009

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeThu 16 Apr 2009, 9:23 am

tk minat ler org sk berleter...sebab dr kecik puas kena leter ngeh3x
Back to top Go down
naziatul_akmar
Newbie
Newbie
naziatul_akmar

Number of posts : 37
Age : 41
Location : Selangor
Registration date : 28/12/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeMon 20 Apr 2009, 6:57 pm

kekdg lelaki juga yg buat si isteri berleter.. ISTERIKU KUAT BERLETER 828273
Terutamanya kalu dua2 nya bekerja.
Tak salah kalu si suami, ringan2 kan tulang utk membantu si isteri..
Ini balik keja je, terus mengadap tv.. segalanya tertangguh la katakan.
kalu si suami tugasnya mencari rezeki, ingat2 la si isteri juga mencari rezeki di samping
menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.. music
Back to top Go down
rosa_canina
Newbie
Newbie


Number of posts : 4
Age : 48
Registration date : 17/04/2009

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeWed 22 Apr 2009, 9:46 am

kdg2 mcm pelik jgk bila dgr suami plk yg berleter..
tp mmg ada .. Rolling Eyes
Back to top Go down
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitimeWed 22 Apr 2009, 2:49 pm

pd suami yg isterinya kuat berleter...try cuba tape leteranyan tu .... pastu bg dia dgr...tgk mcmana..... pasti dia tau best ker x kalau asik dgr leterran jer..... heheheee...... ngeh3x

leh jgk guna tuk suami yg kuat berleter heeeee
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
Sponsored content




ISTERIKU KUAT BERLETER Empty
PostSubject: Re: ISTERIKU KUAT BERLETER   ISTERIKU KUAT BERLETER Icon_minitime

Back to top Go down
 

ISTERIKU KUAT BERLETER

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | Society and Culture | Beauty, Celebrities, Fashion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions