Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR)

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
AuthorMessage
Guest
Guest



STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Penyakit Koronari Jantung   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 15 Jul 2008, 9:38 am

Penyakit Koronari Jantung
Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.

Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovascular di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun. Tetapi mungkin pertambahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kemungkinan disebabkan timbulnya kesedaran mendalam di kalangan penduduk Malaysia menyebabkan mereka lebih kerap memeriksa kesihatan mereka. Ini menyebabkan lebih banyak kes baru direkodkan berbanding masa yang lalu.

Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.

Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

Bagaimana Terjadinya Sakit Jantung
Angina (sakit dada bila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang. Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen.
Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk pernafasan.

Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari:

• Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
• Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
• Jika anda merokok.
• Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
• Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
• Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
• Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
• Jika anda kurang bersenam.
• Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Bagaimana mengurangkan risiko sakit jantung.
Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.

Adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan atau berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Anda juga perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.

Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan, dengan itu mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar juga mampu menyerap kalesterol.
Back to top Go down
Guest
Guest



STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Amalan Harian Menghindarkan Kencing Manis   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 15 Jul 2008, 9:39 am

Misai Kucing ( Orthosiphon Stamineus ) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi. Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.

Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikkan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.

Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang.

Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik
Back to top Go down
Guest
Guest



STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR)   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 15 Jul 2008, 9:40 am


Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat atau pecah seterusnya menyebabkan pendarahan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kematian sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terjejas, seperti fungsi otak berkaitan dengan percakapan, penglihatan dan / atau pergerakan seseorang.

EPIDEMIOLOGI
Sepuluh peratus (10 %) dari kematian di negara-negara maju adalah disebabkan oleh strok. Insiden strok pada 1997 di negara Malaysia adalah 68.38 per 100 00 populasi dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina dan diikuti dengan bangsa Melayu dan India.
Kejadian strok sering dikaitkan dengan mereka yang berpendapatan rendah (Kelas V) dan risiko untuk mendapat strok meningkat dengan peningkatan umur. Lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat strok.

FAKTOR RISIKO

1. Individu yang menghidap hipertensi (penyakit darah tinggi)
2. Individu yang mengalami masalah jantung
3. Paras kolesterol darah yang tinggi
4. Merokok
5. Kurang aktiviti fizikal/Kurang bersenam
6. Berat badan yang berlebihan/Kegemukan yang melampau.

TANDA DAN GEJALA
Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala-gejala strok. Selalunya tanda-tanda strok dapat dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun tanda-tanda dan gejala-gejala yang boleh dialami adalah:

1. Pening kepala (kepala/keadaan sekitar seperti berpusing )
2. Pitam atau pengsan
3. Anggota badan iaitu tangan dan kaki merasa kebas atau lemah atau
kedua-duanya sekali

RAWATAN
Rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri. Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas/teruk.

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ianya boleh terdiri dari bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan.

Di peringkat seterusnya , rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu bagi mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup yang sebaik mungkin. Penggunaan vitamin peransang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan.
Back to top Go down
Guest
Guest



STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Hepatitis B   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 15 Jul 2008, 9:43 am

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia. Sebanyak 80 peratus daripada barah hati jenis primary hepatocellular carcinoma (PHC) di seluruh dunia disebabkan komplikasi jangkitan HBV. Jangkitan daripada ibu kepada bayi baru lahir mengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis atau PHC. Mengikut anggaran, terdapat kira-kira 350 juta pembawa jangkitan hepatitis B kronik seluruh dunia.

Vaksinasi menentang hepatitis B di kalangan remaja dan kanak-kanak dilakukan di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Itali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan matlamat imunisasi menyeluruh menentang hepatitis B di semua negara endemik (dengan kadar pembawa lebih tinggi daripada dua peratus) menjelang 1995. Semua negara mesti mempunyai program imunisasi menjelang 1997.

Di negara-negara yang tidak mempunyai program imunisasi menyeluruh, kumpulan-kumpulan yang dianggap mempunyai risiko serangan hepatitis B ialah anak-anak yang ibunya telah dijangkiti, homoseksual dan heteroseksual dengan berbilang pasangan, penagih dadah yang menggunakan suntikan, pekerja yang terpaksa menyentuh darah atau cecair badan orang lain, pekerja kesihatan, dan penerima pemindahan organ manusia.
Back to top Go down
Guest
Guest



STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Penyakit Aphasia   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 15 Jul 2008, 10:02 am

Aphasia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Masalah aphasia adalah berbeza dengan dyslexia. Tanda penting pengidap aphasia adalah kesukaran berkomunikasi secara pertuturan, kesukaran memahami percakapan orang lain, dan kesukaran untuk membaca dan menulis. Aphasia kebiasaannya disebabkan oleh angin ahmar (stroke), kecederaan di kepala, tetapi juga disebabkan oleh ganguan sistem saraf (neorological disorder), seperti ketumbuhan otak, penyakit nyanyuk Alzheimer, penyakit Picks, atau sesetengah jenis penyakit Parkinson. Bagaimanapun dalam kes tersebut, aphasia hanyalah salah satu tanda, yang biasanya diketepikan. Ini disebabkan terdapatnya ciri-ciri lain yang lebih diutamakan seperti kehilangan keupayaan berfikir. Kesan aphasia berbeza antara seseorang dengan orang yang lain, dan sesetengah pengidap aphasia boleh dibantu dengan bantuan terapi pertuturan. Berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan pengidap aphasia.

Hypocrites, seorang doktor Yunani pada 450 B.C. pernah menulis mengenai kehilangan keupayaan bertutur disebabkan oleh kejutan truama. Semenjak itu sehingga 1800 pakar sains menyiasat mengenai kehilangan daya berhubung akibat kesan kejutan trauma kepada otak dan kesannya terhadap kefahaman melalui pendengaran, pembacaan, pertuturan, dan penulisan. Pada abad ke 19, pakar sains mempelajari mengenai bahagian khusus otak yang berkait dengan penguasaan bahasa. Pada akhir abad ke 20, semasa dan selepas Peperangan Dunia, terdapat keperluan untuk menangani ramai anggota tentera yang mengalami kejutan akibat letupan bom (shell shock), para pendidik, pakar perubatan, dan pakar terapi mula menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan latihan semula bagi pengidap aphasia. Dengan kemunculan teknologi seperti CT scan (tomografi berkomputer), MRI (magnetic resonance imaging), dan PET scans (positron emission tomography) membenarkan kita menyiasat lebih lanjut mengenai aktiviti otak.
Aphasia terdapat dalam banyak jenis, tetapi empat jenis aphasia yang besar adalah aphasia sementara, aphasia fasih, aphasia tidak fasih, dan aphasia sejagat.

Aphasia Sementara.
Aphasia sementara juga dikenali sebagai aphasia peralihan (transient aphasia), merujuk kepada masaalah komunikasi yang hanya untuk beberapa jam atau hari. Kebanyakan penghidap aphasia peralihan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari sahaja.

Aphasia Tidak Fasih
Ciri-ciri aphasia tidak fasih adalah pertuturan yang sukar, teragak-agak, berbentuk telegram, yang disertai tempoh senyap yang panjang. Mereka yang mengidap aphasia tidak fasih lebih banyak menggunakan nama benda dan kata kerja (nouns and verbs). Pertuturan adalah lambat dan susunan ayat biasanya tergantung. Pengidap aphasia tidak fasih juga biasanya menggunakan perbendaharaan kata yang terhad, satu perkataan. Mereka juga biasanya lumpuh atau lemah pada bahagian kaki atau tangan kanan. Perbendaharaan kata yang terhad juga nyata dalam penulisan. Bagaimanapun mereka yang mengidap aphasia tidak fasih tidak menghadapi masaalah memahami orang lain. Aphasia tidak fasih boleh dibahagikan kepada :-

Aphasia Broca - Pertuturan terhad kepada ayat pendek, kurang daripada empat ayat. Perbendaharaan kata terhad dan hanya boleh bertutur dengan sukar. Pengidap aphasia Broca mampu memahami orang lain tetapi pemahaman terhad apabila membaca.

Aphasia tidak fasih bercampur-campur. Ini merujuk kepada pengidap yang sukar bertutur dan terhad seperti aphasia Broca, tetapi mereka juga menghadapi kesukaran memahami pertuturan, pembacaan, dan penulisan.

Aphasia Fasih
Pengidap aphasia fasih biasanya mampu bertutur secara biasa tanpa tersekat-sekat sebagaimana mereka yang mengidap mengidap aphasia tidak fasih. Mereka juga tidak menghadapi lumpuh atau lemah anggota kanan. Bagaimanapun, pengidap aphasia fasih menghadapi masaalah untuk menggunakan noun yang tepat. Oleh itu, walaupun pengidap aphasia fasih boleh bercakap menggunakan ayat yang lengkap, mereka sukar mencari perkatan yang tepat untuk benda (noun), oleh itu mereka biasanya bercakap berdalih dengan menggunakan ayat yang menggelakkan penggunaan perkataan tersebut, menggunakan perkataan yang mempunyai erti seiras seperti "abang" menggantikan perkataan "adik", ataupun menggunakan perkataan tidak beerti. Kebiasaannya mereka yang mengidap aphasia fasih berhadapan dengan masaalah memahami orang lain. Aphasia fasih dibahagikan kepada beberapa pecahan :-

Pengidap aphasia Wernicke menghadapi kesukaran memahami pertuturan, tetapi dapat bertutur dengan fasih. Bagaimanapun ayat yang terhasil tergantung dan tidak lancar. Kadangkala perkataan yang tidak berkait digunakan. Pengidap aphasia Wernicke juga menghadapi masaalah untuk membaca dan menulis.
Pengidap aphasia Anomic menghadapi masaalah menggunakan perkataan yang sesuai terutama perkataan benda dan perbuatan (noun and verbs) ketika bertutur atau menulis. Oleh itu, walaupun mereka lancar bertutur, ayat mereka melencong dan mereka merasa tidak puas hati. Pengidap aphasia Anomic dapat memahami pertuturan dan dalam kebanyakan kes boleh membaca dengan baik.

Aphasia Sejagat
Aphasia sejagat merujuk kepada mereka yang mengidap aphasia teruk, merangkumi semua peringkat berkait dengan bahasa. Mereka yang mengidap aphasia sejagat mempunyai pertuturan terhad, dan sukar memahami apa yang didengarnya. Aphasia sejagat ketara bagi mereka yang mengalami angin ahmar (stroke) yang teruk. Bagaimanapun, ia boleh pulih sekiranya kerosakan angin ahmar (stroke) tidak terlalu teruk. Bagi kes yang teruk, aphasia mungkin teruk dan berkekalan.

Kesukaran dalam komunikasi juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti lumpuh, lemah anggota, atau masaalah pertuturan disebabkan otot pertuturan atau cacat akal. Adalah penting memastikan punca sebenar agar rawatan terapi yang bersesuaian dapat digunakan. Ini disebabkan rawatan terapi yang berlainan bergantung kepada dignosa awal, oleh itu dignosa yang salah mungkin menyebabkan terapi yang salah digunakan, dengan itu melambatkan pemulihan pesakit.

Dianggarkan dalam 80% kes aphasia dapat dibantu dengan terapi bahasa yang bersesuaian. Ini merupakan asas yang kukuh untuk menyarankan terapi pertuturan kepada mereka pesakit aphasia. Pesakit aphasia yang muda memberikan tindakbalas yang lebih memberangsangkan berbanding pesakit aphasia yang berumur. Selain itu faktor seperti tahap aphasia, kesihatan tubuh badan pesakit, sokongan keluarga, dan motivasi memainkan peranan dalam tempoh terapi pertuturan. Pulih atau sembuh merujuk kepada perkembangan kemahiran berkomunikasi dan tidak bererti semboh sepenuhnya yang bererti mampu bertugas seperti biasa. Individual yang menghidapi aphasia selama beberapa minggu, berkemungkinan besar akan mengalami kekurangan bahasa dan pertuturan yang berkekalan. Bagaimanapun, terapi pertuturan mampu membantu mereka mengatasi masalah tersebut dan dapat terus hidup yang berfaedah.

Rawatan pemulihan
Sesetengah pesakit aphasia yang mengalami aphasia peralihan "transient aphasia" yang hanya beberapa jam atau hari selepas kecederaan sebelum menghilang. Bagi pesakit aphasia pertengahan "mild", mereka mampu pulih, sementara mereka yang mengalami aphasia teruk, mereka menunjukkan perkembangan yang terbaik untuk enam hingga duabelas bulan pertama.

Aphasia tidak dapat dijangka untuk kes angin ahmar (stroke) atau kecederaan kepala. Tahap aphasia bergantung kepada saiz dan tempat kerosakan pada otak. Tidak terdapat sebarang ubat yang dikatahui mampu mengubati aphasia pada masa sekarang. Pembedahan dapat mengatasi aphasia yang disebabkan oleh barah otak atau hematoma yang berkaitan dengan pusat pertuturan utama. Pembedahan tidak dapat membantu bagi aphasia yang disebabkan oleh angin ahmar (stroke) yang merupakan punca utama aphasia. Terapi pertuturan hanya membantu pengidap aphasia tetapi tidak dapat menyembuhkan aphasia. Tujuan terapi adalah untuk membantu pesakit menggunakan kemahiran yang tinggal untuk belajar berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Back to top Go down
isza
Ahli Familiar
Ahli Familiar
isza

Number of posts : 81
Age : 38
Registration date : 21/04/2009

STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Re: STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR)   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeTue 26 May 2009, 1:04 am

Tq bagus info nie.
Boelh la isza wat panduan.
Sebab my father bau je masuk hoapital bab doktor kata kena strok.
Tapi wat masa nie keadaan masih terkawal lagi.
Back to top Go down
http://ismalieza.blogspot.com
yummie_sue
Ahli VIP
Ahli VIP
yummie_sue

Number of posts : 1235
Age : 40
Registration date : 27/06/2008

STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Re: STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR)   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitimeWed 27 May 2009, 3:26 pm

pak ngah sue pn kene serangan strok since bln 10 thn lepas...
smpi skrg still terlantar kt rmh..tp dh blh jln sikit2 guna tongkat la..
mcm2 ubat dan kaedah rawatan dh cuba...mintak2 cpt la sihat hendaknye...amin
Back to top Go down
Sponsored content




STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Empty
PostSubject: Re: STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR)   STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR) Icon_minitime

Back to top Go down
 

STROKE (PENYAKIT ANGIN AHMAR)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Hal keluarga dan anak-anak-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions