Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 FAKTA-FAKTA MENARIK

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeThu 16 Oct 2008, 4:46 pm

Assalamualaikum...
hai kengkawan smua, jom la kte pakat-pakat share informasi tentang fakta-fakta menarik, fakta-fakta pelik dan sbgnya.

Fakta-fakta pelik yang kita tak tau :

* Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

* Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

* Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

* Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

* Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeSat 18 Oct 2008, 12:33 am

waalaikumusalam.....hmmm...baguih fakta2 nie...perbanyakkan lagi...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 20 Oct 2008, 9:15 am

TAHUKAH ANDA??

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.


Last edited by sally_eiyna on Wed 29 Oct 2008, 4:29 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 20 Oct 2008, 9:16 am

Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeSun 26 Oct 2008, 8:49 am

Fakta-fakta pelik yang kita tak tau :

1.Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

2.Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

3.Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

4.Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

5.Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


Last edited by sally_eiyna on Wed 29 Oct 2008, 4:28 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeSun 26 Oct 2008, 4:56 pm

Hohoooo...lagi..lagi..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 29 Oct 2008, 4:26 pm

Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

FAKTA-FAKTA MENARIK Ant611
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 29 Oct 2008, 4:30 pm

Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

FAKTA-FAKTA MENARIK Batana10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 29 Oct 2008, 4:32 pm

FAKTA-FAKTA MENARIK Goat510

***Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.***
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 1:38 am

wah, si sally ni, banyak tul menda menarik yg dia ade, muskil gak mana si sally ni dapat..
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 24 Dec 2008, 5:20 am

halytobe wrote:
wah, si sally ni, banyak tul menda menarik yg dia ade, muskil gak mana si sally ni dapat..


byk tmpat boleh dpt fakta ni... kalo rajin lah...
dulu... sy ade beli set buku national geografic n wonder why...
utk ank2... masa tu si bujang2 ni umo 10 tahun...
mmg bagus...
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 24 Dec 2008, 12:51 pm

papamia wrote:
halytobe wrote:
wah, si sally ni, banyak tul menda menarik yg dia ade, muskil gak mana si sally ni dapat..


byk tmpat boleh dpt fakta ni... kalo rajin lah...
dulu... sy ade beli set buku national geografic n wonder why...
utk ank2... masa tu si bujang2 ni umo 10 tahun...
mmg bagus...

tul tu papa, tapi mesti dia dpt cari site yg mcm, one stop centre ni...takyah susah2 nk cari kat site lain hehe
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 26 Dec 2008, 7:08 am

sally..
buh lah link tu...
boleh papa suruh si manja papa bukak...
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 26 Dec 2008, 6:54 pm

sally bekas wartawan....mesti tau memacam citer...bestnya dapat korek mcm2 artikel yg berguna, meh ajo sikit sally
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 3:35 pm

bestnye,, aku baru perasan thread nie..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 3:44 pm

tau pun...sally pun dh lame xupdate tread ni.. ahakz!!!
xdan nk cri bahan..sbb duk bz dgn gossip ler... ngeh3x
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 6:21 pm

Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. <-- abisla jejaka2 cikanos mati lemas

Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain. <--- tapi bruce bab bercakap sopan santun x macam murai

Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 6:34 pm

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk “menghiburkannya”. Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.


bestnye jadi raje nie...hari2 leh tuka bini makan tak abis...
Back to top Go down
Raine
Ahli Familiar
Ahli Familiar
Raine

Number of posts : 82
Age : 50
Registration date : 27/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 7:21 pm

Hahaaaa....bestttt...
later in hell..... x larat nak best wehh....
Back to top Go down
mayang
Ahli VIP
Ahli VIP
mayang

Number of posts : 1155
Age : 40
Registration date : 08/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeMon 05 Jan 2009, 10:17 pm

kid_search wrote:
Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
sama la...jaman skrg pon ...pakai g-string... sama cam tak pakai panties


Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. <-- abisla jejaka2 cikanos mati lemas
Oii...jangan laaaa

Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain. <--- tapi bruce bab bercakap sopan santun x macam murai
oh ya ke.....ada macam Hang Tuah

Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
Kenapa ya??? what is the reason??
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 7:58 am

mekasih.. la kid...sbb sudi menyerikan umah sally.. merajuk la camni..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 8:00 am

Fakta

Bersin terlampau keras akan menyebabkan tulang iga retak, tetapi dengan menahan bersin akan memecahkan pembuluh darah di leher dan di otak dan kemudian menyebabkan kematian
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 8:04 am

Fakta : Seseorang tidak akan pernah mati hanya dengan menahan nafasnya

Fakta : Otot yang paling kuat di tubuh manusia adalah otot lidah
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 8:09 am

HIMPUNAN-HIMPUNAN FAKTA MENARIK 1

1. Bahasa yang paling luas dugunakan di dunia ialah Bahasa Mandarin.

2. Manusia dewasa mempunyai 207 batang tulang.

3. Gas yang paling ringan di bumi ialah gas Hidrogen.

4. Cermin mata dicipta pada tahun 1310 oleh seorang rakyat Itali yang bernama
Salvinius Armadus.

5. Gunung berapi hidup yang tertinggi di dunia ialah Gunung Cotopaxi.

6. Air Terjun yang tertinggi di dunia ialah Air Terjun Angel.

7. Pengasas pasukan polis yang pertama di dunia ialah Sir Robert Peel.

8. Siput babi termasuk dalam kumpulan 'moluska'.

9. John Fitzgerald Kennedy ialah Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh
Lee Harvey Oswald.

10. Sebahagian besar matahari terdiri daripada gas hidrogen.

11. Pokok bunga madat atau popi yang digunakan untuk menghasilkan candu,
morfin dan heroin dikenali juga sebagai Papaver Somniferum.

12. Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar
di dunia ialah Selat Mozambique.

13. Bangunan Taj Mahal di Agra, India dibina oleh Maharaja Mogul iaitu Shah Jehan
untuk isteri kesayangannya dan siap pada tahun 1648.

14. Warna bintang yang paling sejuk sekali ialah Merah

15. Landasan Keretapi bawah tanah yang pertama dibina di dunia ialah Landasan
Metropolitan, London.
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 1:11 pm

sally_eiyna wrote:
Fakta

Bersin terlampau keras akan menyebabkan tulang iga retak, tetapi dengan menahan bersin akan memecahkan pembuluh darah di leher dan di otak dan kemudian menyebabkan kematian

yeke.. bahaya btul.. gua selalu tahan bersin...( kalo time meeting ke jumpa or aweksss kontrol macurr gituu) hihihih
Back to top Go down
marcella08
Super Senior
Super Senior
marcella08

Number of posts : 904
Age : 50
Location : Hulu Selangor
Registration date : 05/05/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 1:46 pm

kid tahan bersin je ke? yg lain-2 tu camner.. ahakz!!!

takut gak tgk fakta ttg bersin nie...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 2:05 pm

btui......bersin buleh membawa maut.. eeee..geramnyer
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 2:13 pm

marcella08 wrote:
kid tahan bersin je ke? yg lain-2 tu camner.. ahakz!!!

takut gak tgk fakta ttg bersin nie...

lelain tu ape kak... jgn memacam..
Back to top Go down
Raine
Ahli Familiar
Ahli Familiar
Raine

Number of posts : 82
Age : 50
Registration date : 27/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 2:49 pm

mayang wrote:
kid_search wrote:
Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
sama la...jaman skrg pon ...pakai g-string... sama cam tak pakai panties


Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. <-- abisla jejaka2 cikanos mati lemas
Oii...jangan laaaa

Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain. <--- tapi bruce bab bercakap sopan santun x macam murai
oh ya ke.....ada macam Hang Tuah

Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
Kenapa ya??? what is the reason??


Kid......nape tak jawab.... Gurl Fren tanye tu???
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:10 pm

mayang wrote:
kid_search wrote:
Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
sama la...jaman skrg pon ...pakai g-string... sama cam tak pakai panties


Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. <-- abisla jejaka2 cikanos mati lemas
Oii...jangan laaaa

Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain. <--- tapi bruce bab bercakap sopan santun x macam murai
oh ya ke.....ada macam Hang Tuah

Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
Kenapa ya??? what is the reason??


kun fa yakun
Back to top Go down
mayang
Ahli VIP
Ahli VIP
mayang

Number of posts : 1155
Age : 40
Registration date : 08/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:14 pm

hihiiii...senangnya jawab..... ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:18 pm

Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui

Di bawah ini kami senaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, totapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemanju lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).

5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negar a sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:19 pm

-Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat, ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter padu sesaat.

-Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.

-Terdapat dua jenis ular di Pulau Hawaii. Pertamanya, ular laut yang jarang ditemui dan kedua, ular buta yang hidup seperti cacing tanah di pulau itu.

-Sembilan puluh peratus daripada pembaca info ini tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui kemusykilan minda mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:22 pm

Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui

-Perkataan 'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu ' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.

-Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.

*Pertama, yang belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

*Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya.

*Ketiganya pula, yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.


-Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.-Kira-kira 1...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:23 pm

Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui

- Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam sahaja. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:24 pm

- Apakah telur yang paling besar di dunia? Jawapannya ialah telur burung unta yang berukuran enam hingga lapan inci setiap satu. Disebabkan saiz dan ketebalan kulitnya itu, telur burunb unta hanya akan masak selepas direbus selama 40 minit.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:24 pm

-Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat. Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Kejam sungguh orang Amerika ni, ya!
Back to top Go down
kid_search
Ahli VIP
Ahli VIP


Number of posts : 1006
Age : 110
Registration date : 06/11/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 3:35 pm

pembunuhan yg pertama terjadi dikalangan manusia berlaku adalah peristiwa habil dan qabil..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeTue 06 Jan 2009, 4:23 pm

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 07 Jan 2009, 2:43 am

ok, fakta yg menarik ttg chikungunya
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 07 Jan 2009, 8:42 am

skng ni rmai sgt yg menghidap penyakit ni..
sally sjer bg info...d sebabkan nyamuk ngeh3x
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 07 Jan 2009, 12:09 pm

memang menyuburkan minda ni..tq
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 07 Jan 2009, 2:17 pm

merajuk la camni.. merajuk la camni.. tuk menambah ilmu pengetahuan..... Basketball
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeWed 07 Jan 2009, 6:35 pm

silalah bubuh lagi fakta yang menarik
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeThu 08 Jan 2009, 3:26 pm

Penting!! Fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu

Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh barisan nasional untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.70
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10 (S0.50)

Dari data diatas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak diatas, harga minyak adalah dibawah RM1.10 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 2.70 sen? Bukankah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak dikekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan disana sini?

Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segeranya ia akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu diutamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagai man a projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut? Perlu diingat bahawa disamping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain.Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Kepada pengundi pengundi semua tepuk dada tanya selera.

Ni korang compare ngan Turkmenistan .
Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)
https://www.cia.gov/library/publicat…s/tx.html#Econ

Ni Malaysia punya
Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeThu 08 Jan 2009, 7:05 pm

sally, ni dah masuk politik dan bukan fakta yang benar....ade pelbagai tafsiran yang boleh dibuat. Semuanya untuk kepentingan ni.
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeThu 08 Jan 2009, 11:33 pm

halytobe wrote:
silalah bubuh lagi fakta yang menarik

Eloooo...nak suruh org suapkan jer ker...???? pegi la carikan bahan sama....kan ada 'power of google'???? ngeh3x
Back to top Go down
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 42
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 09 Jan 2009, 12:23 am

wah...bagus2 sally..hang ni memang byk ilmu..baik dari segi ilmiah n kegosipan... ngeh3x
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeFri 09 Jan 2009, 11:10 am

ninarahim wrote:
halytobe wrote:
silalah bubuh lagi fakta yang menarik

Eloooo...nak suruh org suapkan jer ker...???? pegi la carikan bahan sama....kan ada 'power of google'???? ngeh3x

geram dgn sally la kak, dia ade ilmu lebih tinggi dari saya ni..nak blajo dia tak kasi... eeee..geramnyer

patzie, ape yg bagusnya artikel politik tu..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 41
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitimeSun 11 Jan 2009, 12:55 pm

hang ni kan haly...xbaik tau...
ko nk lajaor apenye???hang kan lbh teror dr aku..
aku ni takat search google jer pun...
hebat sgt ker aku ni?????? eeee..geramnyer

nak seribu daya..xnak seribu dalih!!! hoorey!!
Back to top Go down
Sponsored content




FAKTA-FAKTA MENARIK Empty
PostSubject: Re: FAKTA-FAKTA MENARIK   FAKTA-FAKTA MENARIK Icon_minitime

Back to top Go down
 

FAKTA-FAKTA MENARIK

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Ruang sembang-sembang ~@-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions