Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 Hukum Isteri Meleteri Suami

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
AuthorMessage
najz
Enterpreneur
Enterpreneur
najz

Number of posts : 866
Age : 53
Location : selangor
Registration date : 20/05/2008

Hukum Isteri Meleteri Suami Empty
PostSubject: Hukum Isteri Meleteri Suami   Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeFri 14 Nov 2008, 10:24 am

Hukum Isteri Meleteri Suami .......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet...... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya de ngan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi mo de l yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan de mi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan de ngan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka de ngan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan de ngan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingk an suami de ngan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita men de ngarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya... Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf de ngan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman mo de n yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, de mi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT. -


Last edited by najz on Fri 21 Nov 2008, 1:34 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

Hukum Isteri Meleteri Suami Empty
PostSubject: Re: Hukum Isteri Meleteri Suami   Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeFri 21 Nov 2008, 8:02 am

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung
tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu
jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat
macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya
susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak
masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot..
pet...... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat
masing-masing.


cuba tukar n wat ayat cm ni...

"adehhh... penat lah bang ari ni... kat pejabat tu berlambak2 keje..." sambil menghidangkan kopi wat suami... "Pas ni nak masak plak... kain pun berlambak blum lipat..adehh.. penat btul lah..cm dh tak larat dh ni.." sambil duk sbelah dia.. "Baaaannggg.. pas baca surat khabar...tengok tv... kita masak sama2 erkk..." rayu si isteri ngan nada manja...

kompom... kalo somi tu penat n malas... dia trus ajak...
"Pas isyak nanti.. kita kluar makan jer lah.."

kita dh penat... beban kerja yg wat kita tension... hati tak terkawal...
so mudahlah syaitan mengapi2kan... si somi juga penat... kena leter plak...
smakin terlonjak2 syaitan menghasud.... maka jd pentengkaran...
mula2 kecik jer... semakin marah... hati mula berbuku... segala di luah...
mula lah salah dulu2 pun kekadang jd ungkit mengungkit...

bila ini terjadi... BAHAYA... boleh berpanjangan...
so.. kena sama2 jaga keharmonian rumahtangga...

insyaAllah...
Back to top Go down
cikfen
Ahli Familiar
Ahli Familiar
cikfen

Number of posts : 100
Age : 47
Location : Shah Alam-Banting-Kajang
Registration date : 04/06/2008

Hukum Isteri Meleteri Suami Empty
PostSubject: Re: Hukum Isteri Meleteri Suami   Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 3:17 pm

Kefahaman mengenai tanggungjawab masing2 selaku suami atau isteri adalah amat penting sama sekali. Berkahwin dengan ilmu, bukan kerana nafsu. affraid
Back to top Go down
http://www.freewebs.com/sideincome07
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

Hukum Isteri Meleteri Suami Empty
PostSubject: Re: Hukum Isteri Meleteri Suami   Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeFri 19 Dec 2008, 1:32 am

Papa....kalau yg somi tu ada akal..paham...ok ler...
ade yg jenis buat derk jer....camne????? semua bini nak tanggung.....dah la kos saraan dikongsi2....kerja rumah...anak2 semua dihempuk atas paler si isteri...cam ne tu???

Kalau bini dok umah...yes...I setuju...mmg kena layan somi 101%....tapi kalau sama2 kerja kena sama2 pikul tanggungjawab dirumah...
Back to top Go down
anti_scammer
Ahli Familiar
Ahli Familiar
anti_scammer

Number of posts : 109
Age : 44
Location : Negeri Sembilan
Registration date : 18/03/2009

Hukum Isteri Meleteri Suami Empty
PostSubject: Re: Hukum Isteri Meleteri Suami   Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitimeSun 22 Mar 2009, 11:28 am

isu panas diperkatakan sampai kiamat ngeh3x
Back to top Go down
http://www.friendster.com/iem79
Sponsored content




Hukum Isteri Meleteri Suami Empty
PostSubject: Re: Hukum Isteri Meleteri Suami   Hukum Isteri Meleteri Suami Icon_minitime

Back to top Go down
 

Hukum Isteri Meleteri Suami

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: falsafah, ilmu dan ketuhanan-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions