|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 1:47 pm | |
| ahhhh....ko bila lagi haly.... ke berhajat nak menambah.... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:21 pm | |
| Rihanna Teringin 'Dating' Marvin Humes Rihanna dikatakan tertarik dengan aktor, Marvin Humes - foto AP KEBELAKANGAN ini, Rihanna dikatakan tertarik dengan aktor, Marvin Humes. Baru-baru ini dia telahmenyatakan hasratnya itu dengan meminta Humes agar mengajaknya keluar dating. Kisah mengenai perasaan pelantun lagu Russian Roulette itu menjadi tajuk utama di majalah dan akhbar pada awal bulan Desember lalu ketika dia memberitahu bahawa dia benar-benar menyukai pelakon itu. Menurut sumber, Rihanna juga tanpa segan-silu sudah mengakui perasaannya pada Humes di depan khalayak. "Jika dia masih tidak berjumpa lagi mana-mana gadis Inggeris yang baik, mungkin ini waktunya untuk melihat ke arah lain. Marvin memang sangat kacak, dia harus mengajak saya keluar selepas saya kembali ke London," kata Rihanna. Humes sendiri baru-baru ini mengaku sedang mencari pasangan hidup yang sesuai. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:22 pm | |
| Brittany Berfirasat Tentang Kematiannya Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal - foto AP MENURUT laporan Splash News, aktres Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal. Dalam wawancara pada 3 Disember lalu, aktres tersebut memberitahu bahawa dia akan meninggalkan Los Angeles menjelang Krismas. Murphy turut merancang sebuah percutian keluarga di New York bersama suami tercinta Simon Monjack, sebelum kembali aktif dengan kariernya pada tahun ini. Murphy juga kelihatan berfirasat mengenai kematiannya. Ketika dia sedang mempromosikan filem terbarunya, Across The Hall, aktres itu dipetik sebagai berkata yang dia ingin memiliki rambut berwarna perang di kehidupan akan datang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:22 pm | |
| 2010 Bukan Tahun Untuk Cari Kekasih - Azharina MEMEGANG gelaran janda pada usia yang muda tidak pernah menjadi kudis dalam hidup penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini. Biar apa saja tanggapan orang, Azharina atau mesra disapa Nina ini sudah lali dengan cemuhan dan fitnah yang pernah singgah dalam hidupnya. Hampir dua tahun bergelar janda setelah perkahwinannya dengan usahawan Datuk Shukri Mohamed gagal bertahan, Nina sudah semakin kuat untuk meneruskan hidupnya seorang diri. Kata penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi dan Rawan ini, mencari 'pengganti' bukanlah agenda utamanya lagi. Malah, Nina tidak langsung terfikir untuk mencari kekasih dan nekad untuk memulakan tahun baru ini dengan meletakkan komitmen yang tinggi terhadap bisnes dan karier seninya. "2010 akan menjadi tahun yang cukup sibuk untuk saya dan memang saya tidak akan ada masa untuk memikirkan soal kekasih atau kahwin. Belum terbuka hati untuk mencari pengganti. Nak kata serik untuk bercinta, tidak juga. "Tapi dengan macam-macam kontroversi yang pernah berlaku, buatkan saya malas untuk fikir tentang perkara ini. Mungkin juga belum ada lelaki yang benar-benar menambat hati saya. "Lagipun, saya tidak tahulah kalau ada lelaki yang tahan dengan diri saya yang workaholic ni," ujar Nina dalam nada ceria. Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, agenda untuk tahun 2010 ini sudah mula dipenuhi dengan perancangan mengembangkan lagi dua buah syarikatnya iaitu Azharina Entertainment dan Top 3 Production Sdn.Bhd. Kata Nina, berkat hasil titik peluhnya selama ini, dia sudah mampu membeli dua buah bangunan di Puchong dan akan memindahkan dua pejabat syarikatnya itu ke bangunan tersebut pada bulan hadapan. "Setelah sembilan tahun saya menubuhkan Azharina Entertainment dan empat tahun bersama Top 3 Production, saya bersyukur kerana dapat memindahkan syarikat-syarikat saya ini ke bangunan yang lebih besar. Lokasinya pun tidaklah jauh dengan pejabat yang sedia ada. "Banyak lagi perancangan yang sudah saya rangka untuk dua-dua syarikat ini. Mungkin selepas Tahun Baru Cina nanti, di bawah projek Azharina Entertainment, saya akan buka kelas nyanyian yang mana saya sendiri yang akan mengajar. "Saya tidak akan ambil ramai pelajar, mungkin dalam dua atau tiga orang untuk setiap sesi dan kelas ini hanya terbuka kepada mereka yang benar-benar berminat saja tanpa had umur," kata Nina yang juga akan membuka kelas suntingan dan produksi yang diuruskan oleh Top 3 Production kelak. Selain itu, penyanyi ini juga melahirkan rasa gembira dengan sebuah projek besar yang akan dilakukannya pada tahun ini iaitu untuk menubuhkan sebuah akademi muzik bersama rakan kongsinya, Soon yang merupakan seorang jurutera bunyi. "Projek ini masih di dalam perancangan, tetapi kami mensasarkan untuk menubuhkan akademi ini di Bukit Kiara. Memang sudah lama saya impikan untuk ada akademi muzik sendiri, tetapi bukan mudah untuk merealisasikannya. "Banyak perkara yang perlu diteliti termasuklah dari segi kos. Saya pun belum lagi temui nama yang sesuai untuk akademi ini, tapi Insya-Allah, saya rancang ia akan dibuka pada tahun ini juga. "Teringin juga saya nak jadi antara 'tenaga pengajar' di akademi ini, tetapi semua itu belum kami bincangkan lagi. Cuma apa yang pasti, akademi ini terbuka kepada sesiapa saja yang berminat dengan bidang muzik...tidak kiralah sama ada dia adalah pelajar kolej mahupun golongan profesional," katanya. Dalam kesibukan mengatur agenda bisnesnya, Nina tidak pernah melupakan bidang nyanyian yang memang sentiasa berada di dalam hatinya. Kata Nina, dia masih lagi aktif seperti dulu, tetapi kini dia perlu lebih selektif dari segi undangan persembahan kerana perlu membahagikan masa untuk menguruskan bisnesnya. Album terbarunya juga sudah disiapkan dan kini menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Sebanyak 10 buah lagu dimuatkan di dalam album itu, antaranya Rawan, Rasa, Gitar Berbunyi (lagu nyanyian semula yang dipopularkan oleh Wan Chik Daud), Hey Lelaki (duet dengan Mimi One Nation Emcees), Sakarat dan Primadona. Selain sibuk menguruskan kariernya sendiri, Nina juga mempunyai dua orang artis di bawah pengurusan Azharina Entertainment iaitu, Lady Chen dan kumpulan Jiaja |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:25 pm | |
| Zizan Nin Tunggu Masa Umum Tarikh Perkahwinan KISAH perkahwinan pelakon kacak, Zizan Nin, 36, yang dikatakan bakal dilangsungkan tahun ini masih lagi menjadi tanda-tanya ramai. Berpegang kepada pendirian untuk tidak mahu terlalu menghebohkan kisah peribadinya kepada media, Zizan berkata, dia masih menunggu masa yang sesuai sebelum berbicara lanjut tentang majlis perkahwinannya itu. “Saya bukan tidak mahu memberi maklumat tentang perkahwinan saya tapi saya dan keluarga pihak perempuan masih lagi mencari tarikh yang sesuai. “Apa yang pasti majlis tersebut akan berlangsung pada tahun ini sebelum hari jadi saya pada bulan Mei. Sekarang ni masih tengah buat persiapan,” ujar Zizan yang ditemui pada majlis persandingan Serina dan Gavin kelmarin. Bercerita tentang majlis perkahwinanan yang diimpikan, Zizan berkata dia lebih suka majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman. “Majlis saya sederhana sahaja, tidak sehebat majlis ini (Serina). Tapi saya suka konsep dalam taman, kalau boleh saya lebih suka ia dilakukan di kawasan lapang bukan di dalam dewan. “Tapi kalau masih lagi bercuaca seperti sekarang yang sentiasa hujan, terpaksa jugalah buat di dalam dewan,” ujarnya yang menambah, majlis itu akan berlangsung di Kuala Lumpur. Pelakon drama Disebalik Tirai Besi ini juga memberitahu, ketika ini, dia sudah menyiapkan senarai tetamu jemputan yang bakal menghadiri majlis perkahwinannya nanti. “Saya sudah menyiapkan senarai jemputan, para wartawan juga tidak terkecuali. Saya akan menyiapkan kenyataan media untuk majlis tersebut bagi memudahkan wartawan,’ kata Zizan yang akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dalam masa terdekat ini. Mengulas lanjut tentang perkahwinannya, Zizan berkata dia mungkin melakukan acara pertunangan pada majlis yang sama, namun itu masih lagi diperingkat perbincangan. “Sekarang ramai yang tidak bertunang lama-lama, ada juga yang bertunang beberapa jam sebelum bernikah. Saya masih lagi dalam perancangan untuk bertunang, mungkin akan bertunang dalam masa yang singkat sahaja,” katanya. Ketika ini, ramai yang ingin mengetahui gerangan gadis bertuah yang berjaya mencuri hati pelakon popular ini. Biarpun masih merahsiakannya, namun menurut Zizan, teman wanitanya itu merupakan wanita yang cukup bersederhana. “Dia bukan dari golongan artis atau bekerja dalam industri hiburan. Namun janganlah tulis dia orang biasa, saya tidak mahu keluarga dia berkata apa pula, golongan artis pun bukanlah orang luar biasa pun. “Cukuplah saya katakan dia bekerja di pejabat, selebihnya biar jadi surprise pada hari perkahwinan nanti,” ujar Zizan Sementara itu, Zizan yang baru sahaja habis penggambaran drama Siong untuk slot Lagenda TV3 mengakui jadual untuk tahun baru ini semakin padat. “Tahun 2010 saya banyak juga tawaran berlakon telefilem. Setakat ini jadual saya padat sehingga bulan Jun, nak susun jadual pun saya masih pening lagi. Tapi, saya perlu fokus untuk buat persiapan perkahwinan dulu,” ujarnya yang bakal mengunakan khidmat perunding perkahwinan bagi melancarkan perjalanan majlis perkahwinannya nanti |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:26 pm | |
| Fitnah 'Kekasih Gelap' Zaquan Sangat Mengaibkan - Ayu Raudhah SUSULAN laporan sebuah akhbar tabloid tempatan berhubung dakwaan cinta songsang pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Abdul Razak, 22, bertarikh 1 Januari 2010, mStar Online terpanggil untuk menghubungi aktres sedang meningkat naik yang juga kekasih hati Zaquan, Ayu Raudhah Che Wan bagi mendapatkan komen dan pandangan lanjutnya berhubung isu tersebut. Menurut laporan, Zaquan telah didakwa mempunyai hubungan terlarang bersama seorang 'kekasih gelap' kaum sejenis, dipercayai berasal dari Sarawak, yang dikenalinya menerusi ruang sembang di Internet. Bagaimanapun, akhbar tabloid itu semalam melaporkan, dalang di sebalik penyebaran fitnah itu sudah pun dikenal pasti. "Dakwaan itu memberikan kesan yang tidak baik bukan sahaja pada Zaquan dan keluarga, malah saya turut terkena tempiasnya. Ia agak keterlaluan dan mengaibkan Zaquan. "Kesannya amat besar dan mencemar nama baik Zaquan sekeluarga. Sudah tentu masyarakat akan berpandangan serong pada Zaquan. Ini amat memalukannya. Saya terkilan dan kecewa dengan fitnah itu. Bercerita lanjut, Ayu mengakui, Zaquan ada menghubunginya sebaik sahaja cerita itu diterbitkan untuk meluahkan perasaan tertekan dan kecewa pemain bola sepak itu terhadap fitnah tersebut. "Zaquan memang ada menghubungi Ayu sebaik sahaja berita itu keluar. Dia sangat tertekan dan malu dengan fitnah yang melanda. Dia terus balik ke rumah orang tuanya di Seremban untuk berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan lebih lanjut mengenai berita itu. Ayu lantas ditanya adakah kekasihnya itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hebahan fitnah itu, pelakon siri popular Nur Kasih itu berkata, dia memang ada mendengar bahawa Zaquan ada bertemu dengan peguam berhubung isu fitnah itu. Namun, sebagai orang luar dia tidak berani untuk memberikan sebarang komen mengenai perkara itu memandangkan pihak keluarga Zaquan belum membuat sebarang keputusan lagi. "Memang Zaquan sudah berbincang dengan peguamnya berhubung isu fitnah itu. Tapi, saya masih belum tahu keputusan yang akan diambil kerana keluarganya belum buat apa-apa keputusan. Lagipun tidak elok untuk saya komen apa-apa kerana saya orang luar," ujar Ayu. Ayu yang mengakui telah berkawan dengan penyerang pasukan Negeri Sembilan itu sejak tujuh bulan lalu, amat bersimpati dengan dugaan yang menimpa kekasihnya. Beralih perbualan kepada perkembangan karier lakonan Ayu, adik kepada aktres Rozita Che Wan ini berkata, dia baru sahaja menamatkan penggambaran untuk sebuah telefilem berjudul Sekam untuk siaran RTM. Menurut Ayu, dia memainkan watak sebagai Mazlin, seorang pembunuh yang membunuh dalam diam kerana ingin membalas dendam. Telefilem arahan Rahim Awang itu turut memerlukan Ayu melakonkan aksi bersilat serba sedikit. Menyentuh tawaran filem pula, Ayu berkata dia dijangka akan turun ke lokasi penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pada April depan. Selain Nur Kasih, Ayu yang turut terlibat dalam filem Madu Empat (arahan Razak Mohaideen) dan Durian vs Timun (arahan AR Badul) teruja untuk menyaksikan kedua-dua filem lakonannya itu menjengah pawagam pada tahun ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:31 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 5:33 pm | |
| Hunny Madu Makin HOT Perform di Parti Nona 2010 Selain Ferhad, Sofiah Malaysian Idols, pengacara Quickie yang kini sedang mencipta nama menjadi penyanyi, Hunny Madu juga telah perform di Parti Nona 2010. Berpakaian serba putih, dari stokin hinggalah ke bajunya yang melekat di badan, Hunny Madu dengan gaya yang hot dan lincahnya menyanyikan beberapa rangkaian lagu medley. Memang ada gaya jadi penghibur antaranbangsa! Tambah lagi, gaya Hunny Madu memang seksi menggoda! Tak caya tengoklah gambar di bawah ni |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 6:13 pm | |
| eh, termasuk topik ni plk. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 6:22 pm | |
| lor...pe slhnyee.... hehee...silap ambik tiket kut... |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 04 Jan 2010, 11:23 pm | |
| tu r..pttla blur je tgk artis seksi meksi teksi. |
| | | dyana Ahli VIP
Number of posts : 1832 Age : 45 Location : Puchong Registration date : 02/11/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 11:16 am | |
| alasan hik hik hik |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 12:36 pm | |
| uuitt..dyana peja dak baik tau.... x tgk nye dia yg seksi meksi teksi ni.... |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 12:39 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 1:08 pm | |
| ala...malu2 kambing plak peja... tu dok jeling2 tu...menda??? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 1:10 pm | |
| Didie Teruja Bersatu Dengan Erra Fazira Dalam 'Pontianak' AKTRES Didie Alias mengakui dia dan Erra Fazira pernah menangis dan ketawa bersama. Malah, mereka pernah menjadi teman akrab dan berkongsi seribu satu cerita kerjaya mahupun peribadi suatu ketika dulu. Namun, keterbatasan masa dan perkembangan karier masing-masing telah merenggangkan kemesraan kedua-dua bintang ini. Menurut Didie, kerenggangan hubungan persahabatan mereka bukannya berpunca daripada pergaduhan atau persilisihan faham. Cuma, dia akur dengan perubahan masa yang terus membina jurang antara mereka. "Saya akui dulu saya dan Erra sangat rapat dan kami banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama. "Apa sahaja masalah atau cerita, sama ada berkaitan karier ataupun peribadi, kami pasti bercerita antara satu sama lain. "Namun, masa terus berlalu dan kami sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan hubungan yang rapat satu waktu dulu menjadi renggang secara sendiri, tanpa kami sedari. "Terus-terang saya kata, kami semakin jauh bukan kerana pergaduhan ataupun bersilisih pendapat. "Kerjaya seni Erra semakin berkembang dan saya pula sibuk dengan keluarga dan kerja belakang tabir, mungkin faktor-faktor itulah yang merenggangkan kami," kata Didie yang kali terakhir akrab dengan Erra sebelum aktres itu berkahwin dengan Yusry pada tahun 2003. Setelah bertahun-tahun membawa haluan masing-masing, dua teman lama ini bakal bertemu kembali dalam sebuah telefilem terbaru arahan Michael Ang, Pontianak Kampung Batu yang akan memulakan penggambarannya esok (hari ini). Memainkan watak sebagai pontianak, Didie dan Erra bakal bergandingan sebagai musuh antara satu sama lain dalam drama komedi seram ini. Didie berkata, setelah hampir 20 tahun mengenali Erra, ini adalah kali pertama dia dan primadona filem itu bersatu di dalam projek drama. "Apabila Michael menawarkan saya watak ini dan memberitahu saya akan bergandingan dengan Erra, saya cukup teruja dengan peluang ini. "Maklumlah, saya ini bukan pelakon popular, orang sering sinonimkan saya dengan komedi saja. Bila dapat tawaran begini dan dapat bergandingan dengan Erra dalam satu drama, tentulah saya gembira," ujar Didie berseloroh. Bercerita lanjut, Didie mengganggap tawaran lakonan ini sebagai permulaan yang baik bagi kariernya untuk tahun 2010. Malah, Didie juga menyifatkan penyertaannya dalam program realiti dansa, Sehati Berdansa (SB) baru-baru ini, bagai satu hikmah kerana telah menjadikan karier seninya semakin berkembang hari ini. "Saya amat bersyukur sejak masuk SB, nama dan kerjaya semakin berkembang. Orang semakin peka yang saya masih aktif di dalam industri. "Pernah satu ketika dulu, kerana tidak banyak tawaran lakonan, saya terpaksa bergerak ke sana sini termasuklah melakukan kerja-kerja belakang tabir demi mencari rezeki untuk anak-anak. "Alhamdulillah, tahun ini semakin banyak tawaran dan peluang rezeki yang datang. Jadual kerja saya juga padat hingga Jun depan," katanya lagi. Selain Pontianak Kampung Batu, ibu kepada lima orang anak ini juga bakal mengacara sebuah program dekorasi berbentuk realiti di samping pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira. Bagaimanapun, Didie enggan mengulas lebih terperinci butiran program tersebut kerana menghormati beberapa syarat yang telah dipersetujui dengan pihak penerbitan. Lebih mengujakan, pelakon yang telah berkecimpung selama 25 tahun di dalam industri seni ini berkata, tahun 2010 juga bakal menguji kemampuannya bergelar pengarah drama. Jelasnya dalam malu-malu, dia telah dipertanggungjawabkan oleh seorang teman untuk mengarahkan drama bersiri yang bertemakan kewanitaan dan percintaan. Projek sulungnya sebagai pengarah itu dijangka bermula sekitar Februari depan dan ditaja oleh satu jenama produk tuala wanita. Didie bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berjanji akan berkongsi cerita itu apabila ia diumumkan secara rasmi kelak. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 1:11 pm | |
| MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PELAWAK ZAIBO |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 1:15 pm | |
| Mawar Putih Pengikat Kasih Nash & Betty Sekuntum mawar putih untuk Betty KALAU hati sudah berkenan status duda bukan penghalang. Bila penyanyi hitam manis Nash Lefthanded mendapat dua kuntum mawar putih daripada penyanyi dan pelakon jelita, Betty Banafe di majlis perkahwinan anak saudara pelawak dan pelakon Zaibo di Bukit Damansara kelmarin, ia bagai merungkai bahasa hati antara kedua artis terkenal itu. Betty, yang kelihatan anggun, berabaya hitam dengan sulaman kerawang berwarna unggu lembut baru saja pulang dari kelas agama hanya tersenyum manis ketika diusik tentang hubungan mesranya dengan Nash. Malah, ramai yang tidak sedar keserasian antara mereka sebenarnya sudah lama terjalin ketika di Persatuan Karyawan lagi. Dan petang itu, tautan hati dua insan yang berstatus duda dan dara ini, sememangnya tidak mampu disembunyikan lagi. Di kalangan kawan-kawan, kemesraan Betty, 31, dan Nash, 50, bukan satu rahsia. Dan petang itu bersaksikan hadirin yang meraikan pasangan 'Nabila Datuk Abdul Halim dan Azlan Muhammad', ketika Nash menyampaikan lagu 'Doa Buat Kekasih' di atas pentas, Betty menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash. Keluarga bahagia....Betty, Syamir Nasha dan Nash Aksi spontan Betty yang begitu teruja mendengar bait-bait lagu romantis itu mengundang senyuman dan beberapa persoalan. Kenapa dua kuntum bunga mawar? "Ia simbolik dan ada maksud tersirat. Hanya abang Nash yang tahu...," ujar aktres jelita yang terkenal dengan sifat peramahnya itu. Seusai menerima kuntuman mawar itu, Nash langsung memberitahu hadirin yang hadir, "Saya akan simpan bunga ini sampai kering." Walaupun dalam nada seloroh, Nash kelihatan cukup gembira petang itu. Ketika turun dari pentas, giliran Nash pula memetik sekuntum mawar dalam jambangan berhampiran dan memberikannya kepada Betty sebagai balasan. Turut sama menyaksikan kebahagiaan Nash dan Betty petang itu adalah satu-satunya anak lelaki Nash, Syamir Nasha yang ralit melihat gelagat ayah dan teman barunya itu. Ketika ditanya pendapatnya tentang Betty, Syamir hanya tersenyum sambil berkata, "Kak Betty cantik dan peramah. Saya suka kak Betty." Jawapan itu seperti tanda isyarat lampu hijau pada ayahnya untuk mencari suri baru menghias rumah mereka. Syamir Nasha sangat rapat dengan Betty "Saya suka tengok ayah happy...." kata pelajar tingkatan 3 ini. Nash hanya ketawa mendengar jawapan spontan anaknya. Namun, jauh di sudut hati, di sebalik keceriaan yang terlakar di wajah Nash, sukar hendak meneka riak hati duda beranak tiga ini. Tambahan pula peristiwa kecundang kali kedua melayari bahtera rumahtangga, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Nash. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Pada Syurga Di Wajahmu' itu tidak menafikan yang dia selesa bertemankan Betty, anak gadis kacukan Arab-Indonesia ini. "You cari lah jawapannya sendiri. Kalau sudah bunga berbalas bunga, itu tanda apa?," kata Nash cuba berteka-teki. Tambahnya lagi, "Saya tak nafi yang saya sayang Betty sebagai seorang adik, sahabat dan rakan artis. Yang selebihnya, saya tak berani nak cakap. Masa akan menentukan segalanya. Soal jodoh sukar untuk kita ramal." Betty yang sibuk melayan Syamir ketika itu sempat mencelah, "Sebenarnya kami dah lama rapat, sejak dari persatuan Karyawan lagi. Nash seorang ayah yang penyayang, abang yang caring dan teman yang setia." Jelas Betty lagi, "Kalau tengok kemesraan kami bila bersama, memang senang disalahertikan. Tapi kami sangat rapat. Abang Nash pernah suap Bet makan dengan tangannya sendiri kat Karyawan dulu. Dari situ Bet tahu, abang Nash memang seorang yang caring." Malah Bet mengakui Nash mempunyai ciri-ciri yang dia inginkan dalam seorang lelaki. "Abang Nash ada pegangan agama yang kuat dan boleh membimbing ke arah kebaikan. Itu ciri yang paling penting dalam rumahtangga. Mungkin abang Nash belum bernasib baik ketemu wanita yang benar-benar memahaminya. Bet pun macam abang Nash juga, selalu tak bernasib baik dalam soal cinta. Insya Allah, saya selalu doakan yang terbaik untuk abang Nash," kata Betty sambil menjeling ke arah Nash. ' Bagi Betty setiap insan berhak untuk bahagia. "Kita tidak boleh kecewa dengan kegagalan kerana di sebalik kegagalan itu ada hikmahnya," kata Betty menitipkan nasihat pada Nash. Aktres bermata bundar ini juga mengaku cukup meminati lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' nyanyian Nash. "Bertuah betul wanita yang berjaya mencuri hati abang Nash," kata Betty. Zaibo yang kebetulan mendengar perbualan Nash dan Betty langsung mencelah,"Tak payah cakap berlapik-lapik. Eloklah tu....kalau dah suka sama suka. Aku anytime boleh jadi MC majlis kau berdua...", langsung disambut deraian ketawa sahabat bertiga itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 1:17 pm | |
| Ako Mustapha Mahu Merissa Belajar Di Rumah 'Home School' Ako belum bersedia menunjukkan anaknya, Merissa Tempawan kepada media. AGAK kelam-kabut Ako Mustapha apabila menerima kelahiran anak sulungnya, Merissa Tempawan lebih awal tiga minggu pada 31 Disember lalu di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara. Menurut pelakon popular ini, dia seperti belum bersedia untuk menyambut kelahiran Merissa yang dilahirkan seberat 2.8 kg dan bagaikan tidak percaya yang dia kini sudah bergelar bapa. Namun begitu, selepas tiga hari menguruskan bayi itu, Ako berkata dia sudah mula selesa dengan Merissa dan bagaikan tidak sabar menunggu anaknya itu membesar pula. “Saya tergamam dan tidak percaya yang saya sudah bergelar seorang bapa. Tetapi selepas dua tiga hari menjaga Merissa, saya sudah menjadi biasa. Kadangkala, saya tolong menyuapkan botol susu kepadanya,” kata Ako menerusi telefon ketika berada di Pusat Perubatan Tropicana semalam. Ako ke hospital itu untuk membuat pemeriksaan anaknya yang dijangkiti penyakit kuning. “Saya berharap Merissa akan sembuh daripada penyakit itu,” luah Ako ringkas. Ditanya mengenai keadaan Merissa, Ako berkata muka puterinya itu lebih mirip kepada wajahnya. Namun, apabila masuk kepada perangai, saling tak tumpah seperti isterinya, Kartina Shuaib Abdullah. “Saya perhatikan muka Merissa lebih mengikut muka saya terutama hidungnya. Namun, perangainya seperti isteri saya. Dia terlalu gembira apabila waktu makan. “Selain itu, dia juga gembira kalau ada orang bersembang dengan dia,” ujarnya lagi. Cerita Ako lagi, walaupun anaknya itu baru berusia beberapa hari, dia telah memikirkan tentang pendidikan anaknya itu. Ako berkata, sebolehnya dia mahu anaknya menumpukan kepada pembelajaran di rumah berbanding di sekolah. “Saya nak dia belajar di rumah (home school) selepas darjah tiga kerana saya mahu pastikan dia pandai berfikir dan mengkaji semua benda dalam hidupnya,” beritahu Ako bersungguh-sungguh. Di sebalik keindahan nama Merissa Tempawan, Ako berkata nama itu dipilih oleh isterinya dan bapanya. Pada mulanya bapa Ako hendak meletakkan nama Mas Tempawan. Namun setelah nama itu dirasakan agak tradisional dan konservatif, lalu isterinya menyarankan nama Mas ditukar kepada Merissa yang lebih moden. “Kiranya nama anak saya merupakan gabungan moden dan klasik. Nama Tempawan dipilih sempena nama moyang saya (nama ibu Tun Mahathir),” jelasnya yang akan memulakan penggambaran pada 14 Januari ini. Kata pelakon drama Sephia dan Kapten Boleh ini, dia juga berasa bersyukur kerana berpeluang untuk menemani isterinya semasa bersalin. Ako juga berkata dia belum bersedia menunjukkan wajah Merissa kerana bayi itu masih kecil. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 5:59 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 6:00 pm | |
| Linda Rahsiakan Stesen Radio Baru KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2009: Sama ada cepat atau lambat, penyampai radio sensasi Linda Onn akui bahawa dia akan kembali ke mana-mana stesen radio, selepas membuat keputusan meninggalkan AMP Radio pada 31 Disember 2009 lalu. Linda yang sebelum ini sinonim dengan ERA FM dan paling akhir, Sinar FM, berkata buat masa ini biarlah dia berehat dulu untuk mencari ketenangan sambil menguruskan perniagaan nasi ayam serta asam pedasnya yang dalam kini dalam perancangan untuk difrancaiskan. Bercakap kepada murai.com.my petang tadi, Linda, 32, berkata, dia percayanya segala-galanya bergantung kepada rezeki. Bagaimanapun Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak 6 kali berturut-turut ini tidak menafikan bahawa sudah ada tawaran lain untuk dia terus bergerak aktif dalam dunia penyiaran radio. "Ya offer baru sudah ada, tapi biarlah saya berehat dulu dan berfikir dengan semasak-masaknya. Saya akui saya seorang yang suka bekerja, jadi saya memang tidak boleh berehat dengan terlalu lama. Tidak kira stesen radio yang sedia popular atau yang masih baru, tunggulah nanti ke mana hala tujunya apabila saya telah membuat keputusannya," kata Linda dengan penuh diplomasi. Menyedari pengundurannya dari stesen Sinar FM itu tidak digembar-gemburkan secara meluas, Linda sempat melayangkan kata-kata terakhir kepada pendengar stesen radio retro berkenaan sebelum menjelangnya detik 2010 lalu. Kata Linda, dia sepatutnya melepaskan jawatan di Sinar FM pada penghujung November lalu, bagaimanapun selepas dipertimbangkan, dia mengambil keputusan untuk memilih 31 Disember lalu sebagai hari terakhirnya dengan stesen radio terbabit. "Saya sempat juga memberi kata akhir kepada pendengar Sinar FM iaitu ‘Hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk kita memasuki 2010. Selamat tinggal 2009, Selamat Datang 2010 dan daripada Linda Onn... Selamat tinggal Sinar FM.. bye bye’. "Ada yang perasan dan bertanya di sebalik kata-kata saya itu. Inilah penghijrahan saya untuk 2010 - langkah baru saya tanpa AMP Radio. Memanglah saya sedih. Semuanya sudah saya rasai akhir-akhir ini tapi saya tidak ada langsung berasa ralat meninggalkan AMP Radio kerana saya sudah memberikan yang terbaik sepanjang berkhidmat dengan mereka. "Selama 11 tahun bersama AMP Radio, banyak sekali kenangan manis dan pahit dalam hidup saya. Paling manis ketika bersama ERA FM sebab saya rasa seperti dalam satu keluarga. Saat paling pahit apabila saya dipindahkan ke Sinar FM tapi saya tetap ambilnya secara positif," katanya Linda awalnya memulakan kerjaya di Best 104 Johor Bahru sebelum memilih ERA EM selama 10 tahun. Sejak 15 Disember 2008, Linda diberi amanah untuk memeriahkan barisan penyampai Sinar FM. Difahamkan, tempat Linda kini telah digantikan oleh penyampai radio baru, Zaidi Zainal. Dalam bidang pengacaraan, Linda makin melonjak apabila menjadi hos Sehati Berdansa selama 2 musim sebelum diambil alih oleh Scha Al Yahya. Dia juga pernah membintangi beberapa filem cereka tempatan bersama Dr Fazley dan Anuar Zain. Apapun yang Linda bakal lakukan kelak, murai.com.my mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Linda dan jutaan terima kasih kerana sudi menemani hari-hari ceria pendengar di AMP Radio |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 05 Jan 2010, 6:25 pm | |
| - azwin wrote:
- ala...malu2 kambing plak peja...
tu dok jeling2 tu...menda??? xjeling..tgk terussss |
| | | dyana Ahli VIP
Number of posts : 1832 Age : 45 Location : Puchong Registration date : 02/11/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:06 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:40 pm | |
| Chef Zam Jadi Perunding Restoran 'Rasa Sayang' KALAU sudah dinamakan tukang masak, apa saja bidang yang bersangkutandengan bidang masakan dan restoran tentu akan dicubanya. Bagi selebriti chef terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebihmesra dengan sapaan Chef Zam, dia sanggup mencuba apa saja bidang yangbersangkutan dengan makanan asal saja ia memberi cabaran kepadanya. Baru-baru ini, Chef berusia 37 tahun ini telah dilamar menjadiperunding restoran. Chef yang peramah ini telah dilantik sebagai perunding bagi syarikatRasa Perpaduan (yang dimiliki bersama oleh Dreamgate CorporationBerhad, beribu pejabat di Pulau Pinang) untuk mengambil alih sebuahrestoran di Kelab Renang Pulau Pinang di Tanjung Bungah. "Menjadi perunding restoran bukan satu kerja yang mudah. Konsep danperancangan untuk hala tuju restoran membuat tugas itu begitu mencabarhingga saya tak cukup tidur gara-gara memikirkan apa yang terbaikuntuk restoran tersebut," kata tukang masak terkenal ini yang pernahmenjadi hos program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti,Ole-ole Malaysia, Serimas...Selera Dunia, Aroma Selebriti, ChefSelebriti Realiti TV (Suria TV, Singapura) dan Sajian Ramadhan 2008. Wajah Chef Zam yang senantiasa tersenyum manis ini juga kerap keluaruntuk iklan komersial seperti MM VitaOils dan S&P Santan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:41 pm | |
| Mawi Buka Kedai Makan ‘Lambai-Lambai’ PENYANYI popular, Asmawi Ani atau Mawi kini melebarkan lagi empayarnya daripada bidang nyanyian, lakonan, penerbitan dan kini bergelar ‘tauke’ medan selera pula. Mawi yang mengakui tidak arif tentang hal-hal masakan berkata, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka. "Perancangan terbaru saya ialah untuk membuka kedai makan ala food court (medan selera), sekarang bangunan sedang dibina dan dijangkakan pertengahan bulan ini dah boleh mula operasi. "Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini. "Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dulu kawasan ini kosong tidak diusahakan jadi saya ambil peluang ini untuk buka kedai sebab lokasinya juga agak strategik," ujar Mawi. Menurutnya, kedai tersebut boleh memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga. "Setakat ini sudah hampir RM40,000 telah dibelanjakan dan banyak juga proposal daripada peniaga yang saya terima," ujarnya yang bakal menerbitkan telefilem bertajuk Jiwa Kacau di Astro Prima dan akan disiarkan pada akhir Januari ini. Sementara itu, ketika ditanya tentang perancangan untuk menimang cahaya mata tahun ini, Mawi berkata, dia hanya menyerahkan semuanya kepada Allah. "Saya tidak merancang apa-apa, sekarang masih muda, saya ingin tumpu perhatian dalam karier terlebih dahulu dan tidaklah terlalu mengharap dalam jangka masa terdekat ini. "Tapi kalau boleh saya mahu anak kembar macam isteri saya," ujar Mawi yang juga akan menerbitkan drama episod berjudul Cinta Nami Island dan Gincu Cikgu Salbiah. Dalam perkembangan lain, Mawi kini keluar dengan album Era Muzik Hits Terkini bersama bintang-bintang Akademi Fantasia dan bakal melancarkan album Idola yang melibatkan penyanyi ‘otai’ seperti Ramli Sarip, Datuk Jeffry Din, Jamal Abdillah, M. Nasir, Hattan, Aznil Hj Nawawi dan Ogy Ahmad Daud pada hujung bulan ini. "Album bersama idola saya ini bukan kerana saya sudah tidak laku atau ingin tumpang publisiti mereka tetapi ini hasrat saya untuk berduet menyanyikan lagu-lagu tersebut bersama mereka," katanya yang bakal menyanyikan semula lagu Tidak Mungkin Berpaling bersama Zamani Slam. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:42 pm | |
| Puteri Sarah 'Gigit Jari' Terlepas Percutian Gara-Gara PTPTN Gara-gara tidak bayar PTPTN, Puteri Sarah terpaksa 'gigit jari' apabila terlepas peluang bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada Disember lalu. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI TAHUN lalu, penyanyi Faizal Tahir pernah terlepas peluang untuk tampil di Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, Indonesia apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gara-gara namanya disenaraihitamkan oleh Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) ekoran kegagalan penyanyi itu membayar semula pinjaman pengajiannya. Terbaru, tiba giliran aktres jelita Puteri Sarah Liyana pula menerima nasib yang sama. Malah, kisah Sarah lebih meralatkan. Gara-gara tidak membayar semula pinjaman PTPTN untuk pengajian peringkat Diploma di UiTM dua tahun lalu, Sarah telah ditahan ketika pemeriksaan imigresen di KLIA dan memusnahkan hasratnya untuk bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada pertengahan Disember lalu. Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia dan keluarga sudah merancang percutian itu tanpa menyedari namanya telah disenaraihitamkan oleh perbadanan tersebut. Sejurus ditahan dan dilarang untuk ke luar negara, dia dan ayahnya cuba untuk berunding dengan pihak Imigresen agar mendapat sedikit kelonggaran memandangkan bagasinya dan semua ahli keluarga sudah bersedia untuk berlepas. Namun, peraturan tetap peraturan. Tiada sesiapa walau artis sekalipun dapat berkompromi atau terlepas. Akibatnya, Sarah terpaksa akur sambil 'menggigit jari' menyaksikan ahli keluarganya berlepas ke Krabi. Manakala, Sarah pula terpaksa berpatah balik ke rumah dalam kehampaan. "Waktu pemeriksaan di imigresen, mereka melarang saya untuk ke luar negara kerana nama telah disenaraihitamkan oleh pihak PTPTN. "Saya sangka ketika kami cuba berunding dengan mereka (imigresen) untuk bayar semua pinjaman itu serta-merta, mereka akan memadamkan nama saya dari senarai hitam. "Jadi, dapatlah juga saya ikut keluarga pergi bercuti. Malangnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila pasport saya juga dirampas. "Saya dilarang untuk ke luar negara selagi urusan pembayaran balik pinjaman itu tidak diuruskan dengan PTPTN. Akhirnya, saya terpaksa akur melihat keluarga dan bagasi berlepas ke Krabi tanpa saya," katanya sambil ketawa. Malah, Sarah turut mengakui, ayahnya cuba untuk membayar seluruh jumlah wang pinjaman sebanyak RM15,000, di tempat kejadian juga. Bagaimanapun, urusan pembayaran tidak boleh dilakukan serta-merta di KLIA. Sebaliknya, Sarah diminta untuk datang ke ibu pejabat perbadanan itu berserta dokumen yang berkaitan. "Semalam (kelmarin), saya dan ibu telah pergi ke pejabat PTPTN untuk bayar separuh daripada jumlah pinjaman itu. "Tetapi, pasport saya masih lagi ditahan dan terlalu banyak proses yang perlu dilalui sebelum pihak berkaitan memutuskan untuk memulangkan semula pasport di satu tarikh yang ditetapkan kemudian," ujar Sarah dalam nada terkilan. Selain Faizal dan Sarah, sebenarnya ramai lagi artis muda Malaysia yang berpendapatan mencecah lima angka turut menerima nasib yang sama ekoran kealpaan masing-masing dalam melunaskan tanggungjawab itu. Menyentuh perkembangan kariernya, kekasih kepada pelakon Amar ini tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menantikan filem sulung lakonannya, Lu Pikirlah Sendiri De Movie menjengah pawagam tanah air pada 11 Februari depan. Memainkan watak Natasya, seorang anak hartawan yang cemerlang di dalam pengajiaan di samping kerjaya sambilan sebagai model, Sarah bergandingan dengan Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil sebagai pasangan kekasih. Filem komedi romantik arahan pengarah baru, Aminah Rhapor ini bukan sahaja sarat dengan elemen percintaan, malah turut menyelitkan mesej kasih sayang adik-beradik dan kekeluargaan. Selain Sarah dan Nabil, filem terbitan SDAF Pictures (M) Sdn Bhd ini turut menampilkan penampilan sulung penyanyi genit Mila, kumpulan Meet Uncle Hussain, Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Liza Othman, Zaibo dan ramai lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:44 pm | |
| Bakal Suami Terima Maiza Seadanya, Ikut Sunnah Rasulullah FAKTOR berbeza usia 10 tahun tidak menghalang bakal suami Maizawati Zainal untuk memilih wanita itu sebagai suri hidupnya pada Mei depan. Pemuda yang mahu dikenali dengan nama ‘M’, 24, berkata dia tidak pernah terfikir tentang faktor itu. Namun, dia lebih senang melabelkan perkahwinannya dengan bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy itu untuk mengikut sunnah Rasulullah. “Saya tidak nafikan bahawa ramai remaja lebih selesa memilih pasangan yang lebih muda untuk dijadikan isteri. “Namun, dengan kuasa Allah, saya tidak menyedari bagaimana saya boleh menyukainya. Pada mulanya timbul rasa kasihan kepadanya, namun lama-kelamaan saya mula sayangkan dia. “Dia pandai menghiburkan hati saya yang kadangkala stres bekerja di dapur. Selepas bekerja, kami selalu berbual dan bertanya khabar. “Walaupun jarang berjumpa, tetapi hubungan kami mudah serasi,” ujar M yang sudah dua tahun bekerja sebagai chef di sebuah restoran masakan Jepun di Singapura. Bercerita mengenai pertemuannya dengan Maiza, dia yang berasal dari Likas, Sabah berkata, mereka terserempak di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selama dua kali berturut-turut pada hari yang sama setahun lalu. Ikutkan rancangan, pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada Februari ini namun akhirnya terpaksa menunda kepada Mei depan atas alasan ibu M sedang menjalani rawatan untuk mengubati Migrain. Ditanya mengenai penerimaan keluarga masing-masing, M berkata keluarganya mahupun Maiza tidak membantah niat perkahwinan mereka. “Keluarga saya jarang berjumpa dengan Maiza. Itu pun semasa Hari Raya lalu. Saya juga telah berjumpa beberapa kali dengan keluarganya. “Insya-Allah, saya juga sudah bersedia untuk bergelar bapa kepada anak-anak Maiza termasuk memikirkan tentang tanggungjawab kewangan dan sebagainya. “Saya bukan jenis mengongkong malah kepercayaan saling menghormati antara satu sama lain amat penting dalam hubungan kami. Apa yang kurang dalam diri, saya akan cuba belajar daripadanya,” tutur anak kelima daripada tujuh beradik ini. Walaupun tinggal empat bulan lagi untuk diijabkabulkan, M berkata mereka sudah mula melakukan sedikit persediaan. Ini kerana pasangan ini akan menjalani dua resepsi iaitu majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama. Seterusnya bersanding pada keesokan harinya. Kedua-dua resepsi itu akan dilakukan di Ipoh, Perak. Sebuah lagi resepsi dijangka akan dilakukan di Sabah seminggu selepas itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:44 pm | |
| Dia (Madu) Wanita Yang Sangat Baik Di Mata Saya - Zizie Ezette PASANGAN aktres jelita Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin yang digosipkan sudah berkahwin telah pun mengesahkan tentang berita baik itu pada 20 Disember lalu, namun sehingga ke hari ini, kedua-duanya masih enggan bercerita lanjut mengenai pernikahan mereka. Gosip tentang pernikahan Zizie dengan ahli politik dari Sabah itu mula menjadi topik perbualan hangat pada pertengahan Disember lalu di kalangan ahli-ahli parlimen. Walaupun begitu, aktres berbakat besar itu masih terbuka untuk menjawab beberapa soalan yang diutarakan selepas membina mahligai indah dengan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu. Zizie yang baru pulang dari bercuti dengan suami tersayang berkata dia sudah menemui apa yang dicari-cari selama ini iaitu kebahagiaan dan ketenangan. “Alhamdulillah, kehidupan saya bertambah bahagia dan tenang. Allah sudah tunjukkan jalan yang terbaik untuk saya. “Dia (Bung) seorang yang kelakar, bertanggungjawab dan yang penting jujur menyayangi saya,” luahnya penuh syukur ketika dihubungi. Dalam masa yang sama, Zizie berkata cukuplah mereka sudah mengaku tentang perkahwinan ‘rahsia’ itu. Katanya lagi, tidak perlulah semua orang mengetahui lebih lanjut tentang perkahwinan itu. Pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Suraya’ ini berkata mereka juga tidak mungkin akan membuat apa-apa sidang media untuk mengumumkan info tentang perkahwinan itu. “Saya tak akan buat sidang media…semua orang sudah tahu tentang pernikahan saya, jadi buat apa nak buat sidang media lagi kan? “Yang penting saya dah selamat bernikah,” ulasnya lagi. Sebelum ini, Zizie berada dalam keadaan serba-salah kerana terpaksa cakap berlapik kerana takut menyinggung perasaan beberapa pihak. Sama seperti Bung, beliau juga berkata akan mengumumkan mengenai berita baik itu apabila tiba masa yang sesuai kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak. Bagaimanapun ramai yang mempercayai bahawa 'banyak pihak' yang dimaksudkan oleh Bung Mokhtar itu merujuk kepada keluarganya yang sedia ada terutamanya isteri pertama beliau, Datin Nor Asidah Alimuddin. Ketika ditanya bagaimanakah hubungan Zizie dengan isteri pertama Bung iaitu Datin Nor Asidah, aktres putih gebu itu enggan memberikan komen sama ada pernah berjumpa atau tidak dengan wanita itu. “Cukuplah saya katakan dia (Datin Nor Asidah) merupakan seorang wanita yang sangat-sangat baik di mata saya,” beritahu Zizie sejujurnya. Tentang majlis resepsi yang disebut-sebut akan diadakan itu, Zizie terus menjawab, “Sanding? Saya segan nak sanding-sanding ni..,” seloroh Zizie. Pada 16 Disember lalu, Bung turut menafikan tentang majlis resepsi perkahwinan yang dikatakan telah diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Beliau juga memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka dan berjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsi kelak. "Saya hanya manusia biasa, saya perlukan ruang dan privasi untuk keluarga. "Masalah ini (merujuk kepada perkahwinannya dengan Zizie) sudah berakhir. Saya sudah adakah majlis pernikahan dengannya. "Kenapa terus fokus kepada keluarga saya? Nampak perkara ini seperti tiada penghujung," katanya. "Tolong jangan ganggu keluarga saya, mereka mahu keadaan yang aman untuk teruskan hidup," katanya lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:50 pm | |
| Gambar Candid Selebriti Zizie call datuk ke? Amboi Awal posing tak ingat! Nur Fazura tengah buat apa ni? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:53 pm | |
| ERA FM Satukan Bintang Popular AF KUALA LUMPUR, 6 JANUARI 2009: Kerancakan dunia hiburan tanah air dengan kemaraan bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) berterusan lagi. Bertempat di Laundry Bar, The Curves, Mutiara Damansara, Astro Entertainment Sdn Bhd(AESB) dengan kerjasama ERA FM telah melancarkan album ERA Muzik Hits Terkini yang membariskan lagu-lagu popular dendangan bintang AF seperti Stacy, Mawi, Hafiz, Mila, Aril, Yazid, Isma dan Akim. Album tersebut mengandungi kompilasi 10 lagu terhangat yang pernah menjadi juara Carta ERA. Ia turut menampilkan single terbaru dari Yazid berjudul Sugul dan single baru dari Isma bertajuk Berbicara hasil nukilan suaminya, Zul 2 By 2. Tambah istimewa, album ini turut memuatkan suara Kak Nita. Album yang sudah pun berada di pasaran dan turut mengandungi video muzik daripada Akim, Hafiz, Mawi, Mila, Aril dan Stacy. Berucap pada pelancaran album itu, Rizal Sahimy yang mewakili ERA FM, berkata penerbitan album ini didedikasikan khas buat penyokong bintang-bintang AF dengan memiliki lagu-lagu terbaik serta pernah menjuarai carta ERA sepanjang 2009. "Selain album ini, ERA juga akan menghangatkan tahun 2010 dengan pelbagai program menarik. Melalui segmen Riuh Pagi Era, kami telah membuat siaran luar ERA di sekolah terpilih sekitar lembah Klang. Era juga telah menukarkan Burn yang sebelum ini bersama Adi di slot petang ke pagi dan memperkenalkan D Almanshoor yang mengelolakan segmen 1-4 petang," jelas Rizal. Apa yang nyata, album ini turut memuatkan 3 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) iaitu Pakai Buang (Stacy), Masih Jelas (Hafiz) dan Bengang (Akim). Album ini telah mula berada di pasaran sejak 28 Disember 2009 dengan harga RM21.90 sahaja. Ia diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Para peminat juga berpeluang memuat turunkan nada dering lagu-lagu kompilasi ini di laman web Maxis, Digi atau Celcom. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:54 pm | |
| Dato Siti Diintai Jadi Pengetua AF8? KL, 5 JANUARI 2010: Kerusi panas yang akan diduduki oleh Pengetua Akademi Fantasia 8 (AF8) kembali diperkatakan. Tahun lalu kita telah melihat Datin Seri Tiara J telah memikul tugas itu dan mencipta sejarah sebagai Pengetua wanita pertama yang mengemudi AF dan mencari satu transformasi. Ketika Murai Batu bertemu dengan seseorang yang cukup sinonim dengan AF di belakang tabir, dia sudah memberi bayangan kepada Murai Batu tentang siapa yang akan menjadi Pengetua pada musim ini. Siapakah gerangan sumber itu tak bolehlah Murai Batu dedahkan tapi jejaka berbadan gebu ini suka digelar dengan panggilan Bang B saja. Kata Bang B, jangan terkejut kalau Dato' Siti Nurhaliza adalah antara orang yang telah diintai oleh pihak produksi selepas selesai Konsert Bagaikan Sakti dengan M Nasir di Singapura, baru-baru ini. Namun sama ada setuju atau tidak, itu terletak kepada keputusan Siti sendirilah. "Sebelum ini, sudah ada pihak menggembar-gemburkan bahawa Norman KRU kemungkinan akan menjadi Pengetua AF8. Ia bagaimanapun masih lagi spekulasi semata-mata. "Desas-desus perlantikan Siti sebagai Pengetua timbul selepas Astro memberi peluang Siti untuk menjadi artis Malaysia pertama muncul dengan 'saluran sendiri'. Kemudian Astro juga menjadi penyiar rasmi untuk konsert Bagaikan Sakti yang diadakan di Singapura itu. Jadi ini mungkin bunga-bunga awal ke arah kerjasama antara Siti dan AF8 dalam satu pakej yang kita tidak ketahui berapa kosnya," kata Bang B. Bagi Murai Batu, siapa yang menjadi Pengetua pun Murai Batu tak kisah, asalkan dia memang berkelayakan. Murai Batu tahu, tugas menjadi Pengetua memang banyak tekanan kerana beliau mestilah seorang yang bijak, berpengalaman dalam dunia seni dan lebih penting, ada ciri-ciri seorang pemimpin serta berkeyakinan. Anda rasa Siti mampu? Kalau ya katakan ya, dan kalau tidak, berikan komen bernas anda itu kepada Murai Batu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:56 pm | |
| Presiden Seniman Bukan Satu Lawak Tahun Baru... Presiden pun baru. Itulah perkembangan menarik dalam persatuan anak seni khususnya Persatuan Seniman Malaysia atau lebih dikenali sebagai Seniman. Setelah 3 penggal Seniman diterajui Datuk Mustapha Ma'arof, kini persatuan itu mendapat nakhoda baru apabila pelakon komedi terkenal, Harun Salim Bachik dipilih sebagai Presiden. Keputusan Harun sebagai ketua baru Seniman berkuatkuasa selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, baru-baru ini. Harun bagaimanapun menang tipis apabila mendapat 78 undian manakala Datuk Mustapha pula 74 undi. Apa yang jelas, sudah menjadi adat pertandinganlah, rumah siap pahat pun akan berbunyi. Ada juga suara sinikal memandang enteng kepada kredibiliti pelakon filem Papadom dan My Spy dan menganggap ia juga satu jenaka kepada Seniman. Padahal dalam dunia realiti, pelawak juga manusia biasa, ada masanya sangat serius melihat segala isu. Malah bagi meyakinkan lagi pemilihannya sebagai Presiden Seniman, Harun, 50, telah mengemukakan beberapa agenda baru yang difikirkan sangat bermanfaat kepada semua ahlinya. "Saya mahukan penubuhan koperasi. Kemudian saya mahu wujudkan Skim Insurans Berkelompok (SIB). Saya mahu ini dikotakan secepat mungkin disebabkan kita juga ada dateline. "Seniman merancang untuk menghantar ahli yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji atau pun umrah. Ia bukan janji kosong tapi satu jaminan dan kami dalam usaha mendapatkan penaja," jelasnya yang juga mahu mewujudkan caruman KSWP kepada ahli Seniman. Menyambung pembentangan agenda, Harun juga berhajat menempatkan Seniman ke tahap lebih eksklusif kerana mempercayai persatuan ini satu badan yang cukup gah di mata masyarakat. "Kami juga dalam usaha mewujudkan Skim Pendidikan Anak-Anak yang lebih efektif. Kami akan mengemaskini skim ini ke arah lebih mantap. Saya juga tak mahu melihat jurang perbezaan antara ahli baru dan lama. Oleh itu saya akan cuba mempereratkan hubungan silaturrahim ini," ujarnya. Sementara itu, Seniman turut menampilkan biro baru seperti Pembangunan diketuai Yusof Kelana, Seniman Muda (Zed Zaidi), Agama (Wazata Zain), Kebajikan (Wafa Abd Kadir), Sosial & Sukan (Sazzy Falak), Keahlian (Rina Tan) serta Pendidikan & Latihan (Shahriza Mahmud). Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terpilih! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:58 pm | |
| Along, Zila Masih Cari Tarikh Sesuai Ikatan pertunangan pelawak Along Cham dan bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron telah diikat lebih setahun lalu bakal bercambah menjadi ikatan pernikahan tidak lama lagi. Walaupun sebelum ini Along pernah merancang menamatkan zaman bujangnya pada Disember 2009 lalu, namun perancangan tersebut ditangguhkan kerana masing-masing sibuk. Bagaimanapun, Along yang kini muncul dengan filem Adnan Sempit bersama Saheizy Sam dan Intan Ladyana telah pun menetapkan bahawa dia dan Zila akan disatukan awal tahun ini. Pun begitu, bekas pengapit perkahwinan Mawi dan Ekin ini masih lagi berahsia tarikh sebenar kerana bimbang tarikh tersebut akan bertukar. "Saya masih menunggu lampu hijau dari pihak Zila untuk kepastian. Sebelum ini, kami merancang untuk bertunang selama setahun. Bila tarikh sudah ditetapkan saya akan maklumkan kepada semua," ujar Along yang masih bersama pasangan lawaknya, Azrul. Sementara itu, Along yang sinonim dengan watak komedi berharap agar berpeluang untuk diberi peranan watak yang berbeza dari yang pernah dilakonkannya sebelum ini. "Seboleh-bolehnya, saya tak mahu tertumpu pada watak komedi saja. Walaupun saya tahu, saya hasil produk program Raja Lawak tapi saya juga mahu jadi pelakon watak serius," katanya yang seronok berlakon dalam Adnan Sempit bersama ramai baru dan lama. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 5:59 pm | |
| Ameng Komen Kesan Program Realiti TV Selepas 5 tahun menyepi dari industri hiburan, Ameng Spring kembali solo dengan album terbaru berjudul Terima Kasih. Kali ini Ameng bergerak dibawah label FMC dengan kontrak selama 3 tahun. Kketika pelancaran album CD & MTV Karaoke Terima Kasih yang diadakan di RedBox Sogo, baru-baru ini, Ameng menjelaskan proses rakaman album tersebut sudah pun dimulakan pada Ogos 2009. Pun begitu disebabkan jadual Ameng padat dengan persembahan makan malam, pembikinannya telah memakan masa. "Setiap minggu ada saja undangan dinner show. Saya selalu mendapat undangan dari Sabah dan Sarawak. Lama juga saya simpan hasrat untuk keluar album solo. Alhamdulillah ia terlaksana jua. Saya juga dah bertekad, akan menjual album ini sehingga cecah 15,000 unit. “Saya pilih FMC sebab merekalah yang pertama kali menawarkan kontrak tersebut pada saya. Malah, tawaran tersebut dibuat masa saya aktif lagi dengan Spring. Namun, Spring masih wujud lagi tetapi masing-masing sibuk dengan perniagaan bawah syarikat Spring Entertainment," katanya. Pun begitu, Ameng tiba-tiba mengeluarkan komen menarik apabila diajukan soalan tentang artis indie dan bintang realiti TV yang tumbuh bagaikan cendawan. "Saya rasa Stacy dan Faizal Tahir antara artis baru yang boleh terus bertahan lama dalam industri. Cuma untuk Faizal Tahir, dia perlu kurangkan kontroversi. Vokalnya memang bagus. Pada yang lain-lain tu, saya no komen. "Bagi band indie pula, saya rasa mereka belum cukup bagus lagi. Kalau tengok cara indie band main sekarang, sukar untuk mereka bertahan lama kerena muzik mereka terlalu ringkas. Saya juga tengok mereka telalu sangat ikut trend. Masa zaman saya, artis indie sudah ada, tapi tidaklah terlalu banyak seperti sekarang," katanya. Lebih panas, Ameng dengan jujur berpendapat program realiti TV yang terlalu banyak diterbitkan stesen TV boleh merosakkan industri seni tempatan sekiranya tidak dikawal. Malah, Ameng memberi sebab begini kerana peserta yang kalah dalam sesetengah pertandingan pun boleh merakamkan single "Kalau dulu, hanya juara yang benar-benar juara sahaja boleh rakam album. Tapi sekarang tidak. Yang kalah pun boleh ditawarkan buat album sebab mereka dianggap popular atau paling tidak pun buat single. Saya kecewa tengok industri sekarang. Sistemnya kucar-kacir dan semuanya lebih berdasarkan undian SMS penonton. "Bagi saya, perjuangan artis dulu dan sekarang ketara berbeza. Pihak atasan dan mereka yang berkuasa dalam bidang muzik serta penerbitan perlu amat tegas terhadap hal ini," ujarnya. Apapun, dalam album terbaru beliau, Ameng menerima sebuah lagu baru dari M Nasir bertajuk Kesalanku selepas 20 tahun tidak berbuat demikian. Lagu pertama nyanyian Ameng hasil karya M Nasir adalah Sampai Hati yang kini terus bertahan dalam carta evergreen karaoke mahupu pertandingan nyanyian di kalangan generasi baru. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 6:05 pm | |
| Misha terpaksa tangguh hasrat Hati Misha sudah dimiliki. ANDAI tidak kerana lagu nyanyiannya, Cinta Adam Dan Hawa ciptaan Azmeer dan lirik nukilan Allahyarham Loloq membolosi senarai 14 finalis untuk Anugerah Juara Lagu Ke-24 pada 10 Januari depan, pasti berat Misha Omar menerima pelawaan untuk sesi fotografi ini. Sudah menjadi prinsip hidupnya, hanya bersedia bertemu media jika ada cerita untuk dikongsi. Pastinya sesuatu yang positif kerana Misha senang khalayak menilai dirinya dari segi karier, bukan publisiti picisan yang cuma mencemarkan nama baiknya. Pegangan prinsip yang tentunya mengundang pro dan kontra tetapi Misha mempunyai sebab mengapa berbuat demikian. Hampir lapan tahun melayari industri hiburan, dia sudah dapat menebak kemungkinan jika terlalu membiarkan diri dihanyut publisiti. "Justeru, saya selesa begini iaitu cuma tampil apabila ada berita untuk dikongsi dan selain itu saya senang menyimpannya sendiri. Tangguh hasrat bernikah: TIDAK pernah menyembunyikan kenyataan hatinya sudah dimiliki, Misha juga berura-ura untuk menamatkan zaman gadisnya tatkala usianya menganjak 28 pada tahun depan. Usia yang bagi Misha, sudah terlalu matang untuk menggalas tanggungjawab baru sementelah jejaka yang begitu memahami dirinya itu turut menerima anak kesayangannya, Muhammad Adam Emir. Kebetulan percintaan yang dijalin hampir dua tahun itu menerima restu keluarga, Misha berkata, tiada apa lagi yang perlu difikirkan. Bagaimanapun, semua itu cuma perancangan. Tanpa pernah diduga, karier nyanyiannya kembali mekar. Begitu juga dengan jejaka yang menambat hatinya. Lelaki itu pada masa sama sedang membina kerjaya untuk masa depan yang selesa membuatkan mereka kembali berbincang. "Jalan terbaik kami tangguhkan dulu hasrat untuk bernikah. Kebetulan karier kedua-dua kami sedang bergerak baik, jadi kami ambil keputusan untuk fokuskan dulu kepada membina kerjaya. "Alhamdulillah, dia memahami kerana dia sendiri pernah melihat perjalanan jatuh bangun saya dalam bidang ini. Melihat kesungguhan saya untuk menawan kembali laluan yang pernah tertangguh dulu, dia merestuinya. "Dia juga tidak pernah memaksa kerana dia sendiri sedang mengejar cita-citanya. Insya-Allah, apabila semua yang diimpikan menjadi kenyataan kami akan memikirkan perancangan hidup berdua. Saya percaya kepada jodoh," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 6:05 pm | |
| Jehan & Scha tak patah semangat Scha, Jehan cekal hadapi cabaran dunia artis |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 6:07 pm | |
| 'Saya tak tamak' Fara Fauzana beralih ke lakonan, penerbitan drama KETEPIKAN soal tamak, Fara Fauzana inginkan kesempurnaan dalam hidup dan kerjayanya. Selepas mengecapi kejayaan dalam dunia pengacaraan dan penyampaian radio, kini tumpuannya beralih ke bidang lakonan dan penerbitan drama. Jika ada rezeki, gadis hitam manis itu ingin melayarkan sayap ke dunia nyanyian pula. Baginya, rezeki yang sudah terbentang luas di depan mata tidak seharusnya dipersia-siakan. Selagi diterima, gadis berusia 30 tahun itu mahu menerokai pelbagai cabang dalam bidang seni, tidak hanya bergelar penyampai radio, pengacara, pelakon, penerbit drama, malah Fara turut menyimpan hasrat menghasilkan album atau single suatu masa nanti. Masih menggunakan tongkat selepas menjalani pembedahan di lutut lebih dua bulan lalu, Fara atau lebih mesra dengan panggilan Fafau di kalangan peminat menegaskan kalau sudah ada rezeki di depan mata, kenapa hendak ditolak. "Tidak timbul soal tamak, haloba apabila saya mengalihkan tumpuan dalam bidang lain. Soalnya sudah rezeki datang bergolek dan tidak mampu saya tolak. Kalau ikutkan, saya memang penat apabila orang lain masih diulit mimpi, saya sudah berkejar ke konti radio HotFM, pada waktu tengah hari pula perlu melakukan tugasan lain, tetapi alah bisa, tegal biasa, saya sememangnya sukakan cabaran. "Ada masa saya hanya sempat tidur dua sejam sehari, ada kalanya saya pernah tertidur dalam kereta, tetapi itu bukanlah alasan untuk saya tidak melakukan kerja sebaik mungkin. Walaupun mata mengantuk, otak letih dan badan rasa lesu, kerja tetap kerja. Saya ketepikan perasaan itu demi tugasan yang menanti saya. "Mungkin ada yang menuduh tamak, saya tak kisah. Bukan selalu saya diberikan peluang mengacarakan rancangan, berlakon drama atau filem serta menerbitkan drama, ia hanyalah bermusim, datang sekali sekala saja. Saya juga menyimpan hasrat merakamkan single atau jika ada rezeki mungkin menghasilkan album solo selepas gandingan saya bersama kumpulan The Fabulous Cats, Darling dan Anne menerusi lagu Gadis Cuci berjaya meraih perhatian peminat. "Awalnya saya pernah tak yakin mampu menyanyi, namun gandingan bersama pelakon Gadis Cuci The Series nampaknya membuahkan hasil, sekali gus membina keyakinan untuk saya menceburi bidang nyanyian. Jika ikutkan, saya menyimpan minat bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah lagi, saya pernah bergelar juara dalam pertandingan Tiru Gaya Suara Awie ketika berusia belasan tahun dan merakamkan lagu bersama Linda Onn, Nana dan Niela Kurnia sewaktu bertugas di radio Era. "Jika ada yang menganggap saya sudah tidak laku, lalu mahu mengalih tumpuan pada bidang lain, saya menafikannya sebaliknya saya ingin mencuba sesuatu baru tanpa mengetepikan kerjaya tetap saya sebagai penyampai radio dan pengacara TV," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 06 Jan 2010, 6:10 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 07 Jan 2010, 5:23 pm | |
| KD Ingin Bernikah 2010 SELEPAS bercerai dengan Anang Hermansyah, penyanyi Krisdayanti (KD) mengaku belum bernikah lagi. Dan semestinya nama yang disebut-sebut akan menjadi teman hidupnya ialah Raul Lemos, lelaki yang pernah digosipkan dengannya. Namun, KD mengaku dia ingin menikah di 2010. "Belum...saya belum bernikah lagi," kata KD seperti yang dilaporkan dalam laman webInilah.com Namun ketika ditanya harapan sempena 2010, dengan tegas KD berkata, dia ingin segera berkahwin. "Rencana 2010 mudah-mudahan saya bisa menikah. Sekarang kan sudah sendiri, doa kan saya ye," katanya terburu-buru sambil meninggalkan tempat. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 07 Jan 2010, 5:24 pm | |
| Populariti Pereka Fesyen Mesti Setanding Dengan Artis- Datin Lynda Datin Lynda Rahim pernah mengendalikan perkahwinan Sari Yanti, Yatt, Lan Pet Pet dan Serina Redzuawan. -Foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH TATKALA berjumpa dengan pereka fesyen popular Datin Lynda Rahim, mungkin ada yang menyangka dia sama seperti sesetengah tipikal Datin. Namun, semuanya berubah apabila mendengar suaranya yang ceria dan gayanya yang mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya. Malah dia juga lebih selesa jika disapa dengan nama Lynda sahaja. Lynda, 34, akui kerjayanya yang memerlukannya berjumpa dengan orang ramai itu menyebabkan dia lebih banyak mempelajari tentang perhubungan awam. “Semuanya saya pelajari sendiri termasuk mencari klien saya. Tetapi ada juga saya kenal klien di kalangan artis melalui sepupu dan rakan-rakan. “Misalnya, saya berkawan rapat dengan Serina Redzuawan dan Sari Yanti setelah mengenali mereka melalui sepupu saya yang bekerja di TV3,” ceritanya yang tidak berselindung tentang hubungan rapatnya dengan Serina dan Sari Yanti sehingga sanggup menaja perkahwinan mereka. Baru-baru ini, Lynda atau nama sebenarnya Lyndawati Kamarudin baru selesai menaja resepsi akad nikah dan berinai besar Serina. Namun, kata Lynda tajaan itu lebih diibaratkan sebagai hadiah buat puteri Chef Wan itu. Selain itu, dia juga pernah menghasilkan persalinan untuk artis lain iaitu Susan Menon, Eja, busana pengantin isteri Lan Pet Pet (Ruby) dan Yatt. Dalam menaja artis-artis ini, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Abdul Rahim Mohd Zin, 47, tidak menafikan dia memerlukan publisiti untuk menaikkan nama butik Lynda Rahim Kuala Lumpur di Taman Dagang, Ampang. “Sedikit sebanyak saya perlu bergaul baik dengan orang lain untuk menjayakan bisnes seperti ini. Kadangkala, tidak dinafikan kerjaya yang saya lakukan ini turut terkena tempias daripada populariti artis. “Seorang pereka fesyen perlukan populariti untuk berjaya dalam bisnesnya dan selepas itu baru kejayaan lain akan menyusul. “Tetapi, kalau nak naik, pereka fesyen itu perlu solid. Saya masih ingat, sesetengah senior berkata kita akan cepat jatuh jika terlalu cepat naik. Tetapi saya jenis yang pantang dicabar. “Ada pula yang berkata, kalau nak popular perlu reka kontroversi..tapi bagi saya biarlah kontroversi yang positif,” ulasnya lagi. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini juga mengaku pereka fesyen sekarang ada juga yang sudah seangkatan seperti artis. “Misalnya, ada yang sudah mempunyai rancangan TV sendiri. Saya juga pernah ditawarkan untuk mengacara sebuah program di TV9 tetapi akhirnya saya tolak sebab bimbang tak cukup kuat,” tuturnya yang juga merupakan Pengarah Urusan San Francisco Coffee Malaysia. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 07 Jan 2010, 6:19 pm | |
| Keluarga Tahu Saya Bukan Gay - Akim SENARIO dunia hiburan seringkali melemparkan sasaran tohmahan kepada artis baru. Bukan sahaja Nubhan dan Riz bekas pelajar Akademi Fantasia yang mendapat tuduhan tersebut, malah junior mereka, Akim turut dicop sebagai gay. Walaupun pernah digosipkan bercinta dengan rakan wanita AF, Akim dikatakan hanya berselindung disebalik cerita cinta tersebut. Mungkin disebabkan perwatakan sopan dan mempunyai raut wajah lembut membuatkan Akim terus dilabel sebagai bernafsu songsang. "Saya tahu di luar sana ramai yang cakap saya gay, saya tak kisah, asal keluarga saya tahu siapa Akim yang sebenarnya. "Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian. Tapi itu tidak bermaksud saya gay. "Saya tak pernah tepis golongan begitu yang mahu berkawan dengan saya kerana mereka juga ada perasaan," ujar Akim yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 10 Januari ini. Akim mengakui bahawa dia sering diganggu melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada golongan ini terutamanya pada waktu malam. Selain itu juga gangguan daripada peminat fanatik memberi tekanan kepadanya apabila turut melibatkan keluarganya di Johor. "Saya memang ada peminat yang betul-betul fanatik dan saya suka mereka kerana mereka semua menghargai saya sebagai penyanyi. "Tapi saya marah kalau mereka ganggu keluarga saya. Saya tak kisah mereka kacau saya tapi tolonglah jangan ganggu ibu bapa saya," ujar Akim yang kini turut terlibat dengan Album Era Rentak Hits Terkini bersama rakan Akademi Fantasia lain. Sekadar menyandang gelaran tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh, namun tidak bererti dia tidak hebat, malah kini bintang Akim dilihat lebih menyerlah berbanding rakan seperjuangannya. "Alhamdulilah, kita tidak boleh cakap fasal rezeki, itu sudah ditentukan tuhan, mungkin populariti saya naik sebab penyokong. Mereka banyak bagi kritikan untuk tingkatkan lagi prestasi saya. "Kalau saya buat lagu baru selalunya saya akan bagi mereka dengar dulu dan kami akan berbincang bersama kalau ada kekurangan dalam lirik atau melodinya," katanya yang mempunyai kelab peminat Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Bercerita tentang persiapan malam AJL yang semakin hampir, Akim yang mempertaruhkan lagu Bengang memberitahu bahawa persiapan sudah dibuat dengan rapi dan hanya memerlukan 30 peratus sahaja yang masih tinggal. "Saya memang tak sangka dapat masuk sampai peringkat akhir. Setakat ni saya sudah bersedia 70 peratus dan pastinya akan ada kelainan dalam persembahan nanti. "Secara jujurnya pada saya persaingan sengit pada malam itu adalah dari Faizal Tahir, Tomok dan Bunkface,"ujar Akim yang bakal tampil dengan single terbaru Inilah Cinta. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 07 Jan 2010, 6:19 pm | |
| Noraniza Minta Namanya Tidak Dikaitkan Lagi Dalam Kes Cerai Mastura Oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: "Saya anggap ini adalah satu penganiayaan terhadap saya. Hentilah mengaibkan saya dan keluarga," luah penyanyi irama etnik kreatif, Noraniza Idris ekoran namanya dikaitkan dalam kes tuntutan fasakh bekas madunya, Mastura Bakar, 24, terhadap Datuk Mustaffa Idrus.
Dalam nada perlahan, penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Ani ini berkata, walaupun dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup bekas suaminya itu, namun dia memohon untuk tidak dikaitkan lagi dalam sebarang hal kerana ia membabitkan soal maruah dan nama baik keluarganya sendiri.
Setakat dikaitkan lelaki itu sebagai bekas suaminya, dia masih boleh menerimanya. Namun, tidak di dalam prosiding kes seperti itu.
"Walaupun sudah lebih setahun saya dan bekas suami tidak berhubung setelah bercerai, tetapi saya redha dengan apa yang perlaku. Mastura sendiri tahu saya sudah bercerai kerana saya ada memaklumkan kepadanya selepas perceraian itu berlaku.
"Saya sudah pun menutup buku kisah lalu dan tidak mahu ungkit apa-apa cerita tentang perceraian itu lagi. Saya tetap menghormati bekas suami dan keluarganya.
"Jadi, apa saja yang berlaku antara dia dan sesiapa saja, tidak ada kena-mengena dengan saya lagi. Sebab itu saya sedih bila kisah orang lain dikaitkan dengan saya.
"Kalau betul dia (Mastura) ingin 'lepaskan' diri, dia tidak sepatutnya mengaitkan orang lain atau wanita lain yang masih bermadu dengannya dalam prosiding itu. Saya kecewa, saya ada anak-anak dan perlu jaga perasaan mereka," kata Noraniza.
Penyanyi berusia 41 tahun ini mendirikan rumahtangga dengan Datuk Mustaffa pada Februari 2008 dan rumahtangga mereka hanya bertahan tidak sampai dua bulan. Ini merupakan perceraian kali keduanya.
Sebelum ini, Noraniza pernah mendirikan rumahtangga dengan Mohd Fauzi Tajuddin atau Fareez selama 18 tahun, namun bercerai pada Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17.
Kata Noraniza, dia ada menghubungi Mastura menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam dan memintanya untuk tidak mengaitkan namanya lagi di dalam prosiding kes mahkamah itu. Namun, wanita itu menafikan dia berbuat demikian.
"Dia kata bukan dia sebut, tetapi wartawan yang menulis nama saya. Tetapi mustahil dia tidak menyebutnya dulu. Ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan dalam kesnya. Ini adalah kali kedua," kata Noraniza yang menambah, dia sudah pun meminta nasihat daripada peguamnya berhubung hal ini.
Dalam prosiding semalam, Mastura mendakwa suaminya pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka dan turut memberitahu mahkamah, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain sering berfoya-foya.
Mastura juga memberitahu, dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2005 dan hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka. Kata Mastura, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.
Ditanya reaksi masyarakat sekeliling terhadap dirinya setelah cerita itu diperkatakan, Noraniza akui, ada yang bertanyakan kepadanya untuk mengetahui kisah lanjut tentang perkara itu.
"Saya tiada kaitan langsung dalam kes ini dan tidak berhak untuk bercakap. Cuma saya berharap, janganlah kaitkan saya lagi dalam kes itu," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Fri 08 Jan 2010, 1:11 pm | |
| Hasrat Sambung Belajar Stacy Tercapai Stacy bakal menjadi penuntut Universiti Lim Kok Wing Februari ini. Foto The Star, Oleh RICKY LAI JUARA Akademi Fantasia musim keenam, Stracy Angie Agam atau Stacy kini semakin matang dalam persembahannya. Walaupun seringkali dikaitkan dengan artis luar negara namun bagi Stacy dia masih ada kelebihan tersendiri. Biarpun kini dia berada pada tahap yang boleh dibanggakan, tetapi Stacy tidak mahu melupakan asal-usulnya dahulu. Paling menyentuh hati apabila dia terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk menanggung keluarga tercinta dengan menyanyi di tiga buah kelab malam terkemuka di Penampang, Sabah. Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini. "Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan. "Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula. "Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music. "Lagi pula usia saya ini memang sepatutnya masih belajar lagi," ujar Stacy dengan nada yang cukup gembira. Gadis 19 tahun ini turut mengakui bahawa pelajaran merupakan salah satu tangga untuk berjaya pada masa hadapan walaupun kini dia sudah bergelar artis. Dalam pada itu, Stacy turut memberitahu bahawa dia bakal memotong rambutnya sebagai imej baru untuk tahun 2010 ini. "Tahun ini saya nak tampil segar dan dalam masa terdekat ni saya nak potong rambut pendek, rambut saya rosak sebab sering diwarnakan. Mungkin sudah bosan dengan imej saya begini. "Konsep tahun ini masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya sebab itu identiti saya, saya fikir nak ubah rambut sahaja tahun ini,” ujarnya yang turut berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad ini Ketika ditanya tentang persiapan bagi AJL, Stacy yang mempertaruhkan lagu Pakai Buang berkata, dia sudah sedia untuk itu. "Persiapan AJL sudah 80 peratus, selebihnya hanya di atas pentas AJL nanti, kali ini saya akan tekankan vokal dan semestinya persembahan tarian," katanya yang mengakui Misha Omar sebagai pesaing terdekatnya. Dia turut gembira kerana AJL kali ini menampilkan lebih ramai bekas pelajar Akademi fantasia yang bertanding di pentas akhir itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Fri 08 Jan 2010, 1:12 pm | |
| AJL24 Milik Yuna, Faizal, Aizat Atau Misha?
Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bakal bersaing di pentas AJL24 mengikut giliran persembahan:
1. Aurora (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)
2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)
3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)
4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)
5. Situasi (Komposer/ Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)
6. Pakai Buang (Komposer/ Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)
7. Pergi (Komposer/ Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)
8. Aku Skandal (Komposer/ Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)
9. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)
10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)
11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)
12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)
13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)
14. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok) |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Fri 08 Jan 2010, 1:13 pm | |
| Kakak Tua: Ikan Belum Dapat, Air Dah Keruh! BILA nama harum bak kasturi, siapa pun sudi dikaitkan dengan kita. Tetapi bila nama sudah buruk, jangan kata kawan, adik-beradik pun tak mengaku bersaudara.
Fitrah manusia hanya mahukan yang wangi, yang harum dan yang cantik. Kakak Tua faham sangat dan menaruh simpati dengan insan-insan seni yang sedang melalui kemelut rumah tangga terutama yang melibatkan ruang lingkup mahkamah.
Belum lagi dihakimi, saat-saat yang dilalui tentu terasa bagaikan berdiri di atas duri. Semua dibuat seperti tak kena. Tanyalah Ako Mustapha, Detektif Lim, Daphne Iking dan terbaru jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Melalui tempoh bicara amat seksa rasanya, menghitung saja hari untuk dijatuh hukum.
Begitu juga dengan Mastura Bakar, yang memohon fasakh tetapi terpaksa mengaitkan bekas madunya, Ratu etnik, Noraniza Idris. Mungkin Noraniza tidak suka dikaitkan dengan kes Mastura dan bekas suaminya satu ketika dulu, tetapi itulah harga yang perlu dibayar bila kita mempunyai nama besar. Nak tak nak, terpaksa telan juga kenyataan yang pahit ini.
Siapa yang suka nama dikaitkan dengan perkara negatif? Bukan semua kawan dan ahli keluarga akan berdiri teguh di belakang kita untuk memberi semangat. Kebiasaannya, kita akan keseorangan melainkan kalau ada ayah dan ibu. Kalau ada pun yang menunjuk simpati, sekadar secebis belas ehsan. Yang lain, kita kenalah tanggung sendiri.
Belum pun dibicarakan, media akan lebih dahulu menjadi peguamcaranya dan kata putus pula terpulang kepada peminat sebagai hakim. Bukan semua orang mampu melalui fasa kes bicara. Kekuatan mental dan emosi perlu ada.
Kalau kita seorang yang tinggi nilai sensitiviti, tentu akan terasa pedih, malu dan sakit hati. Tambah pula kalau kita tidak bersalah tapi dipersalahkan. Sedihnya bukan kepalang....
Tidak terdaya melawan arus media perdana walau nama sehebat mana sekali pun. Pengaruh dan wang ringgit ditolak tepi dan permainan media menjadikan cerita lebih sensasi.
Saat dibicarakan merupakan detik sukar yang tertanggung. Mahkamah pengadilan pula bukan selalunya adil. Bayangkan, untuk membuktikan sebuah kebenaran dan keluhuran bagaikan drama berepisod yang boleh memakan masa bertahun-tahun.
Itu belum lagi soal wang ringgit dan turun naik mahkamah. Tidak tertanggung rasanya malu dan mala hingga seluruh keluarga turut terseret sama.
Sebab itu, tidak rugi ikut nasihat orang tua. Setiap pesanan mereka, tersimpul banyak hikmah dan tauladan. Buat baik berpada-pada, jangan sampai orang ambil kesempatan. Dan buat jahat jangan sekali, tujuh keturunan orang akan sebut jua.
Mana mungkin si tukang akan buang kayunya? Sarang tebuan itu jangan dijolok dan ular yang tidur, jangan digerakkan.
Tapi berapa kerat yang ambil pusing hal-hal begini kerana selalu berfikir yang pekung itu tidak akan berbau dan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru.
Jangan jadi macam Kakak Tua, sudah terperosok baru hendak baiki lantai, dah terantuk baru nak terngadah. Peritnya sampai kini terasa. Pemerhati di luar sana tidak mungkin akan tahu cerita sebenar. Bila sudah terpalit, terkait, terheret dan terkena pula tempiasnya, memang susah hendak buang arang di dahi.
Teringat kisah penyanyi veteran, Datuk M.Daud Kilau ketika terpalit dengan kes dituduh melakukan perkara tak senonoh dengan seorang budak lelaki.
"Kalau diambil air tujuh lautan sekali pun, tak mungkin dapat membersihkan malu yang saya tanggung," kata penyanyi veteran itu.
Percayalah, jika tak tersapu arang di muka, alang-alang hidup biarlah tak ada dari pandangan mata. |
| | | jazzue8848 Newbie
Number of posts : 11 Age : 51 Registration date : 07/05/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Fri 08 Jan 2010, 9:38 pm | |
| didie tu muka dia mcm dh nampak tua sikit kan..??? |
| | | malynn Enterpreneur
Number of posts : 254 Age : 44 Location : kuala lumpur Registration date : 06/06/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 11 Jan 2010, 2:10 am | |
| yes................ aizat menang.... |
| | | fsyukri Ahli Lagenda
Number of posts : 6826 Age : 39 Location : Dungun, Terengganu Registration date : 08/11/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 11 Jan 2010, 3:41 pm | |
| yeh...faizal syukri menang! |
| | | dyana Ahli VIP
Number of posts : 1832 Age : 45 Location : Puchong Registration date : 02/11/2009
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Mon 11 Jan 2010, 5:33 pm | |
| - malynn wrote:
- yes................ aizat menang....
sokong sgt dyana pun sukaaaa yuna lagi dyana suka... |
| | | kopi2u Newbie
Number of posts : 20 Age : 44 Registration date : 24/01/2010
| Subject: Gadis Melayu yang tak melayu Sun 24 Jan 2010, 1:44 pm | |
| Siapa tengok Gadis Melayu di TV9? Dah lama dah habis rancangan tu kan. KP tak tgk sebab rancangan tu nama je Gadis Melayu tapi latar belakang calonnya tak macam orang melayu. Pakaian peserta dalam tu pun tak berapa cukup kain. Ditambah pulak keluar gambar yang tak berapa gemar nak tengok. Menjolok mata sungguh. Macam mana le TV 9 boleh ambil calon macam tu. Tengok le sendiri gambar-gambar ni dan pikir-pikirkan sambil minum kopi panas. Jangan tersedak sudah le. Hohoho!! http://kopipanas2u.blogspot.com/2010/01/gambar-gadis-melayu-sharifah-jasmine.html |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 3 of 4 | Go to page : 1, 2, 3, 4 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |