|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sun 02 Nov 2008, 7:36 pm | |
| Mai....mai sambung tang cni pulak... udah melimpah2 dah citer kat umah lama tu.... BAGAI belangkas, asyik berkepit bersama, kedua-duanya seperti sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Sedang mereka baru sahaja mengumumkan tarikh pernikahan yang bakal berlangsung pada 20 Disember depan. Dan kerana asyik berdua, sudah mula ramai yang rimas. Ramai juga yang bimbang Asmawi Ani atau Mawi dan pasangannya, Nor’Asikin Rahmat atau Ekin, lemas dalam usia darah manis sebelum menjengah fasa baru sebagai pengantin baru. Duduk dengan Ekin dan Mawi pada majlis Malam Kemuncak Aidilfitri bintang Akademi Fantasia Astro di Yayasan Tun Abdul Razak baru-baru ini, pasangan ini bercakap tentang tabu darah manis dan ketakutan Ekin menjadi isteri kepada seorang terkenal seperti penyanyi lelaki itu. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sun 02 Nov 2008, 7:42 pm | |
| NOR RAZLINDA RAZLI atau Bienda memegang watak Che Nor, gadis ayu bertudung yang menjadi rebutan dua sahabat baik. Melalui filem sulung lakonannya, Budak Kelantan, Bienda mendasarkan sedikit penyelidikan dalam lakonannya. Mengikut tuntutan pengarah, Wan Azli Wan Jusoh, dia banyak berpandukan karakter utama dalam komik Blues Untuk Aku dan melihat keadaan sekeliling bagi lakonan yang semula jadi. Gadis manis ini juga melahirkan rasa seronoknya dapat bekerja dalam produksi dan pengarahnya yang rata-rata adalah anak kelahiran Kelantan. Malah puteri kesayangan penyanyi Sheeda ini mengaku jatuh cinta dengan karakter Che Nor yang dianggap tegas dalam kelembutan. Ujar Bienda, Che Nor juga ada sikap sombong dan jinak-jinak merpati yang pada hematnya merupakan satu cabaran buat lelaki yang mahu merapati. Ditanya tentang pengalaman direbut lelaki pada satu masa, gelaknya: "Saya tidak pernah mengalaminya. Kalau boleh saya nak elak. "Dulu ada kawan-kawan abang yang cuba mahu 'berkawan' dengan saya, tapi saya tidak mahu berada dalam situasi itu sebab sudah anggap macam satu famili. Saya tidak akan bawa ke arah itu." |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sun 02 Nov 2008, 9:23 pm | |
| oohoooo...sambung win..jgn tak sambung... Tolong cari kisah Bon Jovi boleh tak..hehehee |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sun 02 Nov 2008, 11:17 pm | |
| - ninarahim wrote:
- oohoooo...sambung win..jgn tak sambung...
Tolong cari kisah Bon Jovi boleh tak..hehehee uuittt....ni antarabangsa punyer ni.. nanti....sat nak p skodeng........ |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Sun 02 Nov 2008, 11:30 pm | |
| SPESEL UTK KAK NINA.... The Bon Jovi story began in Sayreville, New Jersey. Where Jon and his brothers Matt and Tony were raised by they parents Carol and John Bongiovi (Jon later changed his name). By his early teens, Jon was hanging out at local clubs, convinced that one day he would be a rock star. The area's local music scene was rocking then and there, with the music of rising stars Bruce Springsteen and Southside Johnny and the Asbury Jukes leading the pack. "Just like Seattle is hot right now, 20 years ago it was Asbury Park, New Jersey", Jon told writer Rick Petreycik. "That was so close to my backyard, and when you're 13 or 14, or 15 years old, you can't help but hear about it and have it affect you. When you went down to Asbury Park, what was the crummy boardwalk became Americana. What was splintered wood became sacred ground, and you went, 'Ooh, aah'. And those things romanticized the idea, The myth became the legend, and one thing led to another, and I think blind faith is what got me here." That, and a little help from his friends. By the time he was 16, Jon was playing clubs. It was not long before he hooked up with keyboardist David Bryan (real name: David Brian Rashbaum), who played with him in a ten-piece rhythm and blues band called Atlantic City Expressway. Jon also performed with bands called The Rest, The Lechers and John Bongiovi and the Wild Ones. Meanwhile, Richie Sambora was also performing locally with a funk and fusion outfit called Extremes, before hooking up with Alec John Such in the band The Message. After The Message broke up, Alec played with Tico Torres in Phantom's Opera. The members of Bon Jovi hade crossed paths in these early days, but the current lineup didn't come together until March of 1983 after th first Bon Jovi single, "Runaway," had become a minor hit. In one of those right place/right time/right person scenarios, Jon managed to get a job sweeping floors at a recording studio through a relative. His second cousin, Tony Bongiovi, was a co-owner of the power station in New York City. Jon had written "Runaway," and in 1980, he recorded a demo of the song at his cousin's studio, with back-up by studio musicians whom Tony had hired, including Frankie La Roca, Tim Pierce, Hugh McDonald and Roy Bittan. A local radio station included "Runaway" on a compilation tape, and the song started getting some serious airplay. The success of "Runaway" got Jon noticed, and he realized that he'd need more than session players if he wanted to capitalize on his success by touring the New York clubs to support the single. Jon gave Dave a call, who in turn tapped Alec and Tico. A succession of guitarists (including Dave "The Snake" Sabo, who went on to form Skid Row) followed, until finally Richie signed on, and the band came together as a whole. They began gigging around New York in earnest. At one show, where they opened for Scandal, the band caught the attention of record exec Derek Shulman, who signed them to PolyGram. "With Jon, I felt he had an unbelievable desire to be a star", recalls Shulman. "he had a burning desire to be huge". PolyGram toyed with the name, throwing out monikers like "Victor" then "Johnny Lightening", before Shulman anglicized John Bongiovi's name to Bon Jovi. Their self-titled debut came out January 21, 1984. Filled with the group's now-signature power ballads and hooked-filled tunes underscored by soaring guitar riffs and well-crafted melodies, the album went gold (sales of over 500,000). The album was a rugged soulful collection of songs about how tough it is being a teenager. Buoeyed by the renewed sucess of "Runaway", and backed by the follow-up single "She Don't Know Me". Bon Jovi releasead their follow-up album, 7800 Farenheit, in April 1985 wich included the hit singles "Only Lonely" and "Silent Night", it sold equally to its predecesor. Tours opening for the Scorpions, Kiss and Judas Priest had helped Bon jovi build up a considerable fan base which appreciated the band's anthemic songs and powerful stage presence. Clearly, Bon Jovi was poised on the edge of greatness. Slippery When Wet, the band's third album, provided the break-trough. Powered by songs like "Livin' on a Prayer" and "Wanted Dead or Alive", the LP went gold and platinum simultaneously within six weeks of its six weeks of its release. By April of 1987, Slippery When Wet had sold seven million copies. The world ate and slept Bon Jovi, they won the American Music Award and People's Choice Awards as Band Of The Year, MTV gave Bon Jovi a Best Performance Award for the video "Livin' on a Prayer". Jon was asked what all this astronomical success meant, to which he answered, "Everything is bigger, and it moves twice as fast. You're recognized twice as often. This is bigger, the whole world gets bigger. You have to sell more records, be huger. You get smarter and you understand the business a little more, so it's more responsability. You understand it now, and you want to make sure everything goes right". Instead of traveling by bus, Bon Jovi went from gig to gig in a luxuriously converted Grumman G-I jet. By the time the Slippery Tour finished in Hawaii on October 17, 1987, the album had sold in excess of 14 million copies, putting it in the same league af astronomical successes as Thriller by Michael Jackson. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 8:16 am | |
|
Last edited by sally_eiyna on Mon 03 Nov 2008, 8:29 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 8:23 am | |
| AZIZ M.OSMAN BERCERAI LAGI!!!!!Kali ini bukan cerai sebarangan, sebenarnya perkahwinan Aziz M.Osman dengan seorang ustazah 3 bulan lepas adalah tidak sah!! Ini disebabkan ustazah tersebut tidak ingat bila tempoh edahnya berakhir, dan ini membuatkan Aziz M.Osman berasa tertipu lalu mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah dan sudah selesai. “Bukan salah dia. Dia tertipu…” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22. Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu. Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar. Berita selanjutnya di Aziz berasa ditipu p/s: Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati. ( Looks can be deceiving, don’t judge a book by its cover, I’m experience it before) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 8:26 am | |
| NURUL SYUHADA TEMBAM???Tembamnya pengacara Majalah 3 ni, Nurul Syuhada Nurul Ain. Apa yang tembam? Haa, kalian cari lah sendiri ya. Bahagialah calon angkasawan kedua negara, iaitu Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed!
Update terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain akan menjadi hos bersama Adlin Aman Ramli untuk Anugerah Skrin, harap gandingan mereka berdua dapat menyemarakkan lagi suasana Anugerah Skrin yang bakal berlansung tidak lama lagi. Sekarang banyak drama sedang diulang tayang agar peminat dapat membuat pilihan terbaik dalam mengundi calon mana yang paling layak merangkul trofi.
Para penonton boleh mengundi calon-calon Anugerah Pantene Shine dengan menghantar pesanan ringkas yang dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 mulai 19 Oktober 2008 hingga 7 November 2008, jam 4.00 petang. Cara-cara untuk mengundi seperti berikut:- Taip SHINE KOD NAMA ARTIS dan hantar ke 33399.
JUE – Jue Aziz AYR – Ayu Raudah WNS – Wan Sharmila CMS – Carmen Soo SHR – Sherry Ibrahim
Cth: SHINE JUE |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 12:37 pm | |
| KISAH CINTA NONISWARA DENGAN DATUK RBudiey dengar cerita, pelakon drama, Noniswara Baharuddin akan menamatkan zaman jandanya Januari tahun depan. Nonis yang berusia 38 tahun khabarnya akan berkahwin dengan duda anak lima yang juga seorang tokoh korporat yang begitu disegani bergelar Datuk R, berusia dalam lingkungan 40 an.
Kata Nonis, dia terpikat bukan kerana pangkat, harta atau kekayaan tetapi keikhlasan hati Datuk R menerima Nonis dan anak-anak membuatkan pintu hati Nonis terbuka menerima lamarannya.
Sejak bila berkenalan? “Sejak tahun 2007. Masa tu Nonis kat London. Kami bertemu pun secara tak sengaja. Nonis ketika tu berkunjung ke England sebab ada urusan bisnes.”
Apa yang istimewanya Datuk R? “Dia seorang yang caring, ambil berat terhadap dirinya dan anak-anak. Seorang yang kuat bekerja, penyayang dan bertanggungjawab dan memahami karier Noris sebagai pelakon.”
Nonis dulunya bercerai dengan suami pertana setelah berkongsi hidup selama 15 tahun. Hasil perkongsian itu, Nonis dikurniakan tiga orang anak iaitu Naveer Nishon 14 tahun, Nur Erysha Emyra 9 tahun dan Nazeer Danish setahun setengah.(Gambar Sekadar Lakonan) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 12:42 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 12:46 pm | |
| GAMBAR TERKINI NISDAWATI & FAWZI NAWAWI BERSAMA ANAKTembam kan baby depa?????!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 12:51 pm | |
| GAMBAR KELUARGA AZIZAH ARIFFINWalaupun usia membezakan mereka, tapi peduli apa orang hendak mengata, betul tak? Yang berkahwin lelaki lebih tua pun belum tentu menjadi pasangan bahagia. Saya respect Azizah Ariffin, way to go la akak! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 12:53 pm | |
| GAMBAR KELUARGA LINDA RAFAR
Last edited by sally_eiyna on Mon 03 Nov 2008, 12:58 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:01 pm | |
| LISA SURIHANI DAN TEMAN LELAKI?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:03 pm | |
| WAJAH TERBARU ARNI NAZIRA |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:05 pm | |
| best...best.............teruskan usaha Awin.....seronok tengok gambor-gambor artis ni...he...he...
tak yah beli majalah ha...ha... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:05 pm | |
| DATUK SITI NURHALIZA
Last edited by sally_eiyna on Mon 03 Nov 2008, 1:14 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:06 pm | |
| - chitra77 wrote:
- best...best.............teruskan usaha Awin.....seronok tengok gambor-gambor artis ni...he...he...
tak yah beli majalah ha...ha... ???????????? AWIN? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:08 pm | |
| EDRY KRU DAN KELUARGA |
| | | xyz Newbie
Number of posts : 23 Age : 42 Registration date : 26/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:09 pm | |
| byk nya info dr sally ye... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:13 pm | |
| |
| | | xyz Newbie
Number of posts : 23 Age : 42 Registration date : 26/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:16 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- ZIZIE EZETTE BERSAMA ANAK COMELNYE
Adakah anak comel ini, anak kandungnya? Saya lupa tarikh perkahwinannya. sally..ZZ da kawen ekkk.. gebuz nya ank dia ye... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:17 pm | |
|
Last edited by sally_eiyna on Mon 03 Nov 2008, 1:22 pm; edited 2 times in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:20 pm | |
| Menurut sumber yg xberapa nk sahih, mengatakan zizie ni dh kwin.. Tp klu mengikut tuan empunya bdn mengatakan MASIH SOLO... ntah ler...depa ni kan suke menafikan cerita yg betui.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:31 pm | |
| ABBY GAGAL FAIL PENCERAIANAbby gagal fail perceraian kerana dokumen tidak lengkap
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Artis wanita popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian ke atas suaminya, aktor, Norman Hakim kerana dokumen perceraian yang dikemukakan artis itu tidak lengkap.
Abby yang hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat Hulu Kelang berkata, dia akan berusaha menghubungi Norman untuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan permohonan perceraiannya itu. - Utusan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:37 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 1:57 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 2:00 pm | |
| GOSSIP: DATUK SITI NURHALIZA DAN RUMAHNYASaya mendapat gossip panas ini daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan salah satu rumah Datuk Siti Nurhaliza pada asalnya merupakan rumah kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) tetapi disebabkan tidak dapat membayar ansuran bulannya, rumah itu akhirnya di lelong oleh pihak bank, walaubagaimanapun Datuk Siti Nurhaliza sebagai isteri kepada Datuk K telah membeli semula rumah itu daripada pihak bank dan terpaksa membayar semula secara ansuran.
Rumah ini juga pernah terkeluar di dalam sebuah majalah. Agak-agak pembaca’lah, rumahnya yang mana satu menjadi bahan gossip di pagi Sabtu ini?
Adakah rumahnya yang berada di Cameron Highland menjadi perbualan gossip ini? Atau yang berada di Cheras? Rumahnya di Pahang itu sudah nyata terkeluar daripada senarai kerana rumah itu di’duduki oleh ahli keluarganya.
ps: Pesanan buat Datuk Siti, “sayang suami ditinggalkan”. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 2:43 pm | |
| - chitra77 wrote:
- sally_eiyna wrote:
- chitra77 wrote:
- best...best.............teruskan usaha Awin.....seronok tengok gambor-gambor artis ni...he...he...
tak yah beli majalah ha...ha... ???????????? AWIN? alamak...sorry-sorry...AWIN & SALLY.... tu ler chitra.... kesilapan anda menyebut nama udah menjd kan sally mengaru2 paler yg x gatai... pssstt...sally udah nengok kat awin semcm tu... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 2:46 pm | |
| kak awin xde gossip snsasi ker?? moh ler kte tempek kt cni byk2 |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 2:50 pm | |
| [quote="xyz"] - sally_eiyna wrote:
sally..ZZ da kawen ekkk.. gebuz nya ank dia ye... kalo betoi ni ank dia..ok ler kan gebu mcm mak dia jgk.... tapi ngan sape dia ni kawen haaaa..?? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:06 pm | |
| DALAM diam-diam, jejaka kacak bernama Ashraf Muslim ini dikatakan sedang merancang untuk bertunang bersama pelakon cantik, Sherry Ibrahim. Ironinya Ashraf dan Sherry sama-sama berlakon dalam drama bersiri di Astro Ria, Renjis 2 yang memfokus mengenai perunding perkahwinan. Justeru, adakah impak dari berlakon drama tersebut, mereka berdua bakal bersatu tidak lama lagi? Saat Ashraf mendengar soalan ini dengan tekun tiba-tiba sahaja riak wajahnya terus bertukar dan terus sahaja dirinya tergelak sambil mengatakan dia langsung tidak mengetahu tentang perkhabaran itu apatah lagi merancangnya. "Memanglah saya terperanjat, sebab memang tidak ada perancangan ke arah itu lagi. Saya akui selesa berkawan dengannya (Sherry) tetapi untuk ke arah yang lebih jauh itu belum lagi. "Sherry teman wanita rapat saya, dia tempat saya berkongsi masalah atau apa saja tetapi saya sememangnya tidak ada perancangan untuk bertunang atau berkahwin. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:10 pm | |
| Dua minggu lalu, ayah Lisa Surihani, Mohamed Mahbob dibenarkan pulang ke rumah selepas di’rawat di Hospital Selayang semenjak September lalu. Namun, Allah S.W.T lebih menyayanginya. Pada Jumaat lalu jam 8.15 malam, Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir sisi isteri, Siti Amira Ahmad dan lima anaknya di kediaman adik arwah di Bukit Kiara. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Sabtu lalu. Salam takziah dari OHBULAN! buat keluarga Lisa Surihani dan marilah sama-sama kita sedekah al-Fatihah buat Allahyarham Mohamed Mahbob. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:15 pm | |
| GAMBAR SAIFUL (MALAYSIAN IDOL) & TEMAN WANITANYA.... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:19 pm | |
| Berusia 24 tahun, Sari amat petah berbicara tatkala ditemubual. Dari perihal perkembangan karier lakonannya hingga peribadi, dia tidak keberatan bercerita asalkan jangan terlalu mendalam. Katanya, hak persendirian orang lain tetap dihormati. Justeru, pemenang CLEO's Cover Girl Search 2005 ini mengakui apa yang dipaparkan media mengenai 'hatinya sudah dimiliki' memang benar. Tetapi, katanya dia tidak akan memberitahu nama jejaka itu atau apa pekerjaannya kerana ia begitu peribadi. "Ini bukannya masa saya mengumumkan lagi siapa gerangan lelaki itu. Namun, cukuplah kiranya saya memaklumkan sudah ada kekasih. Ini kebenarannya dan tiada sebab untuk berahsia. Lagipun, pada saya sekarang bukan zaman artis harus 'menipu'. "Kalau betul, kenapa hendak sorok. Bukankah, lebih baik bercakap benar kerana peminat kini berfikiran terbuka dan boleh terima apa saja status artis pujaan mereka. Cuma, perlulah ada batasnya kerana saya tidak mahu peribadi si dia terganggu. "Sebagai artis, saya sedar semakin hilang hak eksklusif, jadi takkan hendak babitkan orang tersayang pula. Oleh itu, kisah cinta saya buat masa ini biarlah tidak terlalu menjadi perhatian berbanding karier. Diharapkan pengakuan ini sudah begitu jelas," katanya. Model iklan Palmolive, Maxis, Kotex dan Sunsilk ini turut mengakui dia dan teman istimewanya sudah menjalin hubungan selama tiga tahun iaitu sebelum bergelar artis lagi. Katanya, si dia sangat penyayang, memahami dan setia memberi sokongan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:33 pm | |
| bguih bguih.....bguih... lagi lagi kak awin!!!!!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:49 pm | |
| SHARIFAH SHAHORA BERKAHWIN DENGAN RAJA MUKHRIZHANYA dengan sekali lafaz, dramatis Sharifah Shahora (Shahora) Syed Akil, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati yang juga pengarah fotografi filem terkenal, Raja Mukhriz (Mukhriz) Raja Kamaruddin, 36, di Masjid Al-Iman, Kemensah, Hulu Klang, kelmarin. Pasangan dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Syed Akil Syed Alwi dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Hulu Klang, Ustaz Mohd Zuhir Abdullah bersama 200 tetamu lain. Pada majlis yang berlangsung secara sederhana itu, Mukhriz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM80 bersama wang hantaran berjumlah RM21,974.00 kepada pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Enot. Sebelum pernikahan dilangsungkan pada jam 10.30 pagi, Shahora dan Mukhriz terlebih dulu mengadakan majlis pertunangan sejam awal dengan dulang hantaran diserahkan tujuh berbalas 10. Selain itu turut diserahkan seutas gelang tangan sebagai tanda pertunangan dan sebentuk cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Setelah segalanya selesai, Shahora mahupun Mukhriz menarik nafas lega dan memanjatkan kesyukuran apabila majlis yang dirancang tidak sampai sebulan, berjalan lancar. Kata Shahora, sepanjang enam tahun menyulam cinta mereka berhadapan pelbagai dugaan sama ada membabitkan peribadi mahupun kerjaya. “Malah pada saat akhir majlis pernikahan hendak dilangsungkan kami masih diduga apabila produksi ditubuhkan Merah Maya dan bakal menerbitkan filem pertama Ransan, menjadi punca kepada perselisihan faham. “Mujur segalanya dapat diselesaikan sebelum tiba tarikh pernikahan ini. Persiapan pula dibuat cepat, hanya dalam masa dua minggu dan kerana itu kalau tetamu dapat perhatikan majlis yang dirancang ini sangat sederhana. “Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sekali gus memastikan majlis berjalan lancar,” katanya yang turut kelihatan sebak sebaik saja selamat diijabkabulkan. Bercerita lanjut mengenai keputusan mendirikan rumah tangga agak lewat walaupun sudah bercinta sejak 2002, kata Shahora, antara puncanya kerana suami mahu memastikan kerjaya stabil terlebih dulu. “Sebagai wanita saya terpaksa akur dan menunggu. Bagaimanapun segalanya berubah apabila Mukhriz memenangi anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 menerusi filem KL Drift. “Katanya pada saya, ini adalah waktu terbaik untuk kami berkahwin dan dia mahu kami lakukannya dalam tahun ini juga. Rancangan dimulakan dengan majlis merisik yang dilakukan pada 30 Ogos lalu,” katanya. Bercerita mengenai kisah bagaimana mereka dipertemukan kata Shahora, segalanya bermula daripada rakan baiknya juga pelakon popular, Sheila Rusly. “Ini cerita lama tetapi lucu jika diingatkan kembali. Waktu itu kami menjalani penggambaran drama Lain Padang Lain Belalang dan kali pertama juga Mukhriz terbabit sebagai pengarah sinematografi untuk drama. Selalunya dia hanya buat untuk filem dan iklan. “Saya pula mula rapat dengan Sheila selepas kami sama-sama berlakon dalam Enot jadi apabila sekali lagi digandingkan dalam drama itu sudah tentu hubungan kami bertambah akrab. “Mahu menjodohkan saya dengan Mukhriz adalah idea Sheila dan dia memulakan segalanya dengan menghantar Mamee (makanan ringan) kepada Mukhriz dengan berkata, ia ingatan tulus ikhlas dari saya. “Kemudian kami sempat mengintai sama ada dia makan atau tidak Mamee diberikan. Andai Mukhriz makan bermakna cinta saya berbalas dan jika tidak bermakna saya bertepuk sebelah tangan. “Kami intai di balik dinding dia bercakap dengan rakan kru lain sambil ketawa mengenai Mamee diterima dan beberapa minit kemudian memakannya. Waktu itu Sheila orang paling gembira kerana usahanya hendak menjodohkan kami berjaya. “Esoknya sebagai balasan Mukhriz pula hantar kepada saya menerusi orang tengahnya, ais krim. Selepas itu hubungan kami berpanjangan hinggalah dinikahkan pada hari ini (kelmarin),” katanya. Mukhriz yang bakal bergelar pengarah menerusi filem Ransan pula berkata, walaupun mengambil masa enam tahun untuk membuat keputusan berkahwin namun dalam tempoh itu tidak sekali pun hatinya terdetik mengatakan hubungannya dengan Shahora satu kesilapan. “Saya memilih Shahora sebagai isteri kerana dialah satu-satunya wanita mahu mengahwini dan menyayangi saya. Saya percaya dengan kata-kata, cintailah orang yang mahu mencintai diri kita sepenuh hati. “Apabila berkawan hampir enam tahun ia membolehkan kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. “Memang kalau diperhatikan Shahora ini agak garang dan tegas orangnya, tetapi itulah kekuatan yang ada pada dirinya yang mampu menutup kelemahan saya. Dalam erti kata lain kami saling melengkapi,” katanya. Kehadiran anak angkat mereka, Puteri Fiedra Mukhriz turut menguatkan lagi hati pemenang tiga kali Anugerah Oskar itu untuk menyunting Shahora menjadi suri hidupnya secepat mungkin. Katanya lagi, sejak adanya Fiedra, rezeki mereka makin murah. “Majlis persandingan kami rancang untuk diadakan pada akhir tahun ini juga, namun ia bergantung kepada tamatnya penggambaran filem Ransan yang akan dimulakan pada 10 November ini di Ipoh, Perak,” katanya |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:54 pm | |
| ROZITA CHE WAN KEMBALI SEKSI...????MUNGKIN ramai yang perasan sejak kebelakangan ini kelibat aktres cantik jelita, Rozita Che Wan amat jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan.
Malah sepanjang Ramadan dan Syawal lepas pun, Joyah tak nampak sangat wajahnya di kaca TV mahupun di majalah-majalah.
Kalau dihubungi untuk menjayakan sesuatu fotografi pun, Rozita dengan sebaik mungkin menolaknya. Sedangkan pada kebiasaannya, wajahnya yang sering menghiasi halaman majalah tak kira hiburan mahupun fesyen.
Nak-nak musim perayaan. Memang wajahnya sahajalah yang selalu terpampang. Iyalah, orang cantiklah katakan. Tentu jadi rebutan.
Joyah dengar khabar dia menyepikan diri seketika kerana keadaan kesihatan tidak memberansangkan. Joyah dengar khabar, dia tak sihat. Ada juga memberitahu nampak Rozita di hospital.
Tapi sekarang dia sudah sihat dan kembali aktif malah kini sedang giat menyelesaikan penggambaran drama yang tertangguh ketika dia kurang sihat dahulu. Baguslah begitu. Semoga selepas ini wajah jelita dengan senyuman menawannya itu akan kembali memeriahkan industri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 3:59 pm | |
| Inilah gayanya bila artis ke majlis glamor. Mereka memeriahkan Malam Gala Karyawan Malaysia baru-baru ini. Nampaknya masing-masing mahu tampil dengan fesyen yang manarik dan boleh membuka mata. Sesuai ke? Dari kiri Sharifah Hazlinda (Lynn), Sharifah Shahirah, Norsheila Amin dan Datin Maria Arshad. Masing-masing masih melaram walaupun sudah semakin berusia. Lama Lynn tak muncul ke majlis glamor. Sekali muncul panas juga. Pasangan Ijoy Azhari dan Shahirah. Ewah Shahirah baru dapat anak kembali bergetah. Apa rahsia? |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:14 pm | |
| Patutla Shahira makin seksi lepas kahwin ngan Ijoy...rupa-rupanye mak Mertuanya...huh....lupa ke KUBUR DAH KATA...MARI....MARI....... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:16 pm | |
| INI ACI TAK????? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:19 pm | |
| nAtAsha Hudson dan Babynya.... Nama baby baru Natasha Hudson ini adalah Nessa Helena Shahrin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:20 pm | |
| - chitra77 wrote:
- INI ACI TAK?????
Amboi..amboi kak chitra ni....nk interprem ek..siap bergmbr peluk dgn Rozita lg.. caya la... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:33 pm | |
| he...he...tapi dia sombong sikit la u....tak peramah sangat............ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:41 pm | |
| BONDA, KAMI MALU!!!- USTAZAH NOR RADHIAHOleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my KUALA TERENGGANU: ¡°Saya malu dan semua pihak yang terbabit dalam urusan perkahwinan kami juga malu berikutan kenyataan bonda (Afida Es) seperti disiarkan Metro Ahad, semalam.
¡°Namun, saya dan keluarga tidak menyalahkan bonda kerana sebelum ini, perkara sebenar tidak pernah kami ceritakan kepadanya.
¡°Malah, kenyataannya yang mendakwa saya menipu suami (Aziz M Osman) juga tidak benar kerana sebelum berkahwin dengannya, Aziz yang dikenali ketika mengerjakan umrah dari 9 hingga 20 Mac lalu, mengetahui keadaan sebenar saya dengan suami terdahulu,¡± kata Nor Radhiah Ramli, 22, dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro, semalam.
Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur.
¡°Justeru, tidak timbul isu edah kerana perkahwinan saya dengan suami terdahulu tidak sah mengikut hukum syarak. Namun, selepas dirujuk kepada seorang peguam syarie di sini, kedudukan saya ketika berkahwin dengan Aziz adalah istibrak, iaitu perkahwinan kami sah, namun saya tidak boleh bersekedudukan dengannya selama dua kali suci iaitu selama dua bulan selepas disahkan mahkamah perkahwinan terdahulu tidak sah.
¡°Saya hairan dengan kenyataan bonda konon pernikahan saya dengan Aziz tidak sah dan sudah dirujuk kepada mahkamah, namun kenapa surat menyatakan perkahwinan kami tidak sah itu tidak dikeluarkan.
¡°Saya kecewa dengan kenyataan itu kerana dibuat tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya dan keluarga. Disebabkan kenyataan itu, kami sekeluarga terpaksa menanggung malu dan individu yang terbabit turut mempersoalkan kenyataan itu,¡± katanya.
Menurutnya, selepas menyambut 1 Syawal bersama Aziz di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung pada hari raya kedua, dia tidak lagi bertemu suaminya. Malah, setiap kali menghubunginya, Aziz tidak pernah menjawab telefon selain SMS dihantar juga tidak dibalas.
¡°Saya hairan dengan tindakan Aziz kerana dia seperti mahu menggantung saya tanpa tali dan cuba melarikan diri daripada masalah itu. Malah, sepanjang konflik itu, dia tidak pernah mahu bersemuka dengan saya bagi menyelesaikan masalah itu secara baik.
¡°Sepanjang tempoh itu, saya cuba memujuknya dan meminta penjelasan, namun dia hanya berdiam diri seperti sudah tawar hati dengan saya,¡± katanya.
Nor Radhiah berharap kenyataan ini dapat memulihkan kembali hubungannya dengan Aziz selain kekeliruan seperti dilaporkan Metro Ahad semalam dapat diperbetulkan.
¡°Saya sudah letih menjawab soalan diajukan sanak-saudara dan rakan berhubung kenyataan bonda yang mendakwa saya bernikah ketika masih dalam edah selain menipu Aziz hingga membuatkan orang ramai menghukum saya seperti seorang ustazah yang jahil.
¡°Walaupun kami orang miskin, kami masih mempunyai maruah dan harga diri. Malah, kami tidak jahil mengenai ilmu agama kerana jika mereka tahu saya masih dalam edah, keluarga sudah pasti melarang perkahwinan itu, malah saya sendiri yang mengetahuinya juga tidak akan berkahwin,¡± katanya.
Nor Radhiah berkata, semua itu berlaku kerana kesilapan mereka berdua terlalu gopoh mahu mendirikan rumah tangga tanpa berfikir panjang dan tidak menerangkan masalah sebenar yang dihadapi sebelum ini kepada ibu Aziz.
¡°Selepas laporan itu disiarkan akhbar semalam, Aziz menghantar SMS kepada saya dan memberitahu dia tidak pernah menuduh saya penipu seperti dilaporkan akhbar.
¡°Tetapi mungkin itu yang disangka bonda hingga dia memberi kenyataan berkenaan kepada media, namun sekali lagi, saya jelaskan kami sekeluarga tidak menyalahkan bonda, malah masih menyayangi bonda seperti ibu saya sendiri,¡± katanya.
Sementara itu, abang Nor Radhiah, Mohd Radhi Ramli, 27, berkata kenyataan balas dikeluarkan adiknya itu bukan bermaksud untuk bermusuhan dengan keluarga Aziz, tetapi bagi membetulkan keadaan dan tohmahan orang ramai kepada keluarganya.
¡°Kami berharap Aziz dapat bekerjasama untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu dengan cara baik dan menghuraikan segala perselisihan faham itu.
¡°Kami sudah menganggap Aziz dan keluarga seperti sebahagian keluarga kami. Walaupun malu dengan kenyataan itu, kami sekeluarga tidak akan mengambil tindakan undang-undang,¡± katanya. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |