|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| Author | Message |
---|
nurul Ahli Familiar
Number of posts : 151 Age : 45 Location : PahanG (bera, kuantan, k.lipis) Registration date : 13/05/2008
| Subject: Kisah Isteri / Ibu.. Fri 15 Aug 2008, 5:24 pm | |
| Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2
individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan
dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan
fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya....
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2
kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang
isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ' Ada duitkah
suamiku?'
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini
kau ' Ada duit ke?' sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari
tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas
terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi
suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
lagi..Cissss! !
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5
pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini
kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi
tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat
bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2
nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu
apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah 'Handsome tak laki
aku bila pakai baju ni?'
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat
lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah
dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur
peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan
dapat 'apa-apa'), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat
coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur
tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia
tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata
SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia
orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia
orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai
kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang
lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!
Pengajaran ayat:
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
mesti kita mengelakkannya..... Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak
dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh....Kalau kita sbg lelaki tak
soleh...jgn harap dapat bini yg soleh.....Syukur apa yg telah
dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan
yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam
perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...
Last edited by nurul on Fri 15 Aug 2008, 5:56 pm; edited 1 time in total |
| | | nurul Ahli Familiar
Number of posts : 151 Age : 45 Location : PahanG (bera, kuantan, k.lipis) Registration date : 13/05/2008
| Subject: Re: Kisah Isteri / Ibu.. Fri 15 Aug 2008, 5:35 pm | |
| Mengapa WANITA sangat Istimewa......
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...
sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik adelagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...
on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayangjap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..
dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... ...well, women understand women better... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
:D |
| | | nurul Ahli Familiar
Number of posts : 151 Age : 45 Location : PahanG (bera, kuantan, k.lipis) Registration date : 13/05/2008
| Subject: Re: Kisah Isteri / Ibu.. Fri 15 Aug 2008, 5:39 pm | |
| Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?"
"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. |
| | | nurul Ahli Familiar
Number of posts : 151 Age : 45 Location : PahanG (bera, kuantan, k.lipis) Registration date : 13/05/2008
| Subject: Re: Kisah Isteri / Ibu.. Fri 15 Aug 2008, 6:06 pm | |
| teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat,
tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci. mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam
lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak
sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah
tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...
Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..
As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk,
no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and
that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dahabis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat
hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utkdipakai. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!
And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian
ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you
Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!
But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri
rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Sekian terima kasih.
:D |
| | | beefii Regular Customer
Number of posts : 227 Age : 41 Location : JB Registration date : 13/07/2008
| Subject: Re: Kisah Isteri / Ibu.. Fri 12 Sep 2008, 12:50 am | |
| ummm..tapi kan..kebanyakan dlm citer, wife bekerja.. so nmpk lagi yg diorg nie betul2 strong as a wife yg bekerja n balik rumah uruskan rumah plak.. mcm suri rumah sepenuh masa plak... ummm..kadang2 suri rumah sepenuh masa lg dlm delima nak uruskan rumah... so..any comment?? |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Kisah Isteri / Ibu.. | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |