|
| ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sat 14 Mar 2009, 2:48 pm | |
| Budak Melayu Pakai SalibNAUZUBILLAH ANAK SIAPAKAH INI? Sedih melihat gambar budak Melayu yang jahil ni. Bermegah bergambar dengan loket salib di dada. Di dinding belakangnya terpampang khat tulisan Allah. Mungkin benar orang Islam tiada kekuatan jatidiri, mudah sangat terpengaruh dengan budaya asing. Semasa saya di asrama dahulu ada juga budak Melayu Melaka yang memakai loket salib walau pun dia mengaku masih Islam. Pakai salib hanya untuk berfesyen dan kononnya orang Serani. Last-last kena sound dengan senior, menggigil lutut. Ya Allah, jauhikanlah kami dari tipu daya syaitan, matikanlah kami dalam Islam. Semoga budak ni bertaubat nasuha dan kembali kepada ajaran Islam. |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 02 Apr 2009, 11:31 am | |
| Syaitan Menolong Orang Islam Ke Masjid Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.... |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 02 Apr 2009, 11:35 am | |
| Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
> > > Seperti yang kite ketahui... Negara kite > > > nie banyak tugu... Antara yang famousnya > > > ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut > > > kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah > > > kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti > > > wilayah persekutuan telah mengeluarkan > > > fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu > > > serta pembinaannya adalah haram... > > > ciri-cirinya menyerupai berhala...dan > > > melawatnya juga adalah haram.. " > > > > > > Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia > > > digazetkan bermakna tindakan undang2 > > > boleh dikenekan kepada sesiapa yang > > > melawat tugu kebangsaan! Tetapi > > > sayang2... pihak atasan tidak suka akan > > > keputusan itu maka disuruhnya pihak > > > mufti menarik balik fatwa itu... Setelah > > > berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu > > > menarik balik fatwa itu... Maka pihak > > > atasan telah menarik balik gazet > > > tersebut maka apa yang tinggal ialah > > > fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 > > > yang boleh diambil... > > > Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 > > > ini boleh mendatang syirik... > > > > > > Beliau berkata... " bawalah dosa anda > > > sebesar langit dan bumi kepada Allah dan > > > Allah mungkin akan mengampunkannya > > > tetapi jika terdapat walau > > > sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik > > > maka Allah tidak akan mengampunkan orang > > > itu..." > > > dan kata beliau lagi... " walaupun kita > > > tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita > > > 'redha' atau tidak melakukan apa2, > > > berdiam diri, maka kita juga akan > > > mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..." > > > > > > Contoh kedua yang beliau utarakan dalam > > > perbincangan dosa syirik ini ialah nama > > > negeri perlis iaitu perlis indera > > > kayangan... " Menurut kamus dewan... > > > indera bermaksud nama tuhan hindu > > > manakala kayangan bermaksud tempat di > > > mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna > > > sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu > > > bersemayam.. " > > > > > > Menurut beliau... Nama perlis ini juga > > > menda tan gkan dosa syirik... Perkara > > > terakhir yang dibincangkan ialah isu > > > perlembagaan negara... > > > > > > Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan > > > Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa > > > mana2 undang2 akan terbatal dan tidak > > > boleh dipakai jika ia bertentangan > > > dengan undang2 yang telah dinyatakan di > > > dalam perlembagaan termasuklah undang2 > > > hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh > > > Allah. > > > > > > Kata beliau seterusnya.. .. > > > Dosa syirik boleh diakibatkan oleh... > > > 1. Mempertahankan perlembagaan serta > > > undang2 ciptaan manusia dan > > > membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan > > > Allah iaitu hudud dll. > > > 2. Menyokong mereka yang mempertahankan > > > perlembagaan. > > > 3. Mereka yang berdiam diri. > > > 4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM > > > HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA > > > ADALAH ZALIM) |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 02 Apr 2009, 11:51 am | |
| TIPS: RUMAHTANGGA BAHAGIA Hindari sikap buruk sangka suami isteri
Memang kehidupan suami isteri penuh warna-warni. Kadangkala timbul kelucuan kerana perkara remeh-temeh boleh menyebabkan pergaduhan. Justeru, sebagai suami isteri, mereka perlu bijak mengenali pasangan masing-masing bagi mengelakkan perkara kecil menjadi besar dan menggugat keruntuhan rumah tangga. Anda boleh mengikuti petua ini, mudah-mudahan ia menjadi azimat untuk anda dalam melayari kehidupan berumah tangga.
- Hindari sifat buruk sangka Perasaan buruk sangka sepatutnya dihindari jika suami isteri mahukan keharmonian rumah tangga. Sifat cemburu atau mencari-cari keburukan pasangan perlu dielakkan. Elakkan sikap buruk sangka wujud dalam diri kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga dan besar kemungkinan akan mengakibatkan perceraian.
- Menahan rasa marah Suami isteri yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing sering menghadapi tekanan jiwa justeru mudah tersinggung dan marah.. Islam menegaskan umatnya menahan marah dan banyakkan bersabar serta mudah memaafkan kesalahan pasangan.
- Memberi nasihat Jika suami atau isteri melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan, pihak kedua hendaklah memberikan nasihat dan peringatan. Ia penting agar pihak yang melakukan kesalahan sedar akan kesilapan atau keterlanjuran yang mungkin tidak disengajakan itu supaya tidak mengancam kestabilan hubungan suami isteri.
- Berbincang untuk kedamaian Jika berlaku persengketaan serius, carilah penyelesaian dengan cara perdamaian melalui perbincangan dalaman bagi menjamin keutuhan rumah tangga. Jika tidak dapat diselesaikan, rujuk kepada mana-mana pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah seperti penolong pendaftar nikah, pegawai kaunseling, pegawai tadbir agama dan sebagainya.
- Menghindari perceraian Adakala pertengkaran sukar mencapai jalan penyelesaian, si suami usah bertindak terburu-buru menceraikan isteri. Cuba kenangi saat-saat bahagia yang pernah dilalui bersama.
- Bawa berbincang Setiap pasangan harus berbincang dalam memenuhi keinginan masing-masing. Ini kerana ia mampu mengelak salah faham dan perasaan tidak puas hati di atas tindakan sebelah pihak sehingga boleh menimbulkan ketegangan dan krisis.
- Meminta nasihat orang lain Ketika menghadapi situasi tertekan sama ada masalah peribadi, keluarga dan sosial, anda dan pasangan disarankan mendapatkan bantuan nasihat dan pandangan daripada orang yang dikenal pasti mampu membantu dan menyelesaikan masalah dihadapi. Selaras saranan dianjurkan dalam al-Quran surah An-Nahl:43 bermaksud: “Bertanyalah kepada orang yang pakar sekiranya kamu tidak mengetahui.”
Pentingnya mengurus emosi ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian. Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih faham namun dalam sesetengah kes, ia berpanjangan dan memberi impak kepada rumah tangga. Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh tetapi apabila bercampur aduk dengan emosi dan ego, ada yang gagal mengharungi ujian sepanjang perjalanan itu. Justeru, apabila persengketaan tidak dapat diselesaikan, kebanyakan pasangan memilih jalan 'cerai'.Apakah cerai penyelesai masalah rumah tangga atau jalan terakhir?
Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi Allah amat benci kepada mereka yang bercerai-berai. Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan dan persengketaan memang lumrah. Beliau berkata, ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali. Ia mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau sehingga satu tempoh yang agak panjang mungkin belasan atau puluhan tahun.
"Cuma perkara yang perlu difahami ialah bagaimana hendak menguruskan emosi kerana hadis nabi ada menyebut, `jangan marah, jangan marah, jangan marah', yang diulang sehingga tiga kali, supaya masing-masing mengawal emosi," katanya.
Statistik menunjukkan perkahwinan di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan ini semakin meningkat. Bagi tahun lalu, daripada 129,545 perkahwinan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak, kes perceraian juga agak tinggi iaitu 20,131 kes.
Perceraian itu berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya arus modenisasi yang menghakis nilai tradisional, mendahulukan material daripada menyelamatkan perkahwinan, tahap pendidikan dan pendedahan yang diperoleh membuatkan suami isteri terlalu objektif dalam menangani masalah.
Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu mementingkan kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul rasa kecewa terhadap pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin, tiada kemahiran komunikasi, campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan seperti dadah.
Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, perceraian bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan terakhir kepada sesebuah rumah tangga.
"Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang boleh difikirkan, seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara baik tanpa membabitkan pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik wakil dari pihak ketiga untuk mencari penyelesaian. "Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah difikirkan jalan terakhir itu," katanya.
Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak."
Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan di antara dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan.
Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan.
"Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-isteri kamu. Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang baik." (an-Nisa':19)
Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu diluahkan bagi mengelak masalah lebih besar.
"Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu bujang kita seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri atau bersuami ubahlah sikap itu perlahan-lahan, " katanya.
Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga sehingga apabila bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai.
"Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah (ketenangan) , mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas).. "Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri sepanjang hidup bersama," katanya.
Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin, tetapi apabila memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah anak menjadi beban.
"Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar.
"Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan gelabah tetapi sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang mematangkan diri," katanya.
Cara menangani bebelan isteri Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam.. Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu..
Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu. Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta. Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami.
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara. Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.
Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya. Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.
Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?” Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.” Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia. Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut. Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.
Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri. Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).
Cemburu keterlaluan boleh bawa padah KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.
Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.
Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.
Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.
“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan. Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.
“Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya.
Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini.
Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng.
Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.
Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami.
Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.... |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Fri 03 Apr 2009, 9:34 am | |
| ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting: Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan. Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu. Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah. Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya. Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.> Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.> Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .
Tolong jangan abaikan statement ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Fri 03 Apr 2009, 11:04 am | |
| Hukum ASN & ASBHari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit. Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah. Anda mungkin berkata, "SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT" Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya. Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini . Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat. Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN. Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia. 1) Perbincangan Hukum ASB 2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB 3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya. Sekian, Zaharuddin Abd Rahman |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Fri 03 Apr 2009, 11:07 am | |
| Jangan makan air tangan orang tak solat
Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...
pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?
tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Fri 03 Apr 2009, 11:15 am | |
| Gerai Nasi Ayam Goh Beng Sim di R&R Tapah - Orang Islam Tak Kisah @ TertipuHari Ahad 2 November aku, isteri dan Amalia Huda (anak) singgah di R & R Tapah dalam perjalanan balik dari Taiping untuk menunaikan solat dan mungkin menjamah sesuatu. Dipendekkan cerita selepas solat kami pun menuju ke kawasan gerai makanan. Boleh tahan ramainya orang walaupun bukan dalam cuti umum. Susah juga nak cari meja kosong. Cari punya cari dapatlah satu meja 6 kerusi. Kami 3 orang, ada orang nak kongsi kami alu-alukan. Sambil menunggu isteri & anak membeli makanan, aku tiba-tiba mata aku tertumpu pada Gerai nasi ayam EXPRESS STALL yang betul-betul berdepan dengan temput duduk aku. Lelaki yang di bahagian depan yang menguruskan pesanan dan pembayaran kelihatan macam orang melayu tapi pakai rantai. Melayu kut. Melayu pun ramai yang pakai rantai leher. Aku teringat dulu ada gerai nasi ayam cina (ikut nama yang tertulis kat "signboard") yang aku nyaris-nyaris terbeli nasi ayamnya. Mata aku terus tertumpu kepada signboard gerai tu. "GOH BENG SIM" Nama "owner" agaknya. Nama Gerai "Express Stall". Bila aku lihat ke dalam gerai aku lihat tukang masak dan yang bekerja semua macam cina. Cuma mereka ni berpakaian seragam yang sopan dengan kupiah tutup kepala berwarna putih. Secara sepontan boleh membuatkan fikiran kita kata cina muslim agaknya. Tapi nama tuan punya "GOH BENG SIM" menyebabkan aku berpendapat gerai ini adalah kepunyaan orang cina. Dua tanda halal di papan tanda mengesahkan lagi. Kerana biasanya gerai orang melayu tak meletak tanda halal di gerainya Apa yang ingin aku ketengahkan ini bukan soal perkauman. Aku sebagai seorang muslim memang takkan makan makanan masakan orang bukan muslim. Walaupun ada sebilangan orang melayu yang tak kisah, aku rasa ramai yang takkan makan kalau jelas Nasi Ayam tu "Non Muslim" yang masak. Tapi aku lihat ramai juga orang islam yang makan digerai tersebut. Yang bertudung, yang berkupiah putih, pak aji mak aji. Yang menambahkan geram aku tu bila lihat orang cina yang bekerja di gerai tersebut bekerja dengan gaya tertunduk-tunduk seolah-olah nak mengelakkan orang mengecam mereka dan mereka tidak akan bersuara kecuali lelaki muda yang kelihatan seperti melayu. Sempat juga aku memberitahu 2,3 orang adik-adik yang kelihatan hendak membeli di gerai tersebut. Apabila diberitahu mereka kata "nasib baik". Memang mereka tak perasan. Soalnya sekarang salah siapa? Adakah PLUS harus memainkan peranan supaya pengguna Islam tak tertipu atau kita sendiri sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih gerai. Aku pernah terkena sekali di Gerai Nasi Ayam kat Giant Batu 3, Shah Alam. Bila dah habis makan baru perasan. Rasa nak muntah pun ada. Aku sertakan juga gambar untuk tatapan korang. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sat 04 Apr 2009, 10:08 am | |
| Bahaya Vicks VaporubVicks memang ubat sapu yang paling kerap digunakan oleh ibu bapa apabila anak mereka menangis sakit perut, selsema dan sebagainya. Tapi tahukan jika dilihat dari kajian oleh doktor Singapura dan US, lain pula ceritanya; *Klik gambar untuk besarkan |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 13 Apr 2009, 9:08 am | |
| Kuasa Seorang Perempuan
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya. |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 13 Apr 2009, 10:36 am | |
| sib baik ank sue xgune vicks...lgpon doctor mmg xkasi bebudak guna any ointment yg berbau kuat sbb akn mybbkn iritasi pd salur pernafasan kanak2...terutamanya yg lelah mcm ank2 sue ni...so gd info pd parents yg ada ank2 selsema @ lelah..make sure dorang tdo mengiring utk memudahkan mereka bernafas...klu hingus mereka mencair dan terus meleleh,tenyehkan kunyit idup pd kws antara dua kening ke batang hidung utk keringkan hingus mereka... |
| | | meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 13 Apr 2009, 11:27 am | |
| ooo.....mcm tu ek petuanya yummie..... bg la artikal2 kat sini... mmg benar memberi info...... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Fri 01 May 2009, 8:41 pm | |
| Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Masyar
BERWAJAH KERA Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi) Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
Wallahualam |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Fri 01 May 2009, 8:59 pm | |
| Pendaratan di Bulan Satu PenipuanLONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar. Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu. Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun. Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi. TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969. Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas. Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif. TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi. Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun. Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan. Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB). Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut. Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya. Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan. Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu. Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar. Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya. Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan. Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama. Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA. Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar. Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing. “Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill. Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata: “Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.” Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat. Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| | | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 20 May 2009, 11:04 am | |
| |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 20 May 2009, 11:09 am | |
| TEMPAT KERJA TAK BENAR KAN SOLAT |
| | | orkid Newbie
Number of posts : 49 Age : 45 Location : Shah Alam Registration date : 11/05/2009
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 20 May 2009, 11:16 am | |
| ada gak management yg cam ni..
ni nak kena buat laporan kat tribunal pengguna nih.. |
| | | jelitaayu Regular Customer
Number of posts : 209 Age : 53 Registration date : 10/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 27 May 2009, 3:03 pm | |
| la...dasatnya management. pe hal tak leh semayang plak.. ingat ini negara komunis ke haper.. |
| | | yummie_sue Ahli VIP
Number of posts : 1235 Age : 40 Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 28 May 2009, 10:01 am | |
| mmg worst management cmni... tp diharap pd pekerja2 musli,time solat,biar la kita solat je.. jgn lak lengah2kan masa dgn sembang2 dan tdo..ini akan mengambil waktu yg byk. dan akan menggangu masa kerja.mungkin sbb tu kompeni ni xkasi staff dia solat time keje.. tp secara peribadi,komen sue mmg xpatut la kompeni ni wat cmni kan... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sun 12 Jul 2009, 2:34 pm | |
| 10 wanita pewaris kekayaan keluarga Kedudukan pertama: Vanisha Mittal Bhatia - bakal mewarisi aset bernilai AS$103 bilion dari empayar besi milik bapa, ArcelorMittal. Kedudukan kedua: Isha Ambanie - pewaris empayar Reliance Industries, dengan aset bernilai AS$80 bilion. Kedudukan ketiga: Pia Singh - anak kepada K P Singh dan kini mempunyai aset bernilai AS$400 juta. Kedudukan keempat: Delphine Arnault-Gancia - anak kepada lelaki ke-13 terkaya di dunia bakal mewarisi aset bernilai AS$50 bilion. Kedudukan kelima: Marta Ortega Perez - bakal mewarisi aset bernilai AS$27.5 bilion. Kedudukan keenam: Anastasia Potanina - anak gadis Vladimir Potanin, pemilik empayar penerbitan, perbankan dan pemilikan tersohor Russia bakal memiliki aset bernilai AS$19.3 bilion. Kedudukan ketujuh dan kelapan: Georgina dan Emma, anak gadis Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg pewaris aset bernilai AS$11.5 bilion. Kedudukan kesembilan: Marina Berlusconi anak bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mewarisi empat anak syarikat Fininvest Group dengan aset bernilai AS$9.4 bilion selain aset dari Mondadori Group. Kedudukan kesepuluh: Samantha Kluge anak kepada mogul media kelahiran German-Amerika, John Kluge bakal memiliki aset bernilai AS$9.5 bilion. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa | |
| |
| | | | ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 4 of 4 | Go to page : 1, 2, 3, 4 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |