Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:29 pm

anybody home??
mai..mai berkampung kat cni pulak...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:30 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Untitl78

'Saya belum mahu berkahwin...'


TIADA angin, tiada ribut, penyanyi bersuara lunak, Samihah@Aisah Omar, 27, atau Misha Omar dikatakan sudah membuat tempahan baju pengantin, mekap dan juga lokasi persandingan lengkap dengan katering untuk hari bahagianya yang bakal berlangsung pada Februari 2010.

Sejauh mana kebenaran cerita ini? Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Adam & Hawa ini tidak terkejut apabila diminta menjelaskan kebenaran gosip yang diperkatakan itu.

Malah, Misha yang kini menjadi pengacara Sehati Sejiwa di RTM tidak menafikan ada membuat tinjauan dan bertanya kawan-kawan mengenai katering untuk majlis kahwin.

"Kebetulan ramai rakan saya sudah berkahwin tahun lepas termasuk teman rapat saya sendiri.

"Ada di kalangan mereka menasihatkan saya, kalau mahu kahwin lebih baik buat kajian dan merancang dari awal. Sebabnya majlis perkahwinan sekarang sudah jadi satu perniagaan dan kosnya mahal.

"Ditambah pula sekarang ini saya mengacarakan program Sehati Sejiwa dan ia membangkitkan rasa ingin tahu. Sebab itulah saya ada buat pertanyaan dengan beberapa pihak katering.

"Salah satunya Kuzi Catering, jurumekap dan pereka fesyen, tetapi semua itu hanya sekadar untuk pengetahuan saja.

"Langsung tiada kena-mengena dengan isu ingin mendirikan rumah tangga sebagaimana di uar-uarkan. Demi Allah, tiada majlis akan dilangsungkan pada Februari ini.

"Lagipun, tiada yang istimewa mengenai Februari yang boleh dikaitkan dengan saya. Kalau benar mahu berkahwin, tentu saja memilih tarikh yang bermakna dalam hidup saya. Misalnya Januari kerana bakal meraikan ulang tahun ke-28," katanya.

Apapun Misha tidak menafikan hatinya sudah dimiliki. Jejaka bertuah seusia dengannya itu adalah sahabat lama yang dikenali melalui teman-teman sekolahnya dulu.

Mereka berkongsi minat dan semangat yang sama dan inilah membuatkan perasaan cinta mudah terjalin.

Malah, teman lelaki Misha turut memahami dan menerima status penyanyi yang melonjak dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini sebagai ibu (angkat) kepada Muhammad Adam Emie, 3, yang dijaganya sejak kecil.

Mengenai panggilan istimewa Adam terhadap teman lelakinya itu, Misha enggan mendedahkannya.

Katanya, apa yang pasti Adam memanggil teman lelakinya itu dengan gelaran yang dihormati.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercerita soal peribadi terlalu banyak kerana enggan membuatkan keluarga teman lelaki berasa tidak selesa.

"Maklumlah, teman lelaki saya yang baru menamatkan pengajiannya dan baru saja hendak memulakan karier.

"Jadi saya tidak mahu apabila perkara sebegini dibangkitkan, seolah-olah saya mendesaknya.

"Sebab itulah saya keberatan hendak bercerita mengenai 'survey' yang saya buat. Saya takut bila artikel ini disiarkan nanti, dikatakan cuba memberi tekanan walhal seperti sudah dimaklumkan, saya lakukan itu hanya sebagai pengetahuan," katanya.

Bersedia melangkah ke alam perkahwinan, namun Misha lebih senang sekiranya pihak lelaki yang memperkatakan hal ini.

Misha juga menafikan isu kononnya dia sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangga.

"Setiap perkahwinan perlu didaftarkan. Kalau saya sudah berkahwin, pasti ada bukti. Isu berkahwin ini, sebenarnya saya dah lali kerana sejak dulu lagi ia diperkatakan.

"Entahlah, mengapa orang selalu ingat saya sudah berkahwin. Malah, ada yang kata dulu saya menyepi kerana melahirkan Adam.

"Mungkin kerana saya nampak matang sehingga mereka membuat pelbagai spekulasi.

"Kalau benar saya kahwin pasti orang kampung dah bercakap. Mungkin emak ayah saya pun dah lama tinggalkan kampung kerana panas dengan cakap-cakap orang. Iyalah, orang tua mana tidak malu kalau anak berkahwin secara rahsia.

"Tapi tidak kisahlah apa orang hendak kata, yang pasti saya belum kahwin dan sebagai wanita normal, tentu saja ingin berkahwin dan mempunyai keluarga. Cuma jodohnya belum tahu bila," katanya.

Mengenai kerjaya seni, Misha yang menang Lagu Terbaik (Nafas Cahaya) ciptaan M Nasir dan Allahyarham Loloq pada Anugerah Industri Muzik ke-16 Mei lalu berkata, ketika ini dia sibuk mengendalikan program Sehati Sejiwa terbitan TV1.

"Seperti biasa, persembahan pentas masih diteruskan sebagaimana sebelumnya. Jika tidak, dunia saya adalah di rumah, bermain dengan anak dan saya menjalani kehidupan sama saja sebagaimana orang lain.

"Mengenai perancangan album, saya hanya menunggu kata putus dari syarikat rakaman," katanya.

Selain itu, dia yang tercalon sebagai finalis Artis Wanita Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dijangka memeriahkan majlis itu di Jakarta, Indonesia pada 18 Julai ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:34 pm

Penjenamaan semula Nurul

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 28908310


PADA awal kemunculan penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab dalam bidang seni suara pertengahan 90-an, imejnya cukup sinonim dengan penampilan bersama bekas suami, Ajai. Walaupun sudah berpisah dengan Ajai lebih dua tahun lalu, peminat masih mengingati Nurul dengan penampilan asal.

Biarpun tanggapan peminat itu sukar dikikis, Nurul tetap bersabar mengharungi kehidupan baru secara solo. Nurul yang masih cinta pada nyanyian berusaha memberikan kelainan sama ada penghasilan album baru mahupun penampilan diri.

Dalam membina identiti sendiri, Nurul kembali menghasilkan album solo terbaru, Tika Cinta. Menariknya dalam album terbitan Metadome Sdn Bhd ini menampilkan empat lagu ciptaan komposer berpengalaman, Sharon Paul.

Mempertaruhkan single Tika Cinta ciptaan Sharon bersama Mable Lew, Nurul turut bekerjasama dengan penulis lirik Abie Abdullah menerusi Kala Hati, Fedtri Yahya (Sepenuh Jiwa), Tertutup Hati (Sulu Sarawak), Johar dan Johor Lucas (Jadikan Aku Bintang).

Bagi lagu Tangis Syukur, ia adalah ciptaan Tam Spider bersama Allahyarham Rosli Khamis (Loloq) manakala lagu Bukan Cermin Dihati menyaksikan Nurul menampilkan bakat sebagai komposer bersama Tam dan M Nasir. Kata Nurul, album kali ini masih mengekalkan genre pop seperti album sebelumnya.

“Kerjasama saya dengan komposer dalam album ini cukup serasi. Apa yang boleh saya simpulkan, komposer memberi jiwa pada lagu ciptaan mereka.

“Malah, dalam menghasilkan lagu yang memberi kepuasan, mereka juga merujuk pada personaliti saya untuk disesuaikan dengan kisah sesebuah lagu. Seperti Sharon, dia kreatif dan mempunyai sentuhan muzik berbeza yang saya suka.

“Sebenarnya, ada banyak lagu yang saya dapat untuk album baru ini. Bagaimanapun, saya hanya pilih tujuh lagu terbaik untuk dimuatkan.

“Walaupun album saya kali ini masih menggunakan genre yang sama, tetapi kelainan dapat dilihat pada susunan muzik yang ditampilkan,” katanya.

Nurul yang berkesempatan menyanyikan beberapa lagu baru sempena pelancaran albumnya di Kuala Lumpur baru-baru ini, membuktikan masih mempunyai vokal mantap dan mampu memberi kejutan buat peminat. Di sebalik kerancakan mempromosikan album baru ini, Nurul tidak terkecuali sering diaju pertanyaan peribadi.


Kata Nurul, 31, soal dia dikatakan lebih seksi selepas berstatus janda bukan perkara sensitif yang perlu diperbesarkan. Nurul mengakui dia berubah penampilan menjadi seksi mengikut kesesuaian dengan imej album solo. Namun, dia masih tahu batas penampilan diri agar tidak keterlaluan hingga menjolok mata.

“Anak saya sendiri tidak mempunyai masalah mengenai penampilan baru saya yang seksi. Sebagai artis dan ibu, saya tahu tanggungjawab untuk memberi contoh baik kepada anak dan peminat.

“Pada saya, perubahan imej saya banyak bergantung pada mood. Buat masa ini, saya selesa dengan imej begini dan saya juga mendapat pandangan syarikat rakaman dan beberapa individu yang rapat dengan saya.

“Mungkin orang yang pertama kali melihat penampilan baru saya, mereka terkejut. Sebaliknya, saya berpandangan jika imej seksi, tetapi mempunyai lagu yang bagus, peminat boleh terima.

“Namun, apa yang penting saya mahu tampilkan mood gembira untuk album kali ini. Walaupun sebelum ini saya sering tampil duet dengan Ajai, kini saya perlu melakukan penjenamaan semula pada kemunculan diri saya di khalayak.

“Apapun, saya faham dengan pandangan peminat yang berbeza mengenai saya. Apa yang saya harapkan peminat menerima saya seadanya dan saya gembira bila kemunculan solo saya sejak tiga tahun ini masih menerima sokongan peminat yang kuat,” katanya.

Mengenai nyanyian, dia masih memberi keutamaan kepada nyanyian biarpun sebelum ini kerap berlakon beberapa drama seperti E-Toyol.com yang ditayangkan di TV9. Katanya, dia hanya berlakon bila mempunyai masa lapang. Di sebalik kisah kerjaya, Nurul tidak menafikan dia kini bahagia menemui cinta baru.

Enggan bercerita lanjut dan mendedahkan siapa lelaki bertuah yang berjaya menambat hatinya, Nurul hanya menyatakan mereka masih di peringkat awal perkenalan. Namun, mereka belum lagi memikirkan soal kahwin, tetapi sekadar menyerahkan kepada jodoh menentukan hala tuju percintaan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 1:42 pm

Elliza ingin berduet dengan Faizal Tahir

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 434


MELIHAT keletahnya sebagai Dania dalam drama bersiri Kisah Kaisara, mungkin ramai tidak mengetahui atau terlupa pembabitan awal gadis genit ini bermula dari satu program realiti berkonsep nyanyian.

Menjadi peserta pertama Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang disingkirkan, tidak sedikit pun meninggalkan rasa kekesalan di hati Elliza Abdul Razak.

Baginya walaupun tidak berjaya mencapai impian menjadi juara AF, namun itu bukanlah titik noktah kepada perjuangan untuk mengukir nama sebagai insan seni.

Buktinya karier gadis kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini semakin menyinari atau lebih cerah di pentas lakonan berbanding dunia muzik tempatan.

Bukan kerana sudah tidak berminat pada nyanyian, tetapi adik kepada Ellina yang pernah popular dengan lagu duet Kain Pelekat bersama Anuar Zain ini mempunyai agenda tersendiri dalam merencanakan perjalanan karier seninya.

Beritahu Elliza, dia tidak mahu cuma menunggu atau tertumpu pada satu aliran saja tanpa mempelbagaikan penjanaan karier seninya.

Walaupun kini bergelar pelakon, namun tidak pernah terlintas di fikiran Elliza untuk melupakan bidang nyanyian.

Kalau boleh, dia mahu memberikan tumpuan terhadap kedua-dua kerjayanya itu.

"Saya dibesarkan dalam irama serta melodi muzik dan mana mungkin saya sanggup tinggalkan bidang nyanyian semata-mata kerana lakonan.

"Lagipun, sejak dari kecil lagi saya menyanyi dan hingga saat ini minat melakari pentas muzik tempatan masih menebal dalam diri serta tidak sedikit pun luntur dek masa.

"Pembabitan dalam dunia lakonan baru saja bermula itupun sekadar menemani rakan menghadirkan diri sesi uji bakat Impian Illiyana.

"Tetapi, sementara menunggu, saya juga mengambil kesempatan untuk turut serta mencuba nasib dan tidak sangkalah pula berjaya.

"Bertitik mula dari situ, saya semakin aktif mendapat tawaran berlakon.

"Saya tidak mahu menyempitkan perjuangan pada satu bidang saja kerana dunia seni ini luas dan pelbagai cabang boleh diceburi.

"Lagipun, impian saya bergelar anak seni dan bukan menjurus kepada karier sebagai penyanyi saja.

"Tambahan pula untuk menerbitkan album, dana yang diperlukan bukannya sedikit, malah jumlahnya besar.

"Saya pula mengambil insentif untuk bergerak sendiri kerana yakin pengurusan sedemikian memberi banyak ruang kepada artis berkarya.

"Justeru, melalui rezeki lakonan saya kumpul wang sedikit demi sedikit bagi merealisasikan impian menerbitkan album sendiri satu hari nanti. Walaupun mengambil masa lambat, saya tetap akan mengeluarkan album juga nanti," katanya.

Ditanya mengenai pasaran album yang tidak memuaskan, jelas Elliza, ia adalah antara sebab utama yang membantutkan hasratnya menerbitkan album di kala ekonomi dunia meruntum duka.

"Selain aktif mengumpul dana, pasaran muzik yang tidak menentu ketika ini menyebabkan saya fikir dua tiga kali sebelum mengambil langkah komited mengeluarkan album. "Bukan apa, saya bergerak sendiri dan tanggungan itu akan lebih dirasai jika salah pencaturan.

"Justeru, saya fikir lebih baik saya keluar dengan single dulu kemudian dituruti dengan mini album dan barulah album penuh untuk memantau keadaan pasaran.

"Bagaimanapun, apabila sudah sampai saatnya, saya begitu teringin sekali berduet lagu dengan Faizal Tahir.

"Pada saya, dia bukan saja mempunyai suara yang lantang, tetapi merdu dan berjaya menghalusi irama melodi dengan baik," kata penyanyi yang pernah berduet dengan Ahli Fikir dalam lagu AEIOU.

Menyentuh mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, akui Elliza walaupun sudah berlakon banyak drama namun dia belum puas dengan lakonannya dan mahu mencuba pelbagai watak yang lebih mencabar.

"Saya percaya mereka yang terbabit dalam bidang ini tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang dikecapi.

"Jadi, saya ingin mempelbagaikan watak yang berbeza dengan apa yang selalu saya lakonkan.

"Pembabitan saya menerusi Kisah Kaisara meninggalkan kesan besar dalam diri saya. Drama itu sudah memasuki musim ketiga, walaupun mengekalkan hampir semua pelakonnya, karakter drama bersiri berkenaan ternyata semakin berkembang dan menarik," katanya.

Drama lain lakonan gadis genit ini ialah Impian Illiyana musim kedua dan ketiga, Adam & Restumu Ibu dan Blogger Boy.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 3:14 pm

Nazrey Johani jadi Taukey Minyak

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Raihan11


Nazrey Johani kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak pelincir. Kali terakhir penulis nampak Nazrey ketika penulis menuntut di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, waktu itu Nazrey dijemput untuk membuat nashid amal. Peh, sekarang dah jadi bos/taukey minyak lo sebelum ini taukey kesihatan. Syarikat minyak Nazrey ini memulakan operasi perniagaan di bawah syarikatnya, Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd., selain bertindak sebagai pengarah, Nazrey juga merupakan duta kepada minyak berjenama Titan Power Motor Oil (Titan Power).

Nazrey yang masih lagi mengekalkan konsep dakwah memberitahu, perniagaan tersebut diusahakannya demi menyahut cabaran menjalankan perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Islam.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Raihan10


"Syarikat saya (Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd.) baru sahaja ditubuhkan pada 6 April lalu dan operasi jualan produk Titan Power dimulakan pada 15 April. Apa yang boleh saya katakan, sambutan untuk produk ini amat menggalakkan malah di luar jangkaan apabila baru sebulan dipasarkan, telah mengumpul lebih 500 orang agen di negara ini.

"Daripada pemerhatian saya, perniagaan sebegini seolah-olah tidak diterajui langsung oleh orang Melayu khususnya orang Islam. Jadi kekosongan itu saya cuba isi untuk membantu saudara sesama Islam yang berminat menjalankan perniagaan dengan membuka peluang mereka sebagai agen pemasaran," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 3:15 pm

Hp Jul Tiada Video Lucah Farawahida

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Faraw11


Penulis terbaca akhbar Harian Metro Online hari ini melaporkan bahawa pihak polis tidak menemui apa-apa jenis sebarang gambar mahupun video lucah atau SMS berbaur ugutan dalam telefon bimbit pribadi kepunyaan Julfekar atau lebih dikenali sebagai pengurus Farawahida. (Secara logik akal dalam apa situasi, benda (video/gambar) yang sensitif memang lah kena dibuang/simpan ke server lamanweb/pc sebelum pihak berwajib mahu memerikasanya).

Namun, telefon tersebut akan dihantar ke pihak forensik untuk siasatan lebih terperinci. Selain itu, pihak polis turut akan mendapatkan bantuan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk melihat jika terdapat mana-mana kandungan telefon tersebut yang telah dipadamkan (kalau yang bab ini mungkin SMS yang dipadam mungkin dapat disiasat, tapi bab format telefon bimbit dan data-data, mungkin agak sukar sikit).

Imbas kembali pada 1 Julai lalu, Farawahida telah membuat laporan polis mendakwa Julfekar telah mengugut untuk mengedarkan gambar dan video lucahnya jika dia enggan menyambung kontrak dengan syarikatnya. Apa-apa pun berani kerana benar, kalau Farawahida benar dan percaya benda itu benar-benar tiada/tidak wujud, buat apa nak resah gelisah sampai nak report polis, penulis naik hairan pula, kalau ancaman bunuh, itu lain ceritalah. (kan dah kantoi)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:00 pm

H1N1: Pengacara TV Kena Kuarantin

KL, 9 JULAI 2009: Makin hari, makin ramai telah dijangkiti Influenza A atau H1N1. Dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa, ribuan orang telah menghidap selesema yang telah menjadi wabak di seluruh dunia itu.

Dalam pada kita memerangi dan cuba mengawal H1N1, jangan ingat golongan glamour macam artis tidak terlepas daripada dijangkiti virus merbahaya itu. Malah golongan artis antara kelompok manusia yang banyak bergaul dengan masyarakat dalam menjalankan tugas seharian mereka.

Terbaru yang Murai Batu dengar, seorang pengacara TV tempatan telah membuat pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan minggu ini dan disyaki menghidap H1N1. Dia sedang menunggu keputusan ujian H1N1 oleh pakar perubatan untuk mengetahui sama ada dia benar-benar dijangkiti atau hanya deman biasa.

Sumber yang rapat dengan pengacara itu ,minggu lepas dia juga telah berada di Singapura selama 3 hari dan terbang pulang dengan sebuah pesawat. Pulang ke sini, dia telah mengalami demam panas dengan suhu badan tinggi, selesema, batuk-batuk dan sengal-sengal badan. Awalnya telah mendapatkan rawatan di klinik biasa.

"Pengacara tu seorang yang workaholic dan tidak suka mengambil cuti. Demi tugas yang banyak, dia gagahkan juga diri untuk bekerja hinggalah satu ketika hampir pitam semasa membuat latihan untuk satu persembahan. Akhirnya, apabila menyedari demam itu tidak pulih-pulih selain mahukan kepastian, dia akhirnya telah pergi ke hospital kerajaan kelmarin untuk membuat ujian H1NI.

"Buat masa ini sementara menunggu sah daripada pihak hospital esok, dia dikuarantinkan dulu di rumahnya. Segala langkah keselamatan sedang dilaksanakan oleh pengacara itu agar keadaan tidak melarat," kata sumber itu.

Jadi di sini, Murai Batu berpesan kepada semua termasuk diri sendiri agar kita sentiasa berwaspada dengan wabak yang merbahaya itu sepanjang masa. Ikutlah arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan agar kita sama-sama dapat membasmi penyakit itu daripada terus merebak.

MURAI BATU: Susah hati juga memikirkan rakan-rakan yang terpaksa keluar membuat liputan tugas di luar negara termasuk Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta minggu depan. Insya-Allah, kalau sentiasa berjaga-jaga, kita akan selamat selalu.

TERKINI: Selepas menjalani ujian H1N1 itu, semalam Murai Batu dimaklumkan bahawa pengacara TV terbabit memang disahkan menghidap penyakit itu. Beliau kini sedang mendapatkan rawatan khas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keadaannya semakin pulih. Sementara itu, beberapa artis dan krew yang rapat dengan pengacara terbabit juga telah mendapatkan rawatan di hospital. Kita doakan agar semuanya selamat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:01 pm

Zainal Alam Kadir kena H1N1?
Selebriti Dijangkiti H1N1


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 12142010


Sejak kebelakangan ini, satu dunia kecoh mengenai virus H1N1 atau nama mudahnya, selsema babi. Di Malaysia, jangkitan H1N1 ini sudah diisytiharkan sebagai epidemik berbahaya.

Terbaru, GUA dengar seorang selebriti tempatan, Zainal Alam Kadir merupakan salah seorang mangsa yang dijangkiti virus itu. Dia kini dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari. Sekiranya kesihatannya bertambah teruk, dia mungkin akan dikuarantin untuk tempoh lebih lama lagi.

Alam mula merasai perubahan kesihatan sejak pulang dari Singapura minggu lepas. Batuk serta lemah fizikal badan merupakan antara simptom yang dialaminya. Malah, dia yakin dijangkiti virus itu ketika berada di Lapangan Terbang Changi atau di KLIA memandangkan rakan-rakanya di Singapura tidak dijangkiti virus itu.

Walaupun pada mulanya menjangka hanya sakit biasa, dia tidak dapat menolak ujian yang ditempuhinya kini. Sebelum dibawa ke hospital, Alam terlebih dulu dikuarantin di rumah dan dilarang bertemu sesiapapun.

Gara-gara dijangkiti virus itu, rakan-rakan artis yang membuat persembahan bersama turut disiasat oleh pihak hospital. Semoga Alam cepat sembuh!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:17 pm

Kami bukan artis karnival – Ifa Raziah

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Ne_04_20
IFA (kiri) bersama Roslan dan Fazli (kanan) berbincang mengenai nasib mereka yang seperti tidak dibela dalam kunjungan ke pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur kelmarin


KUALA LUMPUR – Tiga orang artis kecewa apabila dipersalahkan atas dakwaan terlalu mengejar undangan nyanyian secara membuta tuli sehingga akhirnya diperdayakan.

Itulah perasaan Ifa Raziah, Fazli Zainal dan Roslan Shah terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Datuk A. Rahman Hassan.

Menurut Ifa, A. Rahman sepatutnya tidak membuat tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan semangat mereka.

“Sebagai orang lama dalam industri seni, saya akui ada kebenaran kata-katanya itu cuma saya rasa kesal apabila beliau tidak memberikan maklum balas bagi menyelesaikan masalah kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ifa mengulas kenyataan A. Rahman yang juga Presiden Majlis Perundingan Industri Hiburan dan Kesenian Tanah Air mengenai kes beberapa artis termasuk beliau dianiaya di Taiping baru-baru ini dengan mendakwa golongan artis juga patut dipersalahkan.

Bagi Ifa, A. Rahman telah menjatuhkan standard mereka seolah-olah mereka sekadar penyanyi karnival.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:26 pm

Ulang tahun ke-10 Dayang

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01124


BERBEKALKAN bakat seni yang ada, Dayang Nurfaizah berjaya mengukuhkan namanya sebagai antara penyanyi wanita terbaik negara ini. Memiliki vokal yang berbeza daripada penyanyi wanita yang sedia ada membuktikan kehadiran anak jati Bumi Kenyalang ini diterima dengan baik.

Populariti bukanlah agenda utamanya dalam bidang seni sebaliknya pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini mahu berkongsi bakatnya dengan masyarakat serta peminat yang tidak pernah lelah menyokongnya.

Berkat sokongan peminatnya itu jugalah dia berjaya mempertahankan kedudukannya di persada seni tanah air apabila tahun ini menandakan genap sedekad dia melayari bahtera seninya.

Bertemu dengan Dayang baru-baru ini, ternyata dari raut wajahnya terbit rona bahagia dan ceria tatkala diajak berbicara tentang perjalanan seninya yang penuh warna-warni itu.

Masakan tidak, di sebalik kilauan dan limpahan glamor yang menguliti dirinya, siapa pernah menyangka namanya pernah terpalit kontroversi ekoran perang dingin antara dirinya dengan bekas pengurusan syarikat rakamannya satu ketika dulu.

Sedangkan, Dayang merupakan antara penyanyi wanita tempatan yang begitu bersih daripada segala gosip. Turun naik mahkamah untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku itu hampir meranapkan karier seninya yang ketika itu sedang berbunga mekar.

Asam garam


Namun, itu semua asam garam dunia seni yang perlu ditempuhi Dayang. Dia sendiri mengakui, apa sahaja yang berlaku sepanjang 10 tahun bergelar penyanyi merupakan pengalaman terbaik untuk dia terus menggilap namanya.

"Saya banyak belajar untuk memperbaiki kesilapan saya dalam usaha untuk saya terus mengukuhkan nama saya sehingga kini.

"Pelayaran seni saya bukanlah semudah yang disangka dan saya belajar dari bawah untuk menjadi Dayang Nurfaizah seperti mana yang anda lihat hari ini.

"Sepuluh tahun dalam industri membuktikan saya masih lagi diterima dengan baik dan itu sudah cukup membuatkan saya terharu serta gembira dengan sokongan yang diberikan," katanya dalam nada bersungguh.

Dayang ditemui sewaktu majlis sidang media persembahannya, Rock With Dayang di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, anak kepada pasangan Awang Dowty Awang Fauzi dan Nona Nahrawi ini tertawa sendiri apabila mengenangkan dirinya sewaktu mula-mula menjadi artis.

"Saya sendiri rasa susah sangat menjadi artis. Mana tidaknya, setiap kali bertemu dengan media pasti saya akan memberikan jawapan ringkas. Sepatah tanya, sepatahlah saya jawab.

"Semuanya adalah kerana sifat malu yang menebal dalam diri saya dan sehingga kini pun, perasaan itu masih ada tetapi sudah makin berkurangan. Saya ini bukannya jenis yang suka menonjolkan diri tanpa sembarangan.

"Tetapi kematangan saya banyak merubah diri saya. Bukan dari segi personaliti dan imej tetapi muzik yang saya tampilkan juga. Malah, ia telah menambahkan keyakinan diri saya sendiri namun, saya masih berpijak di bumi nyata," ujarnya.

Mendaki populariti

Sekadar menyingkap sejarah, Dayang mula mengorak langkah seninya sebaik sahaja dia bergelar juara Golden Teen Search 1997, sebuah pertandingan nyanyian terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Peluang untuk Dayang merakamkan vokal hanya menjelma dua tahun selepas itu apabila BMG Music Entertainment (kini Sony Music Entertainment) menerbitkan album perdananya, Dayang Nurfaizah ketika usianya baru 18 tahun.

Lagu-lagu seperti Hakikat Cinta dan Kembalilah Sayang yang dimuatkan dalam albumnya itu telah berjaya meletakkan namanya di persada seni tanah air sekali gus mengangkat namanya sebagai bakat baru yang seharusnya diberikan perhatian.

Berbekalkan album perdananya itu juga, dia berjaya diletakkan sebagai lima calon terbaik dalam kategori Artis Baru Terbaik AIM 2000. Sayangnya kejayaan tidak berpihak kepadanya apabila dia tewas kepada Shawn Baharin.

Meneruskan perjalanan seninya, dia muncul dengan album keduanya, Seandainya Masih Ada Cinta yang turut memuatkan lagu berhantunya itu pada tahun 2001.

Populariti lagu ciptaan Ajai dan Syed ENV itu telah berjaya memperkasakan kedudukannya di dalam industri sekali gus melonjakkan nama serta karier seninya.

Impak daripada lagu itu juga berjaya membuahkan hasil apabila memenangi tiga anugerah utama dalam tiga acara anugerah berbeza pada tahun berikutnya iaitu Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Industri Muzik.

Untuk terus mengukuhkan legasi seninya, Dayang telah menghasilkan empat buah album selepas itu iaitu Hembusan Asmara (2002), Dayang Sayang Kamu (2004), Kasih (2006) dan Dayang 2007 (2007).

Yang terbaru adalah album Dayang Live iaitu album yang telah dirakamkan secara langsung daripada persembahan yang pernah dilakukannya sewaktu beraksi di Planet Hollywood tahun lalu yang memuatkan single terbaru, Pulang.

Album baru

Berbicara perkembangan terkini dan menyentuh mengenai album, Dayang dengan penuh teruja memberitahu, dia kini sibuk dengan pencarian material untuk album studionya yang ketujuhnya.

Bakal dipasarkan menjelang hujung tahun ini, penyanyi yang dilahirkan pada 20 Julai 1981 ini memaklumkan bahawa konsep albumnya kali ini akan berbeza dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Menyedari muzik itu umpama fesyen yang sering sahaja mengalami perubahan, begitulah apa yang cuba diterapkan Dayang menerusi albumnya kali ini.

Mahu tampil dengan album yang bernuansakan R&B yang menjadi idamannya sejak sekian lama, Dayang menjelaskan, dia bakal bekerjasama dengan komposer-komposer baru selain beberapa nama popular yang lain.

"Saya sedar dan ramai yang memberikan pandangan tentang perubahan muzik dalam setiap album saya tetapi itu semua adalah lambang kematangan saya dalam industri.

"Saya tidak mahu tampil dengan muzik yang sama kerana tidak mahu peminat akan bosan. Namun segala kritikan yang saya terima itu saya ambil dan aplikasi dalam pembikinan album saya seterusnya.

"Ada yang mahu saya tampil dengan konsep album terdahulu tetapi saya perlu memperbaharui muzik saya setiap masa agar ia kedengaran segar dan baru," jelasnya sambil mengakui agak sukar untuk mencari lagu yang benar-benar memberikan impak seperti mana lagu-lagunya yang terdahulu.

Untuk albumnya kali ini juga, dia turut berkongsi buah fikirannya kepada komposer dan penerbit albumnya, Jenny Chin berhubung keinginan dan kehendaknya dalam mewarnai album itu nanti.

Idam konsert


Jauh di sudut hati penyanyi yang memiliki vokal serak-serak basah ini, dia terlalu mengidamkan untuk beraksi dalam sebuah konsert berskala besar.

Sedekad menjadi penyanyi sudah dikira cukup matang untuk Dayang membuat persembahan di tempat yang lebih besar dan tidak lagi hanya di pentas kecil.

"Saya sedar untuk membuat satu konsert bukanlah mudah. Namun saya tidak pernah berputus asa untuk mencuba kerana membuat persembahan di dalam sebuah konsert sudah menjadi idaman saya sejak menjadi penyanyi.

"Perancangan untuk mengadakan konsert memang ada dan kini saya dan pihak pengurusan sedang merangka kertas kerja. Siapa tahu, kalau semuanya berjalan lancar, dapatlah saya buat sebuah konsert," ujarnya penuh harapan.

Menyedari populariti Dayang yang mampu bertahan sehingga kini telah mendorong Hard Rock Cafe mengundangnya mengadakan persembahan sulungnya di situ pada 19 Julai ini.

Diberi nama Rock With Dayang, ia juga adalah untuk menyambut hari lahirnya yang ke-28 dan dia mahu meraikannya dengan peminat-peminat setianya.

"Sudah enam tahun saya membuat persembahan dan menyambut hari lahir dengan peminat. Kali ini saya akan mempersembahkan sebuah persembahan yang berbeza.

"Selain daripada lagu-lagu kegemaran peminat, saya juga akan menyanyikan rangkaian lagu-lagu yang amat saya suka namun tidak pernah berpeluang menyanyikannya.

"Bukan itu sahaja, ada kejutan lain yang akan saya lakukan. Kalau peminat nak tahu, mereka kena datang pada malam itu nanti," jelasnya.

Bagi mereka yang mahu menyaksikan Rock With Dayang, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM40. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2715 5555.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:30 pm

Isu muflis suami Zakiah Anas selesai

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Zakiah11


- Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa isu status muflis suami personaliti TV3, Zakiah Anas selesai dan pelepasan daripada Pengarah Jabatan Insolvensi tidak diperlukan untuk memulakan prosiding cerai taklik pasangan itu.

Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali menetapkan demikian selepas peguam syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili Zakiah selaku plaintif memaklumkan bahawa dia dan peguam defendan, Fakhrul Azman Abu Hasan bersetuju untuk tidak memanjangkan perkara itu.

Berikutan itu, kedua-dua pihak diarahkan membuat persediaan dengan menyiapkan dokumen-dokumen iaitu ikatan pengakuan, kenyataan yang dipersetujui dan kenyataan yang tidak dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

Selepas mendapatkan pandangan Rubiah dan Fakhrul Azman, Kamarulzaman menetapkan 1 September ini untuk sebutan semula kes itu bagi menetapkan tarikh bicara.

Terdahulu, Rubiah memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan status muflis Mohamed Yusoff Mohamed Taib kerana tuntutan plaintif dan defendan hanya melibatkan soal nikah cerai.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Zakiah12


Selain itu, jelas beliau, prosiding tersebut tidak melibatkan pihak ketiga iaitu pihak yang mengeluarkan pinjaman atau pemberi hutang.

Fakhrul Azman pula memaklumkan, anak guamnya yang hanya bertindak sebagai penjamin telah menemui Jabatan Insolvensi untuk menjelaskan hutang terlibat dan permohonan pembatalan ditetapkan pada 11 Ogos ini.

Sebelum ini, Rubiah memaklumkan maklumat hasil carian rasmi di jabatan tersebut pada 15 Mei lalu, mendapati Mohamed Yusoff telah diisytihar muflis sejak 5 Mac 2003 iaitu lebih enam tahun lalu.

Beliau membangkitkan sama ada Mohamed Yusoff boleh membuat sebarang tindakan di mahkamah kerana beliau terikat dengan peruntukan mengikut Seksyen 38, Akta Kebankrapan 1967.

Seksyen tersebut menyebut seseorang muflis tidak layak untuk menyenggarakan sebarang tindakan (kecuali tindakan untuk ganti rugi berkenaan kecederaan terhadap dirinya) tanpa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.

Zakiah, 42, memfailkan permohonan cerai taklik terhadap Mohamed Yusof, 46, mengikut Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Zakiah pada mulanya memfailkan permohonan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 di bawah Enakmen tersebut.

Selepas tuntutan itu gagal, beliau memindanya kepada tuntutan fasakh di bawah Seksyen 53 Enakmen yang sama sebelum menuntut cerai taklik.

Kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir pada prosiding hari ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:37 pm

Catriona Ross & Shaharuddin

Ikat janji setelah 4 tahun terpisah


pERTEMUAN KALI pERTAMA BERLALU BEgITU SAHAJA. TIDAK ADA CINTA yANg BERBUNgA NAMUN ALLAH S.W.T. TELAH MERENCANAKAN SEgALA-gALANyA. EMpAT TAHUN KEMUDIANNyA, SETELAH SEKIAN LAMA TERpISAH, KEDUA-DUA pASANgAN INI BERTEMU KEMBALI LALU MENgIKAT JANJI UNTUK SEHIDUp SEMATI.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Terkin23


Bagi aktres tanah air, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross, 29 tahun, dia tertarik hati kepada Shaharuddin Mokhtaruddin, 30 tahun kerana sikapnya yang begitu mengambil berat pada dirinya terutama ketika dia dalam proses pemulihan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada April 2007 di Kilometer 230.8 Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Hentian Sebelah Pedas/Linggi, Negeri Sembilan.

“Saya mengalami kemalangan yang teruk, malah ramai yang berkata saya tidak akan pulih dan kembali seperti sedia kala. Dalam tempoh pemulihan tersebut, saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi penggambaran bersama kru untuk program AC Di Sini, manakala Shaha pula merupakan penerbit untuk rancangan tersebut,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Cat.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Terkin22


Keinginan untuk mengenali Cat dengan lebih rapat, mendorong Shaharuddin mendapatkan nombor telefon Cat daripada seorang rakan. Bermula daripada pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit Cat, mereka menjadi sahabat malah di awal perkenalan, Shahruddin terbang ke Kota Bharu semata-mata untuk menyerahkan salinan pita rakaman, sedangkan ia boleh dihantarkan melalui pos.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini, walaupun tempoh perkenalan begitu singkat, keserasian di antara kedua-dua anak sulung ini telah menemukan jodoh mereka dan hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah keluarga. “Saya tidak menyangka ketika saya masih bertongkat dan tidak pasti akan nasib saya sendiri, ada lelaki yang bersungguh-sungguh mendekati saya dan tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Terkin21


“Saya bersyukur atas kurniaan Allah S.W.T dan terharu dengan penerimaan Shaharudin terhadap diri saya yang belum sihat sepenuhnya ketika itu. Dia begitu prihatin dan memberi semangat supaya saya cepat sembuh. Malah kesanggupannya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu menunjukkan kesungguhannya untuk merapati saya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:43 pm

Konsert ‘Satu’ Dato’ Siti Nurhaliza sebak kenang arwah ayah

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Cover112


Bukan itu sahaja, kredibilitinya beraksi di atas pentas untuk tempoh hampir 3 jam begitu memukau hadirin yang hadir. Kembali bekerjasama dengan syarikat komunikasi ternama, Maxis yang turut bertindak selaku penaja utama konsert, memberi satu lagi kelebihan buat biduanita muda ini apabila mendapat sokongan penuh sepanjang konsert berlangsung sama ada dari mula perancangan sehinggalah pada malam persembahan.

Biarpun pernah beraksi di pentas bertaraf antarabangsa tersebut, namun penampilannya kali ini dilihat eksklusif dan tersendiri kerana Siti hanya menyanyikan rangkaian lagu-lagu popularnya yang pernah meniti di bibir peminat selama 14 tahun penglibatannya dalam dunia seni tanah air. Cuba lari dari kebiasaan persembahannya sebelum ini, emosi, rekaan grafik, dan gerak tari digabungkan menjadi satu sebagai penguat persembahan. Selain berhibur, namun penonton juga turut merasai kesedihan Siti apabila dia sebak dan mengalirkan air mata saat menyebut nama arwah ayahnya.

“Siti bersyukur sangat kerana apa yang Siti impikan akhirnya terlaksana juga. Persembahan kali ini Siti meletakkannya di satu tahap berbeza kerana setiap slot dan lagu itu Siti sampaikan dalam bentuk emosi berbeza yang mana merangkumi saat Siti mula terlibat dalam bidang seni sehinggalah sekarang,” kata Siti yang ditemui selepas konsert berlangsung.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:45 pm

“Saya serius dengan dia” – Misha Omar

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Cover213


Rupa-rupanya Misha mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang lelaki yang muda 6 bulan dari umurnya. Misha mengatakan sudah pun mengenali jejaka ini hampir tiga tahun dan mula serius dua tahun kebelakangan itu. “Saya selesa dengannya... Walaupun dia muda 6 tahun daripada saya tetapi dia matang dalam membuat keputusan. Kami mula berkenalan secara tidak sengaja di dalam satu majlis yang dianjurkan oleh seorang rakan. Kiranya ini adalah perkenalan kawan atas kawan. Latar belakang dia bukannya dari dunia hiburan. Dia hanyalah seorang kakitangan awam yang bertugas di salah sebuah syarikat di ibu kota.

“Kami dah tiga tahun berkenalan tapi saya akui kami jarang dapat bertemu kerana kesibukan kerja. Dia selalu pergi keluar Negara untuk menghadiri mesyuarat dan saya pula sentiasa sibuk dengan ‘show’ di sana sini. “Kerana itu kami selalu mencari masa yang sesuai untuk berjumpa. Dalam hubungan ini saya akui tidak mahu sangat berharap kerana masing-masing pernah kecewa dengan percintaan dahulu. Tetapi keluarga masing-masing sudah tahu akan percintaan kami berdua,” cerita Misha.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:49 pm

Dayang Nurfaizah susah dapat jodoh?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Panas112


Leka dengan dunia seninya, Dayang bagaikan lupa untuk memikirkan masa depan dirinya. Memandangkan usianya hampir menjangkau 30an, penulis sempat bertanya kepada Dayang tentang jodohnya. “Saya tak pernah terfikir ke arah itu. Tak terasa umur saya dah nak dekat 30 tahun. Sebabnya saya sibuk dengan kerja,” ujar Dayang penuh manja. Diajukan pula tidakkah dia takut bergelar andartu, Dayang sambil tersenyum menjelaskan, mungkin orang di luar sana ingat artis senang nak dapat jodoh.

“Tapi macam mana mereka nak rapat dengan saya sebabnya saya ni sentiasa sibuk. Jadual saya yang ketat pastinya tidak boleh memberi komitmen kepada pasangan. Kalau boleh memilih saya nak teman istimewa yang bukan di kalangan mereka yang terlibat di dalam dunia seni,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:50 pm

Juliana Evans nafi dicium?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Panas212


Keberanian selebriti memuat turun gambar peribadi dalam akaun internet jaringan social membuatkan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan gambar tersebut kepada umum. Paling sensasi apabila MH menerima kiriman e-mel gambar pelakon muda yang semakin meningkat naik, Juliana Evans seolah-olah pipinya dicium vokal utama Bunkface, Sam. Apabila diajukan persoalan ini pada artis wanita ini, sepantasnya dia menafikan perkara tersebut.

“Sebenarnya itu gambar peribadi yang muat turun dalam akaun ‘Twitter’ dan ada yang telah mengambil dan menyebarkannya di Internet. Sebenarnya saya selesa menggunakan medium itu untuk berinteraksi dengan semua teman dan peminat. Pun begitu, saya baru sedar, ada yang telah mengambil kesempatan dan seolah-olah mahu menjejaskan reputasi saya,” ujarnya panjang lebar menjelaskan keadaan.

Pelakon jelita yang bakal muncul dengan filem ‘Adik Manja Return’ dan merupakan pengacara musim terbaru ‘Gadis Melayu’ (TV9) ini turut menjelaskan, “Mengenai penerimaan pro dan kontra peminat-peminat yang melihat gambar itu, ingin saya katakan itu terserah pada penilaian masing-masing. Saya tak kisah apa yang mereka akan katakan, asalkan keluarga dan teman terdekat tahu siapa diri saya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:53 pm

(Gambar Lama)EMPAT finalis kategori Pengacara TV Wanita Popular iaitu Norzie
(kirisekali), Cheryl (duduk),Maria (berdiri tengah) dan Zakiah Anas.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 16tv310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 4:54 pm

Shafnie Zainuddin
"Syafnie temui cinta baru bangkit demi anak-anak"


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Cover-11


Shafnie Zainuddin, 33, tidak pernah menyesali apa yang dilaluinya. Sepahit mana pun pengalaman hidupnya, dia terus melangkah kerana baginya masa depan anak-anaknya lebih penting. Kehidupan perlu diteruskan dan dia tidak akan menoleh lagi ke belakang.

Ketika menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk merakamkan wajahnya sebagai penghias wajah NUR, dia sempat menyuarakan agar kisah perceraiannya tidak disentuh kerana sudah bosan dengannya. Kehadirannya di studio polos tanpa solekan tetap mendapat perhatian. Masih cantik seperti dulu. Dengan ketinggian 175 sentimeter, Shafnie mempunyai kelebihan bergelar model dan ternyata tidak pernah mensia-siakan kurniaan tuhan itu. Dia sering menjadi model untuk memperagakan busana Muslimah.

Syafnie hari ini sudah tidak sama lagi dengan Syafnie yang dulu. Dia lebih tabah dan kuat. Kini dia ingin memastikan kehidupan bersama dua anak lelakinya lebih baik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:00 pm

IKON CELCOM

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp277

Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Maya KArin dan Aaron Aziz
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:03 pm


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 26404_10

Gambar ini diambil semasa aku holidayPenang pada 25 Januari 2009. Terserempak dgn Scha Al- Yahya dan Fahrin Ahmad semasa hendak menjamu selera di Padang Kota. Kata Fahrin tujuan mereka ke Penang kerana menghadiri majlis kahwin saudara. Scha & Fahrin juga ditemai oleh keluarga Scha. Apa jua hubungan mereka berdua didoakan bahagia selamanya.

Note : Cover majalah adalah sekadar perhiasan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:07 pm

Gambar Ning Baizura dan Suami
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 P9080010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:16 pm

Bila Ally Jadi Model...

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 29459610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:18 pm

Fauziah Gous

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Fauzia11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:22 pm

GALERI FAUZIAH GOUS.....CANTIK..!!

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Img34910 BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Img35010

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Img35110 BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Img35111
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:28 pm

Minah Rempit Versi 2009...hheheehhee

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 88643310
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:30 pm

REBECCA, LEEZ AF DAN ALMY NADIA

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 24884210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:37 pm

Recycle Dress......
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Dynaz12

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Dynaz211
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeSun 12 Jul 2009, 5:40 pm

Done! Yang tengah tu Sara, anak Suria while the other kid is Sara's friend

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 93201310
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 9:06 am

Black juarai Mentor musim 3


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 83f9f410

Berbaloi juga lah Black dirotan mentornya, Mas Idayu. Segala kesakitan yang dialami pasti terubat dengan wang tunai RM100,000 yang dimenangi termasuk sebuah kereta Kia Spectra 5. Buat Mas Idayu, tak sia-sia segala masa dan usaha yang telah dilaburkan ke atas protegenya itu yang berjaya membanggakannya malam ini serta membolehkannya memenangi wang tunai RM100,000.

Gelaran pemenang sememangnya milik Black yang berjaya menonjolkan bakat nyanyiannya bukan saja pada malam ini tetapi sepanjang tempoh pertandingan. Walaupun ketika duetnya bersama Mus (May) dan Shamrin (Fotograf) untuk medley lagu “Alam Fana Cinta” dan “Sinar”, suaranya ditenggelami vokal kedua-dua otai tersebut, namun secara keseluruhannya, pretasinya nyata lebih baik berbanding Fira (mengikut komen juri, dia seharusnya memberi pengkuhususan pada satu genre muzik yang ingin ditampilkan) dan Chaq (jelas kedengaran kelemahan dan kebatasan vokalnya pada persembahan malam ini).

Kemenangan Black juga sekaligus membuktikan akhirnya rakyat Malaysia dapat menilai bakat seseorang itu bukan hanya berdasarkan pada kecantikan rupa fizikal. Diharapkan selepas ini penonton tidak akan terlupa kata-kata Zainal Abidin, selaku juri malam ini – “Orang tak lawa macam kita yang boleh menyanyi sebenarnya.”

Ada ketika itu bimbang juga jika Black gagal meraih kemenangan apabila juri awam memberikan Chaq markah tertinggi, sebanyak 19 markah sementara Black dan Fira masing-masing hanya mendapat 14 dan 13 markah. Namun, bila diambil kira keputusan juri (50%) dan undian SMS (30%), Black memperolehi keputusan cemerlang dengan markah keseluruhan sebanyak 75.0 menewaskan Chaq dengan markah 52.8 dan Fira, 35.6.

Walaupun tewas, Chaq dan Fira tidak pulang dengan tangan kosong. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM10,000, begitu juga mentor mereka
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 11:29 am

'Rotan' Mas Idayu bawa tuah pada Black

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Men2210
Sebaik diumumkan muncul sebagai juara, Black mematahkan rotan yang sering digunakan mentornya, Mas Idayu sepanjang tempoh tiga bulan lalu - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF


SHAH ALAM: Protege kepada penyanyi dangdut Mas Idayu, iaitu Hanifah Md.Hanafiah atau Black menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Mentor musim ketiga, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

Peserta berusia 22 tahun itu berjaya memungut peratusan tertinggi iaitu 75 peratus sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva, manakala mentornya, Mas Idayu juga meraih RM100,000.

Camellus De'lelli Anam atau Chaq bersama mentornya, Ajai, pula muncul sebagai pemenang tempat kedua dengan markah sebanyak 52.8 peratus dan masing-masing berjaya meraih wang tunai sebanyak RM30,000.

Chaq yang sepatutnya tersingkir minggu lalu kerana menerima peratusan terendah telah diberi peluang untuk kembali beraksi di pentas akhir, dan ternyata tuah tetap menyebelahinya apabila merangkul tempat kedua program ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Men3310
Barisan mentor dan protege peringkat akhir (dari kiri) Fira, Lah, Black, Mas, Chaq dan Ajai


Turut berentap pada peringkat akhir Mentor 3 ini Hunanis Zafira Huzaini atau Fira yang merupakan protege kepada Lah Ahmad. Fira hanya mampu meraih kutipan markah sebanyak 35.6 peratus, namun masing-masing tetap menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Markah persembahan setiap peserta ditentukan oleh juri profesional sebanyak 50 peratus, undian SMS penonton 30 peratus dan 20 peratus lagi ditentukan oleh juri awam yang antaranya terdiri daripada wartawan serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

Juri-juri profesional yang diundang ialah komposer dan pemuzik, Acis, Zainal Abidin dan penyanyi hip-hop popular dari Singapura, Sheikh Haikel.

Persembahan peringkat akhir malam tadi menyaksikan setiap peserta membuat persembahan menerusi tiga segmen iaitu secara solo, bersama artis undangan serta lagu baru hasil ciptaan komposer tanahair.

Black yang sentiasa menerima markah tertinggi saban minggu, terus mempamerkan persembahan hebat menerusi lagu medley Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal; Aku Rindu Sayang Kamu (lagu baru ciptaan Uzai) serta Di Alam Fana Cinta dan Sinar yang merupakan duet bersama Mus dan Shamrin.

Chaq pula menyampaikan lagu baru ciptaan Ajai sendiri, Penjelasan 1per1, medley Tapi Bukan Aku dan Revolusi serta duet bersama adiknya, Stacy AF6 menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho dan Boom Boom Pow.

Fira telah membawakan lagu Atas Nama Cinta, Mentera Semerah Padi dan Joget Berhibur; duet bersama juara Gang Starz musim kedua, One Nation Emcees menerusi lagu Hurt, Spin Me Right Around dan Don't Stop The Music serta sebuah lagu baru ciptaan Sharon Paul berjudul Bukan Niatku.

Dalam pada itu, Black yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya program itu melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangannya itu.

"Saya berterima kasih kepada keluarga dan penyokong yang membawa saya hingga ke tahap ini, serta kepada Mummy (Mas Idayu) yang memilih saya sebagai protege atas dasar bakat.

"Insya-allah, saya akan cuba menjadi seorang penghibur yang serba boleh dan akan turut mengambil kira apa yang penyokong atau peminat mahukan," kata Black yang juga akan mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Monkey Bone selama setahun.

Mentornya, Mas Idayu juga menyuarakan perasaan gembiranya setelah menyaksikan kejayaan Black, meskipun sepanjang tempoh tiga bulan mendidik protegenya itu, ada pihak yang mempersoalkan teknik pengajarannya yang menggunakan rotan.

"Nampaknya berbaloi apa yang saya buat ini, iaitu menggunakan cara orang-orang tua mengajar anak-anak mereka dengan menggunakan rotan. Saya sendiri sebenarnya ada berjumpa bapanya dan bertanya sama ada dia setuju saya mendidik Black dengan gunakan rotan.

"Tetapi keluarganya tidak kisah apa yang saya buat ini kerana sampai sekarang pun, Black masih dididik seperti itu.

"Apapun, halatuju saya dalam Mentor ini ialah untuk jadikan Black sebagai juara, selain ingin melihat dia menjadi peserta yang serba boleh. Dan terbukti dia mampu lakukan.

"Saya juga sebenarnya bangga kerana berjaya menjadi mentor wanita pertama memenangi program ini," kata Mas.

Zainal Abidin dan protegenya, Pija adalah juara Mentor musim pertama, diikuti oleh Fiq dan mentornya, Amy Search yang muncul sebagai juara Mentor musim kedua.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 11:39 am

Akhil: ‘Cafe Akhil Hayy’ direhatkan sementara, biar mahkamah yang tentukan!

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01289210
Program 'Cafe Akhil Hayy' melibatkan Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy direhatkan buat sementara waktu bagi menghormati perbicaraan kes cerai Akhil dan Maizawati di Mahkamah Syariah.


BAGI menghormati Mahkamah Syariah, program ‘Cafe Akhil Hayy musim kedua’ di saluran Astro Oasis ‘direhatkan’ sementara waktu sehingga perbicaraan berhubung kes cerai Ustaz Akhil Hayy dengan isterinya, Maizawati Zainal selesai.

Hal itu disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar baru-baru ini.

Namun, dia enggan mengulas lanjut sama ada program itu akan disambung semula siarannya atau tidak.

“Kita terpaksa ‘hentikan’ sementara siaran program Cafe Akhil Hayy kerana ia melibatkan dua orang artis (Akhil dan Waheeda) dan menghormati perbicaraan (kes cerai Akhil dan Maiza) di mahkamah.

“Kalau boleh, kita tak nak libatkan program ini dengan kes yang sedang berjalan di mahkamah.

“Kita akan tunggu kes di mahkamah selesai dahulu. Jadi, saya tak boleh memberikan apa-apa komen buat masa ini,” kata Izelan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01297010
Akhil masih menjalankan aktivitinya sebagai penyanyi dan penceramah bebas seperti biasa.


Jelasnya, jika mahkamah menetapkan keputusannya pada 15 Julai ini, Astro Oasis akan memulakan semula siarannya tetapi akan ditukar ke slot yang lain kerana buat masa ini slot ‘Cafe Akhil Hayy’ digantikan dengan slot ‘Bahtera Perubahan’ yang memaparkan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin setiap hari Jumaat.

“Kita akan kekalkan slot ‘Bahtera Perubahan’ di situ dan meletakkan program ‘Cafe Akhil Hayy’ pada slot yang lain,” ujarnya.

‘Saya bukan berkhalwat, dedah aurat atau berzina..’

Pendakwah selebriti yang lebih popular dengan panggilan 'Ustaz Akhil' ketika dihubungi berkata dia menerima keputusan pihak Astro dan hanya berserah sama ada mahu mereka menyambung siaran program itu atau tidak.

“Sejak kes cerai saya dibicarakan di mahkamah, pihak Astro ada menelefon dan berbincang dengan saya.

“Bagi saya, eloklah mereka merehatkan program itu seketika kerana ramai orang di luar sana yang nak jadi hakim.

“Jadi, kita rehatkan (program) dulu biar keadaan menjadi tenang. Terpulang kepada Astro, kalau mereka kata rehat atau gantung ke..Itu kerja Tuhan dan saya tiada masalah,” tutur bekas penyanyi rock kumpulan Riyadh ini.

Menurut Akhil yang juga popular dengan panggilan ‘Ustaz Rock', dia difahamkan yang program ‘Cafe Akhil Hayy’ sudah tidak keudara sejak kes cerainya dibicarakan iaitu kira-kira sebulan yang lalu.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01294710
Hubungan Maizawati dan Akhil kini berada di ambang penceraian.


Ujarnya, “Kalau saya seorang sahaja dalam program itu, mungkin orang akan buat spekulasi yang berlainan dan program itu takkan direhatkan. Jadi, biar mahkamah yang tentukan.”

Tambahnya, pihak Astro perlu mengambil tindakan untuk merehatkan program ‘Cafe Akhil Hayy’ buat sementara waktu untuk menghormati ikon Astro yang lain walaupun ‘rating’ program itu agak ‘meletup’.

“Biar perkara ini selesai satu persatu. Saya tiada masalah jika Cafe Akhil Hayy direhatkan.

“Lagipun mereka (Astro) faham yang saya bukan berkhalwat, dedah aurat atau berzina. Jadi, sebab itu saya tiada masalah langsung dengan Astro,” jelasnya.

Walaupun dihujani dengan pelbagai dugaan termasuk kes penceraiannya, Akhil masih meneruskan kariernya dengan menghadiri konsert kerohanian, ceramah dan rakaman beberapa program terbitan Astro seperti rakaman konsert kerohanian, Mega Raya dan tadarus al-Quran.

“Saya menjalankan tanggungjawab saya seperti biasa kerana orang yakin dengan kita..ustaz bukannya Malaikat asalkan saya tidak buat kerja maksiat.

“Saya bukannya hipokrit..saya memberikan ceramah untuk sampaikan kebenaran, nasihat dan tazkirah dengan satu ayat,” tegasnya yang juga seorang penceramah bebas.

Terbaru, dia akan ke Kedah untuk menjayakan sebuah konsert yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan ceramah serta konsert di Ulu Langat.

‘Memang betul kemelut rumah tangga berlaku’

Dalam masa yang sama, Akhil yang seakan tidak dapat menahan emosinya dengan pihak media yang mensensasikan cerita penceraiannya sempat meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. “Memang betul kemelut rumah tangga berlaku. Inilah nasib yang saya perlu lalui apabila terlibat dalam industri seni kerana orang akan mensensasikan cerita.

“Saya akui yang saya memang berhak menerima semua ini kerana dulu saya mengata orang tetapi sekarang saya yang kena tetapi ia perlu ikut hukum al-Quran.

“Manusia ada kesabaran dan keterbatasan itu,” luah bapa kepada empat orang anak ini.

Akhil juga menjelaskan kenapa dia tidak memberikan kenyataan tentang isu penceraian yang turut melibatkan penyanyi Waheeda itu.

“Saya tak bercakap sebab benda akan menjadi pergaduhan besar..media akan bertepuk tangan dan blog menjadi ‘laku’.

“Jadi, tak payah ‘argue’. Lepas selesai kes mahkamah, baru saya akan berhujah dan menyelesaikan kes itu. Hal ini akan selesai dan saya akan teruskan kehidupan,” katanya yang memberitahu anak sulung dan anak keduanya sedang berada di bawah jagaannya. Sebelum mengakhiri perbualan, Akhil berkata dalam nada sinis:

“Seorang isteri solehah tidak akan memanjangkan isu dan mengaibkan suaminya..suami takkan berlaku zalim..tetapi kuasa talak terletak pada suami..”

Sebutan kes cerai Akhil dan Maiza akan dibicarakan pada 15 Julai ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 11:50 am

Impian Lan Pet Pet membuka zoo

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01320213
Lan Pet Pet (kiri) bersama-sama dengan Lisa Surihani bakal membintangi filem Zoo arahan Azhari Azain, terbitan Metrowealth. -foto THE STAR oleh ONG SOON HIN


ADA apa pada nama? Banyak maknanya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nama julukan seseorang. Istilah atau perkataan yang digunakan dalam sesuatu nama julukan itu mempunyai maksud tersendiri.

Jika nama 'Tomok' bermakna gemuk, nama 'Lan Pet Pet' pula memberikan bayangan awal bahawa si empunya nama ini tentu menyukai binatang kesayangan.

Ini kerana perkataan 'pet' dalam bahasa Inggeris merujuk kepada binatang kesayangan. Tanpa perlu banyak pengenalan, 'Lan Pet Pet' ialah nama julukan yang cukup sinonim dengan pelakon filem Senario, Mazlan Ahmad.

Mazlan yang mempunyai telatah 'gila-gila' tetapi mencuit hati para penonton filem lakonannya mengakui dia sememangnya berjinak-jinak dengan binatang sejak kecil.

Katanya, dia mampu memahami maksud kokok ayam kampung dan siulan burung tekukur. Bagi Mazlan, bunyi tersebut adalah halwa telinga kerana dia dibesarkan di persekitaran kampung.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01320212


Ayam-ayam kampung menjadi rakan sepermainan. Dikejar dan mengejar ayam barangkali adalah rutin harian Mazlan ketika kecil dahulu.

"Kita kena faham keletah, kod dan bahasa haiwan. Masalah binatang meragam apabila kita silap mentafsir binatang. Misalnya, kita perlu mandikan kuda atau kucing di kaki terlebih dahulu.

"Untuk mengemudi gajah pula, kita menggunakan kaki menyentuh bahagian tengkuknya. Sentuh tengkuk kiri, ke kirilah ia pergi. Sentuh kanan, ke kanan ia bergerak," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran dan doa selamat filem "Zoo" di Bear Complex, Zoo Negara, Jumaat lalu.

Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi terbitan Metrowealth (MIG). Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan (lakonan Mazlan) yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan.

SIRIH PULANG KE GAGANG


Ternyata pemilihan Mazlan untuk membawa watak Lan amat kena pada tempatnya bagai sirih pulang ke gagang. Apatah lagi, bukan semua artis mempunyai bakat semulajadi untuk "berinteraksi" dengan binatang dan haiwan liar.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01320211


Mazlan berkata, penerbit filem David Teo menawarkannya peluang berlakon dalam filem 'Zoo' ketika penggambaran filem Senario episod 1 selepas menyedari kelebihan semulajadinya itu.

"Cabaran paling besar ialah bagaimana untuk berinteraksi dengan haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya.

"Saya mempelajari teknik-teknik "bercakap" dengan haiwan-haiwan daripada pekerja-pekerja zoo. Selain itu, saya menonton rancangan dokumentari seperti Adventura, Dr. Dolittle, Animal," kata Mazlan yang menggelar dirinya sebagai Crocodile Hunter's Steve Darwin ala-Malaysia.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan peluangnya berlakon dalam filem 'Zoo' tersebut sebagai penggerak cita-citanya membuat dokumentari berkaitan alam haiwan seperti idolanya, mendiang Darwin.

Darwin terbunuh semasa membuat penggambaran dokumentarinya dalam air apabila dadanya tertusuk dengan ekor ikan pari-pari tiga tahun lalu (2006).

"Ketika usia saya menginjak 50 tahun, saya membayangkan diri membuka zoo yang bakal dinamakan 'Land Pet Pet' sesuai dengan nama saya, Lan Pet Pet.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 01320210


"Bagaimanapun, saya sedar ini memerlukan kos yang tinggi dan ini hanya dalam perancangan buat masa ini," kata pelakon Senario Episod 2, Jangan Pandang Belakang Congkak dan KRU muzikal ini dengan penuh keazaman.

Malah, Mazlan berasa bangga jika dipilih sebagai Duta Zoo Negara, Duta World Wildlife Fund (WWF) dan sebagainya.

ZOO KECIL DALAM RUMAH

Hakikatnya, Mazlan telah mewujudkan zoo kecil di rumahnya. Dia membela ular dan burung. Antaranya, katanya, lima ekor ular albino, hornsnake (makanan untuk ular senduk), batik bisa dan ular Afrika.

"Albino sepanjang lengan itu saya beli dengan kos RM1,000. Kos menjaga albino tidak banyak kerana saya hanya membeli kepala ayam untuk sajian ular-ular tersebut," katanya.

Mengenai penerimaan isterinya Rubytah Abu Bakar @ Che Wan terhadap hobinya, Mazlan berkata, dia pada mulanya berasa geli tetapi kini telah serasi dengan haiwan-haiwan peliharaannya.

Perkara ini tidak mustahil kerana Mazlan ialah Crocodile Hunter's Steve Darwin!

Ada apa pada nama Lan Pet Pet? Banyak maknanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 11:59 am

“Saya adalah seorang isteri & bakal ibu…” - Eja

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Eja210


Sederhana, elegan dan jelita, itulah tiga perkataan yang sangat tepat apabila membuka bicara mengenai Siti Shahrizah atau mesra disapa Eja. setiap kali muncul untuk sesebuah majlis anugerah mahupun majlis rasmi, gayanya tidak keterlaluan, begitu elegan dan klasik. senyuman manisnya tidak pernah lekang dari wajahnya, personality serta budi bicara sopannya menjadikan media malahan orang sekeliling menyenanginya. Tidak pernah cerita buruk diperkatakan mengenainya melainkan kisah dirinya yang dikatakan sudah berstatus isteri, mempunyai anak dan berkahwin dengan ahli korporat dengan gelaran isteri kedua. Namun semuanya ini tidak langsung menjadikan pemilik diri melatah dengan mudah. Malahan namanya tetap kuat dan kukuh di persada seni lakonan dan Eja dikenali menerusi drama Rahsia Demi Rahsia, hampir 12 tahun lalu.

Dia muncul di Imperial Suite, Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur tepat jam 12 tengahari. Biarpun tanpa solekan, hanya mengenakan cermin mata ‘oversized’, gaun maxi dikenakan dengan kardigan putih, kasut flat berwarna emas dan menggenggam beg tangan jenama Prada, namun Eja tetap nampak classy dan jelita. Penulis dan Najeeb terkesima seketika apabila Eja muncul dengan rambut separa bahu, ini kerana Eja tidak pernah berambut pendek sebelum ini. Dia nampak muda dari usianya, stylo dan sangat sesuai dengan bentuk wajahnya.

Sewaktu wajahnya sedang dirias oleh Najeeb, penulis memulakan bicara dengan membuka kisah mengenai kehamilannya yang sudah mencapai lima bulan (ketika artikel ini ditulis). Eja hanya tersenyum dan mengatakan dia rasa sangat bersyukur dengan kehamilan pertamanya ini. Biarpun sudah berkahwin lebih 10 tahun, namun hatinya tidak terbuka untuk dikurniakan dengan cahayamata. Bukan dia tidak teringin, namun fokusnya ketika itu sehingga kini adalah kerjaya. “Atau mungkin kerana Eja merahsiakan status diri sebelum ini dan enggan berbadan dua kerana takut rahsia terbuka...?” tanya penulis kepada empunya diri.

“Eja sudah berada di dalam industri selama 12 tahun, dan sebenarnya tidak pernah merahsiakan status diri. Memang Eja sudah berkahwin lebih 10 tahun, ramai media yang tahu dan apabila persoalan itu digembargemburkan, Eja tidak pernah mengatakan ‘no komen’, apa yang Eja lazim jawab adalah soal peribadi dan kerjaya tolong jangan dicampur adukkan. Personal matter bukanlah hak umum untuk berkongsi, Eja perlu ruang untuk soal peribadi terutama rumahtangga. Ini adalah kehendak dan kerelaan hati Eja, bukan disuruh oleh suami mahupun sesiapa,” katanya panjang lebar.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 12:01 pm

Impian Diana, Nadiya

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainpi28

Diana (kiri) dan Nadiya mempunyai latar belakang pendidikan, namun memilih bidang lakonan untuk mencabar diri di samping menimba pengalaman.

Drama bersiri yang masuk musim kedua ini akan mula bersiaran di TV3 esok

MEMILIH bidang seni sebagai sebagai kerjaya tetap ada kalanya dipandang sinis sesetengah pihak. Jika dulu ada pandangan lapuk yang mengandaikan kerjaya seni tidak menjamin masa depan. Namun semuanya berbalik kepada soal rezeki serta usaha yang berlipat ganda.

Ada golongan seni yang mampu mengumpul aset dan harta demi masa depan. Malah ada juga yang mampu mempelbagaikan keupayaan yang ada dan tidak hanya terbatas kepada satu ruang lingkup semata-mata. Ada yang mampu membina rangkaian hubungan yang baik hingga mampu membabitkan diri dalam bidang perniagaan seperti membuka restoran.

Berkongsi pendapat mengenai subjek yang diketengahkan Hip ini ialah dua pelakon baru, Diana Amir dan Nadiya Nisaa yang berlakon di dalam drama Impian musim kedua. Paling penting mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang boleh dibanggakan.

Drama yang dibawakan khas oleh jenama penjagaan rambut Sunsilk itu kembali bersiaran di TV3 setiap Selasa mulai esok. Diarahkan Shamyl Othman dan Imri Nasution, Impian masih mengekalkan beberapa wajah asal musim pertama seperti Diana Amir, Wardina Saffiyah dan Esma Danial. Nadiya Nisaa, Lufyah, Kamal Adli dan Liyana Hashim antara muka baru yang diperkenalkan buat musim ini.

Bagi watak utama drama ini iaitu Aleeya yang dipegang Diana Amir kerjaya lakonannya yang bermula sejak April tahun lalu sebenarnya ditentang keluarga kerana bimbang fokusnya terhadap pelajaran dalam ijazah Pengurusan Sumber Manusia akan terabai. Namun selepas hampir setahun setengah berjinak-jinak sebagai pelakon, dia berjaya meyakinkan keluarganya bahawa dunia lakonan tidak sesekali mengganggu gugat pelajarannya.

“Ogos ini saya akan menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM). Ketika ini, saya masih menyudahkan baki latihan praktikal di sebuah syarikat di Bangsar sebagai Perunding Sumber Manusia. Selain itu, saya perlu habiskan baki penggambaran drama Impian ini. Kalau ada kelapangan saya masih menerima tawaran berlakon sebagai penampilan istimewa.

“Apabila ada di Kuala Lumpur untuk menjalani latihan praktikal, ia memudahkan saya untuk meneruskan aktiviti berlakon. Kalau dulu saya perlu berulang alik dari Pulau Pinang (USM) ke Kuala Lumpur, ia sedikit sebanyak memenatkan saya. Namun saya berbangga diundang lagi untuk meneruskan kesinambungan drama Impian.

“Saya selesa dengan kru dan persekitaran drama ini. Hubungan kami sesama pelakon cukup rapat. Untuk watak Aleeya kali ini, tiada perubahan ketara sangat dari segi karakter. Cuma bezanya ialah Aleeya kini sudah bertukar kerja dan mempunyai kawan baru. Penggambaran untuk musim kali ini sudah dimulakan sejak hampir dua bulan lalu,” katanya yang akan menamatkan latihan praktikal pada 24 Jun ini.

Ditanya mengenai impian sebenarnya, Diana yang turut membintangi filem Rempit V3, memegang watak kecil sebagai Nina, kekasih kepada Black lakonan Bront Palarae ini tidak menafikan sudah mula mencintai bidang lakonan. Bagaimanapun, dia masih belum terfikir untuk menjadikan lakonan sebagai pilihan masa depannya.

“Saya sendiri sukar mengesahkan apa hala tuju sebenar saya ketika ini. Mungkin selepas tamat pengajian, saya merancang untuk menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Barangkali saya akan mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan yang ada atau menyambung berlakon saja. Saya belum dapat memutuskan lagi,” katanya.

Sementara itu, Nadiya Nisaa pula mula berlakon sejak usia 18 tahun dan ketika itu dia berlakon dalam telefilem arahan Osman Ali berjudul Dengan Nama Cinta. Drama Impian musim terbaru ini adalah drama siri 26 episod yang pertama dilakonkannya. Pembabitannya dalam drama terbitan Red Communications Sdn Bhd itu melalui proses uji bakat yang diadakan, malah disebabkan Nadiya sudah biasa terbabit dalam program terbitan produksi itu.

Memegang watak sebagai Rehan, wataknya kali ini lebih santai dan bersesuaian dengan usianya 24 tahun. Sebelum ini, watak yang sering diterimanya lebih menguji keupayaan lakonannya seperti dalam telefilem Hanya Aku yang memerlukan Nadiya menjadi penagih dadah yang tegar.

Hakikatnya, pelakon berasal dari Kuala Lumpur ini sebenarnya tidak mahu terlalu serius di dalam bidang lakonan biarpun ramai yang memuji bakat seninya.

“Impian saya sebenarnya mahu meneruskan hasrat bekerja dengan syarikat produksi bagi kerja belakang tabir. Dengan kelayakan bidang ijazah Penyiaran yang saya genggam sejak November tahun lalu dari UiTM, Shah Alam, saya lebih cenderung untuk membikin filem pendek atau dokumentari. Jujur saya akui hingga sekarang saya belum memikirkan sama ada mahu serius atau tidak dalam bidang lakonan.

“Tapi bayangkan sejak tamat pengajian, saya tidak putus-putus mencari peluang kerja yang seiring dengan minat sebenar. Bagaimanapun yang dicari tak kunjung tiba, tawaran berlakon pula yang datang tanpa diduga. Akhirnya saya dapat peluang berlakon filem Karaoke, telefilem Cinta Lima Bintang dan drama Impian,” katanya.

INFO: Impian musim kedua

Disiarkan setiap Selasa jam 11 hingga 11.30 malam mulai 14 Julai ini.

Siri ini juga memberi peluang kepada penonton untuk menentukan pengakhiran setiap episod yang disiarkan. Pada setiap episod penamatnya akan tergantung dan penonton akan menentukan kesudahan yang dipilih melalui undian SMS.

Minggu seterusnya, siri akan bermula dengan pengakhiran yang ditentu dan dipilih penonton. Penonton (pengundi) bertuah turut berpeluang memenangi hadiah mingguan dan 10 SMS terawal daripada penonton juga berpeluang memenangi hadiah. Sebarang hebahan mengenai cara undian boleh merujuk siaran TV3.

Disiarkan sebanyak 26 episod.

Bertemakan Tentukan Hidup Anda, ia adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Komuniti Sunsilk dalam menerapkan nilai murni dan mesej positif kepada penonton dan pengguna setia produk itu.

Membabitkan kempen jalanan One Minute to Great Hair dalam setiap episod dan bertujuan memastikan rakyat Malaysia mengenai kepentingan penjagaan rambut dalam masa seminit dengan hanya menggunakan perapi selepas bersyampu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 12:03 pm

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga
BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainpi29

Ako bahagia bersama isteri, Kartina yang kini hamil anak sulung.

Dihimpit kes tuduhan berkhalwat, Ako Mustapha berasa perit tawaran berlakon ditarik balik

MUNGKIN ada hikmah terselindung di sebalik apa yang sedang dihadapi pelakon Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37. Pepatah sudah jatuh ditimpa tangga sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi aktor yang juga suami kepada Kartina Shuaib Abdullah, 29.

Di saat pelakon drama Sephia dan Kapten Boleh itu berdepan dengan kemelut kes mahkamah gara-gara tuduhan berkhalwat dua tahun lalu, isterinya pula disahkan hamil awal April lalu. Terbaru, ada cerita kurang enak lagi menyesakkan jiwa Ako apabila dikatakan kononnya sudah disenarai hitam daripada muncul di stesen TV.

Keadaan itu pastinya sedikit sebanyak akan menjejaskan pintu rezekinya yang selama ini cukup lebat menerima undangan berlakon. Ako sendiri mula tertanya-tanya kenapa tak semena-mena beberapa tawaran berlakon yang kunjung tiba ditarik kembali pada saat akhir.

Persoalan apakah perkara sedemikian terjadi dek kisah hitam (khalwat) yang terpalit dalam ruang hidupnya masih menjadi tanda tanya. Bertemunya baru-baru ini ditemani isteri tersayang di butik Calvin Thoo, Hip berkesempatan menyelami getar perasaannya yang bercampur baur. Pereka fesyen itu juga berkawan baik dengan Ako sejak sekolah lagi.

Pintasnya di awal bicara, kemunculannya di media bukan atas dasar untuk terus meraih simpati atau jauh sekali merayu mengharapkan tawaran berlakon akan singgah kepadanya.

Katanya, bimbang juga ada pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan di atas permasalahan yang melanda.

“Kalau ikutkan hati, saya lebih mahu berdiam diri daripada terus menjadikan isu (kononnya digam stesen TV). Kalau tanya kepada saya sekalipun, saya sendiri tiada penyelesaian atau jawapan kepada isu ini. Kenyataan saya di dalam akhbar sebelum ini (mengenai artikel di Betul atau tidak digam? di Harian Metro bertarikh 29 Jun) pun atas desakan isteri dan kawan-kawan untuk berbuat demikian.

“Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) turut menyatakan kesudian untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sebolehnya, saya tidak mahu terus-terusan dianggap cuba mencipta publisiti murahan. Peguam saya sendiri suruh tunggu saja daripada membuat tindakan melulu. Harapan saya supaya isu ini akan cepat selesai dan biarlah saya simpan sendiri rasa dan pendapat di dalam hati,” kata Ako Mustapha.

Paling mengharukan Ako sendiri ialah sokongan isteri, keluarga dan rakan seperjuangan yang tidak putus-putus ketika dia berdepan dengan ‘kesusahan’ termasuk sewaktu kesnya didengar di mahkamah.

Kata Ako, ini bukti bahawa dia masih mempunyai kawan yang sudi berkongsi ‘derita’ dan kepayahan yang melanda hidupnya.

Selain dibantu sokongan moral dan material insan mulia itu, faktor lain yang terus membuatkan dia menjadi tabah ialah kedegilan sikapnya sendiri. Malahan menerusi amalan pembacaan buku motivasi, Ako ada alasan untuk tegar meneruskan kehidupan mendatang.

“Setiap sebulan, saya akan membaca buku bersifat motivasi dan mendidik . Antaranya seperti buku tulisan Steven R Covey, The Seven Habits Of Highly Effective People. Dalam buku itu ada menyebut tidak perlu bimbangkan perkara yang tidak penting kerana pada akhirnya ia hanya akan merugikan masa dan tenaga saja. Apabila diamati, banyak juga perkara logik yang saya peroleh dengan membaca buku sebegitu.

“Saya jenis orang berpelajaran, lalu saya boleh bezakan perkara yang perlu atau tidak. Kedegilan yang saya praktikkan bukan kedegilan yang bodoh, sebaliknya kedegilan yang berasas. Apapun, saya bertuah untuk mempunyai kawan yang bersedia membantu mengurangkan beban yang saya alami. Saya cukup menghargai nilai persahabatan yang terjalin ini,” katanya sambil menyebut beberapa nama rakan artis seperti Afdlin Shauki, Azhar Sulaiman dan Ziela Jalil antara sebahagian insan yang setia memberi bantuan.

Tanpa berselindung, Ako menjelaskan dengan keadaannya yang masih belum setahun berkahwin ditambah dengan anak yang dikandung isterinya, sudah semestinya banyak wang yang diperlukan. Namun, Ako sedar rezeki itu ada di mana-mana jika diiringi dengan usaha.

“Apabila timbul masalah ini, saya banyak membuat perkara yang jarang dibuat selama sibuk di lokasi penggambaran. Di samping melakukan aktiviti membaca, saya ada masa bertemu kawan lama. Saya juga ada masa yang banyak untuk dihabiskan dengan isteri dan keluarga. Saya juga ada masa terluang untuk dihabiskan pasti dengan isteri saya.

“Dengan keadaan isteri yang mengandung, kalau tak cukup duit susah juga dibuatnya nanti. Kos masuk hospital saja memerlukan anggaran wang yang banyak. Dia beberapa kali pernah mengalami pendarahan. Mungkin juga masalah yang saya hadapi, memberi kesan kepadanya dan anak dalam kandungan.

“Apa terjadi saya tidak boleh berdiam diri biarpun bidang lakonan menjadi kecintaan saya selama ini. Saya mungkin akan bekerja di belakang tabir. Ia hanya sekadar perancangan. Kalau nak buat duit, memang boleh buat. Hendak seribu daya. Dalam al-Quran ada menyebut, jangan membunuh anak kerana takutkan kemiskinan sebaliknya kita masih ada Tuhan untuk meminta bantuan,” katanya.

Dalam sisi lain, Ako juga tidak dapat menyembunyikan perasaan untuk bergelar bapa. Keterujaannya memang tidak dapat disembunyikan, malah kenaikan berat badan Ako juga membuktikan betapa bahagianya kini menikmati hari indah.

“Bayangkan kalau isteri saya memesan makanan, apabila makanan itu tak habis, saya pula yang tolong habiskan. Kami pun kekurangan duit, lalu, sayang dan membazir sangat kalau dibiarkan makanan itu. Menghitung hari bergelar bapa, sebenarnya sudah lama saya menantikan detik itu.

“Lagipun, sudah lama saya hidup ‘solo’ dan saya harus bijak untuk menghadapi situasi ibu mengandung. Tiada penyesalan untuk apa yang saya bakal lalui kelak. Saya juga mula berfikir dengan cara berbeza. Jika dulu saya hanya mementingkan diri, kini saya harus mula memikirkan soal isteri dan anak yang bakal dilahirkan,” kata Ako.

Sementara itu, Kartina yang ditemui, memberitahu perkara yang sedang dihadapinya suaminya itu dianggap sebagai dugaan selepas berkahwin. Jika dia tidak berbadan dua, mungkin dia boleh bekerja membantu mengurangkan masalah suaminya.

“Semua yang berlaku seakan ada hikmah tersembunyi. Satu persatu keajaiban nampak di depan mata. Ingatkan hanya kami berdua saja yang ada untuk berdepan dengan masalah ini. Sangkaan itu meleset apabila ada kawan-kawan yang setia menghulurkan bantuan. Saya percaya dan yakin suami saya berada di pihak benar.

“Tak saya nafikan juga, anak di dalam perut ini juga sentiasa memberikan kami rezeki. Dugaan ini terus membuatkan kami tegar bersabar. Benda sudah nak jadi, apa yang kita boleh halang. Pada permulaan masalah ini memuncak termasuk kes mahkamah, dia (Ako) memang tertekan. Tapi semakin hari, saya lihat dia semakin tabah.

“Saya sendiri hampir tiga kali keguguran apabila terkesan dengan masalahnya. Ketika awal usia mengandung, hampir setiap hari berlaku pendarahan. Tapi kalau sudah tertulis anak dalam perut ini milik kami, dia tetap akan jadi milik kami,” kata Kartina mengakhiri bicara.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 12:18 pm

Black Juara Mentor Musim Ke-3

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37147210

Tahniah Black atas kejayaan muncul sebagai juara Mentor musim ke-3!

Sebaik diumumkan muncul sebagai juara, Black mematahkan rotan yang sering digunakan mentornya, Mas Idayu sepanjang tempoh tiga bulan lalu - foto kredit: mstar

Protege kepada penyanyi dangdut Mas Idayu, iaitu Hanifah Md.Hanafiah atau Black menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Mentor musim ketiga, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

Peserta berusia 22 tahun itu berjaya memungut peratusan tertinggi iaitu 75 peratus sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva, manakala mentornya, Mas Idayu juga meraih RM100,000.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37155210

Camellus De’lelli Anam atau Chaq bersama mentornya, Ajai, pula muncul sebagai pemenang tempat kedua dengan markah sebanyak 52.8 peratus dan masing-masing berjaya meraih wang tunai sebanyak RM30,000. Chaq yang sepatutnya tersingkir minggu lalu kerana menerima peratusan terendah telah diberi peluang untuk kembali beraksi di pentas akhir, dan ternyata tuah tetap menyebelahinya apabila merangkul tempat kedua program ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37147211

Turut berentap pada peringkat akhir Mentor 3 ini Hunanis Zafira Huzaini atau Fira yang merupakan protege kepada Lah Ahmad. Fira hanya mampu meraih kutipan markah sebanyak 35.6 peratus, namun masing-masing tetap menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 12:19 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37147212

Juri-juri profesional yang diundang ialah komposer dan pemuzik, Acis, Zainal Abidin dan penyanyi hip-hop popular dari Singapura, Sheikh Haikel.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 12:21 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37155310

Black yang sentiasa menerima markah tertinggi saban minggu, terus mempamerkan persembahan hebat menerusi lagu medley Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal; Aku Rindu Sayang Kamu (lagu baru ciptaan Uzai) serta Di Alam Fana Cinta dan Sinar yang merupakan duet bersama Mus dan Shamrin.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37155311
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 1:11 pm

Dunia Baru Elyana

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp280
Elyana dan Khairul Anuar Hussin.


Soal usia masih muda bukan halangan kepada penyanyi ini membina keluarga dan kehidupan sendiri

TERMETERAI ikatan pertunangan antara Elyana, 22, dan Khairul Anuar Hussin, 34, pada 11 Julai lalu maka secara automatik bermula alam baru dalam hidup mereka.

Simboliknya, Elyana atau nama penuhnya, Erneelya Elyana Emrizal sudah pun melangkah ke dunia baru seperti judul drama pertama lakonannya, Dunia Baru di TV3 beberapa tahun lalu.

Siapa sangka di sebalik bibit pertemuan yang bermula dengan kebencian dan usikan akhirnya bertamu dengan keindahan yang tidak terduga. Semuanya berlaku begitu pantas, hingga mereka sepakat mengikat hubungan itu sebagai pasangan tunang di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur.

Lamaran demi lamaran yang dibuat Khairul, si pemilik sebuah restoran Jepun di Bangsar hampir mengundang kekecewaan di hatinya. Namun begitu, lumrah juga di alam percintaan pasti ada pasang surut, namun ia tidak sampai merobohkan benteng tugu cinta Elyana terhadap Khairul.

Dipendekkan hikayat cinta mereka, Elyana sendiri nekad melawan arus dengan melamar Khairul kembali kerana anak kedua daripada empat beradik itu percaya kehilangan tunangnya adalah satu kerugian besar. Bertemunya sejurus selepas selesai majlis ikatan pertunangan mereka, penyanyi lagu Kalis Rindu itu berkongsi rona kegembiraan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp279
ELYANA di sisi keluarganya.


“Selain gembira, saya sendiri takut kerana sudah mula melangkah ke alam baru. Takutnya bukan apa, bimbang juga saya tidak mampu menjadi tunang yang terbaik buat dia (Khairul). Tapi sebagai manusia biasa, saya akan melakukan yang terbaik dalam menghitung hari menjadi bakal isterinya kelak.

“Sudah lama saya menunggu detik dan hari ini, akhirnya ia menjadi kenyataan dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memilih jalan ini bererti saya sudah bersedia untuk bergelar menjadi isteri, mengimpikan sebuah keluarga dan kehidupan yang lain pula selepas ini.

“Ikatan pertunangan ini satu titik permulaan kepada hubungan dan tanggungjawab yang lebih besar. Ia bukan perkara main-main. Soal usia saya yang dilihat masih muda juga bukan alasan untuk saya tidak mengorak langkah memikirkan gerbang perkahwinan. Doakan hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat,” katanya yang anggun disolek jurusolek popular, Saidatulnisa, kakak kepada penyanyi Ella.

Tarikh kahwin belum ditetapkan


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp278


MELALUI alam keseronokan seperti remaja yang lain, tanpa ragu-lagu penyanyi yang pernah dipilih peminatnya sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 itu mengatakan Khairul begitu dekat dan serasi dengannya. Tempoh pertunangan mereka dianggarkan dalam setahun.

“Tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan, cuma wang hantaran saja sudah ditetapkan. Bagaimanapun ia masih dirahsiakan. Kami tunggu masa yang sesuai untuk melangsungkan hari bahagia. Kalau boleh memang kami tidak mahu tangguh lama-lama.

“Apa yang saya dapat katakan mengenai Khairul, dia seorang yang sangat sejiwa dengan saya biarpun tempoh perkenalan kami bukanlah dalam tempoh yang lama. Kami berkenalan pun dalam tempoh tiga tahun. Dia menerima saya dan keluarga seadanya. Sayangnya terhadap saya dan keluarga pun tiada tolok bandingnya,” kata pelakon drama Renjis itu.

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka pada 9 April 2006, Khairul pada mulanya tidak menyedari yang Elyana sebenarnya bergelar selebriti.

Kata Elyana, bayangkan baru saja bertemu ketika itu, dia sudah rasa bengang dan seperti mahu melancarkan ‘perang’ dengan Khairul.

“Nak dijadikan cerita, teman saya ada meminta saya menghantarnya ke sebuah restoran yang dimiliki Khairul. Kebetulan kawan saya nak mencari kerja dan memberitahu majikan (merujuk kepada Khairul) di situ kacak orangnya. Sampai saja di restoran itu, saya lihat Khairul biasa saja, tidaklah terlalu kacak.

“Dia pun nampak sombong dan langsung tak menjaga hati perempuan macam saya ini. Malah, kehadiran saya seperti tak wujud di situ. Saya hanya memperkenalkan diri kepadanya sebagai Farah Idlyna. Saya sengaja menyamar guna nama kawan dan memberitahunya saya hanya menjual produk Tupperware. Lucunya, dia siap mengajak saya bekerja dengannya lagi.

“Tanpa disangka, pertemuan itu memulakan kesinambungan apabila dia mengajak saya dan kawan-kawan untuk berkaraoke dengannya. Akhirnya kawan saya sendiri dengan tidak sengaja mendedahkan rahsia siapa diri saya dengan memilih lagu nyanyian Elyana. Daripada situ, dia sudah mula syak siapa saya sebenarnya dan mula takut untuk berkawan dengan saya,” kata Elyana sambil memberitahu hubungan mereka selepas itu terus menjadi intim.

Khairul gugup

PADA sidang media yang diadakan sejurus selepas majlis selesai, Khairul turut bersama menemani Elyana untuk sesi soal jawab. Jelas kelihatan begitu gementar anak keenam daripada tujuh beradik itu apabila butir bicaranya tersekat-sekat ketika berucap menggunakan mikrofon.

Bagi Khairul yang agak segan bertemu rakan media, dia hanya mampu menarik lafaz lega tanda kesyukuran apabila majlis pertunangan yang dirancang berjalan lancar seadanya. Katanya, dia cukup menyenangi peribadi yang dimiliki Elyana, malah sudah bersedia meredah alam pertunangan bersamanya.

“Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk melayari sebarang kemungkinan pada masa mendatang. Sepanjang berkawan dengan dia (Elyana) pun saya tidak terlalu memikirkan tekanan atau persekitaran luar.

“Saya hanya memikirkan dia saja. Tiga kali lamaran saya tidak mendatangkan hasil tapi akhirnya jodoh kuat menyatukan kami sebagai pasangan tunang,” kata Khairul yang cukup kacak dengan persalinan baju Melayu.

Majlis pertunangan yang diadakan di restoran itu dihias indah dengan sentuhan gabungan idea dan cetusan minda butik Lynda Rahim dan pereka fesyen kegemaran Elyana, Zery Zamry Couture. Malah, Zery turut menaja busana pertunangan kepada artis kesayangannya berkonsepkan Glam Punk Tradisional Kotemporari.

Gaya itu sedikit sebanyak mengelak klise yang sering dilakukan mereka yang ingin bertunang.

Sekali pandang majlis yang dilakukan ini sudah seperti majlis perkahwinan. Lengkap dengan balasan barang hantaran. Rombongan pihak lelaki membawa tujuh bekas hantaran dibalas sembilan hantaran daripada pihak perempuan. Acara menyarung cincin tanda ke jari manis Elyana dilakukan kakak Khairul sendiri iaitu Rozieka Hussin.

Majlis yang dihadiri kaum keluarga kedua belah pihak, teman rapat dan rakan media itu dihoskan penyampai berita Bernama TV, Hilmy Ashley. Sebelum bersurai, acara pemotongan kek bersempena sambutan hari lahir Elyana yang ke-22 pada 5 Julai lalu turut diadakan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 1:24 pm

Elyana sedia bergelar isteri

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01125


SALING lamar melamar, itulah yang terjadi dalam sejarah percintaan penyanyi dan pelakon terkenal Elyana bersama kekasih hati yang kini telah sah menjadi tunangnya pada Sabtu lalu.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, tanpa segan memberitahu selain dilamar oleh kekasihnya, Khairul Anuar Hussin sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun tempoh percintaan mereka, dia juga pernah melamar kekasihnya itu.

Pelik dan agak lucu, umpama perigi mencari timba. Namun kata Elyana disebabkan hubungan cintanya seperti air laut yang ada pasang surut, meskipun sebagai seorang gadis dia tetap beranikan diri melamar Khairul untuk dijadikan suaminya.

"Dia ada lamar saya dan saya pun ada lamar dia. Semuanya kerana hubungan kami bukan selalunya baik, ada kala kami bergaduh dan berjauhan.

"Bila berjauhan baru terasa berapa pentingnya dia buat saya. Selepas berfikir panjang sampai bila harus terus seperti itu, akhirnya akhir tahun lalu saya telah melamarnya," ucapnya dalam tawa.

Tambah anak kedua daripada empat adik-beradik ini lagi, keputusan untuk melangsungkan pertunangan bukannya atas paksaan sesiapa sebaliknya ia merupakan keputusannya sendiri selepas dirisik keluarga Khairul pada 11 April lalu.

Meskipun usianya baru menjangkau angka 22 tahun, tetapi dia telah bersedia daripada mental dan fizikal untuk melangkah ke alam baru sebagai tunangan orang sebelum memikul status isteri.

"Orang selalu cakap muda lagi buat apa nak kahwin awal, tetapi bagi saya itu hanyalah pandangan orang sebab yang nak bertunang dan kahwin itu saya.

"Memang saya sudah bersedia untuk menjadi isteri dan saya telah lama berfikir tentang keputusan yang diambil sebab perkara ini bukan boleh main-main. Bertunang satu perkara yang besar dan hubungan yang terjalin lebih serius daripada bercinta," ungkapnya yang ditemui pada majlis pertunangan yang berlangsung di sebuah banglo, Jeumpa D'ramo di Bangsar.

Walaupun gembira apabila impian untuk membawa hubungan cinta ke tahap lebih serius tercapai, Elyana tetap diselubungi perasaan takut kerana bimbang tidak dapat buat yang terbaik untuk pasangannya.

"Memang ini hari yang ditunggu-tunggu tetapi saya tetap rasa takut kerana bimbang akan kekurangan diri. Khairul seorang yang memahami, serasi dan mengambil berat akan diri saya serta keluarga.

"Jadi, saya bimbang saya tidak boleh beri kegembiraan seperti mana yang diberikan kepada saya. Saya berharap jodoh kami panjang sehingga ke majlis perkahwinan kelak," tuturnya yang mengakui bahagia bersama Khairul.

Bibit cinta

Namun secara tiba-tiba bilik majlis pertunangan bertukar gamat dengan gelak tawa rakan media apabila Elyana bercerita tentang detik perkenalan mereka berdua.

Menurut Elyana, perkenalan mereka berlaku secara tidak sengaja apabila salah seorang rakan Elyana memohon kerja di restoran milik Khairul.

KHAIRUL pernah menjauhkan diri sebaik mengetahui Elyana seorang penyanyi.

Semenjak daripada itu mereka kerap bertemu kerana rakannya, manakala Khairul langsung tidak menyangka Elyana adalah seorang penyanyi kerana dia memperkenalkan dirinya sebagai Farah dan bekerja sebagai peniaga Tupperware.

"Dia memang tidak tahu saya penyanyi sampai satu hari kami bersama rakan-rakan yang lain pergi karaoke. Apa yang kelakarnya rakan saya telah pilih lagu saya, maka muka saya pun muncul di skrin.

"Ketika itu, dia pandang skrin kemudian pandang muka saya, dia tanya saya penyanyi ke? Saya geleng kepala dan kata sudah ramai orang kata muka saya sama dengan penyanyi itu.

"Lama kelamaan dia tahu sendiri yang saya ini penyanyi dan sejak itu dia mula menjauhkan diri kerana rasa takut untuk berdamping dengan saya.

"Namun, selepas saya terangkan kepadanya yang saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa barulah kami mula rapat," bicaranya sambil sesekali menoleh ke wajah Khairul yang duduk di sebelahnya.

Soal kahwin masih rahsia


Apabila sudah bertunang, sudah pasti orang akan bertanya tentang perkahwinannya pula. Bagaimanapun, baik Elyana mahupun Khairul masing-masing mengunci mulut soal perkahwinan.

ELYANA pernah mengenakan Khairul dengan mendakwa dia bukan penyanyi Elyana tetapi sekadar mempunyai wajah yang seiras.

Beritahu mereka, masih terlalu awal untuk membicarakan soal itu memandangkan kedua-dua belah keluarga masih menjalankan perbincangan.

"Kami bertunang dalam tempoh setahun. tidak tahulah sama ada cukup setahun ataupun tidak. Tetapi yang lain-lain saya tidak tahu lagi.

"Kalau tentang perkahwinan idaman pastinya saya ingin yang ringkas dan sederhana sebab saya orang yang begitu. Itu saya sahaja yang cakap tetapi bila bekerjasama dengan pereka fesyen sudah pasti majlis yang ringkas pun jadi besar seperti hari ini, saya tengok sudah macam majlis kahwin pula," ujarnya.

RESTU keluarga. Elyana di samping ibu dan ayah serta adik-beradiknya.

Majlis pertunangan yang berkonsep glamor punk tradisional kontemporari merupakan sesuatu yang cukup ditunggu-tunggu jejaka berusia 34 tahun itu memandang dia telah melamar Elyana sebanyak tiga kali.

"Saya cukup gembira kerana semuanya berjalan dengan baik dan selepas tiga kali lamaran akhirnya dia kini menjadi tunang saya," jelas anak keenam daripada tujuh beradik itu lagi.

Meskipun terpaksa menunggu lama, semua itu bukannya hal yang besar buat Khairul setelah dia terpikat dengan keikhlasan dan sikap Elyana yang ceria serta nakal.

Pihak lelaki menampilkan sembilan dulang hantaran dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Soal cabaran apabila menjadi bakal suami kepada orang popular Khairul mengatakan percintaannya selama tiga tahun telah banyak mengajarnya.

"Sejak daripada bercinta lagi saya tidak fikir sangat tentang apa yang orang cakap. Saya hanya fikir untuk saya dan dia sahaja.

"Apa yang penting, kami mempunyai keserasian untuk bersama," luah jejaka kelahiran Pahang itu lagi.

Sudah cukup tempoh bercinta

Sementara itu bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin, 55, turut meluahkan kesyukurannya apabila majlis selesai.

"Eloklah, mereka sudah tiga tahun berkawan tidak elok kawan lama-lama. Apabila ada ikatan yang lebih serius sebagai bapa saya rasa lebih selamat dan nampaknya Elyana juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

"Kami sekeluarga cukup senang dengan pilihan Elyana kerana dia seorang yang cukup mengambil berat bukan saja Elyana tetapi kami sekeluarga juga.

"Soal tempoh pertunangan rasanya biarlah mereka bertunang cukup setahun kemudian baru kahwin," katanya.

MAJLIS turut dimeriahkan dengan acara potong kek.

Dalam majlis yang sama, Elyana turut menerima tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin yang disarungkan oleh kakak kepada Khairul, Razieka Hussin dan dibalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 1:27 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01126

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01127

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01128

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01129

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_01130
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 1:31 pm

Fan Fest ‘09 - Bunkface jadi tarikan

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_02_83
BUNKFACE berbangga kerana karya mereka akhirnya diiktiraf banyak pihak.


Bermula sejak empat tahun lalu, kempen tahunan Fan Fest yang menyiarkan seleksi filem-filem menarik kembali di saluran Star Movies (Astro 413) dengan 62 filem blockbuster sepanjang 62 hari bermula 1 Julai lalu.

Kempen tahunan itu bakal berlangsung sehingga 31 Ogos ini dan menariknya, Fan Fest 09 memaparkan tujuh genre filem berbeza termasuk aksi, drama, romantik, komedi, seram, thriler dan keluarga.

Menawarkan filem-filem Hollywood pada setiap malam, pukul 10 malam, hanya karya-karya yang mencatat kutipan blockbuster atau naskhah yang dibintangi pelakon popular akan ditayangkan sepanjang kempen itu.

"Filem-filem yang ditayangkan perlu mencatat kutipan sebanyak AS$100 juta (RM350 juta) atau melibatkan pelakon-pelakon popular. Itu kriteria bagi filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini.

"Sementara itu, kami akan menayangkan filem-filem yang tidak pernah disiarkan di kaca TV pada setiap Ahad," kata Naib Presiden Pemasaran dan Publisiti Asia Tenggara dan Hong Kong Star, Nini Yusof.

Pada sidang media mengumumkan pelancaran kempen itu, Nini turut memberitahu bahawa seleksi filem yang dipilih dilakukan berdasarkan penyelidikan. Contohnya seperti filem Die Hard 4 yang mencatatkan rating tinggi tahun lalu akan ditayangkan semula tahun ini.

"Tujuan kami mengadakan kempen itu pada jangkamasa ini kerana di Amerika Syarikat (AS) sekarang adalah musim panas. Jadi lebih ramai orang akan menonton TV dalam masa dua bulan ini," tambah Nini.

Bagi memasukkan sedikit elemen tempatan bagi menarik perhatian audiens Malaysia, kempen Fan Fest 09 diceriakan dengan klip video khas nyanyian kumpulan, Bunkface sebagai senjata promosi.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_02_82


Lagu mereka, Bunk Anthem ditukar lirik untuk disesuaikan dengan kempen itu yang bakal berkumandang di beberapa buah negara termasuk India, Taiwan, China, Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Kerjasama antara Bunkface dan Star Movies bermula apabila kumpulan itu yang dianggoatai oleh Ahmad Farhan @ Pa'an, Shamsul Annuar Mohd Baharum @ Sam dan Muhammad Farouk Jaafar @ Youk bersama-sama menyerikan parti majalah Rolling Stone di Jakarta, Indonesia pada Mei lalu.

"Kami di Star Movies menyukai lagu Situasi dan kemudian mengetahui bahawa Bunkface juga mempunyai lagu Inggeris. Selepas menghantar lagu itu ke pejabat di Hong Kong, mereka bersetuju untuk menggunakan lagu Bunkface sebagai lagu tema kempen.

"Namun sebelum itu, kami mendapat persetujuan daripada Bunkface untuk menukar lirik lagu," katanya yang sebelum ini menggunakan lagu kumpulan Indonesia, Nidji untuk kempen sebelumnya.

Klip video itu diarahkan oleh pengarah terkenal kelahiran Indonesia, Joko Anwar. Peluang untuk bekerjasama itu memberikan kebebasan kepada Bunkface untuk berkarya walaupun konsepnya telah ditentukan oleh pengarah.

"Sudah lama menanti, tidak sangka kami akan mendapat peluang sebegini. Bukan sahaja dapat mempromosi diri, kami juga diberi kebebasan untuk beraksi tetapi berdasarkan kehendak pengarah. Ini kerana idea Joko dan kami mempunyai banyak persamaan," kata Sam yang turut hadir pada majlis itu.

Antara filem yang akan ditayangkan buat kali pertama di kaca TV adalah The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, P.S I Love You, What Happens In Vegas, Street Kings, Horton Hears A Who, Shutter, Step Up 2: The Streets, The Happening dan Bangkok Dangerous.

Filem-filem lain pula adalah Becoming Jane, Titanic, The Bourne Identity, Road To Predition, When Harry Met Sally, Pirates of the Carribbean: At World's End, Planet of the Apes, Juno, Resident Evil: Book of Secrets, Awake, Jumper dan Hitman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 1:37 pm

Mampukah Siti pertahan gelaran?

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Hi_02_84
MAMPUKAH Siti Nurhaliza menang besar dalam APM tahun ini?


DEBARAN dan kehangatan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) semakin dirasai apabila hanya tinggal lima hari sahaja lagi anugerah berprestij itu akan berlangsung.

Pertama kalinya juga anugerah yang mengiktiraf karyawan seni dan muzik serantau itu diadakan di bumi Jakarta, Indonesia pada 18 Julai ini selepas Singapura dan Malaysia sejak mula dianjurkan lapan tahun lalu.

Bukan sekadar mempertaruhkan kategori terbaik yang menjadi idaman karyawan seni tiga negara serumpun, tetapi kategori popular juga merupakan sandaran kepada artis yang bertanding.

Mungkin ramai yang menempelak apabila mereka berpendapat populariti hakikatnya bukanlah satu tiket untuk bertahan lama dalam industri seni sebaliknya gelaran terbaik adalah kemuncak kerjaya seseorang artis itu.

Tetapi sayugia diingatkan, jika hanya memenangi gelaran terbaik tanpa terpalit populariti, agak sukar juga untuk seseorang artis itu menjana karier seninya untuk jangka masa panjang.

Dalam hal ini, contoh terbaik adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang berjaya membuktikan dirinya bukan sahaja popular tetapi yang terbaik juga.

Dalam sejarah penganjuran APM misalnya, Siti satu-satunya penyanyi wanita yang berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Artis Wanita Terbaik selama enam tahun berturut-turut sehinggalah gelaran itu dirampas Kris Dayanti tahun lalu.

Begitu juga dengan gelaran Artis Wanita Paling Popular selama tujuh tahun berturut-turut menjadi miliknya sehingga tiada siapa yang mampu mengekang kemenangannya itu.

Persoalannya, apakah Siti mampu mempertahankan gelaran itu tahun ini? Apatah lagi kategori Artis Wanita Paling Popular sudah dimansuhkan sebaliknya digantikan dengan kategori Artis Serantau Paling Popular yang menggabungkan artis dari Indonesia dan Singapura.

Selain itu juga, nama Siti turut tercalon dalam kategori Artis Paling Popular (Malaysia).

Benar, jika diukur pada nama dan kehebatan Siti sebagai seorang penghibur ternama, ramai yang berpendapat laluan Siti adalah mudah untuk memancing peminat untuk terus mengundinya.

Malah, ramai yang sudah menjangkakan Siti akan membawa pulang anugerah itu tanpa ragu tetapi sejauh manakah keyakinan itu mampu bertahan?

Jangan terkejut seandainya Siti tidak mampu lagi membawa pulang gelaran itu hanya kerana dia tidak menerima undian yang besar daripada pengundi di negara ini yang mewakili 33.3 peratus dari undian keseluruhan untuk setiap negara.

Ini diberitakan sendiri oleh Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

kedudukan artis

Biarpun enggan mendedahkan peratusan sebenar kedudukan artis Malaysia yang bertanding dalam kategori popular, Amin menjelaskan, kedudukan artis tempatan agak ketinggalan berbanding artis Indonesia dan Singapura.

Tambahnya, ia mungkin berpunca daripada sikap pengundi yang hanya akan mengundi di saat-saat akhir sedangkan senario itu hakikatnya boleh dikatakan agak membahayakan.

Semua itu ujarnya, adalah pengundian untuk kategori Artis Serantau Paling Popular di mana kedudukan tertinggi setakat ini dikatakan menjadi miliki band Indonesia, ST12.

Selain itu, nama Taufik Batisah juga berada di barisan hadapan selain Faizal Tahir yang dilihat menjadi saingan utama Siti yang mewakili artis Malaysia.

"Memang agak terkejut apabila melihat kedudukan artis kita yang agak ketinggalan sedangkan Malaysia memulakan undian paling awal berbanding Indonesia dan Singapura iaitu pada 18 Jun lalu.

"Kalau boleh, kita mahu artis kita menjulang anugerah di APM seperti mana tahun-tahun sebelum ini dan apa yang saya harapkan, semua pihak dapat berganding bahu untuk memastikan kejayaan menjadi milik kita," kata Amin penuh harapan.

Untuk kategori Artis Paling Popular (Malaysia) pula, selain Siti dan Faizal, nama-nama seperti Aizat, Hujan dan Stacy turut memberikan persaingan yang tidak kurang hebatnya.

Amin turut ditebak dengan tindakannya itu yang seolah-olah mahu artis Malaysia dinobatkan dengan gelaran popular sahaja sedangkan pengiktirafan terbaik yang seharusnya diburu.

"Bila berkata tentang populariti dan terbaik, ia adalah dua perkara yang berbeza. Pemilihan yang terbaik diserahkan kepada juri profesional manakala popular pula diserahkan kepada peminat untuk memilih artis kesayangan mereka.

"Malah, saya percaya peminat sekarang sudah bijak untuk memilih artis yang benar-benar layak untuk dijadikan sebagai artis popular yang rata-rata mempertaruhkan bakat dan kualiti muzik mereka," kata Amin lagi.

Dalam hal ini, Amin memberikan contoh terbaik oleh peminat muzik Indonesia yang dilihat begitu komited mengundi artis kesayangan mereka untuk menjulang anugerah pada malam itu nanti.

Semuanya itu dilihatnya sendiri ketika menghadiri sidang media APM 2009 di Jakarta pada 3 Jun lalu.

Amin menjelaskan, dia begitu kagum melihat sokongan dan semangat hampir 100 syarikat media dan penerbitan berbeza yang memberikan kerjasama untuk melancarkan perjalanan APM tahun ini biarpun bekerjasama dengan empat stesen radio di sana sebagai rakan media.

"Mungkin juga kerana APM diadakan kali pertama di sana menjadikan mereka begitu teruja untuk menjadikan APM kali ini sebagai satu kejayaan.

"Melihatkan senario itu, ia telah membuat kami berfikir untuk menggugurkan hak eksklusif kepada mana-mana pihak media mulai tahun depan.

"Bukan itu sahaja, perkembangan teknologi terkini juga merupakan salah satu faktor mengapa kami memutuskan untuk tidak lagi memberikan hak eksklusif kepada mana-mana pihak.

"Kami mahu penglibatan semua pihak untuk tampil memberikan sokongan kepada kami sekali gus untuk meletakkan APM di tangga teratas," katanya sambil memperkenalkan Suria FM sebagai rakan media dalam mempromosikan APM 2009.

Sebelum ini, radio nombor satu dan dua negara, Era FM dan Sinar FM dipilih sebagai radio rasmi untuk anugerah itu.

Selain itu, majalah HAI serta akhbar kompak, KOSMO! juga merupakan majalah dan akhbar rasmi APM 2009 yang akan disiarkan menerusi Ria (saluran Astro, 104) tepat pukul 9 malam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 1:39 pm

JUARA pertandingan akhir Mentor 3 yang disiarkan secara langsung di TV3, diadakan di MBSA Shah Alam, malam tadi, Black bersama mentor, Mas Idayu. Juara Mentor 3 membawa pulang wang tunai RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5, manakala, mentornya meraih wang tunai RM100,000. Bagi tempat kedua, Chaq dan ketiga Fira.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mentor17
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:02 pm

Pic Liza Hanim & baby baru @ WHI

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37149810

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 37149811
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:04 pm

Kehadiran Alif hadiah paling berharga

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp282
SEBAHAGIAN tetamu yang hadir pada majlis ulang tahun Kak Pah yang diadakan di VillaMay, Shah Alam, baru-baru ini.


Majlis sambutan ulang tahun Datuk Sharifah Aini bertemakan cinta, penuh kasih sayang

AIR mata Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini cukup mudah tersentuh kala terkenangkan anak tersayang, Alif Omar, yang jauh di negara orang demi mengejar cita-cita. Kuntuman rindu yang bertandang di antara Malaysia dan kota Madinah, tempat si anak menimba ilmu, membuktikan bahawa kasih ibu tiada penghujungnya.

Bagaimanapun, ia bukan penghalang untuk si ibu terus menebarkan kasih dan sayang kepada anaknya yang sudah menginjak usia 27 tahun. Biarpun terpaksa berjauhan, beliau yang sinonim dengan panggilan Kak Pah itu reda melepaskan anaknya ke sana.

Malahan, penyanyi Seribu Mawar itu sangat senang hati apabila anaknya berada di tanah haram kerana yakin dan percaya bahawa Yang Maha Kuasa sentiasa merahmati perjuangan Alif.

Kata Kak Pah, melahir, memiliki dan membesarkan Alif dengan sempurna di depan mata umpama hadiah terbesar yang cukup bermakna dalam hidupnya.

“Dia buat Kak Pah bangga menjadi seorang ibu. Dia nyawa dan kekuatan hidup Kak Pah. Kami harus akur dan perlu membiasakan diri untuk berjauhan. Hampir setiap hari kami akan berhubungan untuk melepaskan rindu. Setiap hari juga Kak Pah akan SMS kepadanya untuk meluahkan isi hati.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp281


“Kalau dia sedang berperang dengan peperiksaan, Kak Pahlah yang paling gementar dan tumpang takut. Ketika itu, Kak Pah tidak tidur malam untuk berdoa dan bersembahyang meminta restu Tuhan supaya dia dapat menjawab soalan dengan tenang dan lancar. Kebiasaan Kak Pah juga jika terlalu rindu dengannya ialah untuk ke kamar tidur Aliff.

“Kak Pah akan mencium bajunya, malahan ada dua tiga pasang bajunya dibiarkan tidak dibasuh beberapa hari supaya bau badannya terus melekat. Kak Pah juga pernah tidur di biliknya dan mencium bantal kepunyaannya. Kak Pah turut terleka di biliknya apabila dapat melepak dan membaca kitab dan buku miliknya,” kata Kak Pah yang ditemui Hip, 4 Julai lalu di VillaMay, Seksyen 7, Shah Alam ketika mengadakan majlis meraikan sambutan hari lahirnya ( 2 Julai) dengan rakan karibnya.

Acara rutin yang sering dilakukan Kak Pah itu cukup bermakna apabila Aliff turut hadir memberi kegembiraan berganda kepada ibunya itu. Kebetulan, Alif sedang bercuti tiga bulan daripada pengajiannya. Patutlah hampir setiap butir bicara Kak Pah bersama Hip, beliau rancak bercerita mengenai anaknya itu.

Bahkan, kalau dapat diputar kembali masa lalu, jika Kak Pah masih muda, beliau berharap untuk memiliki bukan seorang anak, sebaliknya enam orang anak. Selorohnya, beliau teringin anak perempuan tapi pintasnya kembali mungkin rezekinya hanya untuk mendapatkan seorang anak iaitu Alif, satu-satunya intan payung dambaan hatinya.

“Bukan nak memuji dia melangit, tetapi memang dia anak yang tidak suka meminta-minta. Nak minta duit dekat Kak Pah pun dia segan. Tapi sebagai ibu, naluri Kak Pah cepat terasa dan dengan spontan Kak Pah akan hulurkan duit kepadanya. Dia anak yang paling senang untuk dijaga dan tidak banyak songeh.

“Dia jenis yang suka memberi kejutan kepada Kak Pah. Setiap kali kembali ke Malaysia, dia tak lupa belikan Kak Pah gula madu, daun pudina dan kitab suci Kalamullah. Bagi Kak Pah, hadiah yang paling memadai dan bermakna untuk hari lahir Kak Pah ialah jika dia lulus peperiksaan dengan baik,” kata Kak Pah.

Mengenai majlis hari lahirnya itu yang diadakan secara santai, lebih 25 tetamu istimewa diundang. Sebelum berkaraoke, tetamu menjamu selera juadah enak yang disediakan di Papillon. Sambil diiringi alunan muzik instrumental bertemakan cinta, ia bagaikan sebuah acara yang cukup dirahmati dan penuh kasih sayang.

Kak Pah juga tak lekang mengukir senyuman melayan tetamu. Paling menarik perhatian Hip ialah gelagat Aliff yang begitu berselera menikmati hidangan yang disediakan. Barangkali juga Alif begitu merindui masakan Malaysia. Bagaimanapun pada akhirnya Hip difahamkan Alif begitu berselera kerana tidak sempat makan tengah hari.

Menurut Kak Pah, majlis ini diadakan bukan atas soal glamor sebaliknya sebagai tanda terima kasih kepada rakan yang sentiasa berada di sisinya ketika berdepan dengan keindahan dan kesukaran kehidupan. Sebelum berlangsungnya acara itu, Kak Pah terlebih dulu menganjurkan majlis khatam al-Quran selama tiga malam berturut-turut di kediamannya.

“Majlis khatam al-Quran itu dihadiri lebih 200 orang termasuk ustaz, anak-anak tahfiz dari Kepong, Subang dan Puchong. Majlis itu dijadikan acara bulanan di surau rumah Kak Pah. Kak Pah tidak berharap lebih dan berharap apa yang dilakukan ini akan diberkati Tuhan. Bersempena ulang tahun hari lahir Kak Pah tahun ini, Kak Pah hanya berdoa yang mustahak saja.

“Kak Pah memohon supaya Tuhan terus menjadikan wanita bernama Sharifah Aini ini untuk terus tegar dan kuat menjalani kehidupan mendatang. Masalah datang dan pergi, ia bukan sebab untuk Kak Pah terus mengeluh dan termenung. Kak Pah tak mudah goyah kerana Tuhan sentiasa memberi kekuatan, malahan Alif juga sentiasa mendoakan Kak Pah. Kak Pah hanya meminta kesihatan yang baik, dipertingkatkan iman dan mudah-mudahan Tuhan akan mengakhiri hidup Kak Pah dengan baik.

“Jika sampai waktu untuk Kak Pah menghadap Tuhan, biarlah Kak Pah meninggal dunia dengan aman dan tenang. Kak Pah juga tidak lupa mendoakan Alif bertemu jodoh yang baik. Paling penting kini ialah persembahan Kak Pah pada 17 Julai ini di Dewan Perdana Felda diharap akan berjalan lancar.

“Kak Pah ini orang yang kuat dan boleh menolak ketepi apa juga kontroversi melanda supaya dapat memberi tumpuan kepada persembahan itu nanti,” katanya yang sudah ligat membuat latihan bersempena persembahan An Evening With Datuk Sharifah Aini.

Sementara itu, Hip sempat menemu bual Alif yang semakin bertambah kacak dan kurang pemalu lagi orangnya. Cuti pengajiannya itu memberi kesempatan indah apabila dia dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama ibunya kelak.

“Peluang cuti ini juga dapat saya gunakan untuk menziarahi sanak saudara dan rakan. Selalunya, pertemuan saya dan rakan diadakan di rumah ibu. Saya juga seronok dapat bersama-sama meraikan hari lahir ibu saya kali ini. Harap dia akan gembira selalu dan mudah-mudahan akan cepat bertemu jodoh (pengganti).

“Ibu saya seperti emak orang lain juga. Kala berjauhan, dia akan menghubungi atau sekadar berSMS untuk bertanya khabar dan perkembangan saya di Madinah. Terlalu banyak kenangan manis saya titip bersamanya. Di kesempatan ini juga saya berharap dia akan terus bersemangat dan tabah mengharungi kehidupan mendatang,” kata Alif.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:10 pm

2 remaja kejar impian

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp283


SEKADAR mengimbau kembali kata-kata konduktor muzik terkenal, Ramli MS, seorang penyanyi atau penghibur yang hebat, ada kalanya terpaksa juga berdepan dengan 'stage fright' atau perasaan gemuruh di pentas ketika membuat persembahan.

Namun, saat menyaksikan persembahan finalis Bintang RTM2009, Ernie pada Malam Seribu Bintang, minggu lalu, diperhatikan faktor ‘stage fright’ pada persembahannnya berada pada tahap paling minimum.

Justeru, ketika namanya diumumkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Bintang RTM2009, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, ditambah kelantangan vokal Ernie ketika mendendangkan lagu Kau Yang Istimewa (nyanyian asal Aishah) dan Cahaya (Kris Dayanti) yang diakui barisan juri sebagai yang terbaik pada malam itu, melengkapkan gelaran juara sebagai miliknya yang mutlak.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Coverp12


Ernie adalah finalis paling muda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akhir tahun ini, mengakui ramai meramalkan Jo-Anna bergelar juara disebabkan dia memiliki pakej lengkap. Namun, apabila Jo-Anna diumumkan sebagai Naib Juara, hatinya terdetik, mungkin Saidatul Aina bakal bergelar juara kerana membawa ramai penyokongnya ke Stadium Negara, sebaliknya Ernie pula diumumkan sebagai juara!

Situasi di luar dugaan itu membuatkan Ernie melompat gembira sehingga tidak sedar gelagat keterlaluan itu diperhatikan VIP yang berada di pentas ketika itu termasuklah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Masnah Rais. Aksi ‘over’ Ernie mendapat kritikan media apabila menyifatkan aksi terkinja-kinja itu menyakitkan mata memandang!

“Saya terkejut apabila nama diumumkan sebagai juara, itu yang membuatkan saya melompat di pentas sehingga tak sedar ada Menteri di situ. Saya akui kesilapan itu, memang saya tak sedar aksi ‘over’ yang dilakukan kerana terlalu gembira! Justeru, jika ada segelintir pihak yang tidak senang dengan kelakuan saya di pentas pada malam itu, saya minta maaf banyak-banyak termasuklah kepada Datuk Seri Dr Rais dan isterinya,” kata Ernie yang ditemui B*Pop, petang Rabu lalu.

Mungkin faktor usia membuatkan Ernie alpa dengan situasi persekitaran, justeru wajarlah dimaafkan kelakuannya yang ternyata masih keanak-anakan itu.

Ibu Ernie sepupu Ziana Zain

Selepas diselidiki, Ernie rupa-rupanya berdarah seni. Selain bapanya, Zakri Ahmad, 48, yang pernah menganggotai band Kilat, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Klang, Selangor dengan bermain dram, dia juga mempunyai ikatan persaudaraan dengan penyanyi terkenal, Ziana dan Anuar Zain! Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed, 43, adalah sepupu kepada kedua-dua artis popular itu apabila Ernie memanggil Ziana, Mak Long, manakala Anuar dipanggil Pak Ngah.

“Sejak saya berusia lima tahun lagi, saya sudah mula menyanyi di pentas apabila sering mengikuti band Kilat membuat persembahan. Ketika itu lagu yang menjadi kegemaran saya ialah Panasaran. Pernah juga terdetik ingin menjadi penyanyi berjaya seperti Mak Long, kebanyakan lagu popularnya sering saya dendangkan ketika membuat persembahan,” katanya lagi.

Apabila sudah bergelar bintang baru, bagaimana penerimaan rakan sebaya di sekolah, apakah Ernie sudah merasai bahang menjadi selebriti dikenali ramai?

Sasar keputusan SPM dapat 9A1

Kata Ernie, kehidupan hariannya sebagai pelajar sekolah, biasa saja, setiap pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dia menyertai pembelajaran bersama teman-temannya, cuma ada segelintir daripada rakannya itu, menyindir dirinya sudah banyak berubah, berlagak sombong dan bermacam-macam lagi, namun dia tidak pernah memandang serius perkara itu, selain menganggapnya sebagai gurauan semata-mata.

Pastinya ketika ini fokus Ernie ialah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM apabila meletakkan sasaran memperoleh keputusan 9A1. Namun, pada masa sama, ada beberapa syarikat rakaman sedang mengintai persetujuan Ernie untuk menyuntingnya sebagai artis rakaman, namun jelas Ernie semuanya masih di peringkat perbincangan bersama keluarga kerana baginya paling utama ketika ini ialah berjaya dalam pelajaran.

Jo-Anna bagaikan 'hot babe' BRTM


Sementara itu, Naib Juara Bintang RTM2009, Jo-Anna Sue Henley-Rampas seolah-olah memiliki ‘x-factor’ atau aura yang begitu kuat apabila setiap kali kehadirannya di pentas mampu membuatkan banyak mata terpukau dengan kejelitaannya, selain kelunakan suara dan kelincahannya memperlihatkan dia seperti sudah lali dengan pertandingan nyanyian ‘gergasi’, walhal Bintang RTM adalah penyertaan pertamanya di pentas hiburan!

Jo-Anna atau lebih mesra dipanggil Joan adalah ‘hot babe’ Bintang RTM edisi ke-14! Dia mampu bergelar Bintang Paling Popular, Bintang RTM2009 yang ditentukan menerusi undian secara SMS (Khidmat Pesanan Ringkas). Populariti menjadi milik mutlaknya. Joan bukan sekadar dekat di hati peminatnya, bahkan dia turut mencuri perhatian juri dengan mengungguli kategori Persembahan Terbaik. Ratu Tadau Kaamatan Sabah 2007/2008 ini bertakhta di hati peminat dan juri, sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan!

Namun, ada yang berbisik, populariti Joan naik mendadak kononnya kerana kontroversi dan gosip cintanya dengan bintang AF2, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 25. Sebelum ini ramai tidak mengenali atau masih tertanya-tanya siapkan gadis misteri A atau J yang sering diperkenalkan Adam sebagai teman baiknya, namun sebaik saja Joan ‘dilahirkan’ RTM, membuka ruang yang luas kepada peminat mahupun media massa mendekatinya.

Tak mahu tumpang nama Adam AF2

“Saya tak nak nama naik kerana dikaitkan dengan Adam AF2! Sebolehnya saya nak dikenali kerana bakat, pakej yang dikurniakan Tuhan dan kerana nama Joan itu sendiri. Saya juga tak mahu dilabel menumpang nama Adam yang sudah dikenali kerana popularitinya. Jangan disebabkan gosip cinta antara saya dan Adam, peminat meletakkan saya sebagai wajah baru dunia hiburan, sekali gus saya dijadikan bahan sensasi.

“Saya masuk dunia nyanyian selepas mendapat restu daripada keluarga iaitu ketika saya berusia 20 tahun, selepas sekian lama menunggu, barulah saya diberi peluang menyertai pertandingan nyanyian yang besar seperti Bintang RTM,” kata Joan yang terdetik mencuba nasib selepas dimaklumkan Juara Bintang RTM2007, Reynaldo Pagi mengenai uji bakat yang dijalankan mencari juara baru.

Ibunya, Sulah Rampas ialah bekas penerbit rancangan hiburan RTM Sabah, selain penyampai radio RTM Sabah, namun dia bersara awal pada 1994. Ayahnya pula ialah bekas juruterbang kepada syarikat penerbangan antarabangsa dan tempatan, selain jurutera penerbangan, kini dia mengusahakan syarikat penerbangan milik sendiri yang beroperasi di beberapa negeri di Malaysia.

Jujurnya, Joan meminati dunia nyanyian seawal usia empat tahun, namun dia tidak berkesempatan memasuki pertandingan nyanyian kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga. Keluarga terlalu mementingkan pendidikannya. Namun, apabila Joan memperoleh 6A1 dalam SPM, seterusnya lulus A Level dan kini melengkapkan pengajian undang-undang sebelum ke United Kingdom pada 2011, barulah keluarganya memberi sedikit kelonggaran, lalu dia menyertai Bintang RTM2009.

Gosip cinta cerita dongeng

Selagi boleh, Joan cuba mengelak untuk menjawab gosip cintanya bersama Adam, namun dia akur selepas membaca kenyataan Adam menerusi B*Pop terbitan 24 Mei lalu yang mendakwa Joan sekadar kawan baiknya, jauh sekali sebagai pasangan kekasih.

“Sebenarnya saya dah lama kenal Adam, sebelum dia masuk AF2 lagi. Kami diperkenalkan oleh seorang teman. Perkenalan kami setakat itu saja, sehinggalah Adam menjayakan persembahan di Dewan KDCA, Sabah selepas dia keluar akademi, kami bertemu sekali lagi. Gosip yang mendakwa kami bercinta adalah cerita dongeng, tidak benar! Tapi, saya akui, kami berkawan baik dan berkongsi minat yang sama iaitu menyanyi. Saya dan Adam selesa sebagai teman, tapi untuk ke hubungan lebih serius, bercinta seterusnya kahwin, saya tak pernah pun terfikir sampai ke tahap itu,” kata Joan ikhlas.

Diperangkap dengan kenyataan - Joan dan Adam ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti, apa pula reaksinya?

Dengan selamba Joan memberitahu: “Kita sebagai manusia biasa, tak mampu meramal masa depan. Lagipun, soal jodoh, ajal dan maut ketentuan Tuhan. Siapalah kita untuk menentukannya...”

Dilarang bergambar dengan artis lelaki


Desas-desus mendakwa, apabila Joan sudah bergelar artis, dia perlu menuruti permintaan keluarga, tidak boleh bergambar berdua dengan mana-mana artis lelaki. Sejauh mana kesahihan cerita itu dan jika benar, di mana sikap profesionalisme Joan?

“Saya tak nafikan perkara itu. Saya perlu menghormati permintaan keluarga. Mungkin mereka berbuat begitu kerana tidak mahu saya terbabit dengan apa-apa kontroversi mahupun gosip cinta demi kebaikan diri dan karier.

“Profesional atau tidak, saya perlu mengutamakan kehendak keluarga. Saya harus menggunakan peluang menyanyi diberi keluarga sebaik mungkin, justeru janganlah membelakangi permintaan itu,” katanya yang meminati genre muzik pop rock.

Dalam industri muzik ketika ini, Joan akui dia amat mengagumi persembahan dan lagu dendangan penyanyi popular, Faizal Tahir.

Info Ernie:

NAMA PENUH: Nur Ernie Shahirah Zakri

TARIKH LAHIR: 23 Jun 1992

ASAL: Kuala Lumpur

KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Methodist, Kuala Lumpur

KOMERSIAL TV: Iklan promosi 25 Tahun TV3 bersama Nadia AF6

LAGU RUNUT BUNYI: Filem Akhirat, lagu Akhirat duet bersama Shark U’kays

PENGALAMAN SENI & PENCAPAIAN: Naib Johan Bintang Kecil Kebangsaan 2002 ketika 10 tahun; Artis Konsert Warisan Budi di Istana Budaya (IB), diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ketika 16 tahun dan Juara Pertandingan Akhir Bintang RTM2009

PERTANDINGAN NYANYIAN LAIN: One In A Million musim ketiga (OIAM3), namun tersingkir di peringkat uji bakat

IDOLA: Datuk Khadijah Ibrahim

Info Jo-Anna:

NAMA PENUH: Jo-Anna Sue Henley-Rampas

NAMA KOMERSIAL: Joan

TARIKH LAHIR: 24 Mac 1989

ASAL: Kampung Poturidong, Kiulu, Sabah

KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik

DARAH CAMPURAN: British (ayah) dan Dusun (ibu)

AGAMA: Kristian - Seventh Day Adventist (sama Marsha Londoh, AF3)

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Bristol University, United Kingdom (UK) (cawangan Brickfields, Kuala Lumpur) tahun kedua, 2011 akan melanjutkan pengajian ke UK

KOMERSIAL: Celcom, Hotlink, F&N, Maxis, Nestle dan Maggie

PENGALAMAN SENI & PENCAPAIAN: Ratu Tadau Kaamatan Sabah 2007/2008; Duta Hotlink Borneo 2007/2008; Duta Pelancongan Sabah 2007/2008; pengacara sambilan RTM rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM); penyanyi sambilan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah; Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang RTM2009; Bintang Paling Popular, Bintang RTM2009 dan Persembahan Terbaik, Bintang RTM2009





Solekan & dandanan Jo-Anna: Amy Janz (012 276 3600)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:12 pm

Stacy nafi pernah dibuang sekolah!

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp284
Stacy


SELEPAS aktres popular, Rita Rudaini, 33, dan suaminya, bintang bola sepak, Aidil Zafuan, 22, melalui pelbagai episod duka dan kontroversi selepas mengumumkan perkahwinan rahsia mereka di Songkhla, Thailand, 25 Februari 2008, akhir tahun lalu, kini pasangan itu memanjatkan rasa syukur apabila Rita selamat melahirkan anak sulung mereka, Aidit Rayyan Rizqin, seberat 2.9 kilogram, Rabu lalu, jam 1.20 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Tahniah Zubir ucapkan! Moga-moga mentua Rita dapat menerima kehadirannya dalam keluarga selepas ini, insya-Allah.

Tahniah juga buat pemuzik profesional, Shamril Mohd Salleh atau lebih popular sebagai Sham Kamikaze dan isterinya, Farazila Abdul Jabar yang naik pelamin, semalam di Batu Pahat Johor. Zubir difahamkan, suatu ketika dulu, antara Rita dan Sham, mereka pernah berkawan rapat, tapi itu kisah silam, hanya tinggal sejarah, kini kedua-duanya sudah pun berbahagia bersama pilihan hati masing-masing.

Semalam juga adalah hari pertunangan pelakon dan penyanyi remaja, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana dan pasangannya, Khairul Anuar Hussin yang berlangsung di Jeumpa D’Ramo, Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur. Tahniah juga diucapkan kepada Elyana.

Baiklah, kita tinggalkan seketika cerita kebahagiaan tiga artis itu, sebenarnya Zubir ingin membawa perhatian pembaca setia ruangan ini kepada kisah juara Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, yang sudah agak lama Zubir tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai dirinya.

Terbaru, Zubir dimaklumkan, malam ini Stacy akan berduet dengan abangnya, Chaq dalam konsert akhir Mentor 3 menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu (nyanyian asal Ajai dan Nurul), secara langsung jam 9 malam di TV3.

Di sebalik kisah kerjaya Stacy, baru-baru ini, Zubir menerima kiriman e-mel daripada seseorang nun jauh di selatan tanah air, mendakwa kenyataan Stacy sebelum ini yang memberitahu pihak media massa, dia terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan 5 kerana faktor kemiskinan adalah cerita rekaannya semata-mata, sebaliknya Stacy dilaporkan dibuang dari sekolahnya pada Februari 2007 kerana berdepan masalah disiplin! Alamak, terlebih sudah!

“Sebelum berhenti sekolah lagi, saya sudah menyanyi separuh masa di kelab malam untuk menambah pendapatan keluarga. Saya nekad berhenti sekolah untuk melihat adik-adik meneruskan persekolahan mereka. Adik beradik yang lain tidak bekerja, jadi saya harus berkorban kerana dengan menyanyi saja, boleh mendatangkan pendapatan agak lumayan.

“Saya mahu mengubah nasib keluarga, jadi sekalipun dalam keadaan terpaksa, saya akur untuk berhenti sekolah. Namun, saya sempat berjanji dengan ayah dan ibu, suatu hari apabila nasib keluarga kita sudah berubah, saya pasti menyambung persekolahan,” kata Stacy kepada B*Pop terbitan 15 Jun 2008.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Stacy yang didakwa pengirim e-mel sebagai rekaan semata-mata, Zubir terus menghubungi bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah itu untuk mendapatkan kesahihannya.

Stacy mengaku, ketika masih berada di Tingkatan 3, dia nakal kerana sering ponteng sekolah dan selalu ‘terbabas tidur’ gara-gara bekerja separuh masa di kelab malam selepas waktu persekolahan.

“Memang saya selalu ponteng sekolah sehingga beberapa kali diberi surat amaran oleh pihak sekolah. Saya juga pernah dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, gara-gara masalah yang saya timbulkan. Tapi, apabila saya masuk Tingkatan 4, saya dah kurang ponteng sebab takut dimarahi pihak sekolah. Akhirnya, apabila di Tingkatan 5, saya ambil keputusan berhenti sekolah kerana faktor kewangan yang menimba keluarga.

“Jadi, cerita yang mendakwa saya sebenarnya dibuang persekolahan kerana berdepan masalah disiplin adalah tidak benar! Sekiranya masih ada pihak yang terus mempertikaikan penjelasan ini, mereka boleh semak rekod persekolahan saya di Jabatan Pendidikan Negeri, dari situ mereka boleh tahu, saya dibuang sekolah atau berhenti,” jelas Stacy yang terkejut dan kecewa dengan dakwaan berkenaan seolah-olah mahu menjatuhkan namanya.

Zubir difahamkan sebelum ini Stacy pernah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Limkokwing dalam bidang muzik. Apa perkembangan terbaru mengenainya?

“Buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran di sana (Universiti Limkokwing), boleh dikatakan hampir setiap hari saya sibuk bekerja. Bagaimanapun, saya harus mencuri ruang untuk pelajaran. Saya berharap, tahun depan saya boleh sambung belajar,” kata Stacy bersungguh-sungguh.

Cayalah Stacy, pedulikan cakap-cakap orang yang dengki dengan Stacy tu, mudah-mudahan suatu hari nanti Stacy bakal bergelar pelajar kolej!

ZUBIR: Aktres popular tak tegur teman wartawan sepanjang fotografi di sebalik tabir pembikinan filem terbarunya di pinggir ibu kota, baru-baru ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:15 pm

'Saya luah apa tersirat'

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp285
Farawahida


SELEPAS meluahkan apa yang terbuku di hati dalam B*Pop, minggu lalu, penyanyi Farawahida sekali lagi tampil memberi kenyataan ringkas berhubung bidasan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.

Julfekar dalam akhbar Berita Harian pada 7 Julai lalu menganggap Farawahida cuba mengalih isu yang sebenar.

Kenyataannya banyak menyentuh isu peribadi tetapi soal tindakan melanggar kontrak yang menjadi isu sebenarnya tidak disentuh sepenuhnya.

Julfekar tetap bertegas menuntut ganti rugi berjumlah lebih RM400,000 sebagai memenuhi tuntutan penyanyi itu yang minta dibebaskan dari syarikat rakaman Millineum Art Sdn Bhd.

Farawahida berkata, pendedahan dulu bukannya bertujuan mengalihkan isu kontrak atau masalah dalaman yang berlaku dengan syarikat rakaman, sebaliknya hanyalah luahan apa yang tersurat dan tersirat sehingga dirinya bertindak melarikan diri dan menyepi selama empat bulan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak sangka pula isu berkenaan menjadi bertambah rumit apabila wartawan dapat menghidu empat laporan polis yang dibuat berhubung ugutan bunuh, gangguan dan ancaman menyebarkan gambar dan video lucah yang membabitkan dirinya.

"Awalnya, saya mahu mendiamkan diri, malah tidak pernah terfikir membongkar rahsia penderitaan saya dan keluarga selama ini. Biarlah kami menanggung sakit apabila sering diancam, diganggu dan diugut tanpa membabitkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, tahap kesabaran seseorang ada batasannya.

"Saya hilang sabar apabila bekas pengurus itu terus menjaja cerita yang mengaibkan saya dan keluarga serta cuba menabur pasir dalam periuk nasi saya.

"Saya ada maruah diri, malu keluarga saya apabila mendengar cerita yang disebarkan, tapi mulut bekas pengurus tidak pernah berhenti menjaja cerita pada orang luar. Dia (Julfekar) tak pernah mengaku apabila ditanya, malah sanggup pula bersumpah atas nama Allah.

Saya sudah lali dengan sandiwaranya, malah menangis dan bersumpah adalah perkara biasa.

"Bagaimanapun, tiada gunanya memikirkan persengketaan yang berlaku, saya sudah menyerahkan pada pihak berkuasa berhubung isu laporan polis. Saya mempunyai cukup bukti dan saksi atas apa yang berlaku, jadi biarlah polis menyiasatnya. Saya tidak mahu mengganggu siasatan polis apabila terus memberi kenyataan," kata penyanyi yang pernah dinobatkan Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.

Farawahida berkata dia juga kesal dengan dakwaan Julfekar konon dirinya baru mahu mengenali agama, sedangkan dia adalah orang Islam. Sejak kecil, keluarga dan guru tak pernah putus-putus menerapkan nilai agama dan budi pekerti dalam dirinya, lainlah kalau dirinya seorang mualaf.

Dengan suara perlahan, Farawahida akui: "Memang dia (Julfekar) marah bila saya bersolat lama. Itu hakikatnya, tetapi janganlah nak memutar- belitkan kenyataan saya pula. Dia dakwa saya baru hendak kenal agama, tetapi fikirlah, saya bukanlah mualaf yang baru masuk Islam.

"Penat guru saya mengajar agama Islam selama bertahun-tahun saya di sekolah, malah pelajaran agama saya tak pernah gagal, jadi logik ke saya baru nak kenal agama? Saya tak mahu komen panjang, nanti lebih memburukkan keadaan. Biarlah orang luar menilai siapa sebenarnya yang baru nak mengenal agama."

Farawahida menerusi kenyataannya dalam B*pop pada 5 Julai lalu mendakwa dirinya terseksa sepanjang lima tahun bersama Julfekar.

Penyanyi itu membuat pendedahan apabila mendakwa dirinya didera mental dan fizikal. Malah Farawahida juga menegaskan Julfekar bukanlah kekasihnya, sebaliknya hubungan mereka hanyalah sebagai pengurus dan artis.

"Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya," katanya.

Farawahida dipetik berkata, bukan dirinya berdegil atau keras kepala kerana tidak mahu berbincang dengan Julfekar, tetapi cukuplah derita yang ditanggung selama lima tahun.

"Dia (Julfekar) bukan kekasih saya, malah jauh sekali suami saya tetapi dia cuba menentukan hidup saya.

Ketika itu, saya hanya mampu bersabar kerana terikat dengan kontrak selama lima tahun. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya angkat kaki tetapi saya tak mampu bertindak sebab sering diancam.

"Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya.

Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari," katanya dalam kenyataan lalu.

Dalam kenyataan lain, Julfekar mengulas berhubung SMS memaki hamun dan mengandungi kata-kata lucah yang dihantar kepada Farawahida dan keluarganya.

Julfekar berkata dia tidak menyedari sama ada pernah berbuat demikian.

Kemungkinan ketika SMS dihantar dia berada dalam keadaan marah dan sukar mengawal kemarahannya.

Terbaru, polis sudah mengambil telefon bimbit dan komputer riba merekodkan keterangan Julfekar kira-kira lapan jam berhubung dakwaan ugutannya mahu menyebarkan video serta gambar lucah Farawahida.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitimeMon 13 Jul 2009, 3:18 pm


TV3 kembali siar Pop Kuiz


BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp287
Pengacara musim baru Pop Kuiz, Aidid Marcello dan Yatt Hamzah.


Menampilkan Aidid Marcello dan Yatt Hamzah sebagai pengacara bermula 19 Julai

MUNGKIN ramai di antara kita masih mengingati game show popular era 1990-an, Pop Kuiz yang menampilkan hos TV no. 1 Malaysia, Aznil Nawawi bersama pasangannya, Rina Khan sebagai pengacara.

Mula diterbitkan pada 1992, program itu boleh diibaratkan seperti tsunami yang melanda industri penyiaran tempatan apatah lagi tidak banyak program seumpamanya ketika itu.

Pop Kuiz mencabar pengetahuan peserta dan penonton tentang dunia hiburan tempatan mahupun dari luar negara. Peringkat awal terbitannya menggamit jutaan penonton untuk setia menunggu di hadapan kaca tv untuk turut serta dalam permainan disediakan.

BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Mainp286
Logo baru Pop Kuiz.


Ia menjadi bualan ramai maka tidak hairan Pop Kuiz memenangi penghargaan ‘Highly Commended Programme’ dalam Asian Television Awards 1996.

Itu hanya sejarah lampau, namun selepas sekian lama, hampir 11 tahun sepi tanpa berita, Pop Kuiz kini ‘dihidupkan’ kembali sebanyak 13 episod di bawah kendalian penerbit, Intan Suraya, yang suatu masa dulu turut pernah mengacarakan program ini.

Sebenarnya, TV3 sudah lama mahu menerbitkan semua game show ini, lebih-lebih lagi terdapat permintaan tinggi di kalangan penonton setianya untuk melihat program itu kembali muncul di kaca televisyen.

Bagi Ella, salah seorang penyanyi yang pernah menjadi artis jemputan Pop Kuiz di peringkat awalnya bersiaran dulu, walaupun ia sekadar game show tetapi program itu sebenarnya banyak memberi informasi kepada orang ramai mengenai industri hiburan tanah air dan luar negara.

“Pop Kuiz lebih kepada program hiburan berinformasi. Saya berkata demikian kerana ia berbeza dari segi penyampaian maklumat mengenai dunia artis,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar (Pengurusan Jenama) TV3, Nurul Aini Abu Bakar, berkata selepas tidak banyak program berkonsep sedemikian diterbitkan sejak kebelakangan ini dan atas kesedaran itu, Pop Kuiz diterbitkan kembali.

“TV3 tiada banyak game show kecuali Ewah-Ewah dan Roda Impian saja. Justeru, kami mengambil inisiatif menerbitkan kembali program ini. Lagipun, ia pernah popular suatu ketika dulu dan yakin masih mempunyai peminatnya. Ia diberikan suntikan lebih segar, dengan pelbagai idea baru diterapkan bagi memastikannya sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya.

Pop Kuiz mempunyai tiga segmen iaitu PopStarz, Ad-Lib dan Action…Cut! Segmen Pop Starz mengkehendaki peserta menjawab soalan mengenai lagu yang dinyanyikan oleh artis jemputan, manakala Ad-Lib pula memerlukan peserta bercerita sambil diberikan petunjuk dari tema dan tajuk.

Segmen Action …Cut! pula ialah memperlihatkan bakat peserta untuk melakonkan watak-watak yang diberikan.

Intan Suraya pula menyifatkan Pop Kuiz versi baru ini tidak jauh beza dengan dulu kecuali segmennya saja berbeza sambil memperlihatkan gandingan baru pengacaranya.

“Kami cuba jadikan lebih sensasi dan meriah sesuai dengan tatapan penonton moden kini,” ujarnya.

Pop Kuiz mula bersiaran pada setiap Ahad, bermula 19 Julai ini jam 5.30 petang.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - 10   BERITA DUNIA HIBURAN - 10 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - 10

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 12Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions