Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 Hadiah Malam Jumaat

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
AuthorMessage
muslim2u
Regular Customer
Regular Customer
muslim2u

Number of posts : 240
Age : 45
Registration date : 22/06/2008

Hadiah Malam Jumaat Empty
PostSubject: Hadiah Malam Jumaat   Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeFri 19 Sep 2008, 11:33 am

Assalamualaikum semua.

HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat
Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ
SalihDuduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba diatertidurdan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang
lain.Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
keranasedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talamitu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanyapemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?"tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa.Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu
iabertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Sipemuda menerangkan sifat2 ibunya.

Kemudian Al Maizy terjaga. Padasebelah paginyaAl Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialahbelahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum
susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketikakecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini."Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih,
ambilwang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masihhidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimanaBiasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpimelihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemudatersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih,
akuucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy
terjagadari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dariibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) "__._,_.___
Back to top Go down
http://muslim2u.fotopages.com/
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

Hadiah Malam Jumaat Empty
PostSubject: Re: Hadiah Malam Jumaat   Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeFri 19 Sep 2008, 9:42 pm

malam yang ku nanti...

malam jumaat... malam seribu makna..
pelbagai kerja perlu dilaksana...
beribadat untuk mendapat pahala...
bertahajud mengadap yang Esa...
berhajat pada Tuhan alam semesta...
berzikir menghapus mazmumah yang ada...
agar jiwa terus sempurna...
agar hati terus ceria...
agar fikiran lapang segala...
agar ku nanti malam yang bahagia...
agar ku tunaikan di malam yang mulia...
kini... malam yang ku nanti telah tiba...
Back to top Go down
Raine
Ahli Familiar
Ahli Familiar
Raine

Number of posts : 82
Age : 50
Registration date : 27/11/2008

Hadiah Malam Jumaat Empty
PostSubject: Re: Hadiah Malam Jumaat   Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeSat 29 Nov 2008, 12:31 am

Jumaat penghulu segala hari...Mulianya Jumaat bukan kepalang...

Antara peristiwa yg berlaku pada Hari Jumaat:-
1. Nabi Adam a.s dijadikan oleh Allah
2. Nabi Adam a.s dimasukkan kedalam syurga
3. Nabi Adam dikeluarkan dari syurga
4. Berlakunya hari kiamat
5. Allah izinkan ahli syurga mengunjungi syurga
6. Malaikat menamakan hari Jumaat sebagai Hari penambahan kerana banyaknya pintu rahmat dibuka
7. Hari dimana Allah menaburkan kebaikan Nya dan melimpahkan kurnia Nya
8. Ada satu masa yg dimakbulkan doa' pada hari tersebut...

Jadi perbanyakkan lah amalan pada Hari Jumaat..

**petikan Ustaz Hj Fadzil Hj Ahmad
Back to top Go down
ninarahim
Enterpreneur
Enterpreneur
ninarahim

Number of posts : 2991
Age : 57
Location : Alor Star
Registration date : 25/05/2008

Hadiah Malam Jumaat Empty
PostSubject: Re: Hadiah Malam Jumaat   Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeFri 19 Dec 2008, 1:21 am

Ya rabbi...malam nie malam Jumaat.....
Sejahtera lah sesiapa yg memperbanyakkan bacaan alquran...dan sembahyang tengah malam....
Back to top Go down
halytobe
Ahli VVIP
Ahli VVIP
halytobe

Number of posts : 3065
Age : 47
Registration date : 29/10/2008

Hadiah Malam Jumaat Empty
PostSubject: Re: Hadiah Malam Jumaat   Hadiah Malam Jumaat Icon_minitimeSun 21 Dec 2008, 12:05 am

baru tau, terima kasih kerana info yang menarik ni..
Back to top Go down
Sponsored content




Hadiah Malam Jumaat Empty
PostSubject: Re: Hadiah Malam Jumaat   Hadiah Malam Jumaat Icon_minitime

Back to top Go down
 

Hadiah Malam Jumaat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: falsafah, ilmu dan ketuhanan-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions