|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 8:37 am | |
| (Gambar) Pertunangan Darling Ngasri & Nur Azlin Rahmat
PERASAAN gementar pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling Ngasri, 26, bertiup agak kencang daripada kebiasaan. Malahan mungkin tidak sehebat debaran yang dirasainya ketika berada di set penggambaran drama atau telefilem. Lain macam dan bercampur baur perasaan yang singgah dalam hatinya ketika berlangsung majlis pertunangan di antaranya dan pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta, Nur Azlin Rahmat, 34, tanggal 15 Mac lalu.
Majlis serba ringkas itu diadakan di kediaman keluarga Darling di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh. Memerhati wajahnya, tampak ada rona bahagia yang sedang erat mendekatinya. Anggun dan berseri-seri menggayakan kebaya campuran warna kuning dan krim tajaan Sri Delima Bridal, Johor Bahru, Darling kelihatan cukup jelita hasil solekan daripada Saidatulnisa.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 8:40 am | |
| (Gambar) Perkahwinan Que Haidar - Linda Jasmine di Taib Andak
Genap sebulan satu hari disatukan, kini pasangan sepadan itu diraikan pula keluarga Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar dalam majlis sambut menantu di Dewan Serbaguna, Felda Taib Andak (lokasi sama persandingan Mawi-Ekin). Berbanding majlis Mawi dan Ekin yang berlangsung dalam suasana sesak serta penuh kejutan apabila pengantin dibawa menaiki helikopter, hari bersejarah Que-Linda pula cukup tenang dan serba ringkas tanpa meminggirkan adat istiadat Melayu. Jika kebanyakan pengantin memilih berarak dengan kereta mewah, Que dan Linda sepakat mengabadikan memori perkahwinan mereka dengan menaiki beca berhias setibanya di pekarangan dewan kira-kira jam 2 petang. Que berkata, idea menaiki beca itu kerana dia mahukan sebuah majlis perkahwinan ‘ala kampung’ sekali gus mengembalikan suasana adat perkahwinan penuh tradisi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:00 am | |
| Gambar majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anak Nora Danish Bekas bapa mertua Nora Danish, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib memotong jambul Rayqal.[SEMASA] KUALA LUMPUR: Majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anak aktres Nora Danish, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram bermula pada pukul 10 pagi tadi di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 39 dan keluarganya. Bekas suami Nora, Toh Muda Rizal Ashram Ramli memangku Rayqal. Bekas ibu mertua Nora, Raja Puan Sri Noorashikin memotong sedikit rambut Rayqal sambil diperhatikan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib (kiri) dan Nora (kanan).Bercerita tentang majlis tersebut, ia bermula dengan upacara marhaban, berendoi dan diikuti majlis cukur jambul mengikut adat dan budaya Melayu. Rayqal dilahirkan pada 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:02 am | |
| Nora Danish bersedia perkenal Rayqal Nora Danish semasa majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. -foto Utusan
[SEMASA] KUALA LUMPUR: Selepas anaknya berusia dua bulan setengah, aktres Nora Danish Hanif, 27, hari ini secara rasminya bersedia perkenalkan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram kepada khalayak.
Nora akui memang dia merancang untuk perkenalkan Rayqal kepada orang ramai di majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini pagi tadi.
“Saya fikir lebih mudah untuk perkenalkan Rayqal pada masa sekarang kerana dia sudah tidak meragam apabila sudah besar,” kata Nora yang juga bersedia merakamkan gambar bersama Rayqal jika dipanggil untuk sesi fotografi.
Bercerita tentang majlis tersebut, ia bermula dengan upacara marhaban, berendoi dan diikuti majlis cukur jambul mengikut adat dan budaya Melayu.
“Semasa beberapa orang memotong sedikit rambut Rayqal, dia tidak menangis dan diam sahaja.
“Kiranya, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar.
“Walaupun sederhana tetapi ia tetap meriah ditambah dengan kehadiran semua tetamu,” luahnya yang berdarah kacukan Melayu dan Myanmar.
Jelas Nora, setelah bercerai, kehidupannya lebih bermakna dengan adanya cahaya mata malah hubungannya dengan bekas suami dan mertua tidak pernah putus.
"Sekarang, saya selalu berulang-alik ke rumah bekas mertua dan kami berpakat menjaga Rayqal bersama-sama.
"Ikutkan saya dengan bekas suami memang tiada ikatan apa-apa, tetapi saya tetap rapat dengan bekas mertua.
"Jadi, saya terus bersetuju apabila mereka berniat hendak melakukan majlis ini.
"Lagipun Rayqal merupakan cucu dan cicit pertama dalam keluarga ini," tutur Nora dengan wajah yang tenang.
Pelakon utama drama bersiri Puteri ini juga tidak kisah seandainya Rayqal selalu datang ke rumah bekas mertuanya sekurang-kurangnya Rayqal mendapat lebih kasih sayang daripada mereka semua.
Majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 39 dan keluarganya.
Antara tetamu yang hadir adalah rakan artis seperti pelakon Lisa Surihani dan adik pelakon Umie Aida dan pengarah Erma Fatima, Betty.
Rayqal dilahirkan pada 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang.
Nora dan Rizal disahkan bercerai pada 12 Ogos 2008 selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai diucapkan suami pelakon sitkom komedi Puteri, Nora Danish pada Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua ketika Nora sedang mengandung empat bulan.
Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:04 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:15 am | |
| Adila Pelajar Pertama Yang Tersingkir
Adila atau nama sebenarnya Nas Adila menjadi pelajar pertama yang tersingkir di dalam konsert minggu kedua Akadami Fantasia Musim 7 (AF7), malam tadi.
Penyingkiran Adila diumumkan pengacara AC Mizal selepas peserta dari Johor Bharu itu menerima jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terendah daripada penonton.
Pada konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104), di sini, pelajar berkenaan membawakan lagu medley Merawat Cinta Luka dipopularkan Liza Hanim dan Asyik nyanyian asal Amelina.
Dengan pemergiaan Adila, ini bermakna 13 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara AF7.
Pelajar terbaik minggu lalu, Hafiz meneruskan kecemerlangannya apabila mendapat pujian daripada tiga pengkritik tetap. Pengkritik tetap yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim. Dato' Khadijah Ibrahim pula tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain dan tugasan itu diambil oleh Dato' Yusni Hamid |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:16 am | |
| gambar seksi zakiah anas |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:17 am | |
| Hati-hati dengan ‘Erra Fazira’ palsu DI saat menanti kelahiran anak sulung; pelakon, penyanyi dan model terkenal Erra Fazira tiba-tiba dikejutkan dengan berita penyamaran seorang wanita yang mengaku sebagai dirinya. Apa yang mencuit hati, penyamar berkenaan menghubungi pelakon, Syanie untuk meminjam wang sebanyak RM150. Kononnya dakwa wanita itu menerusi SMS, dia memerlukan wang untuk membantu adik angkatnya tetapi dia tidak dapat keluar untuk ke bank pada waktu itu kerana dilarang oleh 'suaminya' Engku Emran. "Menurut cerita Syanie, wanita itu bercakap seolah-olah dia memang Erra biarpun Syanie sudah syak sesuatu. Bila Syanie tanya mengapa nombor telefonnya lain, dia memberi alasan Erra sudah tukar nombor telefon. Keesokan harinya Syanie minta seseorang memasukkan wang sebanyak RM150 ke dalam akaun yang diberikan, tetapi akaun itu sudah tidak aktif. Syanie kemudiannya menghubungi wanita itu tetapi suara yang didengarnya memang bukan Erra. Selepas itu Syanie hubungi pula Umie untuk mengetahui apakah betul Erra sudah bertukar nombor telefon. Apabila dimaklumkan yang Erra masih menggunakan nombor lama, Syanie terus menghubungi Erra dan bercerita tentang perkara ini," ujar Erra kepada Sinar Harian. Menurut Erra, dia tidak sangka perkara sebegini boleh berlaku. Apa yang dirisaukannya, jika penyamar berkenaan menghubungi artis lain yang tidak kenal rapat dengannya. "Sudah pasti perkara ini akan menjadi buah mulut dan memalukan Erra. Jadi selepas ini sesiapa sekalipun jika ada pihak yang menghubungi dan menggunakan nama Erra untuk sebarang urusan pinjaman wang ringgit, baiklah terus cari Erra dan bertanya sendiri. Erra tak mahulah nama Erra dipergunakan apatah lagi ini melibatkan penipuan kepada orang lain," luahnya dengan nada risau. Sebelum ini Erra menyatakan dia pernah juga mendengar tentang penyalahgunaan namanya tetapi didiamkan sahaja kerana cerita itu tidak cukup jelas. "Erra tak mahu ada orang salah anggap. Maklumlah fasal duit ni, kita tak boleh nak main-main kerana macam-macam orang boleh lakukan," |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:19 am | |
| lagi gambar Johan berpeluk dengan ozlyn
Kata Johan: Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.
Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar. Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik. Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium.
Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami. Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah Ozlyn sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai. Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.
Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan. Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa.
Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. Ozlyn hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:20 am | |
| Diana Danielle ke PLKN Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini. Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut. ‘‘Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul. “Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Sebelum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:26 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:29 am | |
| Siti di teater muzikal ‘Sirah Junjungan Tahajud Cinta' Siti akui dia cukup bersyukur kerana terlibat bersama-sama dalam menjayakannya. Ini kerana teater ini lain dari yang lain. “Teater ‘Sirah Junjungan’ memaparkan kisah hidup Rasullulah S.A.W. Ianya memerlukan lebih penghayatan dalam persembahan yang ingin disampaikan. Bagi Siti, ini merupakan satu cara untuk berdakwah dalam persembahan,” jelasnya. Bagi mereka yang masih belum berkesempatan menonton teater muzikal ini, anda akan merasai suasana penuh emosi apabila Siti menyampaikan lagu-lagunya dengan penuh syahdu. Ada masanya seolah-olah Siti juga dibuai dengan lagu yang disampaikan sehingga beliau menitiskan air mata. “Saya memang tidak boleh mengawal perasaan saya. Tambahan pula mengenangkan perjuangan Rasullulah,” katanya. Siti Nurhaliza mengayakan busana rekaan Rizman Ruzaini untuk teater muzikal ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:31 am | |
| Dang Suria dengan teman baru!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:32 am | |
| Yatt dan tunangnya SEORANG berpewatakan pendiam dan seorang lagi cukup 'gila-gila' - perbezaan karektor itu sebenarnya telah menjadi penguat hubungan cinta aktres Haryati Hamzah atau Yatt dan tunangnya, Abdul Mutalib Abdul Shukor. Tatkala menghitung hari untuk bergelar suami isteri pada tanggal 29 Mac ini, Yatt dan Mutalib dalam nada ceria akui tidak sangka dalam perbezaan karektor mereka itu sebenarnya turut terselit keserasian yang akhirnya membuatkan Yatt yakin bahawa jejaka yang bertugas sebagai pengurus SportsPlanet di Ampang itu adalah lelaki yang paling layak bergelar suaminya. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah keluarga Yatt di Seremban, Negeri Sembilan. Majlis persandingan di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di Dewan Seri Endon, Putrajaya pada 4 April depan manakala persandingan di sebelah perempuan pula akan dibuat di sesi malam pada tarikh dan lokasi yang sama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:34 am | |
| Keserasian Ashraf-Bunga dalam 'Saus Kacang' DALAM sejarah Indonesia tercatit beberapa pasangan suami isteri yang berlakon bersama di dalam sesebuah filem. Sebut saja pasangan suami isteri dan tergambar almarhum Sophan Sophiaan-Widyawati, Jamal Mirdad-Lidya Kandou, Rhoma Irama-Ricca Rahim, Pangky Suwito-Yati Octavia, Frans Tumbuan-Rima Melati, Ray Sahetapy-Dewi Yull, hingga Herman Felani-Muthia Datau. Di Malaysia pula ia mengikut jejak langkah Allayarham dan Allahyarhamah P. Ramlee dan Saloma. Kini tradisi ini diteruskan oleh pelakon dan penyanyi dari Indonesia Bunga Citra Lestari dan pelakon tanah air kita Ashraf Sinclair. Juga setelah sekian lama; seorang pelakon dari Malaysia mendapat kepercayaan dari pembikin filem Indonesia untuk menjadi pelakon utama filem. Ini meneruskan kejayaan silam Raja Ema; Fauziah Ahmad Daud; Amy Search dan Imuda beberapa dekad yang lalu. Di Indonesia sambutan terhadap filem 'Saus Kacang' ini membawa kejayaan yang amat memberangsangkan apabila mendapat pembelian tiket menjangkau 285,000 penonton untuk tayangan 8 hari sahaja. Kini ia telah mencecah penjualan tiket sebanyak 410,000 penonton. Sambutan peminat filem Indonesia terhadap 'Saus Kacang' berkisar kepada alunan jalan cerita berlandaskan lawak bersahaja (situational comedy) dan lakonan yang berkesan lalu membuat mereka yang menonton tersenyum dan terhibur. Filem arahan sutradara Indrayanto Kurniawan ini ternyata memberi satu “escapism” untuk penonton yang sering dihidangkan dengan filem seram dan juga aksi mendebarkan sejak kebelakangan ini. Kini, penonton Malaysia berpeluang melihat kehebatan pasangan suami isteri dua negara iaitu Bunga Citra Lestari-Ashraf di layar perak Malaysia pada 19 Mac nanti.. Filem ini juga memaparkan kebudayaan dan permandangan indah Bali kepada masyarakat Malaysia. Filem 'Saus Kacang' juga menampilkan lakonan dan kehadiran ulung kumpulan Samsons di layar perak. Penyanyi utama Samsons, Bams melakonkan watak penting di dalam filem ini. Selain daripada itu; peminat Samsons boleh menyaksikan kumpulan tersebut menyanyikan lagu Penantian Hidup versi unplugged. Bunga Citra Lestari selain daripada mempromosikan filem Saus Kacang turut mempromosikan album terbaru berjudul “BCL” yang mana 6 lagu di tampilkan di dalam filem tersebut termasuk lagu hit “Aku Pasti Datang”. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:34 am | |
| "Watak Setan Puaskan Hati Saya" - Rebecca Nur Islam
Pelakon yang masih baru dalam dunia seni, Rebecca Nur Islam binti Ahmad, 24 merasakan puas menjayakan watak perempuan jahat dalam Teater Muzikal Islamik, Sirah Junjungan, Tahajud Cinta yang sedang dipertontonkan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Watak Hendon yang merupakan seorang perempuan yang mendendami terhadap sahabat Rasulullah Saidina Hamzah merupakan satu watak yang jahat umpama syaitan yang kejam
"Selepas lampu Panggung Sari terbuka, dengan tepukan gemuruh penonton saya merasa cukup puas dan lega.
"Saya juga mendapat pesanan sms yang memuji keberkesanan lakonan saya sebagai Hendon yang begitu kejam sehingga memakan jantung Saidina Hamzah tanda dendam, " ujarnya yang pernah berlakon dalam siri Sutera Maya.
"Bila ramai orang kata saya jahat dan kejam, saya rasa bangga sebab itu membuktikan lakonan saya sampai kepada penonton."
"Ini boleh dikatakan sebagai first dan grand show saya dan bersyukur sangat sebab dapat bermain di Istana Budaya. Saya memang bercita-cita untuk membuat persembahan di sini dari mula saya berlakon lagi."
Rebecca pernah menangis pada awal latihan kerana risau tentang tanggungjawab yang harus ditanggung dalam watak Hendon. Watak tersebut ditawarkan oleh Eirma Fatima terus kepadanya dan Eirma mengingatkannya tentang kejahatan dan kesialan watak Hendon yang pernah dimainkan oleh Elly Suriati pada tayangan Sirah Junjungan yang pertama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:35 am | |
| waheeda merajuk?
Baru-baru ini terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan Waheeda kini sudah ‘merajuk’ dengan pihak media akibat sikap segelintir wartawan yang masih terus bertanyakan mengenai isu berkenaan walaupun sudah berkali-kali beliau menafikan bahawa dirinya mempunyai hubungan dengan Akil Hayy.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut, baru-baru ini Jomstar.com telah cuba menghubungi Waheeda, namun yang menjawab panggilan tersebut ialah pembantu peribadinya, Syah.
Apabila ditanya Jomstar.com ke manakah Waheeda menghilangkan diri, Syah memberitahu Jomstar.com Waheeda bukan menghilangkan diri cuma, dia hanya mengurangkan jadual aktiviti seninya.
“Seperti yang Waheeda pernah umumkan sebelum ini, dia hendak bersara dalam dunia hiburan ni,”
“Jadi ini merupakan salah satu langkah awal untuk keluar dari bidang ini,” ujar Syah kepada Jomstar.com.
Ditanya mengenai isu yang kononya Waheeda ‘merajuk’ dengan media, Syah tidak menafikan mengenai perkara tersebut.
“Nak kata merajuk tu, bolehlah juga. Sebenarnya Waheeda ni tersinggung dengan sikap segelintir wartawan main terjah dengan soal peribadi,”
“Bukan tak boleh, tapi biarlah ikut ‘step’. Ni tak, tanya khabar pun belum main terjah dengan soalan peribadi,”
“Itu yang kini Waheeda cuba hindar dari jumpa wartawan tu, bukan dia menghilangkan diri.
Mengenai perkembangan terbaru, Waheeda kini sibuk dengan jelajah motivasinya bersama Berita Harian selain memenuhi jemputan membuat persembahan dan pengacaraan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:37 am | |
| OIAM3 : Bubye Anith! Imuniti Kembali Kepada Esther
Ramai sudah menjangka yang ANITH akan terkeluar minggu ini. Rata-rata komen mengatakan anith terlalu bersikap mengada-ngada, betul ke? Melihat pada persembahan malam tadi, imuniti berhak dimiliki Amylea atau Esther. Masing-masing telah memberikan satu persembahan yang menakjubkan. Amylea yang mendendangkan lagu Jason Mraz “I’m Yours”, telah merubah melodi asal kepada reggae, dan hasilnya memang menjadi. Esther pula, membawa lagu “I Won’t Go Home Without You” dari Maroon 5, menyajikan satu persembahan yang begitu bertenaga dan menghiburkan hinggakan Syafinaz begitu khusyuk melayan sampai tak sempat menulis komennya. Tapi hanya seorang peserta sahaja yang boleh memegang imuniti. Dan panel juri, termasuk juri undangan minggu ini, Jay Jay, sebulat suara memilih Esther. “Kesemua peserta sudah membuktikan mereka mempunyai vokal yang baik, begitu juga persembahan mereka. Tapi untuk memenangi imuniti, mereka perlu menunjukkan peningkatan. “Pada masa ini, mereka statik, semua nampaknya dalam zon selesa, tidak mahu mencuba sesuatu yang baru. Penting sekarang ini untuk mereka kekal pada genre masing-masing tetapi melakukan sesuatu yang mampu memeranjatkan. “Persembahan Amylea malam ini baik tapi kami merasakan Esther telah menunjukkan peningkatan, lebih-lebih lagi selepas persembahannya yang kurang menarik minggu lepas,” jelas Syafinaz panjang lebar. Tambah Paul Moss, “Apa yang Amylea lakukan amat kreatif. Apa yang kita minta, dia telah melakukannya. Namun persembahan itu terasa agak teknikal dan dingin. Manakala persembahan Esther lebih menghiburkan.” Bagi Esther, penganugerahan imuniti dari panel juri minggu ini memang mengejutkan kerana merasakan ketujuh-tujuh rakan seperjuangan yang lain telah membuat persembahan yang bagus sekali. “Mungkin kerana persembahan saya adalah yang terakhir menjadikannya lebih menonjol dan meriah. Mungkin kerana itu saya mendapat imuniti. Saya tak sangka sebab minggu lepas saya mendapat komen yang kurang baik dari juri.” Buat Amylea pula, keputusan malam tadi diterima dengan baik. Dari sudut pandangannya, membandingkan persembahannya dengan Esther seperti membandingkan di antara Norah Jones dan Beyonce, dimana dia adalah Norah Jones. Tidak berputus asa, sebaliknya dia lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik minggu depan, di mana dia akan menyanyikan sebuah lagu karyanya sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:38 am | |
| Pelakon Ery Putra Di Tipu
Pelakon Ery Putra sebelum ini pernah mengaku membuat suntikan pada wajahnya untuk kelihatan lebih menarik. Lihatlah pada bahagian dagu Ery, nampak lebih menonjol.
Selain bahagian dagu, dia dikatakan turut membuat beberapa lagi suntikan pada bahagian wajahnya selain mengambil vitamin C untuk kelihatan menarik.
Hari ini heboh cerita kononnya akibat suntikan yang dilakukan Ery itu, wajahnya mula menunjukkan kesan sampingan.
Malah Ery dikatakan tersilap langkah kerana melakukan suntikan itu daripada individu yang tidak bertauliah sehingga menyebabkan wajahnya menjadi merah sekiranya terkena pancaran matahari yang dipercayai kesan daripada suntikan tersebut.
Sebelum ini pun, kebanyakan media massa melaporkan pelakon yang terkenal dalam siri Manjalara dan Sutera Maya itu mengaku mengambil suntikan Vitamin C untuk mengatasi masalah kulit.
Ery yang sedang sibuk di lokasi penggambaran tidak menolak untuk memberikan penjelasan mengenai desas desus yang mengatakan dia sakit dan menyesal akibat mengambil suntikan tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:40 am | |
| Leona Lewis dibayar RM5.3 juta
Seorang bilionair, John Caudwell membayar penyanyi Leona Lewis sebanyak £1 juta (RM5.3 juta) supaya dia menyanyi dalam parti hari ulang tahun anak perempuannya yang ke-21, lapor sebuah akhbar semalam. Leona yang popular dengan lagu Bleeding Love menyanyikan tujuh lagu di hadapan 200 tetamu. Penyanyi yang berumur 23 tahun itu membuat persembahan di rumah Caudwell di Eccleshall, pada malam Sabtu lalu. Leona yang memenangi program realiti X-Factor pada 2006 sebelum ini dilarang membuat persembahan sehingga tahun depan bagi membolehkannya menumpukan perhatian terhadap penerbitan album kedua. Bagaimanapun, juri dan pemilik pertandingan X-Factor, Simon Cowell memutuskan untuk membenarkan Leona membuat persembahan dalam parti hari lahir itu. "Ia merupakan parti yang hebat. Oleh itu adalah sesuatu yang menggembirakan jika dia terlibat dalam parti itu," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:41 am | |
| Hakim tegur peguam AC Mizal
Hakim dalam kes komital mengapa pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal tidak patut dipenjarakan ekoran responden dikatakan gagal menjelaskan tunggakan nafkah berjumlah RM50,000 sejak 2004, hari ini menegur agar pihak berkenaan tidak memandang remeh perkara itu.
Hakim syarie Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, Abdul Malik Soleh melontarkan teguran kepada peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal. Teguran itu dibuat melalui peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Shafnie Zainuddin kerana Siti Aishah tidak hadir.
Terdahulunya, Azmi memberitahu mahkamah bahawa peguam berkenaan masih belum memfailkan afidavit jawapan ekoran daripada masalah yang timbul.
Mendengarkan kata-kata Azmi, Abdul Malik bertanya apakah masalah yang dihadapi oleh Siti Aishah.
Azmi bagaimanapun tidak menyatakan apakah masalah yang dihadapi oleh peguam syarie tersebut.
Abdul Malik: ''Ingatkan anak guam sahaja yang menghadapi masalah. Rupa-rupanya peguam juga turut berdepan dengan masalah. Mahkamah sudah memberikan masa terlalu lama dan sepatutnya hari ini mahkamah sudah mendengar alasan yang diberikan. Ini telah menjejaskan masa kedua-dua belah pihak dan masa mahkamah.
"Saya ingin tegaskan di sini, kes ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menjejaskan masa semua pihak terutamanya masa mahkamah. Jadi mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan akhir untuk responden mengemaskini afidavit jawapan bagi permohonan komital yang dikemukakan plaintif.''
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zani, 37, dan Shafnie tidak hadir pada prosiding yang berjalan pada sebelah petang hari ini.
Responden berhadapan dengan satu perintah komital yang dimohon oleh plaintif di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam supaya defendan dipenjarakan kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah sebanyak RM50,000.
Pada 13 Januari lalu, mahkamah itu telah membenarkan bantahan awal AC Mizal untuk mengetepikan permohonan plaintif agar dia dipenjarakan ekoran kegagalan menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelakinya.
Mahkamah berkenaan berpendapat Shafnie sepatutnya memfailkan kes ke mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut iaitu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di Kajang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:42 am | |
| Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini.
Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut.
‘‘Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul.
“Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Sebelum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,” kata Norsiah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pelakon berusia 18 tahun ini terpilih menyertai PLKN kali ini selepas terpaksa menangguhkannya pada sesi pengambilan Disember tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon dalam filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.
Jelas Norsiah, Diana tidak berniat enggan menyertai PLKN pada Disember lalu kerana anaknya itu telah terlebih dahulu menandatangani kontrak berlakon filem itu pada bulan Ogos.
“Dia terpaksa menjalani penggambaran filem itu selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sedangkan dia terpilih menyertai PLKN selepas itu iaitu pada Disember tahun lalu.
“Disebabkan pertindihan waktu, Pengurus Produksi filem Kecoh Betul, Hasni telah berjumpa dengan pegawai PLKN untuk berbincang bagi mendapatkan kebenaran penangguhan Diana daripada menyertai kem itu.
“Diana terpaksa membayar ganti rugi kalau dia tidak dapat menjalani penggambaran Kecoh Betul yang memang sudah lama dirancang. Syukurlah masalah itu sudah selesai dan akhirnya anak saya dapat juga menyertai PLKN,” jelasnya.
Kes penangguhan Diana menyertai PLKN Disember lalu mencetuskan berita sensasi kerana difahamkan Diana merupakan artis remaja pertama terpilih menyertai kem latihan itu.
Tambah Norsiah, penyertaan Diana itu secara tidak langsung turut membuktikan anaknya bukan sengaja mahu mengingkari arahan kerajaan, sebaliknya ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:43 am | |
| Eira Syazira Popular Dengan Drama Ku MilikMu Pelapis Erra Fazira?
AKTOR Zamarul Hisham pernah menganggap aktres Eira Syazira sebagai pelapis Erra Fazira dengan mengatakan ‘dulu kita ada Erra Fazira tetapi sekarang kita ada Eira Syazira’ selepas mereka berdua digandingkan bersama dalam sebuah telefilem ‘Restu’.
Bukan hendak meninggi diri, Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi juga menganggap tuahnya itu bermula apabila dia berlakon dalam drama rantaian Ku Milikmu yang telah disiarkan di TV3.
“Mungkin orang nampak bakat saya selepas bekerja keras.
“Boleh dikatakan semua watak saya sudah cuba mulai dari watak ‘second leading’, pembantu dan sekarang barulah merasa watak utama.
“Saya memandang pada karektor terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menerima tawaran lakonan itu.
“Saya rasa lebih baik saya ‘naik’ dalam industri seni ini secara perlahan-lahan dengan cara tersendiri kerana saya betul-betul ikhlas membuat kerja ini.
Saya sanggup menerima komen positif mahupun negatif.
“Saya juga tak kisah untuk menunggu pelakon lain lama-lama ke set pengambaran,” beritahu Eira ketika sidang media dan pelancaran drama rantaian Embun Mutiara untuk TV3.
Walaupun sebelum ini dia banyak kali ditawarkan watak gadis baik, namun tidak bermakna Eira tidak boleh membawakan watak gadis nakal seperti Embun dalam drama Embun Mutiara.
“Watak saya bukan seorang yang jahat tetapi gadis kolej yang gemarkan populariti.
“Apa yang menarik tentang drama ini adalah nama watak iaitu Embun dan Mutiara.
“Saya teruja sebab watak lakonan saya adalah gadis belasan tahun sedangkan saya berumur 25 tahun.
“Jadi, watak itu membawa fikiran saya kembali ke zaman persekolahan. Ini merupakan pertama kali saya membawakan watak seperti ini.
“Saya tengah fikir apa yang saya nak tonjolkan dalam drama ini dengan memotong rambut, membuat imej ala-ala ‘next top model’ dan manja,” ujarnya yang menerima tawaran tersebut atas permintaan pihak TV3.
Sebelum ini, Eira juga pernah terlibat dengan drama Sindarela, Ku Milikmu dan terbaru Cinta Balqis yang bakal muncul di slot Akasia untuk TV3.
Jadi, tidak mustahil jika Eira dilabel sebagai pelakon kegemaran TV3.
“Alhamdulillah, akhirnya saya diterima di TV3 kerana bukan mudah untuk saya menembusi TV3.
“Percubaan pertama saya adalah drama bersiri Sindarela di mana saya hanya memegang watak pembantu iaitu Tushee, walaupun nampak ‘skema’ tetapi ada sesuatu yang orang nak tengok,” ulasnya yang mula berlakon sejak usia 18 tahun.
Cerita Eira, drama pertama lakonannya adalah Meniti Bara terbitan Skop Production manakala filem pula adalah Bisikan Remaja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:50 am | |
| Beego berhutang 70 Ribu untuk persandingan
PERTEMUAN kami petang itu tidak disengajakan. Saya hampir-hampir tidak mengenali lelaki yang nampak kurus dalam seragam jingga. Lelaki itu sedang sibuk menjalani penggambaran drama Cuci Cuci Services.
Dengan ramah, pemilik nama sebenar Mohd. Aszerul Nizam Abdullah atau Beego itu menegur: “Tak sangka jumpa di sini.” Dia senyum. Senyumnya tawar seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan yang masih remuk.
Namun mengenali sosok lelaki kacukan Melayu-Jerman itu, dia jarang mengelak tanpa sebab. Bicaranya juga selalu telus. Seperti pada pertemuan tidak dijangka itu, dia memberitahu bahawa dirinya sudah bercerai. Sudah menjadi duda muda. Dia tersenyum pahit.
“Sudah tahu kan, saya bercerai pada 16 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dengan talak satu. Semua kes tuntutan kami juga sudah diselesaikan di luar mahkamah,” ringkas tetapi isi bicaranya cukup memberi penegasan kepada status dirinya kini.
Sepanjang tahun lalu, kisah rumah tangga pelakon yang mendadak popular menerusi drama bersiri Puteri itu hangat dibongkar. Semua hal kain dalam dia dan isteri, Intan Shahira Mohd. Shahru serta keluarga dilaporkan oleh media. Paling tragis, perkahwinan mereka berkecai selepas tiga bulan berbanding cinta yang dibina selama sembilan tahun.
Memalukan juga apabila perkahwinan mereka ditentang oleh kasta keluarga mertua kerana Beego dianggap tidak berpendidikan kerana hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bekas isterinya kemudian mendedahkan dia terpaksa berhutang lebih RM70,000 untuk majlis persandingan mereka selain mengambil suntikan mencegah hamil kerana enggan memiliki zuriat daripada Beego.
Sehingga begitu sekali tragis kisah peribadi pelakon berusia 29 tahun itu yang kemudian memaksa dia melupakan dunia lakonan buat seketika. Lapan bulan menyepi, Beego kini kembali dengan semangat baru. Semangat yang dikutip daripada serpihan hatinya yang sudah berkecai.
“Ini lakonan pertama saya selepas lama menyepi. Drama siri Cuci Cuci Services ialah produksi milik Hans Isaac, yang diarahkan Harun Salim Bachik. Rindu juga nak kembali berlakon,” katanya merujuk kepada drama lakonannya itu.
Sepanjang kami berbicara tentang masa silamnya, Beego sedaya upaya mengumpul kekuatan diri.
“Saya seperti mengebom diri sendiri apabila melafazkan cerai demi kebahagiaan kami berdua. Ini dugaan terbesar dalam hidup saya. Saya tak pernah bayangkan cinta pertama yang saya pupuk selama sembilan tahun, kemudian kami berkahwin dan saya sangkakan berpanjangan, tidak menjadi,” katanya pasrah.
Berkelana lapan bulan
Kesan daripada tragedi perkahwinan yang dilaluinya, Beego mengaku hatinya trauma. Selama lapan bulan dia mengurung diri, mencari dan cuba mencantum semula serpihan hatinya yang hancur.
Maka berkelana dia ke Thailand, Singapura, Johor Bahru dan sekejap-sekejap di Kuala Lumpur untuk menenangkan hati. Semua tawaran lakonan yang datang ditolak mentah-mentah kerana dia berasa tidak mampu memberi komitmen terhadap kerja. Dia seperti telah mati.
Tetapi akhirnya dia sedar, sampai bila dia mahu menyeksa diri. Dia juga mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Yang penting, wang tabungan juga habis digunakan sepanjang tempoh lapan bulan dia mengasingkan diri daripada dunia realiti.
“Itu antara sebab saya berlakon semula. Betul, saya tak mahu tipu. Semua wang tabungan saya habis digunakan sepanjang lapan bulan tidak bekerja. Dan saya juga fikir, sampai bila saya ingin ikutkan perasaan?
“Saya tahu, dugaan ini ada hikmah. Jadi saya harus bangkit. Ya, saya kecewa dan masih berasa sakit hati, tapi jika saya tidak menolong diri sendiri untuk bangkit, tiada orang yang mampu membantu saya,” luahnya.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 10:52 am | |
| (AF7) Nas Adila, pelajar pertama tersingkirDua beg yang dibawa ke pentas hanya tinggal gimik semata-mata apabila hanya seorang pelajar iaitu Adila, 22, atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd Dan diumumkan tersingkir pada Konsert Akademi Fantasia 7 yang disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi. Adila yang menyampaikan persembahan menghiburkan menerusi lagu Merawat Luka Terpendam nyanyian asal Liza Hanim dan Asyik oleh Amelina bagaimana pun gagal meraih undian penonton malam ini Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup
PELAJAR PERATUS (%)
ISMA 11 ARIL 10 HAFIZ 9 RUBISA 8 YAZID 7 SIDI 7 ZIZI 7 AISHAH 7 CLAUDIA 7 RINI 7 AKIM 6 OBRI 6 QHAUD 5 ADILA 4
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup
PELAJAR PERATUS (%)
HAFIZ 11 ISMA 10 ARIL 9 AISHAH 8 AKIM 7 ZIZI 7 YAZID 7 RUBISA 7 CLAUDIA 7 SIDI 6 QHAUD 6 RINI 6 OBRI 6 ADILA 4
Kini tinggal 13 pelajar yang masih kekal dalam pengajian di Akademi Fantasia musim ke-7. Teruskan menonton suka duka pelajar ini di Astro Ria (Saluran 104) dan teruskan mengundi pelajar kegemaran anda!
Sabar lah ye Adila, awak tu dah memang artis tak pe lah tak menang AF pun kan? Orang tetap kenal tapi Oh! Artis tak menafikan, artis yang kecundang dalam pertandingan-pertandingan seumpama ini, hanya akan membuatkan kredibiliti artis itu jatuh hingga tahap di bawah tapak kaki. Jangan berani-berani lagi buat album atau anda sendiri yang rugi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 11:51 am | |
| (Gambar) Rozita Che Wan dalam drama Gerak Khas
Selepas kematian Norman Hakim dalam drama gerak khas, Rozita Che Wan pula muncul sebagai seorang anggota polis yang boleh dikira sebagai menggantikan watak polis Norman Hakim. Seperti yang kita sedia maklum, Norman Hakim sengaja dimatikan wataknya agar tidak mengganggu kelancaran drama Gerak Khas dengan isu-isu busuk antara dia dan Memey.
Gambar-gambar berikut adalah dari peminat setia drama Gerak Khas yang sempat mengambil beberapa gambar di mana dapat dilihat Rozita Che Wan muncul sebagai seorang anggota polis yang baru di dalam skuad Gerak Khas.
Apapun, saya lebih gemar menonton lakonan adik Rozita Che Wan iaitu Ayu Raudah kerana adiknya lebih lawa dan menggoda. Hehehehe. Ya, penulis Oh! Artis memang mata keranjang semuanya. Jangan buat-buat tak tahu pulak yer? - khai |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 11:53 am | |
| (Gambar) Intan Sarafina bersosial bersama teman Pelik. Jika ada sahaja cerita atau filem yang melibatkan seseorang artis tu, pasti muncuk secara tiba-tiba gambar-gambar lama mahupun gambar baru yang mana semuanya tidak manis di pandang mata. Terbaru, gambar bersosial Intan Sarafina bersama teman-teman suatu ketika dulu sebelum Intan Sarafina mendirikan rumah tangga lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 11:56 am | |
| Keyakinan Nora-Rizal bersatu semula NORA DANISH dan Rizal Asyram sama-sama memegang Putera Rayqal sambil diperhatikan oleh Ramli (kanan) dan Raja Noorasyikin pada majlis memotong jambul anak mereka di Ampang semalam.
KUALA LUMPUR - Pertama kali muncul di khalayak, pelakon siri popular Puteri, Nora Danish, bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli dan anak sulung mereka, Putera Rayqal Ramli kelihatan seperti sebuah keluarga bahagia.
Ironinya, Nora dan Rizal sudah bercerai sejak bayi tersebut berada dalam kandungan pelakon drama itu pada 8 November tahun lalu.
Mengenepikan ego masing-masing, Nora dan Rizal semalam 'bersatu' demi meraikan majlis potong jambul putera mereka itu.
Di sebalik keharmonian majlis tersebut, adakah terselit hasrat cinta dua jiwa yang telah bercerai ikatan itu? Adakah cinta mereka boleh bertaut semula?
Profesional dan bertanggungjawab sebagai ibu dan bapa, pasangan itu sebaliknya berkata, fokus mereka kini hanya untuk Rayqal yang diharapkan membesar dengan penuh kasih sayang walaupun ibu bapa sudah tidak tinggal sebumbung.
Masing-masing masih tidak mahu bercakap tentang masa depan sendiri. Hanya kebaikan anak yang mahu dikongsikan.
"Saya belum bersedia dengan jawapan jika suatu hari nanti anak saya bertanyakan keadaan ibu bapa mereka yang tidak tinggal bersama. Itu semua bergantung kepada masa dan takdir," kata Rizal Asyram seolah-olah menyimpan sebuah harapan.
NORA DANISH (empat dari kanan) dan Rizal Ashram (empat dari kiri) bersama-sama keluarga terdekat pada majlis memotong jambul Putera Rayqal di Ampang semalam.
Nora pula masih bertegas dengan pegangannya akan meneruskan hidup solo. Status ibu tunggal pula bukanlah perkara mustahil bagi seorang wanita muda seperti dirinya.
"Ibu saya (Sally Talib) sendiri memberi semangat kepada saya. Dia seorang ibu tunggal kerana bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun. Menjadi ibu tunggal dan membesarkan anak tanpa suami tidak akan jadi susah asalkan saya pandai mengatur masa dan mengawal diri," kata Nora.
Namun, mewakili anak dan bekas menantunya, ibu Rizal, Puan Sri Raja Noorasyikin Raja Abdullah tidak menafikan bahawa semua pihak dan beliau sendiri menyimpan harapan anak dan bekas menantunya itu akan bersatu semula sebagai suami isteri.
"Siapa yang tidak mahu mereka kembali bersama, tapi saya tidak mahu bercakap tentang perasaan orang lain... sudah takdir jodoh mereka sampai di situ. Kami sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik dan bahagia dengan kehadiran cucu sulung kami," kata Raja Noorasyikin mengulas pertanyaan media tentang hubungan Rizal dan Nora.
Bekas bapa mertua Nora, Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat pula berkata, perpisahan anaknya, Rizal, dengan Nora langsung tidak menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.
[url=https://servimg.com/view/13013044/6842] [/url ] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 11:58 am | |
| Johan nafi cium depan khalayak "Kami tahu apa yang kami lakukan. Selagi kami pakai baju, saya rasa tak salah. Lagipun seperti yang dah saya nyatakan, kami hanya ingin bercakap, bukannya bercium" - JOHAN AKSI mesra pengacara dan pelakon Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohammad Aziz bersama pasangannya, Ozlynn Waty, kini semakin menjadi bahan bualan orang ramai.
Pasangan itu didakwa gemar membuat 'wayang percuma' dan menimbulkan rasa meluat orang yang menyaksikan adegan kurang sopan mereka itu.
Aksi selamba yang dikatakan sengaja dipertontonkan itu juga semakin banyak mengundang tanggapan negatif terhadap pengacara rancangan Raja Lawak Astro itu.
SensasiBintang: Mengenai kontroversi yang semakin hangat diperkatakan antara anda dan Ozlynn, boleh jelaskan kesahihan cerita tersebut?
JOHAN: Kami tidak berniat untuk mempertontonkan aksi tersebut di depan khalayak. Kami cuma berbisik dan bukan bercium seperti yang didakwa.
Tapi gambar yang disiarkan menunjukkan anda memang bercium dan berpeluk dengan Ozlynn?
Ingin saya jelaskan di sini, gambar dan artikel yang dikeluarkan adalah berbeza.
Maksudnya?
Saya memang ada peluk dia (Ozlynn), tapi bukan pada malam persembahan Gelanggang Akhir Raja Lawak baru-baru ini. Gambar dalam artikel itu merujuk kepada aksi kami di pusat boling, dan bukannya pada malam itu. Saya ada saksi. Kalau mahukan kepastian, tanya pak cik saya, Zaibo.
Dia turut bersama saya ketika bertemu dengan Ozlynn. Takkan saya nak peluk dia depan pak cik saya. Cuma yang saya tahu, ada pihak yang sengaja memburuk-burukkan kami.
Selepas gambar itu disiarkan media, apa kata keluarga anda?
Saya dah terangkan pada mereka apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu. Jadi keluarga saya faham dan nasihatkan saya supaya jadikan ia sebagai satu pengajaran.
Kalian ada mengatakan akan mendirikan rumah tangga sekitar bulan Jun. Dengan insiden ini, adakah kalian akan berkahwin dalam masa terdekat?
Kami memang akan berkahwin. Sebelum kejadian ini pun memang kami ada merancang untuk berkahwin dalam bulan Jun. Cuma tahun saja kami belum putuskan bila.
Bagaimana reaksi Ozlynn ketika dia tahu tentang berita ini?
Dia dah boleh agak apa yang wartawan akan tulis. Jadi bila kami baca artikel itu, dia cuma tersenyum dan tak kisah dengan apa yang orang nak cakap.
Dia tak kisah dengan tanggapan negatif orang terhadap dirinya?
Ozlynn dah cakap pada saya dia tak ada masalah dengan perkara itu. Lagipun kami tahu apa yang kami lakukan. Selagi kami pakai baju, saya rasa tak salah. Lagipun seperti yang dah saya nyatakan, kami hanya ingin bercakap, bukannya bercium.
Anda dah jadi seorang public figure, tapi kenapa masih nak berkelakuan macam itu?
Saya tak boleh tutup mulut orang. Yang buruk orang mesti nak cepat tahu. Bagi mereka yang dah lihat aksi kami, pastikan dulu kebenarannya. Bukan dengan mendengar daripada mulut orang dan membuat kesimpulan sendiri. Kami ada alasan kukuh kenapa kami berbuat demikian.
Tentang tanggapan peminat terhadap anda, adakah anda sudah bersedia menghadapinya?
Saya harap peminat akan terus menyokong karier saya dan bukannya peribadi saya. Apa yang terjadi adalah peribadi saya. Saya tak nak ia dikaitkan dengan kerjaya saya. Ia terlalu peribadi.
Bila dah jadi macam ini, apa tindakan anda selanjutnya?
Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan ambil ia sebagai satu pengajaran. Saya takkan ambil tindakan ke atas mana-mana pihak kerana saya percaya kebenaran akan berpihak pada saya sama ada cepat atau lambat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:01 pm | |
| Pamela periang dan manja
BERMULA dengan angan-angan kecil untuk menjadi bintang, impian gadis berdarah kacukan Cina-Inggeris ini akhirnya menjadi kenyataan apabila dia mendapat tawaran berlakon dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Talentime. Hanya dalam pertemuan pertama, adik kepada penyanyi Vince ini telah berjaya mencuri perhatian Yasmin. Ketika itu Pamela Chong diminta menemani ibunya sebelum ditawarkan memegang watak utama dalam filem tersebut. Menurut Pamela, berlakon dalam filem arahan Yasmin merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang baru pertama kali bergelar pelakon. Membawakan watak Melur, seorang gadis Melayu, Pamela berusaha untuk memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran walaupun dia mengakui menghadapi sedikit kesukaran berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Selain bergelar pelakon, gadis berusia 25 tahun ini juga mempunyai bakat dalam pengacaraan dan kini sedang menjadi hos bagi sebuah program pendidikan TV IQ di saluran Astro. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:02 pm | |
| Kekasih Aean ada pengawal AEAN
KALAU minggu lalu teman Diva melaporkan kisah Ekin, isteri Mawi, keguguran, minggu ini Diva nak selit sikit kisah kembar Ekin iaitu Aean. Bukannya apa, ada seorang teman Diva terserempak dengan Aean minggu lalu di The Curve, Damansara.
Masa terserempak itu, Aean bersama seorang lelaki. Lebih tepat kalau teman Diva katakan mungkin lelaki tersebut kekasih Aean kerana mereka berjalan berpegang tangan. Malah sewaktu makan tengah hari di Restoran Ayam Penyet yang popular di pusat beli-belah itu, mereka kelihatan agak mesra.
Aean pun tak hipokrit. Sebab selepas nampak teman Diva, dia menegur ramah teman Diva sebelum berlalu pergi.
Cuma yang menjadi tanda tanya teman Diva, apakah status lelaki tersebut kerana sepanjang Aean dan lelaki itu berjalan di pusat beli belah tersebut, mereka ditemani seorang pengawal yang sentiasa mengawasi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:03 pm | |
| Ada apa Sam-Sophie?
SAMA cantik, sama padan! Itulah kata teman Diva yang nampak kelibat Juliana Sophie Evan yang menemani vokalis Bunkface ke satu gig di tengah kota Ahad lalu.
Diva pun saja nak usik-usik dua nama yang sedang meningkat naik itu. Kalau sudah sama-sama solo, apa salahnya mereka keluar bersama. Mungkin sebagai kawan, dan kalau lebih pun tidak ada siapa yang marah, bukan?
Kawan Diva kata, Sam berlegar-legar di depan pintu masuk dewan gig tersebut.
Tunggu punya tunggu rupa-rupanya datanglah si cantik dengan senyuman manis terus menuju masuk ke dalam dewan dengan diiringi Sam dan seorang lagi ahli grupnya, Youk.
Tak silap Diva, Sophie memang suka layan gig dan minatnya terhadap muzik bukan sekadar lakonan dalam drama dan filem Kami. Baguslah kalau macam itu, boleh selalu temankan Sam. Tak gitu? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:05 pm | |
| Adlin & Emelda Kahwin 2 Bulan Lagi, Tak Sabar Erk!
Baru sahaja minggu lepas Adlin Aman Ramli & Emelda selamat bertunang, kini khabar angin menyatakan mereka akan berkahwin dalam masa 2 bulan lagi, baguslah, perkara baik tidak patut dilambatkan. Ia juga bermakna Adlin bakal berbiras dengan hos AF7, AC Mizal yang telah beristerikan kakak Emelda iaitu Emylia Rosnaida.
Menurut Adlin, mereka berdua sudah berkawan 4 tahun, akhirnya tergerak juga hati mereka untuk membawa perhubungan ini ke satu tangga yang lebih serius. Secara kebetulan pula, perkahwinan mereka berdua dirancang agar sama sambutannya dengan hari jadi Adlin.
Pada majlis di Perak, pada 14 Mac lalu, ibu Adlin Seniwati Ruminah Sidek menyarungkan cincin ke jari manis Emelda. Pihak lelaki menyerahkan 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 oleh pihak perempuan. Wang hantaran belanja ditetapkan RM30,000 dan mas kahwin RM1,001.
Adlin juga memberitahu ibunya cukup gembira dengan keputusannya mereka bertunang dan akan berumah tangga kelak.
“Saya rasa ibu saya lega kerana akhirnya ada juga orang yang akan menjaga makan pakai anaknya nanti. Saya tak nafikan dalam perhubungan memang ada pasang surutnya. Ada masa kita sependapat, ada masa kita bertelagah.
“Tapi, selepas sekian lama mengenali hati budi Emelda, saya rasa Emelda memang boleh menjaga saya dengan baik. Dia juga penyokong kuat kerjaya seni saya,” kata Adlin dengan senyuman ceria. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:10 pm | |
| Emosi Raja Azmi terganggu"Saya memang kaki wayang, begitu juga Roslin tetapi tidak suami saya. Kami memang selalu tengok wayang bersama tetapi dengan izin suami dan ditemani anak-anak" – Raja Azmi MINGGU ini, nama penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hangat diperkatakan. Bukan sahaja kerana filem 'panas' terbitannya iaitu Anu Dalam Botol tetapi ada pihak mendakwa kononnya Raja Azmi atau mesra dipanggil Kak Mi mempunyai hubungan terlarang bersama pemain badminton negara Roslin Hashim. Cerita kontroversi itu bertambah hangat apabila ia hadir tepat pada waktunya iaitu ketika perkahwinan Roslin bersama bekas isterinya Faizah Mohamad runtuh dan hanya mampu bertahan selama 12 hari sahaja. Maka, bertitik tolak daripada itu, banyak pihak memandang serong dengan hubungan baik bak kakak dan adik yang terjalin antara Kak Mi dan Roslin. Ini termasuklah dakwaan yang mengatakan Kak Mi telah bercerai dengan bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek lima bulan lalu oleh sebuah laman web interaktif. Berita itu telah mengejutkan mereka sekeluarga. Sementelah usia perkahwinan Kak Mi dan Jailani pada tahun ini genap 25 tahun. Sehubungan itu, Jailani bersama Kak Mi dan Roslin mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, Khamis lalu seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam. Bagi mendasari kisah selanjutnya ikuti temu bual Kosmo! bersama Jailani, Raja Azmi dan Roslin. Apabila berita Kak Mi dan Jailani telah bercerai dengan Jailani tersebar, apa reaksi Kak Mi?RAJA AZMI: Saya ada baca cerita itu, mula-mula memang terkejut sangat macam tsunami melanda sebab selama ini kami bahagia tiba-tiba saja ada cerita tidak benar seperti itu. Tetapi bila berfikir dan anak-anak yang baca gosip itu turut tergelak sebab tidak sangka ibu bapa mereka jadi bahan gosip. Cerita itu berkait-kait dan seratus peratus tidak betul. Kami masih suami isteri yang sah! Ada pihak mendakwa Kak Mi sebenarnya kekasih Roslin dan sebab itu Kak Mi bercerai dengan Jailani. Komen Kak Mi?(Ketawa) Saya mengaku hubungan kami rapat sebab Roslin sudah tinggal bersama kami sekeluarga sejak 10 tahun lalu. Tetapi hubungan kami sudah macam keluarga, bak adik dan kakak. Bila pula saya bercinta dengan dia, kalau saya bercinta dengan dia buat apalah saya sibuk-sibuk carikan dia pasangan hidup dan menguruskan pertunangan dan perkahwinan dia. Macam saya cakap tadi, saya tidak pernah bercerai. Tetapi pihak yang mendakwa itu mengatakan perkahwinan Roslin sekadar cover line cinta Kak Mi dan Roslin. Malah, kata pihak tersebut Kak Mi merupakan dalang kepada penceraian Roslin. Betul ke?Jika benarlah nak cover line, kenapa hanya 12 hari sahaja. Fikir logik, kalau saya bercinta dengan Roslin dan nak cover line, mesti saya suruh dia jangan bercerai sebab boleh cover line untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang ini keputusan cerai di tangan dia bukan saya atau sesiapa pun. Saya lagi nak lihat dia bahagia, tetapi tidak sangka pula jadi macam ini. Besar dosanya meruntuhkan masjid yang dibina, saya bukanlah orang seperti itu, cinta saya hanya pada suami sahaja. Banyak juga pihak selalu melihat Kak Mi keluar berdua dengan Roslin. Mungkin sebab itu Kak Mi dan Roslin dikatakan bercinta. Saya memang kaki wayang, begitu juga Roslin tetapi tidak suami saya. Kami memang selalu tengok wayang bersama tetapi dengan izin suami dan ditemani anak-anak. Mungkin orang yang melihat kami keluar berdua tidak ternampak anak-anak saya, sebab itu mereka cakap begitu. Apakah gosip ini mengganggu perjalanan filem Anu Dalam Botol?Ia sangat menganggu! Sekarang ini saya dalam proses menyemak skrip akhir dan saya terganggu sebab terpaksa melayan isu macam ini. Emosi saya juga terganggu kerana menanggung malu selain nama baik keluarga saya terjejas. Sebab itu Kak Mi buat laporan polis?Ya. Sebenarnya saya tidak kisah gosip-gosip ini, tetapi bila ia membabitkan suami saya dan mengatakan suami saya dayus kerana perangai saya, itu yang saya marah. Suami saya yang mengajak saya dan Roslin untuk buat laporan polis, biarlah polis siasat dan beri pengajaran pada mereka yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa. SELEPAS 25 tahun Raja Azmi dan Jailani mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga cahayamata, tiba-tiba muncul insan durjana yang menabur fitnah terhadap mereka. Tindakan Kak Mi terhadap orang yang menyebarkan cerita ini?Mengenai cerita kononnya kami cerai itu saya serahkan pada pihak polis kerana laporan telah dibuat. Cuma untuk orang yang menyebarkan cerita kononnya saya punca Roslin bercerai dan saya kekasih Roslin, saya akan saman pihak tersebut. Penerimaan suami, bagaimana?Suami saya sangat matang dan memahami situasi saya. Dia sentiasa ada di sisi tidak kiralah apa jua yang orang cakap pasal saya. Malah, hubungan saya, suami dan Roslin masih baik tidak ada yang berubah. Cerita-cerita itu tidak merenggangkan kami. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:11 pm | |
| Saya bukan dayus! - Jailani JAILANI SIDEK
JAILANI menyifatkan berita 'penceraiannya' sebagai keterlaluan dan ingin memberi pengajaran kepada orang yang menyebarkan berita tersebut, manakala gosip percintaan antara isteri dengan anak didiknya itu sebagai satu tohmahan yang tidak berasas.
Pendapat Jailani bila dikatakan telah bercerai dan dayus?
JAILANI: Itu satu fitnah! Saya buat laporan polis kerana mengenangkan anak-anak dan ingin memberitahu umum itu cerita yang tidak betul. Saya rasa orang yang buat cerita ini ada masalah mental.
Bila ada pihak mengatakan Kak Mi bercinta dengan Roslin dan dituduh sebagai punca keretakan rumah tangga Roslin, apa perasaan Jailani?
Terkejut sebab tidak menyangka akan keluar cerita sebegini. Tetapi saya okey, sebab tahu itu cerita bohong yang sengaja dibuat. Lagipun Roslin adik angkat saya, kami sudah macam keluarga. Kenapa baru sekarang cerita ini timbul, sedangkan Roslin sudah 10 tahun tinggal bersama kami. Isteri sayalah orang kuat di sebalik perkahwinan Roslin, kenapa dia pula ingin meruntuhkan rumah tangga adik sendiri. Semua itu karut.
Kak Mi selalu dilihat bersama Roslin, mungkin itu yang menguatkan lagi gosip kononnya mereka bercinta.?
Saya tahu mereka keluar bersama, malah saya mengizinkan. Saya percaya pada Roslin, yang saya risau hanyalah keselamatan isteri saya. Bila dia keluar tengok wayang bersama anak-anak, lebih baik dia ditemani oleh orang yang saya percaya dan orang yang saya percaya adalah Roslin.
Pihak keluarga tidak menegur ke?
Ada yang tegur, tetapi bila saya terangkan, mereka faham.
Ada rasa cemburu tak?
(Ketawa) Tidaklah. Ia cerita karut, saya kenal siapa isteri saya dan Roslin. Bila saya berdiam, makin banyak pula cerita yang tidak enak, jadi saya harus bersuara untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Kalau ikutkan saya tidak ada musuh dalam bidang hiburan, mungkin ada yang tidak puas hati dengan isteri saya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:16 pm | |
| Tukang gosip jiwa kacau - Roslin ROSLIN menafikan dirinya dikongkong oleh Raja Azmi.
DI pihak Roslin pula, dia turut kesal dengan gosip yang tersebar. Baginya, pencipta gosip itu sengaja mahu mengambil kesempatan terhadap kes penceraiannya serta hubungan baiknya dengan Raja Azmi sekeluarga.
Betul ke Roslin ceraikan bekas isteri kerana ada hubungan dengan Kak Mi?
ROSLIN: Saya yang buat keputusan cerai sendiri tanpa melibatkan sesiapa pun. Hubungan saya dan keluarga Kak Mi memang rapat. Dah 10 tahun saya tinggal serumah dengan mereka. Takkan saya nak buat perkara yang tidak senonoh itu dengan Kak Mi. Sebelum bercerai, saya fikir panjang dan sembahyang istikharah selama tiga hari berturut-turut untuk bertanya kepada Allah perlukah saya ceraikan dia, tetapi tiada petunjuk. Selepas itu, saya buat keputusan untuk bercerai.
Adakah perkahwinan kamu itu atas dasar cinta?
Ya. Saya kahwin atas dasar cinta. Tapi saya ceraikan dia atas sebab-sebab tertentu yang terlalu peribadi untuk saya ceritakan kepada umum.
Semasa minta cerai daripada bekas isteri, Roslin dikatakan hanya membawa Kak Mi dan teman-teman sahaja. Kenapa mereka dan bukan keluarga sendiri?
Macam mana saya nak bawa ibu dan ayah yang tinggal jauh di Kota Bharu, Kelantan. Saya tak mahu membebankan mereka memandangkan mereka baru saja selesai menguruskan kenduri kahwin saya di sana. Lagipun kesihatan mereka tidaklah begitu baik. Keluarga Kak Mi adalah keluarga saya juga. Kak Mi pun ada nasihatkan saya supaya fikir panjang sebelum cerai.
Betul ke ibu Roslin pernah berbisik kepada bekas isteri, mengatakan yang dia kurang gemar dengan Kak Mi?
Itu memang fitnah. Saya geram bila orang libatkan ibu saya tanpa hujung pangkal. Kenapa dia perlu cakap begitu kepada bekas isteri saya? Tak ada kaitan langsung!
Mungkin Kak Mi kongkong Roslin secara tidak sedar?
Saya tak faham bila orang kata Kak Mi kongkong saya. Padahal dia yang banyak menguruskan perkahwinan saya sebelum ini.
Kenapa Roslin ceritakan masalah 'isu dalam kelambu' kepada Kak Mi?
Saya seorang yang terbuka tentang hal ini. Isu punca penceraian juga saya bercerita kepada Kak Mi. Dengan Abang Jailani pun saya cerita juga. Memang saya sentiasa berkongsi masalah dengan mereka. Takkanlah sebab ini mereka nak jadikan isu?
Habis itu, macam mana isu ini boleh timbul?
Saya rasa, mungkin ada orang cuba nak sabotaj tentang isu penceraian saya, kononnya saya cerai sebab mempunyai skandal dengan Kak Mi.
Ibu Roslin tahu tentang gosip ini?
Ya. Alhamdulillah, dia faham.
Komen tentang isu Kak Mi dan Jailani cerai sebab Roslin?
Bila baca forum itu, saya tak perasan nama saya pun dibabitkan sekali, kononnya sebab saya, Kak Mi cerai dengan Abang Jailani. Mungkin mereka buat andaian berdasarkan keakraban saya dan Kak Mi. Memang kami kerap keluar berdua tapi dengan izin Abang Jailani.
Mungkin sebab isu penceraian Roslin membuatkan gosip cerai Kak Mi pula timbul?
Mungkin juga. Kerana bila keadaan dah jadi macam ini macam-macam cerita orang boleh cipta. Saya rasa orang yang cipta gosip itu jiwa kacau.
Macam mana pula dengan proses penceraian Roslin?
Kes cerai masih lagi berjalan dan akan dibicarakan pada 10 April depan. Peguam saya juga menasihatkan agar tidak memberi komen banyak tentang kes saya.
Serik untuk berkahwin lagi?
Tak seriklah (ketawa). Kalau ada jodoh saya kahwinlah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:19 pm | |
| Sebab Diana, Aliff, Suki diletakkan di kem PLKN yang sama
MELAKA - Selain Diana Danielle, kehadiran Aliff dan Suki sebagai peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza di Sepang tidak lama lagi juga ada kaitan dengan penerbitan sebuah filem dokumentari berkenaan program itu.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, penglibatan ketiga-tiga artis remaja dalam filem dokumentari itu menjadi faktor kenapa mereka diletakkan di kem yang sama.
"Kemasukan Diana, Aliff dan Suki dalam kem yang sama adalah untuk membolehkan sebuah filem dokumentari berhubung latihan PLKN dibuat.
"Ini bukan lakonan tetapi dokumentari realiti. Mereka akan jadi watak utama berserta peserta lain,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan tiada sebarang pengecualian modul diberikan kepada mereka apabila dokumentari itu dilakukan dan mereka perlu terlibat dalam latihan seperti biasa.
"Latihan akan berjalan seperti biasa dan ini tidak mengganggu latihan. Apabila selesai, kami akan tayangkan filem dokumentari itu sebagai mendedahkan program PLKN kepada kepada masyarakat. Dokumentari itu akan dibuat dalam lapan episod," katanya.
JLKN, katanya, masih dalam proses rundingan dengan sebuah stesen televisyen sebelum menandatangani perjanjian bersama untuk menjayakan dokumentari tersebut tidak lama lagi.
Jelas Abdul Hadi, pihaknya telah bersetuju dengan stesen televisyen itu untuk menerbitkan dokumentari tersebut sebanyak lapan episod yang akan bermula penggambarannya sebaik ketiga-tiga mereka memulakan latihan.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:20 pm | |
| Raja Azmi buru kaki fitnah
KUALA LUMPUR - "Saya akan seret mereka ke muka pengadilan!''
Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang marah kerana dikatakan menjadi punca perceraian pemain badminton, Roslin Hashim dengan Faizah Mohamad tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Katanya, dakwaan mengaitkannya dengan Roslin, 34, sehingga mengakibatkan perceraian dengan suaminya Jailani Sidek, 46, dianggapnya sudah keterlaluan.
"Kita akan cari sampai dapat mereka yang terlibat," katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Raja Azmi menafikan Roslin ialah kekasihnya dan beliau menyangkal dakwaan sudah bercerai sejak lima bulan lalu dengan suaminya.
Dakwaan tersebut dibuat dalam satu laman web interaktif. Satu laporan polis telah dibuat oleh Raja Azmi, Jailani dan Roslin bagi membersihkan nama masing-masing daripada tuduhan tersebut.
Raja Azmi berkata, ekoran penyebaran fitnah melalui laman web itu, syarikat yang menaja filem terbarunya, Anu Dalam Botol, terpaksa berfikir dua kali bagi meneruskan penajaan.
Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melemparkan fitnah tersebut.
Sementara itu, polis mengklasifikasikan kes Raja Azmi yang dikatakan punca perceraian rumah tangga Roslin dengan Faizah sebagai fitnah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:27 pm | |
| Rindu Diana tidak terkawal
HARI ini merupakan hari yang penuh debaran buat gadis jelita ini. Bukan kerana menghadiri uji bakat lakonan atau temu janji bersama teman istimewa, tetapi inilah harinya Diana Danielle melangkah masuk ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Mengakui dibelenggu emosi kesedihan, Diana yang ditemui Selasa lepas, turut tidak menolak debaran di hatinya - bukan kerana takut dengan situasi yang akan dihadapinya nanti, sebaliknya perasaan rindu terhadap ibu kesayangan yang membuak-buak pasti akan dirasainya nanti.
Detik menyertai program itu di Kem Princess Haliza, Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh Diana, namun kerisauan memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya, Norsiah Ramli sendirian, membuatkan perasaan sedih dirinya tidak mampu disorokkan.
Mana tidaknya, dari kecil hinggalah besar, ibu dan anak ini boleh dikatakan seperti belangkas. Bagi Diana, ibunya ibarat teman karib, ibu dan ayah untuknya bermanja dan meluahkan segala masalah susah senangnya.
"Memang saya teruja untuk menyertai PLKN memandangkan saya pun tidak pernah merasa pengalaman berada dalam PLKN.
"Dalam perasaan seronok ada juga rasa sedih bila fikirkan mama dan saya akan berpisah buat sementara waktu ini.
"Nak tak nak, saya perlu menempuhinya cuma bimbang tidak dapat mengawal perasaan rindu bila teringatkan mama sendirian di rumah. Apa-apa pun saya kena kuatkan diri, selamatlah adik saya (Halley Hayden) akan menjadi peneman ibu," ujar pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Lee Beeson ini.
Tambah Diana, apa yang membuatkan dirinya pasti akan lebih rindu kepada ibu tersayang adalah apabila telefon bimbit hanya boleh digunakan pada hari Sabtu dan Ahad serta boleh menerima pelawat pada dua hari itu sahaja.
Biarpun sedih meninggalkan ibunya selama tiga bulan, Diana sudah pun bersedia menempuh cabaran baru dari segi fizikal dan mental.
Apalagi dengan pengalamannya di sekolah yang aktif bersukan, rasanya pelakon jelita ini tidak mempunyai masalah untuk menjalani aktiviti-aktiviti lasak.
Menurutnya, mungkin dengan menyertai PLKN, Diana mampu membentuk dirinya menjadi seorang remaja yang lebih berdisiplin dan berdikari.
"Biasalah, saya dengan mama akan sentiasa bersama, jadi sering dimanjakan mama. Semua benda mama yang tolong buatkan.
"Tapi bila dah tinggal di kem, sudah pasti saya akan uruskan semua perkara sendirian tanpa bantuan sesiapa.
"Insya-Allah saya boleh menyesuaikan diri dengan suasana serta teman-teman baru di sana. Apa yang membuatkan saya rasa sedikit lega, ramai kawan-kawan yang akan bersama saya dalam kem itu. Tak adalah rasa kekok sangat," katanya.
Mungkin akan dibuli
Siapa yang tidak risau bila memikirkan macam-macam cerita yang tidak elok didengar daripada pihak luar tentang program PLKN.
Sehinggakan ada ibu bapa beria-ia membuat rayuan agar anak mereka tidak dimasukkan ke program tersebut yang mungkin dapat membahayakan anak mereka.
Namun, bagi Diana, dia lebih suka jika program ini difikirkan secara positif. Biarpun ada sedikit perasaan gusar di hati, tidak bermakna ia boleh menghilangkan semangatnya sebagai salah seorang daripada peserta PLKN.
"Pernah juga saya terfikir dengan cerita-cerita agak menakutkan yang pernah dipaparkan surat khabar. Sampaikan ada yang meninggal pun ada, tapi ajal itu kan di tangan tuhan.
DIANA dan ibunya bagaikan belangkas. Mereka sentiasa bersama ke mana sahaja. "Saya positifkan diri. Bagi saya perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Lagipun keselamatan kita memang pihak PLKN jaga. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
"Mama pun ada juga nasihatkan saya untuk berhati-hati dan pandai menjaga diri sepanjang berada di kem," tuturnya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular di Hotel Palace of the Golden Horses kelmarin.
Ditanya pula tentang keistimewaan yang mungkin akan diberikan kepadanya memandangkan dia seorang selebriti, dia yakin tiada keistimewaan untuknya.
"Saya rasa, dalam kem itu semua orang akan dilayan sama rata. Tidak ada siapa yang akan diberikan keistimewaan.
"Cuma mungkin saya akan 'dibuli'. Menjadi seorang selebriti, tak semua yang sukakan kita. Walau apa pun, saya bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku," ujar Diana.
DIANA melihat PLKN dari sudut positif. Sementara itu, sebelum meninggalkan keluarga tercinta, Diana telah memberikan hadiah hasil daripada air tangannya sendiri dengan membuat kek coklat.
"Dah lama saya teringin nak buat kek, cuma masa tak ada. Jadi sebelum pergi PLKN saya nak beri sesuatu kepada keluarga saya.
"Lagipun inilah kali pertama saya membuat kek. Tak tahulah mereka suka atau tidak," selorohnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:32 pm | |
| Ery Putra mengaku ditipu
Pelakon Ery Putra sebelum ini pernah mengaku membuat suntikan pada wajahnya untuk kelihatan lebih menarik. Lihatlah pada bahagian dagu Ery, nampak lebih menonjol.
Selain bahagian dagu, dia dikatakan turut membuat beberapa lagi suntikan
pada bahagian wajahnya selain mengambil vitamin C untuk kelihatan menarik.
Hari ini heboh cerita kononnya akibat suntikan yang dilakukan Ery itu, wajahnya mula menunjukkan kesan sampingan.
Malah Ery dikatakan tersilap langkah kerana melakukan suntikan itu daripada individu yang tidak bertauliah sehingga menyebabkan wajahnya menjadi merah sekiranya terkena pancaran matahari yang dipercayai kesan daripada suntikan tersebut.
Sebelum ini pun, kebanyakan media massa melaporkan pelakon yang terkenal dalam siri Manjalara dan Sutera Maya itu mengaku mengambil suntikan Vitamin C untuk mengatasi masalah kulit.
Ery yang sedang sibuk di lokasi penggambaran tidak menolak untuk memberikan penjelasan mengenai desas desus yang mengatakan dia sakit dan menyesal akibat mengambil suntikan tersebut.
Kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI, Ery memberikan penjelasan.
Betulkah Ery suntik beberapa bahagian badan dan muka untuk cantik?
Eh, itu cerita lamalah. Semua orang pun dah tahu cerita itu. Lagipun apa isunya sampai cerita ini keluar balik?
Ada cerita yang mengatakan yang Ery sekarang sakit kesan akibat suntikan pada bahagian muka sampai tidak boleh kena cahaya matahari.
Mana ada sampai begitu sekali. Rasanya awak ini salah orang kot. Memang saya akui ada membuat beberapa suntikan tetapi taklah sampai sakit seperti yang didakwa. Cerita saya sakit sampai tak boleh kena cahaya matahari juga tidak betul. Mungkin ramai yang salah anggap dengan kenyataan saya. Ada sesetengah orang mengambil suntikan daripada doktor palsu. Jadi, bahan-bahan yang terkandung juga berbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Tapi kesan sampingan tersebut memang bukan saya yang alami.
Habis, Ery sendiri yakin dengan apa yang Ery lakukan?
Memang saya akui saya juga risau tentang perkara itu. Tapi sehingga hari ini saya rasa saya masih lagi tidak mengalami masalah kesihatan atau kesan sampingan daripada suntikan yang saya ambil. Lagipun saya hanya mengambil suntikan Vitamin C dan Plasenta. Memang saya akui yang saya mengambil suntikan Vitamin C lebih kurang dua tahun yang lepas. Tapi selepas mendapat nasihat daripada doktor saya dah semakin berhati-hati selepas itu.
Sebelum itu Ery mendapat suntikan itu daripada siapa?
Sebelum itu saya hanya mengambil suntikan di rumah daripada orang yang saya kenali. Memang saya akui saya ditipu sebelum ini. Kisahnya saya mengambil suntikan Vitamin C tiga kali seminggu. Harga jangan tanyalah. Bila saya berjumpa dengan doktor, doktor nasihatkan saya supaya berhenti daripada mengambil suntikan tersebut. Tiga kali seminggu itu memang dah terlebih. Doktor juga ada memberitahu, mungkin bahan yang mereka gunakan bukanlah Vitamin C sepenuhnya. Malah saya ada dengan kes mereka menggunakan minyak bayi semasa menyuntik. Ini sama dengan kes tipulah. Macam-macam perkara yang boleh terjadi apabila tersalah dan terlebih suntik. Apa yang paling ditakuti kalau benda tersebut kekal keras dalam badan dan akan mengakibatkan pelbagai kesan. Ada sesetengah orang yang ambil botox dan kolagen daripada mereka yang bukan doktor bertauliah dan akhirnya kena buat pembedahan sebab ada kesan sampingan.
Kenapa pula Ery suntik plasenta kalau sudah tahu kesan salah suntik?
Saya mengambil suntikan plasenta dari doktor yang bertauliah. Semasa saya ditipu dulu memang saya mengaku buat suntikan di rumah sahaja. Sebenarnya saya mengambil suntikan plasenta untuk merawat masalah kulit saya. Mungkin ramai yang tak perasan masalah yang saya hadapi sekarang. Kulit saya kering dan sebahagian lagi berminyak. Sebab tu saya ambil plasenta.
Tapi kebanyakan orang yang melakukan suntikan biasanya nak mengubah wajah mereka. Apa komen Ery?
Semua ini sebenarnya bergantung kepada niat masing-masing. Mungkin ada benarnya jika sesetengah orang mahu mengubah wajah mereka untuk kelihatan lebih cantik dan menawan. Tapi saya melakukan suntikan bersebab. Macam saya cakap tadi, saya ambil plasenta untuk merawat masalah yang saya hadapi sahaja. Tak lebih dari itu. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang hal saya.
Bila dah bermacam-macam spekulasi tentang kesan buruk suntikan itu, adakah Ery menyesal dengan segala yang telah berlaku?
Saya tak pernah menyesal dengan segala tindakan yang telah saya ambil. Alhamdulillah saya masih belum terkena kesan sampingan setakat ini. Timbul kerisauan hanya pada mula-mula mengambil suntikan Vitamin C sahaja. Pada waktu itu memang banyak sangat saya ambil. Memang risau pasal kesihatan saya. Sampai sekarang masih tak ada masalah. Akan datang harap-harap tak jadi masalahlah.
Kadang-kadang ada orang yang mahu membuat perkara yang sama. Boleh komen sikit.
Bagi saya tak ramai sebenarnya yang mahu menyuntik tubuh mereka sekadar mengikut trend. Biasanya orang akan buat jika ada niat atau mengalami masalah kesihatan sahaja. Pada saya benda ini sebenarnya bermusim. Mungkin sekarang dah kurang berbanding sedikit masa lalu. Waktu itu semua orang nak cucuk sana cucuk sini. Kalau betul nak cucuk juga pergilah mendapatkan khidmat mereka yang pakar dan profesional. Bukan apa, kalau buat sembarangan, takut timbul macam-macam masalah pula. Nanti mereka juga yang susah. [b] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:40 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:41 pm | |
| Nana DJ Era.fm akan Berkahwin dengan Mohd Raqeem Brian Nana yang bertugas sebagai DJ di Era.fm hari ini mengumumkan yang beliau akan mengahwini pengurus rancangan Hitz.fm iaitu Mohd Raqeem Brian, 34. Nana DJ Era FM yang tahun ini berusia 26 tahun berkata perwatakan Brian yang periang & open minded memikat hati. Perkenalan mereka bermula di lif di tempat kerja mereka.. Anda pula bagaimana? Di manakah anda bertemu kekasih anda? Melalui friendster atau myspace? Dia tersalah call dan hubungan menjadi mesra? BRIAN ADALAH LELAKI DI SEBELAH KANAN NANA (DARI DEPAN) NANA MASA KECIL..DAH NAK KAHWIN DAH BUDAK NIE.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:44 pm | |
| (Gambar) Shazleen dipeluk lelaki atau …? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:45 pm | |
| (Gambar) Serina Chef Wan Bertudung |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:46 pm | |
| (Gambar) Siapa Paling Begetah?? Dari kiri: Ayu OIAM, Farah Asyikin, Sharifah Shahira, Zizie Ezette & Diana Danielle |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:48 pm | |
| Azharina selepas solo AZHARINA Azhar (dua dari kiri) bersama Yuni Shara (kiri), Maznah Zolkifli dan Jaclyn Victor (kanan) sewaktu menghadiri satu majlis di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
SETAHUN selepas kembali solo, Azharina Azhar mengakui dia menjalani hari-hari yang membahagiakan ketika ini. Sepi, memang ada dalam hatinya namun dia sentiasa menyibukkan diri dengan tugas seharian.
Sementelah dalam usaha menerbitkan album baru, banyak kerja-kerja studio yang harus dilakukan.
Tidak ketinggalan menguruskan kerja-kerja harian di pejabat. Justeru, ia membuatkan pelontar suara lagu Rawan ini melupakan seketika perasaan sunyi yang melanda.
Malah bukan tiada yang cuba mengintai hatinya yang kesepian namun Azharina mengakui belum terbuka untuk menerima sebarang lelaki dalam hidupnya buat masa ini.
Mungkin masih rawan seperti yang dilontarkan dalam lagunya, namun Rawan yang sedang meniti di bibir penggemar muzik tempatan sebenarnya memberi semangat buat Azharina mencari ruang baru untuk lagunya itu.
Indonesia menjadi destinasi seterusnya untuk Azharina memperkenalkan lagu melankolik nukilan penyanyi Hazami itu.
Biar ramai penyanyi tempatan menghadapi kesukaran menembusi pasaran Indonesia, Azharina optimis dengan keputusannya untuk membawa Rawan ke tanah seberang.
Kerana bagi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, dia percaya dan berpegang pada prinsip, kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Lalu pada awal Mac lepas, dia terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan beberapa ‘orang kuat’ syarikat pengedaran album di sana.
Mengakui bukan satu tugas mudah memasuki pasaran seberang namun penyanyi yakin adanya potensi untuk Rawan menemui khalayak seberang sementelah ada beberapa pengedar yang berminat untuk memasarkan single itu di sana.
“Kalau kita tidak mencuba, mana kita nak tahu untung nasib kita,” ujar Azharina ketika ditemui malam Rabu lalu.
Namun dia menegaskan bukan mudah menyakinkan pihak sana untuk menerima lagu tersebut. “Di mana-mana pun ada politiknya tapi apa yang perlu adalah memenuhi kehendak pasaran,” jelasnya tanpa berselindung.
Oleh kerana minat khalayak di sana yang tidak jauh bezanya dengan peminat tempatan terhadap lagu-lagu yang berciri kemelayuan, penuh pujuk rayu, kekesalan dan bersifat balada memberikan peluang cerah untuk Rawan bertapak di sana, kata Azharina.
“Mereka percayakan lagu itu. Lagipun cita rasa peminat Indonesia dengan Malaysia tak jauh bezanya,” tambahnya.
Pun begitu, sekiranya lagu tersebut menemui pasaran di sana, ia terpaksa melalui beberapa transisi khususnya daripada segi bahasa.
Ini kerana rawan di sana sangat berbeza iaitu bermaksud tempat merbahaya sedangkan di sini adalah berkaitan rasa sedih dan hiba.
Sepanjang empat hari berada di kota tersebut bermula 2 Mac lepas, selain bertemu pengedar, Azharina juga sempat bertemu rakan-rakan artis di sana antaranya melawat Yuni Shara di kediamannya selain bermesra dengan Marcell, Dewi Sandra dan Irwansyah ketika pelancaran sebuah portal hiburan di sana yang turut dihadiri beberapa artis tempatan seperti Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Maznah Zolkifli dan Atilia.
- Rakam single kedua
Bekerja keras untuk membawa single Rawan ke Indonesia, lagu itu juga sebenarnya menjadi pilihan bagi drama Suram Seri Pengantin yang bakal ditayangkan di TV3 pada awal April nanti.
Dalam kesibukan kerjayanya sebagai artis dan ahli perniagaan, Azharina tidak ketinggalan menyiapkan rakaman single kedua dan ketiga untuk album barunya yang masing-masing berjudul Rasa dan Love, ciptaannya bersama sepupunya.
Album baru yang turut mengambil judul Rawan yang menampilkan lima buah lagu serta lima buah lagu VCD Karaoke bakal dipasarkan selewat-lewatnya Julai depan.
Rasa, menurut Azharina merupakan sebuah lagu pop balada seperti lagu popularnya Elergi Sepi manakala Love pula lebih menjurus kepada bentuk hip hop.
Malah penyanyi itu berhasrat untuk merakam semula lagu Gitar Berbunyi, lagu Tan Sri P. Ramlee yang dipetik daripada filem Do Re Mi yang memang menjadi pujaannya sejak sekian lama.
Sibuk dengan kerja-kerja seninya, kata Azharina sepanjang bulan ini sahaja, dia menerima sebanyak 12 undangan nyanyian.
Ini termasuklah menjayakan persembahan makan malam dan malam gala Minggu Fesyen Kota Kinabalu, Sabah yang buat julung kalinya diadakan pada 27 Mac hingga 29 Mac ini bersama Kris Dayanti dan beberapa artis lain.
“Inilah kehidupan saya sekarang. Kerja, kerja dan kerja. Memang jika tidak dengan kerja seni, saya akan sibuk menguruskan syarikat,” kata pengarah urusan Azharina Entertainment dan Top 3 Production Sdn. Bhd. ini lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 12:50 pm | |
| (Gambar) Close-up Muka Watie Elite…
Ada beberapa drama menampilkan pelakon berasal dari Sungai Besar, Selangor ini memegang watak wanita teraniaya, ‘pengkid’, pembunuh, isteri curang dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua watak penuh cabaran dan memerlukan mainan emosi dalaman mampu dilakukan Watie dengan baik.
“Saya harus berterima kasih kepada pengarah dan dunia teater yang pernah saya sertai seketika sebelum mengambil keputusan bergelar pelakon sepenuh masa.
“Latihan yang saya jalani sepanjang mengikuti pementasan Si Tanggang, Mak Yong, Tun Fatimah dan Taming Sari banyak merubah diri saya menjadi lebih profesional dalam bidang ini,” katanya ketika menjalani sesi fotografi khas bersama Rap.
Kata Watie, mungkin ada yang beranggapan bakat lakonan yang ada sudah diasah sejak dia menyertai Elite. Apatah lagi berhadapan dengan puluhan ribu peminat setiap kali membuat persembahan dan beraksi di hadapan kamera membuatkan dia sudah biasa dengan situasi sedemikian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 2:07 pm | |
| Kaya tipu artis
KUALA LUMPUR: Dia pernah bergelar pengurus artis, memiliki syarikat berkaitan industri hiburan dan menubuhkan beberapa kumpulan nasyid sejak 2004, tetapi rupa-rupanya dia hanya mahu memanfaatkan industri itu untuk melakukan penipuan.
Modus operandinya mudah — menubuhkan kumpulan, syarikat atau menguruskan artis tertentu, kemudian menjaja nama artis terbabit untuk menarik mangsanya melabur sejumlah besar wang dengan janji kononnya wang itu akan berganda apabila projek membabitkan artisnya berjaya.
Jika ada kesempatan, dia turut menipu individu yang tidak terbabit dengan industri hiburan, asalkan mendapat wang.
Antara mangsanya ialah penyanyi dan pelakon, Waheeda, kumpulan nasyid Devotees dan Nice serta kumpulan Infinatez.
Itu kelicikan seorang pemuda berperwatakan lemah lembut dan baik dikenali sebagai Mr S berusia 30-an yang sehingga hari ini dikatakan mengaut wang hasil temberang lebih RM1 juta.
Dengan perwatakan berkenaan, kebanyakan mangsa tidak mengesyaki pemuda itu ‘penipu besar’ dan lebih menakutkan, dia didakwa mengamalkan ilmu hitam.
Tembelang bekas pengurus artis itu terbongkar selepas satu demi satu mangsa penipuannya tampil membuat pengakuan kepada wartawan Metro Ahad, NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN. Berikut luahan mangsa.
PENYANYI DAN PELAKON, WAHEEDA
“MUKANYA manis, pertuturannya lembut, tetapi di sebalik semua itu saya mengenalinya sebagai penipu kerana saya antara mangsanya,” kata penyanyi berusia 30 tahun ini.
Menurut Waheeda, sebelum temberang Mr S terdedah, hubungan mereka akrab seperti adik-beradik.
Katanya, dia turut sama menjaga anggota kumpulan nasyid Devotees yang di bawah pengurusan kaki putar belit itu.
“Saya mengenalinya ketika membuat persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum hubungan kami rapat atas dasar profesional dan kerja.
“Dalam masa sama, Mr S menjadi pengurus anggota Devotees. Kami seperti satu keluarga besar dan jika dilihat pada awalnya, lelaki itu menjaga kami seperti anak dan adiknya,” katanya.
Bagaimanapun, tembelang Mr S terdedah ketika pura-pura membantu Waheeda mencari rumah selepas kediamannya dipecah masuk tahun lalu.
Menurutnya, Mr S menyuruh dia membayar RM3,000 sebagai deposit untuk menyewa kediaman lain dan tidak dibenarkan masuk sementara menunggu pengubahsuaian.
“Selepas lama menunggu, saya syak ada yang tidak kena dan terus menghubungi tuan rumah untuk memaklumkan saya membatalkan hasrat menyewa di sana. Saya meminta semula wang saya dan akan ambil tindakan jika dia gagal memulangkannya,” katanya.
Waheeda berkata, Mr S mengamuk dengan tindakannya tetapi dia mengembalikan semula wang RM3,000 itu.
“Nasihat saya pada artis lain, jika dihampiri lelaki menyerupai keterangan berkaitan Mr S, jangan layan walaupun dia menawarkan untuk membuat album, rakan kongsi perniagaan dan pelbagai lagi.
“Ramai menjadi mangsanya, termasuk ahli perniagaan. Saya bersyukur kerana walaupun diperdaya, tetapi berjaya mendapatkan kembali wang itu,” katanya.
KUMPULAN NASYID DEVOTEES
ABDUL Halim Ahmad , 23, yang menjadi jurucakap Devotees berkata, Mr S bertanggungjawab menubuhkan kumpulan nasyid itu.
Namun, katanya, sepanjang di bawah pengurusan Mr S, mereka umpama ‘katak di bawah tempurung’ dan diperas habis-habisan.
“Sepanjang lebih setahun di bawah Mr S, kami melalui tempoh sukar. Dia ‘kebas’ kebanyakan duit ‘show’ dan royalti kami yang mencecah ribuan ringgit.
“Apabila kami meminta hak kami pelbagai alasan diberi, antaranya dapat cek tendang dan belum dapat bayaran. Beberapa kali kami kesan penipuannya, antaranya kami kesan surat mengatakan pembayaran dimasukkan ke akaunnya, tetapi dia beritahu belum dapat bayaran,” katanya.
Menurut Abdul Halim, dua komputer riba anggota Devotees bernilai kira-kira RM5,000 turut dikebas.
“Kami turut menjadi sasaran pihak yang dia berhutang. Antaranya, kami pernah menempah baju di sebuah butik, tetapi wang yang kami beri dikebas, menyebabkan pemilik butik itu meminta bayaran daripada kami,” katanya.
Selain Abdul Halim, Devotees dianggotai Adi Akmal Sehrom, Ahmad Shauqi Abu Kasim dan Mohammad Mohd Tawil.
KUMPULAN NASYID NICE
MEWAKILI tiga lagi anggota Nice, Mohd Izwan, 21, berkata pengalaman ditipu dan dipermainkan Mr S sangat banyak.
“Sebelum rahsia terbongkar, Mr S mengaku anak orang kaya. Kami selalu dipaksa ikut dia membeli-belah. Kami lihat dalam tempoh sehari, berkali-kali dia mengeluarkan wang di mesin ATM dan kehidupannya mewah,” katanya.
Mohd Izwan berkata, Mr S banyak membuat janji palsu, antaranya album NICE ada pembeli tetap untuk 50,000 unit, justeru dia membayangkan Nice akan memperoleh pendapatan lumayan, namun janji itu dusta semata-mata.
“Satu lagi penipuan yang dibuat, dia beritahu album Nice siap sepenuhnya pada Jun 2007, tapi dia tunda dan banyak kali beri tarikh palsu untuk pelancaran.
“Apabila disiasat, rupa-rupanya perbincangan belum dibuat dengan syarikat pengedar album. Namun pada Februari 2008, kami berjaya juga lancarkan album, itupun selepas dia disingkir daripada syarikat kami bernaung,” katanya.
Menurut Mohd Izwan, selepas Mr S disingkir dan menghilangkan diri, Nice mampu ‘bernafas’ kembali dan berusaha bangkit semula.
“Kami dalam proses pembungkusan semula album dengan penambahan tiga lagu baru. Kami juga baru selesai fotografi bersama Epilogue Creation di sekitar Bandar Melaka dengan tajaan penuh syarikat itu.
“Kami turut mendapat tajaan pakaian selama setahun daripada Smartmaster Suit dan The Grass Jeans,” katanya.
Selain Mohd Izwan, Nice dianggotai Wan Mohd Taqiuddin, 23, Muhammad Afiq Hamdan, 21, dan Muhammad Safwan, 19.
KUMPULAN INFINATEZ
ANGGOTA Infinatez, Mohd Andi Ariffin Merican atau Andy, 26, mengakui tersalah pilih syarikat untuk bernaung kerana tidak tahu latar belakang Mr S.
Andy berkata, mereka terpedaya dengan janji manis Mr S sehingga tertarik bernaung di bawah Mr S yang menubuhkan syarikat Euphonious Entertainment (M) Sdn Bhd.
“Selepas beberapa bulan bernaung di bawah Mr S, satu demi satu rahsianya terbongkar. Selepas menemui beberapa mangsanya, baru kami tahu Mr S penipu.
“Pernah satu ketika, ketika mahu bersemuka dengannya, dia lari menerusi bumbung rumah dan ketika itu kami dapat banyak bahan bukti dia penipu. Namun, bukti itu hilang selepas dia suruh beberapa orang mencurinya semula,” katanya.
Menurut Andy, Mr S menggunakan nama Infinatez untuk memperdaya beberapa individu.
“Mr S menggunakan nama kumpulan kami dengan taktik kononnya dia ada beberapa projek besar membabitkan Infinatez yang pasti memberi pulangan berganda.
“Akibatnya ada yang tertipu, antaranya rakan ibu saya yang memberi Mr S RM100,000 untuk projek palsu dijanjikannya,” katanya.
Andy berkata, berdasarkan maklumat diterima, Mr S aktif melakukan penipuan dan perkara paling dibimbangkan adalah Mr S menggunakan nama Infinatez untuk menipu.
Justeru, katanya, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya meletakkan amaran mengenai Mr S di forum laman web Infinatez di alamat www.infinatez.com.
PEMILIK NAZZ MUSIC ENTERTAINMENT, NAZRI ABDUL RAHMAN, 37
“PENGALAMAN mengenali penipu ini akan dijadikan pengajaran yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup saya,” kata Nazri.
Menurutnya, Mr S banyak menipunya sehingga dia menanggung beban tekanan dan hutang.
“Saya setuju melabur pada asalnya untuk projek pembelian tanah di Pulau Tioman bagi pembinaan chalet, tetapi tanah entah ke mana, dia datang dengan projek baru. Dia maklumkan kepada saya mengenai rakan kongsi di DME Production (Kumpulan Devotees) sebelum menubuhkan Nazz Music Entertainment (Nazz Music).
“Sebagai rakan kongsi, modal sepatutnya dikeluarkan kedua-dua pihak. Saya keluarkan modal awal RM100,000 dan untuk modal daripada dia, dia beritahu akan beri selepas mendapat royalti kumpulan nasyid Devotees RM150,000, tetapi apabila disiasat, royalti itu ‘dikebasnya’.”
Nazri berkata, dia mengeluarkan modal sejak Jun 2006 tetapi pejabat ‘tak nampak bayang’ hinggalah pada Mac 2007, pengubahsuaian mula dibuat dan pejabat mula beroperasi April 2007.
“Saya memberi RM70,000 untuk pendahuluan pembelian rumah bagi kegunaan artis dan kakitangan syarikat, tetapi duit tidak tahu ke mana. Apabila rahsia terbongkar, rupa-rupanya rumah diduduki hanya rumah sewa, malah ia diubahsuai sehingga memberi keuntungan kepada tuan rumah.
“Sehingga September 2007, saya mengeluarkan kos lebih RM400,000 dan menuntut dia pula keluarkan modal. Bagaimanapun dia maklumkan pihak Nazz Music akan dapat pendahuluan royalti daripada EMI Music sebanyak RM150,000, tetapi rupa-rupanya dia hanya buat cerita palsu,” katanya.
Menurut Nazri, bagaikan mahu menghabiskan semua wangnya, dia memberi harapan baru kononnya mendapat kontrak pasaran dan promosi album Nice di Indonesia menerusi perjanjian dengan syarikat penerbitan terkenal, MD Entertainment.
Bagaimanapun, katanya, Mr S memberitahu perlu mengeluarkan modal sehingga RM300,000.
“Mr S meminta RM300,000 sebagai sebahagian daripada kos percetakan cakera padat yang akan dihantar ke Indonesia. Mr S memberitahu dalam tempoh 45 hari selepas kontrak ditandatangani, pihak MD Entertainment akan membayar 50 peratus daripada jumlah RM7.5 juta sebagai wang pendahuluan royalti pengedaran album di Indonesia.
“Kerana pulangan dijanjikan lumayan dan saya perlu suntikan modal untuk perniagaan saya yang banyak digunakan untuk melabur di dalam Nazz Music, saya serah RM300,000 kepadanya secara berperingkat,” katanya.
Nazri berkata, bagi meyakinkannya, Mr S serahkan salinan kontrak yang ditandatangani antara Mr S dengan Jamal Hassan dari MD Entertainment.
Bagaimanapun, katanya, selepas 45 hari, wang dijanjikan tiada dan Mr S pula menghilangkan diri.
“Saya menghubungi Jamal Hassan dari MD Entertainment dan syarikat percetakan terbabit, tetapi mereka menafikan sebarang urus niaga dengan Nazz Music, malah tidak mengenali Mr S.
“Kerana penipuan itu saya berjaya gugurkan dia sebagai ahli lembaga pengarah dan memindahkan saham dia yang dia tak keluarkan satu sen pun kepada rakan. Namun, dia pandai putar belit fakta dan melagakan saya dengan rakan kongsi baru sehingga meletakkan keadaan saya yang menipu dan saya yang buat apa yang dia buat selama ini,” katanya yang percaya Mr S mengamalkan ilmu hitam.
Menurut Nazri, dia sekali lagi tertipu apabila Mr S mendakwa Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa, Indonesia bersetuju memberi lagu untuk Nice.
Katanya, Mr S mendakwa mempunyai hubungan baik dengan Ahmad Dhani.
“Saya keluarkan wang sehingga RM15,000 kepada Mr S, tetapi Mr S beritahu kononnya Ahmad Dhani minta RM30,000, walhal RM15,000 itu dia kebas.
“Kes itu sama juga seperti perancangannya untuk NICE berduet dengan penyanyi, Nash. Saya bayar RM7,000 kepadanya apabila dia beritahu Nash bersetuju, tetapi saat-saat akhir dia beritahu Nash minta RM17,000 pula, walhal dia yang minta jumlah itu,” katanya.
Menurut Nazri, Mr S turut bertindak seperti samseng apabila menceroboh pejabatnya bersama 10 ‘orang upahan’.
“Ketika itu saya di luar negara kerana urusan perniagaan dan hanya seorang kakitangan ada di pejabat. Mr S mengambil alih pengurusan syarikat seketika dan mengambil dokumen penting syarikat untuk menghapuskan bukti.
“Bagaimanapun apabila saya pulang, dengan bantuan polis saya berjaya ambil alih semula syarikat,” katanya yang membuat sekurang-kurangnya tiga laporan polis untuk penipuan dan tindakan ala samseng dilakukan Mr S.
USAHAWAN, AZMAN, 28
AZMAN adalah mangsa terbaru Mr S. Menurut Azman, dia mengenali Mr S selepas pemuda itu menemui ibu bapanya untuk menyewa rumah.
“Ibu bapa saya mengiklankan sebuah rumah kami untuk disewakan. Mr S menemui ibu bapa saya untuk menyewa rumah itu.
“Ketika bersembang, Mr S mempelawa saya membuka sebuah syarikat menguruskan acara dan dia bercerita mengenai kisah kehebatannya menguruskan beberapa projek dan artis,” katanya.
Azman berkata, tertarik dengan janji manis Mr S dia bersetuju menjadi rakan kongsi Mr S dengan menubuhkan sebuah syarikat.
“Kerana terlalu mempercayainya, saya serahkan RM20,000 kepadanya untuk membuka syarikat.
“Selepas membuka syarikat, Mr S beritahu dia mendapat kontrak menguruskan acara untuk sebuah syarikat di utara tanah air, hujung tahun lalu, membuatkan saya bertambah yakin terhadapnya,” katanya.
Menurut Azman, untuk acara itu, Mr S memberitahu dia mendapat tajaan dan syarikat hanya perlu mengeluarkan wang dalam jumlah sedikit.
“Acara berjalan lancar, tetapi selepas itu banyak pihak menuntut hutang daripada saya. Pengangkutan tidak dibayar, penginapan tidak dibayar, sistem audio tidak dibayar dan artis yang membuat persembahan juga tidak dibayar.
“Jumlah hutang berkenaan semuanya RM57,000. Saya cuba mencari Mr S, tetapi dia menghilangkan diri,” katanya yang yakin Mr S menggunakan ilmu hitam.
PENSYARAH, MAHU DIKENALI SEBAGAI DR ZAMRI, 57
PEMBABITAN Dr Zamri bermula ketika Mr S menubuhkan Devotees. Menurut Dr Zamri, beliau dipelawa menjadi rakan kongsi Mr S untuk menaikkan nama kumpulan nasyid itu.
“Mr S berjanji perkongsian modal sebanyak 50-50. Saya memberinya RM30,000, tetapi dia tidak mengeluarkan satu sen pun.
“Malah, dia menyuruh saya memasukkan wang itu ke dalam akaunnya dan bukan akaun syarikat. Saya menyuruhnya membuka akaun syarikat, tetapi dia berdolak dalik dengan pelbagai alasan,” katanya.
Dr Zamri berkata, dia terlalu percayakan Mr S sehingga berhabis RM160,000 untuk penerbitan album Devotees.
“Jika diikutkan, jumlah itu terlalu besar. Bukan saja wang tunai, tetapi kad kredit saya turut digunakan Mr S.
“Kesudahannya saya kehabisan wang simpanan dan menanggung hutang. Selepas saya mengetahui tembelangnya, Mr S menghilangkan diri,” katanya yang membuat laporan polis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 2:10 pm | |
| Rezeki Daphne SELEPAS mencipta nama sebagai hos, Daphne Iking melebarkan bakatnya sebagai pelakon. Meskipun hanya memegang watak tambahan, bakat ibu jelita ini nyata menyerlah.
Terbaru, dia berpeluang melangkah lebih jauh apabila dilamar membintangi filem Belukar arahan pelakon dan pengarah, Jason Chong. Bagi Daphne, peluang ini satu anjakan besar dalam hidupnya, apatah lagi buat julung kalinya dia diperkenalkan sebagai pelakon utama.
"Ia bagaikan sejarah besar dalam hidup saya. Sebelum ini, karier saya tertumpu kepada bidang pengacaraan, di mana saya ada program sendiri. Begitupun, pada waktu lapang saya turut berlakon, itupun sekadar watak tambahan.
"Terus terang saya katakan, tidak pernah terlintas di fikiran mahu bergelar pelakon filem. Lebih-lebih lagi memegang watak utama. Sebelum ini, tujuan saya menceburi bidang lakonan hanya untuk mencari pengalaman.
"Bagaimanapun, jiwa dan cinta saya masih lagi terhadap dunia pengacaraan dan kewartawanan," katanya.
Tambah Daphne, pada mulanya dia terkejut apabila Jason yang menulis skrip untuk filem berkenaan mencipta watak itu khas untuk dirinya.
"Jason memberitahu saya, ketika dia menulis skrip untuk Belukar, saya sentiasa bermain dalam fikirannya. Dengan loghat Sabah, ditambah pula latar belakang dari suku kaum Kadazan, saya pelakon paling layak memegang watak Eva.
"Terkejut juga mendengar kata-katanya. Padahal, ramai pelakon popular lain yang mungkin sesuai dengan watak itu. Namun, saya anggap ia rezeki untuk saya dan keluarga," kata Daphne.
Bercerita soal pengalaman, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini tidak menyangka dunia lakonan lebih sukar daripada apa yang dialaminya sebelum ini.
"Sebelum ini, cabaran dalam memegang watak tambahan tidak terasa. Ketika itu saya lebih banyak berehat di set penggambaran dan menunggu giliran apabila dipanggil pengarah.
"Namun apabila membintangi filem ini, segala-galanya baru buat saya, lebih-lebih lagi saya tidak berpengalaman menerajui mana-mana drama atau filem.
"Meskipun baru, tunjuk ajar pelakon, Bront Palarae dan Jason sungguh berguna buat saya. Malah pada waktu sukar, mereka memberi kata-kata semangat kepada saya," katanya.
Bercerita lanjut mengenai produksi Belukar, siapa sangka ia diterajui pelakon kacak yang dulunya pernah menganggotai kumpulan X-Factor, Danny.
Ulas anak jati Kelantan ini, 10 tahun mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon, macam-macam dilaluinya. Pahit getir itu mengajarnya banyak perkara.
Meskipun rezekinya tidak semeriah pelakon popular lain, dia percaya Allah itu Maha Adil dan pasti ada sinar untuknya.
Kesabarannya terbukti berbaloi apabila dia atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa kini memiliki sebuah syarikat produksi. Justeru, pasti ramai tertanya-tanya dari mana pelakon ini mendapat modal untuk membuka rumah produksi.
Menyelongkar cerita sebenar, Danny menjelaskan, perkenalan dengan seorang usahawan dari Labuan, Sabah ketika dalam penerbangan dari Kelantan ke Kuala Lumpur membuka peluang besar dalam hidupnya.
"Pada mulanya, saya ditegur seseorang dalam penerbangan terbabit. Dia yang duduk di sebelah saya memperkenalkan diri sebagai Zailani Mansor. Dia banyak bertanya mengenai apa saya lakukan sekarang. Dia turut bertanya adakah saya berminat membuka rumah produksi.
"Jawab saya ringkas saja. Siapa yang tidak berminat. Begitupun, bukan mudah mahu membuka rumah produksi jika tiada modal. Selepas itu, Zailani mengambil nombor telefon saya dan katanya akan menghubungi saya.
"Mulanya, saya ingatkan semua itu cakap-cakap kosong. Tidak lama kemudian dia menelefon dan mengatur satu perjumpaan. Waktu itu saya betul-betul terkejut. Lagipun, saya tidak mengenali siapa dia sebenarnya. Mungkin juga dia mahu mengambil kesempatan terhadap saya.
"Namun selepas berjumpa, baru saya tahu dia pemilik syarikat membaik pulih kapal di Sabah. Tidak lama kemudian tertubuhlah Preston Zaidan Production Sdn bhd," katanya.
Tambah Danny, dia tidak percaya dengan apa dimilikinya sekarang. Semuanya bagaikan mimpi. Begitupun, Danny mengakui masih banyak perlu dipelajari berkaitan kerja belakang tabir.
"Sebagai pelakon, sudah tentu saya tidak berpengalaman dalam bidang ini. Malah, sebelum ini pun tidak pernah terlintas di fikiran mahu bergelar produser. Zailani yang masak dengan dunia perniagaan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya," kata Danny.
Pada mulanya, Danny dan Jason yang turut bertindak sebagai rakan kongsi syarikat produksi ini merancang mahu merakam sebuah cerita dalam bentuk DVD.
Namun apabila melihat kos yang diberikan, mereka sepakat menggelarnya produksi filem indie.
"Meskipun sebelum ini Bront tidak ada dalam kelompok 'hero popular' manakala Daphne tidak pernah berlakon dalam produksi filem, ini menjadi peluang kami untuk mengetengahkan mereka.
"Saya dan Jason percaya Bront punya bakat besar jika diberi peluang, manakala Daphne mampu menjadi pelakon yang baik.
"Melihatkan lakonan mereka ketika sesi penggambaran filem ini, saya terkejut dengan apa ditampilkan Daphne. Walaupun baru, Daphne menjiwai watak yang diberi dengan baik. Lakonannya bersama Bront juga serasi," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Sun 22 Mar 2009, 2:12 pm | |
| Rimas gosip liar “SAYA minat lelaki berwajah ala Cina,” kata penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana apabila diajak berbicara mengenai ciri-ciri lelaki pilihannya. Tidak sukar untuk pengacara Melodi itu menjawab soalan berkenaan, apatah lagi dia rimas mendengar gosip liar mengaitkan dirinya sebagai lesbian.
Bagi Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzil, tohmahan seumpama itu mungkin timbul kerana dia jarang digosipkan dengan mana-mana lelaki biarpun usianya 29 tahun — masa yang cukup sesuai untuk berumah tangga.
“Rasanya semua wanita berhasrat menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun, tidak terkecuali saya. Namun saya tidak akan tergesa-gesa, khuatir tersalah pilih.
“Saya anggap kalau ditakdirkan jodoh sampai, saya akan berkahwin juga. Biarpun ada cita rasa sendiri terhadap lelaki, saya tidak terlalu memilih kerana yang penting ialah keserasian.
“Kalau saya berkenalan dengan lelaki dengan fizikal idaman tetapi perangai tak elok, tak guna juga,” katanya ketika ditemui mengikuti rombongan AirAsia bersama media melawat beberapa tempat menarik di sekitar London, baru-baru ini.
Yang penting bagi anak kedua daripada tiga beradik itu, bakal suaminya kelak mampu memahami kesibukan tugasnya sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon dan duta produk.
“Buat masa ini saya belum ada yang ‘steady’. Namun, seboleh-bolehnya saya tidak mahu teman istimewa yang juga berkecimpung dalam dunia hiburan. Saya tidak kisah kalau ditakdirkan bakal suami saya orang media, tapi biarlah aliran berbeza,” kata selebriti berwajah manis itu.
Pelakon siri Fara, Gadis Cuci dan filem Jin Notti ini tidak menolak kemungkinan jodohnya belum sampai berikutan kesibukannya sebagai duta produk Nescafe, Jacobs dan TM selain bertindak sebagai penyampai radio dan pengacara.
Justeru, selayaknya dia digelar wanita ‘bionik’ yang mampu melakukan pelbagai tugasan dalam tempoh singkat. Namun, semua itu tidak semudah disangka dan memerlukan pengorbanan.
“Pernah saya hanya tidur dua jam kerana tugas. Ikutkan hati, saya nak tidur lapan jam sehari seperti kebanyakan individu lain, tetapi tak dapat sejak bergelar selebriti,” kata pemenang Anugerah Pengacara dan Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 15 | Go to page : 1, 2, 3 ... 8 ... 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |