|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 31 Mar 2009, 5:07 pm | |
| Baju Sama: Dato' Siti Nurhaliza & Zamzarina Baju recyle lagi. Dan lagi Dato’ Siti Nurhaliza dengan penyampai berita RTM, Zamzarina pulak. Sama kan baju yang Dato’ Siti Nurhaliza pakai dan Zamzarina pakai. Adakah baju ini baju sponsor? Agak˛ sape yang pakai dulu? korang pikir lah sendirik... jomss layansss... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 31 Mar 2009, 5:08 pm | |
| Engku Emran Nazar Potong Rambut Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada hari ini. Kita tunggu camne gayanye bila Engku Emran rambut pendek. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 10:32 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 12:43 pm | |
| Nabila Huda Sudah Hamil?
Pernikahannya dengan Zaidi Zailani pada 2 Disember tahun lalu tidak menggubah diri Nabila secara keseluruhan. Apa yang berubah hanya tanggungjawabnya yang semakin bertambah dan saiz badannya yang semakin berubah.
Tubuhnya semakin hari dilihat semakin berisi. Justeru, mungkinkah pertambahan berat badannya ada kena mengena dengan kehamilan?
Nabila bagaimanapun hanya tertawa apabila diusik dengan persoalan tersebut dan sekadar mengatakan dia manusia paling gembira andai perkhabaran itu menjadi kenyataan.
"Kalau betul, saya gembira sangat tetapi mana ada, saya dan suami kalau boleh memang nak anak cepat tetapi mungkin bukan rezeki kami lagi.
"Mungkin sebab saya asyik duduk di rumah dan kuat makan, itu yang badan naik dengan cepat. Nampaknya lepas ini kenalah senaman dengan lebih kerap sebab ramai juga yang menegur perubahan saiz badan saya," tuturnya yang bahagia dengan kehidupannya sekarang ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 12:46 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 12:47 pm | |
| Fesyen Baju Azharina Yang Ganjil Peredaran zaman sekarang makin hari makin berubah tidak kira dari pelbagai sudut. Termasuk juga pemakaian. Fesyen yang dibawa oleh Azharina ni nampaknya seperti ganjil sedikit tak pun banyak kot. Fesyen seperti baju mengandung, tapi Azharina dah lama menjanda menjadi IT. Tambahan lagi sepertinya juga tidak sesuai kerana Azharina tidak kelihatan tinggi. Lain lagi tue, Masyallah, sekali makeup tebal da. Tak caya? cuba tengok gambar ni. Ahaks. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 12:57 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 1:05 pm | |
| Chef Wan bersyukur Serina ingin nikah 1 Jun
Serina merancang untuk bernikah pada 1 Jun depan
MESEJ yang dihantar oleh Chef Wan malam tadi jelas menunjukkan kegirangannya apabila anak perempuan kesayangannya, Serina, memberitahu dia merancang untuk bernikah pada 1 Jun depan.
Serina yang sudah lebih lapan bulan mengenali hati budi seorang jejaka Inggeris, bernama Gavin melahirkan hasrat kepada bapanya itu tentang pernikahan mereka dan akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan.
"Dah pula kepala ni pening nak kahwinkan anak..Alhamdulillah," luah Chef Wan, ringkas, menerusi teks SMS yang dihantar.
Di dalam temubual sebelum ini, Chef Wan akui gembira dengan pilihan teman lelaki Serina yang berusia 32 tahun itu.
Ternyata kehadiran Gavin dalam hidup Serina mendapat lampu hijau daripada Wan.
Bukan setakat itu saja, malah Wan sendiri sudah pun berkenalan dengan bakal menantunya, iaitu seorang tokoh perniagaan yang mempunyai rangkai pakaian sukan di beberapa negara di rantau ini.
Apa yang lebih menambat hati Wan tentang Kevin ialah beliau telah memeluk agama Islam lama sebelum berkenalan dengan Serina.
"Apa-apapun agama itu penting kerana sebagai suami dia wajib mendidik Serina. Saya sudahpun berjumpa dan menyelami hati Kevin. Nampaknya inilah lelaki yang paling serasi dengan Serina.
"Lagipun dia nampak serius dan mempunyai prinsip hidup yang boleh dibanggakan. Pekerjaannya juga stabil dan orangnya pun boleh tahan kacak," kata tokoh chef yang disegani di rantau Asia ini.
"Bakal besan pun saya dah jumpa. Keluarga mereka pun baik-baik dan bersifat terbuka. Mereka menerima Serina dengan senang hati," jelas Wan yang pernah berkunjung ke kediaman bakal besannya di United Kingdom sebelum ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 1:14 pm | |
| Do you think I`m Hot? — Eira Syazira |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 1:22 pm | |
| Angan-angan Linda IMPIAN Linda Onn, 31, ingin memiliki rumah tangga yang aman bahagia, suami beriman dan melayan keluarganya dengan baik.
Sebagaimana wanita lain, Linda juga memasang angan-angan majlis perkahwinan gilang-gemilang diadakan selama tiga hari tiga malam serta bersanding di pelamin yang indah dengan kuntuman bunga segar menghiasi segenap ruang.Malah Linda yang terus melakar populariti di radio Sinar FM, ingin sekali mengadakan majlis perkahwinan dalam taman. Pun begitu, Linda kata tak tahu hendak buat di taman mana kerana jodohnya belum sampai.
Adakah dengan impian yang menggunung tinggi itu bermakna Linda akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi sementelah pula dia dikatakan sudah pun menghadiri kursus kahwin tiga minggu lalu di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Apabila soalan itu diajukan kepadanya, riak wajah Linda seakan-akan berteka teki.
"Memang benar saya menghadiri kursus kahwin tiga minggu lalu dengan kawan. Saya menghadiri kursus itu kerana sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga. Sebagai persediaan awal, saya berkursus dulu kerana sekarang perlu ada sijil kursus kahwin.
"Insya-Allah saya akan berkahwin kalau ada jodoh, tetapi bila, tak tahu lagi. Sebelum ini tiada siapa tahu saya mengikuti kursus itu, tetapi kini ramai yang tahu apabila gambar saya tersiar di laman web pusat kursus itu sebelum ia ditarik pihak pengurusan kursus itu tidak lama kemudian.
"Saya tak rasa pihak pengurusan kursus itu mahu sabotaj. Mungkin niat mereka hendak mengiklankan pusat itu, tetapi memang terkejut apabila dapat tahu gambar saya digunakan dalam iklan pusat itu dan dalam laman web mereka.
"Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan, tetapi harap lain kali kalau ada artis atau selebriti berkursus kahwin di sana, minta kebenaran dulu sebelum menggunakan gambar mereka untuk tujuan apa sekali pun," katanya.
Selepas putus kasih dengan Fahrin Ahmad tahun lalu, Linda dikatakan menjalin hubungan intim dengan seseorang. Paling ketara, persahabatannya dengan lelaki mat saleh bernama James Gibbs. Jejaka berasal dari Wales, United Kingdom itu mula menjadi tumpuan dan perhatian apabila hadir bersama Linda pada majlis resepsi Mawi dan Ekin di Palace Of Golden Horses, 11 Januari lalu.
Sejak itu ramai menduga apakah James bakal mengisi kekosongan hati pemilik rangkaian restoran nasi ayam dan asam pedas itu?
"Setakat ini saya memang berkawan dengan dia, tetapi perkara selanjutnya saya tak berani hendak komen. Apabila sudah pergi berkursus, saya terbayangkan mengenai perkahwinan. Malah tahun lalu lagi saya bersemangat hendak berkahwin, jodoh pula tak sampai.
"Apabila tiba saatnya bertemu jejaka idaman, saya tidak mahu membazir masa dan duit dengan mengadakan majlis pertunangan. Lebih elok perkara yang baik itu dipercepatkan dengan terus menikah dan mengadakan majlis persandingan sekali," katanya.
Menyentuh hubungan baiknya dengan James, jelas Linda mereka berkenalan lebih 10 tahun lalu di Kuala Lumpur dan dia juga pernah mempunyai restoran satu ketika dulu. Dia ahli perniagaan dan datang ke Kuala Lumpur Januari lalu.
"Andai berkahwin nanti, saya mahukan rumah tangga yang bahagia. Tak mahu ada sebarang pergaduhan kerana penatlah bergaduh setiap hari selain dapat suami yang boleh membimbing dan melayan keluarga saya dengan baik serta mesra. Biarlah jodoh kami berkekalan sampai bila-bila," katanya.
Linda yang menempa kejayaan tersendiri dalam bidang perniagaan makanan tidak menolak andaian yang dia kini berhati-hati mencari calon suami.
Wanita berjaya sepertinya ada kala sukar menelah sikap lelaki sama ada mereka jujur berkawan dengannya atau tarikan kesenangan yang dimiliki membuatkan mereka ingin mendekatinya.
"Susah hendak cakap, tetapi apabila sudah terkena, saya terpaksa berhati-hati selepas ini. Apa pun saya juga manusia biasa," katanya penuh makna.
Linda ditemui pada majlis Media Hepi Hepi Nite di Restoran Asam Pedasnya yang baru dibuka lapan bulan lalu di Ampang, Selangor. Turut diadakan pertandingan karaoke dalam kalangan wartawan.
"Majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan dengan media serta memperkenalkan restoran baru ini kepada semua. Hendak mengadakan majlis pelancaran pun, restoran ini sudah dibuka agak lama.
"Saya baik dengan semua orang termasuk wartawan. Bagaimanapun, artis dan wartawan adalah manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan. Lantaran itu tentu saja tidak terlepas daripada sikap marah, kecil hati, geram dan merajuk. Mungkin penulisan wartawan buat artis marah dan barangkali juga ada perbuatan artis mengguris hati wartawan.
"Ada juga tulisan di dada akhbar atau majalah membuatkan saya menjeruk rasa, tetapi saya terimanya dengan hati terbuka dan itulah kehidupan anak seni yang tidak pernah terlepas daripada pandangan masyarakat. Biasanya setiap yang negatif saya jadikan ia positif untuk membaiki kesilapan diri dan membina keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan," katanya.
Imbas cerita lalu, ketika Linda menerima berita akan ditukarkan ke Sinar FM, dia sedih kerana hatinya sudah terlalu menyayangi Era. Jiwa mudanya sesuai sekali dengan konsep yang dibawakan saluran radio itu.
Namun, atas nama tugas dan tanggungjawab, dia meneruskan perjuangannya di Sinar dan semakin lama, jiwanya kian serasi di sana.
"Selepas tiga bulan bersama Sinar, saya dapat menyesuaikan diri. Peminat yang biasa mendengar saya ke udara di Era mula beralih mendengar Sinar. Merekalah sumber inspirasi dan kekuatan saya. Jika tanpa sokongan mereka, agaknya dah lama saya 'rebah'," katanya.
Menceritakan perkembangan perniagaannya, dia kini memiliki tiga restoran nasi ayam (My Mom's Chicken Rice), dua di Ampang dan satu di Shah Alam. Dengan semangat keusahawanan yang sentiasa berkobar dalam dada, Restoran Asam Pedas pula dibuka Jun tahun lalu.
"Kedua-dua restoran itu mengutarakan resipi emak. Saya suka makan asam pedas emak, jadi saya abadikan resipi istimewa emak dengan membuka restoran ini. Di sini saya perkenalkan asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan seperti ikan kembung, pari, tenggiri, siakap dan telur ikan. Setiap hidangan itu akan disediakan segar dimasak terus dalam periuk tanah.
"Sajian kedua istimewa di sini, ikan bakar. Mereka juga boleh menikmati air bandung dan air asam boi yang menjadi kegemaran utama pelanggan apabila datang ke restoran ini. Alhamdulillah, sejak dibuka sehingga sekarang sambutan amat baik. Ada rancangan buka cawangan baru, tetapi perlu perkemaskan dulu pengurusan dan sistem restoran ini," katanya.
>Profil
NAMA: Rozlindah Onn
TARIKH LAHIR: 26 November 1977
TEMPAT LAHIR: Singapura
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyampai radio Sinar dan ahli perniagaan (My Mom's Chicken Rice dan Restoran Pedas)
ANTARA FILEM: Soal Hati (2000), Soalnya Siapa (2002), Gila Bola (2003), Biar Betul (2004)
DRAMA: Datin Diaries, Delima Wanita - Psycho
PENGACARA: Tanya Linda di Astro Ria, Festival Filem Malaysia ke-19, Anugerah Era (2005-2006), Charity Dinner Show with Anuar Zain & Ziana Zain - Istana Hotel, KL (2006), mengacara untuk Erra Fazira's beauty product 'FERRA KOSMOLOOK' launch (2006) dan Sehati Berdansa
IKLAN: Power Root
ANUGERAH : Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), enam kali berturut-turut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 3:58 pm | |
| Saya bukan papa! - Nabila
BUKAN mudah untuk menjadi Nabila Huda Suhaimi. Siapa yang tidak kenal dengan bapanya, Amy Search, seorang rockers terkenal Malaysia. Mungkin kerana itu, apa sahaja yang dilakukannya sering menjadi perhatian khalayak.
Terbaru, apabila single pertamanya X-Ray diputarkan di corong radio, pelbagai reaksi diterimanya.
Ada yang suka kerana Nabila akhirnya mengikut jejak langkah bapanyamenjadi seorang penyanyi, tetapi ada juga yang kurang gemar dengansuara Nabila.
Kata mereka, suaranya tidak sehebat suara bapanya. Percubaannyatidak lebih seperti menumpang populariti bapa dan bermacam-macam lagi.
Namun, sebagai orang baru dalam dunia seni suara, Nabila hanyamenerima segala kritikan, baik negatif mahu pun positif dengan lapangdada.
"Saya bukan papa (Amy Search), memang saya anak seorang rockerslegenda dan penyanyi bersuara hebat tetapi tolong jangan terlalumeletakkan harapan tinggi menggunung yang suara saya hebat seperti papa.
"Bidang kami berbeza, papa dengan dunia nyanyian dan saya lebihdikenali dalam dunia lakonan. Nyanyian ini sekadar percubaan'suka-suka' sahaja," ujarnya.
Tegasnya lagi, dia sedar yang dirinya bukan penyanyi, kerana itulah baru kini dia memberanikan untuk mengeluarkan single.
"Kalau saya tahu suara saya bagus, sudah lama saya rakam album, buatapa tunggu sampai hari ini baru nak buat album. Tetapi saya sedar dimana kemampuan saya, dan ini hanyalah percubaan bukannya album penuh. "Kalau orang suka, tidak mustahil suatu hari nanti, saya akan rakamkan satu album penuh, itupun jika ada permintaan," ucapnya.
Tambah Nabila, dia tidak kisah akan pandangan orang terhadap dirinya kerana bapanya sendiri merestui bidang kerja barunya itu.
"Sebenarnya, papa tidak sangka yang saya akan merakamkan lagu walaupun hanya lagu single. Orang pertama yang saya bagi dengar lagu itu ialah papa, dia tidak cakap banyak, hanya senyum saja.
"Dia kata okey dan suruh saya yakin dan bersungguh-sungguh dalamsetiap pekerjaan yang saya lakukan termasuk nyanyian," jelas Nabila.
Pengalaman jadi penyanyi
Nabila sesungguhnya seorang yang beruntung kerana kehidupansehariannya dikelilingi orang-orang yang arif dalam bidang muzik dankebanyakannya adalah rakan kepada bapanya.
Itu sedikit sebanyak memudahkan perjalanan Nabila untuk bergelar seorang penyanyi.
RAMAI yang terkejut apabila mendengar vokal Nabila menerusi single pertamanya, X-Ray.
"Kalau nak ikutkan ramai yang terkejut dan tidak sangka suara diradio itu adalah suara saya kerana sebelum ini saya tidak pernahmenunjukkan minat untuk menjadi penyanyi.
"Bila peluang itu ada dan dapat pula bekerjasama dengan Edrie Hashimsaya rasa peluang itu tidak patut dilepaskan walaupun hanya untuksuka-suka," katanya yang kini menginjak usia 25 tahun.
AMY mahu Nabila yakin dan bekerja keras dalam setiap apa yang dilakukan.
Menurut Nabila lagi, pengalaman bekerja dengan Edrie sungguhbermakna. Walaupun sudah kenal lama, tetapi apabila berada di studiosemuanya bertukar.
"Selalunya saya bekerja di lokasi penggambaran tetapi suasana distudio rakaman sangat berbeza. Secara automatik, saya kena patuh kepadaarahan Edrie selaku komposer dan saya bertuah kerana Edrie cukupmemahami apa yang saya mahukan dan apa yang sesuai dengan suara saya.
"Dia melihat kepada karakter saya yang gila-gila dan katanya sayaamat sesuai dengan lagu-lagu yang rancak," ujarnya yang menggemarigenre pop rock.
Mahu anak cepat
Pernikahannya dengan Zaidi Zailani pada 2 Disember tahun lalu tidakmenggubah diri Nabila secara keseluruhan. Apa yang berubah hanyatanggungjawabnya yang semakin bertambah dan saiz badannya yang semakinberubah.
Tubuhnya semakin hari dilihat semakin berisi. Justeru, mungkinkah pertambahan berat badannya ada kena mengena dengan kehamilan?
BERSEDIA menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
Nabila bagaimanapun hanya tertawa apabila diusik dengan persoalantersebut dan sekadar mengatakan dia manusia paling gembira andaiperkhabaran itu menjadi kenyataan.
"Kalau betul, saya gembira sangat tetapi mana ada, saya dan suamikalau boleh memang nak anak cepat tetapi mungkin bukan rezeki kami lagi.
"Mungkin sebab saya asyik duduk di rumah dan kuat makan, itu yangbadan naik dengan cepat. Nampaknya lepas ini kenalah senaman denganlebih kerap sebab ramai juga yang menegur perubahan saiz badan saya,"tuturnya yang bahagia dengan kehidupannya sekarang ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 4:15 pm | |
| DIANA RAFAR AKAN KAWIN MEI NTI??????Rahsia hari bahagia KUALA LUMPUR: Selepas lapan tahun memadu kasih, pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 27, dan Zamarul Hisham, 38, yang juga dramatis terkenal dijangka melangsungkan perkahwinan pada awal Mei depan. Majlis perkahwinan mereka dikatakan mendahului majlis perkahwinan Emelda Rosmela dan Adlin Aman Ramlie serta Darling Ngasri dan pasangannya yang diadakan pada bulan sama. Khabar perkahwinan pasangan popular itu disampaikan peminat selepas beberapa kali terserempak Diana membelek kain untuk dibuat baju pengantin di Maya Fabrik, Shah Alam. Menurut sumber, Diana sudah merancang mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal di Shah Alam, Shahril Nordin untuk menempah baju pengantinnya. Dia sudah menyerahkan borang pengesahan untuk berkahwin di pejabat agama Shah Alam dan menjalani ujian HIV. Diana yang agak lama menunggu lamaran Zamarul juga berhasrat mengadakan perkahwinan dalam taman dan sedang mencari lokasi sesuai di Shah Alam. Keluarga Zamarul pula akan mengadakan majlis sambut menantu di Bangi, Selangor. Sumber itu berkata, Diana dan Zamarul mendapatkan khidmat Kuzie Catering untuk menyediakan hidangan istimewa pada hari berbahagia mereka. Malah, wartawan Harian Metro sendiri pernah terserempak Diana berbincang dengan pengusaha katering itu, Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku di Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, baru-baru ini. Bagaimanapun, ketika ditanya tujuannya ke situ, Diana tidak mengaku akan melangsungkan perkahwinan pada masa terdekat, sebaliknya untuk berbincang mengenai penyediaan makanan pada hari pembukaan Kid Spa yang akan dibuka tidak lama lagi. Kata Sumber itu, walaupun Diana dan Zamarul dijangka mengikat janji sebagai suami isteri, Mei depan, mereka masih merahsiakannya. Ini kerana Zamarul dikatakan tidak mahu menghebohkan perkahwinan itu disebabkan enggan menerima penaja mana-mana pihak. Menurutnya, pelakon itu berpandangan lebih afdal segala perbelanjaan dan keperluan perkahwinan ditanggung sendiri. Harian Metro cuba menghubungi Diana dan Zamarul untuk mendapatkan pengesahan, tetapi gagal kerana kedua-duanya tidak menjawab panggilan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 4:50 pm | |
| Kembang bakat di seberang SEBAGAI pelakon yang boleh dikategorikan masih baru dalam dunia seni tanah air, Norhazlinda Hashim, 25, atau Linda Hashim mengakui kelemahan diri. Bagaimanapun, dia sentiasa ingin belajar dan menanti peluang menjayakan watak yang diberikan dengan usaha yang maksimum.
Pelakon yang popular menerusi drama televisyen seperti Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi dan Cinta Batu Belah tetap berhati-hati menyusun langkah. Malah berkali-kali tawaran dihulurkan kepadanya ditapis sehingga difikirkan sesuai dan terdaya untuk menerima watak berkenaan.
Tambah merisaukan gadis genit ini apabila terpaksa bersaing dengan bakat baru dan barisan pelakon terkenal tanah air. Begitupun, Linda tetap menganggap ia sebagai rezeki setiap individu.
"Saya tidak kisah walaupun ditawarkan watak kecil. Saya tetap menganggap ia sebagai cabaran yang cukup besar. Malah tanggungjawab itu saya laksanakan dengan bersungguh-sungguh.
"Tidak timbul langsung soal memilih watak atau demand soal bayaran. Saya sedar masih baru dalam bidang ini dan banyak perkara yang masih perlu saya pelajar.
"Saya sentiasa mahu menjayakan watak yang diberikan dengan berkesan. Malah dengan perkembangan karakter yang pelbagai, saya harap dapat melaksanakan setiap karakter yang diberikan sehingga meninggalkan impak tersendiri kepada penonton.
"Setakat ini, saya mengakui belum mencuba watak membabitkan aksi sebaliknya lebih banyak menjayakan watak bermain emosi. Apapun, ia ternyata memberikan cabaran tersendiri," katanya.
Tuah untuk menimba pengalaman datang bergolek apabila Linda berpeluang mengembangkan bakatnya di luar negara menerusi drama terbitan Double Vision Sdn Bhd dengan kerjasama produksi Indonesia. Sepanjang sebulan mengikuti penggambaran di Indonesia, pelbagai pengalaman suka dan duka dilaluinya.
Linda yang membawakan watak Lyana dalam drama 20 episod menyaksikan kerjasama dua negara menerusi Melody Terindah (Senandung Lyana) sememangnya satu pengalaman baru dalam karier lakonannya.
"Penggambaran di sana tiada banyak bezanya. Dalam aspek teknikal hampir sama. Cuma setiap kali penggambaran membabitkan tenaga kerja yang ramai. Walaupun tempoh penggambaran panjang, ia dapat diselesaikan dengan cepat. Cuma kadangkala saya terpaksa mengambil masa untuk memahami bahasa Indonesia.
"Hampir setiap hari saya terbabit dalam penggambaran kerana memegang watak utama dalam drama ini. Walaupun membabitkan banyak babak, saya seronok dan gembira sepanjang tempoh penggambaran itu," katanya.
Dia menyifatkan watak dalam drama berkenaan mempunyai kelainan dan tarikan tersendiri. Di samping berlakon Linda turut menyanyi dalam drama arahan MP Roslin (Malaysia) dan Tono (Indonesia) itu.
"Watak dalam drama ini seorang wanita lembut, tetapi tegas. Berbeza dengan watak sebelum ini, dalam drama ini saya perlu menyanyi. Saya turut menyanyi untuk sound track drama ini berjudul Melodi Terindah dan Cintailah Diriku.
"Walaupun terpaksa menghafal skrip dalam bahasa Indonesia, saya puas. Saya seronok kerana mendapat gandingan lakonan yang baik seperti pelakon dari negara berkenaan iaitu Praha, peserta Akademi Fantasia Indonesia (AFI) musim kedua, Adi dan Cindy serta pembaca berita, Vera.
"Kebanyakan babak lakonan saya bersama Praha yang bertindak sebagai teman lelaki dalam drama itu. Selain saya, pelakon Malaysia yang turut menjayakan drama ini ialah Esme Daniel (Budi) dan Haeriyanto Hassan (Amy Ibrahim).
"Barisan pelakon yang terbabit cukup profesional dan komited dengan tugas mereka. Masing-masing sentiasa membantu dan cukup mesra antara satu sama lain. Kadangkala seperti sudah lama berkenalan," katanya.
Drama berkenaan mengisahkan Lyana yang tinggal bersama bapa angkatnya. Dia sebenarnya berasal dari Indonesia namun dibesarkan di Malaysia.
Selepas dewasa, dia kembali ke Indonesia untuk mencari ibu bapa sebenarnya. Dalam proses mencari itu, dia bertemu dengan kumpulan muzik yang mempelawa Lyana menyertai kumpulan itu. Jika tiada aral, drama ini bakal disiarkan menerusi RTM dan stesen televisyen di Indonesia penghujung tahun ini.
Di samping menjayakan penggambaran di sana, Linda turut menyertai uji bakat bersama produksi di negara itu, MD Entertainment.
Bakat lakonan turut mendapat perhatian produksi di sana sehingga dilamar menjadi duta untuk produk kecantikan, Citra Ayu. Bagaimanapun, disebabkan terlalu sibuk dengan penggambaran dia tidak dapat mengikut penggambaran itu.
Linda kini menumpukan perhatian kepada penggambaran untuk slot Persona TV3, Ladolce Amira sebanyak 13 episod. Selepas sibuk di lokasi sejak Disember lalu, membuatkan Linda mengurangkan aktiviti lakonan dan meluangkan masa untuk berehat sementara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 4:52 pm | |
| Interaksi: 'Perubahan babit syarikat, bukan artis' BANYAK pihak terutama penggiat industri muzik tempatan terkejut apabila syarikat pengurusan Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) ditamatkan operasinya berkuat kuasa 27 Mac lalu.
Maestro ditubuhkan pada 24 Julai 2003, berupa anak syarikat Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Fungsinya sebagai syarikat pengurusan dan penerbitan album artis yang dilahirkan menerusi program terbitan stesen televisyen berbayar itu.
Beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Maestro mempunyai 13 kakitangan dan mengendalikan lebih 37 artis. Juara program Raja Lawak musim ketiga, kumpulan Sepah adalah artis terbaru di bawah pengurusan syarikat itu.
Apa yang berlaku turut memberikan impak besar membabitkan industri muzik secara amnya. Tambahan pula sebelum ini kita turut dikejutkan dengan penutupan operasi syarikat rakaman EMI Music Malaysia Sdn Bhd dan katalog lagu dimiliki kini diuruskan Warner Music Malaysia Sdn Bhd sepenuhnya.
Adakah penutupan itu bermakna syarikat paling aktif memasarkan album artis ternama seperti Mawi, Mila, Stacy, Zahid dan ramai lagi ini tidak lagi mampu menjana keuntungan akibat kelembapan industri muzik tempatan dan kegawatan ekonomi global?
Timbul juga cerita buruk apabila tersiar gambar menunjukkan penutupan operasi Maestro dilakukan secara mengejut dengan pengurusan Astro datang bersama pihak sekuriti, ia seakan-akan membawa maksud ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam syarikat pengurusan artis itu.
Pengarah Eksekutif AESB, Zainir Aminullah bagaimanapun sewaktu pertama kali menjelaskan perkara itu di konsert Akademi Fantasia musim ketujuh, Sabtu lalu, menafikan penutupan Maestro kerana wujud penyelewengan.
Sebaliknya seperti yang dijelaskan Zainir dan disiarkan Harian Metro kelmarin, apa yang dilakukan AESB terhadap Maestro adalah prosedur biasa bagi menstruktur semula pengurusan syarikat terutama dalam berhadapan kemelesetan ekonomi dunia sekarang.
Begitupun, masih ramai pihak keliru dengan apa yang berlaku terutama membabitkan apa yang akan terjadi kepada 31 artis yang masih mempunyai kontrak bersama Maestro. Bagaimana masa depan mereka serta persoalan mampukah AESB menguruskan kerjaya seni ramai artis.
Ikutan penjelasan lanjut Zainir kepada wartawan Rap, RUDY IMRAN SHAMSUDIN (imran@hmetro.com.my) mengenai isu penutupan operasi Maestro.
SOALAN (S): Mengapa penutupan operasi Maestro dilakukan secara tiba-tiba?
JAWAPAN (J): Bagi merancakkan lagi prestasi syarikat, AESB memperhalusi proses perniagaan dan membuat keputusan untuk memperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis bernaung di bawah Maestro. Pengambilalihan tanggungjawab ini perlu dilakukan segera kerana ia akan berkuat kuasa 1 April (hari ini).
S: Timbul dakwaan mengatakan penutupan Maestro kerana wujud penyelewengan dalam syarikat pengurusan artis itu sehingga memaksa AESB mengambil tindakan drastik. Anda sendiri mengatakan mahu menutup operasi Maestro bersama pengawal keselamatan.
J: Tiada perkara negatif berlaku membabitkan operasi ini. Perkara ini sudah pun saya jelaskan ketika sidang media selepas konsert AF7, Sabtu lalu. Saya mengatakan hadir bersama pihak pengawal keselamatan itu adalah satu prosedur biasa. Di Astro, rutin seperti ini dilakukan kepada mereka yang meninggalkan syarikat adalah perkara sudah ditetapkan dan harus dipatuhi.
S: Bagaimana AESB berhadapan dengan artis yang bernaung di bawah Maestro bagi memberitahu penutupan syarikat?
J: Pihak pengurusan bertemu mereka pada waktu malam kerana waktu siang kami perlu menjelaskan terlebih dahulu tindakan diambil kepada 13 kakitangan terbabit. Hampir separuh daripada artis hadir terutama juara bintang Akademi Fantasia seperti Mawi, Zahid, Faizal, Mila dan Stacy.
Begitupun, kami masih lagi cuba menghubungi semua artis yang mempunyai kontrak dengan Maestro bagi membincangkan perkara yang berlaku. Maklumlah, apabila perkara ini dibuat dalam keadaan mengejut tidak semua artis dapat hadir untuk mendengar taklimat diberikan kerana masing-masing tinggal jauh dan ada urusan yang perlu diselesaikan.
S: Reaksi mereka apabila diberitahu operasi Maestro ditutup?
J: Ramai terkejut dan sebahagian besar artis memberikan reaksi begitu. Melihat keadaan itu, AESB menjelaskan mereka masih lagi artis Maestro cuma yang berubah adalah mereka kini berada di bawah syarikat induk. Kami turut menjelaskan akan memberikan sokongan tidak berbelah-bagi dan perubahan hanya membabitkan syarikat, tetapi bukan kerjaya seni mereka.
Mendengarkan perkara itu boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menerimanya dengan pandangan positif. Pada asasnya apabila diberikan penjelasan, mereka faham perubahan yang berlaku dan secara tidak langsung yakin dengan apa yang kami mahu lakukan.
S: Persoalan timbul bagaimana AESB mahu menguruskan 37 artis dengan hanya seorang kakitangan yang ada sekarang?
J: Sepanjang Maestro beroperasi, mereka tidak mempunyai ramai kakitangan iaitu kira-kira 13 orang saja. Daripada jumlah itu, tidak semuanya menjadi pengurus artis. Dalam erti kata lain, Maestro beroperasi tidak sepenuhnya bergantung kepada kakitangan dan mereka bertindak seperti agensi.
Bagaimanapun, dengan perubahan ini, AESB mungkin akan menyerapkan beberapa kakitangan lain untuk menjaga mereka ini dan kami turut mengekalkan empat kakitangan Maestro untuk berkerja dengan kami. Bagaimanapun, hanya seorang dua saja yang akan bertindak menjaga artis ini dan selebihnya menumpukan perhatian kepada kerja dalaman dan pengurusan.
Apa yang akan kami lakukan adalah memastikan proses berterusan dan perubahan tidak akan mengganggu tumpuan kerjaya seni artis. Kami mahu memberi penekanan terhadap dua perkara iaitu strategi bakat dan pengurusan mereka.
Dalam erti kata lain, kami tidak menjaga jadual harian mereka sebaliknya hanya menjaga strategi untuk mengembangkan kerjaya, kedudukan dan hubungan mereka dengan pihak berkaitan seperti pelanggan, media dan apa saja perkara yang memainkan peranan penting dalam kerjaya seni mereka.
S: Bagaimana pula dengan artis yang bakat mereka bukan lahir daripada rancangan terbitan Astro, tetapi mempunyai kontrak dengan Maestro seperti Faradhiya?
J: Tidak ada perbezaan dan layanan bakal diberikan sama rata. Apapun, perkara yang perlu kami beri perhatian adalah kontrak yang sudah ditandatangani sama ada ia membabitkan pengurusan penuh atau hanya membabitkan beberapa perkara saja.
S: Peserta AF7 pula bagaimana? Adakah mereka akan terus bernaung dengan AESB?
J: Ya, memang benar. Sebaik tersingkir, mereka diuruskan AESB. Bagaimanapun, kontrak mereka belum kami putuskan bagaimana. Bagaimanapun, sebaik keluar, pelbagai aktiviti sudah diatur untuk mereka seperti mengikuti promosi dalaman yang kami adakan seperti Gempak Astro, Ceria Astro dan Gempak Desa.
S: Sebaik diumumkan pembubaran Maestro, adakan ia turut memberi kesan kepada pihak luar terutama membabitkan urusan perniagaan yang sudah dilaksanakan sebelum ini dan bakal dilaksanakan? Apakah tindakan AESB untuk menyelesaikan perkara ini?
J: Sebaik pengambilalihan dilakukan, selain bercakap kepada media kami turut bertemu rakan niaga dan penaja yang bekerja dengan artis kami. Perkara ini kami jelaskan dan mereka faham memandangkan seperti apa yang saya tegaskan tiada ada satu perkara pun berubah. Segala urusan akan diteruskan dan dijalankan seperti biasa.
S: Sudah ada pihak yang datang kepada AESB memberitahu mahu menjalinkan kerjasama di bawah syarikat pengurusan baru ini?
J: Tidak dinafikan ada juga yang sudah merisik-risik dan bertanya. Malah, kami menerima dengan tangan terbuka kepada mana-mana pihak sama ada membabitkan individu mahupun syarikat yang mahu menjalinkan kerjasama. Apa yang penting adalah kesinambungan kerjaya seni artis yang bernaung di bawah Maestro sebelum ini dapat terus dikembangkan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 4:54 pm | |
| Azura makin sibuk JIKA dulu tanggungjawab isteri hanya di rumah menguruskan makan, minum dan pakaian suami serta anak, tetapi zaman berubah apabila kini menyaksikan ramai wanita berperanan penting untuk menampung pendapatan keluarga. Golongan hawa ini tidak lagi terikat dengan persepsi masyarakat dulu yang mahu isteri menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bagi penyampai radio popular Hot FM, Nik Nur Azura Nik Mahmood atau Azura, dia percaya suami dan isteri pada masa kini perlu keluar bekerja mencari pendapatan supaya kehidupan pada masa akan datang bertambah baik. Biarpun sibuk bekerja, dia sentiasa memastikan tanggungjawab terhadap suami tidak dilupakan.
Azura yang mendirikan rumah tangga dengan Pegawai Eksekutif Penjenamaan TV3, Shaffique Ahmad Zehnun sejak lapan bulan lalu, berkata kehidupan yang dilalui selepas berkahwin tambah stabil walaupun ada ketika dia tidak mempunyai masa yang cukup bersama suami di rumah. Katanya, tanggungjawab sebagai isteri bekerja memberi banyak cabaran khusus dari aspek pengurusan masa.
Mengenai komitmen terhadap kerja, dia mengakui tugas yang dipikul makin bertambah selepas diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik sejak setahun lalu. Berbanding dengan tugas sebelum ini, fokus kerjanya kini lebih tertumpu pada kerja belakang tabir dan pengurusan operasi radio. Ini bermakna, suaranya jarang ke udara sebaliknya banyak menghabiskan masa menyiapkan jadual harian penyampai lain.
"Boleh dikatakan kehidupan saya selepas berkahwin bertambah sibuk sama ada di pejabat mahupun di rumah. Disebabkan sibuk bekerja, ada ketika masa untuk bersama suami dan keluarga terbatas. Selalunya saya hanya berkesempatan bersama suami selepas habis waktu bekerja dan cuti hujung minggu.
"Walaupun waktu kerja saya sepatutnya jam 9 pagi hingga 6 petang, tetapi ada ketika, saya perlu kerja lebih masa seperti pada Jumaat kerana saya perlu membuat persiapan jadual lagu untuk diputarkan pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Malah, saya terpaksa berkorban masa untuk kerja pada Sabtu untuk mengendalikan program Hot FM Yang Keren bersama Anne yang ke udara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
"Bagaimanapun, saya tetap ambil positif atas apa yang saya lalui. Dari aspek kerja, saya mula berasakan kemahiran komunikasi diri meningkat apabila kini kerap bertemu dengan ramai pelanggan Hot FM termasuk pegawai perhubungan awam dari syarikat rakaman yang mahu mempromosikan lagu baru artis mereka.
"Dalam pada itu, saya juga semakin memahami selok- belok bagaimana stesen radio beroperasi dan mengapa sesebuah lagu itu kerap diputarkan. Untuk pengetahuan, lagu yang kerap diputarkan adalah berdasarkan faktor lagu itu hits dan mendapat banyak permintaan daripada pendengar.
"Dalam kesibukan bekerja, ada ketika saya mengakui berasa tertekan dengan tugas baru ini kerana kurang memberi tumpuan terhadap suami dan keluarga. Namun, ini tidak dijadikan alasan untuk mengalah sebaliknya saya tambah bersemangat untuk berhadapan dengan segala cabaran," katanya.
Kata Azura, persefahaman antara suami isteri sama ada mengenai soal kerja penting dalam mengekalkan kebahagiaan hidup berpanjangan. Sesibuk mana sekalipun, dia menyatakan suami dan keluarga adalah keutamaan.
"Selalunya selepas habis kerja jam 6 petang, saya akan terus balik ke rumah. Jika diikutkan masa untuk kami bersama agak terhad kerana saya juga kerja pada hari Sabtu. Bagaimanapun, saya berusaha gunakan masa yang terluang dengan sebaik mungkin khusus selepas habis waktu bekerja dan pada cuti hujung minggu.
"Sama ada suami atau isteri, masing-masing memerlukan masa untuk bersama. Ketika di rumah, masalah di pejabat perlu diketepikan. Dalam menjalani kehidupan bersama, saya tidak nafikan kami juga berdepan dengan salah faham, tetapi itu adalah lumrah kehidupan yang berlaku pada setiap keluarga.
"Saya sendiri faham apabila suami perlukan perhatian isteri terutama cuti hujung minggu. Bagi saya, suami isteri perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran yang hadir dan berusaha menyelesaikan masalah dengan berbincang secara baik," katanya.
Masih mempelajari tanggungjawab menjadi isteri soleh, Azura juga menyatakan dia kini mengambil pil selera makan untuk menambah berat badan.
Katanya, penampilan diri perlu dijaga termasuk memastikan diri sendiri puas hati dengan apa yang dimiliki.
"Selepas sebulan saya mengambil pil berkenaan, nyata berat badan saya bertambah tiga kilogram. Sebelum ini, ramai kenalan yang ditemui berkata saya nampak terlalu kurus walaupun sebenarnya banyak makan.
"Apabila ramai yang asyik bertanya soalan sama, saya agak tertekan dan mengambil keputusan untuk mencuba pil itu.
"Mulanya saya bertemu dengan Selvana, ibu kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie yang mengesyorkan sejenis pil untuk menambah selera makan. Memang tidak dinafikan selepas saya makan pil itu, selera makin bertambah hingga suami pula terkejut kerana saya makan banyak.
"Ketika ini, saya berasakan banyak lagi perkara yang perlu saya belajar dan terokai mengenai kehidupan berumah tangga mahupun di tempat kerja. Untuk kerjaya, saya mahu mahirkan diri dalam skop tugas yang dilakukan dan tidak ketepikan tanggungjawab sebagai isteri.
"Soal anak, buat masa ini saya fikir ia bukan masa sesuai untuk kami menimang cahaya mata. Perkahwinan kami hanya baru langkah pertama dan kami perlu banyak belajar soal menguruskan rumah tangga dengan lebih baik.
"Memandang kami berdua sentiasa sibuk bekerja, agak sukar jika mempunyai anak dalam masa terdekat ini. Biarlah kami habiskan masa berbulan madu lagi dan mungkin tahun depan, kami bersedia untuk mempunyai anak," katanya.
Profil:
NAMA: Nik Nor Azura Nik Mahmood
UMUR: 27 tahun
TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1981
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
KERJAYA: Pengarah Muzik, penyampai radio Hot FM dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI)
PROGRAM RADIO: Hot FM Yang Keren.
PROGRAM TV: Pop, Sukan Dot Com dan Zon Aktif |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 4:55 pm | |
| Kenchana tidak sorok status SIKAP saling percaya menjadi rahsia kebahagian pasangan pelakon, Kenchana Dewi, 36 dan suaminya, P Gunasegaran, 48, selepas 18 tahun berkahwin.
Biarpun sebelum ini ramai yang tidak menyangka Kenchana atau nama sebenarnya S Kanjana Devi sudah berkahwin selain mempunyai tiga anak yang meningkat dewasa. Mungkin disebabkan perwatakan Kenchana seperti gadis remaja yang mesra dan sentiasa ceria membuatkannya sentiasa disenangi.
Menyedari situasi itu, Kenchana membuat pengakuan tidak pernah menyorok statusnya sebagai isteri dan ibu kepada G Patkieswaran, 16, Tashvetha Devi, 7 dan Mishalin Devi, 6. Malah Kenchana kerap meluangkan masa dan bersiar-siar bersama keluarga ketika waktu lapang.
“Saya tidak pernah menyorok status sebagai isteri atau ibu. Saya sentiasa menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai keluarga ketika memenuhi undangan menjayakan temu bual dan sesi fotografi bersama pihak media terutama ketika perayaan Deepavali. Tidak timbul langsung soal menyembunyikan status saya.
“Mungkin ada segelintir peminat yang tidak dapat menerima hakikat apabila melihat perwatakan menerusi drama saya. Sikap ceria dengan watak seorang wanita kecoh cukup sinonim dengan saya.
“Bagaimanapun, saya bangga kerana kebanyakan peminat sudah mengikut cara penampilan saya dalam drama yang kelihatan lebih muda daripada usia,” katanya.
Kenchana yang popular menerusi drama bersiri Puteri, Spa Q (TV3), Dari Mata Arisa dan Angelina (RTM) ditemui ketika menjadi tetamu untuk program bual bicara, Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 jam 3.05 petang dari Studio IBC, Angkasapuri baru-baru ini.
Program yang disiarkan setiap Rabu menampilkan pengacara, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha membawa penonton mengupas kehidupan sisi rumah tangga selebriti popular tanah air. Sepanjang Mac, empat pasangan artis menjadi pilihan menjayakan program ini bermula komposer Edrie Hashim dan Pat, Sharifah Sahorah dan Raja Mukhriz, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestary serta Kencana dan Gunasegaran.
Bercerita mengenai detik perkenalan bersama suami yang bertugas sebagai Pengarah Urusan PTM Lighting Design itu, Kenchana berkata, mereka mula berkenalan ketika remaja apabila apabila sama-sama menggunakan bas mini untuk pulang ke rumah selepas waktu kerja.
Ketika itu Kenchana berusia 18 tahun dan perkenalan singkat itu membawa mereka ke gerbang perkahwinan pada 1992.
Akui Kenchana, walaupun nampak ceria dia sebenarnya jenis wanita yang garang memandangkan ketika waktu remaja dulu abangnya berkhidmat dalam tentera secara tidak langsung mereka adik-beradik turut terpengaruh dengan disiplin dan ketegasannya.
“Ketika itu saya sudah mula terbabit dalam dunia seni sebagai penari lagu tradisi masyarakat India. Saya dan suami tidak mengambil masa yang lama untuk berkenalan. Selepas setahun mengenal hati budi, saya mencabar dia untuk bertemu keluarga dan masuk meminang.
“Saya sendiri tidak menyangka gurau itu diambil serius olehnya. Wakil keluarga pihak lelaki datang ke rumah saya dan menetapkan tarikh perkahwinan kami.
“Suami dan keluarga sememangnya memahami minat saya. Mereka tidak pernah menghalang pembabitan saya dalam dunia seni malah memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk berjaya dalam bidang ini walaupun selepas bergelar isteri dan ibu kepada tiga anak,” katanya.
Sikap bertolak ansur suami yang sentiasa mengambil berat keperluan anak-anak membuatkan Kenchana tidak berdepan banyak masalah apabila terbabit dalam penggambaran di luar Lembah Klang.
Bakat seni Kenchana turut diwarisi dua anaknya, Patkieswaran dan Tashvetha yang mula berjinak-jinak dalam iklan komersial dan drama.
Malah Kenchana juga bakal digandingkan bersama anak sulungnya dalam drama bersiri terbarunya, JRA 1975 terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd untuk siaran Astro. Drama arahan Dinesh Samby turut menampilkan lakonan Datuk Jalaluddin Hassan, Shahrudin Thamby, Buzen dan Badrul Muhayat memaparkan kisah benar yang berlaku di Malaysia pada 1975.
Selain itu, Kenchana membawa watak Shanti akan menjalani penggambaran drama 13 episod, Angelina terbitan Unit Drama RTM disusuli penggambaran sitkom Puteri untuk musim ke-11 pada Mei ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 4:56 pm | |
| Peluang promosi diri, album SENARIO jualan album yang masih lembap membimbangkan artis tempatan untuk menghasilkan album baru. Biarpun kebanyakan syarikat rakaman lebih berani menerbitkan album kompilasi berbanding album lagu baru, beberapa penyanyi tetap bersemangat untuk terus berjuang.
Bagi Naib Juara Malaysian Idol musim kedua, Norhanita Hamzah atau Nita, dia turut merasai tempias hingga jualan album pertamanya yang lalu gagal.
Katanya, walaupun syarikat rakaman Suria Records atau SRC mengambil inisiatif melakukan pembungkusan semula album pertamanya dengan menyelitkan lagu baru, Dulu Kau Berjanji, selepas single Kusut dan Aku semata-mata sebagai strategi menembusi pasaran Indonesia, sebaliknya apa yang diharapkan masih tidak mampu melonjak namanya di negara seberang itu.
Kini selepas tiga tahun bernaung di bawah SRC, dia berasakan masanya sudah tiba untuk bergerak sendirian. Katanya, dia bebas untuk menentukan hala tuju sendiri selepas kontrak tamat Jun ini. Sebagai perancangan, dia masih mahu menghasilkan album baru pada masa akan datang.
“Saya bersyukur kerana masih mempunyai 8 Unit yang menguruskan aktiviti saya sehingga kini. Walaupun album pertama gagal, tetapi 8 Unit tetap membantu saya mencari peluang mengadakan persembahan. Melihat pada jualan album yang merudum, saya berpandangan artis tidak boleh bergantung kepada album untuk cari makan.
“Sebelum ini saya pernah menyanyi di kelab malam dan melihat artis mampu untuk terus hidup jika mendapat peluang mengadakan persembahan. Untuk album baru akan datang, saya akan pastikan lagu yang dimuatkan adalah yang terbaik dan bukan tangkap muat,” katanya.
Dalam pada itu, Nita menyatakan rasa gembira kerana meraih peluang mengadakan persembahan bersama Faizal Tahir untuk Minggu Setiausaha yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, 22 April depan, jam 8 malam. Acara anjuran Me & U Creative itu, membawakan tema hitam dan merah dan turut menampilkan Sharifah Shahirah sebagai pengacara majlis.
Kata Nita, persembahan ini adalah kali pertama yang diterima sejak bergelar penyanyi empat tahun lalu. Sungguhpun dia hanya menjadi penyanyi undangan di samping Faizal, tetapi dia tidak terkilan. Sambil berfikiran positif, dia menganggap persembahan ini sebagai peluangnya untuk mempromosi diri dan album pertamanya yang lalu.
“Saya menyertai bidang nyanyian kerana minat yang mendalam selain sokongan keluarga dan impian untuk mengasah bakat seni dalam diri. Mengenai gandingan bersama Faizal kali ini, saya berasa sangat betuah kerana tidak semua artis diberi peluang untuk mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha.
“Mungkin peluang terbabit dengan acara seperti ini, menjadi batu loncatan untuk saya perbaiki karier nyanyian saya selama ini,” katanya.
Bagi Faizal pula, dia bersemangat untuk menjayakan acara ini yang kedua selepas terbabit bersama Anita Sarawak atau Kak Nita pada 7 April bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby. Untuk persembahan kedua, Faizal dijangka menyampaikan lapan lagu manakala Nita tiga lagu. Mereka turut berduet sebuah lagu. Bagaimanapun, mereka masih memilih lagu yang sesuai untuk persembahan pada malam itu nanti
“Persembahan kedua ini suatu yang berbeza kerana saya menjadi artis utama untuk acara ini. Antara dua acara untuk Minggu Setiausaha yang akan saya jayakan, tentunya perasaan saya lebih gemuruh untuk persembahan pertama kerana saya bergandingan dengan Kak Nita yang juga seorang legenda.
“Memandangkan tetamu yang hadir sanggup bayar untuk menonton persembahan saya menerusi acara ini, saya mahu mereka puas hati dengan apa yang ditonton. Saya fikir persembahan seperti ini perlu diselitkan dengan permainan supaya tambah menarik dan menghiburkan tetamu,” katanya.
Pengurus Projek, Me & U Creative, Karyah Ezanafitri Karim pula berkata, penganjur berkeyakinan dua penyanyi ini dapat menarik perhatian ramai memeriahkan acara sempena Minggu Setiausaha kali ini. Katanya, populariti Faizal dan Nita masih diminati ramai peminat yang mahu menyaksikan persembahan dua penyanyi ini dengan lebih dekat serta secara eksklusif.
“Faizal dan Nita mempunyai keserasian untuk menghiburkan tetamu pada acara ini. Kami menjangkakan 1,000 tetamu akan hadir pada persembahan malam itu nanti dan pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah menanti tetamu antaranya dua tiket penerbangan ke mana-mana di Asia,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:00 pm | |
| Taruh harapan Sampai Ke Lantai
TIDAK ramai di kalangan karyawan seni yang berminat mengetengahkan irama dangdut. Mungkin disebabkan persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap irama itu. Imej seksi dan tarian gelek sering dikaitkan dengan penyanyi dangdut.
Begitupun bagi Mohd Shahril Shaari, 25, atau Dior, hasratnya untuk memperjuangkan irama berkenaan tidak pernah padam biarpun berdepan pelbagai dugaan dan halangan.
Dior turut mencatat sejarah tersendiri apabila lagunya Mengharap Sinar berkonsepkan java pop dance melangkah ke pusingan separuh akhir, Muzik-Muzik kategori Etnik Kreatif tahun lalu.
Ternyata pencapaian itu membangkitkan semangat peserta Personaliti Celcom Harian Metro (PCM12) untuk menghasilkan karya bermutu pada masa akan datang. Dior kini menaruh harapan kepada single kedua ciptaannya, Sampai Ke Lantai yang menggabungkan rentak rancak dan raggae.
Dior mengakui tanggapan ramai mengatakan dangdut sudah mati malah susah untuk menaikkan nama seseorang penyanyi.
"Biar apapun tanggapan orang, saya tetap berminat memperjuangkan irama ini. Malah saya sentiasa berazam untuk menjadi pelapis irama ini.
"Segala perancangan sudah diatur dan berjalan lancar walaupun berdepan beberapa halangan. Saya mahu menghasilkan lebih banyak lagu dangdut berbentuk etnik fusion selain menyampaikan lagu berentak demikian.
"Mungkin ramai kurang sedar bahawa dangdut masih mempunyai peminat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Irama ini mudah diterima semua golongan kerana cukup catchy dan mengasyikkan," katanya.
Dior juga berharap irama ini lebih diterima secara global. Namun dalam waktu sama, harapan Dior supaya stesen radio turut memberi sokongan dengan memberi ruang yang adil kepada irama ini.
"Jika stesen radio kerap memuatarkan lagu dangdut, ia dapat membantu irama ini bertapak dalam dunia seni tanah air.
"Bagi saya irama ini bukan untuk sesetengah golongan saja tetapi dengan pembaharuan dilakukan ia mampu menarik minat penggemar irama lain," katanya.
Selain menyanyi, Dior juga berbakat dalam tarian. Malah dia turut berpengalaman menjayakan persembahan antarabangsa seperti menyertai kempen Kementerian Pelancongan Malaysia di Hangzhou, China tahun lalu.
Menurut Dior, dia kini dalam proses menyiapkan single ketiga berentak balada. Malah jika tiada aral, album penuh akan dikeluarkan penghujung tahun ini.
Sentuhannya dalam penghasilan lirik turut mendapat perhatian beberapa pihak. Antara karyanya ialah Sinar Cinta nyanyian Ayu Mentor, You're Not Being True (Fatin AF5) dan Al-Jihad Al-Akhbar (Hefni).
Di samping memenuhi undangan persembahan, dia yang bergerak aktif mempromosikan mini albumnya, Sampai Ke Lantai yang dijual menerusi Internet dan muat turut nada dering sejak Julai tahun lalu.
Album berkenaan turut mengandungi minus one lagu Sampai Ke Lantai dan Mengharap Sinar selain Mengharap Sinar duet Rafikoncept (penampilan khas versi rap). Ia dijual pada harga RM10 termasuk penghantaran dengan menelefon 014-2632919 (Weina) atau muat turut terus ke guamusic.com.my.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkembangan terbaru Dior layari www.myspace.com/diorshah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:12 pm | |
| Yatt tak boleh tidur 3 hari
SEBAGAI anak sulung daripada sembilan beradik, model, pelakon dan pengacara jelita, Haryati Hamzah (Yatt) memang mengutamakan keluarga daripada segala-galanya. Malah, kata Yatt, 29, dia berkecimpung dalam bidang seni, sejak empat tahun lalu kerana ingin membantu keluarga.
"Saya bukanlah berasal daripada keluarga senang. Justeru, hasil titik peluh dalam bidang seni jugalah saya membeli rumah teres dua tingkat di Seremban 2 pada 2004 untuk memberi keselesaan kepada keluarga besar kami.
"Saya bertuah kerana jejaka pilihan hati, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, cukup memahami tanggungjawab besar saya terhadap keluarga dan sentiasa memberi sokongan ketika suka mahupun duka," katanya.
Sifat bertanggungjawab Yatt kepada keluarga itu jugalah yang menawan hati Talib, pengurus di Sports Planet, Ampang untuk mengambilnya sebagai isteri.
"Saya memilih Yatt kerana dia wanita yang mempunyai prinsip, bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga. Dia juga berbeza sama sekali dengan persepsi awal saya terhadap golongan artis zaman sekarang," katanya.
Yatt dan Talib ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di kediaman keluarganya di Seremban 2, Rasah Kemayan, Seremban, Ahad lalu.
Dengan sekali lafaz, Yatt sah bergelar isteri Talib, jam 2.41 petang dengan berwalikan bapanya, Hamzah Hashim di hadapan Pendaftar Nikah Daerah Seremban, Abd Manas Md Isa. Pada majlis pernikahan itu, Talib menyerahkan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta mas kahwin RM280.80.
Selain itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran iaitu set wangian jenama Aigner, beg tangan Couch, kasut Nine West, set alat solek dan sirih junjung. Manakala pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang iaitu jam tangan, kasut Hugo Boss, kemeja, senaskhah al Quran, manisan dan sebagainya.
Jika Yatt tampil jelita dan anggun dalam busana moden warna putih rekaan Lynda Rahim dan dan tudung daripada Udaimatunnur, Talib pula nampak segak dengan koleksi baju Melayu Den Wahab. Yatt juga menerima cincin ketika acara membatalkan air sembahyang.
Ditanya perasaannya selepas bergelar isteri, Yatt berkata, dia berasa lega kerana majlis pernikahannya itu berjalan lancar seperti direncanakan
"Sebenarnya, saya tidak boleh tidur malam selama tiga hari memikirkan majlis pernikahan ini. Namun, perasaan gementar sejak pagi bertukar lega apabila semuanya selesai. Seperti pasangan lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.
"Lebih bermakna, tarikh pernikahan ini sama dengan tarikh hari lahir ibu saya, Supiah Junaini yang ke-52," katanya.
Yatt yang berlakon dalam drama Kaber Hero Kaber Zero, Bella, filem Impak Maksima dan Kecoh Betul berkata, dia akan kembali bekerja seperti biasa pertengahan April nanti.
"Jika nak diikutkan, saya ingin bercuti panjang, tetapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana terbabit dengan program Pop Kuiz musim baru bersama pengacara Aidit Marcello.
"Selain itu, saya juga terbabit dengan drama bersiri 44 episod, Balkish. Kami juga putuskan untuk berbulan madu ke Jakarta terlebih dulu kerana kesuntukan masa," katanya.
Selepas berkahwin, Yatt berkata, dia akan berpindah ke rumah keluarga mentuanya di Ampang buat sementara waktu.
"Sebenarnya, saya dan suami sudah membeli rumah di Kuala Lumpur, tetapi ia akan siap pada 2010. Selagi rumah itu belum siap, kami akan tinggal di rumah keluarga suami terlebih dulu. Saya juga tidak ada masalah tinggal bersama keluarga mentua kerana mereka menerima saya seadanya. Hubungan saya dan adik-beradik Talib juga rapat," katanya.
Mengenai anak, kata Yatt, dia hanya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Tuhan. Katanya, dia teringin mendapat anak perempuan.
"Kalau ada rezeki, saya ingin mendapat tiga atau lima cahaya mata untuk mengikat kasih sayang kami berdua," katanya.
Jika Yatt berasa lega semuanya berjalan lancar, Talib pula tidak dapat menahan tangisan ketika berpelukan bersama ibunya selepas majlis pernikahan selesai.
Kata Talib, dia berasa sebak kerana terkenangkan arwah bapanya, Abd Shukor Mohd Rais, 58, yang meninggal dunia kerana serangan angin ahmar pada 2004.
"Saya sedih kerana tidak dapat membalas jasa ayah dan pada masa sama arwah tidak dapat bersama-sama kami meraikan hari bahagia ini," katanya.
Mengimbas sejarah percintaan mereka, pasangan ini diperkenalkan seorang rakan ketika Yatt menjadi pengacara Selamat Pagi Malaysia pada akhir 2004.
Mereka mula berkawan rapat kerana masing-masing mempunyai hobi yang sama iaitu bermain futsal. Malah, Yatt juga sering bermain futsal di tempat Talib bekerja di Sports Planet, Ampang.
Selepas berkawan biasa selama enam bulan, persahabatan itu akhirnya bertukar menjadi teman istimewa pula. Selepas dua tahun berkawan dan mengenali hati budi masing-masing, mereka terus mengikat pertunangan awal Februari lalu dan mengakhirinya dengan majlis pernikahan, 29 Mac lalu. Pasangan ini akan diraikan dalam majlis persandingan berkonsep moden, kontemporari dan tradisional serta bertemakan Cinta Kami secara serentak untuk pihak lelaki dan perempuan di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya pada 4 April nanti. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:24 pm | |
| SOSEH SOSEH: Sarimah, suami bergelap tanda sokongan
MINGGU lalu SS ada menulis mengenai pendirian Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) terhadap kempen 60 Earth Hour iaitu memadamkan lampu selama satu jam bermula 8.30 hingga 9.30 malam.
Sebagai pengacara dalam rancangan Diari, Sarimah berkata produksi AF7 menyokong, tetapi konsert minggu ketiga tetap berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, kenyataan SS nampaknya menyebabkan perasaan pengacara rancangan Diari AF7, Sarimah Ibrahim tersinggung. Selebriti popular itu menjelaskan kepada rakan sekerja SS, perkataan 'menegaskan' dan 'berkata' yang ditulis dalam artikel itu disalah tafsir banyak pihak.
Kata Sarimah, ramai rakan-rakan menghubunginya dan bertanya bagaimana dia boleh berkata demikian memandangkan dia pernah mengendalikan rancangan Ikon dan turut aktif menyokong kempen 60 Earth Hour dengan tampil dalam iklan mahupun temu bual yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF).
Sarimah menegur dengan berkata, seharusnya SS menulis dia hanya menyampaikan saja dan kenyataan itu hanya mewakili produksi AF7 dan bukan dirinya.
Katanya lagi, malah sewaktu kempen itu berlangsung dia dan suaminya berada di rumah menonton televisyen sambil memadam lampu sebagai tanda sokongan terhadap kempen 60 Earth Hour dan tidak berada dalam dewan konsert AF7 sewaktu ia berlangsung Sabtu (28 Mac) lalu.
Penjelasan diberikan Sarimah ini SS harap akan menjelaskan kedudukan sebenar membabitkan pendiriannya sendiri terhadap kempen itu.
Di kesempatan ini, SS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang sama-sama menyokong dan menjayakan kempen 60 Earth Hour.
Walaupun ia pertama kali dilakukan, ia boleh dianggap berjaya kerana sejumlah besar masyarakat tempatan termasuk badan korporat dan bukan kerajaan turut mengambil bahagian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:27 pm | |
| Hot FM kini di TV9
KEMUNCULAN penyampai popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail di 8TV setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 hingga 10 pagi mengendalikan Hot FM AM Krew sejak Oktober 2006, membuatkan stesen yang popular dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa, Hot FM makin diminati dan terus menjadi pilihan pendengar pelbagai generasi.
Harapan sama diharapkan apabila penyampai yang sedang hamil empat bulan, Sharifah Aleya atau Leya, mengikut jejak langkah dua penyampai berkenaan apabila mengendalikan segmen Menu Muzik Hot FM di TV9 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari sejak 9 Mac lalu.
Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, kemunculan program itu dianggap wajar selepas langkah dilakukan pada 2006 mendapat maklum balas positif pendengar serta penonton 8TV.
Katanya, langkah itu ternyata mendapat sambutan pendengar setia Hot FM bukan saja dapat mendengar celoteh mereka melalui radio malah dapat menonton setiap aksi penyampai kegemaran mereka secara langsung melalui televisyen.
"Penonton juga secara tidak langsung berpeluang melihat cara pengendalian segmen radio. Ternyata kolaborasi dengan televisyen dari rangkaian Media Prima dilihat memberi impak sangat dalam terhadap rutin hidup pendengar serta penonton Hot FM.
"Ia boleh dikatakan mencapai matlamat utama apabila berjaya menjadikan Hot FM sebagai satu keperluan peribadi dalam hidup setiap pendengar stesen itu.
"Melihatkan maklum balas yang baik terhadap program Hot FM AM Krew itu, kami meluaskan lagi pendedahan penyampai di stesen lain.
"Sesuai dengan objektif asal stesen yang sentiasa mengambil kira pendapat pendengar, Hot FM yakin kolaborasi ini akan menguatkan lagi kemesraan di antara pendengar, penonton serta stesen itu sendiri.
"Kami akan berusaha untuk menarik lebih ramai pendengar melalui kerjasama dengan TV9. Pemilihan Aleya kerana pengurusan yakin dengan kemampuannya berinteraksi dengan penonton di televisyen.
"Kami yakin kepetahan serta karektor Leya yang lucu mampu menambat hati penonton," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:29 pm | |
| Dunia baru Rusdi, Fazura beri syarat KEDUA-DUANYA pelakon hebat dan pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia, namun bagaimana pula gayanya apabila Rusdi (Rusdi) Ramli, 39 dan Nur Fazura (Fazura) Sharifuddin, 26 digandingkan menjadi pengacara.
Kedua-dua pelakon ini menerima lamaran Astro bagi mengendalikan rancangan realiti terbaru bagi mencari bakat dalam bidang lakonan, Anak Wayang yang bakal bersiaran pertengahan Jun ini.
Anak wayang akan disiarkan di dua saluran iaitu Ria dan Prima, di mana rancangan bercorak laporan harian dikendalikan Fazura sementara penyingkiran peserta dikendalikan Rusdi.
Sewaktu ditemui di majlis pelancaran rancangan itu yang diadakan di KLPac Sentul West, kelmarin, Fazura berkata dia menerima tawaran dari pihak Astro mengendalikan Anak Wayang dua minggu lalu.
"Pada awalnya apabila mereka mengatakan ia rancangan realiti saya menolak. Kerana saya tahu kemampuan saya, apatah lagi sekiranya ia disiarkan secara langsung.
"Sebagai pengacara saya sudah belajar daripada kesilapan. Saya boleh buat sekiranya rancangan itu dirakam dan bukan disiarkan secara langsung.
"Bagaimanapun apabila pihak produksi menjelaskan ia rancangan pencarian bakat dalam bidang lakonan dan dibuat secara rakaman hati saya terus berubah dan mahu melakukannya.
"Pertamanya kerana rancangan ini mencari pelakon dan saya sendiri aktif dalam bidang itu. Bermakna saya melakukan perkara yang berkaitan dengan bidang kerja saya," katanya.
Sebelum ini, Fazura mengasah bakat dalam bidang pengacaraan apabila diberi peluang mengacarakan segmen MTV Syok dalam MTV yang disiarkan seluruh Asia Tenggara.
Bagaimanapun persembahannya sewaktu mengendalikan rancangan Anugerah Skrin dua tahun lalu menerima kritikan dari pihak media, menyebabkan dia hampir putus asa untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan.
"Perkara pertama saya belajar dalam bidang pengacaraan dan kesilapan pernah dilakukan sebelum ini adalah, jangan terlalu mendengar pendapat orang.
"Saya akan selesa mengacara apabila menjadi diri sendiri. Itu juga syarat yang saya berikan kepada produksi Anak Wayang. Apabila mereka bersetuju barulah kata putus dibuat," katanya.
Walaupun pertama kali digandingkan dengan Rusdi sebagai pengacara jelas Fazura, dia tidak berasa bimbang kerana pernah bekerja dengan pelakon itu dengan membintangi drama bersama sebelum ini.
"Kami sama-sama 'gila' jadi saya dapat rasakan keseronokan apabila dapat mengacarakan rancangan ini bersama Rusdi. Hendak diikutkan kami sebenarnya mengendalikan rancangan berbeza secara individu. Saya buat laporan harian dan Rusdi pula mengacarakan program penyingkiran. Kami hanya akan ditemukan di akhir rancangan ini.
"Anak Wayang mula bersiaran Jun ini. Dalam tempoh itu kami masih sempat mencari keserasian. Pastinya apabila di episod mencari juara di akhir pertandingan kami sudah dapat menyesuaikan diri dengan kamera, pentas mahupun penonton," katanya.
Berbeza dengan Fazura, sepanjang hidup Rusdi menjadi anak seni dia tidak pernah sekali pun menjadi pengacara sama ada di televisyen mahupun pentas terbuka.
Katanya ini kali pertama dia ditawarkan untuk menjadi pengacara dan antara sebab dia menerimanya kerana mahu mencabar diri sekali gus melihat kemampuan.
"Dulu saya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang lakonan, bagaimanapun apabila mendapat tawaran saya terima kerana mahu melihat sama ada saya mampu melakukannya atau tidak. Tertanya ia kini menjadi sumber pendapatan utama saya.
"Lagipun saya yakin mampu mengacarakan Anak Wayang kerana pihak produksi berjanji mahu memberikan latihan. Terlalu awal untuk saya bercakap mengenai bidang baru ini kerana saya masih ada dua bulan untuk menyiapkan diri sebelum ia mula bersiaran," katanya.
Rusdi turut menyambut baik akan usaha pihak Astro menghasilkan rancangan mencari bakat dalam bidang lakonan kerana sememangnya industri perfileman tempatan memerlukan ramai bakat pelapis.
"Seperti juga bidang nyanyian, sebelum ini kita asyik dihidangkan dengan lagu didendangkan orang yang sama, tetapi sebaik adanya Akademi Fantasia dan beberapa lagi rancangan realiti tv lain, kita sudah ada ramai penyanyi.
"Sebagai rancangan baru saya percaya pasti akan ada yang mengkritik terutama mereka yang menyertainya akan dikatakan 'bintang segera' dan sebagainya. Namun percayalah ia akan memberikan satu sinar baru dalam industri perfileman mahupun penerbitan drama," katanya.
Menyifatkan tawaran menjadi pengacara sebagai rezeki anak yang sedang dikandung isterinya Sharon Paul yang kini masuk empat bulan, tegas Rusdi, dia berasakan tidak akan berhadapan dengan masalah apabila digandingkan dengan Fazura apatah lagi mereka hanya akan bertemu di akhir episod pertandingan Anak Wayang.
Profil
Nama penuh: NurFazura Sharifuddin Panggilan: Fazura Tarikh Lahir: 27 September 1983 Umur: 26 Tahun Asal: Pekan, Pahang Status: Bujang Kerjaya: Pelakon dan Pengacara Filem: Kantoi, Pisau Cukur, Selamat Pagi Cinta, Kayangan, Gol & Gincu, Qaisy dan Laila, Senario XX dan Bicara Hati. Rancangan TV: MTV Syok dan Anugerah Skrin Pencapaian: Bintang Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-17.
Nama penuh: Rusdi Ramli Panggilan: Rusdi Tarikh Lahir: 16 Jun 1970 Umur: 39 Tahun Asal: Ampang, Kuala Lumpur Status: Berkahwin (dengan komposer Sharon Paul) Kerjaya: Pelakon Filem: Anak, Cuci, 1957:Hati Malaya, Waris Jari Hantu, Qabil Khushry Qabil Igam, Bilut, Pontianak Harum Sundal Malam 2 dan Leftenan Adnan. Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:30 pm | |
| Abby banyak terima tawaran jadi ibu BAGAIKAN hukuman mati kepada artis wanita yang sudah berkahwin dan beranak-pinak apabila produser serta pengarah mula melambakkan mereka dengan watak ibu.
Walaupun artis wanita yang berumah tangga itu masih muda belia dengan bentuk tubuh menggiurkan, tetapi peluang untuk mereka membawakan watak seperti zaman anak dulu agak tipis.
Ada artis sanggup menjadikan rakan mereka sendiri iaitu Ziana Zain sebagai idola kerana kejayaan penyanyi kepada dua cahaya mata itu mengekalkan bentuk tubuhnya.
Menceburi dunia seni mereka perlu bijak 'memasarkan' diri sendiri.
Malang juga bagi sesetengah artis wanita yang berkahwin apabila 'saham' mereka merudum sedangkan perkahwinan itu satu ibadah.
Kesan daripada sikap pilih kasih industri hiburan kepada artis wanita yang sudah berkeluarga, ada yang sanggup merahsiakan perkahwinan mereka.
Yang sudah berkahwin pun mengaku bujang. Lantaran itu, mereka sanggup tidak mempunyai anak bimbang rahsia terbongkar dan untuk memastikan kerjaya seni mereka tidak terjejas.
Abby Abadi atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, turut terkena tempiasnya apabila semakin banyak tawaran berlakon sebagai ibu diberikan kepadanya.
Memikirkan persada lakonan tanah air kecil saja, Abby terima walaupun ada sesetengah drama lakonannya, watak pelakon lelaki yang menjadi anak hampir sebayanya.
Terbaru dia pegang peranan ibu dalam berepisod, Hikayat Putera Shazlan, Julia Juli, Yusuff dan Ceria Ceria Cikgu Ribena.
"Tidak jadi masalah kepada saya pegang peranan ibu dan saya berusaha melakonkan watak itu dengan baik. Malah, kerana menjadi ibulah saya dilantik menjadi duta Ribena yang memaparkan keluarga sihat.
"Cuma saya berharap jangan terlalu hadkan watak artis berkahwin dalam drama atau filem. Jangan jadikan status isteri yang disandang mereka penghalang kepada bakat seni mereka.
"Setiap manusia perlu hidup berpasangan dan disayangi. Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan perkara yang tidak baik di mata masyarakat dan agama. Ada artis yang lebih rajin bekerja dan kreatif selepas berkahwin kerana mereka ada tanggungjawab mengukuhkan ekonomi rumah tangga.
"Saya gembira dengan status saya sebagai ibu kepada tiga anak. Saya perlukan fikirkan hari tua dan anak-anaklah harapan untuk menjaga saya kelak.
"Saya tengok rakan artis yang sudah berumah tangga tidak pernah mengabaikan penampilan mereka, malah ada yang tampil lebih cantik dan bergaya.
"Nama pun lakonan. Jadi jangan kerana dalam realiti kehidupan mereka adalah isteri dan ibu, maka dalam drama atau filem pun mereka diberi watak ibu. Misalnya saya sendiri sanggup menahan selera untuk mendapatkan berat badan idaman. Jangan matikan bakat dan minat pelakon hanya kerana dia sudah berkeluarga.
"Walaupun mungkin ada artis wanita yang belum berkahwin atau menyembunyikan status perkahwinan mereka, lumrah alam mereka akan tua juga. Jadi ketika itu, mereka tidak lagi sesuai pegang peranan gadis sunti.
"Kita memang tidak boleh menahan usia daripada terus meningkat, tetapi juga bukan halangan untuk membawakan pelbagai watak. Jika pelakon macam saya diberi watak ibu, pelakon veteran hendak pergi ke mana," katanya.
Pun begitu, selepas menjadi ibu tunggal, rezeki Abby melimpah ruah. Setiap hari jadual kerjanya padat. Dia juga bakal muncul dalam telefilem, Rajuk Si Nyanyuk dan Paku Di Dinding Hati. Membanggakan Abby, dalam Rajuk Si Nyanyuk dia menjadi teraju utama dan Paku Di Dinding Hati dia sebagai pelajar kolej.
"Saya gembira ada pengarah masih mempercayai saya untuk pegang watak utama dan pelajar kolej. Untuk menghayati watak pelajar kenalah pakai beg galas belakang. Tetapi bukan pula saya melakukan transformasi berlebihan kerana nanti nampak tidak natural pula.
"Dalam keadaan nyata pun, mereka yang bergelar datuk dan nenek masih ada yang belajar di universiti, jadi bukanlah sesuatu yang janggal apabila ibu anak tiga macam saya jadi pelajar kolej," katanya.
Dalam pada itu Abby yang tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), kategori Pelakon TV Wanita Popular, dia bertuah kerana bakat lakonannya turut dihargai peminat di Singapura. Awal April ini dia akan berangkat ke Kota Singa itu memenuhi pelawaan majalah Manja untuk menjalani sesi fotografi menghiasi kulit majalah itu untuk keluaran Mei.
"Mereka menggelar saya Ratu Drama Malaysia. Maknanya saya ada peminat di sana. Penghargaan itu anugerah yang tidak ternilai buat saya walaupun tak ada trofi.
Kebanyakan drama Malaysia disiarkan di saluran televisyen Singapura. Banyak drama lakonan saya boleh ditonton di sana termasuk Gerak Khas dan Manjalara.
"Masyarakat di sana tahu perkembangan artis negara ini termasuk saya. Apapun yang berlaku ramai menyokong saya. Walaupun semakin dikenali ramai di Singapura tetapi saya tetap mahu mengukir kejayaan di tempat sendiri. Ada tawaran berlakon di sana tetapi kesuntukan waktu untuk menerimanya.
"Tahun ini saya lebih bersemangat untuk majukan kerjaya. Kalau boleh saya juga ingin meneroka pasaran lakonan di Indonesia. Sudah ada pihak yang menghantar profil saya ke sana.
"Jika ada yang kata mereka tidak perlukan anugerah popular seperti ABPBH2008 tetapi saya anggap diri ini terlalu bertuah kerana dapat berada dalam kelompok itu bertahun-tahun. Ia petanda baik peminat masih menerima saya," katanya.
Ketabahan Abby sebagai tunggal juga menjadi contoh kepada wanita senasibnya. Lantaran itu dia ingin berkongsi suka dukanya dengan masyarakat menerusi seminar bersama Bengkel Mak Dara pada 25 dan 26 April ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan Port Dickson.
"Saya bersedia berkongsi cerita dan pengalaman. Kita tidak boleh terlalu mengikut hati tambahan ada anak yang sangat memerlukan perhatian kita. InsyaAllah, apabila kita bersabar pasti ada jalan keluar," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:33 pm | |
| Tomok enggan dikaitkan dengan New Boyz TOMOK yang memenangi ‘kekebalan’ buat kali kedua cukup puas apabila usahanya untuk melakukan perubahan terhadap lagu pernah dipopularkan Syafinaz, Ingin Bersamamu diterima baik pengkritik. Kali pertama Tomok memenangi kekebalan tidak boleh diundi keluar ialah sewaktu persembahan minggu ketiga mendendangkan lagu Crazy In Love nyanyian asal Beyonce Knowles. “Sewaktu memilih lagu ini saya tidak langsung terlintas mahu menarik perhatian Syafinaz. Rakan mahupun pengarah muzik, Aubrey turut menggalakkan saya memilih lagu Ingin Bersamamu bagi melihat bagaimana bunyinya jika ia digubah dalam irama pop rock. “Syukur apabila ia dipersembahkan, juri mahupun penonton menggemarinya,” katanya. Kelebihan Tomok dalam menyusun kebanyakan lagu yang didendangkan dengan menjadikan ia seperti lagu sendiri, turut dikagumi sebahagian penonton setia OIAM3. Begitupun seperti yang diketahui peminat, Tomok yang juga penyanyi utama kumpulan New Boyz. Tidakkah dengan menyertai pertandingan ini dia mahu mengetengahkan lagu yang pernah dipopularkan kumpulannya seperti Sejarah Tidak Mungkin Berulang? Kematangan dan kemahiran diperoleh sepanjang menyertai OIAM3 mungkin mampu memberikan Tomok idea untuk melakukan sesuatu sekali gus mempopularkan kembali lagu pernah dinyanyikan. “Idea itu bagus tetapi buat masa ini saya tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan New Boyz. “Bukan lupa daratan, tetapi kalau boleh saya mahu orang mengenali saya dalam OIAM3 ini sebagai Shah Indrawan, bukan Tomok, penyanyi utama kumpulan New Boyz,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:36 pm | |
| Hebatnya Cinta Adam Dan Hawa JUDUL: Misha Omar ARTIS: Misha Omar GENRE: Pop LABEL: Sony Music Entertainment Malaysia
Sepanjang pengalaman saya mengulas album penyanyi luar mahu pun tempatan, tidak pernah lagi saya berdepan dengan sebuah album studio baru seperti Misha Omar ini.
Maksud saya pada saat album ini dikeluarkan di pasaran, saya sudah pun mengetahui hampir kesemua lagu dalam album ini. Apakan tidak, beberapa single lagi di dalam album ini telah pun kerap diputarkan di radio sewaktu pembikinan album ini masih lagi dibuat.
Single tersebut adalah Nafas Cahaya ciptaan M Nasir & Loloq, Sembunyi (Aidit Alfian) serta Cinta Adam & Hawa (Azmeer/Loloq).
Tidak terkecuali 2 single yang dihasilkan untuk lagu tema filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 serta Sepi iaitu Ku Seru (Ajai/Habsah Hassan & Shuhaimi Baba) serta Cinta nyanyian asal Melly Goeslow dan Kris Dayanti.
Sungguhpun begitu saya masih tetap berasa teruja untuk mendengar keseluruhan album yang mengambil masa yang cukup lama disiapkan ini kerana saya juga ingin mendengar lagu lain yang turut dimuatkan.
Lalu, saya menemukan Jawapanmu ciptaan Cat Farish, Sampai Di Sini (Ajai) serta Cinta Suci (Nur Fatima). Jawapanmu memiliki melodi yang lembut dan mempesonakan. Ada stail macam lagu Indonesia. Kewujudan brass section bersama suara latar memberikan impak pada lagu ini.
Tapi,apa yang saya suka, Misha telah menyanyikan lagu ini dengan feel Melayu dan jiwa Malaysia yang cukup kental. Jadi, sejauh mana pun lagu ini dikatakan mempunyai persamaan seperti lagu Indonesia, ia hanyalah pada melodi dan komposisinya saja.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, nyanyian Misha memang mempunyai signature yang tersendiri sendiri. Sama ada dari segi tonasi, cara mempersembahkan sesebuah lagu mahu pun ketika beraksi di atas di pentas dengan bahasa tubuh serta mata yang penuh aksi dan unsur dramatik, itulah Misha Omar!
Atas sebab itu, saya sentiasa mahu melihat dia membuat persembahan kerana dia adalah seorang penghibur yang cukup menarik untuk disaksikan secara live serta mampu menghiburkan saya bersama vokal nyanyian yang sedap dan gemersik itu.
Saya juga menggemari lagu Cinta Suci. Walaupun lagu ini sebuah lagu pop R&B yang cukup easy listening, tapi ia tetap menarik untuk didengar terutama pada waktu yang cukup santai.
Bagaimanapun pilihan saya di dalam album ini tetap tertumpu pada lagu Cinta Adam & Hawa serta Nafas Cahaya. Bagi saya kedua-dua lagu ini merupakan karya lagu yang cukup terbaik dalam album ini.
Kedua-dua komposisinya sama hebat. Cinta Adam & Hawa pada dasarnya adalah sebuah lagu yang berasakan pop tetapi mempunyai unsur rock serta penggunaan lirik yang berkaitan dengan unsur cinta dan ketuhanan.
Lebih menarik apabila ia diselitkan dengan unsur teaterikal. Disebabkan itu, kita akan dapat melihat perkembangan muziknya dari semasa ke semasa dan pada satu sisi yang lain, lagu ini padat feel pop Melayu. Kelainan inilah yang memberikan kejutan yang cukup menarik kepada lagu ini dan persembahan vokal Misha pula cukup superb kerana dia sentiasa menandingi tenaga dalam lagu itu.
Nafas Cahaya pula lagu adalah lagu etnik kreatif yang cukup relevan dengan suasana pada masa sekarang. Irama etnik yang pelbagai difusionkan dengan irama pop dan Misha membawakan lagu ini dengan cara yang tersendiri.
Lagu lain seperti Sembunyi dan Ku Seru pula menyerlah kerana ia mempunyai melodi yang cukup kuat serta mudah meninggalkan kesan di jiwa pendengar. Tapi, saya suka duet Misha dengan Andy Flop Poppy. Sangat kena dan sangat sesuai. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:38 pm | |
| Kenapa Cikgu Siti Hajar Menangis? Hmmm... korang semua tengok tak konsert ketiga Akademi Fantasia 7 (AF7), Sabtu lalu? Murai Batu memang tak lepas sejak minggu pertama lagi sebab Murai Batu dah makin syok layan persembahan mereka terutama pelajar yang sangat passionate macam Hafiz tu. Memang bagus vokal dan showmanship budak tu. Secara keseluruhan, rasanya inilah konsert AF7 terbaik setakat musim ketujuh ini. Murai Batu pun suka sangat dengan opening lagu Menuju Puncak yang dibuat secara acapella. Memang satu kelainan. Satu lagi yang Murai Batu perasan, ada penambahan set di atas pentas. Ia menjadikan pentas AF7 minggu ini nampak lebih besar sedikit. Tapi nanti adakah keluasan lantai pentas itu pun akan ikut berubah juga wahai pereka set? Yang Murai Batu ralat, pemilihan lagu tak cukup mencabar. Rasanya banyak sangat lagu yang popular pada era 1970-an dan 1980-an dan boleh mencabar voka kital. Macam mana lagu macam Angan-Angan, Anak Gembala, Rambu Ramba dan Abang Beca boleh dipilih sedangkan ini pertandingan nyanyian. Bukan lagu-lagu itu tak sedap, tapi ini pertandingan, bukan rancangan Mekar Sejambak atau lagu untuk goyang-goyang. Mana pergi lagu-lagu hit Uji Rashid, Datuk Sharifah Aini, Zaiton Sameon, Kembara, Salamiah Hassan, Zaiton Sameon dan Razis Ismail malah lagu Dato' Khaty sendiri? Rasanya orang Sinar FM lebih faham dengan lagu-lagu yang Murai Batu maksudkan itu. Sangat merugikan kerana tahun ini, rata-rata pelajar AF7 dah bersuara bagus-bagus, jadi kenapa tak rebut peluang keemasan yang ada? Nak tunggu apa lagi sebab setiap minggu akan ada pelajar kena buang! Dalam pada itu, Murai Batu lihat ketika AC Mizal mengumumkan nama Rini dan Obri sebagai 2 pelajar yang tersingkir malam itu, Cikgu Siti Hajar terus menangis bercucuran air mata. Ada juga beberapa tenaga pengajar lain yang menangis sama termasuklah Pengetua, Datin Seri Tiara sendiri. Tapi, kenapa Cikgu Siti Hajar nampaknya terlebih emosi? Adakah ini disebabkan mereka berdua pelajar kesayangannya? Korek punya korek, rupa-rupanya Cikgu Siti Hajar menangis sebab terlalu bangga melihat peningkatan setiap pelajarnya dalam konsert ketiga AF7 malam itu, tidak terkecualilah Rini dan Obri. Sebagai pendidik, beliau akui cukup sayangkan kesemua pelajar AF7 dan mahu melihat mereka berjaya. Tapi nak buat macam mana, dah nama pun AF, setiap minggu akan adanya penyingkiran. Cuma Murai Batu harap biarlah yang tersingkir itu menarik beg keluar dengan bermaruah. Sebab itu, berbalik kepada lagu, ia mestilah yang kaw-kaw sebab barulah kita akan rasa puas walaupun ada yang tewas! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:40 pm | |
| Acis Tak Mahu Tumpang Nama Sheila
Walaupun isu Pengetua AF7 telah reda, Acis atau Hasridz Murshim Hassim mengakui sekali lagi bahawa pemilihan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) benar-benar melegakannya.
Kata Acis, setidak-tidaknya, orang ramai yang akan berhenti membuat spekulasi bahawa dia terpilih menjadi pengarah muzik kalau Sheila menjadi pengetuanya.
"Saya benar-benar lega. Semua spekulasi itu telah pun berakhir. Sebelum nama Tiara diumumkan, ramai percaya dan meneka Sheila Majid menjadi pengetua AF7. Terus terang saya tak mahu orang ingat saya dipilih menjadi pengarah muzik kerana Sheila.
"Hanya disebabkan saya suami Sheila, semuanya akan ditawarkan Astro dalam bentuk pakej. Kalau boleh saya mahu diterima sebab saya Acis, bukan sebab saya 'Acis - suami Sheila Majid'. Sebabnya orang industri tahu saya sudah lama berjuang sejak zaman kumpulan Gersang (bersama Man Bai) lagi.
"Kiranya sudah lebih 20 tahun saya bermain muzik dan saya masih belum puas," katanya kepada murai.com.my.
Ditanya apa yang membuatkan dia teruja tentang AF7, Acis berkata dia gembira kerana dapat menyumbangkan pengalaman bermain muzik secara live.
"Saya terus terima tawaran menjadi pengarah muzik Af7 apabila maklumkan semua peserta kena menyanyi dengan iringan band muzik pada setiap minggu. Memang satu kepuasan saya apabila dapat menggubah semula muzik mengikut kesesuaian persembahan tidak kira showcase, konsert atau pertandingan nyanyian seperti AF.
"Bagi saya sudah sampai masanya AF membuat transformasi. Janganlah kita terlalu bergantung kepada minus-one kerana untuk menjadi penghibur yang disegani artis kenalah tahu menyanyi dengan iringan band muzik secara live," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 01 Apr 2009, 5:42 pm | |
| Rusdi, Fazura Taruhan Anak Wayang
Program realiti TV terbaru terbitan Astro Ria dan Prima, Anak Wayang, bakal menyaksikan dua wajah terkenal dan popular mengemudikannya sebagai hos bersama. Siapa tidak kenal Rusdi Ramli dan Nur Fazura kerana masing-masing telah membuktikan bakat lakonan yang cemerlang dalam drama dan filem tanah air. Rusdi cukup dikenali dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 dan Waris Jari Hantu manakala Fazura pula sinonim dengan filem Gol & Gincu serta Qaisy & Laila. Namun untuk menjadi pengacara khususnya program realiti TV, ia sesuatu yang baru bagi Rusdi apabila ditawarkan peluang itu oleh Astro. "Selepas menerima tawaran sebagai hos rancangan ini beberapa minggu lalu, saya sudah mula mempelajari selok-belok bidang pengacaraan dengan mendalam. Memang tidak dinafikan, saya agak gementar pada mulanya tetapi saya tetap menerimanya sebagai satu cabaran besar. "Melihat pada konsep pertandingan ini, saya berpendapat ia satu program yang sangat unik dan akan digemari dalam dunia hiburan di Malaysia. "Kalau diperhatikan negara kita mempunyai ramai bakat dalam bidang lakonan tetapi mereka tidak mempunyai peluang untuk menonjolkan diri. Jadi Anak Wayang bakal menjadi satu platform yang baik untuk melahirkan bintang baru dalam dunia lakonan," kata Rusdi, 39. Berbeza pula dengan Fazura, anak kelahiran Pekan, Pahang itu pernah menunjukkan bakatnya dalam bidang pengacaraan sebelum melangkah ke arena lakonan. Antaranya dia pernah menjadi VJ untuk program Teens World bagi siaran RTM2. "Walaupun saya dan Rusdi tidak begitu rapat tapi kami sudah lama kenal. Menjadi pengacara program Anak Wayang adalah satu penghormatan yang besar daripada Astro buat diri saya. Memandangkan ia satu program baru, sata sendiri cukup excited untuk melihat bagaimana impaknya. "Saya juga agak gementar tetapi yakin akan dapat keserasian dengan Rusdi di kaca TV nanti," kata Fazura. Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharfuddin, 26, melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak 2004 dan pernah berlakon 8 buah filem cereka. Dalam bidang lakonan, Fazura pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada FFM19 dan 21. Kini Fazura sedang menunggu kemunculan filem terbarunya, Pisau Cukur yang dilakonkan bersama Maya Karin dan Dato' Rahim Razali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 11:05 am | |
| Gambar Zamzarina Zambry Dan SuamiNama Zamzarina Zambry tiba˛ meniti di bibir˛ seme orang. Ia timbul apabila Zamzarina dikaitkan dengan isu tangkap khalwat dengan seorang pegawai kanan Kementerian Penerangan. Samaada betul atau tidak, biarlah pihak yang bertanggungjawab menyiasatnnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 11:07 am | |
| Fasha Sandha Lebih Manis Jika Bertudung kan lebih sopan kalu berpakaian cenggini. kalu dah cantik tu, pakai apa pun cantik. so buat apa nak pakai seksi˛.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 11:13 am | |
| Serina Chef Wan nikah 1 Jun ?? Menurut mStar, Serina merancang tuk berkahwin pada 1hb Jun ini. Berita ini dibagitau sendiri oleh ayah Serina, Chef Wan melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Serina yang sudah lebih lapan bulan mengenali hati budi seorang jejaka Inggeris, bernama Gavin melahirkan hasrat kepada bapanya itu tentang pernikahan mereka dan akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan. Chef Wan akui gembira dengan pilihan teman lelaki Serina yang berusia 32 tahun itu.Ternyata kehadiran Gavin dalam hidup Serina mendapat lampu hijau daripada Wan. hmmm.. habis tu, sape pula lelaki dalam gambar di bawah ek? Takkan Gavin kut. Cam orang melayu je.. pepehal korang layanss je la.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 11:40 am | |
| Pelakon Terkenal Lydiawati tidak tertekan kena cerai
Saya tidak tertekan, saya pernah laluinya sebelum ini.” Itu kata pelakon terkenal, Lydiawati di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat semalam selepas mendakwa dia telah diceraikan oleh suaminya, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk di rumahnya, awal Februari lalu.
Pelakon itu memohon supaya permohonan bercerai secara baik yang difailkan suaminya pada 19 Mac lalu ditangguhkan sehingga mahkamah memutuskan sama ada lafaz cerai luar mahkamah bersabit atau tidak.
Perkara itu dinyatakan oleh peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 43, di mahkamah semalam ketika sebutan kali pertama kes permohonan bercerai secara baik yang sebelum ini difailkan suaminya, Datuk Azhar Mohd. Zar, 35.
Terdahulu, Zulkifli memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk bercerai setelah mendakwa tidak tahan dengan layanan dan nafkah yang tidak mencukupi.
“Secara prinsipnya, defendan bersetuju untuk bercerai namun memohon supaya ditangguhkan berikutan dakwaan defendan bahawa plaintif ada melafazkan cerai luar mahkamah dan memohon diputuskan sama ada secara kinayah (kurang jelas) atau surih (jelas).
Lafaz cerai yang didakwa Lydiawati adalah berbunyi seperti: ‘Kau bebas, aku bebas, kau boleh buat apa saja.’ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 11:54 am | |
| Kekasih Wana MyStarz LG2?
Wah dah fresh dalam dunia hiburan ni selepas menjuarai MyStarz LG2, Wana makin popular pulak. Dulu digosipkan bercinta dengan peserta di MyStarz LG pula, sekarang datang pula 'orang baru' wa cakap sama lu beb.
Memang hencem orangnya mengalahkan yang digosip tempoh ari di MyStarz LG lalu. Mungkinkah ini kekasih barunya atau melepaskan si Hairi berambut grebo?Macam sepadan pulakan? Jangan salah sangka pulak. jejaka ini ialah saudara kepada salah seorang krew Road Show Soyo, URTV 2009 semasa ke Jitra baru-baru ini.
Mungkin cuma mengambil gambar sahaja dengan Wana yang comel tu. Siapa tak mahu amik gambar dengan orang popular kan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:10 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:12 pm | |
| Acha Ada Kekasih Baru, Irwansyah tumpang Senang Putus hubungan cinta bukan bererti harus berakhir dengan permusuhan. Itu yang dilakukan Irwansyah dan ex-kekasihnya, Acha Septriasa. Walaupun sudah tidak memiliki hubungan, dan kini Acha sudah punya kekasih baru lagi, Irwan tetap mengharapkan yang terbaik buat ex-nya. Irwan menaanggap santai soal Acha yang kini telah ada pasangan baru, "Alhamdulillah, kalau Acha sudah dapat pasangan, sekarang aku sudah dilamar sama PIS, bukan sama Acha. Sekarang Acha sudah senang, dia sudah ada kerjaya, mungkin itu salah satu alasan dia cuti kuliah," Nampaknya, Irwan berniat dalam dunia politik, sehingga belum memikirkan mencari pasangan baru. Pun begitu dia masih menjalin hubungan baik dengan Acha. "Statusnya PIS-man. yang pasti hubungan kita baik-baik saja, kita bukan lagi pacaran, tapi masih tetap berkomunikasi, kerana dia adalah orang yang pernah saya cintai," tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:14 pm | |
| Abby: Salah kah saya bantu Zul? "ISU yang mendakwa saya mendesak produser untuk ambil Zul berlakon adalah cukup keterlaluan buat saya. Perkara ini sangat-sangat menjatuhkan maruah saya," - luah Abby Abadi yang melahirkan perasaan kesalnya gara-gara cerita tersebut. Hubungan 'mesra' Abby dan pelakon baru, Zul Ariffin, 23, bukanlah satu rahsia lagi. Meskipun kedua-duanya menegaskan hubungan yang terjalin itu adalah atas dasar persahabatan, namun 'keintiman' pasangan ini sememangnya sukar dibaca apatah lagi mereka sering dilihat bersama sejak aktres berusia 31 tahun itu bercerai dengan Norman Hakim pada 17 November tahun lalu. 'Keakraban' mereka membuatkan banyak pihak merasakan pasangan ini menjalinkan hubungan lebih daripada seorang sahabat. Malah, cerita yang mengatakan Abby banyak membantu Zul untuk mendapatkan tawaran berlakon juga rancak diperkatakan. Sehinggalah baru-baru ini pelakon popular Gerak Khas itu dikatakan telah mendesak produser drama supaya Zul diberi peluang untuk berlakon di dalam produksi terbabit. "Salahkah saya bantu dia? Kita sama-sama mencari rezeki di dalam bidang ini. Tetapi apa kuasa saya untuk memaksa produser ambil Zul? Kebanyakan 'job' yang dia terima bukan disebabkan saya. "Dia ada kelebihan tersendiri dan saya yakin produser sendiri boleh nampak bakat dia. "Saya tidak pernah mendesak produser untuk ambil dia berlakon. Perkara itu memang telah menjatuhkan imej saya," kata Abby yang ditemui pada majlis ramah-mesra bersama pelakon drama Comel dan Segalanya Ku Terima di Sri Pentas, semalam. Abby dan Zul sama-sama terbabit di dalam drama bersiri Segalanya Ku Terima sebagai watak 'cameo'. Mengulas lanjut tentang hal itu, kata Zul pula, dia tidak bersetuju dengan tohmahan ramai yang beranggapan dirinya bergantung kepada Abby untuk mendapat tawaran berlakon. "Saya tidak mampu halang persepsi orang pada saya. Jika mereka terus rasakan saya bergantung atau menumpang populariti Abby, saya tak boleh nak cakap apa lagi," kata Zul. Drama Segalanya Ku Terima arahan Raja Ahmad Alauddin merupakan drama keempat yang menggandingkan kedua-duanya di dalam produksi sama. Namun begitu, kata Abby, dia tidak merasakan perkara ini patut dijadikan isu besar. "Saya tidak ada masalah digandingkan bersama dia dalam produksi yang sama. "Pihak produksi menawarkan kepada kami dan saya terima kerana watak Datin Sofea yang saya bawakan dalam drama ini memberi kesan pada saya walaupun hanya 'cameo'," tutur ibu kepada tiga cahaya mata ini. Perkara itu turut dipersetujui oleh Zul yang membawakan watak sebagai pemandu kepada Datin Sofea. "Bagi saya, berlakon dengannya cukup senang sebab kami memang dah rapat. Lagipun, saya suka dengan jalan cerita drama ini yang berkonsepkan konspirasi. "Watak saya juga menarik kerana saya berkomplot dengan Datin Sofea dan menjalinkan skandal dengan Datin Maimun lakonan Azizah Mahzan. Karektor ini cukup berbeza dengan yang pernah saya bawakan," kata Zul. Turut membintangi drama 13 episod yang akan mula bersiaran di TV3 pada 14 April ini ialah Raja Farah, Irma Hasmie, Hafizuddin, Azhar Sulaiman, Ezany dan Feroz Khan. Belum fikir soal kahwinKegagalan rumahtangganya bersama aktor Norman Hakim telah meninggalkan impak besar buat diri Abby. Setelah kecewa dengan apa yang berlaku, Abby akui dia kuatkan diri untuk bangkit semula apatah lagi memikirkan masa depan anak-anaknya. Lantaran itu apabila diajukan tentang subjek 'kahwin', sambil tersenyum, Abby berkata, dia belum lagi terlintas untuk berkahwin lagi walaupun gosip hubungannya dengan Zul masih terus diperkatakan. "Masing-masing ada hak untuk berkawan. Saya tidak rasa satu kesilapan besar untuk berkawan dengan Zul. Dia tidak bagi masalah kepada saya pun. "Tetapi tentang perkahwinan, saya rasa masih jauh lagi untuk saya bercakap tentang hal itu. Ia tidak termasuk dalam agenda saya ketika ini. "Perkahwinan bukanlan satu perkara yang mudah. Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding dulu. "Banyak perkara yang saya perlu buat. Saya ingin mengembangkan lagi karier saya," kata Abby. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:16 pm | |
| Rosyam sudah tiga bulan tak berlakon sebab Pilih Kasih Rosyam kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada projek terbarunya, Pilih Kasih yang bermula sejak tiga bulan lalu hingga Ogos nanti. -foto The Star oleh ONG SOON HIN
SELEPAS membintangi drama rantaian Rozanna di TV3, kini sudah tiga bulan aktor tersohor Rosyam Nor tidak berlakon disebabkan sibuk dengan program realiti Pilih Kasih terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menurut Rosyam, tawaran lakonan memang ada lebih-lebih lagi untuk membintangi drama kelolaan syarikatnya sendiri.
“Selepas program Pilih Kasih ini selesai, jika tiada aral saya akan memulakan lakonan dengan filem Kekasih dan seterusnya drama-drama seperti Isabella dan Fantasia Bulan Madu yang juga diterbitkan oleh syarikat saya,” kata Rosyam ketika majlis sidang media Pilih Kasih di Palace of The Golden Horses.
Pilih Kasih merupakan rancangan realiti TV yang menjadikan seni lakonan sebagai aset persembahan.
Rosyam akan turun padang dalam sesi uji bakat Pilih Kasih mulai 11 April ini di lapan buah lokasi.
Pilih Kasih akan memaparkan perjalanan uji bakat di segenap pelusuk tanahair bagi mencari muka-muka baru yang berbakat untuk mengisi watak-watak utama dalam filem Kekasih arahan Bade Hj. Azmi yang akan diterbitkan setelah rancangan realiti ini selesai.
Berdasarkan sinopsis filem Kekasih, uji bakat ini perlu mencari lima pelakon untuk lima watak utama di mana ia akan menjelajah dari utara ke selatan tanahair untuk memburu bakat-bakat baru yang terpendam.
Rosyam berkata walaupun program ini lebih menggalak bakat-bakat baru, tetapi tidak bermakna pelakon yang sedia ada tidak dapat mencuba nasib.
“Saya juga ingin membuka peluang kepada pelakon ekstra yang tidak dikenali ramai kerana memang niat saya untuk membantu agensi lakonan dan kelab teater yang masih mencari peluang untuk menonjolkan bakat-bakat yang mereka ada.
“Tetapi perlu diingat, hanya mereka yang boleh berlakon dan berkarisma layak untuk menyertai program ini.
“Misalnya, kita lihat sahaja penyanyi Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai karisma dan aura tersendiri hingga mampu menarik perhatian penonton.
“Selain itu, saya ingin mencari hero dan heroin yang mempunyai ‘chemistry’ seperti lakonan Awie dan Erra Fazira dalam filem Sembilu,” ulas Rosyam.
Namun begitu, Rosyam tidak menggalakkan para peserta untuk mengambil contoh daripada mana-mana pelakon untuk dijadikan contoh kerana bimbang sekiranya mereka terikut-ikut dengan stail dan gaya persembahan pelakon itu.
“Semasa sesi uji bakat itu nanti, para peserta akan diberikan skrip dan mereka perlu melafazkan dialog dengan bersahaja.
“Sebagai salah seorang juri, dengan melihat mata sahaja, saya boleh melihat siapa yang berkebolehan dan siapa yang tidak berbakat kerana mata tidak boleh menipu.
Rosyam juga bergelar juri dan menentukan peserta yang akan disingkirkan dalam program realiti lakonan itu.
“Bakat sememangnya datang dari Tuhan dan saya akan cuba mengasah bakat mereka sehingga mereka menjadi seorang yang hebat,” kata Rosyam yang membuka peluang ini kepada individu berbangsa Melayu, Cina dan India.
Para peserta akan mendapat tunjuk ajar daripada aktivis teater Rohani Md. Yuousoff dan pelakon, pengarah, penerbit dan penulis Erma Fatima atau Fatimah Rahmad untuk segmen teater muzikal.
Dua puluh peserta yang terpilih akan membentangkan persembahan teater muzikal mereka semasa tayangan perdana yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Besar RTM Tengku Puan Cik, Senawang, Negeri Sembilan.
Antara mereka juga akan dipecahkan kepada 3 orang atau 2 orang dan seterusnya diberikan tugasan bermonolog selama 1 minit mengikut skrip yang pernah dilafazkan oleh pelakon dalam filem-filem sebelum ini.
Selain itu, siaran secara langsung itu juga akan menyiarkan filem pendek yang dilakonkan oleh dua buah kumpulan yang terdiri dari 10 peserta bagi setiapnya.
Setiap kumpulan akan diterajui oleh pengarah masing-masing iaitu Along Kamaludin atau Shahrom Kamaludin dan pengarah drama Rozanna, Amie Maziah atau Maziah Abdul Rahman.
“Para peserta akan diadili oleh penonton namun pada setiap minggu dua peserta yang mempunyai markah peratusan terendah akan ditentukan oleh saya untuk disingkirkan.
“Ini bermakna peserta yang mendapat markah terendah tidak semestinya akan disingkirkan pada minggu itu jika dia mempunyai potensi untuk berlakon,” tegas Rosyam.
Keputusan penyingkiran akan mengambil kira semua aspek seperti jumlah peratusan, karektor, dan kesesuaian memegang watak dalam filem.
Selain Rosyam, setiap persembahan para peserta akan dikritik oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan yang program terbitannya berlainan daripada program realiti Anak Wayang yang hampir mempunyai objektif yang serupa dengan Pilih Kasih iaitu mencari bakat dalam bidang lakonan.
“Anak Wayang berbeza sebab program itu hendak mencari pelakon untuk memenuhi watak dalam drama bersiri.
“Pilih Kasih juga hendak mencari pelakon tetapi dalam masa yang sama ia lebih kepada mengajar para peserta berlakon drama dan teater,” komen Rosyam.
Mereka yang datang ke sesi uji bakat perlulah berusia antara 18 hingga 35 tahun. Antara mereka, seramai 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan akan terpilih dalam akademi Pilih Kasih selama empat bulan.
Sesi ini akan berlangsung selama lima minggu berturut-turut di AEON Bukit Indah, Johor Bahru pada 11 April, Kompleks Membeli Belah Terminal One, Seremban (12 April), Kota Bahru Mall, Kota Bahru (18 April), Berjaya Megamall, Kuantan (19 April), One Borneo, Kota Kinabalu (25 dan 26 April), Queensbay Mall, Pulau Pinang (2 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (3 Mei) dan The Spring, Kuching (9 dan 10 Mei).
Sesi ini bermula seawal pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Siaran uji bakat program Pilih Kasih akan disiarkan pada 11 April (Sabtu), pukul 8 hingga 9.30 malam di RTM2.
Seterusnya, siaran Jurnal atau Diari akan disiarkan mulai 25 Mei, Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 hingga 5 petang. Siaran ulangannya pada Isnin hingga Khamis, pukul 1 hingga 1.30 pagi dan Jumaat, pukul 2 hingga 2.30 pagi.
Jurnal harian akan menyiarkan aktiviti setiap peserta seperti latihan lakonan, penghayatan skrip, latihan teater, persediaan dan pembikinan untuk filem pendek dan aktiviti riadah.
Sementara siaran langsung bermula pada 6 Jun (Sabtu), pukul 8.30 hingga 10 malam.
Imbasan Pilih Kasih pula disiarkan pada 15 Ogos, pukul 8.30 hingga 9.30 malam sebelum ke episod peringkat akhir pada 16 Ogos, pukul 9 hingga 11 malam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:17 pm | |
| Rihanna tuntut Brown minta maaf dalam 'Oprah'?
Rihanna dilaporkan kerap berhubung dengan Oprah Winfrey sejak akhir Februari lalu apabila Opray merayunya agar tidak menerima semula Chris.
BINTANG pop Rihanna dikatakan menuntut Chris Brown untuk muncul bersamanya dalam rancangan Oprah Winfrey dan meminta maaf kepadanya secara terbuka.
Penyanyi lagu `Umbrella' ini dilaporkan telah berbincang dengan Oprah untuk muncul di dalam rancangannya.
"Rihanna kerap berhubung dengan Oprah Winfrey sejak akhir Februari lalu apabila Opray merayunya agar tidak menerima semula Chris.
"Dia berasa sangsi pasangan tersebut boleh kembali bersama. Namun, dengan bersetuju hadir ke rancangan Oprah dan menyatakan betapa dia menyesal atas tindakannya itu, akan mengubah pendiriannya," memetik sumber sebagai berkata kepada satu majalah.
Sumber Oprah bagaimanapun menafikan laporan tersebut.
Sementara itu, Brown telah dibebaskan selepas diikat jamin dengan bayaran 50,000 dolar sehingga kes didengar pada 6 April. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:17 pm | |
| Halle Berry minum minyak wangi!
Berry mempromosikan minyak wangi baru dalam satu rancangan temubual Amerika Syarikat tetapi tidak menjangka hosnya, DeGeneres akan minum campuran vanila dan kayu cendana.
PELAKON yang pernah memenangi anugerah Oscar, Halle Berry mengejutkan penonton apabila dia sanggup minum minyak wangi dalam satu rancangan temu bual Amerika Syarikat yang dihoskan oleh Ellen DeGeneres.
DeGeneres terlebih dahulu minum seteguk minyak wangi itu sebelum menawarkannya kepada pelakon tersebut.
Dalam rancangan tersebut, Berry mempromosikan minyak wangi baru tetapi tidak menjangka DeGeneres akan minum campuran vanila dan kayu cendana itu.
Ketika menuangkan minuman itu untuk dirinya, DeGeneres berkata: "Ia berbau wangi, apa yang terdapat di dalamnya...? Ia bersifat semulajadi, betul?"
Jawab Berry: "Saya beranggapan kita tidak patut meminumnya, Ellen. Wow, saya tidak rasakan anda boleh minumnya, tetapi saya agak anda boleh."
DeGeneres menambah: "Ia sungguh sedap." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:18 pm | |
| Shilpa: Saya bukan perosak rumah tangga Shilpa memulakan hubungan dengan tunangnya, Raj Kundra hanya selepas tunangnya bercerai.
PELAKON Bollywood, Shilpa Shetty menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia adalah 'perosak rumahtangga'.
Tegasnya, dia memulakan hubungan dengan tunangnya, Raj Kundra hanya selepas tunangnya itu bercerai.
Shilpa, 33, menjadi terkenal di Britain apabila dia muncul bersama-sama bintang realiti televisyen British, mendiang Jade Goody dalam Celebrity Big Brother dan memenangi siri tersebut.
Dia bertemu dengan jutawan Kundra, 34, tidak lama selepas itu.
Kundra telah berpisah apabila dia menemui Shilpa. Malah bekas isterinya, Kavita secara terbuka mendakwa pelakon itu merupakan punca rumahtangganya binasa.
"Ia sebenarnya menyebabkan saya lemah secara fizikal. Untuk dipanggil sebagai perosak rumahtangga ialah suatu yang paling teruk sekali.
"Perkara ini memalukan ibubapa saya, dan saya berasa cukup sedih," menurut laporan sebuah akhbar.
"Secara ikhlas, saya fikir saya jatuh cinta dengan Raj sejak hari pertama tetapi saya pula berada di dalam penafian," katanya sambil menambah perhubungannya tidak lebih daripada persahabatan sehingga Raj bercerai.
Pasangan tersebut baru-baru ini membeli rumah besar yang bernilai RM7 juta dan mempunyai tujuh bilik tidur. Ia dinamakan sebagai Raj Mahal di Weybridge, Surrey.
Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada Oktober, dan Shilpa berkata, beliau kepingin untuk membina keluarga.
"Saya teringin sekali membina keluarga. Saya sangat menyayangi kanak-kanak dan kami mempunyai bilik tidur kanak-kanak yang cantik (di rumah baru). Saya ingin mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak.
"Terdapat satu bilik tidur kanak-kanak kerana Raj mempunyai seorang sepupu dan saya ingin melihat kanak-kanak berlari-lari di sekitar kawasan ini.
"Ruang rumah mencukupi untuk kami semua di satu hujung dan ibubapa Raja tinggal di hujung yang lain. Dalam budaya India, anda hidup dalam keluarga luas dan rumah ini sesuai untuk tujuan tersebut," tambahnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:26 pm | |
| Tiada kaitan dengan dadah’ - Liyana Jasmay
Kalau kita lakukan kerja kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, saya yakin orang ramai akan menyedarinya walaupun terpaksa mengambil sedikit masa.
‘Kurus bukan kerana dadah’
SEJAK mula diperkenalkan melalui filem Castello, nama pelakon muda berbakat besar, Liyana Jasmay terus mencuri tumpuan. Ternyata bakat yang dimiliki olehnya sukar digugat oleh rakan seangkatan.
Lantaran itu dia terus menjadi pilihan pengarah popular tanah air untuk menjayakan pelbagai genre filem antaranya Syaitan, Kami The Movie, Histeria, Malaikat Maut dan Papadom.
Namun di celah-celah kerlipan populariti, hati pelakon yang pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-19 ini sedikit terusik apabila dikaitkan dengan gejala negatif yang sering menghantui kehidupan remaja masa kini.
“Saya tidak pernah terlibat dengan dadah. Badan saya kurus bukan kerana dadah. Sejak dari dulu lagi badan saya memang kurus dan berat badan saya hanya dalam lingkungan 40 hingga 43 kilogram sahaja. “Mungkin peminat salah sangka kerana di dalam televisyen memang saya kelihatan sedikit besar daripada saiz sebenar kerana berat badan kita akan bertambah sebanyak sepuluh paun.
Saya memang terkejut apabila dikaitkan dengan perkara ini dan saya berharap peminat tidak salah sangka,” katanya yang menafikan sekeraskerasnya tentang dakwaan tersebut. Tambahnya dia sudah lama terlibat dalam bidang seni dan tahu membezakan antara perkara baik dan buruk yang boleh dilakukannya. Oleh sebab itu dia tidak memerlukan sebarang kontroversi untuk meraih perhatian peminat.
“Saya tak perlukan kontroversi. Kalau kita lakukan kerja kita dengan ikhlas dan bersungguhsungguh, saya yakin orang ramai akan menyedarinya walaupun terpaksa mengambil sedikit masa. Saya mula berlakon drama sejak umur saya sembilan tahun lagi. “Namun saya mula dikenali apabila terlibat dengan filem Castello.
Sejak itu saya mula diberikan tawaran berlakon filem dan sehingga kini saya sangat bersyukur kerana tidak putusputus menerima pelbagai tawaran,” jelasnya yang begitu sinonim dengan watak Phim, anak yang memberontak perasaan terhadap bapanya melalui filem Castello. Ditanya tentang penglibatannya dalam pelbagai filem sejak kebelakangan ini dan seolah-olah meminggirkan industri drama, dia ternyata mempunyai jawapannya yang tersendiri.
Katanya bidang drama dan filem sama penting buat dirinya namun dia lebih mementingkan skrip serta produksi yang bagus sebelum menerima mana-mana tawaran. “Seperti yang saya katakan sebelum ini saya mula berlakon sejak kecil lagi. Berlakon di dalam drama memang lebih penat berbanding filem kerana terpaksa bergelut dengan masa. Namun kalau mendapat tawaran berlakon drama yang bagus, saya tiada sebab untuk menolaknya jika mempunyai kelapangan.
“Buktinya sebelum ini saya pernah terlibat dengan drama bersiri Kami The Series dan kini saya membintangi drama Puaka Niyang Rapik yang sedang ditayangkan menerusi slot Seram di TV3. Saya sukakan drama tersebut dan Ahmad Idham sebagai pengarah telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:28 pm | |
| Tak pernah terfikir
Walaupun berasa kelakar tersenarai Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2008, Faizal Tahir tetap hargai sokongan peminat
BETAPA sukar sebenarnya dia menerima hakikat bahawa namanya tidak berada dalam senarai pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008).
Sebagai penyanyi, pastinya menjadi harapan Faizal Tahir untuk melihat dirinya tersenarai dalam kategori itu, namun kerana tidak mempunyai sebarang produk baru sepanjang tahun lalu seperti yang disyaratkan membuatkan dia hanya mampu berpuas hati apabila namanya tersenarai sebagai finalis kategori Pengacara TV Lelaki Popular.
Satu penghargaan yang tidak pernah terfikir dalam benak penyanyi yang cukup popular dengan lagu Cuba dan Sampai Syurga ini. Bukannya menidakkan pengorbanan yang dilakukan peminatnya itu cuma Faizal merasakan kategori pengacara itu tidak begitu dekat dengan hatinya.
“Sejujurnya, saya rasa kelakar dan sangat kekok. Apabila mendapat tahu yang nama saya tidak tercalon untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular dan sebaliknya tersangkut dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular, saya memang terkejut sangat sebab bidang pengacaraan bukanlah sesuatu yang amat saya minati.
“Lagipun kalau diimbas kembali, kebanyakannya pencapaian saya dalam bidang seni semuanya membabitkan muzik seperti kemenangan untuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu.
“Memang terkejut sangat sebab bidang nyanyian adalah kerjaya utama manakala pengacara adalah sambilan tapi yang tersangkut adalah kerjaya sambilan,” luah Faizal dalam satu temubual bersama Hip ketika mengadakan sesi fotografi di koc Di Raja, Stesen KL Sentral, baru-baru ini.
Begitupun, apabila dia meluahkan perasaan terkilannya kerana tidak tersenarai kategori penyanyi popular, bukanlah bermakna Faizal begitu mengharapkan kemenangan dalam kategori itu.
“Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini, apabila saya melakukan sesuatu, anugerah bukanlah yang saya fikirkan. Popular ke, terbaik ke semuanya saya letak ke tepi kerana apa yang lebih penting adalah, kepuasan yang saya dapat dalam bekerja.
“Cuma dalam hal ini, terfikir juga saya bahawa apa yang saya tak pernah terfikir sebelum ini (menjadi pengacara) rupa-rupanya ramai yang memberi perhatian. Pun begitu, saya belum terfikir untuk menjadi pengacara kerana saya bukanlah seorang yang percaya kepada kepelbagaian kerjaya,” jelas bapa kepada tiga orang cahaya mata ini.
Dan saat ditanyakan apakah peluangnya cerah untuk mengungguli kategori yang turut menyenaraikan “gergasi” dalam bidang pengacaraan, Faizal menyambut soalan itu dengan tawa yang panjang.
“Tak mungkin, rasa tak layak. Lihat saja siapa yang tercalon, Aznil, AC Mizal, Faizal Ismail dan Ally Iskandar, semuanya hebat dan berpengalaman dalam bidang ini sedangkan saya hanyalah sempat mengendalikannya untuk 13 episod saja.
“Apapun, saya terima kasih kepada semua peminat yang sanggup mengundi hingga saya tersenarai sebagai finalis ABPBH 2008. Ia satu penghormatan buat saya. Walau apapun keputusannya, saya terima dengan hati yang terbuka.
“Dan yang lebih penting, keutamaan saya masih lagi dalam bidang nyanyian dan saya akan terus aktif mencipta lagu,” tuturnya.
Selesa rekaan Hazwani Osman
KERJASAMA mereka bermula sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-23 lalu. Ketika itu Faizal kesuntukan masa untuk mencari pereka yang dapat menghasilkan pakaian yang bersesuaian untuk persembahannya malam itu. Puas dicari akhirnya tugas itu diberikan kepada pereka muda yang berbakat besar ini.
“Saya mula bekerja dengan Hazwani sejak AJL lalu dan saya berpuas hati dengan hasil kerjanya. Rekaannya menepati cita rasa saya serta setiap pakaiannya itu bersesuaian dengan perwatakan saya.
“Walaupun saya seorang rocker, tapi dia tahu apa yang perlu saya gayakan supaya imej saya tetap kelihatan menarik,” cerita Faizal mengenai siapakah pereka yang akan menyiapkan pakaiannya sewaktu ABPBH 2008 nanti.
Sambil mengakui tidak cerewet dalam memilih pakaian, Faizal berkata untuk rekaan ini, dia menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada cita rasa Hazwani.
“Saya percaya kepadanya dan saya tahu dia bijak untuk memilih persalinan yang bagaimana yang sesuai dengan perwatakan saya. Walau apapun rekaannya, sentuhan rock itu tetap ada asalkan tidak keterlaluan.
“Dan saya puji tema tenun yang diketengahkan ABPBH tahun ini kerana bangga mengangkat khazanah Melayu itu untuk acara anugerah paling berprestij seperti ini,” kata Faizal yang mengakui akan setia dengan seorang pereka saja andai dirinya selesa dengan hasil kerjanya itu.
Rindu rambut panjang
KEPUTUSANNYA untuk memotong rambut panjang bukanlah kerana desakan sesiapa. Sebaliknya, menurut Faizal, keputusan drastik itu dilakukan dengan kehendak sendiri.
“Kali terakhir saya berambut pendek sekitar tahun 1995 iaitu ketika masih di alam persekolahan. Selepas itu, saya ada potong rambut iaitu ketika saya membuat persembahan di malam AJl tetapi tidaklah pendek seperti ini. Dan sejak itu saya tak pernah potong rambut. Pun begitu, sejam sebelum saya menghadiri sidang media ketiga ABPBH 2008, masa itulah saya nekad untuk memotong rambut.
“Apabila rambut sudah pendek, masa itu rasa gembira sangat. Cuma saya tak nafikan kekok sikit sebab sudah biasa dengan rambut panjang. Apapun saya kena kuatkan semangat dan sabar menunggu sehingga rambut panjang,” sambung Faizal mengenai imej terbarunya.
Ditanya apakah reaksi peminat sebaik saja melihat imej barunya itu, dengan pantas Faizal menjawab, kebanyakan mereka tidak menggemarinya.
“Mereka sebenarnya lebih suka melihat saya berambut panjang kerana kalau rambut pendek, mereka kata hilang imej rock. Namun kalau kita lihat sekarang ini, ramai artis rock terutama kumpulan muzik bebas rambut mereka tak adalah panjang sangat.
“Bagaimanapun, saya tak nafikan yang saya rindu juga dengan rambut panjang saya terutama apabila melihat gambar lama. Tak apalah, selepas ini mesti tumbuh balik. Inilah kali terakhir saya berambut pendek, malas nak potong lagi,” ujar Faizal sambil tersenyum.
Penyanyi ini juga baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Bencinta. Lagu yang dicipta oleh Audi Mok dan lirik ditulis olehnya sendiri.
“Lagu ini memang istimewa buat saya kerana selain melodinya yang agak berbeza, ia juga adalah hasil bersama antara saya dan Audi. Sebelum ini, saya hanya tumpukan menulis lirik dan Audi mencipta lagu, tetapi kali ini, lagu Bencinta yang diambil dari dua perkataan berbeza iaitu benci dan cinta itu adalah dihasilkan dari idea kami bersama,”ujar Faizal yang baru saja menimang cahaya mata lelaki yang bernama Ahmad Rifa'ie Zidane.
Info
Nama : Ahmad Faizal Mohd Tahir
Nama komersial : Faizal Tahir
Tarikh lahir : 26th Oktober 1978
Nama Isteri : Siti Raihanim Noran
Anak: 3
Tinggi : 170cm
Berat : 65 kg
Hobi : Bermain alat muzik , menyanyi
Personaliti : Aktif, suka berkawan
Album : Aku.Muzik.Kamu
Pencapaian: Artis Baru Terbaik AIM ke-15, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik AIM ke-15, Album Rock Terbaik AIM ke-15, Vokal Terbaik dan Juara kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-23
Tajaan lokasi: Koc Diraja & Stesen Komuter KTMB (Terima Kasih: Shahriza Embi & Shahril Sahak |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:39 pm | |
| Arni pilih bekas rakan sekolah sebagai suami Arni Nazira
KUALA TERENGGANU: Bekas pelakon dan penyanyi berstatus ibu tunggal, Arni Nazira Anuar, 31, akan melangsungkan perkahwinan keduanya dengan seorang ahli perniagaan di negeri ini, Jumaat depan.
Arni Nazira yang juga bekas isteri penyanyi kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, memilih bekas rakan sekolahnya, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 32, sebagai teman hidup.
Majlis akad nikah pasangan itu akan diadakan di Masjid Negeri, manakala majlis perkahwinan pihak lelaki akan diadakan di kediaman Wan Mohd Hazrie di Jalan Kamaruddin, di sini, pada Sabtu, sehari selepas akad nikah.
Majlis persandingan Arni akan diadakan di Anjung Pantai, Kampung Seberang Takir pada Ahad.
Arni berkata, bekas suaminya Awie serta isteri, Rozana Misbun turut diundang untuk menghadiri majlis perkahwinannya, tetapi tidak pasti sama ada pasangan berkenaan akan datang atau tidak.
"Walaupun sudah berpisah, hubungan Arni dengan Awie tetap baik apatah lagi dua anak hasil perkahwinan kami iaitu Puteri Aleeya Antasha 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7, kini di bawah jagaan Awie.
"Kami sering berhubung antara satu sama lain dan Awie juga sering bertanya khabar mengenai Arni, malah dia juga mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang akan dibina," katanya.
Arni yang dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 12 Julai 1978 dan pernah popular dengan lagu Cinta Antara Benua bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status bakal suaminya.
"Apa yang Arni dapat katakan, bakal suami adalah bekas rakan sekolah dan sentiasa memberi dorongan semangat ketika tercetusnya kontroversi mengenai perbicaraan kes penjagaan anak.
"Perkahwinan Arni juga direstui Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:43 pm | |
| ABPBH 2008: 'Mimpi mengejutkan' Nurul Alis
Kiki sudah lama ada impian untuk berada dalam senarai pengacara TV popular tanah air
TIDAK terlintas langsung untuk diri wanita kelahiran Kuala Lumpur ini menikmati kerlipan glamor berlebih-lebihan yang sering diterima golongan selebriti. Bukan selalu personaliti RTM bernama penuh Nurul Alis Aidil Akhbar atau Kiki, 34, diundang ke sesi fotografi daripada rakan media sama ada untuk penerbitan akhbar mahu pun majalah.
Namun segala-galanya mula berubah sekelip mata selepas dia diumumkan sebagai calon Top 5 kategori Pengacara TV Wanita Popular dalam majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang semakin dekat tarikhnya iaitu pada 12 April depan.
Entah di mana silapnya, biarpun sudah membabitkan diri selama dalam dunia penyiaran sejak 1995, kehadirannya seakan tidak dirasai. Bukan tidak memiliki pakej cantik, malah karakter ‘gila-gila’ yang ada di dalam dirinya sudah boleh membuatkan dirinya lebih dikenali bertahun-tahun sebelum ini.
Sehubungan itu, Hip aturkan lagi pertemuan kali kedua dengannya di Rafflesia The Pearl Centre baru-baru ini untuk sesi bersama pereka fesyen, Zack Ismail yang bertanggungjawab mereka busana untuk Kiki pada malam kemuncak ABPBP 2008 nanti. Kebetulan pula, inilah juga pertama kalinya Kiki menjejak premis itu pada awal Mac lalu dalam satu sidang media mengumumkan Rafflesia sebagai penaja ABPBH 2008.
Kiki hadir dengan wajah siap disolek hasil sentuhan jurusolek RTM. Selepas menyarung persalinan Zack yang agak ‘daring’, terbit perasaan serba tak kena yakni dandanan rambutnya kelihatan agak biasa biarpun sudah diwarnakan dengan pewarna rambut.
KERJASAMA sulung antara Kiki dan Zack diteruskan untuk ABPBH 2008.
Lantas wujud idea mahu menampilkan Kiki dengan sedikit transformasi, lalu rambutnya dipakaikan gel rambut terarah kepada gaya ‘wet look’. Menambah seri di kulitnya yang cerah ialah aksesori batu mutiara daripada Rafflesia. Hanya sedikit perubahan, Kiki tampil berbeza persis peragawati yang cukup bergaya.
“Kejayaan dan peluang berada di Top 5 dalam ABPBH 2008 ini harapnya akan memberi satu anjakan untuk saya meluncur laju kerjaya ini. Ia bagai rahmat terbesar yang tak pernah saya sangka. Malah, saya tidak malu mengatakan pernah memasang angan-angan untuk mengecapi peluang yang sama dua tiga tahun dulu.
“Selepas meneliti pesaing awal yang dicalonkan, nampaknya saya perlu lupakan saja niat dan angan-angan itu. Tapi alhamdulillah, bagai mimpi yang cukup mengejutkan, tahun ini nama saya bolos. Impak ini cukup hebat hinggakan permintaan untuk menjadi rakan saya di laman Facebook juga semakin meningkat hingga tak terlayan.
“Akibatnya saya terpaksa membuat sendiri halaman kepada peminat iaitu melalui ‘fan page’ di laman itu,” katanya sambil menjamah sandwich di kafe Hot Gossip berdepan bangunan Rafflesia.
Secara berseloroh, Kiki memberitahu selepas namanya mula dikenali kini, ada juga kawan rapatnya yang mula mengusik kenapa tidak memulakan langkah baru di stesen lain.
Tak dapat disangkal lagi dengan ciri yang dimiliki Kiki, tak mustahil dia boleh memeriahkan ke stesen TV swasta yang lebih glamor.
Namun begitu, jelas Kiki, mungkin juga saat ini dia sudah boleh mula mempertimbangkan sebarang tawaran yang menjurus ke arah glamor seperti berlakon.
Ia sekali gus memberi pembayang bahawa dia sebenarnya mahu mengiyakan saja usikan kawannya itu. Tapi pintasnya, peluang baru belum kunjung tiba malahan hatinya masih di RTM.
“Saya selesa bersama RTM. Malah saya rasa selamat tanpa perlu publisiti yang keterlaluan. Malah, saya pernah berkali-kali mendapat tawaran stesen TV lain tapi ketika itu, saya berasakan bekerja di RTM lebih terjamin. Setia saya masih di RTM, itu pun selagi diperlukan.
“Bahkan, kerja saya juga tidak begitu ketat. Saya boleh melakukan kerja sampingan sebagai pengacara majlis selepas selesai tugasan di pejabat.
“Hingga saat ini, saya juga menanam impian untuk mengacarakan program bual bicara sendiri yang lebih santai berkaitan gaya hidup dan kembara,” katanya yang mengakui lebih dikenali sebagai pelumba kereta berbanding penyampai TV.
Bahagia hidup solo
MENYINGKAP sisi peribadi, status Miss ‘J’ yang dipegangnya sejak September tahun lalu bukan alasan untuk dia terus memendam rasa. Tapi tipu kalau ibu tunggal kepada tiga anak ini tidak larut memikirkan kesan perpisahan itu. Buktinya berat badan ibu kepada Shamal, 13, Sophea, 8, dan Sonya, 5, ini semakin susut gara-gara makan hati.
Berpisah secara baik dengan bekas suaminya, Adian Yein, 35, mereka sangat bertolak ansur dalam soal penjagaan anak. Dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kebahagiaan yang dibina sejak lapan tahun lalu, namun pada akhirnya hanya keredaan mengiringinya.
Diusik dengan soal pengganti, usiknya ‘on the way’ mungkin. Kata Kiki yang sudah lima tahun bergelar penyampai berita sukan RTM, dia cukup bahagia dengan kehidupan solo.
“Sejak saya bercerai, kawan rapat selalu memberi sokongan padu termasuklah apabila nama saya tersenarai untuk ABPBH 2008. Malah kawan rapat inilah yang sanggup menyaring lelaki mana yang sesuai untuk bertakhta di hati saya sebagai kekasih,” katanya yang turut aktif sebagai pelumba kereta di bawah pasukan AMN Motorsport milik Hafizy.
Hafizy adalah suami kepada pelakon Dynas, malah Kiki turut berkawan baik dengan Dynas.
Mengenai Zack Ismail, inilah kali pertama mereka bergandingan untuk pentas ABPBH 2008. Akui Kiki tulus, dia cukup menyukai rekaan Zack yang mampu membuatkan dirinya lebih feminin. Selorohnya lagi, ramai yang menganggap dia mempunyai potongan badan lelaki.
Sentuhan Zack Ismail
ZACK Ismail akan menggunakan pendekatan potongan ekor duyung untuk Kiki dan yakin 100 peratus bahawa wanita itu mampu menyerlahkan lagi rekaannya. Zack akan menyiapkan dua rekaan untuk dipilih Kiki dengan warna yang berbeza.
“Kerana wajahnya seakan wanita Cina, saya terdetik menggunakan mitos bangsa itu menerusi penggunaan sisik naga di bahagian bawah gaun. Saya juga akan menggunakan butang yang sering digunakan untuk membikin cheongsam tapi demi kelainan saya buat sendiri butang itu dengan saiz yang lebih besar untuk bahagian perincian di atas.
“Selain kain songket, saya menggunakan pelbagai jenis kain sutera termasuk ‘tafeta’ dan akan cuba menggunakan pendekatan ‘less is more’ supaya tidak keterlaluan atau sarat,” katanya yang pernah mereka pakaian untuk penyampai radio Era, Nana semasa ABPBH 2006 berlangsung.
Rekaannya untuk Nana dilihat begitu seksi kerana menyerlahkan bahagian payu dara. Malah perkara yang sama turut diperhatikan untuk pertaruhan terbarunya, Kiki. Ditanya apakah dia mahu dikenali dengan rekaan seksi terutamanya di bahagian atas, Zack mempunyai alasannya sendiri.
“Saya tidak bermaksud mahu ke arah itu tetapi sebagai pereka fesyen saya mahu melihat pemakai kelihatan cantik. Mungkin juga corak potongan saya yang mengikut bentuk badan yang membuatkan ada yang beranggapan rekaan saya seksi,” katanya.
Mengenai tema Sentuhan Tenun, Zack menyokong usaha Berita Harian dalam terus memartabatkan khazanah budaya tempatan ke fasa yang lebih baik terutamanya dalam penganjuran majlis berprestij seperti ABPBH yang menjadi ikutan ramai.
Profil Nurul Alis (Kiki)
Nama penuh: Nurul Alis Aidil Akhbar
Usia: 34
Tarikh lahir: 3 November 1975
Asal: Kuala Lumpur
emel: nurulalis@yahoo.com
Pembabitan dalam dunia penyiaran: Sejak 1995
Fanpage Facebook: taip saja nurulalis kiki
Profil Zack Ismail
Nama penuh: Mohd Dzulkiffli Ismail
Asal: Taiping, Perak
Tarikh lahir: 19 Jun 1981
Usia: 27
Pendidikan: Diploma fesyen dan rekaan, Politeknik Johor Bahru
Usia pembabitan: Sejak lapan tahun lalu, namun mula dikenali sejak 2006
Emel: zack.ismail09@gmail.com |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:46 pm | |
| ABPBH 2008: Sudah bersedia melaram Iqram, Irma Hasmie, Aiman tidak lepaskan peluang untuk bergaya pada malam kemuncak ABPBH 2008
BIDANG kain ela yang tergulung cantik di butik pereka fesyen milik Michael Shu terletak di tingkat satu, bangunan Parkroyal agak berselerak. Ini semua gara-gara untuk merealisasikan konsep fotografi menggandingkan tiga daripada 11 selebriti yang menggunakan khidmat pereka fesyen berusia 33 tahun itu.
Tidak sia-sia kain ela itu menjadi ‘korban’ dan hasilnya yang menjadi latar belakang fotografi dan props di satu sudut butik pereka itu memberi mood berbeza kepada Iqram Dinzly, Irma Hasmie dan Aiman.
Mujur juga tindakan ‘merosakkan’ kain itu buat sementara waktu tidak mengundang kemarahan Michael. Malah, sambil berseloroh pereka bertubuh gempal itu memuji hasil gambar yang dirakamkan.
Bergaya di depan kamera bukan satu masalah besar buat Iqram dan Irma. Cuma Aiman masih kekok lagi untuk memberi aksi menarik. Tapi kalau mahu dibandingkan di awal kemunculannya di persada seni dengan sekarang, ternyata penyanyi yang mula dikenali selepas menyertai Akademi Nasyid ini semakin berubah.
Iqram pula tidak lokek membantu Aiman menata gaya yang sesuai.
MICHAEL berbincang bersama Iqram, Aiman dan Irma megenai pakaian yang akan diperagakan pada malam ABPBH 2008. Berbeza dengan dua bintang muda tetapi sudah biasa melaram rekaan, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 menjadi medan sulung buat Aiman menggunakan khidmat Michael sebagai pereka bajunya nanti.
Bakal mengenakan jaket songket dan sut berwarna kusam (pastel) rekaan pereka itu, Aiman yang tersenarai sebagai calon Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Nasyid Popular meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Michael untuk baju yang bakal digayakan nanti.
“Tak sangka juga saya dapat peluang indah untuk mengenakan sut rekaannya. Sebagai bakat baru, saya menerima pelawaannya dengan hati terbuka. Saya difahamkan rekaan baju saya itu lebih kepada gambaran penyanyi nasyid yang saya sertai,” kata Aiman yang cukup dikenali dengan lagu Dusta Berkalang Noda.
Mengenai debaran menjelang kemuncak APBBH 2008 pada 12 April ini, Aiman yang sedang merancang pembikinan album sulung di bawah terbitan Arteffects Production ini tidak langsung berharap apa-apa.
“Apa yang saya harapkan majlis itu nanti akan berjalan lancar. Saya hanya mahu bergembira di sana (Genting Highlands) dan mahu menikmati keseronokan apabila dapat berkumpul sama-sama dengan anak seni yang lain,” katanya sambil memberitahu album sulungnya akan diedarkan di pasaran tidak lama lagi.
Bagi Iqram pula dia akan mengenakan jaket dengan perincian kombinasi warna berbeza menampilkan warna bumi sebagai pilihan utama. Mengakui senang bekerjasama dengan Michael, Iqram berharap pereka fesyen kelahiran Bentong, Pahang itu akan memenuhi impian mereka pakaian yang diidamkan.
Biarpun dia dan Irma tidak tercalon dalam sebarang kategori atau sebagai penyampai trofi, kehadiran mereka sebagai tanda sokongan kepada Berita Harian yang tidak jemu memberi sokongan padu terhadap pacuan kerjaya mereka.
Kata Iqram, dengan menghadiri ABPBH, lima entiti dapat bertemu mesra merapatkan silaturahim. Biarpun belum dapat memboloskan diri dalam mana-mana kategori di ABPBH, Iqram menganggap satu bonus jika namanya tersenarai dalam kategori tertentu pada masa mendatang.
“Bayangkan kilauan bintang insan kreatif daripada barisan pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai, penyampai radio dan pereka fesyen bersatu dalam sebuah majlis berprestij seperti ABPBH. Mesti ‘gempak’ jadinya, malahan boleh mengeratkan silaturahim sesama kita.
“Biarpun tidak tercalon, saya yakin ada kelompok peminat tersendiri yang mungkin tidak pernah mengundi saya dan lebih gemar menonton bakat saya di kaca TV dan pawagam. Ia bukan alasan untuk saya patah semangat dan berpeluk tubuh,” kata Iqram yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Ladoce Amira bagi slot Lestary menampilkan pelakon lain seperti Faezah Elai, Linda Hashim, Siti Elizad, Fizo Omar dan Kuza.
Bersama Nabil di permaidani merah
UNTUK penampilan Irma, Michael berkira-kira untuk menghasilkan gaun pendek meleret di bahagian belakang berwarna merah hati. Menurut Irma yang baru saja selesai penggambaran drama Segalanya Ku Terima arahan Raja Ahmad Alauddin, Michael dianggap sebagai seorang baik hati dan tidak kedekut.
“Dia meletak hubungan kami bukan atas dasar artis dan pereka fesyen, malah sebagai kawan. Sikapnya yang peramah membuatkan dia senang didekati. Untuk urusan rekaan baju, dia sentiasa terbuka kepada idea masing-masing.
“Dia buat pakaian bukan untuk dirinya, lalu dia sentiasa meminta pendapat selebriti yang terbabit supaya hasilnya nanti memuaskan hati kedua belah pihak,” katanya.
Kemungkinan besar ketika malam kemuncak ABPBH 2008 nanti, Irma akan berjalan beriringan bersama Nabil di laluan permaidani merah. Baru saja ‘kehilangan’ anak angkat yang dibela bernama Nur Hanie Nabila, Irma mengakui sangat merinduinya. Hingga saat ini, dia belum terfikir untuk mencari anak angkat yang baru.
“Irma menjaganya dulu atas niat ikhlas nak bantu apa yang patut. Masa itu, Irma tak pernah merancang untuk membela anak angkat. Semuanya bermula apabila ada kawan yang bertanya sama ada Irma berminat nak anak angkat atau sebaliknya,” kata Irma yang memberitahu ada pihak yang bertanyakan kepadanya jika masih berminat untuk membela anak angkat lagi.
Michael nafi tamak
SEMENTARA itu, Michael menafikan yang dia bersedia mereka pakaian untuk 11 selebriti itu atas dasar tamak. Di kalangan pereka lain yang terbabit dengan ABPBH 2008, tak dinafikan Michael menjadi pereka yang paling banyak menerima permintaan daripada artis.
Katanya, tidak perlu timbul isu itu kerana sebaliknya artis sendiri yang begitu berminat menggunakan khidmatnya.
Ditanya mengenai tema kali ini mengangkat martabat Sentuhan Tenun sebagai satu manifestasi memastikan fabrik tempatan seperti songket diberi perhatian.
“Difahamkan antara sebab Berita Harian menggunakan tema ini kerana mahu masyarakat terus menghargai khazanah tempatan daripada terus-terusan menggunakan fabrik luar,” kata Michael yang sudah biasa berkawan dengan orang Melayu.
Mengenai baju yang perlu disiapkan, kata Michael, setakat ini sudah 50 peratus dilaksanakan. Dibantu lima orang pekerja, Michael bangga jika dapat melihat artis yang menggunakan khidmatnya kelihatan cantik pada ABPBH 2008 nanti.
Profil Michael Shu
Nama sebenar: Shu Pei Loong
Komersial: Michael Shu
Tarikh lahir: 26 Oktober 1976
Tempat lahir: Bentong, Pahang
Umur: 33
Status: solo
Pendidikan: Diploma pemasaran dan fesyen
Pembabitan sejak: 12 tahun namun cuma dua tahun kebelakangan ini saja namanya mula meledak. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 12:52 pm | |
| Farawahida terus merajuk?
KEBELAKANGAN ini ramai yang tertanya-tanya pada Cik Normah, ke mana menghilangnya penyanyi Farawahida. Iyalah, apabila si komposer yang banyak membimbingnya iaitu Julfekar sudah memukul canang sana sini mengenai kehilangannya, takkanlah dia nak senyap begitu saja.
Cik Normah pun terfikir juga akan kebenaran perkara itu. Sampai bila Farawahida atau lebih mesra di kalangan teman Cik Normah dengan panggilan Fara ini nak mendiamkan diri?
Kawan Cik Normah yang solid molid itu memang menanti jawapan dari mulut Fara mengenai isu kehilangannya yang pernah dipaparkan dalam kolum Jawablah beberapa minggu lalu.
Mungkin Fara ingin mengambil sikap hanya ingin berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan tetapi jika dibiarkan perkara ini berterusan tidak mustahil ia akan berpanjangan. Bagi Cik Normah kalau boleh mahu Fara kembali ke dunia nyanyian sekali gus menjernihkan kembali hubungan yang khabarnya sudah tercalar.
Lagipun memang ramai hendak dengar sendiri pengakuan Fara betulkah dia pernah mengajak Julfekar kahwin dan gara-gara hasratnya itu ditolak, lalu Fara merajuk, dan membawa hati yang lara. Bagi Cik Normah, mudah saja, berani kerana benar.
Kalau betul Farawahida menghilangkan diri kerana masalah peribadi, harap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Cik Normah bukannya, sayang andai bakat yang ada itu disia-siakan semata-mata kerana masalah peribadi yang sebenarnya boleh diselesaikan. Lagipun, Cik Normah suka sangat dengan lagu Hilangkan Segala-galanya nyanyian Fara yang ada ketika mampu membuatkan air mata Cik Normah mengalir. Harap Fara dapat menimbangkan permintaan Cik Normah ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 1:35 pm | |
| Haliza tidak mahu berlakon MASIH solo... Pada usia mencecah 36 tahun, Haliza masih belum bersedia bergelar isteri.
KALAU sudah namanya artis, apa sahaja yang dilakukan sama ada baik atau tidak pasti menjadi perhatian dan bualan umum. Justeru, sedikit kesalahan yang dilakukan kalau tidak kena gaya tentu sahaja mengundang pelbagai kata nista sebagai habuan.
Benar atau tidak, segala tohmahan yang dilemparkan hanya yang empunya diri lebih mengetahui dan bagi aktres yang cukup terkenal dengan sikap degil dan keras kepala, Haliza Misbun,36, katalah apa sahaja terhadap dirinya, namun melatah tidak sekali.
Dia yang mula mencuri tumpuan penonton menerusi filem Abang 92 pada tahun 1992 bagaikan sudah lali dilambakkan dengan pelbagai gosip.
Selepas satu isu, timbul pula isu lain yang terpaksa ditempuhi. Bagaimanapun, menariknya tentang anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini,dia tidak pernah mengamuk tidak tentu pasal biarpun kadangkala cerita-cerita negatif yang digembar-gemburkan mengguris hatinya.
Kebelakangan ini, kelibat Haliza jarang sekali dilihat beraksi dalam mana-mana drama mahupun filem tempatan.
Bukan merajuk jauh sekali cuba mengelakkan diri, tetapi Haliza lebih selesa melakukan tugas-tugas di belakang tabir sebagai pengarah dan penerbit.
Ketika ditemui pada sidang media pelancaran dokumentari terbaru arahannya, Jelajah Kasih di Restoran Bora Ombak baru-baru ini, pelakon yang sudah menghambakan diri dalam bidang lakonan sejak 17 tahun lalu itu memutuskan untuk tidak lagi aktif sebagai pelakon.
Dia sebaliknya mahu lebih fokus terhadap kerja-kerja pengarahan dan penerbitan pelbagai program televisyen.
"Saya sudah lama berlakon. Bermula tahun 1992 sehingga kini, sudah 17 tahun berlakon. Kini saya rasa sudah sampai masanya saya perlahankan aktiviti lakonan.
"Memandangkan saya sekarang sudah ada syarikat produksi sendiri (Helle Pictures (M) Sdn. Bhd.), saya mahu tumpukan kepada kerja-kerja di belakang tabir pula.
"Bagaimanapun, itu bukan bermakna saya tidak mahu berlakon langsung selepas ini, saya akan berlakon tetapi kena memilih.
"Tidak lama lagi saya bakal muncul dalam tiga telemovie dan ketiga-tiganya adalah antara lakonan saya yang terakhir," kata heroin siri Cinderella yang pernah ditayangkan di TV3 tidak lama dulu itu.
Selepas berjaya menerbitkan 13 episod dokumentari, Jurnal Kembara Eropah yang ditayangkan di RTM, Haliza dan krewnya bakal bertolak ke Australia awal Mei ini bagi meneruskan pengambaran siri jelajah musim keduanya, Jurnal Kembara Australia.
Sebuah lagi dokumentari arahan Haliza yang bakal menemui penonton setia TV1 ialah dokumentari terbitan Eurofine (M) Sdn. Bhd., Jelajah Kasih.
Bercerita tentang dokumentari tersebut, kata Haliza, pengisiannya meliputi perjalanan pencarian keluarga dan saudara mara kanak-kanak Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim).
Bersama pengasasnya Norlina Alawi, selama hampir dua bulan bermula 5 Disember tahun lalu, krew Jelajah Kasih menjejaki keluarga kanak-kanak Pernim.
Antara negeri-negeri yang mereka kunjungi termasuklah Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Menurut Haliza, Jelajah Kasih diterbitkan bagi membuang tanggapan serong masyarakat yang sering memandang jijik terhadap para pesakit HIV selain sebagai medium pembelajaran kepada umum dalam menyelami isi hati para pengidap penyakit tersebut.
"Walaupun pernah mengarahkan program dokumentari sebelum ini, tetapi saya masih lagi tercari-cari peluang untuk melakukan sesuatu yang baru di luar bidang saya.
"Ada juga cita-cita sebelum ini untuk buat sesuatu program berbentuk kebajikan dan Jelajah Kasih membuka jalan untuk saya. Sesuatu perubahan yang saya rasakan dalam diri saya sekarang ialah semakin tenang berbanding sebelum ini.
"Melihatkan ketabahan kanak-kanak memerangi penyakit dalam program ini mengajar saya erti bersyukur, insya-Allah, jika diberi peluang untuk buat lagi program berbentuk kebajikan seperti ini memang saya mahu cuba," kata Haliza lagi.
Jelajah Kasih bakal bersiaran mulai 27 April ini di TV1, setiap Isnin pukul 11 pagi.
Selain dokumentari, Haliza kini dalam proses menyiapkan tiga telemovie lakonannya termasuk dua telemovie arahan Murali iaitu Bangkitnya Aku dan sebuah kisah komedi, Bedah Siasat. Satu lagi telemovie adalah arahan Pierre Andre iaitu Sophilea.
Belum mahu kahwin
Kebanyakan wanita apabila mula berganjak usia ke angka 30-an, pasti runsing memikirkan soal jodoh.
Namun bagi Haliza sendiri, yang sebelum ini lebih gemar menjalin hubungan cinta dengan lelaki bangsa asing tidak mahu menjadikan angka sebagai taruhan untuknya terburu-buru mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Haliza dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia berdarah kacukan Jerman, Ari Wibowo.
Malah, pernah juga dia menjalin hubungan dengan dua jejaka Inggeris, seorang dari Austria dan terbaru, lelaki berasal dari Eropah.
Berulang kali ditanya, berkali-kali juga Haliza meluahkan untuk tidak berkahwin.
Mengakui masih berhubung, barangkali, Haliza punya alasan sendiri dalam membuat keputusan besar yang bakal mempengaruhi perjalanan hidupnya kelak.
"Sebenarnya, dalam perhubungan saya banyak korbankan kepentingan saya sendiri demi menjayakan banyak perkara, sebab itu saya rasa tidak mahu berkahwin.
"Ini apa yang saya rasa sekarang. Saya terlalu pentingkan diri dan sentiasa mahu menang dalam segala segi.
"Saya tidak tahu apakah ada lelaki yang boleh mengubah sikap saya. Bukan kerana saya kecewa tetapi saya terfikir adakah di kalangan lelaki di luar sana yang boleh menerima saya yang sentiasa nak menang kerana saya jenis yang tidak suka dikongkong," jelas Haliza tentang situasi hubungan cintanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 1:38 pm | |
| Kembara seni penyanyi No. 1MENAWAN... Meski tampil ringkas, Siti tetap jelita dan semakin langsing. HARI ini, 1 April 2009 menandakan genap 14 tahun anak seni yang tiada tandingan ini melayari kehidupan di pentas yang penuh pancaroba. Tarikh keramat itu juga merupakan permulaan segalanya bagi wanita ini apabila album sulungnya, Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan dipasarkan. Sepanjang tempoh itu jugalah, peminat dan pemerhati muzik tempatan serta nusantara menyaksikan transisi figura unggul ini membina dirinya menuju kematangan, baik dalam kerjaya seninya mahupun kehidupan peribadinya. Tempoh 14 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat untuk wanita bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina empayar seninya sehingga mampu digelar penyanyi nombor satu negara. Katalah dan lemparkanlah apa sahaja kata-kata nista walaupun kedengaran kurang enak kepadanya, langsung tidak akan membuatkan dirinya berganjak dari apa sahaja yang beliau ingin lakukan demi kebahagiaan dan kebaikan dirinya. Lakaran kehidupan biduanita muda negara ini sememangnya penuh warna-warni. Suka, duka, pahit dan manis. Lengkap segala rencah dan menyingkap sejarah kariernya, perjalanannya untuk menduduki takhta teratas seperti hari ini tidak berlaku semalaman. Sebaliknya, panas terik dan hujan badai yang perlu dilaluinya tanpa mengira penat lelah di awal kemunculannya untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi selepas kejayaannya merangkul gelaran juara Bintang HMI 1995. Bukan itu sahaja, di kala usia yang ketika itu mencecah 16 tahun, Siti mengorbankan usia remajanya dalam menggapai impian dan cita-cita untuk bergelar seorang penyanyi sedangkan rakan-rakan sebayanya bertarung dengan buku serta bersengkang mata siang dan malam untuk memperoleh kejayaan cemerlang di dalam pelajaran. Itulah dinamakan takdir dan sememangnya sudah tertulis di loh mahfuz bahawa masa depannya sememang cukup cerah dalam bidang seni suara. Siti cukup bertuah kerana dia hadir dengan pakej yang lengkap yakni suara gemersik bagaikan buluh perindu di samping memiliki wajah jelita dan manis. Selain kehebatan vokalnya, keperibadiannya yang masih lagi mempertahankan budaya dan adat ketimuran juga menjadi faktor mengapa Siti diminati dan disanjung oleh pemujanya. Cukup luar biasaTidak terhenti setakat itu, siapa yang boleh lupa kejayaan sulungnya dalam bidang nyanyian apabila lagu dendangannya, Jerat Percintaan dinobatkan sebagai Juara Lagu 1996 dengan mengalahkan penyanyi wanita popular ketika itu, Ziana Zain. Bermula detik itu, Siti tidak lagi menoleh ke belakang dan dia menjadi semakin yakin dengan dirinya yang mampu untuk mencipta nama sebagai seorang penyanyi popular. Malah, namanya juga semakin meniti di bibir masyarakat serta peminat yang mula menyanjung bakat besar yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya itu dan dia berjaya mencipta populariti yang cukup luar biasa. Sudah menjadi adat manusia yang perasaan cemburu dan iri hati akan tetap terbit dalam hati dan setiap kali Siti mencipta kejayaan serta kecemerlangan, ia pasti akan mengundang perasaan ketidakpuasan dan polemik di kalangan peminat dan karyawan seni tanah air sendiri. Siapalah kita untuk mempersoalkan setiap rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Siti sendiri mungkin tidak pernah bermimpi mahupun memasang impian untuk menggenggam kejayaan luar biasa seperti yang dikecapinya hari ini. Ruangan ini juga terlalu terhad untuk menyenaraikan kejayaan dan kegemilangan yang diraih Siti sepanjang 14 tahun bergelar penyanyi dan penghibur tersohor negara dan juga nusantara. Sehingga kini, dianggarkan lebih daripada 150 anugerah dari dalam dan luar negara yang menjadi milik mutlak penyanyi berdagu lekuk ini sehingga tidak terhitung jumlahnya. Namakan saja. Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Era, Anugerah Planet Muzik dan pelbagai anugerah lagi, semuanya sudah menjadi prasasti seni seorang yang bernama Siti Nurhaliza. Bukan sekadar kisah kejayaannya yang menjadi perhatian tetap kehidupan peribadinya juga cuba ditelanjangkan. Tetapi ketegaran Siti mempertahankan privasinya amat disanjung tinggi sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dalam perkahwinan yang dilabelkan sebagai wedding of the year. Pun begitu, bahtera perkahwinan mereka berdua yang akan menginjak usia tiga tahun pada Ogos nanti tidak pernah henti diuji. Walaupun pelbagai kata-kata kurang enak menyelubungi ikatan suci mereka, namun, cinta mereka tetap kukuh dan bahagia sehingga ke saat ini meskipun jurang usia mereka sangat besar. Konsert amal Berbalik kepada karya seninya, sepanjang 14 tahun ini, evolusi muzik nyanyian Siti dilihat begitu ketara. Mengenali Siti, beliau tidak pernah lelah untuk mencuba sesuatu yang baru dalam memberikan yang terbaik untuk mengukuhkan lagi legasi seninya. Lagu-lagu hits dan popularnya antaranya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Hati Kama (duet bersama Noraniza Idris), Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Dialah Di Hati, Bukan Cinta Biasa, Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Melawan Kesepian serta yang terbaru, Di Taman Teman sememangnya cukup diminati Apa yang pasti, rangkaian lagu-lagunya itulah yang berjaya meletakkan dirinya di puncak tertinggi. Yang amat diimpikan oleh penyanyi bersuara emas ini adalah untuk mendokumentasikan lagu-lagu dendangannya itu dalam satu konsert khas yang akan diadakan sekitar bulan Jun depan. Semuanya itu adalah untuk meraikan ulang tahunnya ke-14 bersama peminat-peminatnya yang tidak pernah henti menyokongnya serta menjadi tulang belakang kejayaannya selama ini. Bukan tidak pernah dia membuat persembahan sedemikian rupa kerana pentas agung Royal Albert Hall, London pernah menjadi saksi lagu-lagunya berkumandang di segenap maya dewan penuh keramat itu pada tahun 2005. Tetapi kata Siti, kali ini konsert yang akan diadakan di pentas bertaraf dunia, Istana Budaya itu akan memberikan satu persembahan dan pendekatan yang cukup berbeza. Malah dia tidak segan untuk mengakui konsep persembahan yang ada di dalam kotak fikirannya kini adalah berinspirasikan daripada konsert Celine Dion Live In Vegas. Meskipun begitu, ia bukanlah sembarangan konsert kerana ia adalah konsert amal di mana sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa. "Tapi saya sedar apa sahaja yang saya lakukan semuanya kena ukur di baju sendiri. Saya mahu manfaatkan segala kemudahan yang ada di Istana Budaya demi mempamerkan satu kelainan demi peminat saya. "Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang konsert ini kerana masih terlalu awal dan semuanya masih lagi di peringkat perbincangan. Kertas kerja juga sudah diserahkan kepada pihak Istana Budaya. "Apa yang saya harapkan kini adalah untuk mendapatkan penajaan daripada pihak-pihak korporat dan swasta bagi merealisasikan konsert amal ini," jelasnya yang kelihatan semakin langsing itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Secretaries' Week Luncheon Special Exclusively With Kris Dayanti and Siti Nurhaliza di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawa Operasi Cash Band, Johan Thomas Low dan Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Quality City Centre, Hidzir Abdul Hamid. Kris akan membuat persembahan pada 21 April, manakala Siti pula pada 22 April dan persembahan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade (MECC). Bercerita lanjut tentang persembahan eksklusif sempena minggu setiausaha tahun ini, Siti melahirkan rasa terujanya kembali berkolaborasi dengan hotel berkenaan untuk kali keenam. Apatah lagi, sudah dua tahun dia tidak mengadakan persembahan pada minggu setiausaha. Lebih manis lagi, tahun ini juga merupakan persembahan Siti yang pertama selepas bergelar seorang isteri. Khabarnya juga pihak Hotel Quality telah melamar dan berusaha mendapatkan Siti sejak bulan September tahun lalu untuk persembahan eksklusif ini. "Tawaran pihak Hotel Quality memang sukar untuk saya tolak kerana kami mudah untuk bekerjasama dan sikap toleransi itu ada. Apa yang pasti, setelah dua tahun berehat, saya akan memberikan persembahan yang berbeza kali ini. "Saya mahu mereka berasa puas dan gembira agar ia setimpal dengan harga yang mereka laburkan untuk persembahan saya yang akan berlangsung selama 45 minit hingga satu setengah jam itu," kata anak kelima daripada lapan adik-beradik itu lagi. Mengenai kerjaya seninya yang semakin rancak selepas perkabungan sempena pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Tarudin Ismail pada 15 Februari lalu, ternyata Siti tidak menang tangan memenuhi undangan nyanyian dan rakaman program televisyen. Berterima kasihSiti juga akan menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan pada malam Anugerah Bintang Popular pada 12 April depan dan berkemungkinan besar juga pada anugerah berprestij, Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) nanti. Malah, penyandang Vokal Wanita Terbaik AIM sebanyak sembilan kali ini juga kembali menyambung promosi bagi album Lentera Timur yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. "Alhamdulillah, Lentera Timur dapat diterima dengan baik oleh peminat dan pendengar radio. Selepas ini, lagu Cinta Ini ciptaan Katon Bagaskara akan menyusul sebagai single kedua. Malah, video klip lagu berkenaan juga sudah ditayangkan di televisyen. "Dalam masa yang sama, lagu Ada Masa Mata karya M. Nasir juga mendapat tempat di corong radio. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan untuk album ini," ujarnya yang tidak akan mencalonkan lagu-lagu terbarunya dalam Muzik-Muzik 24 tahun ini. Pada kedua-dua hari itu nanti, pelakon dan pelawak terkenal, Dee akan bertindak sebagai hos, manakala Dasha Logan yang merupakan anak kepada mendiang Loga daripada kumpulan Alleycats akan beraksi untuk persembahan pembukaan. Bagi setiausaha dan peminat dua diva terulung Nusantara ini, tiket-tiket berharga RM580++ (VVIP), RM480++ (VIP), RM380++ (1st Tier) dan RM280++ (2nd Tier) sudah mula dijual. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 03-2693 9233 sambungan 8023/8017. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 1:40 pm | |
| Vanidah tidak risau adegan peluk WATAK Mahsuri menguji kemampuan Vanidah Imran menyanyi, menari dan berlakon dalam teater arahan Fauziah Nawi.
SEBAGAI pelakon, Vanidah Imran sentiasa bersedia melakonkan pelbagai watak sama ada menerusi teater, drama atau pun filem.
Menurut ibu kepada dua anak ini, setiap watak akan cuba dilakonkannya asalkan ia tidak melampaui batas agama dan budaya Timur.
Antaranya kata Vanidah ialah, adegan peluk yang akan dipersembahkannya menerusi teater berjudul Mahsuri pada 24 April ini.
Teater arahan Fauziah Nawi di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang akan berakhir pada 30 April itu misalnya, turut membabitkan adegan tersebut.
Jelas Vanidah, dia tidak risau dengan adegan-adegan itu kerana ia tidak keterlaluan dengan statusnya yang sudah bergelar isteri.
“Saya tidak risau kerana itu adalah lumrah dalam bidang lakonan. Sebelum ini, dalam teater Tun Perak pun saya pernah lalui pengalaman itu.
“Tetapi dalam budaya Melayu kita ada batasan tertentu yang harus dipatuhi. Suami saya (Rashidi Ishak), seorang yang amat memahami diri saya.
“Apatah lagi dia juga seorang pelakon. Dia faham,” katanya kepada Hits ketika ditemui selepas sidang media Mahsuri di Istana Budaya, baru-baru ini.
Menepuk bontot
Dalam Mahsuri, beliau akan melakonkan watak Mahsuri bergandingan dengan pelakon baru, Arja Lee yang melakonkan watak sebagai suaminya.
Watak Wan Darus lakonan Arja misalnya, menampilkan beberapa adegan peluk dengan Mahsuri bagi menghidupkan lagi watak mereka.
Menyingkap pengalaman melakonkan adegan seperti itu yang boleh mencetuskan kontroversi, ia bukanlah pengalaman baru buat Vanidah.
Sebaliknya, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia pada 2007 ini pernah melakonkan adegan yang lebih mencabar daripada itu.
“Dalam teater Lantai T. Pinkie yang saya lakonkan pada tahun 2000, pelakon Che Kem pernah menepuk bontot saya dalam satu adegan.
“Bagi saya, adegan itu diadakan bagi menguatkan lagi jalan cerita teater itu. Saya yakin, suami saya faham akan adegan seperti itu,” ujarnya.
Dengan kepercayaan yang telah diberi oleh Fauziah Nawi, Vanidah akan sedaya upaya menghayati dan melakonkan watak Mahsuri.
Ini kerana katanya, peluang itu tidak datang bergolek, sebaliknya dia terpaksa melalui jerit perih dalam sesi uji bakat yang telah diadakan.
“Walaupun ada pengalaman berlakon, tetapi saya seperti juga pelakon lain terpaksa melalui sesi uji bakat sebelum terpilih berlakon dalam teater ini.
“Uji bakat itu penting bagi mencari pelakon yang benar-benar sesuai dan boleh menghayati watak Mahsuri yang boleh dikatakan mencabar.
“Watak Mahsuri memerlukan saya berlakon, menari, menyanyi dan mungkin juga bersilat. Rangkuman semua elemen itu amat mencabar.
“Tanpa latihan intensif, mana mungkin saya mampu melakonkan watak Mahsuri dengan berkesan,” kata pelakon filem Red Kebaya ini.
Sejak terbabit dalam bidang lakonan pada 1993, Vanidah telah berlakon dalam banyak naskhah teater dengan membawakan pelbagai watak.
Antaranya menerusi teater Megat Terawis (1994), Anak Tanjung (1996), Selendang Umi (1997) dan Laila Majnun (1998).
Vanidah pernah membintangi filem seperti Putera (1994), Cinta Metropolitan (1994), KL Menjerit (2001) dan Mami Jarum (2002).
Bagi memantapkan lakonannya, buat masa ini Vanidah dan para pelakon Mahsuri lain sedang giat menjalani latihan pementasan tersebut.
Katanya, latihan terutama dalam teater amat penting bagi memastikan watak Mahsuri dapat dilakonkannya dengan berkesan.
Sehubungan itu, Vanidah terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama bagi memberi komitmen kepada naskhah epik itu.
“Berlakon teater tidak sama seperti berlakon drama atau filem. Ini kerana, dalam teater seseorang pelakon itu perlu banyak berlatih.
“Kalau tidak nanti kita akan kaku kerana teater dipersembahkan secara langsung di hadapan para penonton,” jelasnya.
Selain Vanidah, Mahsuri turut dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Azman Md. Hasan (Deramang) dan Azizah Mahzan (Wan Endah).
Mahsuri yang mengenakan tiket RM30, RM50, RM70 dan RM100 itu merupakan terbitan Istana Budaya yang bertemakan seni budaya tempatan.
Teater itu mengisahkan Mahsuri yang menjadi mangsa fitnah kerana kecantikan rupa paras dan keluruhan budi pekerti yang dimilikinya.
Akibat fitnah itu, Mahsuri telah mati dibunuh, di mana selepas kematiannya Pulau Langkawi ditimpa musibah gara-gara angkara tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 02 Apr 2009, 1:41 pm | |
| Winnie 'ubat ' hati di Indonesia WINNIE dikenali di Indonesia.
PEMERGIAN Winnie K ke Indonesia menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan para peminatnya, apalagi sejak beberapa bulan lalu heboh cerita kononnya penyanyi yang fasih berbahasa Melayu ini putus cinta dengan jejaka di sana.
Kekasih hati Winnie pula bukan calang-calang orang. Khabarnya jejaka yang berjaya mencuri hati Winnie adalah pemain badminton terkenal negara itu.
Sayangnya hubungan cinta yang dulunya dikatakan mekar, tiba-tiba layu tanpa diketahui apakah sebabnya.
Dan disebabkan itulah kononnya Winnie ke Jakarta lagi untuk mengubat hati yang luka.
Winnie yang ditemui di majlis pelancaran albumnya Kau Ada Di Mana di Kuala Lumpur baru-baru ini tersenyum malu apabila di tanya mengenai kisah cintanya itu yang tidak bertahan lama.
Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, Winnie akhirnya membuka rahsia kekerapannya ke sana sambil berkata;
"Saya ke sana memang untuk mengubat hati tetapi bukan hati yang luka, sekadar mengubat hati yang begitu lama ingin merakamkan album di sana."
Kau Ada Di Mana, album penuhnya berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan oleh Trinity Optima Productions dari Indonesia.
Syarikat rakaman itu menaungi ramai artis popular Indonesia, antaranya Rossa dan kumpulan Ungu.
Selama ini, ramai penyanyi dan pemuzik tempatan yang terkilan kerana sukar untuk memasarkan album-album terbitan mereka di pasaran Indonesia, namun masalah itu tidak terjadi kepada Winnie.
Menurutnya, tuah menyebelahi dia kerana pihak Trinity Optima menggemari lagu-lagu pop dance yang dinyanyikan dalam bahasa Malaysia.
"Saya memang sudah lama mengimpikan album penuh berbahasa Malaysia kerana saya mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan malah sejak kecil lagi meminati lagu dan artis Melayu.
"Dengan bajet sendiri saya menampung pembikinan album yang dimulakan sejak tiga tahun lalu dan dengan bantuan rakan, saya diperkenalkan dengan orang kuat Trinity Optima Productions.
"Mereka gemar dengan konsep album saya yang rancak, lalu bersetuju mengambil saya sebagai artis mereka.
"Bukan saya tidak mahu menerbitkannya di Malaysia, tapi peluang sebegini jarang datang dan peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa bagi album berbahasa Malaysia semestinya di Indonesia," tutur lembut gadis berbangsa Tionghua yang semakin petah berbahasa Melayu.
Lagu yang dimuatkan dalam album Kau Ada Di Mana ini ialah Kekasih Gelapmu, Tak Bisa Memilih, Ke Akhirnya, Sampai Bila, Hatiku Tak Tahan Lagi, Untuk Kita Bersatu, Excuse Me, Kehadiranmu dan Cahayakan Cinta.
Album ini mengandungi lagu-lagu ciptaan komposer tersohor rantau ini termasuklah Ajai, Cat Farish, Audi Mok, Nurul, Dewiq dan lain-lain.
Telah diedarkan di Jakarta sejak Mac tahun lalu, Winnie kemudian sibuk dengan promosi albumnya dan sering dijemput mengadakan persembahan di sekitar Indonesia.
Lebih membanggakan, lagu Kau Ada Di Mana juga pernah menjuarai carta radio tempatan di sana selama beberapa minggu.
Setelah membina nama di Indonesia, Winnie K kemudian pulang ke Malaysia dan membawa albumnya ke Warner Music Malaysia.
Di atas kejayaan album itu di Indonesia, pihak Warner bersetuju untuk berkerjasama menerbitkan kembali album itu di Malaysia pada Jun 2008.
Mengusik tentang perancangannya untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun, Winnie sambil tersenyum berkata; dia masih belum berjumpa dengan cinta hati.
"Jika jodoh saya nanti sudah sampai, saya bersedia untuk menghadkan karier saya," ujar Winnie. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 8 of 15 | Go to page : 1 ... 5 ... 7, 8, 9 ... 11 ... 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |