Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : 1, 2, 3 ... 10 ... 20  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeSun 08 Feb 2009, 11:16 am

Jom!!jom!! dtg ke umah baru sally!! hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeSun 08 Feb 2009, 11:32 am

Filem Sifu & Tongga - Aksi Apek & Nabil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 1-810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 2-810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 3-710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 4-810

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 9-210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeSun 08 Feb 2009, 11:37 am

"Mas ajak saya kahwin "

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 A45 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 B32

MINGGU ini, nama penyanyi Asma Ghani atau Mas, ibu tunggal kepada dua orang anak yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) tiba-tiba menjadi popular.

Bukan kerana kerjaya seninya yang cemerlang tetapi Mas dikatakan kurang waras sehingga dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada awal pagi Rabu lalu. Penyanyi berdagu runcing ini dikatakan telah membuat kecoh dan meracau-racau di Balai Polis Pandan Indah selepas membuat satu laporan polis tanpa menandatangani laporan tersebut.

Kononnya tindakan Mas itu ada kaitan dengan masalah album yang asyik tertangguh, tetapi kata penerbit album berkenaan, Joe Wings adalah sesuatu yang mustahil seorang artis boleh jadi 'seteruk' itu hanya semata-mata kerana masalah album.

Rupa-rupanya hubungan cintanya yang bagai retak menanti belah dengan duda beranak tiga yang dipanggil Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd. Shahril, 36, juga menjadi salah satu sebab kenapa emosi Mas terjejas teruk.

Bagi mendapatkan cerita yang lebih jelas perihal Mas dan masalah cinta mereka, Kosmo! menyelami dasar hati Rock yang juga seorang pelakon. Ikuti perbualannya bersama Kosmo! semalam.

Bagaimana berkenalan dan sudah berapa lama hubungan cinta ini terjalin?

Secara tidak sengaja. Pada awal perkenalan saya memang tidak mengenalinya sebagai Mas AF2 kerana saya jarang tengok TV. Saya berkawan dengannya hampir setahun, tetapi cukup untuk saya kenal siapa diri Mas.

Apa yang menarik tentang Mas?

Dia seorang yang jujur dan lurus, malah, saat pertama kali bertemu dengannya saya sudah terpikat dan merasakan dialah wanita pilihan. Percintaan kami bukan seperti pasangan lain, bukanlah jenis 'jiwang-jiwang', tetapi cinta kami cinta rock dan selamba.

Ada yang mendakwa, emosi Mas terjejas teruk kerana keengganan Rock untuk berkahwin dengannya. Betul ke?

Saya sayangkan dia, begitu juga dengan Mas, saya tahu dia terlalu sayangkan saya. Memang Mas ada ajak saya kahwin.

Jadi Mas yang ajak kahwin?

Memang dia hendak menamatkan hubungan kami ke jinjang pelamin. Ikut perancangan Mas mungkin bulan Mac ini dia mahu kahwin.

Apa reaksi Rock?

Saya beritahu dia, biarlah kerja seninya stabil terlebih dahulu. Tujuan utama dia datang Kuala Lumpur pun untuk cari rezeki bagi menyara anak-anak dia di kampung. Lepas ekonomi stabil, baru kami akan memikirkan tentang perkahwinan.

Memandangkan Rock pernah mahu putuskan hubungan dengan dia, apakah Rock sedia terima Mas semula selepas tengok keadaan dia sekarang?

Tentang itu saya tidak boleh jawab.

Kenapa?

Tanyalah Mas. Kalau dia masih mahukan saya dalam hidup dia, okeylah. Saya tidak boleh buat keputusan seorang diri. Apa yang penting dia harus pulang ke Tawau, Sabah, untuk tenangkan diri terlebih dahulu.

Rock sudah jumpa ibu bapa Mas di Tawau?

Belum pernah. Sebab itu, saya tidak berani untuk bercakap tentang perkahwinan kerana saya belum jumpa ahli keluarganya lagi, hanya berbual menerusi telefon saja. Tetapi keluarganya tahu akan hubungan kami. Kalau selepas ini ibu bapanya datang ke Kuala Lumpur untuk melawatnya, saya pasti pergi untuk bertemu mereka.

Rock dilihat lebih banyak bercakap dengan media, secara tidak langsung meraih publisiti secara percuma, adakah Rock senang dengan keadaan ini?

Saya bukannya cari publisiti, sebelum ini tidak ada orang yang kenal saya walaupun saya terlibat dalam industri seni. Memang kawan saya ramai artis, tetapi saya bukannya jenis mencari publisiti murahan. Apa yang saya luahkan hanya luahan isi hati sebagai orang yang rapat dengan Mas bukannya nak tumpang glamor.

Sekarang ini apa harapan Rock terhadap hubungan kalian dan nasib Mas?

Apa yang saya harapkan ialah dia dapat keluar dari wad dan saya berusaha keluarkan dia. Kalau boleh saya ingin berada di sisi Mas supaya dia tahu ada orang yang ambil berat akan dirinya. Saya risau kalau dia jadi teruk kerana keadaan di wad itu. Pada peminatnya, tolong doakan agar kesihatannya pulih dan dia dapat keluar dari wad dengan segera.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeSun 08 Feb 2009, 11:43 am

Azwan Lancar Perang Dengan Wartawan!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 32140810

KL, 6 FEB 2009: Entahlah, Miss Propa pun tak tahu apa nak cakap lagi. Perang di Tebing Gaza sudah reda, tapi perang baru pula meletus dalam industri hiburan tempatan.

Ia tentang pengacara propa, Azwan Ali yang telah melancarkan perang dengan sekumpulan editor dan wartawan hiburan. Bukan saja kata mengata di belakang tetapi juga menulis dengan lancang, kesat, pedas atau kata orang sekarang, berani mampus dalam blognya.

Malah ada pula beberapa wartawan yang Azwan sampai tak mahu maafkan dunia akhirat. Amboi, marah sungguh Azwan sampai bertindak over dan nekad macam gitu sekali. Dendam jenis apa tu?

Dengan perang yang telah dilancarkan Azwan itu, dia juga telah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan digam. Ya, Azwan berkata dia rela menjadi the next Fasha Sandha!

Bagi Miss Propa, apa yang Azwan hendak buat, itu adalah haknya tapi Azwan sendiri dah besar panjang dan sudah boleh memikirkan kesan daripada tindakannya yang keterlaluan itu
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeSun 08 Feb 2009, 11:46 am

GEMPAR : Norman Hakim ditembak

dlm GERAK KHAS ahakz!!! ngeh3x

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 A46

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Aa14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeSun 08 Feb 2009, 11:49 am

Sheeda & suami baru @ WHI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 116

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 219
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 9:28 am

(Gambar) Banyaknya Lemak Mu Azharina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mainpi51
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 9:29 am

(Gambar) Fasha Sandha Berposing Di Kolam Renang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fasha410
Jangan marah ye bang, gambar Fasha Sandha tidak seperti yang kalian harapkan. Ha ha
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 9:59 am

Bukan Editor Yang Ku Cari, Tetapi Ahli Perniagaan Menjadi Pujaan Hati Ku - Kisah Cinta Darling Ngasri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mainpi52

Darling Ngasri pernah mencuri tumpuan umum di’sebabkan kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang editor hiburan akhbar tabloid, kini sudah menemui cintanya yang baru. Bukan calang-calang orang yang di’minatinya, lelaki yang bertuah itu adalah seorang ahli perniagaan dari negeri Melaka!

Khabarnya, ahli perniagaan tersebut menjadi pilihan ibu Darling Ngasri & agak menghairankan kerana mereka perlu tinggal bersama ibunya selepas berkahwin. Pada pendapat OHBULAN!, sangat tidak best ok!

Darling Ngasri di’katakan sibuk memilih barang persiapan perkahwinan & tidak lupa anak saudaranya, Memey Suhaiza juga bakal berkahwin dengan Norman Hakim tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 10:00 am

(Kisah Benar) Tiar Jinbara Nikah Suzan B*POP

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 23200914

Tatkala Murai.com.my masih berteka-teki adakah Tia Jinbara sudah bernikah, OHBULAN! menerima berita eksklusif daripada anak saudaranya sendiri, yang menghubungi penulis berkenaan status perkahwinan Tia Jinbara.

Menurut anak saudaranya, sudah tentu keluarga mereka akan di’maklumkan andai kata Tiar Jinbara ingin melangsungkan perkahwinannya & mustahil keluarganya tidak di’jemput kerana barang hantaran Tiar Jinbara masih berada di’rumahnya.


Memang anak saudaranya mengakui bahawa Tiar Jinbara sedang bercinta dengan reporter Suzan B*POP, tetapi bukan berkahwin sekarang. Malah, apabila anak saudaranya bertanyakan sendiri soalan mengenai perkahwinan terhadap Tiar, beliau sendiri pun masih tidak pasti.

Kata anak saudaranya lagi, dia sendiri pun sudah naik serabut dengan barangan hantaran berupa purse, kasut, handbang & lain-lain di’rumahnya.

OHBULAN! mendoakan agar Tiar Jinbara dapat melangsungkan perkahwinannya secepat mungkin, lagipun masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup, bukan?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 10:11 am

Kronologi kontroversi perkahwinan Aziz dan Radhiah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Azspot10


9 hingga 20 Mac 2008 - Nor Radhiah Ramli, 23 dan Aziz M. Osman, 47 berkenalan ketika mengerjakan umrah di Mekah.

4 April 2008- Radhiah dinikahkan dengan Engku Ahmad Hisham Engku Abdullah, 29 oleh jurunikah tidak bertauliah di Pengkalan Kubur, Kelantansecara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.

28 Julai 2008- Perkahwinan Radhiah yang pertama dahulu terbatal dan dianggap tidak sah. Mahkamah Syariah Kuala Terengganu telah mengeluarkan surat pembatalan 'perkahwinan' tersebut. Namun, surat ini hanya diterima selepas Radhiah berkahwin dengan Aziz.

16 Ogos 2008- Aziz dan Radhiah dinikahkan sendiri oleh bapa Nor Radhiah, Ramli Yusuf, 52, disaksikan oleh Jurunikah Mukim Batu Rakit yang juga merupakan bapa saudara Nor Radhiah, Ismail Yusof, 63.

14 September 2008- Sijil perkahwinan Radhiah dan Aziz dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

2 November 2008- Sebuah akhbar mingguan mengeluarkan kenyataan ibu Aziz, aktres Afida Es mengenai perpisahan Aziz dan Radhiah dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah kerana katanya Radhiah masih dalam 'edah' seperti yang diberitahu 'bekas suaminya'.

3 November 2008- Radhiah merujuk status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan hakim memintanya mengisi borang permohonan pengesahan perkahwinan.

23 November 2008- Kes status perkahwinan Aziz dengan Radhiah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

11 Januari 2009- Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menetapkan tarikh 8 Februari untuk menentukan status perkahwinan Aziz dengan Radhiah.

8 Februari 2009- Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memutuskan perkahwinan Aziz dengan Radhiah tidak sah.

Menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya, semasa hari pernikahan pada 16 Ogos lalu, Radhiah masih dalam edah hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:18 pm

Aziz fikirkan anak-anak, Radhiah sambung belajar

TEMUBUAL yang dilakukan secara berasingan ini lebih kepada ingin mengetahui reaksi, ikhtibar dan perancangan masa depan pasangan produser Aziz M. Osman, 47, dan Nor Radhiah Ramli, 23, selepas mendapati Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memutuskan perkahwinan mereka tidak sah.

Apakah reaksi apabila mendengar keputusan mahkamah?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Aziz11
Aziz ketika menghadiri perbicaraan pertama di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada 23 November lalu. -foto The Star


Aziz: “Kes ini baru pertama kali dilalui oleh saya. Jadi, apabila ditanya apakah reaksi saya apabila mendapat tahu perkahwinan saya tidak sah, saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Nor10
Radhiah selepas mendengar keputusan perkahwinannya dengan Aziz hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. -foto Kosmo


Radhiah: “Saya rasa lega sebab tujuan saya memang hendak mendengar keputusan perkahwinan ini. Selepas saya mendengar keputusan ini, saya perlu terima segala keputusan yang diberikan.

Adakah Abang Aziz rasa terpukul dengan kes ini?

“Tidaklah sehingga saya rasa seperti kena pukul. Tetapi apa yang saya takut akhirnya berlaku juga kerana kes ini mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada saya.

“Keburukannya adalah kes ini menyentuh kehidupan saya kerana saya tidak perlukan situasi seperti ini di mana saya menjadi popular kerana cerita sensasi dan gosip.

“Ikutkan, saya mahu dikenali kerana kerja saya. Perkara seperti ini memang kalau boleh saya nak elak sangat-sangat.

“Kebaikannya pula adalah saya dapati perkara seperti ini boleh dijadikan ikhtibar dan ilmu untuk orang ramai.

“Kita perlu teliti sesuatu hukum itu kerana selalunya kita anggap dan memandang ringan terhadap hukum-hakam dalam Islam.

“Misalnya, apabila seseorang itu berkahwin lari, dia perlu fikirkan kesan-kesan buruknya.

“Apabila kita membuat sesuatu tanpa berfikir kesan di masa depan, baru kita tahu sesuatu perkahwinan itu telah diumumkan tidak sah seperti perkahwinan Radhiah terdahulu.

“Dengan itu, dia perlu juga menjalani edah seperti wanita yang melalui proses penceraian.

“Jadi, mungkin selama ini masyarakat tidak tahu kedudukan keadaan ini. Jadi, apabila perkara ini berlaku, barulah kita mengetahuinya.

“Tetapi, masalahnya ia berlaku kepada diri saya.”

Bagaimana Radhiah boleh tidak tahu diri-sendiri sepatutnya menjalani edah selepas perkahwinan pertama?

“Semasa hakim membicarakan kes perkahwinan pertama saya dulu, dia tidak memberitahu secara menyeluruh seperti soal edah.

“Saya ingatkan apabila mahkamah memutuskan perkahwinan pertama itu tidak sah, jadi saya tidak perlu melalui edah.

“Jadi, sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Abang Aziz. Hakim yang memutuskan perkahwinan saya dan Abang Aziz tidak sah juga berkata ia merupakan kesilapan daripada hakim yang mengendalikan kes perkahwinan pertama saya dulu.”

Bagaimana tidak tahu sedangkan telah melalui hubungan suami isteri dengan Engku Ahmad Hisham Engku Abdullah?

Radhiah: “Waktu itu waktu syubhah (haram), jadi saya tidak tahu ia ada kena mengena dengan edah. Mahkamah pula tidak terangkan yang saya perlu edah tiga kali suci seperti penceraian yang berlaku kepada orang lain.

“Jadi, saya terima sahaja alasan yang diberikan oleh hakim itu.”

Secara positifnya, apakah pengajaran yang didapati daripada kes ini?

Aziz: “Apabila kita hendak membuat sesuatu, biarlah baik mana pun niat kita itu, kita perlu ambil langkah berhati-hati dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan.”

Radhiah: “Saya kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan jangan terlalu terburu-buru dan tergopoh-gapah.

“Jika saya ingin katakan salah saya memilih Abang Aziz, tidak juga sebab dia merupakan seorang lelaki yang baik.

“Sebagai manusia, kita tak lepas daripada melakukan kesilapan. Saya tak salahkan orang lain juga melainkan diri-sendiri.

“Ia juga memuhasabahkan dan mematangkan diri pada masa akan datang.”

Jadi, selepas kes ini berlaku, bagaimana hubungan anda berdua?

Radhiah: “Kami tak pernah bergaduh, jadi hubungan kami tetap baik sampai bila-bila. Saya juga akan kekalkan hubungan macam biasa."

Aziz: “Soalan itu yang saya tak nak dengar. Jadi, tiada komen.”

Kiranya, adakah Abang Aziz sudah memaafkan kesilapan yang berpunca daripada Radhiah ini?

“Tidak timbul soal maaf atau tidak. Ini bukan soal siapa yang berdosa, dan bersalah. Ini soal kesilapan teknikal yang perlu diambil ikhtibar oleh sesiapa sahaja termasuk diri saya.

“Saya bukan nak kata Radhiah membuat dosa kepada saya. Dulu, semasa dia berkahwin dengan Engku Hisham pun, mereka berkahwin dan bukannya berzina.

“Maksudnya di sini, seseorang yang berkahwin itu mempunyai niat yang baik dan bukannya untuk melakukan zina.

“Jadi, tidak timbul isu dia buat salah. Cuma salahnya di situ adalah Radhiah telah berkahwin tanpa restu ibu dan ayahnya.

“Saya pun memasang niat untuk berkahwin dengan Radhiah kerana niat yang baik. Bagi saya, semua perkara yang melibatkan perkahwinan berkaitan dengan niat yang baik.

“Siapa yang berniat hendak berkahwin dan esoknya bercerai? Melainkan seseorang yang berniat untuk mempermain-mainkan perasaan orang lain, dia tidak akan terlintas langsung untuk berkahwin.

“Perkahwinan ini merupakan suatu ikatan. Baik saya mahupun Radhiah dan Engku Hisham, kami tidak mahu perkahwinan itu runtuh di tengah jalan.

“Kadangkala, perkara teknikal yang kita tidak terfikir dan diambil secara terburu-buru, boleh membuatkan berlakunya kes seperti yang kami lalui sekarang.

“Bagi saya, kesalahan yang dilalukan oleh Radhiah itu terlalu kecil. Cuma, perkara kecil inilah yang kita perlu titik beratkan kerana ia mempunyai hubung kait dengan perkara lain yang bagi kita nampak kecil tetapi apabila ia meleret-leret, terus menjadi besar.

“Kes ini pada mulanya hanya tercetus akibat dia kahwin lari. Kemudian, kedua ibu dan bapanya tidak memberkati hubungan itu.

“Kebetulan pula, waktu itu saya berniat untuk memperisterikan Dhia dan terus berjumpa dengan ibu dan bapa Dhia, saya terus bersetuju untuk berkahwin dengannya selepas mengetahui perkahwinan pertamanya dengan Engku Hisham tidak sah.

“Keseluruhan cerita ini nampak seperti tiada apa-apa kesalahan tetapi apabila kita melihat dari sudut hukum, rupa-rupanya ada kesalahan yang kita tidak tahu.

“Bagi saya, kalau saya teruskan hubungan dengan Nor Radhiah dan saya tidak tahu tentang tidak sahnya perkahwinan ini, jadi ia akan terbabit dengan perkahwinan yang tidak selesa, ‘panas’ dan zuriat yang tidak baik.

“Jadi, dalam kehidupan ini kita kena lihat kenapa kita selalu berasa ‘panas’. Mungkin kita kena lihat perkara sebaliknya yang pernah kita lakukan seperti ini.”

Selepas ini, apakah perancangan masa depan?

Aziz: “Saya akan tumpukan perhatian kepada anak-anak. Sebanyak mana hal ini telah menjejaskan kehidupan anak-anak saya yang tidak bersalah di mana mereka sentiasa ditimpa soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya sedangkan yang melalui hal itu adalah saya.

“Anak saya menjadi mangsa keadaan. Mereka tidak sepatutnya dibebani dengan masalah sebegini. Jadi, apa yang saya perlu lakukan adalah saya akan memudahkan kehidupan dan memberikan tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

“Pasal sekarang ini, saya rasa kehidupan saya ini bukan untuk saya lagi. Zaman saya ini sudah habis. Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang anak-anak dan masa depan mereka.”

Radhiah: “Saya baru memohon untuk menyambung belajar dalam Ijazah Pendidikan Pengajian Islam di Universiti Darul Iman.

“Selepas ini, saya akan teruskan kehidupan seperti biasa dan memulakan kehidupan yang baru."

Jadi, tidak terfikir untuk berkahwin lagi buat masa ini?

Aziz: “Saya tidak tahu lagi sebab sekarang bukan masa untuk fikirkan diri saya. Kalau saya kahwin lagi, bermakna saya fikir untuk diri-sendiri melainkan saya akan kahwin sebab anak-anak inginkan ibu tiri.

“Asalkan saya dan ibu mereka, Noraliah Lee Abdullah masih ada, itu sudah cukup.

“Anak-anak saya pun semakin meningkat dewasa. Jika mereka masih kecil, mungkin mereka perlukan perhatian seorang ibu, jadi saya perlu wujudkan seorang ibu.

“Tetapi, apabila mereka sudah besar, mereka perlukan seorang sahabat. Saya akan berada di situ untuk menjadi kawan kepada mereka.”

Radhiah: "Insya-Allah, jika ada jodoh dengan orang lain, saya terima. Kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat pada masa akan datang.”

Sepanjang tempoh kes ini berjalan, apa yang Abang Aziz lakukan?

Radhiah: “Saya teruskan kehidupan seperti biasa dan mengajar di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2 sebab nak tunggu keputusan itu juga mengambil masa."

Aziz: “Saya buat kerja seperti sitkom dan sedang proses membuat filem baru, CE1.”

Filem CE1 yang bakal diarahkan oleh Aziz M. Osman mengisahkan seorang pelajar pintar dari kampung yang berminat dalam kejuruteraan mekanikal dan mempunyai bakat mencipta robot.

Pelajar ini dengan bantuan bapa saudaranya telah mencipta android dengan nama CE1.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:20 pm

Perkahwinan tidak sah, Radhiah dalam edah nikah Aziz

[SEMASA] KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan perkahwinan produser dan pengarah Aziz M. Osman, 47, dengan Nor Radhiah Ramli, 23, tidak sah.

Menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya, semasa hari pernikahan pada 16 Ogos lalu, Radhiah masih dalam edah hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu.

Bagaimanapun, Radhiah dilaporkan tidak mengetahui dia sedang berada dalam tempoh edah ketika hari pernikahannya dengan Aziz atas alasan perkahwinan pertamanya tidak sah.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 01216510
Aziz M. Osman keluar dari kamar mahkamah disusuli Nor Radhiah Ramli selepas mendengar keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.-foto Kosmo


Dalam pada itu, peguam syarie Che Amli Embong yang mewakili Aziz berkata walaupun Radhiah mengaku tidak mengetahui dia perlu menjalani edah selepas tidak diberitahu oleh hakim yang membatalkan perkahwinannya terdahulu, tetapi itu bukan alasan untuk mengatakan perkahwinan dia dan Aziz sah.

“Alasannya adalah Radhiah masih dalam tempoh edah selepas mahkamah putuskan perkahwinan Radhiah dan suami pertamanya itu tidak sah.

“Walaupun tidak sah, dia wajib menjalani edah tiga kali suci kerana telah berlaku hubungan suami isteri,” ulas Che Amli.

Radhiah selepas mendengar keputusan mengenai perkahwinannya dengan Aziz.

Sementara Radhiah yang diwakili oleh peguam syarie Mukhtar Abdullah hadir ke mahkamah secara berasingan dengan Aziz kira-kira pukul 8.45 pagi ini.

Dilaporkan, pasangan ini pada mulanya dilihat masuk ke dalam bilik hakim untuk perbicaraan secara tertutup selama 15 minit selepas dipohon oleh kedua-dua belah pihak atas alasan supaya kes tersebut dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Seterusnya, barulah hakim memberikan penghakiman dan memberikan keputusannya secara terbuka kira-kira sejam.

Aziz berbicara dengan Radhiah selepas mendengar keputusan mahkamah.

Selepas keputusan tersebut diumumkan, Aziz meluahkan rasa lega kerana kes tersebut sudah berakhir.

“Alhamdulillah, kes ini telah selesai. Saya juga tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin semula dengan Radhiah atau tidak kerana sekarang saya ingin fokuskan kepada anak-anak,” ujar Aziz.

Sementara Radhiah juga meluahkan perasaan yang sama.

Aziz menjawab soalan pemberita disamping Radhiah selepas mendengar keputusan mahkamah.

“Saya berasa lega setelah hal ini selesai. Apa-apa pun, biar takdir yang menentukan. Saya terima jika jodoh kami berakhir setakat ini sahaja,” kata guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Radhiah memberitahu, Aziz tidak menghubunginya sejak kes tersebut mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah, 23 November tahun lalu.

Mereka juga tinggal berasingan sejak Radhiah pulang ke sini selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Aziz di Kuala Lumpur.

Masalah perkahwinan pasangan itu terbongkar apabila ibu Aziz, Afida Es mendedahkan perkahwinan anaknya itu tidak sah kerana Nor Radhiah berkahwin dengan Aziz ketika masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suami sebelumnya.

Aziz menikahi Nor Radhiah pada 16 Ogos lalu di Masjid Padang Nenas dekat sini, selepas bertemu ketika menunaikan umrah di Mekah, Mac tahun lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:23 pm

Gambar sekitar di Mahkamah Tinggi Syariah - Aziz & Radhiah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 01216511

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 01216512

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 01216513

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 01216514
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:26 pm

Mas keluar wad Neurologi Selasa ini, Freddie terus nafi masalah album
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Freedi10
Freddie mengatakan kekasih Mas, Rock cuba mengalihkan persepsi orang ramai dengan mengatakan kelewatan album punca Mas tertekan.

DI SEBALIK kisah yang melanda bintang realiti AF2, Asma Ghani atau lebih dikenali sebagai Mas dikatakan mengalami tekanan akibat kelewatan albumnya dikeluarkan, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez bagaimanapun terus menafikan perkara tersebut.

Jelas Freddie, ayah Mas,Ghani@Ghani Jivie, 67, yang memberitahunya bahawa Mas tertekan kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman lelakinya, Rock.

"Mas dah semakin tenang dan dia ok. Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya di sini jika ada pihak yang menunding jari mengatakan punca kelewatan album menyebabkan dia (Mas) tertekan,” katanya.

Tambah beliau lagi, adalah satu perkara yang tidak masuk akal untuk seorang artis itu tertekan hingga terpaksa ditempatkan di wad sakit jiwa gara-gara kelewatan penerbitan album.

"Teman lelaki dia (rock) cuba nak elakkan diri dari masalah peribadi dengan mengatakan masalah album. Takkan hanya kerana album lewat dikeluarkan seminggu dia mengamuk dan kena masuk wad. Ini memang tidak betul sama sekali," tegas Freddie ketika dihubungi mStar Online semalam.

Menurut Freddie lagi, Mas dijangka keluar dari wad psikiatrik HKL secepat mungkin kerana pihak hospital telah memberi jaminan mengenai perkara tersebut.

"Saya masih tak dapat jumpa dengan dia (Mas) kerana pihak hospital tidak beri kebenaran tapi Man (PA Maestro) telah menemani ayah Mas ketika berada di hospital semalam.

"Ayah Mas dapat jumpa dengan anaknya. Saya diberitahu oleh ayah Mas, jika tiada halangan Mas akan dibenarkan keluar pada hari Selasa ini. Hari ini dengan esok (Isnin) doktor yang merawat Mas masih bercuti," ujar Freddie.

Ditanya siapa yang membawa ayah Mas, Ghani ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Mas, Freddie berkata:

"Mula-mula memang kami (Maestro) nak bawa ayah Mas datang tapi ahli keluarganya sendiri telah menaja tiket kapal terbang dari Tawau. Mungkin kami bantu perkara yang lain pula."

Menurutnya lagi, walaupun kontrak Mas dengan Maestro telah berakhir tahun lalu, pihaknya tetap membantu bintang realiti AF itu setakat yang termampu.

"Selepas ini Mas akan dibawa balik ke kampungnya di Tawau. Dia (Mas) akan berehat sehingga dia pulih selepas itu kita akan siapkan pembikinan album dia yang tertangguh ketika ini,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:34 pm

(Gambar) Zila Bakarin Seksi Sedang Mengandung di Berita Harian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 416

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 1310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 2311

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 3111
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:44 pm

Fasha Jatuh Cinta Di Hanoi?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Fasha_11

Baru-baru ini Jomstar.com telah menerima gambar percutian Fasha Sandha ke Hanoi. Dalam percutian tersebut Fasha turut ditemani oleh beberapa orang rakannya seperti Maria Farida , Yasmin dan beberapa rakannya yang lain. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Fasha dikatakan telah jatuh cinta dengan ....
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:47 pm

SOSEH SOSEH: Lan MUH buat hal

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah SS ibaratkan situasi kumpulan Meet Uncle Hussien (MUH) kini.Baru saja mencatat kejayaan manis di Anugerah Juara Lagu ke-23(AJL23) pada 18 Januari lalu, cerita terbaru yang SS dengar, MUH sudahnaik minyak, berlagak dan dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin.

SS difahamkan, individu yang sering menimbulkan masalah sehinggaterpaksa ditanggung anggota MUH yang lain adalah vokalis kumpulan itu,Lan yang khabarnya sering datang lewat dan ada masanya tidak datanglangsung. Soalnya komitmen setiap anggota terhadap satu-satupersembahan sudah dimaklumkan dari awal.

Baru-baru inimisalnya, Lan tidak menghadiri rakaman sebuah program yang diterbitkanRTM. Selepas berjam-jam menunggu, dia yang mulanya gagal dihubungiakhirnya mengirimkan SMS tidak dapat datang. Alasannya, kalau tidaksilap SS, hendak buat laporan polis ekoran kemalangan jalan raya seharisebelum itu.

Apabila kawan-kawannya bertanya kenapa tidak buatlaporan semalam, dia memarahi kembali anggota MUH dengan menyatakanmereka tidak ada hati perut.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu, kawan-kawan lainlah yang terpaksa menanggung akibatnya.Sudahlah SS dengar cerita yang MUH tengah 'kekeringan' sekarang inikerana tiada tawaran persembahan lebih sebulan lalu.

Difahamkan, semuanya gara-gara Lan yang sering kali gagal muncul dilokasi persembahan menyebabkan penganjur tidak berminat mengundangmereka kerana bukan saja dianggap memungkiri janji tetapi memalukanpenganjur yang sudah melakukan promosi dan mewarkan kehadiran merekakepada orang ramai.

Semasa AJL tempoh hari, dua tiga kali jugadia buat perangai tetapi sebab nampak duit banyak depan mata, diasanggup datang. Ramai menyangkakan Lan berubah sejak menang AJL tetapisebenarnya sudah lama dia buat hal. Cuma, anggota MUH menyimpan rapirahsia vokalis mereka itu.

Memang patut pun menjaga nama baikkumpulan tapi sebagai manusia biasa, siapa yang tahan kalau terpaksamenanggung beban orang lain. Disebabkan tidak tahan, khabarnya merekahendak cari vokalis lain.

SS difahamkan lagi, sewaktu MUHmenang AJL, Lan dengan berani mengatakan kemenangan lagu itu keranakekuatan vokalnya. Bagaimanapun dia termalu sendiri apabila komposerterkenal Azmeer yang bertindak selaku ketua juri mengatakan LaguUntukmu ciptaan gitaris, Taja diangkat sebagai Juara Lagu keranakekuatan lagu itu pada komposisi muzik dan iramanya yang segar.

SS bukannya nak masuk campur tapi sebelum terlambat, SS berharap Lanubahlah sikap, jadi orang bertanggungjawab sebab kawan SS di HarianMetro pernah terkena dengannya.

Kerja seni bukan kerja main-main. MUH bagi SS ada masa depan yangsangat cerah, jangan kerana seorang hancur musnah masa depan yanglainnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:49 pm

Zila tidak berpura-pura...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mainpi53


SEKSI dan Zila Bakarin, dua perkara yang cukup sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Sekalipun berbadan dua, Zila atau nama sebenarnya, Rosmawati Bakarin, 33, tetap kekal dengan imej sedemikian.

Suka atau tidak, terimalah hakikat diri Zila yang sebenarnya. Malah ia diakui Zila kerana itulah imejnya sejak dulu sampai sekarang. Bagi Zila yang bakal bergelar ibu pada 13 Mac ini, dia tidak gemar hidup dalam kepura-puraan dan tidak mati dicerca orang.

"Saya tidak suka hipokrit dalam soal ini. Saya sendiri yang ingin tampil dengan imej seksi sebab itu tidak salahkan orang apabila meletakkan diri saya sebagai pelakon seksi.

"Terus terang cakap, sampai sekarang pun kalau keluar makan atau membeli-belah, saya masih lagi pakai baju tanpa lengan, seluar pendek atau skirt. Teringin sebenarnya hendak pakai baju mengandung tapi entahlah saya semacam tidak selesa.

"Saya juga sedar ada yang memandang sinis tapi tidak mengapalah dan tidak kisah pun apa orang kata kerana saya tidak pernah susahkan mereka," kata pelakon bertubuh montok ini ketika di kediamannya di Kemensah Height, baru-baru ini.

Zila kelihatan begitu ceria dan teruja untuk menjayakan sesi fotografi bersama Harian Metro kerana sejak berbadan dua inilah fotografi pertamanya.

Nyata, dari luaran tidak banyak perubahan yang berlaku walaupun mengandung lapan bulan melainkan perutnya saja yang memboyot. Ia turut diakui Zila.

"Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama. Mereka pelik kenapa saya mengandung perut saja yang besar sedangkan muka dan tangan macam biasa.

"Alhamdulillah, sudah masuk lapan bulan mengandung, namun sepanjang proses kehamilan saya tidak mengalami alahan seperti muntah-muntah, sakit kepala atau mengidam yang bukan-bukan.

"Cuma satu benda saja yang saya mengidam tapi sampai sekarang tak dapat. Saya sebenarnya mengidam nak makan durian tapi suami tak kasi sebab orang tua-tua kata kata durian panas dan tidak elok dimakan wanita hamil.


"Tapi dalam tak bagi tu, sempat jugalah saya colek sikit durian ketika mengunjungi masjid berdekatan rumah, baru-baru ini. Yang kelakarnya, semalaman saya tidak basuh tangan sebab ketagih hidu baunya," katanya.

Akui Zila, barangkali kerana proses kehamilan yang mudah dia masih mampu mengambil tawaran berlakon. Malah, ketika fotografi ini dijalankan, Zila baru dua minggu pulang dari penggambaran telefilem di Terengganu.

Bagaimanapun, akui anak jati Kuala Lumpur ini, sebelum menerima sesuatu watak dia akan bertanya kepada pengarah apakah babak yang dilakonkannya itu bahaya dan boleh memudaratkan kandungan.

"Senang cerita, saya hanya pilih watak manja-manja dan bersesuaian saja. Suami seperti biasa tidak pernah menghalang cuma dia tanya sama ada saya larat atau tidak. Kalau tidak mampu, dia nasihat berehat di rumah saja.

"Kalau ikutkan saya, memang masih larat berlakon tetapi adakah orang nak bagi watak yang sedikit dominan dan negatif sebabnya mana ada watak orang mengandung jadi jahat? Saya katakan begini bukannya apa, setiap kali terima tawaran, mesti dapat watak jahat dan antagonis.

"Jadi bila sudah mengandung ini, memang agak sedikitlah tawaran berlakon. Kadang-kadang teringin juga jadi baik walaupun saya sebenarnya lebih suka melakonkan watak jahat dan antagonis. Bagi saya watak sebegini tidak sakit kepala kerana kita boleh meluahkan emosi," katanya.

Dia berkata, untuk peranan baik, pergerakan watak selalunya mendatar dan banyak memendam rasa. Risikonya jika kerap membawakan watak baik, apabila sikap kita di luar sebaliknya, akan dilabel artis 'plastik'. Sedangkan apa yang dipertontonkan hanya sebuah lakonan. Macam saya, Alhamdulillah orang boleh terima saya macam ini.

"Saya sebenarnya tidak kisah kalau orang tak suka saya tetapi setakat ini mereka boleh terima. Tidak ada pula yang pandang negatif mungkin sebab mereka sudah tanam dalam fikiran saya memang seperti mereka lihat dalam TV.

"Terpulang, bagi saya berlakon adalah punca rezeki. Rasanya, saya bukanlah jenis artis yang suka cetuskan kontroversi. Paling tidak pun kontroversi yang selalu orang kaitkan ialah saya suka pakai seksi, isu lain tak pernah pula dengar," katanya.

Ketika kandungannya berusia dua bulan, Zila berlakon telefilem Mencintaimu, kemudian terbabit pula dalam teater Patriot dan drama untuk Astro Ria ketika kandungannya baru menginjak empat bulan.

Mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 11 Januari 2008 bersama jejaka pilihannya, Azri Izhar, 35, yang dikenalinya hampir sembilan tahun lalu, pasangan sejiwa ini berdebar kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Zila mengakui dia dan suami, seorang jurukamera, belum memilih nama untuk anak mereka. Malah kata Zila, dia dan suami juga tidak mahu berlebih-lebihan dalam soal perbelanjaan kelengkapan anak biarpun kelahiran cahaya mata sulung itu amat dinanti-nantikan.

"Saya akui begitu teruja untuk melihat wajah anak kami. Namun, pada masa sama, saya dan suami tak mahu bersikap keterlaluan kerana kuasa Tuhan, sebarang berkemungkinan boleh berlaku.

"Misalnya sebelum ini, saya dan suami begitu mengharapkan bayi lelaki tetapi selepas tiga kali menjalani pemeriksaan imbasan, doktor mengesahkan anak kami perempuan.

"Justeru, saya tidak mahu minta yang bukan-bukan melainkan berharap semoga saya dapat melahirkan anak dengan selamat dan memperoleh bayi yang cukup sifat. Itu saja permintaan saya," katanya.

Kegemaran: Memandu, warna merah jambu, seksi, happy-go-lucky
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 3:59 pm

Ekin bukan puncanya - Wan keluar Maestro

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Hi_01_17


APA sahaja berkaitan Mawi dan Ekin pasti menjadi buah mulut. Jikaserius ditambah menjadi parah, jika sekadar isu kecil boleh diangkatmenjadi sesuatu yang menyerlah.
Begitu juga dengan kes pemberhentian kerja salah seorang kakitanganMaestro Talent, Wan atau nama sebenarnya Wan Firdaus Wan Ibrahim.

Jejaka bertubuh agak gempal ini, sering menjadi pengiring tetap Mawidalam apa juga acara atau majlis-majlis hiburan, sama ada bersifatpersonal atau urusan kerja.
Apabila Wan diberhentikan kerja awal bulan Disember lalu, ada pihakyang mengaitkan pemecatan Wan ada kaitan dengan perkahwinan antara Mawidan Ekin.

Ini memandangkan selepas berkahwin, Ekin telah mengambil alih tugasmenjadi pengurus Mawi. Lantaran itu, khidmat Wan sudah tidak diperlukanlagi.
Ada khabar yang lebih 'ganas' mengatakan, Wan 'dibuang' oleh Mawigara-gara untuk memberi ruang kepada isteri menguruskan segala aktivitiseninya.

Walaupun begitu, cerita orang tidak semestinya benar. Barangkaliterlalu banyak yang telah ditokok tambah, untuk menyedapkanpenceritaan.

Mawi sendiri tidak terkejut ketika persoalan itu diajukan kepadanya.Bagi Mawi, sepatutnya kes perlucutan jawatan Wan daripada khidmatsebagai pengurus artis di Maestro itu tidak ada kena-mengena samasekali dengan dirinya.

"Saya pecat dia? Macam mana saya boleh pecat dia sebab Wan bukanbekerja dengan saya.

Dia kerja dengan Maestro dan sebagai artisMaestro, saya sendiri tiada kuasa untuk membuang mana-mana kakitanganMaestro, termasuklah Wan.

Semua itu keputusan Maestro," demikian kataMawi dengan nada tegas mohon dirinya tidak dikaitkan dengan ceritaberkenaan.

Menurut Mawi, dia tidak mempunyai hak untuk 'membuang' ataumengambil sesiapa bekerja dengan Maestro kerana syarikat berkenaandikendalikan oleh pengurusan yang profesional.

"Lainlah kalau Nasir, Nasir memang bekerja dengan Mawi World. Dansaya yang melantik dia sebagai pembantu peribadi. Kalau Nasir yang kenabuang kerja, itu barulah kerja saya atau isteri saya," ujar Mawibertegas menafikan desas-desus kononnya Ekin menjadi salah satu puncaWan berundur dari Maestro.

Kata Mawi juga, memang betul selepas berkahwin Ekin menjaga danmenguruskan kerjayanya tetapi itu tidak bermakna dia tidak memerlukankhidmat pengurusan daripada pihak Maestro.

"Saya masih bawah pengurusan Maestro, begitu juga dengan Nasir yang masih bertindak sebagai pembantu peribadi saya.

"Ekin pula merangkap pengurus peribadi saya. Selepas ketiadaan Wandi Maestro, Azman dan Man Bangla atau Liza yang menguruskan jadual danaktiviti seni saya," beritahu Mawi lagi.

Sepanjang Wan menguruskan aktiviti seninya sejak empat tahun lalu, Mawi mengakui, Wan jarang mendatangkan masalah buatnya."Hubungan saya dengan Wan sangat baik. Bagi saya, dia seorangpekerja yang mempunyai skil pengurusan profesional serta rangkaiankenalan yang besar, media ataupun orang dalam industri.

"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan masalah Wan. Ituurusan dia dengan syarikat. Saya dan Ekin langsung tiada kena-mengena,"tegas Mawi lagi.

Akui 'dibuang' Maestro.

Tidak memadai sekadar Mawi yang menyuarakan pandangan, penjelasan tuan empunya diri, Wan turut dituntut.

Mengakui benar dirinya telah dilucutkan jawatan sebagai salahseorang kakitangan Maestro, tetapi perkara itu bukanlah disebabkan olehMawi yang bertukar status daripada bujang kepada suami orang

Bukan juga disebabkan atas desakan mana-mana pihak setelah tempatnya diambil alih oleh isteri Mawi sendiri.

"Jika Ekin yang dipersalahkan oleh peminat dan segelintir pihak, saya berani bercakap bahawa itu hanyalah salah faham.

"Salah faham ini terjadi mungkin disebabkan perkara itu berlaku terlalu hampir dengan tarikh pernikahan Mawi dan Ekin.

"Tapi saya minta, janganlah perkara ini diperbesarkan. Tolonglah!Ini masalah antara saya bersama Maestro dan perkara itu telah selesaisepenuhnya.

"Saya masih cari makan dalam bidang ini dan masih perlukan kerjasamadengan Maestro dan Astro," kata Wan yang tidak mahu mengulas panjangisu berkenaan.

Jauh sekali menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku, kataWan menutup penjelasan: "Saya reda dan menerima tindakan itu sebagaipengajaran. Biarlah perkara ini berhenti di sini kerana saya masihbekerja dalam industri ini dan akan berhubung dengan Maestro atau Astropada masa akan datang."

Mengenali Wan dan Mawi, mereka boleh dikatakan satu pasukan. Sebelumtempoh dua bulan kebelakangan ini, di mana ada Mawi di situlah adapengurusnya, Wan. Diharap persahabatan mereka tidak terjejas gara-garaisu ini.
Walau bagaimanapun, Wan yang kini bertugas sebagai PegawaiPerhubungan Media di Beyond Event tidak malu untuk mengaku dilucutkanjawatan oleh Maestro disebabkan kekhilafan dan salah perhitungan dirisendiri.

Wan langgar kontrak ¨C Freddie

MENJELASKAN isu ini juga, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez tidak ketinggalan diambil keterangan.
Selaku teraju yang mengemudikan perjalanan seni Mawi dan jatuhbangun Maestro sendiri, kata Freddie, dia juga hanya menjalankankewajipan dan tindakan yang diambil ke atas Wan dibuat setelahmemikirkan baik-buruk serta melalui prosedur yang sepatutnya.

¡°Bukan saya seorang yang membuat keputusan perlucutan jawatan Wantetapi perkara itu telah melalui perbincangan dengan pihak pengurusansumber manusia di Astro.

¡°Tindakan itu dirasakan paling wajar diambil memandangkan apa yangtelah berlaku boleh dianggap sebagai sesuatu yang melanggar etika sertakontrak sebagai pekerja Maestro,¡±kata Freddie ketika ditemui Kosmo!
Soal adil atau tidak, kata Freddie, pihaknya ada alasan yang kukuh demi nama baik Maestro sendiri.

Dan jika ada segelintir masyarakat yang menyalahkan Mawi atau Ekin, sila pinggirkan pandangan skeptikal itu jauh-jauh.¡°Saya sebenarnya tidak mahu mengulas secara terperinci kerana perkara ini melibatkan reputasi dan kredibiliti seseorang.
¡°Apa yang dapat saya katakan, Wan terpaksa diberi arahan keranaMaestro sudah tidak boleh berkompromi dan bersatu fahaman dengandirinya lagi atas satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

¡°Jika bidang kerja yang menuntut Wan untuk terus berhubung danberkerjasama lagi dengan kami pada masa akan datang, rasanya perkaraitu tidak akan mendatangkan sebarang masalah,¡± tegas Freddie tenang.
Dalam kes ini, apa yang berlaku terhadap Wan, Mawi, Ekin sertaFreddie yang mewakili Maestro sendiri adalah putaran yang bukan suatuperkara luar biasa dalam dunia dan industri hiburan tanah air.

Kes pengurus artis dipecat oleh majikan, pengurus artis bergaduhdengan artis atau majikan (syarikat rakaman), bergaduh dengan artissehingga berakhir di mahkamah juga pernah berlaku.
Inilah dunia seni tempatan, walaupun kecil dari pandangan matasesetengah orang tapi ombak yang bergelora di dalamnya penuh ragam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeMon 09 Feb 2009, 4:03 pm

Malaysiakini - REMAJA@ TV3; Tarikh lahir nabipun tak tahu!!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Gbam110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Gbam210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Gbam410

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Gbbam310


Semalam lepas meeting kat UiTM Shah Alam aku terus pecut ke studio NTV7 untuk rakaman program remaja bersama TV3. Crew dah ada menunggu aku di studio. Sempatla jumpa balik GBAM (editor remaja) dan adik-adik yang lain termasuk host remaja (Iwan dan Azura). Sebenarnya mereka ni kebanyakkannya aku dah jumpa masa kat Melaka sewaktu program bersama pelajar UKM (Graduan Beretiket) bulan lepas.

Rakaman pada hari ni untuk tayangan program remaja pada 8 Mac kalau tak silap aku sehari sebelum hari mauludirasul. Perbincangan sekitar pandangan remaja tentang sambutan hari mauludirasul. Aku terkedu sekejap bila GBAM tunjukkan flashback interview rambang yang crew remaja buat bersama remaja kat luar tu tentang apa yang mereka paham tentang sambutan mauludirasul. Aku jadi kelu lidah sedih sangat... adake patut ramai giler remaja yang macam dah lepas sekolah (umur 18 dan 19 tahun) masih tak tahu bila tarikh lahir rasulullah... Ya Allahhhhhh... 12 Rabiulawal laaaaaaa adikkk oiii...

Bila ditanya apa yang mereka tahu tentang sambutan mauludirasul jawapan mereka amatlah menyedihkan... aku jadi sebak.. ada yang kata mauludirasul tu hari kena pakai baju kurung (maknanya hari lain pakai skirt la eh..?!!!), hari tu orang berarak... hari tu ada orang dipilih jadi tokoh , dan macam2 lagilah. Jelasssss sangat betapa ceteknya kefahaman remaja kita tentang mauludirasul. Jaunyeeee mereka dengan rasulullah... nak suruh mereka solat emmm jauh sama sekali sebab nabipun mereka tak kenal... tak sayang... tak ingatpun tarikh lahir...Inilah kegagalan sistem pendidikan kita.

Nak salahkan siapa lagi kalu bukan sistem pendidikan...!!! Sistem pendidikan kitalah yang jadikan...yang lahirkan remaja yang seperti ini. Malah dalam temubual tu saya tengok bila ditanya orang yang dah bekerjapun bila ditanya bila hari keputeraan rasulullahpun mereka tak ingat. Yang mereka tahu hari tu balik kampung sebab cuti. Aku dengan Nadzrah (Al Hidayah) yang jadi tetamu jemputan rasa sebak dan panasssss semacam je.

Rakaman program akupun jadi sedikit terganggu... aku jadi sebak dan tak terkata tengok flashback tu.Maaflah GBAM... abangraja gerammmmm sangat dgn adik2 remaja ni... it's ok... next episode abangraja bagi betoi2 ok!!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 8:21 am

(Gambar) Faezah Elai semasa kecil

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Faezah12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 8:24 am

Adegan Peluk Bini Orang...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Pgl1110

sedapnya mat salleh separuh tu peluk bini orang, taula menghayati watak,
sian plak tgk laki dok mengangga bawah stage tengok bini dipeluk sana sinun ahakz!!! ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 8:26 am

Gambar Iqram & Fauziah Gous

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 21111410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:28 am

Ramlah Ram Berangan Jadi Muda, Seksi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Kakmel10


PERTEMUAN dengan bekas juara Bintang RTM 1985 baru-baru itu memberi impak yang sedikit berbeza. Semuanya gara-gara imej barunya yang lebih berani dan nampak muda.Gaya potongan rambutnya diubah pendek sehingga paras telinga sesuai dengan fesyen terkini.Malah, busana yang disarung pada tubuhnya juga lebih bersifat moden tetapi masih feminin.Kala diusik dirinya tampak lebih muda berbanding usianya, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatiku itu terus tersenyum malu.

Dia lantas berkata, semuanya dilakukan bukan kerana gusar bersaing dengan artis baru ataupun berangan muda walaupun usia sudah mencecah angka 40, tetapi semua itu dilakukan kerana dia mahu melakukan kemunculan semula ke dalam industri hiburan tanah air."Bukan mudah untuk peminat menerima seseorang penyanyi selepas lama menyepi. Justeru, saya kenalah membuat kelainan sikit agar peminat dan orang di luar sana perasan akan kemunculan Ramlah Ram," ujarnya.Tambahnya lagi, rambutnya dipotong pendek selaras dengan kemunculan album solo terbarunya selepas hampir sedekad menyepi tanpa sebarang album solo penuh."Sebenarnya gaya rambut saya dipotong khas untuk rakaman kulit album. Apabila sudah potong pendek saya kena kekalkan kerana mengikut konsep album.

Ramlah mahu meneruskan karier nyanyian selama yang boleh."Mula-mula risau juga kerana selalunya saya berambut panjang melepasi bahu, bila pendek macam ini rasa lain pula. Tetapi syukur, peminat semua menyukai imej baru ini," tuturnya.Album baru belum berjudul.Bercerita lebih lanjut tentang perkembangan album terbarunya yang masih tidak berjudul, Ramlah memberitahu, albumnya yang dijual pada harga RM29.90 itu akan akan berada di pasaran bermula Mac depan.Membariskan lagu-lagu yang pernah menarik perhatian ramai seperti Ketentuan, Cinta Beralah dan single terbarunya Langit Cinta, tidak mustahil album yang hanya dijual dalam bentuk cakera padat itu nanti bakal meraih perhatian ramai."Tahun lalu saya muncul dengan single Ketentuan, dan bermacam dugaan terpaksa dilalui sebelum lagu itu diterima ramai.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Kakmel11


"Sekarang, nampaknya lebih mudah kerana semua single selepas Ketentuan dengan mudah diterima pihak stesen radio dan peminat. Kiranya berbaloi dugaan sebelum ini," ucapnya dalam tawa.Menurutnya lagi, selain promosi di stesen-stesen radio peminat juga dapat melihat wajahnya dalam klip video Ketentuan yang sudah pun ditayangkan di kaca televisyen.Selain itu, pihak syarikat rakamannya Fantasia Music City (FMC) juga sedang bertungkus lumus menghasilkan dua lagi klip video khas untuk album terbarunya."Saya bersyukur walaupun dikelilingi ramai penyanyi muda, saya masih diterima dan tidak pernah rasa terpinggir. Menariknya sejak lagu Ketentuan muncul, saya juga memiliki peminat baru yang terdiri daripada remaja."Itu yang membuatkan hati saya tersentuh dan menjadikan saya lebih kuat untuk mengharungi dugaan yang datang.

Kalau boleh selagi boleh menyanyi dan hasilkan album, selagi itulah saya akan terus berada dalam industri seni," jelas penyanyi kelahiran Muar, Johor itu.Buat peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan penyanyi bersuara lunak itu, anda boleh layari www.ramlahram.com atau myspace.com/ramlahram
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:29 am

Dengarnya...: Pelakon seksi banyak kerenah, tak sedar diri

Dengarnya...: Pelakon seksi banyak kerenah, tak sedar diri BANYAKsungguh Cik Normah dengar rungutan mengenai seorang pelakon wanita seksi ini. Dulu pernah seorang penerbit mengeluh mengenai disiplin pelakon yang baru hendak kenal makna popular itu. Selalu sangat dia buat hal hingga menyusahkan banyak pihak lain. Mahu tak mengamuk penerbit berkenaan apabila artis ni selalu datang set sesuka hati.Seolah-olah produksi itu dia yang punya.

Sangka Cik Normah selepas ditegur, dia akan insaf. Rupanya tidak. Sebaliknya sikap ikut angin itu semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini, dia buat hal dengan teman Cik Normah pula. Berpeluh teman CikNormah menunggu dia datang ke set fotografi. Jarinya pun dah naik lenguh mendail nombor telefon bimbit, namun artis ni buat tak peduli saja.

Hendak dibatalkan sesi fotografi, serba salah teman Cik Normahkerana penaja sudah sedia menanti. Mahu atau tidak, terpaksa ditebalkan mukanya menghadap penaja berkenaan. Iyalah, penaja fotografi itu pulabukan calang-calang kerana mereka begitu dihormati kerana statusnya sebagai konglomerat gergasi. Sudah tentu teman Cik Normah gelisah apabila artis tu buat perangai.

Teman Cik Normah tak kisah kalau artis tu tak hormat diri dan kerjayanya sendiri. Tetapi yang buat dia berkecil hati, artis yang hanya gah dengan kisah cinta itu juga tidak pandai menunjukkan rasa hormat kepada orang lain. Sudahlah lewat beberapa jam, siap diperlinya teman Cik Normah kenapa datang awal.

Dah sampai, teman Cik Normah ni terpaksa menunggu lagi kerana dia belum bersolek. Sudahlah tu, dikerahnya teman Cik Normah supaya segera menghabiskan sesi fotografi. Dia ingat dia siapa? Sebut nama pun belum tentu semua orang kenal, sudah mula berangan seperti bintang Hollywood.

Kalau begini gayanya, nampaknya tak ke manalah pelakon yang bagi Cik Normah cuma sekadar penyendal industri hiburan. Ada pun tidak memberi apa-apa kesan. Takkan nak harap kisah cinta dan fotonya yang gemar menayang tubuh saja menjadi santapan peminat. Gelilah Cik Normah!Nak saja Cik Normah kasi cermin muka supaya dia dapat muhasabah dirinya sendiri.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:32 am

Ayah Dakwa Mas AF2 Telah Diperdaya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 28200910

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2009: "Mas tidak gila. Dia hanya menerima tekanan perasaan akibat masalah peribadi yang dihadapinya bersama teman lelakinya. Macam-macam yang Mas cerita tapi selama berkawan dengan lelaki itu, Mas mendakwa dia telah diperdaya serta dipergunakan sehingga tidak menyedari apa yang telah berlaku," kata ayah Mas, Ghani Gibie, 69, selepas menemui Mas di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.

Kenyataan Ghani itu dimaklumkan kepada kakitangan pihak Maestro Talent & Management, Othman Mahmood atau Man Bangla. Ghani selamat tiba di Kuala Lumpur tengah hari semalam selepas diterbangkan dari Tawau, Sabah dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia bagaimanapun enggan menemui pihak wartawan buat masa ini.

Man berkata, ayah Mas itu hanya akan sedia bertemu wartawan sekiranya dia mendapat lebih banyak penjelasan daripada Mas sendiri berhubung kemelut itu. Selain itu, Ghani juga tidak membenarkan teman lelaki Mas, Rock atau nama sebenarnya, Shahrul Mohd Shahril bertemu Mas buat masa ini.

Kata Man lagi: "Cukuplah dulu buat masa ini. Kami juga perlukan masa untuk meneliti perkara ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, Mas kini berada dalam keadaan yang sihat serta OK. Dia juga tidak ditempatkan di wad yang sama dengan pesakit jiwa yang lain. Sebaliknya, dia ditempatkan di bilik rawatan bagi pesakit tekanan emosi biasa."

Man berkata, Mas bagaimanapun terkejut apabila membaca laporan berita tentang dirinya dalam media yang dianggap sudah diputarbelitkan.

"Mas berkata banyak perkara yang dilaporkan tidak benar kerana dia tidak pernah memberikan kenyataan seperti yang didakwa oleh temannya itu (Rock)," kata Man lagi.

Sehubungan itu, bintang Akademi Fantasia (AF) kelahiran Tawau, Sabah ini akan mengadakan sidang media khas untuk membuat penjelasan berhubung segala kekusutan yang melandanya.

Tentang misteri kerugian sebanyak RM20,000 selepas ditipu seseorang sebagaimana yang dilaporkan Mas di Balai Polis Ampang, baru-baru ini, ia juga akan terjawab dalam sidang media itu nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:33 am

Joe Bukan Sengaja Tangguh Album Mas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 26200917

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2009: Tindakan Mas AF2 mengamuk secara tiba-tiba turut membuatkan penerbit albumnya, Joe Wings, tidak senang duduk. Dalam sibuk menerima rawatan sakit mata kirinya, Joe sempat meluangkan masa untuk melawat Mas di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL), baru-baru ini.

Namun, sebagaimana Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez, Joe juga tidak dibenarkan menemui bintang Akademi Fantasia 2 itu.

"Apabila kelewatan album dikaitkan sebagai antara punca Mas bertindak di luar daripada batasan diri, saya rasa seperti bersalah juga. Maklumlah nama saya turut dikaitkan dalam isu hangat ini, tentulah saya rasa tempiasnya.

"Tengoklah mata saya yang masih berbalut ini. Kalau hendak diikutkan, saya tidak boleh bangun lagi. Doktor sudah nasihatkan saya untuk berehat dan berbaring selama seminggu selepas membuat pembedahan mata kiri.

"Tapi, apabila keadaan jadi kecoh, mahu tak mahu saya terpaksa datang juga kerana saya pasti wartawan pun mahukan penjelasan tentang kelewatan album sulung Mas itu," katanya kepada portal murai.com.my.

Sungguhpun begitu, Joe atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abd Kadir, percaya bahawa perbuatan Mas bertindak di luar daripada batasan itu sama sekali tidak ada kena-mengenanya dengan soal kelewatan album.

"Bagi saya, masalah kelewatan album adalah masalah yang biasa berlaku pada mana-mana artis Malaysia. Tengoklah Adibah Noor dan Misha Omar. Mereka yang sudah lama menyanyi pun mengambil masa untuk keluar album, apatah lagi artis baru seperti Mas.

"Tapi Mas boleh dikirakan sebagai bertuah kerana pihak Maestro masih beri kesempatan untuk beri peluang kepada dia menjadi artis rakaman.

"Kita mahu Mas benar-benar bersedia. Kalau dari sekarang dia tidak berusaha menjadi seorang yang kuat dan tabah, ia pasti akan memberikan kesukaran kepadanya untuk menghadapi cabaran yang lebih besar lagi," kata Joe.

Pemain gitar utama Wings ini bagaimanapun cukup optimis sekali bahawa masalah yang dihadapi Mas ketika ini lebih berkait dengan masalah peribadinya.

"Saya berani mengatakan hal ini kerana pembikinan album Mas sedang berlaku. Sejak diberikan tanggungjawab untuk menerbitkan album Mas sejak awal 2007, sudah 5 lagu dirakamkan yang mana 4 daripadanya adalah ciptaan saya sendiri manakala 1 lagi lagu komposer lain.

"Sekarang hanya tinggal 1 lagu saja lagi untuk dirakamkan tapi buat masa ini ia masih tergendala kerana kita sedang mencari penyanyi duet yang sesuai untuk Mas. Kalau ikut perancangan asal, artis itu adalah Aswad.

"Mas sendiri tahu tentang status album solonya itu. Sepanjang bekerja dengan Mas, tiada apa-apa masalah lain yang timbul dan kami juga tidak pernah gaduh. Semuanya OK dan dia tidak bersikap pelik sepanjang berada dalam studio," kata Joe.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:35 am

Natasha Akui Sedih Pernah Kena Boikot

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 25200911

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2009: Kisahnya lebih kurang sama dengan Fasha Sandha - pernah dilanda kontroversi dan diboikot wartawan hiburan tempatan. Semuanya gara-gara tidak membenarkan mereka membuat liputan di majlis perkahwinannya bersama Dato' Shahrin Zahari di Carcosa Seri Negara, satu ketika dulu.

Sewaktu hendak mempromosikan buku puisinya, My Heart, My Soul, My Passion serta Puisi Indah Si Pari-Pari, dia sanggup tebalkan muka untuk berjumpa dengan wartawan hiburan bagi mendapatkan publisiti.

Itulah Datin Natasha Liana Hudson yang kini sudah pun dikurniakan seorang anak bernama Nessa Halena, 8 bulan.

Ketika ditemui baru-baru ini, aktres yang pernah membintangi filem Chermin, Sumolah serta Tipu Kanan Tipu Kiri itu mengakui bahawa peristiwa diboikot wartawan hiburan dulu adalah kenangan yang cukup pedih buat dirinya.

"Sewaktu kejadikan itu berlaku, saya lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu beri apa-apa komen. Rasanya lebih baik begitu kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.

"Tapi ada sebab kenapa saya buat begitu (tidak benarkan wartawan membuat liputan majlis perkahwinannya). Terlalu banyak sangat benda yang berlaku pada diri saya ketika itu. Saya bercerai dan kemudian berkahwin lagi. Ia bukan saja hal yang terlalu peribadi buat diri saya tapi cukup sensitif buat keluarga saya.

"Lama-kelamaan keadaan sudah jernih semula. Mungkin sebab saya tahu bagaimana untuk berhadapan kembali dengan wartawan. Saya sedar semua orang buat silap dan saya telah belajar kesilapan saya itu," katanya.

Pemenang Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi Chermin ini juga bakal muncul dengan pementasan musim kedua teater muzikal Melayu pertama iaitu Ibu Zain.

Diarahkan sekali lagi oleh Rosminah Tahir, Ibu Zain terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia serta Aman Malaysia ini menampilkan Natasha sebagai Miss Ruth iaitu watak yang pernah dibawakan Catriona Ross dalam pementasan musim pertama tahun lalu.

"Terus-terang saya katakan saya memang rasa berdebar-debar apabila ditawarkan untuk berlakon dalam teater muzikal ini. Sebelum ini saya hanya berpengalaman berlakon teater di pentas sekolah saja.

"Tapi, apabila difikirkan balik, saya rasa rugi juga kalau saya lepas peluang ini sebab saya memang sudah lama teringin berlakon teater. Saya bukan saja mahu memperbaiki mutu lakonan saya tetapi ingin melihat sejauh mana kemampuan saya beraksi secara langsung di depan penonton.

"Secara peribadi saya memang sukakan sejarah. Waktu di sekolah dulu, sejarah adalah antara subjek yang menjadi kegemaran saya dan saya kagum dengan Ibu Zain sebagai tokoh wanita," katanya yang membuat latihan 5 jam sehari.

Digandingkan bersama nama-nama besar dalam dunia teater seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Hamzah Tahir, Zaefrul Nordin serta Liza Othman, Natasha mengakui dia agak gementar apatah lagi apabila terpaksa menyanyi 2 lagu.

"Saya turut meminta bantuan Kak Liza Othman. Saya mahu cuba bersungguh-sungguh kerana tidak mahu kecewakan Catriona Ross dan Melissa Saila. Merekalah yang mencadangkan nama saya sebagai Miss Ruth kepada produksi teater ini," katanya.

Teater Ibu Zain yang bakal dipentaskan pada 13 - 22 Mac ini di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu turut mendapat sokongan daripada Istana Budaya, Matic, Aswara serta De' Media & Event Entertainment.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:36 am

Kelly Clarkson Buat Comeback Gempak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 300_cl10

E! Online Photo: © 2009Sudah lama Kelly Clarkson mengidamkan saat ini. Bintang American Idol ini telah membuat satu comeback bersejarah dan gempak dengan single terbarunya, My Life Would Suck Without You.

Ia bukan sahaja gempak dengan judul 'suck' tetapi juga melompat anak tangga dengan laju dalam carta lagu Hot 100.

Karya ciptaan Max Martin dan Dr. Luke itu telah melompat 96 anak tangga dan menewaskan kehebatan lagu Britney Spears, Womanizer. Dulu lagunya, A Moment Like This juga telah mencapai kedudukan yang cemerlang.

Pada 2005, single Kelly, Since U Been Gone hanya berjaya setakat kedudukan kedua sahaja dalam carta lagu. Yang jelas, Kelly adalah bintang American Idol yang mampu berada pada kedudukan mantap dalam carta Hot 100 dalam tempoh 3 tahun.

Pada minggu pertama dipasarkan, My Life Would Suck Without You telah berjaya dijual kira-kira 280,000 muat turun. Album terbarunya, All I Ever Wanted akan diedarkan pada 17 Mac depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:39 am

Fesyen Karpet Merah Serba Keliru AJL23-YATT & FAZURA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 25200912
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:40 am

Fesyen Karpet Merah Serba Keliru AJL23-SHERRY IBRAHIM & INTAN LADYANA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 25200913
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:41 am

Fesyen Karpet Merah Serba Keliru AJL23-DAYANG NURFAIZAH & FARADHIYA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 25200914
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:43 am

Fesyen Karpet Merah Serba Keliru AJL23-CHERYL SAMAD & LIYANA JASMEY

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 25200915
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:46 am

Shila & Jejaka Indonesia Makan Aiskrim

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 A47

Baru-baru ini, kelihatan artis cute yang semakin sensasi, Shila, enjoy benor makan aiskrim dengan tiga jejaka Indonesia...

Ala bukan apa, tiga jejaka tu kumpulan trio RAN yang kian popular di seberang, dan diorang ni sebenarnya baru jadi duta Wall’s Cornetto Malaysia-Indonesia bersama penyanyi cilik kita ini.

Khabarnya mereka baru sahaja bergabung untuk menghasilkan satu lagu duet tema untuk wajah Cornetto baru, diberi tajuk “Tunjukkan Cintamu”, dan video muziknya pula baru sahaja siap digambarkan di Bangkok.

Kata Shila, budak-budak RAN ni semuanya baik-baik belaka, dan semuanya ada karakter tersendiri. Shila tiada pula komen sama ada persahabatannya dengan anggota-anggota RAN lebih dari kawan.

“Diorang memang popular dekat Indonesia, saya ikut diorang kat sana ke mana-mana pun ada peminat yang datang,” tambah Shila, yang ada hasrat untuk mencuba nasib di sana.

“Kalau orang tak acknowledge muka saya pun takpe, janji lagu saya orang kenal. Itu pun dah cukup bagi saya,” kata Shila yang akan memulakan persembahan di seluruh Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Clean & Clear tahun ini.

Di majlis sidang media anjuran Cornetto di Mystery Cafe, The Curve, Shila hadir dengan keluarga dan adiknya, idola kecil Shada.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:49 am

Aziz terima SMS 'ugutan'

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Ne_05_11


KUALA LUMPUR - Belum pun reda 'menanggung derita' akibat keputusan nikah tidak sah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kelmarin, Aziz M. Osman (gambar) terkejut apabila menerima satu mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 'ugutan' supaya menjauhi bekas isterinya.

SMS yang diterima kira-kira pukul 3.30 petang semalam itu didakwa Aziz dihantar oleh salah seorang ahli keluarga Nor Radhiah Ramli.

Biarpun enggan mendedahkan isi kandungan sebenar SMS yang diterima, Aziz berkata, perkembangan itu merupakan sesuatu yang amat mengecewakan.

Katanya, ia merupakan langkah permulaan negatif terhadap dirinya dan Nor Radhiah yang pernah mengecapi kebahagiaan hidup bersama sebelum ini.

"Apa yang terjadi kelmarin (keputusan mahkamah) merupakan satu kesilapan teknikal dan bukan disebabkan saya bergaduh atau bermain kayu tiga.

"Oleh itu, apabila terdapat ahli keluarganya (Nor Radhiah) secara tiba-tiba meminta saya menjauhi beliau ia bukan seperti apa yang dikehendaki saya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:50 am

Nor Radhiah belum fikir soal pengganti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Ne_06_10


KUALA TERENGGANU - Sebaik perkahwinannya dengan pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah kelmarin, Nor Radhiah Ramli (gambar) sudah mula diintai jejaka lain.

Semalam, pejabat Kosmo! di sini menerima panggilan daripada beberapa lelaki yang melahirkan rasa simpati dengan nasib ustazah berusia 23 tahun itu.

Malah, ada pemanggil tersebut turut meminta nombor telefon bimbitnya dengan alasan mahu berkongsi masalah dan berkenalan.

Nor Radhiah ketika ditanya mengenai ada jejaka cuba mencuri hatinya ketika ini berkata, dia mahu bertenang terlebih dahulu dan terlalu awal untuk berbicara soal jodoh.

"Biarlah dulu, saya tak fikir pun lagi untuk bercinta semula buat masa ini," katanya kepada Kosmo!.

Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini kelmarin memutuskan perkahwinan antara Aziz dan Nor Radhiah tidak sah kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika mereka berkahwin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:53 am

Bisa Senario belum luntur

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Hi_02_12
PELAKON-PELAKON dan tenaga di belakang tabir filem Senario The Movie Episod 2.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Hi_02_11
AZLI, Mazlan dan Wahid bangga menjunjung nama Senario.


JENAKA kumpulan Senario mula diperkenalkan sekitar tahun 1995. Kumpulan ini yang kini hanya tinggal dianggotai Azli, Mazlan Pet Pet dan Wahid mahu membuktikan sinar Senario tidak pernah padam.

Walaupun beberapa ahli asal mereka, Ilya, Hamdan, Saiful Apek dan Yassin sudah membawa haluan sendiri, Senario tidak pernah berhenti berkarya.

Buktinya, tahun lepas filem Senario The Movie Episode 1 berjaya mencapai kutipan RM4.5 juta. Filem dengan bajet RM1.6 juta itu memperlihatkan kepada semua bahawa bisa Senario tidak luntur walaupun pelawak-pelawak baru tampil mengisi banyak kekosongan yang tidak ada pada Senario.

Hari ini, Senario sekali lagi berdepan cabaran besar apabila filem kedua mereka yang masih mendapat sentuhan Ahmad Idham sudah turun ke lokasi penggambaran pada 9 Februari lalu.

Bermodalkan RM1.7 juta, filem kedua Senario terbitan Metrowealth (MIG) ini berdepan risiko. Berjayakah jumlah kutipan RM4.5 juta itu diraih lagi atau filem itu sekadar menebus modal?

"Melihatkan keadaan ekonomi semasa, memang ada masalah untuk dapatkan kutipan tinggi. Tapi itu tak bermakna kami perlu hadkan bajet. Untuk dapatkan filem baik dan kekalkan kualiti, kami kena berani keluarkan duit, biar mahal sikit asalkan kualiti tidak menghampakan peminat," beritahu David Teo, tulang belakang MIG bersemangat.

Anggota Senario, Azli juga menyimpan keyakinan yang tinggi. Katanya, walaupun sudah berbelas tahun menghiburkan masyarakat Malaysia, tempoh tersebut bukan alasan untuk membuatkan mereka takut tidak lagi diminati penonton.

"Saya percaya suatu hari nanti Senario akan jadi legenda. Sebagai mana penonton terus menonton Bujang Lapok dan Do Re Mi, begitulah besarnya harapan saya.

"Senario kini tinggal bertiga. Jika kami dapat kekalkan persahabatan dan etika yang baik, rasanya perkara itu tidak akan mustahil. Kami akan jadi legenda dan akan terus diingati sepanjang zaman," jelas Azli sambil meramalkan Senario bakal jadi episod yang paling lama dan paling banyak disiarkan di kaca TV tempatan.

Jika Azlee mahu Senario menjadi kumpulan pelawak legenda, Wahid pula melihat pencapaian Senario sebelum ini sudah cukup untuk kumpulan komedi popular itu digelar legenda komedi yang masih hidup.

"Pada pandangan saya, Senario sudah pun menjadi legenda. Sudah cukup lama kami dalam dunia komedi tempatan, sudah bermacam gelaran, misalnya lawak bodoh dan komedi slapstik ditujukan kepada kami tetapi kami masih berkarya.

"Rasanya Senariolah yang menjadi inspirasi kepada pelawak-pelawak lain yang tumbuh selepas tahun 1995. Mereka datang uji bakat dan sebut nama Senario sebagai contoh," kata Wahid yang ditemui pada majlis pelancaran filem Senario The Movie Episod 2 di Seri Kembangan baru-baru ini.

Tidak lagi seperti episod pengenalan dan latar belakang siapa Senario seperti menerusi episod pertama tahun lepas, Senario The Movie Episod 2: Beach Boys seratus-peratus fiksyen yang mengisahkan kehidupan Azli, Mazlan dan Wahid yang merancang percutian ke sebuah resort di sebuah pulau.

Menurut pengarahnya, Ahmad Idham, filem yang bertemakan pengembaraan cinta itu masih divisualkan dalam emosi komedi.

"Filem ini masih dalam kategori komedi situasi, cuma akan ada sedikit emosi seperti cinta, sedih dan kecewa yang boleh memberikan kesan kepada penonton.

"Sebagai kelainan, saya akan cuba memasukkan elemen-elemen kejutan, misalnya satu watak akan beraksi dalam pelbagai babak dan membawa pelbagai karakter.

"Istimewanya, setiap watak iaitu Azli, Lan dan Wahid akan ada heroin masing-masing dalam filem ini. Azli akan bercinta dengan Maria Farida, Lan dengan Marsha dan Wahid dengan Nik Sayyidah," beritahu Ahmad Idham.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 9:55 am

Nikah Aziz tak sah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Ne_01_14
Aziz berkata sesuatu kepada Radhiah di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Gara-gara mengaku dirinya masih anak dara, perkahwinan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 23, dengan pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman, 47, pada Ogos tahun lalu diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Pengakuan itu dibuat Nor Radhiah semasa hari pernikahan dengan Aziz pada 16 Ogos tahun lalu yang menyatakan: "Saya adalah seorang anak dara dan saya sekarang tidak menjadi isteri sesiapa dan tidak di dalam edah sesiapa.''

Sedangkan menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya, pengakuan itu ditandatangani wanita tersebut hanya 20 hari selepas perkahwinan dengan suaminya yang terdahulu dibatalkan Mahkamah Rendah Syariah pada 28 Julai tahun lalu.

"Ini bermakna Nor Radhiah tidak menjalani tempoh edah selepas perkahwinan dengan bekas suaminya itu disahkan batal oleh mahkamah.

"(Sepatutnya) sebagai akibat berlakunya persetubuhan syubhat antara Nor Radhiah dan suami terdahulu, diwajibkan ke atas pemohon (Nor Radhiah) beredah tiga kali suci mulai 28 Julai itu,'' katanya ketika membuat keputusan itu semalam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:02 am

Chris Brown disoal siasat polis, Rihanna tarik diri dari Grammy

[SEMASA] LOS ANGELES: Kemeriahan acara berprestij Anugerah Grammy ke-51 yang berlangsung hari ini turut terselit 'drama' di belakang tabir apabila penyanyi popular Chris Brown gagal menghadiri majlis tersebut gara-gara disoal siasat oleh polis kira-kira 90 minit sebelum acara itu bermula, ekoran dituduh menyerang seorang wanita yang tidak dikenali semalam.

Brown yang turut tercalon serta dijadualkan membuat persembahan pada Grammy kali ini dikatakan telah pergi ke balai polis untuk disoal siasat dan menurut jurucakap polis, Brown bagaimanapun tidak ditahan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Chris110
Chris Brown gagal beraksi di Grammy gara-gara dituduh menyerang seorang wanita semalam


Difahamkan, Brown telah diikat jamin sebanyak $50,000.

Menurut laporan polis, Brown dan seorang wanita menaiki sebuah kereta di kawasan Hancock Park semalam dan kemudiannya mereka dikatakan bertengkar. Brown dilaporkan telah memberhentikan kereta dan kedua-duanya keluar dari kereta tersebut dan meneruskan pertengkaran.

Wanita terbabit dilaporkan mengalami sedikit kecederaan ketika polis tiba di tempat tersebut dan memberitahu polis bahawa Brown telah menyerangnya. Bagaimanapun, ketika itu Brown telah meninggalkan tempat tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Rihann10
Kekasih Brown, Rihanna, turut menarik diri dari menjayakan persembahan di Grammy tanpa diketahui punca sebenar


Bagaimanapun, punca kegagalan Brown beraksi di Grammy masih kabur sama ada penyanyi itu sendiri yang menarik diri atau pun disingkirkan oleh pihak penganjur sendiri gara-gara insiden itu.

Bukan saja Brown, malah kekasihnya Rihanna yang juga sepatutnya turut membuat persembahan di Grammy juga menarik diri di saat-saat akhir tanpa diketahui punca sebenarnya sama ada ia turut berkaitan dengan kes tersebut.

Rihanna sepatutnya mempersembahkan lagu Live Your Life dan Disturbia manakala Brown pula menerusi lagu Forever. Kedua-duanya turut dicalonkan di dalam katogeri vokal bagi kolaborasi; Brown bersama Jordin Sparks manakala Rihanna dicalonkan bersama Maroon 5.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:10 am

Erma bersedia ke Palestin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Erma11
ERMA Fatima ketika berucap pada malam penutup Karnival Doa Buat Palestin di perkarangan Istana Budaya, baru-baru ini
.

SEJAK memuncaknya keganasan rejim Zionis di Palestin bulan lalu, sana sini orang memperkatakan tentang kekejaman yang dilakukan oleh tangan-tangan tidak berperikemanusiaan itu.

Laungan amarah disuarakan dan pelbagai sumbangan dihulurkan demi menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Palestin yang menderita di bumi sendiri.

Bagi Malaysia, meski hanyalah sebuah 'negara kerdil' dalam peta dunia, beberapa program dan tabung bantuan dianjurkan oleh pelbagai pihak yang kesemuanya menjurus kepada mengutip dana bagi membantu Palestin.

Solat hajat, ceramah, malam puisi, jualan dan lelongan amal serta program-program lain juga tidak terkecuali dilaksanakan untuk tujuan itu.

Di pentas seni pula, golongan selebriti tidak ketinggalan menghulur tangan dan bersama melahirkan keprihatinan mereka terhadap mangsa-mangsa kekejaman Israel.

Erma Fatima, contohnya, sebagai orang kuat dalam Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia, tidak terlepas dalam menganjurkan Karnival Doa Buat Palestin yang diadakan di perkarangan Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 hingga 2 Februari lalu.

Menghimpunkan puluhan selebriti, karnival tersebut berjaya mengumpul kutipan sumbangan hampir RM100,000 yang akan dihulurkan ke tabung bantuan Palestin, Wisma Putra.

"Kita telah merancang karnival ini sejak dua minggu lalu. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Istana Budaya.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pihak dan terima kasih juga kepada barisan artis kerana walaupun tanpa bayaran, mereka tetap tampil membuat persembahan di pentas,'' katanya ketika ditemui pada majlis penutup Karnival Doa Buat Palestin.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

Karnival Doa Buat Palestin yang dihadiri lebih 10,000 orang pada kedua-dua hari itu menampilkan persembahan artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Noryn Aziz, Rabbani, Siti Sarah, Dafi, Raihan, Kopratasa, Amy Search dan Maya Karin.

Daripada 100 buah gerai yang disediakan, beberapa artis seperti Linda Onn, Dr. Fazley, Julia Ziegler, Awal Ashari dan Dynaz tidak ketinggalan membuka gerai masing-masing.

Selain acara hiburan, karnival berkenaan tidak lupa menganjurkan solat hajat dan bacaan Yassin khusus mendoakan kesejahteraan Palestin.

Menyambung bicara, Erma berkata, melihatkan betapa semangatnya untuk membantu Palestin, Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan sukarelawan yang bakal dianggotai artis serta para doktor.

Ujarnya, pasukan itu menyerupai badan sukarelawan kebajikan lain dan akan turut bertindak membantu mangsa-mangsa bencana alam serta mangsa peperangan selain di Palestin.

"Sebenarnya, idea menubuhkan pasukan sukarelawan ini tercetus selepas saya tercabar dengan kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly.

"Ketika berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan penajaan, dia ada menyatakan rancangan untuk ke Palestin. Saya yang ada di situ nyatakan keinginan untuk ikut sama.

"Beliau turut menyoal mampukah artis untuk ikut sama membantu ke Palestin? Katanya, pergi ke Palestin bukannya suka-suka atau hendak mengambil gambar,'' jelasnya.

Menurut Erma, tercabar dengan kata-kata Shazalli, pihaknya merancang untuk menubuhkan pasukan sukarelawan dalam masa terdekat ini sebagai membuktikan bahawa golongan artis mampu menyumbang tenaga dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan.

"Melalui pasukan ini, kita akan beri pelbagai latihan sehingga benar-benar bersedia untuk melaksanakan misi.

"Kita tidak mahu golongan artis dipandang sekadar penyeri sahaja. Kita akan persiapkan diri.

"Kalau ada orang kata saya sekadar berkata-kata sahaja hendak tubuhkan pasukan itu, saya akan buktikannya nanti,'' tegas Erma.

Mengenai Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia, Erma menjelaskan bahawa yayasan itu ditubuhkan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Kita bukannya hendak publisiti murahan. Apa yang kami lakukan menerusi yayasan adalah soal kemanusiaan.

"Seperkara lagi, yayasan saya ini tidak menjaga artis tetapi kami kumpul artis untuk laksanakan khidmat kemasyarakatan,'' tambahnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:16 am

Fasha akui tertekan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Mainpi54


KUALA LUMPUR: “Sebenarnya saya dah lali dengan tohmahan orang,” kata pelakon popular, Fasha Sandha berhubung tuduhan liar pihak tertentu kononnya dia perampas suami orang dan punca keretakan rumah tangga pelakon Nora Danish dengan Rizal Ashram Ramli.

Dia berharap penyebaran dakwaan palsu itu dihentikan kerana bukan saja memberi tekanan kepadanya, malah pelakon berkenaan.

“Jangan kaitkan saya dengan bekas suami pelakon itu kerana ia memberi tekanan kepada saya dan Nora,” katanya yang dihubungi semalam.

Sebelum ini, pelbagai gosip diperkatakan sebilangan peminat termasuk mengaitkan pelakon jelita itu sebagai orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Nora dengan Rizal.

Terbaru, Fasha didakwa pergi bercuti ke Pattaya, Thailand bersama Rizal, baru-baru ini.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 24, mengakui bercuti di Pattaya tetapi hanya bersama pengurusnya, Nik Yasmin Nik Abdul Rahman.

“Apa yang saya minta tolong hormati hak peribadi saya. Saya pergi bersama pengurus saya 29 Januari lalu dan pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Februari.

“Saya tidak mahu komen panjang, tolong beri ruang dan sedikit masa kepada saya. Bila sudah bersedia saya akan berkongsi kepada semua siapa jejaka di hati saya,” katanya.

Dia menegaskan hubungannya dengan Rizal hanya sekadar kawan dan gosip yang tersebar itu memberi tekanan kepadanya.

“Bukan itu saja, gosip berkenaan turut memberi tekanan kepada Nora yang baru melahirkan anak. Jadi saya amat berharap spekulasi ini dihentikan,” katanya.

Fasha bagaimanapun bersyukur kerana masih banyak menerima tawaran berlakon daripada pengarah dan penerbit drama serta filem di sebalik pelbagai gosip yang melanda.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang banyak memberi semangat dan sokongan selama ini,” katanya.

Mengenai perkembangan lakonannya, Fasha berkata, dia baru selesai menamatkan penggambaran drama Air Mata Azizah arahan Haris Kadir yang diterbitkan SRS Production untuk RTM.

“Pada Januari lalu, saya juga terbabit dengan penggambaran drama Anak Belaan dan Santau dalam siri Keliwon terbitan Rashbir Media Sdn Bhd yang diarahkan Rashid Sibir untuk siaran TV3.

“Saya juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem April ini dan buat masa ini, skrip filem itu masih dalam proses untuk disiapkan,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:32 am

Gosip cinta dengan Dang Suria - “Dia sangat istimewa” Ad Samad

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Cover210Sebelum ini sudah beberapa kali ‘team’ MH bertembung dengan Dang Suria yang hadir di majlis-majlis formal ditemani Ad Samad. Terkini kelibat keduanya dilihat di majlis resepsi persandingan Mawi dan Ekin di Palace Of The Golden Horses. Dang Suria dan Ad Samad begitu serasi bersama dan mesra, bagai ada bibit-bibit cinta antara mereka.

Namun masa dan suasana ketika itu membataskan untuk berbual panjang dengan mereka. Tidak mahu serkap jarang melihat keintiman keduanya, baru-baru ini penulis cuba menghubungi Dang Suria. Dang yang membalas mesra panggilan penulis nyata enggan mengulas lanjut pertanyaan yang diajukan.

Tidak setakat di situ sahaja, penulis cuba menghubungi Ad Samad yang cukup popular dengan sentuhan lirik ‘Kalis Rindu’. Selepas beberapa kali menghubungi barulah dia menjawab panggilan. Penulis difahamkan Ad kini sedang sibuk di studio bagi proses pembikinan album baru Maya Karin, Jamal Abdillah, Ramlah Ram dan pendatang baru, Ikhwal. Sekalipun baru, Ikhwal. Sekalipun begitu, setiap pertanyaan yang diajukan sedikitpun tidak mengecewakan.

“Pertanyaan awal tentang kesibukan saya di studio sekarang ini sekadar umpan rupanya. Beginilah, saya senang menjelaskan tentang Dang Suria. Dia merupakan kawan baik saya sejak zaman persekolahan lagi. Kami saling mengenali antara satu sama lain ketika usia 17 tahun. Saya rasakan dia mempunyai tarikan tersendiri,” jelasnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:33 am

15 kenangan menarik Dato’ Siti di samping Dato’ Khalid

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Cover111Memilih untuk menjadi suri hati usahawan berjaya, sedikit sebanyak mencabar naluri kewanitaan anak kelahiran Kuala Lipis ini. Baginya itu langkah dan permulaan awal menempuh alam rumahtangga. Jika di alam anak dara, Siti sudah puas menangis mengenangkan nasib menjadi anak seni, fasa hidup seterusnya adalah bergelar isteri. Biarpun pelbagai cerita kurang enak menghiasi perhubungan mereka, Siti sudah bersedia. Bagi Siti, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Dalam meniti perjalanan sebagai isteri dan ‘ratu’ di hati peminatnya, ikatan rumahtangga yang dibina kian utuh asal sahaja berpaksi kepada kepercayaan dalam perhubungan. Setiap persoalan yang mendatang, pasti ditepis dengan lontaran senyuman. Itulah Siti yang tidak pernah berubah dari awal pembabitannya ke dunia seni sehinggalah sekarang.

Lagu ‘Kau Kekasihku’, ‘Indahnya Percintaan’ dan ‘Biarlah Rahsia’ seakan menceritakan detik-detik indah percintaan Siti. Apa yang pasti, romantika percintaan antara Dato’ Siti dan Dato’ K terjawab melalui ‘Cahaya Cinta’ yang dicipta. Dan sehingga kini, ada rahsia disebalik kemanisan melayari bahtera cinta pasangan yang mendapat jolokan ‘Rumi’ dan ‘Julie’ ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:35 am

Kenyataan Rozita mengguris hati VVIP; “Saya terasa murah…”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Panas110Jika dahulu, kenyataan pedas pelakon popular Rozita Che Wan tentang VVIP pernah disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tabloid. Impak dari kenyataannya itu membuatkan beberapa golongan VVIP terguris dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon cantik ini.

Kononnya golongan sebegini seperti tidak ada kerja lain yang perlu dibuat selain mengejar artis-artis popular. Sehubungan dengan itu, MH segera mendapatkan Rozita Che Wan untuk mendapatkan komen tentang kenyataannya yang telah mengguris hati golongan berpengaruh ini.

Bagi diri Rozita, kenyataannya itu bukanlah ditujukan kepada semua golongan VVIP, malah surat yang ditulis oleh dirinya itu ditujukan hanyalah kepada VVIP tertentu yang pernah menganggu hidupnya. Lagi pun terdapat percanggahan antara dirinya dan juga kenyataan yang telah dikeluarkan oleh akhbar tabloid itu.

“Saya bercakap perkara yang benar, bukan kesemuanya. Hanya segelintir sahaja. Lagi pun buat pengetahuan Yus, kenyataan yang keluar dari akhbar itu kebanyakannya bukan dari mulut saya...

Mula-mula saya baca ‘heading’ kenyataan itu, saya terperanjat kerana itu bukan ayat saya. Apatah lagi apabila artikel itu diletakkan di muka depan akhbar. Saya berasa ‘murah’ bila melihat ‘heading’ artikel yang dikeluarkan oleh akhbar itu. Masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan saya.

bila dah berangin satu badan, saya terus telefon wartawan yang buat kenyataan itu. Tapi katanya bukan dia yang buat ‘heading’ sebegitu. Semuanya dilakukan oleh pihak atasan. Masa tu saya sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan tidak kesampaian
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:35 am

Saerah tidak mahu lukakan hati sesiapa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Panas210Selepas menghubungi Imran MH mendapatkan penjelasan daripada Saerah pula. Saerah yang senang memberikan kerjasama begitu mudah untuk dihubungi. Sepertimana Imran, Saerah juga meluahkan perkara yang sama kepada MH.

“Saya dengan dia tidak ada apa-apa hubungan. Kami hanya berkawan biasa sepertimana saya berkawan sesama artis. Rasanya tidak salah jika saya berkawan dengan dia ini kerana hubungan kami biasa sahaja. Imran merupakan kawan Kakak Siti dan saya mengenali dia dari situ.

“Tentang kami berpegangan tangan itu memang tidak betul. Saya pun tak tahu macamana perkara macam ini boleh timbul. Rasanya orang yang melihat kami pada waktu itu juga akan dapat bezakan antara kawan atau kekasih,” sambung Saerah.

Menurut Saerah lagi, Imran hanyalah rakan biasa. Memandangkan pada masa ini dia masih solo dan tidak mempunyai teman istimewa dia bebas ke majlis dengan mana-mana rakan artis yang dikenalinya.

“Jika saya ada teman lelaki sudah pasti saya akan ke majlis tersebut dengan si dia. Saya bersama seorang kawan dan Imran merupakan kawan kepada teman saya itu. Secara kebetulan kami ke AJL bersama kerana tidak mempunyai teman lain,” tambah Saerah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:39 am

Sari Yanti -Sudah lama diajak kahwin

RAMAI YANg MENgENALINYA SEbAgAI REMAJA SEKOLAH MENENgAH DALAM DRAMA KISAH KAISARA. bENTUK FIZIKALNYA YANg KECIL MOLEK MEMbUATKAN pEMINAT bERANggApAN bAHAwA SARI YANTI bINTI MOHAMAD NAZARI MASIH ‘pELAJAR SEKOLAH’. HAKIKATNYA
pELAKON INI SUDAH pUN bERUSIA 24 TAHUN DAN TELAH SELAMAT bERgELAR ISTERI bARU-bARU INI.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Terkin12


Sari Yanti dan pasangannya Mohd. Eddy Casmady, 28 selamat diijabkabulkan 16 Januari lalu di kediamannya yang ter letak di Kuala Pilah Negeri Sembilan. MW sempat menghadiri majlis persandingan pasangan ini yang berlangsung keesokan harinya. Menurut Sari Yanti, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sebaik sahaja bergelar isteri kepada Eddy.

“Saya harap tidak siasiakan hidup apabila mengambil keputusan berkahwin. Saya juga harap agar dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab pada saya dan keluarga. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik, taat pada suami,” ucapnya bila di tanya tentang perasaan setelah bergelar isteri. Ketika diminta mengenai kisah cintanya, ternyata Eddy memang telah lama berada dalam hidup Sari Yanti.

“Saya dan Eddy diperkenalkan oleh sepupu saya. Kami berkenalan sewaktu saya belum lagi menjadi seorang pelakon. Selama tiga tahun kami bercinta Eddy tidak pernah nampak diri saya sebagai seorang artis. Cuma pada ketika waktu akad nikah sahaja dia seperti terkejut dengan kehadiran wartawan dan jurugambar,” ujar Sari Yanti sambil menyatakan mereka dinikahkan sendiri oleh bapanya Mohd Nazari Mohd Nor..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Terkin13


Suami sokong kerjaya

Tambah Sari Yanti lagi, dia bagaimanapun tidak terkejut apabila di lamar oleh Eddy memandangkan se panjang perkenalan dan percintaan mereka, Eddy sering mengajaknya berkahwin. “Pada mulanya saya ingat dia main-main bila ajak kahwin. Tetapi setelah banyak kali dia ajak, akhirnya saya terima lamarannya. Sebenarnya Eddy tidaklah memaksa sangat agar kami berkahwin cepat.

“Dia mahu beri saya masa untuk membina kerjaya. Tetapi pada pendapat saya, ini adalah perkara baik. Lebih baik dipercepatkan. Saya tidak fikir perkahwinan akan menghalang rezeki saya dalam bidang seni. Saya percaya pada diri sendiri,” katanya yang kelihatan cukup manis di hari persandingan. Dalam pada itu jelas Sari Yanti, dia cukup bertuah kerana Eddy sentiasa memberi sokongan untuk meneruskan kerjaya lakonan.

Malah sewaktu MW meminta pandangannya terhadap kerjaya isterinya, Eddy terus terang mengatakan bahawa dia tidak ada masalah dengan bidang lakonan yang diceburi Sari Yanti. “Saya harap Sari pandai menjaga diri kerana apa yang dia buat adalah impiannya. Saya berharap agar dia boleh membahagikan masa dengan baik antara tanggungjawab kerjaya dan keluarga,”ulasnya.

Pertama kali bertemu keluarga suami

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Terkin14


Diminta bercerita tentang kenangan di alam percintaan yang sentiasa mekar di hati kata pelakon Gadis Merah Jambu ini pertemuan pertama dengan keluarga suaminya adalah yang paling diingati. “Ketika itu kami keluar bersama, hendak dijadikan cerita, hari itu pula hari Jumaat dan kebetulan pula kami berada di rumah Eddy. Masjid pula berada di hadapan rumahnya.

Disebabkan Eddy sudah terlambat hendak menunaikan solat Jumaat, maka dia tinggalkan saya di rumah bersama dengan keluarganya. Terkejut sebab itulah kali pertama saya bertemu dengan ahli keluarganya. Pandaipandailah bawa diri. Memang tidak dapat lupakan peristiwa itu,” katanya sambil tertawa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:46 am

HANGAT DAN SENSASI

Siti lancar produk kecantikan di Dubai

DESAS-DESUS mengatakan Datuk Siti Nurhaliza bakal melancarkan produk kecantikan atas namanya sendiri di Dubai. Ketika ditanya pada Siti, Siti tidak menafikan perkara tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Ct26
Siti lancar produk ‘Simply Siti’ di Dubai


“KALAU ada rezeki, memang Siti ada membuat perancangan untuk melancarkan produk atas nama Siti. Namun buat masa ini, kita masih di peringkat membuat penyelidikan terlebih dahulu.

“Jangan risau, kalau betulbetul jadi Siti akan beritahu kepada semua,” jelas Datuk Siti Nurhaliza ketika ditanyakan tentang khabar angin yang mengatakan Siti dan suami, Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K bakal melancarkan produk kecantikan yang menggunakan nama Simply Siti di Dubai tidak lama lagi.

Khabar angin itu mula tersebar luas apabila baru-baru ini Siti dikatakan telah berurusan dengan sebuah agensi kerajaan berkenaan projek tersebut. Menurut orang dalam di agensi tersebut, permohonan Siti itu telah mendapat ‘lampu hijau’ dan disokong oleh pihak agensi.

“Siti ada perancangan tetapi tidak tahu bila ia akan terlaksana. Nak jangka bila pun susah kerana ia bukanlah perkara yang mudah untuk diuruskan,” katanya lagi sambil tersenyum. Pusat membeli-belah terbesar di Jakarta Sementara itu, dalam masa yang sama di Indonesia lain pula ceritanya. Siti diceritakan bakal melebarkan sayap perniagaannya di sana dengan pembinaan sebuah pusat membeli-belah terbesar di Jakarta.

Mengukuhkan lagi cerita itu apabila pemilik-pemilik tanah di kawasan berkenaan telah pun dibayar pampasan dengan jumlah yang tinggi bagi merealisasikan projek tersebut. Siti yang ditemui ketika mengambil bahagian dalam acara Doa Buatmu Palestin yang diadakan di perkarangan Istana Budaya baru-baru ini terus ketawa kecil mendengar soalan itu diajukan.

“Doa-doakanlah. Mudah-mudahan masin mulut mereka. Tapi pada hakikatnya, setakat ini Siti tidak pernah ada perancangan untuk perkara tersebut. Mungkin ada salah faham ataupun mereka tersilap orang. Siti memang tidak ada apa-apa urusan perniagaan di sana,” ujarnya yang turut ditemani kakak ipar, ibu dan ibu mentuanya ketika itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:48 am

Kenyataan keluarga mentua - Rita hilang sabar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 117 TIDAK pernah menyangka dengan takdir yang dilaluinya ini, Rita Rudaini Mokhtar, 33, mengumpul sehabis yang mampu kekuatan yang ada untuk berdepan dengan segala permasalahan yang sedang dilaluinya bersama suami, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 22, ekoran pernikahan rahsia mereka di Songkhla, Thailand hampir setahun yang lalu.

Tidak sekadar berdepan dengan tohmahan masyarakat yang menganggap keputusan mereka bernikah di negara jiran itu sebagai tidak wajar, pasangan ini turut berdepan dengan permasalahan lain apabila keluarga pemain bola sepak kebangsaan itu sehingga kini masih tidak dapat menerima hakikat pernikahan mereka.

“Saya dan suami mengakui kesilapan kami yang tidak memaklumkan pernikahan itu kepada keluarga. Bukan kami sengaja merancang begitu, tetapi atas alasan tertentu keputusan itu terpaksa diambil. Berkali-kali saya dan suami jelaskan hal ini kepada keluarga dan berkali-kali juga kami pohon maaf kepada mereka dengan apa yang telah terjadi ini.

“Malangnya, mereka (keluarga mentua) tetap tidak dapat menerima hakikat ini. Saya dipersalahkan dan dituduh mendesak serta mempengaruhi suami dengan tujuan yang tidak baik melalui pernikahan ini,” katanya dengan nada kesal. Pelakon drama bersiri Rozana ini juga memberitahu, semenjak berita pernikahan itu didedahkan, dia sentiasa diserang dengan pelbagai tuduhan negatif dari keluarga mentua.

Pun begitu, dia langsung tidak berkecil hati kerana memahami situasi keluarga mentua yang masih terkejut dengan berita pernikahan itu. “Biar apa pun yang diperkatakan tentang saya, saya hanya mendiamkan diri. Rasa hormat saya kepada mereka mengatasi segala-galanya. Saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

“Bagaimanapun, kesabaran saya itu seperti dicabarcabar. Semakin hari, semakin banyak pula kenyataan yang tidak benar tentang saya dikongsi kepada umum. Tidak cukup dengan itu, keluarga saya turut terhukum dan dilemparkan dengan pelbagai kata nista,” katanya yang cukup kesal apabila Aidil diminta membuat pilihan sama ada untuk memilihnya atau keluarga.

Mengakui tersinggung dengan situasi itu, Rita akhirnya bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar yang dilaluinya. Bagaimanapun, tindakannya itu dilihat pula sebagai sengaja memanjangkan sengketa yang ada. “Biarlah mereka nak cakap apa pun. Apa yang saya buat memang semua tak kena pun. Dah lama saya berdiam diri, tiba masanya bersuara.

Bukan mahu mengeruhkan lagi keadaan, tetapi sekadar mahu menjelaskan situasi sebenar. Terpulanglah apa anggapan orang terhadap saya, saya dah tak kisah.” luahnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitimeTue 10 Feb 2009, 10:50 am

Irma Hasmie-Makin Ligat

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Gadis210 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Gadis110

IRMA HASMIE, pemilik nama ruangan Gadis Bola kali ini. Dia kerap muncul di kaca televisyen dengan memegang peranan watak perempuan ‘baik-baik’.

Malah, namanya kini makin menjadi sebutan sejak membintangi drama Awan Dania. Kini Irma Hasmie makin kencang menerima tawaran berlakon dan tidak keberatan berkongsi kisahnya dengan pembaca ABS

Walaupun tidak begitu arif dengan dunia bola sepak, Irma Hasmie tetap berpendapat bahawa sukan paling popular ini mampu membentuk sifat-sifat positif untuk masyarakat.

Bola sepak dan lakonan, kedua-duanya merupakan bidang berbeza tetapi melibatkan seni dan peminat, apakah persamaan yang boleh dikaitkan dengan kedua-dua bidang ini?

Kedua-duanya memerlukan stamina yang tinggi. Kalau bola sepak ni ramai yang sedia maklumlah, begitu juga dengan lakonan yang sebenarnya menuntut fi zikal dan mental yang tinggi. Berlakon ni tak tentu masa sehingga ke lewat pagi dan memakan masa yang panjang.

Secara tak langsung, stamina sangat penting bagi memastikan kami terus konsisten. Stamina amat diperlukan bagi menentukan mood lakonan kami.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 6

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 20Go to page : 1, 2, 3 ... 10 ... 20  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions