Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:07 pm

Rambang mata tonton sajian menarik bulan Ramadhan di saluran Media Prima

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 01304613


MENJELANG bulan Ramadhan dan Syawal ini, para penonton TV3, ntv7, TV9 dan 8TV pastinya rambang mata memilih saluran mana yang ingin ditonton.

Maklumlah pemilik saluran-saluran televisyen tersebut Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) menjanjikan pelbagai program menarik pada Ogos ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RTMP, Datuk Seri Farid Ridzuan berkata, sambutan Hari Raya akan kehilangan serinya tanpa program-program istimewa dan terkini.

Katanya, ini termasuk persembahan muzikal, filem-filem Raya, telefilem, majalah, muzikal, sitkom dan program animasi.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 01304612


"Kami telah menyediakan program-program menarik dari luar dan dalam negara, termasuklah yang diterbitkan sendiri oleh produksi kami.

"Kami juga telah menyusun jadual yang terbaik agar tiada pertembungan waktu siaran dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada semua penonton berikutan kami banyak menerima maklum balas dari penonton berkenaan waktu penyiaran yang sentiasa bertembung.

"Ini bagi mengimbangi jumlah penonton bagi setiap rangkaian stesen kami pada minggu Aidilfitri," katanya pada sidang media selepas Rumah Terbuka "Media Prima TV Networks Raya Screenings 2009" bertempat di Sunway Hotel & Spa di Petaling Jaya, kelmarin.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 01304611


Bagi Farid, kegawatan ekonomi yang melanda dunia tidak sepatutnya menyuramkan sambutan perayaan Hari Raya tahun ini.

"Di samping menawarkan kos efektif kepada pelanggan dan tahap pencapaian yang optima, matlamat kami adalah untuk menyediakan "ubat bagi kedukaan" dan program TV yang menarik sesuai untuk semua penonton setia kami," tambah Datuk Sri Farid.

Katanya, menerusi TV3 dan TV9, program-program yang sesuai sepanjang bulan Ramadhan ialah program Jejak Rasul musim ke-15 yang telah memenangi anugerah dokumentari terbaik, Al-Risaalah, Ayat-ayat Cinta, Jelajah Ramadhan dan Kalamullah.

Lain-lain program menarik, katanya, ialah Bazaar Ramadhan, rancangan-rancangan memasak, Jom Berbuka Puasa dan Singgah Sahur.

Untuk mereka yang terlepas menonton filem-filem Blockbuster di pawagam, duduk sahaja di rumah kerana banyak filem dan drama menarik menanti anda seperti Duyung, Cicak Man 2, Sifu & Tongga, Ceplos dan Baju Raya Istimewa.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 01304610


Mereka yang meminati rancangan berbentuk Majalah & Dokumentari di TV3 dan TV boleh memilih rancangan Raya Terapung, Landasan Raya dan Ketupat Rendang Kopi O.

Kanak-kanak pula bergelak ketawa menonton sitkom-sitkom pilihan dan rancangan hiburan seperti Dedikasi Lebaran, Sampaikan Raya, Kecoh Petang Raya, Bagus Sangat Ke, Studio Nabil Di Perth dan Suatu Hari Di Hari Raya.

Selain itu, ntv7 dengan taglinenya, "Saluran Ceria Anda" akan menyajikan pelbagai rancangan unik untuk menceriakan penontonnya dengan 1...2... Jus!, Raya Special, Lebaran Special, Editor's Time Raya Special, e7 Raya Special dan I'm Muslim too.

Lain-lain program menarik termasuk Resident Evil: Apocalypse, Alexander, Breaking The Magicians Code, Nobita and the Tin Labyrinth, Sounds of Style 2008 dan The Hong Kong Film Awards.

Penggemar rancangan-rancangan yang penuh aksi dan berunsur hiburan, tentu seronok dengan sajian: The 2009 MTV Movie Awards, Rock Band Battle, Ho Chak! Raya Special, Rock Raya with Quickie, New Police Story (Jackie Chan) dan I'm a Cyborg, But That's Ok (superstar terbaru Korean, Rain).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:13 pm

Daphne mengaku rumah tangganya kini berantakan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Daphne11
Daphne Iking. - foto THE STAR oleh SAM THAM


KETENANGAN di raut wajah hos popular Daphne Iking tidak dapat menenangkan gelora hatinya yang kini agak berkecamuk dek masalah rumahtangga.

Walaupun runsing dan sedih, Daphne tetap memberi komitmen kepada program Ramadan dan Raya anjuran Media Prima.

Malah, pada satu waktu dulu, gosip tentang keberantakan rumahtangganya banyak diperkatakan di ruang akhbar tetapi lama kelamaan ianya surut begitu saja. Tapi sejak kebelakangan ini, bagai terhidu sesuatu yang tidak kena dengan rumahtangga si jelita ini.

Ketika disapa tentang apa sebenarnya yang sedang bergolak atau adakah ianya sekadar 'ribut di dalam cawan' sahaja, Daphne tidak mampu berselindung lagi.

"Perselisihan faham biasa berlaku di kalangan wartawan, sahabat handai, artis mahupun saudara mara. Ini sesuatu yang lumrah.

"Sedangkan lidah lagi tergigit....," kata ibu muda kepada Isobell yang kini berusia 1 tahun setengah ini.

Dalam nada yang agak sedih, Daphne berkata, "Ini adalah masa yang paling sedih untuk kami berdua.

"Setiap perhubungan menuntut kasih sayang dan pemahaman. Pun begitu, kami berserah kepada ketentuan jodoh (fate)," kata jelitawan yang berasal dari Sabah ini

Daphne tidak menolak kemungkinan perhubungan jarak jauh menjadi salah satu penyebab hubungan suami isteri boleh menjadi renggang. Suami Daphne berada di China kerana menguruskan perniagaannya sedangkan Daphne dan anak mereka menetap di sini.

Hakikatnya keluarga kecil ini jarang dapat bertemu dan bermesra.

"Hakikatnya kami okey. Kami berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan situasi agar keadaan beransur pulih demi Isobell," kata hos popular "The Breakfast Show" ntv7 ini.

Dalam mencari satu penyelesaian, Daphne tidak menolak andaian bahawa masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan seandainya salah seorang dari mereka beralah dan berkompromi.

Meski agak tertekan dengan keadaan yang dialami sekarang, Daphne menafikan masalah rumahtangganya berpunca dari pihak ketiga.

"Itu tidak benar. Masalah kami tidak akan wujud jika kami dapat meluangkan masa bersama.

"Realitinya, salah seorang dari kami perlu berkompromi jika ada perselisihan," kata Daphne yang memberi pandangan jujur tentang masalah rumahtangga yang dihadapinya.

Bagi wanita gigih ini, merenung masa depan bukanlah penyelesai masalahnya. Daphne yang juga sepupu kepada penyanyi Nikki Palikat ini cuba mengelakkan dirinya terikat dengan pelbagai aktiviti dan projek.

Daphne kini terlibat dalam program pencarian model, The Estee Lauder Model Search 2009. Dia digandingkan dengan teman baiknya Nazruddin Habibur Rahman (Naz).

Gandingan Daphne-Naz ini dianggap paling serasi dan 'ideal' sekali sementelah 'chemistry' di antara mereka cukup baik.

Namun, sesibuk manapun Daphne, Isobell tidak pernah dipinggirkan. Hubungan ibu dan anak ini bagaikan satu terapi mencuri kebahagiaan bersama.

Kasih sayang jelas terpancar di wajah keibuan Daphne. Meskipun liku-liku terbentang luas di depan mata dan keraguan tentang ikatan perkahwinan yang agak kabur, semua ini bagaikan tidak menjejaskan kasihnya terhadap permata hatinya Isobell.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:17 pm

Yuna Berasa Kekok Jadi Popular

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61820010


Bukan cuba meninggi diri, jual mahal atau ego, namun Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, ternyata mempunyai prinsipnya sendiri dalam membina nama sebagai seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan komposer muzik Indie tempatan.

Tegas gadis bertudung yang semakin dikenali menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, dia hanya akan memilih untuk membuat sesuatu persembahan sekiranya dia rasakan benar-benar perlu.

Sekiranya tidak, dia yang handal bermain gitar akustik ini lebih suka mendiamkan diri serta menjalani kehidupan seharian seperti biasa sambil meneruskan kerja-kerja pembikinan lagu di studio yang tidak pernah selesai.

"Pada saya, apa saja yang saya lakukan haruslah bergantung kepada keputusan peribadi saya sendiri. Malah, saya lebih suka menjalani kehidupan secara privacy berbanding populariti. Cara begitu lebih menyenangkan diri saya.

"Kalau orang sudah banyak kenal saya, ia mula membuatkan saya terasa kekok. Saya juga segan dan tidak suka melihat diri saya sendiri di kaca TV. Mungkin, saya perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

"Saya tidak nafikan segelintir artis Indie yang lain memang gemar meraih populariti yang sedemikian rupa. Mungkin mereka sudah memilih jalan yang seperti itu. Tapi, itu bukan saya. Saya lebih suka dengan cara begini," katanya kepada murai.com.my.

Yuna ditemui sewaktu menjayakan penggambaran drama Cinta Sempurna untuk terbitan Oasis. Dalam drama tersebut dia telah menjadi dirinya sendiri dan membawakan lagu tema drama tersebut di dalam sebuah majlis hari jadi.

"Cinta Sempurna agak berbeza dengan Dan Sebenarnya kerana ia bersifat lebih dark dan melodinya pula lebih perlahan. Saya bercadang untuk memuatkan lagu ini dalam album studio saya nanti.

"Saya bercadang untuk keluarkan album studio saya itu nanti pada penghujung tahun ini. Ramai yang sudah bertanya bila lagi saya akan keluar dengan album. Tapi, saya tidak mahu melakukannya secara terburu-buru. Untuk apa saya buat album ini secara cepat sedangkan hasilnya tidak seberapa? Kalau boleh saya mahu hasil yang diperolehi daripada pembikinan ini nanti memuaskan hati saya.

"Sungguhpun begitu, saya sudah pun menyiapkan EP yang mengandungi 5 lagu iaitu Backpacking Around Europe, After Midnight, Dan Sebenarnya, Blue Sands dan Deeper Conversation.

"EP ini boleh mereka perolehi secara mail order menerusi laman myspace saya di alamat myspace.com/ yunaroomrecords," katanya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Lagu Yuna bantu atasi masalah pendengar

Sambung Yuna lagi, ramai yang masih keliru sama ada dia adalah penyanyi solo atau pun memiliki band muzik.

"Sebenarnya Yuna adalah nama saya sendiri. Saya yang tulis lagu lagu dan lirik sendiri. Tapi sejak 3 tahun yang lepas, saya mempunyai band yang mengiringi persembahan saya. Mereka ini terdiri daripada Paan selaku gitaris/pengurus, Efry (bassist) dan Adik (drummer). Mereka inilah yang turut menyumbangkan kerja-kerja susunan muzik dalam setiap lagu saya.

"Adakalanya saya muncul sendiri secara akustik bersama gitar saya. Tengok pada keadaan dan sesuatu persembahan yang saya jayakan itu. Kadangkala ia memerlukan saya untuk tampil secara solo, kadangkala bersama band," katanya.

Yuna juga tidak menafikan bahawa ada artis di luar sana yang berminat untuk mendapatkan lagunya serta melakukan kolaborasi bersamanya.

"Tapi saya masih tidak bersedia untuk melakukannya kerana saya sendiri sibuk menyiapkan pembikinan album studio saya. Kalau setakat berduet dalam lagu orang lain, saya tak kisah. Tapi bukan menghasilkan lagu untuk mereka lagi," kaanya yang mula bermain piano dan menyanyi seawal usia 6 tahun.

Apapun, sebagai penyanyi, Yuna memberitahu, dia gembira apabila lagunya dapat membantu kehidupan orang lain khususnya menerusi lagu Dan Sebenarnya yang memiliki elemen jazz dan bossanova bersama pop rock.

"Kebanyakan orang memberitahu bahawa lagu saya dapat membantu untuk mereka mengatasi emosi mereka ketika berhadapan dengan masalah cinta atau kemelut hidup.

"Bagi saya itu satu respon yang cukup baik. Setidak-tidaknya saya dapat membantu mereka menjalani kehidupan mereka menerusi lagu-lagu yang saya nyanyikan," katanya yang meminati Alanis Morrisette, Fiona Apple, Laura Marling, Feist dan Coldplay.

Nama Yuna turut tersenarai dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular serta Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:19 pm

Eja Hamil, Akui Kahwin 10 Tahun

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61920010


Murai Batu bangga kerana akhirnya pelakon cantik dan popular, Eja, 37, mengakui dia telah berkahwin. Rasanya di kalangan wartawan, ramai yang tahu benda ini sebagai satu open secret tetapi tidak pernah membesar-besarkannya kerana Eja sendiri pandai menepis soalan tentang rumah tangga.

Dengan erti kata lain, kalau ada soalan pasal rumah tangga, Eja tidak berapa layan dan mungkin kerana pandai slow talk, wartawan pun faham dengan permintaan Eja yang sememangnya seorang yang baik, berjiwa lembut dan mesra.

Tapi apabila Eja telah hamil 5 bulan sekarang, dia akhirnya tidak mahu bersorok-sorok lagi. Macam Rita Rudaini juga Eja akhirnya membuat pengakuan bahawa dia telah mengandung anak pertama. Bezanya, Eja bukan berkahwin 10 bulan lalu, tetapi lebih 10 tahun lalu!

Pengakuan Eja ini telah dibuat kepada sebuah majalah fesyen dan dekorasi terkenal. Sebelum ini sebuah akhbar tempatan lebih dulu menyiarkan berita gosip tentang kehamilan Eja itu. Apa yang dapat dikatakan, macam juga Rita, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan fitnah orang.

Murai Batu sendiri pernah melihat suami Eja, seorang korporat yang berasal dari Ipoh, Perak itu. Orangnya berambut sentiasa berambut skinhead macam Mawi dan Eja mengakui dia sebenarnya seorang duda beranak dua. Kiranya, ketika Eja yang juga bekas pramugari MAS berkahwin dengan suaminya itu, dia sudah pun berpisah dengan isteri yang dulu.

Khabarnya, hasrat Eja untuk menimang anak sulung itu termakbul selepas dia dan suaminya pergi menunaikan umrah ke Tanah Suci tidak lama dulu dan kemudian pergi ulangi honeymoon mereka di Amerika Syarikat. Kiranya tak sia-sia doa dan usaha yang mereka dilakukan selama ini. Tahniah diucapkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:35 pm

Gambar Sekita majlis kenduri perkahwinanAdlin&Emelda yang berkonsepkan ala Jawa

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220013

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220014

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220014

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220015
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:44 pm

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220016

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220017

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220018

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220019

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220020
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:57 pm

Rakan-Rakan artis...

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220021

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220022

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220023

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220024
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:05 pm

Kecuali Cintamu Drama MCP Pertama

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61620010



Menyudahkan 50 episod drama bersiri Kecuali Cintamu bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi ia terpaksa diseiringkan dengan program realiti TV, Anak Wayang.

Kedua-duanya saling berkaitan. Jika tidak kerana Anak Wayang di Astro Ria, mana mungkin Kecuali Cintamu di bawah arahan Salehuddin Sani dapat disiarkan pada setiap hari Isnin - Jumaat, jam 8.30 malam di Astro Prima.

Begitu juga sebaliknya Anak Wayang yang memerlukan Kecuali Cintamu sebagai platfom bagi menempatkan peserta yang berjaya dipilih oleh juri dan peminat pada setiap minggu. Itulah format yang diperkenalkan yang mengambil format serupa sebuah program realiti TV dari Sepanyol.

Yang pasti, Kecuali Cintamu adalah langkah sulung dunia penerbitan drama tempatan yang buat pertama kalinya menggunakan teknik Multiple Camera Production (MCP) dalam sesebuah drama bersiri.

Salehuddin ketika ditemui murai.com.my berkata, tidak seperti kebiasaannya, teknik MCP adalah pertama kalinya diperkenalkan di negara ini bagi penerbitan sebuah drama di lokasi yang berbeza-beza.

Katanya, berbeza dengan teknik penerbitan drama mengunakan format Single Camera Production (SCP) yang biasa digunakan di negara kita, teknik MCP ternyata lebih rumit dan memerlukan kepakaran yang jitu.

"Bezanya dengan produksi drama yang biasa, Kecuali Cintamu menggunakan 3 buah kamera, switchman dan juga jentera Outside Broadcast atau lebih dikenali sebagai OB yang biasanya digunakan untuk program berbentuk rakaman di studio atau secara langsung.

"Pada awalnya ia memang kekok, tapi selepas 3 minggu, segalanya dah berjalan lancar. Memanglah kalau diikutkan proses rakamannya lebih cepat berbanding SCP, tapi proses penyediaan lokasi, kamera dan pencahayaan llebih memakan masa.

"Sehingga semuanya sempurna dan bersedia, barulah penggambaran boleh dijalankan. Itupun perjalanan dialog para pelakon perlu lebih teratur dan dibuat terus menerus," katanya.

Beliau ditemui di lokasi pengambaran Kecuali Cintamu di Bukit Jelutong, Shah Alam, kelmarin. Hingga kini drama itu sudah mencecah episod ke-40 penggambarannya. Ia diterbitkan dengan kerjasama Astro dan Asian Media Content.

Sallehuddin menambah, teknik MCP untuk penerbitan drama bersiri telah digunakan secara meluas di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Berpengalaman luas dalam penghasilan program menggunakan teknik MCP di Malaysia dan Indonesia, Sallehuddin berkata dia bukan saja bertindak selaku pengarah, malahan juga switchman iaitu individu yang bertanggungjawab mengenal pasti babak menarik yang dikawal sendiri dari dalam jentera OB.

Katanya, Kecuali Cintamu merupakan adaptasi telenovela dari Sepanyol yang menceritakan pergolakan 2 keluarga kaya yang masing-masing memiliki syarikat penerbitan majalah.

Tambah Sallehuddin, berbeza dengan kebanyakkan drama bersiri cinta dan korporat lain, pergolakkan yang ada dalam drama ini ternyata lebih tragis, di mana menggunakan individu lain untuk kepentingan masing-masing.

"Memang kalau nak diikutkan Kecuali Cintamu adalah adaptasi dari telenovela Spanyol itu. Bagaimanapun ianya perlu disesuaikan pula dengan situasi masyarakat di negara ini dan kemampuan kita. Skripnya langsung tidak diubah. Hanya konsepnya berubah dan tidaklah seratus peratus sama. Bajet mereka besar dan pakaian pelakon di sana juga terlalu seksi untuk diserapkan dalam drama kita," katanya.

Kecuali Cintamu dibintangi Haleeda sebagai Ruby, Aman Shah (Effendi), Janet Khoo (Vivian), Siti Saleha (Jaslina Effendi), Zain Ruffedge (Badrul), Nanu Baharuddin (Zalika), Mustapha Kamal (Kamarul Baharuddin) dan Riz Ainuddin (Azran). Pelakon lain termasuklah Ashraf Muslim, Puspha Narayanan dan Ilyka.

Menyentuh mengenai potensi 4 peserta daripada 2 episod Pentas Anak Wayang yang telah lalu, dia berkata masing-masing mempunyai potensi yang amat besar, bagaimanapun semuanya bergantung kepada usaha masing-masing.

"Feeya mempunyai bahasa tubuh yang bagus. Memang ini diperlukan untuk bergelar pelakon yang baik, manakala Dayana pula cukup bersahaja apabila berada di hadapan kamera.

"Peserta lelaki setakat ini, Afzan sememangnya sudah ada latar belakang dalam bidang lakonan dan dia lebih menyerlah. Bagi Lan pula, memang nampak ada kesungguhan dalam dirinya untuk menjadi pelakon tetapi nasib tidak menyebelahinya," kata Sallehuddin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:08 pm

Era Ramlah Ram, Jay Jay Belum Berakhir

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61920011


Dalam senario industri muzik masakini yang lebih berpaksikan jualan singlel, penyanyi senior tempatan seperti Ramlah Ram dan Jay Jay terus membuktikan bahawa mereka masih lagi punya nilai dan pengaruh yang besar di kalangan peminat.

Jika tidak, masakan label seperti FMC Music Sdn Bhd berminat untuk menyunting mereka sebagai artis naungan. Malah, berani pula melaburkan wang untuk mengeluarkan album studio penuh Ramlah yang berjudul Ketentuan, manakala Jay Jay dengan judul Emosi.

Sebagai meraikan kemunculan kedua-dua artis ini bersama album mereka, satu majlis sidang media santai bersama pihak media telah diadakan di Mines Spa Resort semalam.

Dalam majlis itu, Ramlah turut membawakan 3 lagu dalam album barunya yang berjudul Radang Rindu, Aku Dengan Dunia serta Ketentuan sendiri, sementara Jay Jay pula menerusi Layang-Layang, Permaisuri serta Kekasih.
Ramlah yang kelihatan menarik dengan potongan rambut bob yang pendek paras tengkuk berkata, dia sebenarnya tidak menyangka apabila mendapat kepercayaan yang seperti itu.

"Yalah, dalam situasi masa sekarang ini, kebanyakan syarikat rakaman memang tidak begitu berani untuk keluarkan album yang penuh kerana pulangannya sangat memberikan risiko. Ia sama sekali berbeza jika pengeluaran single demi single. Dalam hal ini, saya rasa sangat bertuah sekali. Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk muncul semula dengan sebuah album penuh.

"Tapi bila melihat penerimaan Maharaja, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka bahawa masih ramai lagi yang menyukai saya. Mungkin, itu juga yang membakar semangat saya untuk muncul dengan album yang berjudul Ketentuan ini.

"Saya tahu memang ramai peminat yang sudah lama menanti saya muncul dengan album yang seperti ini, Rasa berdebar juga sebab tak tahu bagaimana penerimaan peminat nanti terhadap kesemua 10 lagu dalam album ini.

"Maklumlah, kita timbul di kalangan ramai penyanyi muda yang tampil dengan pelbagai genre muzik mereka yang tersendiri. Saya sangat berharap album Ketentuan ini akan diterima," katanya kepada murai.com.my.

Jay Jay pula berkata, dia tidak menyangka selepas 30 tahun berada dalam industri ini, dia masih lagi diberikan peluang untuk merakamkan album penuh yang diberikan judul Emosi.

"Ia sesuatu yang menggembirakan saya kerana setidak-tidaknya dengan adanya album ini, ia dapat memberikan kelebihan buat saya untuk terus bertahan lebih lama di dalam industri ini. Selama 30 tahun berada dalam industri ini, saya tidak pernah melakukan pekerjaan lain kecuali bermain muzik secara sepenuh masa. Inilah punca rezeki dan periuk nasi buat saya sekeluarga.

"Kehadiran album ini juga tidak ubah seperti meraikan pembabitan saya dalam industri muzik sepanjang tempoh ini," katanya.

Bercakap tentang Emosi, Jay Jay berkata, dia berada gembira dengan hasil pembikinan album tersebut.

"Kebanyakan tenaga kreatif yang ditampilkan di dalam album ini adalah dari kalangan orang yang muda-muda. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam industri ini tetapi saya juga harus sesuaikan muzik saya dengan suasana persekitaran serta selera pendengar pada masa kini.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada band-band muzik Indie tempatan kita kerana merekalah yang telah merancakkan semula industri muzik kita dan saya akan terus menyokong pembabitan mereka," katanya.

Beberapa rakan artis yang lain seperti Aiman, Ameng dan Noraniza Idris turut menyerikan majlis tersebut dengan beberapa lagu dendangan mereka.

Aiman tampil dengan lagu Cinta Terakhir dan Dusta Berkalang, Ameng menerusi single terbarunya, Sudikah Jadi Kekasihku, manakala Noraniza Idris pula mempersembahkan single barunya, Enjut yang turut menampilkan Adeeb dan Cat Farish dari Fabulous Cats.

Apa yang menarik, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa anggota kelab peminat Ramlah yang menamakan diri mereka sebagai Ramlah Ram Group (RRG). Malah, beberapa permainan seperti Wartawan Paling Sporting, RRG Paling Sporting serta cabutan bertuah turut diadakan. Rakan artis yang menjadi penaja majlis ini adalah aktres Rosnah Johari serta aktor Boy Iman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:13 pm

Bintang AF Bertuah Masih Punya Ayah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220025


Mei lalu, kita semua baru menyambut Hari Ibu. Kini, tiba pula masanya untuk anak-anak meraikan Hari Bapa pula yang biasanya disambut pada 21 Jun setiap tahun. Portal murai.com.my sempat menemui 3 bintang Akademi Fantasia (AF), iaitu Stacy, Hafiz dan Aril untuk berkongsi cerita tentang ayah mereka.

Stacy hadiahkan lagu buat Daddy

Setiap tahun, penyanyi lagu Gagap ini sering menyambut hari bermakna ini untuk ayahnya, Anam Bayar, 47, yang sudah bersara dari tugasnya. Malah, sebelum bergelar artis, Stacy sanggup ponteng kerja semata-mata untuk mengadakan majlis untuk ayahnya yang dipanggil Daddy sahaja.

"Dulu, Stacy selalu buat majlis kecil-kecilan untuk Daddy. Stacy selalu masak barbeque untuk Daddy. Sekarang Stacy masih lagi sambut dan banyak memberikan Daddy hadiah.

"Pada sambutan sebelum ini, Stacy menghadiahkan Daddy joran untuk memancing di laut dalam sebab dia suka sangat memancing. Lagi pun, Daddy ada minta Stacy belikan joran dari Kuala Lumpur," ujarnya.

Selain itu, Stacy berkata dia takkan pernah melupakan jasa ayahnya dan sering terbayang wajah beliau setiap kali menyanyi. Masakan tidak, kejayaan Stacy selama ini pun atas sebab ayahnya yang tidak jemu-jemu mendidiknya agar menyanyi dengan betul.

"Daddy juga pandai nyanyi. Kalau nak tahu, kalau tiba sambutan Hari Bapa, Stacy selalu nyanyikan lagu Angin Malam daripada Broery Marantika untuk Daddy. Itu lagu favourite Daddy. Kadang-kadang, Stacy menyanyi dan Daddy pula main gitar.

"Sempena Hari Bapa tahun ini, Stacy nak ucapkan Happy Father's Day untuk Daddy! Stacy harap Daddy selalu menjadi bapa yang terbaik dalam hidup Stacy. Love Daddy so much," kata Stacy.


Ayah pernah selamatkan Hafiz dari gangster!

Sama seperti Stacy, juara AF7, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, juga mendapat didikan muzik dari bapanya, Mohd Suip Mohd Suut, 48, yang bertugas sebagai Penolong Kanan 1 di Sekolah St David Bumbok, Kuching, Sarawak.

"Ayah Hafiz mengajar dalam bidang muzik dan Bahasa Inggeris. Sebab itulah Hafiz tahu sikit-sikit pasal muzik. Cakap pasal Hari Bapa, Hafiz pernah menyambutnya di sebuah hotel. Waktu itu sekolah ayah yang anjurkannya.

"Hafiz juga pernah hadiahkan ayah t-shirt. Untuk tahun ini pula, Insya-Allah kalau ada rezeki Hafiz nak hantar ayah dan mama pergi menunaikan haji atau pun umrah," jelasnya.

Sungguhpun begitu, Hafiz tidak boleh lupa kenangan pilu yang pernah terpalit dalam hidupnya.

"Waktu Hafiz dalam Tingkatan 3, ayah dan Hafiz ada pergi jogging bersama. Tiba-tiba datang sekumpulan gangster yang mahu membelasah dan membuli Hafiz. Ayah yang jauh dari Hafiz terus berlari dan menggertak gangster atau penyangak itu.

"Tak sangka, ayah seorang diri dapat menewaskan kumpulan gangster itu. Hafiz yang dalam ketakutan tersentuh dengan keberanian ayah dan sejak hari itu, Hafiz tahu betapa dalamnya kasih ayah untuk Hafiz," katanya.

Menceritakan lagi kenangan bersama ayahnya, sampai sekarang Hafiz teringat insiden ayah diserang sakit jantung disebabkan Hafiz.

"Masa Hafiz di Tingkatan 5 pula, Hafiz ada ambil kelas tuisyen. Suatu hari, Hafiz nak meminta ayah untuk menghantar Hafiz. Namun, waktu itu ayah ada cakap nak berehat sekejap.

"Hafiz tetap berdegil dan memaksa ayah untuk cepat sebab Hafiz takut lambat. Tanpa mempedulikan penat, ayah terus hantar Hafiz. Sebaik saja tiba di pusat tuisyen, beberapa minit kemudian Hafiz terima panggilan dari Mama menyatakan ayah diserang sakit jantung semasa perjalanan pulang daripada menghantar Hafiz.

"Masa tu, Hafiz rasa bersalah sangat-sangat dan terus menangis. Sebab itulah sampai sekarang Hafiz tak boleh lupa kejadian itu," jelas Hafiz.

Pada kesempatan ini Hafiz mengambil peluang ini untuk berikan ucapan untuk ayahnya yang tercinta.

"Hafiz janji akan sentiasa sayangkan ayah. Jasa ayah terhadap Hafiz akan sentiasa Hafiz kenang sampai bila-bila. Hafiz doakan semoga ayah akan sihat sejahtera. You are the inspiration in my life. Love you dad," kata Hafiz.


Hubungan Aril dan ayah macam kawan


Lain pula bagi Khairul Azam Pilus, 24, atau Aril yang kurang memberikan hadiah kepada ayahnya, Pilus Mohd Jani, 57, pada hari bapa. Walaubagaimanapun, Aril tidak pernah lupa memberi hadiah pada hari jadinya.

"Dulu Aril pernah sambut Hari Bapa. Aril ada buat makan-makan untuk ayah. Tapi pada kebiasaannya Aril tak sambut sangat sebab Aril lebih suka sambut birthday ayah.

"Tahun ini Aril akan sambut dengan membawa ayah bercuti ke Tasik Kenyir pada 3 hingga 5 Julai ini bersama dengan finalis AF7 yang lain," ujar Aril.

Aril tidak dapat menafikan dia lebih rapat dengan ayahnya malah hubungan Aril dengan ayahnya boleh diklasifikasikan sebagai kawan. Pun begitu, Aril akui pernah mahu lari dari rumah kerana merajuk dengan ayahnya.

"Ayah Aril sangatlah garang. Dia selalu tak beri anaknya peluang untuk ambil kesempatan. Bagaimanapun, ayah tak pernah halang apa yang kami nak buat dan dia sangat sporting.

"Walaupun Aril rapat dengan ayah, tapi Aril pernah dirotan ayah. Yang lucunya, Aril pernah cakap dengan ayah yang Aril nak lari dari rumah tapi ayah terus cakap - Aril nak lari ke mana, mari ayah hantarkan.

"Ayah selalu cakap kalau nak buat apa-apa mesti bagi tahunya dulu. Yang penting, dia mahu anaknya jaga tingkah laku dan sentiasa ingat kedua orang tua. Ayah pun selalu cakap jangan dekatkan diri dengan dadah. Kalau silap langkah, ayah takkan bantu," jelasnya.

Memandangkan hubungan Aril dan ayahnya bagaikan kawan rapat. Namun, Aril tidak pernah lupa batasannya dan sentiasa hormat pada ayahnya itu.

"Aril nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah dan semua bapa-bapa lain di Malaysia. Aril harap ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aril harap ayah jaga kesihatan dan terus doakan kejayaan anak-anak. Kebahagian Aril adalah kebahagian buat ayah juga. Moga ayah sentiasa dicucuri rahmat. I love you, ayah terbaik wok!," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:18 pm

AW: Hairi Jatuh Hati Pada Mai?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61920012


Panazz, panazz... Anak Wayang terus panas. Rasanya ketika ini ramai sudah tahu Hairi dan Mai telah terpilih menjadi Top 2 daripada Top 5, dalam saingan watak Pengurus Acara, Jumaat lalu. Memang jelas, mereka ada rupa kerana seorang peserta itu kacak dan seorang lagi cantik.

Namun siapa akan terpilih di antara mereka berdua untuk berlakon dalam siri Kecuali Cintamu? Haaa, itu kerja anda sebagai penonton Anak Wayang. Anda boleh SMS mereka berdua mulai sekarang hingga esok, Ahad. Hairi atau nama sebenarnya, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, berasal dari Alor Setar, Kedah manakala Mai atau Maisurah Sojangi, 19, pula berasal dari Shah Alam, Selangor.

Yang sensasinya, Murai Batu dengar cerita. Si Hairi yang bermata cantik dan seksi itu, khabarnya seorang Mat Bunga. Mat Bunga yang dimaksudkan itu... Hairi mudah jatuh hati dengan wanita cantik. Hai, betul ke Hairi?

Dan siapakah yang sedang diminati oleh Hairi sekarang? Jawapannya kalau nak tahu, adalah saingannya sendiri iaitu Mai! La, yeke? Ni yang geng Murai Batu nak selidik lagi. Gali jangan tak gali!

Baiklah, ada cerita lagi tentang Hairi, khabarnya dia juga dikatakan cuba-cuba goda pelakon cantik Raja Farah ketika Farah dijemput ke dalam akademi iaitu tempat peserta AW belajar, baru-baru ini. Wah gitu, cinta pandang pertama ke?

"Ketika sesi berlakon bersama Raja Farah, kita orang perasan Hairi cuba tunjuk aksi over confident dan ada gerak-geri tubuhnya macam nak goda Raja Farah," kata sumber AW.

Bagi Murai Batu, semua itu mungkin benar dan mungkin tidak. Biasalah anak muda, memang jiwanya lekas bergelora. Tambah pula Hairi berwajah kacak, jadi senanglah kenyit mata! Mai pula macam mana? Suka pada Hairi tak?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:19 pm

Fiz Canang Bujang Tapi Dah Kahwin?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61820011


Makin lama bercampur dengan krew Anak Wayang (AW), makin banyak pula cerita sensasi terdengar di belakang tabir.

Inilah pula kisah tentang seorang peserta AW yang bakal merebut watak Pengurus Acara iaitu Mohd Firdaus Mohd Noor, 22, atau Fiz. Orangnya kacak dan tentu ramai awek akan sukakan Fiz.

Tapi Murai Batu dengar cerita Fiz cuba menyembunyikan status sebenarnya. Senang cerita, Fiz telah mencanang satu Malaya mengatakan dia berstatus bujang sedangkan dia bukan lagi bujang! Ooopss, kantoi!

Murai Batu dapat tahu, Fiz sebenarnya sudah 3 bulan berkahwin dengan seorang gadis dari kampungnya sendiri iaitu dari Alor Setar, Kedah. Malah, difahamkan, Fiz sudah menamatkan zaman bujangnya sewaktu team produksi Astro tengah sibuk mencari peserta Akademi Fantasia 7 (AF7) lagi.

Khabarnya, isteri Fiz ketika ini berada di Utara sana dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan. Apapun, Murai Batu dapat tahu, Fiz hanya menyembunyikan statusnya itu kepada orang ramai yang tidak mengenalinya. Dalam erti kata yang lain, keluarga dan sanak saudara memang tahu Fiz dah beristeri. Betoi ka?

Walaubagaimanapun, Murai Batu tak tahu kenapa Fiz cuba menyembunyikan statusnya itu. Adakah dia mahu memancing undian AWUNDI. Rasanya penonton sekarang bijak menilai bakat dan status. Kalau benarlah Fiz dah kahwin, Murai Batu ucapkan tahniah sebab kahwin muda banyak kelebihan dan manfaatnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:22 pm

Eh, Siapa Cakap Saya Dah Kahwin?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61920013


Gosip yang mengatakan peserta Anak Wayang, Mohd Firdaus Mohd Noor, 22, atau Fiz cuba menyembunyikan status perkahwinannya dinafikan sekeras-kerasnya oleh anak muda yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu.

Bercakap kepada murai.com.my selepas program Pentas Anak Wayang, Fiz turut mengalu-ngalukan pihak yang menyebarkan khabar angin itu supaya tampil menunjukkan bukti bahawa dia telah berumah tangga dengan seorang wanita dari Utara Semenanjung itu.

"Eh, siapa cakap saya dah kahwin? Saya masih bujang dan saya berani bersumpah! Siapa yang pandai-pandai reka cerita ni? Mungkin ini salah faham," katanya. Fiz bagaimanapun tidak melenting sebaliknya tertawa.

Fiz akui dia awalnya terkejut apabila membaca berita gosip itu di murai.com.my tetapi akhirnya menerima semua itu sebagai satu cabaran untuk menjadi seorang anak wayang.

"Belum apa-apa lagi saya dah terkena gosip mengejutkan seperti ini. Bagaimanalah agaknya kalau seseorang itu menjadi pelakon sepenuh masa. Tentu banyak lagi gosip dan cabaran lebih hebat yang perlu dihadapi," ujarnya.

Bercakap tentang kegagalan meneruskan perjuangan dalam Anak Wayang, Fiz berkata, dia tidak kecewa kerana sekurang-kurangnya telah memberanikan diri untuk mencuba bakat dan menimba ilmu lakonan daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Menurutnya, walaupun hanya sempat bersama untuk beberapa minggu sahaja, perasaan sedih tetap dirasai apabila terpaksa meninggalkan kawan-kawan dan tenaga pengajar yang rapat dengan dirinya.

"Selepas ini saya akan berusaha lebih lagi untuk meneruskan perjuangan saya sebagai pelakon. Walaupun saya tidak menitiskan air mata, saya tetap sedih. Setiap detik dalam Anak Wayang akan saya ingat sampai bila-bila," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:26 pm

Anak Wayang: Hairi Tewaskan Mai

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 62220026


KUALA LUMPUR, 22 JUN 2009: Bekas pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan teater, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi, akhirnya berjaya memikat hati penonton dengan menewaskan Maisarah Sojangi, 19; atau Mai, dalam saingan ketiga Anak Wayang.

Dengan kemenangan ini, Hairi berjaya menempatkan diri pada tahap berikutnya bersama Dayana dan Afzan untuk merangkul gelaran Juara Anak Wayang.

Hairi mendapat AWUNDI sebanyak 52% manakala Mai pula hanya meraih undian sebanyak 48%. Hairi yang ditemui pada sidang media siang berkata dia sangat terkejut dan tidak menyangka dengan keputusan ini.

"Terima kasih kepada tenaga pengajar, krew produksi dan penyokong yang banyak menyokong Hairi. Insya-Allah selepas ini Hairi akan kuatkan lagi semangat untuk berjaya dalam bidang lakonan.

"Secara jujur, Hairi hanya fikir 50-50 saja untuk menang. Selebihnya Hairi hanya berserah pada Allah dan menganggap ia sebagai rezeki. Lagipun, selama 2 minggu Anak Wayang berlangsung, Hairi tak sempat langsung menonton dan tidak tahu perjalanan Anak Wayang," katanya kepada murai.com.my.

Lain pula dengan Mai kerana sejak awal lagi sudah menjangka Hairi akan menang dan mara ke tahap seterusnya.

"Mai dah agak Hairi akan menang tapi Mai tak kecewa kerana Mai sudah mencuba nasib dengan bersungguh-sungguh. Lagipun selepas ini Mai akan sambung belajar dalam bidang teater di UiTM (Universiti Teknologi Mara) bermula 27 Jun ini.

"Mai doakan Hairi akan terus berjaya dan siapa tahu mungkin dia akan jadi Juara Anak Wayang," katanya.

Pada Jumaat ini, 5 lagi jejaka akan berentap untuk tugasan ke-4 iaitu sebagai Konco Samseng. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi Hafiz, MSReza, Murshed, Yanz dan Yuzz menjalankan tugas masing-masing dalam Pentas Anak Wayang di Astro Ria yang dihoskan oleh Rusdi Ramli.

Bagi penonton yang ingin mengenali semua calon atau pelajar pertandingan realiti TV ini, jangan lupa ikuti rancangan Sesi Anak Wayang yang dihoskan Nur Fazura setiap Isnin - Rabu di Astro Ria.

Sementara itu, bagi mengundi (AWUNDI) peserta, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI <3/5/10> NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 HAIRI ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan digit peserta. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.

Undian SMS dibuka mulai setiap Jumaat, jam 10.30 malam - Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta terbaik akan hanya kita ketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.

Saingan Anak Wayang telah bermula sejak 5 Jun 2009 lalu dengan watak jururawat, diikuti 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 1:27 pm

Afzan Tidak Sorok Status Duda

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 61620011


Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merahsiakan status duda yang dipegangnya sejak 3 tahun lalu. Baginya tiada apa yang harus disembunyikan kerana ia sudah takdir. Itulah pengakuan peserta Anak Wayang, Afzan Rahman, 27, yang kini memburu cita-cita sebagai seorang pelakon.

"Saya tidak ada masalah kalau ada pihak yang ingin tahu status saya. Sudah ditakdirkan jodoh kami tidak lama menyebabkan kami akhirnya berpisah. Takkanlah saya hendak menipu status saya kalau orang bertanya.

"Tapi saya tidak suka kalau ada pihak yang mahu bertemu bekas isteri saya untuk mendapatkan cerita perpisahan kami darinya. Bagi saya biarlah saya seorang saja yang berada di depan masyarakat," kata Afzan.

Bagi yang mengikuti Anak Wayang, Afzan yang telah berjaya meraih undian SMS tertinggi menerusi wataknya sebagai mekanik. Dia telah menewaskan 4 pelakon lain dalam cabaran minggu Pentas Anak Wayang minggu lalu.

Sejak berpisah, Afzan mula sibuk bekerja sebagai penari di Yayasan Warisan Johor selain meneruskan cara hidup baru. Namun dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Muhammad Haikal, 6, yang kini dijaga oleh keluarga bekas isterinya itu. Jika ada kesempatan, pasti anak tunggalnya itu akan ditemui.

"Kami mendirikan rumah tangga ketika saya berusia 19 tahun dan ketika itu bekas isteri saya pula 18 tahun. Lepas 2 bulan berkawan, kami mengambil keputusan untuk berumah tangga kami tetapi akhirnya berpisah pada 2006. Bagi saya semua sudah menjadi kenangan dan apa yang berlaku ada hikmahnya.

"Cuma ketika ini saya gembira kerana perjuangan saya dalam Anak Wayang disokong oleh anak dan keluarga saya. Kerana merekalah pendorong untuk saya terus berusaha dan berjaya,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih setahun dalam bidang lakonan.

Afzan berkata, banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang bersama Anak Wayang, terutama sekali dalam melahirkan dialog yang berkesan ketika menghayati watak. Apa yang jelas, sebelum Anak Wayang anak jati Johor ini pernah menghadiri ujibakat beberapa program realiti TV, antaranya Akademi Fantasia, Audition, Bintang RTM dan Malaysian Idol.

"Secara peribadi, saya sebenarnya seorang yang pendiam, pemalu dan kurang keyakinan diri. Itu adalah kelemahan diri yang mahu saya baiki. Dengan menyertai Anak Wayang, saya mempunyai peluang untuk memperbaikinya. Terima kasih dengan bantuan semua tenaga pengajar," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:05 pm

(GOSIP)Yuna Dah Mula Besar Kepala?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Untitl33


Terkejut kami baca Pancaindera hari nie bila ada tajuk artikel “Pakcik meninggal ke Yuna”?. Baca punya baca rupa-rupanya si Joyah tak puas hati dengan Yunalis Zarai nie.

Kata Joyah susah sangat nak wat appointment ngan si Yuna nie. Pastue ada member-member Joyah yang kena tinggal gitu ajer dengan Yuna masa kat konsert. Then kononnya Yuna terpaksa batalkan temujanji sebab pakcik dia meninggal tapi last-last muncul kat satu konsert lain.

Dengan ikhlasnya mulai hari ini kami nak jadi anti Joyah. Selamba ajer dia kutuk artis feveret kami si Yuna nie. Kami rasa Joyah sakit hati dia tak dapat nak buat temujanji ngan Yuna untuk Pancaindera itu yang dia kutuk Yuna tak ingat punya.

Kesian betul ngan wartawan-wartawan hiburan mainstream nie. Masa si Yuna nie baru nak naik semua buat derk jerk. Skang dah femes baru terhegeh-hegeh nak wat appointment semua. Tak lama lagi kompem si Joyah nie cakap tanpa wartawan si Yuna nie takkan femes. Kononnya tak dapat publisiti la daripada dia.

Sorry to say but Yuna dah memang femes dari dulu lagi. Cuma wartawan-wartawan hiburan macam Joyah nie jer tak pernah nak amik tau pasal musik underground. Tiba-tiba jer sekarang nak menyelit dan menjatuhkan nama Yuna. Panas hati kami dibuatnya.

Buat Yunalis Zarai, tabahkan hati anda. Biasalah dunia hiburan Malaysia nie. Anda tak boleh nak puaskan hati semua orang. Jangan layan wartawan-wartawan yang nak amik kesempatan macam si Joyah nie. Sila jangan ubah personaliti anda kerana diorang-dioarang nie.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:06 pm

Konsep Jawa penuhi hasrat Mak Mah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp161


JARUM jam melewati 4 petang, namun pekarangan rumah pelakon veteran, Ruminah Sidek (Mak Mah), 63, di Jalan Utama, Kampung Bukit Cherakah, Meru, Klang, kelmarin, terus sesak dengan kehadiran jemputan.

Tetamu jemputan tidak mahu terlepas peluang menyaksikan persandingan dua selebriti popular, anak lelaki Mak Mah yang juga pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, 38, dan pasangannya, dramatis Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29.

Bahkan, wakil media yang membuat liputan hanya sempat melihat kelibat mempelai dari jauh gara-gara terpisah dek lautan manusia. Suasana sebegini adalah perkara biasa setiap kali membabitkan perkahwinan artis popular. Apatah lagi, majlis itu diadakan di kawasan perkampungan.

Mengenali Mak Mah, sikap peramah dan rendah dirinya sememangnya membuatkan seniwati ini cukup disenangi orang kampung. Ramai menawarkan diri membantunya menguruskan majlis perkahwinan anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak AR Tompel.

Mak Mah berkata, majlis dimulakan sejak jam 12 tengah hari hingga lewat petang itu dihadiri lebih 2,000 tetamu walaupun undangan cuma 2,000 orang.

"Keadaan seperti ini sebenarnya sudah saya jangkakan. Lagipun, orang kampung di sini semuanya baik dengan saya. Mereka tidak pernah lupa dan selalu mengundang saya menghadiri majlis mereka walaupun ada kalanya undangan mereka itu tidak dapat saya penuhi kerana sibuk dengan penggambaran.

"Justeru, apabila anak saya sendiri berkahwin memang wajib saya mengundang semua orang. Meskipun banyak benda yang perlu disediakan, Alhamdulillah Allah SWT murahkan rezeki. Mudah-mudahan di majlis ini juga dapat mengeratkan silaturahim dan kasih sayang.

"Cuaca hari ini pun baik, tidak panas dan hujan pun tidak lebat. Syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Mempelai yang muncul di khalayak ramai sekitar jam 2 petang, tampil dengan busana perkahwinan Jawa yang cukup menawan rekaan Freda Lestari Putra warna merah hati.

Begitu juga, pasangan pengapit, Aqasha dan Abby Nadzri (pengacara Bintang RTM 2008) dengan pakaian menepati konsep majlis.

Difahamkan, mempelai memilih konsep perkahwinan Jawa bagi memenuhi hasrat Mak Mah ingin melihat Adlin dan menantu, bersanding mengikut adat nenek moyangnya

Pasangan itu bernikah 22 Mei lalu di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun, Perak dan majlis bersanding pula diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, Perak keesokan hari.

Genap sebulan ijab kabul sebagai suami isteri, Adlin dan Emelda mengakui kehidupan mereka kini lebih tenang. Pun begitu, akui Emelda yang pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), meskipun sudah berkahwin kehidupan yang dilalui tidak banyak berbeza.

"Macam biasa, jadual hidup masih sama. Cuma apa yang berbeza sekarang ini, saya sudah bersuami dan dalam apa juga perkara yang saya lakukan, suami perlu diutamakan selain mohon restu daripadanya.

"Kalau dulu, saya tidak begitu kisah soal bersarapan, tetapi apabila sudah jadi isteri orang, setiap kali bangun pagi, fikir menu apa yang patut disediakan. Adlin tidak memaksa pun, tetapi saya sendiri akan cuba sediakan sarapan jika sempat.

"Maklumlah, kerja sebagai pelakon ini mana tentu masa. Kadang-kadang pagi-pagi lagi sudah perlu ke set penggambaran. Terus terang cakap, kami berdua belum sempat berehat sejak bernikah 22 Mei lalu sampailah sekarang kerana masing-masing sibuk bekerja.

"Jika saya berlakon, Adlin pula mengarah dan menerbitkan pelbagai drama untuk Astro," katanya.

Belum menunjukkan tanda-tanda berbadan dua, Emelda berkata, walaupun majlis persandingan sebelah pihak lelaki baru selesai, dia perlu bersedia menjalani penggambaran Cucu Betung dan Jongkang Jongket (diterbitkan Adlin) yang akan diadakan bila-bila masa.

Dek kesuntukan waktu jugalah membuatkan pasangan ini sepakat menjalani bulan madu mereka hujung tahun ini.

"Kalau hendak berbulan madu sekarang, memanglah kami tiada masa. Namun, perancangan itu memang ada dan mungkin hujung tahun serta boleh sambut tahun baru sekali.

"Untuk destinasi bulan madu, saya dan Adlin sebenarnya teringin melancong ke Eropah. Harap-harap dapatlah jejakkan kaki ke sana," katanya.

Selain pasangan mempelai, tetamu kenamaan, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi dan Datin Seri Tiara Jacquelina serta anak lelaki mereka, Mohd Eridani turut menjadi perhatian penduduk setempat.

Begitu juga kehadiran pasangan pengantin baru, Zamarul Hisham dan isteri, Diana Rafar serta artis lainnya, AR Badul dan Fauziah Nawi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:08 pm

Dugaan anak seni

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp162


GOSIP dan kontroversi sering menjalar dalam kehidupan mereka bergelar artis. Walaupun pahit isu dikaitkan, ia harus ditelan jua. Begitulah dirasai pelakon dan penyanyi, Farahdhiya Mohdamed Amin atau Farah, 25.

Sejak membabitkan diri dalam dunia seni sebagai penyanyi dan kini pelakon, pelbagai dugaan dilalui insan popular ini. Tidak cukup dengan kisahnya konon menjadi perampas suami orang, timbul pula dakwaan dia mempunyai hubungan intim dengan golongan kenamaan atau VIP.

Biarpun sukar menerima dakwaan itu, Farah yang mula dikenali menerusi lagu Bertakhta Di Hati tetap menganggap ia sebagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan bergelar insan seni.

Akui gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini, gosip yang tidak benar kadangkala menyebabkan dia kecewa. Bagaimanapun, dia tetap tabah meneruskan kehidupan.

Farah juga terkejut apabila ada mendakwa melihatnya intim dengan lelaki lebih berusia daripadanya dan boleh digelar bapa atau datuk kepadanya. Lebih memburukkan keadaan apabila dia dikatakan melancong ke luar negara bersama individu itu.

"Saya terkejut apabila mendengar berita ini. Apabila orang bercakap, kebenarannya mungkin lima peratus saja. Hakikatnya, pembabitan dalam bidang ini membuatkan saya berkenalan dengan ramai orang.

"Malah saya juga sering terbabit menjayakan persembahan dalam dan luar negara. Begitupun, saya langsung tidak pernah mempunyai hubungan intim dengan orang berpangkat 'bapa'.

"Saya pernah kena lagi teruk daripada itu. Gosip seperti ini kadangkala agak kelakar kerana ia tidak benar. Begitupun, saya bertuah kerana mempunyai keluarga yang cukup memahami.

"Saya tidak perlu membuat penjelasan kepada keluarga kerana mereka tahu di mana kedudukan saya," katanya.

Tutur kata Farah yang ditemani ibu, Aishah Abdullah, 59, penuh yakin. Malah riak wajahnya tidak dapat menyembunyikan betapa gadis dilahirkan di Sarzana, Itali itu sedang dilamun cinta. Lantas dia tersipu malu apabila diajukan persoalan mengenai hubungan cintanya bersama si dia yang bertakhta di hatinya.

Biar enggan mengulas lanjut mengenai insan istimewa itu, selepas bertalu-talu ditanya mengenai pasangannya, Farah akhirnya membuka mulut dan mendedahkan pasangannya itu tidak terbabit dalam bidang seni. Mereka sudah mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.

"Sebagai perempuan, saya tidak berani hendak cakap apa-apa walaupun kami sudah berkawan lama. Begitupun, belum ada perancangan yang lebih serius. Namun kalau sampai jodoh, kami kahwin," kata bintang drama bersiri Spa Q itu.

Mengulas perkembangan seni, Farah membawakan watak perempuan lasak berpakaian seperti lelaki (tomboi) dalam drama 26 episod, Kejar arahan Bade Azmi selain watak isteri dalam drama bersiri, Kau Curi Cinta Ku arahan Ebi Saiful untuk siaran TV2.

"Dalam drama Kejar, watak saya sebagai Irin agak lasak. Berbeza daripada watak sebelum ini yang banyak tertumpu kepada gadis penggoda dan berlagak.

"Ini juga kali pertama saya membawa watak gadis tomboi. Buat pertama kali, juga saya berasa seronok ke lokasi penggambaran kerana tidak perlu mengambil masa bersolek terlalu lama untuk memulakan penggambaran.

"Biarpun kasar, penampilan Irin masih seperti wanita. Dia bekerja di sebuah bengkel sebagai mekanik. Mungkin disebabkan itu, penampilannya agak kasar. Watak ini juga membuatkan saya bermain dengan minyak dan perlu mengetahui selok-belok penjagaan kereta.

"Sementara untuk drama Kau Curi Cinta Ku, wataknya hampir sama dengan lakonan saya sebelum ini cuma kali ini berlakon sebagai isteri teraniaya. Drama ini sudah selesai menjalani penggambaran penghujung tahun lalu," katanya.

Waktu sama, Farah yang sebelum ini tampil dengan album Bertakhta Di Hati (2005) dan Yang Ku Puja (2006), dalam perancangan menghasilkan single. Setakat ini, Farah sudah merakamkan lagu baru, Rasa Cinta yang menjadi lagu tema drama bersiri Ku Milikmu, manakala Renyai hasil ciptaan Tam Spider.

Biarpun pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Maestro Talent & Management Sdn Bhd, selepas operasi Maestro diambil alih Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB), dia lebih selesa memilih haluan sendiri.

"Biarpun sibuk di lokasi penggambaran drama, saya tidak pernah melupakan nyanyian yang memperkenalkan saya dalam bidang seni. Kerjaya nyanyian dan lakonan boleh dikatakan bergerak seiring.

"Jika tidak sibuk di lokasi penggambaran, saya akan habiskan masa di studio untuk proses rakaman. Lagu untuk album ketiga semuanya sudah hampir siap. Cuma tinggal masa dan waktu sesuai untuk dipasarkan.

"Pada masa sama, saya juga berbincang dengan beberapa syarikat rakaman untuk mengedarkan album itu. Jika tiada kata putus, saya mungkin memikirkan untuk mengeluarkan lagu single dengan cara saya sendiri," katanya.

>Profil

NAMA PENUH: Farahdhiya Mohamed Amin

TARIKH LAHIR: 28 April 1984

TEMPAT LAHIR: Sarzana, Itali

STATUS: Bujang

KERJAYA: Penyanyi, pengacara dan pelakon

ALBUM: Bertakhta Di Hati (2005) dan Yang Ku Puja (2006)

DRAMA/SITKOM: Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Kau Curi

Cinta Ku, Ku Milik Mu, Spa Q, Kejar

PROGRAM TV: Jaguh Futsal (RTM), Discovery Smiles Treasure (TV3)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:09 pm

Hollywood: Mariah, Cannon sehati sejiwa

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp163


SEPERTI pasangan selebriti yang baru berkahwin, diva pop terkenal Hollywood, Mariah Carey dan suami, aktor dan penyanyi rap, Nick Cannon juga nampaknya tidak dapat lari daripada ditanya soal anak dan perancangan untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Malah, pasangan yang berkahwin pada 30 April tahun lalu di Bahamas ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai gosip sampai hari ini termasuk Mariah dikatakan sudah mengandung sehingga terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya, baru-baru ini.

Namun, gosip penyanyi kelahiran Long Island, New York ini mengandung ternyata tidak benar sama sekali apabila suaminya sendiri menafikannya.

Dalam satu kenyataan, Cannon, 29, memberitahu TMZ.com, dia dan isterinya, Mariah, 39, merancang untuk mempunyai anak dalam tempoh beberapa tahun lagi.

"Selepas berbincang, kami sepakat untuk menangguhkan dulu hasrat mempunyai anak buat masa ini kerana ingin memberi fokus pada kerjaya masing-masing," katanya.

Cannon membuat pendedahan itu pada hari sama dia diumumkan sebagai pengerusi dan perunding kreatif rangkaian baru, Nickelodeon's, TEENick. Bintang rap itu juga menandatangani kontrak dua tahun dengan stesen penyiar itu, Mac lalu.

Bagaimanapun, sebagai wanita yang sudah berkahwin, Mariah pula memberitahu New York Daily News, dia tetap berhasrat mempunyai anak bersama suaminya itu bila tiba masa yang tepat nanti. Mereka juga dilaporkan mencari kediaman baru di Hollywood kerana merancang membina keluarga di sana.

"Anak adalah matlamat dalam sesebuah perkahwinan dan ia juga melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga kami nanti. Apa yang penting, saya hanya inginkan yang terbaik buat anak yang bakal dilahirkan nanti," katanya.

Sekalipun perkahwinannya tidak diuar-uarkan secara meluas oleh media, kisah cinta Mariah dan Cannon bukan rahsia lagi di kalangan peminatnya di Hollywood. Sebelum ini, Mariah pernah membuat kenyataan mereka pasangan sehati sejiwa.

"Saya tidak pernah berasa cinta sejati seperti ini," katanya.

Cannon pula menambah, Mariah bukan saja cantik di luar malah 10 kali cantik di dalam. Katanya, dia yakin ini cinta pandang pertama dan sejak bersama, mereka sukar untuk dipisahkan," katanya.

Secara kebetulan, video Mariah, Bye Bye memaparkan penyanyi ini berpelukan dengan Cannon dengan iringan ucapan tahniah daripada peminat, rakan dan ahli keluarga. Tidak cukup dengan itu, pasangan ini mengabadikan cinta sejati mereka dengan memakai tatu di tubuh masing-masing.

Jika Cannon mempunyai tatu bertulis 'Mariah' di bahunya, Mariah pula mempunyai tatu di bahagian bawah belakang badannya bertulis, 'Mrs.Cannon'.

Status isteri juga tidak menghalang perkembangan kerjaya seni Mariah untuk terus bertahan di Hollywood. Mariah tampil dengan single terbaru, Obsessed yang juga daripada album studio ke-12, Memoirs Of An Imperfect Angel.

Bulan lalu, Mariah memberitahu peminat menerusi laman Twitternya, Obsessed salah satu daripada lagu kegemarannya.

"Saya suka keseluruhan album ini dan terus terang, saya tidak sabar menanti reaksi peminat kerana saya sayangkan anda semua. Sebab itulah saya mahu peminat menjadi orang pertama diberitahu mengenai judul album baru saya, Memoirs Of An Imperfect Angel. Ia sangat peribadi dan saya tujukan khas kepada peminat," katanya.

Mariah pernah memberitahu media, dia sangat gembira bekerjasama dengan penulis lagu seperti The-Dream selaku penerbit albumnya. Album ini dijangka menjengah pasaran Ogos nanti.

"Kami bukan saja bekerjasama dalam penulisan lagu, sebaliknya berkongsi tenaga dan idea dalam album ini. Ia proses yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya dan saya benar-benar menyukainya," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:11 pm

(GAMBAR)Keluarga Dato’ Shah Rukh Khan

Sesungguhnya manusia yang bernama Shah Rukh Khan ini memang sangat bertuah. Ada isteri yang cun, anak-anak yang comel dan yang paling penting dapat gelaran Dato’ dari negara yang tak ada kaitan dengan dia pulak tue. Negara mana ek? Lupa dah kami. Hehe.

Tapi masa dulu demam Hindustan melanda Malaysia memang kami pun layan filem Hindustan nie. Lagi-lagi lakonan Shah Rukh Khan. Dengan mata kuyu semacam dia tue, memang menjadi lakonan dia. Teringat la pulak kenangan dulu-dulu melayan cd Hindustan kat asrama.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Untitl34

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Untitl35

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Untitl36
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:14 pm

Soseh Soseh: Debaran Aleya bersalin kembar

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Aleya11


BAGI pendengar setia Hot FM, tentu tahu mengenai Sharifah Aleya Syed Zainal (Leya) sudah bercuti untuk persediaan menyambut kelahiran anak sulung sejak 15 Jun lalu. Difahamkan, Leya bakal mendapat anak kembar perempuan.
SS juga difahamkan, Leya sebenarnya dijangka bersalin 1 Julai ini, tetapi dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur kerana sudah mengalami tanda-tanda hendak bersalin.

Tapi selepas seminggu, perkembangan tanda-tanda hendak bersalin itu terlalu sedikit hingga Leya keluar masuk hospital. Sejak Sabtu lalu, SS difahamkan Leya dimasukkan semula ke hospital itu dan kini menanti detik melahirkan.

Difahamkan, bukaan pintu rahim Leya hanya berubah daripada dua sentimeter kepada empat sentimeter dan doktor menjangka Leya melahirkan pada 25 Jun ini.

Walaupun terpaksa menunggu masa agak lama, SS difahamkan, Leya mahu melahirkan anak secara biasa bukannya pembedahan kalau tiada masalah mendesak. Leya juga sentiasa memberi perkembangan terkini mengenai dirinya dalam Facebooknya. Begitu juga dengan Hot FM.

Kepada Leya dan suami, Muhammad Ashraf Aasimudin, SS harap bersabar dan banyak-banyak berdoa. Mungkin ibu Leya, Fatimah Abu Bakar ada petua untuk memudahkannya bersalin, maklumlah sudah ada pengalaman melahirkan empat anak perempuan yang bukan saja comel-comel malah membesar jadi anak berbakat dalam seni.

Selepas Leya memulakan kerjaya lakonan dan kini lebih dikenali sebagai penyampai radio, kini ketiga-tiga adiknya meneruskan perjuangan Leya.

Pada Fatimah dan suami, Syed Zainal Rashid, tentu lebih berdebar kerana bakal menyambut cucu pertama.


Last edited by sally_eiyna on Tue 23 Jun 2009, 3:16 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:15 pm

Gambar Budak Sekolah: Noniswara Baharudin

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 36424410

You may have come across this lady several times on the tv screen. NONISWARA BAHARUDIN In Senyum Terakhir and Anak Pontianak. Last year we were offered stories about her marrying Datuk R..after that things kinda settled down. But what I say here is about her ZAMAN SEKOLAH. She went to school in Subang Jaya. Want to see her picture while in secondary school? and pre-school? hehe kiddin’..preschool takdaklah..korang cari sendiri..heheh..

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 36424410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:19 pm

gambar anak ogy ahmad daud

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Sdc10710

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Sdc11010

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Sdc11011

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Sdc11012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:21 pm

Ketengah muzik kelab malam

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp164


HAMPIR lima tahun tanpa album baru membuatkan Nurshahila Amir Hamzah, 19, tidak sabar menunggu kemunculan album ketiganya di bawah label Monkey Bone. Album berkonsepkan pop dance dijangka muncul pada Julai ini dengan mengetengahkan muzik baru yang lebih segar dan rancak serta sesuai dimainkan di kelab malam.

Shahila berkata, setakat ini belum ada artis yang berani menyisipkan lagu khusus untuk diputarkan di kelab malam dalam album mereka, tetapi sebagai generasi baru, naib juara One In A Million musim kedua (OIAM2) itu teringin melakukan pembaharuan dan hasratnya itu mendapat kerjasama baik daripada komposer terkenal tanah air.

Katanya, jenis muzik rancak biasanya dimainkan di kelab malam memang ada, tetapi belum ada yang berani mengetengahkannya dalam arus muzik perdana masa kini.

"Sebagai pembaharuan untuk album ketiga ini, saya ingin mencubanya dengan harapan peminat dapat menerimanya. Kala usia masih muda, muzik itu sesuai dengan jiwa remaja saya yang inginkan kelainan.

"Pun begitu, dalam keadaan ekonomi sekarang saya tidak boleh mengharapkan pada penjualan album. Namun, sebagai penyanyi, saya mesti ada album baru untuk disumbangkan kepada peminat.

"Untuk persembahan pentas juga saya perlukan lagu baru. Selain itu tiba masanya saya hadir dengan album baru selepas hampir lima tahun tidak masuk studio rakaman. Tidak dinafikan dunia seni saya menyinar semula selepas menyertai OIAM2, dua tahun lalu.

"Meskipun tidak berjaya bergelar juara, ia tetap memberi harapan baru kepada kerjaya seni saya yang agak malap ketika itu. Masyarakat mula menyedari kehadiran saya semula dalam persada seni dan selepas OIAM2, jadual harian semakin padat dengan pelbagai aktiviti seni," katanya.

Lantaran itu, Shahila yang pada mulanya menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan di Kolej Segi terpaksa berhenti belajar buat seketika kerana kesuntukan waktu.

"Keseluruhan kursus mengambil masa tiga tahun, tetapi saya sempat belajar setengah tahun saja. Buat masa ini saya tidak mampu melakukan dua kerja pada satu masa. Tambahan album baru akan keluar dan pastinya selepas ini saya akan sibuk mempromosikannya di seluruh negara.

"Berkecimpung dalam kerjaya seni ada tempoh tertentu. Sedang usia masih muda dan tengah laku ini, saya perlu beri perhatian kepada dunia nyanyian dulu. Insya-Allah selepas berjaya memperoleh apa yang dihajati dalam dunia seni, saya akan sambung belajar semula, tetapi belum tahu bila.

"Saya tidak boleh meninggalkan pelajaran begitu saja kerana abah pun mahu saya menjadi anak seni yang berilmu. Sejauh mana pun saya melangkah dalam bidang seni, saya mesti ada ilmu supaya dihormati masyarakat dan buat bekalan pada masa depan. Saya juga perlu menjadi contoh kepada tiga adik," katanya.

Selain itu Shahila juga mendapat tawaran berlakon, namun dia belum bersedia beraksi di pentas lakonan kerana baginya dia tidak boleh terlalu tamak.

"Saya terlalu sibuk dengan dunia nyanyian jadi tiada masa untuk menceburi bidang lain. Biarlah saya buat satu perkara dulu," katanya.

Sejak keluar OAIM2 juga, Shahila muncul dalam iklan Clean & Clear, Coca Cola, Cornetto dan menjayakan program Hanna Montana Special untuk saluran Disney.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:24 pm

Restu Mak Mah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp167


Adlin segak dalam persalinan tradisional Jawa, manakala Emelda cantik berkebaya menyerlahkan seri wajahnya

TETAMU yang bertali arus membanjiri kediaman yang tersergam di Kampung Bukit Cherakah, Klang, Selangor disertai cuaca mendamaikan seakan memberi restu kepada langkah baru yang dibina pasangan selebriti, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila Abdul Hamid.

Debaran menghitung detik mengharap segala perancangan berakhir sempurna terhakis sudah. Apa yang terbentang kini adalah cabaran mengemudi rumah tangga yang dibina bersama restu ibu dan keluarga pada 23 Mei lalu meniti laluan bahagia hingga ke akhir hayat.

Hampir sebulan selepas diijabkabulkan di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun, Perak, pasangan pengantin baru yang mengakhiri ikatan percintaan mereka selama empat tahun dengan lafaz bermakna itu kembali diraikan pada majlis sambut menantu di kediaman keluarga pengantin lelaki pada tengah hari Ahad lalu.

Adlin segak dan kacak dalam persalinan tradisional Jawa, manakala Emelda atau akrab disapa Melayu berkebaya menyerlahkan seri di wajahnya sekali lagi bersanding penuh adat bersama iringan doa moga perkahwinan itu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat.

Andai selama ini kediaman yang dibina sejak empat tahun lalu hanya menerima kehadiran ahli keluarga sebagai penyeri, namun petang itu suasananya berubah.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp166


Kediaman pelakon veteran, Ruminah Sidek, ibu kepada Adlin dibanjiri lebih 5,000 tetamu yang sedia meluangkan waktu untuk bersama memeriahkan majlis sambut menantu.

Besar hati Ruminah atau Mak Mah menerima kehadiran semua tetamu yang sudi hadir untuk mendoakan perjalanan baru anak lelakinya itu.

Baginya, kehadiran semua tetamu membawa bersama rezeki dari Allah untuk dikongsi dan majlis sambut menantu itu menjadi lambang keutuhan kasih sayang serta mengeratkan silaturahim antara sesama insan.

Biarpun tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir sejak awal jam 9 pagi, namun senyuman yang sentiasa terukir di raut wajah manisnya menterjemahkan segenap ruang bahagia selepas Adlin menemui jodoh dengan Emelda.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp165


Kata Mak Mah, jemputannya sekadar 2,000 tetamu namun sudah menjadi kelaziman jumlah itu akan berganda dan ikhlas dari hatinya, dia berterima kasih kepada semua yang datang.

"Alhamdulillah kerana Allah memberikan laluan yang mudah pada hari ini. Semuanya berjalan dengan baik dan cuaca hari ini juga selesa tidak terlalu panas dan hujan pun hanya seketika.

"Semua yang datang mak raikan untuk sama-sama meraikan hari bahagia ini. Mak hanya insan kecil di depan Allah dan sebab itu mak tidak berkira soal modal kerana Dia yang memberikan rezeki," katanya.

Ruminah bersyukur kerana biarpun menantunya kurang sihat namun majlis itu berjalan sempurna. Malah, malam sebelumnya, kediaman itu disirami dengan doa serta bacaan ayat suci apabila diadakan acara marhaban untuk kesemua tujuh cucunya yang baru dilahirkan.

"Malam tadi pun ramai tetamu yang datang. Biasalah hidup berkampung sudah menjadi kewajipan untuk mak menjemput qariah berdekatan untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

"Semua di kampung ini ialah kawan mak dan setiap kali ada majlis, mereka tidak pernah lupa menjemput mak bersama. Sesekali terbit rasa bersalah apabila undangan mereka tidak dapat dipenuhi kerana mak sibuk dengan kerja.

"Jadi pada hari ini, mak undang semua untuk mengeratkan silaturahim antara kami," katanya yang sesekali terpaksa memberhentikan temu bual untuk bersalaman dan berterima kasih kepada tetamu yang datang.

Dalam senyum, sesekali air matanya mengalir namun jauh di sudut hati, Mak Mah sebagai ibu terharu kerana impiannya untuk melihat anak dan menantunya bersanding dalam adat Jawa termakbul.

"Ia memang permintaan mak tetapi untuk menguruskan selok belok hal ini mak tidak pandai. Jadi mereka berbincang dengan perunding perkahwinan segala perancangan berkaitan persandingan hari ini.

"Tetapi, mak tetap sediakan satu pelamin khas untuk mereka di dalam rumah," kata Mak Mah yang tidak menang tangan pada hari bersejarah anak kesayangannya itu.

Majlis sambut menantu turut diserikan dengan kehadiran teman artis seperti Datin Seri Tiara Jacquelina dan suami, Datuk Seri Effendi Norwawi, Azean Irdawaty, Norlia Ghani, AR Badul, Maimun Talib, Serina Redzuawan, Anita Baharom, Rosnah Johari, AC Mizal dan isteri, Emylia Rosnaida.

Selesai bersanding, pasangan mempelai diarak ke meja santapan untuk upacara makan beradab disusuli acara memotong kek.

Pasangan pelakon, Aqasha dan Abby Nadzri menjadi pengapit kepada pasangan mempelai sepanjang majlis berlangsung.

Adlin, 38, sah bergelar suami kepada Emelda, 29, dengan sekali lafaz pada 23 Mei lalu apabila pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai & Rujuk, Pasukan Gerak Am Hulu Kinta, Zainuddin Abdul Arshad.

Pada majlis itu, Emelda menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 berserta mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran dibalas sembilan.

Usai upacara pernikahan selesai, diadakan majlis berinai yang disempurnakan di rumah pusaka keluarga Emelda di Kampung Batu Lapan, Chemor.

Mengulas mengenai perjalanan karier lakonan Emelda, Adlin dalam temu bual sebelum ini berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk meneruskan kerjayanya itu. Bagaimanapun, katanya apabila dikurniakan cahaya mata kelak, besar harapannya Emelda dapat menumpukan perhatian penuh terhadap rumah tangga.

"Waktu itu saya membayangkan tugas Emelda adalah membesarkan anak-anak dan menyambut saya pulang selepas seharian penat bekerja.

"Saya menjadikan pasangan ipar saya iaitu Emylia Rosnaida dan suami, AC Mizal sebagai contoh terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan kami.

"Mereka benar-benar bahagia dengan Emylia menjadi tulang belakang kepada suami dengan menguruskan kerjaya seni AC Mizal di samping tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada rumah tangga mereka," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:26 pm

Faizal bina masa depan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp168


PENAMPILAN pasangan pelakon, Mohd Faizal Mohd Yusup (Faizal), 31, dan isterinya, penyanyi Siti Nordiana Alias (Nana), 25, jauh berbeza jika dibandingkan ketika zaman mereka masih remaja dan bercinta.

Sewaktu ditemui di sesi fotografi khas bersama Rap di Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini, kedua-duanya kelihatan jauh lebih matang. Perubahan itu jelas apabila mereka berbicara mengenai kehidupan berkeluarga yang dilalui sekarang.

Bergelar bapa dan ibu kepada cahaya mata comel dan keletah, Muhammad Rayyan Nakhaie, setahun tiga bulan, turut menjadi faktor kepada perubahan itu.

Bagaimanapun, kata Faizal, dia tetap menjalani hidup seperti biasa. Masih aktif berlakon dan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjadi pembekal barangan keperluan pejabat.

"Apabila berkahwin dan bergelar bapa, sudah tentu kehidupan turut berubah. Sebagai ketua keluarga, semua keputusan membabitkan rumah tangga kini atas tangan saya.

"Tanggungjawab juga berat. Segala keperluan saya perlu sediakan. Sebaik mungkin saya akan cuba merealisasikan kehendak isteri dan anak. Begitu juga dengan hubungan antara keluarga sendiri dan mentua, " katanya.

Begitupun, jelas Faizal, dia beruntung kerana Nana tidak pernah meminta perkara yang di luar kemampuannya. Akui Faizal, Nana isteri yang sangat sederhana.

"Belum pernah lagi sepanjang hidup berumah tangga dia meminta perkara bukan-bukan atau meletak syarat seperti perlu menyediakan rumah besar atau membelikan barang mahal mencecah ribuan ringgit.

"Asalkan cukup makan dan pakai serta ada tempat tinggal selesa buat kami sekeluarga, dia sudah bersyukur," katanya.

Sekarang ini, jelas Faizal, apa yang penting baginya adalah masa depan Rayyan. Kalau boleh dia tidak mahu anak kesayangannya itu melalui kesusahan pernah dilaluinya. Faizal menjadikan bapanya, Mohd Yusup Abd Rahman, 58, contoh hendak menguruskan rumah tangga dengan baik.

"Dulu kehidupan saya susah. Bapa saya bekerja sebagai pemandu dan gaji tidak besar. Ibu pula hanyalah suri rumah dan tinggal di Kuala Lumpur, hendak membesarkan saya adik-beradik seramai empat orang memerlukan belanja besar.

"Bagaimanapun, bapa mampu melakukannya dan kami walaupun tidak hidup mewah, tetap dapat melalui kehidupan dengan sempurna serta diberikan pendidikan secukupnya," katanya.

Menyentuh perniagaan yang baru diceburi, jelas Faizal bukan dia tidak yakin dengan dunia lakonan dan mahu meninggalkan kariernya itu, sebaliknya demi kebaikan Rayyan pada masa hadapan, dia memikirkan sudah tiba masanya melakukan sesuatu sebagai menambah ekonomi keluarganya.

"Berapa ramai kita lihat pelakon menjadi jutawan. Kita boleh bilang dengan jari. Kalau benar pun mereka berduit, tetapi bukan dengan hasil berlakon semata-mata sebaliknya ada sumber pendapatan lain.

"Tambahan sekarang ini semakin banyak pelakon baru muncul dan bayaran tidak tetap. Maksud saya, penerbit sekarang ini tidak suka mengambil pelakon lama seperti saya yang sudah menetapkan harga bayaran.

"Sebaliknya mereka senang mengambil pelakon baru kerana bayaran diminta lebih murah. Perkara ini menjadi masalah besar dalam industri sekarang ini dan ia tidak pernah ditangani persatuan artis," katanya.

Dalam hampir empat tahun melayari bahtera perkahwinan yang dibina pada 28 April 2006, jelas Faizal tidak dinafikan mereka pernah diuji terutama membabitkan gosip mengatakan dia menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

Menjelaskan perkara itu kata Faizal, dia masih boleh berfikir dengan waras dan tidak mungkin melakukan perkara tidak senonoh di khalayak ramai.

"Seperti cerita yang disiarkan satu laman sesawang popular mengatakan saya berjalan berpegang tangan dengan wanita tidak dikenali di kawasan umum. Sekali fikir, takkan saya mahu buat perkara begitu.

"Isteri saya seorang penyanyi yang dikenali dan kalau saya buat begitu, sudah tentu ia akan sampai ke pengetahuannya. Saya tidak bodoh untuk buat begitu kepadanya.

"Apabila perkara itu ditimbulkan dan Nana bertanya, saya jelaskan kepadanya ia tidak benar. Saya berani bersumpah. Prinsip saya, kalau benar saya buat saya akan mengaku, tetapi ia memang tidak pernah berlaku," katanya.

Sementara itu, Nana yang duduk di sisi suaminya menjelaskan, selepas tiga tahun bercinta dan tiga tahun hidup bersama Faizal, dia kenal siapa suaminya.

"Memang begitulah prinsipnya. Kalau betul dia buat, dia akan mengaku, tetapi kalau tidak bermakna memang ia tidak berlaku. Saya percayakan suami kerana lebih kenal dia luar dan dalam," katanya.

Menyentuh sikap Faizal sebagai ketua keluarga, Nana tidak nafikan suaminya itu agak tegas, tetapi sangat penyayang.

"Bagi Faizal, Rayyan adalah segala-galanya. Kadang-kadang saya akan dimarahi kalau dia balik bekerja nampak kesan calar atau lebam di badan anak. Bagi saya, itu perkara biasa maklumlah anak lelaki memang nakal dan lasaknya lebih, tetapi tidak bagi Faizal. Katanya, saya tidak menjaga anak," katanya.

Seperti suaminya, jelas Nana dia kini turut bekerja bagi membantu ekonomi keluarga di sebuah universiti swasta di ibu kota sebagai pembantu pelajar.

"Hendak diikutkan dengan pendapatan diperoleh Faizal, memang boleh menampung kehidupan kami sekeluarga, tetapi saya sendiri yang mahu bekerja di samping menimba ilmu. Sekarang ini baru saya tahu bagaimana rasanya bekerja dalam pejabat," katanya.

Nana tidak nafikan sekarang ini tawaran untuknya mengadakan persembahan agak berkurangan menyebabkan dia perlu mencari pekerjaan lain demi masa depan. Begitupun, dia masih berminat meneruskan kerjaya nyanyian dan kini menunggu waktu untuk merakamkan album terbaru di bawah syarikat rakaman FMC Music.

>Profil

Nama Penuh: Mohd Faizal Mohd Yusup

Panggilan: Faizal

Tarikh Lahir: 13 Jun 1978

Umur: 31 tahun

Kerjaya: Pelakon dan ahli perniagaan

Status: Berkahwin

Isteri: Siti Nordiana Alias (penyanyi)

Anak: Muhammad Rayyan Nakhaie, (satu tahun tiga bulan)

Filem: Gong

Drama: Neon, Surat Untuk Bulan, Neon, CID dan Jongkang-Jongkit.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:32 pm

Dimensi berbeza

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp171
Anding, Isma dan Zahiril misi besar perkukuh nama dalam bidang seni


KALAU mahu dikira status senior, Anding, 26, terlebih dulu menerjah persada seni berbanding Isma Hanum, 23, dan Zahiril Adzim, 25. Mahu dikenali sekarang ini dengan nama komersial Anding Indrawani, pelakon kelahiran Bumi Kenyalang itu mula dikenali selepas menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kedua. Manakala, Zahiril dan Isma pula masih dianggap mentah kerana usia pembabitan seni mereka masih terlalu baru.

Ketiga-tiganya membintangi drama 13 episod, Ghost musim kedua yang kini sedang rancak bersiaran di 8TV. Pengalaman berada di lokasi penggambaran yang menggunakan khidmat lima pengarah itu memberi satu dimensi berbeza dalam kerjaya mereka. Saling berkongsi rasa bertuah, mereka sebenarnya mempunyai visi dan misi yang cukup besar untuk terus memahat nama di dalam liga seni.

Ada yang mengandaikan drama misteri dan penuh mendebarkan bercorak urban musim kedua ini tidak sehebat musim terdahulu. Plot ceritanya mula berkembang dan ada yang berpendapat ia mirip drama terbitan Hollywood, Ghost Whisperer.

Ada yang mahukan versi kedua ini kembali seperti yang asal. Namun, biar apa jua tanggapan orang, ketiga-tiga pelakon berbakat besar itu percaya kepada kekuatan jalan cerita musim ini. Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa menonton drama itu yang disiarkan setiap Ahad, jam 10.30 malam bermula 19 April lalu.

Mengalih cerita kepada Anding dan jika diukur usia dan pengalaman yang dilalui, profesion sebenar yang diingininya sejak dulu iaitu bergelar penyanyi masih belum menjadi kenyataan. Malah, Anding kini lebih terarah menjadi pelakon dan pengacara di stesen TV. Bukan tidak mahu mengejar cita-cita menjadi penyanyi, malah Anding masih memenuhi undangan membuat persembahan secara tertutup, cuma belum rezekinya untuk memiliki album.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp172
ISMA bertuah kerana dapat berlakon dalam penerbitan drama hebat seperti 5 Jingga dan Ghost 2.


Tidak terlalu mengharap dan percaya kepada ketentuan Tuhan, Anding masih mampu memastikan survival namanya terus bertahan biarpun akuinya dia tidak sehebat bintang AF lain yang terus mencipta populariti sekelip mata. Pernah digosip bercinta dengan rakan seperjuangan pertandingan realiti yang sama iaitu Edlin, Anding bersyukur dia mampu mencipta perspektif berbeza di dalam dirinya.

Dan apa yang dilakukannya ialah menerusi bidang lakonan biarpun muzik masih belum berkubur di dalam hatinya. Bahkan, menerusi drama Ghost 2 dan bekerja dengan produksi Popiah Pictures, ia ibarat membuka lembaran baru kepadanya. Watak Alam seorang ahli psikik yang dipegangnya memberi impak yang cukup kuat. Tanpa sebarang syarikat pengurusan tertentu, Anding terus berkongsi bakat seni yang dimilikinya.

"Saya difahamkan setiap watak yang diwujudkan di dalam Ghost 2 mempunyai pengikut yang tersendiri. Paling menghairankan apabila saya melayari laman maya, setiap watak itu mempunyai kelab peminatnya. Malah, jalan cerita drama itu juga mengundang spekulasi dan diperdebatkan walaupun ia masih belum tamat siarannya.

"Selepas tamat kontrak dengan Maestro yang sudah berkubur, saya masih meneruskan perjalanan sebagai anak seni. Pada mulanya, saya akui terkapar-kapar kerana perlu menguruskan semua dengan sendiri termasuklah jadual dan rundingan berlakon. Namun, seiring dengan peningkatan usia dan tahun, saya mula belajar untuk membiasakan diri untuk berdikari.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp169
ZAHIRIL antara pelakon baru yang semakin mendapat perhatian.


"Dulu, saya akui pernah menyesal mengambil dua kerja berlakon dalam satu masa. Ia satu beban yang akhirnya menjadi pengalaman berharga untuk saya meniti hidup. Mungkin saya tamak ketika itu hingga saya terlajak tidur dan mengundang kemarahan produksi. Berat badan saya pun turun mendadak. Saya tidak pernah berasa diri ini sudah popular dan apa yang penting ialah untuk saya memperbaiki ilmu perhubungan awam," katanya yang tidak pernah menyesal menyertai AF2.

Dalam perkembangan lain, Anding akan menjalani penggambaran drama The Cup terbitan produksi sama yang menerbitkan Ghost 2. Drama arahan Manesh dan Joyce itu memerlukan Anding memegang karakter sebagai wartawan.

Zahiril terus cipta magis

SEMENTARA itu, Zahiril juga dilihat antara pelakon pelapis yang mula mengisi ruang industri seni. Bersaiz genit, namun mempunyai hati besar, dia kini terus mencipta magis apabila mendapat kepercayaan hari demi hari daripada pengarah dan penerbit tempatan. Selain drama Ghost 2, baru saja selesai siaran yang membabitkan dirinya ialah drama Merah Puteh, telefilem 100 Hari Jadi dan Abang.

Malah kalau ada yang masih ingat dia pernah menunjukkan persembahan mantap di dalam filem Kami. Terbaru filem indie arahan Chris Chong lakonannya iaitu Karaoke turut menempa nama di peringkat antarabangsa apabila ditayangkan di Director's Fortnight, Festival Filem Cannes ke-62 Mei lalu.

Namanya turut tersenarai dalam dua kategori Shout! Awards iaitu Anugerah Lelaki Kacak dan Gandingan Terbaik Di Layar. Untuk Lelaki Kacak, Zahiril bersaing dengan nama seperti Zizan Nin, Faizal Tahir, Jonathan Putra dan Tony Eusoff. Untuk Gandingan Terbaik Di Layar pula Zahiril dipadankan dengan Liyana Jasmay menerusi filem Kami.

"Saya sendiri tidak menyangka akan tercalon dalam dua kategori. Bagaimanapun saya seronok untuk sama-sama memeriahkan anugerah kemuncaknya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 17 Julai depan. Bagi saya, anugerah ini sangat 'cool' seperti anugerah MTV Movie Awards dan Nickelodeon," katanya yang baru saja tamat pengajian diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tahun lalu. Malah, dia juga sedang berkira-kira untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang sama di luar negara.

Seperti Anding, Zahiril juga selesa bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan kerjaya. Akuinya, bukan tiada yang berminat untuk menguruskannya, cuma setakat ini, dia masih mampu merencana kerjayanya sebaik mungkin.

"Pening kepala juga pada mulanya menguruskan kerjaya seni secara sendiri. Tapi setidak-tidaknya, saya lebih puas hati dan boleh belajar perhubungan awam termasuk hubungan dengan media secara semula jadi. Lagipun, saya ini jenis orang seni yang selalu 'memberontak', biarlah saya sesuaikan diri dulu sebelum terikat dengan mana-mana pihak," katanya ringkas.

Mengenai wataknya sebagai Ridzuan di dalam Ghost 2, dia berpendapat musim terbaru ini lebih banyak unsur menyentap jiwa. Berbanding Merah Puteh, pengarahnya lebih menekankan kepada aspek lakonan dan pengarahan tetapi tidak dengan Ghost 2 yang lebih terperinci.

"Pada mulanya saya sendiri pelik dengan perkembangan ceritanya dan pada akhirnya kita sendiri yang mengukuhkan karakter yang dibawa. Apa yang saya lihat produksi drama ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan keghairahan yang diingini dan dipenuhi seadanya," kata Zahiril yang kini memberi tumpuan untuk lakonan teater Kompilasi Volume 2 yang difahamkan bakal dipentaskan di Stor Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) mulai 30 Julai hingga 2 Ogos nanti. Kali pertama teater itu dipentaskan, dia memikul tugas sebagai pengarah, namun kali ini, dia hanya mengisi ruang sebagai pelakon.

Lancar sejak sertai Aquilla Emas

ISMA Hanum pula belum sampai tiga tahun menjejakkan kaki ke dalam dunia seni, namun dia harus berbangga kerana diberi peluang berlakon dalam projek drama besar seperti 5 Jingga dan Ghost 2. Menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini turut belajar separuh masa dalam Pendidikan Jarak Jauh jurusan ijazah teater di Universiti Manchester, United Kingdom sejak tahun lalu.

Demi mengukuhkan kemahiran lakonan, dia turut mengikuti kelas drama bimbingan David Lim di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre. Sejak Mac lalu, Isma menyertai pengurusan Aquilla Emas dan melihat tindakannya itu sebagai berbaloi dan sangat wajar kerana ia landasan terbaik untuk memasarkan diri ke peringkat yang lebih baik.

"Sebelum ini pun saya pernah mencari syarikat pengurusan kerjaya yang sesuai, namun kebanyakannya tidak serasi dan memenuhi piawaian. Tapi, selepas menyertai Aquilla Emas, kerjaya seni saya semakin berjalan lancar. Biarpun syarikat itu mempunyai lebih 11 artis yang diuruskan, saya yakin perhatian terhadap saya tidak sesekali terabai.

"Apa yang saya perhatikan, selepas menyertai Aquilla Emas, tawaran berlakon dan publisiti terhadap saya mula teratur. Tanpa pengurusan yang betul, saya pasti terumbang-ambing dan duit yang diterima lebur begitu saja tanpa sebarang impak. Menyertai dunia seni ini ibarat menceburi bidang perniagaan, lalu dengan Aquilla Emas saya mula belajar selok belok kerja yang betul untuk dicontohi," katanya yang terpilih ke uji bakat Ghost 2 selepas mendaftarkan namanya di laman seni, kakiseni.com

Tambahnya lagi yang memegang watak hantu gothic bernama Harum, peluang berlakon di dalam Ghost 2 boleh diibaratkan sebagai kesempatan berharga yang sentiasa dikenang selama-lamanya. Dia sendiri tidak pernah bermimpi untuk berlakon dalam produksi hebat seperti Popiah Pictures.

"Sebelum ini saya pernah berlakon sekitar 10 buah drama. Telefilem pertama yang saya lakonkan ialah Cinta Segi. Saya pernah menjadi pelakon undangan untuk drama Kekasihku Seru dan Frontpage," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Katarsis arahan Asri Alias bagi siaran RTM. Selain Isma, drama itu turut membabitkan Datuk Jalaludin Hassan, Zizan Nin, Airis Yasmin dan Nazim Othman.

Profil

ANDING

Nama Penuh : Anding Indrawani Zaini

Tarikh Lahir : 25 April 1983

Penyanyi Kegemaran : Justin Timberlake

Pelakon Kegemaran : Edward Norton dan Drew Barrymore

Drama: Akademi Polis, Klon Teja, Ghost 2, Akademi

ZAHIRIL ADZIM

Nama penuh: Mohd Zahiril Adzim

Nama komersial: Zahiril Adzim

Tarikh lahir: 23 Januari 1984

Tempat lahir: Taiping, Perak

Drama: Kami The Series, Seandainya Aku Siti, Merah Puteh

Filem: Kami The Movie, Karaoke

E-mel: bobbamario@hotmail.com

ISMA HANUM

Nama Penuh: Isma Hanum Husein

Nama komersial: Isma Hanum

Tarikh lahir: 27 Ogos 1985

Adik-beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik

Pendidikan: A Level, Institut Help, tahun kedua Diploma Pengajian Teater di Kolej Rosebruford, United Kingdom

Drama: Ghost 2, 5 Jingga (8TV), Kekasihku Seru, Kasanova XXL, Sutera Maya (TV3), Frontpage, Cinta Tiga Segi, Agi Idup Agi Ngelaban (NTV7), Incredible Tales (Mediacorp) dan Wira Siswi (Astro Ria)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:34 pm

Daya saing belum luntur

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 A17


BIARPUN zaman dikatakan sudah berlalu, hakikatnya populariti penyanyi Ramlah Ram belum tergugat. Bekas juara Bintang RTM 1985 ini membuktikan dia masih mampu menyanyi dengan baik.

Sukar sebenarnya penyanyi yang sudah mempunyai pengalaman nyanyian lebih dua dekad bertahan dalam persada hiburan tempatan.

Kata Ramlah, ia memberikan cabaran padanya untuk meneruskan karier nyanyian pada masa kini, apatah lagi kemunculan ramai penyanyi generasi baru lebih mencuri tumpuan.

Namun, atas dasar cinta, minat dan kesungguhan untuk menyanyi secara serius membuatkan dia tambah bersemangat untuk menghiburkan peminatnya.

Membuktikan kebenaran kata-katanya, dia muncul dengan album terbaru, Ketentuan yang sudah berada di pasaran sejak 1 Jun lalu.

Sewaktu ditemui pada majlis pelancaran albumnya bersama Jay Jay yang juga hadir dengan album baru, J Jay - Emosi di The Mines, Seri Kembangan Selangor, baru-baru ini, Ramlah berkesempatan menghiburkan tetamu dan pihak media dengan beberapa lagu yang dinyanyikan secara langsung.

Memberikan makna mendalam padanya, dia terharu kerana masih berpeluang menghasilkan album baru ketika pasaran jualan album masih belum stabil. Album ke-14 ini sebenarnya mengubat hatinya selepas penantian lebih 10 tahun.

Kali terakhir, dia menghasilkan album berjudul Sekeping Cinta Sehampar Janji pada 1998 yang menampilkan lagu popular, Zapin Yang Tinggal.

"Ketika mahu menghasilkan album baru ini, perasaan saya berdebar kencang. Dalam fikiran, saya juga bertanya sama ada album ini mampu bersaing dengan penyanyi baru lain.

"Namun, apabila single Ketentuan meraih sambutan positif peminat, saya lega sedikit. Memang pada mulanya, saya tidak yakin dengan kehadiran album baru ini, sebaliknya selepas mengeluarkan single Maharaja menerusi album kompilasi, Pujaan Pop Asli pada 2006, saya bersemangat untuk menghasilkan single baru seterusnya.

"Tidak dinafikan, semangat saya untuk menghasilkan album baru hadir daripada sokongan peminat khususnya penyokong Ramlah Ram Group (RRG) yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Hingga kini, lebih 200 ahli menyertai kelab peminat saya itu.

"Pada saya, sokongan peminat amat penting dalam perkembangan karier seni artis. Malah, saya sendiri apabila sudah mempunyai kelab peminat, saya ambil kesempatan untuk menghargai mereka dengan mengadakan pelbagai acara bagi merapatkan hubungan antara kami seperti berkaraoke dan makan malam," katanya.

Berbanding penyanyi seangkatannya seperti Zaiton Sameon dan Rohana Jalil, Ramlah bersyukur kerana dia masih boleh menyanyi seperti zaman mudanya.

Katanya, dia tidak mengamalkan petua khusus, hanya kurang mengambil minuman sejuk dan berkarbonat.

"Saya percaya bakat nyanyian itu anugerah Tuhan. Hingga kini, saya yakin masih mampu menyanyikan lagu lama saya yang mempunyai nada tinggi. Untuk album baru, proses rakaman berjalan lancar.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sudah buat kerja terbaik. Namun, sejak mula menghasilkan album pertama, Sabarlah Sayang pada 1986 hingga muncul album baru kali ini, saya masih belum puas dengan hasilnya.

"Masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki. Pada saya, album Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) pada 1988 menjadi kenangan paling bermakna yang membuatkan saya berada di kemuncak.

"Saya menganggap album ini suatu yang istimewa buat peminat kerana saya turut bekerja dengan komposer generasi baru seperti Aidit Alfian, Hazami dan Fedtri Yahya. Antara komposer lama dan baru, masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.

"Bagaimanapun, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mereka. Apa yang penting, album ini memberi kepuasan pada saya dan komposer yang terbabit. Soal sambutan peminat, ia satu 'perjudian'.

"Saya tidak terlalu mengharap album saya kali ini dapat dijual banyak dan saya juga perlu terima hakikat, penyanyi masa kini sukar untuk melariskan album mereka walaupun bertaraf popular. Namun, dari aspek lain, pasaran digital seperti muat turun menerusi nada dering ke telefon bimbit turut membantu menambah pendapatan penyanyi," katanya.

Dalam pada itu, Ramlah mengharapkan sokongan stesen TV dan radio untuk membantu promosi album barunya. Katanya, tidak sepatutnya timbul isu pilih kasih untuk memainkan lagu penyanyi tertentu. Malah, dia menyatakan matlamatnya bukan mahu bersaing dengan penyanyi sedia ada, sebaliknya bersama-sama memeriahkan persada hiburan tanah air.

Bagi Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus, kemunculan album baru, J Jay - Emosi memberikan makna mendalam, apatah lagi ia juga adalah penantian sejak lima tahun lalu.

Katanya, dia sepatutnya menghasilkan album baru pada 2004 tetapi masih mencari lagu yang sesuai yang difikirkan sesuai untuk dimuatkan dalam album baru.

Di sebalik kegembiraan menghasilkan album baru, dia turut menyatakan kemunculan penyanyi pada masa kini tidak lagi dianggap eksklusif. Dia berpandangan, penganjuran banyak persembahan dan konsert percuma menjadi faktor mencetus isu berkenaan.

"Zaman saya suatu ketika dulu, saya pernah merasai konsert berbayar walaupun ia hanyalah persembahan untuk fun fair. Sepatutnya, konsert sebegini dikawal tetapi penyanyi masih mempunyai eksklusif apabila berpeluang membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

"Lokasi itu turut dianggap eksklusif apabila penonton selesa dan berbaloi menyaksikan sesebuah persembahan dengan membayar tiket. Buat masa ini, saya masih menerima jemputan mengadakan persembahan pentas.

"Walaupun ada persembahan pentas yang dianggap kecil tetapi ia tetap memberi pendapatan pada saya. Untuk album baru saya kali ini, ia memuatkan empat lagu lama iaitu Jauh Dirindu, Dalam Kenangan, Cukuplah Sekali dan Kekasih yang belum pernah direkodkan.

"Sebenarnya, saya mempunyai beratus-ratus lagu yang belum dirakam tetapi hanya empat lagu ini yang dianggap terbaik. Untuk lagu berkenaan, saya masih mengekalkan melodi asal, cuma diubah sedikit pada susunan muzik.

"Memberikan tarikan, empat lagu baru turut dimuatkan iaitu Ku Relakan, Permaisuriku, Layang-Layang dan Jangan Pergi Dariku," katanya.

Kata Jay Jay, semua penyanyi kini berpeluang menerbitkan album baru. Bagaimanapun, aspek konsep dan proses produksi album perlu diberi perhatian serius. Apa yang penting, produser memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah album menampilkan kualiti yang diharapkan.

"Saya ingin mencadangkan kelas komposisi muzik diwujudkan dalam melahirkan komposer berbakat untuk menghasilkan lagu mahupun album yang lebih berkualiti. Ketika ini, kita banyak adakan program realiti untuk mencari penyanyi.

"Lalu, peranan untuk mencari komposer baru juga tidak seharusnya dikecualikan. Bagaimanapun, saya menyokong program realiti diteruskan. Biar program seperti Akademi Fantasia terus dengan format undian SMS penonton, sebaliknya Bintang RTM mengekalkan tradisi memilih pemenang berdasarkan keputusan juri profesional sepenuhnya," katanya.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan FMC Music Sdn Bhd, Lim Gee Ba melancarkan album dua penyanyi berkenaan.

Beberapa rakan artis berkesempatan memberi sokongan antaranya Ameng (Spring), Noraniza Idris, Aiman, kumpulan The Fabulous Cats dan pelakon, Rosnah Johari.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:36 pm

Dengarnya...: Bunkface kecil hati dengan 8TV

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp173
Bunkface


DALAM kesibukan Cik Normah membuat dan memenuhi temu janji dengan rakan artis, Cik Normah akan tetap pastikan ruangan ini diisi dengan cerita panas, menarik dan membuatkan ramai orang panas punggung. Iyalah, kalau cerita itu betul-betul kena batang hidung sendiri, mahu tak sentap jiwa dan raganya.

Jadi, baru-baru ini, Cik Normah dapat tahu kumpulan Bunkface yang pernah popular dengan lagu Situasi dan Revolusi itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan apa yang ditawarkan stesen 8TV. Insiden ini berlaku ketika pertandingan One In A Million musim ketiga awal Mei lalu yangmengundang kumpulan itu membuat persembahan selingan.

Kalau ada yang masih ingat, kumpulan itu ada membuat persembahan di satu ruang belakang yang disediakan. Cik Normah pun pelik kenapa tidak dibuat saja persembahan mereka itu di pentas utama. Rupa-rupanya ada cerita di sebalik apa yang terjadi itu.

Cik Normah diberitahu sepatutnya kumpulan itu membuat persembahan di pentas utama. Itulah janji pihak produksi kepada mereka. Namun, entah bagaimana, apa yang dijanjikan diabaikan begitu saja. Layanan yang diterima kumpulan itu pun asal boleh saja.

Malah, kumpulan itu turut meminta untuk disediakan monitor supaya dapat mendengar muzik dengan lebih jelas, sebaliknya yang diberi hanya pembesar suara yang digunakan untuk memastikan penonton mendengar. Bukan kumpulan itu nak 'demand', sebaliknya apa yang mereka kehendaki demi memberikan persembahan terbaik untuk penonton yang hadir.

Akhirnya ia menjejaskan prestasi dan kredibiliti kumpulan itu sendiri. Mungkin juga pihak produksi terlepas pandang hingga mengabaikan kumpulan itu. Entahlah, Cik Normah pun tak pasti siapa yang patut dipersalahkan. Dengar cerita, ketika artikel ini ditulis, kumpulan itu belum menerima bayaran lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:39 pm

Ayahku, kawanku

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp174


BAPA akan menjadi orang paling bangga apabila anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang meraih kejayaan dalam bidang diceburi.

Cuma insan yang turut dipanggil ayah, abah atau papa ini jarang menunjukkan atau meluahkan perasaan dirasai mereka.

Perkara itu turut diakui penyanyi muda yang semakin melonjak namanya dalam persada muzik tempatan, Muhammad Aizat Amdan atau Aizat, 20, terhadap bapanya yang dipanggil ayah, Datuk Amdan Mat Din, 53.

Aizat berasa lucu apabila pertama kali melihat bapanya beraksi di hadapan kamera sewaktu sesi fotografi khas bersama Rap sempena Hari Bapa, yang diraikan esok, diadakan di pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang.

Setiap kali Amdan cuba bergaya, Aizat akan ketawa dan berkata dia seperti tidak percaya melihat bapanya boleh beraksi di hadapan lensa kamera.

"Ayah tidak pernah macam ini. Dia biasanya serius dan jarang hendak beraksi lebih daripada kebiasaan apabila bergambar," katanya.

Begitupun kemesraan dua beranak ini jelas kelihatan. Mereka seperti kawan, namun apabila berbicara Aizat masih lagi menjaga batasnya sebagai anak yang amat menghormati dan menyayangi ayahnya.

"Ayah ada cara tersendiri untuk menegur anak-anak. Selalunya dia akan membawa kami keluar makan dan waktu itu digunakan untuk mengadakan perbincangan keluarga. Pelbagai perkara diperkatakan termasuk membabitkan kerjaya seni saya.

"Kami kalau bercakap 'lepas', tetapi harus penuh dengan fakta yang menyokong. Kalau tidak teruk kena belasah. Maklumlah ayah dan ibu (Fina Norhiza Baharuzaman) bekas peguam dan sejak kecil mereka memang mendidik kami untuk menjadi ekspresif, meluahkan apa saja asal ia memberikan kebaikan untuk semua pihak," katanya.

Walaupun Aizat sudah meraih beberapa kejayaan besar antaranya memenangi anugerah Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16), baru-baru ini dan tempat ketiga Lagu Terbaik di Festival Muzik Antarabangsa di Varna, Bulgaria, tetapi katanya ia belum cukup untuk memuaskan hati bapanya.

"Begitupun saya akui pencapaian saya sehingga berada di tahap sekarang ini banyak didorong oleh ayah juga ahli keluarga lain.

"Mereka sentiasa berada di belakang saya tidak kira susah dan senang," katanya.

Bercerita mengenai rasa tidak puas hati Amdan itu, katanya, harapannya terhadap Aizat besar dan apa yang diraih penyanyi yang mula mencipta populariti menerusi lagu ciptaannya sendiri, Lagu Kita boleh diibaratkan berada di laluan yang betul, tetapi masih jauh untuk mencapai apa yang diinginkan.

"Cita-cita saya kalau boleh mahu Aizat mencipta nama ke peringkat antarabangsa dengan muzik dihasilkan. "Saya mahu dia menjadi penyanyi serba boleh dan mampu memenangi hati peminat bukan Melayu.

"Contoh terbaik bagi saya buat Aizat adalah Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang berjaya mengumpul peminatnya daripada semua kaum, malah digelar penghibur bertaraf antarabangsa.

"Selain itu biarlah pembabitan Aizat dalam bidang seni ini memperoleh pencapaian terbaik sebagai mana diraih M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza," katanya.

Waktu sama, kata Amdan, dia memang agak tegas dengan Aizat kerana tidak mahu, anak kelimanya dari enam beradik itu cepat berpuas hati dengan apa yang diperoleh sekarang.

"Paling utama saya tidak mahu dia leka dan lalai dengan kejayaan awal diraih.

"Apabila dia mula mendongak langit, saya akan tegur agar dia sentiasa berpijak di bumi nyata. Aizat masih muda dan perlukan pengawasan.

"Dunia seni pula dugaannya besar dan kebanyakan penggiatnya mudah hanyut dengan glamor dan populariti. Itu yang saya tidak mahu berlaku kepada Aizat.

"Mujur dalam melaksanakan tugas ini bukan saya dan ibunya saja yang memainkan peranan. Adik-beradiknya yang lain turut membantu dengan sentiasa mengingatkan Aizat akan tanggungjawabnya sebagai individu dan penyanyi," katanya

Bercerita lanjut mengenai pembabitan Aizat dalam dunia seni, jelas Amdan, ia bukan suatu yang mengejutkan kerana muzik memang sudah menjadi minat semua anggota keluarganya.

Kata Amdan lagi dia sendiri memang meminati muzik sejak zaman kanak-kanak dan apa yang diraih Aizat sekarang dianggap sebagai kesinambungan kepada cita-citanya yang tidak kesampaian.

"Dulu sewaktu di kampung di Raub, Pahang saya mempunyai kumpulan sendiri dan sering menyanyi di majlis orang kahwin.

"Minat itu diteruskan apabila saya mengikuti pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang.

"Waktu itu Sudirman senior saya satu tahun dan kumpulan saya sering bersaing dengannya.

"Maklumlah dia sudah popular dan bergelar artis sewaktu masih menuntut. Bagaimanapun, minat saya itu terhenti apabila sibuk dengan kerja dan berkeluarga. Untuk melepaskan gian saya sering berkaraoke dan membawa anak-anak bersama.

"Hendak diikutkan semua anak saya boleh menyanyi, malah abang Aizat iaitu Anas kini menuntut di Australia boleh bermain muzik dan mencipta lagu.

"Sewaktu kecil apabila anak-anak menunjukkan minat saya ada memanggil guru muzik datang ke rumah untuk mengajar mereka. Bagaimanapun waktu itu saya hanya menganggap muzik sekadar hobi untuk anak-anak dan sebagai bapa sudah tentu pendidikan adalah keutamaan.

"Mungkin sudah tertulis rezeki Aizat apabila tiba pada dirinya, saya lebih bersikap terbuka. Saya restu cita-citanya untuk bergelar penyanyi. Itupun kerana ini istimewa sikit. "Kalau dia kata mahukan sesuatu benda dia akan usaha untuk mendapatkannya dengan cara apa sekalipun.

"Begitupun saya katakan padanya jika dia memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya ia harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan jika tidak saya tarik balik kelebihan yang diberikan.

"Sejak itu saya nampak usahanya. Tahu bahawa penampilan imej penting dia sendiri berusaha untuk menguruskan badan dan memperbaiki segala kelemahan.

"Bukan itu saja dia turut belajar bagaimana hendak menghasilkan muzik sendiri. Melihat usahanya membuahkan hasil, saya menubuhkan Kasi Gegar Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya," katanya.

Sewaktu Aizat menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5), jelas Amdan, semua ahli keluarganya menjadi pengkritik setia.

Persembahan dilakukan setiap minggu dirakam dan dinilai kembali.

"Ia bukan saja membabitkan saya, ibunya dan adik-beradik yang lain, tetapi juga pak cik, mak cik dan sepupu Aizat sendiri. Hasil perbincangan itu dikumpul dan apabila Aizat keluar setiap perkara yang diutarakan akan diberitahu agar ia dapat digunakan untuk memperbaiki diri," katanya.

Apabila Aizat tersingkir pada konsert ketujuh AF5, Amdan berkata dia sedikit pun tidak berasa kecewa, malah bangga apabila kebanyakan tenaga pengajar sendiri memuji dan banyak ilmu dapat ditimba.

Lebih penting ia menjadi langkah pertama untuk Aizat menceburi persada muzik tempatan.

Mencungkil perasaannya mengenai kisah cinta Aizat dengan pelakon dan kini bergelar penyanyi, Liyana Jasmay digembar-gemburkan pihak media, kata Amdan, dia cuba bersikap terbuka dalam berhadapan dengan situasi ini.

"Sewaktu Aizat dikutuk sepanjang AF5, saya sendiri tidak pernah berkecil hati.

"Ada kritikan membina kami ambil dan ketengahkan kepadanya, tetapi apabila ada yang melakukannya dengan tujuan menghina, kami sekeluarga cuba mengambil pendekatan memaafkan mereka.

"Dalam hal gosip cinta ini pula, saya melihat dari sudut positif. Sudah menjadi lumrah manusia, terutama anak muda untuk mengenali cinta.

"Namun pada saya kalau boleh Aizat merasai dan lihat dunia terlebih dulu. Berkawan dengan semua orang dah pilih yang terbaik.

"Cuma tegas saya padanya, jangan sampai cinta itu membuatkan dia lupa diri hingga mengabai tanggungjawab dan kerjayanya.

"Malah, saya katakan kepada semua anak-anak saya, terutama lelaki selagi usia belum mencecah 30 tahun mereka tidak dibenarkan berkahwin.

"Sebaliknya mereka harus memastikan segala diperlukan cukup baru fikir soal berumah tangga. Kalau tidak macam mana hendak beri anak dara orang makan," katanya.


>Profil


Nama Penuh: Datuk Amdan Mat Din

Umur: 53 tahun

Tarikh Lahir: 3 Mei 1956

Asal: Raub, Pahang

Kerjaya: Pengarah Eksekutif, Kasi Gegar Entertainment

Hobi: Menyanyi dan Bersenam

Penyanyi Idola: Datuk Sudirman Haji Arshad



>Profil

Nama Penuh : Muhammad Aizat Amdan

Panggilan: Aizat

Umur: 20 tahun

Asal: Ampang Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 21 Januari 1989

Kerjaya: Penyanyi

Hobi: Mencipta Lirik dan Lagu

Penyanyi Idola: Once

Album: Percubaan Pertama

Pencapaian: Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) dan tempat ketiga Lagu Terbaik di Festival Muzik Antarabangsa di Varna, Bulgaria
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:40 pm

S. Atan tak menipu. "Seripah Aini yang bermasalah." katanya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Satan10


“Semua dakwaan itu fitnah, malah saya tak kisah tempoh diberikan kerana berada di pihak yang benar,” tegas komposer terkenal, S Atan berhubung tuduhan Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar bahawa dia menipu penyanyi itu sebanyak RM83,000 yang sepatutnya digunakan untuk menerbitkan album.

S Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, 59, berkata Sharifah Aini sepatutnya berfikir terlebih dulu sebelum membuat tuduhan melulu termasuk membuktikan dia menyiapkan rakaman 16 lagu untuk album terbaru penyanyi itu menggunakan program komputer, bukan secara langsung.

“Melalui media, dia mendakwa sudah merujuk susunan muzik dalam master tape kepada 20 komposer. Jadi saya cabar dia panggil komposer berkenaan, seorangpun cukup untuk berjumpa saya untuk memastikan dia seorang profesional supaya kita boleh sama-sama tentukan sama ada saya yang menipu atau dia yang bermasalah,” katanya ketika ditemui di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, semalam.

Anak kelahiran Geylang, Singapura, itu sebaliknya mendakwa dia menanggung kerugian dalam pembikinan album itu kerana sebahagian besar daripada RM83,000 itu digunakan untuk membiayai kos pemain muzik dan studio.

“Sebanyak RM24,000 digunakan untuk membiayai kos enam pemain peralatan muzik bertali (string), RM1,000 (seruling), RM3,200 (gitar), RM3,200 (dram), RM3,200 (bass), RM3,200 (piano), RM3,200 (pads), RM6,400 (dua pemain gendang), RM4,800 (akordian), RM16,000 (penyusun untuk 16 lagu) dan RM11,000 untuk studio.

“Jumlah keseluruhan perbelanjaan RM79,200 dan bakinya hanya RM3,800. Jadi, mana duit saya sebagai penerbit yang sepatutnya mendapat RM16,000,” katanya.

S Atan berkata dia sedar mengenai kerugian itu ketika perbincangan kos album diadakan, tetapi disebabkan menghargai rakan lama, dia menerima tawaran itu.

“Jadi pembayaran kepada saya sebagai penerbit tidak dikira dan bermakna satu lagu hanya RM5,187.50 sedangkan untuk menghasilkan satu lagu dengan persembahan secara langsung antara RM8,000 hingga RM9,000. Jadi apalah sangat RM83,000 itu,” katanya.

S Atan berkata, cukuplah hanya dia difitnah Sharifah Aini kononnya memprogramkan muzik album itu, tetapi mempersoalkan kenapa menambah tuduhan kononnya dia menipu beberapa artis lain serta syarikat rakaman.

“Sejak 40 tahun menceburi bidang ini, saya tak pernah menipu sesiapa, tanya mana-mana pihak dalam bidang ini.

“Dia (Sharifah Aini) juga mengeluarkan kata-kata sinis mengenai pendapatan saya dan cara saya mencari rezeki untuk keluarga. Kenapa mahu kaitkan keluarga saya sedangkan perbalahan ini antara saya dan dia.

“Muzik saya rakam secara langsung, tapi dia dakwa saya programkan, jadi sia-sia pengalaman 40 tahun dalam bidang muzik sedangkan dia tak tahu membezakan mana satu muzik program, mana yang ‘live’,” katanya.

Penulis lirik, penerbit dan pemuzik yang sering menjadi pilihan penyanyi ternama itu mendakwa perbalahan mereka tercetus kerana susunan muzik lagu Seri Kedah dan Seri Siantan untuk dimedleykan.

“Saya menyusun muzik lagu itu dan menetapkan tempohnya empat minit 30 saat, tapi dia mahu lebih daripada lapan minit. Walaupun tak setuju, saya turutkan juga dan menyiapkan lagu berkenaan.

“Selepas semua urusan muzik lengkap, dia tak mahu lagi bekerjasama dengan saya dan meminta orang tengah menghubungi saya untuk membenarkan pihak studio menyerahkan kerja saya...saya ikut kemahuannya,” katanya.

S Atan berkata, sepatutnya sebaik selesai urusan muzik, peringkat seterusnya adalah vokal, tetapi Sharifah Aini mengarahkannya berhenti setakat itu saja.

“Saya ada dengar dia mahu bawa muzik itu untuk ‘mix’ di Australia dan saya fikir mungkin itu yang dilakukan kerana senyap selama dua tahun, tapi sekarang timbul macam-macam dakwaan daripadanya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, 55, memberi kata dua kepada S Atan supaya memulangkan wang RM83,000 sebelum 30 Jun ini berhubung isu itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:45 pm

Tia tak kekok jadi ‘bapa segera’

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Tia110



SELEPAS tiga minggu diijabkabulkan, vokalis utama kumpulan rock terkenal, Jinbara, Shamsul Baktiar Zakaria (Tia), 39, mulai membiasakan diri dengan statusnya sebagai suami dan bapa 'segera'.

Tia bernikah dengan Suzan Ahmad, pada 24 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Kampung Bachang, Melaka. Suzan yang juga wartawan hiburan Bintang Popular (Bipop), adalah ibu tunggal kepada tiga cahaya mata iaitu Ahmad Naqiuddin, 8, Qystina Nayli, 6, dan Ahmad Nifail, 3 tahun.

Ketika ditemui pada majlis sambut menantu di rumah kakak Tia di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor, jelas terpancar keceriaan di wajah kedua-dua pengantin baru ini.

Ketika ditemui, Tia mengakui perbezaan kehidupan yang harus dilaluinya sekarang ini sangat ketara.

"Dulunya saya cari makan untuk seorang tetapi sekarang untuk berdua. Bagaimanapun, dalam situasi saya sedikit berbeza kerana rezeki perlu dicari untuk kami berlima.

"Pastinya sekarang ini tanggungjawab saya besar terutama kepada anak-anak. Sudah menjadi tugas saya memastikan kebajikan mereka terjaga kerana anak-anak kini tinggal bersama saya dan ibunya, walaupun pada waktu sama, anak-anak mempunyai bapa kandung yang sangat menyayangi mereka," katanya.

Tia turut dilihat tidak kekok dalam melaksanakan tugasnya sebagai bapa 'segera'. Malah ia menjadi bualan teman sekerja di meja hiburan Berita Harian dan Bipop sewaktu Suzan membawa Tia dan anak-anak bercuti bersama mereka, baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Tia yang dipanggil ayah oleh anak-anak Suzan berkata, latar belakang keluarganya yang mempunyai 11 adik-beradik menyebabkan dia sedikit pun tidak berasa canggung untuk menguruskan Naqiuddin, Qystina dan Nifail.

"Saya ada 11 adik-beradik dan saya paling bongsu, malah sekarang saya sudahpun bergelar datuk kerana ada antara anak buah saya sudah berkahwin dan memperoleh cahaya mata.

"Sepanjang membesar, saya turut membantu adik-beradik menguruskan anak-anak mereka apabila mereka sibuk dengan tugas. Secara tidak langsung, ini memberikan saya pengalaman untuk berhadapan dengan anak kecil," katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan kerjaya seninya, jelas Tia, sebaik habis cuti sebulan, dia bersama kumpulan Jinbara akan kembali sibuk di studio untuk merakamkan album terbaru.

"Kami turut dijadual menjayakan persembahan pada 20 Jun ini. Walaupun cuti tetapi ada komitmen yang perlu saya laksanakan, tetapi ia tidaklah sampai mengganggu tumpuan untuk membuat persediaan majlis diadakan," katanya.

Menjelaskan mengenai Suzan yang dikatakan akan bertindak sebagai pengurus kepada kumpulan Jinbara selepas ini, kata Tia, isterinya itu hanya bertindak sebagai pembantu.

"Sebelum ini, Suzan banyak membantu menguruskan kerjaya seni saya. Bagaimanapun selepas bergelar suami isteri, rasanya ia lebih mudah untuk dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Suzan menjelaskan, sepanjang setahun lebih dia berkenalan dengan Tia, sikap ambil berat dan penyayang ditunjukkan penyanyi utama kumpulan Jinbara itu terhadap anak-anaknya menyebabkan hatinya terpaut dan bersetuju untuk berkahwin apabila dilamar.

"Bayangkan setiap kali bertemu, Tia bukan bertanya mengenai diri saya tetapi anak-anak. Perkara itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan dengan niat mahu membeli jiwa saya.

"Satu perkara lagi saya lihat, Tia memang cekap dalam membantu saya menguruskan anak-anak, apatah lagi tugas saya sebagai wartawan tidak tentu masa. Dalam lembut, dia juga tegas sehingga membolehkan anak-anak patuh terutama membabitkan hal persekolahan," katanya.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa teman sekerja termasuk Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail dan isteri, Pengarang Bersekutu Metro Ahad, Johari Mohd dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.

Turut meraikan pasangan pengantin, rakan artis iaitu anggota kumpulan Jinbara sendiri, Pengurus Program Sinar FM, Rustam Said dan penerbit filem dan drama, David Teo.

Sebaik hatinya terpaut kepada Suzan , Tia meluahkan hasratnya kepada anggota kumpulan Jinbara yang lain mahu melamar wanita idamannya itu.

Hasrat Tia itu bagaimanapun disimpan rapi anggota lain iaitu Muhammad Jeffry Johari (gitar kedua-Cepot), Abdul Halim Hassan (gitar-Anjang), Mohd Nizam Mohd Noor (bass-Akin) dan Shahrin Sabudin (dram-Atan) daripada pengetahuan peminat.

Sewaktu timbul kontroversi mengatakan Tia dan Suzan sudah bernikah senyap-senyap, mereka turut menerima tempiasnya apabila didesak pihak media agar menceritakan kedudukan sebenar.

Sebagai kawan, mereka lebih senang untuk berdiam diri dan tidak bercerita mengenainya kepada umum bagi mengelakkan timbul perkara yang boleh mengeruhkan hubungan antara Tia dan Suzan.

Jelas Cepot yang mewakili anggota lain, apabila Tia menyatakan niatnya untuk memperisterikan Suzan, mereka menyambutnya dengan perasaan gembira dan sebaik mungkin memastikan apa yang dirancang penyanyi utama Jinbara itu terlaksana.

"Syukur apa yang kami impikan untuk Tia menjadi kenyataan. Apa yang kami harapkan agar perkahwinan dibina berakhir bukan setakat di jenjang pelamin tetapi hingga ke akhir hayat," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:47 pm

Tia-Suzan kini suami isteri


BAGAIKAN mimpi! Itulah ungkapan pertama yang terpacul dari mulut pengantin baru, vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau mesra dengan nama Tia, 39, dan wartawan Bintang Popular Berita Minggu, Suzan Ahmad, 34, mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung pada Ahad lalu.

Seperti yang diberitahu oleh Tia mahupun Suzan, mereka masih cuba menyesuaikan diri sebagai suami isteri kerana diri masing-masing masih berada dalam alam percintaan.

“Saya sudah dua tahun menjanda. Jadi, ia mengambil masa juga untuk menyesuaikan diri menjadi isteri orang.

“Tia pula sudah 39 tahun membujang dan tidak pernah mempunyai pengalaman berumahtangga dan tiba-tiba jodohnya telah sampai,” kata Suzan, ibu tunggal kepada tiga orang anak.

Mereka adalah Ahmad Naqiuddin, 8, Qystina Nayli, 6, dan Ahmad Nifail, 3.

Jika dulu, Suzan kurang mendedahkan cerita tentang percintaannya dengan Tia memandangkan dia lebih arif tentang selok-belok dunia kewartawanan selepas menceburi bidang ini sejak lapan tahun lalu.

Tetapi kini, Suzan sedia untuk berdepan dengan semua permainan media walaupun kehidupan yang dilaluinya selepas ini lebih berbeza daripada kehidupan lamanya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Tia210
Tia dan Suzan selamat diijabkabulkan Ahad lalu


“Kalau dulu, saya akan sorok jika boleh sorok tetapi sekarang saya sudah dan perlu bersedia untuk menjadi orang media yang berstatuskan isteri kepada seorang artis.

“Kalau artis berkahwin dengan artis, lain rasanya. Jika artis berkahwin dengan orang biasa pun berlainan juga kesannya tetapi apabila artis berkahwin dengan wartawan mungkin akan memberikan kesan yang berganda buat saya,” ulas Suzan.

Sehingga semalam, Suzan tidak menyangka yang dia telah bergelar isteri kepada seorang ‘rockers’.

“Saya hanya menepuk-nepuk muka tidak percaya kerana waktu ini kami di rumah keluarga dan kekok dengan kehidupan baru ini.

“Apabila bersama keluarga, saya masih berada di luar dan berbual dengan keluarga seperti biasa sehingga terlupa yang saya sudah mempunyai suami,” ujar Suzan sambil tertawa kecil.

Sementara itu, Tia yang turut mengalami perasaan yang sama dengan Suzan sempat berkongsi tentang pengalamannya bergelar suami Suzan dan berada di rumah mertuanya.

“Walaupun Suzan sudah sah bergelar isteri saya, tetapi saya masih segan dengannya.

“Kebetulan, katil bilik kami patah semasa sesi bergambar dengan saudara mara. Jadi, kami terpaksa tidur di luar,” cerita Tia.

Tia menambah, “Selama 39 tahun saya hidup seorang dan selepas berkahwin ia memberikan kehidupan yang baru.

“Sekarang, saya perlu memulakan kehidupan dari ‘zero’ setelah bergelar seorang suami.

“Jadi, saya akan mencuba sedaya-upaya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab kepada tiga orang anak Suzan.

“Alhamdulillah, saya rasa sedikit demi sedikit sifat kebapaan sudah berada dalam diri dan tiada masalah untuk bersama mereka.

“Mereka begitu manja dan terima saya seadanya serta tidak kekok memanggil saya ‘ayah’.”

Bercerita mengenai perancangannya sebagai ketua keluarga, Tia telah mencari sebuah rumah di Bandar Puteri, Klang buat sementara waktu dan mungkin akan mencari rumah yang sesuai di Bangsar bagi memudahkan Suzan berulang-alik ke tempat kerjanya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Tia111
Tia dan Suzan masih belum sempat memikirkan untuk berbulan madu


Walaupun dia tidak menghalang isterinya melakukan pelbagai komitmen dan kerjanya sebagai wartawan, Tia tetap menganggap Suzan sebagai pengurus dan pembantu peribadinya apabila dia pergi ke mana-mana.

Menyentuh tentang bulan madu, Tia berkata mereka belum merancang tentang tarikh dan lokasi percutian itu namun mungkin mereka akan memilih negeri Kelantan kerana ia merupakan kampung kediaman ibu mertuanya.

Mengimbas semula tentang kisah pertemuan mereka, Tia berkata dia mula terpikat dengan Suzan sejak mula menyertai Jinbara pada dua hingga tiga tahun lalu.

“Waktu itu, saya berjumpa dengannya dalam majlis Anugerah Bintang Popular. Sejak itu, saya mula menyimpan perasaan.

“Saya tertarik dengan mukanya yang nampak bercahaya. Ekoran insiden saya tidak hadir ke sesi fotografi yang diatur olehnya membuatkan hubungan kami menjadi rapat apabila saya meminta maaf kepadanya selepas membuat satu persembahan di Angkasapuri.

“Alhamdulillah, sekarang pun Tuhan telah permudahkan saya untuk memilikinya sehingga saya tidak rasa gementar ataupun susah untuk mengahwininya.

“Sebulan sebelum kami bernikah, saya telah menghantar rombongan merisik,” beritahunya yang menghadiahkan dua bentuk cincin iaitu cincin tunang dan cincin nikah kepada Suzan.

Katanya, ikutkan mereka memang tidak bertunang tetapi disebabkan dia telah membeli dua bentuk cincin, jadi dia menghadiahkan kedua-dua cincin itu kepada isterinya selepas diijabkabulkan pada 11.40 pagi, Ahad lalu.

Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga perempuan di Batu 3 Pasir Puteh, Kampung Bachang, Melaka.

Dengan sekali lafaz, Tia sah bergelar suami Suzan selepas dinikahkan oleh Imam II Masjid Bachang, Rahman Ibrahim dengan berwalikan bapa Suzan, Ahmad Samad, 62, sambil disaksikan oleh keluarga terdekat.

Suzan menerima wang hantaran sebanyak RM10,000 dengan mas kahwin RM40.

Pihak lelaki memberikan sembilan dulang berupa kasut, beg tangan, wangian, telekung dan sejadah, sepasang persalinan, manisan termasuk dua bentuk cincin.

Sementara itu, pengantin perempuan menghadiahkan kasut, beg silang, sejadah, telefon bimbit Nokia Xpress Music, manisan dan wangian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:49 pm

Bakal menantu ChefWan (patutlah tak bagi serina tayang)

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Untitl37

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Untitl38
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:51 pm

Pertemuan di majlis kenduri

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Ayu11


MAJLIS kenduri perkahwinan seorang teman yang dihadiri lima tahun lalu menjadi detik perkenalan kepada penyanyi, Rahayu Baharudin, 25 atau Ayu bersama pasangannya, Samsul Khairi Abdul Rahim, 33.

Sikap Samsul yang penyabar dan pandai mengambil hati membuatkan Ayu senang bersamanya. Biarpun ber kenalan dalam tempoh agak lama, bibit cinta antara mereka hanya baru berputik sejak setahun lalu.

Selepas mengenali hati budi masing-masing, mereka ke mudian mengambil keputusan untuk bertunang pada Ogos tahun lalu. Sebelum kedua-dua keluarga berbincang untuk menetapkan tarikh perkahwinan.

Hanya lima bulan mengikat tali pertunangan, majlis per nikahan yang ditunggu-tunggu akhirnya berlangsung selepas solat Isyak pada 1 Mei lalu di kediaman keluarga Ayu di Permatang Duyung, Melaka. Majlis kenduri bagi pihak Ayu berlangsung keesokan harinya manakala di Kuantan, Pahang Sabtu ini (esok) bagi pihak lelaki.

Pasangan berkenaan dinikahkan Jurunikah Imam Abu Adam Awal dengan mas kahwin RM40 dan hantaran RM8,000 serba satu. Pihak lelaki menyediakan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.


Ayu sewaktu menyertai Mentor
Bercerita lanjut mengenai majlis itu Ayu yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti TV3, Mentor musim kedua bersyukur kerana majlis berkenaan dapat dijalankan dengan lancar. Memilih perkahwinan dengan konsep taman, majlis berkenaan dihadiri lebih 1,000 tetamu terdiri daripada kaum keluarga, kenalan dan rakan artis.

Menurut Ayu, suami yang berkerja sebagai kakitangan di Pertonas memang ‘low profile’ malah ketika mula berkenalan dengannya perasaan ketika itu agak gemuruh.

“Mula-mula bertemu dengan suami ketika itu Ayu menjadi pengapit satu majlis perkahwinan teman. Ketika itu saya belum terbabit dalam dunia seni. Sejak itu, kami sering berhubung. Biarpun sudah kenal lama, kami selalu ber hubung sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini timbul perasaan sayang kepadanya.

“Malah suami pula melamar pada awal tahun lalu. Sikap suami yang penyabar dan memahami membuatkan saya berasakan dia adalah jodoh saya. Biarpun sebelum ini saya mengakui banyak berkenalan dengan lelaki apatah lagi terbabit dalam dunia seni yang penuh cabaran selain bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat.

“Walaupun kenal dengan ramai orang saya lebih selesa bersamanya kerana dia banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada saya. Malah dia sentiasa bersama saya sebelum menjadi artis lagi. Apatah lagi hubungan kami juga direstui keluarga kedua-dua pihak,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan lelaki memahami perangainya yang agak panas baran dan ligat ketika beraksi di pentas.

“Suami memahami karier saya sebagai penyanyi. Memang saya akui agak panas baran dan ligat ketika beraksi di pentas. Suami tidak melarang pembabitan saya dalam bidang seni sebaliknya lebih mengingatkan mengenai penampilan di khalayak umum selepas bergelar isteri.

“Malah suami sendiri memberi keizinan dan galakan kepada saya untuk terus aktif dalam bidang seni,” katanya.

Ayu turut berterima kasih kepada rakan artis seperti Dior, Datuk Ali Mamak, Nieyl yang menghadiri majlis perkahwinannya selain tetamu terhormat Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Mengenai perancangan berbulan madu, Ayu berkata segalanya sudah dirancang suaminya malah jika tiada aral mereka akan bercuti selepas majlis dan semua perkara berkaitan selesai. Memang sebelum ini, dia memaklumkan kepada suami untuk berehat di pulau sekitar Malaysia. Malah hasrat itu turut mendapat persetujuan suami yang merancang membuat kejutan kepadanya nanti.

Soal zuriat pula, Ayu berkata dia tidak merancang sebaliknya hanya mampu berusaha dan berserah kepada yang Maha Esa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:54 pm

Maizawati – Akhil – Wahida


PETALING JAYA: Selang dua hari selepas muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Ustaz Akhil Hayy tampil semula dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang di TV3, hari ini.

Buat kali kedua, dia dijemput untuk menjadi tetamu bagi topik ‘Ditinggalkan Suami’ bersama pakar motivasi Ustaz Zawawi Yusof yang dihoskan oleh aktres Norish Karman atau NK dan Irin Putri Azmi.

Dalam program ini, Maizawati atau selesa dipanggil Maiza menjawab segala persoalan mengenai hubungannya dengan suami yang dikatakan telah goyah sehingga mengambil jalan untuk bercerai sambil diselang-selikan dengan pendapat daripada Ustaz Zawawi.

Dia mengambil langkah untuk tampil menerusi media elektronik setelah bermuzakarah dengan rakan-rakannya kerana mahu bercerita secara langsung kepada masyarakat lebih-lebih lagi suaminya dikenali ramai.

Tambahnya, dia berharap dengan pendedahan itu tidak akan menimbulkan perkara yang kurang enak di kemudian hari.

Tidak berniat memburukkan sesiapa

Bagaimanapun, disebalik pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza, dia akui tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.

“Bagi saya, bukan hendak membuka aib sesiapa tetapi saya hendak pertahankan diri saya sebagai isteri di mana saya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan menjawab persoalan masyarakat yang ingin tahu tentang sebab saya menuntut cerai.

“Jadi, saya hanya menerangkan bagi pihak saya dan saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka.

“Saya harap mereka faham bahawasanya apa keputusan yang saya buat ini, mereka harus terima dengan hati yang terbuka dan tiada niat langsung untuk membuatkan perkara ini lebih bermasalah,” jawab Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program itu.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Maiza110
Maizawati ketika ditemubual dalam program WHI di TV3 bersama Irin (dua dari kanan) dan NK (kanan) dan Ustaz Zawawi (kiri). - foto mStar oleh SITI AZIRA


Sudah terlambat jika Waheeda hendak bersemuka

Jika Waheeda dalam akhbar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan perkara sebenar dan kecewa dengan apa yang diceritakan oleh Maiza kerana telah memburukkan dirinya.

Maiza menjawab, “Bagi saya, berani kerana benar dan takut kerana salah.”

Diikutkan, masalah yang dihadapi oleh Maiza dan Akhil Hayy berlaku akibat orang ketiga. Kemungkinan jika ada berjumpa dengan Waheeda mungkin masalah ini dapat diselesaikan dan tidak menuding jari antara satu sama lain.

Namun begitu, Maiza yang mengakui tidak pernah berjumpa dengan Waheeda berkata dia tidak perlu bersemuka dengan wanita itu.

“Sepatutnya benda ni, dia (Waheeda) yang perlu berjumpa dengan saya dan hal ini harus ada kompromi. Saya dah tak nak cakap banyak lagi.

Yang pasti, saya tak nak besarkan lagi hal ini kerana keputusan sudah dibuat dan ia akan dibincangkan di mahkamah kelak,” tegasnya.

Diaju samada dia mempunyai keinginan atau tidak untuk berjumpa dengan Waheeda, Maiza menjawab, “Sepatutnya perkara ini tak perlu diperbesarkan. Kenapa kita nak ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Perkara ini patut diungkit sebelum hal ini berlaku dan meletup.

“Hakikatnya sekarang, tiada guna dan faedahnya kalau dia nak buka pekung yang lama-lama pun kerana keputusan sudah dibuat dan saya pun telah memfailkan perkara ini di mahkamah. Jadi, tiada soal siapa yang nak jumpa siapa.

“Jika dia mempersoalkan siapa yang perlu jumpa siapa, seolah-olah dia hendak memperbesarkan hal ini sedangkan saya sudah cuba untuk membuat satu titik noktah supaya perkara ini tidak perlu berpanjangan dan berlarutan.

“Saya hanya hendak meleraikan apa yang telah berlaku,” jelasnya.

Waheeda pernah tersilap menghubunginya


Pada mulanya, Maiza berkata dia tidak mempunyai nombor Waheeda dan tidak pernah menghubungi wanita itu, namun selang selepas lama berbual dengannya, Maiza baru teringat yang Waheeda pernah tersilap mendail nombor telefonnya dan terus tercetusnya perbualan antara mereka.

Dalam perbualan yang berlangsung sekitar tahun 2007 itu, Maiza berkata dia telah bertanya dengan Waheeda tentang sejauh mana gosip yang mengatakan wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

“Waktu itu, Waheeda mengaku yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan suami saya,” cerita Maiza.

Masalah rumahtangga akibat orang ketiga?

Berdasarkan apa yang dijawab oleh Maiza, dia memberi gambaran bahawa masalah rumahtangganya berpunca daripada orang ketiga dan menafikan disebabkan masalah dalaman.

“Saya rasa kalau hubungan rumahtangga kami bermasalah, sudah lama saya ditinggalkan dan bukannya hari ini kerana saya tahu siapa suami saya.

“Bagi saya dia merupakan seorang suami yang sangat baik dan dia tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Bagi hubungan kami, adatlah hubungan suami dan isteri. Perkara kecil takkan nak diperbesarkan tetapi saya rasa dia bukannya orang yang macam tu. Hubungan kami tiada apa-apa masalah.

“Dia masih memberi nafkah kepada saya dan anak-anak kerana kami tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Saya lihat dia mula berubah apabila timbulnya gosip-gosip di media seperti gosip mereka selalu keluar bersama,” ujar Maiza.

Berusaha selamatkan rumahtangga

Menurut Maiza, bukannya dia tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan Akhil namun akhirnya menemui jalan buntu yang tiada penghujungnya.

“Saya dah cuba berusaha dan tidak tahu di mana salahnya dalam hubungan ini.

“Saya cuba untuk berbincang demi mencari kata putus sama ada kami boleh bersama lagi atau tidak dan dia perlukan orang ketiga,” beritahunya.

Dua tahun tahan sabar

Selepas suaminya sudah tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir meminta izin untuk berkahwin lain pada Februari lalu, Maiza memfailkan tuntutan cerai pada awal bulan lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan kes ini akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.

Jelas Maiza, keputusan untuk memfailkan penceraian memang dibuat olehnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Akhil minta izin kahwin kali kedua

Mengimbas kembali tentang saat Akhil meminta izin untuk bernikah buat kali kedua, Maiza berkata pada mulanya dia tidak bersetuju dengan permintaan itu tetapi dengan sekelip mata dia berubah jawapan dan terus memberikan persetujuan pada hari itu juga.

“Saya terpaksa bersetuju apabila memikirkan jika itu adalah yang terbaik buatnya,” kata Maiza.

Tambahnya, dia nekad untuk membuat keputusan itu seolah-olah sudah tidak tahan sabar lagi setelah dua tahun memberi ruang kepada suaminya dan mengambil inisiatif samada gosip yang didengarinya sebelum ini adalah benar ataupun tidak.

Disoal samada suaminya mengetahui dan bersetuju dengan permohonan cerai ini, Maiza berkata:

“Saya rasa dia pasti tahu tentang permohonan cerai ini dalam bulan ini kerana pihak mahkamah ada menghantar surat. Tetapi samada dia bersetuju atau tidak, saya tiada komen.”

Enggan hubungi Akhil

Sehingga kini, Maiza berkata dia tidak menunjukkan apa-apa inisiatif untuk menghubungi suaminya itu.

“Bagi saya, selepas saya sudah nekad membuat keputusan untuk ke mahkamah, jadi saya tak perlu hubungi dia lagi,” ulasnya yang pernah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) buat kali terakhir selepas mereka berunding pada Februari lalu.

Jelasnya, “Memang saya terpaksa membuat perbincangan menerusi SMS disebabkan mungkin Ustaz (Akhil) sedang sibuk untuk berbincang tentang apakah masalah yang mereka hadapi setelah saya memberi keizinan itu (untuk berkahwin).”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 3:56 pm

Yasmin Yusof, Sosilawati & Sani dapat Dato'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Ne_04_14
Dato' Yasmin bersama kakak Allahyarham Dato' Sudirman selepas menerima Darjah Kebesaran semalam..

Dua lagi selebriti iaitu pelakon, model dan deejay radio, Yasmin Yusuffdan bekas penyanyi kumpulan Impression yang juga Pengarah Urusan SaniUnited Sdn. Bhd., Wan Mohammad Sani Salleh turut menerima gelaran Datukapabila dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 4:01 pm

Gambar Rosma Preggy Terkini Di Muzik-Muzik !!

Hello semua ! Aku nampak pasangan Khai dengan Rosma nih semakin bahagia lebih-lebih lagi Rosma sedang sarat mengandungkan anak pertama diorang. Gosipnya, anak lelaki ke perempuan ye ? Aku search macam xde lagi thread pasal depa nih ..

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Bscap010

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Bscap011

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Bscap012

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Bscap013
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 4:13 pm

Gambar Liyana Jasmay di Suria FM-kurus yg amt...

Semalam,jam 3.30 petang, telah berlangsung majlis Together-Gather Bersama Mediaanjuran radio popular Suria FM di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Selaindihangatkan lagi dengan kehadiran seluruh media yang turut diraikan,ramai juga artis yang turut serta datang memeriahkan acara termasuklahDatuk Sharifah Aini, Jay Jay, Farah Breep Breep, Ramlah Ram, Azharina,Siti Sarah, Aizat, Dafi dan bintang AF yang fresh iaitu Aril dan Afiz.

Diacarakan oleh Vee yang begitu geletah dan kelakar dengancelotehnya, acara semalam memang happening. Sudah tentu, hadiah cabutanbertuahnya juga memang lumayan. Terima kasih kepada Suria FM keranamenganjurkan majlis untuk menghargai para media yang banyak membantudalam mempromosikan lagi stesen radio ini.

Juga, Liyana Jasmay yang terkenal dengan lagu, Ku Tak Percaya Cintaini… turut buat persembahan pembukaan. Mmmm… lama tak jumpa Liyana,nampaknya dia semakin kurus tapi masih mantain comel. Bertambah kuruskeding la, bila pelakon filem Histeria ni pakai seluar sendat. Budieyharap Liyana makan banyak sikit, kasi berisi ye dik. Yang penting,rambut Liyana makin cantik… huhu… tak lama lagi, mesti kena sambaruntuk buat iklan syampoo pulak.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 36420810

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 36428910

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 36428911
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 4:14 pm

Iz Mohon Maaf

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Iz10


Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti. Setiap pergerakan dan tingkah laku pastinya akan menjadi perhatian banyak pihak. Jika ada sesuatu yang tidak kena dilakukan, sudah tentu pelbagai cerita kurang sedap akan ditulis sekaligus mencalarkan imej penyanyi tersebut.

Mungkin itulah yang dilalui oleh penyanyi berbakat besar, Iz Sulaini yang mula dicungkil bakatnya melalui program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama. Anak muda berusia 26 tahun ini dilabelkan sombong serta anti media berbahasa Melayu. Benarkah begitu?

Berpeluang mendekati Iz baru-baru ini, dapat dirasakan label yang diberikan kepadanya itu agak kurang tepat. Pada pertemuan tersebut Iz kelihatan cukup santai, ramah dan bijak mengambil hati pihak media yang menemubualnya.

Bagaimanapun anak muda berbakat besar ini tidak menafikan pernah terdengar gosip yang mengatakan dirinya sombong dan dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh tercetus.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana orang boleh cakap saya sombong. Mungkin kerana cara pemakaian dan pembawaan diri saya ketika saya bertemu dengan pihak media. Saya akui saya masih terlalu baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu saya pelajari.

"Kadang-kadang dalam pertemuan pertama, saya agak senyap kerana tidak mahu dikatakan 'over'. Tetapi bila saya senyap, orang kata saya sombong pulak. Sedih jugak bila ada orang yang cakap saya sombong sebab saya seorang yang suka berkawan. Tapi saya ambil kritikan tersebut secara positif dan berjanji memperbaiki kelemahan itu.

"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin pernah beranggapan saya sebegitu. Saya percaya ini semua hanyalah salah faham dan selepas ini saya mahu tonjolkan personaliti diri saya agar orang lebih mengenali saya," katanya yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-26 tahun pada 8 Jun lalu.

Ditanya tentang spekulasi ramai yang mengatakan dia anti media berbahasa Melayu pula, Iz segera menafikannya. Katanya dia tidak pernah memilih media kerana percaya kejayaan seseorang artis itu bergantung rapat dengan pihak media.

"Saya tidak pernah 'pilih bulu'. Baik media cetak atau elektronik, saya tidak kisah sama ada media berbahasa Melayu atau Inggeris. Buktinya cerita pertama tentang diri saya keluar di dalam majalah berbahasa Melayu.

"Malah saya juga selalu diundang untuk menjayakan program Malaysia Hari Ini di TV3 dan Selamat Pagi Malaysia di RTM. Pada saya mungkin ada orang beranggapan begitu sebab sebelum ini saya selalu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

"Oleh sebab itu, saya kini telahpun menghasilkan single Melayu, “Cinta Akhir” yang saya harap dapat mengubah persepsi tersebut. “Cinta Akhir” adalah kerjasama saya dengan komposer dari Indonesia, Bemby Noor dan sehingga kini lagu tersebut mendapat respon yang cukup baik daripada peminat saya," jelasnya tenang.

Bercerita tentang kerjaya seninya, Iz yang mula berminat dalam seni sejak berusia 12 tahun menyatakan dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album penuh. Namun katanya banyak pihak yang memberikan nasihat agar dia menghasilkan single terlebih dahulu kerana keadaan pasaran muzik yang agak lembap.

Oleh sebab itu, Iz yang popular dengan lagu “Gonna Be Alright” sebelum ini mengambil kesempatan untuk memperkenalkan dua buah lagu barunya kepada umum, “Alone” selain “Cinta Akhir” yang diharapkan dapat memberikan tuah kepadanya.

"Saya memang mahu hasilkan album penuh, tetapi saya tak mahu hasilkannya secara terburu-buru kerana saya mahukan album saya benar-benar berkualiti. Itulah sebabnya saya mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkannya.

"Selain itu saya juga mengkaji tentang selera tempatan dengan melihat lagu-lagu yang popular sekarang. Saya yakin konsep album yang saya ketengahkan iaitu pop dengan menyelitkan elemen R&B dan hip hop akan diterima peminat.

"Ini kerana peminat sekarang semakin matang dan bijak mengenai muzik. Pada saya sudah tidak ada lagi istilah muzik urban kerana semua orang tidak kira di bandar atau di kampung boleh menikmati muzik yang mereka sukai.

"Kita jangan fikir orang kampung tidak suka dengan muzik R&B atau hip hop kerana saya menerima banyak respon daripada orang kampung yang sukakan muzik sebegini," jelas Iz yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi dan pengiklanan dari Royal Melbourne Institute of Technology.

Mengakui persaingan di dalam dunia seni tempatan sangat sengit, Iz yang sentiasa optimis dengan apa yang dilakukannya memberitahu dia mahu menampilkan kelainan agar para peminat mudah mengingatinya. Ini termasuklah daripada aspek imej, personaliti serta lagu-lagu yang dinyanyikannya.

"Sekarang terlalu ramai penyanyi yang berbakat dan saya percaya kalau hanya bersandarkan bakat semata-mata, seseorang itu tidak akan sampai ke mana. Ia perlu disertai dengan pakej termasuklah vokal serta imej yang menarik.

"Selain itu, lagu-lagu yang kita nyanyikan juga tidak boleh syok sendiri. Pendek kata untuk terus cemerlang kita perlu sentiasa belajar dan memperbaiki diri kita," ujar Iz yang turut berkemampuan mencipta lagu dan menulis lirik.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 4:22 pm

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Jamal11

MAHKAMAH Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan keputusan berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh Fatimatu Zahra Samad isteri Jamal Abdillah, terhadap penyanyi itu, hari ini. - Foto Roslin Mat Tahir
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 4:57 pm

Fizo, Kamal Tiada Hasad Dengki

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Fizo10


Dua pelakon baru ini semakin mendapat tempat dalam industri. Kedua-duanya mempunyai beberapa persamaan yang mungkin tidak disedari oleh anda. Kalau anda hendak tahu, selain daripada mempunyai paras rupa, Fizo Omar dan Kamal Adli mula bertapak dalam dunia lakonan setelah mereka menyertai Pertandingan Hero Remaja 2007/2008 yang dianjurkan oleh Majalah Remaja, terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Dalam pertandingan itu, Kamal berjaya bergelar juara, manakala Fizo berada di tempat kedua. Bagaimanapun, bintang Fizo terlebih dahulu mengeluarkan sinarnya apabila dia mendapat peluang berlakon terlebih dahulu daripada Kamal. Drama terawal yang dilakonkan oleh Fizo ialah ‘Elit’, yang disiarkan di saluran Astro.

Ketika Fizo sedang sibuk membina karier dalam lakonan, Kamal pula lebih terarah kepada tugas pengacaraan. Antara program yang dihoskan olehnya ialah ‘Battle of The Bands’ (RTM) dan ‘Pandanganku Ceritaku’, terbitan Sony untuk Astro Ria.

Kini, setelah hampir setahun berlalu, Fizo dan Kamal bagaikan bersaing sesama sendiri untuk menempatkan diri dalam dunia lakonan. Malah, ada sesetengah pihak yang cuba membuat perbandingan tentang mutu lakonan kedua-dua hero baru ini.

Ada yang mengatakan lakonan Fizo lebih baik daripada Kamal dan ada juga yang mengatakan Kamal lebih sesuai memegang watak hero berbanding Fizo. Dengan berlegarnya pandangan seperti ini, GUA terfikir untuk mendapatkan komen daripada kedua-dua pelakon baru ini. Pasti ada yang ingin tahu adakah mereka ini saling cemburu atau atau sebaliknya.

Ditemui pada sidang media saringan Program Raya Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad baru-baru ini, Fizo dan Kamal yang memberitahu GUA yang mereka langsung tidak mencemburui kejayaan yang diperolehi masing-masing. Malah, mereka mengakui yang mereka berkawan baik dan sering berbincang untuk memajukan diri dalam industri.

“Saya tidak kisah apa pandangan orang tentang lakonan saya. Kalau orang katakan lakonan saya lebih baik daripada Kamal, mungkin kerana saya lebih dahulu berlakon daripada dia. Tetapi, saya percaya setiap orang mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

“Tentang Kamal yang sering berpeluang memegang watak hero, saya juga tidak kisah dengan pencapaiannya itu. Itu sudah rezeki dia dan saya tetap menyokong dia. Tidak timbul soal hasad dengki di sini. Lagipun, dulu saya yang sering menolak daripada membawa watak hero kerana kurang yakin dengan kemampuan lakonan saya.

“Tetapi, sekarang saya lebih bersedia. Bagaimanapun, ia bergantung kepada pengarah atau produser sesebuah penerbitan itu. Jika mereka rasakan saya layak membawakan watak hero, pasti peluang itu akan datang,” jelas Fizo panjang lebar.

Kamal juga sependapat dengan rakan baiknya itu. Menurut Kamal, dia langsung tidak pernah terfikir untuk ‘mencaras’ Fizo dalam bidang lakonan.

“Terus-terang saya katakan yang saya tidak pernah memandang Fizo sebagai saingan dalam industri ini. Sebaliknya, saya dan Fizo saling menyokong di antara satu sama lain. Saya pun sebenarnya tidak pernah terfikir untuk memegang watak hero apabila membuat keputusan untuk berlakon, tetapi mungkin sudah rezeki saya.

“Kalau orang membeza-bezakan mutu lakonan saya dengan Fizo, itu hak mereka. Setiap orang ada pendapat sendiri. Apa yang boleh saya janjikan ialah, saya akan lakukan yang terbaik untuk memuaskan hati peminat,” jelas Kamal.

Sementara itu, Kamal juga sempat berbisik kepada GUA yang dia tidak mahu bercerita tentang kisah peribadinya buat masa ini. Kata Kamal, dia lebih selesa bercerita tentang kariernya. Ini kerana gosip percintaaan dengan Intan Ladyana sebelum ini sedikit sebanyak telah membuatkan dia tertekan.

Perkembangan terkini, Kamal bakal beraksi dalam filem seram terbaru arahan Ahmad Idham. Manakala Fizo sedang sibuk menjalani pengambaran drama bersiri ‘Cinta Sempurna’ yang akan bersiaran di saluran Astro.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:00 pm

Suria FM hargai wartawan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp177
GAMBAR kenangan wakil artis, media, penyampai radio dan orang kuat Suria FM.


Sokongan media, artis letakkannya di tempat keempat untuk stesen radio berbahasa Melayu

MEMETIK sebahagian daripada seni kata daripada single terbaru dendangan Aizat berjudul Kau Aku iaitu 'kau dan aku, adalah satu, tak kira apa...', ternyata ia ada kebenarannya.

Nukilan seni kata itu memberi gambaran yang sesuai terhadap dunia hiburan bahawa selebriti, wartawan, stesen TV, syarikat rakaman dan stesen radio saling memerlukan antara satu sama lain dalam terus memartabatkan seni ke peringkat yang lebih membanggakan.

Pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh wajar diperhatikan. Lalu, acara penghargaan media yang sering diadakan bagi mengenang jasa media mungkin antara formula untuk terus memastikan jalinan hubungan di antara pihak terbabit terus berkekalan. Biar ada yang mengandaikan majlis sedemikian bersifat membodek, namun, ia masih menjadi tradisi yang dilakukan saban tahun.

Begitu juga dengan apa yang dilaksanakan stesen radio Suria FM pada Jumaat lalu dalam sebuah majlis santai dipanggil Together Gather Bersama Media di sebuah hotel di ibu negara. Tahun lalu, stesen yang mula beroperasi sejak 30 Disember 2005 itu mengadakan majlis sambutan hari raya dengan menjemput rakan artis dan media di samping kehadiran penyampai radio mereka.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin berkata, majlis sebegitu akan menjadi acara tahunan dalam kalendar stesen radio itu.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp176
Noryn Aziz diundang melakukan cabutan bertuah sambil dibantu pengacara majlis, Puteri Hang Li Po.


Katanya, ia sebagai jalan terbaik untuk menghargai media yang selama ini sering memberikan sokongan tidak berbelah bagi mempromosikan sebarang aktiviti membabitkan stesen radio yang terkenal dengan tagline, Muzik Terbaik Tanpa Henti itu.

“Ini cara kami menghargai pihak media di samping dapat mengukuhkan hubungan sesama kita. Ia juga peluang untuk artis, media dan penyampai radio berkenal-kenalan dengan lebih dekat.

“Bukan selalu kita dapat berkumpul dengan lebih intim sebegini. Terima kasih juga kepada 16 artis yang hadir memeriahkan majlis dan menyumbangkan suara buat penyedap halwa telinga,” kata Engku Emran yang ditemui pada majlis itu.

Menetapkan warna biru dan putih sebagai tema majlis, majlis itu dihoskan wanita ‘jadian’ bernama Puteri Hang Li Po yang membahasakan dirinya sebagai kakak.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp175
SHARIFAH Aini leka berbual dengan Pengarang B*Pop, Akmal Abdullah dan editor Murai.com, Roslen Fadzil.


Majlis dianggap meriah kerana selain wakil media, ia turut dihadiri oleh beberapa penyanyi nama besar di tanah air seperti Datuk Sharifah Aini, Jay Jay, Ameng Spring, Ramlah Ram, Aizat, Stacy, Liyana Jasmay, Farah Diana, Sarah Raisudin, Nubhan, Azharina, Dafi, Fazli Zainal dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pengarang hiburan dari setiap akhbar, majalah dan blog turut turun padang menyerikan majlis.

Sementara itu, stesen radio yang menjalankan operasi di Tingkat 15, Bangunan AmAssurance, Jalan Lumut itu juga boleh tersenyum bangga kerana bancian AC Nielsen yang diadakan baru-baru ini menunjukkan peningkatan bermakna apabila berada di kedudukan nombor 12 secara keseluruhan membabitkan lebih daripada 30 stesen radio tempatan.

Malahan, Engku Emran turut memberitahu bahawa radio Suria FM berada di kedudukan keempat untuk stesen radio berbahasa Melayu.

“Bagaimanapun kedudukan itu tidak terus membuatkan kami selesa, sebaliknya, kami masih perlu mempertingkatkan kekurangan yang ada. Perjalanan kami masih jauh tapi saya yakin dengan semangat yang ada pada staf Suria FM, kami boleh bersaing secara sihat dengan stesen radio lain,” katanya.

Tidak terus berpuas hati dengan apa yang ada, Suria FM kini tidak betah duduk diam tanpa melancarkan strategi dan kempen untuk terus memastikan legasi stesen radio itu berpanjangan. Antara kempen yang masih berjalan dan diperkenalkan beberapa minggu lalu ialah Senyum & Menang RM 18,000 Bersama Tuah dan Zizi.

“Selepas ini kami akan mengadakan kempen Lagu Berduit pula yang menawarkan hadiah wang tunai. Satu sidang media mengumumkan kempen ini akan diadakan tidak lama lagi,” katanya ringkas.

Apa yang dilakukan itu adalah kesinambungan formula yang sering dipraktikkan stesen radio lain. Selain memutarkan muzik pilihan ramai dan tunjang jentera promosi yang efektif, program sebelah pagi turut menjadi tulang belakang menaikkan rating pendengar yang sering diberi keutamaan.

“Itu sebab kami lebih mempromosikan Zizi dan Tuah yang mengendalikan segmen Breakfast@Suria pada sebelah pagi. Tapi ini tidaklah bermakna mereka menjadi anak emas cuma memang fokus lebih diberikan kepada slot pagi kerana ramai pendengar pada waktu ini.

“Penyampai radio lain memahami langkah yang kami ambil, malah ia juga sebagai cabaran dan motivasi kepada mereka untuk terus melakukan yang terbaik selain mencuri peluang yang mungkin ada untuk mengendalikan slot pagi pada masa mendatang.

“Hakikatnya bukan sekecil anak tanggungjawab yang harus dipikul Zizi dan Tuah,” katanya.

Engku Emran tunaikan janji

Sementara itu, Engku Emran yang ditemui ketika itu sudah tampil dengan rambut pendek yang dipotong nipis. Apa yang dilakukan isteri kesayangan aktres jelita, Erra Fazira itu ialah sebagai mengotakan nazar yang pernah diuar-uarkan beberapa bulan sebelum isterinya melahirkan Engku Aleesya 30 Mac lalu.

“Sebenarnya saya sudah memotong rambut dua minggu lalu sebelum artikel Dengarnya Oleh Normah Becok keluar di dalam Hip Berita Harian. Saya potong rambut ini selepas berlangsungnya majlis cukur jambul Engku Aleesya. Sebelum ini saya tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menjalani penggambaran program Gugu Gaga Erra,” katanya.

Ditanya mengenai kehidupannya kini selepas kehadiran Engku Aleesya lahir, Engku Emran memberitahu hidupnya kini sudah lengkap dan anak kesayangannya itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.

“Aleesya banyak menguji kesabaran saya supaya tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Masa terluang selepas balik kerja dan hujung minggu, saya banyak habiskan dengannya.

“Sekarang pun Erra sudah mula menjalani penggambaran drama Mertua VS Menantu dan apabila tiba waktu malam, saya kena mengambil giliran Erra untuk menjaganya,” katanya.

Info menarik Suria FM

Kajian terbaru yang dikeluarkan AC Nielsen menunjukkan Suria FM menyaksikan peningkatan pendengar hampir 200,000 orang daripada 596,000 pendengar kepada 747,000.

Siri jelajah amal Suria FM akan diadakan Sabtu ini bermula jam 3 petang di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Antara penyanyi yang mengesahkan pembabitan mereka ialah Dayang Nurfaizah, Amy Mastura, Ning Baizura, Ramlah Ram, Elyana dan Nurul. Barangan peribadi milik artis juga akan dilelong oleh penyampai Suria FM seperti Tuah, Zizi, Naim, Bob, Zaff, Akhtar dan Lin. Orang ramai dijemput hadir.

Frekuensi Suria FM

Lembah Klang : 105.3 fm

Melaka: 88.5 fm

Seremban, Negeri Sembilan: 107.0 fm

Johor Utara: 88.5 fm

Johor Baharu: 101.4 fm

Kuantan, Pahang: 96.1 fm

Perlis, P. Pinang, Kedah: 106.9 fm

Terengganu: 102.4 fm

Kota Bahru, Kelantan: 106.1 fm

Ipoh, Perak: 96.0 fm

Taiping : 91.7 fm

Kota Kinabalu: 105.9 fm
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:03 pm

Rezeki Audi-Nikki Melimpah Menjelang Perkahwinan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Nikki10


Inilah yang dikatakan rezeki orang berkahwin, tak putus-putus tawaran kerja yang diterima hinggakan tiada masa untuk merancang majlis perkahwinan yang lebih besar.

Jika pengantin lelaki sibuk dengan kerja-kerja rakaman album, pengantin perempuan pula terpaksa memenuhi komitmen di Shout! Awards (17 Julai), Anugerah Planet Muzik (18 Julai) dan aktiviti-aktiviti promosi untuk album keduanya, ‘Hawa’. Malah, tiga hari sebelum hari bersejarahnya, Nikki Palikat akan mengadakan persembahan di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

“Kami tak sangka bila kami tetapkan tarikh 27 Jun untuk berkahwin selepas bertunang dulu (pada 26 Disember), jadual kami akan padat begini. Signifikan tarikh 27 Jun itu kerana ia tarikh lahir adiknya, June dan kami pun taknak bertunang lama,” jelas gadis berusia 23 tahun ini petang semalam, selepas pelancaran rasmi album ‘Hawa’.

Kesibukan jadual mereka bukan sahaja bermakna tempoh bulan madu mereka nanti tidak panjang, hanya lima hari di Bali, Indonesia, tetapi anak jati Kota Kinabalu ini juga tidak berpeluang meluangkan masa bersama ibunya sebelum bergelar isteri orang.

“She wants to have a heart-to-heart talk with me tapi saya memang takde masa nak balik. Saya anak kelima dari tujuh adik-beradik. Kiranya saya ni baby of the family, dan anak kesayangan ibu,” katanya sudah membayar tiga orang kakaknya dengan barangan kemas kerana terlebih dahulu berkahwin dari mereka.

“Ibu pernah menangis kerana sedih perkahwinan kami tidak diadakan di Sabah. Sebab itu pada awal Ogos nanti kami akan mengadakan satu majlis resepsi sederhana di sana sebagai memenuhi hasratnya.”

Ibubapa Audi desak kahwin

Majlis yang bakal diadakan pada 27 Jun ini hanya satu upacara gereja yang ringkas, dihadiri kira-kira 17 orang anggota keluarga Nikki selain keluarga Audi Mok dan rakan-rakan terdekat mereka. Nikki akan mengenakan gaun perkahwinan rekaan Jovian Mandagie (“konsepnya pari-pari dan berbeza dari rekaan Jovian untuk saya sebelum ini yang lebih ‘heavy’, kali ini dia mencadangkan sesuatu yang simple dan sweet) sementara Audi pula akan memakai sut dari Lord’s Tailor.

Menurut Audi yang turut hadir di majlis semalam, tidak banyak yang perlu dilakukan dari segi persediaan. Walaupun sudah mendaftar perkahwinan mereka pada 30 Mei lalu, namun dari segi agama (kedua-duanya beragama Katolik), mereka belum lagi diiktiraf sebagai suami isteri selagi tidak berkahwin di gereja.

Makan malam yang akan diadakan di Melaka pada malam itu diaturkan oleh ibu bapa Audi. Para jemputan yang bakal hadir terdiri daripada saudara-mara dan rakan-rakan mereka.

“Mereka sudah lama mendesak saya untuk berkahwin. Jadi, makan malam itu sesuatu yang penting buat mereka. Lagipun ini perkahwinan pertama di dalam keluarga saya. Saya hanya perlu tunjuk muka dan kumpul duit ang pow,” seloroh komposer terkenal yang berusia 37 tahun itu.

Audi teman lelaki pertama

Walaupun diusik Nikki sebagai seorang yang tidak romantik, namun cara lamarannya cukup ‘sweet’. Dedah Audi, sebelum berangkat ke Bangkok untuk menyambut harijadi Nikki, dia sudah merancang kesemuanya dengan adiknya. Namun perancangan itu tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu dan mereka terpaksa mencari restoran lain. Tetapi akhirnya, semuanya berjalan dengan lancar.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mppb_120


Detik romantik itu sempat dirakam Audi dan ditunjukkan kepada para media. Nikki telah ditarik ke pentas untuk menari bersama penari-penari di situ. Sebaik saja selesainya tarian itu, Audi dilihat berjalan ke arahnya, melutut sebelum melamarnya. Ekspresi muka Nikki bertukar dari terkejut ke gembira dan terharu. Yang kelakarnya, Audi pada mulanya menyarungkan cincin pada jari yang salah.

“Lepas tu barulah saya faham mengapa dia tension semacam je dari waktu kita berlepas dari KL hingga malam itu. Saya tak jangka yang dia akan melamar saya,” cerita Nikki.

“Kami sudah tiga tahun berkawan walaupun saya memang serius tentang perhubungan ini sejak dari mulanya. Saya bukan seorang yang suka berdating. Dia boyfriend pertama saya (Audi yang duduk di sebelahnya pula menunjukkan jari telunjuknya, melambangkan Nikki juga teman wanita pertamanya).

“Masa bersekolah dulu saya tak fikir tentang boyfriend kerana saya belajar di sekolah perempuan. Apabila saya dewasa, saya hanya terfikir bagaimana nak mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang penyanyi.

“Tapi bila berjumpa dengannya, saya merasakan he’s the one. Tiada orang lain yang memahami saya sepertinya.”

Tak kenal maka tak cinta


Nak dijadikan cerita, Audi sebenarnya tidak berapa menyukai Nikki apabila mereka bertemu buat kali pertamanya, ketika rakaman single pertamanya selepas terkeluar dari ‘Malaysian Idol’.

“Masa tu, saya merasakan dia sombong. Dan apabila pengurusnya Vernon (Jolly Kedit) menelefon saya untuk menolong menerbitkan album sulungnya, saya kata ‘No way’. Hanya selepas album ‘Maharani’ keluar, baru saya mula mengenalinya,” dedah Audi.

Ditanya jika kerjasama di antara mereka sebagai produser dan penyanyi akan lebih mudah selepas bergelar suami isteri, kata Audi, “Kami mempunyai sempadan yang jelas di antara kerjaya dan peribadi. Cara saya, apabila saya bekerja saya hanya fokus pada itu saja. Jika ia bukan berkenaan muzik, ia tiada di dalam dialog saya.”

Buat Nikki, walaupun Audi kelihatan seperti seorang yang suka main-main, membuat lawak, namun dia seorang yang bijak dan profesional dari segi kerja. “Bagi saya, tidak timbul masalah bekerjasama selepas berkahwin kerana di dalam studio saya dan dia adalah penyanyi dan produser, dan dia seorang yang terbuka kepada idea dan cadangan.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:05 pm

Tuah angka 3

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp178
Finalis Akademi Fantasia 7, Akim, mula merasai bahang jadi artis


RAMAI yang berpendapat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Akim atau nama sebenarnya, Afiq Akim Ahmad paling ketara menunjukkan transformasi seperti yang diingini dan dipukul canang pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Mungkin ada benar juga dakwaan itu kerana siapa sangka bermula sebagai peserta bukan pilihan, dia mula menunjukkan peningkatan demi peningkatan hingga layak melangkah ke pentas akhir AF7.

Hakikatnya di mana juga tangga yang diduduki, ia bukan jaminan dan kepastian bahawa takhta itu akan terus berkekalan dan membuat kita disanjung sampai bila-bila. Sama seperti usia, ia sekadar bilangan nombor yang menunjukkan kematangan. Gelaran atau apa saja penghargaan yang diberikan kepada kita jika tidak dijaga dengan baik mungkin ia akan terus berlalu sepi.

Akhirnya semua berbalik kepada rezeki dan usaha kita untuk terus memastikan kejayaan yang diperoleh itu dimanfaatkan sepenuhnya. Demikian juga yang terjadi kepada pertandingan realiti nyanyian di negara kita seperti AF kerana juara serta bintang ciptaannya hilang tanpa disedari. Bahkan populariti yang dikecapi hanya sekelip mata.

Lumrah dalam putaran kehidupan, ada kalanya kita berada di bawah dan begitulah sebaliknya. Lalu, bagi Akim dia berharap tuah angka tiga itu akan terus memberi sinar berpanjangan. Hadir dengan semangat besar lagi berkobar-kobar tidak setanding dengan usianya 18 tahun, Akim positif untuk memastikan rencana kerjaya seninya disusun dengan baik.

Bayangkan rezeki mula terbentang luas kepadanya kerana baru beberapa hari konsert kemuncak AF7 berakhir, dia dan naib juara AF7, Khairil Azam Pilus (Aril) disambar ‘terbang’ ke Jakarta untuk terbabit dengan penggambaran episod pengenalan sebuah drama muzikal usaha sama Astro dan produksi di sana. Hip difahamkan drama itu turut membabitkan pelakon dari sana.

Hayunan langkahnya baru saja bermula dan jejaka kegilaan ramai ini mengakui kehidupannya kini sudah mula berubah seperti mana yang pernah dilalui bintang AF terdahulu.

Katanya, privasi hidup sudah mula terhakis hari demi hari apabila mula menjadi perhatian umum. Malah, baru sebulan meninggalkan AF7, Akim mula dicop sudah mula ‘kekwat’ biarpun dia sendiri keliru bagaimana perihal itu boleh timbul.

“Saya sedar apabila mula menjadi figura awam hampir setiap inci dan sisi kehidupan kita akan mula ditelanjangkan buat tatapan umum. Mahu atau tidak, saya perlu membiasakan semua itu dan melihatnya daripada sudut yang positif. Ia juga membuatkan saya lebih berhati-hati dalam apa juga sudut perkara dan pandangan yang ingin diluah dan lakukan.

“Dengan bakat yang saya miliki, saya akan cuba sedaya mungkin memastikan diri ini tidak mengikuti jejak langkah bintang AF musim terdahulu yang sepi tanpa khabar berita. Saya rasa boleh melakukan yang terbaik dan ingin memberikan sesuatu, paling tidak sumbangan terhadap industri seni tanah air. Untuk itu, saya harus bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa mendatang.

“Realiti hiburan tanah air kita tidak seindah yang disangka. Dalam keghairahan bakat baru seperti saya mahu menjadi artis, sebenarnya ada sisi perit yang mula saya hadapi. Begitu juga dengan isu saya dikatakan ‘kekwat’, saya tidak melenting dengan hal itu.

“Cuma saya bingung kenapa ia boleh wujud sedangkan saya seorang yang happy go lucky. Mungkin juga apabila saya kepenatan dan tidak senyum, orang mula salah anggap,” katanya yang sudah pun merakamkan kembali single lagu Bengang yang dinyanyikan pada konsert akhir AF7 Mei lalu.

Misi bina nama di luar negara

DITANYA apakah yang mampu dilakukannya untuk terus memartabatkan industri seni yang diterjah kini, Akim dengan nada semangat menjelaskan bahawa dia mempunyai misi yang mungkin akan dipandang sebelah mata oleh sesetengah manusia.

Kata Akim, dia mahu mengukuhkan namanya di peringkat luar negara biarpun dia sedar kebarangkalian untuk berjaya memang amat mustahil.

“Tak salah kita bermimpi atau berangan-angan. Tapi kita kena pastikan semua itu diiringi dengan usaha. Saya tahu semua itu masih jauh untuk saya fikirkan lagi. Sebelum ke peringkat luar, saya kena kukuhkan nama saya di Malaysia terlebih dulu. Saya mahu mengubah pandangan stereotaip sesetengah masyarakat kita yang terlalu memandang rendah terhadap kerja seni.

“Seni bukan sekadar hiburan kosong, sebaliknya maksud istilah itu terlalu luas dan perlu dihargai. Saya mahu terus memperjuangkan seni supaya pemahaman terhadap khazanah hiburan itu dapat dikembangkan lagi dan tidak hanya berada dalam satu takuk semata-mata. Untuk ke pasaran luar, ia bukan semudah yang disangka. Lalu, kita pengkarya seni tempatan harus mengkaji apa yang orang luar mahukan, apa kehendak pasaran yang sebenarnya,” katanya berkobar-kobar.

Cari wanita bertudung

SENGAJA bertanya mengenai kisah peribadi, Akim yang belum berpunya memberitahu dia impikan wanita tidak mudah didekati dan bonus jika wanita itu bertudung seperti artis kegemarannya, Waheeda.

“Saya paling suka dengan awek yang jual mahal dan tidak mudah diumpan dengan kata-kata cinta romantik dan jiwang. Wanita yang sebegitu ada harga diri dan ia menjadi cabaran kepada saya untuk menguratnya. Kalau dijodohkan saya dipertemukan dengan awek yang tidak bertudung, sebagai lelaki saya boleh mendidiknya untuk ke arah itu,” katanya mengakhiri perbualan pada petang itu.

Fotografi sulung Akim bersama Hip berlangsung dengan jayanya pada petang 3 Jun lalu. Pujian wajar diberikan kepadanya kerana mampu beraksi di depan kamera dengan penuh ekspresi. Malahan, jurugambar yang bertugas juga melihat anak muda ini sangat ‘memberi’ dan memudahkan kerjanya.

Sekali pandang, Akim seperti model berpengalaman yang cukup hebat dengan dua persalinan tajaan Hazwani Osman. Mungkin juga bakatnya di depan kamera memberikan pose dan mood berbeza antara punca dia diundang sebagai pelakon.

Buat Akim, semoga terus tabah mengharungi liku dunia seni. Berpijak pada bumi yang nyata dan jangan sesekali lupa daratan.

Pandangan Akim

AF7: Menganggap AF musim itu sebagai yang terbaik kerana melahirkan ikon bintang realiti yang terbaik lagi cemerlang. Malahan, pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina juga melunaskan tanggungjawabnya dengan baik.

Dunia seni: Penuh pancaroba, bukan semua indah seperti yang disangka. Satu pengalaman baru buat dirinya untuk menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan bicara.

Bengang: Lagu single yang dinyanyikannya pada pertandingan kemuncak AF7 dan cukup menggemari susunan muzik lagu terbabit.

Impian: Ingin menghantar ibu bapanya (Aminah Bahari dan Ahmad Suleiman) mengerjakan haji dan bercita-cita mahu memiliki kereta mewah BMW 5 Series

Astro Entertainmet Sdn Bhd: Mengikat kontrak selama tiga tahun dan berharap syarikat itu akan terus memastikan kebajikan artis di bawah naungannya dijaga.

Perlu tahu mengenai Akim

=Kidal

=Selamba

=Romantik

=Tidur dengan hanya memakai seluar pendek

=Mempunyai kesan lebam di tangan kanannya kesan seterika sewaktu kecil. Kata Akim, dia yang degil dan mencari nahas meletakkan seterika yang panas di tangannya.

=Sangat manja terutama dengan ibunya, Aminah Bahari.

=Degil

=Sudah mula memakai pewangi berjenama Paco Rabbane daripada rangkaian Ultra Violet dan One Million

=Pernah mencuba nasib menyertai uji bakat One In A Million musim ketiga sebelum ke uji bakat AF7.

=Tidak suka kepada istilah penat namun realitinya dia sudah mula kepenatan memenuhi komitmen sebagai artis baru. Namun dia reda, kerana ini baru permulaan untuk sebuah perjalanan yang panjang. Sambil berseloroh, Akim memberitahu kalau penat macam-macam perkara boleh terjadi tanpa diduga hingga dia pernah dicop sudah mula ‘kekwat’.

=Datang daripada keluarga yang semuanya mempunyai bakat menyanyi.

=Tinggal dengan bapa saudaranya di Kajang, Selangor.

=Berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik selewat-lewatnya pada tahun depan.

Profil Akim AF7

Nama penuh: Afiq Akim Ahmad

Nama komersial: Akim

Umur: 18 tahun

Tarikh lahir: 18 Januari 1991

Tempat lahir: Johor Bahru

Tinggi/Berat: 179 sentimeter / 72 kilogram

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat beradik

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Pencapaian: Tempat ketiga AF7

Hobi: bermain futsal

Laman web: www.afiqhakim.com (disokong ahli kelab peminatnya, Gafim dan Akim menggunakan nama chat, AK3M di laman sesawang itu)

Emel: poteto_akem@yahoo.com

Tajaan pakaian: Hazwani Osman (hazwanieosman@gmail.com atau http://hazwanieosman.blogspot.com)

Solekan: Ap Temerloh (019-9697607)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:08 pm

Sambutan luar biasa

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp181
GELAGAT sebahagian daripada warga kota yang menyaksikan Konsert Inspirasi TV3 di Dataran Merdeka.

Lebih 50,000 warga Kuala Lumpur luangkan masa saksi Konsert Inspirasi TV3 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu


BERSAING dan berentap hebat dengan Pesta Malam Indonesia 3 (PMI 3) yang berlangsung pada tarikh yang sama Sabtu lalu ternyata tidak menggugat stesen TV3 daripada terus menganjurkan Inspirasi TV3. Menggabungkan mini karnival dan konsert bermula jam 2 petang hingga ke tengah malam, sambutan yang diterima cukup luar biasa apabila lebih 50,000 rakyat Malaysia meluangkan masa memenuhi ruang lingkup Dataran Merdeka yang dipilih menjadi saksi malam penuh bersejarah itu.

Kombinasi deretan penyanyi hebat seperti Jamal Abdillah, M Nasir, Wings, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Ning Baizura, Noryn Aziz, Estranged, Aizat dan Bunkface ternyata menjadi ‘umpan’ terbaik untuk memancing masyarakat terutama penonton setia TV3 ke situ. Malah, TV3 turut menampilkan penyanyi seberang, Afgan yang semakin menempa populariti di Malaysia.

Acara Glam Walk juga diadakan menampilkan barisan personaliti TV3 yang lama dan baru di samping artis popular tanah air sekitar jam 8.15 sebelum bermulanya konsert kemuncak. Pujian harus diberikan kepada kru produksi yang diketuai Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Nurul Huda Khalid bertindak sebagai penerbit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, acara yang dirancang pada 20 Jun lalu sempena meraikan ulang tahun penubuhan TV3 yang jatuh pada bulan itu ternyata mencapai sasaran.

Katanya lagi, konsert yang sepatutnya berlangsung dalam durasi dua jam bermula jam 9 malam dipanjangkan lagi setengah jam berikutnya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp180
ANTARA artis yang memeriahkan konsert sempena ulang tahun ke-25 TV3.


“Ini berikutan iklan masuk selama 25 minit. Kerjasama dengan penaja sangat kami titik beratkan kerana pada akhirnya ia berbalik kepada situasi menang-menang. Malah kerjasama itu juga diharap berlanjutan demi jangka masa yang panjang.

“Dari segi kualiti persembahan, apa yang kita persembahkan kali ini termasuk dari sudut rekaan pentas, sistem bunyi dan pelbagai aspek lagi adalah kombinasi yang terbaik. Malah belum pernah dipertontonkan lagi kepada rakyat Malaysia sebelum ini. Apa yang kita lakukan ini demi menghargai sokongan penonton TV3.

“Pemilihan lokasi Dataran Merdeka juga dilihat sangat strategik. Paling penting bukan hanya golongan remaja yang datang, sebaliknya, kita lihat seisi keluarga turut meluangkan masa menyaksikan momen berharga ini. Biarpun kita tahu pada malam yang sama berlangsungnya PMI 3, kita tetap yakin dan tidak bimbang langsung ia mungkin menjejaskan jumlah pengunjung yang datang pada malam ini,” katanya.

Menurutnya lagi, sepatutnya kumpulan Meet Uncle Hussain turut dijadualkan membuat persembahan bagaimanapun, pada saat akhir mereka tidak dapat menyertainya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp179
GANDINGAN mantap Adibah, Ning Baizura, Noryn dan Jaclyn Victor.


“Saya sendiri tidak dimaklumkan kenapa kumpulan itu tidak dapat membuat persembahan. TV3 mengundang mereka kerana kumpulan itu pernah melakar kejayaan di Anugerah Juara Lagu yang menjadi antara program kebanggaan stesen TV3. Pemilihan artis pada malam ini diukur dari sudut populariti. Tidak kira artis itu dari pertandingan nyanyian stesen lain, kita tetap memberi peluang sama rata untuk sama-sama membuat persembahan.

“Apapun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kru produksi dan TV3 sendiri yang berjaya memastikan kelancaran acara ini. Terima kasih juga kepada pihak media yang setia menyokong TV3 dan stesen lain di bawah naungan Media Prima Berhad,” katanya.

Sementara itu, pemilihan artis ternyata menjadi tarikan yang membuatkan pengunjung tidak berganjak. Penyanyi generasi baru dan lama antara ramuan penting memastikan kelangsungan persembahan pada sebelah malamnya. Malah pelakon yang sering tampil di TV3 turut hadir memberi sokongan seperti Amyza Adnan, Erry Putra, Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Intan Ladyana.

Gabungan empat penyanyi wanita tersohor, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Noryn Aziz dan Ning Baizura antara yang cukup mengagumkan. Adunan vokal mereka kala mendendangkan lagu medley Layar Impian, Say My Name dan Fighter memang cukup serasi.

Begitu juga dengan kolaborasi pertama kali Aizat dan Faizal Tahir yang mana kedua-duanya lahir daripada program realiti tempatan. Alunan lagu popular masing-masing seperti Pergi, Kau Aku, Hanya Kau Yang Mampu, Cuba dan Bencinta begitu mempesonakan.

Tidak ketinggalan duet Jamal Abdillah dan M Nasir menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud, Andalusia dan Juwita Citra Terindah. Sentuhan rock turut bergema di segenap ruang yang mengisi dataran itu apabila kumpulan otai Wings hadir pada minit terakhir sebelum persembahan melabuhkan tirai membabitkan Dina dan semua artis terbabit menyanyikan lagu tema TV3, Inspirasi.

Pandangan menarik artis terhadap Inspirasi TV3:


Noryn Aziz: Saya membesar dengan TV3 dan kagum dengan perjalanan stesen itu hingga ke tahap sekarang. Pembabitan saya pada malam ini sebagai tanda sokongan kepada TV3 yang sering memberi ruang dan pendedahan untuk saya melebarkan sayap muzik. Selain program hiburan, saya turut gemar menonton Buletin Utama yang menyajikan berita dalam dan luar negara dalam konteks yang begitu padat.

Fizz Fairuz: Ia satu acara yang boleh menyatukan ukhuwah sesama artis, personaliti TV3 dan peminat. Sebagai artis baru, saya bangga dapat menyaksikan malam bertuah ini. TV3 juga menjadi stesen TV yang mengetengahkan bakat lakonan saya dan menjadi lubuk rezeki saya.

Amyza Adnan: Saya juga berasa bertuah dapat menjadi saksi kepada sejarah yang baru terlakar sempena sambutan 25 tahun TV3 dengan penganjuran acara ini. Semoga TV3 akan terus sukses dan sentiasa membuka peluang kepada artis tempatan untuk terus mengembangkan bakat yang ada.

Info menarik Inspirasi TV3


Acara mendapat kerjasama penaja seperti Maxis (Hotlink), Canon dan Rangkaian Radio Media Prima.

Sementara itu, persembahan Konsert Inspirasi TV3 dihoskan tiga pengacara popular yang mendapat pencalonan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

Antara aktiviti dirancang dan dijalankan pada hari terbabit ialah penjualan barangan istimewa 25 tahun TV3, My TV3 Samurai Shogun, Gusti Tangan Bionok, Masak Bersama Chef Jo, pertandingan beragam ibu dan anak, cabaran Ewah Ewah@ My TV3, sukan rakyat, pendaftaran ahli My TV3 serta persembahan kebudayaan pelbagai kaum.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:11 pm

Dengarnya...: Nasib malang selebriti bersuami gatal

SUDAH lama Cik Normah terdengar khabar mengenai rumah tangga seorang selebriti jelita yang masih bergetah ini berantakan. Dia sendiri ketika berbual kosong dengan teman Cik Normah pernah memberi bayangan perkahwinan yang baru beberapa tahun dibina itu dilanda badai.

Khabarnya personaliti ini sudah lama makan hati dengan sikap suaminya yang bermata keranjang ini. Biarpun sudah beristeri dan mempunyai anak, suaminya masih mahu bebas laku.

Lagaknya yang mengalahkan orang bujang membuatkan personaliti itu menjeruk rasa. Aneh juga dengan sikap suaminya yang tidak pernah tahu bersyukur. Cik Normah lihat tiada apa yang kurang pada personaliti itu.

Parasnya jelita, malah tubuhnya kekal langsing selepas melahirkan anak hingga menjadi rebutan pelbagai produk yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai jurucakap. Cemburu juga Cik Normah yang sudah puas menahan selera, namun masih gagal mendapatkan berat badan impian.

Mungkin juga kerana sudah terbiasa dimanjakan keluarga sendiri membuatkan suami personaliti tadi lupa tanggungjawabnya.

Setahu Cik Normah selepas berkahwin dan mempunyai anak, personaliti tadi masih menetap bersama mentuanya. Bahkan ketika berpantang pun, mentuanya yang mengambil berat dan bersusah payah menjaga sehingga dia kembali sihat untuk keluar bekerja.

Mungkin itu antara penyebab mengapa kasih sayang dan kemesraan mereka suami isteri makin luntur. Cuma Cik Normah belum pasti apakah hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri atau sebaliknya.

Tetapi daripada sumber yang memberitahu Cik Normah, riwayat indah perkahwinan mereka kini sudah menjadi kenangan. Nantilah bila Cik Normah bertemu personaliti ini, Cik Normah akan cuba merisik.

Baik dengar daripada mulut tuan punya badan sendiri. Sekurang-kurangnya Cik Normah tidak melakukan dosa kering memfitnah dia yang tidak berdosa.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:13 pm

Lakonan Pertama Lisdawati Yang 'Gila-Gila'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 145


Sebelum ini, memang pernah kedengaran gosip yang mengatakan perkahwinan pelakon Fauzi Nawawi dan isteri, aktres Lisdawati mengalami masalah. Namun baik Fauzi mahupun Lisda, masing-masing menafikan tentang khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dengan menyatakan mereka berdua hanya 'berlakon' bahagia di depan pihak media. Hakikatnya hubungan mereka ibarat retak menanti belah.

Ternyata spekulasi tersebut tidak benar sama sekali apabila Fauzi dan Lisda tampil sebagai pasangan suami isteri melalui filem pendek ‘Buih-Buih Cinta’, yang diarahkan pengarah berbakat besar, Osman Ali.

"Hubungan kami tetap baik sehingga kini. Sebagai suami isteri kami sentiasa cuba mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham. Jika kami ada masalah pun hanya berkaitan kerja dan kami akan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin," ujar Lisda yang lebih senang bercerita tentang filem ‘Buih-Buih Cinta’ daripada perkara yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

Ditanya tentang filem tersebut, Lisda dan Fauzi yang pernah berlakon bersama di dalam beberapa buah drama sebelum ini memberitahu mereka senang apabila digandingkan berdua dan berharap gandingan terbaru mereka itu akan diterima baik oleh peminat.

Tambahnya dalam filem tersebut dia memainkan dua watak iaitu sebagai Lolly dan Soraya, isteri kepada Sidek, lakonan Fauzi. Sebagai Soraya, dia sentiasa memendam perasaan dan makan hati dengan karenah Sidek yang berubah selepas beberapa tahun berkahwin.

Ini kerana Sidek walaupun telah berkahwin dengan Soraya, masih tetap terkenangkan bekas kekasihnya, Mila. Malah walaupun mereka berdua telah dikurniakan seorang anak, ingatan Sidek terhadap Mila tetap sukar untuk dilupakan.

Demi menggembirakan Sidek, Soraya mengikut cakap jirannya, Diana (Vanidah Imran) agar berubah imej. Soraya yang sebelum ini selesa berbaju kurung longgar mula mengubah penampilannya dengan pakaian trend terkini disertai dengan solekan tebal dan rambut palsu. Dengan gaya barunya itu, Soraya berubah menjadi Lolly.

"Menjayakan watak sebagai Soraya dan Lolly memang sangat mencabar bagi saya. Selama lapan tahun bergiat aktif sebagai pelakon, ini merupakan lakonan pertama saya yang saya anggap sebagai 'gila-gila'. Itulah sebabnya saya menerima tawaran ini kerana beranggapan tawaran sebegini bukan selalu diterima.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mppb_121


"Oleh sebab tidak biasa menjayakan watak sebegitu, saya banyak membuat 'homework' dan berbincang dengan pengarah agar lakonan yang saya tampilkan menepati kemahuannya. Mujurlah semasa proses penggambaran, semuanya berjalan lancar," jelas Lisda yang sebelum ini pernah berlakon di dalam filem ‘KL Menjerit’ dan ‘Syaitan’ di samping Rosyam Nor.

Di samping itu katanya, kebebasan yang diberikan oleh pengarah kepadanya untuk mencorakkan watak Soraya dan Lolly memberikannya peluang untuk lebih kreatif dan bersahaja. Ini kerana dia dibenarkan menambah beberapa dialog yang diarasakan sesuai dan dapat menarik perhatian penonton.

"Osman Ali selalu suruh saya gambarkan watak seperti Sarimah Ibrahim. Tetapi apa yang sukar, saya perlu lebih 'over' daripada Sarimah. Memang adakalanya saya malu kerana tidak pernah menjayakan watak sebegitu, namun inilah cabaran bila saya bergelar pelakon dan saya berusaha melakukan yang terbaik," katanya yang pernah menjuarai program realiti ‘Sehati Berdansa’ musim ke-2 sebelum ini.

Filem pendek ini merupakan sebuah filem romantik tentang hubungan suami isteri dalam masyarakat Melayu masa kini yang diinspirasikan daripada cerita yang dihantar oleh wanita Malaysia dalam peraduan Mandi Susu Johnson's Baby Milk Bath 'Suami & Si Manja Semakin Sayang'.

Filem ini memaparkan dua cerita yang diinspirasikan daripada dua pemenang peraduan iaitu Ezna Ahmad Khalili, 33, dan Jamakyah Ahmad dan bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:16 pm

Usahawan pilihan Hunny Madu

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp183
MERANCANG untuk bernikah dengan Khairul Azhar tahun depan.

Ikat tali pertunangan pada 13 Jun lalu selepas 10 bulan berkenalan


TIADA angin, tiada ribut dan tanpa sebarang hebahan, penyampai radio Fly FM, Hunny Madu, 25, mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan bernama Khairul Azhar Abdul Wahid, 34, tanggal 13 Jun lalu di kediaman keluarganya, Taman Tun Dr Ismail.

Pertemuan tiga tahun lalu yang terjalin melalui kawan mencipta sisi bahagia apabila hanya sejak 10 bulan lalu cinta mula berputik di hati.

Majlis pertunangan yang dihadiri lebih 80 orang kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak itu diadakan berkonsepkan sentuhan Bali yang menjadi kesukaan Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani

Farhana Mohd Hatim. Keputusan mengadakan majlis itu terlaksana selepas majlis merisik diadakan 31 Mei lalu.

Bukan berniat menyisihkan rakan media yang selama ini begitu setia menyokong, namun menyedari dirinya masih baru dan tidak dikenali ramai, dia memilih untuk mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan. Seperti yang diputuskan, pasangan sepadan ini akan meniti gerbang perkahwinan tahun depan sebelum Jun 2009.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp182
HUNNY bersama ibu, bapa, abang dan adik pada hari pertunangan, Jumaat lalu.


“Pada masa yang sama keluarga bakal suami saya juga belum bersedia untuk berdepan dengan gemerlapan dunia popular. Malah mereka lebih selesa mengadakan majlis ini secara senyap. Keluarga saya tidak kisah kerana memahami situasi sebenar apabila anak mereka dikenali. Saya turut menerangkan perkara sebenar untuk menjemput media, cuma, akhirnya, saya terpaksa akur.

“Insya-Allah, apabila kahwin nanti, saya tidak akan lupa menjemput rakan media. Untuk hari bahagia, saya tidak boleh mengenepikan media lagi buat kali kedua. Selama ini pun, kerjaya saya banyak dibantu dengan sokongan penulisan dan hebahan rakan wartawan. Tak mungkin saya akan berada di peringkat sekarang tanpa wartawan,” katanya yang dihubungi Hip Jumaat lalu.

Paling menarik, pakaian majlis tunang yang dipakai mereka ialah baju raya yang pernah dipakai. Biarpun ringkas majlis serba sederhana itu menggunakan khidmat perancang perkahwinan, Syed Hashim Syed Ali Al Habshi yang mempunyai butik pakaian dan tudung, Gedung Al Habshee di Bangi.

“Kebaya berwarna coklat yang saya pakai ini adalah baju raya saya tahun lalu. Saya buat empat pasang baju raya tahun lalu dan baju itu saya pakai pun hanya sekali. Daripada membazir, tak salah saya memakainya kembali. Tunang saya pun memakai baju rayanya dan kami sepakat memilih warna coklat untuk majlis itu,” katanya yang anggun disolek jenama solekan terkenal, Shue Uemura ketika majlis itu berlangsung. Hunny menerima tajaan jenama itu selama setahun.

Sifat bertentangan yang ada dalam diri Hunny dan tunangnya, Khairul Azhar antara yang terus mengukuhkan hubungan mereka. Beza usia sembilan tahun bukan penghalang untuk mereka menyemai kasih dan sayang. Kata Hunny, Khairul menerima dirinya seadanya dan yakin Khairul akan menjadi suaminya.

“Masa kami mula kenal, saya masih merangkak lagi dalam dunia seni dan dia tahu saya terbabit dalam dunia hiburan. Dia tidak menghalang saya daripada terus mengejar cita-cita dalam dunia seni. Dia sangat menyokong dan ada masa selalu juga dia menghantar saya melunaskan urusan kerja ke destinasi dengan selamat. Dialah cinta sejati saya yang pertama.

“Dia sangat penyabar, pendengar yang baik dan memahami saya. Saya pula jenis yang banyak berceloteh. Perbezaan sikap itulah yang mungkin membuatkan kami cepat serasi. Dia bukan jenis lelaki yang suka mengawal. Kami selalu berkongsi isu yang akan dibincang. Dia sangat bersemangat terhadap perniagaannya dan begitu juga saya yang begitu meminati dunia muzik,” kata Hunny Madu yang mula menerjah dunia seni lewat 2007.

Ditanya mengenai impian perkahwinannya, secara ringkas Hunny memberitahu, “Kalau diberi dua pilihan, saya mahu konsep majlis dalam taman ataupun masih dengan sentuhan Bali. Entahlah sejak dulu lagi saya sukakan konsep sebegitu nampak tenang, diliputi pokok hijau dan air yang mengalir,” katanya.

Mengenai perkembangan dunia lakonan, dia yang pernah berlakon buat pertama kali dalam drama 5 Jingga kini lebih mengutamakan tugas sebagai penyampai radio. Pernah muncul dengan album mini menggunakan namanya sendiri, dia turut merancang untuk menghasilkan single baru dan berkolaborasi dengan penyanyi lelaki tempatan pada masa mendatang.

“Saya mahu berlakon lagi dan bukan tidak berminat cuma faktor masa yang banyak dihabiskan di stesen radio menjadi kekangan. Sebenarnya, banyak juga tawaran yang datang ke tangan saya untuk berlakon drama dan sebuah filem negara Thailand, tapi akhirnya semua terpaksa ditolak bulat-bulat,” katanya yang turut tercalon dalam kategori Anugerah Penyampai Radio Paling ‘Cool’ bersaing dengan Fara Fauzana, JJ, Phat Fabes dan Rudy.

Profil

NAMA: Hani Farhana Hatim

NAMA KOMERSIAL: Hunny Madu

UMUR: 25 tahun

TARIKH LAHIR: 1 April 1984

PENGALAMAN BEKERJA (TV): Blast Off Season 1 (Hitz. TV, Channel 705), Rexona No Sweat Dance Challenge (musim satu dan dua di TV3), Demand Your Hitz (Hitz.TV, Channel 705), Lima Jingga (drama)

PENGALAMAN BEKERJA (RADIO): Hitz FM, XFresh FM dan kini Fly FM

Asal: Bapanya berasal dari Kelantan, manakala ibunya dari Johor.

Kerjaya sebagai penyampai radio Fly FM ialah kerjaya tetapnya

Emel Hunny Madu: hani.hatim@flyfm.com.my atau hunny.madu@ gmail.com.

Laman web Hunny Madu: www.hunnymadu.com.

Hunny Madu berkelulusan ijazah Perhubungan Awam dan Kewartawanan di Universiti Murdoch, Perth, Australia.

Mengacarakan dua program televisyen bersama 8TV iaitu Quickie dan Nite Live. Program kedua itu disiarkan jam 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi, setiap Sabtu, Ahad dan Isnin.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 5:21 pm

Diana Danielle akui intim dengan Farid Kamil

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Mainp187

Aktres remaja lebih senang mentafsir hubungan dengan aktor kacak sebagai kenalan mesra


SEBELUM Zubir bergosip minggu ini, Zubir ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Bapa yang kebetulan jatuh hari ini kepada semua insan seni dan pembaca setia B*Pop yang layak kita panggil ayah! Sementara hayat ayah kita masih panjang, hormati dan kenanglah jasa mereka mendewasakan kita, tapi sebaiknya setiap hari kita mengingati ayah, tak perlu tunggu Hari Bapa baru terhegeh-hegeh nak belanja ayah makan!

Di ruangan ini pada 17 Mei lalu, Zubir ada menulis artikel - ‘Farid Kamil, Diana Danielle bercinta?’ apabila terdengar desas-desus dua artis remaja itu sedang menyemai cinta, tapi secara rahsia. Tapi, mulut tempayan boleh kita tutup, mulut manusia tak berhenti bercakap apabila ada sumber terdengar pengakuan Diana pada seseorang, dia sememangnya sedang bercinta dengan Farid selepas putus kasih dengan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

"Abang Zubir, betul, sekarang ni Farid dengan Diana, bukan Lisa (Surihani)! Itulah ramai orang tak tahu hal ini. Memang Farid sering digosipkan dengan Lisa, tapi semua itu untuk tujuan komersial semata-mata demi kerjaya lakonan mereka. Tapi, dia orang tak ada apa-apapun, hanya kawan baik,” cerita seorang sumber kepada Zubir sebelum ini.

Ketika Zubir menulis artikel berkenaan, Diana masih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 19 Mac lalu di Kem Princess Haliza, Sepang, justeru Zubir tidak berkesempatan mendapatkan sebarang penjelasan daripada Diana sendiri. Namun, sejak 8 Jun lalu, Diana sudah pun kembali ke pangkuan keluarganya, sekali gus menjalani rutin hariannya sebagai artis.

Petang Khamis lalu Diana menghubungi Zubir selepas dia mendapat kiriman SMS menyatakan Zubir ingin bertanya sesuatu kepadanya.

“Sekarang apa Abang Zubir nak tahu, kalau pasal Farid, memang Diana mengaku, ketika ini kami berkawan baik. Secara jujur, sedikit sebanyak gosip yang abang siarkan ketika Diana masih di PLKN itu, ada kebenarannya. Diana memang dah lama kenal Farid, lagipun kami pernah berlakon filem sama, Evolusi KL Drift, tapi selepas Diana putus cinta dengan Syamsul (Yusof), barulah kami mula berhubungan.

“Kami juga sama-sama terbabit dalam siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sekitar Februari dan Mac lalu, jadi dari situ kami sudah mula mengenali rapat antara satu sama lain. Nasib baik ketika itu tidak ramai yang tahu antara Diana dan Farid. Sehinggalah pada malam kemuncak ABPBH 2008, seseorang sudah terdengar perbualan Diana, Diana mengaku Farid adalah kawan baik Diana, itu saja abang,” kata Diana yang tidak berselindung hubungannya bersama Farid.

Habis tu memang betullah antara Diana dan Farid ketika ini sedang hangat bercinta?

“Terus-terang Diana beritahu abang, selepas Diana tamat latihan PLKN, baru kami bersedia berkawan lebih rapat. Rasanya istilah bercinta tu tak sesuai digunakan lagi, hubungan kami masih terlalu mentah.

“Lagipun selepas ini Diana akan melanjutkan pelajaran, Farid pula sibuk dengan jadual lakonan dan cita-citanya membina nama sebagai pengarah. Justeru, kami lebih selesa sebagai kawan baik saja, Diana dah serik nak bercinta macam dulu-dulu, serius!,” kata Diana berterus-terang.

Pun begitu, kata-kata Diana itu lebih kurang sama ketika Zubir menemubualnya semasa dia masih hangat bercinta dengan Syamsul dulu, mereka lebih selesa sebagai kawan baik, hujung-hujung baru terbongkar rahsia, rupa-rupanya bercinta. Tapi, mungkin juga Diana sudah serik untuk menjalin hubungan serius, sakitnya apabila putus cinta, memang tak terungkap dengan kata-kata!

Mulai 9 Julai depan, Diana akan melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham cawangan Malaysia di Semenyih dalam jurusan biosains.

Maklumat terbaru yang Zubir peroleh, rupa-rupanya Farid memang sudah lama meminati Diana iaitu ketika aktres jelita itu masih menjalin hubungan cinta dengan Syamsul, justeru apabila Diana dan Syamsul putus cinta, barulah dia berani mendekati Diana. Zubir hanya berdoa yang terbaik buat Diana dan Farid. Harap boleh dengar apa pula penjelasan Farid selepas ini.

ZUBIR: Pasangan artis popular mengaku bercinta, padahal si aktres sudah meninggalkan kekasihnya dan kini menjalin hubungan dengan VIP tampan.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions