Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:06 am

(Gossip) S Atan, Pulangkan Rm83 Ribu Kak Pah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 61720010

Ini pula keluhan daripada Sharifah Aini yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja S Atan, lalu meminta S Atan memulang’kan kembali RM83 ribu yang telah di’laburkan terlebih dahulu. Sharifah Aini menyifatkan S Atan sebagai penipu kerana melaksana’kan kerja dengan tidak mengikut piawaian yang telah di’tetapkan.

Kata Sharifah Aini lagi, hasil rakaman master tape oleh S Atan lebih teruk kualiti’nya berbanding karaoke (Wow, teruk sangat ni). Sharifah Aini mengharap’kan album yang berkualiti sebagai hadiah buat peminat, tapi ada orang cakap harap’kan pagar, pagar makan padi. S Atan mengkhianati Sharifah Aini dengan menghasil’kan master tape yang tidak bersesuaian dengan harga yang di’bayar.

S Atan menjanji’kan master tape tersebut di’rakam dengan mengguna’kan instrumen asli, namun beliau hanya mengguna’kan music programming. Oh ya, beri’kan kami di’ OHBULAN! sebanyak 10 ribu, setakat music programming bukan susah sangat pun
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:07 am

(Gossip) Linda Onn Bongkak Tak Kenal Scha

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Fahrin10

Rasa’nya banyak kali juga kami di’ OHBULAN! mengeluar’kan cerita pelakon Scha Al-Yahya. Dengan ruangan gosip akhbar yang kerap juga memapar’kan cerita’nya, musykil juga kami apabila seseorang tidak kenal Scha Al-Yahya.

Apa yang kami ingin bongkar’kan di’sini, ketika program Galaksi @ Tv9 berlangsung, ada seorang wartawan yang mungkin saja nak bakar line bertanya’kan pendapat Scha mengenai Linda Onn, beliau dengan jujur ikhlas’nya memuji Linda Onn, siap puji habis’lah.
Namun, bila di’tanya soalan yang sama kepada Linda Onn, anda tahu bagaimana jawapan Linda?

“Saya tak kenal dia siapa?”
“Saya TAK PERNAH TENGOK DRAMA DIA…yang saya tau dia ARTIS BARU…”

Fuh, kerek betul jawapan dia.

Kami di’ OHBULAN! faham, Linda Onn sebenar’nya cemburu Scha dapat Fahrin. Itu jer motif’nya…
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:08 am

Ida Nerina Cedera Tulang Belakang Akibat Terjatuh, Bukan Dipukul

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 01217110

Takziah kami ucap’kan kepada Ida Nerina yang cedera di’ bahagian tulang belakang akibat terjatuh dari tangga rumh’nya pagi tadi. Pembedahan telah pun bermula pada pukul 1 petang tadi dan di’jangka tamat dalam masa 5 jam. Kita doa’kan yang terbaik buat beliau.

Tapi, ada desas desus yang mengatakan Ida Nerina telah di’pukul dan bukan’nya terjatuh dari tangga. Namun, dakwaan tersebut telah di’tepis oleh pengurus Ida Nerina, di’mana beliau telah menjelas’kan kepada media sebentar tadi.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga apartmentnya dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya,” jawab Fizar yang menghubungi mStar, pagi ini.”
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:13 am

Fizo, Quaira mudah serasi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mainpi10
Tampan, jelita pakej bonus bagi dua pelakon baru untuk meniti dunia lakonan, selebriti

DUA bintang remaja, Fizo Omar dan Tunku Tiara atau Quiara masih mentah di pentas hiburan, namun hari demi hari mereka semakin rancak menempa nama dan populariti sehinggalah mendapat perhatian peminat dan media massa. Bersama pakej bonus yang dimiliki kedua-duanya - tampan dan jelita, disertai bakat yang digilap tanpa rasa jemu, merendah diri, membuatkan mereka mudah didekati sesiapa saja.

Fizo dan Quiara dilahirkan daripada latar keluarga berbeza, si teruna anak orang kebanyakan, si dara pula kerabat diraja Johor, namun sebaik saja menjejakkan kaki di laman seni, tiada jurang yang mampu memisahkan mereka. Pertama kali mereka digandingkan sebagai pasangan kekasih menerusi telemovie Keliru.

Terbaru, pasangan ‘merpati dua sejoli’ ini menjadi perhatian penerbit, Sahid Juri membintangi drama bersiri 20 episod, Cinta Sempurna terbitan sulung Cerna Media Sdn Bhd. Drama arahan Saipul Bahri Othman ini akan disiarkan pada Ramadan akan datang menerusi Astro Oasis. Namun, mereka bukan lagi sebagai pasangan kekasih, sebaliknya adik beradik. Pun begitu, keserasian memang wujud antara mereka.


Buktinya, mereka beraksi di depan lensa kamera umpama pasangan bercinta apabila pertama kali diberi peluang menghiasi muka depan B*Pop. Tidak dinafikan, 15 minit pertama kedua-duanya kelihatan agak malu-malu ditambah dengan ‘pemantauan’ daripada ibu Quiara yang sentiasa berada di belakang tabir, namun memasuki minit yang seterusnya, Fizo dan Quiara sudah memperoleh ‘rentak’ dan hasilnya, lihatlah sendiri!

Yang pasti, andai kedua-duanya sudah berpunya, barangkali kalau silap jangkaan, mahu saja hubungan mereka dengan pasangan masing-masing berantakan gara-gara cemburu jika alasan yang diberikan tidak diterima akal! Namun, atas dasar kerja dan profesional, selain tuntutan fotografi yang ingin melihat kemesraan kedua-duanya, Fizo dan Quiara ‘rela manja’ membiarkan apa saja perasaan yang tersimpul di dalam hati berlalu pergi.

Fizo sendiri sebenarnya sudah lali dengan gosip cinta apabila dia sering menjadi ‘mangsa’. Pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita, tapi tiada kesudahan dan akhirnya senyap begitu saja. Bagi Fizo, mereka sekadar kenalan biasa, namun gosip tercetus gara-gara tafsiran yang kurang tepat. Kini, Fizo tetap berkawan dengan mereka meskipun tidak membabitkan sebarang perasaan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:14 am

Info Tunku Tiara

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mainpi11

NAMA PENUH: YM Tunku Tiara Yasmin Sofia Tunku Hassan

NAMA GLAMOUR: Quiara

TARIKH LAHIR: 28 Disember 1987

ASAL: Johor Bahru, Johor

DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu, British) dan ibu (Bugis, Jawa)

KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

PENCAPAIAN: Top 10, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene dan Top 10, One In A Million musim kedua (OIAM2)

DRAMA: Nur 2 (drama pertama), Raya Sedondon, Kerana Karina 2 & 3, Lolaq, Sadis, Keliru, Ranjau Berduri, Gadis Cuci The Series dan Cinta Sempurna

SYARIKAT: Quiara One Production yang diurus oleh ibunya, Zuraida Selamat (kakak penyanyi popular, Syafinaz Selamat)
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:14 am

Sudirman kini bergelar Datuk


PETANG Khamis lalu, Kak Pora dihubungi rakan karib yang kini bertugas di Berita Harian cawangan Kuantan semata-mata mahu memaklumkan pengurniaan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada bekas Penghibur Nombor 1 Asia, Sudirman Haji Arshad.

Kak Pora pada mulanya sukar mempercayai berita itu, lebih-lebih lagi sudah 17 tahun lamanya Sudirman meninggalkan kita semua akibat penyakit radang paru-paru. Lagipun, tidak ada `bunyi-bunyi’ beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran itu sebelum ini. Bagaimanapun, Kak Pora sebagai seorang peminat setianya bersyukur atas perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengurniakan darjah kebesaran itu kepada Allahyarham, mungkin selepas mengambil kira segala jasa dan sumbangan beliau ketika hayatnya.

Pepatah Melayu ada menyebut - `harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.’ Bagi Kak Pora, Sudirman mati bukan sekadar meninggalkan nama dan karya seninya, malah satu kebanggaan kepada kita menerusi pencapaian yang belum tentu dapat dikecapi oleh artis lain yang ada pada hari ini.

Banyak pencapaiannya yang sukar diulangi, apa lagi ditandingi. Kak Pora masih ingat lagi betapa hebatnya suasana konsert percuma yang diadakannya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang dihadiri peminat dari pelbagai bangsa dan keturunan. Masa itu Kak Pora pun sempat pergi menontonnya bersama teman lelaki, masa ketika usia remaja.

Bagi Kak Pora, Sudirman bukan sekadar menyumbang kepada perkembangan industri hiburan tanah air melalui pelbagai sejarah ciptaannya, malah turut berperanan besar dalam pembentukan sosio budaya masyarakat di negara ini. dia penyanyi yang disenangi oleh semua kaum. Kematiannya ditangisi ramai peminat dan dia adalah penghibur sejati, bukan sekadar penyanyi.

Melihatkan saja peminatnya yang terdiri dari berbilang bangsa dan pelbagai latar belakang pendidikan, selain ekonomi, ia cukup menepati semangat `One Malaysia’ atau `Satu Malaysia’ yang dilaung-laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak dapat Kak Pora bayangkan, jika arwah masih hidup, tentunya beliau segak berpakaian Baju Melayu hitam dan bertanjak menerima penganugerahan ini. Namun, apakan daya... Allah lebih menyayanginya!

Allahyarham yang popular dengan lagu seperti Hujan, Merisik Khabar, Balik Kampung dan Salam Terakhir diwakili kakak sulungnya, Datin Rodziah Arshad menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Pahang dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Rodziah ketika ditemui, dilaporkan berkata beliau cukup terharu apabila menerima anugerah bagi pihak Allahyarham, malah tidak menyangka masih ada pihak menghargai segala sumbangannya walaupun sudah lama meninggal dunia.

“Walaupun Sudirman sudah tiada namun arwah masih kekal dalam ingatan. Lagu-lagunya masih dimainkan di corong radio yang menandakan masyarakat masih mengingati sumbangannya. Bakat yang dimiliki Allahyarham sememangnya tiada tolok gantinya malah turut mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa menerusi persembahan di luar negara.

“Mungkin pingat yang diberikan Tuanku ini akan dipamerkan di Muzium Tokoh Pahang di Kuantan sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan serta untuk tatapan peminat Allahyarham, namun perkara ini akan dibincangkan dengan ahli keluarga yang lain terlebih dulu," katanya.

Kak Pora juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan lama, Yasmin Yusoff dan bekas anggota kumpulan Impression, Sani Salleh, yang kedua-duanya kini bergelar Datuk apabila dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:18 am

Watie kesal Hana Elite tuduh tidak pulangkan barang dianggar bernilai lebih RM15,000

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mainpi12

PERJALANAN seni bekas anggota Elite, Watie yang kini aktif melebarkan namanya di pentas lakonan, tidak henti-henti dirundung kontroversi. Terbaru, Watie didakwa oleh bekas anggota Elite, kononnya dia tidak memulangkan barang kemas, pakaian dan pelbagai aksesori wanita yang dianggarkan bernilai lebih RM15,000 yang pernah diberi pinjam kepadanya suatu ketika dulu.

Luahan hati bekas anggota Elite itu terhadap Watie pernah disiarkan sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan Berita Harian Sdn Bhd), baru-baru ini. Puas dipujuk, akhirnya Watie mengakui, dirinya dianiaya rakan baiknya sendiri, Hana iaitu bekas anggota Elite juga. Justeru, kesempatan bertemu Watie, malam Selasa lalu, merungkai segala yang tersirat di hatinya apabila mendapat tahu dia difitnah atas perkara yang tidak pernah dilakukannya.

“Apa yang dia (bekas anggota Elite) kata dalam surat khabar, kononnya dia cuba menghubungi saya, call atau SMS tapi tak dapat, semua itu tipulah. Dia tahu nak cari saya di mana. Saya pelik, yang cakap macam tu bukan orang lain, tapi kawan sendiri. Kenapa tak hubungi saya dulu, kalau saya masih tidak menghubunginya, dia nak keluarkan dalam surat khabar, ok tak apa!

Saya pun pelik, apa benda yang sampai RM15,000 tu? Dulu dia kata bagi, sekarang dia kata pinjam, baiklah, apa saja barang yang pernah diberinya dulu, saya akan pulangkan. Saya mengaku, dia pernah memberikan beberapa pasang bajunya kepada saya. Tapi, bukan kepada saya seorang saja, malah terhadap rakan artis perempuan lain pun dia berbuat perkara sama.

Kenapa dia tak hubungi saya terus, Watie, barang-barang yang pernah aku bagi pada kau dulu tu aku nak baliklah... tak perlulah masuk surat khabar. Apabila cerita seumpama itu dipaparkan media, ia bukan saja memalukan diri saya seorang, sebaliknya keluarga dan anak yang sedang membesar. Selain itu, teman lelaki saya juga mungkin mendapat malu sebab dia juga ada keluarga.

Kita pernah berkawan, makan dan tidur bersama. Kenapa sekarang, dia jadi begini? Saya tak mahu memanjangkan perkara ini, benda remeh-temeh. Bagi saya, semua ini dugaan Tuhan. Lain kali, kalau nak memilih kawan, perlu berhati-hati.

'Tak pernah memburukkan Hana'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mainpi13

SETAHU saya, sekalipun saya tidak lagi bersama Elite, rakan yang paling rapat dengan saya, susah senang kami bersama ialah Hana. Hana seorang yang berhati mulia, jika ada kawan-kawan Elite berdepan kesusahan, dia sedia membantu. Tapi, saya tak sangka, segala bantuan yang pernah diberikannya dulu, hari ini jadi isu. Saya sedih sebab kawan-kawan yang lain pun dia tolong, sebaliknya dia hanya menuding jari pada saya seorang.

Saya tak tahu kenapa sedangkan saya tak pernah ganggu kehidupannya. Saya juga tak pernah memburuk-burukkan dirinya. Kalau ada orang yang bercakap benda tak elok di belakangnya, saya sering membelanya. Tiba-tiba keluar artikel, saya terkejut, betul ke artikel itu daripada Hana, saya sampai tak percaya!

Tapi, apabila dia ada menyertakan sebahagian nombor telefon dalam artikel berkenaan, saya pun telefon Hana... Saya tanya dia kenapa buat saya sampai macam tu, dia kata ada orang lain yang fitnah dia, dia tak cakap apa-apa pun! Dalam perbualan itu, kami cakap elok-elok. Tapi, saya peliklah. Saya tak mahu bergaduh, baik atau buruk Hana, dia kawan saya juga. Apabila dia senang, dia sering membantu kawan-kawannya
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:24 am

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 62220010

Mana tidaknya, inilah peluang keemasan buat Md Tahir Musa, Janatul Hani Jawahil, Iznarini Che Izham dan Merissa Kamarulzaman untuk bertemu serta beramah mesra bersama penyanyi yang berimej bersih itu.

Majlis minum petang yang diadakan di Abdul & Charlie Coffee House, Hotel Mines Wellness Spa di Seri Kembangan, petang Ahad lalu itu, menjadi lebih istimewa apabila mereka turut berpeluang meraikan sambutan Hari Bapa bersama-sama ayah masing-masing.

Berkonsepkan santai sambil menikmati keindahan tasik buatan manusia itu, pemenang terbabit telah menggunakan kesempatan itu untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bersama Fazley.

Dua bapa yang turut hadir, Jawahil Mohd Salleh (bapa Janatul Hani) dan Kamarulzaman Abu Hassan (bapa Merissa) telah berpeluang mengenali dengan lebih dekat bersama-sama penyanyi yang kini tampil dengan single terbarunya berjudul Superheromu itu.

"Ini adalah kali pertama saya meraikan sambutan Hari Bapa bersama-sama peminat. Cukup istimewa kerana kebetulan saya juga sudah bergelar bapa. Jadi sambutan hari ini cukup bermakna buat saya dan pemenang pada hari ini

"Ia satu pengalaman yang istimewa, lebih-lebih lagi dapat bertemu bapa hasil daripada peraduan yang dianjurkan murai.com.my. Malah saya telah berjumpa dengan seorang bapa yang boleh menemani saya bermain badminton bersama-sama tidak lama lagi. Saya sudah membuat janji temu dengannya.

"Kepada bapa yang tak dapat hadir hari ini, saya sempat menghubungi beliau menerusi telefon. Walaupun seketika, tapi saya rasa ini adalah pengalaman yang bermakna buat diri saya," kata Fazley yang turut mengajak semua pemenang menyanyi bersamanya untuk ayah mereka dengan iringan petikan gitar.

Peraduan Bapaku Superheroku anjuran murai.com.my dan Wake The Baby Records itu telah dibuka kepada pembaca portal ini bermula 11 Jun 2009 dan telah berakhir pada 19 Jun 2009 lalu. Ia mendapat sambutan hangat daripada beribu-ribu pengunjung portal hiburan sensasi ini yang mencuba nasib dalam satu permainan interaktif.

Peraduan itu turut mendapat sokongan daripada Hotel Mines Wellness Spa, The Mines dan Fazley International Collections. Turut hadir di majlis itu ialah wakil penganjur iaitu Roslen Fadzil, Farah Halim dan Liza Ilias.

Bukan sekadar berpeluang menikmati majlis minum petang bersama Fazley, setiap pemenang turut berjaya membawa pulang hadiah istimewa bernilai RM700 berupa, jam tangan, wangian dan gajet tajaan Fazley International Collections.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:26 am

Hafiz Hamidun Berduet Dengan Mawi


BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 61820010
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:29 am

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 62220011

KUALA LUMPUR, 22 JUN 2009: Bukan majlis perkahwinan Ziana Zain, Erra Fazira, Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi saja yang mampu mencipta sejarah dari segi kehadiran peminat tetapi hal yang sama turut berlaku pada majlis kenduri perkahwinan Adlin Aman Ramlie dan Emilda Rosmila di Kg Bukit Cherakah, Klang, semalam.

Lebih 5,000 tetamu dan peminat telah membanjiri majlis kenduri perkahwinan mereka yang berkonsepkan ala Jawa itu yang berlangsung di rumah Mak Mah atau Ruminah Sidek sehingga ia menjadi cukup sesak dan meriah.

Kemeriahan majlis itu sudah mula dirasai sejak menghampiri kawasan rumah mempelai lagi apabila melihat begitu banyak deretan kereta berbaris di bahu jalan raya malah bas pelancong pun kelihatan ada.

Di bawah khemah pula, ramai berebut-rebut untuk bergambar dengan pengantin terutama apabila pengantin hendak menyempurnakan upacara makan beradab.

Tidak kurang juga yang ghairah bergambar di pelamin sampai terlupakan anak kecil mereka. Yang hendak menyanyi karaoke pun ada yang sampai merajuk apabila giliran tidak sampai. Bagi yang hendak menjamu selera, pelbagai juadah tersaji seperti nasi, lauk-pauk, soto ayam, mi goreng, bubur dan sebagainya.

Pendek kata, suasana di majlis kenduri kahwin itu sudah jadi macam sebuah karnival pula. Menariknya, bukan saja Adlin dan Emilda saja yang dikerumuni tetamu, malah peminat Mak Mah pun sungguh ramai!

Rakan artis yang datang termasuklah Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina dan suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi, AC Mizal , Emylia Rosnaida, Azean Irdawaty, Rosnah Johari, Roslan Aziz dan isteri, A R Badul, Raja Azmi Raja Sulaiman, Maimon Talib, Kisma dan Mak Jah dan Aqasha yang menjadi pengiring Adlin.

Mak Mah yang sempat ditemui bersyukur apabila majlis itu dapat dilangsungkan dengan selamat dan sempurna.

"Mak selalu berdoa biarlah Tuhan memberikan keberkatan kepada majlis ini dengan cuaca yang elok. Tak hujan dan tidak pula begitu panas. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Mak sendiri pun tidak jangka begitu ramainya orang yang datang. Tapi, sudah jadi tradisi di sini, kalau ada saja kenduri-kendara, kita haruslah jemput seluruh kampung yang ada di sekitar Meru ini.

"Mak tak tahu berapa banyak kampung yang ada. Ada juga datang dari tempat-tempat yang lain. Sebenarnya Mak terharu sangat bila menerima kedatangan mereka terutama orang di kampung Meru sendiri. Sebab mereka selalu jemput Mak datang untuk kenduri-kendara mereka tapi banyak Mak pula kadang-kadang tak dapat pergi sebab terikat dengan shooting. Tapi, Mak akan cuba juga lakukan sesuatu dengan menghantar kiriman buat mereka.

"Mungkin itulah yang menyebabkan mereka sentiasa ingat dengan Mak," katanya sambil menitiskan air mata.

Mak Mah bagaimanapun enggan memberitahu berapakah kos majlis kenduri kahwin tersebut atau berapa banyak makanan yang disediakan untuk tetamunya.

"Apa yang boleh katakan, Mak hanya berdoa supaya Tuhan tambahkan dan lebihkan apa yang kurang supaya semuanya berjalan dengan lancar," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:31 am

Cinta Almy-Fizz Masih Utuh

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 5c5cd910


Tiada angin tiada ribut tiba-tiba timbul gosip yang Almy Nadia sudah putus cinta dengan Fizz Fairuz selepas empat tahun menjalin kasih. Mungkin kerana ada yang dengki, mungkin disebabkan mereka jarang ditemui hadir di majlis bersama-sama. Almy, bila diminta komen, pun tidak tahu bagaimana boleh timbulnya cerita ini.

Yang pasti, sejak terkeluarnya berita itu, aktres manis ini terpaksa kuatkan diri untuk menghadapi pertanyaan para media dan orang sekeliling.

“Tapi saya tak terlalu fikirkan benda-benda seperti ini. Saya letak ke tepi. Fokus saya pada keluarga dan kerjaya, bukannya gosip. Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia tidak boleh.

“Saya dapat tahu cerita ini pun dari suratkhabar. Selepas keluarnya berita itu, orang mula telefon saya, tanya betul ke cerita itu. Saya cuma jawab ‘no komen’,” jelas Almy yang mengakui terasa sedikit tegang dengan khabar angin tersebut.

“Sebab itu sebagai selebriti semangat kita perlu kuat. Jika tergoyang sikit, orang akan mengambil kesempatan dan ‘menyerang’ kita. Jadi bila timbulnya gosip seperti ini, lebih baik kita buat tak tahu saja.”

Tambahnya, “Tipu jika saya katakan saya tak sakit hati mendengar orang bercerita macam-macam. Saya ada menangis tapi bila di depan orang ramai, saya senyum saja. Itulah kehidupan selebriti. Kita perlu hadapi semuanya dengan jiwa yang kuat. Nak taknak kita perlu laluinya.

“Jika saya inginkan perhubungan kami tahan lama, sehingga ke jinjang pelamin, ada anak, saya perlu kuat. Saya redha dengan apa yang berlaku.”

Ditemui petang tadi selepas majlis Media Prima Berhad TV Raya Screenings 09 di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway, Almy mendedahkan berita ini belum lagi diketahui Fizz yang sedang sibuk menjalani penggambaran ‘Nur Kasih’ di Jordan dan dijangka akan pulang minggu ini.

Menurut gadis berusia 23 tahun ini, perkara ini tidak dimaklumkan kepada Fizz kerana perwatakannya yang lebih senang memendamkan semua di dalam hati.

“Bukan mudah mencari seorang kawan yang dapat bersama kita pada masa kita susah. Dan saya pun tak mahu bebankan keluarga,” jelas Almy
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:34 am

Nur Fatima Diam-Diam Berisi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 0bd8c810

Dia mempunyai vokal yang mantap hingga pernah dinobatkan sebagai juara Golden Teen Search pada tahun 1999. Malah dia juga mempunyai wajah yang tidak kurang menarik jika dibandingkan dengan para selebriti lain.

Namun tuah ternyata masih belum menyebelahi Nur Fatima apabila kehadirannya di dalam industri seni tempatan dipandang sepi. Pernah popular seketika di awal tahun 2001 dengan lagu “Selendang Sutera”, penyanyi yang mula membabitkan diri dalam bidang nyanyian sejak berumur 17 tahun ini akhirnya menyepikan diri.

Berkesempatan bertemu dengan Nur Fatima baru-baru ini, ternyata penyepiannya bukan kerana merajuk atau membawa diri seperti yang diperkatakan. Sebaliknya dia mempersiapkan diri dengan ilmu muzik kerana mahu terus bertahan di dalam industri seni tempatan.

"Sekarang saya memang jarang menyanyi. Tetapi dalam satu bulan tu, ada juga tawaran untuk saya menyanyi. Malah baru-baru ini saya mendapat tawaran daripada sebuah syarikat rakaman yang mahu mengambil saya sebagai penyanyi mereka. Namun segala-galanya perlukan persediaan dan perancangan rapi.

"Saya bukan merajuk sebaliknya saya lebih senang dengan kerja-kerja belakang tabir dengan mencipta lagu atau menulis lirik. Sehingga kini saya telah menghasilkan lebih 70 buah lagu dan antara penyanyi yang pernah bekerjasama dengan saya ialah Sheila OIAM, Nikki, Jaclyn Victor, Aril AF7, Misha Omar dan Azyza.

"Memang ada juga terfikir mahu membuat lagu untuk diri sendiri tetapi bila ada kawan-kawan artis yang datang meminta lagu daripada saya, saya akan memberikannya kepada mereka kerana itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan saya sekarang," jelasnya.

Penyanyi berkulit hitam manis ini juga menyatakan, dia kini lebih selesa dikenali sebagai pemuzik jika dibandingkan dengan penyanyi. Ini kerana sekarang dia agak jarang menyanyi dan kebanyakannya masanya dihabiskan di studio muzik untuk menghasilkan lagu atau menerbitkan lagu.

Untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya, Nur Fatima mendalami ilmu muzik di Ocean Institute of Audio Tehcnology yang terletak di Jalan Ipoh. Mengambil jurusan Kejuruteraan Audio, Nur Fatima menjelaskan dengan ilmu yang dimiliki dia kini lebih yakin untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut.

"Untuk berjaya kita perlu rajin belajar. Selain belajar muzik, saya juga belajar bahasa Inggeris untuk memperbaiki serta menambah keyakinan diri. Ini kerana dengan kerjaya yang saya pilih, saya perlu berjumpa dengan ramai orang untuk mendapatkan 'job'," jelasnya tenang.

Diusik dengan pertanyaan adakah kegagalannya untuk menyerlah di persada seni Negara membuatkannya dia lebih selesa bekerja di belakang tabir, Nur Fatima segera menafikannya. Katanya kegagalan yang dilaluinya menjadikan dia lebih bersemangat untuk terus berjaya dan berkarya.

"Kalau saya putus asa, saya tak akan menceburi bidang seni lagi. Bila saya sambung belajar dalam bidang muzik, itu bermakna saya memang mahu terus berada di sini. Malah saya rasa bertuah dengan kegagalan yang pernah saya alami.

"Ini kerana jika saya tak gagal, tak mungkin saya akan sambung belajar dan mampu menghasilkan lagu seperti sekarang. Malah dalam keadaan kegagawatan ekonomi, jika penyanyi lain sedikit terjejas kerana mengharapkan 'show', saya sebagai komposer dan penulis lirik tidak terlalu merasainya.

"Saya beryukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Walaupun tidak terlalu mewah kalau dibandingkan dengan artis lain, tetapi saya selesa dan gembira kerana dapat hidup berdikari," ujarnya yang sebelum ini pernah bergelar pembaca berita di sebuah stesen TV tempatan.

Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Nur Fatima yang kini berusia 27 tahun tidak menafikan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang. Bagaimanapun buat masa ini dia belum bersedia untuk mendedahkannya kerana perhubungan tersebut masih baru dan mereka dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

Namun Nur Fatima mengakui lelaki tersebut seorang yang memahami dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa sahaja yang dilakukannya.

"Dia juga seorang pemuzik dan tidak kisah jika saya bergiat aktif dalam bidang ini. Kami telah berkawan hampir setahun dan berharap hubungan ini berjelan lancar," katanya yang sebelum ini pernah muncul dengan single pertama berjudul ‘Rindu’
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:35 am

Mentor 3: Awie-Keena Akur

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 C760da10

Hanya air mata mengiringi kesedihan Suriana Abdul Wahab atau Keena yang terpaksa akur keputusan akhir konsert mingguan ketiga kumpulan B malam tadi. Mengumpul markah keseluruhan sebanyak 149.9 peratus, Keena terpaksa meninggalkan pentas Mentor musim ketiga ini setelah berusaha selama lebih empat minggu.

Walaupun Keena berusaha sebaik mungkin untuk memikat hati juri dan pengundi dengan menyanyikan lagu berirama tradisional Melayu, "Dia Datang" berduet bersama Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, nampaknya, Keena gagal mengubah keputusan dan akur dirinya tersingkir daripada terus berjuang dalam Mentor 3 ini.

Malah, Mentor yang bertanggung jawab mendidiknya, Awie, redha dengan keputusan yang diterimanya. Kekecewaan jelas terpancar pada wajah kedua-duanya apatah lagi Keena dilihat semakin menyerlah selepas konsert mingguan kedua.

“Kami berusaha peringkat demi peringkat. Pada peringkat awal, pembelajaran yang diterima Keena tidaklah all out kerana dia masih baru. Sebagai manusia biasa, takkanlah pandai dalam masa sehari. Tak sangka pula, cara begitu menyebabkan dia tidak berpeluang lagi meneruskan perjuangan,” kata Awie ketika ditanya mengapa Keena lambat ‘panas’.

Sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik anak muridnya, Awie yakin dengan kemampuan yang ada pada Keena selepas melihat persembahan meyakinkan gadis itu ketika manjalani latihan dua hari sebelum konsert ketiga.

“Saya nampak kemampuan Keena begitu tinggi ketika mejalani latihan, walau bagaimanapun, ada sedikit kesilapan ketika persembahan tadi (ketika konsert) dan saya berpuas hati dengan keputusan yang diterima,” tambah Awie.

Dalam usaha Awie melahirkan pelapis penyanyi rock wanita, Keena menjadi taruhannya, namun impian itu gagal dilaksanakan apabila dia terkeluar malam tadi.

“Keputusan tidak berpihak kepada Keena dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Malah saya menerima markah yang diberi juri awam serta juri professional kerana mereka lebih arif dan tahu apa yang mereka lakukan,” akui Awie.

Sedih dan kecewa kerana tidak berpeuang untuk terus meuntut ilmu bersama mentor idolanya, Keena dapat merasakan dirinya bakal tersingkir pada konsert akhir kumpulan B malam tadi.

“Saya dapat rasakan diri bakal tersingkir melihat kepada markah yang diterima rendah. Tipulah kalau saya tidak kecewa, kerana saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk sampai ke tahap ini. Apa yang lebih mengecewakan saya tidak dapat meneruskan proses pembelajaran bersama Awie kerana dia seorang guru yang pada luarannya nampak garang tetapi sebenarnya seorang yang suka bergurau,” kata Keena dengan linangan air mata.

Walaupun berjaya memukau dengan lagu berirama rock, Keena gagal memikat hati penonton apabila lagu duet bersama Datuk M Daud Kilau, kurang menyerlah dan nampak tidak sekata.

Juri professional yang hadir malam tadi, Helen Yap dan Liza Hanim, turut bersetuju lagu itu bukan ‘makanan’ sesuai buat Keena.

“Sebagai seorang artis Melayu, saya melihat irama tradisional ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Melalui irama ini juga seseorang penyanyi dapat mempelajari lenggok suara dan irama ini adalah raja segala melodi. Atas alasan itu saya mahu Keena menyanyikan lagu ini, malah ketika hadir ujibakat, Keena terkejut apabila saya menyuruhnya menyanyikan lagu irama ini.

“Untuk mengatakan Keena gagal kerana persembahan tiga minitnya, adalah tidak adil kerana dia sudah melakukan yang terbaik. Sedangkan untuk menjadi seorang penyanyi yang betul-betul mahir dalam sesuatu irama perlu mengamil masa panjang. Bagi saya Keena keluar secara bermaruah kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” terang Awie mengenai anak didiknya serta menafikan pemilihan lagu ‘Dia Datang’ mengikut cara pesaingnya, Mas Idayu dan Adibah Noor yang terlebih dahulu mengetengahkan irama sedemikian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:29 am

Pengurus nafi Ida Nerina terjatuh akibat dipukul


BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 01217110


PETALING JAYA: Pengurus Ida Nerina, Fizar Harun menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, malam tadi dan mengalami kecederaan tulang belakang.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya," jawab Fizar yang menghubungi mStar, pagi ini.

Ida menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi dan menurut Fizar, Ida kini sudah sedar dan keadaannya stabil.

Fizar bagaimanapun menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu.

“Tak betul kerana belum ada laporan daripada doktor. Selepas dibedah, dia kini 'ok'.

“Ida sedang berehat dan berada dalam keadaan baik,” ujar Fizar ringkas yang akan memaklumkan perkembangan Ida dari semasa ke semasa nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:30 am

Gambar Suami Serian Chef Wan??

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kekasi11

Menurut my-artis, mat salleh dalam gambar di atas adalah bakal suami Serina. sama² kita nantikan..layann...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:30 am

Aizat Cium MakNyah??

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Aizat-10


Aizat kena cium mak nyah? Jangan terkejut... Aizat kena denda mencium pengacara program Suria FM Together-gether Bersama Media di Hotel Concorde pada 19 Jun lalu sebab dia tersalah menyebut nama stesen radio lain semasa di atas pentas.
Pengacara lelaki yang berpakain wanita dengan menggunakan nama Puteri itu terus keluar dari belakang pentas dan mendenda Aizat.

"Saya mintak maaf dan saya sedia melakukan apa sahaja sebagai denda," kata Aizat kepada Puteri.

Puteri dengan selamba menyuiruh Aizat mencium pipinya sebagai denda itu. Nak buat macam mana... sebab sudah janji sanggupp lakukan apa sahaja, maka Aizat pun kenalah cium pipi Puteri.

Itulah ceritanya, tapi lensa kamera jurugambar Mangga Online kelewatan pulak merakam detik itu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:31 am

Apa dah jadi dengan Yassin?


BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 A16Minggu lepas Niezam ada tulis pasal penyanyi Yassin (Brothers) yang dimasukkan ke hospital gara-gara menghadapi tekanan emosi.

Lepas keluar cerita tu, ada kisah lain pula yang Niezam dapat daripada peminat-peminat Yassin.

Kebanyakan mereka bukannya simpati dengan keadaan Yassin tu tapi ramai pula yang marah-marah pada dia. Terkejut juga jadinya.

Kata peminat, dia orang terkejut bila baca beberapa status dalam laman Facebook milik Yassin yang agak pelik.

Ada peminat kata setiap beberapa saat Yassin akan mengemaskini status Facebook dia dengan menulis menggunakan bahasa yang kurang enak.

“Bukan itu saja ada juga perkataan tak senonoh dan macam-macam lagi. Kami nak tanya ni betul ke Yassin yang tulis macam tu?” soal peminat.

Ahad lalu masa Niezam minum petang dengan beberapa rakan artis di Puchong, dia orang pun bercerita perkara yang sama.

Bila rakan artis tu buka komputer riba dia, kami pun baca status Facebook Yassin itu beramai-ramai dan memang betul apa yang dikatakan peminat.

Kalau difikir-fikirkan takkan Yassin sanggup tulis perkataan yang kurang enak itu?

Nak kata orang lain menyamar jadi Yassin tak mungkin pula kerana kebanyakan kawan yang terdapat dalam rangkaian Facebook dia tu memang orang yang Niezam kenal dan mereka mengakui akaun Facebook itu memang milik Yassin.

Siasat punya siasat, ada pula pihak yang berkata Yassin memang menghadapi masalah emosi yang agak kronik dan dia tak mahu diganggu buat masa ni.

“Kalau terbaca ayat yang kurang enak tu maafkan Yassin. Anggaplah ia bukan datang daripada hati Yassin yang sebenar.

“Kalau Yassin berada di dalam keadaan stabil, dia tak tergamak menulis ayat yang merepek-repek tu,” kata seorang kawan penyanyi itu pula.

Kepada peminat-peminat Yassin, harap boleh maafkan dia kalau terbaca ayat atau kata-kata kesat dan kurang sedap tu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:33 am

Umie Aida bertunang jutawan duda?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Art1_u10


Akhirnya dalam diam, rupa-rupanya pelakon popular Umie Aida,36, sudah bertunang.Tahniah kepada Umie kerana akhirnya memilih untuk menuju ke alam berumahtangga juga.

Pada tahun lalu ada desas-desus mengenai pertunangan Umie itu tetapi dia tidak mengesahkannya.

Umie bagaimanapun tak menafikan semasa mengerjakan umrah tak lama dulu memang dia berdoa supaya dipercepatkan jodoh dan ditemukan dengan lelaki yang baik hati.

Mungkin doa yang baik dari Umie itu sudah dimakbulkan Allah, maka bertemu juga dia dengan cinta sejati.

Menurut sumber, majlis pertunangan Umie telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu.

Ia dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Tambah sumber itu lagi, lelaki bertuah itu merupakan seorang ahli perniagaan duda bertaraf jutawan dan bergelar Datuk.

“Bertuah Umie kerana bertemu dengan seorang lelaki yang baik budi pekerti dan juga ada masa depan.

“Ahli perniagaan itu berusia dalam lingkungan 40-an dan mempunyai tiga orang anak,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi duda berkenaan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan sudah lama menetap di Kuala Lumpur.

Walaupun belum berkahwin Umie sudah ada dua anak angkat yang dah besar iaitu Mohd. Daniel Firdaus,16, dan Dzulhelmy,15.

Bila dah kahwin nanti, tentu bukan masalah lagi buat Umie nak jaga anak sebab dia dah ada pengalaman jaga anak sejak sekian lama.

Kepada Umie, kalaulah benar desas-desas pertunangan ini, tahniah diucapkan ya... Harap-harap jodoh ini kekal sampai bila-bila.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:34 am

Gambar Terbaru Catriona Ross (Cat)

-BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Hi_02110
Catriona Ross atau Cat akan melangsungkan perkahwinannya pada 27 jun ni di Kota Bahru.


"Perancangan perkahwinan saya di Kota Bharu dan di pihak lelaki (Wangsa Maju, Kuala Lumpur) akan dikendalikan oleh Amir. Tetapi untuk majlis ketiga pula, iaitu di Bora Ombak, saya pula yang akan uruskan," ujar Cat bersemangat.

Tambahnya, dia turut membuat cenderamata khas untuk tetamu-tetamunya yang hadir serta menghiasi meja beradab dengan bantuan Amir.

Pada hari perkahwinan Cat di Kota Bharu, majlisnya akan berlangsung bertemakan Melayu klasik manakala di belah pihak lelaki, majlis itu lebih kepada ala-ala Barat iaitu English Lavender. Di Bora Ombak pula, Cat lebih selesa dengan konsep taman.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:35 am

Aizat dan Liyana Jasmay pasangan kekasih??
-
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Hi_03_28


BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan seorang rakan lama, maklumlah bila lama tak berjumpa macam-macam cerita yang keluar termasuklah kisah hangat tentang selebiriti tempatan.

Paling menarik, rakan lama Marilyn memberitahu kisah cinta antara selebriti remaja popular Aizat dan Liyana Jasmay sememang benar dan mereka berdua merupakan pasangan kekasih.

Marilyn yang khusyuk mendengar ceritanya tersentak seketika, kerana setahu Marilyn baik Aizat atau pun Liyana, masing-masing menafikan wujudnya hubungan yang dipanggil cinta. Kononnya mereka kekal sebagai sahabat.

Namun, kata rakan Marilyn lagi yang sememangnya rapat dengan Aizat dan Liyana beria-beria mengesahkan cerita yang dibawanya itu.

"Ya, aku tak tipu yang dia orang sekarang tengah mabuk bercinta. Bukan setakat hanya bertelefon, berSMS, siap 3G sekali untuk melepaskan rindu masing-masing.

"Aku tak tahu pula kenapa mereka nak sembunyikan kisah cinta sedangkan daripada gelagat mereka berdua orang sekeliling tahu yang mereka sedang bercinta," kata rakan Marilyn lagi.

Emm... kalau betullah, Marilyn tumpang gembira. Iyalah, Aizat dan Liyana sama cantik dan sama padan. Malah, kedua-duanya pun terlibat dalam bidang seni dan sama-sama sedang meningkat naik.

Nampaknya, gosip yang hangat bertebaran sebelum ini memang benarlah. Apa yang menguatkan lagi cerita ini, mereka berdua pernah mencipta lagu bersama untuk album baru Liyana.

Lepas ini, Marilyn hanya tunggu kesahihan daripada mulut mereka berdua sahaja, jangan lari daripada Marilyn tau!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:44 am

Juliza Adzlizan Seksi dan Hot Mama

Kenal Juliza Adzlizan? penyanyi yang top dahulu (agak-agak lewat 80-an). Sekarang tak top dah. Sekadar ingat-ngat sahaja namanya. Almaklumlah dah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang anak, mana nak urus hal keluarga dan kemahuan suami lagi. Hehe. Walaupun usia dah meningkat dan bergelar status ibu, Juliza Adzlizan tetap kelihatan seksi dan ada sesetengah pihak menganggap Juliza Adzlizan seorang Hot Mama. Betul ke?..

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Juliza10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Juliza11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Juliza12

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Juliza13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:46 am

Gambar Kak Pah ke nie?

Kenal Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau nama glamorr nya Kak Pah yang menjangkau usia 50-an. Mesti kenal punya lah. Penulis ada belek2 dalam Bharian kalau tidak silap sisipan kelmarin, tak sangka melihat bentuk badan Kak Pah yang ntah susah mahu digambarkan oleh penulis macam very scary oO. Nak kata patung tak juga, nak kata Kak Pah memang itu dia, manakan tidak, sisipan itu menceritakkan mengenai kediaman rasminya. Korang tengoklah gambar ni dulu.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mainp158

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mainp159
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:52 am

Misha Omar di Anugerah Sastera Utusan

Misha Omar kali ini dijemput untuk membuat persembahan mereka ketika majlis Anugerah Sastera Utusan, yang turut diundang tetamu khas, Dr. Mahatir dan juga A Samad Said. Lihatlah bukan main bertenaga lagi Misha Omar bila bernyanyi dengan berbaju kebaya hitam yang jarang-jarang. Selain Misha Omar, ada juga artis lain yang dijemput seperti Anuar Zain yang turut membuat persembahan nyayiannya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mishao10 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mishao11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mishao12 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mishao13

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mishao14 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Mishao15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 10:55 am

A' Sudirman dianugerahkan pingat DATUK

Setelah 17 tahun Allahyarham Sudirman Hj Arshad meninggalkan kita, akhirnya pada tarikh 18. Jun 2009, Allahyarham dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran “Datuk” sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt tahun lepas.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar dan ianya diterima oleh kakak sulung Allahyarham Sudirman iaitu Datin Rodziah Arshad sebagai wakil.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Anuger10

Sejurus selepas penganugerahan tersebut, Datin Rodziah Arshad bercadang untuk menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan namun akan membincangkannya dengan ahli keluarga terlebih dahulu.

Ps: orang dah meninggal baru nak bagi pingat, waktu hidup xnak bagi. Pelik2.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:01 am

Zaquan Adha Kekasih Ayu Raudah?

Baru-baru ini, reporter bersama rakannya meluangkan masa ke Hartamas Square.

Bukan apa, ramai kawan reporter kata tempat makan situ sedap dan ada pelbagai menu yang boleh dipilih serta harganya pula berpatutan.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Zaquan10

Ketika asyik menjamu selera, mata reporter terpandang seorang pelakon yang juga adik kepada pelakon popular yang cantik, siapa lagi kalau bukan Ayu Raudah.

Melihat pelakon ini, kedatangannya ke situ bukan seorang, tetapi ada seseorang yang menemaninya.

Begitu asyik memandang, baru reporter perasan yang penemannya itu seorang pemain bola sepak Negeri Sembilan, adik kembar kepada abangnya yang bernikah secara rahsia dengan seorang selebriti tanah air.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Zaquan11

Dari gaya percakapan, riak wajah, lirikan mata, mempamerkan seolah-olah pasangan ini tengah hangat menjalin percintaan bersama.

Reporter tidak tahulah sama ada betul atau tidak pasangan ini bercinta, tetapi dari kelakuan mereka berdua nampak sangat pasangan ini bercinta.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Zaquan12

Lagipun, kalau dikatakan sebagai kawan saja, rasanya adik kecil dekat rumah pun tahu nak bezakan antara kekasih ataupun sahabat.

Tidak silap reporter, Ayu baru putus cinta dengan pelakon Pekin. Tertanya-tanya, mungkinkah ini cinta baru Ayu?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Zaquan13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:04 am

WHI raihkan Selebriti Veteran TV3

Sempena harijadi TV3 ke 25 baru-baru ini, maka dengan itu banyaklah aktiviti yang dibuat. WHI tidak terkecuali dalam hal itu, dan membuat shownya kelmarin (19/6) dengan menampilkan selebriti/personaliti vateran TV3 yang masih lagi bersama TV3 atau tidak lagi. Ada yang dah bertaubat dan ada juga yang masih dengan di takuk lama. Hehe, gurau jerk. Selamat harijadi TV3, program rancanganmu jarang sekali penulis menonton.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person12

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person13

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:05 am

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person15

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person16

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person17

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Person18
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:09 am

Ramlah Ram Masih Power Lagi

Siapa tidak kenal dengan Ramlah Ram, artis yang top lewat 90-an dan juga penyandang Juara Bintang RTM dahulu. Waktu itu, sebut sahaja Ramlah Ram, semua orang kenal, tapi sekarang masih adakah lagi? yang itu tanya kepada belia2 baru kita, yang beliau2 sah dah tahu punye. Hehe. Gambar di bawah adalah gambar baru Ramlah Ram yang ditemui ketika majlis pelancaran album barunya dan juga J. Jay, artis rock yang masih bertahan. kita layan jerk dulu,

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Ramlah10 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Ramlah11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Ramlah12 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Ramlah13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:11 am

Putih Sungguh Muka Ogy Ahmad Daud

Lama sudah tidak melhat kak Ogy di mana-mana Media. Ntah sibuk dengan show atau program amalnya kot. Terpegun tahap monyet penulis melihat muka kak Ogy yang sangat putih bak kapas di bawah ni. Dah lah putih, kilat macam cermin pun ada dah. Cuba u'all lihat gambar kak Ogy ni, mesti u'all nek heran juga kan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Ogy10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:16 am

Bangku Eksklusif Fasha Sandha

Wah bukan main lagi Fasha Sandha bila tetiba muncul kali ini. Tertera namanya di bangku tu diselit lambang Star, ini bermaksud bangku tu cuma dia sorang jer yang duduk, yang lain harap maklum ok! penampar sebiji kalau nak cuba. Hehe. Dia ditemui ketika berada di lokasi pengambaraan Drama Kontrak Cinta. Anda jangan keliru pula, date pada kamera yang diambil kemungkinan belum di-setting dengan betul dan ini adalah gambar baru berdasarkan rambutnya yang baru-baru ini dipendekkan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 77279410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:18 am

Kedai Butik baru Ekin di JB

Majlis perasmian dan pembukaan butik ME World Collection di Festive Mall, Danga Bay Johor Bahru pada hari selasa, 16 Jun. Butik kepunyaan Ekin itu di rasmikan sendiri oleh Mawi suami tercintanya. Butik yg menyediakan koleksi pakaian dengan corak yg menarik serta rekaan yg exclusive, terdapat juga koleksi tudung dan eksesori wanita pelbagai jenis. Lebih dari 100 orang hadir sepanjang majlis pembukaan tersebut.

Untuk pembukaan butik baru ini, pengunjung yg berbelanja RM100 akan mendapat cenderahati dari mawi iaitu sekeping CD dan poster yg bertanda-tangan Mawi. Dan Puan Lily dari Johor Bahru menjadi pelanggan pertama membeli di butik tersebut. Dengar citer Ekin akan buka satu lagi butik di Kuala Lumpur tak lama lagi.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:19 am

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib13

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib14

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib15

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Kedaib16
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:22 am

Gerak Khas Masih Mahu Terima Det. Lim

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Dlim10


"Hati saya masih terbeban dengan kes ini dan berharap ia akan selesai secepat mungkin,"
Luah Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, (Detektif Lim) pelakon drama bersiri popular Gerak Khas berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi kerana kesalahannya mencuri buku di sebuah kedai buku, Mac lalu.

Mahkamah Majistret akan menangguhkan perbicaraan kes tersebut kepada 29 Julai depan setelah seorang pegawai penyiasat yang juga merupakan salah seorang saksi kes itu tidak dapat hadir di mahkahmah.

Farid didakwa mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven berharga RM105 dan The Sistine Secrets (RM89.90) di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.

Dia pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, apabila tuduhan dibacakan kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam. (pelik pula, sekali pandai bertukar pengakuan)

Detektif Lim berasa amat bersyukur kerana walaupun kes itu belum berakhir, dirinya masih mendapat kepercayaan banyak pihak, termasuklah Datuk Yusof Haslam yang masih memberi peluang untuknya membintangi Gerak Khas.
"Saya berasa syukur dengan Datuk yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus beraksi dalam Gerak Khas. Saya juga berterima kasih kepada sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan," kata Farid yang cuba mengelak untuk mengulas lanjut tentang kes tersebut. -mStar
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:27 am

Sazzy Falak Jadi Perempuan Melayu Asli

Penampilan Sazzy Falak yang sebelum ini nampak rockers kini bertukar menjadi perempuan melayu asli yang berselendangkan dengan kain batik. Memang ayu dan sweet. Penampilannya ini bukan kerana pengaruh kawan atau kerelaannya sendiri tetapi demi lakonanya dalam tele filem Rosli Dhobi. Kalu nak berubah betul2, agaknya cuma mimpi sahaja kot

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Sazzyf10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Sazzyf11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:28 am

Rossa: Saya masih isteri 'gantung' Yoyo

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Rossa410
Keayuan Rossa terserlah. - foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU


"KAMI memang sudah tinggal berasingan tetapi belum bercerai," jawab Rossa mengenai dakwaan yang mengatakan dia dan suaminya telah bercerai.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani akui walaupun telah tinggal berasingan sejak setahun lalu, namun dia 'belum tahu' sama ada akan bercerai dengan pemain drum band Padi itu atau tidak.

"Saya masih isteri 'gantung' Yoyo.

"Saya belum punya kekuatan untuk bercerai dan hanya berserah kepada yang di atas (Allah) agar memberi yang terbaik dan kekuatan kepada saya," kata Rossa sejurus selepas sidang media ‘Konsert Mini Cerita Cinta Rossa’ di ibu kota semalam.

Jelas Rossa, sebolehnya dia enggan menghebahkan tentang sebab sebenar hubungan dia dengan Yoyo atau nama sebenarnya Yoyo Prasetyo berantakan.

Malah tidak mengiyakan atau menidakkan yang puncanya adalah disebabkan ‘orang ketiga’.

“Saya rasa tak perlulah diceritakan tentang hal ini kerana ia mungkin disimpankan untuk cerita hidup saya.

“Banyak hal-hal yang tak sesuai untuk diceritakan tetapi kami akan berikan yang terbaik,” tutur penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ayat-Ayat Cinta’ dan Terlanjur Cinta (duet dengan Pasha Ungu) ini.

Tambahnya, “Saya tak pernah bergaduh besar dengannya kerana kami masih memikirkan tentang anak.

“Saya anggap kami memang tiada jodoh dan berpisah (tinggal berasingan) secara baik.”

Rossa berkata mujurlah dia masih mempunyai ‘penggemar’ (peminat) yang membuatkan dirinya kuat untuk berhadapan dengan situasi sekarang ini.

Lalu, dia tidak mahu peminatnya terlalu mempercayai sesetengah sumber daripada media di Indonesia yang mengesahkan dirinya dengan Yoyo telah bercerai.

“Di sana (Indonesia) tidak semua cerita itu benar sebab ia hanya gosip sahaja.

“Saya hanya kuatkan semangat untuk membesarkan anak dengan baik-baik. Begitu juga dengan Yoyo. Hidup mesti diteruskan,” ujarnya yang akan berduet dengan Pasha daripada kumpulan Ungu dari Indonesia dalam konsert mini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Jun ini.

Konsert mini kedua di Malaysia

Para peminat Rossa berpeluang untuk menonton persembahannya ‘Konsert mini Cerita Cinta Rossa’ itu dengan lebih dekat di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail, pukul 8 malam.

Dia akan menyanyikan lebih 18 buah lagu sekitar satu jam 45 minit dengan iringan band yang didatangkan khas dari Jakarta.

Menurut Rossa, konsert mini ini merupakan salah satu ‘road tour’ yang diadakan selepas dia menjayakan konsert mini di tujuh buah kota di Indonesia iaitu Jambi, Jogjakarta, Palembang, Pekanbaru, Lampung, Padang, dan Medan.

“Saya cukup teruja untuk mengadakan konsert mini ini di hadapan lebih 3,000 orang penonton dan bisa membuatkan orang gembira kerana lebih mengutamakan intimasi untuk semua yang memuat turun lagu, muzik video dan penghias skrin saya.

“Saya harap dapat berada lebih dekat lagi dengan mereka kerana ketika mengadakan persembahan di hadapan 5,000 penonton di Bandung dan Surabaya, saya hanya boleh ‘perform’ tetapi tidak boleh berbicara dengan penonton,” beritahu Rossa.

Antara lagu yang akan didendangkan oleh Rossa adalah Tegar, Pudar, Sakura, Aku Bukan Untukmu, Terlalu Cinta, Ayat-Ayat Cinta termasuk dua buah lagu duet dengan Pasha iaitu Tercipta Untukku dan Terlanjur Cinta.

“Saya akan menyampaikan lagu-lagu berkaitan cinta seperti Terlanjur Cinta yang menyentuh tentang cinta saya sama manusia dan Tuhan, cerita tentang saya dan teman-teman yang menjadi inspirasi saya.

“Saya akan bercerita tentang latar belakang lagu. Jadi, orang akan tahu kenapa ada lagu Perawan Cinta, Hatinya Yang Kau Sakiti dan banyak lagi,” katanya.

Band tempatan, Sofaz dijangka akan membuka tirai persembahan dengan dua single terbaru mereka.

Persembahan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Hotlink dan Maxis sahaja.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert hanya perlu memuat turunkan pakej nada dering Rossa pada harga RM5 dengan menaip GET ROSSA1 dan hantar kepada 29000.

Mereka akan menerima SMS pengesahan yang mereka boleh gunakan untuk mendapat dua tiket percuma.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:30 am

Gambar Terbaru Rossa

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Rossa210

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Rossa310

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Rossa411
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:32 am

Doakan yang baik-baik, jangan buruk sangka, kata ibu saudara Ida Nerina

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Idda4410
MALANG TIDAK BERBAU....Aktres terkenal Ida Nerina terjatuh dari tangga rumahnya dan kini sedang dirawat di hospital


BUKAN sahaja terguris, malah ada sedikit marah yang berbekas di dalam hati sewaktu pengarah Rohani Yusoff mendengar khabar angin tentang punca anak saudaranya, aktres terkenal Ida Nerina terjatuh.

"Saya pun hairan macam mana boleh timbul spekulasi yang bukan-bukan tentang Ida," jelas Rohani yang baru sahaja kembali melawat Ida di hospital sejurus mendengar kecelakaan yang menimpa Ida kelmarin.

Ida terjatuh ketika menaiki tangga di ruang tamu di dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan tulang belakang.

Disebabkan insiden yang tidak disangka-sangka itu, Ida terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lewat malam Ahad.

Menurut Rohani, pada mulanya dia terkejut mendengar spekulasi yang kononnya Ida 'dipukul'.

"Teruknya...saya macam tak percaya sampai begitu sekali orang boleh bercakap pasal Ida. Elok saja saya tengok Ida dan suaminya di hospital tu. Panggil darling lagi..," kata pengarah teater yang dikagumi itu.

Kata Rohani lagi, segala dakwaan tentang Ida dipukul suami, Shahrin (bekas anggota Blackrose) adalah karut dan tidak benar sama sekali. Dia juga menafikan desas-desus yang berkata Ida akan 'lumpuh' setelah insiden jatuh itu.

"Cubalah doa yang elok-elok sikit dan jangan buruk sangka. Tidak baik macam tu. Kalau kita asyik cakap perkara begitu, ia seperti satu doa pula," kata aktres teater yang disegani ini.

Tambahnya lagi, "Kalau dah jatuh teruk, kenalah rehat lama sikit. Ida sudah melalui operasi dan doktor telah letak 8 skru dan 2 plate untuk membetulkan tulang belakangnya.

"Ida perlu berehat lama....tapi tak adalah sampai lumpuh. Saya dulu pun pernah jatuh, sampai 6 bulan saya tidak boleh jalan dengan baik," kata Rohani yang bersyukur kesihatan Ida bertambah baik kini.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Idda110
IDA GORGEOUS....Ida merupakan salah seorang pengajar di Akademi Fantasia musim ke-7 dan senang digelar 'Ida Gorgeous' oleh murid-murid kesayangannya


Rohani berkata, "Jangan risau....keadaan Ida sudah bertambah stabil dan dia sedang berehat."

Doktor juga telah menasihatkan Ida untuk berehat sekejap daripada kerja. Jadi, dia akan menarik diri dari berlakon teater 'The Good Body'. Ida juga tidak dapat menjadi juri pertandingan filem pendek 'BMW Shorties.

Ida, yang sememangnya cergas orangnya pernah mengambil bahagian dalam program realiti, 'The Amazing Race Asia 3" pada November lalu dengan kawan baiknya, Tania Khan.

Pasangan ini mendapat tempat ketiga dan mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi 'The Amazing Race Asia 3'.

Kali terakhir melihat aksi Ida di kaca TV ialah di saluran Astro di mana Ida merupakan salah seorang pengajar di Akademi Fantasia musim ke-7 dan senang digelar 'Ida Gorgeous' oleh murid-murid kesayangannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:33 am

Isteri Ahmad Jais meninggal dunia

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 00971410
Datuk Ahmad Jais popular dengan lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka dan Selamat Hari Raya.


PETALING JAYA: Mas Halilah Mas Nayeem, isteri kepada penyanyi terkenal, Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.21 malam, semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Allahyarham yang berusia 69 tahun meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, jantung dan paru-paru.

Menurut Ahmad Jais, jenazah Allahyarham isterinya akan dikebumikan hari ini pada sebelah pagi di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Perkongsian hidup arwah dengan Ahmad Jais telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maimun, 29.

Ketika mahu menemubual Ahmad Jais, 73, yang mesra dengan panggilan Abang Mat, dia enggan mengulas lanjut.

“Jangan tanya banyak-banyak abang tengah sedih,” kata penyanyi veteran bersuara emas yang sebenarnya Ahmad Jais Ahmad.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu hitsnya seperti Di Ambang Sore dan Selamat Hari Raya ini menetap di Bukit Cerakah, Shah Alam.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:34 am

'Emosi' Jay Jay terusik setelah 12 tahun

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Jayjay10
Jay Jay tampil dengan album Emosi.


GEMERSIK suara penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Darus dalam lagu-lagu malar hijau 'Rindu Bayangan' dan 'Belaian Jiwa' sudah sebati dengan peminat-peminatnya.

Namanya seiring dengan populariti lagu-lagu hit ciptaannya.

Selama 30 tahun dalam industri ini, Jay Jay yang juga penggubah, komposer, pemain bassis dan penerbit album sudah banyak meraih anugerah demi anugerah.

Antara lain ialah Artis Popular Lelaki Anugerah Bintang Popular - Berita Harian (1988), Vokal Terbaik Lelaki Anugerah Industri Muzik (1998) dan Juara Kategori Pop Rock - Juara Lagu 1998 (Joget Angan Tak Sudah).

Penganugerahan yang pelbagai dan nama Jay Jay yang tetap meniti di bibir peminat membuat album terbarunya, yang ke 10 bertajuk 'Emosi' bagai satu hadiah yang cukup bermakna untuk peminat-peminat Jay Jay.

Jay Jay amat wajar digelar ikon pemuzik tempatan.

Dengan 'kelahiran' Emosi, maka genaplah penantian Jay Jay selama 12 tahun selepas album solo terakhirnya, 'J.Jay 97' dikeluarkan pada 1997.

Album 'Emosi' memuatkan empat lagu baru seperti Ku Relakan (M. Nasir/Ad. Samad), Permaisuriku (Omar K & Azlan Abu Hassan/Zel), Layang-Layang (Badhisham/Sakti Santiasa) dan Jangan Pergi Dariku (Badhisam/Abie Abdullah).

Album tersebut turut menghimpunkan empat buah lagu popular dari dulu hingga kini iaitu Jauh Dirindu (Othman Muhammad/Habsah Hassan), Dalam Kenangan (Hanan Khan/Syed Haron), Cukuplah Sekali (Jayaraman/HabsahHassan) dan Kekasih (Bachan/Syed Haron).

Menurut Jay Jay anak kelahiran Kedah ini, lagu-lagu lama dalam album 'Emosi'adalah cukup signifikan kepadanya secara peribadi kerana merupakan lagu-lagu kegemarannya.

Katanya, kawan-kawannya yang juga pemuzik berpendapat lagu-lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri.

"Lagu-lagu tersebut belum dirakamkan balik, jika tak silap saya. Range lagu-lagu ini mengikut range lama dan saya masih mampu buat. Katakan lagu itu terlalu sukar, saya tak boleh buat. Tetapi bila saya try, saya rasa okey.

"Rangenya, keynya... kalau diperhatikan, saya tidak banyak mengubahnya.

"Pada dasarnya, saya tidak mengusik langsung. Saya nyanyi seperti asal. Cuma suara saya saja yang keluar. Lenggok dan melodinya saya kekalkan. Saya simpan(ia dalam bentuk) yang asal," kata Jay Jay yang amat puas hati dengan pilihan lagu dalam album terbarunya itu.

Artis popular ini yang dilahirkan pada 6 Jun 1957 dan dibesarkan di Kelantan ditemui pada pelancaran albumnya, 'Emosi' bersama album Ramlah Ram berjudul 'Ketentuan' di Mines Resort City, baru-baru ini.

Menurut Jay Jay, album Emosi sepatutnya dikeluarkan sejak tahun 2004 setelah mengikat kontrak dengan syarikat muzik, FMC pada tahun yang sama.

Ini kerana, katanya, beliau sukar mencari lagu yang sesuai dan enggan mengeluarkan album dengan memilih lagu-lagu secara tangkap muat sahaja.

"Bayangkanlah dari 2004 sampailah album 'Emosi' ini dilahirkan hari ini.Betapa susahnya mencari lagu yang boleh dimuatkan dalam album ini," kataJay Jay yang mengakui pernah menerima beratus-ratus lagu demo (demo tape)daripada pelbagai komposer tetapi gagal memikat hatinya untuk dimasukkandalam albumnya itu.

Diam tak diam, 12 tahun berlalu dan Jay Jay mengakui lagu-lagu baru yang diidam-idamkan itu akhirnya muncul pada tahun lalu.

"Lebih istimewa, jarak masa antara lagu-lagu tersebut adalah amat dekat dan tiba-tiba saya mendapat lagu-lagu baru serentak oleh komposer hebat seperti M.Nasir, Azlan Abu Hassan, Badhisham dan lain-lain.

"Itulah yang mendorong saya terus masuk ke studio untuk membuat rakaman.Walhal saya telah mencari lagu untuk hampir lima tahun sebelum ini," katanya sambil menyifatkannya sebagai kuasa Yang Esa.

Sambil bersenda, Jay Jay memberitahu, penantiannya mendapat lagu baru yang kena dengan jiwanya, ibarat "pungguk rindukan bulan."

Katanya, kegersangan lagu ciptaan yang bermutu di pasaran tempatan perlu diatasi segera.

Untuk itu, "Industri muzik tempatan boleh mencontohi industri muzik luar negara seperti Taiwan, Indonesia, Thailand dan Filipina yang menganjurkan kelas-kelas komposer untuk bakat-bakat baru.

"Mereka yang dikesan berpotensi untuk menghasilkan lagu akan dikumpulkan dan dilatih menjadi komposer hebat.

"Jadi mana-mana komposer yang telah established itu boleh memberikanklinik, tips, bagi direction, ajar muka-muka baru. Song composition ini sebenarnya adalah suatu pembelajaran. Sebagaimana penulisan, ia perludigilap," kata Jay Jay yang juga merupakan bapa kepada empat orang anak, 3 perempuan dan seorang anak lelaki.

Selain itu, Jay Jay juga memberitahu, penyanyi jalanan (buskers) di Indonesia menghasilkan banyak lagu untuk artis-artis dan syarikat-syarikat rakaman.

Tapi senario itu tidak sama seperti di sini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:40 am

Album pop balada pilihan Naib Juara nasyid Aiman

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Aiman010
Aiman dengan album terbarunya, Aiman"


TANYALAH sesiapa sahaja apakah album sulung yang paling 'ideal' untuk Aiman, Naib juara Akademi Nasyid 2008, sebuah program realiti hiburan pertama terbitan TV9.

Ramai pihak tentu menganggap album berkonsepkan nasyid paling sesuai dengan kekuatan vokal milik penyanyi Aiman. Sementelah dia juga memang pandai berzanji (nyanyian puji-pujian untuk Nabi Muhammad S.A.W).

Aiman yang mengakui dirinya menyukai nasyid sejak kecil lagi bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Album terbarunya yang secara kebetulannya berjudul "Aiman" itu sebenarnya berkonsepkan pop dan balada serta mempunyai lapan buah lagu terbaru.

Lapan lagu tersebut ialah Dusta Berkalang (Lirik: Fedtri Yahya), Hanya Kepalsuan (Ad Samad), Selalu Ada (duet bersama Heliza) (Sulu Sarawak), Pergi Saat Indah (Sulu Sarawak), Kisah Insan (Ad Samad), Teman Biasa (Sulu Sarawak), Menanti Solehah (Fedtri Yahya) dan Cinta Terakhir (Hafiz Hamidun).

Menurut Aiman, para peminatnya menerusi laman sosial Facebook telah melahirkan hasrat mereka yang mendambakan dia menyanyi lagu-lagu genre lain dari nasyid.

"Menerus blog saya, para peminat memberitahu Aiman boleh menyanyikan lagu nasyid dan mereka meminta saya lari daripada lagu-lagu nasyid dalam album sulung saya.

"Oleh itu, saya telah mendengar permintaan mereka untuk membuat percubaan tetapi bukan melakukan perubahan secara mendadak," kata Aiman ketika dihubungi mStar.

Aiman mengakui buah tangannya "Aiman" itu tidak mungkin dapat menyongsong naluri, jiwa dan darah nasyid yang mengalir dalam tubuh badannya.

Lebih-lebih lagi, buah epal yang ranum dan ditiup angin tidak mungkin jatuh jauh daripada pokok asalnya. Begitu juga dengan Aiman. Nasyid adalah nadi Aiman dan sebaliknya.

Meskipun album itu berkonsep pop, Aiman berkata, album yang dihasilkan selama lima bulan itu masih mengekalkan identiti nasyid. Dua buah lagu nasyid tersebut, katanya, ialah Dusta Berkalang dan Menanti Solehah.

"Secara terus-terang, lagu pilihan saya dalam album Aiman ialah lagu Menanti Solehah.

"Lagu itu mempunyai burdah-burdah (lenggok-lenggok) Arabik yang menarik," kata Aiman yang tercalon sebagai Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 2008 untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular 2008 dan Artis Nasyid Popular 2008.

Lagu-lagu lain dalam album Aiman mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu Dusta Berkalang misalnya membolehkan Aiman muncul sebagai finalis Etnik Kreatif AJL 2008 dan lagu Cinta Terakhir adalah lagu Tema Drama Murabbi Astro Prima.

Selepas penampilan album sulung berkonsep pop ini, Aiman akan meneruskan untuk mengeluarkan album kedua yang semestinya berkonsepkan nasyid pada tahun depan.

Sudah semestinya terutama untuk artis muda berusia 19 tahun ini yang antara lain pernah menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa sekolah rendah dan menjadi naib johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah.

Album Aiman diterbitkan oleh Arteffects Production dan ditangani sepenuhnya oleh komposer dan penerbit yang kian meningkat naik, Hafiz Hamidun.

Pemuzik-pemuzik handalan yang terlibat menghasilkan album ini ialah Eddie Marzuki (susunan orkestra), Syam Kamikaze (gitar), Ujang Exists (dram), Along Exists (susunan muzik), Kelly (bass), Sotong (dram), Alfa Booty (susunan muzik), Mayya (Violin), Azrul (violin), Yap Yen (Violin), Angela (Violin) dan Nasran (Cello).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:41 am

Anak angkat Madonna sertai Kabbalah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Madge110
Madonna telah membawa anak perempuannya, Mercy menyertai ajaran Kabbalah sejurus dia tiba di London - foto AP


DIVA pop, Madonna telah membawa anak perempuannya, Mercy menyertai ajaran Kabbalah sejurus dia tiba di London.

Penyanyi tersebut membawa anak angkatnya yang berusia empat tahun itu dari Afrika ke London untuk memulakan hidup baru, tetapi membawa Mercy ke pusat Kabbalah terlebih dahulu, sebaik jet peribadinya mendarat.

Madonna turut ditemani oleh anak-anaknya yang lain iaitu Lourdes, 12, Rocco, 8 dan David, 3.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:42 am

Nicole Kidman kenang jasa bapa sempena hari lahir

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Nicoll10
Nicole menyambut hari lahirnya yang ke-42 pada 20 Jun lalu dengan mengenang semula jasa yang dicurahkan oleh bapanya, Anthony - foto AP


NICOLE Kidman menyambut hari lahirnya yang ke-42 pada 20 Jun lalu dengan mengenang semula jasa yang dicurahkan oleh bapanya, Anthony.

Aktres itu meraikan hari lahirnya sehari sebelum Hari Bapa dan memutuskan untuk menggunakan momen itu bagi mengenang semula jasa dan bakti bapanya, dengan menjelaskan bagaimana bapanya itu membantunya mengharungi hidup ketika bercerai dengan aktor Tom Cruise dan memberi tips kepada Nicole untuk mencari cinta baru.

"Bapa ialah doktor sakit jiwa dan ketika saya masih muda, dia sentiasa memberikan nasihat yang saya tidak akan dengar. Tetapi setelah dewasa kini, saya amat menghargai pandangannya.

"Ketika perkahwinan saya dan Tom Cruise berakhir, saya sering dapatkan nasihatnya dan dia memang hebat.

"Dia sentiasa berada di samping saya ketika saya perlukannya. Saya amat bangga mempunyai bapa sepertinya," kata Nicole.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:46 am

Noraniza menangis teresak-esak ikuti bicara kes tuntutan harta

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Dsc00611
Noraniza Idris berbincang sesuatu dengan wakil peguamnya di luar mahkamah selepas kes itu didengar.


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memutuskan menyambung semula prosiding perbicaraan kes tuntutan harta antara penyanyi terkenal Noraniza Idris, 41, dengan bekas suaminya, Mohamad Fauzi Ahmad Tajuddin atau Fareez ke tarikh esok.

Tidak dapat dipastikan anggaran tuntutan harta yang difailkan oleh penyanyi yang popular dengan genre 'Irama Malaysia' ini.

Difahamkan tuntutan harta dibuat ke atas rumah kediaman beralamat di Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, sebuah rumah kedai/salun/butik tiga tingkat di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan barangan salun dan butik anggaran RM10 ribu.

Noraniza berkata dia hanya berserah kepada Fareez sama ada hendak melunaskan tuntutan itu atau tidak.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Dsc00610


"Saya berhak buat semua ini demi menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada anak-anak.

"Semuanya terpulang kepada Fareez sama ada dia hendak beri atau tidak apa yang saya tuntut..itu antara Fareez dengan Tuhan," luah Noraniza.

Mengimbas kembali saat dia bersama Fareez, Noraniza menangis apabila memberitahu dia dengan rela hati melalui kelahiran secara induksi (induced labour) untuk percepatkan proses lahir anak keduanya pada tahun 1991 disebabkan hendak bantu Fareez mencari duit untuk melangsaikan hutang ketika perbicaraan sedang berlangsung di dalam dewan mahkamah.

Noraniza berkata demikian ketika disoal oleh peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakilinya.

Zuri: Apakah sumbangan puan terhadap harta yang dituntut secara langsung dan tidak langsung?

Noraniza: Saya memberi sumbangan besar dengan menguruskan penyelenggaraan, bayaran tunggakan dan menguruskan semua bil-bil.

Saya telah berusaha mencari sumber untuk membantu defendan (Fareez). Saya juga ingin nyatakan sepanjang saya berusaha mencari jalan penyelesaian untuk melangsaikan tunggakan, sememangnya tiada komitmen dari pihak defendan.

Saya terpaksa melakukan induksi untuk mempercepatkan proses kelahiran anak kedua saya. Tarikh kelahiran anak saya dijadualkan pada 25 September 1993, tetapi telah dipercepatkan ke 31 Ogos 1993.

Zuri: Apakah kaitannya dengan tuntutan harta ini?

Noraniza: Saya melakukan proses (induksi) ini adalah atas restu defendan dan kerana ingin membantu defendan mencari duit kerana saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada persembahan pentas yang dilakukan.

Saya juga dengan rela hati menyerahkan barang kemas saya untuk membayar tunggakan. Defendan juga pernah mengambil barang kemas tanpa pengetahuan saya.

Zuri: Mengikut pengetahuan puan, bagaimana keadaan rumah kediaman di Seksyen 6, Wangsa Maju, sekarang?

Noraniza: Mengikut apa yang saya tahu, rumah tersebut masih lagi dalam perhatian pihak bank untuk dilelong.

Zuri: Ada apa-apa yang puan ingin katakan lagi?

Noraniza: Saya memohon mahkamah yang mulia ini, saya telah banyak berkorban dan bantu defendan, malah saya telah sanggup menanggung beban hutang defendan. Jadi saya rasa saya berhak untuk menuntut harta sepencarian ini.

Selepas Hakim syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid memutuskan perbicaraan disambung esok, Fareez kelihatan keluar meninggalkan dewan dilihat keluar dalam keadaan yang agak marah.

Manakala Noraniza yang mesra dengan panggilan Kak Ani masih lagi dalam keadaan menangis.

Kak Ani enggan mengulas lanjut kerana ingin menjaga hati anak-anak dan tidak mahu menimbulkan konspirasi.

"Saya rasa lebih baik jika saya tidak menjawab apa-apa pertanyaan kerana saya ingin menjaga perasaan anak-anak saya dan tidak mahu timbulnya sebarang masalah kerana kes ini masih lagi belum selesai." terang Kak Ani.

Ketika diluar dewan, peguam syariee Noraniza, Zuri Zabuddin memberitahu yang Fareez ada menulis sepucuk surat yang bertarikh 13 April, 2006.

"Dalam surat tersebut, Fareez ada menyatakan 50% hasil jualan rumah kedai tiga tingkat akan diserahkan kepada Noraniza.

"Kedai itu telah dijual tanpa pengetahuan Noraniza dan dia hanya mendapat tahu berita tersebut melalui anak sulung mereka, Alif Haikal. Noraniza tidak menerima bahagiannya," kata Zuri.

"Kita hanya tunggu perbicaraan esok untuk mendengar keterangan dari pihak defendan. Selepas itu baru kita boleh teruskan dengan proses selanjutnya." katanya.

Pasangan Noraniza-Fareez bernikah pada 31 Mac 1988 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohd. Alif Haikal, 20, dan Mohd. Alfeq Haikal, 16.

Bagaimanapun mereka disahkan bercerai pada 4 Mei 2006 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas berpuas hati dengan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Fareez terhadap Noraniza pada 7 April 2006.

Perbicaraan akan bersambung esok pada pukul 11 pagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:50 am

A.R Badul cerai Muna Liza dengan tebus talak RM1

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Dsc00612
A.R. Badul ketika ditemuramah wartawan selepas kes cerai selesai


KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengesahkan penceraian pelakon dan pelawak, A.R. Badul, 60, dan isterinya, Muna Liza Basir, 34.

Badul melafaz cerai itu secara tebus talak sebanyak RM1 di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad.

(Proses 'tebus talak' atau 'khuluk' dalam Seksyen 49 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak mentalakkan mereka dengan rela.

Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa beliau boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka. Isteri boleh menyatakan jumlah mengikut persetujuan dengan suami. Di Wilayah Persekutuan, tebus talak dengan membayar RM1 adalah dibenarkan.)

Muna Liza perlu membayar RM1 untuk mendapatkan penceraian 'tebus talak' tersebut. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kelima Badul.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Liza pada 23 Jun 2001.

Perkahwinan selama lapan tahun itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, berusia 5 tahun.

Badul ketika diminta perasaannya setelah selesai kes cerai di mahkamah berkata, "Saya sebenarnya tidak sanggup menceraikan isteri.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Dsc00613
TEBUS TALAK....Setelah melalui proses 'tebus talak' dan membayar RM1, Muna Liza Basir kini sudah menjadi bekas isteri pengarah terkenal A.R Badul


"Lebih tiga bulan saya cuba berbaik-baik dengan isteri tetapi isteri tetap minta bercerai," kata pengarah veteran filem komedi ini.

Menurut Badul, penceraian tidak bermakna dia tidak menyayangi isterinya.

"Kasih sayang setinggi gunungpun boleh diruntuhkan oleh sebutir garam," kata Badul penuh falsafah.

Diminta terangkan apa yang dimaksudkan dnegan 'garam' itu, Badul berkata, "Ia merujuk kepada perselisihan faham yang kecil."

Walaupun kecundang lima kali dalam melayari alam rumahtangga, Badul tidak pernah berasa serik untuk berkahwin lagi.

"Kalau ada jodoh, saya sanggup berkahwin lagi," kata anak bintang lagenda A.R Tompel dan juga abang kepada pelakon/pengacara/penggiat teater Adlin Aman Ramlie.

Bagi Muna Liza pula, dia rasa lega sekarang dan tidak menyimpan dendam walau sekelumitpun.

Muna berkata, perhubungan dia dengan Badul masih berjalan dengan baik. Dia juga berharap Badul dapat memberinya peluang untuk bekerja di produksinya kerana dia tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Ditanya kenapa dia tidak mahu berbaik dengan Badul sedangkan bekas suaminya tidak keberatan merujuk, Muna berkata, "Kami sudah tidak ada jodoh...."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:57 am

Zizi (AF7) vokalis terbaru 'The Fabulous Cats'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Zizisp10


MULANYA Ellie, kemudian Alya dan terbaru Farhana pula. Kesemua mereka adalah vokalis perempuan The Fabulous Cats (TFC) yang memilih untuk berpisah daripada kumpulan hip-hop popular ini.

Vokalis perempuan silih berganti sehingga jika diselusuri perjalanan TFC, kumpulan ini telah merekrut ahli baru keempat sebelum album ketiga dikeluarkan.

Album terdahulu TBC ialah Fantastik CD Album (2007) dan Hyperkosmik (2008).

Ahli terbaru TFC bukan nama asing. Dia ialah bintang yang lahir dari Akademi Fantasia 7 (AF7) Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil atau Zizi, 24 yang mengikat kontrak selama setahun bersama TFC mulai bulan ini.

Mungkin kita akan tertanya-tanya, tidakkah TFC serik mengambil artis wanita lagi dan tidak takut kah sejarah berulang?

Ketika diajukan kepada produser dan vokalis TFC, Cat Farish (Cat) ketika ditemui semasa pelancaran album Ketentuan oleh Ramlah Ram dan Emosi (Jay Jay) baru-baru ini, Cat atau nama sebenar Farish Ramli tanpa berselindung berkata, dia memang ingin setiap ahli wanita yang direkrut itu 'dewasa' bersama TFC yang ditubuhkan sejak 2006.

"Kami tidak boleh janji Wangi atau Zizi akan bersama kami selama-lamanya. Malah Wangi juga akan bergerak solo tidak lama lagi walaupun pada hakikatnya, mereka adalah 'mawar-mawar' yang kami petik untuk memberi impak besar kepada The Fabulous Cats.

"Adalah suatu perkara yang baik jika mereka memilih bersama TFC. Jika mereka memilih haluan berbeza kelak, saya percaya mereka akan terus mengembangkan kerjaya sebagai artis solo," kata Cat.

Dengan penarikan diri Farhana baru-baru ini, TFC kini dianggotai Cat, Adeep atau nama sebenar Abdul Mutalib Nahar, 31, dari Singapura, Wangi (Wangi Julianda), 19, dari Indonesia dan Zizi.

Wangi sebelum ini berpengalaman bermain muzik bersama sebuah band di Bandung iaitu Lite Da Moon.

Sementara itu, Cat berkata, TFC adalah umpama satu platform bergerak seperti AF atau Malaysian Idol untuk semua artis menyertainya sekali gus menimba pengalaman.

Dan pada masa yang sama, katanya, dia dan Adeep selaku produser, pencipta lagu dan penulis lirik kumpulan TFC akan terus menghasilkan muzik terbaik untuk peminat.

"Mereka boleh sambung kontrak dengan TFC jika ingin menyambungnya. Tak nak pun, okey," katanya.

Cat turut memberikan contoh bagaimana Alya telah mencapai populariti selepas keluar daripada naungan TFC dan pihaknya tumpang bangga dengan pencapaian ini.

Ketika ditanya kenapa Zizi menjadi pilihan sebagai ahli baru TFC, Cat berkata, penyanyi berbangsa Bajau dan beragama Islam itu mempunyai karakter penyanyi rock dan suara serak-serak basah.

Hala tuju TFC

TFC pada dasarnya adalah kumpulan dua pemuzik utama lelaki dengan dikelilingi artis wanita. Hanya Cat dan Adeep sahaja 'duri' yang mewarnai 'mawar' yang mekar menguntum.

Menurut Cat, TFC sememangnya sedang mengikuti trend band pemuzik terkini. Di Jepun misalnya, katanya, terdapat satu kumpulan pemuzik bergelar Am Flow yang mana deejay dan penyanyi rap adalah lelaki tetapi dikelilingi dengan artis perempuan.

"Kumpulan itu menonjolkan artis-artis wanita seperti Yamuro, Bowa... Semua top-top star bersamanya. Bila dia buat konsert, semua artis perempuan akan keluar. Itulah vision (wawasan) saya dengan Adeep," kata Cat sambil menegaskan ahli kumpulan baru juga boleh dianggotai artis lelaki.

Adakah ini bermakna The Fabulous Cats akan dianggotai dua orang sahaja pada akhirnya?

"Yalah, pada akhirnya, kita akan tinggal dua orang macam band The Neptunes, Forey dengan Chart, arwah Loloq dengan M. Nasir dan Kanye West dengan John Legend.

"Yang paling hampir menyamai 'line-up' kumpulan kami ialah gandingan Kanye West dan John Legend kerana Kanya West ialah produser dan penulis lagu," jelas Cat.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 11:58 am

Mariah Carey dan suami sudah rancang karier anak mereka

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 01080510

Mariah Carey dan suaminya Nick Cannon, mahu anak-anak mereka menjadi doktor dan angkasawan-foto AP


PENYANYI Mariah Carey dan suami Nick Cannon, telah mula membuat perancangan untuk masa depan anak-anak mereka. Pasangan ini mahu anak-anak mereka menjadi doktor dan angkasawan.

Pasangan itu meraikan ulangtahun perkahwinan pertama baru-baru ini dan telah membongkar bahawa mereka telah berfikir untuk memulakan sebuah keluarga.

Bagaimanapun, pelakon dan penyampai TV ini tidak akan memaksa anak mereka menceburi dunia hiburan, sebaliknya harapan pasangan ini adalah agar anak-anak mereka dapat membuat sesuatu yang lebih bermakna.

"Saya tidak akan bersikap sampai ke peringkat bapa yang berkata,'Pergi ke sana dan menyanyi.' Saya ingin mendidik anak-anak hingga menjadi doktor dan angkasawan," kata satu sumber.

Kedua pasangan ini telah berkahwin pada April tahun lepas.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:00 pm

Nabila tidak praktik selalu berkepit dengan suami

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Nabila11
Nabila Huda.


LAGU 'X-Ray' nyanyian Nabila Huda kini semakin kerap berkumandang di corong-corong radio sekali gus menaikkan popularitinya dalam industri hiburan.

Biarpun lagu tersebut berjaya menaikkan namanya dalam bidang nyanyian, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini merasakan dirinya masih tidak mempunyai bakat nyanyian yang sama seperti ayahnya.

Dalam erti kata lain, Nabila mengaku dirinya tidak mampu untuk menjadi pengganti ayahnya dalam bidang nyanyian meskipun pepatah Melayu ada menyebut "bapa borek, anak rintik".

"Memang kami berdua berdarah seni, tapi saya masih tak dapat memiliki bakat nyanyian seperti ayah saya kerana pada saya minat saya lebih kepada lakonan dan saya memang tidak sehebat ayah saya.

"Darah kami sama-sama berseni, tetapi aliran lain-lain," kata Nabila ketika ditemui di Rumah Terbuka "Media Prima TV Networks Raya Screenings 2009" yang bertempat di Sunway Hotel & Spa kelmarin.

Nabila memberitahu, bidang nyanyian memang merupakan satu bidang yang menyeronokkan tetapi kesibukannya dalam menyelesaikan pelbagai urusan juga menghadkan dirinya untuk terus menyanyi.

"Bila dah terlalu sibuk menyanyi pun saya tiada masa, tetapi sekiranya saya ada menerima undangan nyanyian saya akan buat persembahan. Saya juga sedang mengambil masa untuk lebih memahami muzik secara mendalam.

"Jika melibatkan bidang nyanyian, ayah ialah tempat rujukan saya. Saya sering mendapatkan khidmat nasihat dan pendapat ayah dalam bidang nyanyian. Ayah banyak membantu saya," akui Nabila.

Pun begitu, Nabila mengakui fokusnya adalah lebih kepada bidang lakonan. "Lagipun saya sangat meminati bidang lakonan dan telah berlakon selama 10 tahun," kata pelakon berusia 24 tahun ini.

Sesungguhnya, Nabila memang bertuah kerana mempunyai bapa yang memberi ruang luas untuk dirinya mengembangkan potensi dan bakat semulajadi.

Tidak praktik untuk selalu berkepit

Walaupun telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya Zaidy Zailani, Nabila menganggap perkahwinan bukan halangan untuk dia terus aktif kerana mereka berdua saling memahami dan tidak mempraktikkan untuk sentiasa berkepit.

"Kami membiasakan diri kami untuk tidak selalu berkepit kalau nak ke mana-mana sebab kalau dah asyik berkepit je nanti bosan pulak," ujar Nabila sambil ketawa.

Menurut Nabila juga, biarpun jadual hariannya sentiasa padat Nabila tetap akan cuba untuk pulang ke rumah dan masih ada masa untuk suaminya.

"Mula-mula kahwin tu, memang seronok dapat tinggal bersama, buat segalanya bersama tetapi bila dah sibuk ni jadi agak terbatas. Saya cuma 'balance' kan antara rumahtangga dan lakonan tetapi gembira dengan apa yang saya lakukan dan saya sentiasa hargai masa yang kami ada bersama.

"Saya akan kerja selagi mampu dan hingga kini kami masih tidak ada masalah keluarga," katanya.

Mengimbau perjalanan kisah cinta, menurut Nabila, dia dan suaminya telah kenal sejak mereka berumur 19 tahun lagi dan sehingga kini setelah menjadi suami isteri mereka benar-benar memahami antara satu sama lain.

Kesibukan Nabila juga membuatkan pasangan ini masih tidak berkesempatan untuk berbulan madu dan mempunyai anak.

"Kami tidak ada sebarang perancangan untuk dapat anak, kami lebih berserah pada rezeki. Kalau ada rezeki kami adalah kami anak nanti, Insyaalah.

"Untuk bulan madu, bila ada kesempatan nanti kami merancang untuk pergi ke tempat kesukaan saya semestinya Bali, tetapi kami rancang nak pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan kami," kata Nabila.

Nabila kini sedang sibuk menjalani rakaman untuk rancangan 1,2 jus yang akan dijalankan selama tujuh hari dan Nabila juga akan menjalani pengambaran untuk drama raya 'Cili Padi Cili Kering.

Pada 26 Jun ini, Nabila akan menjalani pengambaran selama 4 hari untuk drama 'Hantu Raya' dan Nabila memegang watak sebagai cucu kepada hantu raya.

Nabila juga sibuk mambantu ayahnya dalam konsert jelajah Search yang telah pun menjelajah ke Pulau Pinang, Johor dan Jengka.

"Saya membantu ayah saya dalam konsert ini dengan menjadi pengacara konsert ini dan jelajah seterusnya masih belum diketahui lagi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:01 pm

WAJAH TERBARU NABILA HUDA

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Nabila12

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Nabila13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:04 pm

Ramlah Ram sebak tunggu 'Ketentuan'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 01305410
Ramlah Ram.


PERASAAN penyanyi senior Ramlah Ram bercampur baur, antara sedih dan terharu apabila melihat buah tangan terbarunya, 'Ketentuan' terbentang di depan mata, setelah 10 tahun.

"Semuanya jauh berbeza. Perasaan pun tidak sama bila buat album masa dulu dan sekarang. Saya rasa macam menangis, terharu sangat selepas 10 tahun dapat peluang begini.

"Bukan peluang tak ada, tetapi takut nak buat. Saya rasa takut... kecewa sekiranya album baru tak dapat sambutan. Wartawan pun jauh berbeza, ramai muka-muka baru yang saya tidak kenal sekarang," kata Ramlah yang kali terakhir menghasilkan album penuh, berbentuk tradisional, 'Zapin Yang Tinggal' pada tahun 1998.

Album pop tradisional ini merupakan album terakhir yang pernah dihasilkan pada tahun 1998. Album ini juga membolehkan Ramlah muncul sebagai salah seorang finalis Juara Lagu 1998 dalam kategori 'Etnik Kreatif'.

Selepas kemunculan album 'Zapin Yang Tinggal', penyanyi yang berasal dari Muar, Johor ini hanya menumpukan perhatian buat koleksi album saja.

Penyanyi yang masih mengamalkan sikap merendah diri ini berkata, debaran untuk mengeluarkan album baru 'Ketentuan' sangat dirasai. Meskipun hanya tiga buah lagu baru sahaja dimuatkan iaitu Ketentuan, Radang Rindu dan Aku Dengan Dunia.

"Memang berdebar sangat....tambahan pula terlalu ramai penyanyi-penyanyi muda dan baru. Saya tertanya-tanya, boleh ke saya nak keluar dengan album macam ini? "Bila saja 'Ketentuan', rasa lega sedikit. Alhamdulillah...bila single ini mendapat sambutan dan di terima baik, bertambah terharu rasanya. Bukan tak ada lagu baru tapi takut nak buat. Tak ada confident....," kata bekas Juara Bintang RTM ini.

Ramlah mengaku keyakinannya berubah tiba-tiba bila mendengar lagu 'Ketentuan' hasil komposer Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad.

"Entahlah kenapa rasa lain bila dengar lagu 'Ketentuan'. Saya suka sangat lagu ini," katanya lagi yang pernah menjuarai Juara Lagu 1988 melalui lagu 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu'.

Melalui lagu 'Ketentuan', Ramlah sekali dapat peluang mengenggam trofi Juara di pertandingan Akhir HITS sebagai lagu terbaik.

Ramlah antara penyanyi lama yang memang tulus menghargai sokongan peminat terhadapnya selama ini. Kelantangan suara Ramlah apabila menyampaikan lagu tradisional seperti Maharaja dan Zapin Yang Tinggal amat dikagumi.

"Saya kasihan peminat yang selalu inginkan lagu baru dan berbentuk tradisional. Dalam 'Ketentuan' ada tiga lagu baru, harap-harap mereka akan terhibur.

"Bila lagu Maharaja (dikeluarkan pada tahun 2006) dapat sambutan menggalakkan, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk buat full album. Kebetulan pula, pada waktu itu, salah seorang peminat datang nak tubuhkan fan club (FC) yang diberi nama 'Ramlah Ram Group' (RRG).

Ramlah akui, dia memang tidak pernah merasai semua itu seperti FC dan sebagainya, jadi terdetik dalam hati ingin juga ada fan club.

"'RRG' merupakan penyokong dari sekolah lagi. Sekarang mereka semua sudah bekerja dan berkeluarga. Jadi, mereka tunggu Ramlah sampai sekarang. Mereka juga banyak memberi sokongan kepada saya," kata Ramlah yang juga ahli laman sosial Face book.

Kata Ramlah lagi, RRG telah ditubuhkan dua tahun yang lepas dan banyak aktiviti dan projek telah disusun untuk RRG seperti karaoke, sesi suaikenal, makan-makan dan aktiviti riadah yang lain.

Kemerduan suara Ramlah memang tidak ada tolok bandingnya hingga kini. Apa agaknya rahsia Ramlah?

"Ramai yang kata suara Ramlah tak berubah. Saya jarang minum air batu. Memang tak tahan pun. Tapi yang lain semua makan pun.

"Tanya penyanyi lama seperti Datuk Ahmad Jais, mereka semua tak ambil air batu, mungkin sebab itu suara mereka tahan sampai sekarang," kata Ramlah yang meminati suara Jamal Abdillah.

"Apa yang elok, Ramlah cubalah ikutlah...apa salahnya. Bagi Ramlah, bakat itu bukan Tuhan bagi semua orang. Oleh itu, Ramlah akan jaga sebaik-baiknya. Saya bersyukur, anugerah suara kekal hingga kini," kata Ramlah.

Ramlah sendiri tidak sangka, dia mampu bertahan selama ini.

"Ketinggian suara masih sama. Alhamdulillah, masih boleh dengan kunci 'minus one'. Original key pun masih boleh. Harap-harap okeylah sampailah bila-bila," kata Ramlah yang dilahirkan dalam keluarga yang berdarah seni.

Ayahnya, Ram adalah seorang pemuzik ghazal sementara bapa saudaranya, Pak Itam adalah seorang pemuzik juga.

Setelah tiga dekad dalam industri ini dan menghasilkan 10 buah album, Ramlah masih tidak dapat melupakan kenangan manis album paling popularnya, "Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' yang terjual lebih 450, 000.

Ianya juga tercatat dalam "The Malaysia Book Of Records" dan mencipta nama sebagai artis solo Malaysia pertama mencatat jualan melebihi 450, 000.

"Ini album yang paling nostalgia bagi Ramlah. Ketika itu, nama Ramlah berada di puncak, menang persembahan terbaik, album terbaik, lagu terbaik dan macam-macam lagi.

"Lagu Kau Kunci Cintaku banyak tinggal kenangan kepada saya dan ramai orang.Banyak perbezaan antara komposer lama dan baru. Kebanyakan lagu baru saya, saya tidak pernah bekerjasama dengan komposer baru ini.

"Oleh itu, sentuhannya pelbagai. Saya sudah buat yang terbaik. Saya tidak berharap sangat album ini akan mencapai target. Semuanya terpulang kepada sambutan," kata Ramlah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 12:05 pm

Sazzy lebih senang berdua dengan suami

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Sazzy010
Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus.


KESIBUKAN dalam menguruskan urusan rumah tangga dan pejabat tidak menghalang pengacara dan pelakon Sazzy Falak untuk terus bergiat aktif dalam industri hiburan.

Sazzy, yang juga pengarah urusan di syarikat Sinclair Falak yang diusaha bersama aktor Ashraff Sinclair, merasakan segala kesibukan ini merupakan satu perkara tambahan buat selebriti sepertinya dan merasakan ia perkara yang baik untuk dilalui.

"Saya tidak rasa ini satu halangan buat saya untuk terus aktif kerana setiap perkara yang saya lakukan adalah berbeza dan saya menganggap ini semua adalah positif buat saya," kata pengacara Galaksi di TV 9.

Selain sibuk dengan urusan pejabat serta keluarga, Sazzy juga tidak menang tangan menguruskan rancangan realiti Oo La La.

"Bukan mudah sebenarnya untuk saya menguruskan semua kerja tambah-tambah lagi sejak pembantu rumah saya dah berhenti tetapi apa yang penting adalah saya sentiasa mendisiplinkan diri saya.

"Saya akan terus kerja tapi saya akan pastikan juga rumah sentiasa dalam keadaan bersih untuk keselesaan kami berdua," katanya.

Sazzy juga tidak menjadikan kesibukan sebagai satu alasan untuk dia menghabiskan masa bersama keluarga.

"Saya biasanya akan bahagikan masa antara tugas dan suami, kami lebih gemar untuk menghabiskan masa kami berdua dengan duduk di rumah untuk dapat lebih masa bersama," kata Sazzy yang masih belum mempunyai tanda-tanda ingin memiliki cahaya mata.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Sazzy011


Sazzy berkata keinginan mempunyai cahaya mata akan jadi satu elemen 'surprise' dan dia tidak ingin gembar-gemburkan sebelum waktu.

Namun di sebalik semua kesibukan ini, Sazzy masih lagi dapat 'mencuri masa' memberi tumpuan kepada bidang lakonan yang juga diminatinya.

Sazzy bakal muncul di layar perak menerusi filem '4 Madu' arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Pengalaman berlakon dengan aktor Saiful Apek dalam filem ini juga meninggalkan kesan manis pada Sazzy.

"Saya rasa sungguh seronok berlakon dalam filem komedi. Agak jarang juga saya mendapat peluang seperti ini. Selalunya saya terlalu sibuk menjadi hos program di TV dan menguruskan hal pejabat yang menuntut begitu banyak masa saya.

"Semua pelakon dan krew serius dalam bekerja, disiplin dan bekerja keras tetapi apa yang menyeronokkan adalah kesemua mereka 'gila-gila' dan sentiasa menghiburkan," jelas Sazzy yang juga berlakon dalam filem terbitan Astro iaitu 'Warkah Terakhir' yang memberi tribut kepada pejuang Sarawak Rosli Dhoby.

Sazzy juga akan menjalani pengambaran program Galaksi yang akan disiarkan secara langsung di tv9 pada jam 8.30 malam ini.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 10 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 10 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions