|
| ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 01 Dec 2008, 9:36 am | |
| Mari kita kongsikan artikel2 menarik & bermanafaat untuk rujukan bersama dalam apa juga topik dan POLITIK tidak dibenarkan sama sekali yer. Harap maklum...
Last edited by luvly e'in on Sun 07 Dec 2008, 8:59 am; edited 1 time in total |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 01 Dec 2008, 9:44 am | |
| 10 Kebaikan Coke.Cubalah...
Cubalah try dan buktikan secara saintifik " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : ____________ _________ _________ _________ _______
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! ____________ _________ _________ _________ _______
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? ____________ _________ _________ _________ _______
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! ____________ _________ _________ _________ _______
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. ____________ _________ _________ _________ _______
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. ____________ _________ _________ _________ _______
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. ____________ _________ _________ _________ _______
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! ____________ _________ _________ _________ _______
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! ____________ _________ _________ _________ _______
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. ____________ _________ _________ _________ _______
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! ____________ _________ _________ _________ _______ ____________ _________ _________ _________ _______
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 01 Dec 2008, 9:48 am | |
| Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 01 Dec 2008, 9:52 am | |
| BAHAYA MICROWAVE OVEN???.
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.
Cara masak melawan fitrah Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..
Ketuhar pengancam nyawa Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.
Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.
Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.
Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.
Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.
Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?
Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini: 1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak). 2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. 3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
Kesan makanan gelombang mikro 4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia. 5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya. 6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. 7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini. 8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia. 9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah. 10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.
Fikirkan...
Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?
Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.
Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.
Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya. Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!
Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya: http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm http://www.cancersalves.com/ article/microwav e.html http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 01 Dec 2008, 9:59 am | |
| Tips Bila Kehilangan Anak
Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak
1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.
Dua jam kemudian
1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin
Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah
1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.
Lokasi mudah penculikan
1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan
Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh
1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT
Segala makulumat dan tips ringkas ini adalah petikan daripada wawancara wartawan Harakah AZAMIN AMIN dengan Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim (www.kamalfndhashim.blogspot.com) yang telah disiarkan dalam keluaran akhbar Harakah awal tahun ini.
Sehingga berita ini ditulis Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari lalu di Taman Medan, Petaling Jaya belum lagi ditemui.Semoga seluruh rakyat Malaysia prihatin dapat membantu mengesannya di samping berdoa agar Sharlinie dijumpai dalam keadaan selamat dan doakan roh Nurin dirahmati Allah SWT.- Hrkh |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sat 06 Dec 2008, 1:26 pm | |
| Kelebihan Bismillah, Al Fatihah & Ayat Kursi
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Wallahualam |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sat 06 Dec 2008, 11:18 pm | |
| Luvly Ein...baguih info2 nih.. TQ..... |
| | | patzie_girl Super Senior
Number of posts : 767 Age : 43 Location : keramat wangsa Registration date : 09/08/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sun 07 Dec 2008, 12:19 am | |
| betui cakap kak nina...ni sume ilmu..thanks luvly ein.. |
| | | patzie_girl Super Senior
Number of posts : 767 Age : 43 Location : keramat wangsa Registration date : 09/08/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sun 07 Dec 2008, 12:27 am | |
| harap maklum. sila lihat label ubat batuk bahan kimia PHENYLPROPANOLAMINE .
UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej as al oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)
Kepada Semua,
Luangkan m as a untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua. PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!
Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE .
Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam m as a tiga hari selep as mengambilnya. M as alah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (term as uk kanak-kanak) mencari alternatif lain.
UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :
Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim Maximum Strength Appetite Control Alka-Seltzer Plus Childreyn's Cold Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (per as a ceri atau oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Orig ina l Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & N as al Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic Triaminicol Cold & Cough
Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :
Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sun 07 Dec 2008, 9:16 am | |
| 10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..
1.Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2.Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaranboleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihaksasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos.Perlaksanaan pelanpemasaransecaraberkesan, cekap,konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3.Tidak mengenalipelanggan anda Perubahanpada citarasa pelanggandan juga produk serta perkhidmatan persaingakan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jikaanda kenalpelanggansecara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini danmasa hadapan,tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimanauntuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatantersebut.
4.Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukanaliran tunaiyang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5.Tidakpeduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukarbagi seorang usahawan atau pemilik perniagaanialahuntuk memberi motivasi, bimbingan dan menguruspekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalahtersebut akan menjadi lebih teruk. Moraldan produktiviti pekerjaserta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6.Kelirutentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinantetapi mereka berbelanja dalam duniarealiti.
7.Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, makatidak adacara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihatdari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8.Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama.Anda perlukankakitanganuntuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9.Tiada'Mastermind' Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluargaatau sahabat yang anda percayai.Jadikan merekaAhli Lembaga Pengarah,kaji pelandankeputusan perniagaan bersama mereka.Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorangyang boleh memberikanidea dan pandangan yang objektif.
10.Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yangberjaya pernah mengalamikegagalan. Olehitu, sekiranya anda gagal, biarkankegagalan itu. Bangundan belajardari kesilapan dan kegagalan lalu.Jangan berputus asa danmenderita. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sun 07 Dec 2008, 9:18 am | |
| thankz k nina & patzie,sy akan update info2 bguna ni utk tatapan semua.sy hrp kwn2 lain pun dpt sumbangkn atikel dlm thread ni yer... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Sun 07 Dec 2008, 9:22 am | |
| Senarai Makanan & Hikmahnya Dalam Islam
Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.
Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
'Endive' (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.
Fenugreek (Hulbah) Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .
Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'
Minyak sapi (samn) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil) Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna) Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das) Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm) Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk. |
| | | ladyzone Regular Customer
Number of posts : 266 Age : 61 Location : johor bahru Registration date : 12/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 16 Dec 2008, 12:06 pm | |
| Rahsia taugeh
Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari. |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 16 Dec 2008, 12:20 pm | |
| artikel-artikel yang sangat bermutu dan diluar jangkaan la..best2...jap lagi nak makan taugeh la..tiap2 hari nak lantak.. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 16 Dec 2008, 1:09 pm | |
| Kelebihan Mandi Songsang"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya." Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan. jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.) KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH) 1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh. 2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi. 3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum. 4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak. 5) Melancarkan perjalanan darah. 6) Menjadikan pengamal semakin pintar. 7) Meninggikan daya ingatan. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala. 9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria. 10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat. 11) Memiliki daya ketahanan mental. 12) Menambahkan semangat berani. 13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. Wallahualam... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 16 Dec 2008, 1:12 pm | |
| Muliakan Anak
Kenapa suka cium anak?
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.” |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 16 Dec 2008, 1:15 pm | |
| 22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Wallahualam |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 16 Dec 2008, 1:18 pm | |
| Rahsia Wanita
Baca boleh,percaya jangan..
Yang mana menggambarkan diri anda ?....WANITA
WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 17 Dec 2008, 7:59 pm | |
| Saya nak share & beri peringatan pada kawan2 semua ttg pengalaman saya. (Saya tau almost 80% dari kite di sini semua akan akses ke M2U)
Pagi nih saya check email, biasalah dalam folder spam mesti akan ade email spam sekurangnya satu yang masuk. Seperti biasa jugaklah saya akan delete semuanyer. Tapi email nih nampak lain macam sebab title dier "Maybank Account Problem (ERROR)" & email sent out at 2.58am tadi.
Content die:
"Dear Maybank Customers,
We hereby inform our customers that we have successfully put an immediate stop to the entire security problem on our online banking servers by introducing a Secured Database (SA-42M*).
We are automatically registering our customers to the secured server for added security and for a convenience and faster online banking experience.
This server relocation is mandatory to all customers and unregistered accounts will be deactivated on our server.
Proceed Here. http://www.sa-42m-open-registrations...ank-Online.htm--> jgn sesekali click link nih!!
Thank You,
Maybank Bank Berhad" Ni lah first time saya terima such email from Maybank and its stored at SPAM folder pulak. Sebab saya selalu dgr org terima email spam dari Maybank and penah lost $$ dalam account sampai licin! So saya check sender email nih. Its from Maybank Group . Mmg looks fishy kannnnn???
So saya akses ke Maybank2u Official Website and found... mmg Maybank dah notified about the scam/fake email kat front page! PLEASE BACA BAHAGIAN NOTICE TO M2U USERS.
Byk URL from fake Maybank2U yang dah disenaraikan, hati-hati jgn tertipu!! Kalau ade email yg ask for activation, IGNORE AND DELETE!!!
Sebab sapa-sapa yang dah pernah experience hilang duit dalam account macam nih, belum pernah saya dgr dpt recover duit balik.. Bayangkan la kalau sampai licin diaong sapu duit kita..
SO PLEASE BE EXTRA CAREFUL WITH EMAILS MACAM NI YERK!! JANGAN SESEKALI CLICK THOSE LINKS YANG DIOANG BAGI!!
Ambik dr WMC |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 17 Dec 2008, 10:14 pm | |
| Yup..berhati2 dalam urusan kewangan melalui internet... kalau tak pasti....jangan di cuba... Pastikan mengguna laman web yg biasa di gunakan....jgn guna link....... |
| | | deqlis Super Senior
Number of posts : 869 Age : 43 Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam Registration date : 27/06/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 17 Dec 2008, 11:02 pm | |
| bagus thread nie...byk info.. |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 18 Dec 2008, 1:53 am | |
| saya telah lama mengamalkan mandi sonsang..yeye |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 18 Dec 2008, 11:10 am | |
| - halytobe wrote:
- saya telah lama mengamalkan mandi sonsang..yeye
haly,mandi songsang xpe gak...jgn perangai songsang dh ler... |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 18 Dec 2008, 11:45 am | |
| - luvly e'in wrote:
- halytobe wrote:
- saya telah lama mengamalkan mandi sonsang..yeye
haly,mandi songsang xpe gak...jgn perangai songsang dh ler... jgn isau luvly ein, gue lelaki perkasa dan sejati wings wakaka |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 18 Dec 2008, 12:39 pm | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 18 Dec 2008, 1:00 pm | |
| Otak & Zikir
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 18 Dec 2008, 1:09 pm | |
| Manusia Paling Pintar di Dunia - Stephen HawkingKenali manusia paling pintar di dunia 10 Perkara menarik mengenai Stephen Hawking 1.Mendapat gelaran manusia paling pintar di dunia selepas saintis terkemuka Albert Einstein. 2. Beliau memegang jawatan Profesor Lucasion-Profesor Matematik di Universiti Cambridge iaitu jawatan yang pernah dipegang oleh tokoh saintis terkemuka-Isac Newton. 3. Beliau memiliki 12 jenis ijazah kepujian. 4. Bukunya bertajuk 'A Brief History of Time'(1998) sehingga kini telah diterjemah kepada 33 bahasa dan dijual sebanyak 9 juta naskhah 5. Kerana kepopularitiannya,watak Stephen Hawking pernah muncul dalam rancangan kartun terkenal Bart Simpsons dan juga siri televisyen popular Star Trek 6. Beliau memasuki Oxford ketika berumur 17 tahun 7. Penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) yang dialami oleh beliau ialah sejenis penyakit neuromuskular(neuro otot) yang secara perlahan melemahkan kawalan ototnya 8. Beliau yang kini berusia 60 tahun (1942)pernah diramalkan akan meninggal dunia pada usia muda iaitu sebelum beliau sempat menamatkan tesis ijazah kedoktoran 9 Beliau berkahwin dengan kekasihnya Jane Wilde dan kini mempunyai 3 orang anak dan seorang cucu 10.Beliau bergerak menggunakan kerusi roda. Selepas menjalani pembedahan untuk membantunya berrnafas pada 1985 sehingga menyebabkan beliau tidak boleh bercakap, beliau kini berkomunikasi menggunakan komputer. |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Mon 22 Dec 2008, 3:20 pm | |
| Paste kan je
Jangan simpan duit..kertas and electronic..
"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.
Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.
Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.
OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."
"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".
Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".
Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.
Wallahualam |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 8:10 am | |
| Haram Ucapkan Merry Christmas Bagi Orang Islam
LAILAHAILLALLAH
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 8:14 am | |
| Tips Untuk Menjadi Suami Yang Dikagumi
Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?
Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Utk di kongsikan bersama... |
| | | papamia Mod PR
Number of posts : 4415 Age : 59 Registration date : 16/08/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 8:17 am | |
| - luvly e'in wrote:
- 10 Kebaikan Coke.Cubalah...
Cubalah try dan buktikan secara saintifik " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : ____________ _________ _________ _________ _______
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! ____________ _________ _________ _________ _______
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? ____________ _________ _________ _________ _______
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! ____________ _________ _________ _________ _______
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. ____________ _________ _________ _________ _______
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. ____________ _________ _________ _________ _______
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. ____________ _________ _________ _________ _______
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! ____________ _________ _________ _________ _______
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! ____________ _________ _________ _________ _______
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. ____________ _________ _________ _________ _______
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! ____________ _________ _________ _________ _______ ____________ _________ _________ _________ _______
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca. mmmm.... cm ni nak tukar profesion lah... nk jd pengedar coca cola... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 8:52 am | |
| Artikel tips menjadi suami yg dikagumi sy tujukan khas bt papa... |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 11:23 am | |
| LAILAHAILLALLAH
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH. |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 1:20 pm | |
| wah, nak jadi suami yg cemerlangla..insyaallah, best tuh |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 1:31 pm | |
| - L.I.N wrote:
- LAILAHAILLALLAH
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH. artikel ni dh de kt atas 2 yer... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 1:35 pm | |
| - halytobe wrote:
- wah, nak jadi suami yg cemerlangla..insyaallah, best tuh
haly,hang ni single gi ke? bila nk mendua plak?hang 2 pun bukan muda gi jgn jd mcm my hubby,umur 37 baru kita org kahwin. la ni anak baru sorg umur 3 1/2 thn,tp umur ayah dh 41 |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 1:41 pm | |
| Lin, rupanya menyimpan emas ni lebh bagus ye..menyimpan makanan tu lehla ditafsirkan sebagai menanam sayur2 kat tanah sendiri....patutla |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 1:43 pm | |
| - luvly e'in wrote:
- halytobe wrote:
- wah, nak jadi suami yg cemerlangla..insyaallah, best tuh
haly,hang ni single gi ke? bila nk mendua plak?hang 2 pun bukan muda gi jgn jd mcm my hubby,umur 37 baru kita org kahwin. la ni anak baru sorg umur 3 1/2 thn,tp umur ayah dh 41 single lagi, tolong doakan jodoh aku cepat sampai...aku redha je saat ini tapi rasanya dalm golongan kengkawan tinggalla aku dn 2-3 org yg lum kawin gi..nak kawin gak... |
| | | lynie Ahli Familiar
Number of posts : 179 Age : 44 Location : Puncak Alam/Kuala Terengganu Registration date : 30/11/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 1:51 pm | |
| - halytobe wrote:
- Lin, rupanya menyimpan emas ni lebh bagus ye..menyimpan makanan tu lehla ditafsirkan sebagai menanam sayur2 kat tanah sendiri....patutla
moh kite gi beli emas la ni.. La ni baru 95segram satu lg jom sahut seruan Pak Lah... Pertanian satu perniagaan |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 2:01 pm | |
| |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 4:28 pm | |
| - luvly e'in wrote:
- L.I.N wrote:
- LAILAHAILLALLAH
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH. artikel ni dh de kt atas 2 yer... La ye ker..tak pasan den...uuuhuhuuu..jgn marah aaa |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 4:29 pm | |
| - halytobe wrote:
- Lin, rupanya menyimpan emas ni lebh bagus ye..menyimpan makanan tu lehla ditafsirkan sebagai menanam sayur2 kat tanah sendiri....patutla
So pegi la simpan Emas byk..tapi jgn lupe bayar zakat lak...baru berkat.. |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 4:30 pm | |
| - lynie wrote:
- halytobe wrote:
- Lin, rupanya menyimpan emas ni lebh bagus ye..menyimpan makanan tu lehla ditafsirkan sebagai menanam sayur2 kat tanah sendiri....patutla
moh kite gi beli emas la ni.. La ni baru 95segram satu lg jom sahut seruan Pak Lah... Pertanian satu perniagaan Aku pun tengah dok berjinak2 ngan pertanian nih... |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 4:31 pm | |
| |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Tue 23 Dec 2008, 5:38 pm | |
| |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 24 Dec 2008, 8:14 am | |
| haly ko ni btl la,bkn spec 2 ler... mcm spec pc 2,ko nk yg tip top.bab cari bini pn sama gak ke? |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 24 Dec 2008, 8:17 am | |
| Insyallah,syaitan tak ganggu kita kalau...
Jom kongsi bersama dan amalkan 11 amalan setiap hari supaya syaitan tidak mengganggu kite... InsyaAllah.
1. Banyakkan membaca Auzubillahiminasyaitannirajim... 2. Banyakkan Berzikir,Tahmid 3. Membaca 3 qul 4. Membaca ayat kursi waktu tidur 5. Membaca Surah Al-Baqarah 6. Membaca 'laailahaillallahwahdahualasyarikah... ... (sebanyaknya-kalau tak sempat pun 10x setiap lepas solat) 7. Sentiasa dalam keadaan berwuduk 8. Control mata(kawal mata dari melihat perkara maksiat) 9 Bersahabat dengan org beriman 10. Dirikan solat dengan khusyuk 11.Sentiasa buat solat taubat dan bertaubatlah..
Wallahualam |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 24 Dec 2008, 8:22 am | |
| Missing Girl - Rabiatul AdawiyahAssalamualaikum.. . Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maz nah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h)atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda. Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil. Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan anda. Sekian, terima kasih. Yg m'mnta kerjasama Hazlan Bin Ngah 07-55556562(office) sweetnya c atul ni... |
| | | halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Wed 24 Dec 2008, 1:24 pm | |
| - luvly e'in wrote:
- haly ko ni btl la,bkn spec 2 ler...
mcm spec pc 2,ko nk yg tip top.bab cari bini pn sama gak ke? takdela tip top, biasaje, asal sedap mata memandang cukupla...dan dia penyayang...tapi skang ni nak berkawan2 je dulu... |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa Thu 25 Dec 2008, 8:44 am | |
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa | |
| |
| | | | ArTiKeL hAnGaT UnTuK dIkOnGsI bErSaMa | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 4 | Go to page : 1, 2, 3, 4 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |