|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:31 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:34 pm | |
| Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera Tragedi pelakon drama Nur Kasih, Remy Ishak dibelasah cukup-cukup di bilik persalinan, Istana Budaya masih menjadi isu hangat. Ramai yang tanya, mengapa Remy Ishak dipukul? Ada yang kata, pergaduhan berlaku ada kena mengena dengan kekasihnya Umie Nazeera. ini mungkin juga sebab Remy Ishak playboy dan tak kurang ada yang kata, Remy Ishak terlibat dengan gengster. Macam-macam spekulasi dibuat oleh orang ramai. Imej Remy Ishak tercalar. Akhirnya, Remy Ishak telah tampil untuk buat pendedahan yang mengejutkan. Remy Ishak Yang pasti hubungan Remy Ishak dengan kekasihnya Ummi Nazeera dah pun putus. Ini kata Remy: Saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Dia ada menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Saya boleh maafkan apa yang telah berlaku, cuma cukup setakat ini sahaja. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya juga ada maruah diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga maruah keluarga. Cukup semuanya berakhir di sini sahaja. Ummi Nazeera Ini dia kronologi tragedi Remy Ishak dipukul 4 Disember 2009 Selesai sahaja pementasan teater Natrah, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak. Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di bawah. Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut. Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah. Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku. Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang dirosakkan. Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak. Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera. Cincin di tangan Remy Ishak menjadi punca kesan bengkak di’pipi Ummi Nazeera. 5 Disember 2009 Remy Ishak dipukul di Istana Budaya. Remy Ishak juga mendakwa orang yang datang memukul beliau adalah orang upahan keluarga Ummi Nazeera sendiri. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:37 pm | |
| Evon Koh; pengurus saluran baru Astro Ceria Astro Citra sekarang diterajui oleh Shaliza pengurus saluran baru Astro Ria, Azlin |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:38 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:41 pm | |
| Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya Dato’ Siti Nurhaliza telah mengumumkan Siti Nurhaliza Productions akan menerbitkan Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan yang menggabungkan penyanyi Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya pada 12 hingga 14 Februari 2010. Bagi penyanyi popular ini, Aizat dan Faizal Tahir masing-masing punya bakat, karisma serta peminat sendiri. Kata Dato’ Siti Nurhaliza: “Faktor utama yang menarik minat saya memilih Aizat dan Faizal Tahir ialah kerana bakat besar yang mereka miliki. Mereka bukan sahaja penyanyi yang berbakat, malahan boleh bermain alat muzik, mencipta lagu dan memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan. “Aliran muzik yang diperjuangkan oleh mereka diterima baik oleh peminat muzik tempatan terutamanya golongan muda. Tambahan pula, kemunculan mereka dalam industri seni suara amat memberi impak dan membawa perubahan kepada perkembangan muzik tempatan. Muzik yang dibawa oleh mereka juga segar dan mendapat sambutan yang baik oleh golongan muda hari ini. “Memandangkan konsert ini bertujuan untuk mempromosikan kempen gagasan 1Malaysia kepada masyarakat terutamanya golongan muda, maka pemilihan Aizat dan Faizal Tahir yang dekat dengan anak muda hari ini amat bersesuaian sekali untuk tujuan ini.” Siti tetap memberi kebebasan sepenuhnya kepada Aizat dan Faizal Tahir untuk memikirkan konsep dan bentuk persembahan. Faizal Tahir Gambar ni masa Aizat perform untuk opening act Konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya Aizat dan Faizal Tahir dijangka akan menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing di samping lagu-lagu penyanyi lain menerusi aksi solo selama 45 minit setiap seorang. Selain persembahan solo, kedua-dua bintang ini juga akan menampilkan beberapa lagu duet bersama. Adakah Siti juga akan turut menyanyi? Ini masih tidak pasti sama ada Siti akan membuat persembahan atau pun tidak. Namun, dia lebih selesa jika tidak terlibat dengan perjalanan konsert Aizat dan Faizal Tahir itu kerana ingin memberi penghormatan kepada dua bintang ini untuk menyinar sepenuhnya di konsert mereka. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:42 pm | |
| Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti Ke Showcase Nurul Sempena dengan Showcase Nurul pada 16 Disember ini, Nurul khabarnya akan mengumumkan satu berita baik kepada peminatnya. Dengan itu, Budiey ingin menjemput 50 orang pembaca untuk menyaksikan persembahan Nurul dan menjadi orang yang pertama mendengar pengumuman terbaru dari Nurul selain dapat sama-sama memeriahkan majlis bersejarah ini |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 15 Dec 2009, 2:45 pm | |
| Gambar Wan Sharmila di Pelancaran Single Terbaru Naizle Kini Wan Sharmila kembali solo setelah bercerai dengan bekas suami, penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom sebulan yang lalu. Mereka bercerai talak satu secara damai. Solo-solo pun, Wan tetap laku. Kat TV sekarang, drama Tari Tirana sedang ditayangkan. Dapat respon yang baik dari penonton. Budiey ada terdengar gosip mengatakan perceraian berpunca dari orang ke-3. Siapakah orang ke-3 yang dimaksudkan tu, tak dapat dipastikan. Wan pun tak nak komen apa-apa pasal gosip liar tu. Wan Sharmila ditemui masa Budiey hadir di Pelancaran Single Terbaru Naizle di Restoran Intai-Intai baru-baru ini. Hadir dengan pakaian yang simple, berkaca mata dan mengenakan solekan yang nipis, Wan tetap ceria melayan peminat untuk bergambar. Bagi penggerak utama drama Tari Tirana ini, bercerai bukan bermaksud kita gagal. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Wan tak serik untuk berkawan dengan lelaki. Pengganti pun masih belum ada. jadi, sekarang, Wan betul-betul nak tumpukan kepada dunia lakonan. Oleh kerana drama Tari Tirana masih berbaki 6 episod lagi, Wan Sharmila begitu fokus dengan drama ini walaupun ada tawaran lain yang datang. Katanya, habis shooting drama ini, barulah Wan dapat ambik offer untuk berlakon dalam drama yang lain pula. Wan dulunya pernah menjadi penari di Yayasan Warisan Johor, jadi tak hairanlah Wan dapat menari dengan baik. Kalau nak tahu, Wan juga menjadi penari latar untuk persembahan Noraniza Idris, menerusi lagu Hala Timur di AJL |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 4:38 pm | |
| Pasha Ungu Nafi Desak Peminat Datang Mahkamah SELEPAS prosiding lanjutan kes penganiayaan dan kekerasan ke atas bekas isterinya, Okie Agustina Sofyan, Pasha dilihat mendapat sokongan puluhan peminat band Ungu yang dikenali sebagai Clickers Ungu. Namun begitu, Pasha menafikan dia yang mendesak peminatnya untuk hadir ke prosiding kes itu. “Mereka datang tanpa saya minta tetapi yang saya tahu mereka datang dari jauh. Saya sangat berterima kasih kepada semua Clickers Ungu,” ujar vokalis Ungu seperti yang dilaporkan dalam sebuah laman web. Pasha berkata dia semakin bersemangat untuk menjalani prosiding kes itu setelah melihat puluhan peminat Ungu yang hadir ke situ. Antaranya golongan remaja yang sebahagiannya mengenakan baju dengan logo band Ungu. ”Sehingga saat ini ramai yang mendoakan saya, Alhamdulillah,” tambahnya. Dalam prosiding kali ini, Okie Agustina sebagai plaintif tidak hadir melainkan peguamnya, John Simanjuntak dan ibunya, Sri Gunawan. Sri yang mewakili anaknya itu tetap merasa tidak berpuas hati dengan status tahanan kota Pasha. ”Okie kecewa dengan status tahanan kota Pasha dan suratnya seperti tidak dipedulikan,” jelas Sri. Prosiding kes ini akan ditangguhkan pada 22 Disember depan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 4:39 pm | |
| Natasha: Cinta Bukan Segala-Galanya Natasha tetap tabah menghadapi hari yang mendatang Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU KEKUATAN dan semangat yang kental dalam diri membuatkan insan yang bergelar Natasha Hudson ini begitu tabah menghadapi status janda buat kali kedua. Walaupun status janda sekali lagi muncul dalam hidup Natasha, namun masa depan tetap diteruskan demi Nessa Helena yang baru berumur 1 tahun lebih kini masih di bawah jagaannya hasil perkongsian hidup dengan bekas suami. Bertanya mengenai kehidupannya kini, pelakon yang pernah membintangi filem Chermin ini mengakui, perasaan sayang masih lagi menyelubungi dirinya terhadap perkahwinan dulu. Setelah sebulan lebih menjalani hidup dengan status barunya, Natasha kini masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami. "Walaupun saya telah berpisah dengannya, namun hubungan kami masih baik seperti seorang kawan. "Saya terima dengan hati yang terbuka, semuanya sudah ditentukan olehNya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Slimming Santuary di Wangsa Walk, baru-baru ini. Ujar Natasha, dia masih merindui ikatan perkahwinannya itu. Jika diberi pilihan dia mahukan perpisahan itu dapat dipulihkan semula. Namun biarlah takdir yang menentukan jika masih ada ruang untuk mereka rujuk semula. Tanpa mahu menjelaskan punca penceraian mereka, jelas Natasha, biarlah perkara tersebut menjadi rahsia antara dia dan bekas suaminya. Walaupun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun dia tidak akan serik untuk berhadapan dengan perkahwinan pada masa akan datang. "Jika sudah sampai jodoh buat saya dan dipertemukan dengan lelaki yang sesuai, saya akan berkahwin," katanya. Katanya lagi, walaupun tidak menyesal dengan apa yang berlaku dalam hidupnya, namun Natasha mula mengambil pengajaran dan iktibar dari pengalamannya untuk lebih bersedia dalam menjalani kehidupan di masa akan datang. Akui Natasha, selepas terjadinya perceraian antara mereka, dia merasakan cinta bukanlah segala-galanya untuk menjanjikan kebahagiaan. Namun, dia bersyukur kerana perpisahan yang berlaku tidak pernah melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak dan sehingga hari ini, Natasha masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas mertuanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 4:40 pm | |
| Liyana Jasmay Jelas Isu Restoran Terlalu Mahal PELAKON dan penyanyi Liyana Jasmay menafikan Restoran Ikan Sungai di Desa Melawati yang didakwa menjual makanan terlalu mahal itu adalah miliknya. Sebaliknya restoran yang terkenal dengan menu 10 jenis ikan sungai itu merupakan milik bapanya, Jasmay Shah, 56, yang diusahakan di bawah syarikat Besta Corporation Sdn Bhd sejak November 2008. Oleh sebab itu, gadis berusia 20 tahun ini berkata dia tidak layak untuk menjawab isu harga makanan yang dianggap mahal di restoran itu. "Saya tidak layak memberikan komen kerana restoran itu tiada kena-mengena dengan saya. Jadi, saya tidak tahu kenapa harga makanan di restoran itu terlalu mahal. "Tetapi saya memang tahu yang harga makanan di situ agak mahal. Nasihat saya, kalau rasa restoran itu mahal, jangan paksa untuk datang makan di situ...," jawab Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini. Jelas Liyana, dia menganggap mungkin harga makanan di situ agak mahal kerana jenis ikan sungai yang digunakan. "Saya sekeluarga memang penggemar ikan sungai. Kami pernah makan ikan sungai di sebuah restoran di Pahang. Harga makanan di restoran itu juga mahal kerana menggunakan ikan-ikan sungai yang segar. "Walaupun harganya mahal, kami tetap berpuas hati kerana ikan itu memang sedap. “Sama seperti restoran bapa saya, ia lebih menjual makanan Melayu kampung seperti ikan-ikan sungai segar yang jarang ada di setengah restoran lain. “Lagipun restoran bapa saya bukan seperti gerai di tepi jalan,” kata pelakon filem Papadom ini. Tambah penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta ini lagi, “Mungkin orang ingat makanan Melayu ni murah dan makanan barat adalah mahal.” Dalam pada itu, ibu Liyana, Habsah Simpon, 52, yang lebih arif tentang restoran milik suaminya itu berkata harga makanan mahal disebabkan oleh kesukaran mendapatkan ikan-ikan sungai dari Sungai Pahang dan Sungai Perak itu. “Ikan-ikan sungai ini merupakan ikan sungai liar yang segar dan bukannya ikan yang dibela dalam sangkar. “Restoran itu dibuka untuk peminat-peminat ikan sungai. Antara ikan sungai yang boleh didapati di restoran ini adalah Ikan Nanas, Ikan Tengalan, Ikan Kerai dan Ikan Sebarau. “Ikan Patin pun ada pelbagai jenis dan lebih mahal. Ikan lain yang mahal iaitu dicaj RM35 per 100gm untuk seorang makan seperti Ikan Tengalan, Ikan Sebarau dan Ikan Kerai,” jelas Habsah. Walaupun mahal, namun restoran itu menjanjikan makanan yang sedap dan menyelerakan dengan menu istimewa seperti ikan masak asam, ikan masak tempoyak, ikan goreng, ikan bakar termasuk beberapa jenis masakan kampung yang lain oleh Chef Kamarul Arifin. Chef Kamarul merupakan rakan baik selaku rakan kongsi perniagaan di restoran itu. Di restoran itu juga terdapat poster gambar dan maklumat 10 jenis ikan sungai untuk tujuan pendidikan. Restoran itu beroperasi pada waktu makan tengah hari iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang dan disambung semula pada pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam. Restoran Ikan Sungai terletak di No.11, 2/C, Desa Melawati, Kuala Lumpur. Ujar Habsah lagi, syarikat Besta Corporation telah beroperasi lebih 10 tahun lalu setelah suaminya mengambil alih syarikat itu. Syarikat itu juga membekalkan makanan di hospital-hospital. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 4:42 pm | |
| Saya Belum Rasa Ingin Berkahwin Lagi - Farah Asyikin RIAK wajahnya cukup ceria ketika hadir pada sesi temubual santai ini. Tutur Farah Asyikin tenang, mungkin juga kerana dia baru saja pulang dari Melbourne, Australia setelah tiga minggu berada di sana untuk 'menenangkan fikiran'. Penyanyi berusia 30 tahun ini hanya tersenyum apabila ditanya gejolak rasanya ketika ini setelah mengharungi kontroversi yang mencabar dirinya baru-baru ini. Tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah untuk ditangkis dalam fikiran wanita ini. Mahu atau tidak, Farah terpaksa menerima hakikat bahawa kisah hitam itu akan sentiasa lekat dalam sejarah hidupnya. Cuma kekuatan diri saja yang mampu membuatkan penyanyi ini dapat meneruskan kehidupan biasa tanpa memikirkan apa yang pernah singgah dalam dirinya. "Dituduh sebagai perampas suami orang memang cukup memeritkan, tambahan pula perkara itu tidak benar. Sebagai artis, saya tidak nafikan kontroversi adakalanya turut 'membantu' menaikkan nama artis, tapi tanyalah mana-mana artis, tiada siapa yang mahukan kontroversi seteruk ini dalam diri mereka. "Berkali-kali saya pernah katakan, saya amat menentang perempuan yang mengambil 'hak' orang lain. Saya tahu perasaannya, apatah lagi saya juga pernah bergelar isteri. "Tetapi saya akui, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Saya menjadi seorang wanita yang lebih 'kuat'. Salah satu sebab saya ke Melbourne juga adalah untuk tenangkan fikiran selepas apa yang terjadi. "Siapa yang tidak tertekan bila dilanda kontroversi seperti ini. Saya pun tidak mahu 'diserang' dengan soalan-soalan oleh sanak-saudara dan disebabkan itu, saya memutuskan untuk 'korbankan' Hari Raya Haji yang lalu dan pergi ke Melbourne seorang diri," kata Farah yang tinggal bersama ibu saudaranya yang menetap di sana. Ujar Farah, dia sudah tidak mahu berbicara tentang kisah itu lagi dan ingin membuka episod baru dalam hidupnya. Namun, tutur penyanyi ini lagi, antara dia dan 'lelaki' tersebut masih lagi berkawan baik sehingga saat ini. "Buat masa ini, kami hanya selesa berkawan saja. Saya pun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana semuanya berlaku bukan daripada kami," tegas Farah yang pernah melalui perceraian dengan bekas suaminya, pada 26 Mei tahun lalu. Sekadar menyingkap kisah di sebalik kontroversi yang melandanya kira-kira dua bulan lalu, semuanya tercetus gara-gara satu e-mail yang dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa Farah bercinta dengan suami orang dan mereka dikatakan turut bercuti bersama di Hong Kong. Menjelaskan perkara itu sebaik e-mail itu tersebar, Farah tidak menafikan lelaki yang dimaksudkan di dalam e-mail itu ialah M, berasal dari Singapura, yang mana hubungan mereka baru saja benar-benar serius sejak beberapa bulan yang lalu. Namun, kata Farah ketika itu, apa yang diperkatakan di dalam email tersebut tentang dirinya adalah tidak benar kerana lelaki tersebut sebenarnya telah pun bercerai sebelum mereka berkenalan rapat. Malah, lelaki yang dimaksudkan itu juga telah mengeluarkan kenyataan agar tidak membabitkan Farah dalam hal tersebut. Ditanya sama ada perkara ini membuatkan dia lebih berhati-hati untuk mencari jodoh, sambil tersenyum Farah berkata, istilah serik sama sekali tidak timbul. Namun, untuk berbicara lanjut tentang jodoh dan sekaligus mengenai perkahwinan, ujar Farah, dia belum memikirkan ke arah itu. "Sejujurnya, saya belum rasa ingin berkahwin lagi buat masa ini, tambahan pula dengan apa yang melanda diri saya membuatkan saya perlu lebih berhati-hati. Saya tidak pernah meletakkan sasaran bila saya akan berkahwin lagi. "Saya tidak nafikan, segelintir masyarakat sering meletakkan persepsi negatif terhadap perempuan berstatus janda. Tapi saya bukanlah jenis wanita yang terdesak. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa berada di sekeliling saya. "Perasaaan sunyi tu adakalanya memanglah terasa juga. Tetapi saya tidak terlalu memikirkannya," kata Farah yang ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier nyanyiannya terlebih dahulu. Ketika ini, Farah baru saja merakamkan single terbarunya, Ada Mu yang merupakan hasil nukilannya sendiri. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 4:45 pm | |
| Zizie Ezette & Bung Mokhtar Sah Berkahwin PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette kini dikatakan sudah melangsungkan majlis akad nikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu. Isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat sepanjang hari ini. Ia sekaligus menjawab khabar angin yang timbul sebelum ini mengenai lamaran ahli politik dari Sabah kepada pelakon terkenal ini. Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar telah bernikah minggu lalu Difahamkan, pasangan berkenaan akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini. Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang tadi mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung. Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat. "Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online. Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie. Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang semalam dan hari ini beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan. "Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen. Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta. Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi menafikan bahawa anaknya itu telah berkahwin dengan ahli politik tersebut. "Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul. "Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," katanya. BERITA TERDAHULU PETALING JAYA: "Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette ini berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah. Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan. "Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan. “Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut. Zizie sebelum ini pernah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an dari Batu Pahat, Johor setelah hampir tujuh tahun bercinta. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 4:50 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 5:10 pm | |
| Gambar Zizi AF7 Ingat lagi tak entri Zizi AF7 kejutan budaya seksi sedikit? Masa itu, entri tersebut menerangkan Zizi berasa kurang selesa berpakaian seksi sedikit. Maksud seksi sedikit oleh wartawan ketika itu ialah bergambar menampakkan betis dan berpakaian pakaian tanpa lengan. Tapi sekarang tidak lagi beb, sekarang Zizi lebih selamba, tunjuk tiak lagi.. hihi. Mungkin menerima nasihat dari rakan artis atau wartawan itu sendiri. Baguslah tu, sama-sama tambah dosa kan. Orang tu taknak seksi, kau paksa dia seksi. Sekarang sama-sama jadi arang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 5:17 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 5:20 pm | |
| Liyana & Jac bakat semakin hebat |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 16 Dec 2009, 5:22 pm | |
| Korban rambut demi isteri Oleh Zul Husni Abdul Hamid Cinta yang bersemi sejak usia 14 tahun diakhiri dengan ikatan pernikahan pada 5 Disember lalu. PERCINTAAN mereka bukan sebuah dongeng indah kerana turut disulami dugaan serta cabaran. Ternyata cinta yang disemai sejak di bangku persekolahan membawa vokalis Kristal, Mohd Razlan Mohamed Yusof dan Nur Sheila Hassim ke gerbang perkahwinan. Sedekad perkenalan ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan pada pagi 5 Disember lalu, Razlan, 24, atau mesra dipanggil Lan dan Sheila bersatu sebagai suami isteri. Akui Lan, cinta yang bertandang dalam diam sejak mereka berada di Tingkatan Dua juga pernah diuji namun kejujuran serta keikhlasan mengatasi segala-galanya. Memasuki dunia hiburan pada usia mentah membentangkan Lan dan Kristal dengan pelbagai dugaan tetapi hatinya tidak pernah berubah. Sebagai simbol tanda kasih kepada isterinya, Lan memotong rambut panjangnya ke paras bahu pada malam sebelum pernikahannya berlangsung. “Ia sebagai nazar saya apabila Tuhan memberkati percintaan kami dan mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan sah,” kata Lan. Pasangan itu diijabkabulkan oleh Imam Masjid Jamek Batu 14, Puchong, Idris Ahmad di kediaman pengantin perempuan di Kampung Sri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor tepat jam 10.15 pagi. Pada majlis yang mengangkat latar Arab Gipsi sebagai tema upacara, Sheila atau mesra dipanggil Ain menerima mas kahwin berjumlah RM222.22 dan wang hantaran pula, RM22,222.22. Masih belum menetapkan destinasi bulan madu, Lan berkata, angka dua menyimpan makna tersendiri buat mereka berdua lalu diabadikan penuh simbolik menerusi jumlah mas kahwin dan wang hantaran. “Alhamdulillah, jodoh kami kuat dan kehadiran Sheila melengkapkan hidup saya. Sheila ialah anugerah tidak ternilai yang diberi Tuhan kerana dia sentiasa bersama saya tidak kira pada detik suka atau duka,” katanya. Melewati jarak percintaan panjang pada usia muda membuatkan Lan dan Sheila mengamalkan sikap terbuka dalam perhubungan mereka. Kata Sheila, dia akur akan perjalanan cinta monyet mereka yang membentangkan pelbagai kemungkinan membuatkan dia selesa bersikap terbuka, selain kejujuran Lan dan sikap berterus terang diamalkan membuatkan Sheila yakin Lan adalah pilihan tepat. “Lan tidak pernah berkasar, malah sepanjang percintaan kami dia melayani saya dengan baik,” katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 17 Dec 2009, 11:59 am | |
| Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin Tapi Bung Nafi PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya. Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya. "Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini semalam. Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar telah bernikah minggu lalu Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat semalam. Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam tadi. Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang semalam mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung. Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat. "Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online. Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie. Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang kelmarin dan semalam beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan. "Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen. Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta. Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut. "Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul. "Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty. Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab: "Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 17 Dec 2009, 12:00 pm | |
| Fahrin: Saya Tidak Akan 'Berbaik' Semula Dengan Scha PUNCA berakhirnya cerita cinta pelakon Fahrin Ahmad, 30 dan Scha Alyahya, 26 hujung Ramadhan lalu sebenarnya masih lagi menjadi tanda tanya ramai. Masakan tidak, tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja meraka dikatakan putus cinta. Namun susulan kenyataan yang diberi oleh kedua-dua pihak seperti berdolak-dalik tanpa memberikan sebuah jawapan yang pasti. Cakap-cakap mulut banyak berpihak kepada Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir dan menyalahkan Fahrin dalam kegagalan hubungan cinta mereka. Berpeluang menemui Fahrin pada Majlis perlancaran sebagai jurucakap produk Garnier Men pagi tadi, sengaja perkara itu dibangkitkan lagi untuk mengupas lanjut kisah disebalik perpisahan dua selebriti ini. Fahrin tidak menyangkal persepsi masyarakat yang menyalahkannya dalam hal ini, namun katanya itu adalah hak mereka. Bagi Fahrin jika banyak bercakap lebih memburukkan keadaan dan lebih baik bercakap bila perlu dan tepat pada masanya. "Biar orang nak cakap apa, lambat-laun orang akan mengetahui kebenarannya, benda dah ada depan mata. "Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya," ujar Fahrin dengan nada yang sinis. Saat ditanya adakah Awal Ashaari nama yang disebut-sebut menjadi punca perpisahan mereka, Fahrin hanya tersenyum. "Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang," ujarnya. Pengacara Sehati Berdansa ini turut memberitahu bahawa perpisahan dengan pasangan pengacaraanya itu berakhir secara serius pada bulan Ramadhan lalu namun mengakui pada peringkat awal hatinya masih berharap agar percintaan itu masih boleh diperbaiki. "Pada peringkat awal, saya yakin tiada jodoh dan tiada keserasian antara kami. Namun, apabila masa berlalu saya nampak kebenarannya. "Mulanya saya tidak pernah menutup ruang untuk berbaik semula tapi lama-kelamaan saya tahu perkara ini dan saya tidak akan 'berbaik' semula dengan Scha," kata Fahrin yang tidak mahu perkara ini menjejaskan kredibilitinya dalam Sehati Berdansa. Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui agak sukar untuk bergandingan bersama bekas kekasihnya itu ketika mengendalikan Sehati Berdansa. "Susah.. bukan mudah berada dalam situasi saya dan untuk buat yang terbaik. Kalau memikirkan daya dan kekuatan memang saya tak mampu, tapi Tuhan bagi kekuatan pada saya. "Saya dah tanamkan di fikiran untuk cabar diri saya, selagi orang tidak dapat melihat apa yang terjadi disebaliknya, dan orang 'tertipu' dengan kemesraan kami, itu kejayaan saya untuk lebih profesional dan ketepikan hal peribadi. "Lagi orang tidak nampak lagi bagus. Tapi hakikatnya bukan mudah," keluh Fahrin. Tambahnya, hubungan dengan Scha kini hanya atas dasar profesional dan berkaitan dengan kerja semata-mata. Beliau turut menyerahkan kepada Tuhan dan masa untuk menjelaskan segala-galanya. Fahrin yang kini menjadi jurucakap kepada tiga produk iaitu Celcom, Shell dan Garnier berkata razekinya semakin bertambah dikala usianya kini menjangkau 30 tahun. "Disebalik ujian yang menimpa, Tuhan turunkan banyak razeki untuk saya bersyukur. Kini saya sibuk dengan tugas dan jadual yang semakin padat ini sedikit sebanyak dapat lupakan hal peribadi," kata Fahrin yang mengakui semakin mencabar untuk menguruskan jadual hariannya. Fahrin berkata, dia sedang melalui hari-hari yang seronok dan mempunyai ruang masa serta tumpuan yang lebih terhadap dirinya sendiri. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 17 Dec 2009, 12:02 pm | |
| 'Detektif Lim' Dihukum Penjara 2 Bulan Dan Denda RM2,000 oleh WAHI AZIZ KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap pelakon drama bersiri Gerak Khas Mohd Farid Amirul Wu atas tuduhan mencuri buku. Pelakon popular yang dikenali sebagai Detektif Lim dalam siri Gerak Khas ini telah dituduh mencuri 2 buah buku iaitu The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu. Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim' itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu. Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV). |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:43 pm | |
| Pasha Ungu Bersumpah Tidak Pukul Bekas Isteri VOKALIS Ungu, Pasha, semalam bersumpah tidak memukul bekas isterinya, Okie, dalam pembelaannya di hadapan Hakim Mahkamah Negeri Bogor. Namun pembelaan Pasha itu ditolak. Justeru, prosiding Pasha dan Okie ditangguhkan pada 5 Januari depan dengan prosiding daripada saksi. “Saya menerima apa jua keputusan mahkamah,” kata penyanyi lagu ‘Dilema Cinta’ ini apabila Hakim menolak pembelaannya itu. Walaupun kesnya masih berjalan, bapa kepada tiga orang anak ini berkata dia tetap bekerja seperti biasa dan bersikap profesional. Ditanya sama ada Pasha stres dengan kes itu, dia menjawab, “Kenapa saya stres pula.,” ujarnya semula sebelum berlalu pergi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:44 pm | |
| Penaja Rock The World 9 ‘Buat Hal’? oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Mohamed Zahid Yon (tengah) bersama artis yang akan menjayakan Rock The World 9. KONSERT Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) ditunda pada 26 Disember ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ada sumber mendakwa konsert ini terpaksa di tunda dan diubah lokasinya kerana pihak penganjur, Fat Boys Records Sdn Bhd mengalami masalah dengan pihak penaja lokasi konsert itu. Ini kerana, RTW9 sepatutnya dianjurkan pada 19 Disember lalu di Sunway Lagoon Petaling Jaya. “Penaja lokasi RTW9 tiba-tiba ‘buat hal’ dan enggan memberikan kerjasama dengan pihak penganjur kerana salah faham semasa majlis sidang media RTW9 sebelum ini. “Masalah itu tercetus apabila pihak penganjur tidak memanggil wakil penaja untuk bergambar sekali semasa sesi bergambar. “Ekoran salah faham itu, pihak penganjur terpaksa menarik diri daripada mengadakan konsert itu di situ,” kata sumber itu. Atas faktor itu lokasi konsert yang ditaja oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) ini diubah ke Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil pada 26 Disember ini, Sabtu, mulai pukul 10 pagi sehingga lewat malam. Dalam pada itu, ketika ditanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Fat Boys Records, Mohamed Zahid Yon untuk mengulas hal tersebut, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut. “Saya tak nak komen banyak. Apa yang saya boleh katakan adalah disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan...,” ulas Zahid ringkas. Disebabkan itu, penyanyi Zee Avi yang kini berada di Amerika Syarikat dilaporkan gagal menyertai RTW9. “Apabila kami mengubah tarikh, Zee Avi tak dapat membuat persembahan sekali kerana kebanyakan pemuzik iringannya dari luar negara sibuk meraikan Hari Krismas. “Jadi, kami telah menggantikan tempatnya dengan Yuna,” jawab vokalis band Disagree ini. Lebih 60 band akan dibahagikan kepada tiga pentas seperti yang dilakukan tiga tahun lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pentas utama akan dipersembahkan oleh Love Me Butch, Pop Shuvit, Bunkface, Pesawat, Disagree, Yuna, One Buck Short, Saturnine, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Restraint, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, Bleeding Mascara, Monoloque, dan Kugiran Di Tepi Pantai. Sementara pentas indie pula akan diambil alih oleh Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co., Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, An Honest Mistake, Robot Asmara, dan Aku. Pentas ‘chill out’ akan dikuasai oleh Rashdan Harith, Liyana Fizi, Lurks, Otam, Mohd Jayzuan, Karen Nunis Blackstone, Bo Bedroom Sanctuary, Slowjaxx, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi. Buat julung kalinya juga, RTW9 akan mempersembahkan bengkel muzik gandingan John Thomas sebagai pemain drum, Rithan Deja Voodoo Spells dan Julian Mokhtar (gitar), Ken (bekas pemain bass Estranged) (gitar bass) dan demo muzik chiptune oleh MN32. Tiket berharga RM25 bolehlah didapati di kedai Music Valley, Rock Corner, Extreme dan Axcess Tickets. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:45 pm | |
| Nurul Bongkar Rahsia Wajah Berseri oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Nurul di samping Norman Chong ketika majlis pelancaran G&G baru-baru ini. RAHSIA wajah berseri-seri Nurul akhirnya terbongkar apabila penyanyi dan pelakon ini diumumkan sebagai duta jenama Studio Glow and Glamour (G&G) baru-baru ini. Sebelum ini, ramai yang menduga Nurul sedang dilamun cinta lebih-lebih lagi apabila dia menyebut sesuatu akan berlaku pada awal bulan Disember ini berkenaan dia dan cinta barunya menerusi laman web FaceBooknya. Patutlah ada sumber dari internet yang mendakwa pernah ternampak Nurul dengan penampilan yang menarik dan berseri-seri sejak sebulan dua lalu. Rupa-rupanya, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbarunya, Tika Cinta ini sudah menemui pasangan yang ‘secocok’ dan selesa dengannya iaitu G&G. Ibu tunggal kepada seorang anak, Ayu Nazirah ini mula manjadi pelanggan G&G selepas beliau inginkan satu transformasi bagi penampilan dirinya bagi membantunya untuk bangkit dari pengalaman pahit yang dilaluinya. “Saya memilih G&G kerana ianya menawarkan rawatan yang istimewa dan eksklusif bagi setiap pelanggannya bergantung kepada keperluan individu itu sendiri. “Saya percaya tiada had umur tertentu untuk melakukan transformasi imej. Apa yang penting adalah disiplin. Dengan nasihat dari pakar dan rawatan yang saya terima dari G&G, saya berjaya mencapai impian saya,” ujar Nurul Huda Abd Wahab, 31. Beliau menambah, “Dengan transformasi ini, ia bukan sahaja memberikan saya imej baru malah menjadikan saya lebih yakin, berketrampilan dan membuka lebih banyak peluang untuk memajukan karier seni.” “Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh G&G sebagai duta jenama mereka, saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan keyakinan dengan orang ramai. G&G bagaikan seorang rakan yang menjaga kesihatan dan tubuh badan saya,” tambah Nurul. Menurut Pengurus Besar G&G, Norman Chong, pemilihan Nurul sebagai duta jenamanya bertepatan dengan usaha penjenamaan semula syarikat tersebut sebagai sebuah pusat kecantikan dan pelangsingan badan profesional dan membantu merealisasikan kemunculan semula Nurul sebagai bintang dalam industri. “Pemilihan Nurul sebagai duta jenama kami adalah berlandaskan pada kegigihan dan semangat luar biasa Nurul dalam mencapai matlamat hidupnya selepas dilanda pelbagai peristiwa yang mengecewakan. “Nurul juga percaya semua yang berlaku adalah titik tolak penting dalam membentuk dirinya untuk menjadi individu yang lebih matang dalam kehidupan dan karier,” kata Norman. Sebagai seorang artis yang mempunyai rekod cemerlang, Nurul telah merakamkan empat buah album solo dan empat buah album duet sejak awal pembabitannya pada tahun 1995. Nurul turut menerima tiga Cakera Emas bagi penjualan albumnya yang memberangsangkan. Kejayaan Nurul terus diiktiraf apabila beliau memenangi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996, Lagu Terbaik AIM (bagi tahun 1999 dan 2004) dan juga Juara Kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu 2003. G&G merupakan sebuah pusat kecantikan yang semakin berkembang sejak ditubuhkan pada tahun 1998. Ia mempunyai lima buah rangkaian pusat kecantikan di sekitar Lembah Kelang serta menawarkan pakej lengkap rawatan kecantikan yang merangkumi rawatan pelangsingan badan, rawatan muka dan penjagaan payudara kepada para pelanggannya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:46 pm | |
| Scha Terus Bersama Awan Dania 3 Oleh WAHIDA ASRANI EPISOD cinta mereka sudah pun lama berakhir. Tapi entah mengapa, baru saat ini Fahrin Ahmad membuka mulut tentang punca perpisahannya dengan Scha Al-Yahya yang dikatakan disebabkan oleh 'kecurangan' aktres dan pengacara itu sendiri . Malah, Fahrin turut berkata, dia tidak mungkin akan kembali ke pangkuan Scha walaupun ramai yang ingin melihat mereka bersama semula memandangkan kedua-duanya dilihat cukup serasi ketika mengendalikan program Sehati Berdansa yang sedang bersiaran di Astro Ria. Namun, enggan memanjangkan cerita, Scha tidak mahu membuka mulut dan 'menjawab' semula kenyataan tersebut. Bagi pelakon yang popular menerusi siri Awan Dania ini, dia lebih selesa menyimpan kemas apa yang berlaku supaya kisah ini tidak lagi menjadi bualan ramai. Ujar Scha, dia lebih senang untuk meneruskan lembaran baru dalam hidupnya dengan meletakkan fokus yang tinggi terhadap karier saja buat masa ini daripada berbicara tentang hal peribadi. Kesempatan berbual dengan gadis ini , Scha mengambil kesempatan menjelaskan tentang isu kononnya dia tidak lagi membintangi siri Awan Dania musim ketiga. Sebelum ini, khabar angin mengatakan Scha telah digugurkan daripada drama bersiri popular itu dan akan digantikan dengan orang lain. "Saya masih bersama Awan Dania. Ketika ini, saya juga sedang berada di lokasi penggambaran drama ini yang baru saja bermula tiga hari lalu. "Apa yang boleh saya katakan, saya terima lagi watak Dania ini disebabkan peminat-peminat yang masih mahukan saya dalam drama tersebut. "Disebabkan itu, saya sanggup menolak beberapa tawaran filem semata-mata untuk memberikan komitmen terhadap drama ini," katanya. Ditanya tidakkah dia berasa serik untuk bekerja dengan produksi tersebut apatah lagi dengan masalah yang pernah melanda ramai pelakon drama itu pada musim kedua lalu, kata Scha, dia tidak mahu memikirkan tentang perkara itu dan ingin bersikap profesional. "Walaupun produksi ini memang 'mencabar' sedikit, tetapi rasanya, lebih baik saya ketepikan emosi saya dan jadi profesional saja. Tidak perlulah saya bangkitkan semula kisah yang berlaku," katanya ringkas. Drama 13 episod ini masih diarahkan oleh Samby. Selain Scha, rata-rata pelakon yang terbabit untuk musim terbaru drama ini terdiri daripada pelakon-pelakon baru. Irma Hasmie dan Jehan Miskin juga dikatakan tidak lagi membintangi Awan Dania musim ini. Awan Dania musim ketiga ini akan menjalani penggambaran selama sebulan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:50 pm | |
| Ida Nerina Nafi Sha’arin Pernah Lafaz Cerai KUALA LUMPUR: Pelakon Ida Nerina Hussain, 45, melalui peguamnya menafikan Sha’arin Mohd Razali, 40, pernah melafazkan cerai terhadapnya pada September lalu seperti yang didakwa suaminya itu. Peguam syarie Akhbardin Abdul Kadir yang mewakili Ida hari ini berkata anak guamnya itu tidak bersetuju dengan permohonan pengesahan cerai yang difailkan oleh Sha’arin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini. “Saya ingin mengesahkan yang pihak plaintif (Sha’arin) telah menyerahkan saman kepada defendan (Ida) tetapi hari ini defendan tidak dapat hadir kerana berada di India untuk menjalani rawatan kesihatan. “Defendan akan datang ke mahkamah pada Januari depan untuk sebutan kes ini dan akan memasukkan pembelaan kerana tidak bersetuju dengan permohonan itu disebabkan lafaz cerai tidak berlaku di luar mahkamah,” kata Akhbardin ketika prosiding kes itu dalam dewan mahkamah. Sha’arin juga tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana berada di luar negeri dan diwakili oleh peguam syarie Mahyuddin Md Zahari. Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memutuskan sebutan semula kes ini ditangguh pada 22 Januari depan, pukul 9 pagi, di mahkamah yang sama sebelum perbicaraan pengesahan lafaz cerai di bawah Seksyen 55A Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Kedua-dua peguam syarie memaklumkan yang anak guam masing-masing akan hadir pada prosiding kes selepas ini. Difahamkan, jika Ida tidak hadir ke mahkamah selepas ini, mahkamah akan mendengar dan memutuskan perbicaraan kes ini tanpa kehadirannya di bawah Seksyen 121 (1)(b) Akta Tatacara Mal Wilayah Persekutuan 1998. Pada 23 November lalu, Sha’arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose juga memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu. Pada Hari Raya Puasa kedua lalu, suami Ida didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Anak’ itu. Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya. Dimaklumkan, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida.Pada 9 Oktober lalu, Sha'arin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya. Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi. Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa. Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu. Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini. Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:51 pm | |
| Alliza Enot Abdullah seksi |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:54 pm | |
| Gambar Sidi AF7 bersama isterinya, Nurul, |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:55 pm | |
| Gambar Zul Ariffin Berketak-ketak badan Zul Arrifin ni, patut la Abby tergila-gila. Maklumlah, Norman sekarang dah tak berketak lagi, dah tua |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:56 pm | |
| Artis Lelaki Dayus of the year – Remy Ishak Ha amik kau obat, sekali pihak perempuan bersuara, lantas kau menutup telefon bimbit kau ya Remy Ishak. Cerita dari belah perempuan sangat berlainan, mari kita ikuti petikan yang di ambil dari Harian Metro. “Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19. Gila la kau ni Remy, loser dan dayus pukul perempuan. Tambahan pula Ummi ni baru 19 tahun. Pick your own size la man. Dah pukul lepas tu siap ugut 2 kali supaya tidak dilaporkan kepada polis. “Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka. “Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam. Mari kita tunggu cerita seterusnya, siapa yang mereka cerita sebenarnya. Patutlah penulis berasa sedikit pelik dengan penjelasan dari Remy Ishak sendiri |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:57 pm | |
| Kenyataan Ummi Nazeera di BiPop Petikan sebulat suara diambil dari Gua. Bagi mereka yang mengikuti kisah pertengkaran di antara Remy Ishak, 27, dan Ummi Nazeera, 19, sehingga kini kita sudah disaji dengan versi cerita dari pihak Remy dan juga pembantu rumah Ummi, Susi Sumarni. Hari ini, melalui akhbar sisipan B*Pop - ‘Sama-sama ‘naik hantu”, Ummi akhirnya tampil ke depan untuk menceritakan apa yang berlaku pada malam 4 Disember. Hanya kawan rapatJika sebelum ini, Remy mengesahkan apa yang sudah lama dipercayai ramai, bahawa dia dan Ummi pasangan kekasih, Ummi pula memberitahu mereka hanya kawan rapat. Tambahnya, bukan keluarga tak restu, cuma tidak memberi sokongan kerana usianya yang masih muda. Remy naik angin kerana ‘jealous’Dedah Ummi, pada perjumpaan malam itu, Remy telah bertanya jika dia ada keluar dengan lelaki lain. Kerana enggan mempercayai jawapan Ummi yang berkata tidak, Remy telah mengambil telefon bimbit Ummi untuk diperiksa, dan selepas itu dicampakkan telefon tersebut. Ekoran dari tindakan Remy, Ummi pun memukulnya “gila-gila”. Akui Ummi, ketika itu dia dipengaruhi emosi dan bukannya benda lain seperti arak atau dadah – dalam pendedahan Remy, bau nafas Ummi dikatakan “tidak seperti kelazimannya”. Berlainan juga dari keterangan Remy yang mengatakan dia hanya mendiamkan diri apabila dipukul Ummi dan ketika ingin mengelak, tangannya terkena muka Ummi, Ummi memberitahu Remy “tanpa disedari naik tangan”. Ibu tak upah orang belasah RemyDalam temubual itu juga, Ummi menafikan pembabitan ibunya dalam insiden Remy dibelasah tujuh lelaki di Istana Budaya keesokan malamnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 22 Dec 2009, 6:58 pm | |
| Isma AF7 dan Zul terkeluar Sehati Berdansa Malam Sehati berdansa menyaksikan Isma AF dan Zul terkeluar. Kesilapan memilih tarian jawa sedang kan tajuknya adalah melayu kontemporari menyaksikan undian sms tidak memihak mereka berdua.Dengan penyingkiran Isma dan Zul sebentar tadi, ini bermakna mereka telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM9000 buat badan kebajikan yang telah diwakili. Sumbangan tersebut telah diberikan kepada Encik Zainal Azhar Ahmad, Pengerusi Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia. Penyingkiran Isma dan Zul telah memberi peluang kepada pasangan Sazzy dan Sein merebut gelaran Juara dalam Kemuncak Sehati Berdansa minggu hadapan. Seperti musim terdahulu Kemuncak Sehati Berdansa akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:43 pm | |
| Mulan Belum Dapat Lampu Hijau Anak-anak Untuk Pilih Bakal Suami
PENYANYI seberang, Mulan Jameela sudah lama menjanda. Bukan kerana tidak ada lelaki yang ingin mendampinginya tetapi penyanyi jelita ini masih belum dapat lampu hijau dari anak-anaknya.
"Soal jodoh belum tahu. Semuanya bergantung pada lampu hijau dari anak-anak," jelas Mulan, seperti yang dipetik dari laman web, kompas.com.
Selama ini Mulan selalu dikaitkan mempunyai hubungan cinta dnegan penyanyi Dewa, Ahmad Dhani. Malah, Mulan pernah diibaratkan sebagai orang ketiga dalam perceraian Dhani dan Maia.
Hingga kini, ramai masih tertanya-tanya siapakah lelaki istimewa dalam hidup Mulan dan sejauhmana hubungannya dengan Ahmad Dhani.
"Kalau pun ada calon, saya belum diberi izin anak-anak," ujar Mulan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:47 pm | |
| FINALIS SEHATI BERDANSA Pasangan Sein dan Nana mendapat undian tertinggi di Minggu Ke-9, sekaligus mengenepikan pasangan Isma dan Zul untuk mara ke pentas akhir. - Foto oleh Astro Sazzy dan Nazril menepati ramalan apabila berjaya menempah tiket untuk beraksi di Malam Kemuncak Sehati Berdansa, Sabtu ini. - Foto oleh Astro |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:49 pm | |
| Sedulang Serai Penyeri 'Majlis Merisik' Azwan Ali Di Kluang Oleh ZIEMAN Selebriti Azwan Ali disambut meriah oleh penduduk Kg Rahmat di Kluang KETIKA umat Islam sibuk menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, selebriti terkenal Azwan Hj Ali dalam diam-diam membawa rombongannya seramai 8 orang ke Kampung Rahmat, Kluang Johor untuk menghadiri satu majlis 'merisik'. Sebaik menatap foto-foto yang dikirimkan oleh peminat Azwan, yang mahu dikenali sebagai Linda, sekitar majlis tersebut, berbagai pertanyaan bermain di dalam kepala. Apakah itu 'majlis merisik' seperti yang pernah diramalkan sebelum ini? Dan siapakah pula gadis Kluang yang berjaya menambat hati Azwan selama ini? Ketika dihubungi, Azwan masih terus mengunci mulutnya dan membiarkan saja spekulasi tentang 'majlis penuh rahsia' itu tanpa ada sebarang jawapan. "Acara merisik itu amat bermakna kerana ia ada kena mengena dengan masa depan saya. Majlis yang diadakan tempoh hari sebenarnya diadakan untuk menyatakan kesyukuran. "Selain beramah mesra dengan penduduk di situ, kami juga mengadakan tahlil, bacaan Yassin dan kenduri doa selamat di Masjid Al-Islah dengan anak-anak tahfiz al-Quran," kata Azwan. Menurut Azwan, 'majlis merisik' itu berlangsung selama tiga jam, bermula dari pukul 3 petang hinggalah ke malam, dalam suasana yang sungguh meriah. Lebih 100 orang kampung keluar beramai-ramai menyambut kehadiran Azwan sebaik pengacara terkenal itu sampai. Keterujaan melihat selebriti itu dari dekat menyebabkan keadaan di kampung tersebut tak ubah seperti menyambut ahli politik yang datang melawat kawasan. Suasana menjadi lebih meriah apabila kedatangan Azwan diiringi kereta polis peronda, paluan kompang dan bunga manggar. Turut hadir ialah ketua kampung, Hj Abdullah Abdul Kadir bersama lebih 100 orang penduduk kampung, yang turut berarak bersama-sama Azwan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:50 pm | |
| Mahkamah Arah Penyata Akaun Erema Disiasat oleh SITI AZIRA ABD AZIZ PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata akaun penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat. Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan suaminya, Seri Bayu ke dalam akaun miliknya. Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007. Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Ghazalie Ahmad, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya. Erema datang berasingan dengan Seri Bayu. -foto Utusan Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi. Mengenai wang royalti itu, Erema berkata dia telah memasukkannya ke dalam akaun EON Bank Seri Bayu setelah disoal oleh peguamnya, Ahmad Tarmizi Shariff. Dalam pada itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz mewakili Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang ditemui di luar mahkamah berharap plaintif akan mematuhi arahan tersebut. "Kami berharap plaintif tidak membantah untuk menyiasat penyata akaunnya kerana mahkamah sudah mengeluarkan perintah,” katanya lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:53 pm | |
| Kalau Datuk Dah Cakap Ya, Ya lah! - Zizie Maka, SAH lah, Zizie Izette dan Datuk Bung Mokhtar sudah pun KAHWIN! Tahniah! Selamat pengantin baru dan melalui musim berbulan madu! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:58 pm | |
| Eksklusif Gambar Maya Karin Masa Pengambaran Nona 2010 Baru-baru ini, dalam kesibukan yang amat sangat, Maya Karin akhirnya telah berjaya melalui satu rakaman untuk program Nona musim terbaru. Sensasi Selebriti diberi hak eksklusif untuk menyiarkan gambar-gambar sepanjang rakaman yang diadakan di butik Khoon Hooi. Lovely.. Maya Karin! Sememangnya, program Nona begitu sinonim dengan wanita dan fesyen. Sejak tahun 1985 bersiaran, Nona menggamit ramai penonton sehingga 1.5 juta penonton secara purata setiap minggu. Skop liputannya begitu meluas hingga ke luar negara dan pencarian bakat baru menerusi pertandingan Pesona Nona juga, Budiey kira telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah buat krew Nona! Untuk musim baru ini, Nona akan kembali dengan segmen FOKUS yang menjurus kepada isu dan masalah wanita dengan laporan lebih terperinci dan meluas. Antara topik yang menarik dalam fokus ialah Gadis Call Girl, Evolusi Anak Mami dan Kahwin Campur Anak Bijak. Segmen Fesyen pun ada. Mempamerkan rekaan terkini tempatan dan luar negara. Segmen Perkahwinan, satu segmen yang menjadi nadi tarikan sebenar Nona yang dinantikan oleh penonton. Segmen Buletin akan memaparkan berita berkaitan dengan keperluan wanita seperti pelancaran produk terbaru dan tidak ketinggalam segmen Kecantikan yang berkongsi tip-tip penjagaan ketrampilan diri dan juga khidmat spa. Ini dia gambar eksklusif Maya Karin di saat menemu bual pereka fesyen terkenal Khoon Hooi di butiknya di sekitar Kuala Lumpur. Kepada Maya Karin, semoga dengan kehadiran Maya dalam keluarga Nona akan lebih menarik tumpuan penonton. Terus sukses di tahun 2010. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Wed 23 Dec 2009, 6:59 pm | |
| AWAL ASHAARI |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 10:37 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 10:38 am | |
| 'Yasmin Khanif Production Hasil Titik Peluh Sendiri' Oleh WAHIDA ASRANI PEMBABITANNYA dalam bidang lakonan baru setahun jagung. Malah kemunculan sulungnya di layar perak menerusi filem Jalang baru-baru ini juga mendapat kritikan yang kurang memberangsangkan daripada banyak pihak. Namun, tatkala 'dihujani' dengan kritikan seperti itu, pelakon dan model jelita ini nampaknya tetap memberanikan diri untuk melangkah setapak lagi di dalam bidang ini dan kali ini, dia bergelar penerbit filem pula. Melihat kepada dirinya yang belum cukup berpengalaman di dalam bidang perfileman, pasti ramai yang akan bersikap skeptikal dengan kemampuan dirinya sebagai penerbit. Tetapi, Yasmin Khanif enggan tenggelam dengan kata-kata negatif orang tentang 'kelayakan' dirinya itu. Ujar gadis berusia 21 tahun ini, dia mempunyai misi tertentu di dalam bidang seni ini dan tidak hanya ingin bergelar pelakon selama-lamanya. Lantas, hasrat untuk menubuhkan Yasmin Khanif Production (YKP) dan menerbitkan filem sulungnya, Cempaka, dirasakan satu keputusan yang tepat pada masa ini walaupun sedar ada yang memandang sinis tindakannya itu. Tidak ditaja oleh mana-mana VIP, tetapi tegas Yasmin, YKP ditubuhkan baru-baru ini dengan hasil titik peluhnya sendiri sejak bergelar model iklan bermula usia 14 tahun. "Saya sudah berlakon iklan sejak kira-kira tujuh tahun lalu dan melalui hasil simpanan sendiri, saya dapat menubuhkan YKP. Lagipun, ketika itu saya masih bersekolah dan ibubapa masih tanggung hidup saya, jadi memang wang yang saya dapat tidak banyak saya gunakan. "Projek pertama YKP adalah filem Cempaka yang akan diarahkan oleh pelakon senior, Hairi Othman. Saya sedar, ramai yang mungkin akan persoalkan kemampuan saya sebagai produser, apatah lagi saya masih mentah dalam bidang ini. "Idea ini sebenarnya datang secara kebetulan ketika saya terbabit dengan filem Jalang. Saya berbual dengan orang-orang produksi filem itu termasuklah pemilik De'Baron Production, Tuan Haji Manaf tentang penerbitan filem. "Saya bertambah yakin untuk menerbitkan filem kerana mendapat kerjasama daripada tiga pihak..Datuk Ismadi, kenalan saya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan telah menjadi pembiaya filem ini, serta kerjasama dengan De Baron Production dan produksi milik Dr. Rozmey, Dr Movie Production yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing. "Jadi, dengan bantuan pihak-pihak ini, saya berani untuk terbitkan filem sulung saya ini. Saya sedar, bukan mudah untuk menjadi penerbit filem, tetapi insya-allah, dengan kepercayaan banyak pihak termasuklah sokongan ahli keluarga, saya akan lakukan yang terbaik," kata Yasmin ketika ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), semalam. Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Sik, Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail Ia akan dibintangi sendiri oleh Yasmin membawakan watak Cempaka, Hairi Othman, Aaron Aziz, Iqbal Juara Pilih Kasih, Faizal Hussein, Suhaila Salam dan Azhar Sulaiman. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang perjalanan mayat bernama Hassan sebelum dikebumikan yang mana jenazahnya menempuh pelbagai halangan ketika diuruskan. Pada masa yang sama, ia juga memaparkan tentang kehidupan sosial Cempaka yang bergelumang dengan dosa. Mengulas lanjut tentang filem ini, kata Yasmin, seperti mana wataknya sebagai perempuan 'jalang' di dalam filem pertamanya dulu, Cempaka juga membawa cabaran tersendiri kerana watak itu juga agak 'daring'. "Saya memang sukakan cabaran dalam membawakan watak. Walaupun banyak pihak mengkritik lakonan sulung saya di dalam filem Jalang dulu, tetapi saya akan cuba pertingkatkan mutu lakonan saya kali ini. "Sebenarnya, saya bersyukur juga kerana selepas muncul di dalam Jalang, saya menerima banyak tawaran membintangi drama. Tetapi ketika itu saya terpaksa menolak tawaran-tawaran tersebut kerana saya perlu menjayakan aktiviti promosi filem itu," katanya. Ditanya perancangan lain yang akan dibuat bersama produksi miliknya itu, ujar Yasmin, buat masa ini, dia hanya ingin memberikan tumpuan terhadap penerbitan filem Cempaka sebelum merancang projek lain. "Saya ingin lihat dulu feedback penonton nanti. Kalau mendapat sambutan baik, mungkin saya akan terbitkan lagi filem lain bersama-sama dua produksi yang menjalinkan kerjasama dengan saya ini. Tetapi untuk agenda YKP sendiri, saya ada terfikir untuk menerbitkan drama juga. "Tetapi rasanya, masih terlalu awal untuk merancang. Produksi saya juga baru saja beberapa hari ditubuhkan dengan rasminya," kata Yasmin. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 10:40 am | |
| Chef Wan Mati Kutu Bila Dipaksa Cakap Perlahan-lahan Oleh ZIEMAN KEPETAHAN selebriti terkenal Chef Wan berbicara merupakan salah satu dari daya tarikan tukang masak terkenal ini. Gelagatnya yang suka bercakap cepat bagai tiada nokhtah membuat ramai wartawan selalu mengusiknya. Setiap kali ditemuramah, memang tidka terkejar menyalin setiap yang diucapkan. Kepantasan Chef Wan bercakap seperti keretapi ekspres itu begitu sinonim dengan dirinya. Malah, bila ada penggambaran rancangan masak, selebriti popular ini tidak memerlukan sebarang skrip kerana semuanya sudah di dalam kepalanya. Namun baru-baru ini, sewaktu menjalani penggambaran rancangan masak untuk program baru 'BestWan' terbitan Asian Food Chaneel (AFC), senarionya agak berbeza. Bukan saja Chef Wan 'diarahkan' untuk bercakap lambat dan perlahan, dia terpaksa menurut saja kata pengarah tanpa boleh membantah. Pengalaman untuk bercakap dengan lambat dan perlahan benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada Chef Wan. "Pengalaman disuruh bercakap perlahan adalah sesuatu yang lucu bagi saya. Selama ini saya tidak terfikir pun, satu hari saya akan disuruh berbuat demikian. "Mati kutu dibuatnya bila pengarah senior program, Michael Parkinson menegur saya dan menyuruh saya 'pause' (berhenti seketika) apabila dirasakan memontum saya agak laju. "Sepanjang-panjang shooting itu, tak jemu-jemu dia mengingatkan saya untuk 'slow down' dan 'pause' hingga saya tersenyum. "Begitu juga 'Cue Card' yang dipaparkan di hadapan saya, semuanya tertera dua perkataan ini. "Setiap kali saya 'terlaju' cakap, Micahel akan berkata, 800 juta penonton akan melihat rancangan saya. Kata Michael, "tidak ada makna kalau apa yang awak cakap tidak sampai kepada penonton. Tarik nafas dan cakap perlahan-lahan...," kata Chef wan yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anak gadisnya, aktres Serina. Jelasnya lagi, "Setelah dua episod, saya mula terasa kesannya. Baru saya faham kenapa dan mengapa pengarah itu mahukan sedemikian. Rupa-rupanya, memang saya rasa lebih tenang bila tidak perlu cakap cepat-cepat seperti nak kejar keretapi....." Lebih manis lagi, bagi program 'BestWan', Chef Wan diberi peluang bekerja dengan 13 orang kru yang berkaliber di set penggambaran, di mana separuh daripada mereka pernah menimba pengalaman bekerja di BBC dan Canadian Food Network. "Segalanya begitu terperinci dari kesan bunyi hingga ke warna yang dihasilkan. Dan setiap episod dihasilkan dengan profesional sekali. Michael pernah bekerja dengan tukang masak terkenal Nigella Lawson untuk program di BBC dan pengarah kreatif untuk Jamie Oliver bagi program 'The Naked chef'," kata tukang masak yang sudah menghasilkan beberapa siri buku masak. Program 'BestWan' bukan saja mempamerkan kemahiran Chef Wan di dapur tetapi memaparkan imej peribadinya sebagai seorang tukang masak terkenal di dunia. 'BestWan' akan mula ke udara pada bulan Februari tahun hadapan. Meskipun sibuk melunaskan segala tuntutan kerja hingga penuh diari kerja untuk tahun yang akan datang, Chef Wan pastikan yang dia tidak abaikan peminat-peminat kesayangannya. Selebriti terkenal berusia 52 tahun ini mengaku yang dia semakin ghairah membuat catatan peribadi di laman Facebook. "Lebih mudah untuk saya berinteraksi secara langsung dengan semua peminat saya di facebook. "Apa saja perkembangan saya boleh dipantau mulai facebook. Yang kelakarnya, bila saya tidak menulis di facebook satu hari, ramai peminat akan menulis bertanya khabar. Mereka begitu prihatin, takut saya sakit. Ada yang suruh makan ubat, ada yang memberi kata-kata nasihat. "Saya terharu bila ramai yang bertanya khabar. Perkara-perkara begini membuat saya rasa bertuah kerana ada peminat setia," kata selebriti yang bernama Redzuawan bin Ismail ini. Kata Chef Wan lagi, "Facebook menjadi platform terbaru saya untuk berkongsi dengan peminat pasal makanan. Selalunya, makanan adalah cara terbaik untuk berkongsi kasih sayang." |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 10:43 am | |
| Syamsul mengakui hatinya kini dimiliki seseorang. -Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT Syamsul dan 'teman baru' sedang menyelami hati budi masing-masing. -Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 10:47 am | |
| Sinar bahagia Serina dan Gavin terpancar saat menanti hari bersejarah mereka pada 1 Januari ini. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG Serina disamping ayahnya, Chef Wan (kanan); bakal suaminya, Gavin, abangnya, Chef Riz dan ibunya, Norhayati. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 11:09 am | |
| Gambar Aida Gadis Melayu Bertunang Dengan Saiful Nizam Akhirnya cinta Juara Gadis Melayu, Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaidah Zali telah direstui dengan ikatan tali pertunangan bersama kekasih hatinya yang bernama Saiful Nizam Ismail, penyampai berita TV3. Dikatakan, cinta mereka berputik ketika bersama-sama bekerja di satu program TV dan selalu bertemu di Sri Pentas. Sama cantik sama padan. Majlis secara sederhana telah berlangsung di di rumah keluarga Aida di Bandar Country Homes, Rawang pada 19 Disember lalu. Aida menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang buat pihak lelaki. Mengikut perancangan, majlis pernikahan akan diadakan sebelum Ramadhan tahun depan. Tahniah Aida! Selamat bertunang dan semoga cinta kalian disatukan hingga ke jinjang pelamin |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 11:13 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 11:44 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Thu 24 Dec 2009, 11:46 am | |
| NAPE LA JADIK CAM GINI NAUFARA???? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 29 Dec 2009, 12:13 pm | |
| Isu 'Bergaduh' Dengan Wartawan Hiburan: Glenn Fredly Pertahan Luna Maya Luna Maya KETEGANGAN yang terjadi antara Luna Maya dan wartawan hiburan di Indonesia telah mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menyokong selebriti itu dan tidak kurang juga yang menyelar tindakan Luna yang mempamerkan kemarahannya kepada media menerusi laman web Twitter baru-baru ini. Dalam laman web tersebut, Luna menulis: 'Inforteinment (wartawan hiburan) darjatnya lebih hina daripada pelacur, pembunuh! May your soul burn in hell!!' . Salah seorang yang mempertahankan Luna ialah penyanyi, Glenn Fredly. "Luna Maya tidak bersalah. Itu merupakan haknya untuk meluahkan pendapat," kata Glenn seperti yang dilaporkan di dalam laman web hiburan, Kapan Lagi. Menurut Glenn, banyak perkara yang perlu diperhalusi dalam memaparkan kisah peribadi artis. Penyanyi itu juga tidak setuju dengan sikap media yang terlalu mencampuri urusan peribadi selebriti. "Banyak perkara yang lebih penting untuk diberi perhatian daripada mencampuri urusan orang lain," katanya. Namun begitu, Glenn tidak membenci pihak media kerana katanya, bukan semua wartawan hiburan salah. "Sebenarnya dia tidak ada masalah. Apa yang penting, kita harus melihat perkara itu dari aspek positif," tuturnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 29 Dec 2009, 12:15 pm | |
| Dr Fazley Tidak Mahu Terus 'Hilang' Dari Dunia Seni NAMA pelantun lagu Bila April, Dr Fazley Yaakob agak suram dari dunia hiburan tanah air sejak kebelakangan ini, jika ada sekalipun tidak lagi segah dahulu. Kesibukan mengurus perniagaan dan tugas sebagai perunding motivasi serta pemilik Fazley International Kolej ini mungkin menuntut dirinya membataskan aktiviti seni. Ditambah pula status sebagai suami kepada Azrene Soraya dan bapa kepada Ahmad Fariedz Shah, ternyata menambahkan tanggungjawab yang terpaksa dipikul penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara ini. Namun begitu, usahawan muda ini tidak mahu terus menerus hilang dari dunia seni, seboleh mungkin, bakat seninya tidak akan dibiarkan sia-sia begitu sahaja. 'Kehilangan' daripada publisiti media memberi ruang kepada Fazley untuk mencari ilham baru. Tahun 2010 merupakan tahun bagi Fazley untuk kembali aktif dalam bidang seni terutama bidang nyanyian memandangkan albumnya akan berada di pasaran pada bulan hadapan. "Saya berehat setahun kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak saya, sekarang dia sudah berusia setahun lebih dan mungkin tiba masa untuk saya kembali semula aktif dalam bidang seni. "Single terbaru saya sudah dimainkan di radio bertajuk Bila Ada dan maklum balas yang saya terima daripada pendengar amat positif. "Album saya berjudul Super Heromu akan keluar pada Januari depan dengan memuatkan lima buah lagu berkonsepkan santai. Album itu juga mendapat kerjasama dari komposer Ajai dan Habsah Hassan. Selain mengekalkan tema cinta, Fazley turut mencipta lagu istimewa untuk anak kesayanganya bertajuk Dari Papa dan Indah Keranamu yang ditujukan khas buat isteri tercinta. Menurut Fazley yang mengacara program Suara Siswa, dia mengakui rutin hariannya akan bertambah padat tahun hadapan dan masa bersama keluarga terpaksa dibahagikan sebaik mungkin. "Jadual saya tahun hadapan memang agak padat namun saya akan pastikan saya mempunyai masa bersama keluarga," katanya yang bakal menimang cahaya mata kedua awal tahun hadapan. Menyentuh soal lakonan, Fazley berkata buat masa sekarang ada beberapa tawaran filem dan drama masih dalam penelitiannya, namun dia belum membuat apa-apa keputusan tentang itu. Fazley yang juga terlibat secara langsung sebagai juri dalam pemilihan peserta Akademi Fantasia musim kelapan berkata, dia akan bertanggungjawab memastikan calon yang terpilih mempunyai perwatakan dan personaliti sebagai seorang penghibur. "Kami tidak mahu peserta yang dipilih mempunyai bakat nyanyian sahaja malah mempunyai personaliti dan kredibiliti sebagai seorang penghibur untuk itu saya akan membuat beberapa ujian bagi menilai mereka. "Kita mahu pelajar yang dipilih benar-benar mempunyai kualiti yang diinginkan dalam industri hiburan tanahair," ujar Fazley. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 Tue 29 Dec 2009, 12:16 pm | |
| Aaron Aziz Jadi Ustaz Untuk Insafkan Diri TAMPAN dan berbakat besar, sudah cukup membuatkan nama Aaron Aziz begitu 'kukuh' di dalam industri seni tanahair ketika ini. Meskipun aktor yang berasal dari Singapura ini pada awalnya hanya ingin mencuba nasib sebagai anak seni di Malaysia, namun percaturan Aaron nampaknya membuahkan hasil lumayan. Pelakon berusia 33 tahun ini nampaknya terus laku menjadi sambaran produser-produser filem dan drama. Biarlah apa saja tanggapan sesetengah pihak yang merasakan Aaron 'lupa diri' apabila namanya lebih gah di negara ini berbanding negara sendiri, sekurang-kurangnya bapa kepada dua orang cahaya mata ini telah membuktikan kemampuan dirinya sebagai pelakon. Watak-watak seperti gangster, komedi, jejaka romantis dan lelaki ego, semuanya pernah dibawakan oleh Aaron. Tidak dinafikan, pelakon yang merupakan wajah eksklusif Astro ini berjaya mencorakkan apa saja watak yang diberikan kepadanya dengan cukup berkesan. Inginkan lebih banyak kelainan atau kepelbagaian di dalam watak-watak yang dibawanya, Aaron sanggup memikul cabaran untuk memainkan peranan sebagai seorang ustaz di dalam filem terbitan Yasmin Khanif Production dengan kerjasama De Baron Production dan Dr Movie Production berjudul Cempaka. Kata Aaron, ini merupakan kali pertama dia cuba membawakan watak 'alim' seperti itu. "Ketika pertama kali saya ditawarkan watak ini, isteri saya, Diyana bertanyakan pada penulis skirp filem itu, Imran Ismail sama ada saya sesuai atau tidak memegang watak ustaz. "Tetapi Imran menegaskan, sekarang ini memang sudah ramai pelakon yang membawakan watak 'ustaz muda', jadi tidak timbul isu sesuai atau tidak. "Cuma sekarang ini, terserah kepada saya untuk mencorakkan watak itu nanti. Tetapi saya memang teruja untuk membawa watak ini, memang jauh berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. "Tambahan pula jalan cerita ini memang mempunyai mesej tersendiri. Sekaligus, watak tersebut juga mampu membawa keinsafan untuk diri saya sendiri," kata Aaron yang merupakan duta untuk produk L'oreal Men dan Celcom ini. Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Sik, Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail manakala pengarahnya pula ialah pelakon Hairi Othman. Selain Aaron, filem ini akan dibintangi sendiri oleh pemilik Yasmin Khanif Production iaitu Yasmin sendiri, membawakan watak Cempaka, Hairi Othman, Iqbal Juara Pilih Kasih, Faizal Hussein, Suhaila Salam dan Azhar Sulaiman. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang perjalanan mayat bernama Hassan sebelum dikebumikan yang mana jenazahnya menempuh pelbagai halangan ketika diuruskan. Pada masa yang sama, ia juga memaparkan tentang kehidupan sosial Cempaka yang bergelumang dengan dosa. Bagi menjiwai watak tersebut, ujar Aaron, memang dia perlu melakukan kajian yang lebih, terutamanya daripada segi sebutan ayat-ayat Al-Quran. "Kalau berdasarkan skrip, watak ini tidaklah banyak sangat cabarannya. Tetapi apa yang perlu saya telitikan ialah dari segi sebutan ayat Al-Quran kerana watak ini memerlukan saya mengaji. "Sebagai orang Islam, memang saya tidak ada masalah tentang mengaji, tetapi saya kena lebih berhati-hati dari segi sebutan...kena baca dengan betul," katanya yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, pelakon yang pernah membintangi filem Bohsia, Evolusi KL Drift dan Pisau Cukur ini berkata, dia baru saja selesai menjalani penggambaran filem Datin Ghairah bersama pelakon Maria Farida dan sebuah drama bersiri, Tangkal Besi yang bakal disiarkan di Astro Citra. Filem Datin Ghairah arahan Sabree Fadzil itu dijangka akan ditayangkan tahun depan. Dalam filem tersebut, Aaron membawakan watak sebagai seorang anggota polis yang menyamar sebagai cikgu. Filem ini berkisarkan tentang seorang datin bernama Gairiah lakonan Maria Farida yang mewarisi harta yang banyak setelah kematian suaminya. Kehidupannya yang kaya-raya membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya. Datin Gairiah bagaimanapun jatuh hati dengan guru tusyen anaknya lakonan Aaron Aziz. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 13 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 4 | Go to page : 1, 2, 3, 4 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |