|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:21 pm | |
| Lisa Surihani seronok dimanjakan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:22 pm | |
| Liyana Jasmay dan Ainul Aishah gembira dengan hasil riasan kuku mereka |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:23 pm | |
| Kieran pertama kali merias kuku turut menerima foto dirinya buat kenangan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:24 pm | |
| Fizo Omar bergambar kenangan dengan Cosmobile Perodua selepas ke Pamper Suite |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:27 pm | |
| Perkahwinan kedua Arni Nazira; "Hazrie terima saya seadanya" Jika sudah tersurat jodohnya, maka itulah yang akan terjadi seperti yang ditentukan oleh Yang Maha Esa. Pelakon dan penyanyi Arni Nazira Anuar (31) dan juga pasangannya, Wan Mohd Hazrie Wan Anuar (32) telah selamat diijabkabulkan pada 10 April dengan sekali lafaz di Masjid Abidin Kuala Terengganu. Pada hari itu juga pihak lelaki telah membawa sembilan dulang dengan wang hantaran RM7,777.77 dan dibalas oleh pihak pengantin perempuan dengan sembilan dulang. Manakala majlis resepsinya pula telah diadakan pada 11 April disebelah pihak lelaki dan 12 April di pihak Arni Nazira.
MH dengan berbesar hatinya terpanggil untuk memenuhi undangan perkahwinan ini di Anjung Pantai, Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu. Sememangnya kedua-dua pengantin ini sama cantik sama padan. Pada hari itu majlis yang dirancang berjalan dengan sempurnanya walaupun cuaca tidak mengizinkan. Ternyata, konsep perkahwinan yang dipilih oleh Arni dan Hazrie amat kreatif walaupun semuanya serba ringkas. Persandingan ala taman ditambah dengan suasana angin ‘sepoi sepoi bahasa’ di tepian pantai membuatkan majlis itu bertambah mempersonakan. Walaupun hari Ahad merupakan hari bekerja untuk penduduk di sana namun tetamu yang dijemput masih lagi sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan pasangan pengantin baru ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:28 pm | |
| "Saya terima perkara logik sahaja" - Zul Hubungan mesra antara Zul dan Abby kebelakangan ini bagaikan belangkas hingga ketika Abby ke Jomheboh di Melaka, Zul dilihat turut menemani Abby. Keakraban mereka ini kemudiannya menimbulkan tanda tanya sejauh mana hubungan keduanya. Menerusi temubual dengan Zul, dia tidak ambil pusing dengan buah mulut orang sebaliknya dia lebih senang memberi fokus terhadap bidang seni. Namun dia mengakui Abby banyak membantunya mencari hala tuju sejak berkecimpung dalam bidang lakonan.
“Saya banyak meminta pandangan Abby dalam bidang lakonan. Kalau orang kata saya menumpang populariti Abby, ia terpulang pada mereka kerana saya tidak boleh halang cakap orang. Sekalipun banyak cerita negative yang tersiar, saya tidak punya masalah untuk berlakon bersama Abby termasuk jika digandingkan dalam drama,” katanya yang terbabit dalam empat projek drama bersama Abby iaitu Gerak Khas, telefilem Angan Si Along, KL Drift dan terbaru, drama bersiri, Segalanya Ku Terima. Diaju pertanyaan sejauh mana aktiviti seninya dikawal oleh Abby terutama membabitkan sesi temubual mahupun fotografi bersama pihak media sehingga ada yang teragak-agak untuk menghubungi Zul bagi menjayakan sesi fotografi,” jelasnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:29 pm | |
| “Saya popular jadi DJ Radio" - Raja Azura
Agak terkejut juga apabila melihatkan senarai akhir pencalonan Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun ini apabila ramai nama-nama besar tidak tercalon. Salah seorang daripadanya Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku yang mana pernah memenangi kategori Pengacara Popular satu ketika dahulu. Dia yang turut dikenali sebagai penyanyi, pelakon, dan penyampai radio menyifatkan situasi tersebut adalah lumrah dan asam garam dunia glamor.
“Pada saya, tercalon ataupun tidak itu semua ketentuan dan rezeki masing-masing. Mungkin tahun ini pengundi mahukan muka-muka baru dan lebih segar,’ katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti ‘Pilih Kasih’ terbitan Suhan Movies. Sedang isu itu berlegar-legar difikiran, Kak Engku juga terkena tempias yang mengatakan dia merajuk dengan pihak penganjur sehingga menolak tawaran untuk menjadi pengacara pada hari berprestij itu. Saat diajukan persoalan berkenaan ini jawabnya. “Siapa kata saya merajuk. Tahun lalu lagi saya sudah cakap tidak mahu lagi jadi pengacara. Kalau boleh beri peluang kepada orang lain. Saya pun mahu rasa juga perasaan sebagai penonton. Soal merajuk dan sebagainya tidak timbul sama sekali.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:29 pm | |
| Naz dan Sazzy - Sukar nak berhenti cakap Kedua-duanya mengaku tidak boleh berhenti cakap jika berborak dengan sesiapa sahaja. Malah MH sendiri terpaksa mengangkat ‘bendera putih’ sewaktu menemubual mereka berdua walaupun pada hakikatnya MH seorang yang agak peramah. Walau apa-apa pun, MH terhibur dengan celoteh dan keletah Naz dan Sazzy yang sentiasa ceria itu.
Insiden memalukan
Berpengalaman mengacarakan beberapa program, nama Naz ataupun Nazruddin Habibur Rahman masih lagi kurang dikenali. Bak kata pepatah ‘Hidup Segan Mati Tak Mahu’. Hal ini diakui sendiri oleh Naz. “Jika dahulu, sewaktu saya mengacarakan rancangan Kelab Disney Malaysia, ramai yang mengenali saya sehinggakan ada makcik-makcik di tempat yang saya kunjungi menegur saya kerana mereka kenal saya melalui rancangan tersebut. Tetapi sejak meninggalkan program tersebut nama saya kurang dikenali kerana saya lebih banyak terlibat dengan rancangan berbentuk urban yang lebih tertumpu kepada penonton di bandar.
Buat masa sekarang saya suka dan selesa dengan cara sebegini. Kadang-kadang populariti itu bergantung kepada tahap pasaran sesuatu rancangan tersebut. Sekarang ini saya terlibat lagi dengan drama ‘Ghost’ musim kedua. Sedikit sebanyak orang sudah mula membuka mata akan peranan saya dalam drama tersebut. [code] |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:32 pm | |
| Kisah cinta bersama Mejar Dr Faiz, Nurul Syuhada-Hanya berserah pada jodoh
Dia muncul di ruang konkos Kompleks Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada jam 10.30 pagi tanpa sepalit solekan. Hanya mengenakan baby tee bersama seluar jean po los, namun kejelitaannya tetap terserlah. Jelas kelihatan tubuhnya sedikit susut dari biasa, katanya dia terlalu sibuk dengan tugasan dan ketika temuramah ini dilakukan, Nurul Syuhada Nurul Ain baru sahaja pulang dari Palestin bersama krew Majalah 3. Senyuman manisnya tetap ada menghiasi wajah manisnya. Berimej baru dengan rambut separa bahu, menyerlahkan lagi kemudaan usianya yang baru menjangkau 25 tahun.
Maaf kalau Nurul terlewat. Sudah agak lama tidak ke sini, Nurul terlupa pula jalannya. Syukur Alhamdulillah, sampai juga. Terima kasih kerana sudi mengabadikan wajah Nurul untuk isu bumper Nona walaupun isunya agak sensitif, tentang perkahwinan pula. Hmmm... jangan tanya soalan panas sangat ya...” ujarnya dalam senyuman manis. Umum sudah tahu mengenai hubungan rapatnya dengan Angkasawan Mejar Dr. Faiz bin Khaleed, biarpun keduanya menggunakan ‘persahabatan’ sebagai makna hubungan, namun ramai yang merestui kisah rapat kedua merpati dua sejoli ini. Tambahan, keduanya sepadan bersama dan paling menarik, keduanya tidak pernah pula menafikan bahawa mereka saling rapat cuma untuk mengungkap hubungan cinta, keduanya hanya mampu tersenyum. Biarlah antara mereka yang tahu soal hati masing-masing.
“Kalau ada kelapangan, memang kami keluar bersama. Tiada makna untuk ‘cover line’ kerana antara kami memang bersahabat baik. Sudah setahun kami menjalin hubungan sahabat, apa lagi yang mahu disorokkan lagi. Namun, kalau bercakap soal jodoh, biarlah hanya takdir yang menentukan bila. Belum lagi bicara mengenai persoalan perkahwinan muncul di dalam topik perbualan kami. Setakat ini biarlah ia kekal begitu.” Kata Nurul terus-terang sambil wajahnya dirias oleh KR. Bila agaknya impian Nurul untuk menjadi Ratu Sehari? Soalan dari kami mula mengatur bicara bersama Nurul Syuhada.
“Insya Allah, kalau diizinkan Tuhan, Nurul mahu sekali menamatkan zaman dara ketika usia menjangkau 27 atau 28 tahun. Bagi Nurul, itu adalah usia yang tepat. Buat masa sekarang, Nurul mahu menumpukan perhatian terhadap karier dan mengejar impian yang masih belum tercapai. Namun, kalau jodoh sampai awal mahupun terlewat dari jangkaan, Nurul tetap terima kalau itu yang tersurat oleh Tuhan,”ucapnya penuh makna. Bersama siapa, si dia mungkin? Tanya kami, mula mengungkap perangkap soalan.
“Kalau sudah tersurat jodoh bersama si dia yang dimaksudkan, siapalah kita untuk menolaknya. Namun, kalau Tuhan suratkan bersama jejaka lain, apalah daya untuk menidakkannya, bukan? Hmm... Nurul terima siapa sahaja yang ditakdirkan Tuhan untuk Nurul asalkan lelaki itu bertanggungjawab, baik dan beriman,”ucapnya dalam senyum berpanjangan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:29 pm | |
| Perkahwinan Rita-Aidil sah Aidil dan Rita ketika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur hari ini. -foto mStar
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini hari ini mengesahkan pernikahan aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.
Pengesahan itu dilakukan oleh Hakim Rendah Mahkamah Syariah, Mohd. Yunus Mohamad Zin pada pagi tadi.
“Alhamdulillah, kami telah menerima pengesahan nikah di sini. Selepas ini kami hanya menunggu tarikh daripada peguam Boestamam Ahmad untuk mendaftar pernikahan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Aidil.
Aidil dan Rita bagaimanapun menafikan yang mereka sengaja melambatkan urusan pendaftaran nikah.
“Kami bukan lambat tetapi sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Dia (Aidil) sibuk dengan kerjanya (bola sepak) dan saya pula sibuk dengan ‘shooting’.
“Lagipun, kami perlu menunggu peguam kami menguruskan hal ini,” kata Rita yang sedang sarat mengandung enam bulan.
Ditanya adakah mereka akan dikenakan denda kerana lewat mendaftar pernikahan, Rita dan Aidil menjawab: “Kami belum tahu lagi dan semuanya tiada masalah.”
Rita, 32, dan Mohamad Aidil Zafuan, 21, mengejutkan industri hiburan tanah air dengan berita perkahwinan mereka di Songkla, Thailand pada 25 Februari tahun lalu.
Perkara itu disahkan oleh keluarga Aidil yang hanya mengetahui mengenai perkara itu 10 bulan kemudiannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:30 pm | |
| Faizah nafi tiada dara atau lesbian, harap keputusan 12 Mei ini positif
ISTERI jaguh badminton negara Roslin Hashim, Faizah Mohamad yang menanti pengesahan lafaz cerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 12 Mei ini sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan pada dirinya.
Banyak perkara yang telah mengguris hati Faizah sejak menjadi isteri Roslin.
Antara tohmahan yang paling menyedihkannya ialah cakap-cakap sumbang yang mengatakan dia tiada dara.
Faizah menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sudah tiada dara sebelum berkahwin dengan Roslin.
“Perkara itu tidak betul. Saya ada juga mendengarnya. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa saya lesbian. Apabila mendengarnya, saya abaikan sahaja cerita itu,” jawabnya.
Faizah juga menganggap permohonan injuksi yang dibuat oleh pihak suaminya, Roslin terhadap dia dan abangnya adalah pelik, mengejutkan dan tidak perlu dibuat dari awal.
Permohonan yang dibuat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Mac itu telah ditarik balik oleh peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin setelah kes lafaz cerai Roslin dan Faizah telah selesai semalam.
Permohonan itu dibuat bagi menghalang responden iaitu Faizah dan abangnya, Zulkifli Mohamad daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana media yang boleh menjejaskan reputasi dan memprejudiskan kes.
Perkahwinan Roslin dan Faizah yang berlangsung pada 30 Januari lalu telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.
Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala Roslin juga berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah yang sama.
Namun begitu, Faizah berkata dia masih menghormati dan redha dengan setiap keputusan mahkamah.
“Saya berharap keputusan pada 12 Mei ini biarlah yang positif, dan cepat diselesaikan. Saya tak nak kes ini bertangguh lagi.
“Saya sudah redha dengan apa-apa keputusan dan berdoa agar Tuhan dapat memberikan petunjuk,” luah Faizah ketika dihubungi semalam.
Menurut Faizah, perkahwinannya dengan Roslin telah diaturkan oleh kakak iparnya, Rafidah dan produser Raja Azmi.
Roslin dan Faizah mula berkenalan sejak Hari Raya Haji pada tahun 2005 di rumah Raja Azmi.
Sejak itu, mereka menjalinkan hubungan dan sentiasa berhubung melalui telefon.
Sekali-sekala, mereka akan meluangkan masa bersama di luar secara beramai-ramai.
Selepas ditunangkan pada 1 November tahun lalu, Faizah mula rapat dengan Roslin dan mula keluar berdua sebelum bernikah pada 31 Januari lalu.
“Sepanjang saya mengenali dia, saya tengok dia ok dan timbul perasaan sayang kepadanya. Saya fikir semua ini terletak kepada jodoh.
“Saya hanya menuruti apa yang diaturkan dan menganggap perkahwinan yang diatur oleh kakak ipar saya dan kakak angkat Roslin itu adalah suatu perkara yang baik,” ujar Faizah.
Lalu, Faizah berkata kisah silam yang dilaluinya ini akan terus diabadikan sebagai pengajaran untuk masa akan datang.
“Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam memilih jodoh. Tetapi jodoh ditangan Tuhan.
“Saya rasa serik pun ada sebab terlalu percayakan orang. Rupa-rupanya orang yang nampak baik ini boleh menjadi ‘musuh dalam selimut’,” katanya.
Dalam masa yang sama, Faizah turut meluahkan rasa syukurnya atas sokongan positif yang diberikan oleh orang ramai.
“Alhamdulillah, saya rasa terharu dan sedih apabila ramai juga yang menyokong saya dan menasihatkan saya supaya bersabar serta berkata perkara ini ada hikmah disebaliknya,” tutur Faizah yang bekerja sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah syarikat di Puchong. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:32 pm | |
| Roslin tidak pernah tiduri Faizah
PETALING JAYA – “Saya terkejut, tidak sangka dia beri kenyataan begitu! Sumpah, kami tidak pernah bersama!”
Itu jawapan tegas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam ketika ditanya sama ada dia pernah mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Faizah Mohamad sebelum lafaz cerai yang diucapkan di luar mahkamah pada 11 Februari lalu.
Faizah, 32, yang mendengar keterangan Roslin bagaimanapun hanya memandang ke arah ahli keluarganya di belakang sambil menggelengkan kepala kerana dalam keterangannya sebelum itu Faizah mendakwa mereka pernah bersama.
Kedua-duanya hadir bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan Faizah selaku plaintif pada 20 Februari lalu.
Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah ternyata tidak berpuas hati dengan keterangan Roslin dan bertanya sekali lagi: “Benarkah? Sebab plaintif (Faizah) kata ada (seks)?”
Roslin, 34, bagaimanapun mendakwa dia terkejut dengan kenyataan Faizah dan sanggup bersumpah sekali lagi bagi menafikan keterangan isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Jamil Ahmad menangguhkan kes itu pada 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai mereka berikutan timbulnya percanggahan keterangan berhubung isu persetubuhan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:33 pm | |
| Ako kena penjara tiga bulan AKO BERBINCANG dengan PEGUAMNYA, Zuri Zabuddin (kiri) disaksikan abangnya, Muhiddin (kanan) selepas diikat jamin RM2,000 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam mengenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 ke atas pelakon Ako Mustapha setelah mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di sebuah kondominium dua tahun lalu.
Bagaimanapun, mahkamah yang sama juga kemudiannya membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang membenarkan permohonan penangguhan itu bagaimanapun mengarahkan Ako membayar denda tersebut selain wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
Ako yang ditemui setelah membayar denda dan jaminan petang semalam melahirkan rasa terkejutnya dengan hukuman tersebut.
“Terkejut sangat dan rasa tak percaya,” katanya ringkas sebelum meninggalkan mahkamah dalam keadaan tergesa-gesa. Ako ditemani abangnya, Muhiddin dan seorang rakan.
Sementara itu, sejurus Wan Mahyuddin menjatuhkan hukuman, Ako kelihatan terpinga-pinga sambil melihat peguamnya, Zuri Zabuddin Budiman yang turut menggelengkan kepala seolah-olah tidak percaya dengan keputusan itu.
Bagaimanapun, dalam alasan penghakimannya, Wan Mahyuddin telah mengambil kira semua faktor termasuk ketidakhadiran pelakon itu ke mahkamah semenjak kes disebut pada 2007 sehinggalah waran tangkap dikeluarkan pada 20 Januari lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:35 pm | |
| Pengetua AF7 ada hak melindungi pelajar dari menjadi 'bahan eksperimen' Sejauh mana kuasa yang diperuntukkan kepada Pengetua Akademi Fantasia, prinsipal Datin Seri Tiara Jacquelina?
SEJAUHMANAKAH kuasa yang diperuntukkan kepada Pengetua AF? Persoalan ini kerap diajukan oleh peminat program realiti TV paling popular Akademi Fantasia musim ke-7 ini apabila saban minggu graf persembahan pelajar tidak menentu.
Benarkah pengetua atau prinsipal Akademi Fantasia tidak mempunyai hak sama sekali untuk menentukan lagu pilihan, wardrobe dan juga membuat keputusan mutlak seandainya ada sesuatu yang tidak kena di saat akhir konsert diadakan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh prinsipal AF7 selepas konsert minggu lepas, Datin Seri Tiara Jacquelina telah memberi alasan yang pihaknya kesuntukan masa dan terpaksa melalui beberapa fasa atau birokrasi sekiranya ingin membuat sesuatu perubahan di saat akhir jika lagu pilihan atau wadrober yang diberi dirasakan tidak sesuai dengan pelajar.
Namun, tinjauan secara rambang yang dijalankan oleh team mStar Online termasuk temubual dengan mereka di belakang tabir dan kru produksi menunjukkan bahawa kuasa yang diberikan kepada pengetua AF cukup besar.
Malah lesen yang diserah kepada Pengetua AF sama besarnya seperti pengetua sesebuah pusat pengajian tinggi.
Malah, menurut beberapa sumber, pengetua boleh memberi teguran seandainya pelajar-pelajar dijadikan eksperimen untuk menyampaikan lagu yang boleh mengaibkan mereka.
"Pengetua ada kuasa melindungi hak pelajar sekiranya mereka diberikan lagu yang tidak sesuai atau sengaja mereka didajalkan dengan diberikan lagu yang salah.
Pengetua juga berhak menegur dan memberi pandangan jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan pihak produksi atau wardrobe sekalipun," jelas sumber terdekat dengan program realiti ini.
Sambungnya lagi, "Setahu saya Pengetua diberi garis panduan untuk menentukan arah tuju sesebuah konsert.
"Jadi kenyataan yang menyatakan Pengetua tidak sempat untuk membetulkan sesuatu yang dirasa tidak kena di saat akhir, adalah kurang tepat."
"Hanya bila di atas pentas, itu sudah di luar bidang kuasa Pengetua. Saya cuma terkilan bila melihat pelajar-pelajar terkial-kial mencari identiti mereka.
"Sepatutnya mereka dibantu untuk mencari key yang sesuai dalam menyampai sesebuah lagu tapi penekanan lain pula yang diberikan," katanya.
Menurut satu sumber lain pula, mungkin juga pihak Astro ingin mencipta satu kontroversi untuk musim ke-7 ini, sebab itu sejak dari mula lagi segala tindakan yang diambil berbentuk kontroversi.
"Itu pendapat saya kerana saya pernah bersama AF sejak dari awal lagi. Seperkara yang saya suka musim ini ialah susunan muzik yang dibuat oleh Acis. Ia lebih segar, menepati apa yang saya ingin lihat. Cuma sesekali, ianya agak longgar," kata sumber yang pernah diberi kepercayaan menjadi tenaga pengajar dalam AF itu.
Katanya lagi, "Contohnya pada konsert minggu ketiga yang mengetengahkan lagu-lagu lama tahun 80'an. Lagu-lagu lama memang merdu namun pelajar belum ada 'expertise' untuk membawa lagu-lagu seperti ini.
"Sayang, pelajar-pelajar tidak boleh tackle lagu-lagu ini kerana mereka tidak faham 'trick' muzik itu. Sepatutnya Acis dibimbing oleh seorang eksekutif produser untuk memastikan kelancaran setiap konsert," katanya.
Pandangan dari bekas Pengetua AF musim lalu juga dituntut untuk meninjau prestasi pelajar-pelajar musim ini dari pengamatan mereka.
Bekas pengetua AF4, Ramli Sarip berpendapat, sesiapa yang terlibat dalam menentukan lagu pilihan, wardrobe dan lain-lain perlu bekerja secara berpasukan.
Jelas beliau, ini kerana lagu dan pakaian kena `serasi' dengan persembahan seorang penyanyi.
"Ini adalah kerja berpasukan dengan pereka bentuk, artis dan dan kita kena `bijak'... sebab kita bercakap tentang sesuatu yang bernilai seni dan artistik.
"Sebagai pengetua, kita boleh beri pandangan dalam post-mortem. Misalnya, sebelum dan selepas sesuatu persembahan... ," katanya ketika dihubungi mStar sebentar tadi.
Sementara itu, pengarah muzik tersohor Ramli M.S ketika diminta pendapat beliau berkata, "Sebagai seorang profesional, saya tidak ingin memberi komen terhadap hasil kerja orang lain.
"Sama seperti seorang Perdana Menteri lama memberi pandangan kepada Perdana Menteri baru. Ianya kurang manis. Tunggulah hingga musim AF7 selesai, nanti saya akan komen," kata bekas Pengetua AF musim ke-2 dan ke-6 ini.
Walau bagaimanapun, Ramli sempat memberi komen tentang susunan muzik di bawah pimpinan Acis.
"Saya rasa dia telah melakukan kerja yang bagus. Susunan muziknya baik dan sedap didengar," kata Ramli yang terkenal dengan sikap suka berterus terang itu.
'Arranger' muzik terkenal ini mengaku dek kesibukan kerja, dia tidak kesempatan mengikuti perkembangan pelajar-pelajar AF musim ini secara keseluruhan.
"Saya hanya sempat melihat tiga konsert saja. Bagi saya, pelajar yang paling menyerlah ialah Hafiz. Sekali dengar saja, saya tahu budak ini berbakat besar," jelas Ramli yang secara prinsipal bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan oleh para juri tetap AF musim ini seperti Adlin Aman Ramlie, Datuk Khatijah Ibrahim dan Edry Hashim.
Dalam pada itu, bekas guru lakon seni persembahan AF, Fauziah Nawi berkata, setahu beliau, prinsipal berhak menegur pihak terbabit sekiranya tidak berpuas hati dengan lagu dan wardrobe peserta.
"Bekas pengetua AF, Ramli MS misalnya akan campur tangan semasa rehearsal. Beliau akan tegur lagu, koreografi, baju dan sebagainya. Ramli adalah seorang yang sangat vokal dan tegas," katanya.
Tambahnya, prinsipal juga bermesyuarat dengan cikgu dan pihak pengurusan setiap minggu untuk membincangkan masalah-masalah yang berbangkit.
Mengulas lanjut mengenai kuasa prinsipal dalam pemilihan lagu, Fauziah berkata, bekas pengetua AF, Ramli Sarip pernah membuat teguran.
Katanya, Ramli Sarip pernah meminta lagu seorang peserta AF6 yang tidak fasih berbahasa Inggeris ditukarkan.
"Budak itu pada awalnya diminta membawakan lagu Umbrella nyanyian Rihanna. Selepas teguran Ramli Sarip, budak itu mendapat lagu bahasa Melayu," jelasnya yang jarang mengikuti AF7 kini.
Sehubungan itu, Fauziah berasa hairan apabila dimaklumkan aspek pemilihan lagu atau tema dan gaya pakaian peserta tidak ditentukan oleh pengetua dan tenaga pengajar untuk musim ini.
"Melainkan pihak pengurusan mempunyai sebab-sebab tertentu ataupun mereka mempunyai strategi tertentu, saya kurang pasti. Kalau dengan Tiara sebagai pengetua AF sekarang, lagi mudah kerana dia terbuka," jelasnya.
Dalam pada itu bekas guru tarian AF1 hingga AF6, Linda Jasmine Hashim berkata setahunya guru vokal dan pengetua terlibat dalam pemilihan lagu pelajar AF pada musim yang lalu.
Sementara pemilihan pakaian pula hanya ditentukan oleh pihak wardrobe, pereka fesyen dan Astro sendiri.
Ditanya komennya tentang AF7, Linda memuji kehebatan semua pelajar dan menganggap mereka semua boleh menyanyi.
“Semua pelajar bagus-bagus belaka dan boleh menyanyi. Antara mereka, saya lihat ada tiga orang pelajar yang lebih menyerlah daripada yang lain iaitu Hafiz, Akim dan Aril.
“Saya rasa mereka bertiga boleh pergi jauh,” kata Linda.
Namun begitu, Linda juga mengkritik konsep baru yang diaplikasikan oleh AF7 sehingga membuatkan program itu tampak sama seperti program realiti nyanyian yang lain.
“Kalau boleh AF janganlah terlalu mengubah format asal program. Kalau sudah banyak perubahan, kekuatan program akan hilang.
“Format asal itu cuitan. Nanti, apa yang tinggal akan menjadi sama seperti program realiti nyanyian yang lain dan tiada kelebihannya lagi.
“Misalnya, semasa AF1 dan AF2 dulu pelajar-pelajar sangat terkongkong dan tidak dibenarkan keluar. Jadi, sebab itu mereka lebih berdisiplin.
“Sekarang, kualiti yang sama tidak akan dapat lagi apabila format asalnya telah dilanggar.
“Diharap, mereka kekalkan elemen asal AF dan jangan buang. Saya juga merasakan bekas guru vokal Adnan Abu Hassan sepatutnya ada di situ kerana dia ‘pioneer’.
“Ibarat kalau benda tu dah rosak, jangan cuba nak betulkan. Kalau nak berubah, berubah untuk kebaikan,” ujarnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:36 pm | |
| Ako: ‘Isteri sentiasa menyokong saya’ Ako dan isteri, Kartina.
“SAYA bersyukur dengan keputusan hari ini tetapi belum lega lagi kerana kes ini belum selesai,” kata pelakon Ako Mustapha ketika dihubungi tadi.
Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.
Pada pukul 4.20 petang tadi, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.
Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat.
Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.
Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.
Ditanya tentang penerimaan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah tentang hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah itu, Ako berkata isterinya sentiasa memberikan sokongan sejak di awal kes lagi.
“Saya bersyukur kerana isteri saya sentiasa memberikan sokongan. Dia amat memahami saya,” kata Ako.
Mengimbas detik ketika mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya, Ako akui dia berasa tidak ‘tenteram’ tentang keputusan tersebut.
“The feeling was not good...,” katanya ringkas.
Bagaimanapun Ako enggan memberikan komen lanjut tentang keputusan mahkamah selepas ini.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:38 pm | |
| Kes khalwat: Ako diberi 14 hari fail rayuan elak dipenjara Ako ketika memasuki mahkamah, petang tadi. -foto MSTAR
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Ako Mustapha terkedu dan kehilangan kata-kata sebaik menerima keputusan kes khalwatnya sebentar tadi.
Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad atas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.
Selepas menunggu hampir enam jam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini memutuskan untuk menangguhkan sementara hukuman penjara terhadap Ako.
Ako meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di perkarangan mahkamah menjadi penjaminnya semasa mencari penjamin yang mesti merupakan kakitangan awam. - foto MSTAR
Ako diberi tempoh 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk tidak dipenjarakan berhubung kes khalwat.
Sementara itu, peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman mengesahkan Ako telah membuat bayaran sebanyak RM5,000 selepas dikehendaki menjelaskan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan bon jaminan RM2,000 dengan penjamin kakitangan awam.
Zuri juga berkata dia akan memfailkan rayuan itu dalam masa dua hari ini.Aktor yang baru berkahwin itu terpaksa akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan.
Ako ditemani kenalannya, Shahrin Halim ketika keluar dari mahkamah. - foto MSTAR
Beliau hanya mampu berkata: “No komen. I’m still digesting (Tiada komen. Saya masih cuba menerima keputusan ini).”
Ako hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh abangnya, Muhaimi Ahmad Mustapha dan kenalannya Shahrin Halim.
Dalam pada itu, Shahrin berkata dia merasakan Ako akan terselamat daripada hukuman penjara itu.
“I don’t think he deserves jail sentence,” katanya.
Terdahulu, di perkarangan mahkamah, Ako kelihatan disyorkan Shahrin untuk meminta seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penjaminnya.
Bagaimanapun, wartawan tersebut menasihatkannya agar cuba mendapatkan kakitangan awam lain kerana masih ada 40 minit sebelum pejabat mahkamah tutup.
Penjamin Ako bukan merupakan wartawan tersebut.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:41 pm | |
| Gambar Nurul Alis Dengan Siapa? Gambar siapakah ini, Nurul Alis pengacara sensasi RTM bersama-sama dengan seorang jejaka mat salleh sendang mengambil gambar bersama di salah sebuah majlis di hotel. Takkan lah mat salleh tue yang syok nak bergambar dengan Kiki, dia bukannya tahu kiki ni siapa, mungkin Kiki kot yang berminat mengambil gambar dengannya. Alahai. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 4:43 pm | |
| Memey Masih Lagi Bekerja Dengan Norman
Sudah hampir enam bulan selepas kejadian tangkap khalwatnya dengan Norman Hakim. Sepanjang masa itu, ditegaskan kedua-duanya tiada hubungan istimewa yang terjalin. Namun, bukti atas bukti terkeluar mendedahkan sebaliknya.
Tiga minggu lalu, ‘Melodi’ menyiarkan aduan seorang ahli jawatankuasa di kawasan perniagaan lokasi pejabat Norman. Walaupun nama pelakon lelaki dan wanita yang diadukan itu tidak didedahkan, namun ‘hint’ yang diberikan pakcik itu terlalu jelas. Baru-baru ini, gambar mesra mereka berdua menyambut harijadi tersebar luas. Bukti jelas di depan mata, mampukah tuan empunya diri menafikannya?
“Saya tidak tahu bagaimana gambar (sini) itu boleh tersebar. Gambar itu hak dan privasi saya. (Sejauh mana hubungan saya dengan Norman) itu di antara saya dan Norman. Saya tak nafikan tapi saya juga tak mengiakan. Yang dapat saya katakan, kami kawan baik. Selebihnya terpulanglah pada orang ramai,” kata Memey yang mengakui gambar itu dirakam semasa sambutan harijadinya.
Tapi tidakkah kenyataan itu makan sendiri bila satu hari nanti diumumkan mereka akan berkahwin?
“Benda itu privasi saya. Saya taknak berita saya bersama orang ini dan orang itu dikecohkan tetapi akhirnya, hubungan kami tidak berpanjangan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang ini di mana orang ingin mencari kesalahan saya. Biar apa orang nak cakap, kami tahu keadaan kami. Tak perlu dikongsikan dengan semua orang apa perhubungan kami.”
Tambahnya lagi, walaupun dia masih bekerja dengan Norman, menguruskan kerja-kerja admin, tetapi telah dihadkan masa ke pejabatnya, ekoran dari apa yang telah berlaku. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 5:00 pm | |
| "Linda nak terus nikah" Tidak mahu bazir wang, masa untuk bertunang, akui hadiri kursus untuk dapatkan sijil kahwin
MEMANG benar andai ditafsir wanita tinggi lampai bernama Rozlindah Onn ini begitu serius untuk memikirkan soal masa depan terutamanya dalam berumah tangga. Malahan, semangat penyampai radio Sinar FM, bernama komersial Linda Onn ini untuk berkahwin sudah ada sejak tahun lalu.
Namun apakan daya, yang dirancang tak semestinya menjadi kerana pada akhirnya ia adalah ketentuan Tuhan apabila hubungan dengan seorang pelakon berakhir tanpa diduga. Umum tahu, pelakon itu adalah bekas teman tapi mesranya, Fahrin Ahmad.
Andaian yang kembali tepat mengatakan dia sedang melalui rona bahagia dalam kehidupan ialah sejak Januari lalu ketika menghadiri majlis resepsi Mawi dan Ekin di Hotel Palace of Golden Horses bersama jejaka mat saleh dikenali sebagai James Gibbs.
Tidak menafikan hubungan antaranya dengan Gibbs di peringkat yang boleh dilabelkan agak serius sejak beberapa bulan lalu. Kalau mahu disingkap, persahabatan mereka sudah berlanjutan sejak 10 tahun lalu. Dalam kenyataannya sebelum ini, usahawan berjaya ini juga pernah memuji dan senang dengan peribadi Gibbs.
Finalis kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini sekali lagi mengundang kejutan apabila gambarnya ketika menghadiri kursus praperkahwinan di Setiawangsa, Kuala Lumpur sejak dua tiga minggu lalu dipaparkan di laman web premis terbabit. Langkah Linda ke situ, sekali lagi mengandaikan dia memang benar-benar sedang ke arah menamatkan zaman bujang.
“Tak Linda nafikan memang ada menghadiri kursus yang dihebahkan itu. Kursus dua hari selama 13 jam itu Linda hadiri bersama kawan. Pada mulanya, Linda sendiri agak terkejut kerana tiba-tiba pusat kursus kahwin itu menyiarkan nama dan gambar Linda di laman webnya tanpa kebenaran.
“Linda tak fikir pusat itu berniat ingin mensabotaj dan selepas mereka memohon maaf serta menarik kembali gambar Linda daripada terus tersiar di laman web, Linda lupakan saja perkara itu. Linda ke situ sebagai langkah awal Linda untuk kahwin dan setidak-tidaknya Linda sudah ada sijil,” katanya yang tidak menolak takdir andai jodoh kuat mengatakan dia akan berkahwin tahun ini.
Lalu, persoalan di sini siapa pula calon suami Linda Onn? Biarpun agak telus membicarakan soal peribadi, Linda masih belum mampu memberi jawapan pasti siapa lelaki yang bakal bertakhta di hatinya atau mungkin Gibbs yang menjadi pilihan Linda sebagai bakal suami. Semuanya masih menjadi tanda tanya, biar ada kemungkinan besar lelaki bukan Melayu dari Wales, United Kingdom itu yang mungkin sudah menawan hatinya.
“Selanjutnya Linda tak berani nak komen. Tunggu sajalah dan Linda juga seperti wanita lain yang ingin bahagia. Dengan siapa pun jodoh Linda nanti, janji dia baik dan pastinya Linda takkan berselindung perkara yang baik.
“Pada pandangan Linda, jika boleh Linda tak mahu membazir masa dan wang ringgit untuk bertunang. Kalau sudah menjadi apa yang dirancang dan jumpa yang sesuai, Linda nak terus nikah,” katanya yang melaram sakan rekaan Nazreen Idris pada malam kemuncak ABPBH 2008 12 April lalu.
Linda ditemui Hip baru-baru ini ketika meraikan rakan media di premis My Asam Pedas Shop, Dataran Pandan Prima berdekatan Tesco Ampang. Acara rutin yang sering dianjurkan membabitkan Linda dan rakan wartawan ini bukanlah perkara asing dan ia antara pengerat silaturahim dengan wartawan.
“Hubungan Linda dan rakan wartawan sangat baik. Kalau ada sekali pun artikel negatif membabitkan Linda di surat khabar dan majalah, Linda ambil daripada sudut positif. Tak dinafikan kalau ada membaca cerita kontroversi boleh berderau juga darah tapi Linda harus kembali relaks.
“Publisiti yang baik atau tidak tetap bernama publisiti. Lebih baik ada cerita daripada tiada langsung. Tak boleh dinafikan kekuatan mata pena rakan wartawan dalam membantu Linda terus membina nama, kerjaya dan perniagaan yang diceburi. Linda tak pernah ambil hati langsung dengan penulisan wartawan,” kata Linda sambil memberitahu menu menarik yang ada di restorannya itu seperti asam pedas, ikan bakar, air sirap bandung dan air asam boi,
Kata Linda, alang-alang hendak memperkenal serta merasmikan pembukaan premis yang dibuka sejak Ogos tahun lalu, Linda memberitahu dia terdetik mengadakan majlis apresiasi kepada rakan media di samping niat asalnya menghebahkan kewujudan restoran itu.
Selain menjemput rakan media menjamu selera, Linda turut mengadakan sesi karaoke membabitkan wartawan yang hadir. Linda juga sempat mengusik rakan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob yang sudah penuh kuota empat isteri sedangkan dia belum ada suami lagi.
Pelawak dan pelakon itu turut menyumbangkan suara menyanyikan dua buah lagu sebelum mengambil tempat menjadi pengkritik persembahan bersama Linda. Mereka mengadili pertandingan karaoke ala pengkritik Akademi Fantasia dan One In A Million. Malah di akhir majlis, Linda turut mendendangkan lagu I Will Survive dengan gaya tersendiri.
Turut sama membuat penampilan khas ialah penari cilik yang diberi nama Morning of Ghostdance dan acara cabutan bertuah. Wartawan Rap Harian Metro, Norhadiani Baharom diumum sebagai juara karaoke dan memenangi pen jenana Mont Blanc, manakala wartawan portal, Murai.com, Haswari Ali di tempat kedua memenangi beg sandang, Bonia.
Sementara itu, Hip sempat mendapatkan komen bapa kesayangan tauke restoran My Mom’s Chicken Rice itu mengenai hasrat dan keinginan anaknya untuk ke fasa perkahwinan. Kata Onn Chik, 76, dia dan isterinya hanya mengharapkan kebahagiaan terus kekal menjadi milik anaknya.
“Hal ini pasti terjawab, mungkin pada suatu hari nanti. Siapapun pilihan dia, pakcik berserah. Semuanya terpulang kepadanya kerana jodoh pertemuan di tangan-Nya dan setiap yang baik datang daripada-Nya. Kami merestui siapa pun pilihannya nanti.
“Pakcik tak nak komen lebih-lebih pula kerana salah cakap siapa yang malu. Yang mana baik buatnya, Insya-Allah baiklah kepada kami sekeluarga. Pakcik berdoa dia akan ditemukan dengan jodoh yang baik,” kata Onn. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 5:03 pm | |
| Yantzen rugi RM6,000
HULU KLANG: Hanya kerana ingin membeli sebungkus nasi ayam, penyanyi rock terkenal, Yantzen Juniwan, 50, kerugian RM6,000 apabila wang tunai yang disimpan dalam sampul surat dilarikan penjenayah.
Ketikakejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, mangsa yang juga bekas penyanyi kumpulan Rusty Blade dan May itu baru mengeluarkan wang terbabit dari sebuah bank di Setapak.
揝ejurus membuat pengeluaran wang melalui kaunter bank, saya memasukkan semua not RM100 terbabit ke dalam sampul surat sebelum berjalan ke kereta,?katanya.
Menurutnya, dia kemudian meletakkan sampul berisi wang berkenaan ditempat duduk sebelah pemandu sebelum memandu ke pejabat di Taman Melawati.
Setiba di kawasan berhampiran pejabat, penyanyi itu berhenti seketika untuk ke membeli nasi ayam tanpa mengunci pintu kereta dan mematikan enjin.
Tidak sampai dua minit, katanya, dia berjalan semula ke kereta sebelum mendapati sampul berkenaan lesap.
揝aya betul-betul terkejut dan tidak menyangka penjenayah sempat menyelinap masuk ke dalam kereta dan melarikan wang berkenaan. Saya langsung tidak menyedari kejadian yang berlaku secepat kilat itu.
Kata Yantzen, dia berlegar-legar di kawasan berkenaan untuk menjejaki penjenayah terbabit namun gagal.
揝aya segera membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati,?katanya yang mengesyaki penjenayah memerhatikan gerak-gerinya ketika mengeluarkan wang di bank sebelum mengekorinya untuk melarikan wang berkenaan.
揥ang berkenaan bukan milik saya, sebaliknya rakan saya. Kejadian itu menyebabkan saya terpaksa mengumpul wang untuk menggantikan semula wang itu.
揝usulan kejadian itu, saya sudahdipanggil pegawai penyiasat di Balai Polis Hulu Klang untuk memberi keterangan semalam,?katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, punca sebenar kehilangan wang terbabit sedang disiasat.
揝iasatan dijalankan untuk mengetahui wang ditinggalkan dalam kereta itu benar-benar dilarikan individu dikatakan mengekori mangsa sebelum kejadian atau tercicir ketika penyanyi itu keluar untuk ke sebuah kedai berhampiran.
揔etika memberi keterangan dia dikatakan sangsi serta memberikan keterangan tidak kukuh berhubung tempat sebenar dia menyimpan wang itu,?katanya.
Abd Jalil berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 379 kerana mencuri dalam kenderaan tetapi polis belum membuat sebarang tangkapan atau mengenal pasti suspek. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 5:10 pm | |
| Fiza Perbaiki Diri Melalui Kritikan baGi PenOnTOn SeTia PROGRaM nOna SiaRan TV3 SeTiaP aHaD, jaM 2.00 PeTanG PaSTi SUDaH TeRbiaSa MeLiHaT WajaH GaDiS ManiS ini. SiTi HaSFiZZa aSWaTY SabjaHan aTaU LebiH MeSRa DenGan PanGGiLan FiZa, DiCUnGkiL bakaTnYa DaRiPaDa PenCaRian PeSOna nOna, MUSiM keDUa YanG DianjURkan SebeLUM ini.
Melangkah kaki menyertai stesen televi syen terkenal sebagai wartawan, dia kemudian menceburi peng acaraan dan semakin menyerlah bila menyertai program Nona. Malah anak kelahiran Kampung Kuantan Klang ini mengakui banyak pengalaman yang diperoleh terutama sejak mengendali program tersebut.
“Sebenarnya banyak pengalaman menarik yang Fiza lalui sepanjang berkecimpung dalam bidang ini. Ketika mula-mula diberikan tanggungjawab sebagai pengacara Nona, Fiza pernah dipertikaikan kerana Fiza merupakan pemenang tempat kedua, musim kedua Pesona Nona dan bukannya pemenang utama.
“Tetapi semua itu Fiza anggap sebagai rezeki dan apabila telah diberikan tanggungjawab itu Fiza sudah berjanji kepada diri sendiri untuk melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi,”ujar bekas pramugari ini. Tidak dinafi kan cabaran awal yang di hadapi ini membuatkan dirinya sedih tapi dia bangkit dan kembali bersemangat menyahut cabaran.
“Sebenarnya Fiza rasa sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk mengacarakan rancangan yang mempunyai ramai pengikut. Keadaan ini juga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri Fiza untuk melakukan yang terbaik namun dalam masa yang sama menyuntik semangat kepada diri Fiza untuk bekerja dengan lebih gigih lagi menyajikan bahan yang terbaik kepada para penonton,” kata Fiza yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) sejak Ogos 2007.
Mengimbas detik awal mengendali program Nona katanya ia merupakan satu tempoh yang cukup mencabar memandangkan ‘rating’ program tersebut menurun. “Ia memang benar-benar mencabar Fiza tambahan pula ke tika itu Fiza dalam tempoh percubaan. Ketika di awal kemunculan pelbagai kritikan terpaksa Fiza terima namun Fiza terus berusaha untuk memperbaiki diri terutama dalam penyampaian.
“Fiza pernah menerima e-mel daripada penonton yang tidak suka dengan gaya penampilan Fiza dan dari situ Fiza belajar untuk mengikut ‘rentak’ penonton yang sentiasa inginkan ke sempurnaan terutama dalam rancangan kegemaran mereka,” cerita Fiza yang mendapat banyak bantuan dari mentornya iaitu Nurfarahin Jamsari.
Namun segala kesukaran yang dihadapi itu berakhir dengan perkara yang menggembirakan. Kata Fiza rating rancangan Nona kembali meningkat dari minggu ke minggu. “Inilah ‘hadiah’ yang tidak ternilai buat diri Fiza selain pengalaman ketika bertugas yang tidak boleh dijual beli,” jelas Fiza terharu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 22 Apr 2009, 5:13 pm | |
| Francissca Peter - Masih bernafas demi peminat
Menyanyikan bait-bait lagu Sekadar Di Pinggiran ini, pasti kita tidak mampu melupakan penyanyinya. Walau sekadar berbaju kurung ketika itu, kemerduan suara yang dilontarkan dalam pertandingan itu telah membolehkan lagu tersebut dinobatkan sebagai juara. Meski sudah 24 tahun kenangan itu berlalu tetapi lagu ciptaan Manan Ngah itu masih segar di dalam ingatan. Malah dalam tempoh itu juga, suara Francissca Peter masih tidak berubah. Ia tetap sama.
Ceria wajah penyanyi ini saat diberikan tepukan gemuruh ketika diminta menyampaikan lagu ‘keramat’ itu waktu memenuhi undangan fotografi bersama MIDI. Suasana menjadi gamat apabila ramai yang mengerumuninya untuk bertanya khabar. Itulah tuah insan bernama Francissca. Biarpun dia telah lama menghilang tetapi namanya tetap segar bagai baru semalam dia menghasilkan album.
"Saya gembira kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk terus berada dalam industri ini,” ujar Francissca atau mesra di sapa Fran sahaja dalam pertemuan tersebut. Sesudah lebih tiga dekad mengharungi cabaran dunia seni, Fran mengakui, kasih dan cintanya pada seni tidak pernah pudar. Masih jelas di ingatannya detik-detik permulaannya bergelar anak seni. Ketika itu, dia begitu risau apakah mampu untuk dia bertahan lama. Nyata rezeki menyebelahinya apabila terus diberi kesempatan untuk bertahan di dalam lapangan ini selama 31 tahun.
Tidak hanya bersandar kepada populariti lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’ semata-mata, Fran turut diminati para peminatnya dengan lagu-lagu malar segarnya yang lain seperti ‘Kerna Terpaksa’, ‘Aku Kehilanganmu’, ‘Kau Lilin Cintaku’, ‘Aku Hanya Pendatang’ serta beberapa lagu duet bersama Roystan Sta Maria iaitu ‘Siapa Dia Sebelum Daku’, ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ dan ‘Bersama Pertemuan Ini’. Ternyata penyanyi berketurunan Serani ini begitu terharu dengan sokongan peminatnya yang selama tidak pernah berhenti menyokong perjuangannya. Ini terbukti dengan undangan-undangan yang masih diterima untuk dia menyanyi di kelab-kelab mahu pun majlis-majlis tertentu.
Sibuk dengan kerja amal
Selain mengisi masa dengan memenuhi undangan pertunjukan pentas, tidak ramai yang tahu bahawa Francissca juga sibuk dengan kerja-kerja amal sejak ditugaskan sebagai duta sebuah badan kebajikan antarabangsa. Sejak menyertainya hampir tiga tahun yang lalu, Fran telah berpeluang mengikuti misi badan tersebut ke negara India untuk melawat sebuah kawasan miskin di daerah Tamil Naidu.
“Tugas saya bukan sahaja untuk mengutip dana badan itu tetapi juga meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kemiskinan dan melakukan beberapa kebajikan sosial khususnya untuk kanak-kanak mangsa perang dan bencana alam. Saya sendiri tidak menyangka dipilih sebagai duta. Ia satu penghormatan bagi saya,” jelas Fran mengenai pembabitannya dalam International Aid World Vision tersebut.
Tidak berseorangan dalam melakukan kerja-kerja kebajikan ini, Fran turut ditemani beberapa orang rakan seni yang lain seperti Fish Leong dan Micheal Wong, yang mewakili negara Taiwan. Fran sendiri merupakan wakil tunggal bagi Malaysia. Begitulah istimewanya penyanyi-penyanyi dulu berbanding sekarang. Biarpun kemunculan ramai artis baru ketika ini, namun nama Fran masih lagi diingati, meskipun kerja-kerja tersebut bersifat amal.
“Untuk berkongsi harta dengan ribuan kanak-kanak yang menderita di seluruh dunia ini, saya mungkin tidak mampu. Namun dengan memberi kesedaran terhadap orang ramai bahawa terdapat saluran yang sah untuk kita menghulurkan bantuan secara bulanan, saya rasa itulah tanggung jawab sosial saya yang terbaik untuk dilakukan,” ujarnya bersemangat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 9:43 am | |
| Kes tuntutan fasakh Erema dibicara 7 Julai
Kes tuntutan fasakh penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26 terhadap suaminya, penulis lirik Seri Bayu, 44 akan dibicarakan pada 7 Julai depan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Menurut peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu, perbicaraan itu dijadualkan bermula pada pukul 2 petang seperti yang ditetapkan oleh Hakim Syarie Ghazali Ahmad pada hari ini.
“Hari ini merupakan sebutan bagi pihak defendan (Seri Bayu) dan saya telah memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.
“Pihak Erema yang diwakili oleh peguam syarie Halipah Abdul Manaf akan memberikan jawapan kepada pembelaan itu dalam tempoh 14 hari sebelum 7 Julai depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noorafizah memaklumkan Erema dan Seri Bayu tidak hadir ke mahkamah pada hari ini.
Ditanya adakah Seri Bayu akan hadir pada hari perbicaraan nanti, Noorafizah menyatakan anak guamnya dijangka akan hadir.
“Insya-Allah, Seri Bayu akan hadir pada hari perbicaraan nanti. Baru-baru ini saya ada bertemu dengannya.
“Keadaannya sama seperti dulu dan semakin kurus,” kata Noorafizah lagi.
Erema memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu.
Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:07 am | |
| Dengarnya...: Persembahan Faizal Tahir ditunda? SEPATUTNYA semalam berlangsung persembahan sempena Minggu Setiausaha oleh Faizal Tahir dan Nita di sebuah lokasi di ibu kota. Tetapi Cik Normah diberitahu, persembahan itu terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Alasannya? Cik Normah dengar, ada penaja yang menarik diri daripada terbabit dalam penganjuran acara berkenaan kerana pada hari yang sama, beberapa lagi acara serupa turut dianjurkan, termasuk Minggu Setiausaha bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Minggu Setiausaha bersama 20 selebriti lelaki. Masalahnya, tidak ada pula pengumuman dilakukan pihak penganjur terhadap penundaan berkenaan. Tidakkah ia memberikan masalah kepada peminat yang sudah pun menempah atau membeli tiket menyaksikan persembahan penyanyi lelaki popular tadi? Hanya cakap-cakap belakang saja yang sampai ke telinga Cik Normah. Nak harapkan kenyataan rasmi daripada penganjur, minta maaf sajalah. Tetapi Cik Normah hairan juga, macam mana penyanyi popular seperti Faizal pun belum dapat meyakinkan pihak penaja? Isyyy! Macam ada yang tak kena saja? Dengarnya...: Persembahan Minggu Setiausaha artis tidak lakuHIDUP ini memang ibarat roda. Ada ketika kita di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Dan Cik Normah sendiri memang percaya dengan kata-kata hikmat itu sebab ia pernah berlaku di depan mata. Terlanjur bercakap mengenai pepatah popular itu, ingin Cik Normah hendak kaitkan kehidupan seorang artis yang kini khabarnya semakin terpinggir dari segi populariti. Bukan Cik Normah kata dia tak popular, tapi sejak dua menjak ini, namanya semakin malap dalam dunia hiburan. Tak seperti suatu ketika dulu yang pernah gah sehingga khabarnya mahu menawan persada seni antarabangsa. Lebih menyedihkan apabila dikhabarkan bahawa persembahan Minggu Setiausaha yang akan dijayakannya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Senang cerita, tak laku. Hairan juga Cik Normah apabila mendapat tahu mengenai perkara ini kerana setahu Cik Normah dulu, setiap kali dia muncul dengan persembahan seperti ini, tiketnya laku macam goreng pisang panas. Tapi apabila mengenangkan yang penyanyi ini yang tak pernah lekang daripada kontroversi, jadi Cik Normah akur dengan apa yang berlaku. Cuma Cik Normah kasihanlah andai benar ini berlaku, bermakna penyanyi itu terpaksalah membuat persembahan di depan 10 orang tetamu yang kebanyakannya adalah mereka yang memang rapat dengannya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:09 am | |
| Azza bawa buah hati ke?
Ini buah hati Azza Elite ke? Semasa hadir ke majlis Mangga Star Search 2009 baru-baru ini Azza bawa orang baru. Buah hati ke? Nampak mesra. Apabila ditanya siapakah yang datang bersamanya, dengan selamba Azza berkata itulah buah hati baru. Lelaki itu senyum sahaja bila Azza berkata demikian. Tak tahulah Azza ni serius atau main-main sebab sememangnya Azza seorang yang suka berseloroh. Tapi nampak rapat semacam saja pada hari itu. Che Lie: Baguslah kalu tak menyorok hubungan. Nampak jujurnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:16 am | |
| Malique, jelmakanlah dirimu!
SELEPAS Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008), Papa tidak sabar untuk menantikan kehadiran Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) yang akan berlangsung pada 2 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Biarpun ramai mengata- kan AIM tidak lagi relevan dengan industri muzik yang semakin merudum, AIM masih lagi mampu untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan hasil yang terbaik.
Papa dengar orang kuat AIM, siapa lagi kalau bukan Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai J. Tho tengah pening kepala untuk memikirkan konsep persembahan pada malam itu.
Kalau boleh J. Tho enggan menampilkan artis yang sama tetapi apa nak buat banyak kriteria yang perlu diambil kira dalam memuaskan hati semua pihak.
Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Hujan, Chakra Sonic dan ramai lagi.
Papa dengar J. Tho masih lagi sedang berusaha untuk mendapatkan bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique untuk membuat persembahan.
Bukan sahaja J. Tho, pihak wartawan juga mencari Malique untuk sesi fotografi dan temu ramah tetapi Malique terlalu sukar untuk dicari serta dihubungi.
Tiada siapa yang tahu di mana sebenarnya Malique berada kini. Padahal, Malique merupakan salah seorang calon AIM tahun ini.
Kalau nak tahu, sifu M. Nasir terlalu kepingin mahu nyanyikan lagu Mentera Beradu bersama Malique di AIM selepas gagal berbuat demikian untuk ABP2008.
Kalau Malique membaca akhbar ini, jangan terlalu lama bersembunyi.
Sekarang orang sedang menyeru nama anda dek kerana impak lagu Mentera Beradu.
Nanti lama sangat bertapa, orang dah tak peduli, susah juga anda nanti. Permintaan orang tidak baik dihampakan.
Mana tahu, pintu hati Malique terbuka untuk keluar dari persembunyian dan mahu membuat persembahan pada malam AIM nanti kan.
Papa percaya kolaborasinya bersama M. Nasir akan menjadi sebuah persembahan yang mantap kalau ia menjadi kenyataan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:38 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:45 am | |
| Kasanova XXl adik zizi ezzete sama kan... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:49 am | |
| Gambar terbaru BCL tanpa Ashrafgambar di ambil ketika Dahsyatnya Awards. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:53 am | |
| Ezlynn mo kawen
Dalam dia asyik bercerita, saya bertanyakan kepadanya tentang cerita yang dia akan berkahwin. Betul ke?
"Mana tahu ni? Siapa cakap? Memanglah bang Lynn ada rancang nak kahwin. Umur pun dah nak masuk 30. Lynn seperti wanita-wanita lain juga ingin mempunyai keluarga sendiri. Calon dah ada cuma Lynn belum sedia nak umumkan siapa dia. Tiba-tiba tak jadi, siapa yang malu? Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, Lynn akan beritahu kepada semua siapa dia."
Perbualan kami sampai disitu sahaja kerana Lynn perlu bertugas sebagai pengacara pada majlis tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 10:54 am | |
| Diddy Hirdi di red karpet ABPBH - rembes atau geli?pelik btol gaya si Diddy neh. antara yg menarik perhatian utk dibincangkan. fesyen dia ni KENA tau TAK KENA? apa komen anda? komen akak kalau ada muscle leh la kot pakai camneh. cuba korang tgk n nilai. kasik sikit kesedaran kat artis lelaki yg nak menyeksi UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:07 am | |
| Gambar Wardina Dan Anak, Imran Arrazi Like mother like son. Sungguh comel anak Wardina yang bernama Imran Arrazi ini. Sekali imbas tengok gambar di atas, nampak sebijik macam muka Wardina. Confirm besar nanti akan jadi handsome dan jambu. Bahaya betul kalau masuk asrama penuh. Maklumlah lelaki muka macam Wardina. Bukan boleh percaya lelaki-lelaki di asrama penuh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:12 am | |
| 'Populariti nombor dua'
NAMANYA mungkin tidak sepopular Siti Sarah, Misha Omar atau Azharina Azhar, namun penyanyi Dia Fadila tetap bersyukur dengan pencapaiannya sepanjang 10 tahun bergelar anak seni.
Malah, Dia atau nama sebenarnya, Nur Nadia Fadila Abu Bakar, Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2005 ini sudah mampu tersenyum kerana mempunyai hala tuju sebagai anak seni dan pada masa sama, bakat seninya juga mendapat pengiktirafan di luar negara.
"Ada orang bertanya kenapa bakat saya tidak diiktiraf di negara sendiri? Jawapan saya mudah saja, anugerah dan pengiktirafan di sini dinilai dari segi populariti dan bukannya bakat seseorang artis.
"Apapun, saya tidak kisah orang kata nama saya tidak popular seperti artis muda lain. Terus terang, saya menceburi bidang seni untuk menonjolkan bakat sedia ada dan melihat bakat saya sebagai satu bisnes untuk meningkatkan pendapatan sekali gus menyara keluarga.
"Soal populariti pula jatuh nombor dua kerana saya tidak mahu nama saja popular, tapi hakikatnya 'poket kosong'.
"Jika ramai artis lain mengadu undangan persembahan semakin berkurangan, saya pula sebaliknya. Dalam kemelut ekonomi global, undangan persembahan tidak pernah putus diterima termasuk di luar negara. Saya juga ada kerja dan terbabit dengan pelbagai projek setiap hujung minggu.
"Selain itu, saya sudah tiga kali menjayakan persembahan untuk stesen TV di Vietnam. Terbaru, saya akan jayakan persembahan di sana sekali lagi hujung bulan ini," katanya.
Tidak cukup dengan itu, Dia yang juga pemenang tempat kedua, Bintang Gala 2 1999 (Golden Teen Search) anjuran RTM berpeluang berkongsi ilmunya dengan peserta Bintang RTM 2009.
"Saya diundang menjadi penasihat vokal Pertandingan Bintang RTM 2009. Mungkin, ilmu saya ini tidak sebanyak mana, tapi berusaha memberikan yang terbaik kepada semua peserta yang juga bakat baru yang ingin mencari tapak di persada seni tanah air," katanya. Lebih memberangsangkan, pada usia 25 tahun, Dia bergelar pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak September lalu.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik (Persembahan), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini juga mengajar vokal dan diction lyric (sebutan lirik) dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Jerman, Perancis dan Itali di Aswara.
"Saya memang bercita-cita menjadi pensyarah vokal sejak kecil dan impian itu akhirnya tercapai jua.
Sejak awal pembabitan dalam bidang seni saya memang sudah sediakan pelan B kerana saya sedar, industri hiburan kita kecil dan tidak seperti di Hollywood.
"Pada masa sama, bidang nyanyian juga ada pasang surutnya. Justeru, saya yakin keputusan untuk menjadi pensyarah dan menyambung pengajian dalam bidang muzik ini tepat sebagai jaminan masa depan," katanya.
Sekalipun sudah bergelar pensyarah sepenuh masa di Aswara, cinta Dia pada kerjaya nyanyian tidak pernah surut.
"Saya masih aktif menyanyi cuma mungkin orang tidak tahu kerana tidak ada publisiti dan nama saya juga tidak dikaitkan dengan kontroversi.
"Setakat ini, kerjaya nyanyian tidak terjejas kerana saya hanya mengajar dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang setiap hari. Pada waktu malam dan hujung minggu, saya fokus pada kerjaya nyanyian pula," katanya.
Bagaimanapun, Dia mengakui pada mulanya dia berasa malu dan janggal berhadapan dengan pelajar yang sebaya dengan usianya dalam kelas.
"Ada juga pelajar yang tidak boleh terima kerana usia saya sebaya mereka dan pada masa sama bergelar artis pula.
"Saya juga jadi tumpuan dalam kelas dan ada peminat yang ingin bergambar dan mengambil tanda tangan termasuk memegang rambut saya.
"Namun, saya berusaha meyakinkan mereka dengan kredibiliti saya dan menjadi diri sendiri. Lama kelamaan, pelajar boleh terima dan menghormati saya sebagai pensyarah mereka," katanya.
Mengenai perancangan masa depan, Dia berkata, dia ingin menempa nama seperti idolanya, penyanyi, pengkritik dan pensyarah vokal, Syafinaz Selamat.
"Saya berazam untuk berjaya sepertinya dalam kerjaya yang diceburi. Bagi melengkapkan ilmu sedia ada, saya juga akan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik pada Julai nanti. Insya-Allah, selepas itu, saya bercadang menyambung pengajian peringkat ijazah kedoktoran pula nanti," katanya.
Mengenai album pula, penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music ini mempertaruhkan bingkisan album kompilasi terbarunya, Terbaik Dariku yang sudah menjengah pasaran awal tahun ini.
Album ini menampilkan 10 lagu yang juga dua lagu baru iaitu Satu Ruang dan Jat Da Da Da.
Satu Ruang adalah lagu yang dipetik menerusi filem Selamat Pagi Cinta yang dilakonkan Sharifah Amani dan Nur Fazura. Manakala Jat Da Da Da adalah lagu baru yang dicipta komposer dari Thailand.
Lagu lain ialah rangkaian lagu lagu popularnya antaranya Aku Masih Setia, Andai, Na Na Na.... Kataku, Tangisan Marhaenis yang juga lagu duet dengan Hattan, 14 Februari, Tiada Lagi Cinta, Tentang Cinta Ini (duet bersama Andy Flop Poppy), Tunggu Lalu, Takkan Terista dan Tiga Tahun. Ditanya mengenai teman istimewa pula, Dia mengakui hatinya sudah berpunya.
"Teman lelaki saya hanya orang biasa dan kami sudah berkawan selama dua tahun. Insya-Allah, jika ada jodoh, kami akan berkahwin tahun depan.
"Kalau nak diikutkan keluarga terutama ibu ingin melihat saya berumah tangga secepat mungkin, tapi banyak perkara yang perlu kami selesaikan terlebih dulu. Teman istimewa juga banyak menyokong saya dari belakang sejak dulu lagi," katanya.
Profil
Nama Sebenar: Nur Nadia Fadila Abu Bakar
Tarikh Lahir: 23 September 1984
Asal: Selangor
Kerjaya: Penyanyi, pengacara dan pensyarah vokal di Aswara
Status: Bujang
Album: Dia (2004), Na Na Na Kataku (2007) dan kompilasi Dia Fadila Terbaik Dariku
Pengacaraan: Bintang RTM dan Hitz 1.
Akademik: Ijazah Sarjana Muda Muzik (Persembahan), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Pencapaian: Artis Baru Wanita Terbaik di APM 2005, Juara Kategori Pop, Festival Melodi Emas Asean
2008 yang berlangsung di Ho Chin Minh, Vietnam pada 16 Oktober 2008.
Lagu Popular: Aku Masih Setia, Andai, Tangisan Marhaenis (duet bersamaHattan). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:16 am | |
| Kak Engku, Reza gamatkan Pilih Kasih
PENGALAMAN dimiliki kedua-duanya, bezanya bagai langit dengan bumi, namun itu bukan halangan untuk menyatukan gandingan ini. Mana tidaknya, seorang masih baru dalam bidang hiburan manakala seorang lagi sudah mengecapi erti populariti yang sebenar.
Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi halangan buat Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku dan penyampai radio Era, Syaiful Reza Mohamed (Reza) berganding dalam program realiti untuk mencari pelapis pelakon, berjudul Pilih Kasih.
Sudah tentu gandingan baru dan pengalaman ini akan menjanjikan satu kelainan serta mampu menggamatkan suasana program realiti terbaru itu.
Kak Engku dan Reza menerima lamaran Rosyam Nor bagi mengendalikan rancangan realiti terbaru mencari bakat dalam bidang lakonan, Pilih Kasih yang bakal bersiaran Jun ini.
Pilih Kasih akan disiarkan di TV2, jam 8.30 malam apabila rancangan siaran langsung dikendalikan Kak Engku dan Reza sementara laporan harian dikendalikan Pasha Abdul Rahim.
Menurut Kak Engku, dia pertama kali bergandingan dengan Reza bagi program realiti itu dan perkenalan seketika sudah cukup membuatkan mereka serasi.
"Kami cepat serasi kerana Reza bersikap terbuka, aktif dan rajin. Kerajinan serta sikapnya yang menghormati saya sebagai artis senior dan individu berumur membuatkan saya selesa bekerja dengannya.
"Pertama kali bergandingan dengan Reza pada majlis pelancaran program realiti lakonan itu, Reza sudah menyediakan skrip dan meminta pandangan saya sama ada skrip itu perlukan perubahan atau tidak.
"Saya lihat dia kuat berusaha serta bersedia menerima kritikan dan ini membuatkan kami cepat mesra," katanya.
Kata Kak Engku, pada awalnya dia hampir menolak tawaran itu kerana bimbang tidak mampu melakukannya berikutan mempunyai jadual yang ketat.
Namun, setelah beberapa kali dipujuk Rosyam akhirnya Kak Engku bersetuju menerima tawaran itu kerana dia hanya mengendalikan siaran langsung.
"Lagipun, Rosyam sudah berjanji dengan saya untuk menghantar e-mel mengenai aktiviti program dua hari sebelum berlangsungnya Pilih Kasih dan ini sedikit sebanyak membantu mengacarakan rancangan itu," katanya.
Bagi Reza pula, mengendalikan program itu bersama Kak Engku dianggap satu peluang keemasan yang tidak akan dilepaskan.
"Saya gembira dan teruja apabila diberitahu akan digandingkan dengan Kak Engku dalam program Pilih Kasih kerana dia pengacara yang saya jadikan rujukan.
"Walaupun Kak Engku seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang pengacaraan, namun dia tidak pernah kedekut ilmu dan membantu saya jika tidak memahami sesuatu perkara.
"Kami sama-sama bersikap terbuka dan petah bercakap, jadi saya dapat rasakan keseronokan apabila dapat mengacarakan program ini bersama Kak Engku," kata Reza. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:29 am | |
| Pushpa perlahan kegiatan seni
SEJAK berkahwin pada Disember 2007, Pushpa Narayan, 30, terus sibuk berlakon termasuk menyambung penggambaran siktom Farah yang sudah bersiaran selama tiga musim. Penat sepanjang tahun lalu, Pushpa memperlahankan kegiatan seninya awal tahun ini kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada rumah tangga.
Seperti pasangan suami isteri lain, Pushpa juga teringin menimang cahaya mata dan berharap langkahnya mengurangkan kegiatan seninya membolehkan segera mendapat zuriat sebagai pelengkap kehidupannya dengan suami, Richard Federick Robless.
"Saya tidak pernah merancang bila akan mendapat anak. Sejak hari pertama bergelar isteri, saya berharap dapat menjadi ibu dengan segera. Selain menyerikan rumah tangga, usia saya dan Richard tidak mengizinkan kami menunggu terlalu lama.
"Pun begitu, keluarga kedua-dua pihak tidak terlalu mendesak kerana mereka tahu apa jua yang berlaku atas kehendak Tuhan.
"Buat masa ini, saya juga tidak melakukan sebarang rawatan kesuburan dan hanya berusaha secara semula jadi," katanya ketika ditemui pada sidang media Anak Wayang terbitan Astro, kelmarin.
Terbaru Pushpa akan muncul dalam drama yang juga sebahagian daripada projek Anak Wayang iaitu Kecuali Cintamu. Drama itu dibuat khusus untuk memasukkan satu watak bakal dimainkan peserta Anak Wayang yang terpilih untuk minggu itu.
Anak Wayang adalah program realiti bagi mencari bakat lakonan dan drama bersiri yang akan berlangsung serentak.
Dalam drama itu, Pushpa pegang peranan sebagai anak yatim bernama Lili Aziz. Berasal daripada keluarga susah, Lily seorang yang sangat ringkas, tidak mementingkan kebendaan dan komited dengan kerja, tetapi tiada keyakinan diri apabila terpaksa berhadapan dengan golongan berada yang penuh hipokrasi.
"Lili tidak pandai bergaya, mudah gementar, tetapi sangat bertanggungjawab. Tumpuan sekarang pada drama ini yang diterbitkan 50 episod untuk siaran Astro Prima. Disiarkan Isnin hingga Jumaat, selama sejam.
"Pengarah drama ini juga mahu setiap pelakon memberi tumpuan kepada drama ini kerana bila-bila masa mungkin akan ada perubahan berdasarkan kepada peserta Anak Wayang yang bakal terpilih untuk berlakon drama ini.
"Penggambaran drama Kecuali Cintamu berlanjutan sehingga Ogos ini. Selain itu saya juga pergi uji bakat untuk iklan komersial kerana jika terpilih pembabitan dalam penggambaran iklan tidak lama.
"Selain itu saya berehat di rumah sambil melawat keluarga mentua di Kajang, Selangor. Jika Richard ada cuti panjang, kami balik ke rumah keluarga saya di Jerantut, Pahang," katanya.
Kata Pushpa, kehidupannya pada waktu bujang banyak yang berubah selepas berkahwin. Sebelum ini dia rela bekerja tak kira masa kerana tiada siapa di rumah.
"Sekarang selepas berkahwin, sudah ada pihak lain (suami) memerlukan perhatian saya. Lagipun sekarang kalau tiada sebarang aktiviti luar pun tidak bosan kerana ada kerja rumah yang perlu dibuat, memasak untuk suami dan hujung minggu kami berkumpul di rumah keluarganya.
"Adakala keluarganya akan datang ke rumah kami di Petaling Jaya. Hubungan saya dengan keluarga Richard rapat kerana jarak rumah yang agak dekat membuatkan kami sering bertemu," katanya.
Pushpa juga dalam perancangan membuka bisnes dan sedang membuat kajian memilih perniagaan yang diterokainya.
"Saya berminat dalam perniagaan pakaian tetapi belum dapat dipastikan sam ada saya akan buka butik pakaian atau perniagaan lain. Saya sedang mengkaji pasaran dan kecenderungan masyarakat.
"Sekarang ekonomi tidak berapa bagus dan tidak boleh buang duit begitu saja," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:34 am | |
| Jawablah!: 'Bersihkan kembali nama saya' Sarimah Ibrahim kecewa acara amal bertukar kontroversi gara-gara sikap cepat melatah seorang individu
NIATNYA hanyalah satu iaitu untuk melakukan kerja amal. Namun cerita lain pula yang timbul apabila acara kebajikan yang dianjurkannya baru-baru ini menjadi punca tercetusnya 'perang dingin' akibat sikap tidak profesional seorang individu yang ada kaitan dengan industri hiburan tanah air.
Khabarnya, kontroversi ini timbul disebabkan individu terbabit memungkiri janjinya sendiri iaitu apabila dia dan anak didiknya tidak muncul dalam acara amal yang dianjurkan pengacara Akademi Fantasia 7, Sarimah Ibrahim tanpa alasan yang konkrit.
Bukan niat untuk membuka pekung di dada atau menuding jari kepada sesiapa tetapi apa yang dikesalkan Sarimah, akibat kegagalan individu berkenaan menjelaskan alasan sebenar ketidakhadirannya serta lekas melatah apabila diprovokasi, membuatkan cerita yang sepatutnya tersimpan rapi akhirnya menjadi buah mulut ramai.
Justeru, tidak mahu acara perkara ini berlanjutan, Sarimah ketika dihubungi Hip lewat malam kelmarin terpaksa bangkit memberikan penjelasan biarpun dia menyedari perbuatannya itu sebenarnya akan memberi persepsi negatif terhadap acara amal berkenaan.
Hip: Khabarnya betulkah Sarimah naik angin dengan seseorang yang khabarnya tidak hadir dalam acara amal yang dianjurkan baru-baru ini.
Sarimah: Saya tidak pernah naik angin atau marah mana-mana pihak yang tidak dapat hadir pada acara berkenaan kerana saya tahu ada di antara mereka yang mungkin mempunyai alasan tersendiri apabila mereka memilih untuk menarik diri untuk acara itu. Di sini saya juga ingin jelaskan bahawa sebelum acara amal itu berlangsung, saya ada menerima mesej dari beberapa pihak yang diundang
menyatakan yang mereka tidak dapat datang, cuma waktu pemberitahuan itu adalah berbeza. Ada yang memaklumkannya sehari sebelum, ada yang memberitahunya pada waktu pagi sebelum acara bermula manakala ada juga yang menarik diri di saat akhir. Sebagai penganjur, sudah tentu saya akan ditanya beberapa pihak mengapa wajah mereka yang sebelum ini berjanji untuk menghadirkan diri tak nampak langsung batang hidungnya. Apabila orang bertanya, sudah tentulah saya memberikan alasan berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya. Tetapi nampaknya, ada individu yang merasakan saya cuba memburukkannya tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Tanpa sebarang usul periksa, dia menuduh saya yang bukan-bukan sehingga mengeluarkan beberapa kenyataan yang saya sendiri terkejut mendengarnya. Pada saya, individu itu sepatutnya menyiasat terlebih dulu ataupun bertanyakan terus kepada saya apa yang berlaku. Ini tidak, sikapnya yang cepat melatah membuatkan keadaan menjadi buruk dan secara tidak langsung, mencalarkan acara amal yang saya anjurkan dengan cerita yang tidak sedap didengar.
Hip: Sarimah kesal dengan apa yang berlaku?
Sarimah: Sudah tentu kerana untuk pengetahuan anda, saya seboleh mungkin tidak mahu acara amal itu diketahui orang terutama media kerana saya tidak mahu orang menyangka saya buat amal hanya untuk publisiti. Itulah sebabnya mengapa acara ini tidak mendapat liputan meluas dalam mana-mana media. Namun apa yang saya harapkan nampaknya bertukar menjadi lebih buruk apabila cerita seperti ini tersebar sehingga dihidu media. Saya akui saya memang sedih, kecewa, terkilan dengan perkara ini kerana ia berpunca daripada kesilapan mereka sendiri yang tidak mahu bercakap benar dan apabila tembelang mereka terbongkar, lalu mereka cuba menutupnya dengan mencari kesalahan orang lain. Perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Jika mereka menggali lubang jangan cuba mengheret orang lain untuk masuk ke dalam lubang itu. Sepatutnya dari awal lagi dia harus menghubungi saya untuk mendapatkan gambaran sebenar dan bukannya bermain serkap jarang sehingga mencetuskan kontroversi yang memualkan.
Hip: Apa tindakan Sarimah untuk membersihkan nama yang sudah tercalar?
Sarimah: Saya bukanlah seorang yang suka memanjangkan cerita yang tidak berfaedah seperti ini. Kalau boleh saya mahu kontroversi ini tamat di sini juga. Malah, individu itu sendiri ada berjumpa dengan saya meminta supaya perkara ini tidak dipanjangkan. Bagaimanapun, kata orang, berani buat beranilah tanggung. Saya tidak menuntut atau mengharapkan apa-apa cuma saya sekadar inginkan keadilan iaitu bersihkan kembali nama saya yang sudah tercemar. Dan yang lebih penting bagi saya, jadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran dan dia patut sedar kesan serta impak atas perbuatannya itu. Dia juga harus tahu bahawa akibat sikapnya itu, banyak pihak yang terluka terutama mereka yang terbabit secara langsung dalam acara amal ini kerana tidak semena-mena acara yang sepatutnya dipenuhi dengan keikhlasan dan kegembiraan dicacatkan dengan isu bodoh yang tidak menguntungkan sesiapa.
Hip: Bagaimana pula dengan isu ada pihak yang cuba jaja nama Sarimah untuk mendapatkan keistimewaan. Sebagai contoh menyamar menjadi pengurus?
Sarimah: Ya saya ada baca artikel dalam akhbar itu dan saya setuju dengan apa yang ditulisnya. Walaupun saya sendiri tidak tahu jika perkara itu sebenarnya pernah berlaku ataupun tidak, tapi saya harap ia tidak berlaku kerana saya memang tidak pernah diuruskan sesiapa. Buat masa ini, semua perihal kerjaya saya uruskan sendiri.
Hip: Terlanjur bercakap mengenai pengurus, apakah benar Sarimah akan bernaung di bawah pengurusan Artites United Records and Management (AUR) di bawah pengurusan Vernon Kedit seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini?
Sarimah: Soal itu sebenarnya masih lagi dalam perbincangan. Kontrak pun belum saya tandatangani kerana buat masa ini peguam saya sedang meneliti isi kandung kontrak berkenaan. Lagipun tak perlu nak terburu-buru. Saya pun tidak terdesak sangat untuk mencari pengurus kerana sepanjang hampir 13 tahun saya menceburkan diri dalam bidang ini, semuanya saya urus sendiri. Cuma saya tak nafikan, antara sebab saya merasakan yang saya perlu ada seorang pengurus ialah apabila saya perlu berdepan dengan situasi seperti ini. Sekurang-kurangnya adalah pihak yang akan menjawab bagi pihak saya. Tengoklah, nanti, mungkin selepas berakhirnya AF nanti baru saya dan Vernon akan duduk berbincang mengenai soal ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:37 am | |
| 'Norman lelaki paling rapat' Memey akui terlalu awal fikirkan soal kahwin
BOSAN dan jelak disuakan persoalan yang serupa namun apa saja yang mampu dilakukan oleh gadis ini untuk menutup mulut mereka yang tidak pernah jemu mendapatkan kepastian daripadanya.
Mahu atau tidak dia terpaksa berdepan dengan pertanyaan demi pertanyaan mengenai pengakhiran hubungannya dengan aktor sensasi, Norman Hakim.
Jauh di sudut hati mahu saja dia melontar jauh segala peristiwa hitam lalu tanpa perlu ada yang terus mengungkit dan membangkit persoalan yang dia sendiri tidak mempunyai jawapannya.
Bagi Suhaiza Suhaimi atau nama komersialnya, Memey Suhaiza, 21, berdiam diri adalah jawapan terbaik daripada terus mengulas mengenai hubungan dengan duda tiga anak itu.
Sebagai gadis, Memey akur tidak manis untuk dia berbicara soal hati apatah lagi bercerita panjang mengenai perancangan masa depan terutama menyentuh soal perkahwinan.
“Lebih baik hal itu ditanyakan kepada Norman. Mungkin dia mempunyai jawapannya. Tidak manis saya sebagai seorang wanita bercerita mengenai soal hati dan perkahwinan selagi belum ada kata putus daripadanya.
“Tetapi saya tidak menafikan dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya,” kata Memey seakan sudah menduga pertanyaan itu pasti kembali diajukan kepadanya ketika pertemuan sempena pelancaran drama online terbaru siaran Gua TV, Mingguan Lelaki, baru-baru ini.
Menyelak tabir hatinya, gadis kelahiran Kota Tinggi, Johor ini jujur meluahkan, fokus utamanya ketika ini adalah memperkukuhkan dulu nama serta memantapkan karier lakonan yang baru setahun dua diceburi.
Apatah lagi pada usia baru mencecah 21 tahun, Memey merasakan masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal perkahwinan.
“Saya masih muda untuk ke arah itu. Biarlah saya bekerja dulu untuk mencari kepuasan dalam dunia lakonan. Tambahan pula keluarga di kampung juga masih bergantung kepada saya.
“Memikirkan semua itu, setiap kali sebelum keluar rumah saya mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan masyarakat dan media kerana saya perlu bekerja untuk survival.
“Ada ketika saya berasa begitu penat kerana cerita mengenai kami tidak pernah berkesudahan. Pernah saya tertanya sendiri, bila semua ini akan berakhir kerana saya juga mahu hidup aman seperti dulu,” katanya.
Akui Memey, sejak peristiwa hitam itu hidupnya sudah tidak setenang dulu. Kebebasan yang dulu menjadi miliknya sudah mula terhakis dan suasana itu membuatnya tidak selesa.
“Setiap kali kami berdua di khalayak, pasti ada yang menghebahkannya kepada media. Masyarakat seolah-olah cuba mencari kesalahan saya sedangkan saya juga berhak untuk menikmati kehidupan seperti orang lain.
“Semua itu membuat saya lebih berhati-hati. Saya tidak mahu tersalah langkah lagi kerana orang di luar sentiasa mencari sebab untuk menunjukkan saya yang bersalah atas apa yang berlaku,” katanya dalam senyum hambar.
Terpulang apa juga tafsiran dan penerimaan khalayak kerana bagi Memey, dia perlu meneruskan hidup seperti biasa.
Mujur segala kekalutan itu tidak menghentikan rezekinya dalam bidang lakonan. Rezekinya bagaikan tidak putus kerana tawaran sentiasa mendatangi membuatkan Memey bersyukur kerana Tuhan masih menyayanginya.
Namun, tidak semua tawaran yang datang dikautnya kerana gadis ini mempunyai prinsip kerjanya sendiri.
“Saya lebih memikirkan kualiti berbanding kuantiti. Selesai satu penggambaran, baru saya terfikir untuk menerima tawaran lain.
“Saya tidak mahu terlalu ghairah menerima tawaran itu dan ini tetapi sudahnya saya tidak mampu memberikan hasil kerja yang baik.
“Saya seorang yang menjaga kualiti kerja dan kerana itu saya merencana perjalanan kerjaya supaya mempunyai cukup masa untuk membuat persediaan sebelum ke sesuatu lokasi baru,” katanya.
Ketika ini, Memey terikat dengan penggambaran drama bersiri 62 episod, Roda Roda Kuala Lumpur selain baru menyempurnakan penggambaran drama, Khatan siaran RTM serta filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak.
Takut namun teruja
MENGENAI pembabitannya dalam drama Mingguan Lelaki, Memey yang membawakan watak wanita penggoda bernama Farah berkata, pada mulanya dia berdebar-debar untuk menerima tawaran itu.
Apatah lagi, drama online bersiri yang ditulis Pengurus Besar Kandungan, Jenama dan Pemasaran Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil menemukannya dengan pengarah hebat, Aziz M Osman.
“Saya takut dan berdebar-debar kerana ramai memberitahu dia garang ketika di lokasi. Itu yang membuat saya berdebar.
“Namun memikirkan kredibilitinya sebagai pengarah hebat, saya teruja untuk menimba pengalaman bekerja di bawah arahannya.
“Saya bertuah kerana dia sentiasa memberi tunjuk ajar. Dalam kebebasan yang diberi, dia banyak membantu serta menegur untuk mencorakkan lakonan saya membuatkan saya selesa di lokasi.
“Alhamdulillah, tidak banyak masalah dihadapi meskipun ini kali pertama saya diserahkan watak yang agak berbeza daripada kebiasaan watak yang diberikan kepada saya,” katanya.
Merendah diri biarpun dipuji Aziz akan potensi dan bakat besar yang dimilikinya, Memey berkata, jika tanpa tunjuk ajar serta teguran pengarah itu tidak mungkin dia mampu memberikan persembahan yang dimahukan.
“Durasi untuk penggambaran drama ini agak singkat membuatkan saya tidak mempunyai banyak masa melakukan kajian.
“Lagipun watak Farah agak berat kerana saya perlu menghidupkan watak sebagai wanita penggoda membuatkan beberapa kali penggambaran terpaksa diulangi terutama pada episod ketujuh di mana saya perlu menggoda Fazren Rafi,” katanya.
INFO:
Nama Penuh: Suhaiza Suhaimi Nama Komersial: Memey Suhaiza Tarikh Lahir: 25 Mac 1988 Asal: Kota Tinggi, Johor Keluarga: Anak ketiga daripada enam beradik Pendidikan: Sekolah Menengah Tenggaroh A, Kota Tinggi, Johor Drama: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda Kuala Lumpur, Tragedi Oktober, Lara Rindu Mahsuri dan Farah Syakira. Program TV: Pengacara Diari Anak Seni (RTM) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:49 am | |
| Protes cara Maya Maya Karin
Pemenang Pelakon Wanita Popular ABPBH 2008 gembira projek impian jadi kenyataan
TIGA tahun lalu iaitu sebelum diberi kepercayaan untuk menyandang gelaran Duta Alam Sekitar, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin pernah memasang angan-angan untuk menganjurkan sebuah program iaitu kempen Anti Beg Plastik sebagai tanda protes terhadap aktiviti yang mampu menjejaskan kualiti alam sekitar.
Namun disebabkan kesibukannya, hasrat murni itu terpaksa ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada Maya untuk terus fokus kepada bidang seni yang amat dicintainya itu. Pun begitu, jauh di sudut hati, Maya percaya bahawa suatu hari nanti apa yang dihajati bakal menjadi kenyataan.
Doa serta harapan Maya itu akhirnya dijawab Tuhan apabila kempen Anti Beg Plastik yang diusahakannya sejak beberapa bulan lalu membuahkan hasil dengan berlangsungnya sebuah acara yang cukup meriah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pagi Sabtu lalu.
Biar sang suria tegak di atas kepala, biar peluh membasahi wajah jelitanya namun bagi ‘pontianak jelita’ ini tidak ada perkara yang lebih menggembirakan selain melihat program yang dihasilkan atas inisiatif dirinya bersama pengurusnya, Azlin Abas berlangsung dengan jayanya.
"Sudah lama saya impikan untuk menganjurkan kempen ini iaitu sejak tiga tahun lalu namun baru hari ini segala yang saya cita-citakan itu dimakbulkan Tuhan. Bayangkan dalam masa yang singkat, kami terpaksa menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan untuk menjayakan acara ini.
MAYA sempat beramah mesra bersama pelajar yang terbabit kempen Antibeg Plastik.
"Selain kekurangan tenaga kerja, pelbagai dugaan terpaksa kami berdua tempuhi. Sebagai contoh pada awalnya, kami bercadang untuk mengundang sekolah rendah di Kuala Lumpur, namun disebabkan tidak mendapat sokongan maka kami menukarnya kepada sekolah rendah di kawasan Selangor.
'Mujurlah tiga sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor (Subang Jaya), SK Tun Hussien Onn 2 (Cheras) dan SK Taming Jaya (Seri kembangan) bersetuju untuk terbabit dalam acara ini. Sokongan yang ditunjukkan oleh keseluruhan 4,000 murid ini amat saya hargai," ujar Maya ketika ditemui pada sidang media.
Penat membuat persediaan untuk acara yang julung kali diadakan itu bagaikan tidak terasa buat Maya sebaik saja melihat sambutan yang ditunjukkan murid serta kakitangan tiga sekolah berkenaan.
"Sebagai tugasan untuk menjayakan kempen ini, pelajar perlulah mengumpulkan beg plastik dan setiap mereka membentuk plastik berkenaan menjadi sebiji bola besar. Sepanjang tiga minggu membuat persediaan, saya perlu berulang alik ke sekolah dan saya bangga melihat betapa seriusnya pelajar berkenaan mengumpulkan plastik semata-mata untuk menjayakan kempen ini.
"Secara tidak langsung, usaha itu diharap dapat memberi kesedaran kepada mereka, keluarga dan masyarakat umum bahawa betapa bahan plastik sebenarnya membawa mudarat kepada alam sekitar sekali gus mengancam hidupan lain yang ada di dunia ini," tegas Maya yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Pisau Cukur ini.
Mungkin ada yang skeptikal dengan usaha pelakon yang baru saja memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ini dan menganggapnya ia sebagai gimik semata-mata. Bagaimanapun pendapat nakal itu segera disangkal Maya sambil menekankan bahawa gaya hidup yang cintakan bumi sudah lama dipraktikkan sejak belum bergelar artis lagi.
"Jika saya keluar membeli belah, saya akan membawa beg sendiri. Malah, di rumah saya sendiri penggunaan beg plastik agak kurang. Dan kalau saya memandu, saya lebih senang memandu dengan perlahan bagi mengurangkan penggunaan minyak yang banyak.
"Bukan saya saja yang mengamalkan cara hidup sebegitu tetapi suami saya juga. Cuma kalau hendak dibandingkan, orang Jerman lebih dulu mempraktikkan gaya hidup seperti ini berbanding orang Inggeris seperti dia.
"Cuma kadang-kadang ada juga yang dia tak ikut membuatkan saya terpaksa berleter," seloroh Maya sambil menekankan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia didedahkan dengan amalan mengasingkan sampah mengikut kategori, plastik, kaca dan kertas.
Program yang berlangsung sejak jam 8 pagi itu berjaya mengumpulkan plastik seberat 100 kilogram yang panjangnya menyamai hampir 7.5 kilometer sebelum dibawa ke pusat pelupusan sampah.
Kembali rakam album
SEBELUM ini dia pernah menghasilkan dua buah album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya. Dan selepas itu, Maya bagaikan merajuk apabila dia lebih banyak menumpukan perhatian terhadap bidang lakonan.
Pun begitu, menurut Maya kehilangannya dalam dunia nyanyian bukanlah disebabkan merajuk tetapi disebabkan tawaran yang mencurah-curah yang diterimanya dalam dunia lakonan ditambah ditawarkan watak yang amat diidamkan membuatkan dia tidak dapat menolak untuk terus aktif di layar perak dan layar kaca.
Hanya selepas bernaung di bawah syarikat Satu Entertainment Sdn Bhd barulah Maya rasakan sudah tiba masanya untuk dia kembali mengasah suara dan menjenguk kembali ruang lingkup seni yang ditinggalkannya suatu waktu dulu.
"Selepas program kempen ini tamat, saya akan pergi bercuti. Dan selepas itu barulah saya kembali masuk studio untuk merakamkan suara. Tak sabar untuk merakamkan lagu bersama Audi Mok yang juga penerbit untuk album ini," ujar Maya dalam nada teruja.
Bakal kembali kepada konsep pop, Maya mengharapkan peminat setianya akan sabar menunggu kehadiran album ketiganya ini. Mengenai tawaran berlakon, duta Nescafe ini berkata dia masih menerimanya.
"Bagaimanapun kebanyakan produksi terbabit terpaksa menangguhkan penggambaran atas alasan kegawatan dan sebagainya. Jadi saya terpaksa menunggu," ungkap Maya sambil mengukir segaris senyuman manis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:51 am | |
| Tersentuh keadaan M Rajoli RAKAN artis melawat M Rajoli di kediamannya di AU3, Keramat.
Rakan artis ziarahi pelakon yang kini derita barah kelenjar otak
GAMBARNYA yang dilihat melalui sistem pesanan multimedia (MMS) dalam keadaan uzur menyentuh hati 20 rakan artis, lalu membuka hati mereka untuk menziarahi pelakon M Rajoli, baru-baru ini.
Pelakon yang nama sebenar Mohd Rajoli Mohd Zain, 63, kini hanya terlantar di kediaman isteri pertamanya Hassimah Mat Din selepas keluar hospital akibat menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak setahun yang lalu.
Namun keadaannya kini kian beransur pulih selepas menjalani fisioterapi di sebuah klinik di Taman Melawati yang dilakukan tiga kali seminggu.
Kunjungan artis muda itu diketuai Penerbit Eksekutif Excellent Pictures, Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Den Wahab. Mereka mengambil inisiatif mengumpul seberapa ramai artis untuk membatu pelakon yang sering membawakan watak lelaki warak dalam drama yang pernah dilakonnya.
Menurut Den, sejak mengetahui keadaan sebenar M Rajoli, dia dan Idham segera menghubungi waris M Rajoli untuk menziarahi dan meminta keizinan isterinya bagi membawa seberapa ramai artis bagi membantu suaminya.
AZIZ turut bertanya khabar M Rajoli.
“Selepas menonton program Melodi beberapa minggu lalu, saya cukup tersentuh dengan keadaan M Rajoli lalu saya berpakat dengan Idham untuk membantu setakat mana yang kami termampu.
“Lalu saya terus mendapatkan nombor telefon dan alamat penerbit Melodi, Nas Ahmad dan terus ke rumah M Rajoli di kediamannya di Menara Rajawali, AU2 Keramat, Kuala Lumpur.
“Saya dan Idham cukup tersentuh melihat keadaannya sekarang kerana sebelum ini saya mengenalinya sebagai seorang yang cukup periang dan sering menghiburkan teman di lokasi penggambaran drama,” katanya.
Lalu menurut Den, keizinan yang diperoleh daripada isteri M Rajoli disambut baik demi melihat suaminya kembali ceria seperti sebelum ini.
“Saya sempat mengambil beberapa keping gambar M Rajoli semasa melawatnya dan menghantar MMS kepada rakan artis dan menjemput sesiapa yang sudi mengunjunginya.
“Alhamdulillah hari ini saya melihat ramai artis yang hadir membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung isterinya. Antara artis yang hadir dan membantu seperti Datuk Aziz Sattar, Baharuddin Omar, Rebecca Al Islam, Anne Abdullah dan Noniswara.
“Turut menziarahinya, Sharifah Shahira, Aida Aris, Sulaiman Yassin, Imuda, Nabil (Raja Lawak), Rosyam Nor, Jehan Miskin, Mawi, Pak Ngah dan ramai lagi,” kata Den yang turut bermurah hati menaja khidmat tukang urut berpengalaman, Wak Hassan yang didatangkan khas dari Pulau Jawa, Indonesia.
M Rajoli kini hanya terlantar di katilnya sejak dimasukkan ke hospital pada 10 Oktober tahun lalu dan dibenarkan keluar sebulan selepas itu.
Hassimah berkata, kesihatan suaminya kini dilihat menunjukkan sedikit perubahan berbanding sebelumnya.
“Alhamdulillah saya dapat melihat perubahannya hari ini mungkin dengan kehadiran ramai rakan artis yang memberikan semangat kepadanya. Sebelum ini hidupnya muram saja sejak terlantar di rumah mungkin bersedih kerana tidak ramai yang mengunjunginya.
“Hari ini dia lebih berselera untuk makan dan ingatannya semakin pulih apabila dia mampu mengenali ramai orang.
“Namun dia masih tidak mampu untuk berjalan dan melakukan pergerakan yang banyak sehingga terpaksa membuang air besar dengan menggunakan lampin saja,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 11:53 am | |
| Watak Dafi bawa tuah
WATAK Dafi dalam drama bersiri Spa Q 1 dan 2 nyata menaikkan nama pelakon muda, Fazren Rafi, 24, di persada seni tanah air. Malah ramai memanggilnya Dafi, membuktikan betapa dekatnya drama itu di hati peminat hingga drama itu mendapat sambutan ramai ketika disiarkan di TV3.
Kata Fazren, tidak sia-sia segala komitmen dan pengorbanan diberikan sepanjang beberapa bulan menghabiskan masa di lokasi penggambaran drama bersiri 120 episod itu (musim 1 dan 2).
"Saya cukup bertuah kerana diberi kepercayaan penerbit Global Station Sdn Bhd, Zaiton Mohd Jiwa untuk menjayakan drama ini.
"Sekalipun Spa Q 2 sudah berakhir, ke mana saja saya pergi, orang masih memanggil saya Dafi. Sejak beraksi dalam Spa Q juga, tawaran berlakon tidak pernah putus sampai sekarang. Tapi, saya tidak tamak untuk merebut segala peluang yang datang depan mata.
"Sudah menjadi cara saya untuk memberi fokus pada sesuatu projek drama sehingga selesai sebelum terbabit dalam projek lain pula.
"Sebelum ini, saya pernah terbabit dalam dua projek drama dalam satu masa tapi ia hanya menyusahkan diri sendiri kerana terpaksa berkejar ke sana sini dan tidak dapat fokus pada projek berkenaan," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Mingguan Lelaki arahan Aziz M Osman, baru-baru ini. .
Antara drama lakonannya ialah Adam, Puteri, Ali Din, Bong, Impian Laili dan telefilem Air Mata Rajie. Dia juga baru selesai penggambaran drama bersiri 13 episod, Cintaku Di Mukah arahan Mohd Noh Bujang yang membabitkan penggambaran di Sarawak.
Dalam misi menjadi pelakon versatil, Fazren juga ingin mencuba karakter antagonis untuk meningkatkan lagi prestasi lakonan sedia ada.
"Saya sering diberikan watak lelaki baik dalam drama sebelum ini. Justeru, saya berharap pengarah akan beri peluang kepada saya berlakon watak lebih mencabar seperti pemuda psiko, perompak, perogol dan sebagainya.
"Kalau sebelum ini, saya sering kena pukul dalam drama, kali ini saya teringin hendak pukul orang pula," katanya.
Sesibuk manapun berlakon, Fazren tetap berazam menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan Drama (Pengarahan) di Universiti Malaya (UM). Kini Fazren dalam semester akhir dan masih ada dua kertas yang perlu dihabiskan pada semester depan.
Dua kertas itu tertangguh buat sementara waktu kerana ia bertembung dengan jadual penggambaran drama sebelum ini.
"Apapun, saya tetap akan menamatkan pengajian secepat mungkin kerana saya juga ingin menjadi pelakon berilmu," katanya.
Minat macam manapun pada bidang lakonan, Fazren yang mengagumi Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan pengarah indie, Namron, tetap tidak melupakan impiannya menjadi pengarah berjaya pada masa depan.
Katanya, dia menceburi bidang lakonan untuk mencari tapak dan pada masa sama, mencuri masa untuk berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir di lokasi penggambaran.
"Saya sudah bekerja dengan ramai pengarah dan masing-masing juga mempunyai corak pengarahan berbeza. Contohnya, dari segi teknik pencahayaan dalam drama Aziz, ia tidak sama dalam dalam drama pengarah lain.
"Bagaimanapun, masih banyak ilmu pengarahan yang perlu dipelajari sebelum saya mempunyai keyakinan untuk mengarah drama pada masa depan," katanya.
Jika artis muda lain lebih suka menyorokkan status mereka, Fazren pula tidak ada masalah berkongsi cerita peribadinya dengan peminat.
"Saya yakin peminat sekarang sudah bijak untuk menilai seseorang artis itu menerusi bakat dan bukan cerita peribadinya.
"Justeru, saya tidak ada masalah untuk memberitahu peminat saya sudah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan, 23, pada 13 Disember lalu.
"Mengikut persetujuan keluarga kedua-dua pihak, kami bertunang selama dua tahun sebelum mengakhirinya dengan perkahwinan.
"Dia hanya orang biasa dan kami bertemu di tempat cuci kereta. Saya asal Klang, Selangor dan Marlina pula dari Batu Gajah, Perak. Selepas berkawan selama empat bulan, kami sepakat untuk bertunang.
"Marlina juga mempunyai kelulusan dalam jurusan asuhan kanak-kanak dan bercadang membuka tadika sendiri tidak lama lagi," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:10 pm | |
| Teropong Julia Ziegler mungkir janji Julia dikatakan bercinta dengan Pierre? David gugur watak utama dalam siri promosi selepas hanya setuju sertai dua daripada 14 slot EPISOD Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sudah pun melabuhkan tirainya di Genting Highlands malam Ahad lalu. Tahniah kepada semua pemenang yang dinobatkan peminat masing-masing sebagai yang paling popular. ABPBH 2008 berjaya mencatat 4.22 juta penonton, angka yang dikeluarkan AGB Nielsen Media Research mewakili 66.2 peratus daripada keseluruhan penonton siaran TV yang ke udara ketika itu, sekali gus menjadikan ABPBH edisi ke-22 antara program hiburan mencatatkan kadar penonton tertinggi untuk separuh tahun pertama 2009! Dalam pada itu, Zubir tetap mendengar beberapa rungutan ketika puluhan artis popular berkampung di Genting Highlands umpamanya finalis ABPBH 2008, kumpulan Hujan yang turut membuat persembahan pada malam itu sebagai sombong dan tidak mesra peminat dan media. Bagi Zubir, sikap Hujan itu tak pernah berubah walaupun sudah banyak kali ditegur! Justeru, biarkan saja, kalau dah sombong, tak ke mana perginya tu! Sebaik selesai 'misi' di Genting Highland, Zubir dikejutkan dengan berita kemalangan maut membabitkan kenderaan yang membawa penerbit Metrowealth (MIG), David Teo bersama pengarah Ahmad Idham dan pelakon Jangan Tegur, Nadia Mustafar apabila mereka dalam perjalanan ke Singapura mempromosikan filem berkenaan, seorang pekerja Bangladesh mati dilanggar kakitangan MMP, Azahari yang memandu ketika itu. Bercakap mengenai Jangan Tegur yang memasuki pawagam mulai 9 April lalu, Zubir difahamkan jentera MIG sedang ligat mempromosikan filem berkenaan dengan kerjasama pelakonnya. Cuma tidak kelihatan dalam rangka promosi kali ini ialah pelakon dan pengarah Jangan Tegur, Pierre Andre apabila satu Malaya sudah sedia maklum, aktor berkenaan dengan David ketika ini sedang berdepan konflik yang tiada kesudahan, ‘perang’ berterusan apabila Pierre masih memberikan kenyataan ‘laser’ di dada akhbar. Pun begitu, Zubir tersenyum sendiri membaca kenyataan Pierre menerusi sebuah akhbar tabloid mingguan Ahad lalu apabila dia mengakui tidak berurusan dengan David sendiri untuk menjernihkan suasana, sebaliknya meminta pertolongan ibu dan ayahnya. Tak profesional! Yang berdepan masalah kerjaya, Pierre bukan orang tuanya. Yang bertindak sebagai pengarah Jangan Tegur, Pierre, bukan ibu bapanya, jadi kenapa nak babitkan orang tua? Mungkin ibu bapanya juga yang membantu mengarah filem arahannya itu! Kita tinggalkan cerita Pierre seketika. Beralih pula kepada pelakon wanita utama Jangan Tegur, Julia Ziegler yang pernah tercalon sebagai Artis Baru Wanita Popular pada ABPBH 2007. Apabila mengamati promosi Jangan Tegur beberapa kali, yang kerap muncul di kaca TV mahupun di corong radio ialah David sendiri, selain ditemani pelakon seperti Ellie Suriaty dan Nadia Mustafar, mana perginya Julia Ziegler, sedangkan dia tunjang utama, poster filem Jangan Tegur pun menampilkan dua wajah Julia, besar tu! Selepas diselidiki, Julia pada awalnya sudah pun menandatangani persetujuan menyertai 14 slot promosi Jangan Tegur membabitkan fotografi bersama pihak media, kemunculan di kaca TV dan radio. Pun begitu, pada saat akhir beberapa minggu sebelum promosi bermula, Julia memberitahu, dia hanya boleh menyertai dua slot saja, sekali gus keadaan itu mendatangkan kekecewaan bagi pihak MIG. "Mula-mula dia setuju join 14 slot promosi, sekarang dia boleh buat dua saja. Akhirnya David buat keputusan menggugurkan saja Julia daripada menyertai promosi Jangan Tegur, tak berbaloi. Khabarnya ketika ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem seram dan Pierre pula bertindak sebagai pengarah. Buat masa ini memang kami serik bekerjasama dengan Julia," kata sumber yang rapat dengan MIG, baru-baru ini. Terbaru, Zubir dengar cerita, khabarnya Julia semakin rapat dengan Pierre, dan mungkin tengah b ercinta. Tapi apabila ditanya pihak media, sering kali mengakui, dia tidak tahu di mana Pierre berada, walaupun....! Hai Julia, nak ikut jejak langkah Pierre ke? ZUBIR: Siapa Mas berusia lingkungan 30-an yang dikatakan kekasih lama Nubhan Akademi Fantasia 6? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:11 pm | |
| Norish, kekasih nafi bercumbu Luqman dan NK.
HUBUNGAN intim Norish Karman atau lebih mesra disapa NK dengan abang kepada pelakon Faradhiya, Mohamed Luqman semakin menjadi bualan ramai. Malah, ramai juga pernah terserempak pasangan sama cantik, sama padan itu.
Raja sendiri terserempak dengan NK dan kekasihnya ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu. Rasanya tak salah kalau NK berkawan rapat dengan Lokman, dia bukannya isteri orang lain, Lokman pula masih bujang trang tang tang. Orangnya pula kacak dan segak. Tak kisahlah kalau NK lebih berusia daripada Lokman sekali pun, asalkan mereka bahagia dan jiwa tenang.
NK sempat berbisik pada Raja, dia terkilan dengan laporan sebuah akhbar dalam ruang gosip baru-baru ini. Mereka dituduh buat adegan panas - bercumbu, berpeluk dan bercium mesra di hadapan khalayak ramai ketika menyaksikan showcase penyanyi Indonesia yang melakar nama di Eropah, Anggun C Sasmi.
"Saya bukan budak-budak lagi, saya sudah berakal, takkan saya nak buat benda tak senonoh di depan orang ramai. Saya dan Lokman terkilan dengan gosip yang disiarkan. Lokman menemani saya menyaksikan showcase Anggun tetapi kami datang bersama teman yang lain. Takkan saya nak berpeluk, bercumbu dan bercium depan teman-teman saya, mana nak letak muka? Saya ada maruah, saya juga seorang ibu, sudah boleh fikir mana baik dan buruk. Saya takkan tergamak nak melakukan perkara tak senonoh yang akhirnya memalukan diri sendiri," katanya.
Raja sempat juga bertanya sejauh mana hubungannya dengan Lokman? NK tak cakap banyak, tetapi beliau sempat menunjukkan gambar kekasihnya itu bersama anak-anaknya kepada Raja. Memang nampak mesra betul. Jadi fahamlah Raja, hubungan mereka memang serius.
"Dialah insan istimewa dalam hidup saya. Di kala susah dan senang saya, dia sentiasa bersama. Saya bahagia bersamanya. Apa yang paling penting dalam hidup saya, Lokman menerima anak-anak dan keluarga saya seadanya. Anak-anak saya juga rapat dengannya.
"Saya dapat melihat kegembiraan anak-anak saya ketika bersama Lokman. Rasanya tak salah kalau saya mencari teman hidup, saya bukan terikat dengan sesiapa. Saya lebih rela pilih hidup dengan insan yang sederhana, asalkan hati bahagia. Saya pernah melalui pengalaman bersama seorang yang ternama, tetapi ia tidak sedikitpun menjaminkan kebahagian saya.
"Cuma saya kasihankan anak-anak apabila terpaksa melalui hidup susah bersama saya. Yalah saya baru mula berlakon, peluang pun bukan datang selalu, sekarang banyak projek drama yang tertangguh gara-gara kegawatan ekonomi global.
"Tetapi saya takkan duduk berdiam diri, selagi ada kudrat saya bekerja. Jika tiada tawaran berlakon, saya melukis dan menjual hasil kerja tangan saya di gerai yang disewa. Sekurang-kurangnya dapatlah saya menampung hidup. Memang ramai yang tak sangka saya hidup susah, mereka hanya menilai saya dari luaran, mereka tak tahu apa yang saya pikul.
"Bekas suami bertindak kejam dengan menarik semula kemudahan yang diberi untuk anak-anak apabila mendapat tahu saya berkawan dengan Lokman. Saya pun tak faham, sedangkan kami bukan ada hubungan lagi. Cukuplah 10 tahun melalui hidup dengannya, saya tak mahu menderita seumur hidup. Saya sanggup mulakan hidup semula untuk mencari kebahagiaan," katanya.
Sabarlah NK, Raja percaya dengan penjelasan NK, ramai pengarah dan produser yang akan memberi peluang lakonan. NK memang pelakon yang hebat dan Raja cukup meminati NK dalam drama Syurga Di Pintu Neraka yang begitu berbekas di hati. Raja pasti peminat di luar sana pun sentiasa mendoakan kebahagiaan NK.
RAJA: Pelakon Noralbaniah kini khabarnya mula intim dengan bekas presiden persatuan seni. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:18 pm | |
| 'Saya tak hilangkan diri!' Farawahida
Penyanyi Farawahida mengakui kini menetap di kampungnya di Perak demi mencari ketenangan dan kekuatan diri. Kenapa?
KALAU ikutkan hati, mati ikutkan rasa, binasa. Sukar buat penyanyi Farawahida menceritakan episod yang berlaku, bagai terkunci mulutnya meluahkan apa yang terbuku selepas hampir dua bulan menghilangkan diri.
Bukan mengelak diri, bukan juga takut pada bayang-bayang sendiri. Sebaliknya, penyanyi yang dinobatkan sebagai juara kategori Etnik Kreatif pada Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) menerusi lagu Persoalan Cinta itu tidak mahu memburukkan lagi situasi yang dihadapi ketika ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Biarpun banyak cerita buruk dan mengaibkan tersebar selepas Farawahida menghilangkan diri, gadis kacukan Melayu-Pakistan tetap berdiam diri. Biarpun maruah dirobek, imej dicalar, nama baik bagaikan dipijak, gadis berkulit hitam manis itu belum bersedia untuk bersuara. Puas dipujuk, puas dirayu akhirnya Farawahida atau lebih mesra dengan panggilan Fara tampil buat kenyataan ringkas selepas namanya jadi `bahan seloroh pada malam kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, hujung minggu lalu.
Farawahida dan Julfekar ketika saling bekerjasama.
Dengan nada perlahan, Fara akui: Saya tak marah bila nama saya jadi bahan seloroh, tetapi perlukah mengaitkan saya dalam acara gilang gemilang itu? Saya tak berkecil hati, saya juga tak kesempatan menyaksikan perjalanan malam kemuncak ABPBH 2008 pada Ahad lalu, hanya mengetahuinya daripada anggota keluarga. Mungkin ia boleh dianggap sesuatu yang lucu, mungkin juga bertujuan menyindir saya.
"Bagaimanapun, saya nak tegaskan di sini, saya tidak menghilang diri ke mana-mana, saya pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak. Pengarah Urusan Millennium Art Sdn Bhd, Julfekar Ahmad Shah tahu saya berada di kampung. Jadi saya hairan apabila heboh cerita saya menghilangkan diri, sedangkan orang sekeliling tahu saya berada di rumah orang tua saya. Siapa agaknya yang buat kecoh?
"Saya pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan kekuatan diri. Saya terlalu menderita selama ini, tapi tiada siapa yang tahu. Dan jalan terbaik, saya balik ke kampung halaman untuk mencari kehidupan baru. Saya bersyukur keluarga saya berdiri teguh di belakang, mereka kekuatan saya.
"Apapun cerita buruk atau aib yang tersebar, saya pejam mata dan pekakkan telinga. Keluarga lebih kenal diri saya. Saya tak mahu komen lanjut kerana saya percaya kalau kita berada di pihak yang benar, lambat laun kebenaran akan terbukti juga."
Fara juga memohon maaf pada rakan media massa dan cetak yang mencarinya. Dia bukan tidak mahu bersemuka sebaliknya belum tiba masanya.
"Saya menyusun sepuluh jari, mohon maaf sekiranya saya tidak menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Bukan saya melarikan diri atau malu berdepan dengan umum, tetapi saya tidak mahu memanjang persengketaan yang berlaku. Insya-Allah suatu ketika nanti, saya pasti akan bersemuka dan memberikan penjelasan pada semua.
Detik indahmemenangi Anugerah Juara Lagu ke-23, Januari lalu.
"Kini hidup saya lebih tenang bersama keluarga. Saya juga boleh melakukan apa saja aktiviti kerana selama lima tahun bergelar anak seni, saya jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga. Saya tak pasti sampai bila saya akan terus memencil diri di kampung tetapi apa yang dapat dikatakan, dunia nyanyian tetap kekal di hati. Nyanyian sudah sebati dengan jiwa saya, jadi susah juga saya nak meninggalkannya.
"Bagaimanapun, kalau ditakdirkan rezeki saya bukan dalam bidang nyanyian lagi, saya pasrah. Mungkin perjalanan kerjaya seni saya berakhir di sini. Buat masa ini, saya hanya mahu menyelesaikan masalah dengan syarikat Millennium Art Sdn Bhd. Saya menunggu salinan kontrak untuk meneliti semula syarat perjanjian yang pernah ditandatangani ibu sewaktu saya berusia 17 tahun. Ibu menandatanganinya bagi pihak saya yang belum cukup umur ketika itu.
"Jujurnya, saya tak pernah mendapat salinan kontrak sejak mula ia ditandatangani walaupun saya pernah memintanya daripada syarikat pengurusan sebelum ini. Saya hanya berharap masalah saya dengan syarikat pengurusan dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Sebelum ini, timbul dakwaan Fara dikatakan kecewa dengan Julfekar apabila komposer itu didakwa menyeleweng pendapatan nyanyiannya, selain kehidupan peribadinya dikatakan dikongkong. Fara juga dikatakan bertindak melarikan diri apabila Julfekar memaksa berkahwin dengannya, selepas lima tahun bercinta.
Julfekar dalam kenyataannya sebelum ini mengaku kecewa dengan tindakan Fara dan menyifatkan apa yang dilakukannya itu tidak profesional.
Bukan saja bengang kerana mendakwa Fara melanggar kontrak yang sudah ditandatangani awal, tetapi geram kerana penyanyi itu tidak menjelaskan alasan sebenar dirinya bertindak sedemikian. Dakwa Julfekar dalam kenyataannya, Fara hanya mengirimkan SMS kepadanya mengatakan yang dia ingin berhenti menjadi artis Millenium Art Sdn Bhd kerana tertekan serta dikongkong. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:21 pm | |
| Kris terharu MULA dikenali menerusi lagu Menghitung Hari, diam tak diam penyanyi Indonesia, Kris Dayanti sudah memahatkan namanya di persada seni suara tempatan sejak sedekad lalu.
Ketika kunjungan pertamanya di negara ini, wanita berusia 34 tahun yang mesra disapa Kris, KD atau Yanti ini sedang berbadan dua mengandungkan anak sulungnya, Titania Aurelie Nurhermansyah, 11. Sejak itu acap kali Kris bertandang ke Malaysia menjalankan promosi album dan memenuhi undangan persembahan.
Selasa lalu, Pusat Persidangan dan Pameran Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi saksi betapa utuhnya jenama KD di jiwa peminat sehinggakan terus mendapat kepercayaan Hotel Quality bagi menjayakan Sambutan Istimewa Minggu Setiausaha buat kali kelima.
"Sebentar tadi ketika di pentas, saya jadi terharu. Bagai tidak percaya sudah 10 tahun saya membina nama di sini (Malaysia). Sebagai penyanyi luar dari seberang, harus saya akui sokongan yang diberikan masyarakat Malaysia dengan harapan tinggi yang diberikan mereka memacu serta memudahkan percaturan karier saya di sini.
"Meskipun kemunculan ramai bintang muda menawarkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan, saya bersyukur sekali kerana masih mampu bertahan selain karakter muzik masih diterima.
"Tanpa disedari sejak 1998, sudah lebih 10 tahun saya mencipta nama di sini. Kenalan artis, jurusolek dan teman media di sini sudah dianggap sebagai sahabat. Meskipun menetap dan berada jauh di Jakarta, kita tidak pernah lupa kirim SMS untuk bertanya khabar," katanya.
Muncul di pentas sekitar jam 2.05 petang dengan gaun kembang hitam, boleh dikatakan kebanyakan rangkaian lagu disampaikan Kris adalah lagu konti daripada persembahan tahun lalu. Bezanya, gubahan muzik diberi nafas baru oleh Andi Rianto dan disempurnakan Jenny Chin selaku pengarah muzik untuk persembahan petang itu.
Antara lagu disampaikan dalam persembahan satu jam 15 minit itu ialah Rembulan, Menghitung Hari, Di Persimpangan Dilema (lagu Nora yang dirakam kembali), Joget, Cinta, Cobalah Untuk Setia, I'm Sorry Goodbye serta medley Pilihlah Aku dan Mahadaya Cinta.
Selain sibuk membuat persiapan untuk menjayakan konsert dinamakan Krisdayanti Live At Esplanade di Esplanade Concert Hall, Singapura pada 9 Mei ini, Kris juga akan bergabung dengan Datuk Siti Nurhaliza menghasilkan album duet.
Sebelum ini Kris dan Siti disebut-sebut membintangi filem Tiga Dara terbitan aktres Christine Hakim yang turut menampilkan Dian Sastrowardoyo sebagai pelakon utama. Bagaimanapun, disebabkan beberapa kesulitan ia senyap begitu saja.
"Mahu berlakon sama tidak bisa kerana beberapa kesulitan. Makanya, kita bikin saja album duet. Kebetulan semuanya menjadi lebih mudah sekarang kerana masing-masing tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman. Album ini harus dijalankan tahun ini dan kami merancang merakamkannya sekitar Oktober.
"Terdapat empat lagu baru, dua daripada komposer Malaysia manakala dua lagu Indonesia. Dua adalah lagu lama yang dinyanyikan semula," katanya.
Pada temu bual sama, bakat kelahiran Malang, Jawa Timur, yang lahir daripada program Asia Bagus itu turut menjelaskan kepada media statusnya dengan syarikat rakaman Warner Music.
"10 tahun bersama 'major label', tempoh terlalu lama. Saya sedar bernaung di bawah syarikat rakaman lebih selamat dan untung kerana mampu menyediakan promosi lebih besar. Namun, pesan suami, sudah sampai masanya untuk saya belajar dan berdiri di atas kaki sendiri serta mengambil tahu selok-belok industri.
"Apatah lagi zaman sekarang pendengar tidak lagi berminat membeli cakera padat (CD) sebaliknya lebih suka muat turun nada dering. Suka atau tidak, kita harus terima kenyataan atau hakikat kerana inilah masalah sedang dihadapi semua artis.
"Justeru, dalam keadaan begini, setiap artis perlu persiapan. Lalu saya bersama suami putuskan untuk menubuhkan sebuah produksi dan label KD Records yang bukan saja bertujuan menghasilkan album, tetapi menerbitkan program hiburan, drama TV dan filem," katanya.
Dua puluh tahun melayari dunia seni, jelas sekali kedudukan adik kepada penyanyi Yuni Shara ini sukar digugat popularitinya meskipun dengan kemunculan ramai artis baru berbakat besar mutakhir ini.
Barangkali, apa yang diperoleh adalah berkat kesabaran dan usaha kerasnya selama ini. Namun, sejarah membuktikan semakin menginjak usia seseorang artis itu, bakti dan perjuangan mereka turut dilupakan. Apakah Kris bersedia menghadapi keadaan itu?
"Jelas sekali sebagai manusia, saya harus sedar tidak selamanya muda tambahan pula dunia artis akan silih berganti dengan wajah baru. Suami saya sering bilang kalau tidak mampu, otak dan wajah tidak lagi 'cun' bersara saja daripada menyanyi.
"Namun, sebaliknya selagi diberi peluang saya mahu terus berjuang. Tidak apa-apa kalau tidak depan mungkin belakang, kanan dan kiri, selagi ada ruang untuk berbakti pada dunia seni saya akan terus lakukan meskipun di belakang tabir kerana seni sudah sebati dengan saya," katanya.
Menjadi diva nombor satu Indonesia seperti Kris Dayanti, bermakna hidup yang dilaluinya amat sukar dan penuh tekanan lebih-lebih lagi apabila kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum.
Beberapa kali rumah tangganya sengaja diduga apabila Kris dituduh menjalin hubungan sulit dengan aktor Dicky Wahyudi, kemudian pemuzik Tohpati dan Ari Sigit.
Semua gosip liar itu disangkal Kris malah dia memaklumkan hubungannya dengan Anang baik-baik belaka. Pada 11 Ogos 2006, Kris dan Anang yang mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 1996 menyambut ulang tahun pernikahan mereka yang ke-10.
Sebagai hadiah ulang tahun pernikahan mereka, pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie Nurhermansyah, 11, dan Azriel Akbar Hermansyah, 9, melancarkan album duet berjudul Aku Milikmu.
Penghujung tahun lalu, Kris dan Anang sekali lagi melancarkan album duet mereka sekali gus menyaksikan perkahwinan mereka bertahan selama 12 tahun.
"Alhamdulillah, rumah tangga kami aman sampai sekarang. Pergaduhan kecil yang berlaku dalam rumah tangga itu adalah perkara biasa yang sebenarnya mengeratkan lagi hubungan suami isteri jika kita mahu belajar untuk mengerti perasaan dan apa yang diinginkan pasangan.
"Saya juga bertuah, selain mempunyai suami penyayang, anak juga memahami tugas ibu bapanya. Saya harap suami akan terus mencintai saya dan dapat menjadi ibu yang baik serta memberi lebih perhatian kepada anak yang makin membesar," katanya.
>Profil
Nama: Krisdayanti
Panggilan: Kris, Yanti dan KD.
Tarikh lahir: 24 Mac 1975
Bintang: Aries
Umur: 34 tahun
Asal: Batu, Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Suami: Anang Hermansyah
Anak: Titania Aurelie Nurhermansyah, 11 dan Azriel Akbar Hermansyah, 9.
Pendidikan: Perhubungan Awam
Hobi: Melancong dan membeli belah
Penyanyi pujaan: Whitney Houston, Mariah Carey dan Madonna
Pereka fesyen kegemaran: Sally Koeswanto, Gucci
Antara Album: Cahaya, Jatuh Cinta Lagi, Cobalah Untuk Setia dan Aku Milikmu.
Antara Drama: Abad 21 dan Doaku Harapanku 1 dan 2.
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:22 pm | |
| Maya Karin jadi Tun Teja? Maya Karin
SELEPAS selesai majlis kemuncak ABPBH 20008 di Arena of Stars, Kak Pora terserempak juga terserempak dengan pelakon Maya Karin. Amboi, seronok betul dia apabila sudah menang Pelakon filem Wanita Popular. Berseri wajah dia malam tu. Kak Pora tak banyak cakap dengan dia sekadar ucap tahniah dan tanya khabar. Tanya juga mana pergi suami dia, tapi Maya kata suaminya sibuk.
Selepas Maya berlalu pergi, kawan Kak Pora, Norman Becok yang ada di sebelah ada beritahu, Maya khabarnya akan berlakon dalam filem epik legenda bertajuk Empayar: Dendam Tamingsari. Terkejut juga Kak Pora sebab filem itu memang filem berbajet besar dan dengar ceritanya persiapan filem itu juga hebat, nak pakai banyak CGI dan teknik komputer.
Kak Pora ada juga terbaca artikel mengenai projek penerbitan filem itu sebelum ini. Tak ingat pula siapa produser dan syarikat mana yang hendak terbitkan tetapi masa itu penerbit memang pening kepala nak cari siapa hero dan heroin filem berkenaan iaitu untuk watak Hang Tuah dan Tun Teja. Projek Empayar: Dendam Tamingsari bukan filem sembarangan, itu filem berunsurkan sejarah.
Kalau Maya jadi Tun Teja, nampaknya seorang lagi pelakon wajah Pan-Asian akan pegang watak serikandi Melayu itu itu. Sebelum ini, Sofea Jane pernah menjadi Tun Teja dalam filem epik Puteri Gunung Ledang.
Tapi, Kak Pora tak tahu sejauh mana kebenaran sama ada Maya jadi Tun Teja dalam filem itu atau sebaliknya. Kak Pora memang suka lakonan Maya dalam filem seram sebelum ini. Lagipun, lakonan Maya sudah diiktiraf dalam festival filem di luar negara dan pernah dua kali menang dalam ABPBH. Kalau nak jadi Tun Teja, Maya kena berlatih betul-betul sebab watak Tun Teja bukan sembarangan.
Kita tunggu saja pengumuman daripada penerbitnya nanti. Nak tahu juga siapa pula yang akan jadi Hang Tuah dalam Empayar: Dendam Tamingsari. Rasanya watak Hang Tuah, kalau diberi pada Rosyam Nor pun menarik juga, kan?
KAK PORA: Tak sangka filem Jangan Tegur dapat kutipan cukup memberangsangkan. Memang filem itu cukup seram. Tahniah untuk Metrowealth! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:24 pm | |
| Gelabah berucap selepas terima trofi Maya bersama trofi Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2008.
ASSALAMUALAIKUM. Hello semua, apa khabar? Diharap anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.
Rasanya masih belum terlewat saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi nama saya, seterusnya menyokong kerjaya seni saya selama ini. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 baru saja berakhir seminggu yang lalu dan alhamdulillah peminat masih mahu melihat saya membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular. Saya sayang anda!
Namun, seperti apa yang saya katakan dalam tulisan dua minggu lalu, team ABPBH sudah pasti akan terus bergerak pantas untuk mengusahakan projek ABPBH bagi edisi tahun hadapan yang pasti lebih meriah, menghiburkan dan tentunya ditunggu-tunggu pembaca Berita Harian!
Malam kemuncak ABPBH 2008 minggu lalu menyaksikan kedatangan saya untuk kali keenam di Genting Highlands. Biarpun pada awalnya terdapat sedikit hujan ketika saya berjalan di permaidani merah untuk memasuki Arena of Stas, namun suasana tetap meriah dan memang seronok berpeluang chit chat dan bertemu ramai kenalan artis dan peminat sebelum majlis bermula.
Pastinya terasa gembira dan bersyukur, saya berpeluang memenangi anugerah buat kali ketiga pada ABPBH kali ini. Tak pasti kenapa, tapi saya berasa sedikit berlainan kerana kemenangan tahun ini rasanya lebih bermakna dan memberi erti kepada saya berbanding dua anugerah yang saya menangi tahun sebelumnya.
Di sini saya juga nak ucapkan tahniah kepada 'pesaing' saya seperti Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Erra Fazira dan Sharifah Amani. Semoga kita selalu berkawan, tak pernah bermusuh, sentiasa memberi semangat sesama kita dan saling mendorong untuk menjadi lebih cemerlang dalam bidang lakonan yang sama-sama kita ceburi.
Saya juga sedar ucapan saya pada tahun ini agak kelam kabut dan umpama tiada persiapan awal. Namun, ada kawan-kawan memberitahu, ucapan saya unik. Pun begitu, ada juga rakan saya yang menegur, memberitahu bahawa gaya saya berucap untuk menerima trofi kemenangan ala-ala gedik! Oops, tak pernah ada orang panggil saya gedik sebelum ini!
Tapi, terus terang saya tak berapa ingat apa yang berlaku dalam masa lima minit saya berjalan ke pentas untuk menerima trofi dan seterusnya memberi ucapan saya! Kadang-kadang berada di atas pentas dapat membuatkan anda berada dalam dunia lain dan beberapa hari kemudian pengalaman itu umpama mimpi...
Apa yang berlaku pada saya ketika itu ya? Secara jujur saya menggelabah ketika berucap! Tentunya sebelum menerima anugerah kemenangan itu, saya baru saja menyelesaikan tugas sebagai penyampai trofi ABPBH2008 bagi kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular. Sebelum muncul ke pentas berpasangan dengan Eizlan Yusof dan Umie Aida, saya melakukan persiapan terakhir dengan berlatih dialog yang bakal saya ucapkan.
Itu sedikit sebanyak membuatkan saya terlupa bahawa nama saya juga tersenarai dalam lima calon terakhir bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sungguh! Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, dalam beberapa langkah menuju ke pentas, saya sempat bertegur sapa dengan Saiful Apek dan Norish Karman yang saya baru temui sebelumnya di belakang pentas, termasuk Amy Mastura yang sudah lama tak jumpa.
Sampai saja di pentas untuk memberi ucapan, otak saya kosong! Bibir saya kelu tidak dapat berkata-kata. Sebelum sempat saya berfikir, muzik menandakan masa berucap sudah hampir tamat, terus berkumandang! Alamak! Saya masih tidak tahu apa yang nak saya katakan! Saya tak sudah-sudah menyalahkan diri kerana tidak mampu berinteraksi secara positif apabila berhadapan dengan keadaan itu.
Ucapan saya sepatutnya mengandungi ucapan terima kasih kepada suami, Steven, juga kepada pasukan pengurusan saya yang sangat hebat iaitu Colin Pereira, Audi Mok dan Azlin Abas. Malangnya saya hanya terfikir dan teringat nama-nama mereka apabila kaki saya sudah melangkah turun dari pentas! Semuanya sudah terlambat...
Biarpun saya terlepas peluang memberi ucapan kepada mereka secara terbuka, namun saya masih berpeluang mengucapkannya sendiri pada masa dan ketika yang lain. Pastinya tanpa siaran langsung TV!
Populariti tentunya penting untuk menentukan kejayaan kerjaya seni seseorang artis. Tapi biarlah populariti ini seimbang dengan pencapaian dan ‘merit’ atau sekurang-kurangnya usaha ke arah itu. Harap-harap undian kemenangan yang diterima akan membuatkan artis dan tentunya saya sendiri untuk berusaha lebih keras agar menjadi lebih baik dan tentunya menghiburkan peminat dengan membawa pembaharuan dan kelainan.
Jika tidak, populariti yang dikecapi sudah pasti akan hilang, lenyap tanpa disedari. Seperkara lagi, saya percaya, status tidak menghalang populariti seseorang artis. Alhamdulillah, sekalipun saya sudah berumah tangga, namun peminat masih menerima saya seadanya, syukur.
Jadi terima kasih diucapkan sekali lagi, saya berharap saya akan terus menghiburkan dan membuatkan anda semua bangga dengan saya sebagai artis.
Kasih dan sayang saya kepada semua! Jumpa lagi… |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:32 pm | |
| Malang buat Amylea Amylea berasa sangat tertekan selepas gagal meneruskan saingan bagi memburu gelaran juara OIAM3, malam Jumaat lalu.
ANTARA keunikan program televisyen (TV) realiti, One In A Million (OIAM) ialah peserta yang akan disingkirkan pada sesebuah konsert mingguan diumumkan pada awal sebelum sesuatu persembahan dimulakan.
Para peserta program TV realiti itu bukan sahaja tidak tahu penyingkiran mereka, malah persiapan termasuklah daripada segi persembahan dan juga pakaian tetap disediakan seperti konsert minggu-minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, itulah risiko dan kejutan yang terpaksa dilalui oleh peserta OIAM hampir pada saban minggu apabila mereka disingkirkan terlebih dahulu sebelum sempat mengadakan persembahan tersebut.
Peserta OIAM musim ke-3, Amylea Azizan misalnya, berasa terkejut dan tertipu apabila segala persiapannya untuk mengadakan persembahan punah apabila dia tersingkir pada konsert mingguan Top 5 program TV realiti itu baru-baru ini.
"Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya umpama penyanyi yang mahu mengadakan konsert tetapi tidak jadi. Macam promoter (penganjur pertunjukkan pentas) telah menipu saya," katanya pada sidang media selepas tersingkir dari OIAM3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pada konsert itu, Amylea yang tampil dengan pakaian gaun malam berwarna kuning sudah bersedia untuk mendendangkan tiga lagu pilihannya iaitu Yesterday Once More (Carpenters), Fallin (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).
Jelas terpampang kesugulan di wajah peserta berusia 22 tahun itu ketika namanya diumumkan terkeluar daripada OIAM3 oleh pengacara program TV realiti tersebut, Awal Ashaari dan Marion Caunter.
Menurut Amylea, dia berasa sangat tertekan selepas gagal meneruskan saingan bagi memburu gelaran juara bagi merebut hadiah RM1 juta pada program TV realiti yang 100 peratus ditentukan oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.
Malah, peserta berasal dari Pulau Langkawi, Kedah, itu turut meluahkan impiannya mahu bergelar juara OIAM3, sekali gus melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Amerika Syarikat pada masa depan.
"Saya bercita-cita mahu melanjutkan pengajian di Kolej Muzik Berkelee di Boston dan menerbitkan album artis-artis lain pada masa depan kalau saya berjaya menjadi juara pertandingan ini. Saya mahu terbitkan album artis-artis yang berkualiti.
"Kita ada ramai artis yang berbakat tetapi kami tidak ada peluang. Saya masuk OIAM bukan kerana mahu jadi terkenal. Sebab itu, apabila terkeluar dari program saya berasa sangat kecewa.
"Apatah lagi sudah lebih lima minggu saya berada dalam OIAM, tidak berjumpa keluarga, persembahan pentas pun tidak ada," ujarnya finalis program Akademi Fantasi musim ke-3 (AF3) itu lagi.
Biarpun tersingkir kerana mendapat undian SMS terendah, namun Amylea tetap menaruh harapan terhadap bakat yang dimiliki oleh para peserta OIAM3 lain bagi meneruskan saingan mereka dalam program TV realiti terbitan 8TV itu.
Tanpa berselindung, penyanyi kecil molek dan bersuara lantang ini tidak menafikan aura serta populariti Tomok sebagai peserta OIAM3 yang mampu membawa cabaran besar jika berjaya ke final pertandingan itu kelak.
"Kalau ditanya siapakah peserta OIAM3 yang bakal menjadi juara, saya pilih Tomok. Alasannya? Saya tengok dia seorang peserta OIAM3 yang kerja kuat. Dia ada banyak kelebihan," komennya ringkas.
Tomok yang turut serta pada sidang media itu pula menafikan dia berada dalam 'zon selesa' kerana hampir pada setiap minggu berada di kedudukan teratas OIAM melalui undian SMS para penyokongnya.
Sebaliknya, penyanyi kumpulan pop rock, New Boyz ini tetap akan bekerja keras bagi menampilkan konsep persembahannya pada konsert OIAM pada minggu depan.
"Bagi saya, apa pun boleh berlaku dalam OIAM kerana ini adalah pertandingan yang ditentukan oleh SMS. Saya hanya akan buat persembahan yang terbaik. Biarlah orang yang akan tentukannya.
"Banyak lagi bakat dalam diri saya yang belum saya keluarkan. Saya contohnya, banyak menyanyikan lagu-lagu rancak tetapi lagu-lagu perlahan belum cukup mantap lagi persembahan saya. Cabaran saya ialah memikirkan persembahan yang bagaimana untuk minggu depan," katanya.
OIAM3 pada konsert itu menekankan konsep 'in concert' atau di mana setiap peserta menggunakan kreativiti masing-masing seolah-olah sedang mengadakan sebuah konsert besar khusus untuk mereka.
Dengan penyingkiran Amylea itu, OIAM3 akan diteruskan oleh empat lagi pesertanya iaitu Tomok, Esther, Aweera dan Nine pada Jumaat ini sebelum tiga peserta bakal bersaing pada peringkat akhir minggu berikutnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:49 pm | |
| Mahathir Lokman 'mahal' pengalaman
MAHATHIR Lokman (kiri) bersama ibundanya, Khadijah Abdul Rahman (tengah), kakaknya, Prof. Madya Fakhariah Lokman (kanan) dan adiknya, Ida Nelianty Lokman (berdiri).
Figura ini bukan lagi asing di bidang pengacaraan. Lontaran suaranya bagaikan sudah begitu sinonim mengacarakan kebanyakan majlis-majlis kenamaan termasuk beberapa majlis penting negara.
Kalau diukur dari segi pengalaman, Datuk Mahathir Lokman selayaknya bergelar pengacara serba boleh.
Selama suku abad menghambakan diri di bidang pengacaraan, pengalaman yang dikumpul individu ini ternyata bukan sedikit.
Kepetahan dalam mengacarakan majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil.
Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun di bidang pengacaraan, dia kini sudah diangkat sebagai idola bagi mereka yang baru bertatih di aliran yang sama.
Bukan setakat pengacara malah, Mahathir pernah berperanan sebagai wartawan penyiaran dan hos rancangan televisyen tidak lama dahulu.
Tidak cukup dengan itu, kebolehannya menutur kata dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menjadikan dirinya begitu 'mahal' di mata masyarakat.
Biarpun tawaran demi tawaran yang diterima tidak pernah putus namun, terdapat juga suara resah pelbagai pihak yang mahu menyuntingnya sebagai pengacara.
Tanggapan mereka, sudah pasti dia perlu dibayar mahal berdasarkan kebolehan' dan pengalaman yang dimilikinya.
Mengulas tanggapan negatif tersebut, kata Mahathir: "Bagi saya mahal itu terlalu subjektif buat diri saya yang telah lama berkecimpung sebagai pengacara.
"Membayar seseorang pengacara bukan seperti membeli baju. Kalau beli baju di tepi-tepi jalan, tahannya mungkin setakat sehari atau dua hari.
"Tetapi jika kita beli di tempat yang terjamin mutunya, sudah tentu ia dapat bertahan sehingga bertahun-tahun.
"Saya tidak nafikan perlu letak harga kerana saya mempunyai keluarga untuk dijaga, bagaimanapun mungkin orang ramai tidak tahu bagi acara-acara amal yang saya acarakan, biasanya saya tidak ambil bayaran," katanya.
Sekilas mengenai sejarah hidup seorang Mahathir Lokman, dia yang pernah bercita-cita sebagai seorang doktor akhirnya terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila terlibat dalam program pertukaran pelajar, American Fields Service pada tahun 1974.
Dia kemudian meneruskan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Ohio, Amerika Syarikat sehingga ke peringkat ijazah sarjana.
Bagaimanapun, pada usia 26 tahun beliau mengambil keputusan berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Setahun selepas itu, Mahathir mencuba nasib memohon jawatan sebagai wartawan penyiaran di TV3.
Prestasi baik yang ditunjukkan membuatkan dia diberi kepercayaan menjadi penyampai berita bagi bahasa Melayu dan Inggeris di stesen berkenaan.
Sejak itu, dia mula dikenali ramai sebagai selebriti yang disegani.
Menginjak ke angka usia 52 pada 9 April lalu, Mahathir diraikan dalam sebuah majlis meriah yang berlangsung di Hotel Nikko, Kuala Lumpur.
Tidak seperti insan lain, Mahathir lebih senang menganjurkan sendiri majlis ulang tahun kelahirannya.
Menariknya, pada majlis tersebut dialah pihak yang menganjurkan, dialah yang diraikan dan dialah juga pengacara bagi majlis itu.
Bagi dirinya yang mengamalkan prinsip tidak suka membazir dalam hidup, sesekali memilih untuk berbelanja besar untuk sama-sama meraikan majlis ulang tahun kelahirannya bersama rakan-rakan.
"Saya memang suka berbelanja untuk rakan-rakan. Itu lebih baik daripada saya membazir tidak tentu hala. Apa pun, setahun sekali berbelanja besar seperti majlis ini saya rasa memang berbaloi.
"Apatah lagi, pada majlis ini bukan setakat rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam perniagaan, tetapi juga turut dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
"Majlis ini bukan sahaja meraikan hari lahir saya tetapi juga saya buat sekali untuk hari lahir ibu saya, Datin Khatijah Abdul Rahman yang bakal menginjak usia 83 tahun Julai ini," kata anak ketiga daripada lima beradik itu lagi.
Selain dimeriahkan dengan nyanyian oleh juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor, serta pasangan artis Azie dan Syed Sobri, majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan pakaian tercantik. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:51 pm | |
| Cita-cita dan cinta Marion
MARION Rose Caunter atau lebih dikenali sebagai Marion Caunter, nama yang begitu cantik dan tepat menggambarkan keanggunan personaliti kesayangan 8TV ini.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini hadir dengan pakej yang cukup lengkap. Tidak hanya bersandarkan wajah jelita tetapi kebijaksanaannya juga menjadi aset penting bagi wanita berbintang Scorpio ini.
Tiap butir kata yang keluar dari bibir mungilnya pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terkesima dek kata-katanya yang cukup terkesan.
Apa sahaja soalan yang diajukan kepadanya akan dijawabnya sebaik mungkin dan jauh sekali cuba untuk mengelak daripada memberikan jawapannya.
Malah, apabila diajukan tentang soal cinta dan perkahwinan, anak kacukan Inggeris, Portugis dan Cina ini tidak kisah untuk berkongsi walaupun ada sesetengahnya tidak dapat disiarkan atas permintaannya sendiri.
"Bukan apa. Saya mahu menjaga hati semua pihak dan saya tahu ramai yang cuba untuk bertanyakan tentang kisah cinta saya, tetapi saya sebenarnya tiada masalah untuk membicarakannya.
"Cuma adalah lebih manis jika kisah kerjaya saya yang dikhabarkan berbanding kisah cinta. Nanti orang pandang serong pula kepada saya. Tetapi, memandangkan anda sudah bertanya, saya sedia menjawabnya," katanya disulami ketawa kecil sewaktu ditemui, baru-baru ini.
Mungkin ramai yang mengetahui tentang hubungannya dengan seorang usahawan yang juga merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal.
Jelas Marion, dia cukup bahagia dengan kehidupannya yang dilalui bersama sang arjuna yang telah berjaya mencuri hatinya hampir empat tahun lalu.
Tidak pernah cintanya beralih arah, kerana kata si jelita ini, cintanya tetap utuh hanya untuk seorang lelaki sahaja.
Jurang umur mereka sebanyak lima tahun sebenarnya bukanlah satu halangan sebaliknya ia merupakan cabaran untuknya menguatkan lagi ikatan cinta mereka berdua.
"Saya rasa cukup bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang cukup matang meskipun usianya lebih muda daripada saya.
"Kematangannya saya percaya datang daripada didikan kedua ibu bapanya yang mahu anak-anak mereka berdikari di usia muda dan itu membuatkan saya tertarik dengannya," tuturnya penuh berhemah.
Tambahnya, dia berasa bertuah dapat mendampingi seorang lelaki seperti kekasihnya itu yang mempunyai sifat rendah diri, baik serta tidak pernah memberikan sokongan dan dorongan kepadanya.
Apatah lagi, hubungan mereka mendapat restu daripada pihak keluarga lelaki yang ternyata menyenangi kehadirannya dalam keluarga mereka yang terkenal sebagai golongan baik-baik.
"Hubungan kami setakat ini berjalan lancar dan apa yang membuatkan saya gembira dengan hubungan ini adalah masing-masing bersikap toleransi dan bertolak ansur. Maklumlah, kami begitu sibuk dengan kerja," jelas Marion yang tersipu-sipu malu apabila diusik tentang buah hatinya itu.
Mahu melihat hubungan itu kekal selamanya, Marion dengan pantas memberitahu dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan ibu serta sanggup mengenepikan dunia glamor semata-mata mahu menumpukan perhatian kepada rumahtangga.
Biarpun berlainan agama, budaya dan adat, Marion melihat perkara itu sebagai satu yang optimis meskipun pada mulanya, keluarganya seakan-akan tidak dapat menerima hakikat dia menjalinkan hubungan dengan jejaka Melayu.
"Saya bersyukur kerana akhirnya, ibu saya dapat menerima hubungan ini dengan baik kerana apa yang berlaku adalah suratan takdir. Saya juga tidak pernah menyangka saya akan jatuh cinta dengan seorang lelaki daripada agama yang berlainan.
"Sebelum ini, saya pernah menjalinkan hubungan cinta tetapi ia tidak menjadi. Selain itu juga, saya percaya keutuhan hubungan ini adalah kerana sokongan daripada pihak keluarganya yang turut merestui jalinan cinta ini," ujarnya tersenyum menyerlahkan wajah manisnya itu.
Dunia fesyen Marion
Menutup ceritera cintanya, Marion ternyata lebih galak bercerita tentang perancangan dan visinya sebagai seorang penggemar fesyen sejak kecil lagi.
Disebabkan itu, Marion terdorong untuk memulakan langkah dengan membina label fesyennya sendiri yang kini sedang dalam perancangan.
Kedengaran mungkin agak tinggi angan-angannya tetapi bagi Marion, ia adalah satu perkembangan yang positif untuk mengukuhkan namanya apabila dia tidak lagi menjadi seorang selebriti di masa hadapan.
Ternyata pemilik ijazah penyiaran dan komunikasi elektronik dari Universiti Marquette di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat ini sentiasa memandang jauh ke hadapan.
Menyedari bidang seni tidak menjanjikan bulan dan bintang setiap masa, wanita yang dilahirkan pada 5 November 1980 ini sudah merangka beberapa strategi untuk merealisasikan impiannya itu.
"Saya sudah menemui dan berbincang dengan beberapa pihak tentang perkara itu. Bukan itu sahaja, saya juga sudah melakukan penyelidikan untuk menzahirkan label pakaian saya sendiri.
"Apa yang saya mahu lakukan adalah untuk memberikan rangkaian pakaian yang mampu dimiliki serta dipakai oleh semua golongan wanita. Ini adalah kerana saya mahu menjadi seorang yang realistik apabila memikirkan konteks dan senario industri fesyen di negara ini," katanya yang tetap menitik beratkan kualiti terhadap label pakaiannya itu nanti.
Apa yang membuatkan Marion begitu yakin dengan langkahnya itu, apabila mendapat sokongan daripada keluarga dan teman-temannya yang juga melihat impiannya itu sebagai langkah optimistik.
Namun begitu, anak kedua daripada tiga beradik ini tidak mahu terburu-buru dalam apa jua tindakannya kerana baginya, dia lebih gemar melakukannya secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Menjadi lebih selektif
Hampir empat tahun menjadi seorang pengacara di stesen televisyen 8TV, Marion yang juga bekas pengacara saluran Channel [V] (saluran 714, Astro) ini, menegaskan dia mahu menjadi lebih selektif dalam kerjayanya selepas ini.
Bukan mahu mendabik dada atau membuktikan dia yang terbaik, tetapi apa yang dilakukannya adalah untuk menjadi kualitinya sebagai seorang pengacara.
Tidak kisah biarpun dirinya tidak dikenali dan popular seperti pengacara lain serta wajahnya tidak kerap muncul di televisyen, bagi Marion itu bukan satu masalah baginya.
Apatah lagi, pernah mengacara beberapa program di Channel [V] selain menjadi hos bersama Awal Ashaari untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) selama tiga musim, benar-benar memberikan kepuasan tidak terhingga kepadanya.
"Apabila melibatkan diri dalam sebuah rancangan yang bagus dan berkualiti, orang akan menilai kemampuan serta melihat sejauh mana kredibiliti kita sebagai seorang pengacara," tuturnya yang mengidamkan untuk mengacarakan sebuah rancangan fesyen.
Memberikan contoh OIAM sebagai pentas terbaik baginya, rancangan pencarian bakat baru itu sememangnya mematangkan dirinya sebagai seorang pengacara.
"Musim pertama ia merupakan satu percubaan yang baik dan semua orang begitu teruja serta mahu memberikan yang terbaik.
"Memasuki musim kedua, momentumnya mula menurun sedikit. Sebagai pengacara saya juga tidak mampu memberikan fokus kerana sibuk dengan Channel [V]. Ketika itu saya harus ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Hong Kong.
"Tetapi, untuk musim ketiga ini, saya dan Awal sememangnya memberikan kesungguhan. Barisan peserta yang cukup mantap dan bagus benar-benar menaikkan semangat kami. Hubungan kami dengan mereka juga terjalin dengan baik," jelas Marion memberikan pandangannya terhadap perkembangan rancangan terbitan 8TV itu.
OIAM musim ketiga disiarkan secara langsung di saluran 8TV bermula pukul 9.30 malam dan konsert akhir pula dijadualkan berlangsung pada 1 Mei ini di Stadium Malawati, Shah Alam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Thu 23 Apr 2009, 12:54 pm | |
| TV9 diminati kanak-kanak WATAK Upin dan Ipin mula diperkenalkan menerusi TV9 sebelum ia diangkat ke layar perak menerusi filem Geng Pengembaraan Bermula.
WALAUPUN baru tiga tahun bersiaran, tetapi TV9 berjaya menarik ramai penonton dengan rancangan-rancangan yang mereka siarkan terutamanya untuk golongan kanak-kanak.
Pencapaian itu dapat dilihat apabila TV9 meraih 17 peratus syer penontonan di Malaysia yang membabitkan rancangan kanak-kanak mengalahkan stesen-stesen televisyen (TV) lain termasuklah TV3.
Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukhari Che Muda berkata, statistik itu secara langsung meletakkan stesen TV itu sebagai yang paling berjaya mencuri tumpuan golongan penonton kanak-kanak.
"Slot rancangan kanak-kanak yang kami siarkan setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari mempunyai ramai penonton dan yang kedua paling ramai ditonton di negara ini.
"Sasaran kami ialah kanak-kanak berusia empat tahun hingga 14 tahun," katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, antara faktor yang menarik golongan kanak-kanak menonton TV9 kerana terdapatnya banyak elemen pendidikan dan hiburan yang diselitkan di dalamnya.
Selain menyiarkan rancangan-rancangan yang dibeli dari luar negara, TV9 juga banyak menarik perhatian para penonton dengan rancangan-rancangan terbitannya sendiri.
"Pada peringkat awal dulu kami banyak menyiarkan rancangan kartun atau anime yang dialih ke dalam bahasa Melayu sama ada dari Jepun atau Barat.
"Contohnya rancangan-rancangan daripada saluran TV Nickelodeon yang mempunyai banyak elemen nyanyian dan pendidikan di dalamnya yang diminati kanak-kanak," ujarnya.
Menurut Bukhari, kebanyakan rancangan yang disiarkan menerusi TV9 juga merupakan rancangan terbitan dalaman stesen TV itu termasuklah yang disasarkan untuk golongan remaja dan dewasa.
Katanya, hampir 60 peratus rancangan yang disiarkan di TV9 merupakan terbitan stesen TV itu di mana ia mensasarkan kepada beberapa peringkat umur para penonton.
"Antara sasaran kami ialah golongan remaja yang berusia 15 hingga 24 tahun dan juga golongan penonton muda yang berusia daripada 25 hingga 35 tahun mengikut kesesuaian mereka.
"Untuk golongan remaja, kami ada rancangan seperti Galaksi dan Studio Nabil yang banyak memaparkan tentang dunia hiburan. Sementara Apa Ke Halnya yang dihoskan oleh Mr. Os pula berkaitan isu-isu semasa.
"Apa Ke Halnya, misalnya mampu untuk merapatkan golongan penonton dengan isu-isu semasa di mana ia membabitkan semua pihak tanpa mengira status atau latar seseorang," katanya.
Selain itu, tambah Bukhari, rancangan-rancangan terbitan TV9 yang lain berjudul Chopp, Hip TV, Pondok-Pondok, Hartamania, Siapa Pintar, Kes Syariah, Semanis Kurma, Nasi Lemak Kopi O, Hujjah dan Halaqah.
Tambah Bukhari, jika dulu TV9 lebih memfokuskan penonton di luar bandar, tetapi kini stesen TV di bawah naungan Media Prima Berhad itu semakin relevan apabila ia semakin ramai ditonton di kawasan-kawasan bandar.
Bagaimanapun tambah Bukhari, senario itu tetap tidak menghalang TV9 meneruskan matlamatnya dalam menyajikan rancangan-rancangan yang bukan setakat dekat di hati para penonton luar bandar tetapi juga kawasan bandar.
"Mana-mana stesen TV pun memang menyasarkan jumlah penonton yang ramai tidak kiralah di kawasan mana sekali pun. Tetapi bagi TV9 kami masih lagi dengan matlamat kami iaitu fokus pada penonton di luar bandar.
"Walaupun begitu, kami akan pastikan rancangan-rancangan yang kami siarkan mestilah bersifat kontemporari tetapi tidak memisahkan unsur-unsur yang ada dalam jiwa para penonton Melayu," jelasnya.
Jika di awal penubuhannya dulu TV9 muncul dengan motonya, 'Dekat Di Hati' tetapi selepas semakin berjaya menambat hati para penonton, stesen itu tampil dengan moto barunya, 'Di hatiku.'
Sempena ulang tahun ketiga TV9, stesen TV itu akan mengadakan suatu konsert khas buat para penontonnya pada 25 April ini di Lumut, Perak yang juga diadakan serentak dengan program Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad.
Pengurus Penjenamaan Kumpulan, Komunikasi Koporat & Pembangunan Perniagaan TV9, Noor Amy Ismail pula berkata, konsert itu akan membawakan ramai artis terkenal tanah air.
Antara yang dijangka akan mengadakan persembahan pada Konsert TV9 Di hatiku itu ialah Ramli Sarip, Wada, Hakim (Idola Kecil), Fabulous Cat, Elyana, Aizat, Hujan, Ikhwan, Nabil dan Nadia.
Malah, kata Amy, TV9 juga akan menayangkan rancangan khas iaitu Upin & Ipin Marathon yang akan disiarkan pada 25 April ini selama satu jam 30 minit yang menghimpunkan siri-siri kartun itu yang pernah disiarkan sebelum ini.
"Setiap episod akan mengandungi durasi tayangan tujuh minit di mana kami akan menayangkan kesemua episod itu dalam masa satu hari. Upin dan Ipin merupakan antara rancangan kartun yang mendapat sambutan hebat di TV9," jelasnya. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 14 of 15 | Go to page : 1 ... 8 ... 13, 14, 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |