|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 20 Apr 2009, 11:21 am | |
| Nora Danish: Mari kita enjoy! Gambar lama bertarikh 27 Oktober 2007 di’mana Nora Danish bersama rakan disuatu lokasi yang tidak dapat dipastikan. Mana suaminya ketika itu? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 10:53 am | |
| 'Saya bukan tidak terima kenyataan'
BAGAIKAN tidak percaya diumumkan tersingkir, Amylea Azizan (Amylea), 22, usahkan tergamam, malah dia hampir rebah di pentas One In A Million (OIAM), Jumaat lalu.
Mujurlah, ketika detik cemas itu berlaku pengacara, Marion Counter sempat mendakap tubuh pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 3 (AF3) itu.
Namun, dalam perasaan yang bercampur-baur Amylea masih gagah meneruskan persembahan terakhirnya menerusi lagu I'm Yours, dendangan asal Jason Mraz dan mengucapkan maaf kepada peminat kerana menghampakan harapan mereka. Andai rakyat Malaysia memberikannya satu lagi peluang, pastinya penonton masih berkesempatan menyaksikan persembahan gadis berasal dari Perlis itu melagukan Yesterday Once More daripada Carpenters, Fallin (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).
"Memang tadi saya terasa hendak pengsan, tapi cuba kawal perasaan. Bukan saya tidak boleh terima kenyataan malah setiap minggu pun memang tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan dan selalu ada perasaan akan tersingkir.
"Cuma, ia tidak sehebat apa yang saya rasakan malam ini. Terus-terang, saya amat terkilan bukan kerana tewas apabila sedar sesiapa pun boleh tersingkir dalam program realiti seperti ini.
"Perasaan terkilan terbit kerana tidak berpeluang membuat persembahan pada malam ini yang bertemakan 'In Concert'. Sudah lama saya nantikan peluang seperti ini untuk menunjukkan kemampuan kepada peminat.
"Mujurlah, saya sempat merakamkan persembahan ketika menjalani latihan semalam (Khamis). Tambah menyedihkan, seluruh ahli keluarga, sepupu, kawan dan saudara-mara hadir pada malam ini untuk memberi sokongan.
"Malangnya, hari ini mereka datang untuk melihat penyingkiran saya. Banyak pengorbanan sudah dilakukan untuk berada di sini dan sepanjang lima bulan saya tidak mengambil sebarang 'show' selain terpaksa berjauhan dengan keluarga," katanya.
Penyingkiran ini menyedarkan Amylea, betapa besar tanggungjawab dan serius pembabitannya dalam bidang muzik. Sedih rasanya tidak dapat melakukan persembahan sedangkan dia sangat teruja untuk menyanyi malam itu.
Dengan penuh yakin, Amylea menambah jika diberikan satu lagi peluang untuk bertahan, persembahan malam itu akan dipastikannya sebagai yang terbaik.
Malah, hal ini turut diakui pengkritik tetap, Paul Moss yang sempat meninjau sesi latihan peserta dan menyifatkan persembahan Amylea amat bagus. Sehinggakan, Paul meluahkan rasa terkilan dan terpaksa mengatakan segelintir penonton masih kurang bijak menilai.
Sebagai persiapan melakukan persembahan yang bertemakan 'In Concert' itu, Amylea mengakui pelbagai usaha dilakukan.
"Menerusi konsert mingguan sebelum ini, kami cuma diberikan masa dua minit untuk membuat persembahan bagaimanapun kali ini setiap peserta mempunyai masa tambahan dua minit sekali gus menjadikan persembahan keseluruhan empat minit.
"Justeru malam ini saya ingin menggunakan peluang sebaik mungkin membuktikan kemampuan kepada rakyat Malaysia. Setiap kelemahan yang pernah dilakukan diperbaiki dalam persembahan kali ini.
"Jika tersingkir di akhir-akhir rancangan mungkin perasaan saya tidak sekecewa sekarang. Rasa seperti ditipu promoter apabila konsert dibatalkan saat akhir," katanya.
Habuan RM1 juta yang ditawarkan cukup besar ertinya buat Amylea kerana dia merancang melanjutkan pelajaran di Berkeley College of Music, Amerika.
Ditanya, di antara empat peserta yang masih bertahan iaitu Tomok, Nine, Esther dan Aweera, siapakah pada pandangannya layak digelar juara OIAM 3? Tanpa ragu, Amylea memilih Tomok kerana dia bekerja keras untuk mendapatkannya.
"Tomok antara peserta yang rapat dengan saya dan banyak menceritakan pengalaman yang dilalui sejak kali pertama bergelar artis. Pelbagai tohmahan dihamburkan kepadanya dan hari ini Tomok membuktikan dia adalah penyanyi dan pemuzik yang patut dihormati. Atas pengorbanan, kesungguhan dan usahanya, dia layak memenangi hadiah lumayan itu," katanya.
Semakin hampir melangkah ke peringkat akhir yang cuma tinggal kurang dari dua minggu (1 Mei) Tomok mengakui bimbang dan gementar meskipun setakat ini dia belum pernah berada di Bottom 3. Pada malam itu, Tomok memilih menyampaikan himpunan lagu hits Alleycats iaitu, Jika Kau Bercinta Lagi, Sekuntum Mawar Merah dan Kerana Kau.
"Saya tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan saya bahkan berasakan setiap minggu saya yang akan tersingkir. Tambahan pula sejak dua minggu lalu, imuniti dimansuhkan.
"Paling penting bagi saya adalah untuk membuat persembahan terbaik. Ketiadaan imuniti membuatkan semua peserta harus tampil dengan persembahan lebih baik, menambahkan lebih banyak rencah agar penonton dan juri terhibur.
"RM1 juta jumlah yang besar dan untuk mendapatkannya peserta perlu bekerja keras. Sebagaimana disarankan pengkritik (Syafinaz) yang mahu melihat lebih banyak kejutan daripada saya insya-Allah akan dilaksanakan menerusi konsert seterusnya," katanya.
Syafinaz selaku pengkritik berpendapat, persembahan secara keseluruhan amat baik namun, masih terdapat beberapa kekurangan.
"Saya memilih persembahan Tomok sebagai yang terbaik malam ini. Kalau ikutkan semua peserta pun sudah melakukan yang terbaik. Cuma masih ada beberapa kekurangan. Misalnya Aweera yang berani menyahut cabaran dengan pemilihan lagu yang lain dari kebiasaan, tetapi masih berlaku masalah 'pitching'.
"Manakala Nine pula, pengawalan vokalnya bagus dan nampak banyak peningkatan cuma lagu yang dipilihnya kurang menarik jika digunakan untuk pembuka atau penutup persembahan," katanya.
Menyingkap persembahan malam itu, Nine membawakan lagu Keroncong Untuk Ana dendangan asal M Nasir, manakala Aweera melakukan percubaan berani dengan memilih Tak Ada Logika (Agnes Monica) dan Emansipasi (Republic Of Brickfields) dan Eshter (Semua Jadi Satu, One Night Only dan Keep Getting Better). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 10:54 am | |
| Julia rehat setahun
BERBANDING filem, rezeki pelakon jelita Julia Ziegler lebih pada drama. Kebelakangan ini wajahnya kerap menghiasi drama TV. Akuinya, dia banyak terima tawaran berlakon walaupun filem baru lakonannya, Jangan Tegur masih ditayangkan di pawagam.
Kata Julia, jadual aktiviti seninya kian sibuk dan dia baru selesai menjalani penggambaran drama Bisikan Suaka arahan Darmawati. Dalam drama itu, dia menjadi pelakon utama di samping Aaron Aziz, Ruminah Sidek dan A R Badul.
"Drama ini mempunyai persamaan dengan Jangan Tegur kerana membabitkan hantu. Jika dalam Jangan Tegur saya menjadi hantu, kali ini saya mempunyai kelebihan untuk melihat hantu. Mungkin ini rezeki saya kerana banyak ditawarkan dengan cerita hantu atau seram.
"Pada saya, tidak salah untuk buat cerita sebegini dan sepanjang berlakon, saya bersyukur kerana tidak dirasuk. Untuk Jangan Tegur pula, saya berpuas hati dengan lakonan dan respons yang diterima daripada peminat juga menyukai lakonan saya.
"Antara filem dan drama, kedua-duanya memberi peluang kepada saya untuk belajar mendalami bidang lakonan. Sebelum ini, saya tidak mempunyai asas lakon dan atas sebab itu, saya tidak segan bertanya dan menimba pengalaman orang lain.
"Saya tidak kisah jika pandangan penonton sebelum ini menganggap lakonan seperti kayu, tetapi saya berusaha untuk perbaiki kelemahan diri. Sebagai pelakon, saya berpendapat belajar lakon adalah proses yang berterusan," katanya.
Dalam kesibukan berlakon, Julia, 25, menyatakan dia mahu berehat seketika daripada lakonan. Katanya, dia akan berangkat ke Amerika Syarikat pada malam ini dan berkemungkinan ingin berehat selama setahun.
"Saya ke sana atas tujuan urusan keluarga. Sebenarnya, sudah lama saya tidak bertemu dengan anggota keluarga saya yang tinggal di Kentucky dan Georgia. Bukan niat saya untuk merajuk atau membawa diri, tetapi saya juga manusia biasa yang ingin berehat seketika dan menenangkan fikiran daripada tekanan kerja.
"Dalam tempoh ini, saya bercadang untuk sambung belajar dalam bidang seni persembahan di sana. Dulu, saya pernah belajar di Savannah College Of Art And Design, Georgia dalam bidang arkitek dan mungkin saya belajar di tempat yang sama.
"Walaupun saya berada di sana tetapi hati saya tetap di Malaysia. Saya tetap akan pulang ke sini dan pilihan jodoh saya tetap orang Malaysia," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 10:55 am | |
| Estranged julang indie KEJAYAAN lagu Itu Kamu yang diangkat sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) dua tahun lalu masih meninggalkan kenangan manis bagi kumpulan Estranged. Sebelum diumumkan juara AJL22, mereka menang kategori Pop Rock mengalahkan dua pesaing kuat iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan Destinasi Cinta dan Mawi menerusi Angan Dan Sedar.
Di sebalik kemenangan tercipta, kumpulan ini dikatakan pencetus pada kebangkitan band indie atau bebas yang mula menarik perhatian khalayak. Kemunculan band indie sebenarnya bukan baru dalam persada hiburan tempatan kerana sebelum ini, kumpulan seperti OAG dan Butterfingers sudah bertapak. Namun, dari aspek kemenangan menerusi pertandingan anugerah seperti AJL22, Estranged terlebih dulu membuka dimensi baru pada fokus peminat muzik semasa.
Jika kumpulan legenda rock Search pernah mencetuskan fenomena apabila menang pertandingan sama pada 1989 menerusi Isabella, Estranged juga mampu berbangga dengan pencapaian yang diraih. Bagi empat anggota kumpulan ini iaitu Rich selaku vokalis, Andy (dram), Hanafi (gitar) dan Din (gitar), mereka tidak terlalu mendabik dada dengan status sebagai kumpulan popular.
Kata Andy, segala kejayaan dan pujian yang diterima menjadi galakan pada anggota kumpulan ini untuk berusaha lebih gigih. Sungguhpun kemunculan banyak band indie lain yang mula mencipta nama antaranya Meet Uncle Hussain (MUH), Bunkface dan Hujan, mereka menganggap ia satu perkembangan positif untuk muzik tempatan.
"Sambutan peminat pada kami masih kuat dan kami bersyukur kerana muzik kami masih diminati ramai. Walaupun segelintir peminat menganggap kami popular tetapi kami tidak mahu terlalu bangga dengan apa yang dikecapi. Hingga kini, kami tetap bersemangat untuk menghasilkan lagu baru dan terus mengadakan persembahan untuk peminat yang tidak jemu memberi sokongan.
"Walaupun kami tewas pada kumpulan MUH untuk kategori Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2008) yang lalu tetapi kami tidak berasa kecil hati. Kami turut akui MUH adalah kumpulan popular yang mempunyai ramai peminat.
"Soal menang atau kalah, ia adat pertandingan dan kami terima keputusan itu dengan terbuka. Untuk aktiviti baru, kami masih meneruskan promosi album kedua kami, Remain Unknown yang sudah berada di pasaran sejak Oktober tahun lalu.
"Selepas single Yang Pernah dan Aurora, kami bercadang promosikan lagu baru Inggeris, In No Time. Apa yang kami harapkan lagu kami terus diterima positif peminat. Dalam pada itu, kami masih mencari penaja untuk mengadakan promosi secara jelajah.
"Bagi kami, sepatutnya kumpulan indie diberi peluang untuk terbabit dalam promosi jelajah kerana ia dapat memperkenalkan kumpulan berkenaan dengan lebih dekat bersama peminat. Buat masa ini, album kedua kami mendapat sambutan positif. Biarpun jualan album tidak memberangsangkan tetapi untuk pasaran digital seperti nada dering, ia juga memberikan pendapatan yang menguntungkan," katanya.
Bagi Rich pula yang pernah popular menerusi program realiti, Akademi Fantasia 4, dia dianggap 'watak utama' pada perjalanan kumpulan ini. Malah, jika ketiadaan Rich dalam agenda promosi kumpulan ini, ia dikatakan menjejaskan sambutan peminat.
Berbanding anggota lain, hanya Rich yang sudah berkahwin pada 5 Disember lalu dan komitmennya pada isteri, Velvet Lawrence Aduk secara tidak langsung mempengaruhi fokus kumpulan ini.
Rich berpendapat, ia bukan isu yang merenggangkan hubungan antara anggota kumpulan. Katanya, dia tetap beri sepenuh komitmen pada kumpulan dan bersikap bijak membahagikan masa antara peribadi dan karier seni.
"Komitmen pada karier tidak boleh kurang kerana ia punca pendapatan saya dan anggota kumpulan lain. Sepatutnya, saya perlu kerja lebih gigih untuk menanggung diri dan isteri. Pada saya, bidang hiburan kita masih memerlukan artis tempatan bekerja keras untuk mencipta kejayaan.
"Selalunya apabila tiada persembahan, kami semua memberi fokus pada latihan dan mencipta lagu. Ada ketika, kami duduk berbincang bersama mencari lagu baru yang sesuai untuk album akan datang. Ada juga lagu baru yang dicipta secara individu tetapi kami tetap berbincang bersama apabila berjumpa.
"Dalam soal mencipta lagu, kami memberi kebebasan pada setiap anggota untuk menggunakan imaginasi dan idea mereka sendiri. Bagi kami, mencipta lagu memberi kepuasan pada diri, apatah lagi kami menyanyi lagu sendiri ketika persembahan yang turut memberi kepuasan pada peminat," katanya.
Kekecewaan di ABPBH2008 hanya sementara, sebaliknya Estranged mampu berbangga apabila mereka mendapat lapan pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) pada tahun ini.
Kata Hanafi pula, pencalonan besar ini adalah penghargaan pada perjuangan mereka dalam bidang muzik sejak 2001, khusus pencapaian peribadi album kedua.
Mereka berjaya mencalonkan empat lagu daripada album kedua iaitu Yang Pernah, Aurora, Dances Of The Spirit dan In No Time untuk AIM16 menerusi kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik (untuk lagu Aurora dan Yang Pernah), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (untuk lagu Dances Of The Spirit dan In No Time), Album Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (menerusi lagu Aurora).
"Kami tidak terfikir hasilkan album semata-mata untuk menang anugerah. Bagi kami, kepuasan sendiri dan peminat diutamakan. Malah, kami menceburi bidang muzik kerana minat yang mendalam.
"Berdasarkan pengalaman dalam muzik, kami merasakan tekanan tetap ada untuk kami berikan terbaik. Bukan mudah untuk kami tampilkan lagu baru yang memberi perbezaan daripada lagu sebelumnya. Seperti peminat, kami juga tidak mahu lagu seperti Aurora sama seperti Itu Kamu.
"Dalam berkarya, kami tidak terlalu memikirkan tekanan yang hadir. Ia suatu yang lumrah apabila ada peminat yang suka dan tidak suka dengan sesebuah lagu. Bagaimanapun, kami tetap berikan yang terbaik untuk peminat," katanya.
Untuk perancangan selepas ini, Estranged mempunyai impian mengadakan persembahan di luar negara.
Kata Andy lagi, mereka pernah terbabit dengan persembahan untuk acara Sound Revaline, Julai tahun lalu. Ketika itu, mereka turut berpeluang berkunjung ke Pekan Baru dan Medan, Indonesia.
"Kami melihat sambutan peminat muzik di sana juga tertarik untuk mengetahui lebih lanjut artis baru seperti kumpulan indie dari Malaysia. Apabila kami berkesempatan berbual ketika itu, mereka sebenarnya menantikan artis kita ke sana kerana sebelum ini, mereka hanya kenal artis seperti kumpulan Search dan Siti Nurhaliza.
"Atas respons itu, kami percaya muzik kita mempunyai peluang untuk ke sana. Selepas ini, kami berharap mendapat peluang lain untuk persembahan di luar negara. Mungkin suatu hari nanti, kami berpeluang membuat persembahan di Eropah seperti London.
"Bagaimanapun, memikirkan keadaan ekonomi yang gawat, agak sukar untuk kami merealisasikan impian ini tetapi tidak salah untuk kami menyimpan impian," katanya.
PROFIL
RICH NAMA: Richael Lawrence Gimbang NAMA KOMERSIAL: Rich ASAL: Kota Kinabalu, Sabah UMUR: 27 PENCAPAIAN SENI: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 4
ANDY NAMA: Azwin Andy NAMA KOMERSIAL: Andy ASAL: Petaling Jaya, Selangor UMUR: 26 PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Kolej Universiti Help, Kuala Lumpur
HANAFI NAMA: Nor Hanafi Noor Hadi NAMA KOMERSIAL: Hanafi ASAL: Ampang, Selangor UMUR: 27 PENDIDIKAN: Tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Susunan Muzik, Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur
DIN NAMA: Solihuddin Hormat NAMA KOMERSIAL: Din ASAL: Kuala Lumpur UMUR: 25 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:19 am | |
| Membina Aqasha LANGKAHNYA sebagai penyanyi bermula pada usia 18 tahun. Sayangnya, rezeki pelantun lagu Cahaya Hati ini yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Records kurang menjadi dan namanya kian suram.
Bagaimanapun, itu bukan noktah kembara seni Firdee Akassya Rosli, 27, sebaliknya sejak tiga tahun lalu namanya kian menonjol sebagai pelakon. Kebanyakan watak yang dibawa meninggalkan kesan di hati penonton, bahkan dia mula mendapat kepercayaan ramai pengarah, baik di layar perak mahupun kaca.
Ternyata dia yang lebih dikenali sebagai Aqasha bisa menarik nafas lega berikutan kedudukannya semakin stabil.
“Untuk membina nama Aqasha saya mengambil masa kira-kira tujuh tahun. Ia bukan satu tempoh singkat dan menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
“Syukur, masih ada ruang untuk saya dalam industri. Biarpun rezeki lebih kepada dunia lakonan, saya tidak ralat.
“Ini kerana baik nyanyian mahupun lakonan, kedua-duanya jiwa saya. Apa baiknya saya mengikut arus kerana percaya setiap apa yang terhidang depan mata adalah takdir,” katanya yang tidak membataskan kemampuan diri.
Ketika bertandang ke Balai Berita hampir tiga minggu lalu, Aqasha menjelaskan, dia masih dalam tempoh bercuti dan mungkin kembali ke lokasi penggambaran bulan ini.
Katanya, selepas menjayakan banyak penggambaran tahun lalu, dia memerlukan rehat dan ruang memperbaharui diri. Ia penting untuk mendapatkan input baru supaya lebih kreatif dalam penghayatan watak yang bakal dibawa selepas ini.
“Bila bekerja, saya tidak dapat fokuskan perhatian kepada diri sendiri dan buat apa yang saya mahu. Dengan bercuti, dapatlah saya habiskan masa dengan membaca dan menulis blog, sekali gus berkongsi maklumat terbaru dengan peminat.
“Dalam masa sama saya banyak berkurung dalam studio di rumah menyudahkan lagu yang lama tertunda selain menyiapkan projek alumni serta band kolej,” kata lulusan Diploma Kejuruteraan Bunyi International Collegue of Music ini.
Akuinya, minat terhadap dunia nyanyian tidak pernah luntur malah dia berharap muncul dengan single tidak lama lagi. Setakat ini beberapa lagu berjaya disiapkan dan disimpan dalam arkib
“Untuk merealisasikan impian itu menuntut kewangan kukuh selain ruang waktu mencukupi. InsyaAllah tahun ini saya akan mengusahakan sesuatu ke arah itu.
“Bagi saya lambat tidak mengapa, asalkan hasilnya bagus dan memuaskan hati,” katanya yang tidak sukakan jalan pintas untuk berjaya dan mengelak dicop artis majalah.
Berbicara projek terbarunya, Aqasha berkata, tawaran banyak tetapi belum boleh disahkan. Bagaimanapun, kemungkinan besar pertengahan tahun ini dia menyambung penggambaran musim kedua siri Mertua vs Menantu.
“Saya tidak menyangka drama ini menjadi pilihan ramai setiap minggu, malah ia mencatat rating antara tertinggi di saluran Astro Prima.
“Antara resipi kejayaan siri ini adalah jalan ceritanya dekat dengan penonton. Meskipun memaparkan pergolakan rumah tangga, ia disampaikan secara ringan dan komedi, malah ia mengetengahkan pelakon kesayangan ramai, Erra Fazira.
“Saya bertuah kerana diletakkan dalam pasukan ini. Ia peluang bagus buat saya dan sangat berterima kasih dengan peluang yang diberi,” katanya.
Menyingkap sisi peribadinya, Aqasha jelas selesa mengemudi hidupnya sebagai jejaka solo.
Dia pasrah meskipun hubungan cinta yang disulam selama empat tahun bersama penyanyi dan pelakon, Tasha berakhir. Baginya, lebih adil buat wanita yang pernah bertakhta di hatinya andai mereka mengekalkan hubungan sebagai sahabat.
“Biasanya wanita suka dimanja dan mahukan lebih perhatian daripada kekasih mereka, sedangkan saya pula lebih suka fokuskan perhatian kepada diri sendiri.
“Bila di lokasi penggambaran atau studio, saya tidak suka diganggu. Mana ada wanita yang tahan dengan sikap saya.
“Saya tidak salahkan Tasha kerana saya belum bersedia untuk ada komitmen. Kami putuskan hubungan secara baik dan keputusan itu untuk kebaikannya juga,” kata Aqasha yang baru selesai penggambaran drama Julia Juli dan filem Rempit V3.
Berbicara lanjut perihal menamatkan zaman bujang, Aqasha tidak menafikan drama Mertua vs Menantu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk selesa hidup sebagai anak bujang.
Katanya, melihat cara hidup dan pemikirannya, ada baiknya jika persoalan ini dibiarkan dulu sehingga dia benar-benar bersedia.
“Kahwin memang senang tetapi mahu mengekalkannya bukan perkara mudah. Bila bergelar suami, saya bukan saja berurusan dengan isteri dan anak, tetapi keluarga mentua.
“Buat masa ini saya belum bersedia. Mujur keluarga memahami dan tidak pernah mendesak,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:24 am | |
| 2 beradik berentapUMUM mengetahui dua program realiti TV, Akademi Fantasia (AF) dan One In A Million (OIAM) kini bersaing untuk melahirkan bakat baru sebagai pelapis kepada industri muzik tanah air sejak Mac lalu menerusi saluran Astro Ria dan 8TV. Malah, ramai maklum pertembungan ini bukan saja antara dua stesen televisyen swasta itu, tetapi juga membabitkan persaingan antara dua beradik. Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok gah di One In A Million musim ketiga, manakala kakak sulungnya, Ismaliza Ismail atau Isma sering mendapat undian tertinggi di AF7. Sesuatu yang menerujakan melihat dua beradik ini berjaya menarik perhatian peminat dengan gaya tersendiri sehingga mereka masih kekal dalam rancangan yang menggabungkan elemen bakat dan populariti itu, berdasarkan format undian SMS penonton. Sehingga hari ini, undian masih berpihak kepada mereka sehingga ada lemparan kata-kata kurang enak seperti keluarga mereka ditaja dan sebagainya. Ini semua kerana ramai berasa pelik dengan graf undian kedua-duanya yang sentiasa tinggi meninggalkan jauh peserta lain dalam rancangan masing-masing. Namun pendapat itu dinafikan Tomok yang juga vokalis kumpulan New Boyz yang pernah meledak dalam industri muzik tanah air pada penghujung 1990-an. Katanya, tidak timbul soal tajaan atau berhabis wang ringgit semata-mata mengundi untuk memastikan dia dan kakaknya kekal di program masing-masing. “Keluarga saya bukan kaya, sederhana saja dan tidak mampu berbelanja besar demi melihat kami berdua meneruskan cabaran dalam AF7 dan OIAM. “Malah, saya ada beritahu keluarga, usah mengundi secara keterlaluan kerana biar orang ramai dan peminat menentukan hala tuju kami,” kata Tomok. Menurutnya, dia yakin peminat sekarang lebih bijak dalam menilai bakat dan sebagai penghibur, dia perlu melakukan persembahan terbaik minggu demi minggu untuk memastikan terus kekal, sekali gus berpeluang menjejakkan kaki ke peringkat akhir jika rezeki menyebelahinya. “Bagi saya, kalau menang sekali pun, jika undian yang banyak itu hanya datang daripada keluarga dan rakan, sudah tentu kita sebagai penyanyi tidak akan ke mana-mana juga. “Malah tanpa peminat sebenar, kita pasti terkapai-kapai nanti,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri seni. Bercerita mengenai Isma, kakaknya yang juga isteri bekas vokalis kumpulan 2 By 2 dan Pengurus A&R Suria Records, Zulkifli Majid, memang sudah lama menceburi bidang nyanyian dan pernah ditawarkan peluang merakam album. “Sebenarnya saya tidak menyangka kakak berjaya menyertai AF, apatah lagi statusnya yang beranak lima. Saya sungguh bangga dengan pencapaiannya kerana baru sekarang dia dapat menebus kembali keinginannya satu ketika dulu. “Malah, saya selalu menonton persembahannya di TV. Saya harap dia berjaya,” katanya. Menyentuh pembabitannya dalam OIAM, ramai yang mula membuat spekulasi mengatakan Tomok bakal meninggalkan New Boyz seterusnya bergerak solo memandangkan persembahannya semakin baik berbanding sebelum ini. Tiada lagi suara ‘sengau’ yang selalu dikaitkan dengan anak muda berasal dari Cheras ini. “Memang betul, banyak yang saya pelajari sejak menjejakkan kaki ke OIAM. Kalau diikutkan, ketika uji bakat lagi saya dikritik hebat, kalau tidak betul-betul kuat, mungkin saya hilang semangat. “Maklumlah, 10 tahun saya menyanyi dengan cara sendiri dan New Boyz, kini saya bergerak solo di sini. “Di OIAM, saya bekerja dengan mereka yang ‘gred A’ seperti Aubrey Suwito yang banyak membantu saya melakukan susunan muzik mengikut cara saya. “Pelajaran ini saya akan gunakan apabila tamat rancangan ini nanti, bukan saja untuk saya tetapi juga New Boyz,” katanya. Seperti dinyatakan sebelum ini, Tomok bercadang tampil dengan dua karakter berbeza iaitu solo dan berkumpulan. Dia tidak sama sekali membuang New Boyz daripada kamus hidupnya kerana banyak suka duka bersama kumpulan itu. “Sepuluh tahun kami bersama, hubungan kami seperti adik-beradik. Saya masih sayangkan New Boyz,” kata Tomok yang berjanji melakukan kejutan setiap minggu demi peminat. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:26 am | |
| CAK: Jaja nama Sarimah SERONOK CAK menonton program Diari Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) yang semakin meriah dengan keletah pengacaranya, Sarimah Ibrahim. Apa tidaknya, dia yang mengacara rancangan sama sejak musim lalu membuat transformasi dengan menggunakan pelbagai simbol bagi mengaitkan perjalanan pelajar AF7 sepanjang minggu.
Namun, kali ini yang ingin CAK sentuh bukan fasal rancangan itu, sebaliknya cerita Sarimah dan pengurusannya.
Daripada satu sumber, Sarimah memberitahunya, dia tidak pernah menandatangani apa-apa kontrak dengan mana-mana syarikat pengurusan bagi mengurus perjalanan kerjaya seninya sama ada mengacara, berlakon atau menyanyi.
Walaupun sebelum ini ada ura-ura mengatakan pihak tertentu mahu mengurusnya, ternyata Sarimah lebih selesa bergerak sendiri walaupun ada melalui beberapa perbincangan.
Bagaimanapun, dia mengakui masih ditemani pembantu peribadi yang cantik molek, Fida, bagi memudahkannya bekerja.
Oleh yang demikian, Sarimah menegaskan, tiada pihak boleh menggunakan namanya sewenang-wenang untuk mendapat akses dalam apa saja program yang disertainya.
Ini untuk mengelak berlaku salah faham kepada semua, khususnya penggiat industri hiburan tanah air, termasuk media.
Malah CAK juga dengar cerita, ada orang menggunakan nama Sarimah untuk masuk menonton sebuah program menggunakan namanya.
Seingat-ingat CAK, ini bukan pertama kali kes guna nama berlaku dalam industri hiburan kita. Kadangkala, ikatan belum ada pun ada sebelah pihak berkompang sana-sini mengatakan dia terikat dengan mana-mana individu.
Jadi, kepada pihak berkenaan, jangan mudah percaya dengan cerita palsu. Esok-esok kalau nama sudah terpalit busuk, susah pula mencucinya. Kena lebih berhati-hatilah ya! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:29 am | |
| Manisnya Bertudung!! Sarimah Ibrahim Dan Sasha Bashir |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:33 am | |
| morning sally cyg.heheh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:44 am | |
| Masih hantui Nadia
BUNYI geseran tayar dan dentuman kuat masih segar dalam ingatannya. Diimbas kembali, ia seakan babak yang dirakamkan dalam filem terbaru terbitan Metrowealth Movies Production (MMP), Jangan Tegur.
Akui Nadia Mustafar, peristiwa hitam itu berlaku ketika dia bersama-sama rombongan MMP dalam perjalanan ke Singapura untuk menghadiri majlis tayangan filem berkenaan.
“Waktu itu, saya, Ahmad Idham dan David Teo bersama beberapa rakan lain baru saja memasuki lebuh raya. Entah bagaimana, seorang lelaki secara tiba-tiba melintas jalan untuk ke seberang.
“Yang peliknya, jalan yang kami dilalui itu bukan jalan kampung sebaliknya Lebuh Raya Utara Selatan yang sarat dengan kenderaan laju. Malah, lelaki yang melintas itu langsung tidak memandang ke kiri atau ke kanan untuk melihat sama ada selamat melintas ataupun tidak.
“Mungkin sudah ditakdirkan ajalnya. Walaupun sudah membrek dan mengelak, kenderaan kami masih lagi tidak berupaya untuk berhenti dan akhirnya terlanggar lelaki itu. Kerana pelanggaran yang agak kuat, lelaki berkenaan seorang warganegara Bangladesh tercampak beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Tutur aktres ini, peristiwa ngeri itu masih menghantuinya. Dek terkejut dengan kemalangan itu, Nadia demam beberapa hari.
“Selepas membuat laporan polis, kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Singapura menaiki kenderaan lain. Walaupun hampir seminggu kejadian itu berlaku, ia masih lagi bermain dalam fikiran saya.
“Walaupun sudah berusaha untuk melupakannya, saya masih terfikir hal itu. Setiap satunya jelas tergambar di kotak fikiran saya. Sehingga kini saya masih trauma mengingatkan peristiwa itu. Mujur saya dan rakan lain selamat.
“Begitupun, saya rasa ini semua kebetulan. Tidak perlu mengaitkannya dengan filem Jangan Tegur meskipun dalam cerita itu babak seperti ini turut dipaparkan pada pembukaan tayangannya,” katanya.
Mengulas mengenai karier, rezeki yang diterimanya selepas bersalin boleh dianggap murah. Katanya, semua yang diperolehi itu adalah rezeki untuk anaknya, Qaliff Izham yang kini berusia sebulan setengah.
“Alhamdulillah, tidak lama lagi saya akan mula bekerja seperti biasa. Untuk kali ini, saya bakal membintangi telefilem arahan Adam Hamid berjudul Lelah Latah.
“Selain itu, saya juga akan mengacarakan sebuah program berbentuk kesihatan sebanyak 13 episod untuk RTM. Begitupun, judulnya masih belum lagi diterima,” katanya.
Tambah Nadia, dia amat berharap filem Jangan Tegur yang mula dimainkan di layar besar sejak 9 April lalu mendapat sambutan daripada penonton. Katanya, berdasarkan jalan cerita dan komitmen yang sudah diberikan oleh pelakon filem berkenaan, tidak keterlaluan sekiranya ia mampu mencecah kutipan pecah panggung.
“Jangan Tegur menceritakan kisah yang seram terjadi dalam masyarakat kita seperti rasukan dan gangguan makhluk halus. Perkara mistik yang sudah diketahui ramai ini setidak-tidaknya dapat menarik perhatian peminat filem seram.
“Lagipun, semua pelakon dan kru produksi sudah memberikan segala yang terbaik untuk filem ini. Harap-harap, ia mampu memecah kutipan pecah panggung.
Jika dihitung, watak digalas Nadia dalam filem ini antara yang terbesar pernah dilakonkannya untuk produksi filem.
Bercerita pengalamannya berlakon dalam produksi seram, Nadia turut tidak terlepas daripada gangguan makhluk halus. Katanya, ketika sesi penggambaran di Bukit Melawati, dia terasa seperti dibaling dengan kayu oleh seseorang.
“Dua kali saya dibaling dengan kuat. Namun apabila menoleh tidak ada seorangpun di belakang. Ketika itu, saya teringat kata orang kalau terjadi apa-apa jangan ditegur. Selepas itu, saya terus pergi mendapatkan rakan-rakan yang lain,” katanya.
Last edited by sally_eiyna on Tue 21 Apr 2009, 11:46 am; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:46 am | |
| - eira ariyana wrote:
- morning sally cyg.heheh
mrning!!eira bucuk bucuk.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:49 am | |
| Jarum Emas: Nabil usah kalut
BARU setahun jagung, Ahmad Nabil Ahmad (ANA) melakar sejarah muncul Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 2008). Bukan mudah meraih anugerah berprestij itu, rata-rata artis maklum hakikat ini.
Ada yang berlakon sejak kecil, tidak kurang pulun keliling, dalam erti kata berlakon filem, drama dan teater, tetapi usahkan menjadi bintang paling popular, nama tersenarai top lima pun sakit.
Peminat, terutama pembaca, ada pilihan dan cita rasa tersendiri. Ini yang dikata rezeki untuk insan terpilih seperti Nabil menikmatinya. Kejayaan Nabil mengulangi sejarah Saiful Apek kerana lazimnya peminat kita retorik memilih kelompok artis kalangan penyanyi dan pelakon saja.
Kejayaan pelawak, itu dikira ‘rezeki tercampak’. Cuma saya menanti giliran juruhebah radio yang mutakhir ini glamor sakan mengalahkan artis, walhal peranan mereka dengan bidang saya sama saja.
Masing-masing bertugas menyebar berita dan maklumat kepada pembaca. Berbanding juruhebah radio dan pengacara televisyen (TV), pengacara TV ada potensi untuk meraih ABPBH. Sebab itu melalui kolum ini minggu lalu, jika tidak Nabil, pilihan kedua saya adalah Aznil, apatah lagi dia juga juruhebah radio.
Cuma dibandingkan Nabil dan Mawi pula, saya menilai aura Mawi lebih hebat daripada Nabil. Sejarah ABPBH sukar menidakkan, artis yang asasnya menyanyi ada kelebihan mempertahankan anugerah berkenaan untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi sepertimana dinikmati Datuk Siti Nurhaliza.
Mawi mempunyai aura, justeru tidak hairan sebaik dia melangkah ke Arena Of Stars, Genting Highlands ramai meneriak namanya, tetapi Nabil pula spesies artis yang bekerja keras. Lihat saja dia menguasai banyak program di televisyen dan filem lakonannya juga bersusun, Mawi masih dengan Aduh Saliha.
Namun tiada jaminan apakah Nabil boleh mempertahankan anugerah ini seperti Siti mahupun Mawi kerana segala-galanya bergantung pada tingkah laku Nabil.
Jika Nabil masih diterima peminat untuk terus menyimpan anugerah itu, bermakna dia mengatasi Saiful Apek. Bukan tidak mustahil, tetapi Nabil perlu panjang akal merangka strategi popularitinya.
Dalam dunia hiburan tanah air, Nabil harus sedar tingkah laku dan status selebriti itu diambil kira peminat fanatik mereka. Insiden Nabil memeluk Irma Hasmie sejurus diumumkan Bintang Paling Popular ABPBH 2008 tidak seharusnya terjadi kerana siapa tahu ada yang meluat melihat aksi itu.
Selang sehari meraih anugerah itu, Nabil diundang ke Malaysia Hari Ini (MHI). Melalui siaran secara langsung dari TV3 itu, Nabil mengambil kesempatan memohon maaf di atas insiden memeluk Irma.
Kebetulan saya turut menjadi tetamu apabila pihak TV3 melalui Ahmad Fedtri Yahya mahukan pandangan bukan dari Berita Harian selaku penganjur. Bagi saya, sama ada mohon maaf Nabil diterima rakyat Malaysia atau tidak, yang pasti dia membuat kesilapan besar kerana membawa ‘kekasih’.
Bagi saya, terlalu awal untuk Nabil bermain dengan gosip. Yang untung dalam hal ini adalah Irma kerana tempias artis paling popular dirasainya. Selepas ini tidak mustahil ada filem mereka berdua.
Sekadar contoh kemenangan Rosyam Nor dan Saiful Apek melalui ABPBH. Ketika kedua-duanya meraih anugerah itu, mereka tidak ditemani wanita yang boleh dilabelkan media sebagai kekasih. Kita maklum status Rosyam Nor yang mengasingkan isteri dari dunia seninya, Saiful Apek pula duda.
Langkah kedua-duanya menerima anugerah itu nampak cantik tanpa kontroversi jelek. Sekalipun kita sedar kehidupan artis berbeza dengan masyarakat biasa, cuma artis generasi baru seperti Nabil harus sedar, berpeluk dengan bukan muhrim di khalayak ramai masih tidak boleh diterima mereka.
Bukan berniat menyinggung perasaan Nabil, tetapi sudah ada yang memperli kemalangan yang menimpa Nabil di simpang Bukit Jelutong, Shah Alam, diibarat balasan di atas apa dilakukan. Memang pedih jika ada pihak sembur kita begini, tetapi inilah harga yang perlu dibayar Nabil bila sudah popular.
Nabil belum merasai pahit getir menjadi anak seni. Dalam tempoh dua tiga bulan ini, sememangnya dia akan sentiasa ceria kerana statusnya selaku bintang paling popular tetapi harus diingat, Nabil usah kalut dengan pujian, populariti dan glamor kerana segala-galanya boleh hilang dengan sekelip mata.
Secara peribadi, kalaupun bintang Nabil pudar selepas ini, tidak ada yang mengejutkan saya kerana sebelum Nabil lahir, saya sudah berdamping dengan AR Badul, R Jaafar, Hamid Gurkha dan Mr Os.
ADAM: Terkejut, terpeluk, terbaring — nasib baik tidak terpejam! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 11:52 am | |
| Tekad Yuna PERTAMA kali melihatnya membuat persembahan di depan mata, ramai terpaku dengan gadis ini yang mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian. Apatah lagi tampil dengan petikan gitar akustik, membuat ramai tertanya-tanya siapakah dia.
Berbekalkan suara merdu dan imej yang berbeza dengan penyanyi wanita sedia ada membuatkan penonton berbisik sesama sendiri, mengapakah kita lambat melahirkan bakat sebagusnya tatkala keadaan industri muzik negara ketandusan penyanyi hebat.
Malah, ramai yang baru mendengar namanya ketika lagu ciptaannya, Dan Sebenarnya, terpilih untuk didendang Aishah, pelajar Akademi Fantasia 7 dari Kuching, Sarawak, ketika konsert mingguan pertama, baru-baru ini.
Yuna, 23, atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, tidak menafikan pemilihan lagu itu sedikit sebanyak membantu mempromosi dan memperkenalkan dirinya kepada peminat, khususnya mereka yang kurang terdedah kepada muzik indie tempatan.
Gadis manis yang juga pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga bersyukur kerana pihak produksi Astro memberi peluang kepada Aishah memilih lagu itu sebagai tugasan.
“Pada mulanya saya juga terkejut kerana sebagai pendatang baru, jarang sekali lagu baru seperti ini diberi peluang, apatah lagi lagu ini tidaklah sepopular mana,” kata Yuna merendah diri.
Anak tunggal dalam keluarga ini yang mula bermain piano dan menyanyi seawal usia enam tahun turut memuji persembahan Aishah membawakan lagu itu yang juga taruhannya untuk memperkenalkan diri dalam dunia hiburan.
Mula dikenali menerusi laman komuniti Myspace di Internet, tujuan asalnya mencipta lagu dan mendendangkannya sekadar untuk berkongsi muzik tanpa menyangka sambutan yang diterima begitu hangat.
Siapa sangka, gadis bertudung ini akhirnya menjadi sebutan ramai kerana caranya berbeza, selain rentak lagunya mudah diikuti ramai, seolah-olah dia sungguh berpengalaman.
“Saya faham ramai terkejut dengan penampilan saya, tetapi saya tidak buat perkara salah. Saya hanya mahu berkongsi muzik saya dengan khalayak. Saya selesa begini dan saya juga gadis biasa yang ingin melakukan sesuatu kepada industri muzik negara.
“Saya ingin menghasilkan karya sebagai sumbangan kepada khazanah muzik negara,” kata Yuna yang baru pulang daripada menyertai Festival Muzik Antarabangsa di Singapura, baru-baru ini.
Selain Yuna, festival itu disertai beberapa band indie tempatan seperti Couple, Mia Palencia dan Fourty Winks.
Bercerita mengenai langkahnya menempatkan diri dalam arena seni suara, anak kelahiran Subang, Selangor yang membawakan irama pop rock ini baru menyiapkan album EP yang mengandungi lima lagu termasuk Dan Sebenarnya, selain empat lagu Inggeris berjudul Backpacking Around Europe, After Midnight, Blue Sands dan Deeper Conversation.
“Saya berharap dapat mengembangkan muzik saya ke arena antarabangsa. Kalau boleh, saya mahu tembusi pasaran United Kingdom dan Eropah. Saya mahu bawa nama Malaysia ke mata dunia,” kata Yuna yang ditemui selepas persembahannya pada pelancaran cawangan sulung butik pakaian Badger, jenama dari Bandung, Indonesia yang menggabungkan muzik dan fesyen di Damansara Utama, Selangor baru-baru ini.
Turut membuat persembahan adalah kumpulan Indie Dischord, They Will Kiss Us All dan Ninja dan dihadiri beberapa kumpulan indie terkenal seperti Estranged dan Meet Uncle Hussain.
Profil
NAMA SEBENAR: Yunalis Zarai
NAMA KOMERSIAL: Yuna
USIA: 22 tahun
LAHIR: 14 November 1986 di Alor Star, Kedah
HOBI: Menonton filem
IDOLA: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang popular pada 1990)
PENDIDIKAN: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang-Undang
E-MEL: yunaroomrecords @gmail.com
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:04 pm | |
| Semangat Elly SEBAGAI pelakon yang semakin mencipta nama, penampilan Elly Mazlein, 27, sentiasa menjadi perhatian. Bakat lakonan gadis kelahiran Slim River, Perak ini sering menjadi taruhan penerbit dan produksi tempatan dalam menghasilkan drama atau karya terbaru mereka.
Bukan hanya berbakat dalam lakonan, Elly juga sudah membuktikan kemampuan dalam dunia seni suara sehingga menghasilkan lima album solo termasuk satu MTV Karaoke Elly Mazlein sekitar 1997 hingga 2003.
Pembabitan dalam dunia lakonan ternyata memberikan imbuhan lebih besar buat Elly apabila kerap tampil sebagai teraju utama dalam drama televisyen tempatan. Biarpun berdepan kritikan apabila lakonan yang dikatakan keras dan tidak berkembang daripada satu watak ke watak yang lain dalam drama yang dijayakan.
Biar apa pun kesimpulan yang dilemparkan, dia tetap menganggap ia sebagai cabaran yang perlu dilalui seseorang artis sepertinya. Malah dia sendiri menerima setiap kritikan dan komen yang dilemparkan mengenai lakonannya dengan hati terbuka.
"Saya juga manusia dan tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya terima apa saja komen atau pandangan masyarakat mengenai lakonan dalam drama lakonan saya. Kritikan itu perlu bersifat membina dan jangan sampai membunuh karier atau 'periuk nasi' saya. Walaupun sudah berlakon lebih tiga tahun, saya tetap menganggap masih baru dan masih belajar dalam bidang ini.
"Saya sentiasa meneliti watak yang diberikan supaya perkembangan karakter dalam setiap drama yang dilakonkan berkembang. Setiap watak yang ditawarkan ternyata mempunyai kelainan tersendiri," katanya.
Elly ditemui ketika menjalani penggambaran telemovie terbitan Asia Media Content Production, Sampai Syurga arahan Along Kamarudin di pejabat Harian Metro, Balai Berita, baru-baru ini.
Menerusi telemovie yang akan disiarkan dalam slot Cerekarama TV3 pada Julai ini, Elly membawa watak Saniah seorang gadis normal yang berdepan kemelut untuk menjadi penyanyi terkemuka.
Bercerita lanjut mengenai watak itu, Elly memaklumkan watak berkenaan ternyata menagih emosi yang tinggi dan mencabar.
"Watak dalam telemovie ini memerlukan saya bermain emosi yang kuat. Jalan ceritanya juga agak berat berbanding drama lakonan saya sebelum ini. Kali pertama membaca skrip yang ditulis Maizurah Ederis saya cukup seronok menghayati penceritaannya.
"Ini juga kali pertama saya bekerja dengan Along (Kamarudin). Saya tidak berdepan banyak masalah untuk bekerja dengan Along malah mana-mana pengarah sekalipun. Along juga banyak membantu dan bertolak ansur ketika penggambaran," katanya.
Katanya, membawakan watak Saniah yang berperangai tidak normal selepas impian untuk menjadi penyanyi terkenal berjaya amat mencabar. Saniah mula lupa asal usul dan mengamalkan aktiviti tidak sihat seperti kerap berkunjung ke kelab malam dan mengamalkan seks bebas.
Paling memilukan apabila Saniah sendiri melupakan jasa bapa yang banyak berkorban untuk memastikan anaknya berjaya dalam bidang seni.
Apabila ditanya sama ada watak berkenaan tidak sukar dibawakan memandangkan sebelum ini, dia sendiri pernah bergelar penyanyi, Elly menganggap ia hanya sebagai tuntutan watak menerusi drama itu.
"Saya tidak pernah menganggap watak yang dilakonkan itu membabitkan diri sendiri. Sebaliknya saya hanya menjiwai watak serta memenuhi tuntutan pengarah.
"Drama ini menampilkan mesej yang tersendiri. Memberi pengajaran kepada individu yang terlalu taksub dengan dunia glamor. Memang sukar membawakan watak dalam drama ini. Setiap skrip yang saya terima sememangnya mencabar. Saya bersyukur kerana mempunyai pengarah dan pasukan yang bagus untuk menyelesaikan penggambaran," katanya.
Mengenai nyanyian pula, Elly mengakui masih aktif memenuhi undangan persembahan di majlis tertentu. Malah, terbaru dia turut dijadualkan menjayakan sambutan Hari Ibu di Singapura bulan depan.
"Setakat ini saya masih menyanyi untuk program tertentu. Begitupun untuk merakamkan lagu baru belum ada perancangan lagi memandangkan pasaran album dan ekonomi yang tidak menentu.
"Buat masa ini saya mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Jika tiada aral dan dimurahkan rezeki saya akan kembali merakamkan album pada masa akan datang," katanya.
Profil
NAMA: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
NAMA KOMERSIAL: Elly Mazlein
TARIKH LAHIR: 17 Disember 1980
TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
FILEM: Janji Diana, Tangkai Jering dan Gerak Khas 3 The Movie
DRAMA: Bulan Yang Pertama, Gerak Khas, Sembilu Kasih, Spa Q, Bella,
Amanah Karmila, Cinta Batu Belah, Cinta Seorang Penoreh Getah, Kasih
Berbunga Lalang, Keliwon dan Semanis Janji
ALBUM: Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV
Karaoke Elly Mazlein (2001), Best Of Elly Mazlein (2002) dan Atas NamaCinta (2003) |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:06 pm | |
| Suara Fazley tak lagi bergetar
SELEPAS mendirikan rumah tangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz, penyanyi dan pakar motivasi, Fazley Yaakob, 31, seakan-akan menyepikan diri. Tidak banyak perkembangan mengenai kerjaya seninya dilaporkan selain perniagaan baru diusahakan iaitu Fazley International Collection (FIC).
Kali terakhir, penyanyi yang turut berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan itu menghasilkan album iaitu Lain, dua tahun lalu. Waktu itu lagu Kerna Asmara berjaya mengekalkan namanya dalam industri muzik tempatan.
Ditemui baru-baru ini, sewaktu sesi pradengar single terbaru di studio Wake The Baby. Fazley menjelaskan keputusan untuk mendiamkan diri diambil kerana mahu memberikan tumpuan kepada anak sulungnya, Ahmad Fariedz Shah, selain menyelesaikan beberapa urusan peribadi.
"Waktu sama saya banyak mengadakan ceramah motivasi. Begitupun, sepanjang tempoh dua tahun ini, masa terluang yang ada saya gunakan untuk menghasilkan lagu album terbaru.
"Sekarang saya sudah mempunyai 10 lagu apabila sebahagian besar lirik dan lagunya dihasilkan sendiri.
"Mengenai Ajai sebagai penerbit, sebenarnya kami sudah bersama sejak dulu. Sepanjang tempoh itu kami berjaya menghasilkan lima album.
"Kami serasi dan biasanya Ajai tahu apa yang saya mahukan dan begitulah sebaliknya. Saya turut meminta Ajai menghasilkan dua lagu yang bakal dipilih untuk diketengahkan sebagai single utama," katanya.
Sewaktu mendengar dua lagu terbabit iaitu Super Heromu dan Bila Ada (turut dihasilkan dalam versi Inggeris, When Ever), ternyata usaha terbaru Fazley bakal menjanjikan kejutan kepada peminat setianya.
"Tiada lagi sambungan lagu Asmara dan Asmara Ini. Apa yang kami persembahkan ini benar-benar berbeza. Saya cuba menampilkan lagu berkonsepkan pop yang agak rancak.
"Persembahan vokal turut terkawal dan bersahaja. Kalau peminat dengar lagu yang saya dendangkan ini tiada lagu suara bergetar seperti sering dilakukan dalam album sebelum ini.
"Bukan tidak mahu, tetapi sebenarnya suara bergetar tidak lagi sesuai dengan keadaan pasaran muzik sekarang di mana peminat lebih senang mendengar lagu yang penyampaiannya ringkas dan mudah," katanya.
Sesuai dengan konsep lagu, jelas Fazley lirik ditulis menggunakan perkataan mudah dan senang difahami. Begitupun apabila ada perkataan Indonesia yang diguna pakai ia pasti menimbulkan perasaan kurang senang kepada pendengar tempatan.
Menjelaskan mengenai perkara itu kata Fazley, ia tidak dapat dielak memandangkan dia yang membesar di seberang sudah terbiasa dan berasakan ia sesuai dengan penyampaian dan 'suasana' lagu itu sendiri.
Sementara itu Ajai selaku penerbit berkata dia tidak menghadapi masalah untuk bekerja dengan Fazley menghasilkan album terbaru ini kerana sudah faham kemampuan penyanyi itu.
"Bekerja dengan Fazley juga mudah. Walaupun sudah hampir dua tahun tidak merakam album baru, dengan disiplin kerja tinggi proses untuk memasukkan vokal dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.
"Biasanya saya akan memberikan lagu kepada Fazley seminggu lebih awal bagi membolehkannya berlatih dan menghafal. Apabila masuk studio untuk rakaman vokal, ia dilakukan tidak sampai satu jam. Pada saya Fazley masih tidak hilang sentuhannya dan persembahannya semakin baik," katanya.
Jelas Ajai lagi, dalam album terbaru Fazley yang dijadualkan menemui peminat pertengahan Jun ini ada lagu berentak balada, namun konsep diubah. Dalam erti kata lain jelasnya, album dihasilkan kedengaran lebih muda dan memenuhi cita rasa semasa.
Turut terbabit dalam pembikinan album ini bekas anggota kumpulan Ruffedge iaitu Mod yang turut menyumbangkan lagu dan diterbitkan sendiri. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:10 pm | |
| Rosma hamil, Khai dapat alahan
KEJUTAN Mohd Khairul Nizam Wahi atau Khai, 30, kepada isteri tercinta, Rosmayati Sidik, 24, dengan meraikan hari jadi Rosma ketika pasangan itu dijemput menjayakan program Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung di TV1, Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur, jam 3 petang, Rabu lalu.
Sambutan itu diadakan sehari lebih awal kerana hari jadi Rosma sebenar pada 16 April. Manakala pada 26 April pula ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
"Tahun ini kali pertama menyambut hari jadi bersama suami. Sebelum ini kami pernah menyambut hari jadi bersama, tetapi sebagai kekasih. Saya ternanti-nanti hadiah hari jadi daripadanya.
"Tetapi biasanya Khai tak boleh buat kejutan kerana saya tahu rancangannya. Hari ini pun saya tahu juga kerana ada yang pecah rahsia," katanya yang ditemui selepas berakhirnya siaran Sehati Sejiwa.
Pada hari itu juga, produksi Sehati Sejiwa turut menyediakan kek hari jadi untuk Rosma.
Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu tambah membahagiakan dengan kelahiran anak sulung mereka Ogos ini. Mereka dijangka dikurniakan bayi lelaki. Tiga nama sudah disediakan, Mohd Shah Edwin, Mohd Amzan Danish dan Mohd Khalil Ilman.
Menurut Rosma, sejak awal kehamilan dia tidak mengalami alahan yang teruk dan aktif seperti biasa. Khai pula sering sakit kepala, loya, hendak muntah dan lemah badan. Ketika kandungan Rosma berusia seminggu, selama itulah juga Khai demam.
"Saya tidak pernah mengidam makanan pelik cuma suka makan durian dan jus soya. Masa mula mengandung saya makan durian sikit saja sebab orang kata buah itu 'panas' dan tidak baik untuk kandungan. Sekarang bayi dah besar sikit, saya makan sesedap rasa. Berat badan pun bertambah 10 kilogram menjadi 55 kilogram.
"Walaupun sebelum mengandung saya jaga makan bimbang jadi gemuk, tetapi sejak mengandung saya makan macam biasa. Tak boleh tahan selera. Itupun emak pesan jangan makan makanan 'tajam' dan 'sejuk'," katanya.
Kata Rosma, dia akan bersalin di pusat perubatan Islam di Bangi, Selangor, tetapi akan balik berpantang selama dua bulan di kampungnya di Pahang.
Pasangan itu berkenalan di pentas program realiti Akademi Fantasia musim pertama dan langsung jatuh cinta. Kemuncak penyatuan cinta mereka yang tulus ikhlas itu dan untuk mengembalikan kenangan manis, Khai dan Rosma turut disandingkan di pentas AF6 disaksikan jutaan penonton konsert mingguan program itu.
Percintaan yang terus bertahan sehingga ke jenjang pelamin itu terus mekar dan mewangi bak kuntuman bunga berkembang pada pagi hari adalah kerana wujudnya toleransi, jujur, ikhlas, saling mempercayai dan memahami. Itu antara rahsia kebahagiaan Khai dan Rosma yang dikongsi bersama penonton Sehati Sejiwa.
Menurut Khai dia mengenali Rosma sejak isterinya itu berusia 18 tahun. Justeru kala itu Rosma masih berperangai kebudak-budakkan, sangat telus dan tidak pernah menyembunyikan perasaannya terhadap jejaka kelahiran Johor Bahru itu.
"Saya pemalu manakala Rosma pula banyak cakap dan tertarik dengan sikapnya yang suka berterus-terang. Waktu awal perkenalan di AF, Rosma mudah didekati kerana usianya yang masih muda, jujur dan ikhlas. Selepas lima tahun berkahwin kami semakin serasi. Bagaimanapun, ada cerita macam mana kami boleh mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Dalam Internet tersebar kad perkahwinan kononnya kami akan berkahwin pada sekian tarikh. Sebenarnya kad itu bukan kad perkahwinan kami, tetapi kad orang lain yang namanya lebih kurang sama dengan kami.
"Daripada situ terdetik hati untuk berkahwin. Waktu bercinta lain. Apabila sudah menjadi suami isteri tanggungjawab lebih besar. Namun, selepas berkahwin rezeki bertambah dan saat paling membahagiakan apabila Rosma disahkan hamil ketika kami menyertai program Sehati Berdansa," katanya.
Oleh kerana kedua-duanya berkecimpung dalam bidang seni, kerja juga menjadi mudah apabila mereka selalu dijemput membuat persembahan pentas bersama.
"Kami selalu pergi bersama dan jika saya seorang dapat undangan Rosma akan menemani dan begitulah sebaliknya. Kami juga berkongsi minat bersama suka menonton wayang, bermain boling, pool dan snuker. Jika saya hendak keluar dengan kawan, saya beritahu dengan siapa saya keluar dan nama mereka sekali untuk mengelak cerita tidak baik sampai ke Rosma," katanya.
Rosma pula berkata, jika ada perselisihan faham dengan segera diselesaikan supaya ia tidak berpanjangan.
"Tak boleh simpan lama dalam hati nanti ia akan menanah. Dalam hubungan suami isteri, komunikasi dua hala sangat penting supaya tidak ada yang makan hati," katanya.
Selain menyanyi, Khai kini aktif berlakon. Drama lakonannya, Terminal Cinta dan Amarah. Khai akan menjalani penggambaran telefilem terbaru untuk siaran Astro, Sepuluh Terbakar, 1 Mei ini.
Sebagai persediaan untuk menerbitkan program sendiri, Khai juga terbabit dengan kerja belakang tabir. Dia bercadang menerbitkan program dokumentari. Sebelum Rosma bersalin mereka akan tampil mengacarakan program Bulan Madu untuk RTM.
Kata Rosma, dia turut terima tawaran berlakon, tetapi tidak berminat untuk menceburi bidang itu.
Mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena seni suara, Khai dan Rosma akan tampil dengan lagu single duet, Warna Cinta. Jika lagu itu mendapat sambutan pendengar, mereka akan hasilkan single kedua.
Album solo terakhir Khai berjudul Terbang Tinggi keluaran 2008 dan Rosma pula, Dewi Kasih (2007). Andainya segala perancangan berjalan lancar mereka akan muncul dengan album mini menyisipkan semua lagu duet mereka berdua. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:13 pm | |
| Que tolak tawaran luar KL
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sudah seminggu berlalu, namun bagi pelakon dan pengantin baru, Que Haidar, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membawa pulang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular di majlis kemuncak anugerah di Arena Of Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.
Malah, ketika menanti detik pengumuman itu, Que, suami kepada pereka tari, Linda Jasmine, sangat yakin keputusan itu tidak akan berpihak kepadanya.
Dalam kategori yang dianggap cukup kuat, Que berkata semua ini adalah rezeki selepas berkahwin dan seterusnya membuktikan usaha kerasnya sekian lama akhirnya membawa tuah.
"Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini. Nampaknya, rezeki saya selepas berkahwin semakin melimpah-ruah.
"Saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki anak sulung yang bakal lahir nanti," kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
Que, selepas bertahun-tahun mencuba, akhirnya berjaya menewaskan sifunya dalam bidang lakonan, Rosyam Nor yang mengungguli gelaran itu selama tujuh kali sejak 1997, namun tidak pernah berasakan dirinya begitu hebat kerana memenangi anugerah itu.
"Setiap yang tercalon mempunyai populariti tersendiri dan tidak semestinya timbul isu tak popular jika gagal memenangi pencalonan berkenaan.
"Lagipun, bukan mudah untuk mempertahankannya pada masa akan datang kerana semuanya bergantung kepada kepercayaan peminat.
"Bagaimanapun, saya akan terus melakukan yang terbaik kerana inilah sumber rezeki saya," kata Que yang sebelum ini pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin dan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-19 pada 2006.
Bercerita mengenai kehidupan peribadinya, nyata Que tidak sabar untuk bergelar seorang ayah dan mengakui kehidupannya sekarang ini semakin bahagia bersama isteri dan Qalif Khan (anak Linda hasil perkahwinan pertamanya).
"Kehidupan rumah tangga saya sangat membahagiakan. Saya juga bersyukur kerana isteri sangat memahami jadual kerja saya walaupun dia dalam keadaan mengandung ketika ini.
"Sebagai suami, saya akan sentiasa memberi sokongan kepadanya dengan sentiasa berada di sampingnya.
"Disebabkan itu, saya terpaksa menolak tawaran berlakon di luar Kuala Lumpur kerana ingin memastikan setiap hari saya mesti pulang ke rumah," katanya.
Mengenai perkembangan terbarunya, kata Que, mulai Jun ini dia akan menjalani penggambaran filem 'Romance' yang diadaptasi daripada novel 'Lagenda Budak Setan' dan antara pelakonnya ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:15 pm | |
| Azharina dan 20 lelaki kacak
MINGGU Setiausaha yang berlangsung sepanjang April ini bukan saja menghargai setiausaha yang menjadi tulang belakang kejayaan bos mereka, malah memberi ruang kepada peminat berhibur dan bertemu lebih dekat dengan penyanyi pujaan mereka.
Bukan calang-calang penyanyi menjadi pilihan penganjur kerana harga tiket yang mahal dan menjaga nilai eksklusif acara itu. Antaranya Anuar Zain dan Anita Sarawak bersama Faizal Tahir mengadakan persembahan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 dan 8 April lalu.
Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti menjadi pilihan Hotel Quality untuk menjayakan persembahan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta pada 21 dan 22 April.
Hotel Istana pula memberi kelainan dengan menampilkan Azharina bersama 20 artis lelaki popular Malaysia dan Indonesia di Ballroom Grand Mahkota, Hotel Istana, esok, jam 11 pagi hingga 4 petang.
Dua penyanyi lelaki, Faizal Tahir dan Imran Ajmain juga diundang menghiburkan tetamu dan bakal digamatkan lagi dengan kehadiran tiga pengacara, AC Mizal, Afdlin Shauki dan Ally Iskandar.
Ternyata Azharina juga tidak keseorangan dikelilingi kumbang kerana bakal diserikan Jaclyn Victor. Apa yang menarik, Azharina bakal berduet dengan penyanyi Indonesia, Rio Febrian. Turut membuat persembahan, Delon (Indonesian Idol) dan Irwansyah.
Persembahan itu akan disiarkan secara langsung dalam program Wanita Hari Ini di TV3. Harga untuk seorang, RM350++ dan RM290++. Sajian hari itu, makanan Padang dari Sumatera Barat. Untuk tempahan hubungi 03-21419988 sambungan 3667.
Bill Bora selaku wakil publisiti untuk persembahan itu menerbangkan Rio Febrian, Delon, Irwansyah, Ariffin Putra, Samuel Rizal dan Didi Riyadi dari Seberang.
Aktor popular tanah air pula diwakili Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal Ashaari, Aaaron Aziz, Ashraf Muslim, Iqram Dinzly, Aqasha, Kamal Adli dan Fizo. Mereka semua akan menggayakan kostum rekaan Lord's Tailor.
Bill Bora berkata, artis Indonesia itu akan menyanyikan lagu ciptaan komposer tanah air kerana dalam pemilihan lagu, pihaknya berkeras untuk menyanyikan lagu gubahan komposer tempatan.
"Mereka datang membuat persembahan di sini, jadi mereka kenalah ikut cara kita. Negara kita juga mempunyai ramai komposer ternama," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:17 pm | |
| (Semasa) Noryn Aziz dan Zahida Rafik Dapat Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) ? Aktres Zahida Rafik dan penyanyi Noryn Aziz dianugerahkan pingat AMN oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Shah Alam hari ini. (20 April 2009) Bersempena dengan penganugerahan tersebut, kedua-duanya bakal menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Sultan Selangor. Sejurus dimaklumkan kedua artis ternama ini meluahkan perasaan gembira dengan anugerah tersebut sekaligus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Selangor. Oh! Artis sedikit hairan kerana atas kriteria apakah yang membuatkan mereka menerima penganugerahan ini. Ya, Noryn mungkin kerana penglibatan’nya dalam bidang nyanyian sehingga memperoleh tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik di pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu. Namun bagi Zahida? Sama-samalah kita tepuk dada tanya selera. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:34 pm | |
| Sarimah dan Vernon bermasam muka? Dengarnya...: Sarimah, Vernon bermasam muka?
BARU-BARU ini, Cik Normah dengar cerita, Sarimah Ibrahim agak terasa apabila pengurus popular, Vernon Kedit, menarik diri daripada menyertai sebuah acara kebajikan pada saat-saat akhir. Entah benar entah tidak, kononnya penarikan diri itu dilakukan Vernon kerana dia ingin menghadiri persembahan bekas peserta American Idol, David Archuleta.
Bagaimanapun, Cik Normah ada juga terdengar cerita yang versinya sedikit berbeza. Kononnya, menurut pengurus terkenal itu, Sarimah 慴engang?kerana dia tidak menerima pelakon, penyanyi dan pengacara berdarah kacukan itu untuk berada di bawah pengurusannya.
Hmmm, Cik Normah sendiri tidak pasti, siapalah yang benar dalam hal ini. Begitupun, pada konsert AF7 baru-baru ini, seorang teman yang agak rapat dengan kedua-dua insan ini perasan yang mereka bagai tidak boleh bersua muka.
Kononnya, ketika Sarimah sedang bersalaman dengan wakil media yang membuat liputan, Vernon pun turut berada di kawasan terbabit. Sebaik saja melihat Sarimah kian menghampiri tempat duduknya, si pengurus yang sentiasa tampil dengan gaya tersendiri itu dilihat memaling muka ke arah lain.
Hai, takkan sampai macam tu sekali? Cik Normah percaya, kalau mereka berdua tidak mempunyai apa-apa masalah, tentulah keadaan seperti ini tidak terjadi. Jadi, sebelum ia berlarutan dan menjadi lebih teruk, ada baiknya dua selebriti ini bersua muka, seterusnya menyelesaikan apa yang patut. Tak gitu? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:49 pm | |
| Aizat Terpilih Wakili Negara Ke Bulgaria Tahniah diucapkan kepada Aizat kerana terpilih untuk mewakili negara ke Bulgaria bulan depan. Maklumat lanjut di sini >> http://mytalento.com/aizat-terpilih-wakili-negara-ke-bulgaria/ Pssst... Lagi kisah menarik artis dan gosip hangat hanya di MyTalento.Com |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 12:53 pm | |
| Siti belum bersedia bertudung-Kredit Hmetro
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nur haliza Tarudin memintapeminat memberi masa ke padanya untuk memakai tudung sepenuhnya.
Siti Nurhaliza, 29, mengakui sejak pulang menunaikan ibadat haji pada27 Disember lalu, peminat amat berharap dia memakai tudung, bukansekadar selendang untuk menutup rambut
Saya harap beri sedikit masa kerana saya masih aktif dalam bidang ini (industri hiburan).
Isu ini sudah saya jawab bahawa saya hanya berselendang bukan memakai tudung selepas bergelar hajah,?katanya.
Betul ke die ade kate dulu die hanya berselendang selepas bergelar hajah?ade sape2 simpan statment sebelum die gi wat haji tak?
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 1:01 pm | |
| Norman, Memey disaran cepat kahwin! Pasangan bahagia ini dinasihatkan cepat bernikah
SEBAIK selesai ABPBH 2008, kotak e-mel Zubir sarat dengan pujian, kritikan dan komen peminat mengenai acara yang berlangsung dengan jayanya itu. Yang elok dijadikan semangat untuk menghasilkan lebih baik pada masa depan, yang kurang dijadikan sempadan untuk memperbaiki segala kelemahan.
Pun begitu, dalam banyak-banyak e-mel, Zubir tertarik dengan kiriman gambar pasangan merpati dua sejoli - Norman Hakim dan Memey yang disertai beberapa coretan nakal. Gambar Norman dan Memey sedang memegang kek hari jadi! Hari jadi siapa, Zubir kurang pasti. Tapi, rasanya hari jadi Memey kerana ulang tahunnya jatuh pada 25 Mac lalu. Lebih menarik, atas kek hari jadi itu tertera perkataan 'sayang', fuyoo!
揝udah terang lagi bersuluh, sudah ada gambar lagi nak kata tak ada apa-apa hubungan. Ceria sungguh muka Norman dan Memey dalam gambar menyambut hari jadi. Agak-agaknya hari jadi siapa la tu? Buat Norman Hakim, jadilah lelaki gentleman dan mengaku hubungan cinta anda bersama Memey. Lagi bagus kalau anda berdua kahwin terus! Tak payah susah-susah naik turun mahkamah lagi.
揟engok gambar yang lagi satu ni, jelas nampak kebahagiaan Norman dan Memey. Kan bagus kalau tak main sorok-sorok lagi??kata pengirim e-mel berkenaan kepada Zubir yang berharap Norman dan Memey mengaku saja mereka bercinta, seterusnya berkahwin, tak perlu cover line lagi kerana semuanya sudah terbukti dengan dua keping gambar terbaru mereka itu.
Zubir pun setuju sangat dengan saranan orang ramai itu, lebih lama mereka berdolak dalik, lebih banyak fitnah dan cerita negatif muncul. Justeru, adalah lebih afdal Norman dan Memey mengaku saja mereka pasangan yang sedang asyik bercinta, tak perlu berkias-kias ketika memberikan kenyataan berhubung persahabatan akrab yang terjalin antara mereka.
Bersedialah berdepan kenyataan hidup, jika sudah sehati sejiwa, berjanji sehidup semati, Zubir cadangkan mereka cepat-cepatlah naik pelamin. Yang penting, apabila dah ada tarikh sesuai, janganlah bersandiwara dengan pihak media pula, lebih penting jangan kahwin lari seperti Rita Rudaini.
ZUBIR: Seorang finalis ABPBH 2008 hadir di Genting Highlands dalam keadaan khayal, dikatakan sempat ambil pil penenang, itu yang 'stone' semacam!
p/s...cedok citer dari sini lagik...wakakakaka..habisla ketuanan reputz.. dapat emel kunun... normiang ngan si memek.........kawenla secepat mungkin... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 1:43 pm | |
| Umie Aida dihargai budak sekolah SEPETANG BERSAMA PELAKON 'WAJAH KASIH' UMIE AIDA Umie Aida
Menantisaat ketibaan beliau sungguh mendebarkan. Bukan diri ini seorang yangternanti-nanti malah puluhan anak muda dari Sekolah Menengah Seksyen 14Shah Alam menaruh harapan yang tinggi untuk dapat bersua kenal dengansi pelakon yang dikatakan iras Seniwati tanahair Hashimah Yon.Murid-murid yang menanti dengan penuh kesabaran di dalam khemah berhawadingin itu, tidak lepas pandang pada pintu pagar Galeri PerfilemanFINAS menanti kelibat beliau.
Selang beberapa minit pegawai galerimemasuki khemah membawa khabar berita bahawa beliau akan sampai dalamjangka masa 5 minit. Tidak sempat pegawai tersebut menghabiskanpengumuman, deruman enjin kereta yang kuat memasuki pekarangan tempatletak kereta galeri tersebut telah mengalih perhatian pelajar kepadakereta itu.
Identiti si pemandu tersebut telah menghasilkan satusorakan yang kuat diiringi tepukan apabila si pelakon yang diberigelaran 憄elakon wajah kasih?melemparkan senyuman manis serta lambaianbuat pelajar yang menanti. Luahan seorang pelajar ini memang turut samadirasakan oleh pelajar lain 慍antiknya Umie Aida....?br /> MenjadiUmie Aida yang cantik dan glamour pula membuatkan ramai anak mudatertarik pada pelakon yang serba boleh ini. Memang siapa sangkapembabitan diri beliau didalam dunia lakonan secara suka-suka akhirnyamembuahkan hasil yang membanggakan. Paling mengujakan apabiladianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 menerusi filem Embun.
揝ayamula menceburi bidang lakonan ketika berumur 18 tahun waktu menantikankeputusan SPM. Waktu itu memang tak ada minat langsung dalam bidanglakonan sebab selalu tengok Kak Erma tunggu berjam-jam dekat lokasiuntuk menghabiskan satu 憇cene?/i>. Memang tak suka dan tak minat langsung kerja macam itu.
揟api peluang untuk berlakon itu terbuka apabila saya terpaksa menggantikan Kak Erma dalam filem Memory arahan Datin Hajah Rosnanipada tahun 1991 mendokong watak pembantu. Pada waktu itu ada beberapaorang beritahu saya mempunyai bakat dalam bidang ini dan menyedarihakikat itu baru saya bersunguh-sungguh dalam bidang ini. Cita-citasaya sebenar nak menjadi seorang cikgu!?kata Umie Aida atau namapenuhnya Umi Khalsum. Mengulas pembabitannyadalam filem itu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik FestivalFilem Malaysia Ke-16 ini berkata watak paling mencabar yang pernahdibawanya ialah Diana Dahlan dalam filem Dukun.
揥atakDiana Dahlan dalam filem Dukun itu paling mencabar dalam karier sayasebagai seorang pelakon. Bayangkan saya memelihara sekor ular dirumahpada waktu itu dan kaji karekter ular tersebut untuk watak saya. Darilirikan mata sehingga tiap inchi pergerakan badan saya mirip seekorular untuk membuat watak Diana seorang pengamal ilmu sihir itumenjadi.?nbsp; kata Umie yang mengidamkan watak beraksi lasak suatu harinanti. DUKUN...Filem lakonan Umie Aida yang paling mencabar. Antara pengalaman yang masih segar dimindanya adalah ketika berlakon di bawah arahan Sidi Orazadalam drama Surah Terakhir yang memberi kejayaan pada beliau apabilamerangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin ketika itu.
揝ayamembawa watak sebagai seorang perempuan joget dalam drama itu. Wataksaya banyak bermain dengan emosi dalaman dan memerlukan saya untukmenangis. Yang bagusnya dengan Sidi sebagai pengarah ialah teknik diacukup sesuai dan selesa dengan saya. Dia kaji dan fahami emosi saya dankarekter yang perlu saya mainkan. Beliau banyak menggunakan psikologiatas diri saya untuk timbulkan emosi yang dia kehendaki. Seorangpengarah itu perlu pandai baca karekter pelakon dia. Untuk seorangpelakon itu mengambil 抐eel?/i> menangis atau emosi amat bergantung pada bakat dan pengalaman peribadi. Dia akan jadi secara 抧aturally?/i>dan bukan atas paksaan. Pengalaman dan latar belakang pelakon itu yangmembezakan kemampuan dia untuk berlakon.?nbsp; ujar Umie yang baru habismenjalankan penggambaran dalam filem Pisau Cukur sebagai isteri kedua Dato?Rahim Razali.
揝ayaini selalu dikaitkan dengan watak gadis melayu. Cukup susah untuk sayakikiskan imej itu. Kalau ada sahaja watak yang memerlukan wajah klasikselalu dikaitkan dengan diri saya. Watak Cik Puteh dalam filem Kala Malam Bulan Mengambangitu tak susah bagi saya untuk bawa sebab sebelum ini banyak kali sudahsaya bawa watak sebegitu. Hanya perlu buat research sedikit dan kajilenggok perempuan melayu pada zaman itu.
揝ayamemang memilih dengan skrip. Sebab bagi saya kualiti skrip itu lebihpenting dari menerima sebarang watak yang tidak mencabar saya sebagaiseorang pelakon. Kadang-kadang saya minta kebenaran pengarah untuk gunadialog sendiri supaya nampak 抧atural?/i> scene itu. Saya rasa bertuah berpeluang dapat berlakon dengan pengarah-pengarah yang bagus seperti Kabir Bhatia, Erma Fatima, Mamat Khalid dan Bade Hj. Azmi.Masing-masing ada keistimewaan mereka tersendiri untuk mengolah watakdan karekter saya. ?kata Umie yang ingin berkerja dengan Datuk Paduka Shuhaimi Baba, U-Wei dan Yasmin Ahmad suatu hari nanti.
BERKESAN...Watak-watak yang pernah dibawa oleh Umie Aida di layar perak.
Dansepanjang 17 tahun penglibatan beliau dalam industri seni, perkembanganyang dia lihat dalam industri ini dari masa ke semasa cukup positif.
揔alaudibandingkan dulu dan sekarang sekatan kreativiti hasil seni itu cukupberbeza. Pihak Lembaga Penapisan Filem semakin terbuka dan longgarkansyarat-syarat mereka. Kalau dulu perkara-perkara yang dikaitkan denganmistik dan tahyul tidak dibenarkan sama sekali. Sekarang dengan adakelonggaran itu timbul filem-filem dan drama-drama yang berunsur seramdan spiritual untuk penonton masa kini. Selain itu FINAS juga banyakmembantu para penggiat filem tanah air dengan memberi pembiayaan untukmenghasilkan filem terutama filem yang berunsur sejarah dan kebudayaan.Semua ini petanda industri kita semakin maju.?kata Umie yang akanmenjalani penggambaran filem Ku Seru The Movie pada bulan Mac akandatang.
MESRA... Kenangan para pelajar bersama Umie Aida di Galeri Perfileman FINAS. .
Mengakuibergelar anak seni yang terkenal sesuatu yang menyeronokkan namunkehidupan selebriti sepertinya bukanlah semuanya indah-indah belaka.Seronok menjadi seorang artis kerana diri disayangi dan diberi sokonganpadu oleh peminat setia, tetapi sebagai insan biasa, dia juga punyahati dan perasaan.
揈mosi sebagai seorang anakseni kena kuat dengan tohmohan orang sekeliling tak kira siapa. Sayajenis orang yang suka 抪rivacy?saya sendiri. Dalam karier saya sebagaiseorang pelakon, tohmahan paling pahit dalam hidup saya ialah apabilasaya dikatakan melahirkan anak luar nikah sedangkan mereka anak angkatsaya. Orang yang reka cerita itu seperti tak berfikir untuk menjagaperasaan orang lain. Perkara itu cukup menyakitkan saya kerana iamelibatkan anak朼nak dan keluarga. Mak saya ketika itu banyakmenasihati saya untuk bersabar dengan semua dugaan ini.
揘akkata saya menyesal bergelar anak seni tidak tetapi cuma kalau diberipilihan saya takkan buat kerja nie. Tanggungjawab dia besar sangat.Jangan mimpi nak jadi pelakon kalau diri sendiri tidak kuat terutamabagi lelaki. Anak seni bukan kerja mudah.?br /> Memberitahuamat bertuah kerana mempunyai peminat yang bukan sahaja setia tetapipandai menilai mana yang benar dan mana yang direka semata-mata.Sokongan itulah yang paling menyeronokkan dirinya sebagai seorang artis.
Aksi-aski daripada filem terbaru Umie Aida, Pisau Cukur |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 1:45 pm | |
| Juliana Sophie Johari Evans Apa pendapat kau orang tentang pelakon cantik ni. Siapa mak bapak dia? Dia masih kat kolej ke? Dan paling yang saya nak tahu betul ke dia ni ada bau bacang dengan aruah Sudirman? Ada adik tak? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 1:47 pm | |
| Terima lamaran Rio Cari keserasian dalam persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Istana pada 22 April bersama 20 selebriti popular
DALAM keadaan pasaran muzik yang tenat dek kelembapan ekonomi yang melanda seluruh negara hingga ada syarikat rakaman yang terpaksa 'bungkus' daripada terus beroperasi dan menjana pendapatan sektor itu, penyanyi berstatus janda, Azharina Azhar tegar untuk meneruskan hasrat mengeluarkan album mini yang diterbitkan syarikat miliknya.
Mengendalikan Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment, dia yang mesra dengan sapaan Nina kini dalam perkiraan untuk melancarkan single sulungnya berjudul Rawan di negara seberang. Bukan omong kosong kerana single itu bakal diedarkan menerusi sebuah syarikat bernama Lima Dua Belas.
Syarikat yang menguruskan beberapa nama besar seperti Rossa itu menjadi pilihan Nina selepas beberapa perbincangan sejak awal Mac lalu. Pertemuan serampang dua mata itu juga memberikan ruang baru kepada Nina apabila penyanyi Rio Febrian menyatakan keinginan untuk berduet.
Sebagai permulaan, Nina dan Rio akan berduet buat julung kalinya menerusi persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Istana yang menampilkan 20 selebriti lelaki popular pada 22 April ini.
揘ina sendiri tak menyangka yang Rio menyatakan hasrat untuk berduet ketika pertemuan kami di sana. Semuanya masih dalam perancangan dan Nina anggap itu semua bagaikan rezeki terpijak. Nina sedar keadaan pasaran memang mungkin membantutkan hasrat penyanyi untuk membikin album penuh. Pendekatan melahirkan album mini atau menerbitkan single antara pendekatan selamat yang diguna pakai kini. Azharina dan Rio Febrian
揟api Nina sedar setiap usaha yang dilakukan berbalik kepada tuah dan rezeki. Lagipun selepas empat tahun tidak muncul dengan album, Nina berasakan 2009 sebagai permulaan yang baik untuk kembali melancarkan kerjaya nyanyian.
揢ntuk projek istimewa di Indonesia itu, judul lagu dan perkataan Rawan akan ditukar kepada perkataan lain. Ini kerana tafsiran rawan di sana membawa maksud yang lain iaitu sebuah daerah yang tidak selamat dan merbahaya. Di Indonesia pun penjualan single lebih cenderung kerana penjualan album penuh tidak mendapat sambutan,?katanya ketika ditemui di Hotel Istana minggu lalu.
Nina lepas geram terhadap lelaki
SELEPAS meledak dengan lagu Rawan ciptaan komposer Hazami, Nina kini mempertaruhkan Rasa ciptaannya sendiri dibantu sepupunya, Keyneed. Selain itu, antara lagu yang bakal diisi di dalam albumnya seperti Hey Lelaki, Primadona, Sakarat dan lagu lama yang diberi nama baru dipetik daripada filem Do Re Mi berjudul Gitar Berbunyi. Istimewa juga sebagai hadiah kepada peminatnya, Nina menyelitkan enam lagu yang sama dalam versi karaoke.
Klip video dihasilkan sendiri menerusi syarikatnya dan ada beberapa lagu yang diilhamkan daripada pengalamannya sendiri, rakan dan pengamatannya dalam menjalani kehidupan. Katanya, ada lagu yang begitu dekat dengan dirinya dan boleh dikaitkan dengan orang lain.
揕agu itu adalah karya yang dihasilkan berdasarkan apa yang dirasa. Ia sekadar lagu yang mungkin kebetulan dirasai orang lain, yang mungkin mengalami perkara yang sama. Lagu Hey Lelaki contohnya saya bawakan dalam versi hip hop dan berkemungkinan akan menampilkan kolaborasi dengan Mimi daripada One Nation Emcees. Lagu itu lebih kepada arah sinikal terhadap golongan lelaki dan lepas geram. Lagu Primadona pula Nina tujukan kepada semua insan yang bergelar lelaki yang pernah mendekati diri ini,?katanya.
Ungkapnya lagi, album mini itu didedikasikan kepada bekas suaminya seorang usahawan, Datuk Shukri Mohamed. Biarpun sudah berpisah sejak Februari tahun lalu, hubungan mereka masih erat seperti tiada apa yang terjadi. Malah, Nina memberitahu tahun lalu dia, bekas suami dan pekerjanya ada makan malam pada 26 Jun tahun lalu.
Mengakui kecewa dengan perpisahan yang berlaku, Nina sendiri tidak menyangka persahabatan yang terjalin selama sembilan tahun dan tiga tahun untuk ikatan perkahwinan berakhir tanpa diduga. Enggan terus dihimpit kenangan lalu, Nina menjelaskan belum bersedia mencari pengganti, malahan cukup bahagia melewati kehidupan bersendiri.
揇ia (Datuk) sendiri bertanya kenapa Nina tidak membikin album. Atas alasan itu, ia membakar semangat Nina untuk muncul setidak-tidaknya dengan album mini. Single Rawan pun sebenarnya membabitkan campur tangannya kerana ia adalah luahan hatinya kepada Nina mengenai apa yang sudah terjadi kepada kami. Apa juga takdir yang sudah tertulis, Nina tetap menghormatinya sebagai sahabat dan rakan kongsi.
揇ugaan hidup menjanda cukup berat dan hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Nina berdepan dengan cacian, tohmahan dan kritikan orang luar. Bagaimanapun, ia tidak terus menjadi kudis, Nina harus memandang ke depan dan tetap bahagia biar apa juga orang kata. Nina pun tak selalu mengkelaskan diri sebagai janda dan menganggap diri masih solo.
揔ehidupan Nina kini cukup baik, apa lagi yang Nina boleh harapkan selain mendapat rahmat-Nya. Rezeki Nina juga semakin murah dan perniagaan yang dijalankan turut berkembang maju. Mungkin ada rahmat di sebalik apa yang Nina hadapi, ia ibarat azimat yang terus menguatkan Nina menghadapi masa mendatang. Kalau kenang perkara lalu pun tiada guna, buat sakit hati saja,?kata Nina yang belum terbuka pintu hatinya untuk mencari pengganti.
Petikan menarik:
Secara tulus Nina mengatakan yang dia serik untuk berkahwin lagi namun pilihan lelakinya nanti mesti tahu apa yang dituturkan dan cakap serupa apa yang dibikin. Selain itu, lelaki itu mesti jujur dan berpengetahuan agama yang baik.
Tekanan dilahirkan dalam keluarga bermasalah antara punca yang membuatkan penyanyi Elegi Sepi ini terus kuat menghadapi dugaan hidup. Katanya, keruntuhan rumah tangga yang dialami ibu dan bapanya antara sebab dia terus tegar melalui permasalahan yang tidak diundang. Nina tidak dilahirkan dalam keluarga yang biasa. Usiknya, dia datang dalam keluarga yang cukup luar biasa. Sikap keras kepala dan bermulut lantang diakuinya diwarisi daripada ibu bapanya.
Kalau ada calon kekasih yang meminatinya, Nina mempelawa mana-mana lelaki itu untuk bertemu dulu bekas suaminya. Mungkin juga Nina mahu bekas suaminya merestui siapa pun kemungkinan pilihannya nanti. (korang nak ke jumpa ex-hubby dia??)
Persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Istana adalah tahun keempat di mana Nina menerima undangan membuat persembahan. Beberapa tahun sebelum ini, Nina pernah menjayakan Minggu Setiausaha di Singapura sekitar 2004 dan pernah membuat persembahan bersama M Nasir di PWTC (2005). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 1:50 pm | |
| Dulu meluat kini sayang
Daripadahubungan seorang teman biasa atau rakan artis akhirnya bertukar menjadipasangan kekasih selepas mereka saling terpesona
MULANYA benci, lama kelamaan jatuh hati. Begitulah sorotankisah cinta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BeritaHarian (ABPBH) 2008, Ahmad Nabil Ahmad, 26, dengan buah hatinya yangjuga pelakon drama, Irma Hasmie, 27.
Selepas puas ditepis, dielakkan dan cuba dirahsiakan,akhirnya pasangan merpati dua sejoli itu tak mampu menyembunyi rahsiahati mereka.
Pertemuan tidak diduga ketika sama-samamenjayakan rakaman program raya, Gegar Gitu Raya di Janda Baik, Pahang,tahun lalu menimbulkan pertemuan antara mereka. Daripada hubunganseorang teman biasa atau rakan artis akhirnya bertukar menjadi pasangankekasih selepas mereka saling terpesona.
Sambil menjeling kekasihnya, Irma akui: "Mulanya saya meluat tengok gelagat Nabil, dia suka membuli dan menyakat saya gila-gila. Hingga suatu tahap, saya benci nak pandang wajah atau mendengar suaranya.Ketika rakaman, saya langsung tak tengok muka Nabil sebab terlalu meluat.
"Betul juga pesan orang tua-tua, kalau membenci seseorang,jangan keterlaluan. Selalunya perasaan benci akan berubah menjadi sayang. Saya tak menyangka akhirnya Nabil menjadi sebahagian daripada hidup saya. Secara jujur, kehadiran Nabil mengisi kekosongan hati dan hidup saya selama ini.
"Dulu jiwa saya kosong, hati saya pernah tertutup buat lelaki. Namun Nabil berjaya mengetuk hati dan memberi sinar dalam hidup hingga saya rasa sentiasa dihargai. Nabil memang istimewa tetapi nampak saja suka berlawak dan berjenaka, dalam hubungan, Nabil boleh tahan cemburu. Saya tak salahkan Nabil, cemburukan tanda sayang?"
Bagaimanapun, Irma berkata, dia terpikat dengan sikap ambil berat Nabil terhadap dirinya dan keluarga. Kekasihnya itu juga sentiasa buat dirinya bahagia dan tersenyum riang, walaupun ada kala usikanNabil menyakitkan hati.
"Seperti pasangan kekasih lain, hubungan kami juga ada pasang surutnya. Kadang kala kami bertelagah, ada masanya kami berperang mulut tetapi tidaklah sampai nak berpisah. Saya melihat Nabil sebagai seorang yang matang dan mampu menempuh onak duri dalam perhubungan.Alhamdullillah, keluarga saya dan Nabil juga merestui hubungan kami.
"Kalau ikutkan mereka ingin kami cepat-cepat bersatu dalamikatan suami isteri, tetapi rasanya biarlah kami mengenali hati budidan mencari keserasian dulu. Insya-Allah, jika ditakdirkan jodoh sampaicepat, saya sudah bersedia melayari bahtera hidup berumahtangga, apatahdengan insan yang saya cintai," katanya.
Walaupun terjatuh daripada motosikal Kawasaki 750 pada Rabu lalu, Nabil tetap mengotakan janji untuk sesi fotografi untuk B*Pop pada pagi Khamis lalu bersama kekasihnya. Keadaan dirinya sudah beransur pulih biarpun pinggang yang terhentak di pembahagi jalan masih terasa sakit.
Suka lihat foto Irma
Bagi Nabil, tiada apa yang menjadi rahsia lagi, semuanya sudahterjawab apabila kekasihnya itu turut berada di sisi ketika malam kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands yang menyaksikannya beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2008.Insiden tak sengaja terpeluk Irma ketika diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Paling Popular mengesahkan lagi hubungan cinta mereka.
Nabil akui, dulu ketika belum bergelar anak seni, Irma satu-satunya pelakon wanita yang diminati. Dia suka melihat gambar Irma di akhbar dan majalah tetapi tak kenal nama.
"Saya suka tengok gambar Irma dalam media cetak tetapi saya tak tahu namanya. Bila saya tanya kakak, dia cakap pelakon itu namanya Naima. Jadi bila pertama kali saya bertentang mata dengan Irma, saya memanggilnya Naima. Irma pelik, dia ingat saya saja main-mainkannya,tetapi sebenarnya memang saya tak tahu," katanya.
Sambil berseloroh untuk menyakat Irma, Nabil akui: "Dulu saya hanya cuba nasib saja, tak sangka pula tersangkut akhirnya. Irma tak layan saya, dia menyampah bila saya menyakatnya cukup-cukup. Tetapi pada hari akhir rakaman program itu, saya sempat meminta nombor telefonnya. Saya tak pernah hubungi atau hantar khidmat pesanan ringkas(SMS), saya biarkan saja".
Pasangan ada anak angkat
"Ramadan lalu menggerak hati saya untuk menghubunginya dan mengajaknya berbuka puasa bersama, itupun selepas saya tak jadi balik kampung. Sejak pertemuan itu, hanya sekali sekala kami berhubungan, tak pernah dating pun. Bagaimanapun, anak angkat kami, Nurhanie Nabila Abdullah yang merapatkan hubungan kami.
"Nak jadikan cerita, seorang teman mahu menyerahkan seorang bayi kepada saya. Manalah saya dapat memelihara bayi dengan keadaan sekarang, jadi saya minta Irma yang menjaganya. Bila saya dan Irma bergilir-gilir menjaga Nurhanie yang ketika itu berusia tak sampai seminggu, saya dapat rasakan Irma sangat istimewa. Sifat keibuan dantanggungjawab pada bayi kecil tak dapat disangkal lagi.
"Irma tak tidur malam menjaga bayi menangis dan bangun setiap dua jam ketika tempoh dalam hari. Kami juga banyak menghabiskan waktu dan duit untuk keperluan bayi. Sehinggakan saya pernah tertidur dipangkin kaki lima ketika menunggu Irma membeli barang keperluan Nurhanie. Ibu bapa dan keluarga kami juga sangat menyayangi Nurhanie sehinggakan setiap minggu kami terpaksa bergilir-gilir bawa pulang kerumah orang tua.
"Bagaimanapun, kami tak bernasib baik, ketika kasih sayang kami dicurahkan pada Nurhanie, ibu kandungnya tiba-tiba muncul dan mahukan semula bayi itu. Apakan daya, Nurhanie hanya datang seketika dalam hidup kami. Saya memang sedih tetapi Irma lagi sedih sebab dia menjaganya dari kecil hingga Nurhanie sudah mengenal dirinya. Irma pasti menitiskan air mata bila terpandang gambar Nurhanie."
Tak akan lupa asal usul
Nabil akuinya cinta terhadap Irma semakin membara tetapi mereka belum merancang mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat. Bukannya belum bersedia tetapi mereka mengutamakan kerjaya terlebih dulu.
"Insya-Allah jika ada jodoh tidak ke mana. Bukan bermakna saya lebih mementingkan populariti dan kemewahan sebaliknya saya sibuk dengan perjalanan kerjaya yang baru setahun sebulan ini.
"Saya terbabit dengan penggambaran filem Bangladesh dan Cicak-Man 3 tidak lama lagi. Saya baru saja menghabiskan penggambaran filem Magika dan Uncle Hussein. Itu belum lagi mempromosikan enamfilem, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee...Hantu, Momok The Movie dan Pisau Cukur yang menunggu tempoh tayangan dipawagam
"Saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang diberikan dan kemenangan Bintang Paling Popular 2008 adalah kemuncaknya sekali gus membuktikan mat despatch macam saya juga boleh mencipta kejayaan. Saya tak pernah lupa asal usul saya, keluarga tonggak kejayaan saya,"katanya yang sibuk dengan rakaman program Hartamania.
Info Nabil
Nama: Ahmad Nabil Ahmad Tarikh Lahir: 26 September 1983 Asal: Mambau, Negeri Sembilan Usia: 26 Tahun Adik-beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik Pencapaian: Juara Raja Lawak 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008) Filem: Sifu& Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti,Eee... Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein,Bangladesh & Cicak-Man 3 Program: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua ... Hua .. Hua .., Pondok-Pondok, Studio Nabil, Ewah Ewah & Hartamania Telefilem: Sonata Labu Labi.
Info Irma
Nama: Irma Hasmie Ibrahim Tarikh Lahir: 8 Januari 1982 Usia: 27 Tahun Asal: Kuala Lumpur Pencapaian: Gadis Jelita 2004 Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha & Pringle's. Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva & Dua Hati Satu Jiwa Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya Ku Terima & Cinta 5 Bintang. /- haruskah semua majalah paper ntah apa lagi...kena amek dua-dua makhluk ni wajib bganding sama? citer pasal benda yang sama? dulu kita ada mawi-kikis, nih muncul plak pasangan kembar siam pelapis? koserrr tawwww!!!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:23 pm | |
| (Gambar) Memey Suhaiza Drama ‘Mingguan Lelaki’ Sebagai Watak Pengoda Artikel terbaru daripada Gua memapar’kan kisah Memey Suhaiza yang mengakui bahawa gambar sambutan Hari Jadi’nya bersama Norman Hakim adalah hak milik peribadi dan beliau tidak mengetahui bagaimana gambar tersebut boleh tersebar. Pendapat OHBULAN!, mungkin terdapat orang terdekat yang tidak merestui hubungan mereka, lantas gambar tersebut di’jadi’kan bukti percintaan mereka. Namun, Memey Suhaiza cuma mengakui bahawa hubungan mereka hanya’lah sekadar kawan baik. Memey Suhaiza telah di’pertanggungjawab’kan memegang watak seorang pengoda dalam drama ‘Mingguan Lelaki’ sebagai Fara. Watak tersebut di’gambar’kan sebagai seorang penyanyi, penggoda manja-manja. Dia cuba memikat lelaki yang boleh memberi kepentingan untuk dirinya. Dia juga seorang yang suka melawa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:37 pm | |
| Ako Mustapha di Penjara 3 Bulan dan Denda
Pelakon Ako Mustapha yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan seorang perempuan bukan Muslim ataupun bukan muhrimnya, Anang Sagunting hari ini dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kerana Ako atas kes khalwat dan dianggap telah menghina mahkamah setelah gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.
Bagaimanapun, Pegam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakilinya membuat permohonan untuk penggantungan perintah sementara menunggu rayuan terhadap kedua-dua hukuman tersebut dan memfailkan permohonan tersebut pada petang ini.
Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini. Dimaklumkan, Ako juga sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa.
Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.
Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:43 pm | |
| Kumpulan Sepah Jadi DJ ERA ?? Menurut murai batu, ada khabar angin mengatakan yang kumpulan Sepah, juara raja lawak musim ke-3 ini akan diambil menjadi DJ atau penyampai radio Era. hmm.. kalu betul tentu gamat jadinya. Nampaknya radio Era begitu terdesak sekali, hinggakan pelawak pun diambil menjadi DJ. Tidak mustahil radio Era akan dikenali radio lawak. Mana taknya, dulu Saiful Apek jadi DJ, kemudian Nabil & Zizan dan sekarang yang masih kekal Din beramboi. layan je laa... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:46 pm | |
| Juliana Evans & Sam Bunkface Bercinta??Dengar citer Juliana Evans dan Sam Bunkface sedang hangat bercinta. Ada blog yang menyatakan ada nampak mereka ke luar layan gig bersama. hmm.. tak lama nanti kecoh lah gossip ni. apa² kita tungguuu...jom layannn... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:53 pm | |
| Stacy bersama abangnya Stacy dan abangnya bersama kumpulan Evoke sewaktu menyertai My Starz LG Gangstarz musim pertama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:55 pm | |
| Abby Abadi dan Zul Ariffin di ABPBH08 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:57 pm | |
| Dafi Ajak Peminat Bermalam?
Terbeliak sekejap mata Murai Batu selepas mendapat satu e-mel yang bertajuk 'Dafi Akan Bermalam Dengan Peminat Istimewa". Hai, dah buang tabiat ke, biar betul ni...
Selepas meneliti lebih lanjut isi kandungan e-mel tersebut, rupa-rupanya ia satu gimik yang tajuknya sungguh nakal. Dalam pada itu terfikir sekejap adakah artis berwajah comel ini mahu mencari publisiti murahan? Oh tidak... Jangan salah faham. Kandungan dalam e-mel itu menjelaskan Dafi bukanlah mengajak peminat untuk bermalam satu bilik dengannya, tapi Dafi akan berada satu rumah dengan jumlah peminat yang ramai - 30 orang!
Acara itu akan berlangsung pada bulan Jun nanti selama 3 hari 2 malam sempena program yang dianjurkan kelab peminat Dafi sendiri. Haa, nanti ramailah akan turut serta dalam acara yang akan mngeratkan huibungan silaturrahim itu. Dulu pun Dafi pernah anjurkan acara yang menarik seperti itu di Pulau Pangkor bukan?
Bercakap pula pasal AF7, Murai Batu dengar ada sebilangan peminat Dafi kecewa kerana penyanyi Bila Terasa Rindu itu tidak berduet dengan Aishah AF7 pada konsert minggu lepas. Ramai kecewa apabila tempat Dafi digantikan artis Singapura iaitu Aliff Aziz.
Ayoyo, nampaknya selepas Adam dan Aril, sekarang isu Dafi dan Aliff pula berbangkit gara-gara menjadi pasangan Aishah yang turut digosipkan dengan Akim yang bermata seksi itu. Jeng... Jeng... Jeng... banyak plot drama telenovela sekarang!
Apa kes pun, Murai Batu suka tengok Aishah dan Aliff menyanyi bersama-sama. Lepas nyanyi, siap suapkan kuih tart ke mulut Aishah lagi. Hmm.... rasanya budak-budak AF7 dan artis remaja ni semua boleh berlakon filem-filem komedi romantis lepas habis AF7 nanti. Cutelah! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 4:59 pm | |
| Tiara Terkilan Qhaud Tersingkir
KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2009: Satu malam penuh emosi buat semua tenaga pengajar di fakulti Akademi Fantasia 7 (AF7) apabila Qhaud telah diumumkan sebagai pelajar ke-5 yang tersingkir daripada program realiti popular terbitan Astro itu, Sabtu lalu.
Daripada principal Tiara Jacquelina J, Cikgu Fatimah, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Syafi, Ms Ida Nerina, Cikgu Aris dan Cikgu Acis, masing-masing tidak dapat menahan sedih apabila melihat pelajar tersebut menarik bagasinya untuk keluar dari akademi setelah menjadi mangsa undian SMS terendah.
Semua ini bukan sekadar satu lakonan atau drama yang sengaja dibuat-buat oleh semua tenaga pengajar tetapi hakikat yang berlaku sejurus selepas Qhaud terkeluar.
Paling ketara yang tidak dapat menahan sebak pada malam itu adalah Tiara sendiri selain Cikgu Fati serta Cikgu Siti. Beberapa kali air mata mereka bergenang sehingga Qhaud terpaksa mengesat pipi Cikgu Siti.
Qhaud bagi mereka adalah seorang pelajar AF7 yang baik, mendengar kata, mempunyai motivasi diri yang kuat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri, tenang serta redha menghadapi apa jua perkara.
Apa yang lebih penting lagi, Qhaud adalah pelajar yang sentiasa menjadi imam setiap solat berjemaah. Malah, dialah yang sentiasa memulakan bacaan doa setiap kali sebelum pelajar-pelajar memulakan persembahan dalam konsert mingguan.
"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jadinya suasana di Akademi apabila tiadanya Qhaud. Dia jugalah yang sentiasa menyuntik semangat serta selalu memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain," kata Tiara selepas keputusan diumumkan malam itu.
Kata Cikgu Siti pula: "Bukan kami saja yang merasai kehilangan Qhaud tapi saya pasti pelajar-pelajar lain turut merasai hal yang sama dan berkat usaha gigihnya, dia berjaya memberikan persembahan yang cukup baik pada malam ini.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian Qhaud. Dia berjaya membuktikannya kepada kita semua. Tapi lihatlah dia dia sentiasa saja tenang. Memang itulah Qhaud dan dia selalu tidak pernah lupakan Tuhan, tidak pernah lupa solat. Tapi semua itu bukannya sengaja dibuat-buat," kata Cikgu Siti yang matanya bengkak akibat banyak menangis.
Qhaud pelajar cemerlang minggu lalu
Principal Tiara pula berkata, apa yang membuatkan dia dan semua tenaga pengajar terkilan adalah kerana mereka sudah sebulat suara memilih Qhaud sebagai pelajar cemerlang pada minggu lalu.
"Pemilihan Qhaud dibuat kerana dia begitu bekerja untuk melakukan yang terbaik dan perubahan itu sangat ketara sekali sewaktu berada di dalam setiap kelas.
"Sayangnya, sebelum sempat gelaran itu diberikan kepadanya, dia telah tersingkir pula. Itulah yang membuatkan saya betul-betul rasa terkilan," katanya dengan nada yang hampir menangis lagi.
"Apapun saya saya bangga kerana selain Qhaud, semua pelajar lain telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam persembahan mereka," katanya.
Sementara itu Qhaud sendiri berkata, dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam AF7.
"Saya sentiasa redha dan bersedia dengan penyingkiran ini. Tetapi selepas diberikan lagu Seruan yang pernah dipopularkan Lefthanded, saya mula berazam untuk bekerja keras serta membuat yang terbaik.
"Impian saya ialah untuk menjadi pelajar cemerlang. Sebab itu saya banyak melakukan latihan termasuklah di bilik air dan rasanya Tuhan sudah tentukan untuk saya membuat yang terbaik pada malam ini.
"Tapi, terus terang saya katakan, saya memang tidak pernah membawakan lagu Seruan sebelum ini. Selama ini pun, saya sentiasa diberikan lagu-lagu yang asing buat diri saya. Tapi kenangan paling manis apabila dapat menyanyikan lagu M Nasir kita iaitu Phoenix Bangkit Dari Abu pada minggu yang pertama dan kenangan paling terindah pula bila berpeluang membawakan lagu Seruan bersama band Lefthanded sendiri," katanya.
Ditanya tentang VT Aishah memotong kukunya, Qhaud berkata, sebenarnya bukan Aishah seorang saja yang pernah memotongkan kuku untuknya tetapi ia pernah dilakukan pelajar-pelajar termasuklah tenaga pengajar yang lain.
"Sebelum ini, Aril, Yazid dan Isma pernah potong kuku untuk saya. Cikgu-Cikgu yang potongkan kuku saya pula ialah seperti Cikgu Siti Hajar sendiri. Tapi, tak tahulah kenapa gambar saya dan Aishah itu pula yang keluar. Tapi saya memang tak pandai potong kuku sendiri," katanya tersenyum manja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:01 pm | |
| IBU- Hafiz Suka Ayam Masak Coke! Hati ibu manalah yang tidak terusik apabila anak yang ditatang bagaikan minyak penuh didakwa seperti telah dianaktirikan dalam Akademi Fantasia 7 (AF7). Sungguhpun begitu, ibu Hafiz iaitu Halizawati Hj Mohd Salleh, seboleh-bolehnya tidak mahu lekas mempercayai apa yang diperdebatkan di kalangan peminat program itu. Malah, dia dan suaminya, Mohd Suip Mohd Suut, juga lebih suka mengambil sikap untuk bertenang, tidak cepat melatah serta berfikir dengan positif. "Saya tahu AF7 adalah sebuah program berbentuk realiti dan apa yang dipaparkan di dalam Diari AF setiap hari lebih banyak diwarnai unsur drama. Saya yakin Hafiz dijaga dengan cukup baik di dalam akademi tersebut," katanya sewaktu dihubungi murai.com.my. Sungguhpun Halizawati mengakui bahawa ada ketikanya dia memang amat merindui anak lelaki sulungnya itu. Kebetulan Hafiz, 20, adalah satu-satunya anak lelaki daripada 3 beradik selain Izasufiza, 18, dan Ezasufiqa, 16. "Apa yang anda lihat Hafiz di dalam Diari AF itulah diri Hafiz yang sebenarnya. Dia memang seorang anak emak kerana dia bukan saja rapt dengan saya tetapi gemar berkongsi apa jua perkara dengan saya. Dia juga cukup rapat dengan adik-beradik perempuannya yang lain. Kedua-dua mereka juga amat merindui Hafiz dan selalu bercakap tentang betapa sunyinya mereka apabila abang mereka tiada di rumah," katanya. Ketiadaan Hafiz sememangnya amat dirasai keluarganya terutama dalam menyediakan pelbagai juadah yang kreatif menerusi resepi yang direka serta diciptanya sendiri. Malah, dia juga bijak mengubah-suai resepi yang telah sedia. "Hafiz memang suka memasak malah dia juga rajin menghabiskan masanya di dapur untuk mencuba sesuatu masakan. Seperti seorang chef atau tukang masak, dia akan berusaha untuk membuat apa jua masakan. "Misalnya, dia jadikan mi segera sebagai pancake, ikan sardin ala Hafiz malah percaya atau tidak, dia pernah menyediakan ayam yang dimasak dengan Coke! "Cara dia masak lebih kurang sama dengan Ayam Masak Kicap. Cuma kicap itu diganti dengan coke. Rasanya pun lebih kurang sama. Tak tahulah dari mana dia dapat idea tu tapi, boleh tahan jugalah rasanya. "Satu lagi kelebihan Hafiz ialah dia pandai menyediakan masakan tradisional Melayu Sarawak iaitu Umai. Satu lagi yang sedap ialah sambal belacan yang Hafiz buat. Setiap kali hendak makan sambal belacan, Hafizlah yang akan membuatnya," kata ibunya itu. Halizawati bangga pencapaian Hafiz Menceritakan lebih lanjut tentang Hafiz, Halizawati berkata, Hafiz yang pernah bekerja di sebuah stesen Petronas milik sanak saudaranya di Kuching, Sarawak sewaktu menunggu keputusan SPM, sememangnya seorang yang gemar menyanyi. "Minatnya terhadap bidang nyanyian memang cukup mendalam. Jadi, bila dia cakap dia hendak cuba nasib dengan menyertai pertandingan AF, saya tidak berupaya untuk menghalang. "Sebenarnya Hafiz pernah pergi uji bakat AF pada musim lalu. Tapi masa itu, rezeki berpihak pada Stacy. Tahun ini, dia cuba lagi dan Cikgu Syafi menyedarinya yang Hafiz pernah datang ujibakat dalam musim AF yang lalu. "Akhirnya selepas melepasi satu demi satu tahap ujibakat, Hafiz berjaya juga menyertai program AF7 pada kali. Saya rasa, memang tuah kali ini berpihak padanya. Sebab, kalau ada bakat saja tetapi tidak ada tuah, semua tidak boleh jadi juga," katanya. Sambung Halizawati lagi, melihat Hafiz berjaya melayakkan diri sebagai salah seorang pelajar Top14 di AF7, sudah cukup membuatkan hatinya berasa cukup gembira. "Gembira sebab dia berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini. Tetapi, sebagai ibu, kalau boleh saya juga ingin melihat dia melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. "Bukannya apa. Kalau boleh saya ingin dia menjadi penyanyi yang berilmu serta mempunyai pendidikan yang tinggi. Semua ini untuk kebaikan dia juga. Jadi, saya harap selepas dia berjaya penuhi impiannya itu, dia akan melakukannya untuk saya pula," katanya lagi. Halizawati juga bangga melihat pencapaian Hafiz di AF7 yang sentiasa cemerlang setiap kali beraksi di dalam konsert mingguan. "Walaupun pada awalnya saya bimbang dia tidak dapat membawakan lagu seperti Toyol dan Mat Disko tetapi saya sendiri tidak sangka yang dia boleh membawakan kedua-dua lagu itu dengan begitu baik sekali. "Saya juga bimbang kalau-kalau dia dibayangi Mila menerusi lagu Terlanjur Cinta tetapi dia berjaya meletakkan dirinya pada tahap yang sama dengan Mila. Cuma saya harap, Hafiz akan diberi peluang untuk membawakan lagu I Believe I Can Fly kerana lagu itu adalah lagu kegemaran Hafiz dan dia sering membawakannya dalam mana-mana persembahan di Kuching, Sarawak," katanya. Halizawati juga gembira melihat Hafiz melayari kehidupan bersama kawan-kawan serta tenaga pengajar yang juga keluarga barunya di AF7. "Setidak-tidaknya ia boleh mendidik Hafiz menjadi seorang yang berdikari. Saya juga suka bila Hafiz rapat dengan Isma. Sebab Hafiz tidak ada kakak dan Isma dapat menjadi kakak yang baik buat Hafiz. Saya juga sedih bila Obri dan Sidi terkeluar kerana kedua-dua pelajar ini juga agak rapat dengan Hafiz sewaktu berada di akademi," katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:02 pm | |
| Irwansyah Belum Temui Pengganti Acha
KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2009: Putus cinta, memang boleh membuatkan seseorang itu jadi gila atau tidak keruan. Begitulah yang dirasakan penyanyi serta pelakon Irwansyah setelah putus cinta Acha Septriasa. Siapa tidak kenal mereka yang popular dengan filem Heart dan Love Is....Cinta.
"Perpisahan saya dengan Acha sememangnya memberikan kesan yang sangat mendalam buat diri saya. Saya langsung tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan. Malah banyak tawaran menyanyi serta berlakon yang terpaksa saya tolak.
"Saya terpaksa mengambil masa hampir 2 bulan lamanya untuk memulihkan diri, semangat serta kekecewaan saya. Keadaan saya pada waktu itu memang seperti seorang yang tidak terurus tetapi tidaklah sampai saya mahu bunuh diri sebagaimana yang dilaporkan kebanyakan media di Indonesia," katanya kepada murai.com.my semalam.
Sungguhpun begitu, Irwansyah akui bahawa hingga ke saat ini pun dia masih belum mampu lagi melupakan Acha.
"Memang saya sangat sayangkan dia. Sebab itulah saya banyak menciptakan lagu untuk dia terutama selepas perpisahan kami. Salah satunya ialah Lagu Untukmu yang dimuatkan di dalam album solo pertama saya, Solitaire
"Saya buat lagu itu supaya dia masih ingatkan saya lagi di Jakarta dan jangan sekali-kali abaikan saya di sana. Waktu mendengar lagu itu, dia berasa terharu,. Tetapi ternyata dia cepat lupakan saya dan mencari orang lain.
"Rasanya sudah tidak ada harapan untuk kami bersama semula kerana dia sudah pun ada pengganti sedangkan saya masih lagi sendiri. Biarlah saya begini. Setidak-tidaknya saya dapat memberikan tumpuan terhadap kerjaya lakonan dan nyanyian saya.
"Kalau pun mahu cari pengganti, saya akan cari yang bukan dari kalangan artis. Lebih senang begitu kerana lebih mudah lagi bagi kita untuk menjaga serta mengawal dirinya," katanya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24.
Ditanya pula tentang gossip cintanya bersama pelakon gandingannya, Cinta Laura, 16 yang turut sama membintangi sinetron Upik Abu & Laura, Irwansyah bagaimanapun menafikan hal itu.
"Laura itu anak kecil. Kalau dia bad mood, memang dia selalu melampiaskan marahnya kepada saya. Tetapi atas sebab itu, orang melihat kami seperti mempunyai hubungan yang lebih daripada sekadar teman lakon. Padahal, perkara itu sama sekali tidak terjadi. Apa yang dicetuskan pihak media hanyalah sekadar untuk melariskan bahan cerita mereka. Hakikatnya, hubungan kami tidak lebih daripada itu," jelasnya.
Kehadiran Irwansyah ke Malaysia semalam adalah untuk menjayakan acara Red Carpet Hotel Istana Secreataries Week With Lord's Tailor with 20 Male Popular Celebs yang akan berlangsung esok, Rabu.
Kata Irwansyah, dia sangat senang sekali apabila dapat menerima undangan bagi menjayakan acara ini. Dapatlah dia menggunakan kesempatan yang sama untuk mempromosikan album Solitaire.
"Album yang menampilkan konsep organic pop terbitan Melly Goeslow itu banyak memuatkan luahan hati saya terhadap Acha. Single pertamanya adalah Ku Tunggu Jandamu ciptaan Melly sendiri dan single kedua yang mendapat perhatian ketika ini ialah Camelia ciptaan Dodhy daripada Kangen Band.
"Saya memilih lagu ciptaan Kangen Band kerana ia kedengaran berbeza dengan lagu yang dicipta band-band muzik lain. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan variasi di dalam album saya ini.
"Ada juga lagu ciptaan Opick yang kini sudah mengubah haluannya sebagai penyanyi nasyid tetapi lagu ini tidak ada kaitannya dengan soal ketuhanan. Sebaliknya ia luahan hati seorang lelaki yang amat merindui teman wanitanya," katanya.
Bagi menangkis kritikan daripada segelintir pihak terhadap vokal serta cara nyanyiannya yang dikatakan lemah itu, Irwansyah berkata, dia berusaha untuk memperbaiki kelemahannya itu dengan mengikuti kelas vokal secara tetap.
"Seperkara lagi saya juga lebih senang jika membuat persembahan dengan iringan band saya sendiri dan setiap anggota pula dipilih menerusi sesi ujibakat yang diadakan sebelum ini.
"Insya-Allah, kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya juga mempunyai perancangan untuk muncul dengan album bersama band iringan saya ini yang masih belum diberikan sebarang nama lagi. Adik saya, Hafiz Fathur, 21, juga sudah pun mempunyai bandnya sendiri yang dinamakan Lexa. Tetapi mungkin namanya akan ditukar kerana ramai yang sering mengaitkannya dengan Alexa. Tetapi Hafiz sendiri kerap bermain di dalam band iringan saya ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Irwansyah juga turut bertanding dalam pilihanraya di Indonesia, baru-baru ini menerusi Parti Sejahtera Indonesia (PSI). |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:04 pm | |
| Uji Bakat Anak Wayang Dapat Sambutan
Misi pertama program realiti terbaru terbitan Astro Ria dan Prima, Anak Wayang iaitu mencari peserta berbakat di seluruh negara telah berjaya apabila uji bakat terakhir berlangsung semalam dan kelmarin (Sabtu) di Shah Alam, Selangor.
Uji bakat di Hotel Quality Shah Alam itu mendapat sambutan hangat kerana menerima kira-kira 1,000 penyertaan.
Angka besar itu memaksa krew produksi termasuk panel juri - Marlia Musa, Faizal Hussein dan Roslan Hussein - bekerja keras untuk membuat pemilihan sehingga jam 4 pagi tadi.
Sebelum ini uji bakat telah berlangsung di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru dan City Bayview Hotel, Pulau Pinang. Semuanya bertujuan mencari 25 peserta yang akan dipecahkan kepada 5 kumpulan kelak.
"Sambutan di Shah Alam memang d iluar jangkaan. Tak sangka ramai yang datang ke uji bakat Anak Wayang. Ramai pula yang berbakat dan mereka terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa.
"Dalam uji bakat itu, orang ramai awalnya dikehendaki mendaftarkan diri sebelum masuk ke peringkat ke-2 iaitu sesi berlakon di depan panel juri. Skrip untuk watak yang harus dilakonan telah diberikan lebih awal, bagaimanapun panel juri turut menambahkan lagi cabaran mengikut keperluan mereka.
"Peserta yang layak ke peringkat ke-3 pula perlu melalui sesi temuramah oleh panel juri yang terdiri daripada wakil Astro. Ia bagi menapis calon-calon yang sesuai dan layak menyertai Anak Wayang nanti.
"Bermacam gelagat dan aksi dapat dilihat sepanjang uji bakat itu. Ia membuktikan Anak Wayang akan mencetuskan fenomena baru selepas AF7," kata salah seorang penerbit Anak Wayang, Noor Haina Itam, 37.
Menurut Haina, seramai 25 peserta yang layak akan diumumkan pada sidang media yang berlangsung pada 12 Mei 2009.
Sementara itu sidang media untuk mengumumkan pengetua dan tenaga pengajar Anak Wayang akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, petang esok (Selasa).
Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran sejurus selepas Akademi Fantasia ke-7 (AF7) tamat iaitu pada 22 Mei 2009. Konsep pertandingan yang didukung oleh 2 saluran Melayu popular iaitu Astro Ria dan Astro Prima. Program ini akan dihoskan oleh pelakon popular Rusdi Ramli dan Nur Fazura.
Ia bakal memperlihatkan para peserta bersaing di Astro Ria untuk memegang salah satu watak yang terdiri daripada jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha. Mereka yang layak untuk watak masing-masing akan berlakon dalam drama bersiri 50 episod berjudul Kecuali Cintamu yang akan ditayangkan di Astro Prima. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:08 pm | |
| Sesi Manjakan Diri Di ABPBH
Seperti tahun lalu, barisan selebriti yang menghadiri ke Anugerah nPopular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) telah berpeluang memanjakan diri di Pamper Suite yang dianjurkan majalah fesyen Cosmopolitan Edisi Malaysia.
Sesi memanjakan diri itu telah diadakan selama 2 hari bermula 11 dan 12 April 2009 lalu di Genting International Convention Centre iaitu sebelum berlangsungnya acara kemuncak ABPBH.
Konsep ala spa mini itu berjaya menarik perhatian pasangan pengantin baru, Mawi dan Ekin, pelakon Nora Danis, Vanidah Imran serta suaminya, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, Iqram Dinzly sehingga penyanyi rock, Kristal dan Butterfly.
Bukan sekadar merias kuku, malah para tetamu istimewa ini berpeluang mendandan rambut, menghias wajah dengan sentuhan solekan terkini dan paling menariknya menikmati urutan daripada kerusi urut terbaru.
Sambil menikmati hidangan ala gourmet dan strawberi segar, ada juga selebriti yang memilih untuk mendapatkan rawatan urut refleksologi atau badan daripada tukang urut profesional yang dibawakan khas dari Kuala Lumpur.
Editor Cosmopolitan Malaysia, Izza Safinaz Ibrahim, berkata konsep ala spa mini ini sememangnya terkenal di kalangan bintang Hollywood sewaktu penganjuran anugerah hebat seperti Oscar dan Grammy.
"Ini adalah buah tangan kami buat para selebriti, bagi membolehkan mereka relaks dan merehatkan tubuh serta minda sewaktu berhujung minggu di Genting Highlands.
"Tambahan pula, majalah Cosmopolitan sememangnya terkenal dengan pelbagai tips kecantikan, fesyen dan gaya hidup bertaraf antarabangsa, justeru kami ingin berkongsi cara hebat itu dengan selebriti sempena anugerah berprestij seperti ini," katanya.
Selebriti lain yang turut hadir termasuklah Farid Kami, Lisa Surihani, Sharifah Shahirah, Ijoy, Diddy, Ayu OIAM, Zizie Ezzette, Fara Fauzana, Kieran, Farah Asyikin, Shila OIAM, Fizo Omar dan anggota kumpulan Hujan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:08 pm | |
| Shila mendandan rambut di Pamper Suite untuk ke karpet merah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:09 pm | |
| Nora Danish terima cenderahati Cosmo - gambar dan rias kuku |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:10 pm | |
| Zizie beri thumbs up untuk urutan pakar Tanamera Wellness Spa |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:11 pm | |
| Farid Kamil puas hati dengan mesin urut kaki Gintell |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:12 pm | |
| Fizo Omar lega dapat urutan bahu pakar Tanamera Wellness Spa |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:13 pm | |
| Ayu OIAM merias kuku untuk persiapan ABPBH 2008 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:14 pm | |
| Vanidah seronok membaca Cover Story dirinya dalam Cosmopolitan keluaran April sambil duduk di kerusi urut Gintell |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:17 pm | |
| Fara Fauzana menikmati layanan kerusi urut Gintell
Fara Fauzana layan sesi rias kuku di Pamper Suite Cosmopolitan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:18 pm | |
| Sheera & Zizie Ezette merias kuku di Pamper Suite Cosmopolitan |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 21 Apr 2009, 5:20 pm | |
| Mawi & Ekin tak lepaskan peluang mencuba kerusi urut Gintell |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 13 of 15 | Go to page : 1 ... 8 ... 12, 13, 14, 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |