Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 4:42 pm

Gambar **tuuut** Linda Onn Di Raba!

Don’t get jealous when this kid accidentally grabs Linda Onn boobs (payudara). This kid so lucky and he did`t knows he accidentally became famous by this hilarious picture… Fahrin Ahmad, don’t get jealous when Linda Onn Di Raba! Hehe

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Lindao10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 4:48 pm

(PANAS)Hartamania di TV9

TV9 kembali dengan barisan rancangan menarik yang membuatkan penonton sentiasa bersama TV9 sepanjang musim cuti sekolah ini yang bakal tiba ini. Kejayaan TV9 dan penerimaan penonton terhadap stesen ini bukan hanya bergantung kepada rancangan drama, animasi, dan hiburan semata-mata. Malah, stesen Di Hatiku ini mementingkan mutu serta acuan menarik yang dapat memberi kelainan kepada rancangan yang disiarkan.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 35932710

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 35932711

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 35940810
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 4:58 pm

Gambar Kamal Adli Pelakon Drama BioNik

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 35764410

Nama Kamal Adli nampaknya semakin dikenali. Ramai pembaca yang inginkan Budiey menyiarkan gambar pelakon utama drama Bio-Nik ini. Ada yang kata, Kamal Adli bukannya bercinta dengan Intan Ladyana tetapi bercinta dengan Syira MyTV3. Mmm… apa-apa pun, semoga Kamal Adli sukses!

Sinopsis Bio-Nik


Tayangan “BIO-NIK” akan bermula pada 18hb Mei 2009, jam 9 malam dalam slot AKSI di TV3. Ia tampil dengan 26 episod yang mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang bernama Nik.

Nik mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan yang serius pada keseluruh bahagian badannya.

Bapanya, Professor Hafiz seorang saintis yang mengetuai projek bio-genetik serta organ “transplant” mengambil keputusan untuk menjadikan Nik sebagai bahan ujikajinya kerana itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan anaknya ke pangkuannya selepas segala cara perubatan konvensional gagal.

Namun, projek yang digelar A.D.A.M (Advance Developmental Android Mechanism) ini membuatkan Professor Hafiz berada dalam dilema kerana memikirkan samada langkah ini adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya dan ia tidak melanggar hukum alam.

Setelah sembuh sepenuhnya, Nik terpaksa berhadapan dengan cabaran kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya. Disebalik segala dugaan ada hikmahnya.

Akhirnya, Nik sedar kuasa luar biasa Nik merupakan satu-satunya cara yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah akan bakal menimpa dirinya, keluarganya dan negaranya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 35764411

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 35772410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 5:02 pm

Ashraf Muslim Dalam Drama Bersiri Jangan Pandang Belakang di TV2

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 36160810


METROWEALTH MOVIES PRODUCTION MUNCUL DENGAN DRAMA BERSIRI, JANGAN PANDANG BELAKANG DI TV2

Selain filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang sedang menggegarkan pawagam, syarikat Metrowealth Movies Production Sdn Bhd yang dianggap ’otai’ dalam mengeluarkan filem-filem seram juga turut muncul dengan drama bersiri Jangan Pandang Belakang disiarkan mulai 2 Jun 2009 lalu, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2 untuk penonton di rumah pula.

Drama 13 episod ini muncul dengan pelakon kacak, Ashraff Muslim diberikan peluang membawakan watak utama di samping turut membariskan nama-nama pelakon terkenal termasuklah Sharifah Shahora, Wan Hanafi Su, Aznah Hamid, Almy Nadia dan Mas Muharni.

Jangan Pandang Belakang bermula kisahnya di sebuah kampung bernama Kampung Pasir Lengong. Syakir, anak bongsu kepada Tok Lang yang baru saja dikebumikan oleh keluarganya. Pada hari perkebumian bapanya, ramai orang kampung yang beri penghormatan kepada ayah Syakir kerana Tok Lang adalah pawang yang terkenal dan tuan tanah yang disegani.

Kini tinggal Syakir bersama kakaknya Che Puteh, 27, bersama dengan Mak Su mereka, Kasmiah yang sudah kematian suami tiga tahun yang lalu. Kasmiah mempunyai anak, Nor yang belajar di universiti. Kini dia mengambil tanggungjawab menjaga Syakir dan Che Puteh. Syakir lulusan graduan pertanian di sebuah universiti di dalam negara. Dia bekerja sebagai petani moden di kampungnya dengan mengusahakan ladang-ladang dari tanah milik bapanya yang banyak.

Insiden bermula pada kali pertama malam selepas kematian Tok Lang. Syakir merasai perubahan dalam dirinya dan ada sesuatu yang menganggu dia dan keluarga. Kasmiah yang tahu rahsia abangnya mulanya tidak mahu bercerita namun apabila keadaan semakin mengganggu, Kasmiah berterus tentang dengan Syakir akan ilmu saka yang dimiliki oleh Tok Lang dan Kasmiah yakin yang mengganggu itu adalah saka Tok Lang yang mencari waris lelaki iaitu Syakir.

Syakir tidak mempercayai semua itu dan dia seorang yang berfikiran moden dan kuat agama, menentang hal tersebut. Kasmiah memberi ingatan kepada Syakir bahawa dia perlu berhadapan dan hadapi saka ini, jika tidak ia akan menganggu dan menyakitkan orang lain terutama sesiapa yang ada kaitan dengan keluarga mereka. Syakir terus menafikan dan jalani hidupnya seperti biasa. Tetapi satu insiden ke satu insiden dilalui. Che Puteh juga diganggu. Ada juga penduduk kampung yang kerasukan, melihat dan diganggu dengan jelmaan dari saka Tok Lang itu.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 36152610


Penduduk kampung Pasir Lenggong semakin ketakutan dan mereka hairan apabila kematian Tok Lang saja, pelbagai perkara ganjil dan gangguan syaitan sebegini hadir. Mereka percaya bahawa dulu semua ini tidak ada kerana adanya Tok Lang sebagai pawang yang menjaga kampung mereka.

Mereka menuntut itu dari Syakir. Syakir tidak boleh terima dengan pemikiran sebegitu. Dia dan Imam Sani, imam muda kampung menggantikan imam lama yang sudah uzur. Dia yang mendapat pendidikan di Univeristi Al-Azhar, bersama-sama cuba menghalang daripada kepercayaan tahyul ini menghantui penduduk kampung.

Apabila Nor pulang bercuti, dia juga diganggu dengan makhuk halus tersebut. Syakir usaha membantu Nor dengan ilmu agama yang dipelajarinya dengan dibantu Imam Sani. Tanpa Syakir sedari, dia boleh mengubati orang yang kena gangguan sebegitu. Kasmiah menyedari keadaan itu. Sebelum ini kawan sekampungnya Rashid dan Zaki juga terkena gangguan, dibantu oleh Syakir.

Akibat SYAKIR terus menentang saka Tok Lang dalam dirinya, dia juga menahan kesakitan di dada di mana sering dialami pada waktu malam. Dia jadi sesak nafas. Tapi dia tetap pertahankan dirinya dengan ilmu agama dan saka Tok Lang tetap tidak mengalah inginkan diri Syakir.

Dalam pada kekecohan di kampung tersebut, muncul Wak Hitam yang kembali ke kampung dengan anak tunggalnya bernama Mawar. Tok Penghulu kenal Wak Hitam dan tahu persengketaan antara Wak Hitam semasa muda dengan Tok Lang. Tok Penghulu beri ingatan kepada Kasmiah supaya menjaga Syakir dan keluarga mereka. Dia bimbang Wak Hitam pulang dengan dendam.

Apakah yang berlaku seterusnya apabila Syakir jatuh cinta dengan Mawar? Apatahlagi kekecohan sekali lagi berlaku dengan kemunculan Wak Hitam. Apakah sebenarnya yang dituntut oleh Wak Hitam? Justeru jangan ketinggalan menyaksikan Jangan Pandang Belakang disiarkan mulai 2 Jun 2009 lalu, setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 5:08 pm

Ajai Mahu Kahwini Liza Ogos Ini

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 61720010


Sesudah sekian lama menduda, komposer Ajai atau Faizal Maas akhirnya mengakui bahawa dia akan mengahwini kekasihnya, Liza Ilyas, pada bulan Ogos 2009 ini.

Di kalangan warga industri hiburan, ramai mengenali Liza sebagai bekas orang kuat Warner Music Malaysia yang kemudian beralih kepada Maestro Talent & Management. Kini Liza bertugas dengan syarikat Ajai, Wake The Baby Records.

Ajai meluahkan pengakuan itu kepada murai.com.my ketika ditemui menjayakan rakaman klip video lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, petang semalam.

"Memang betul. Saya memang benar-benar serius mahu berkahwin dengan Liza. Sudah 4 tahun saya hidup menduda, dan saya rasa sudah penat. Umur saya pun makin lama bukan semakin muda. Jadi rasanya, inilah masa yang cukup sesuai untuk saya menamatkan zaman duda saya," kata Ajai.

Menurut Ajai lagi, segala persiapan perkahwinan yang perlu sudah pun dibuat tetapi majlisnya akan dilakukan secara sederhana sahaja di kediaman datuk Liza di Pulau Pinang.

"Saya dan Liza sudah rancang untuk buat kenduri kecil-kecilan saja di rumah datuk Liza di Penang. Ia hanya akan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat. Ketika ini memang jadual kerja saya sungguh padat tapi, saya akan tetap luangkan masa yang sesuai untuk hari bahagia itu.

"Kalau boleh kami mahu berkahwin sebelum kedatangan bulan puasa nanti. Apapun keputusan saya untuk berkahwin dengan Liza ini adalah yang terbaik untuk anak perempuan saya, Ayu (hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Nurul," jelasnya lagi.

Sementara itu Ajai yang menjadi mentor kepada abang Stacy, Chaq dalam program Mentor turut melahirkan rasa gembira apabila protegenya itu berjaya melangkah ke semi-final dalam program realiti hiburan tersebut.

"Banyak benda yang saya fikirkan untuk Chaq. Pengalaman menerbitkan album beberapa artis tempatan sebelum ini banyak membantu saya untuk membentuk Chaq sebagai seorang protege. Tapi ia tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh orang-orang di kiri dan kanan saya. Mereka inilah yang bertungkus-lumus memikirkan apa yang terbaik untuk Chaq dari sudut imej dan personaliti.

"Pihak TV3 sudah bagi wang sebanyak RM8,000 setiap minggu kepada mentor untuk memastikan kita melahirkan yang terbaik untuk protege kita. Jadi pandai-pandai kitalah memanfaatkan wang tersebut," katanya.

Ajai juga tidak menafikan bahawa sejurus selepas program Mentor berakhir, dia akan mengambil Chaq sebagai artis naungan di bawah produksi labelnya, Wake The Baby.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 5:09 pm

Isma AF7

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 61200910

NAMA SEBENAR: Ismaliza Ismail

TARIKH LAHIR: 21 Mei 1979

TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur

TINGGI: 152 cm

BERAT: 51 kg

ZODIAK: Gemini

HOBI: Menyanyi & Menonton Wayang

PROFESION: Penyanyi

STATUS: Berkahwin

ADIK BERADIK: 6 0rang

SEKOLAH: Sek Men Cheras

CITA-CITA/IMPIAN: Menjadi penyanyi yang disegani

ALBUM: -

PENCAPAIAN: Finalis AF7

WARNA KEGEMARAN: Hijau

MAKANAN KEGEMARAN: Sushi

MINUMAN KEGEMARAN: Air Tembikai

JENAMA KEGEMARAN: Tak Kisah

PENYANYI PUJAAN: Datuk Siti Nurhaliza

PELAKON PUJAAN: Zulhuzaimy

SIRI TV KEGEMARAN: 24, CSI

FILEM YG DIMINATI: The Green Mile, Titanic

LAGU YANG DIMINATI: Tercipta Untukku

CIRI2 LELAKI IDAMAN: Semua yang ada pada suami saya

SIKAP YG TIDAK DISUKAI: Hipokrit

TEMPAT YG DIGEMARI: Pantai

TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI: Mekah

MUZIK YG DIGEMARI: Balada, Tradisional

PENGALAMAN YG TAK BOLEH DILUPAKAN: Terpilih sebagai pelajar AF7 dan berjaya ke final

TENTANG SAYA: Simple, penyayang dan bersemangat tinggi

E-MEL: ismaleeza@yahoo.com

UCAPAN UNTUK PEMINAT: Terima kasih atas sokongan anda selama Isma di AF. Teruskan sokongan anda agar Isma terus bertahan di dalam industri ini. Terima kasih juga kerana mempercayai bakat Isma selama ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 5:11 pm

Aishah AF7

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 52020011

NAMA SEBENAR: Siti Aishah Bt.Bujang

TARIKH LAHIR: 14011991

TEMPAT LAHIR: Hospital Umum Sarawak

TINGGI: sejuta empat belas ratus rupiahmeter..huhu!! takderla..kite tomel jer 145cm

BERAT: 41kg p kalo bleh nak twun lagi cz lengan salu kena terkam budak cact otak argghh!!

ZODIAK: Capricorn,kambing and Aishah suke giler kat kambing Biri2!!

HOBI: Melukis Plan rumah,berenang di lautan haha!! Menyanyi mesti aderla..

PROFESION: Bekas pelajar AF7 dan insyaAllah salah sorang Ikon Malaysia wah semangat nieh!!

STATUS: Bujang

ADIK BERADIK: 6 Orang ~ 2orang kakak,2 orang abang,sorang adik perempuan.

SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ)

CITA-CITA/IMPIAN: Menjadi arkitek terkenal walaupun salu kena buli men pasir haha!!

PENCAPAIAN: menjadi pelajar AF7,dapat tawaran Matrix& UPU cheee…!!! Macam berlagak kan..

WARNA KEGEMARAN: Biru…..segala macam adik beradik biru..

MAKANAN KEGEMARAN: coklat,cheese tart dan of course makanan ringanla..layan doe..

MINUMAN KEGEMARAN: susu segar,ice blended..

JENAMA KEGEMARAN: padini, MNG..kite takde pakai branded sngat, bysa2 jer..

PENYANYI PUJAAN: Jamal Abdillah mesti cam geli kan haha!!! Tp gua respect giler dia nie, jangan main2,Beyonce yang fabulous!!

PELAKON PUJAAN: M.Rajoli, Zul Huzaimi ahhh…bleh jatuh cinta siot dengan lakonan dia!!

SIRI TV KEGEMARAN: CSI,doraemon…tak tengok tv sngatla. Mungkin bdak bek kot wahwahwah!!!!

FILEM YG DIMINATI: Eiffel I'm In Love,Apa artinya cinta…termasuk pelakon hero dan heroin dia…

LAGU YANG DIMINATI: Ruang Rindu

CIRI2 LELAKI/WANITA IDAMAN: mempunyai ciri2 yang ada pada jodoh yang dah di tetapkan Allah nanti

SIKAP YG TIDAK DISUKAI: pemarah, rasa best giler, insecure giler…cam tak bestla kan kalo nak ajak lepak ke..borring!!

TEMPAT YG DIGEMARI: baitullah,rumah tercinta

TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI: Eiffel Tower,tanah suci…

MUZIK YG DIGEMARI: semua yang sedap didengar kecuali heavy metal cz menyakitkan urat saraf otak..huh!!

PENGALAMAN YG TAK BOLEH DILUPAKAN: dapat berada dalam diari selama 8minggu,dapat nyanyi atas stage AF7 Yea!!!!

TENTANG SAYA: seorang anak yang dilahirkan 14 Januari,beranak mata coklat,berbadan kecil dan beraut wajah comel. Berjiwa seni dari segi nyanyian,melukis dan seni2 yang berkaitan dengan kehidupan. Mementingkan kekemasan,kebersihan,pelajaran dan kebahagiaan. Suka bergaul dan menasihati…Ingin menghantar orang tua sampai ke tanah suci InsyaAllah..

E-MEL: arctic_shazlan1108@yahoo.com

UCAPAN UNTUK PEMINAT: terima kasih cz selama ini banyak menyokong Aishah, doakan kejayaan semua artis2 Malaysia kita agar sentiasa Berjaya di samping memartabatkan industri hiburan tanah air.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeWed 17 Jun 2009, 5:17 pm

Siapa Top 5 Filem Anu Dalam Botol?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 63200911

Biarpun sesi uji bakat filem Anu Dalam Botol sudah diadakan sebanyak 2 kali, namun produsernya, Raja Azmi Raja Sulaiman masih belum dapat memutuskan calon paling sesuai untuk membawakan watak utama sebagai Rubidin/Robert/ Rubi serta pasangannya, Ghous.

"Sukar bagi saya untuk membuat pilihan kerana hampir kesemua 21 pelakon yang datang menghadiri sesi uji bakat Anu Dalam Botol pada bulan Februari dan Mac lalu telah menunjukkan kemampuan yang hebat.

"Tapi bagi mengatasi masalah ini, pengarah casting iaitu Adlin Aman Ramlie bersama dengan pengarah filem ini, Shadan Hashim telah membuat senarai pendek calon Top 5 bagi kedua-dua watak utama itu.

"Dengan ini saya umumkan bahawa calon Top 5 bagi watak Rubidin/ Robert/Ruby adalah Zizan Nin, Adiputra, Arja Lee, Kefli AF3 dan Ryzal (KRU) manakala untuk watak Ghous pula adalah Tony Eusoff, Norman Hakim, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja.

"Pemilihan calon Top 5 ini dilakukan berdasarkan kepada mutu lakonan, gerak tubuh, kesesuaian watak, bentuk fizikal serta personaliti khususnya bagi watak Rubidin/Robert/Ruby. Kita bukan sekadar mahukan pelakon yang berwajah jambu semata-mata tapi dia juga harus mempunyai imej yang macho," katanya.

Kata Raja Azmi, pada dasarnya dia sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi terhadap kedua-dua sesi uji bakat tersebut yang berlangsung di FINAS, Hulu Klang.

"Saya amat menghargai keberanian dan kesungguhan kesemua 21 pelakon yang telah sanggup datang untuk mencuba serta memberikan komitmen terhadap sesi uji bakat bagi watak Rubidin/ Robert/Ruby dan Ghous.

"Yang tidak terpilih ke Top 5 itu bukan bermakna mereka tidak bagus tetapi seperti yang saya katakan tadi kita memilih berdasarkan beberapa kriteria terpenting yang sesuai dengan watak yang sangat mencabar itu.

"Saya telah pun menghantar surat kepada semua calon Top 5 ini sebagai menyatakan mereka kini telah disenarai pendek dan berpeluang membawakan salah satu di antara dua watak utama tadi. Yang tidak berjaya pun saya hantar surat juga sebagai menghargai sokongan mereka kepada pembikinan filem ini," katanya.


Peminat bakal tentukan sendiri terpilih


Persoalannya sekarang, daripada 10 orang pelakon yang disenarai pendek itu, siapakah di antara mereka yang akan terpilih untuk memegang peranan bagi kedua-dua watak utama itu?

"Memandangkan sukar bagi kami untuk membuat keputusan ini maka timbul idea untuk melibatkan penonton sendiri terhadap proses pemilihan kedua-dua watak tersebut. Ertinya, saya mahu membuka peluang ini kepada peminat hiburan untuk memilih pelakon manakah yang mereka rasakan paling layak untuk memegang watak Rubidin/Robert/Ruby dan pasangannya, Ghous.

"Caranya adalah menggunakan sistem undian secara online dan SMS. Mereka yang berjaya bertuah menghantar SMS dan menulis slogan akan mendapat hadiah-hadiah yang lumayan.

"Siapa pelakon yang terpilih pula akan diumumkan dalam sidang media, pelancaran filem itu. Perkara ini masih lagi diperbincangkan dan saya akan laksana mekanisme ini selepas segala kelulusan diterima oleh pihak berkenaan yang akan memantau serta membantu pembikinan filem ini," katanya.

Raja Azmi berkata, pelakon yang tidak terpilih untuk watak utama tidak akan diketepikan begitu sahaja kerana mereka akan ditawarkan pula beberapa lagi watak-watak penting dalam filem itu.

Anu Dalam Botol adalah berdasarkan kisah benar seorang lelaki, Rubidin (nama fiksyen) yang mengambil tindakan terburu-buru menjalani pembedahan jantina dengan membuang alat sulitnya dengan harapan menjadi 'wanita' kepada kekasihnya, Ghaus.

Namun selepas menjadi 'Ruby' , hormon lelakinya kembali menjadi kuat menyebabkan dia tiba-tiba mahu seorang mencintai wanita sejati. Dia berdepan dengan dilema kerana sifat fizikalnya tidak lagi seperti asalnya dan mula merasai kesan-kesan dosa yang telah dilakukannya selama ini.

"Saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Jakim dan Kementerian Kesihatan agar filem ini dibuat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan kerana ia bertujuan membendung gejala bedah jantina yang sangat dilarang oleh agama kita.

"Memang ada pihak membantah tetapi niat saya adalah untuk mendidik penonton kerana Anu Dalam Botol adalah kisah benar dan mangsa itu masih hidup lagi. Saya telah meminta kebenaran orang itu untuk memfilemkan kisah hidupnya sebagai satu pengajaran kepada masyarakat," kata Raja Azmi.


Calon Top 5 Watak Rubidin/ Robert/ Ruby

Zizan Nin
Adiputra
Arja Lee
Kefli AF3
Ryzal (KRU)


Calon Top 5 Watak Ghous

Tony Eusoff
Norman Hakim
Fauzi Nawawi
Nazim Osman
Wan Raja
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:16 am

Iqram: Tidak semua lelaki lembut itu 'gay'

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Iqram010
Iqram Dinzly


MODEL dan pelakon popular Iqram Dinzly mempunyai fikiran tersendiri ketika berbicara mahupun membuat penilaian tentang soal 'lelaki lembut.'

Bagi Iqram yang tampil baru-baru ini sebagai tetamu khas dalam program 'Wanita Hari Ini' (WHI) TV3, dia bersikap agak terbuka dan tidak suka menghukum.

"Tidak semestinya semua lelaki yang berwatakan lembut itu 'gay'. Semuanya terpulang kepada tafsiran masing-masing," kata pelakon popular yang pernah digosipkan dengan aktres muda Fouziah Gous.

Selain Iqram, seorang pelakon lagi Fizzo yang menjadi tetamu WHI, telah diminta memberikan ulasan tentang lelaki lembut. Secara jujur, kata Iqram, dia juga pernah dilabelkan sebagai 'gay' dan dia agak marah juga pada mulanya.

Pernah terjadi, beberapa tahun dahulu, Iqram mengaku dia diperli berwatakan lembut dalam satu program TV. Waktu itu, dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan terus naik angin dan meradang.

"Tapi kini, terpulanglah...apa orang nak cakap. Semuanya berbalik kepada tafsiran. Setiap manusia ada pandangan mereka sendiri.

"Seperti kebanyakan perkara, terdapat pro dan kontra cara kita menilai sesuatu itu," kata aktor yang nama asalnya Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin.

Anak kelahiran Perak Darul Ridzuan yang berusia 28 tahun ini turut berkata, "Bercampur dengan lelaki lembut tidak bermakna kita juga akan terikut ke lembah 'gay'."

Iqram, yang mendapat pendidikan dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran CLEO Magazine pada tahun 2006.

Katanya lagi, "Kita sebagai manusia tidak boleh cepat menghukum kerana Tuhan saja yang Maha Mengetahui akan niat seseorang itu," aktor yang berbakat dalam bidang tarian ini.

Menurut Iqram lagi, apa yang penting kita mampu mengawal nafsu kita.

"Yang paling penting...bagaimana kita mengekang nafsu kita. Jika kita bijak mengawal nafsu, kecenderungan seperti ini (ke arah gay) tidak akan timbul," kata Iqram yang popular dengan watak "Ijoy" dalam Janji Diana dan "Umar Darius" (Dunia Baru) musim kedua dan ketiga.

'Pemahaman' Iqram tentang isu lelaki lembut ini juga menuntut satu pemahaman dengan minda yang lebih terbuka.

Adakah dia beranggapan yang golongan gay ini berdosa?

"Kalau mereka berdosa, tentu Tuhan dah membuat mereka patah kaki, patah tangan...."

Namun bila diminta tafsirannya tentang apa itu lelaki lemah lembut, Iqram berkata, "Seelok-eloknya biar sederhana dalam penampilan."

"Yang penting dalam kehidupan ini jangan lupa tentang ajaran agama, hormat orang tua dan sedar diri," kata Iqram yang komited dengan kerjayanya sebagai seorang aktor yang versatil.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:18 am

Daphne mengaku rumah tangganya kini berantakan

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Daphne10
Daphne Iking.


KETENANGAN di raut wajah hos popular Daphne Iking tidak dapat menenangkan gelora hatinya yang kini agak berkecamuk dek masalah rumahtangga.

Walaupun runsing dan sedih, Daphne tetap memberi komitmen kepada program Ramadan dan Raya anjuran Media Prima.

Malah, pada satu waktu dulu, gosip tentang keberantakan rumahtangganya banyak diperkatakan di ruang akhbar tetapi lama kelamaan ianya surut begitu saja. Tapi sejak kebelakangan ini, bagai terhidu sesuatu yang tidak kena dengan rumahtangga si jelita ini.

Ketika disapa tentang apa sebenarnya yang sedang bergolak atau adakah ianya sekadar 'ribut di dalam cawan' sahaja, Daphne tidak mampu berselindung lagi.

"Perselisihan faham biasa berlaku di kalangan wartawan, sahabat handai, artis mahupun saudara mara. Ini sesuatu yang lumrah.

"Sedangkan lidah lagi tergigit....," kata ibu muda kepada Isobell yang kini berusia 1 tahun setengah ini.

Dalam nada yang agak sedih, Daphne berkata, "Ini adalah masa yang paling sedih untuk kami berdua.

"Setiap perhubungan menuntut kasih sayang dan pemahaman. Pun begitu, kami berserah kepada ketentuan jodoh (fate)," kata jelitawan yang berasal dari Sabah ini

Daphne tidak menolak kemungkinan perhubungan jarak jauh menjadi salah satu penyebab hubungan suami isteri boleh menjadi renggang. Suami Daphne berada di China kerana menguruskan perniagaannya sedangkan Daphne dan anak mereka menetap di sini.

Hakikatnya keluarga kecil ini jarang dapat bertemu dan bermesra.

"Hakikatnya kami okey. Kami berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan situasi agar keadaan beransur pulih demi Isobell," kata hos popular "The Breakfast Show" ntv7 ini.

Dalam mencari satu penyelesaian, Daphne tidak menolak andaian bahawa masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan seandainya salah seorang dari mereka beralah dan berkompromi.

Meski agak tertekan dengan keadaan yang dialami sekarang, Daphne menafikan masalah rumahtangganya berpunca dari pihak ketiga.

"Itu tidak benar. Masalah kami tidak akan wujud jika kami dapat meluangkan masa bersama.

"Realitinya, salah seorang dari kami perlu berkompromi jika ada perselisihan," kata Daphne yang memberi pandangan jujur tentang masalah rumahtangga yang dihadapinya.

Bagi wanita gigih ini, merenung masa depan bukanlah penyelesai masalahnya. Daphne yang juga sepupu kepada penyanyi Nikki Palikat ini cuba mengelakkan dirinya terikat dengan pelbagai aktiviti dan projek.

Daphne kini terlibat dalam program pencarian model, The Estee Lauder Model Search 2009. Dia digandingkan dengan teman baiknya Nazruddin Habibur Rahman (Naz).

Gandingan Daphne-Naz ini dianggap paling serasi dan 'ideal' sekali sementelah 'chemistry' di antara mereka cukup baik.

Namun, sesibuk manapun Daphne, Isobell tidak pernah dipinggirkan. Hubungan ibu dan anak ini bagaikan satu terapi mencuri kebahagiaan bersama.

Kasih sayang jelas terpancar di wajah keibuan Daphne. Meskipun liku-liku terbentang luas di depan mata dan keraguan tentang ikatan perkahwinan yang agak kabur, semua ini bagaikan tidak menjejaskan kasihnya terhadap permata hatinya Isobell.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:19 am

Audi Mok gubah sebuah lagu khas untuk bakal isteri


SEORANG ialah komposer lagu, seorang pula ialah penyanyi muda yang berbakat besar. Menerusi penghasilan satu album, bunga-bunga cinta mereka pun mula berputik dan akhirnya hatipun bertaut mesra.

Dua merpati sejoli itu ialah komposer Audi Mok dan penyanyi juga peserta Malaysian Idol Nikki Paliwat.

Selepas hampir empat tahun menyulam kasih sayang, mereka bakal melangkah ke gerbang perkahwinan pada Sabtu depan (27 Jun), 2 petang dan bertempat di Gereja St. Francis Xavier, Petaling Jaya.

Nikki tidak menyangka komposer album pertamanya itu akan menjadi suaminya. Itulah yang dikatakan jodoh dan bila sudah jodoh, tidak lari gunung dikejar.

Menceritakan kisah percintaannya, Nikki memberitahu, Audi telah bekerjasama dalam album Nikki bertajuk Maharani (2005)

"Sepanjang pembikinan album tersebut, kami tidak jalin apa-apa hubungan istimewa. Perasaan cinta hanya terbit selepas itu apabila kami mengenali hati masing-masing.

"Makin Nikki mengenalinya, makin Nikki menyayanginya. Begitu juga dengan Audi. Akhirnya, masing-masing meluahkan perasaan cinta," katanya ketika beliau menyampaikan kad jemputan perkahwinan di Menara Star baru-baru ini.

Akui Nikki, perwatakan Audi yang lucu dan baik hati menambat hatinya dan dia kini tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi isteri kepada komposer terkenal itu.

"Saya memang sangat teruja buat masa ini. Malah, saya menanti-nantikan kedatangan tarikh tersebut," katanya.

Untuk majlis perkahwinan itu, Nikki berkata, dia menginginkan satu majlis resepsi yang ringkas tetapi meriah dengan saudara-mara dan kawan-kawan.

Antara artis yang akan hadir menyerikan majlis perkahwinannya nanti ialah Jaclyn Victor, Dina, Daphne Iking dan Faizal Tahir.

"Resepsi itu adalah simple kerana saya tidak ingin membesar-besarkanya sehingga menjejaskan tumpuan kerjaya kami berdua," jelasnya sambil menyatakan ia adalah upacara akad nikah atau perkahwinan tradisional Katolik yang sebenar-benarnya.

"Pada majlis itu, saya akan memakai gaun berwarna putih rekaan dan tajaan Jovian Mandagie sementara Audi Mok, tuxedo hitam Lord's Tailor," kata Nikki.

Mengulas lanjut tentang resepsi itu, Nikki memberitahu, majlis itu akan menggunakan tema warna "orange peppermint" iaitu oren, hijau dan putih.

Katanya, pengapit dan susunan bunga-bungaan (floral arrangement) juga menggunakan warna yang sama.

"Audi suka warna hijau sementara Nikki suka berwarna-warni," katanya. Tambahnya, setakat ini, persiapan perkahwinan masih tinggal 10 peratus menjelang tanggal 27 Jun ini.

Ditanya apakah kejutan pada majlis perkahwinannya itu, Nikki berkata, Audi pernah memberi hint bahawa dia akan menggubah lagu khas untuk hari paling bersejarah dalam hidup mereka.

Menurutnya, mereka bakal berbulan madu selama lima hari ke Bali pada awal bulan Julai dan dia akan berpindah ke Desa Petaling, rumah Audi Mok.

Mengenai bilangan anak yang diidam-idamkan, Nikki berharap Tuhan mengurniakan mereka ramai anak.

"Saya memang dibesarkan dalam suasana keluarga yang besar. Audi pula nak satu famili besar kerana dia sukakan kanak-kanak.

Sementara itu, Nikki memberitahu, dia sedang mempromosikan album kedua bertajuk "Halwa" yang dikeluarkan pada Disember lalu.

"Album itu pun mempunyai banyak lagu bagus dan promosi dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:20 am

Gambar Terbaru Bakal Pengantin-Nikki

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Nikki010

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Nikki011

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Nikki012
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:30 am

Ketagihan alkohol boleh membunuh Winehouse


Ibubapa Amy Winehouse telah mencuba pelbagai muslihat yang ditulis di dalam buku semata-mata untuk membuatkan penyanyi itu menjauhkan diri daripada alkohol - foto AFP

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Wineho10


IBUBAPA Amy Winehouse amat takut dengan ketagihan alkohol penyanyi itu yang mungkin akan 'membunuh' dirinya kelak.

Mitch dan Janis Winehouse berkata, mereka telah mencuba pelbagai muslihat yang ditulis di dalam buku semata-mata untuk membuatkan penyanyi itu menjauhkan diri daripada alkohol.

Ibubapanya juga turut merayu agar Winehouse berhenti dengan tabiat buruknya itu agar tidak 'membunuh' dirinya dan mereka juga.

"Saya ingin anak perempuan saya menjadi seperti orang lain. Saya telah cuba," kata bapanya.

Tambahnya lagi: "Saya bagitahunya, 'Amy, kamu kena cuba lakukannya. Kamu perlu pergi berjumpa doktor. Kamu membunuh saya dan ibu'. Usaha tersebut langsung tidak berjaya," katanya.

Ibu penyanyi tersebut pula berkata: "Saya hanya ingin melihat dia kembali 'ok' dan saya akan lakukan apa saja untuk membetulkannya.

"Dia mungkin terperangkap di dalam dirinya sendiri. Saya tahu, dengan ketagihan yang dilaluinya itu, dia tidak ada pilihan lain kerana 'bahan' itu yang menentukan arah tujunya."
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:38 am

(Gambar) Perasmian M E World Collections Mawi Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 36351411

16 June lalu, Team Art Creative selaku jurufhoto rasmi perkahwinan Mawi dan Ekin telah dijemput hadir ke perasmian dan pembukaan butik M E World Collections milik Ekin yang dirasmikan sendiri oleh Mawi di Festive Mall, Dangan Bay Johor Bahru.

Butik ini menyediakan pelbagai pakaian dengan corak yang menarik serta esklusif. Iya la kan kalau tidak takde la diorang letak nama World tu even Mawi local je pun. Tak la World mana. Local pun dah suam-suam kuku. Hurmm.

Butik ini diuruskan oleh keluarga Ekin sendiri. Di hari perasmian itu, pengunjung yang berbelanja Rm100 akan mendapat cenderahati dari Mawi iaitu CD dan poster yang ada autograph dari Mawi. Puan Lily dari Johor Bahru telah mencacat rekod sebagai pelanggan pertama bagi butik tersebut. Tapi sayang, tak la sampai tercatat dalam buku Malaysia Book of Record kan? Hehehe.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 36351410

Mungkin Ekin ingin membuktikan yang dia mampu berniaga menggunakan modal sendiri dan bukan hidup di bawah tanggungan Mawi seperti yang diperkatakan orang ramai. Tapi bagi kami, ianya hanya menggunakan Mawi sebagai pelaris pemasaran. Maklumlah, kalau nak bukak butik, kenapa bukan dari dulu kan Ekin? Tapi mereka pun dah suami isteri, apa salahnya bergantung antara satu sama lain.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 M-e-wo10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:40 am

(Gambar) Liyana Jasmay Sebelum Bergelar Artis
Gambar ini dah lama berada di dalam simpanan kami. Tapi bukan di dalam hard disk, tetapi lebih tinggi sentimental value’nya kerana kedua-dua gambar ini berada di dalam simpanan album gambar kami yang tidak pernah dipertontonkan.

Ini adalah gambar yang dihantar oleh Liyana Jasmay sendiri ke sebuah studio produksi di Ampang, Kuala Lumpur (kini dah gulung tikar) dengan harapan untuk menjadi seorang pelakon. Nasib menyebelahi Liyana Jasmay kerana dia terpilih menjayakan sebuah drama tempatan. Dan kini, wajahnya sering kita lihat di televisyen dan filem tempatan di tambah pula dengan single hit’nya “Aku Tak Percaya Cinta” yang semakin popular selepas digunakan TV3 untuk intro rancangan bulan June’nya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Liyana19

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Liyana20

Tahniah Liyana Jasmay. Hurm, tetap maintain comel sampai sekarang. Rasa macam tak berubah langsung pulak kan. Sekarang heboh bercinta dengan Aizat AF5 ye? Bagus lah macam tu. Kalau rasa sesuai pada diri dan masa depan, tak sabar kami nak menulis cerita majlis persandingan kalian.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 10:42 am

(Gambar) Alahai Diana Amir (Impian Sunsilk)

Kami menerima email dari seorang peminat Diana Amir, pelakon yang makin dikenali melalui drama Impian Sunsilk. Katanya dulu dia meminati Diana Amir ni kerana kesopanan Diana sangat terserlah. Tidak kira samaada pekertinya mahupun pemakaiannya. Tapi kini apa sudah jadi? Kenapa seorang artis perlu sinonim dengan pakaian yang seksi? Tidak percaya pada bakat sendiri?

Berikut merupakan ayat kekecewaan peminat ini yang ditulis kepada kami.

saya minat die, tapi baru je die nak meyerlah dah jadi sexy. dulu sopan je. sepatutnya artis tak perlu jadi sexy, jadi sopan macam siti pun ramai peminat die. betul x?

Dan berikut dua gambar yang turut disertakan sekali bersama email tersebut.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Diana-12

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Diana-13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 11:12 am

Melodi TV3 Musim Baru Lebih Gempak Dengan Skuad Melodi, Fafau dan Wahid

‘SKUAD MELODI’ JADI TUMPUAN!


Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, Melodi bagaikan tidak punya masa untuk berhenti bersiaran!. Aktiviti persada hiburan yang sentiasa bergolak mendorong Melodi untuk terus tampil setiap minggu menghidangkan paparan yang dinanti umum dalam cara pengolahannya yang tersendiri

Memasuki era awal 2009 lalu, Melodi mencatat sejarah baru dengan pencapaian rating tertinggi iaitu 2.3 juta!. Oleh kerana sambutan yang diterima sehebat ini, maka program Melodi perlu diteruskan penerbitannya untuk tahun demi tahun mendatang bagi memenuhi kemahuan penonton serta peminat setianya.

Menurut Penerbit Melodi, Nas Ahmad, “Pelbagai faktor menyumbang kepada pencapaian Melodi iaitu dari segi kualiti penerbitan, kandungan paparan, malah promosinya perlu diperkemas dan dimantapkan lagi bagi mengekalkan prestasi serta kredebilitinya sebagai antara program paling popular di TV3. Ini berdasarkan hakikat bahawa ‘bukan mudah mencipta kejayaan, tapi bukan mudah juga untuk mengekalkan kejayaan itu’.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 148


Tahun silih berganti, fungsi Melodi turut menempuh reformasi. Jika dulu Melodi hanya berfungsi menghidangkan paparan sekitar hiburan tempatan dan antarabangsa, kini secara tidak langsung Melodi menggalas suatu tanggungjawab umum iaitu memaparkan masalah yang diadukan kepada Melodi sama ada oleh penggiat seni, pengamal media, malah penonton dan masyarakat amnya. Ini bukan suatu tanggungjawab kecil, dan unit produksi Melodi sentiasa bersedia untuk menyempurnakan tanggungjawab ini sebaik mungkin seadilnya.”

Pasti ramai masih ingat suatu ketika dulu perhatian utama atau minat penonton Melodi tertumpu kepada pengacara sahaja. Situasi ini kian berubah. Selain pengacara, kini ramai memberi tumpuan utama atau meminati Melodi kerana isi kandungannya, termasuk wartawannya juga! Kerana itu ‘Skuad Melodi kini ditampilkan!, Ia dianggotai oleh sekumpulan lima wartawan penyiaran hiburan yang kesemuanya punyai ketrampilan dan kehebatan tersendiri.

Skuad Melodi diterajui oleh penerbit rancangan ini sendiri iaitu Nas Ahmad. Segmen popular ‘Terjah’ yang dikendalikannya akan diteruskan dan tampil pada masa-masa tertentu. Selain Nas, satu-satunya wartawan kaum Cina iaitu Michelle Wee juga akan terus menggalas tugasan mengendalikan segmen ‘Serkap’ yang kian sinonim dengan dirinya. Bagi segmen ‘Kes’ – wartawan Zamzuri Zaini atau ‘Ayau’ akan mengendalikannya. Azmi Jamsari pula tampil dengan segmen baru iaitu ‘S.A.M.A.N’ (Selesaikan Apa Masalah Artis Negara). Seorang lagi wartawan iaitu Azwan Azmi akan mengendalikan segmen baru iaitu ‘Bicara Filem’ – sebuah segmen yang khusus membincang dan memaparkan sekitar dunia perfileman tempatan dan antarabangsa.

Walaupun setiap anggota Skuad Melodi mempunyai segmen tersendiri, namun kesemua mereka turut memaparkan hasil tinjauan untuk segmen-segmen lain, seperti segmen Panas, Album, Konsert, Kontroversi, Teater, Sensasi, Eksklusif, dan banyak lagi.

Memandangkan hasil paparan Melodi yang semakin menyeluruh, beberapa segmen baru akan mula diperkenalkan. Ini bagi menepati citarasa penonton yang semakin bervariasi. Antara segmen baru tersebut ialah Usik-usik Aja, Gegar!, Potensi, Simpati, Tahniah, Sila Jawab, Takziah dan Gosip.

Mulai 21hb Jun 2009, Melodi muncul dengan wajah baru. Ini merangkumi montaj, grafik dan set. Kemunculan ini penting kerana memikirkan penonton dan peminat setia sentiasa berhak untuk mendapat ‘kesegaran’ bila menonton program yang paling mereka minati ini.

Melodi era 2009 berwajah baru ini masih mengekalkan pasangan pengacara Wahid dan Fara Fauzana. Ujar Nas Ahmad lagi “Pihak penerbitan berpendapat belum masanya lagi menukar pasangan pengacara ini kerana keserasian antara mereka yang semakin mendapat perhatian. Fungsi pasangan pengacara ini kekal iaitu meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan. Mereka akan mengalih perhatian penonton dengan gurauan dan usikan yang bukan lawak aksi atau slapstick. Pasangan Wahid & Fara Fauzana ternyata mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton.”

Sudah menjadi kelaziman, setiap Ahad jam 12:30 tengahari, lebih 2 juta rakyat Malaysia akan berkumpul seisi keluarga menonton Melodi siaran langsung di TV3. Adakah hanya berita atau paparan terkini yang menjadi perhatian ramai? Sudah pasti jawapannya, tidak!

Jika menurut perhatian dasar, sudah tentu paparan terkini dan sensasi menjadi tumpuan ramai. Namun Melodi merentasi situasi itu. Menurut kajian pihak penerbitan Melodi, penonton Melodi bukan sekadar menantikan paparan terkini sahaja, malah mereka turut meminati garapan Melodi yang tersendiri walaupun sesuatu berita atau isu itu telah pun diketahui umum.

Walaupun berita-berita telah dipaparkan dalam media cetak, namun penonton tetap menunggu paparan dari Melodi kerana garapannya yang nyata berbeza. Ini merangkumi komen secara langsung, reaksi wajah pihak berkenaan, kesan bunyi serta muzik latar, dan sebagainya. Lebih menyokong hakikat ini, catatan rating setiap minggu adalah antara yang tertinggi!

Kewujudan sumber maklumat alam maya atau internet juga ternyata tidak menjejaskan kadar penonton Melodi yang menontonnya menerusi televisyen.. Malah khalayak penonton Melodi semakin meningkat bila ianya dapat ditonton secara online di seluruh dunia menerusi www.tv3.com.my. Menerusi website itu penonton di seluruh dunia dapat menonton bukan sahaja episod terbaru, malah koleksi episod terdahulu dalam tempuh siaran selama setahun.

Walau berwajah baru, namun Melodi tetap mengekalkan konsep persembahannya iaitu memaparkan segala berkaitan persada hiburan, merangkumi aktiviti, visi, sensasi, luahan rasa, kontroversi, gossip, potensi, dan seumpamanya bagi memeriahkan persada. Ini adalah sumbangan Melodi kearah memajukan persada seni tempatan.. Terserah kepada penonton untuk memilih paparan mana lebih menarik perhatian mereka dan membuat pertimbangan atau rujukan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 11:36 am

‘SKUAD MELODI’ JADI TUMPUAN!

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 242

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 336

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 431

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 525
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 11:39 am

(Gambar) Earn Hitz.FM With 5 Hot Chicks - The Saturdays

The Saturdays, sebuah kumpulan seperti Pussycat Doll membuat kunjungan ringkas ke konti Hitz.Fm, beruntung betul JJ & Earn dapat bertemu dengan mereka berlima. The Saturdays, baru sahaja melancar’kan video klip single ke-5 mereka bertajuk ‘Work’ terbitan Universal Music Group pada 26 Mei yang lepas

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 83398910
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 11:56 am

Gambar Epik : Iklan Nabil Makan Corntoz Guna Getah Paip

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 13106210

Pernahkah anda membayangkan bagaimana reaksi selebriti apabila menikmati Corntoz? Istimewa untuk anda, Corntoz telah memilih 3 selebriti tempatan iaitu Nabil, Stacy dan Ajieb untuk berkongsi cara mereka ekspresi cara yang paling kreatif makan Corntoz. Selain melihat cara mereka mengunyah dan menikmati Corntoz, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM15,000.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menonton ….. Kemudian anda perlu mencipta video kreatif dengan gaya tersendiri sambil makan corntoz! Paling penting, anda perlu menjadi lebih kreatif dari mereka bertiga ini.

Tidak kisah cara apa sekalipun, apa yang kami cari adalah gaya paling kreatif menikmati produk terbaru keluaran Mamee ini.

Syarat dan cara penyertaan tersurat di www.corntoz.com.my

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 21653710

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 42923610

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 74530510
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:00 pm

Jasmin Hamid Dalam Promosi Drama Datin Wan Abe

Tiada apa yang dapat kami kata’kan kepada Jasmin Hamid, yang tampil mengiur’kan dalam promosi drama Datin Wan Abe. Beliau memberi’kan beberapa pose istimewa untuk tatapan pembaca, namun jauh di’sudut hati, kami terfikir, adakah Jasmin Hamid ingin mempromosi’kan drama lakonan’nya, atau promosi betis milik’nya? Namun, kami agak kagum juga, di’kala umur’nya yang makin meningkat, beliau masih mengekal’kan bentuk badan’nya agar kekal langsing (Klise iklan). Cuba’lah tanya kepada beliau tips-tips kekal montok, mana tahu anda juga mampu melakukan’nya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 01289010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:26 pm

Kenangan terindah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp232


Diana Danielle akui pengalaman berada di Pusat Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan banyak meninggalkan kesan positif terhadap dirinya

TIGA bulan lalu, dia cukup risau dan perasaannya bercampur baur untuk meninggalkan ibu tersayang, adik angkat, teman sebaya dan keseronokan bergelar selebriti kerana harus mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang sejak 19 Mac lalu.

Namun, masa bergerak begitu pantas kerana pejam celik, Diana Danielle yang bakal menginjak usia 18 tahun pada November nanti sudah pun menamatkan sesi latihannya sejak 8 Jun lalu.

Ketika ditemui minggu lalu sebelum berangkat ke Jakarta selama empat hari kerana harus menyelesaikan beberapa urusan di sana, gadis comel tinggi lampai itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya saat ini yang cukup merindui kembali suasana di PLKN.

Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang ditimba sepanjang berada di sana, malah akuinya, dia kini kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan mendatang.

Menurut Danielle yang bakal menjalani sebuah penggambaran telefilem Aidilfitri arahan Erma Fatima pada bulan ini, dia sudah mula boleh berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan ibunya, Norsiah Ramli. Secara jujur, katanya, PLKN banyak mendidiknya menjadi lebih berdisiplin selain meningkatkan motivasi serta jati diri.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp231
ANTARA gambar kenangan Diana sewaktu mengikuti PLKN di Kem Princess Heliza, Sepang.


"Saya sekarang lebih fokus, malah semangat cinta terhadap negara juga lebih menebal. Berada di PLKN ibarat kenangan indah yang cukup bererti di dalam hidup saya. Paling mengujakan apabila saya dilantik sebagai Timbalan Penghulu Wirawati, bahkan saya turut menerima Anugerah Khas Komandan.

"Sebenarnya, rasa seperti baru semalam saja saya menarik beg untuk menyertai PLKN. Paling saya rindui sekarang ialah kawan dan cikgu serta aktiviti yang dilakukan. Pelbagai pendedahan saya pelajari termasuk latihan membina karakter pada bulan pertama, khidmat komuniti (bulan kedua) dan kelas kenegaraan (bulan ketiga). Saya rasa bebas dan merasai nikmat seperti remaja lain kerana sebelum ini saya tidak berpeluang melakukan perkara yang diatur di PLKN.

"Dalam pada itu, saya bersyukur kerana mama tinggal tak jauh sangat daripada kem berbanding peserta PLKN dari Sabah dan Sarawak yang jarang dapat bertemu dengan keluarga masing-masing. Lalu, mama kerap meluangkan masa terutamanya pada bulan pertama saya di PLKN. Cuma dua bulan seterusnya, mama agak sibuk mungkin hingga tidak sekerap bulan pertama dia datang melawat," usik Danielle.

Ambil jurusan biosains di Universiti Nottingham

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp230
DIANA melonjak gembira di depan bangunan utama cawangan Universiti Nottingham di Semenyih.


UMUM juga kini tahu, pelakon yang pernah dikenali dengan drama Air Mata Maria itu akan melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham cawangan Semenyih dan katanya, dia akan mendaftar masuk mulai 9 Julai depan.

Pemilik bernama penuh Diana Danielle Danny Beeson itu mengambil pengajian asas jurusan biosains selama setahun sebelum melanjutkan ia ke peringkat ijazah berbaki tiga tahun lagi.

Tawaran pengajian ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan yang dirasainya selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mencatat 2A masing-masing untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris manakala 5B untuk subjek Sejarah, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Biologi.

Katanya lagi kini keutamaan jatuh kepada bidang pengajian, namun, itu tidak bermakna dunia seni akan ditinggalkannya begitu saja.

"Saya sudah melakukan lawatan awal ke universiti terbabit baru-baru ini dan amat berpuas hati dengan persekitarannya. Seronok juga melihat senario di sana dan ia satu permulaan yang baik buat saya memulakan pengajian. Saya menyambung pelajaran ini bukan untuk buktikan apa-apa atau kepada sesiapapun. Ia ada matlamat yang saya impikan sekian lama demi masa depan yang lebih menjaminkan.

"Tujuan saya memilih bidang itu kerana saya bercita-cita mahu menjadi saintis yang berjaya. Insya-Allah, kalau ikut perancangan nanti, pada tahun akhir, saya akan ke England menyudahkan baki pengajian yang tinggal. Apa terjadi, saya sebolehnya tidak mahu melupakan bidang seni yang cukup dicintai. Bidang lakonan menjadi keghairahan tertinggi saya dan saya belum puas lagi dengan apa yang dipersembahkan selama ini.

"Lagipun sejak berusia sembilan bulan lagi saya sudah berlakon iklan. Mustahil saya akan luputkan ia daripada ingatan. Bidang seni ini pun belum tentu mampu memberi jaminan kehidupan kepada saya. Maka, pengajian yang saya bakal lalui ini mungkin dapat menampung rezeki saya ke depan kelak. Artis lain seperti Dafi contohnya mampu mengimbangi masa di antara dua bidang ini. Saya pun akan buktikan perkara yang sama," katanya yang yakin dengan komitmen dan fokus, dia mampu membahagi masa antara seni dan pelajaran.

Setakat ini, Danielle belum mendapat jadual pengajiannya dan dia belum boleh memberikan pengesahan untuk sebarang tawaran seni. Beralih ke bidang nyanyian yang pernah dipukul canang termasuk melebarkan sayap ke negara seberang, Danielle nampaknya tidak mempedulikan cakap-cakap belakang yang masih meragui kemampuannya untuk bergelar penyanyi.

Katanya, hasrat dan impian itu akan terus menjadi kenyataan. Hanya masa akan menentukan dan penantian Danielle akan berbayar tidak lama lagi. Hip difahamkan komposer Octav Panggabean yang pernah menyatakan keinginan untuk bekerjasama sebelum ini tidak lagi berterusan. Khabarnya, Danielle akan bekerjasama dengan sebuah syarikat lain yang belum boleh didedahkan lagi buat masa ini.

"Saya lakukan ini semua atas tiket ingin mencuba dan berkongsi sedikit bakat yang ada. Saya tak salahkan masyarakat yang memandang sebelah mata bakat nyanyian ini. Saya harus buktikan bahawa saya ada bakat dan tidak boleh sesekali patah semangat. Tidak kiralah dalam bidang pelajaran mahupun seni, saya kena lalui sisi baik atau negatif sekalipun yang bakal menerjah kepada saya," katanya menoktahkan perbualan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:30 pm

Saat sukar gara-gara Jasmin

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp233
AFZAN ketika beraksi di samping pelakon, Jasmin Hamid.


Anak Wayang uji kreativiti peserta, perlu berlakon secara spontan

SETAHUN pengalaman di lokasi tidak sama dengan cabaran yang dilalui sepanjang seminggu menyertai persaingan Anak Wayang - Minggu Ketiga bagi merebut watak mekanik.

Afzan A Rahman yang mengetepikan saingannya, Mazlan Mokhtar mengakui, Anak Wayang membentangkan cabaran baru apabila kebanyakan tugasan dilakukan spontan sekali gus menguji kreativitinya sebagai pelakon.

“Ia cukup mendebarkan kerana saya tidak pernah berlakon pentas. Namun paling menyukarkan ketika beraksi dengan pelakon Jasmin Hamid di skrin hijau.

“Kami berlakon cuma berpandukan monitor tanpa sebarang skrip atau arahan. Saya akui ia memberikan cabaran besar kerana perlu pantas bermain dengan emosi dan penghayatan.

“Lakonan pula perlu lahir secara spontan. Semua itu tidak mudah, apatah lagi gandingan kami ialah pelakon yang sememangnya semula jadi dan hebat. Kami perlu bijak mengawal suasana kerana jika tidak lakonan akan ditenggelamkan oleh Jasmin,” kata Afzan.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp234
DETIK mendebarkan apabila tiga peserta diumumkan tersingkir.


Ditemui selepas rakaman Pentas Anak Wayang: Minggu Ke-3 - Mekanik, anak kelahiran Johor Bahru itu berkata, masa tiga hari yang diperuntukkan untuk menggali segala ilmu di kelas adalah terlalu singkat.

Dalam tempoh itu katanya, mereka perlu memanfaatkan segala ruang yang ada untuk dipraktikkan pada hari penggambaran.

“Masa memang terbatas kerana dalam tempoh singkat itu, kami perlu melengkapkan diri sebelum melangkah ke pentas persaingan.

“Banyak perkara perlu dititikberatkan dan paling menakutkan adalah gangguan di persekitaran yang mungkin menjejaskan fokus untuk memberi persembahan terbaik.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp235
BIEL (kiri) masih tercari-cari arah dalam melunaskan tugasannya.


“Tambahan pula, saya seorang yang mudah gemuruh dan sukar melakukan sesuatu secara spontan. Alhamdulillah berdiri antara dua terbaik memberikan saya kekuatan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang lakonan,” katanya.

Afzan, 27, yang mengagumi Aaron Aziz berharap Anak Wayang membuka platform baru kepadanya untuk lebih dikenali dan bakatnya diakui khalayak.

“Sebelum ini kebanyakan watak yang ditawarkan kurang menonjol. Justeru saya memerlukan platform yang dapat mengetengahkan bakat dan secara tidak langsung menolak nama saya untuk lebih dikenali.

“Dengan Anak Wayang saya berharap bakat akan lebih diakui dan kebolehan saya dipercayai untuk diberi peranan lebih mencabar serta berkesan,” katanya.

Wajah duda anak satu yang pernah menghiasi drama seperti Nilai Cinta, Cinta Yang Indah selain drama bersiri 26 episod, Bonda yang disiarkan TV9 dipertontonkan dalam drama bersiri, Kecuali Cintamu, malam Isnin lalu.

Sementara itu, Mazlan atau Lan mengakui tidak kecewa apabila gagal meraih watak yang ditawarkan kerana percaya andai terus berusaha rezeki akan menyebelahinya.

Menyifatkan Afzan sebagai antara saingan terdekat kerana pengalaman luasnya dalam bidang lakonan, anak muda dari Pahang itu berkata, kesemua lima peserta yang bersaing untuk watak mekanik mempunyai kekuatan tersendiri.

Setiap mereka katanya, datang dalam pakej yang lengkap diperkuatkan lagi dengan karakter yang seandainya diasah mampu memberi persembahan mengesankan.

“Dalam pertandingan kita tidak boleh menidakkan kebolehan setiap peserta. Sesiapa saja yang diangkat sebagai pemenang berhak menerimanya kerana kesemua peserta sudah mencuba yang terbaik dengan tunjuk ajar tenaga pengajar selama di kelas,” katanya.

Dia yang meminati lakonan Abu Bakar Omar dan Fizz Fairuz mengakui, berada dalam kelompok 25 terbaik membuka matanya untuk membawa bakatnya ke tahap lebih selesa.

Kata Lan, apa yang penting adalah menggandakan usaha tanpa pantas berpuas hati setiap kali menerima pujian kerana semua itu hanya melekakan.

“Saya perlu lebih berani menonjolkan diri tanpa terlalu memikirkan diri ini sudah hebat apabila lakonan saya menerima pujian.

“Komen positif yang diberikan pengkritik saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki kelemahan. Masih banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu diberi perhatian,” katanya merendah diri.

Lan yang pernah memegang peranan sampingan dalam telefilem, Misi serta filem Momok The Movie, mengakui dia berasa terlalu kerdil apabila digandingkan dengan pelakon sehebat Jasmin.

“Saya akui ketika itu terlalu gemuruh membuatkan lakonan saya menjadi kaku. Pada masa sama saya harus melawan diri dan cuba memberikan lakonan sebaik yang dipersembahkan Jasmin.

“Itu tidak mudah untuk dilalui memandangkan kami masih baru dan kurang pengalaman berdepan dengan situasi seperti yang dialami ketika tugasan Anak Wayang,” katanya.

Pelakon perlu bijak

PENGKRITIK tetap, Rashid Sibir ketika merumuskan persembahan peserta pada minggu ketiga berkata, pelakon yang baik tidak hanya bersandar kepada wajah kacak semata-mata.

Sebaliknya, mereka perlu bijak serta peka bermain dengan aspek dalam untuk diterjemahkan dalam lakonan sekali gus menggunakan ruang menonjolkan diri tanpa menenggelamkan pelakon gandingan.

“Persediaan penting selain perlu pantas melontarkan aksi, malangnya masih ada beberapa peserta yang agak berlebihan ketika berlakon.

“Masalah utama peserta adalah tidak bersedia membuatkan mereka hilang tumpuan apabila berlakon. Itu merugikan kerana sepatutnya ruang yang ada dimanfaatkan untuk menyerlahkan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

“Saya memuji Afzan yang mempunyai pengisian dan nampak tenang dalam tugasannya. Nasihat saya, setiap mereka perlu berusaha keras andai mahu menjadi anak wayang yang dihormati,” katanya.

Nasha Aziz pula berkata, pelakon perlu mempunyai pengetahuan mengenai watak yang diamanahkan dengan melakukan kajian supaya tidak nampak kekok di mata penonton.

Lontaran suara serta olah tubuh dan bahasa badan katanya, turut memainkan peranan penting untuk menghidupkan watak namun ada yang tidak membuahkan hasil.

“Saya memuji Biel (Syed Hassan Nabil Al-Habshi) yang cuba mencari kelainan dalam wataknya sebagai tukang masak, malangnya usahanya itu tidak kesampaian,” katanya.

Minggu ketiga Pentas Anak Wayang turut menampilkan dua lagi peserta iaitu Lokman Sokran dan Amar Baharin dibantu dua pelakon muda berbakat besar, Nabila Huda dan Liyana Jasmay.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:37 pm

Suriani Abd Rahman Bini Sorok Tan Sri

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 29506510

aku x sure ler korg kenal ke idak minah nie.. cz xder la pemes sgt kn... tp kalo korg peminat setia RTM, sure korg sll nmpak muka dia baca news RTM.. dolu2 dia penah jadik pengacara Explore menda ntah madc x ingat...

dia nie kn... bini nombot 2 one of our Tan Sri.. but kena sorok.. cz Puan Sri xtau diorg kawen... Suriani nie dolu2 janda anak sorg.. penah kapel dgn Engku Emran (laki Erra skrg).. penah ada scandal dgn penaung Air Asia, x terkecuali dgn org BESAR eMKay Land...

tp... tu citer2 lama dia dolu2... skrg dia bahagia jadik 'puan sri sorok' dh...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:41 pm

Erry bergelar penyanyi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Untitl85


PELAKON Ery Putra ingin bergelar penyanyi? Kalau benarlah ceritayang Marilyn dapat ni, maka bakal muncul seorang lagi penyanyi yangmenghiasi dunia seni suara tidak lama lagi.

Dengarnya penyanyi lelaki berdagu cantik dan berbibir mungil iniakan menghasilkan sebuah single untuk diperdengarkan kepada peminat.Khabarnya Ery menggunakan khidmat pemuzik popular Indonesia untukkemunculan kali pertama sebagai penyanyi solo.

Kos pembikinan single itu dikatakan menggunakan duit Ery sendiriyang dikumpulnya sedikit demi sedikit hasil lakonan selama ini. Hebattu!

Dek terlampau minat, Ery sanggup berjimat-cermat asalkan dia dapatmuncul dengan single tidak lama lagi sebab dia memang hendak sangatjadi penyanyi. Marilyn harap niat murni Ery akan jadi kenyataan sebabmengenali Ery dia memang seorang artis yang sanggup berusaha keras demimenjayakan cita-citanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:43 pm

Siti Murni Abdul Aziz-Penyampai RTM

Siapa yang biasa tengok berita RTM ataupun sidang parlimen setiap pagi tentu biasa melihat wajah dia. Selalunya dia akan muncul buat lintas langsung dalam siri pilihanraya kecil yang lalu. Aku ingat umur dalam 25 ke atas sebab nampak matang tapi rupanya baru 22. Ada ke gossip tentang dia?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 16012010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 12:55 pm

Shafie Naswip the Latest...

Dulu masa muda2 & innocent...

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 27022010

Latest...

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 M_4cce10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 M_480410

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 M_df2810

Rambut dah karatz...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:15 pm

Rahsia kejelitaan Ku Yah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Va_01_11


Ku Yah yang mengamalkan produk kecantikan Cherro sejak sedekad lalu mengajak wanita lain untuk turut sama menjaga kecantikan sepertinya.

KU YAH percaya Cherro mempunyai reputasi yang tinggi di pasaran antarabangsa.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Va_01_10
KU YAH amat berhati-hati dalam memilih produk kecantikan.


MENYUSURI usia emas seharusnya menjadi sesuatu yang indah. Ini kerana pelbagai pengalaman yang dilalui menjadi guru kehidupan selain ia adalah satu fasa hidup yang lebih selesa. Sungguhpun begitu, terdapat sesuatu yang kurang disenangi apabila usia meningkat.

Peningkatan usia menyebabkan perubahan pada wajah yang nampak berkedut, tidak segar dan kusam. Sebahagian daripada proses penuaan ini amat menakutkan khususnya kaum wanita.

Bagaimanapun bagi masyarakat moden hari ini, memelihara kecantikan sudah menjadi rutin. Bagi golongan ini, mereka sanggup berbelanja lebih demi mendapatkan wajah yang diingini. Cantik sahaja tidak mencukupi tetapi pemilihan produk kecantikan yang berkualiti sama penting.

Datuk Seri Tengku Puteri Zahariah Al marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah amat peka dan berhati-hati memilih produk kecantikan.

Wanita yang berusia lebih separuh abad ini masih kekal cantik sekali gus jauh daripada usia sebenarnya.

Ketelitiannya dalam menjaga kulit wajah dan kesihatan diri menjadi antara rahsia beliau kelihatan muda.

"Sebagai individu yang dikenali ramai, saya amat prihatin terhadap penampilan," kata Zahariah yang elegen berbaju hitam dan bertudung merah.

Sambil menunjukkan produk yang kemas dibungkus dalam kotak berwarna ungu bertulis Cherro, Zahariah yang lebih mesra dengan panggilan Ku Yah berkata, beliau amat percaya terhadap produk Cherro yang diamalkannya sejak sedekad lalu.

"Sebagai produk yang mempunyai reputasi tinggi di pasaran antarabangsa, Cherro tidak pernah mengecewakan saya," katanya memperkenalkan produk dari Switzerland itu.

Menepati piawaian antarabangsa dan melalui pelbagai kajian bertaraf global, Cherro kata beliau, cukup sesuai dan ia adalah satu-satunya rahsia beliau kekal kelihatan muda berbanding usia sebenar.

"Saya tidak mahu mengalah dalam hal kecantikan. Dengan menggunakan produk ini saya lebih daripada puas dengan apa yang saya miliki sekarang," katanya .

Beliau yang ditemui semasa majlis pembukaan salon dan spa Cherro di Jalan Kelawai, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini mahu semua semua wanita turut peka terhadap kecantikan mereka.

"Walaupun Cherro lebih mahal berbanding produk lain, tetapi ia amat bernilai dan tidak akan mengecewakan pengguna," katanya.

Zahariah berkata, Cherro adalah produk yang bernilai dan bermutu sejajar dengan nilai wang yang dibelanjakan. "Ia begitu memberangsangkan kerana sehingga kini saya tidak mengalami sebarang kesan negatif pada kulit mahupun kesihatan.

Menunjukkan satu persatu produk Cherro, Zahariah memulakan sesi pengenalan dengan rangkaian koleksi white range.

"Rangkaian produk ini membantu kulit saya kelihatan lebih putih, bersih dan berseri," katanya.

Cherro turut menyediakan rangkaian penjagaan mata kekal bermaya.

Salon Cherro, kata Zahariah beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti bagi mereka yang mahu tampil muda, cantik dan berperwatakan menarik.

Memberikan pakej kecantikan secara menyeluruh, Cherro juga menawarkan minyak urut chilly (chilly massage oil), untuk melangsingkan badan.

"Penggunaan minyak urut chilly yang memberikan rasa panas secara dalaman, membakar lemak dan lebih bermanfaat apabila diikuti dengan pemakanan seimbang dan senaman yang kerap," kata Zahariah.

Selaku duta produk tersebut, beliau telah memperuntukkan pelaburan yang besar dalam menjalankan kajian untuk memperbaiki produknya. Inovasi yang berterusan itu terbukti dengan pembungkusan dan kandungan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Dijual pada harga RM200 hingga RM2,000 produk Cherro hanya boleh dibeli di butik-butik terpilih Cherro.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 04-227 5448 atau faks ke 04-228 2988 ataupun e-mel ke: info@cherro.com.my.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:18 pm

Ku Yah - Muka nampak lain..

Puteri jelita berjiwa rakyat

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Ke_01_11 BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Ke_0210


Ku Yah bersama puteri kesayangan, Raja Sheena Frida Raja Sufian yang turut berkongsi minat dalam dunia fesyen.

Kali pertama bertemu dengan personaliti ini sudah cukup membuatpenulis terpegun dengan kejelitaan yang dimiliki. Dari hujung rambuthingga ke hujung kaki, penampilannya cukup anggun, elegan danberkarisma. Terdetik di dalam hati, memang sesuai dengan keturunannyasebagai keluarga diraja.

Keramahan melayan penulis dan jurugambar di rumah agamnya di Shah Alam, memperlihatkan beliau seorang yang mudah didekati.

Kelebihan inilah yang ada pada puteri kesayangan Almarhum SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah dan Raja Nur Saidatul Ehsan Tengku BadarShah yang membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk mengenalinya denganlebih rapat.

Sekalipun dilahirkan dalam keluarga diraja, Datuk Seri Tengku PuteriZahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tidak membataskan dirinyauntuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Yah memberitahu,ayahanda dan bonda sentiasa mengingatkan putra dan puteri mereka supayabersikap sederhana, merendah diri dan tidak berlagak walaupunberketurunan raja.

揝ebab itulah juga saya tidak pernah membatasi pergaulan sayawalaupun bukan di kalangan bangsawan. Pada saya bersyukur dengan apayang Allah kurniakan dan jangan sesekali membangga diri dengan statusserta kemewahan yang dimiliki.

揝aya juga masih ingat apa yang bonda selalu tekankan iaitu sentiasaberbudi pekerti yang beradab walaupun dengan sesiapa. Bonda seringberkata, sebagai anak raja yang lahir di istana, adat, budi bahasa danadab sopan di istana mahupun di luar istana perlu diikuti dengan sebaikmungkin, sesuai dengan keturunan yang dimiliki.

揑nilah juga yang saya terapkan kepada lima orang puteri dan puterasaya,拻 katanya ketika ditemui di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor,baru-baru ini.

Ku Yah mengakui dalam mendidik putra dan puterinya iaitu Syed BudrizPutra Syed Amir Abidin Jamalullail, Sharifah Rima Irwani Syed AmirAbidin Jamalullail, Sharifah Emilia Safina Syed Amir AbidinJamalullail, Raja Sheena Frida Raja Sufian dan Megat Mohd. FaizMuhammad, disiplin amat dititikberatkan.

揝aya amat mementingkan disiplin dalam mendidik anak-anak. Padasaya, mereka harus dilengkapkan dengan ajaran agama yang sempurna agarhidup mereka tidak terumbang-ambing. Mereka juga diajar cara-carabergaul, menghormati orang tua dan berbudi bahasa walau siapa punmereka.

揝aya sebenarnya tidak suka memanjakan anak-anak dengan kemewahan.Jangan fikir mereka akan dapat apa yang mereka mahu tanpa berusaha.Saya menekankan kepada anak-anak agar berusaha untuk mendapatkan apayang diinginkan.

揝aya juga sentiasa memastikan dengan siapa mereka berkawan supayatidak terpengaruh dengan gejala sosial yang semakin banyak berlakusekarang ini. Bagi saya, anak-anak adalah aset yang paling berharga,harus dijaga dengan sebaik mungkin, sementelah saya ialah ibutunggal,拻 katanya yang sibuk menjalankan perniagaan.

Rahsia kecantikan


Menjangkau usia 57 tahun pada 20 Jun ini, Ku Yah sememangnyakelihatan awet muda. Ditanya apakah rahsia kecantikannya, wanita anggunini memberitahu bahawa tidak ada petua tertentu untuk mengekalkankecantikan dan kesihatannya.

揝yukur alhamdulillah, saya tidak ada rahsia yang istimewa, tapimemadailah kalau saya katakan saya memang seorang yang cukup mengambilberat soal kesihatan dan kecantikan sejak remaja lagi.

揇alam keluarga, saya memang seorang yang suka melawa. Saya sukaberfesyen, suka berhias dan bersolek dan terbawa-bawa sampai dewasa.

揝aya mula minat dengan dunia kecantikan ini sejak berada ditingkatan satu. Malah sejak berusia 14 tahun, saya telah mulamenghadiri majlis-majlis rasmi mengikuti Almarhum ayahanda.

揔etika itulah, saya mula belajar bergaya, bagaimana bersosial,berhias, bersolek sesuai sebagai puteri raja. Hinggalah sekarang, walausesibuk mana pun, penampilan harus dijaga. Saya tidak sesekalimembiarkan diri saya selekeh atau tidak terurus,拻 katanya yang telahbergelar 憂endamama?kepada lima orang cucu.

Menurut Ku Yah, setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri, cuma masing-masing perlu ada cara menyerlahkan kecantikan diri.

揝aya mungkin dilihat cantik kerana cara penampilan yang sentiasaterjaga, sentiasa berfesyen, bersolek dan bergaya. Bagi saya penampilandiri amat penting sebab itu saya cukup prihatin soal bagaimanapenampilan saya terutama apa yang saya pakai ketika itu.

揝elain itu, saya juga mengamalkan diet yang seimbang untuk menjagaberat badan dan tubuh badan yang sihat,?ujar penggemar jenama Gucci,Channel, Escada, Giuseppe Zanotti dan Christian Dior ini.

Mengenai kulit yang mulus yang dimilikinya, Ku Yah percaya ia adalahberkat amalan pemakanannya selama ini kerana beliau sukakan buah-buahandan sayur-sayuran.

揝aya percaya buah-buahan dan sayur-sayuran banyak membantu sayamendapatkan kulit yang cantik. Saya tak ada masalah kulit sepertikering ataupun kusam. Saya juga kuat menjaga pemakanan. Kalau boleh,saya elak mengambil makanan yang berminyak dan tidak lupa mengambilsuplemen tiga kali sehari. Saya juga jarang memakan nasi dan hanyameratah lauk.

揝eminggu sekali saya akan memakai masker bagi menghilangkangaris-garis halus, membersihkan muka dan memberi kompleksi wajah yanglebih muda serta menghilangkan bintik-bintik hitam,?katanya yang jugamelakukan senaman berbasikal, aerobik dan urutan bagi membuang lemakberlebihan pada tubuh.

Ujar Ku Yah, kecantikan dan kesihatan bermula dari dalam danmenggambarkan diri sebenar seseorang. Cantiknya seseorang itu terpancardaripada personaliti, keyakinan dan pengalamannya.

Beliau mengakui untuk cantik juga setiap orang harus sentiasa gembira dan jangan suka menyimpan masalah.

揝ebolehnya saya cuba lepaskan tekanan dengan melakukan aktivitiseperti bercuti, membeli-belah, menonton wayang, makan dengan keluargadi luar, bertemu rakan-rakan atau menjemput rakan makan di rumah. Caraini sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan dan stres sertamelupakan kenangan silam.

揚ada saya kenangan silam yang menjadi sejarah dalam hidup ini harusdilupakan malah saya sendiri mahu melupakannya. Hidup ini harusditeruskan.

揗asa lalu tidak akan kembali, ia hanyalah sejarah dalam hidup. Kinisaya harus meneruskan hidup dalam keadaan yang gembira,拻 katanya yangtelah dilantik sebagai duta produk kecantikan Cherro.

Gaya elegan

Dari segi pemakaian pula, Ku Yah suka dengan gaya selesa, elegan dananggun. Antara jenama mewah yang menjadi kegemarannya seperti Channeldan Escada, manakala bagi pereka tempatan beliau lebih menyukai rekaandari butik milik Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

揝aya lebih suka memakai pant suit sekiranya ke majlis kasualmanakala jika majlis rasmi di istana, kebaya dan baju kurung menjadipilihan,拻 jelasnya yang juga suka berkaraoke dan meminati muzik soul,sentimental serta meminati penyanyi seperti Allahyarham Abdullah Chik,Yusni Hamid, Jamal Abdillah, Ning Baizura, KRU dan Allahyarham RafeahBuang, manakala penyanyi luar negara ialah Akon Freedom.

Ku Yah turut memberitahu suatu masa dulu berat badannya pernah naiksehingga membuat beliau tidak keruan dalam kehidupan dan penampilannya.

揝aya menangis setiap kali ingin mengenakan pakaian yang sedia ada.Semuanya tidak boleh dipakai lagi. Saya kesal kerana tidak mengendahkanmengenai berat badan pada waktu itu.

揕ebih sedih semasa pergi membeli belah, baju yang diminati, tidakmuat dipakai, berlinang air mata dibuatnya. Lalu saya bertekadmelakukan senaman, mengurut, mengurangkan makan dan melakukan aktivitiyang aktif dan tidur dengan cukup bagi menurunkan berat badan.Alhamdulillah, badan saya turun semula,?katanya.

Ditanya mengenai impian dalam hidup, Ku Yah menjawab dengan ringkasnamun begitu bermakna: 揝aya bertuah mempunyai lima orang anak yangbegitu baik, mendengar kata dan beradab. Mereka adalah dunia saya.

揝ekiranya mereka bahagia, saya juga bahagia. Saya tidakmengharapkan mereka membalas jasa, tetapi hargailah pengorbanan yangsaya telah lakukan. Ini sudah mencukupi bagi saya.
揝aya juga tidak pernah menyekat anak-anak untuk memilih pasangan dikalangan keluarga diraja, cuma Budriz sahaja yang mengahwini sepupunya,kerabat diraja Perlis, manakala Irwani dan Emilia, memilih orang biasa.

揌arapan saya mereka bahagia dengan pasangan masing-masing. Cuma duaorang lagi belum lepas. Pada merekalah saya curahkan kasih sayang danmengharapkan kasih sayang. Saya juga ingin mereka turut berjaya dalamkehidupan. Itulah impian yang saya,拻 katanya penuh harapan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:39 pm

Pat sahut cabaran Siti

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Hi_02_51
AKSI Siti Nurhaliza (dua dari kiri) sambil diberi tunjuk ajar oleh Pat Ibrahim (tiga dari kanan) sewaktu menjalani latihan untuk konsertnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.


SUDAH lama koreografer terkenal, Pat Ibrahim menyimpan keinginan untuk berkolaborasi dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dalam satu persembahan yang eksklusif.

Bukan tidak pernah terlibat sebagai jurutari serta mereka konsep untuk persembahan biduanita muda negara itu.

Sebaliknya, kali ini penglibatannya bukanlah calang-calang kerana buat pertama kalinya, dia bergelar pengarah konsert untuk Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza yang akan membuka tirainya pada 26 Jun ini.

Pastinya debaran di hatinya bergolak kencang kerana bimbang apa yang dirancangnya sejak hampir dua bulan lalu tidak akan menjadi kenyataan.

Malah, bukanlah Siti yang dibimbangkan kerana dia tahu penyanyi tersohor itu mampu memberi magis dalam persembahannya dengan suara emasnya itu.

Tetapi, dia gusar seandainya aspek teknikal yang menjadi tunjang utama konsert ini akan terganggu dan sekali gus mencacatkan keseluruhan konsert ini kelak.

Maklumlah, menjawat jawatan penting dalam memastikan kejayaan konsert ini sudah pastinya merupakan satu tekanan yang bukan sedikit buat Pat.

"Tekanan itu tetap ada tetapi semuanya terhapus apabila saya bekerjasama dengan pasukan yang terbaik dan tahu serta mampu memberikan apa yang saya mahukan menerusi konsert ini.

"Begitu juga dengan Siti. Saya kagum sifatnya yang tidak lokek berkongsi idea serta bertoleransi dan mudah dibawa berbincang seandainya ada masalah yang timbul.

"Justeru itu kerja saya menjadi mudah dan saya sendiri teruja untuk melihat hasilnya apabila ia membuka tirainya pada 26 Jun ini," cerita Pat atau nama sebenarnya, Taufik Ibrahim ketika ditemui sewaktu sesi latihan di Studio 10 On 10, Ampang, Selangor minggu lalu.

Pat sememangnya sudah diiktiraf sebagai salah seorang jurutari dan koreografer yang disegani ramai.

Lihatlah sahaja impak yang terhasil menerusi pementasan teater muzikal mega, Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical yang memperlihatkan Pat mencurahkan ideanya untuk koreografi kedua-dua teater berkenaan.

Berbalik kepada Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini memberitahu, semuanya bermula sewaktu dia menjadi koreografer untuk persembahan Siti di Anugerah Bintang Popular 2008 baru-baru ini.

Saat dia membentangkan ideanya untuk konsep lagu Di Taman Teman ketika itu, Siti meluahkan kepadanya bahawa dia sedang mencari seorang pengarah konsert untuk sebuah konsert khas yang dirancangkannya.

"Menyedari saya berada di depannya ketika itu, terus dia menawarkan peluang itu kepada saya dan saya tidak tunggu lama untuk menyatakan persetujuan saya," cerita Pat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan KOOL.

Untuk konsert istimewa ini, ia melibatkan 25 orang penari dan 13 daripadanya merupakan penari yang dibimbing oleh Pat sendiri. Selebihnya pula terdiri daripada penari-penari Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Jelas Pat, waktu latihan sememangnya cukup suntuk dan begitu terhad.

Mujur atas bantuan Azwa dari MBPJ, semua kerja mampu dilakukan dengan baik apabila adanya pembahagian tugas.

Pat terlibat untuk tarian kontemporari dan moden manakala pengkhususan Azwa pula adalah untuk tarian tradisional.

Bukan itu sahaja, Pat turut menampilkan beberapa finalis pertandingan tarian realiti, So You Think You Can Dance musim pertama dan kedua untuk konsert ini.

Setakat ini, dia cukup berpuas hati dengan hasil yang diberikan oleh penari dan Siti sendiri meskipun latihan tidak dijalankan di tempat yang sama.

Biarpun, kekangan utama konsert ini adalah dari segi bajet, namun bagi Pat ia dapat diatasi menerusi kreativiti semua pihak yang bertungkus lumus menjadikan ia satu realiti.

Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza diinspirasikan daripada konsert A New Day: Live In Las Vegas yang pernah dijayakan oleh penghibur tersohor dunia, Celine Dion di Caesars Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat beberapa tahun lalu.

Pat turut menambah, selain beliau, Siti dan pengurusnya, Rozie Abdul Razak turut bekerjasama dengan tiga pereka fesyen yang akan mereka busana Siti untuk tiga malam itu.

Mereka yang dimaksudkan adalah Othman Ong atau lebih dikenali sebagai Michael Ong, Amir Luqman dan Rizman Ruzaini.

"Ia adalah untuk memastikan baju yang dipakai Siti pada malam itu nanti tidak akan mengganggu persembahan serta pergerakannya. Namun, ia akan tetap mengekalkan imej glamor yang menyerlahkan pesona Siti di atas pentas," jelasnya lagi.

Bagi Siti pula, dia bersyukur dan gembira apabila mengetahui tiket-tiket konsertnya begitu laris dan hanya tinggal lebih kurang 10 peratus sahaja lagi yang masih belum dijual.

Apa yang diharapkannya adalah untuk memberikan persembahan terbaik pada tiga malam itu nanti selain memohon dan berdoa agar kesihatannya baik.

"Maklumlah, keadaan cuaca sekarang tidak menentu dan saya bimbang kalau kesihatan saya terjejas pada malam konsert itu nanti.

"Untuk itu, saya sering kali memantau keadaan kesihatan saya selain daripada mengawal dan menjaga pemakanan saya," katanya penuh optimis.

Mengenai latihannya bersama Pat, Siti memberitahu, dia sememangnya memberikan penumpuan serta fokus yang penuh terhadap latihan untuk konsertnya ini.

Bagi mereka yang masih belum lagi mendapatkan tiket Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza boleh menghubungi talian 03-4149 8600 atau melayari laman sesawang www.ticket2u.biz.

Anda juga boleh datang sendiri ke kaunter Box-Office IB untuk pembelian tiket. Informasi lanjut mengenai konsert ini juga boleh didapati menerusi laman web rasmi Siti iaitu www.sitizone.com.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:43 pm

Nabil 'harta' Media Prima?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Hi_04_14
NABIL dan Adruce bertindak menjadi hos Hartamania, sebuah program gameshow kanak-kanak di TV9.


SEJAK diumumkan sebagai juara Raja Lawak musim kedua, Mac tahun lepas, rezeki Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil sememangnya tidak pernah putus.

Lebih setahun berlalu, sehingga kini, jejaka kelahiran Negeri Sembilan ini masih laku di pentas seni tanah air.

Baik undangan berlakon mahupun iklan, kehadiran Nabil bagaikan satu kemestian bagi 'mengumpan' jumlah penonton yang tinggi.

Dengan lawak dan gayanya yang bersahaja di samping tidak banyak kerenah, ia membuatkan Nabil mudah untuk didekati pelbagai pihak termasuk 'dilamar' produksi drama mahupun perfileman.

Bukan sahaja laris di bidang lakonan, Nabil juga tidak kalah dengan tawaran menjadi pengacara untuk sesebuah program televisyen.

Dari Astro yang menjadi tapak asasnya, Nabil kini menguasai pula rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) khususnya TV3 dan TV9.

Memulakan rentak dengan Melodi dan Ewah Ewah, Nabil kemudiannya melebarkan sayap ke TV9 menerusi rancangan Siapa Pintar?, Pondok-Pondok dan Studio Nabil.

Terbaru, Nabil terus disunting TV9 untuk mengendalikan sebuah program terbaru yang bercorak gameshow kanak-kanak iaitu Hartamania.

Bergandingan dengan Adruce, menerusi Hartamania yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 7 malam, Nabil bertindak selaku Kapten Bil.

Sungguhpun begitu, kelibat Nabil yang lebih tertumpu di TV3 dan TV9 mengundang seribu satu pertanyaan mengenai dirinya yang dikatakan seakan sudah melupakan Astro, stesen televisyen pertama bertindak mempopularkannya.

Menjawab mengenai perkara tersebut, Nabil yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Cinta Meriam Buluh untuk slot Aidilfitri di Astro Prima bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Masih mengingati jasa baik Astro, Nabil menjelaskan, ketika ini, dia terikat dengan kontrak bersama MPB untuk beberapa program sehingga 2011.

Seperti membawa maksud 'wajah eksklusif' MPB, Nabil juga memberitahu, buat masa sekarang dia bebas daripada sebarang kontrak bersama Astro.

"Terikat dengan kontrak sehingga 2011, saya sebetulnya selesa bersama TV3 dan TV9. Meskipun begitu, MPB tidak menghalang saya untuk muncul dalam mana-mana program di stesen televisyen lain.

"MPB juga telah memberi saya jadual kerja lebih awal yang membolehkan saya untuk 'mencuri' masa terlibat dengan program lain,'' katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Hartamania di The Ship, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Nabil, bersama TV9, sepanjang tahun ini, dia sudah pun terikat dengan beberapa program khususnya menjelang Aidilfitri nanti.

Untuk itu, Nabil telahpun diterbangkan ke Perth, Australia pada 9 hingga 23 Jun ini bagi menjalani rakaman program Studio Nabil Raya dan Pondok-Pondok Raya.

Ditanya mengenai penglibatannya dengan stesen televisyen lain, Nabil berkata, dia masih menunggu jawapan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mengendalikan sebuah program pencegahan jenayah bersama penganalisis jenayah negara, Kamal Affandi Hashim.

"Rancangan itu berbentuk rakaman dan mengikut perancangan, saya akan menjadi hos di lokasi dan menemu bual remaja atau belia yang terlibat dengan gejala sosial.

"Selain itu, menerusi syarikat saya iaitu Lu Fikirlah Sendiri Sdn. Bhd., saya masih menunggu lampu hijau daripada TV3 untuk menerbitkan sebuah program motivasi berjudul Santai Motivasi.

"Selaku penerbit dan hos, ia akan menampilkan pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Tapi, ini semua masih di peringkat cadangan,'' jelas Nabil yang pernah dirisik sebuah produksi Indonesia untuk membintangi sebuah filem kerjasama Indonesia-Malaysia.

Mudah bekerja dengan Nabil - Noor Amy


Sementara itu, Pengurus Penjenamaan Kumpulan, Komunikasi Korporat dan Pembangunan Perniagaan TV9, Noor Amy Ismail berkata, kesudian TV9 menawarkan Nabil beberapa program bukan sahaja atas kehendak stesen televisyen tetapi penonton.

Katanya, Nabil amat disukai kanak-kanak menerusi Pondok-Pondok dan juga mampu mengambil hati penonton dewasa dalam rancangan Studio Nabil.

"Dia (Nabil) cukup versatil. Pondok-Pondok merupakan program yang mampu dibanggakan apabila menerima 800,000 ke sejuta penonton apabila disiarkan di kaca televisyen.

"Kami bertemu dengan Nabil pada tahun lalu dan terus berbincang untuk memberikannya beberapa slot program. Bekerja dengannya cukup mudah,'' jelas Noor Amy.

Menurutnya, selain program rancangan televisyen, Nabil turut ditawarkan berlakon untuk beberapa drama yang akan diterbitkan oleh TV9.

Ketika diajukan persoalan tentang peluang orang lain yang seakan tertutup di TV9 sebaik munculnya Nabil, Noor Amy menjelaskan, stesen itu tetap membuka peluang kepada bakat-bakat lain.

"Kami di TV9 pun tidak mahu memperlihatkan sangat penguasaan Nabil. Untuk program-program lain, kami akan pelbagaikan dan ketengahkan pengacara lain,'' katanya.

Kepada soalan tentang cakap-cakap yang mengatakan TV9 bakal melamar isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, selaku hos di TV9, Noor Amy bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Itu tidak benar. Kami belum ada apa-apa perbincangan bersamanya. Sebenarnya kami tidak menghalang sesiapa untuk menjadi hos sesebuah program di TV9 asalkan berbakat.

"Kalau bagus, kami pasti mengambilnya tetapi, perlulah menjalani sesi uji bakat,'' tambahnya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:54 pm

Kak Engku sudah mula rindu Cinta


BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp236
ARTIS serba boleh, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, 37, tidak pernah terfikir langsung memelihara kucing sebagai hobi.


Apatah lagi bimbang tidak mempunyai masa yang lapang untuk menguruskannya selain kerisauan penyakit yang dibawa haiwan berkenaan.

Begitupun selepas dilantik sebagai pengacara program realiti membabitkan kucing, Friskies...Meow Belai Si Comel yang ke udara di TV3, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku turut menyahut cabaran membela kucing.

Menerusi program itu, setiap peserta terpilih diberikan seekor kucing oleh Friskies dan Persatuan Menolong Haiwan (SPCA).

Sebagai pengacara program pula, Kak Engku tentunya tidak mahu terlepas peluang merasai sendiri pengalaman bagaimana membela kucing.

Telahan Kak Engku ternyata meleset apabila kucing yang diberikannya kini menjadi kesayangan mereka sekeluarga.

"Kucing yang diberikan kepada saya oleh SPCA berusia sekitar tiga bulan. Sebelum ini memang saya rasa tidak sesuai untuk membeli bintang terutama kucing kerana bimbing bulu binatang itu akan menyebabkan penyakit seperti asma terutama kepada kanak-kanak.

"Begitupun, kucing yang diberi nama Cinta itu ditatang dengan manja oleh kami sekeluarga.

"Anak-anak juga cukup menyayangi kucing itu. Saya bertuah kerana suami (Adzmin Osman) mempunyai pengalaman membela kucing, jadi segala urusan berkaitan penjagaan bintang itu kebanyakannya dilakukan suami," katanya.

Kucing juga memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus. Secara tidak langsung selepas memelihara kucing itu, banyak perkara yang diketahui membabitkan penjagaan kucing.

"Jika dulu saya hanya tahu menjaga kucing jalanan yang hanya diberikan makanan sisa ikan atau nasi. Menjaga kucing juga perlu mengeluarkan wang. Saya terpaksa membelanjakan kira-kira RM150 untuk pelbagai peralatan dan vitamin yang diperlukan kucing. Tujuannya adalah supaya kucing berkenaan sihat dan mempunyai bulu yang cantik.

"Saya juga mandikan kucing sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kadangkala saya membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Haiwan berhampiran.

"Sejak mempunyai kucing ini, baru saya tahu penjagaan kucing yang sebenarnya. Kucing itu bukan saja ditatang dengan kasih sayang, malah diajar untuk membuang najis di tempat dikhaskan.

"Tugas saya adalah memastikan kucing berkenaan mendapat makanan yang cukup. Selain memberikan makanan Friskies, saya menyediakan pasir khas untuk najis kucing," kata Kak Engku yang juga penyampai radio di Sinar FM.

Menurut Kak Engku lagi, anak-anaknya, Megat Muhammad Raziq, 6; Megat Luqman Haqim, 5, dan Puteri Mia Maizura, 2, cukup menyayangi kucing mereka.

Sehingga sering meluangkan masa bersama binatang kesayangan mereka itu.

Secara tidak langsung, ia juga mengakrabkan hubungan sesama keluarga.

Malah, dia mengakui semakin ramai individu yang memilih untuk membela haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan menghiburkan khususnya kepada kanak-kanak. Memelihara haiwan seperti kucing mungkin nampak mudah, tetapi kerjanya renyah.

"Kita perlu memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan tidak diserang penyakit yang boleh berjangkit kepada kanak-kanak di rumah," katanya.

Program Friskies...Meow Belai Si Comel berkongsi pengalaman membelai kucing peliharaan di samping memberikan penonton maklumat dan tip penjagaan kucing yang lebih teratur dan tepat oleh pakar veterinar SPCA.

Berbeza dengan pertandingan kucing yang lain, program ini memerlukan sepenuh komitmen peserta yang sanggup memelihara dan menjaga anak kucing terbiar yang diambil dari SPCA seawal bulan pertama kelahiran kucing itu.

Kemuncak pertandingan menyaksikan kemenangan kepada, Izawati Muhammad yang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 diikuti kedua, Syazwan Khairuddin menerima RM5,000 manakala Sharifah Zuria Syed Abu Bakar Sidik (tempat ketiga) menerima RM3,000. Semua pemenang turut menerima belaian makanan daripada Friskies selama setahun.

Tiga lagi peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Zuraidah Darus, Suriana Soria serta Mohd Kamell Bashah Ibrahim turut menerima hadiah sagu hati wang tunai berjumlah RM1,000.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:55 pm

‘Saya juga kesunyian’

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp237


LEBIH 13 tahun hidup ‘bersendiri’ tanpa insan bergelar suami, bukan bermakna hidup Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar kosong dan tidak bahagia.

Sebaliknya, Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, 55, cukup selesa dengan kehidupan kini yang disifatkan dikelilingi individu yang cukup memahami dan menyayanginya.

Biarpun ada yang cuba mendekati selain kenalan daripada teman-teman, akuinya, belum ada yang sesuai atau boleh dikatakan jodohnya belum sampai.

Kak Pah ketika ditemui mengakui lebih selesa dengan kehidupannya sekarang biarpun kadang kala berasa sunyi dan memerlukan teman untuk meluangkan masa rehat atau menyambut perayaan.

“Saya memang sendirian ketika ini. Memang ada yang cuba mendekati begitupun hubungan itu tidak berkekalan dan hanya sebagai kawan.

“Mungkin ada yang takut untuk mendekati saya.

“Entahlah, saya sendiri tidak tahu hendak kata bagaimana. Apapun, saya gembira dan selesa bersendirian kerana bila-bila masa saja saya boleh ke mana-mana. Selain melakukan apa saja yang saya mahu.

“Begitupun, ada masanya saya berasa sunyi. Bohonglah kalau saya kata tidak ada. Ini terjadi apabila saya memerlukan seorang teman untuk bercuti atau bersama keluarga selain sambutan Aidilfitri bersama seorang yang lebih istimewa.

“Ada juga yang cuba melamar, namun tiada yang sesuai. “Mungkin saya yang terlalu memilih. Saya selesa kerana di samping mempunyai orang gaji yang taat dan sudah bekerja dengan saya selama hampir 19 tahun.

“Saya juga bertuah kerana dikelilingi mereka yang mengambil berat dan memahami,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar An Evening with Datuk Sharifah Aini di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, anak kandungnya, Alif yang kini menuntut di Madinah juga tidak berdepan masalah jika ibunya itu mempunyai teman

Sebagai anak, dia juga tidak mahu melihat ibunya hidup bersendirian.

“Saya tidak mencari dan tiada langsung istilah serik untuk mencari pasangan hidup.

“Saya percaya dengan qada dan qadar. Allah menjadikan manusia berpasangan. Siapa tahu pada masa akan datang saya bertemu dengan seseorang.

“Siapa saja tidak perlu takut untuk mendekati diri saya. Cuma apa yang saya perhatikan orang Melayu lebih suka gadis yang cantik dan muda,” katanya.

Mengenai majlis persembahan makan malam yang berlangsung di Dewan Perdana Felda pada 17 Julai ini, katanya, persiapan mengadakan persembahan itu sudah bermula sejak seminggu lalu hinggalah malam persembahan sebenar. Pada masa sama, dia turut melakukan senaman dengan bantuan jurulatih peribadi untuk memastikan tahap kecergasan dan kesihatan terjamin sebelum konsert nanti.

Persembahan dijangka terbahagi kepada beberapa segmen membabitkan lagu asli, deli, ghazal dan beberapa lagu dinyanyikan sempena tribute untuk beberapa artis legenda tanah air seperti Datuk A Rahman Hassan, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Sudirman Haji Arshad.

Tidak dinafikan pembabitannya dalam dunia seni lebih 40 tahun membuatkan nama Sharifah Aini cukup gah dan diiktiraf antara nama tersohor dalam dunia seni suara tanah air.

Tidak dinafikan, Kak Pah juga masih menjadi pilihan syarikat korporat atau agensi kerajaan untuk menjayakan persembahan.

Kesinambungan daripada persembahan itu, Kak Pah bakal mengadakan dua konsert khas sempena pembabitannya sepanjang lebih 40 tahun dalam dunia seni suara. Konsert solo berkenaan berlangsung di Stadium Tertutup Singapura pada 8 November serta Konsert Khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Mei depan.

Kak Pah yang bakal menyambut ulang tahun pada 2 Julai ini berkata, konsert berkenaan cukup bermakna buatnya disamping mengimbau kembali sejarah pembabitan dalam dunia seni yang bermula di Singapura ketika muncul juara pertandingan Talentime 1969 selain menandakan sambutan lebih 40 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

“Konsert di Singapura cukup istimewa kerana di samping berhibur konsert yang dianjurkan oleh Persatuan Jamiah iaitu pertubuhan Islam yang terbesar di Singapura adalah untuk mengumpul dana bagi persatuan itu.

“Konsert itu juga memahat memori paling bermakna dalam sejarah pembabitan dalam bidang seni.

“Persembahan selama dua jam lebih itu juga membuatkan saya terpaksa bersedia dengan pemilihan lagu.

“Justeru, saya terpaksa mendengar ratusan lagu. Begitupun, pengalaman menjayakan persembahan pada majlis tertentu memberi kelebihan kepada saya seterusnya tahu lagu apa yang perlu dinyanyikan pada persembahan itu nanti.

“Malah, kebanyakan lagu yang disampaikan digubah mengikut rentak masa kini dan sesuai pada konsert itu nanti,” katanya.

Mengenai persembahan di PWTC yang berlangsung selama dua malam pula, katanya, persembahan itu membabitkan penjualan tiket kepada peminat dan ada antaranya membabitkan jualan meja.

“Begitupun kami belum memutuskan hari yang mana untuk peminat dan penjualan meja,” katanya.

Dalam pada itu, laman web rasmi Kak Pah di alamat www.sharifahainiweb.com turut dilancarkan. Ia boleh dilayari bermula 21 Jun ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:56 pm

Enggan jadi janda lagi

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp238


ULANG tahun perkahwinan yang seharusnya diraikan penuh kegembiraan dan kesyukuran pada 3 April lalu, bertukar menjadi episod hitam dalam kehidupan penyanyi Dewi Sandra Killick, 29.
Mahligai yang dibina bersama suami tercinta, Glenn Fredly, kini dilanda badai.

Kurang 20 hari meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Dewi yang menikahi penyanyi R&B tersohor Indonesia itu pada 3 April 2006, menerima khabar menyedihkan.

Glenn menfailkan penceraian melalui surat yang dikeluarkan Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 12 Mac lalu.

Sedih dan kebingungan, apatah lagi dihukum tanpa mengetahui sebab musabab dan punca sehingga Glenn bertindak sedemikian, wanita campuran Inggeris dan Indonesia ini bagaimanapun berusaha menyelamatkan rumah tangganya kerana cinta yang menebal terhadap penyanyi popular dengan lagu Januari itu.

Menyedari penceraian hanya berlaku dengan persetujuan kedua-dua pihak memandangkan perkahwinan mereka dilakukan secara berdaftar kerana Glenn tidak bertukar agama Kristian kepada Islam, Dewi melantik peguam belanya untuk mempersoalkan tindakan suaminya yang inginkan perpisahan.

Selepas pelbagai usaha dilakukan, Dewi akhirnya akur dengan keputusan Glenn yang bertekad menceraikannya dan tidak sedikitpun menunjukkan usaha memperbaiki hubungan, sekali gus menyelamatkan ikatan kasih mereka.

"Saya ikhlas, tapi bukan pasrah. Pasrah dan ikhlas adalah dua maksud berbeza. Selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga kami, saya tidak tahu harus berbuat apa lagi.

"Saya tidak nampak jalan penyelesaian seandainya satu pihak saja yang berusaha memperbaiki keadaan sedangkan pihak sebelah sana tetap dengan keputusan bercerai.

"Jujur saya katakan, saya masih mencintai dia dan sangat sayangkan perkahwinan ini.

"Saya tidak rela menjadi janda untuk kedua kali selepas perkahwinan pertama dulu juga berakhir dengan kegagalan.

"Namun, sebagai wanita saya juga punya harga diri. Jika suami tidak lagi menginginkan, apakah saya harus terus merayu sedangkan cintanya tiada lagi," katanya.

Menerusi prosiding penceraian mereka, beberapa perkara dibangkitkan majlis hakim namun, dipercayai perbezaan agama serta kewujudan orang ketiga adalah punca utama masalah rumah tangga mereka.

Glenn yang dikatakan sedang menjalin cinta dengan model terkenal Indonesia adalah penganut agama Kristian sementara Dewi seorang Muslim. Mereka berkahwin secara sivil kerana Glenn enggan meninggalkan Kristian.

"Tidak wujud sama sekali orang ketiga dan begitu juga soal pertentangan agama kerana selama berkahwin kami tidak pernah membangkitkannya.

"Dia tetap dengan ajarannya dan saya menjalani kehidupan sebagai Muslim.

"Pokoknya, saya tidak tahu apa alasan Glenn kerana saya sendiri tidak dijelaskan apa-apa. Malah, sejak berumah tangga saya menyerahkan 100 peratus kehidupan saya kepadanya hingga bidang glamor pun sanggup saya ketepikan kerana mahu menjadi isteri yang baik.

"Mungkin ini namanya takdir. Tidak seperti mula-mula dulu sekarang saya juga tidak perlukan sebarang penjelasan kerana sudah menerima takdir Tuhan ini dengan hati yang rela dan terbuka.

"Mungkin disebabkan itu sampai sekarang saya dan Glenn masih boleh berbual dan sekali-sekali mengirim SMS bertanya khabar.

"Walau apapun berlaku, saya enggan bermusuh dengannya dan masih mahu menjadi kawan kerana dia adalah insan yang pernah saya sayang," katanya.

Sidang perceraian Glenn dan Dewi sampai saat ini masih berjalan di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan.

Dewi yang pernah menjanda ternyata senang jika penceraian itu dapat dibatalkan.

"Kalau manusia hidup tanpa ada harapan pasti akan hampa. Alhamdulillah, kalau itu (rujuk kembali) bisa terjadi," katanya.

Sebelum Glenn, wanita yang dilahirkan di Brazil ini pernah mengahwini aktor kacak Surya Saputra, yang khabarnya sedang menjalinkan hubungan dengan Cyntia Lamusu.

Hanya beberapa bulan bergelar janda Surya, Dewi dan Glenn melangsungkan perkahwinan secara tertutup di Bali yang juga tarikh sama Dewi meraikan ulang tahunnya yang ke-26.

Perkahwinan itu mengundang tanda tanya dan menguatkan lagi khabar angin bahawa Dewi berlaku curang kerana menjalin hubungan sulit dengan Glenn ketika masih isteri Surya.

Mungkinkah dugaan yang sedang menguji Dewi ini adalah hukum karma atas perbuatannya terhadap Surya selain kesanggupannya membelakangkan agama demi mengejar sebuah cinta?

Biar apapun hukuman bakal dijalani, yang pasti Dewi tenang saat berhadapan dengan masalah rumah tangganya meski dirundung duka.

Model, pelakon dan penyanyi popular dengan lagu Ku Akui ini tidak mahu perceraiannya dengan Glenn menjadi halangan dan beban untuk berkarya apatah lagi merencatkan promosi album terbarunya, Wanita.

"Saya seorang yang selalu berfikiran positif dan menjalani masalah kalau itu sudah ketentuan-Nya. Saya tidak mahu memusnahkan karier saya hanya kerana dibelenggu hal peribadi," katanya.

PROFIL DEWI
NAMA: Dewi Sandra Killick
NAMA KOMERSIAL: Dewi Sandra
TARIKH LAHIR: 3 April 1980
UMUR: 29 tahun
BINTANG: Aries
TEMPAT LAHIR: Brazil
ALBUM: Biarkan, Kurasakan, Menari-Nari (Bersama Model Indonesia), Tak Ingin Lagi, Kuakui dan When I Fall In Love (Single Duet Dengan Glenn Fredly)
DRAMA: Disaksikan Bulan dan Aku Cinta Kamu.
PENGALAMAN MENGACARA: Indonesian Idol dan Clear Top 10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 1:58 pm

BORAK LOKASI: Faezah tak kekok jadi Syasya Bee

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Faezah13


BAGI Faezah Elai Md Elai, 27, watak Syasha Bee, gadis yang dikongkong abang biasa di kalangan anak mami, namun telemovie Anak Mami Menantu Mamak (AMMM) cuba mentafsirkannya dengan keunikan sendiri.

"Keunikan dalam keluarga anak mami adalah gambaran identiti orang Pulau Pinang sebenar. Ada yang menilai secara negatif, tidak kurang positif tetapi yang pasti, anak mami memang unik," katanya.

Di sebaliknya, Faezah tidak kekok membawakan watak Syasya Bee mengenangkan dia sendiri berasal dari Gelugor. Bertugas sebagai pramugari sebelum ini, Faezah mula menceburi seni tiga tahun lalu.

"Selepas tamat belajar di UiTM, Shah Alam, dalam rekaan fesyen, saya menjadi pramugari. Saya mulai berasa seronok menjadi pelakon dan saya mahu serius dalam bidang ini," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 2:00 pm

Sarimah murah rezeki

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Sarima11


DUA minggu lalu, semua media melaporkan mengenai perceraian pengacara, pelakon dan penyanyi, Sarimah Ibrahim. Tanpa berselindung, Sarimah membongkar 'rahsia' rumah tangganya yang sudah disimpan agak lama. SS simpati padanya.

Namun, ada hikmah di sebalik perceraian itu. SS dapat tahu rezeki Sarimah dalam karier seninya cukup murah. Apa tidaknya, SS dengar Sarimah akan terikat sebagai pengacara untuk dua program televisyen termasuk menerima tiga tawaran berlakon.

Wah, itu sudah hebat namanya. Tahniah SS ucapkan. Bagaimanapun, SS belum sempat bersua Sarimah untuk dapatkan penjelasannya kerana kini dia berada di luar negara. Tak tahulah SS, Sarimah ke luar negara kerana bercuti atau urusan kerja.

Apapun, ternyata perceraian tidak memutuskan semangat wanita jelita ini. Malah, orangnya pun cantik dan bergaya mana mungkin tiada pihak yang sudi menawarkan kerja kepadanya. Setahu SS, Sarimah sangat komited dalam kerjaya seni diceburinya.

Justeru, sebagai wanita, SS puji sikap Sarimah yang kental. Tidak bermakna, status 'janda' itu menjadi titik noktah pada kehidupan. Dalam soal ini, hidup mesti diteruskan dan sememangnya harus bekerja keras untuk masa depan yang terjamin.

SS doakan semoga Sarimah terus berjaya dalam kariernya. Andai kata dalam sibuk berkerja, terjumpa pula 'pengganti' baru, jangan sorok pula. Bukan apa, SS berasakan Sarimah ini jenis orang yang pandai simpan rahsia peribadi.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:16 pm

Dengarnya... Kalau sama-sama suka, lebih baik terus kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp239
AJAI dan Liza.


BULAN ini saja, Cik Normah kerap dengar kisah suka dan duka dunia seni kita. Cuma Cik Normah minta dan tak putus berdoa semoga tahun ini kes perceraian membabitkan selebriti berkurangan.

Tapi Cik Normah percaya itu semua adalah ketentuan dari-Nya. Soal jodoh pertemuan, perpisahan, maut dan rezeki bukanlah urusan kita. Apa yang kita boleh buat ialah berusaha sebaik mungkin selepas itu berserahlah kepada-Nya.

Sebelum terlupa, Cik Normah nak ucapkan selamat berbahagia dengan teman sepejabat di meja B*Pop, Suzan Ahmad yang selamat melangsungkan hari bahagianya dengan vokalis kumpulan Jinbara, Tia. Cik Normah minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat meluangkan masa kerana sibuk menguruskan majlis kahwin anak buah di kampung.

Baru-baru ini juga teman sepejabat Cik Normah yang membuat liputan konsert Mentor 3 yang menyaksikan penyingkiran kumpulan Evo protege kepada Jaclyn Victor memberitahu bahawa komposer Ajai mengesahkan desas- desus yang keluar di sisipan hiburan B*Pop adalah tepat sekali.

Ia mengenai perancangan Ajai dan bakal isterinya, Liza Ilias yang dijangka menamatkan zaman solo mereka sebelum tibanya Ramadan tahun ini. Kalau macam itu, tak lama lagi, bolehlah Cik Normah merasa nasi minyak mereka pula.

Kisah khabar angin mengenai perpisahan beberapa pasangan kekasih di kalangan selebriti turut tersebar luas baru-baru ini membabitkan Ashraf Muslim dan cinta hatinya, Sherry Ibrahim serta Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Dalam hati kecil Cik Normah harap kemelut yang melanda hubungan mereka tidak akan berpanjangan. Alah, biasalah adat orang bercinta pasti ada pasang surutnya. Lumrah semua itu. Cik Normah rasa khabar angin mengenai keretakan hubungan dua pasangan kekasih ini tidak benar sama sekali dan yakin mereka masih bersama.

Setahu Cik Normah, Fizz dan Almy masih lagi bahagia bercinta. Begitu juga dengan Sherry dan Ashraf. Orang kata mereka sedang melalui proses kematangan dalam hubungan mereka.

Tapi kalau sudah suka sama suka, masing-masing ada kemampuan, kenapa hendak bertangguh-tangguh untuk bernikah. Itu adalah lebih baik daripada asyik menjaja kisah cinta yang akhirnya tidak berpenghujung, sebaliknya sekadar untuk mempopularkan diri saja.

Cik Normah muak juga dengan alasan sesetengah artis menangguhkan urusan perkahwinan atas alasan sibuk dengan kerja. Takkan nak fikir kahwin apabila sudah tidak ada kerja pula?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:17 pm

Dengarnya... Diana Danielle dalam teater Natrah

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Diana_11


NAMPAKNYA mungkin tahun ini akan menjadi tahun pertaruhan sulung aktres muda, Diana Danielle untuk ke pentas teater. Cik Normah dapat tahu biarpun ramai pelakon remaja berdarah campuran di Malaysia, anak kesayangan Norsiah Ramli itu dikatakan menjadi pilihan utama untuk memegang watak penting dalam sebuah teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB).

Cik Normah dapat cerita ini pun menerusi kawan sepejabat yang sempat melepak dengan ‘orang kuat’ pentas berprestij itu, baru-baru ini selepas menonton pementasan teater Mana Setangginya.

Teater itu diberi judul Natrah dan Diana dikatakan calon paling cocok membawakan watak utama. Malahan pelakon yang baru saja tamat sesi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikatakan menjadi pilihan pertama kerana Diana dikatakan rajin dan bersungguh-sungguh terhadap dunia lakonan.

Amboi tinggi melambung pujian ‘orang kuat’ IB itu. Kalau ikut perancangan sesi latihan teater itu dijangka bermula pada November nanti. Memang nampak macam jauh lagi nak sampai ke bulan itu, tapi masa sekarang bergerak cepat saja. Pejam celik, alih-alih sudah sampai hujung tahun.

Kalau semuanya berjalan dengan lancar, Cik Normah nak jadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Diana kerana dipilih menjadi antara pelakon teater ini. Teater yang sama versi Inggeris pernah dipentaskan sebelum ini. Ia berkisarkan kisah benar sejak zaman British lagi membabitkan Malaysia dan Belanda.

Selain Diana, beberapa pelakon lain dicalonkan untuk berlakon dalam teater ini seperti Umie Aida dan Fizz Fairuz. Tapi baru calon saja, belum pasti lagi mereka akan muncul. Semuanya hanya sekadar cakap kosong tanpa ada hitam putih. Cik Normah pun tak sabar menunggu hasilnya kelak. Khabarnya, Erma Fatima turut dirisik untuk menggalas tugas mengarahkan teater itu. Cik Normah pun ‘tabik spring’ dekat IB yang sentiasa berusaha mementaskan terapi hiburan yang terbaik untuk penggemar dunia seni termasuklah pementasan teater. Cik Normah pun teruja nak tengok persembahan Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain dalam konsert masing-masing hujung bulan ini.

Bulan depan, macam-macam persembahan menanti termasuklah pementasan The Merchants Of Bollywood. Bukan main seronok lagi Cik Normah lihat kawan sepejabat yang berpeluang menonton persembahan itu di Milan, Itali bulan lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:20 pm

Cikgu Nordin kotakan janji

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp241
ANTRA babak menarik persembahan Mana Setangginya.


Mana Setangginya padat dengan kritikan sosial , bersifat siapa makan cili, dialah yang terasa pedas

ASALNYA mahu dipentaskan di Panggung Negara (kini Istana Budaya) kira-kira sedekad nan lalu. Namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, naskhah Mana Setangginya diperam begitu saja oleh penulis skrip asal, Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan. Bagaimanapun, kalau sudah namanya rezeki memang tak akan ke mana-mana.

Buktinya, selepas sepuluh tahun dan di tempat yang sama, Mana Setangginya kembali menebarkan harumannya seolah-olah membawa perkhabaran bahawa janji yang terlafaz suatu ketika dulu perlu ditunaikan. Mulai 13 Jun lalu, selama sembilan hari teater arahan Zaifri Husin ini menemui khalayaknya membawa mesej dan pengajaran berguna kepada penontonnya.

Mendasari Mana Setangginya, bererti penonton perlu menyelami apa yang tersemat di dalam pemikiran Noordin yang lebih mesra disapa Cikgu Nordin. Setiap peristiwa yang berlaku sehari-hari diterjemahkan secara tersirat menerusi karya tulisannya. Lihat saja drama tulisannya sebelum ini seperti Bukan Lalang Ditiup Angin, Jangan Bunuh Rama-Rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Semuanya mengandungi makna yang tersurat dan tersirat.

Begitu juga dengan skrip Mana Setangginya. Walaupun naskhah itu ditulis kira-kira sedekad lalu namun dari segi penceritaan, perwatakan dan isu yang dibangkitkan semuanya cukup relevan dengan apa yang berlaku pada masa ini. Memilih isu fitnah, tamakkan kuasa serta sikap suka jatuh menjatuhkan antara satu sama lain membuatkan Mana Setangginya padat dengan kritikan sosial dan bersifat siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

“Teater ini tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana pihak jauh sekali mengaitkan wataknya dengan individu tertentu. Cuma apa yang ingin kami tekankan di sini adalah, isu fitnah yang kita lihat semakin berleluasa ketika ini. Kita cuma mahu tonjolkan betapa bahayanya fitnah dan bagaimana fitnah mampu memporak perandakan keadaan.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Mainp240
AZIZAH MAHZAN cemerlang membawakan watak Mira.


“Tapi kalau ada pihak yang terasa, itu terpulang pada mereka kerana kami tidak berniat untuk menyindir sesiapa. Cuma kami mahu sesiapa yang menonton mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku” tegas Zaifri ketika ditemui pada majlis pratonton teater itu malam Isnin lalu.

Tambah Zaifri walaupun pada awalnya dia rasa gementar apabila buah tangannya ini mula masuk panggung Sabtu lalu, namun perasaan itu hilang sebaik saja mendapat pujian pelbagai pihak.

“Bukanlah saya hendak memuji diri sendiri tetapi rasa gembira juga apabila Datuk sendiri berpuas hati dengan pementasan itu. Dia ada datang menonton malam semalam (Ahad) dan dia kata dia berpuas hati dengan apa yang dilihatnya. Tapi dia tak adalah mengulas satu demi satu.

“Iyalah, bukan mudah hendak mengarahkan naskhah Datuk. Saya akui teater ini memang berat. Bukan saja dari segi isu yang diketengahkan tetapi juga bagaimana hendak menghasilkannya dalam bentuk teater.

“Bahagian paling sukar untuk teater ini adalah dari segi sudut artistik. Saya mengambil banyak masa untuk mengkaji mengenai set. Bukannya apa, kita tak ada contoh yang spesifik. Situasi ini bukan berlaku di Malaysia. Jadi selagi tak puas hati dengan apa yang ditunjukkan pereka, saya akan suruh dia buat balik,” cerita Zaifri yang mempunyai pengalaman luas dalam pengarahan teater. Antara teater popular sentuhannya adalah Lantai T Pinkie, Tiang Seri Tegak Berlima, Malam Haram dan juga Muzikal Ali Baba.

Pada awal pembukaan, teater ini bergerak dengan perlahan. Penonton dihidangkan dengan tarian dan nyanyian yang menceritakan apa sebenarnya yang berlaku ketika itu. Graf semakin memuncak apabila teater ini memasuki segmen ketiga di mana yang memaparkan babak di Kota Gemilang, yang berada di bawah pemerintahan Uzza, seorang Raja yang kejam.

Elemen sedih, komedi, gembira dan aksi semuanya disatukan penulis dalam teater ini. Seperti biasa, pelakon Azizah Mahzan sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya membawakan watak Mira, yang juga menjadi tukang cerita dalam teater ini. Sebagai pencerita, Azizah berjaya membuatkan penonton faham dan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Tidak kurang hebat malam itu adalah pelakon berpengalaman Shahruddin Thamby yang membawakan watak Hawar, yang ada ketika dibenci dan ada masanya mampu membuatkan penonton terbahak-bahak dengan aksi komedinya. Turut membintangi teater ini ialah Tony Eusoff (Juda), Sabrina Ali (Iriam), Iqbal Taufik (Uzza), Azman Abu Bakar (Ibra), Rudy De Luna Jr (Subat) dan Mohd Nor Fatih Mohtar (Silbi)

Sebagai sebuah teater yang dikendalikan oleh anak tempatan, Mana Setangginya berjaya mencatat sejarah tersendiri. Adegan terbang seperti yang diuar-uarkan sebelum ini berjaya menjadi menjadi tarikan dan mempesonakan ramai.

“Tapi ia bukanlah tarikan utama semata-mata. Ada juga faktor lain yang membuatkan orang ramai hendak menonton teater ini. Memang kami mahu selitkan adegan terbang ini untuk menaik taraf teater Melayu dan ini adalah julung kali teater tempatan mewujudkan adegan terbang di Istana Budaya.

“Cuma kami tak dapat menunaikan janji kami sebelum ini untuk pari-pari ini terbang ke arah penonton kerana ia membabitkan soal keselamatan. Selepas diambil kira soal keselamatan, maka kami terpaksa membatalkan hasrat itu dan fokuskan kepada adegan terbang di atas pentas saja,” ujar Zaifri.

Seperti yang ditegaskan Zaifri, watak Juda, Hawar, Iriam, Ibra, Silbi dan Subhat sebenarnya ada di mana-mana juga.Malah mereka sudah pun wujud sejak beribu-ribu tahun lalu.

“Demi kerana tamakkan kuasa, mereka sanggup menggali dan membongkar aib orang semata-mata kerana mahu orang itu jatuh. Dan itulah juga yang dilakukan oleh Silbi dan Subhat ke atas Iriam.

“Dalam teater ini saya banyak menggunakan unsur perlambangan termasuk watak dan perwatakan. Begitu juga dengan perkataan sodom wa gamurah juga adalah perlambangan kepada sifat keji yang diamalkan pengikut Uzza,” dedah Zaifri.

Siapakah watak-watak itu? Hanya penulis dan pengarah saja yang tahu jawapannya.

SINPOSIS: Mana Setangginya

BERKISAR kepada perkampungan nelayan di tepi pantai. Penduduknya menyara hidup dengan memerangkap ikan dan menjual hasil pokok setanggi. Nelayan dilarang menangkap ikan pada Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar sudah berpindah ke bukit yang dinamakan Kota Gemilang.Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka. Juda anak Hawar mengahwini kekasihnya, Iriam anak kepada Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal-usul Iriam.

Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lantaran itu, dia dan ayahnya mahu kampung nelayan yang bertaburan mengiktiraf kedudukan mereka sebagai raja. Yang ingkar akan diserang. Mereka menguasai kampung ini dan berkehendakkan segala tangkapan hendaklah dijual kepada mereka.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:30 pm

Zed sertai senarai blogger 'kontroversi'?

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Zed1110
Zed akui akan lebih berhati-hati, walaupun penulisan di blognya itu bukan dilakukan dengan niat untuk menghentam mana-mana pihak - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH


NAMA jejaka kacak ini tiba-tiba saja hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Semuanya gara-gara penulisan 'kontroversi' pelakon ini di laman blognya, yang dikatakan 'menghentam' pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof.

Meskipun tuan empunya diri, Zed Zaidi telah cuba menjernihkan keadaan dengan memberi kenyataan sebenar tentang perkara itu serta memohon maaf kepada Syamsul sendiri, namun nampaknya 'kes' itu masih berlarutan.

Malah, Syamsul juga menarik diri untuk menyertai satu sesi fotografi bersama Zed di dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini kerana dikatakan masih curiga dengan kemaafan yang dibuat oleh Zed.

Akui Zed, dia sedar reputasinya pasti tercalar. Malah, seboleh mungkin, dia tidak mahu lagi memanjangkan lagi isu ini yang pada pendapatnya pasti akan kembali 'panas' andai kata dia terus bercakap tentang perkara tersebut.

Apa yang berlaku, tutur Zed, akan menjadi menjadi pengajaran buat dirinya agar lebih berhati-hati, walaupun penulisannya di blog itu bukan dilakukan dengan niat untuk menghentam mana-mana pihak.

Pembabitannya sebagai anak seni selama 10 tahun ini banyak membantu Zed mengendalikan hal tersebut dengan lebih 'matang' dan profesional, walaupun akur banyak pihak menuding jari terhadap dirinya berikutan isu tersebut.

"Ini adalah cabaran yang paling besar sepanjang pembabitan saya di dalam bidang ini. Sebelum ini, saya tidak pernah berdepan dengan kontroversi macam ni. Benda dah terjadi...jadi saya kena terima jika orang menyalahkan saya.

"Biasalah, ada orang suka dengan kita, dan ada juga yang tidak suka. Lebih-lebih lagi bila masuk bidang ini, memang kita terima hakikat tentang cabaran yang perlu dilalui sebagai artis.

"Begitu juga dengan kes saya dengan Syamsul. Apapun yang berlaku, saya masih boleh bersikap profesional dengan dia. Jika bertemu dengannya di mana-mana majlis, saya tidak ada masalah untuk tegur seperti biasa," kata Zed.

Ketepikan seketika kisah kontroversi ini. Tatkala cuba 'menenangkan' keadaan akibat isu itu, Zed dikatakan 'beralih' topik di blognya itu dengan memaparkan pula kisah peribadinya untuk tatapan peminat.

Di dalam blog itu, Zed menceritakan tentang perkenalannya dengan seorang gadis dan turut meminta pendapat daripada peminat-peminatnya tentang hubungan tersebut.

Zed hanya ketawa apabila hal itu diutarakan kepadanya. Namun, apabila cuba menyelami perasaan jejaka yang bakal menginjak usia 29 tahun pada 27 Jun ini, Zed akhirnya membuka mulut jua berbicara tentang subjek 'cinta' itu.

"Sejujurnya, saya memang tengah mengenali 'seseorang'. Tapi saya sebenarnya tidak pasti tentang hubungan ini. Sebab itu saya berkongsi cerita ini dengan peminat-peminat di blog dan tanya pendapat mereka mungkinkah benar gadis itu adalah jodoh saya.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Zed2210
Aktor yang melonjak namanya menerusi drama bersiri Sembilu Kasih ini sibuk membahagikan masa antara karier seni dan perniagaan yang dijalankannya ketika ini


"Rasanya, tidak salah untuk saya berbuat demikian. Banyak juga komen yang saya terima dan pelbagai nasihat yang mereka berikan," ujar Zed.

Enggan berbicara lanjut tentang gadis itu, kata Zed, dia sememangnya sudah mula memikirkan tentang perkahwinan apatah lagi setelah merasakan dirinya sudah bersedia ke arah itu.

"Saya ingin berkeluarga...ingin memiliki anak sendiri. Memang saya sudah bersedia untuk menjadi suami dan bapa. Saya sering rasa sunyi dan perlukan seseorang untuk bercakap tentang banyak perkara. Tapi, jodoh belum sampai lagi.

"Ramai yang beranggapan, saya meletakkan standard yang tinggi untuk ciri-ciri gadis idaman. Saya bukan seperti itu, saya sukakan gadis yang bijak...tidak semestinya cantik," kata pemegang Ijazah Pentadbiran dan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA ini.

Ligat kembangkan bisnes

Senario ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika ini nampaknya tidak menyekat peluang Zed untuk terus mengembangkan bisnes yang sedang diterajuinya.

Tatkala rezekinya di dalam bidang lakonan masih lagi mencurah-curah, aktor ini tidak mahu mengambil sikap selesa dan lantaran itu, tetap mengambil peluang yang ada untuk melebarkan lagi bisnes tiga syarikat miliknya; D Zed Resources Sdn Bhd yang mengendalikan pelbagai jenis perniagaan antaranya maruku, produk kopi dan termasuklah pengurusan acara, DMB Kembara Sdn Bhd (membekalkan barangan peralatan di universiti) dan Bintang Dahlia Sdn Bhd (pengurusan hartanah).

Dalam kesibukannya menjalani penggambaran drama, seboleh mungkin Zed akan pastikan dirinya sentiasa mengetahui perkembangan perjalanan bisnesnya itu yang turut dibantu oleh rakan kongsinya.

"Sebelum bergelar artis lagi saya sudah berkecimpung dalam perniagaan dan saban hari, saya sentiasa akan fikirkan idea untuk terus kembangkan bisnes. Dan saya tidak nafikan, sebenarnya status sebagai artis juga menjadi platform yang baik untuk saya majukan lagi bisnes.

"Bukan ingin mempergunakan status itu, tetapi hakikatnya bila orang sudah mengenali kita, secara tidak langsung bisnes juga senang dijalankan.

"Tetapi apapun, semuanya tetap bergantung kepada 'PR skills' dan disiplin juga. Tidak kiralah di dalam bisnes mahupun industri seni sekalipun, jika kita senang berurusan dengan banyak pihak, orang akan percaya kepada kita," ujarnya yang turut menjadi pelabur kepada sebuah butik online, Damzel.

Ditanya pula tentang perkembangan aktiviti seninya, kata Zed, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Teratak Mahligai untuk RTM bersama pelakon-pelakon seperti Azizan Nin dan Nabila Huda.

Menurutnya, setakat ini tawaran berlakon masih banyak diterimanya termasuklah projek lakonan sempena bulan Ramadan nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:35 pm

'Detektif Lim' bersyukur diberi peluang terus bersama Gerak Khas

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 01305012"Detektif" Lim dan peguamnya, Nor Azri Mohd. Arif selepas kes ditangguhkan. - foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS


KUALA LUMPUR: "Hati saya masih terbeban dengan kes ini dan berharap ia akan selesai secepat mungkin," luah Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, atau lebih dikenali dengan nama Detektif Lim menerusi drama bersiri popular Gerak Khas berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi kerana kesalahannya mencuri buku di sebuah kedai buku, Mac lalu.

Mahkamah Majistret di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes tersebut kepada 29 Julai depan setelah seorang pegawai penyiasat yang juga merupakan salah seorang saksi kes itu tidak dapat hadir di mahkahmah.

Farid didakwa mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven berharga RM105 dan The Sistine Secrets (RM89.90) di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.

Dia pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, apabila tuduhan dibacakan kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ditemui di luar mahkamah, Farid yang berpenampilan kemas dengan berbaju oren dan ditemani peguam belanya, Nor Azri Mohd. Arif melahirkan rasa bersyukur kerana walaupun kes itu belum berakhir, dirinya masih mendapat kepercayaan banyak pihak, termasuklah Datuk Yusof Haslam yang masih memberi peluang untuknya membintangi Gerak Khas.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 01305013


"Saya berasa syukur dengan Datuk yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus beraksi dalam Gerak Khas. Saya juga berterima kasih kepada sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan," kata Farid yang cuba mengelak untuk mengulas lanjut tentang kes tersebut.

Ujarnya, dia kini hanya pasrah dan berserah kepada Allah tentang nasibnya berhubung kes ini.

Namun, kata Farid, kes itu bagaimanapun tidak menjejaskan peluangnya berlakon, kerana setakat ini, dia masih menerima beberapa tawaran berlakon drama selain Gerak Khas.

Sementara itu, peguamnya, Nor Azri yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah itu.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya tunggu perbicaraan pada 29 Julai ini," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:38 pm

Isma tiada niat langsung tiru Siti

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Isma110
Wajah terbaru Isma selepas keluar dari AF7. -foto mStar oleh SITI AZIRA


SEJAK kemasukannya dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-7, ramai memerhatikan Ismaliza Ismail atau Isma, 30, mempunyai gaya dan lenggok nyanyian penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Namun begitu, tidak pernah terlintas dalam diri ibu kepada lima orang anak ini untuk meniru sesiapa lebih-lebih lagi Siti yang sudah dianggap sebagai idolanya.

“Saya tak tahu pun yang orang cakap saya seperti Siti. Kalau orang dengar ‘single’ ‘Bisikan..Godaan’, memang jauh beza antara saya dan dia kerana saya mempunyai perbezaan sendiri.

“Sebelum ini saya tidak tahu yang saya mempunyai sedikit persamaan dengannya.

“Saya tiada niat langsung untuk meniru Siti. Orang lain pun fikir tidak mahu ada Siti yang kedua.

“Saya harap orang tidak akan bercakap tentang isu ini lagi. Dia merupakan idola saya dan saya hanya ingin mengikut seperti apa yang dicapai olehnya sekarang,” jawab Isma.

Ujar Isma, dia bukan sahaja mengagumi bakat dan pencapaian yang dimiliki oleh Siti malah akan berasa bangga sekiranya dapat membuat persembahan bersama penyanyi nombor satu negara itu.

“Jika saya dapat berada satu pentas dengannya, memang suatu impian yang menjadi nyata. Siapa yang tak nak menyanyi dengan Datuk Siti,” luah Isma yang turut meminati penyanyi evergreen seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Sharifah Aini.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Tom710
Isma dan suami, Zulkifli Majid ketika meraikan majlis kesyukuran Isma dan adiknya, Tomok OIAM3.


Ditanya tentang karier seninya selepas bernaung di bawah Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Isma berkata dalam masa enam bulan ini dia hanya mengikut apa yang dirancangkan.

Selain itu, isteri kepada penyanyi dan komposer Zulkifli Majid atau Zul 2 By 2 ini akan merakamkan single Bisikan...Godaan yang digubah oleh suaminya dan terlibat dalam beberapa show termasuk Konsert Reunion AF7 pada bulan depan.

Isma dan suaminya juga mempunyai perancangan untuk berduet jika berpeluang.

“Kalau ada rezeki, saya dan Abang Zul memang nak berduet sebab kami sudah ada lagu tetapi apa-apa pun kena tengok pada AESB dulu,” katanya.

Isma juga berkata tidak banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya kerana dia sudah lama menceburi bidang nyanyian cuma tidak terdedah dengan industri seni ini.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini akan sedaya-upaya merealisasikan impiannya yang telah lama terpendam selama ini.

“Dari dulu lagi, saya memang nak jadi artis yang ada album sendiri kerana lagi senang untuk saya bergerak dalam industri ini, ada benda yang saya boleh cerita dan banyak peluang lain yang akan muncul kemudian,” ujarnya.

Demi cita-citanya, Isma sanggup meninggalkan anak-anaknya yang akan dijaga oleh keluarga dan suaminya.

Kata Isma, "Saya beruntung kerana mendapat keluarga yang memahami.

"Saya akan cuba seimbangkan antara kerja dan keluarga. Kalau kerja, kerja. Anak-anak pun dah membiasakan diri tinggal dengan ibu dan bapa saya dari kecil.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:51 pm

Cheryl yang memiliki nama penuh Cheryl Marina Samad

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Cheryl10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Cheryl11

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Cheryl12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 3:57 pm

Juliana Evans Memakai Singlet

Pelakon manis dan comey lote nie sekarang hangat diperkatakan bercinta dengan Sam Bunkface. Namun ianya sekadar cinta-cintun jerk, lama-lama putus juga tue, alahai artis kan, dah lumrah tukar-tukar pasangan. Namun kita doakan sahajalah, dorang cepat-cepat kahwin. Bertukar topik, gambar di bawah nie, merupakan Juliana Evans memakai singlet dan menampakkan bahagian keletiaknya. Memang sungguh seksi bila melihatnya, apatah lagi dia seorang yang manis dan bergaya. Ngeh3.

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Julian10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Julian11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 4:13 pm

Gambar Terbaru Zarina AF2

AF2 sudah lama meninggalkan jejak. Namun AF2 lah merupakan AF yang paling best dan seronok dalam sejarah AF. Ramai artis lahir dari AF2, AF yang lain, ntah ke mana menghilang pelajarnya. Zarina AF2, masih kenal? mungkin lupa2 sikit kot. Kali terakhir Zarina pernah muncul di khalayak umum pada filem pertamanya dahulu, Jangan Pandang Belakang Congkak, jadi disini bermaksud, pelajar AF2 masih menjadi rebutan ramai pihak berbanding AF-af yang lain

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Zarina13

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Zarina14

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Zarina15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 4:19 pm

Gambar Terbaru Linda Nanuwil

Linda Nanuwil penyanyi yang dahulunya top dalam AF kini semakin merosot prestasinya. Gambar di bawah (akhbar) diambil semasa dia tengah bertanding menyanyi lagu Dusun kat kampung halamannya, di Ranau Sabah. Dengar nya di sana, dia tak merangkul apa-apa kejuaraan (tak menang). Selain daripada itu tubuh badannya juga nampak slim melim. Penulis tidak tahu jika dia masih mempunyai peminatnya di laman blog ini, jika tiada, anggap sahaja lah Linda Nanuwil ni sebagai seorang artis

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Lindaa10

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Dec08l10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeThu 18 Jun 2009, 5:20 pm

Pengurus Acara: Lelaki Vs Wanita



KUALA LUMPUR, 17 JUN 2009: Minggu lalu kita telah menyaksikan persaingan untuk merebut watak sebagai mekanik oleh 5 peserta lelaki, minggu ini Pentas Anak Wayang (AW) diteruskan lagi pada Jumaat ini dengan penampilan 5 peserta baru yang akan merebut watak sebagai pengurus acara pula.

Apa yang unik, inilah kali pertama peserta lelaki dan wanita bersaing untuk satu-satu watak. Minggu pertama hanya membabitkan peserta wanita dan minggu kedua, lelaki.

Seramai 3 dari 5 peserta itu adalah perempuan iaitu Faizatul Akmal Abdullah, 22; Maisurah Sojangi, 19; dan Tong May Lan, 30. Manakala 2 peserta lelaki ialah Mohd Hafiz Firdaus Haji Mohd Noor, 22, dan Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, yang akan berentap bagi memenangi hati barisan juri profesional sebelum dipilih sebagai 2 peserta yang layak ke peringkat seterusnya untuk diundi oleh penonton secara SMS pula.

Seterusnya, salah seorang daripada 2 peserta terbaik itu akan berpeluang berlakon dalam drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima, siaran Isnin depan.

5 peserta yang akan bertanding dalam Pentas Anak Wayang, Jumaat ini adalah:

1. Faizatul Akmal Bt Abdullah (EIZ) - Kedah, 22
2. Maisurah bt Sojangi (MAI) - Selangor, 19
3. Tong May Lan (MEOKI) - Pulau Pinang
4. Mohd Hafiz Firdaus Bin Haji Mohd Noor (FIZZ) - Kedah, 22
5. Mohd Hairi Safwan Bin Aznan (HAIRI) -Kedah, 21

Bagi mengundi (AWUNDI) mereka, sila taip AWUNDI NAMA PESERTA atau AWUNDI <3/5/10> NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 AFZAN ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan 1. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.

Bagi makluman anda, program Sesi Anak Wayang (diari harian peserta) yang dihoskan oleh Nur Fazura akan ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin-Rabu jam 9.30 malam.

Pentas Anak Wayang (pertandingan) yang dihoskan Rusdi Ramli ke udara setiap Jumaat jam 9.30 malam. Drama bersiri Kecuali Cintamu pula ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin - Jumaat lakonan pemenang Anak Wayang yang berjaya setiap minggu bersama pelakon yang sudah terkenal seperti Aman Shah, Haleeda, Nanu Baharuddin dan Ashraf Muslim.
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeFri 19 Jun 2009, 5:23 pm

sally_eiyna wrote:
eira ariyana wrote:
hai sally wah da bayk gosip ko terjah ni.heheh

hah tgu lagi....ko tau x dh byk gossip yg ketinggalan tau x.....


ngeh3x tula aku kena kejar gosip2 dri ko nii.ehheeh
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeSun 21 Jun 2009, 9:32 am

Gambar Terbaru Catriona Ross (Cat)

-
Catriona Ross atau Cat akan melangsungkan perkahwinannya pada 27 jun ni di Kota Bahru.

"Perancangan perkahwinan saya di Kota Bharu dan di pihak lelaki (Wangsa Maju, Kuala Lumpur) akan dikendalikan oleh Amir. Tetapi untuk majlis ketiga pula, iaitu di Bora Ombak, saya pula yang akan uruskan," ujar Cat bersemangat.

Tambahnya, dia turut membuat cenderamata khas untuk tetamu-tetamunya yang hadir serta menghiasi meja beradab dengan bantuan Amir.

Pada hari perkahwinan Cat di Kota Bharu, majlisnya akan berlangsung bertemakan Melayu klasik manakala di belah pihak lelaki, majlis itu lebih kepada ala-ala Barat iaitu English Lavender. Di Bora Ombak pula, Cat lebih selesa dengan konsep taman.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitimeTue 23 Jun 2009, 9:01 am

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 2110

AYU KAN DIA NI..................
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8   BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8 - Page 9 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN-PART 8

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 9 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions