Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 3:50 pm

Watie Sanggup Belajar Cara Untuk Menggedik
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 01417710

foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

KERAP kali menonton karektor yang dilakonkan oleh Watie Sadali di televisyen pastinya kelihatan gedik dan suka membuli.

Misalnya watak itu terkesan menerusi beberapa buah drama lakonannya seperti 'Rahsia Hati', 'Gelora Di Hati Sara' dan terbaru 'Sanggar Cinta Raudhah'.

Menurut Watie, ikutkan dia bukanlah seorang yang gedik seperti digambarkan dalam drama-drama tersebut. Jadi, tidak mustahil dia sanggup belajar untuk menggedik misalnya disebabkan mahu betul-betul menjiwai watak seorang yang gedik itu.

"Saya bukan perempuan gedik. Jadi saya banyak tonton filem yang memaparkan wanita gedik seperti filem 'Confessions of A Shopaholic' yang menampilkan watak utama Rebecca lakonan Isla Fisher.

Saya cuba belajar cara-cara untuk menggedik kerana gedik bukan diri saya dalam dunia realiti. Jadi, saya tak nafikan yang ada juga peminat tidak sabar untuk menunggu cerita-cerita lakonan saya kerana faktor gedik dan suka membuli itu.

"Misalnya, ada peminat yang membuat teka-teki di FaceBook mengenai apa yang akan dilakukan oleh watak lakonan saya, Tengku Marina selepas ini," kata Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 33.

Sekarang, ibu kepada Ahmad Afif Danial, 5, ini sedang menjalani penggambaran drama 'Gelora Di Hati Sara 2' terbitan syarikat produksi aktor dan produser Rosyam Nor, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Watie akui kebanyakan drama lakonannya seperti 'Iris', 'Rahsia Hati', 'Rozana', Gelora Di Hati Sara'dan 'Sanggar Cinta Raudhah' merupakan terbitan Suhan.



Namun, dia juga pernah menjalinkan kerjasama dengan beberapa produser lain seperti menerusi drama 'Jodoh Oh Jodoh' dan 'Spa Q 2'.

"Saya mengaku ramai pengarah lain termasuk Rosyam Nor yang banyak membantu menaikkan nama saya. Jadi, sebab itu saya berlakon di bawah pelbagai produser dan pengarah. Tetapi saya rasa orang lain silap jika mengatakan saya banyak berlakon

drama dengan Suhan dalam setahun kerana diikutkan hanya dua buah drama," ulasnya.

Semasa majlis pratonton dua buah drama terbitan Suhan iaitu 'Sanggar Cinta Raudhah' dan 'R & R', Rosyam ada memuji Watie dan menjangkakan yang wanita ini bakal bergelar heroin terkenal dalam tempoh dua tahun lagi.

"Saya rasa seronok dengan kata-kata Rosyam. Saya rasa tanggungjawab saya semkain besar apabila dapat berlakon dengan pelakon hebat. Jadi, saya masih 'menggali-gali' kerana belum cukup ilmu. Saya anggap tempat penggambaran seperti sekolah," katanya yang mula aktif berlakon sejak muncul menerusi drama 'Haryati 1 dan 2' pada tiga tahun lalu.

Sejak dari itu, rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Malah, walaupun namanya semakin dikenali ramai, Watie tetap merendah diri dan akui masih 'takut' bergandingan dengan nama-nama besar dalam industri lakonan tempatan.

Namun Watie tidak pernah melupakan jasa Rosyam walaupun hakikat dirinya selalu diherdik oleh pelakon popular itu apabila tidak melakukan seperti yang diinginkan.

"Orang tak kenal dia jadi orang tak tahu dia seorang yang bagaimana. Dia menjadikan saya seorang yang pandai berlakon dan lebih berhati-hati dalam lakonan," beritahunya yang sudah lima tahun menjanda.

Baru putus cinta

Selepas baru putus cinta, Watie berkata dia akan lebih menumpukan kepada karier lakonan dan anak lelakinya, Afif yang berusia lima tahun.

Namun begitu, Watie mengaku yang dia masih berkawan baik dengan bekas teman lelakinya itu.

"Insya-Allah, saya juga akan membuka perniagaan kedai makan yang menghidangkan makanan Melayu," tuturnya sebelum mengakhiri perbualan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 3:51 pm

Norman Gagal Tunjuk Kad Pengenalan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gobambak Timur diberitahu hari ini bahawa pelakon Norman Hakim gagal menunjukan kad pengenalan diri ketika diminta berbuat demikian sewaktu serbuan dibuat.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Kyairol Nizam Khairuddin yang tampil memberi keterangan kali kedua dalam prosiding khalwat Norman dan pelakon baru, Memey Suhaiza, berkata, keadaan sewaktu serbuan dibuat adalah mencurigakan apabila dompet dan kad pengenalan Norman berada di tingkat bawah (iaitu di bilik Memey).

Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 33, dan Memey atau nama sebenamya Suhaiza Suhaimi, 21, masing-masing dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di pejabat beralamat di 4-1A Jalan UP1/2 Taman Ukay Perdana, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008.

Dalam prosiding hari ini, peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh, Fakhrul Azman Abu Hassan mempersoalkan pertuduhan ke atas pasangan Norman-Memey.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Norman10
Norman dan Memey berjalan keluar meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Prosiding khalwat mereka bersambung 15 Januari 2010.

Bagaimanapun, Fakhrul ketika menolak kenyataan saksi berkata bahawa kad pengenalan bukanlah satu bukti atau perkara yang tertulis di bawah seksyen 29 (a), yang boleh menuduh suspek atas tuduhan khalwat. Fakhrul: Setuju atau tidak saya katakan, apa yang perlu dibuktikan di mana IC (kad pengenalan) itu berada bukanlah ramuan dibawah 29 (a).

Kyairol: Tidak setuju.

Fakhrul: Awak mengesyaki seolah-olah suspek lelaki berada di bawah?

Kyairol: Ya.

Fakhrul: Adakah hanya berdasarkan syak wasangka atau didapati lelaki dan perempuan berada bersama, perasaan syak wasangka tidak boleh dibuktikan. Adakah "tuduh" atau "didapati" maksud yang sama?

Kyairol: Beza

Fakhrul: Dalam laporan awak, apa yang dinyatakan adalah tidak tepat.

Fakhrul memberitahu mahkamah bahawa Kyairol hanya "mengesyaki" dan bukan "mendapati" mereka berkhalwat.

Selain itu Fakhrul turut mendakwa laporan polis yang dibuat oleh Kyairol mengelirukan seolah-olah mereka (suspek) berada di alamat yang sama iaitu di 4-1A Jalan UP1/2 Taman Ukay Perdana, sedangkan Norman berada di tingkat atas dan alamat yang berlainan.

Fakhrol: Setuju atau tidak saya katakan, oleh kerana kesilapan awak telah menyebabkan pendakwa melakukan pertuduhan.

Kyairol: Tidak.

Fakhrul: Setuju atau tidak, awak tidak menyatakan alamat di tingkat atas dan saya katakan laporan polis awak tidak benar.

Kyairol: Setuju.

Fakhrul memberitahu mahkamah, laporan polis yang dibuat adalah sekadar berdasarkan syak wasangka bukan bukti yang ditemui.

Prosiding kes ini bersambung pada 15 Januari 2010.

Norman ketika ditemui wartawan di luar mahkamah memberitahu bahawa perbincangan belum selesai dan mereka tidak boleh memberi apa-apa kenyataan tentang perjalanan perbicaraan ini.

"Saya ikut prosedur mahkamah dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Setakat ini saya tidak dibenarkan menceritakan kepada umum. Itu yang paling baik.

"Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya, saya perlu berhadapan dengan situasi ini. Memandangkan kami artis, saya sentiasa bersedia dan berfikiran positif," katanya yang berkot coklat dan bersongkok.

Sementara itu, Memey yang bertudung merah jambu memberitahu dia sentiasa bersedia menerima apa juga prosedur yang telah ditetapkan.

"Siapa juga yang berada di tempat saya pasti tidak berasa selesa dengan keadaan seperti ini, saya hanya berfikiran positif dan melaluinya dengan redha," ujar Memey yang kelihatan tenang.

Bagi kesalahan itu, mereka mendakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995, bagi Norman Hakim sementara Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995.

Jika sabit kesalahan, Memey dan Norman Hakim boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 3:57 pm

Tersasar Di Jalanmu Ungguli Drama Terbaik ASK2009
Oleh WAHIDA ASRANI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Ask11110

foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Drama arahan Erma Fatima, Tersasar Di Jalanmu telah diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Drama tersebut juga turut menyaksikan Erma dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik; Rosnah Mat Aris bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Norish Ismail (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) serta Videografi Terbaik.

Que Haidar dan Ahmad Tarmimi Saregar juga muncul sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, masing-masing menerusi drama Terlerai Takbir Kasih dan Tak Serupa Tapi Sama.

Dalam pada itu, filem arahan Hatta Azad Khan, Wayang muncul sebagai Filem Terbaik mengetepikan empat buah filem lain iaitu Susuk, Kami The Movie, Talentime dan Budak Kelatan.

Hatta juga memenangi gelaran Pengarah Terbaik Filem manakala tiga pelakon filem tersebut iaitu Eman Manan, Zulhuzaimy dan Ida Nerina masing-masing turut merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Bintang muda, Liyana Jasmay juga berjaya menewaskan empat pelakon lain iaitu Mas Muharni, Sabrina Hassan, Pamela Chong dan Nabila Huda untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem.

ASK2009 yang bertemakan Malam Arab - Hikayat Seribu Satu Malam itu turut memperkenalkan Anugerah Yasmin Ahmad sebagai penghormatan buat pengarah tersohor itu dengan memberi pengiktirafan kepada seorang bakat baru di dalam industri seni tanahair.

Anugerah itu diberikan kepada Jaclyn Victor menerusi filem Talentime dan ia disampaikan oleh adik kepada Allahyarham Yasmin, Datin Orked Ahmad.

Kesemua pemenang menerima trofi serta hadiah lawatan ke Hollywood, Los Angeles.

Acara berprestij yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Fara Fauzana itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi-penyanyi popular tanahair iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Bob, Aizat, Jaclyn Victor, Lan The Typewriter, Black, Hattan, Tia dan One Nation Emcees

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2009:
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:07 pm

Den Wahab bersama isteri, Nora

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Den-wa10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:08 pm

Amanda Misbun nampak lurah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Amanda10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:36 pm

Gambar Farliana Penyanyi Baru Di Bawah Pengurusan Julfekar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41528810
Betul juga orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang pergi tu, sebenarnya memang tak sama dengan yang datang berganti tu.

Dan bagi Julfekar, komposer yang pernah mengurus artis seperti Farawahida kini dah ada penyanyi baru untuk dibimbing. Ini dia, Budiey perkenalkan… FARLIANA!

Gadis tinggi lampai yang berasal dari Johor ini rupanya baru berusia 16 tahun. Masih muda dan bakatnya boleh tahan. Nyanyiannya untuk lagu single pertamanya, SETULUS HATI telah diperdengarkan di Sidang Media Anugerah Bintang Popular - Pencalonan Awal - dengan tema Kemuncak Kegemilangan yang berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses pada jam 3 petang tadi.

Farliana adalah pemenang tempat ke-3 Bintang Idola dan tahun lepas kalau anda masih ingat, Farliana adalah salah seorang anggota sebuah kumpulan South Trio yang menyertai Gangstarz.

Diharap sejarah tak mungkin berulang…
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:37 pm

Amber Chia seperti biasa bergaya dengan dress gaun berwarna ceria yang terang bercorak abstrak yang seksi!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41524510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41524511
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:54 pm

Gambar Saida & Sairah di Sidang Media ABP-BH 2009
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41537310

Semalam, jam 3 petang, telah berlangsung Majlis Sidang Media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 di Unity Ballroom, Palace of The Golden Horses Hotel Mines City Resort.

Untuk info pembaca budiman semua, ABP 2009 kali ini akan berlangsung pada 4 April 2010 di Arena of Stars, Genting Highland Kota Keriangan.

Sidang media pertama untuk sesi 2009 ini diadakan untuk mengumumkan tarikh, lokasi dan format baru undian pencalonan ABPBH2009. Juga tema pada kali ini ialah PUNCAK KEGEMILANGAN.

Jadi, sekarang dalam peringkat mencari calon baru… dan of course calon-calon artis dan selebriti ternama yang lama juga bakal tersenarai sekiranya mereka masih keluar dengan produk mereka.

Budiey difahamkan, borang pencalonan pusingan awal ABP2009 akan mula dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu mulai 4 Disember 2009. Jadi, jangan lupa undi artis kesayangan anda!

Oohhh… ramai sekali selebriti hadir semalam. Antaranya, adik dan juga kakak kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi yang akan tersenarai dalam pencalonan awal ABP2009. Sairah dan Saida hadir dengan fesyen yang kasual dan memilih warna yang sedondon. Hitam dan kelabu!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:55 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41546810

IZ OIAM yang mengenakan pakaian daripada rekaan Hatta Dolmat.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 4:56 pm

Movie Day Out Sensasi Selebriti - Filem NINJA ASSASIN

Mahu menonton filem aksi lakonan RAIN, NINJA ASSASSIN bersama pembaca Budiey.com? Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti - NINJA ASSASSIN .

Bila? Hari SABTU ini, 5 Disember 2009, Jam 11.30 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC, Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang

KATEGORI: 18SG

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 40521610


Jom menonton beramai-ramai dengan pembaca setia yang lain.

Kepada pembaca, semua yang hadir akan mendapat GOODIE BAG daripada Budiey~! Semuanya menanti untuk korang
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 5:00 pm

Nadia Mustafa, Leez Rosly, Nisha Dirr Dalam Cubit Cubit Sayang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41576910
TV2 KONGSI KISAH 4 DARA BERDEPAN PANCAROBA TINGGAL DI IBUKOTA

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria, TV2 bakal menyiarkan drama bersiri Cubit-Cubit Sayang mulai 14 Disember 2009, setiap Isnin, jam 12.00 malam di TV2 yang berkongsi kisah kehidupan wanita berasal dari kampung dan tinggal bersama kawan-kawan terpaksa menempuh berbagai pancaroba. Keempat-empat mereka tinggal serumah walaupun berasal dari negeri yang berbeza. Tetapi sikap tolong-menolong dan saling memahami antara satu sama lain membuatkan kesemua mereka bahagia hidup bersama demi mengejar cita-cita masing-masing sebagai insan yang berjaya di ibu kota.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 5:32 pm

Gambar Ifa Raziah di Karpet Merah Anugerah Skrin 2009
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41576810
Anugerah Skrin 2009 telah pun melabuhkan tirainya. Tahniah buat TV3 atas penganjuran. Satu yang harus dipuji ialah konsep dan tema Arabian Nights yang dianggap dapat menyuntik kelainan dan keunikan tersendiri.

Dari tahun 1995 hingga sekarang, nampaknya Anugerah Skrin adalah antara majlis berprestij. Namun, dalam pada meriah dengan selebriti yang mengenakan tema Hikayat Seribu Satu Malam… pasti ada sesuatu yang tidak kena juga. Itu dah tak boleh lari. Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Namun, apa yang perlu dipuji adalah matlamat sebenar penganjuran ASK2009 tercapai iaitu mahu memartabatkan pengkarya tanahair untuk drama dan filem. Tahniah buat semua pemenang. Sedih gak tengok ramai pemenang tak dapat datang menjulang trofi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41584410
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 5:34 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41585710

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Pelakon Lelaki Terbaik: Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)

Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Saregar (Tak Serupa Tapi Sama)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)

Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Lakon TV Terbaik : Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru

Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe

Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Kategori Filem

Filem Terbaik: Wayang

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan (Wayang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay (Kami The Movie)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zulhuzaimy (Wayang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina (Wayang)

Pengarah Terbaik Filem: Hatta Azad Khan (Wayang)

Lakon Layar Terbaik Filem: Fariza Azlina Ishak (Kami The Movie)

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)

Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini (musim ke-5)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23

Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2

Realiti Terbaik: Gadis Melayu (peringkat akhir)

Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama- Air Najis

Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad): Jaclyn Victor (Talentime)
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 5:36 pm

Liyana Jasmay Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik ASK2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41584910

Wow… nampaknya 2009 adalah tahun kemenangan buat pelakon kecil molek ni, Liyana Jasmay. Pada Festival Filem Malaysia 22 hari tu, Liyana Jasmay dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik… dan semalam di Anugerah Skrin 2009, Liyana Jasmay berjaya menggondol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Kami The Movie.

Semoga terus sukses di tahun 2010. Tahniah Liyana
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 5:36 pm

Gambar Hans Isac di Red Carpet Anugerah Skrin 2009

Mulanya, Hans Isac tak nak berhenti singgah sekejap dengan fotografer. Terus je dia meluru masuk ke dalam dewan. Mungkin takut orang kata, dia datang tak mengikut tema ASK2009. Sekadar memakai sepasang suit putih berjalur, bagi Budiey tidak ada yang salah kerana memang dah kira kemas dan formal. Cuma, pemilihan warna putih dan hanya kasut je yang hitam. Hilang sikit elegannya. Cuma yang ada kekemasan dan gaya yang menyerlah.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41590010
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSat 05 Dec 2009, 5:39 pm

Gambar Rozita Che Wan di Karpet Merah Anugerah Skrin 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41598210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41590610

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41590710
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSun 06 Dec 2009, 1:40 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Ak1110
Gandingan serasi Afdlin dan Fara menghiburkan - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

'Malapnya' Anugerah Skrin 2009...

ACARA berprestij Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) akhirnya menyaksikan drama arahan Erma Fatima, Tersasar Di Jalanmu 'menang besar' dengan merangkul enam anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan dalam bahagian drama.

Drama yang memaparkan tentang masalah dan kehidupan di Lorong Haji Taib itu dipilih sebagai Drama Terbaik dan menyaksikan Erma dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama serta Lakon TV Terbaik; Rosnah Mat Aris bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Norish Ismail (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) dan Videografi Terbaik.

Filem arahan Hatta Azad Khan, Wayang pula mengungguli kategori filem apabila muncul sebagai Filem Terbaik, Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Keputusan pemenang telah pun diketahui umum, namun apa yang ingin disentuh di sini ialah perjalanan ASK2009 itu yang dilihat berlangsung dalam suasana yang agak hambar.

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, kehadiran penggiat seni pada ASK2009 kali ini juga tidak begitu memberangsangkan. Tidak tahu di mana silapnya, sedangkan majlis seperti itu merupakan satu acara istimewa untuk menghargai golongan ini.

Tidak gah lagikah nama ASK di kalangan penggiat seni? atau mungkin masa yang tidak sesuai kerana rata-rata pelakon dan penggiat seni lain sibuk dengan urusan masing-masing?

Mujurlah persembahan-persembahan pada malam itu di samping keletah dua hosnya, Afdlin Shauki dan Fara Fauzana berjaya 'menyelamatkan' kesuraman acara tersebut. Gandingan Afdlin dan Fara cukup serasi dan apa yang pasti, aksi mereka amat bersahaja tetapi tetap menghiburkan.

Begitu juga dengan persembahan-persembahan artis yang dilihat mempunyai kelainan tersendiri. Rata-rata lagu yang dipersembahkan disuntik dengan elemen 'padang pasir', bersesuaian dengan tema acara tersebut, Malam Arab - Hikayat Seribu Satu Malam.

One Nation Emcees membuka tirai ASK2009 dengan lagu Seribu Satu Malam tampil dengan persembahan yang cukup bertenaga, diikuti duet Misha Omar dan Bob menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa.

Gandingan Hattan dan Tia Jinbara dengan lagu Mentera Semerah Padi juga dilihat sebagai satu kolaborasi mantap.

Turut membuat persembahan pada malam itu ialah Aizat dengan lagu tema filem Talentime, Pergi sebelum disusuli dengan persembahan menarik oleh Jac, Lan The Typewriter dan Black menerusi lagu Sempurna.

Datuk Siti Nurhaliza seperti biasa tidak menghampakan penonton apabila muncul dengan persembahan penutup yang istimewa dengan mengalunkan medley lagu-lagu popularnya iaitu Balqis, Nirmala dan Ku Percaya Ada Cinta.

Tema Seribu Satu Malam yang dipilih untuk tahun ini sememangnya mempunyai 'keunikan' tersendiri.

Cuma tidak dinafikan, tema sedemikian juga dilihat agak terbatas sehingga ada juga segelintir artis yang menyuarakan kesukaran mereka dalam mencari kelainan fesyen untuk digayakan pada malam itu.

Namun, ramai yang menggemari fesyen gipsi Rozita Che Wan pada malam itu. Walaupun nampak sedikit seksi kerana memadankannya dengan skirt atas paras lutut, namun Rozita memang antara yang 'menang gaya' pada acara tersebut.

Apapun, tahniah buat semua pemenang yang bakal dibawa bercuti ke Hollywood, Los Angeles kelak!

Sekitar ASK2009:

-Norish Ismail yang memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama yang nampak cukup gementar ketika ditanya reaksinya selepas menang sewaktu di belakang pentas. Reaksinya yang turut disiarkan di dalam dewan itu mengundang hilai tawa penonton. Rasanya, pihak penerbitan perlu lebih sensitif dengan hal seperti ini kerana ia membabitkan air muka pelakon tersebut yang sememangnya tidak menjangkakan langsung kemenangannya malam itu.

-Penampilan ala-gipsi Rozita Che Wan menggamatkan suasana Dewan Merdeka ketika pelakon jelita itu muncul di pentas menjadi penyampai trofi bersama Nasir Bilal Khan. Imej seksi Rozita dengan skirt pendek atas lutut dilihat yang paling menyerlah malam itu! Malah, Afdlin sempat mengusik jurukamera yang asyik mengambil gambar Rozita dan secara spontan sengaja menarik seluarnya ke paras lutut.

-Kelakar melihat adegan aksi 'cekup mulut' oleh Azlee dan Wahid Senario terhadap Hans Isaac sewaktu pelakon itu ingin mengumumkan program AC Di Sini sebagai pemenang Rancangan Bual Bicara Terbaik. Hans cukup 'sporting' walaupun 'ketegangan' antara dirinya dan AC sedang hangat diperkatakan.

-Ramai penonton tidak 'tahan' melihat gelagat 'gedik' Liyana Jasmay ketika ditemubual di belakang pentas sebaik memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem.

-Kehadiran Aziz M.Osman bersama seorang wanita di acara tersebut mencuri perhatian ramai.

-Fouziah Gous adalah antara artis yang paling ramai dikerumuni oleh peminat-peminat di luar dewan sebaik tamatnya acara tersebut

-Kemunculan tiga pelakon Nur Kasih iaitu Sharifah Sofea, Tiz Zaqiyah dan Fizz Fairuz mendapat sorakan ramai penonton di dalam dewan tersebut gara-gara 'fenomena' terhadap drama itu. Namun, nampaknya Fizz yang 'menang sorak'!

-Dynaz nampak seperti kurang bersedia dan sedikit kekok ketika menjadi hos di sesi karpet merah. Malah, soalan-soalan yang diajukan kepada beberapa orang artis rasanya ada tidak sesuai.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSun 06 Dec 2009, 1:42 pm

Erma Sudah Terdetik Di Hati Akan Menang
Oleh: WAHI AZIZ

KEMENANGAN besar Erma Fatima menerusi drama 'Tersasar Di Jalanmu' yang menggondol enam anugerah termasuk Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) malam kelmarin adalah kejayaan yang sudah dijangkanya sejak awal lagi.

Menurut Erma, walaupun dia sama sekali tidak menduga karyanya bakal menempa kemenangan besar itu, namun nalurinya berkata bahawa dia tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Dengan riak wajah yang tenang dan rendah diri, Erma mengakui sudah terdetik di hatinya dia akan membawa pulang sesuatu dari ASK 2009.

"Sejujurnya, saya memang sudah dapat rasa yang drama ini akan menang sesuatu malam ini (semalam).

"Malah, ketika saya bertolak ke sini selepas meninjau sesi latihan teater 'Natrah' di Istana Budaya, memang sudah terdetik di hati drama ini akan menang sesuatu tapi sama sekali tidak jangka akan menang besar," ujar Erma seraya tersenyum.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Erma2110
Kemenangan besar Erma Fatima menerusi drama 'Tersasar Di Jalanmu' yang menggondol enam anugerah ASK 2009 adalah kejayaan yang sudah dijangkanya sejak awal lagi - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

Menyedari hakikat, drama itu kurang nilai komersil kerana dibarisi oleh pelakon-pelakon yang bukan terdiri daripada wajah-wajah penghias majalah selain jalan cerita yang berat dan serius, Erma bagaimanapun amat terkejut dengan pemilihan karya itu sehingga menang besar.

"Saya akui drama ini tiada tarikan komersil kerana hanya dibarisi oleh pelakon tidak ternama dan tiada wajah yang cantik tapi kekuatannya terletak pada nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan paparan kasih sayang yang ditonjolkan.

"Melihatkan persaingan drama-drama yang berentap, saya tidak menduga drama saya akan diangkat sebagai karya terbaik. Apa pun, saya amat bersyukur dengan rezeki ini.

"Mungkin kemenangan ini disebabkan oleh kekuatan jalan cerita itu sendiri," jelas Erma yang menghasilkan drama itu sempena dengan kempen masalah sosial remaja untuk yayasannya.

Ketika diaju soalan apakah erti kemenangan 'Tersasar Di Jalanmu' kepada dirinya, isteri kepada pengarah Bade Hj Azmi ini berkata kejayaan drama itu sangat istimewa buat dirinya.

Malah, Erma turut mendedikasikan kemenangan itu kepada komuniti yang tinggal di Lorong Haji Taib.

"Kemenangan ini bukan sahaja istimewa buat saya dan seluruh produksi drama. Malah, lebih istimewa, saya dedikasikan kejayaan ini khas buat komuniti di Lorong Haji Taib.

"Kerjasama dan komitmen yang mereka berikan sepanjang pembikinan drama ini amat saya hargai. Maka, kemenangan ini adalah untuk mereka," ungkap Erma yang mendapat inspirasi untuk menghasilkan 'Tersasar Di Jalanmu' selepas melihat sendiri situasi sebenar dan keadaan penghidupan komuniti di Lorong Haji Taib.

Menurut Erma lagi, drama 'Tersasar Di Jalanmu' yang berkisar kepada permasalahan sosial yang bermaharajalela di kawasan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur itu diangkat atas dasar tanggungjawab sosialnya sebagai penggiat seni untuk memberikan mesej dan gambaran sebenar mengenai masalah itu buat anak bangsa terutamanya Melayu.

"Saya buat drama ini istimewa untuk orang Melayu. Sesungguhnya masalah sosial yang berlaku di Lorong Haji Taib bukan sesuatu yang asing dan baru buat kita. Namun, sehingga hari ini keadaan itu masih terus berlaku.

"Memang saya akui, tiada apa sangat yang mampu saya ubah terhadap keadaan kehidupan mereka di sana melalui penghasilan naskhkah ini, tapi sekurang-kurangnya saya ingin memaparkan realiti kehidupan itu secara visual.

"Pemilihan Lorong Haji Taib hanya sebagai platform untuk saya menvisualkan masalah sosial yang melanda terutamanya kepada golongan remaja. Semoga ada pihak yang akan mendapat iktibar dan manfaat daripada paparan ini," kata Erma mengakhiri perbualan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSun 06 Dec 2009, 1:47 pm

'Tiada Sesiapa Yang Bersikap Curang' - Natasha


EKORAN pendedahan mengejut aktres jelita Natasha Hudson mengenai keretakan rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari yang tersiar di dada akhbar awal minggu ini, bintang itu mula diburu media untuk mendapatkan penjelasan.

Bagi mengelakkan dirinya terus dihujani pelbagai spekulasi dan kata-kata sinis, Natasha akhirnya memutuskan untuk membuka cerita di dalam satu sidang media khusus untuk menghuraikan semua persoalan berkaitan penceraiannya.

Menurut Natasha, penceraian yang diputuskan atas dasar persefahaman sekata di antaranya dan bekas suami, Shahrin berlaku di dalam keadaan yang baik, rasional dan telah dibincangkan berulang-kali. Kedua-dua belah pihak berpisah dengan cara baik demi menjaga kepentingan anak perempuan mereka yang baru mencecah usia satu tahun setengah.

Ditanya mengenai punca sebenar penceraian, pelakon berusia 27 tahun ini berkata, dia dan bekas suaminya bercerai bukan disebabkan oleh orang ketiga tetapi oleh perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Natash10
Natasha Hudson enggan menceritakan punca sebenar perpisahan biarpun didesak oleh media - foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU

"Apa yang boleh saya jelaskan di sini, saya berpisah dengan bekas suami bukan kerana kehadiran orang ketiga.

"Apa yang berlaku, hanya kami sahaja yang tahu. Ia terlalu rumit dan peribadi untuk dikongsikan.

"Kami tidak bergaduh dan tiada sesiapa yang bersikap curang. Hal ini terjadi disebabkan oleh perkara yang hanya kami sahaja mampu fahami. Perkara ini telah kami bincangkan dengan mendalam sebelum membuat keputusan.

"Tetapi, saya tidak dapat menceritakan kepada umum punca sebenar perpisahan ini demi menghormati bekas suami dan mengelak sebarang prasangka juga masalah di hari muka," jelas Natasha yang enggan mendedahkan punca sebenar penceraiannya walaupun diasak media beberapa kali.


Meskipun telah berpisah, Natasha mengakui dia dan bekas suaminya masih kekal bersahabat

Memandangkan penceraian mereka berlaku atas dasar persefahaman kedua-dua belah pihak, sehingga hari ini, pasangan ini masih belum memfailkan penceraian mereka di mahkamah syariah demi untuk mengelakkan kekecohan dan publisiti melampau mengenai isu itu di kalangan banyak pihak.

"Shahrin melafazkan cerai kepada saya di dalam keadaan yang cukup berhati-hati dan privasi. Dia tidak selesa jika perkara ini sengaja diperbesar atau dijadikan publisiti.

"Oleh itu, walaupun dia sudah menceraikan saya, kami masih memerlukan masa dan ruang sebelum memfailkan kes ini di mahkamah," luah Natasha yang diceraikan dengan lafaz talak satu.

Berbicara tentang perhubungannya bersama bekas suami selepas bercerai, Natasha yang mesra dengan sapaan Tasha berkata hubungan mereka kekal baik seperti sediakala. Meskipun telah berpisah, Natasha mengakui mereka masih kekal bersahabat.

"Kami masih berkawan dan rapat seperti dulu. Malah, kami masih saling menyayangi cuma pilihan terbaik yang kami pilih adalah untuk tidak hidup bersama lagi kerana masing-masing memerlukan ruang," akui Natasha.

Menyentuh tentang hak penjagaan anak, bintang filem 'Chermin' dan 'Tipu Kanan Tipu Kiri' ini menjelaskan bahawa mereka akan bergilir-gilir menjaga anak perempuan mereka. Keputusan untuk mendapatkan hak penjagaan bersama itu diambilkira demi memikirkan kebahagiaan dan kepentingan anak kecil itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Natasha sempat diusik sama ada dia serik untuk mencari pengganti. Aktres kacukan Melayu-Australia ini berkata, pada saat ini dia langsung tidak memikirkan tentang perkara itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Nt11110
Memandangkan hubungan akrab bersama bekas suami masih berbunga, Natasha lebih selesa untuk menyendiri dan menghala tumpuannya kepada kerjaya dan anak perempuannya.

"Pada ketika ini, saya tidak terfikir pun hendak berkahwin lagi. Apatah lagi, hubungan saya bersama Shahrin masih baik dan saya masih menyayanginya.

Keutamaan kini adalah untuk menjaga anak saya dan terus bekerja kuat," ungkap Natasha yang tidak menafikan kejanggalannya tanpa kelibat si suami sejak mereka berpisah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSun 06 Dec 2009, 1:55 pm

Gambar Seksi Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41598410
Pelakon yang berkarakter, Sharifah Amani ni pakai apa pun mesti cantik. Sangat fleksibel. Tapi masa Anugerah Skrin 2009, Budiey terkejut sebab tak pernah tengok lagi anak kesayangan Cikgu Fatimah ini memakai gaun singkat paras paha ini. Sungguh seksi dan nampak dia betul-betul langsing apabila disaluti pakaian yang sendat ini. Orang kata, sejak bercinta dengan Mat Salleh ni… mmm, Syarifah Amani semakin berani.

Patutlah, Nani nampak lawa, tengoklah siapa perekanya… Amir Luqman!

Rekaan kali ini agak kreatif walaupun nampak sangat ringkas tapi lebih eksotik. Ouch, warna pun dah nak sama dengan backdrop Anugerah Skrin di red carpet. Malatop!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41598411
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSun 06 Dec 2009, 1:59 pm

Gambar Datin Norjuma Habib Muhamed di Anugerah Skrin 2009

Setiap kali Anugerah Skrin, setiap kali itu juga Budiey lihat kelibat Datin Norjuma Habib Muhamed melintasi red carpet bersama dengan teman karibnya, Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot. Diorang ni memang sesuai bergandingan kerana imej sopan bertudung dan kedua-duanya manis dan mempunyai wajah yang sangat gorgeous!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41592610
Semakin lawa dan jelita, semakin nampak langsing dan menawan! Itu yang mampu Budiey ungkapkan. Lama tak dengar cerita tentang bekas pengacara Keluarga di 9 ini.

Masih ingat lagi berat badan isteri kepada Datuk Nazim ini pernah naik secara mendadak semasa melahirkan anak pertamanya. Ramai terkejut dan tertanya-tanya macamana dia boleh kurus seperti zaman anak dara dulu.

Hey, ingat senang ke nak kurus? Seksa weh! Itu kata pengacara Nona TV3 ni.

Dan kini… lihatlah sendiri, kelangsingan badan Datin Norjuma. Apa rahsia dan tips kurus yang boleh dikongsikan bersama peminat?

Kata Norjuma:

“Ketika itu terus Juma diet. Tak makan nasi sebaliknya dalam tempoh tiga bulan Juma hanya makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh enam bulan keseluruhannya barulah badan beliau kembali normal.”

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41592611
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeSun 06 Dec 2009, 2:01 pm

Gambar Aziz M Osman & Pelakon Baru di Anugerah Skrin 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41621310
Antara selebriti yang mencuri perhatian ialah pengarah Aziz M Osman yang hadir bersama dengan seorang wanita yang dipercayai juga seorang pelakon baru. Siapa gerangan wanita ini?

Budiey ada mendengar cakap-cakap rakan media yang lain, wanita ini adalah kekasih baru Aziz M Osman. Boleh percaya ke dengan spekulasi diorang ni? Tapi tengok dari wajahnya macam Farah Breep Breep. Macam je la, tapi itu bukan Farah Breep Breep. Sekali tengok macam Tizz Zaqyah… sekali toleh lagi macam Iera Syazira. Apa yang pasti, dari pakaian dan gaya dia macam dia seorang selebriti yang segar nak berputik. Tapi kenapa tak sedondon dengan Aziz M Osman? Merah lawan putih… mmm…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 41613810
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeMon 07 Dec 2009, 6:59 pm

KD Sudah Sedia Kembali ke Layar Perak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Kdd11110

KD ingin kembali berlakon dalam waktu terdekatnya

PENYANYI Krisdayanti pernah tampil di layar perak dalam filem, 'Jatuh Cinta Lagi', pada tahun 2006.

Mengikut perancangannya, bekas isteri Anang itu ingin kembali berlakon dalam waktu terdekatnya.

"Saya akan berlakon filem dalam waktu terdekat ini," kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Menghitung Hari'.

Namun, KD enggan komen lebih lanjut tentang filem barunya itu. Penyanyi jelita hanya meminta pemintanya setia menanti kehadiran filem yang akan dibintanginya itu.

Dunia lakonan bukan dunia asing bagi KD. Selain 'Jatuh Cinta Lagi', KD pernah berlakon di dalam beberapa sinetron.

KD pernah berlakon dalam sinetron bertajuk 'None' yang disiarkan pada 1993. Hingga saat ini, KD pernah bintangi 13 sinetron.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeMon 07 Dec 2009, 7:01 pm

Liyana Jasmay: Tahun Rahmat Untuk Saya


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Liyana10

Kejayaan besar ini memberi cabaran lebih besar untuk Liyana terus bekerja dengan lebih gigih di hari mendatang

TERASA baru sahaja Liyana Jasmay dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi 'Papadom' di Festival Filem Malaysia ke-22, Ogos lalu.

Jumaat lalu, gadis kecil molek ini sekali lagi mengukir sejarah tersendiri apabila diangkat untuk kategori serupa di Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009). Kali ini, Liyana Jasmay atau lebih mesra dengan sapaan Nana dipilih menerusi lakonan spontannya di dalam filem "KAMI The Movie'.

"Tahun ini tahun rahmat untuk saya. Bayangkan saya baru saja diangkat sebagai Pelakon Wanita terbaik di FFM, kini di ASK pula. Memang saya tidak jangka," jawab Liyana.

Apabila ditanya perasaannya terhadap kemenangan di ASK 2009, aktres genit ini bagai hilang kata-kata kerana tidak menjangka akan menjadi pilihan juri sebagai pemenang.

"Ini kali pertama saya memenangi ASK 2009 dan tidak jangka sama sekali akan menang untuk kategori ini (Pelakon Wanita Terbaik Filem). Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini.

"Apabila saya lihat 'Papadom' tidak terpilih ke pencalonan akhir, saya tidak meletak sebarang harapan untuk menang.

"Bukan hendak merendahkan 'KAMI', cuma apabila melihatkan pencalonan yang lain, saya tidak letak harapan tinggi pada filem ini. Apabila diangkat sebagai pemenang, saya benar-benar terkejut," ujar Liyana dengan nada ceria.

Bercerita lanjut mengenai kemenangan berganda ini, Liyana berkata, kejayaan besar ini sebenarnya memberi cabaran lebih besar untuknya terus bekerja dengan lebih gigih di hari mendatang.

Ujar Liyana lagi, faktor yang memungkinkan kemenangannya untuk filem 'KAMI' disebabkan oleh kelainan watak yang dipersembahkan. Tambah Liyana, wataknya di dalam filem 'KAMI' yang bermain dengan karakter jalanan (street character) itu mungkin faktor utama pemilihan itu.

"Watak saya di dalam 'KAMI' memerlukan saya melakonkan seorang gadis yang selamba dan kasar tetapi suka menulis. Watak ini walaupun nampak ringkas tapi sukar sebenarnya untuk dihayati. Mungkin pihak juri nampak aspek itu dan memilih saya untuk memenangi kategori ini," ujar Liyana merendah diri.

Tambah Liyana, sebagai pelakon dia berazam untuk berlakon sebanyak mungkin filem yang berlainan genre dan cerita supaya dapat memberi variasi kepada lakonannya.

"Kalau tidak menang trofi sekali pun, setiap kali berlakon saya akan pasti beri yang terbaik. Saya akan cuba memberi yang terbaik seperti yang diharapkan oleh pengarah dan kehendak skrip.

"Kemenangan ini adalah motivasi untuk saya agar terus memperbaiki segala kelemahan dan kualiti lakonan. Insyallah, di masa akan datang, saya akan mencari watak lebih mencabar lagi.

Mengakui dirinya selesa bekerja bersama pengarah filem bebas, Liyana berkata, dia boleh belajar banyak perkara baru daripada kumpulan pengarah ini kerana perspektif dan cara pemikiran mereka yang sedikit berbeza daripada pengarah filem arus perdana.

"Walaupun saya dikenali menerusi banyak filem komersil, tapi saya tetap teruja untuk berlakon di bawah pengarah bebas. Pengalaman berlakon 'KAMI' bersama pengarah bebas, Effendi dan Fariza umpamanya boleh saya sifatkan sebagai cukup istimewa dan berbeza.

"Malah, saya kini di dalam proses perbincangan untuk bekerja di bawah seorang lagi pengarah bebas untuk projek filem terbaru.

"Tapi, saya tidak dapat umumkan watak dan tajuk filem ini lagi kerana ia masih terlalu awal," cerita Liyana yang enggan mengumumkan lebih lanjut tentang projek terbarunya itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeMon 07 Dec 2009, 7:01 pm

IB ambil Pengajaran Kes Remy, Ketatkan Kawalan Keselamatan
Oleh WAHIDA ASRANI


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Remy1110
Remy bersama pelakon-pelakon teater Natrah

INSIDEN pelakon utama teater Natrah, Remy Ishak yang dibelasah sekumpulan lelaki di kawasan Istana Budaya (IB) pada Jumaat lalu bukan saja mengejutkan peminat-peminat aktor yang digilai ramai itu, malah ia turut meninggalkan kesan kepada IB.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, dia tidak menolak bahawa kejadian tersebut secara tidak langsung turut memalitkan perspektif negatif pihak-pihak tertentu terhadap IB.

Namun, tegas Juhari, apa yang berlaku itu sememangnya diluar jangkaan pihaknya sendiri.

"Ini adalah kali pertama di dalam sejarah IB berlakunya insiden yang tidak diingini seperti ini. Saya secara peribadi memang sedih dengan kejadian ini dan saya sendiri telah memohon maaf terhadap Remy atas apa yang berlaku.

"Apa yang boleh saya katakan, perkara itu berlaku dalam sekelip mata. IB memang mempunyai petugas khas dan pengawal keselamatan, tetapi apa yang terjadi pada malam itu memang benar-benar tidak kami jangkakan," ujar Juhari ketika dihubungi.

Remy yang membawakan watak Mansor Adabi di dalam teater arahan Erma Fatima itu didakwa telah dipukul oleh kira-kira tujuh orang lelaki ketika sedang berehat di sebuah bilik sebelum menyambung sesi kedua pementasan pada malam tersebut.

Kumpulan tersebut berjaya melarikan diri setelah petugas khas IB menyedari kejadian itu. Akibat serangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan di kepala dan kakinya.

Remy kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, ujar Juhari, apa yang dilaporkan di akhbar tentang insiden tersebut sebenarnya tidak begitu tepat.

"Kejadian itu berlaku selepas pementasan tamat pada malam tersebut yang mana peminat dapat beramah-mesra dengan semua pelakon Natrah selepas itu.

"Jadi dalam keadaan peminat yang bersesak-sesak untuk mendekati pelakon-pelakon tersebut, pasti sukar untuk mengesan orang yang dicurigai.

"Remy memang sudah 'diperhati' oleh orang tersebut dan individu terbabit sebenarnya mengekori Remy masuk menerusi panggung selepas selesainya acara tersebut.

"Kawasan itu pula bukanlah kawasan larangan, jadi petugas yang berada di sana tidak mengesyaki apa-apa. Apapun, IB mengambil iktibar apa yang berlaku dan lebih berhati-hati selepas kejadian itu.

"Kami sudah mula mengetatkan kawalan keselamatan dan kena lebih berwaspada terutamanya terhadap penonton-penonton yang ingin mendekati pelakon-pelakon," ujarnya yang turut berada di IB sewaktu malam kejadian itu.

Kata Juhari lagi, Remy bagaimanapun tetap ingin meneruskan pementasan tersebut pada hari berikutnya.

"Kita tidak paksa dia, tetapi dia sendiri yakin mampu untuk meneruskannya. Remy sangat profesional," kata Juhari yang menambah, sambutan terhadap teater Natrah amat memberangsangkan dan tempoh pementasan juga turut dilanjutkan selama empat hari sehingga 13 Disember ini.

Ditanya tentang punca berlakunya insiden itu, Juhari bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan merasakan perkara itu lebih sesuai diulaskan oleh tuan empunya diri.

"Remy sendiri kata itu adalah masalah peribadinya, jadi saya rasa tidak sesuai untuk saya campuri. Malah, Remy sebenarnya juga tidak mahu kes ini diperbesar-besarkan," tutur Juhari.

Dalam pada itu, Erma yang dihubungi juga enggan mengulas lanjut tentang insiden itu.

"Saya rasa, lebih baik Remy yang bercakap sendiri bila dia bersedia nanti. Saya tidak mahu komen apa-apa.

"Tapi, dia masih teruskan dengan pementasan ini," katanya, ringkas.

Natrah yang mula dipentaskan 30 November lalu turut dibintangi oleh Maya Karin, Sofea Jane, Umie Aida, Samantha Schubert dan ramai lagi.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeMon 07 Dec 2009, 7:02 pm

Natasha Nafi Pernah Berkahwin Dengan Jejaka Inggeris!
Oleh WAHI AZIZ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Natas110

Natasha menafikan dakwaan yang mengatakan dia pernah berkahwin dengan jejaka Inggeris

BUKAN kali kedua seperti mana yang diuar-uarkan kepada umum, sebaliknya kali ketiga! Itulah dakwaan yang menggambarkan perihal sebenar penceraian aktres Natasha Hudson, 27, yang cukup mengejutkan dan tersimpan erat tanpa diketahui ramai.

Justeru, peluang bersemuka dengan Natasha kelmarin adalah ruang terbaik buat mStar Online mendapatkan pengakuan empunya badan akan kesahihan cerita yang diperoleh daripada beberapa sumber.

Sebaik diajukan dengan pertanyaan itu, Natasha yang ditemui sejurus selepas berakhirnya sidang media kelmarin mempamerkan reaksi terkejut.

Dengan nada sedikit meninggi tatkala menafikan pertanyaan itu, Natasha menyatakan bahawa penceraian kali ini adalah yang kedua seperti diketahui umum dan berkeras menolak dakwaan angka penceraian kali ini adalah yang ketiga.

"Apa? Mana anda dengar semua cerita karut ini? Itu tidak benar! Anda tidak boleh sesuka hati membuat tuduhan. Cerita itu sangat mengarut!" tegas Natasha dengan wajah terkejut.

Menurut sumber terdekat dengan Natasha itu, cerita perkahwinan pertamanya bersama seorang jejaka Ireland itu memang tidak diketahui ramai. Malah, ketika ditanya sama ada dia pernah berkahwin dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris menerusi perkahwinan pertama, Natasha bertegas, cerita karut itu sama sekali tidak berasas.

"Cerita itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, saya bercerai hanya sebanyak dua kali dan bukan tiga kali seperti yang didakwa. Pertama, bersama Faiz di mana perkahwinan kami hanya bertahan selama empat bulan dan perkahwinan kedua dengan Shahrin selama dua tahun. Itu kebenarannya.

"Dakwaan yang mengatakan saya pernah berkahwin dengan lelaki mat saleh (jejaka Inggeris) adalah tidak benar dan mengarut. Saya tidak pernah tertarik dengan lelaki mat saleh, apatah lagi untuk berkahwin. Maka, cerita ini sangat mengarut. Anda tidak sepatutnya percaya dengan cerita karut yang dipaparkan di blog dan internet. Itu sama sekali tidak benar!" tegas Natasha lagi.

Malah, Natasha turut menambah bahawa tuduhan dan dakwaan tersebut membuatnya teruja dan tidak sabar untuk bercerita kepada orang tuanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Nessa Helena ini terus ditanya mengenai tindakannya meminggirkan wartawan ketika di majlis perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari dan mula mencari media setelah berlakunya episod luka ini.

Natasha bagaimanapun menyesali perbuatannya dan mengaku dia banyak belajar daripada kesilapan itu.

"Saya benar-benar belajar daripada tindakan saya dulu. Ketika itu saya masih muda dan tidak berfikir panjang ketika membuat keputusan. Saya beranggapan bahawa keputusan itu adalah pilihan terbaik tetapi ternyata saya silap.

"Saya tidak pandai bergaul dengan rakan media dan tidak sedar tindakan bodoh itu akhirnya mengundang padah. Kini, saya belajar daripada kesilapan itu dan cuba perbaiki diri," akui Natasha mengakhiri bicara kontroversi itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeMon 07 Dec 2009, 7:03 pm

'Saya Tidak Lakukan Jenayah' - Remy Ishak
Oleh WAHIDA ASRANI

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Remy-n10

Remy Ishak dan Maya Karin sewaktu pementasan teater Natrah

KUALA LUMPUR: "Tuduhan yang mengatakan saya ada mengasari seseorang itu tidak benar sama sekali. Saya tidak ada lakukan jenayah pun," luah pelakon utama teater Natrah, Remy Ishak berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya pernah memukul seseorang baru-baru ini.

Jumaat lalu, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki ketika ingin menuju ke bilik persalinannya di dalam Istana Budaya (IB) sebaik pementasan dan sesi beramah-mesra dengan penonton berakhir.

Remy diserang oleh tujuh orang lelaki yang berjaya melarikan diri setelah kejadian tersebut disedari oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.

Akibat serangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan di kepala dan kakinya. Remy bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, sebuah akhbar tabloid semalam juga melaporkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh satu pihak lain beberapa hari sebelum kejadian itu dengan mendakwa bahawa Remy sering mengganggu dan memukul seorang anak kepada ahli perniagaan.

Remy bagaimanapun belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang perkara tersebut kerana semuanya masih di dalam siasatan polis.

"Saya tidak mahu cerita panjang, saya serahkan saja pada siasatan polis. Saya tidak mahu perkara ini bertambah rumit, jadi saya tidak mahu bercakap banyak. Apa yang saya ingin tegaskan disini ialah dakwaan tersebut tidak benar.

"Insya-Allah, bila sudah dapat keputusan daripada siasatan itu kelak, saya akan jelaskan kemudian," ujar Remy yang ditemui di IB sebelum pementasan teater arahan Erma Fatima itu bermula malam tadi.

Dalam pada itu, ditanya tentang kejadian yang berlaku Jumaat lalu, dalam nada tenang Remy berkata, dia sendiri amat terkejut ketika itu.

"Saya tidak tahu nak cakap macam mana sebab benda ni saya tidak jangka langsung. Buat masa sekarang, saya 'ok', tidak ada kecederaan teruk dan masih boleh meneruskan pementasan Natrah," ujar Remy yang cukup popular menerusi drama Nur Kasih.

Natrah yang mula dipentaskan 30 November lalu turut dibintangi oleh Maya Karin, Sofea Jane, Umie Aida, Samantha Schubert dan ramai lagi. Pementasan tersebut akan berakhir pada 13 Disember ini.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeTue 08 Dec 2009, 9:56 am

'Wayang' Buat Kejutan Di ASK Setelah Tak 'Dipandang' Di FFM21


PENGARAH filem 'Wayang', Prof Dr Hatta Azad Khan bagaikan tidak percaya apabila filemnya diangkat sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) baru-baru ini.

Lebih manis, karya yang seolah-olah 'diketepikan' oleh panel juri di Festival Filem Malaysia ke-21 pada 2008 ini, menjadi pilihan juri ASK 2009 apabila melakar sejarah tersendiri menerusi kemenangan Hatta sebagai Pengarah Terbaik Filem.

Menurut Hatta, kejayaan 'Wayang' adalah sesuatu di luar jangkaannya.

"Sejujurnya saya amat terkejut dengan kejayaan 'Wayang'. Apatah lagi, kami bukan sahaja menang satu tetapi empat anugerah utama. Ia satu penghargaan buat filem ini dan saya berterima kasih kepada pihak penjurian yang sebulat suara mengangkat filem ini memenangi kategori yang dipertandingkan," kata Hatta ketika dihubungi mStar Online baru-baru ini.

Melihatkan pencabar-pencabar lain termasuk 'Talentime' (Yasmin Ahmad), 'Budak Kelantan' (Wan Azli), 'Susuk' (Amir Muhammad dan Naeim Ghalili) dan 'KAMI The Movie' (Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak), pengarah filem juga Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM ini berkata pemilihan filem itu sehingga merangkul empat anugerah di ASK 2009 adalah kenyataan yang cukup mengejutkan.

Secara peribadi, Hatta berkata dia tidak menaruh harapan yang tinggi kepada pencalonan filem itu di ASK 2009 ekoran kegagalan 'Wayang' untuk menyinar di FFM21. Namun, dia tetap memanjatkan kesyukuran di atas pengiktirafan itu.

"Saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini. Walaupun 'Wayang' tidak dipandang sebelum ini, sekurang-kurangnya ada pihak juga yang suka pada karya ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Hatta210
'Saya tak sangka 'Wayang' akan diangkat di ASK 2009, selepas filem itu seakan 'dipingirkan' di FFM21' - Hatta Azad Khan

"Saya berterima kasih kepada pihak juri terbabit. Selain itu, saya juga harus beri kredit kepada pelakon-pelakon yang telah melakukan yang terbaik untuk filem ini," kata Hatta yang kini sibuk membuat persiapan untuk filem terbaru arahannya bertajuk, 'Asam Garam' bersama kumpulan Senario.

Tidakkah kemenangan mengejut 'Wayang' di ASK 2009 yang 'dipinggirkan' di FFM21 sebelum ini secara tidak langsung menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti penjurian Festival itu? Ia seolah memberi gambaran bahawa penjurian di FFM21 'terlepas pandang' dalam menilai kualiti sesebuah karya yang sepatutnya diangkat.

Bagaimanapun, professor filem yang cukup sinonim dengan sentuhan komedi sinis ini punya pendapat berbeza.

"Pada saya, setiap juri mempunyai kehendak dan keinginan berbeza. Setiap orang yang menilai juga punya pandangan berbeza terhadap sesebuah filem itu," kata Hatta.

Tambahnya, setiap penganugerahan itu mempunyai objektif dan matlamat tertentu. Mungkin ketika filemnya dicalonkan di Festival tahun lalu, panel juri mempunyai kehendak dan keinginan berbeza dalam membuat pemilihan.

"Mungkin juri di FFM21 dan ASK 2009 mempunyai pandangan dan kehendak berbeza. Mungkin sebab itulah filem ini tidak dipilih di FFM, sebaliknya diangkat di ASK," jelas Hatta tenang.

Mengulas lanjut kejayaan 'Wayang' di ASK berbanding di FFM21, Hatta berkata, kejayaan besar filem itu di ASK mungkin disebabkan oleh keputusan pemilihan dilakukan oleh barisan juri yang berbeza daripada FFM.

"Saya tidak tahu dan tidak kenal siapa panel juri yang membuat penilaian untuk ASK. Tapi yang pasti, mungkin kali ini penilaian ini dilakukan oleh juri yang berbeza daripada juri di FFM21.

"Mungkin sebab itu, 'Wayang' yang seolah diketepikan di FFM21 mendapat pengiktirafan di ASK 2009," katanya. Turut berkongsi kejayaan bersama Hatta ialah aktor berkarisma Eman Manan, yang telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Zulhuzaimy yang dipilih sekali lagi mengungguli kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem selepas kejayaan yang sama di FFM21.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeTue 08 Dec 2009, 9:58 am

Linda Jasmine Nafi Halang Que Terus Berlakon
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 01420610
Linda, Que dan anak mereka, Qalif Khan ketika di majlis Anugerah Skrin 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Disember lalu. -foto The Star

PELAKON Drama Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2009, Que Haidar didakwa bakal berhenti berlakon selang dua hari selepas memenangi anugerah itu.

Lebih mengejutkan, isteri Que, Linda Jasmine melarangnya bergelar aktor kerana karier itu tiada masa depan.

Selain itu, Linda dikhabarkan tekad membuat keputusan agar suaminya berhenti berlakon atas alasan cemburu.

Dilaporkan baru-baru ini Que juga menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada penyanyi, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki.

Que yang pernah bekerja dengan Afdlin menerusi filem arahannya, 'Misteri Jalan Lama' dan 'Papadom' itu juga dikhabarkan turut terpaksa menolak tawaran pelakon, pengarah dan produser Mamat Khalid untuk membintangi filem terbaru arahannya.

Ketika meminta Linda menjelaskan hal itu, dia bagaimanapun menafikannya malah menganggap ada orang yang mencemburuinya dan Que.

Namun, Linda yang baru membaca gosip itu di sebuah akhbar mingguan pada pagi semalam tidak menolak dakwaan Que pernah membuat keputusan untuk menolak tawaran lakonan.

"Saya tak pernah masuk campur dalam urusan lakonannya. Dia yang berhak membuat keputusan sama ada hendak terima atau tidak tawaran lakonan itu.

"Sebelum ini memang dia berehat sementara daripada lakonan kerana hendak menjaga saya dan 'baby' tetapi semua itu atas keputusannya. Saya tak pernah paksa dia untuk menolak tawaran.

"Saya tahu ada produser yang menawarkannya berlakon tetapi saya tak tahu keputusannya. Sebelum ini saya masih sakit selepas bersalin secara pembedahan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

"Sekarang ni 'ok' sedikit tetapi masih tidak mampu membuat kerja berat. Tetapi selepas ini, kalau dia masih menolak tawaran berlakon mungkin disebabkan faktor lain dan tidak semestinya kerana saya.

"Tetapi jika benar saya tak benarkan dia berlakon, takkan dia akan berlakon sebuah teater tidak lama nanti? Saya mendapat tahu dia akan memulakan latihan untuk teater itu dalam minggu ini tetapi saya tidak tahu maklumat lain tentang teater itu," jawab Linda ketika dihubungi mStar.

Jelasnya, walaupun dia tidak pernah menetapkan keputusan ke atas karier seni suaminya itu, namun dia pernah menasihatkan Que untuk 'terlibat dengan kerja yang berkualiti'.

"Kalau boleh saya nak dia terlibat dengan benda yang berkualiti. Bagaimanapun, semua keputusan di tangan dia kerana dia yang berhak 'judge'.

"Saya harap perkara ini telah dijelaskan kerana kami sekeluarga sedang gembira sekarang lebih-lebih lagi apabila ada 'baby'," luah koreografer terkenal ini penuh mengharap.

Sementara itu, Que yang turut menafikan dakwaan itu berkata dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem yang akan menjalani penggambaran pada tahun hadapan kerana cerita itu tidak menepati kehendaknya.

"Saya memang ada menolak tawaran sebuah filem kerana ceritanya tidak menarik. Namun, saya tetap akan berlakon sampai bila-bila sebab lakonan sudah menjadi kerja saya sejak tamat belajar dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK yang kini dikenali sebagai ASWARA).

"Sebelum ini bukannya saya tak pernah menolak tawaran berlakon kerana tidak sesuai dengan jadual kerja dan faktor lain.

"Terus-terang selama saya berkahwin dengan Linda dalam tempoh 10 bulan ini, saya juga pernah tolak tawaran kerana perkara tertentu.

"Sekarang, saya juga masih perlu membuat penelitian tentang watak, jalan cerita dan kesesuaian masa lakonan itu.

"Kalau Linda tidak nasihatkan saya untuk memilih kerja yang berkualiti pun, dari dulu lagi memang saya dah praktikkan perkara itu," ujarnya dalam satu temubual telefon yang berasingan.

Selepas baru beberapa hari memenangi anugerah Pelakon Drama Lelaki Terbaik di ASK 2009, Que berkata dia belum mendapat banyak tawaran berlakon melainkan sebuah teater bangsawan, 'Laksamana Cheng Ho' arahan Seniman Negara Rahman B yang akan dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Teater ini akan melibatkan bekas pelajar ASK. Que berkata dia agak teruja untuk berlakon teater itu selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater. Jika tidak silap, Que berkata teater terakhir lakonannya adalah 'Look Back In Anger' ketika dia masih di ASK.

Ditebak mengenai perasaan isterinya yang dikatakan cemburu, Que sambil tertawa menjawab: "Kalau dia sayangkan saya, takkan dia tidak cemburu tetapi tidaklah sampai cemburu melampau-lampau.

"Kalau dia tak sayang dan sokong saya, takkan dia sanggup datang ke Anugerah Skrin baru-baru ini.

"Bayangkan, cerita ini berlaku selepas beberapa hari Anugerah Skrin. Jadi, kami suami isteri terperanjat juga apabila mengetahui cerita itu.

"Saya tidak kisah dengan apa yang orang cakap kerana saya masih mempunyai peminat, kawan-kawan dalam industri termasuk rakan media yang sentiasa memberikan sokongan," beritahunya.

Meskipun terkilan dengan laporan yang negatif itu, Que berkata, dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap dakwaan itu dan cukuplah sekadar menafikan cerita itu tidak benar.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeTue 08 Dec 2009, 9:59 am

Saya Ingin Berkahwin, Bukan Berkawan - Hans Isaac
Oleh: WAHI AZIZ

MENYOROTI kisah cinta insan bergelar Hans Isaac, masih segar dalam ingatan akan peristiwa hitam yang pernah singgah di dalam jurnal hidupnya beberapa tahun lalu. Episod kegagalan bercinta bersama aktres Erra Fazira, pernah membuat aktor kacak ini 'terduduk' seketika.

Persetankan semua kisah duka yang pernah singgah, Hans hari ini lebih cenderung berbicara mengenai masa depannya. Dia mahu lebih serius dalam mendefinasikan cinta.

Menurut penerbit dan aktor 'Cuci The Musical' ini, segala kisah kegagalan cinta yang lalu adalah guru terbaik buatnya dalam menilai cinta hari ini.

"Bagi saya, pengalaman cinta yang lalu banyak mengajar dan mematangkan diri. Di saat ini, apa yang terbaik adalah untuk mencari pasangan yang boleh dijadikan teman hidup," katanya.

Tambah Hans lagi, kisah-kisah cinta yang pernah singgah di dalam hidupnya sebelum ini membuatkan dia 'penat' untuk terus bercinta. Bukan serik, namun Hans ingin mencari cinta terbaik yang boleh disunting sebagai suri hidup.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Hans2011
Hans Isaac ingin mencari wanita untuk dijadikan isteri dan bukan hanya untuk bercinta.

Menyedari umur terus mengejar tua, Hans mengakui, sudah tiba masanya dia perlu mencari pasangan hidup dan bukan hanya mencari kekasih semata-mata. Justeru, dia tidak mahu lagi ambil mudah dalam soal cinta dan perasaan demi masa depannya.

"Saya sudah letih nak bercinta dan berkawan. Kalau boleh, lepas ini saya ingin terus mencari wanita yang sesuai dan terus berkahwin.

"Umur saya pun semakin meningkat dan sudah tiba masanya untuk saya lebih serius dalam hal ini dan memikirkan masa depan," ujar Hans.

Menjawab persoalan ciri-ciri wanita yang menawan hatinya, Hans berkata, pada fasa kehidupannya hari ini, dia tidak mempunyai ciri-ciri tertentu dalam mencari suri hati. Namun, apa yang penting baginya adalah hati dan perasaan.

Baginya, tiada guna dia meletakkan kriteria tertentu dalam mencari pasangan jika kebahagiaan hanya menjengah sementara. Justeru, dia percaya dalam hal-hal yang melibatkan hubungan dan perasaan, hati adalah kuncinya.

"Pada saya, jika sudah bertemu dengan seseorang dan sudah mula menyayanginya, jalan terbaik adalah terus berkahwin. Sebab itu, dalam hal ini, hati dan perasaan adalah perkara asas yang sangat saya utamakan.

"Saya ingin mencari teman hidup dan bukannya kekasih untuk tempoh sementara. Saya ingin cari seorang wanita yang ikhlas dan jujur, bukan hanya pada saya malah pada semua orang.

"Jika kejujuran dan keikhlasan itu memang wujud dalam diri wanita itu dan bukan hanya dibuat-buat semata-mata untuk memenangi hati saya, wanita sebegitulah yang akan jadi pilihan," ulas Hans penuh harapan.

Bercerita lanjut mengenai cerita-cerita 'kurang enak' yang kerap menghimpit jejaki Serani ini, Hans berkata, menjadi dirinya bukanlah semudah yang disangka. Terutamanya dalam perihal yang berkaitan dengan kaum Hawa, Hans sering dilabel sebagai 'kaki perempuan' dan mempunyai ramai kekasih.

Sambil menghela nafas panjang, Hans menjawab, semua cerita yang mengaitkan dirinya bersama ramai wanita bukanlah perkara asing baginya. Malah, dia bagai sudah lali dan hanya mampu mendiamkan diri.

Bukan hendak mengiyakan tohmahan yang dihamburkan, namun dirinya seperti sudah malas untuk terus mempertahankan diri kerana menyedari hakikat yang dia tidak mungkin mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

"Sebenarnya hidup saya ini bukanlah mudah apabila melibatkan wanita. Setiap kali saya keluar dengan wanita saja, pasti ada banyak mata yang membuat tuduhan dan pandangan masing-masing.

"Bayangkan, saya pernah dikatakan keluar dengan kekasih baru sedangkan wanita itu adalah sepupu saya sendiri. Ramai pihak suka membuat tanggapan tanpa usul periksa.

"Jadi apabila timbul cerita-cerita yang menuduh saya mempunyai ramai kekasih, perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya 'rimas' dan 'letih' kerana ia tidak betul.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Hans2010

Bertitik tolak dari itu, Hans yang berazam untuk menjalani hidup yang lebih seimbang di tahun 2010 ini memutuskan sudah tiba masa untuknya mengambil serius akan soal cinta.

Komitmen terhadap cabang seni dan perniagaan yang padat, membuka matanya untuk berubah dan menjalani hidup yang lebih berkualiti. Dia mengimpikan untuk hidup berkeluarga dan membahagikan masa sebaik mungkin untuk diri dan keluarga.

Impiannya, jika dia menemui wanita yang bersesuaian dan memahaminya, insan itulah yang akan disunting menjadi permaisuri hidup.

"Saya ingin melangkah ke satu lagi fasa dalam hidup, iaitu mempunyai keluarga sendiri. Selama ini, saya terlalu gigih bekerja dan banyak mendambakan hidup untuk kerjaya seni ini.

"Saya taksub bekerja sehingga mangabaikan cara hidup yang berkualiti. Tidak banyak masa yang diluangkan untuk diri sendiri, apatah lagi bersama ibu dan keluarga.

"Sebab itu, pada tahun 2010 ini saya ingin menjalani hidup yang lebih berkualiti dan menjadi insan yang lebih baik. Saya juga ingin berkahwin. Seandainya bertemu dengan wanita pilihan, saya akan terus berkahwin," ujarnya penuh bersemangat.

Apabila ditanya mengenai sasaran waktunya untuk berkahwin, Hans yang mengakui dirinya belum berpunya, berharap agar dapat bertemu jodoh dengan wanita pilihan, seboleh-bolehnya sekitar pertengahan tahun depan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeWed 09 Dec 2009, 6:38 pm

Jasmin Kecewa Sikap Angkuh Segelintir Pelakon Baru

NAMA Jasmin Hamid bukan lagi asing di dalam dunia seni lakon tanah air. Selepas 20 tahun mendambakan diri sebagai pelakon, Jasmin masih tegak berdiri di persada seni. Biarpun seribu satu muka baru muncul dan menghiasi dunia lakonan, Jasmin terus laris dan masih menjadi buruan penerbit dan pengarah drama TV tempatan. Mungkin Jasmin kurang menyerlah di layar lebar, namun sebagai aktres di kaca TV, namanya cukup gah dan dikenali.

Bercerita tentang rahsianya untuk terus bertahan di dalam dunia lakonan, Jasmin berkata,dia tidak mempunyai sebarang rahsia. Sebaliknya, Jasmin hanya mengamalkan dua formula dalam usaha mengekalkan namanya di dalam industri. Bukan resepi atau formula apa, cuma menurut Jasmin dia percaya kepada dua perkara, iaitu menjaga mutu kerja dan penampilan diri.

Ujar Jasmin, khidmatnya sebagai pelakon masih diperlukan oleh penggiat drama tempatan sehingga kini ekoran berkat usahanya yang memelihara dan menjaga mutu kerja. Walaupun kini boleh dikategorikan sebagai pelakon TV kelas A, namun dia sama sekali tidak pernah menganggap dirinya sudah bagus, apatah lagi untuk berpuas hati dengan pencapaian dan populariti yang membaluti dirinya.

"Pada saya, sejak dulu lagi saya hanya percaya kepada dua perkara ini yang saya anggap sebagai formula untuk terus bertahan. Pertama, menjaga mutu kerja dan kedua menjaga penampilan diri.

"Walaupun saya sudah berlakon lebih 20 tahun, itu tidak bermakna saya sudah berada di kedudukan yang selesa. Jauh sekali untuk berpuas hati atau bangga diri.

"Sebaliknya, saya perlu terus bekerja keras dan menjaga kualiti kerja agar terus disenangi oleh semua pihak termasuklah di kalangan penggiat drama.

"Saya percaya jika kita sentiasa peka dan mengutamakan mutu kerja, tidak ada sebab kita tidak mampu untuk bertahan biar selama mana pun kita berada di dalam industri," ungkap Jasmin yang mengkagumi bakat dan komitmen Ogy Ahmad Daud dan Fauziah Nawi.

Selain menjaga mutu kerja, aktres tinggi lampai ini juga menekankan, penampilan dan kecantikan diri sangat dititikberatkannya. Menyedari usianya yang semakin bertambah, Jasmin berkata, sebagai pelakon atau artis, kecantikan diri adalah aset utama untuk mencari sumber rezeki. Seorang pelakon itu perlu tampil cantik dan menarik kerana secara asasnya, kecantikan dan bidang seni adalah dua elemen yang berkait rapat.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Jasmin10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeWed 09 Dec 2009, 6:39 pm

'Sayalah Satu-Satunya Isteri Dia' - Kuza
Oleh WAHIDA ASRANI

KISAH tentang kehidupan peribadinya memang jarang dibicarakan oleh empunya badan. Bagi Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih dikenali dengan panggilan Kuza ini, dia sendiri sedar sikap 'low-profile' yang ada dalam dirinya itu adakalanya membuatkan orang gemar untuk terus bercakap dan dan meletakkan pelbagai andaian tentang hidupnya.

Malah, akui Kuza, sehingga kini juga masih ramai yang 'meragui' status sebenar dirinya sama ada masih merupakan seorang janda atau sudah pun berkahwin.

"Sampai sekarang memang ada yang berkata saya ni ibu tunggal, sedangkan sudah dua tahun saya mendirikan rumahtangga dengan suami saya, Ramyus Sidique. Pernah saya terbaca tidak lama dulu di dalam sebuah akhbar yang mengatakan saya intim dengan seorang VIP.

"Sebenarnya orang yang dimaksudkan itu ialah suami saya sendiri. Dia adalah ahli perniagaan. Ada juga yang tahu saya sudah berkahwin, tetapi timbul pula cerita lain kononnya saya hidup bermadulah...macam-macam.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Kuza1110

"Memang saya tidak nafikan, ini adalah perkahwinan ketiga buat saya dan juga yang ketiga untuknya. Saya tidak menyalahkan sesiapa pun kerana memang saya tidak bercerita sangat tentang perkahwinan kami.

"Tapi apapun, saya adalah satu-satunya isteri dia," kata Kuza ketika ditemui pada majlis ramah-mesra bersama pelakon drama bersiri arahan Rashid Sibir iaitu Aliff Firdaus, semalam.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia sememangnya bahagia melayari kehidupan bersama suami dan anak-anaknya.

"Menerusi perkahwinan terdahulu, saya memiliki tiga orang anak manakala suami pula mempunyai lima orang anak. Nampaknya menerusi perkahwinan kali ini, saya masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata.

"Apapun, kehidupan saya sama seperti wanita lain yang sudah berkeluarga. Malah saya tidak langsung memberikan layanan yang berbeza antara anak kandung dan anak tiri.

"Suami juga amat memahami dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni. Cuma buat masa ini, saya tidak terlalu fokus pada bidang lakonan kerana ingin memberikan tumpuan terhadap bisnes produk pelansingan badan yang sedang saya lakukan.

"Perniagaan ini pun saya berani untuk mencuba atas galakan suami," ujar Kuza yang masih mengimpikan untuk memiliki anak belum dikurniakan anak hasil perkahwinannya yang sebelum ini merupakan duta bagi produk keluaran Dunia Herbs yang berasaskan pati halia.

Mengulas lanjut tentang perniagaan yang sedang diusahakannya itu di bawah syarikat miliknya sendiri, Universal Herbs Sdn Bhd, kata Kuza, produk yang turut menggunakan formula pati halia itu bakal berada di pasaran pada pertengahan Januari depan.

"Sejak saya menjadi duta Dunia Herbs dulu, banyak yang saya pelajari tentang manfaat menggunakan pati halia. Selama dua tahun saya menggunakan produk itu, saya memang berpuas hati.

"Disebabkan itu, saya berminat untuk menghasilkan produk yang berasaskan herba termasuklah pati halia dalam bentuk kapsul dan losyen. Apa yang pasti, kesan penggunaan produk itu bukan dapat dilihat secara mendadak.

"Ia memang mengambil masa, tetapi jika kita mengamalkannya setiap masa, dalam masa beberapa bulan boleh nampak perubahannya," kata Kuza.

Dalam pada itu, ditanya tentang pembabitannya di dalam drama bersiri Aliff Firdaus, Kuza membawakan watak Andak bergandingan bersama pelakon-pelakon seperti Beego, Irma Hasmie, Nasir Bilal Khan, Jasmin Hamid, Zed Zaidi dan Maria Farida.

"Saya memang sangat selektif dari segi watak dan skrip, tetapi bila melihat watak saya dalam cerita ini, memang saya amat tertarik. Konflik dalam cerita ini agak berlainan daripada apa yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Dalam drama ini, Andak adalah seorang pensyarah di kolej. Walaupun ramai lelaki yang berminat dengan dirinya, tapi Andak sebenarnya adalah seorang yang takut dengan perkahwinan kerana melihat pengalaman yang dilalui oleh kakaknya," cerita Kuza tentang wataknya itu.

Drama bersiri Aliff bakal menggantikan drama Nur Kasih bermula 11 Disember ini di slot baru berjudul Zehra di TV3.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeWed 09 Dec 2009, 6:40 pm

Eja Menang Saman Ganti Rugi RM20,000
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil hari ini memutuskan bahawa pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 37, mendapat RM20,000 berhubung saman ganti rugi yang dituntut olehnya terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian.

Hakim Madihah Harullah juga memerintahkan Gulatis membayar faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman hari ini sehingga penyelesaian penuh serta kos kepada Eja.

Bagaimanapun, hakim menolak tuntutan Eja untuk mendapatkan ganti rugi terhadap kehilangan pendapatannya.

Eja telah menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap Gulatis ekoran syarikat itu menggunakan gambar tanpa kebenarannya bagi tujuan promosi pada papan-papan iklan, poster dan banner.

Dalam keterangan terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu menjelaskan dia hanya bersetuju untuk membenarkan gambarnya yang bersaiz kecil disiarkan pada borang peraduan Guess Who and Win sekitar tahun 2005.

Bagaimanapun gambarnya itu telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau.

Katanya tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya "sebesar bangunan Gulatis" telah menjejaskan periuk nasinya kerana agensi lain menganggap beliau sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeWed 09 Dec 2009, 6:40 pm

Kes Tokoh Korporat 'Pikat' Daphne Iking Dirujuk Ke Mahkamah Tinggi
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Kes bekas suami Daphne Iking mendakwa seorang tokoh korporat 'memikat' pengacara dan model itu, tahun lalu dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan hangat antara tokoh korporat dan Pengarah Urusan Adidas Malaysia Darren Choy Khin Ming, 44, (pemohon) dan bekas suami Daphne, Chong Yiing Yih, 31, (responden) itu diputuskan oleh Majistret Zaki Arif Zubir di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut peguam Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kader mewakili Choy, Mahkamah Tinggi akan memutuskan tujuh soalan perlembagaan melibatkan diskriminasi gender di bawah Artikel 8(1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Ogos lalu, Choy menerusi Akbardin memfailkan perintah rayuan supaya perbicaraan dilakukan di depan majistret lain (Zaki Arif Zubir) bagi mengelakkan sebarang prejudis berlaku berikutan sebelum ini Majistret Mohd Faizi Che Abu yang mengambil aduan daripada Chong.

Kes yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dipercayai pertama kali apabila Choy dituduh memikat atau membawa pergi seorang perempuan iaitu Daphne, 31, yang ketika itu masih menjadi isteri kepada Chong dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di B-13-2 The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara Julai 2007 hingga September 2008.

Daphne dan Chong berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel kini berusia 21 bulan.

Baru-baru ini, Daphne mengesahkan dia dan Chong telah rasmi bercerai.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeWed 09 Dec 2009, 6:41 pm

Azwan Ali Lega Dapat Minta Maaf Dengan Musuh-musuhnya
Oleh ZIEMAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Azw1110

Pengacara Terkenal Azwan Ali

NIAT baik personaliti terkenal Azwan Ali yang sudah banyak insaf, kerap disalah ertikan sebelum ini. Ramai juga pihak yang masih mempersoalkan kenapa dan mengapa Azwan terbuka hati untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kisah Azwan 'tergerak hati' untuk menjaga tutur kata agar tidka lagi menyakiti hati sesiapa, adalah sesuatu yang sukar dihuraikan dengan kata.

Pendirian Azwan yang lebih menuju ke arah kebaikan seperti yang dituntut oleh agama, setelah kembalinya menunaikan umrah baru-baru ini adalah sesuatu yang positif dan wajar dijadikan contoh oleh kaum artis.

Salah satu dari perubahan ketara dalam diri Azwan ialah sanggup merendah diri meminta maaf daripada 'musuh-musuhnya'. Malah kesempatan bertemu mereka yang pernah dianggap sebagai seterunya di malam Anugerah Skrin (ASK) 2009 minggu lepas, dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya tekad untuk minta maaf di mana jua saya berjumpa mereka. Sebelum pergi ke ASK malam itu, saya dah pasang niat agar tuhan permudahkan usaha saya untuk memohon maaf daripada mereka ini.

"Alhamdulillah, saya dapat bertentang mata dan minta maaf daripada mereka yang pernah saya hina dan keji sebelum ini. Segala yang terbuku di hati dapat diluahkan....lega rasanya. Saya rasa macam Hari Raya pula bila bermaaf-maafan begitu. Saya nampak sinar kedamaian itu agak jelas.

"I have stopped all the nonsense. Azwan Ali is a happy person now...,no more tension," kata Azwan.

Dan mungkin juga kerana takut dianggap riak atau disalah erti lagi, pemergian Azwan secara diam-diam membuka akaun di Tabung Haji baru-baru ini tidak mahu dihebahkannya.

Kebetulan, perkara itu diketahui kerana panggilan untuk pengesahan satu temu janji dibuat pada hari yang sama.

"Saya pun serba salah nak cakap. Saya pergi buka akaun Tabung Haji bukannya nak bangga diri. Nanti ada yang cakap, orang lain pun pergi naik haji juga, tapi tak kecoh pun," jelas Azwan.

Kata Azwan, entah kenapa tiba-tiba saja beliau tergerak hati nak buka akaun di Tabung Haji.

"Menurut jangkaan, saya kena tunggu 20 tahun baru dapat pergi. Saya berdoa tuhan akan beri saya kemudahan untuk pergi lebih awal. Selama hidup, saya tak pernah pusing hal-hal begini.

"Semuanya berpunca dari sejak pulang dari umrah tempoh hari, bertalu-talu saya dapat 'job offer' dan tawaran. Rezeki mencurah-curah datang hinggalah ke peringkat 'kemunculan' semula saya di pentas siaran langsung Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini.

"Rata-rata yang menelefon saya mahu saya jadi pengacara jemputan di majlis korporat dan persendirian. Banyak pintu yang sebelum ini tertutup sudah dibuka kembali.

"Apa yang saya dapat rasakan ialah bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita....," jelas Azwan yang tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana ramai pihak termasuk 'musuh-musuh'nya sudah mula menampakkan reaksi positif melihat perubahan mendadak dirinya.

Bagi Azwan, kehidupan semakin indah dan bermakna apabila tiada dendam dan sengketa dalam hidupnya kini.

"Jemputan ke ASK sesuatu yang cukup bermakna. Terima kasih kepada Datuk Farid Ridzuan dan semua yang sudi mengundang saya. Saya anggap jemputan itu satu penghargaan yang amat bermakna," kata pengacara yang memulakan kariernya di TV3 sebagai pengacara 'Melodi.'

Yang lebih membuat Azwan terharu, kehadirannya di Anugerah Skrin bukan sebagai penyampai tetapi impak yang ditinggalkan setelah siaran langsung itu masih lagi dirasakan.

"Saya bukan jadi penyampai ASK malam itu. Sekadar melambai-lambai, tak sampai 2 saat. Tapi laluan yang diberikan oleh TV3 untuk muncul di karpet merah berjaya membuka pintu rezeki kepada saya," kata pengacara berusia 43 tahun itu.

Jelasnya lagi, semua rezeki yang datang beberapa bulan kebelakangan ini membuat dirinya berasa terharu.

"Ramai yang tidak tahu saya tak ada job selama 2 bulan, selepas saya balik umrah. Duduk makan tidur saja kata rumah. Kalau orang lain tak tau lah macam mana. Saya duduk di rumah macam tunggu bulan jatuh ke riba. Tapi saya tetap bersabar dan anggap itu semua dugaan Allah.

"Pengalaman tidak ada kerja itu membuat saya terduduk. Tapi saya tidak pernah menyesali apa yang terjadi.

"Berkat kesabaran, limpah kurniaNYA, doa ibu saya, Mak Tom, dan sokongan daripada pembaca blog 'silaserazwanali.blogspot.com' yang sentiasa menyatakan sokongan kepada saya, akhirnya rezeki saya bertambah.

"Bayangkan sebelum saya pergi umrah, sudah ada cakap-cakap yang kata blog saya hampir dihapuskan. Tiba masa ia masih kekal dan saya pun sudah banyak buat perubahan. Setiap hari saya terima feedback yang positif. Saya amat berbesar hati bila ramai yang membaca blog saya dan memberi komen," kata bekas graduan jurusan undang-undang Universiti Malaya ini.

Ketika ditanya tentang 'majlis penuh rahsia' pada 13 Januari depan, Azwan tidak mahu komen panjang.

"Majlis penuh rahsia itu, insya Allah, akan diadakan pada Rabu, 13 Januari, pukul 3 petang bertempat di Palace Of the Golden Horses. Kad undangan akan mula diedarkan mulai 25 Disember. Jadi tunggu saja undangan dari saya," kata Azwan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeThu 10 Dec 2009, 4:47 pm

Ashraf Sinclair Jalani Pembedahan Usus, Kini Ditahan Di Hospital

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 01245310
Bunga dan Ashraf.

PELAKON yang kini menetap di Indonesia Ashraf Sinclair tiba-tiba ditahan di hospital pada pagi semalam.

Suami penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari itu perlu menjalani pembedahan usus.

"Pembedahan usus terpaksa dilakukan segera," kata pengurus Ashraf dan Bunga, Dodi ringkas ketika dipetik dari Detikhot.com

Dimaklumkan, bintang filem 'Gol dan Gincu' dan 'Saus Kacang' itu tiba-tiba sakit perut dan kemudian dikejarkan ke hospital di Menteng, Jakarta Pusat.

"Tiba-tiba dia sakit pagi tadi," ujar Dodi lagi.

Disebabkan sakit dan pembedahan yang perlu dilakukan itu, Ashraf yang kini terbaring di hospital sambil ditemani isteri tercinta perlu berehat dari menjalani penggambaran sinetron 'Cinta dan Anugerah'.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeThu 10 Dec 2009, 4:48 pm

Eja syukur menang kes, 'beri amaran' kepada Gulatis
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Ejaaa110
Eja bersama anaknya, Nur Eishal

SEJAK Eja memohon kes saman ganti ruginya di mahkamah terhadap Gulatis Exclusive Sdn Bhd pada empat tahun lalu, pelakon, pengacara dan model ini sudah yakin dia berada di pihak yang benar.

Namun tidak bermakna ibu kepada Nur Eishal Mohd Saifuddin, 3 bulan, ini sewenang-wenangnya menyaman syarikat tekstil itu kerana wang ringgit semata-mata sebaliknya mahu mengembalikan maruahnya yang telah dipersendakan itu.

Jika ditanya kepada Eja, memanglah dia bersyukur dengan kemenangannya yang 'berbaloi-baloi' dalam kes itu.

Pelakon drama 'Salam Taj Mahal', 'Rahsia Demi Rahsia', dan 'Wadi Unung' itu bukan sahaja menerima RM20,000, faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman semalam sehingga penyelesaian penuh malah kos mahkamahnya turut ditanggung oleh Gulatis.

Namun yang lebih besar pengertian kepada Eja apabila dia mampu 'mengajar' Gulatis agar tidak mudah mengambil kesempatan terhadap artis lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah empat tahun menunggu, kes ini berpihak kepada saya dan selesai pada hari ini.

"Kalah atau menang itu, belakang cerita..tetapi yang penting maruah saya sudah dikembalikan.

"Saya berharap pihak Gulatis tidak akan mengambil kesempatan terhadap artis lain lagi selepas ini," luahnya ketika dihubungi.

Eja tidak menghadiri perbicaraan kes itu semalam kerana mempunyai komitmen untuk menjaga Nur Eishal yang masih kecil.

Dia yang sebelum ini lebih banyak mengunci mulut berhubung kes itu turut menafikan yang dirinya mengambil keputusan untuk menyaman Gulatis kerana mahu meraih publisiti.

"Kalau saya nak publisiti, saya akan datang ke mahkamah hari ini (semalam)..Saya sangat bersyukur apabila kes ini sudah selesai..bayangkan kes ini berlangsung memakan masa saya mengandung sehingga bersalin.

"Semalam, memang saya terlebih awal tahu yang saya akan menang tetapi saya tak hadir sebab ada anak kecil," jelasnya lagi.

Menurut Eja, pada mulanya dia hanya menolong rakannya, pereka fesyen 'in house' di Gulatis. Jadi, disebabkan itu dia hanya membuat perjanjian lisan setelah Gulatis menawarkan kain berjumlah RM1,500.

Eja hanya bersetuju membenarkan gambarnya bersaiz kecil dipamer pada borang peraduan "Guess Who and Win" anjuran syarikat itu semasa perayaan Hari Raya 2005.

Bagaimanapun gambarnya telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau. Bukan itu sahaja, Eja juga dimaklumkan tidak mendapat satu sen pun hasil daripada promosi selepas itu.

Tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya 'sebesar bangunan Gulatis' juga telah menjejaskan sumber pendapatannya.

Ini kerana katanya, agensi lain menganggap beliau sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja.

Setelah hal ini berlaku, Eja berkata dia bagaikan serik untuk bekerjasama dengan Gulatis lagi dan akan lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja pada masa akan datang.

"Saya sukar untuk percaya kepada sesiapa lagi selepas ini...walaupun dibayar dengan harga RM1,000. Lain kali, saya mahukan perjanjian secara hitam putih.

"Sebelum ini memang saya mengamalkan sikap berhati-hati tetapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati.

"Sejak kes itu, saya dan keluarga juga tidak pernah membeli-belah di Gulatis lagi kerana buat apa saya nak sokong orang yang menipu?... kalau dulu kami ada juga membeli kain ketika musim perayaan," beritahunya yang turut pernah bergelar duta iklan biskut Julies di samping aktor Rosyam Nor suatu ketika dahulu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeThu 10 Dec 2009, 4:50 pm

'Saya Tidak Mahu Peminat Meluat Saya Dan Nabil' - Irma
Oleh WAHIDA ASRANI


SEJAK kedua-duanya secara terbuka mengaku tentang hubungan cinta mereka, tidak dinafikan subjek itulah yang sering menghambat pelakon Irma Hasmie dan juara Raja Lawak musim kedua, Nabil apabila bertemu media di mana-mana majlis.

'Bila nak kahwin?' adalah soalan 'wajib' yang sering dilontarkan kepada mereka sehinggakan adakalanya, mereka sendiri sudah tidak tahu lagi apa jawapan terbaik untuk disampaikan.

Tutur Irma, dia akui inilah harga yang perlu dibayar apabila bergelar selebriti. Namun, jika keterlaluan, dia sendiri kurang selesa dan risau peminat-peminat pula akan mengkritik mereka.

"Kisah cinta kami memang 'menutup' kisah karier seni saya. Sejujurnya, saya tidak kisah bercakap tentang Nabil bila ditanya.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Nabil110
"Cuma kalau boleh selepas ini, tambahan pula dengan kehadiran tahun baru nanti, biarlah kisah peribadi saya dilaporkan dengan cara 'sederhana' saja. Biarlah seimbang antara karier dan cerita peribadi.

"Saya sudah tidak mahu orang asyik bercakap, 'Irma ni asyik keluar cerita tentang cinta saja'.

"Bukannya apa, saya tidak mahu peminat meluat dengan saya dan Nabil. Tetapi, saya tidaklah sampai rasa tertekan dengan hal ini," ujar Irma ketika ditemui pada majlis ramah-mesra bersama pelakon-pelakon drama bersiri Aliff Firdaus, baru-baru ini.

Kata pelakon berusia 27 tahun ini, pelbagai kritikan pernah singgah terhadap hubungannya dan Nabil. Malah, sudah ada pihak yang melabelkan mereka seperti 'belangkas' dan 'over' kerana terlalu banyak cerita tentang cinta mereka dan sering dilihat bersama.

Lantaran itu, ujar Irma, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia tidak terlalu tampil dengan cerita cinta semata-mata.

Namun, kata pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini, dia pasti tidak kisah untuk berkongsi cerita peribadinya jika ada berita 'besar' yang ingin disampaikan kepada peminat.

"Kalau ada jodoh dan sudah sampai seru kami berkahwin, pasti perkara ini kami akan kongsikan bersama peminat. Macam sekarang, kami belum lagi fikirkan tentang perkara itu, jadi tidak manislah asyik bercakap benda yang sama saja.

"Kalau kami sering dilihat bersama, rasanya itu adalah perkara normal dalam sesebuah hubungan. Seperti mana pasangan kekasih lain, kami juga berhak untuk berbuat demikian...menonton wayang, keluar makan bersama itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana pasangan bercinta," kata Irma sambil tersenyum.

Beralih kepada perkembangan karier seninya, ujar Irma, ketika ini dia sibuk dengan penggambaran Aliff Firdaus arahan Rashid Sibir sebanyak 26 episod bersama pelakon-pelakon seperti Beego, Nasir Bilal Khan, Kuza, Jasmin Hamid, Zed Zaidi dan Maria Farida.

Membawakan watak sebagai Dira, kata Irma, dia akui tertarik dengan karektor 'misteri' Dira.

"Dira ada sejarah hitamnya, tetapi tidak dicerita di awal drama. Dia pulang kampung tapi pada masa yang sama ada menyorokkan satu kisah tentang dirinya. Di kampung, dia jatuh cinta dengan Aliff lakonan Beego.

"Apapun, saya suka dengan plot cerita bagi watak saya yang memfokuskan kepada kehidupan di kampung dan bandar," cerita Irma tentang drama yang menggantikan Nur Kasih di slot baru, Zehra bermula 11 Disember ini.

Dalam pada itu, Irma juga sedang di dalam pertimbangan untuk menjayakan drama Awan Dania musim ketiga yang bakal memulakan penggambaran minggu depan.

Ujar Irma, jadualnya yang padat membuatkannya sukar untuk memberi kata putus tentang pembabitannya di dalam drama popular itu.

Ditanya adakah dia perlu mempertimbangkan tawaran tersebut dengan teliti memandangkan pelbagai masalah yang melanda produksi itu sewaktu pembikinan Awan Dunia musim kedua, Irma berkata:

"Apa yang boleh saya katakan, memang banyak masalah yang berlaku ketika itu. Tapi saya sendiri tidak pasti sebesar mana masalah tersebut kerana babak yang membabitkan saya tidak banyak.

"Tapi saya akui, seperti mana beberapa pelakon lain, saya juga ada sedikit masalah dengan produksi, tetapi masalahnya mungkin tidak besar sangat berbanding mereka.

"Apapun, perkara itu sudah berlalu dan saya tidak mahu bercakap banyak tentangnya," luah Irma yang tidak menafikan isu pelakon menerima bayaran lambat juga adalah salah satu masalah yang berlaku dalam produksi tersebut.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeThu 10 Dec 2009, 4:51 pm

Beego Ingin Bercinta
Oleh: WAHI AZIZ

BUANG saja cerita lama. Biar kisah duka yang pernah singgah di dalam jurnal hidupnya diabadikan erat-erat. Bangkit dari kesedihan lalu, Beego atau nama sebenar Muhammad Aszerul Nizam Abdullah, 29, enggan menoleh ke belakang lagi.

Padanya, biar kisah hitam itu tinggal kenangan dan pengajaran untuknya menghadapi hari muka. Berbekalkan tekad dan semangat, anak muda ini terus melangkah ke hadapan demi cabang seni yang yang dicintainya. Kini, Beego kembali bersinar dan hari-harinya sibuk dipenuhi dengan pelbagai projek drama dan filem.

Menurut bintang utama drama siri terbaru, 'Aliff Firdaus' ini, kehidupannya kini kembali baik dan stabil seperti dulu. Biarpun kembali solo, namun status itu sedikit pun tidak merimaskan jejaka kelahiran Johor Bahru, Johor ini.

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini bahagia dan saya sangat gembira. Walaupun saya kembali bujang, tetapi saya cukup selesa dengan kehidupan hari ini.

"Pada saya, semua cerita lama itu telah pun saya buang jauh-jauh. Semua pengajaran dan pengalaman lalu saya ambil sebagai bekalan untuk menempuh hari-hari mendatang.

"Saya amat bersyukur kerana terus diberi peluang dan ruang di dalam industri ini. Walaupun saya pernah hilang fokus sedikit masa dulu, saya berjaya atasi semua itu dan kembali bersemangat untuk teruskan kehidupan. Hari-hari saya kini dipenuhi dengan pelbagai projek drama TV dan filem," katanya.

Apabila ditebak dengan pertanyaan mengenai status terbarunya, Beego sedikit tergelak sebelum menyambung semula perbualan. Sambil menarik nafas seketika, Beego berkata, dia kini lebih selesa berkawan dengan ramai orang dan terbuka untuk kembali berpacaran.

Meskipun perihal keruntuhan rumah tangganya bersama Intan Shahira Mohd Shahru menemui noktahnya secara rasmi pada 16 Mac lalu pernah membuatkan Beego hampir hilang arah tuju, ia tidak sedikit pun menerbitkan perasaan serik padanya. Malah, Beego kini cukup bersedia untuk kembali berkasihan.

Apabila diusik, adakah dia kini sedang bercinta, aktor yang terkenal melalui watak Roslan menerusi drama bersiri popular, 'Puteri' itu sekadar membalas dengan hilai tawa dan enggan mengulas lanjut. Meskipun si empunya badan enggan bercerita, namun reaksi spontannya itu seperti mengiyakan kebenaran cerita itu.

"Saya tidak mahu komen tentang perkara itu. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya tidak serik atau putus asa untuk kembali bercinta.

"Walaupun kadangkala saya terasa sedikit sunyi, tetapi mujurlah saya mempunyai ramai kawan yang boleh mengisi kesunyian itu," ujar Beego dengan ringkas.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Beego210
Beego ingin buka lembaran baru dalam hidupnya dan bersedia untuk bercinta

Beralih kepada perkembangan kariernya, Beego kini sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian terbaru berjudul 'Aliff Firdaus' arahan pengarah Rashid Sibir.

Memainkan watak utama sebagai Aliff, Beego sekali lagi bakal mempamerkan permainan emosi dan gerak lakon yang menuntut penghayatan yang kuat.

Popular menerusi lakonan berkesannya di dalam telefilem 'Gitar Tua 1 dan 2' sebelum ini, Beego mengakui dia amat selesa bekerja dengan Rashid Sibir.

Menurutnya, drama bersiri 26 episod itu kini masih di dalam proses penggambaran, di mana blok pertamanya yang merangkumi 6 episod telah pun siap sepenuhnya sementara baki 20 episod lagi bakal disambung bermula minggu hadapan.

"Saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbaru bertajuk 'Aliff Firdaus'. Ia sebuah drama kekeluargaan yang mengangkat tema kasih sayang, percintaan dan agama.

"Dalam siri ini, saya memainkan watak utama sebagai Aliff, seorang pemuda yang enggan menyambung pengajiannya di bandar.

"Sebaliknya, Aliff lebih selesa dengan kehidupan di kampung dan menjaga kedua-dua orang tuanya. Subplot yang dipaparkan oleh Rashid di dalam siri ini cukup menarik dan menambah kekuatan kepada jalan ceritanya. Drama ini cukup istimewa dan mempunyai kekuatannya tersendiri.

"Blok pertama siri ini telah pun siap dan hanya menunggu tarikh tayangan manakala bakinya lagi 20 episod akan disambung semula mulai minggu hadapan," jelas Beego.

Tambah Beego lagi, 'Aliff Firdaus' boleh disifatkan sebagai antara karya berbeza daripada pengarah itu. Dengan kekuatan plot dan barisan pelakon popular, Beego mengakui dia sedikit gementar untuk mengetahui reaksi penonton terhadap drama bersiri itu yang bakal memulakan siarannya 11 Disember depan bagi menggantikan drama 'Nur Kasih' yang mendapat sambutan luar biasa daripada khalayak umum.

"Saya berharap penonton dapat menerima siri 'Aliff Firdaus' ini seadanya. Sebagai pelakon, saya telah memberikan yang terbaik seperti kehendak skrip dan pengarah.

"Saya yakin penonton akan terhibur dengan kelainan jalan ceritanya yang boleh saya anggap sebagai berbeza dan padat dengan mesej dan moral.

"Apatah lagi, Rashid turut menampilkan beberapa kelainan untuk projek ini. Jika sebelum ini, Rashid selesa dengan penggunaan shot yang mudah dan ringkas.

"Kali ini, dia banyak menggunakan crane bagi mendapatkan pandangan yang lebih luas pada satu-satu babak itu. Selain, kekuatan plot cerita ini juga mampu menarik perhatian penonton, Insyaallah," katanya panjang lebar.

Beego yang mengakui dirinya amat bertuah kerana berpeluang untuk mengenali pengarah-pengarah hebat seperti Aziz M. Osman dan Rashid Sibir, berkata, selain daripada komitmen terhadap drama Tv, aktor ini juga bakal muncul dengan dua buah filem pada tahun depan. Kedua-dua filem tersebut, 'Libas' (arahan Jurey Latiff Rosli) dan CE 1 (arahan Aziz M. Osman) bakal memperlihatkan sisi berbeza terhadap kerjaya lakonannya yang bermula sejak 4 tahun lalu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeThu 10 Dec 2009, 4:53 pm

Nash, Sosilawati Bincang Tuntutan RM1.38 Juta Secara Baik
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 01424210

Nash ketika hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam pagi tadi. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta sepencarian RM1.38 juta bekas isteri Nash, Datuk Sosilawati Lawiya terhadap penyanyi dan pelakon itu di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini belum menemui jalan penyelesaian.

Ini kerana kes itu perlu melalui satu lagi proses sulh pada 12 Januari depan.

(Sulh berasal daripada perkataan Arab bermaksud ‘putus pertengkaran’ atau ‘kompromi’. Secara hukum syarak bermaksud perjanjian dimeterai bagi menyelesaikan pertikaian atau pertengkaran antara pihak yang beragama Islam).

Menurut Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, kes itu mampu diselesaikan secara baik. Namun dia masih berharap supaya Nash 'boleh mengubah fikirannya'.

"Saya dah kemukakan apa yang saya nak dan dia (Nash) patut buat mengikut apa yang dibincangkan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 01424310
Sosilawati ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

"Saya rasa dia boleh dibawa berbincang. Jadi, kami akan berbincang sekali lagi pada 12 Januari nanti..jadi, saya harap dia balik dulu dan fikir sebaik-baiknya agar kes ini dapat selesai secara baik," ujarnya ketika ditemui di luar pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah di sini.

Dalam tuntutannya, Sosilawati mahu Nash kembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020), masing-masing berjumlah RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).

Nash atau Jamaludin Elias, 50, juga dituntut mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam.

Tuntutan wang dan modal lebih RM1 juta yang pernah dikeluarkan usahawan wanita itu terhadap bekas suaminya dibuat melalui firma guaman syarie, Zaidi Zain & Associates.

Sementara itu, Nash juga berkata proses 'sulh' dengan Sosilawati diharap dapat persetujuan kedua belah pihak sebaik mungkin.

"Kami akan berbincang secara baik...cuma saya ingatkan jangan cari publisiti murah. Walaupun saya selebriti, saya tak nak cerita perkara dalam kain," katanya yang kini sibuk menguruskan perniagaan.

Sosilawati, 46, plaintif dalam kes ini, turut memohon mahkamah mendapatkan perintah supaya harta yang membabitkan ASB, ASW 2020, Saham Public Mutual Berhad dan rumah terbabit sebagai harta sepencarian.

Peguam mewakili Sosilawati, Datuk Zaidi Zain, berkata menerusi tuntutan itu, Sosilawati juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah dua pertiga daripada apa-apa keuntungan, bonus dan dividen saham dan hartanah terbabit diberikan kepada Sosilawati, manakala satu pertiga diberikan kepada Nash.

Sosilawati dan Nash berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, pada 26 Mei 2009.

Sosilawati sebelum ini berjanji tidak akan menuntut nafkah edah, mutaah, nafkah tertunggak dan apa juga tuntutan yang dibenarkan di mahkamah, manakala permohonan bagi harta sepencarian akan difailkan kemudian.

Menurut draf tuntutan itu, Nash berjanji membayar semula keseluruhan wang yang dipinjamkan Sosilawati kepadanya secara ansuran, namun sehingga kini Nash gagal menjelaskan semula hutangnya kepada Sosilawati.

Selepas perceraian, Sosilawati mendakwa ada menghantar surat atau notis kepada Nash untuk memulangkan kembali jumlah wang terbabit kepadanya.

Sosilawati percaya, modal yang dikeluarkan itu menjana keuntungan kerana ia membabitkan jumlah yang besar dan pelaburan yang terjamin.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:25 pm

'Twilight: New Moon' Cinta Pontianak Yang Mengasyikkan
Oleh ZIEMAN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Newmoo10

Berbeza dengan siri pertama, sekuel kedua siri 'Twilight' ini mengajak penonton merasa keperitan cinta terhalang dan bagaimana pengorbanan sepasang kekasih ini berlarutan hingga ke separuh filem ini berlangsung.

BILA kita meletakkan harapan tinggi pada sesuatu filem, belum tentu lagi filem itu akan memberikan impak yang diharapkan. Selalunya, jangkaan dan penilaian awal disebabkan tingginya harapan itu sedikit sebanyak akan membuat kita sedikit kecewa apabila filem itu tidak seperti yang diharapkan.

Mujurlah perumpamaan 'indah khabar dari rupa' tidak berlaku kepada 'The Twilight Saga: New Moon', sekuel filem 'Twilight'. Rata-rata, ramai yang memberi 'ulasan' spontan secara verbal yang memihak kepada filem ini, meskipun filem itu belum ditonton lagi.

Ternyata penantian setengah jam untuk mendapatkan tiket filem ini di malam hari raya haji baru-baru ini memang berbaloi.

Sambungan filem 'Twilight' diteruskan dengan 'The Twilight Saga: New Moon' di mana babak pertama menyaksikan Bella Swan (Kristen Stewart) merayakan ulang tahunnya ke-18. Sejurus kemudian, Edward Cullen (Robert Pattinson) dan keluarganya terpaksa pergi meninggalkan kota Forks, Washington, dalam usaha melindungi kekasihnya dari bahaya.

Dan itulah harga pengorbanan yang menjadi titik tolak cerita 'Twilight: New Moon'.

Berbeza dengan siri pertama, sekuel kedua siri 'Twilight' ini mengajak penonton merasa keperitan cinta terhalang dan bagaimana pengorbanan sepasang kekasih ini berlarutan hingga ke separuh filem ini berlangsung. Meskipun Edward pernah berjanji akan terus bersama dan melindungi Bella, namun Edward terpaksa pergi jauh. Perlindungan yang dituntut itu terpaksa dibayar dengan harga sebuah perpisahan.

Segala risiko dan pemberontakan jiwa yang melanda Bella untuk melupakan Edward menjadikan filem ini agak berbeza dari filem pertama.

Permainan emosi cukup indah dari segi eksploitasi mainan perasaan dan pengarah Chris Weitz bijak menghidupkan dua karektor - Bella dan Edward sepenuhnya.

Keinginan Bella untuk bersama Edward mampu dilupakan sejenak apabila teman baiknya sejak kecil, Jacob Black (lakonan Taylor Lautner) berjaya mengisi kekosongan dalam hati Bella.

Keduanya bersemangat melawan para serigala jadian. Bukan sahaja melawan serigala, Jacob juga membantu mencairkan kebekuan hati Bella karena ditinggal Edward. Lebih dari itu, Jacob berhasil membawa Bella menemukan hal-hal baru yang belum pernah ditemui sebelumnya.

Tapi, apakah Bella berhasil melupakan cintanya pada Edward dengan kehadiran Jacob?

Plot yang disusun dengan kemas dan diselit muzik latar banyak membantu mood perjalanan cerita ini menjadi sungguh sentimental.

Bella yang sebaliknya merasa kesepian terpaksa dihadapkan bertemu dengan serigala jadian yang merupakan musuh pontianak, spesie kekasihnya.

Kisah percintaan Bella dan Edward tetap membara di akhir jalan cerita 'The Twilight Saga: New Moon'. Seru cinta antara kedua-dua kekasih ini amat mencengkam perasaan mereka yang berjiwa romantik.

Pencarian dan penggalian Bella tentang misteri dunia pontianak membuat Bella semakin merindu dan mendambakan kekasihnya Edward. Kisah cinta untuk filem kali ini lebih besar, lebih mendalam dan lebih meyakinkan.

Tanpa disedari Bella, kenyataan yang dihadapinya membawanya masuk jauh ke tempat yang lebih membahayakan, ke kuasa yang kuat kegelapannya. Masalah Bella lebih besar dari dulu tapi di situlah titik pertemuan Bella dan Edward sekali lagi....

Romantisnya cinta Bella dan Edward amat mengasyikkan dan akhirnya cengkaman cinta ala 'Romeo Juliet'bertaut menjadi satu.

Tapi, yang tidak enaknya, di akhir cerita perlu ada penantian kerana kisah cinta ini tidak ada titik nokhtahnya. Sambungannya semusim lagi, dalam 'Eclipse' tahun hadapan
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:27 pm

Nash Rancang Buat Konsert Terakhir Sebelum Ucap 'Selamat Tinggal'
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

'DEMAM' membuat konsert dikalangan penyanyi tempatan pada tahun ini dan tahun hadapan memberikan petanda yang positif kepada industri muzik tempatan.

Pada tahun ini sahaja, ramai penyanyi seperti kumpulan Search, M. Nasir, Siti Nurhaliza, Black Dog Bone dan Jamal Abdillah yang mengadakan konsert berskala besar.

Malah ada antara penyanyi itu yang sudah merancang untuk melakukan konsert pada tahun hadapan seperti penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza akan menjayakan dua buah konsert besar-besaran.
Selain itu, syarikat penyanyi itu, Siti Nurhaliza Productions (SNP) juga akan menerbitkan sebuah konsert melibatkan penyanyi Aizat dan Faizal Tahir pada Februari 2010 di Istana Budaya.

Bukan Siti sahaja, penyanyi bersuara 'jantan', Jamal Abdillah juga akan menjayakan sebuah konsert lagi yang menyenaraikan lagu-lagu penyanyi lagenda.
Lebih menarik, sebut tentang lagenda, penyanyi Rock, Nash yang pernah menganggotai kumpulan Lefthanded turut menanam hasratnya untuk mengadakan sebuah konsert secara besar-besaran yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi lagenda tanah air.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 01424311

"Saya bercita-cita besar untuk membuat sebuah konsert yang mempunyai 'sentuhan' saya untuk semua peminat pada tahun depan.

"Saya akan menjemput penyanyi-penyanyi lagenda yang setakat ini biarlah menjadi rahsia saya sendiri," kata pemilik nama sebenar Jamaludin Elias ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu', 'Pada Syurga Di Wajahmu', 'Seruan' dan 'Ku Di Halaman Rindu' ini berkata konsep memilih penyanyi-penyanyi lagenda dalam konsertnya itu mungkin akan menjadi suatu konsert 'bersejarah' yang akan dikenang selamanya.

Konsert solo pertama dan terakhirnya itu akan dilakukan istimewa untuk peminatnya selepas kali terakhir beraksi di pentas bersama kumpulan Lefthanded kira-kira empat tahun lalu.

"Saya sudah berusia 50 tahun, jadi saya rasa sudah tiba masanya saya melakukan konsert seperti ini yang lebih dianggap 'farewell'. Lagipun saya dah lama tak buat konsert.

"Saya mungkin akan berduet dengan penyanyi-penyanyi lagenda ini jika ada lagu yang sesuai. Namun ini hanya cita-cita saya," beritahu Nash.

Selain merancang tentang konsert, Nash juga baru sahaja menyiapkan album baru dengan Yan yang memuatkan lagu 'Hebat'.

Nash mengambil keputusan untuk muncul secara solo, sementara pemain drum Lefthanded Man Dayak pula bersara seketika kerana ingin memberikan perhatian kepada perniagaannya. Anggota lain pula seperti Man Kidal (pemain gitar utama) dan Yan (pemain bass) meneruskan perjuangan muzik mereka dengan cara tersendiri.

Lefthanded ditubuhkan di Johor Bahru, Johor pada 1979 kini sudah pun berusia 30 tahun.

Muncul dengan album sulung berjudul Keadilan pada 1986, kehebatan Lefthanded dalam arena muzik rock tempatan memang tidak dapat disangkal lagi.

Ketika era itu, Lefthanded melakar sejarah apabila Keadilan berjaya mencatat jualan melebihi 60,000 unit.

Bertambah unggul, kumpulan yang dianggotai Man Kidal, Allahyarham Samad, Nash, Man Dayak dan Yan itu juga pernah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila album Nafas diangkat sebagai album rock terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-4 pada 1997.

Nash pernah menghasilkan lebih lima buah album antaranya Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme (1990), Nafas (1996) dan Reunion 1 - Koleksi Unggul (2003).

Selain Nash, penyanyi dan komposer terkenal iaitu Arab dan Ramli Sarip juga masing-masing pernah menyertai Lefthanded sebagai 'penyanyi undangan' menerusi album Nafas dan Fanatisme.

Namun, dalam mengharungi persada muzik tanah air, Lefthanded tidak terlepas daripada dilanda dilema apabila beberapa kali tidak bergerak aktif dengan masing-masing membuat haluan sendiri.

Walaupun begitu, Nash tetap meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminatnya yang tidak putus-putus sehingga sekarang.

"Saya bersyukur sebab dari 'zaman jahiliyah' iaitu semasa saya berambut panjang sehingga sekarang, di mana saya pergi masih ada yang mengenali saya.

"Buat masa ini, hal ini masih dalam perancangan..saya berharap peminat akan mendoakan saya untuk membuat konsert ini secara besar-besaran. Sampaikan salam saya kepada semua peminat..," ujarnya yang turut sibuk menguruskan perniagaannya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:28 pm

Que Akan Buka Bisnes Dengan Linda
oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

SEJAK mendirikan rumahtangga dengan koreografer Linda Jasmine, aktor Que Haidar lebih gemar menghabiskan masanya di rumah bersama isterinya dan anak tiri, Qalif Khan.

Selesai sahaja menjalani penggambaran, terus dia pulang ke rumah untuk bersama keluarganya.
Que semakin sibuk dengan aktivitinya di rumah lebih-lebih lagi apabila kehadiran cahaya mata sulung mereka, Tengku Ratu Haidar pada 26 Oktober lalu.

Bapa berusia 30 tahun ini berkata dia berasa 'susah hati' untuk meninggalkan Ratu apabila akan mula berlakon dalam bulan ini.
Ini kerana dia sudah biasa berdampingan dan jarang berenggang dengan Ratu sejak bayi itu dilahirkan sehingga Linda selesai berpantang 44 hari.

"Semasa Linda berpantang, saya berehat sebentar kira-kira dua bulan dari lakonan.
"Walaupun berat hati untuk meninggalkan Ratu, tetapi saya terpaksa juga lakukan sebab kerja.
"Bayangkan, saya baru tinggal Ratu sebab nak pergi beli susu di Ampang Point pun, dah terasa rindu dan kasihan kerana terpaksa tinggalkan dia di rumah.

"Saya mengaku, semenjak berkahwin ni saya memang kurang melakukan aktiviti-aktiviti luar.
"Semasa bujang dulu, bolehlah saya lepak di luar tetapi apabila sudah berkahwin ni saya lebih suka lepak di rumah," beritahunya yang akan berlakon sebuah teater berjudul 'Laksamana Cheng Ho'.
Menurutnya, walaupun masanya kini perlu dibahagi dua antara keluarga dan karier seni lakonan, Que berkata dia tetap akan meneruskan karier yang dilakukan sejak lebih 10 tahun itu sampai bila-bila.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini sedang merancang untuk membuka sebuah perniagaan.
Ditanya perniagaan apa, Que menjawab, "Saya sedang berbincang dengan Linda tentang bisnes apa yang akan dibuat nanti kerana sekarang saya ada beberapa bisnes dalam fikiran.

"Jadi, saya perlu memilih satu bisnes yang terbaik, sebab itu saya perlu berfikir dengan baik-baik sebelum membuat keputusan," ceritanya yang menjangka akan memperkenalkan Ratu dalam sebulan atau dua bulan lagi.
Alasan Que, dia mahu anaknya yang baru seberat 5 kg itu membesar dan 'kuat' sedikit
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:30 pm

Zahnita Saman Gulatis RM2 Juta

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 00936110

KUALA LUMPUR: Gulatis Exclusive Sdn Bhd disaman lagi, kali ini oleh model Zahnita yang menuntut RM2 juta selepas syarikat tekstil itu diperintah membayar RM20,000 kepada pelakon Eja dua hari lepas.

Zahnita menfailkan saman Jumaat menuduh Gulatis menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya dan mendakwa beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil yang lain kerana perkara itu.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ahmad Zaidi & Partners.

Zahnita, 24, yang hadir di mahkamah memohon gantirugi am RM2 juta, gantirugi khas, gantirugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga memohon supaya Gulatis menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan.

Zahnita mendakwa pada 15 Jan tahun lepas, dia telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga bermula Jan tahun lepas.

Beliau mendakwa pada 23 Julai tahun lepas, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya daripada hak milik KKSB tetapi dia tidak bersetuju.

Bagaimanapun pada 30 Julai tahun lepas, Zahnita mendapati Gulatis telah mengunakan gambarnya secara meluas di poster, banner, brochure dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.

Sebelum kejadian itu, Zahnita telah pun bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading, bagi menjayakan satu usahasama bernilai RM2 juta dan akibat daripada penggunaan gambarnya oleh Gulatis, syarikat Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengannya kerana beranggapan dia mewakili Gulatis dalam saingan industri yang sama.

Zahnita berkata beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan Jakel, sekaligus menjejaskan imej dan reputasinya di mata masyarakat.

Berikutan itu, beliau telah menghantar surat tuntutannya pada 19 Ogos lepas kepada Gulatis menuntut RM2 juta sebagai kerugian dan kehilangan pendapatan, namun syarikat itu masih gagal menjelaskan amaun itu.

Pada Rabu lepas, Gulatis diperintah membayar RM20,000 kepada Eja setelah Mahkamah Sesyen memutuskan syarikat itu telah melanggar perjanjian lisan yang dipersetujui dengan pelakon itu berhubung penggunaan wajah Eja di poster dan iklan syarikat itu. BERNAMA
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:41 pm

Irma Hasmie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Irma-t10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Irma-t11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:42 pm

Serina Chef Wan dah kahwin?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 40929610
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:43 pm

Kereta mewah milik AC Mizal

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 1210
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:46 pm

Nana ERA dalam Bipop 6 Disember 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 11110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 2110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:47 pm

Air ape tu, Zahida Rafik?


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Zahida10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitimeFri 11 Dec 2009, 4:48 pm

Anak Eja & Mohd Silahuddin


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 12110
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions