Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Oct 2009, 6:57 pm

Elly Mazlein isteri kedua Adun?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mainp141
Elly Mazlein

KETIKA sedang enak menikmati rendang dan ketupat, masakan istimewa ibu tersayang di hari raya, Raja hanya tersenyum menjawab panggilan seorang teman rapat yang memberitahu Elly Mazlein sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sebelah utara.

Kalau sebut nama ahli politik yang dikaitkan berkahwin dengan Elly, rasanya orang Utara pasti mengenalinya. Bagaimanapun, biarlah Raja rahsiakan namanya untuk mengelak spekulasi terus tercetus.

Setahu Raja gosip yang mengatakan Elly berkahwin dengan seorang lelaki berstatus Datuk bukan cerita baru, sebaliknya sejak tahun lalu lagi, gosip itu mula tersebar. Tahun lalu, ketika bertemu Elly, dia ada meluahkan perasaan kecewa apabila dikaitkan menjadi isteri kedua. Ingatkan selepas penafiannya itu, cerita berakhir begitu saja, tetapi nampaknya tidak.

Yalah, pelakon secantik Elly takkan nak hidup bermadukan? Raja kenal Elly sejak dulu lagi, saya percaya Elly takkan sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. Raja percaya masih ramai lagi lelaki yang bujang trang trang trang mahukan Elly. Dan setahu Raja, hati Elly sudah dimiliki dan mereka sudah lama menjalinkan hubungan cinta. Bukan setahun dua, tetapi bertahun-tahun lamanya, cuma jodoh belum tiba.

Mengenali Elly, dia seorang yang sangat perahsia. Susah nak mengorek kisah cintanya tetapi Raja bersyukur Elly mempercayai Raja. Apa pun biarlah rahsia Elly terus Raja pegang sehingga tuan empunya badan melayangkan kad perkahwinannya nanti. Amanah orang Raja perlu pelihara.

Raja tahu Elly tidak bermaksud mahu menyembunyikan kebenaran tetapi mungkin dia tidak betah apabila cerita peribadi lebih menjadi perhatian berbanding kerjaya lakonan dan nyanyiannya. Raja hormati pendirian Elly. Raja dengar ahli politik yang dikaitkan dengan Elly juga tak senang duduk, jenuh nak menjawab pertanyaan orang sedangkan beliau pun tidak pernah bertentang mata atau bertemu Elly. Berkahwin dengan Elly, mungkin jauh sekali.

Jadi, tak perlulah nak menggembar-gemburkan cerita Elly jadi isteri kedua Adun, itu hanyalah gosip liar semata-mata. Fitnah semua tu. Apalah motif manusia yang menyebarkan cerita macam ni. Kasihan Elly dan Adun berkenaan, tak pasal-pasal bermasam muka dengan buah hati masing-masing apabila perkhabaran yang tak benar masih diperkatakan.

Sabarlah Elly, itulah harga yang perlu dibayar apabila dah bergelar artis popular.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 04 Oct 2009, 7:03 pm

Diddy Hirdy berkabung 40 hari

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_04_14
Diddy Hirdy

Sebelum Syawal hari tu ketika berborak dengan Diddy Hirdy, Niezam sempat juga tanya tahun ni dia nak beraya di mana?

Kata Diddy, perancangan dia dan keluarga nak beraya di Kuala Lumpur. Nak rasa suasana yang tak ada orang apabila ramai yang pulang ke kampung.

Tapi apa nak buat, pada hujung Ramadan lalu bapa Diddy, Muhid Leman, 62, terlantar sakit dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Bagaimana pun kira-kira tiga hari sebelum Syawal, Niezam dapat SMS daripada pengurus Diddy iaitu Badrul atau Bad mengatakan ayah Diddy meninggal dunia dan dikebumikan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor.

Dalam masa yang sama Diddy tak mahu diganggu kerana sedih kehilangan ayah tersayang yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis itu.

Petang Khamis lalu Niezam berborak dengan Bad. Katanya Diddy masih berada di Johor. Hatinya masih lagi sayu mengenangkan peristiwa itu. Yalah... macam mana tak sedih ayahnya pergi ketika orang sibuk buat persiapan untuk sambut Syawal. Kata Bad lagi, akibat kejadian itu Diddy diberi cuti selama 40 hari.

Segala undangan mengenai pertunjukan pentas melibatkan Diddy semuanya sudah dibatalkan.

"Wang pendahuluan yang kami ambil sudah dipulangkan kembali kerana menghormati kematian ayahnya," kata Bad.

Diddy bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya.

Mudah-mudahan kepada Diddy dan sesiapa saja yang kehilangan orang tersayang tabah menghadapi ujian ini. Sama-samalah kita hadiahkan mereka Al-Fatihah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:15 pm

Lan MUH bertunang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Lan1110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Lan2110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Lan3u110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:17 pm

gambar Abang K, tunang Umie Aida

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Abang-10

Agak sukar juga hendak menjumpai gambar abang kesayangan Umie Aida ini pada posisi gambar yang lebih mesra. Namun penulis sajikan kepada pengunjung gambar Abang K ketika majlis pertunangan mereka tempoh hari
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:19 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 11111

Kasihan Fasha, yang ditunggu tidak menjadi. Pakai ajelah baju kahwin untuk photoshoot.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:21 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 21112

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 31111

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 41110
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:23 pm

Faezah Elai bertudung tapi nampak dada

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Tudung10

Tajuk je nak gimik, tapi gambar tak berapa nak gimik lah. Wakaka! Cantik juga Faezah Elai kalau bertudung, ya? Gambar nampak dada di’bawah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Tudung11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:24 pm

Sharifah Shawati seksi lah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Sharif10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:25 pm

Confirm: Qabil tak jadi pinang Fasha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mainp142

Kesian Fasha Sanda ni kan? Dah jatuh ditimpa tangga, tapi dia bukan terjatuh tetapi memang sengaja menjatuhkan diri sendiri, betul tak? Mungkin itulah penangan orang yang teraniaya ketika sedang mengandung. Orang teraniaya nikan doanya dimakbulkan cepat. Iyalah, Fasha tidak mengaku mempunyai hubungan dengan bekas suami Nora Danish dan sekarang nah kau ambil penangan bala bertimpa-timpa.

Kali ini, Fasha tidak lagi boleh berlakon menangis untuk menagih hati peminat. Dah tak laku orang kata. Sayang sekali, Fasha yang dulu popular bagai nak gila semakin jatuh dan jatuh ke lubang tahi buatannya sendiri.

Yang terbaru keluar di akhbar hari ini, Qabil ya Qabil orang yang sepatutnya bakal mengahwini Fasha seperti yang digembar-gemburkan Fasha sebelum ini akhirnya mengeluarkan kata-kata yang boleh membuat Fasha Sanda menjadi semakin tidak tentu arah. Mana taknya, sebelum ini bagaikan satu majlis hebat yang bakal berlangsung apabila Fasha mengumumkan tarikh perkahwinannya, sambil menunjuk-nunjuk rahsia cincin yang berbentuk seperti cincin gula-gula itu.

Antara yang dipetik dari kenyataan Qabil ialah

Ada sebab mengapa saya tak jadi berkahwin dengannya. Memang kami ada perancangan (untuk berkahwin) sebelum ini, tapi semuanya tak menjadi kenyataan.
saya ingin jelaskan kami sudah tidak bersama lagi. Kenapa saya buat keputusan ini, saya tidak dapat jelaskan dan yakin Fasha sendiri tahu mengapa hubungan kami tak kekal.
Saya sudah tidak berhubung dengannya sejak dua bulan lalu. Semua dapat melihat apa yang berlaku pada majlis itu. Kalau sesiapa bertanyakan hubungan saya dengannya selepas ini, saya boleh katakan kami sekadar kawan dan ia tidak lebih daripada itu
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:27 pm

gambar mummy peluk Black

Kita tahu kan mummy tu gelaran Mas Idayu oleh Black Mentor. Hehe. Penulis dah paparkan gambar girlfriend Black Mentor, kini penulis nak kasi hangat sikit dengan pelukan tanpa nafsu “mummy” dengan Black Mentor nie.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mas-id10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mas-id11
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:32 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Sharif11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Sharif12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Sharif13
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:35 pm

Rina pintas kembar, Rini AF7

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 01379810
Zuzafrina Zulkifli pernah gagal daripada memasuki program realiti AF7 sebelum ini. -foto The

PERMOHONAN Rina untuk menyertai program Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh pernah ditolak sebaliknya kembarnya, Rini telah berjaya melepasi tahap ujibakat dan melayakkan diri dalam program itu sehingga minggu ketiga.

Setelah bergelar artis, tempias Rini pastinya tidak dapat lari daripada Rina atau nama sebenarnya, Zuzafrina Zulkifli, 25.

Walaupun Rini masih belum mengeluarkan single terbarunya, Rina telah pun memintas kakak kembarnya dengan menampilkan single ‘Mana Satu’ hasil ciptaan Marlin dan liriknya oleh Mael. Rakaman vokal Rina hanya mengambil masa dua jam.

Itupun setelah dia ditawarkan untuk menyanyi oleh Cherry Talent Management Sdn. Bhd. pada dua bulan lalu yang mula mengesan bakatnya semasa dia melakukan sesi ujibakat AF7 bersama Rini sebelum ini.

Dengan tiba-tiba dia ditawarkan untuk membuat single dalam masa sepantas kilat dan begitu mudah. Semuanya langsung tidak terjangka oleh akal fikirannya.

Apabila pihak pengurusan itu meminta dia merakamkan suaranya menerusi nyanyian lagu ‘Dan Sebenarnya’ melalui telefon bimbitnya kerana kebetulan waktu itu dia berada di dalam kereta.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Riniaf10
Rini, kakak kembar Rina beraksi semasa konsert Akademi Fantasia 7 minggu ketiga di Bukit Jalil. -Foto THE STAR oleh DARRAN TAN

“Selepas itu, terus mereka bersetuju dan membawa saya ke Dream Music Sdn. Bhd.

“Saya menganggap tawaran ini sebagai rezeki walaupun saya agak cepat daripada kakak.

“Mungkin kerana dulu saya tak dapat tetapi sekarang rezeki saya dulu.

“Saya dah lama minat menyanyi ni iaitu sejak berumur 10 tahun lagi dan kalau saya tak jadi artis pun, saya tetap akan meminati bidang nyanyian ini,” katanya bersungguh-sungguh.

Rina yang kini bernaung di bawah label Dream Music Sdn. Bhd. berkata dia pernah memasuki program ‘Jangan Lupa Lirik’ dengan harapan semoga orang lain nampak bakat yang ada dalam dirinya.

“Syukurlah kerana saya sudah berjaya mendapat apa yang diimpikan iaitu menjadi seorang penyanyi.

“Selepas ini, saya mahu belajar vokal dengan mana-mana guru vokal,” jawab Rina.

Sekali lihat pasti ramai yang menduga Rina adalah Rini kerana keduanya mengenakan gaya yang agak sama.

Ditanya apakah beza antara Rina dan Rini, dia menjawab:

“Apabila orang dah betul-betul kenal, kami berdua memang boleh dibezakan dari segi paras rupa dan fizikal yang lain.

“Saya lebih rendah dan ‘berisi’ daripada Rini malah muka saya juga berbentuk bulat manakala muka Rini bujur. Senyuman dan suara kami juga berbeza.

“Saya tengah dalam perancangan untuk mencari imej yang berbeza daripadanya. Tetapi buat masa sekarang saya memakai anak tudung hitam dulu.

"Saya akan meminta konsultan imej di bawah pihak pengurusan Cherry Talent untuk menyesuaikan imej saya dengan konsep yang dibawa iaitu pop rock,” beritahunya yang turut mengakui hatinya sudah dimiliki.

Walaupun begitu, Rina berkata biarlah Rini yang berkahwin dahulu memandangkan kakak kembarnya itu telah bertunang.

Bercerita pula tentang perkembangan Rini, Rina berkata kakaknya sedang dalam proses membuat single dan pernah dirisik-risik untuk berlakon.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:36 pm

Maiza tarik diri, bukan lagi duta tudung Myza

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Maiza110
Maiza dengan jubah abayanya. -foto koleksi MAIZA

BARU sahaja beberapa bulan lalu selebriti Maizawati Zainal dilantik sebagai duta koleksi tudung Myza, semalam dia memaklumkan sudah tidak memikul tanggungjawab itu lagi.

Jelas ibu tunggal yang mesra dengan panggilan Maiza ini, dia telah menarik diri daripada syarikat yang mengelolakan produk itu, Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN).

“Saya rasa seperti dipergunakan apabila mereka tidak membuat seperti apa yang dijanjikan.

“Saya tak puas hati dengan apa yang mereka lakukan terhadap saya. Jadi, saya nak betulkan salah faham orang bahawa saya bukan lagi duta tudung Myza dan BondaMama.

“Saya dah tiada kena-mengena dengan produk itu,” ujar Maiza dalam nada terkilan.

Dengan pengundurannya daripada menjadi duta tudung Myza sekaligus membuatkan dia menarik diri sebagai duta program BondaMama yang juga diusahakan di bawah YPN.

Tambah bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy ini, enggan mahu dirinya tertipu, dia sudah berkali-kali meminta pihak YPN untuk mengemukakan surat hitam putih berkait dengan program yang dijalankan.

Namun akhirnya mereka hanya berdiam diri walaupun pada dasarnya program itu tetap berjalan malah jualan tudung telah meluaskan pasarannya sehingga ke Singapura.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Maiza210
Maiza banyak melakukan bisnes untuk menyara keluarga dan diri sendiri.

“Walaupun jualan tudung dah banyak laku tetapi mereka langsung tak berikan royalti kepada saya. Saya hubungi mereka tapi tak berjawab.

“Mereka banyak dapat untung tetapi saya tak dapat apa-apa pun.

“Sekarang, saya hanya nak ‘declare’ melalui media yang saya sudah tarik diri daripada menjadi duta tudung Myza dan duta BondaMama sebab dulu pun mereka ‘declare’ perlantikan saya melalui media juga.

“Kalau mereka nak buat tuntutan mahkamah pun terpulanglah,” ulasnya yang tidak mengetahui langsung tentang sambutan jualan tudung Myza sekarang.

Apabila dia diketepikan, timbul perasaan kecewa kerana sebelum ini dia selalu memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap program yang dianjurkan oleh YPN.

“Sekarang biar masyarakat tahu perkara yang sebenar sebab saya tak puas hati dengan apa yang dilaksanakan..saya rasa seperti diambil kesempatan pula.

“Saya tak menyesal jika tidak menjadi duta pun asalkan saya mendapat kerjasama yang baik.

“Saya tak nak perkara ini berlarutan lagi dan harap-harap semua orang tahu yang saya bukan lagi duta tudung Myza dan BondaMama,” tuturnya yang telah pun selesai edah penceraiannya dengan Akhil pada hujung bulan September lalu.

Mereka bercerai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Sejak penceraian itu, Maiza telah banyak melakukan bisnes untuk menyara keluarga dan diri sendiri.

Menurutnya, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk seperti tudung, telekung sembahyang, jubah abaya, madu minda kismis Intel-X, kek Sarawak dan mutiara dari Sabah, bolehlah menghubunginya melalui emel di maiza_collection75@yahoo.com atau FaceBook di alamat emel yang sama atau boleh juga layari blognya, maizawati.blogspot.com.

“Mereka yang berminat hendak menjadi ejen juga boleh menghubungi saya,” akhirinya yang akan muncul di Radio 24 Bernama pada 16 Oktober ini, pukul 6 petang.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:38 pm

Farawahida: Saya tak nak percaya orang lain lagi!


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Wahida10
Farawahida berhasrat untuk menjadi pengacara dan berlakon teater. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

"SAYA tak nak ambil tahu pasal benda ini.. Ini kena tanya dialah," luah penyanyi Farawahida ketika ditanya sama ada perasaannya tersentuh mendengar perkhabaran bekas pengurusnya Julfekar yang menangis apabila mendengar khabar angin kononnya penyanyi itu membunuh diri baru-baru ini.

Pelantun lagu 'Tanpamu' ini tidak menunjukkan apa-apa reaksi spontan seperti terharu dan terkejut. Malah Farawahida atau Fara nampak seolah-olah tidak ambil pusing tentang perkara itu.

"Siapa tahu? Sebab diri saya sendiri pun ada sedikit masalah. Jadi saya tak nak fikir sebab saya tak nak percaya orang lain lagi selepas ini kecuali famili saya," akui Fara yang ditemui pada rumah terbuka raya anjuran Suria FM di Hotel Concorde Kuala Lumpur, semalam.

Komposer itu dikatakan amat risau dan menangis kerana tidak ingin apa-apa yang buruk berlaku keatas Farawahida biarpun mereka masih ada konflik dan pertikaian berhubung kontrak Fara.

Pada masa yang sama, kedengaran cakap-cakap mengatakan gosip liar Fara membunuh diri itu adalah suatu "gimik" semata-mata oleh pihak tertentu termasuk Fara sendiri.

"Saya tidak tahu adakah benda itu macam satu "gimik"? Saya tak boleh kata gimik sebab orang lain akan kata saya yang reka cerita itu.

"Saya tak akan buat cerita-cerita bodoh macam ini sebab dari Islam, benda ini dari hati.. nawaitu, niat niat seseorang itu," ujar Fara.

Sambil mengenangkan saat meletusnya gosip liar itu, Fara berkata dia masih beraya di Taiping dan hanya mengetahuinya menerusi satu panggilan daripada kawan rapat.

"Pertama kali dapat panggilan daripada kawan saya, saya ok lagi. Tapi bila ramai kawan, editor dan wartawan saya hubungi saya, saya tahu gosip liar itu sudah tersebar.

"Saya tidak tahu kenapa cerita itu boleh disebarkan. Ia tidak mempengaruhi saya apa-apa pun. Sebab sebelum ini pun macam-macam kontroversi yang saya hadapi.

"Saya cuma ambil gosip bodoh ini dan buang dalam tong sampah," luah Fara dalam nada tegas.

Mengenai perkembangan terbarunya, Fara berkata, dia masih sibuk dengan pertunjukan pentas dan mungkin akan berlakon teater bangsawan pada hujung tahun ini.

"Sekarang saya dah dapat tawaran dan skrip cuma belum ada hitam-putih. Kita tengok macam mana.. jika betul rezeki saya, saya akan rebut peluang ini sebaiknya.

"Bukan sahaja bidang lakonan, saya nak cuba bidang pengacaraan juga. Bagi saya yang sifar pengalaman, lebih baik berlakon dalam teater terlebih dahulu.

"Ini boleh meningkatkan mutu lakonan saya malah ada orang yang boleh menegur cara lakonan saya nanti," tutur Farawahida.

Ditanya sama ada kontroversi yang menyelubunginya akan menghalang usahanya bertapak dalam bidang lakonan, kata Farawahida:

"Taklah. Saya fikir Tuhan sahaja dan Tuhan tahu apa-apa yang saya lakukan. Walaupun macam-macam yang saya buat, saya fikir ini ada hikmah dan dugaannya.

"Semua orang ada masalah, cuma macam mana kita nak kendalikannya," katanya.

Malah katanya lagi, sokongan ahli-ahli keluarganya banyak membantunya menangani masalah-masalah yang melanda.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 5:57 pm

Ifa pun digugur!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_04_15

MARILYN dapat cerita, bukan saja Norish Karman yang digugurkan daripada drama bersiri Spa Q, bahkan pelakon yang baru mendapat jolokan baru, Ratu Mahkamah, Ifa Raziah menerima nasib sama.

Khabarnya Ifa pun dibuat macam Norish, digugurkan tanpa sebarang keterangan lanjut dan tanpa alasan munasabah daripada pihak produksi.

Walaupun pada awalnya Ifa dihubungi oleh pihak penerbit supaya bersedia untuk ke lokasi pada hujung Oktober, alih-alih dia tak dipanggil ke sesi perbincangan selanjutnya.

Khabarnya tempat Ifa sudah diganti dengan seorang pelakon lain dalam siri ketiga drama popular itu. Nasib badan, tak boleh nak elak. Bila orang sudah tak berkenaan, itulah jadinya.

Kalau benarlah mereka diperlakukan begitu, rasanya tak eloklah.

Kalau masa suka boleh bincang elok-elok, tiba masa sudah tidak suka, kenalah bincang cara baik. Marilyn fikir, baik Norish atau Ifa, mereka boleh menerima kenyataan yang mereka tidak lagi diperlukan, tetapi biarlah diberitahu secara elok. Bukan main senyap saja.

Dalam dok kena 'gugur' tu khabarnya rezeki Ifa tidak berkurang.

"Ifa bersyukur sangat sebab setakat ini tawaran berlakon tak pernah putus diterima daripada semua stesen TV," kata Ifa yang baru menyambut ulang tahun ke-24 tahun.

Katanya, dirinya masih 24 tahun, walaupun sebenarnya umur Ifa 10 tahun lebih tua.

"Tak apalah berapa pun usia Ifa, janji Ifa kata pada diri sendiri, aku baru 24 tahun. Itulah rahsia awet muda Ifa sebab tak pernah fikirkan diri kita sudah berusia," katanya lagi.

Pada ulang tahun ke-34 juga, Ifa mengharapkan agar rezekinya dan keluarga semakin bertambah, diberi keberkatan dan disayangi semua orang termasuk suami, anak-anak, keluarga dan peminat.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:00 pm

Hari Jadi Tiara Di Rumah Terbuka Raya

Kediaman mewah pelakon serta produser terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina serta suami, Datuk Seri Effendi Norwawi di Kota Kemuning, Selangor, tampak cukup cerah dan ceria pada Jumaat lalu, 2 Oktober 2009, apabila dikunjungi ramai tetamu.

Bukan saja kerana Tiara dan Datuk Seri menganjurkan rumah terbuka Aidilfiri sebagaimana yang sering dilakukan saban tahun, tetapi kali ini ia dianjurkan serentak dengan majlis ulang tahun kelahiran Tiara yang jatuh pada 3 Oktober, sehari selepas itu.

Bermula 8.30 malam, tetamu mula bertandang ke rumah itu sambil menghulurkan ucapan 'Selamat Hari Raya' kepada pasangan bahagia terbabit yang wajah mereka tidak pernah lekang dengan senyuman.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 10520010
Selain Datuk Nazim Tun Razak dan isteri, Datin Norjuma Habib, mereka yang kelihatan termasuklah produser David Teo dan isteri, Jane; Dato' Sheila Majid dan suami, Acis; pelakon Lisa Surihani, Steve Rahman Hughes, Nana ERA FM, Fara Fauzana, Tony Eusoff serta wajah-wajah AF7 seperti Yazid, Zizi, Qhaud, Aishah, Aril, Akim dan Hafiz.

Sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah lazat, tetamu turut dihiburkan dengan acara jamming bersama band residen dari Kelab Borneo Rainforest di ruang tamu. Ternyata jamming itu memang berbaloi kerana Dato' Sheila turut tampil ke pentas menyanyikan 2 buah lagu, Dia dan Sinaran. Kemudian Nana ERA membangkitkan mood 70-an dengan lagu trademarknya, I Will Survive yang pernah dipopularkan oleh Gloria Gaynor, sambil Akim AF7 menari secara spontan.

Pentas jamming itu juga memperlihatkan Tiara sendiri turut menyanyi diikuti artis-artis baru naungan syarikatnya iaitu Hafiz, Akim dan Aril.

Tepat jam 12 tengah malam, masing-masing pun menyanyikan Birthday Song kepada Tiara menandakan bertambahlah setahun lagi usia Tiara yang tetap cantik dan berseri-seri. Semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki Tiara!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:10 pm

Imran Ajmain

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39702510

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39710310
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:12 pm

Gambar Fida di Majlis Pelancaran Single Terbaru IN HEART

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39718311
Semalam, masa menghadiri Majlis Pelancaran Single Terbaru IN HEART di Bora Ombak di Ampang, Budiey ada berbual seketika dengan Rafida Ibrahim atau Fida.

Siapa yang tak kenal, Fida ni dulunya bakat dan wajah Pantene yang dicungkil dari program realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007. A’ah, dulu pernah kecoh yang Fida ni telah mengaku yang dia adalah sepupu kepada Dato’ Siti Nurhaliza. Masih ingat lagi, ramai peminat terkejut masa tu. Tapi Fida dah terangkan sejelas-jelasnya kepada peminat. Korang baca je lah entri yang lepas-lepas.

Seperti selalunya, penampilan Fida bertudung cantik dan manis ini mendapat perhatian ramai. Oh ya, sekarang ini, Fida dah berada di bawah naungan pengurusan MIG (Metrowealth) sejak bulan April 2009. Mestilah selalu dapat tawaran berlakun drama kerana MIG kan sekarang ini giat menerbitkan drama. Terbaru, Fida akan berlakon dalam Drama Cinta Tikar Sejadah arahan Azahari dengan memegang watak Siti Zulaikha. Pengambaran drama yang turut dilakonkan oleh Farid Kamil ini akan bermula pada 15 Oktober ini.

Selain berlakon, duta tudung Ratu ini katanya menjadi pengacara luar lokasi untuk program RTM, Fitrah Kasih. Cita-cita Fida yang dulunya korang tengok dia berlakon dalam Adik Manja, E-Toyol dan banyak lagi ini ingin mencuba bidang nyanyian pula. Sekarang ni, Malaysia memang ketandusan penyanyi yang bertudung. Ada tapi tak ramai. Jadi, Fida nak buktikan yang Fida juga boleh menyanyi. Peminat pastinya tak sabar menunggunya. Kalau wajah Fida mirip Siti Nurhaliza, vokal nyanyiannya macamana ye?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39718312
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:14 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39728210
Sasha Bashir
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:15 pm

Nabil dan Fizz Fairuz Dalam Drama Sonata Labu Labi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39791210
SONATA LABU LABI DI ASTRO WARNA
Kesinambungan kisah Labu dan Labi kini diteruskan dalam bentuk drama bersiri!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39791211
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:16 pm

Sinopsis Drama Akulah Perempuan Itu
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 17472410

Ini dia sinopsis Cerekarama: Akulah Perempuan Itu yang akan disiarkan pada 10 October 2009 (Sabtu) ini yang dilakonkan oleh Fasha Sandha yang telah mengadakan rumah terbukanya semalam. Meriah, ramai betul yang datang.

Yusrina (Rina) meluahkan rasa kekesalannya kerana tidak mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Oleh kerana mengikut kata hati Rina berkahwin dengan Yazid walaupun tanpa restu keluarganya kerana Yazid seorang penagih dadah. Selepas berkahwin Yazid memaksa Rina menjadi pelacur.

Manakala, Zahir seorang pemuda yang baik dan dia berjaya mendamaikan Abang Leman dan Muthu yang bertelagah. Zahir disahkan doktor mengidap barah tulang tahap ketiga dan difahamkan doktor yang merawatnya dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneruskan hidup. Suatu hari Zahir telah menyelamatkan Rina dan Nor dari gangguan dua pemuda. Pn Rubiah hairan macam mana Zahir tahu tentang penyakitnya.

Zahir sebenarnya terdengar percakapan doktor dengan ibunya. Pn Rubiah berjanji pada Zahir akan terus berusaha untuk mengubati penyakitnya. Zahir tidak mahu ibunya bersedih. Zahir pergi cari Rina untuk serahkan rantai kakinya yang tercicir. Ketika dia sampai Rina sedang dipukul Yazid kerana duit.

Zahir berjumpa dengan Mummy dan mahu membawa Rina pergi bercuti selama 3 hari. Mereka tinggal di bilik berasingan. Rina sangat seronok dengan layanan yang diberikan. Zahir mahu Rina bersemangat dan kembali ke pangkal jalan. Rina takut masyarakat tidak dapat menerimanya kembali.

Yazid pergi mencari Rina dan mengaku pada Zahir dia adalah suami Rina dan mahu ambil balik isterinya. Namun, Zahir memberikan habuan yang lumayan kepada Zahid untuk tidak mengganggu Rina lagi.Rina beritahu Nor sejak pertemuan kali pertama dengan Zahir dia rasa bahagia dan gembira. Jauh dari penderitaan dan perkara perkara yang tidak disukainya. Nor nasihatkan Rina pergi jumpa Zahir dan luahkan segala perasaannya. Ibu Yazid, Pn Rubiah mengamuk dan marah bila dapat tahu Zahir menjalin hubungan dengan seorang pelacur. Zahir mengaku pergi ke rumah pelacuran tapi dia tak pernah melakukannya sebarang hubungan dengan pelacur itu. Menurutnya wanita yang dikenalinya itu teraniaya hidupnya dan perlukan pembelaan. Perempuan itu dipaksa menjadi pelacur oleh suaminya sendiri.

Zahir tahu dia tak kan dapat bersama dengan Rina kerana umurnya mungkin tak panjang. Dia cuma mahu menyelamatkan Rina. Rina terlalu kecewa bila terdengar perbualan Zahir dan ibunya. Rina tiada pilihan terpaksa balik ke tempat pelacuran itu dan berjumpa Nor. Nor sanggup berkorban demi untuk membantu Rina. Pergelutan terjadi antara Zahir dan Yazid namun Zahir cedera parah ditikan oleh Yazid. Pn Rubiah melaporkan kepada polis kerana Yazid menceroboh dan cuba mencederakan Zahir. Yazid di tahan polis. Rina tidak percaya Zahir mengidap kanser kerana selama ini dia melihat Zahir seorang yang periang.

Adakah Rina akan kembali kepada Yazid dan menjalani kehidupan yang kusum, dapatkah Zahir meneruskan kehidupannya dengan melawan penyakir kroniknya dan mampukah Rina berjaya menawan hati Pn Rubiah untuk mengahwini Zahir ? Saksikan kesudahannya.

Pelakon: Fasha Sandha, Zul Huzaimi, Zaefrul Nordin, Marissa Yasmin, Fadhilah Mansor
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:17 pm

Fazli Zainal Tunggu Album Baru KALBU Siap
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39791810

Fazli Zainal ada cakap kat Budiey, dia sekarang tengah tunggu album terbarunya berjudul KALBU siap. Lambat jugak nak boleh siap sepenuhnya sebab nak kena tunggu 6 buah lagu lagi. Nak kena pilih betul-betul, biar semua lagu dalam album diterima peminat.

Peserta Malaysian Idol Top 12 (2004) ini ditemui Budiey masa menghadiri Majlis Pelancaran Album In Heart di Bora Ombak yang lalu.

Selepas Hari Raya ini, Fazli Zainal akan mempromosikan single terbaru berjudul Suara Hati ciptaan Sharon Paul, lirik oleh Ahmad Fitri Yahya. Ini kali pertama Fazli Zainal bekerjasama dengan Sharon Paul dan mengharapkan lagu tersebut diterima oleh peminat.

Fazli menjelaskan lagu tersebut amat istimewa kerana ia mengintepretasikan kisah ‘cinta monyet’ suatu ketika dulu. Fazli yang masih membujang sehingga kini percaya jodoh terletak di tangan Tuhan.

Single kedua adalah lagu raya ‘Ratapan Syawal’ yang menceritakan tentang dirinya yang menyambut lebaran sendirian sejak berumur 15 tahun. Lagu yang ditulis sendiri oleh Fazli Zainal dan dicipta oleh Hazani ini sangat bererti kerana ia menceritakan kisah hidupnya sebagai anak yatim piatu.

Lagu raya ‘Ratapan Syawal’ akan dimasukkan dalam album keduanya berjudul ‘Kalbu’ dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi. Terdahulu, album pertama Fazli berjudul ‘Harapan’ (2006). Album itu dicalonkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2007
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:18 pm

Scha dan Fahrin Putus Cinta

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39817410
Susulan dari khabar mengatakan Scha Al Yahya dan Fahrin telah putus cinta, timbul pula persoalan adakah mereka akan meneruskan tugas memacu kehangatan pentas Sehati Berdansa musim ketiga yang bakal menggegarkan Astro Ria bermula 24 Oktober ini dan mampukah mereka mencipta keserasian andai kasih tiada lagi di hati?

Ketika perkara ini diajukan kepada empunya badan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir melepaskan keluhan kecil disusuli bicara yang tenang.

“Berat untuk saya ulas perkara ini kerana banyak hati perlu dijaga. Namun sampai bila perlu mengelak kerana lambat-laun orang akan tahu juga. Bagi menjawab soalan tadi, saya dan Fahrin masih bersama untuk Sehati Berdansa, namun dalam hubungan sebenar tiada apa-apa lagi antara kami. Senang cakap, kami sudah putus. Sepanjang proses mengenali hati budi, kami berusaha mencari keserasian. Ada masanya berjalan lancar dan ada ketikanya hubungan kami bergoncang. Selepas mendapati hubungan ini tidak boleh diteruskan, kami mengambil keputusan berpisah secara baik,” katanya berterus-terang.

Menyingkap punca berakhirnya hubungan itu, Scha menjelaskan, mungkin tiada keserasian dan perbezaan latar belakang menjadi faktor utama.

“Ada jurang antara kami yang menyebabkan ketidaksefahaman dalam sesuatu perkara, selebihnya saya tidak mahu komen panjang kerana ia terlalu peribadi. Saya tidak mahu panjangkan cerita, kalaupun marah sekejap saja. Lambat-laun perasaan itu akan reda dengan sendirinya dan kembali seperti biasa. Saya reda dengan perpisahan ini dan berharap kami masih boleh berkawan. Apa yang berlaku sebelum ini biarlah berlalu, tiada dendam atau marah di hati,” kata bintang yang kian bersinar ini.

Tegas pelakon utama Antoo Fighter ini, perpisahan itu tidak akan menjejaskan fokusnya terhadap Sehati Berdansa, malah sebagai pengacara, dia perlu bersikap profesional dengan tidak mencampur adukkan soal peribadi dan kerjaya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:20 pm

Gambar Terbaru Nikki di Rumah Terbuka RIM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39837310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39837210
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeThu 08 Oct 2009, 6:24 pm

Gambar Erra Fazira & Engku Aleesya di Rumah Terbuka Suria FM

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39902810
Budiey pasti ramai pembaca yang tertunggu posting entri ni. Nah~! Ini dia gambar terbaru penyanyi pujaan korang semua, Erra Fazira bersama baby comelnya, Engku Aleesya dan disamping suami tercinta, Engku Emran. Pakaian tema mereka purple dan putih tu memang cun~!

Makin lama, kita boleh tengok Aleesya ni semakin membesar dengan cepat dan bertambah comel. Di Majlis Rumah Terbuka Suria FM pada jam 5 petang tadi, Budiey nampak Puteri Aleesya agak keletihan dan nampak seperti tak duduk diam. Resah, gelisah, merengek dan macam tidak selesa dengan flash yang terpancar ke wajahnya. Memang la sakit mata kalau kena flash kamera. Kesian Aleesya. Terpalit populariti si ibu barangkali.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39895211
Berpakaian sedondon, pasangan popular ini nampak begitu gembira dan ceria melayan tetamu yang hadir
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:00 am

Krisdayanti amat rindukan anak-anak

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Kd11112
KD sangat merindui Aurelle dan Azriel setelah lebih sebulan tidak bertemu

SUDAH lebih sebulan diva tersohor Indonesia, Krisdayanti (KD) tidak bertemu dengan anak-anaknya. KD dikatakan sangat merindui Aurelle dan Azriel.

"Pastinya dia amat rindu," kata peguam dan sahabat baik KD, Elsie Lontoh seperti yang dilaporkan di laman web detikhot.com

Namun begitu, perasaan rindu yang menebal itu tidak mampu 'menyejukkan' hati bekas suaminya, Anang dan kedua-dua anaknya itu.

Hingga saat ini, Aurelle dan Azriel dikatakan masih tidak dapat 'menerima' semula kehadiran KD.

Ditanya tentang kegagalan Anang menghadirkan diri pada sidang perceraiannya dan KD Khamis lalu, Elsie akui, perkara itu memang telah dirancang:

"Memang kita sudah rancang hanya salah seorang saja yang datang," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:03 am

Isteri percaya Ahmad Idham tiada hubungan 'cinta' lain!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Id222210
Amy dan suaminya, Idham sentiasa menerapkan sikap saling mempercayai dan yakin antara satu sama lain - foto MSTAR ONLINE

BERKUNJUNG ke rumah terbuka Aidilfitri pelakon, produser dan pengarah terkenal Ahmad Idham pada dua hari lalu di rumah mewahnya di Ampang Jaya begitu meriah dengan kehadiran sanak saudaranya, rakan taulan dan keluarga.

Ditambah pula dengan hidangan juadah yang begitu membuka selera seperti sate, char kuey teow, nasi lemak ayam goreng berempah dan manisan.

Bagi Idham, tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain lebih-lebih lagi rumah terbuka itu pertama kali dilakukan di rumah yang baru didudukinya sejak lebih setahun lalu.

Seronok melihat kemesraan antara Idham dan isterinya, Jameah Abdul Aziz, 33, bersama anak-anak dan tetamunya yang lain membuahkan rasa hormat terhadap pengarah yang peramah dan tidak sombong itu.

Walaupun sudah berada di ‘puncak’, bapa kepada tiga orang anak ini tidak pernah mendabik dada dengan kejayaannya.

Namun, Idham akui ada pihak yang tidak menyenangi dirinya apabila timbul beberapa gosip cinta antaranya dengan beberapa pelakon wanita.

Sebelum ini, Idham telah dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Zarina AF2 kemudian kali ini dengan pelakon baru, CT Zie.

Pengarah filem ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Impak Maksima’ dan ‘Senario The Movie: Episod 1’ ini telah menafikan gosip menjalin cinta dengan Zarina dan mengatakan ‘gosip itu tidak berlaku’.

Kali kedua digosip pula dengan CT Zie dari Singapura, Idham tidak melenting terus malah hanya tersenyum membaca gosip yang tersiar di sebuah akhbar mingguan itu lantas menjawab:

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Id111110
Keluarga bahagia...Idham bersama isteri dan anak-anak mereka

“Orang kena tahu akan kerja seorang pengarah dan penerbit itu perlu berjumpa dengan ramai orang.

“Itulah risiko yang terpaksa saya ambil apabila dah terbang tinggi.

“Saya hanya membawa CT Zie keluar dengan beberapa kawan lain termasuk produser, pengarah dan pelakon Hans Isaac selepas majlis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 sebelum ini.

“Kami sekadar berbincang untuk mengambilnya berlakon dalam filem terbaru saya nanti.

“Bagi saya dia ada rupa. Lagipun, dia telah diambil untuk menjadi artis naungan Metrowealth (MIG). Sama juga seperti saya masukkan pelakon Lisa Surihani dan Intan Ladyana.”

Isteri percaya Idham

Dalam pada itu, isteri Idham yang mesra dengan panggilan Amy, 33, hanya tersenyum apabila ditanya tentang gosip suaminya.

Amy berkata dia dan suami sudah lama mengenali antara satu sama lain, jadi mereka hanya terapkan sikap saling mempercayai dan yakin antara satu sama lain.

“Saya senang je..nama pun gosip. Saya tak boleh terlalu cerewet. Biasanya saya tak baca gosip dalam surat khabar tetapi saya akan tahu juga melalui kawan-kawan yang menghubungi atau SMS saya.

“Saya tak boleh ‘control’ dia sebab kerja dia memang berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Saya tiada pilihan dan perlu saling percaya.

“Kalau saya ‘control’ atau sekat, macama mana dia nak cari sumber rezeki,” kata ibu kepada Ahmad Firdaus, 9, Ahmad Aydeel, 5, dan Kintan Myra, 3, ini.

Jelasnya, agak berbeza semasa bergelar isteri kepada produser dan pengarah berbanding sewaktu suaminya hanya bergelar pelakon sebelum ini.

“Komitmennya lebih padat dan menyebabkan dia kurang masa dengan keluarga. Jadi, saya kena berkorban masa dan tenaga untuk menjaga anak-anak apabila dia tiada di rumah.

“Saya juga tidak boleh terlalu bergantung dengan dia,” ujarnya yang dalam masa yang sama mengusahakan sebuah tadika di Bukit Indah.

Oleh itu senang untuk Amy menghabiskan lebih banyak masa untuk bersama anak-anak kerana dua orang anaknya akan mengikutnya ke tadika yang telah dibuka sejak 11 tahun lalu manakala anaknya yang sulung bersekolah darjah tiga.

Walaupun begitu, Amy berkata suaminya akan membawanya dan anak-anak bercuti di dalam negeri sebagai ‘bayaran’.

“Kalau dia tidak sibuk dengan pengambaran, kami akan bercuti dan masa itu dia akan pastikan masanya hanya untuk kami. Tidak pun, dia akan bawa anak-anak pergi berenang atau main ‘game’.

“Kadangkala, saya selalu juga terangkan kepada anak-anak kerana mereka selalu tanya tentang ‘daddy’ mereka.

“Kawan saya, pelakon Nina Juren juga selalu banyak beri kata-kata semangat dan kesabaran yang tinggi,” ceritanya yang tidak menafikan turut dikenali publik apabila berada di luar.

Namun begitu, Amy hanya seronok melihat Idham berjumpa dengan orang ramai dan peminatnya. Jauh di sudut hatinya, tidak pernah dia memikirkan untuk bergelar seorang pelakon.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:05 am

Zul muka sinis

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_03_15

KELIBAT antagonis lakonan pelakon lelaki ini tidak pernah mengecewakan. Biar kadangkala dia hanya membawa watak picisan, namun Zul Huzaimy tidak pernah terlepas pandang. Aura lakonannya menyakitkan hati tetapi menghiburkan.

“Setiap tugasan yang orang berikan kepada saya, saya akan cuba lunaskan sehabis baik. Lakonan adalah kerja tetap saya. Jadi setiap hari saya mengajar diri agar memperbaiki segala kelemahan saya,” katanya yang bakal muncul dengan filem epik terbaru, Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada 22 Oktober depan.

Lebih mengujakan, Zul kini menanti buah tangan sulungnya sebagai seorang pengarah. Telemovie tersebut diberi judul Rambong iaitu sejenis tarian tradisional Thailand.

Gemarkan budaya, Rambong yang turut menyaksikan dia sebagai pelakon berganding dengan nama besar seperti Zulkifli Zain, Eman Manan dan Soffi Jikan disulam dengan pelbagai konflik dan konspirasi.

“Selepas saya mengarah, baru saya tahu bahawa pekerjaan itu adalah sukar berbanding berlakon. Saya juga baru sedar bahawa seseorang pelakon boleh meningkatkan mutu lakonannya dengan menjadi pengarah kerana dia mampu belajar meletakkan diri di hadapan kamera dengan lebih baik,” katanya yang turut membuat suntingan sendiri untuk karya sulung itu.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:07 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_01_43

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_01_44
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:08 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_01_45
ANAK angkat yang kini berusia tiga tahun, Adam, disifatkan sebagai nyawanya
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:10 am

Tiada permusuhan Fahrin & Scha

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_02_29


Apa nak buat! Jodoh tak panjang. Itu yang boleh dikatakan apabila hubungan cinta pelakon Fahrin Ahmad, 30, dengan Scha Alyahya, 26, putus di tengah jalan.

Hajat untuk membina bahagia sehingga ke jenjang pelamin tidak menjadi kenyataan.

Bak kata orang kita yang merancang tetapi Tuhan menentukan. Soal jodoh, ajal dan maut adalah diluar pengetahuan kita tetapi sebagai manusia kita boleh berusaha dan berdoa mengenai perkara itu.

Tidak ada ribut, tidak ada angin tiba-tiba sahaja mereka dikatakan putus cinta.

Kisah sedih itu tersebar pada hujung Ramadan lalu sehinggalah pada awal Syawal, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir membuat kenyataan dia dan Fahrin sudah tiada apa-apa lagi.

Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya kenapa jadi begitu? Yalah... selama ini Fahrin banyak memberi kenyataan selepas Linda Onn, cintanya hanya pada Scha. Malah Fahrin pun sudah bersedia untuk kearah yang lebih serius.

Dan Scha juga menjawab perkara yang sama. Setakat ini tidak kumbang lain melainkan si lelaki bernama Fahrin Ahmad dalam hatinya.

Tapi sayang sejuta kali sayang. Ketika peminat sedang mengikuti perkembangan hubungan mereka itu, tiba-tiba cerita sedih yang dikhabarkan.

Saat ditanya apakah puncanya, Scha berkata mungkin tiada jodoh dan persefahaman terhadap hubungan mereka itu.

Tanpa mahu menjelaskan apa sebenarnya berlaku, Scha hanya mahu satu iaitu tiada permusuhan di antara mereka.

Malah secara jujurnya wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini masih memerlukan khidmat Fahrin untuk membantunya dalam program Sehati Berdansa yang akan bersiaran menerusi saluran Astro pada 24 Oktober akan datang.

"Memang saya memerlukan dia untuk membantu saya dalam rancangan itu nanti. Fahrin berbakat dan berkebolehan. Saya mahu dia membimbing saya," katanya.

Dan syukurlah, walaupun tiada lagi cinta di hati itu Scha mengaku mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

Ertinya mereka sudah berbincang dan mencapai persetujuan untuk hubungan itu dinokhtahkan.

"Kami bersetuju untuk berpisah. Perpisahan ini dengan cara yang baik," katanya.

Ujar Scha lagi dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun dan berharap hubungannya dengan Fahrin seperti rakan-rakannya yang lain.

"Scha mahu buang perkara yang buruk. Scha nak bagi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya dan berharap dengan cara itu hubungan Scha dengan Fahrin akan menjadi lebih harmoni," ujarnya.

Bagi Fahrin pula dia agak kurang selesa dengan apa yang berlaku tetapi dia reda dengan dugaan itu.

Fahrin percaya jika dia dapat mengusai perasaan reda itu, sesuatu yang baik akan hadir dalam hidupnya nanti.

"Saya perlu rileks kerana saya percaya akan ada hikmah terhadap peristiwa ini. Kalau tak dalam bentuk rezeki, ia mungkin jodoh," katanya.

Juga tidak mahu ulas apa sebenarnya berlaku, Fahrin berpendapat pengakuan mengenai kehancuran hubungan mereka itu didedahkan bukan pada masanya.

Tidak menyalahkan Scha sepenuhnya kerana menganggap wanita itu masih baru dalam dunia hiburan, Fahrin berharap Scha mampu berhadapan dengan tekanan akibat peristiwa itu.

"Saya cuma terkilan kerana dia pilih waktu yang salah untuk berterus terang. Sepatutnya perkara ini dapat dikhabarkan kepada umum selepas program Sehati Berdansa kerana saya bimbang tekanan yang akan diperolehi.

"Bila keadaan macam ni berlaku, saya lebih senang memerhati dan bercakap bila perlu. Cuma saya akan berusaha untuk mengawal keadaan," kata Fahrin.

Menyerahkan kepada Tuhan dan masa untuk menjelaskan segala-galanya, Fahrin berharap penonton Sehati Berdansa menonton program berkenaan seperti yang mereka harapkan dan tidak mencampur aduk kisah pahit yang berlaku di antara dia dan Scha.

Dan kata Fahrin lagi dia akan buang ketepi perasaan yang bersarang di dalam hati bagi memastikan dapat memberi satu persembahan yang baik di dalam rancangan berkenaan.

"Insya-Allah, saya akan membantu Scha memandangkan dia masih baru sebagai pengacara," katanya.

Ditanya adakah hatinya hancur gara-gara peristiwa berkenaan ungkap Fahrin sebagaimana cinta itu ikhlas datang tanpa dipaksa, ia juga tidak dipaksa pergi.

Cuma Fahrin berpegang kepada satu iaitu buat apa dia hendak bersedih atau menyalahkan takdir kerana bimbang ia akan menjadi lebih buruk dan memakan diri.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:12 am

Ramlah Terharu Berduet Dengan Jay Jay

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 91520010

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2009: Syawal tahun ini membawa banyak perkembangan gembira buat penyanyi Selamat Jalan Romeo, Ramlah Ram. Hakikat ini kerana Ramlah bukan sahaja gembira dengan pengedaran album solonya iaitu Ketentuan tetapi berjaya merakamkan sebuah lagu duet dengan penyanyi yang dikaguminya, Jay Jay.

Ramlah bersama Jay Jay telah tampil berduet dalam lagu Bila Aidilfitri Kembali dan ia juga adalah satu rekod peribadi kepada Ramlah sendiri kerana sudah 10 tahun tidak merakamkan lagu raya.

Bercakap kepad portal murai.com.my, Ramlah berkata lagu itu adalah ciptaan komposer veteran S Atan dengan lirik karya Siso.

"Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata bila mendengar lagu ini. Lebih seronok lagi apabila dapat berduet dengan Jay Jay yang sememangnya penyanyi yang saya kagumi. Memang Jay Jay sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu tradisi kemelayuan," kata Ramlah.

Tertarik dengan gabungan elemen irama inang bersama strings dalam lagu itu, Ramlah akui Bila Aidilfitri Kembali punya keistimewaan tersendiri apatah lagi dicipta oleh komposer berpengalaman seperti S Atan.

Malah menurut Ramlah, komitmen yang diberikannya ketika melagukan lagu itu bersama Jay Jay membuahkan maklum balas terbaik meskipun mengakui penerimaan orang ramai terhadap lagu raya baru selalunya terlalu skeptikal.

"Saya dan Jay Jay membawakan lagu ini menggunakan sepenuhnya mood hari raya. Malah irama kemelayuan yang ada pada lagu ini menyebabkan ia diterima baik," katanya.

Ramlah berkata, lagu berkenaan buat pertama kalinya telah dipersembahkan di hadapan peminat ketika rakaman rancangan Melodi Raya.

Jelasnya, walaupun masih terlalu awal untuk menilai kewibawaan lagu itu sebagai halwa telinga, yang jelas Bila Aidilfitri Kembali mampu diletakkan sebaris dengan lagu-lagu raya lain kalau mendapat kerjasama daripada stesen radio tempatan.


Tentang album Ketentuan & RRG

Sementara itu, Ramlah turut gembira apabila album terbarunya Ketentuan terbitan FMC Music Sdb Bhd telah mendapat maklum balas baik daripada peminat.

Berkonsepkan pop Melayu, Ketentuan yang telah diterbitkan sejak Jun lalu membariskan komposer hebat seperti Adnan abu Hassan, Aidit Alfian, Fauzi Marzuki, M. Nasir dan Tam Spider.

Dengan keberhasilan album itu juga Ramlah terharu apabila peminat setianya telah menubuhkan kelab peminat Ramlah Ram yang dikenali sebagai Ramlah Ram Group atau RRG.

"Saya bersyukur, dengan adanya kelab peminat ini album Ketentuan saya menjadi sebutan ramai dan dari hari ke sehari semakin ramai juga ahli yang mendaftar di bawah RRG.

"Kebanyakan mereka yang mendaftar adalah peminat setia saya dan ada di antara mereka mengikuti saya sejak kecil lagi. Ini yang membuatkan saya cukup rasa bersemangat untuk terus aktif menyanyi," kata Ramlah.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:14 am

Engku Emran Tetap Bos Yang Sporting

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 10820010

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2009: Kalau bos sporting, tentu anak buah atau pekerja di bawah pun akan suka. Demikianlah Engku Emran Engku Zainal Abidin yang mengepalai stesen radio Suria FM.

Setiap kali mengadakan majlis keramaian, Engku Emran yang mesra dengan panggilan EE akan turun padang meraikan tetamunya dan terbaru di majlis rumah terbuka hari raya anjuran stesen radio terkenal itu.

Majlis telah berlangsung dengan meriah di Hotel Concorde, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ramai artis popular tanah air selain pihak media dan wakil penaja.

Pada majlis itu, EE juga telah diminta menyanyi tetapi EE dengan sportingnya telah menari bersama penyampai lelaki iaitu Zizi, Tuah dan Naim menerusi lagu Menjelang Hari Raya, dendangan asal Dato' DJ Dave.

"Saya ni tak tahu menyanyi, jadi saya menari saja" ujarnya. Adakah dengan suka menari itu, siapa tahu EE dan Erra akan menyertai salah satu musim Sehati Berdansa di Astro Ria?

Di majlis itu juga, tetamu berkaraoke sakan dengan lagu raya. Selain sesi karaoke, tetamu juga diserikan dengan persembahan artis seperti Noryn Aziz, Farawahida, Alyah, Imran Ajmain, Aizat dan Sahri AF1. Antara artis lain yang turut hadir Liyana Jasmay, Rebecca Al-Islam, Noniswara dan isteri EE sendiri, Erra Fazira.
Persembahan turut disertai penyampai Suria FM iaitu Tuah Zulkarnain, Bob, Naim, Zizi, Lin, Akhtar, Zaff, Myra dan Viviyana. Mereka berganding dalam lagu Seloka Hari Raya yang dipopularkan Hail Amir & Uji Rashid.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 11:15 am

Lan Pet Pet Belum Letih Berlawak!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 91520011

Biarpun negara melihat kemunculan pelawak baru, ia tidak pernah membunuh semangat Lan Pet Pet atau membuatkan dirinya berasa terancam.

Malahan, hingga hari ini saham Lan Pet Pet atau Mazlan Ahmad serta 2 lagi anggota Senario, Azlee dan Wahid, tetap bertahan. Jika tidak masakan filem-filem lakonan mereka terus dihasilkan untuk tayangan layar perak.

Pejam celik pejam celik, penglibatan mereka kini sudah pun menjangkau 14 tahun dalam dunia komedi, sejak bakat masing-masing dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan.

Disatukan sebagai sebuah kumpulan pada tahun 1996, anggota asalnya terdiri daripada Azlee, Wahid, Ilya, Hamdan dan Lan Pet Pet. Walaupun ada anggota yang telah mengundur diri, nama Senario masih relevan dengan dunia hiburan.

Kata Lan yang telah berumah tangga, dia tidak pernah melupakan niat asalnya yang ingin menjadi pelawak dan penghibur.

"Sejak di sekolah rendah lagi saya suka melawak. Perangai gila-gila saya sudah ada sejak dalam kelas hingga ke luar sekolah. Saya terfikir kalau berlawak tentu boleh dapat duit. Saya suka buat orang terhibur dan ketawa," kata bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Alor Setar, Kedah ini.

Menurut Lan juga, anggota Senario tidak pernah hirau dengan cakap orang kerana mereka percayakan dengan perjuangan dalam dunia seni. Yang penting, sokongan daripada stesen TV, syarikat produksi filem dan drama kenalah berterusan.

"Kami hargai David Teo (MIG) kerana terus beri kepercayaan untuk menebitkan filem kami. Kami terharu nama Senario masih mampu mengajak peminat ke panggung," katanya merujuk kepada kutipan Senario The Movie Episod 1 yang membolot RM4.5 Juta.
Dan kini selepas Senario The Movie Episod 1, filem Senario The Movie Episod 2 dan Zoo pula bakal ditayangkan tidak lama lagi. Terbarunya Senario The Movie Episod 3 akan memulakan penggambaran hujung tahun ini. Memang jelas itu semua rezeki Lan dan rakan-rakan Senario.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 6:43 pm

Kembali bertaut?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mainp143
Fahrin, Scha mahu buang yang keruh, ambil yang jernih

DI lantai hati mereka, alun percintaan yang hampir setahun ditarikan bersama sudah tidak lagi senada. Namun di lantai hati khalayak, kepincangan irama yang pernah dulu dialunkan seiring masih belum bernoktah.

Masih ada persoalan yang belum dihuraikan sepenuhnya. Selagi tidak ditemui jawapan pasti, selama itu dua nama ini akan terus dihimpit persoalan serupa.

Saat persoalan itu kembali diajukan, cuma keluhan berat mampu dilepaskan Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad. Apa daya mereka untuk menutup mulut orang luar daripada terus membicarakan episod cinta luka yang masih berbekas?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mainp144
Perlahan kata Fahrin, detik ini bukan masa yang sesuai untuk dirinya sebagai lelaki yang matang memberikan kenyataan balas.

Akur meniti hidup sebagai selebriti membenarkan masyarakat untuk berkongsi segala suka dan duka mereka. Namun kata Fahrin, ada bahagian dalam dirinya yang mahu disimpan kemas tanpa perlu disentuh orang luar. Cukup hanya dirinya saja yang mengerti.

"Sebagai artis kami terdedah kepada sikap prejudis orang dan tanggapan buruk masyarakat. Khalayak bebas menilai, menuding jari tanpa usul periksa malah menghukum penuh kejam sedangkan akhirnya segala yang berlaku hanya Tuhan dan individu itu saja yang tahu. Ya! Saya dan Scha sudah berpisah.

"Tetapi perpisahan kami tidak sesekali membuka ruang untuk diburukkan atau diperbesarkan oleh orang lain," luah Fahrin dalam nada yang berat.

Mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara, jujur kata Fahrin, perpisahan dengan Scha memberi impak yang besar kepada dirinya.

Malah ujian yang sedang dilaluinya itu terlalu berat untuk ditempuhi namun Fahrin berusaha mengawal emosi. Dia tidak mahu disebabkan tekanan luar, isu perpisahan mereka berlarutan dan menjadi mengarut.

Scha
"Biar saja saya menutup mulut kerana lambat laun masa akan menjelaskan segala-galanya. Saya belajar untuk melihat semua yang terjadi dari sudut positif.

"Tiada penyesalan kerana hubungan kami dibina atas dasar keikhlasan. Dugaan perpisahan ini terlalu berat tetapi saya akur menerima ketentuan takdir.

"Sebagaimana cinta kami datang dengan ikhlas dan tanpa dipaksa, saya juga merelakan cinta itu pergi tanpa dipaksa. Biarlah perkara ini tenang sendiri," katanya.

Fahrin sentiasa berpegang kepada kenyataan, setiap kali ditimpa musibah jangan sesekali melatah atau berkeluh kesah. Sikap negatif itu hanya memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, jika individu itu reda dan percaya lambat laun sesuatu yang baik akan bertandang dalam kehidupannya.

"Semua momen indah dalam hidup kami akan disimpan menjadi kenangan. Tetapi apa yang saya tanggung dalam hati ini, biar hanya saya dan Tuhan saja yang mengerti," katanya.

Andai masih ada kesedihan atau kemarahan yang bersarang di sudut hatinya, semua itu akan dibuang tatkala dia dan Scha berdiri di lantai Sehati Berdansa bermula 24 Oktober ini.

Fahrin berkata, mereka berdua mempunyai tanggungjawab lebih besar yang perlu dilunaskan tanpa perlu terlalu memfokuskan kepada masalah peribadi.

Melihat Scha yang masih baru dalam bidang pengacaraan, Fahrin bersedia membantu Scha untuk meneraju program itu dengan berkesan.

"Saya sangat menghormati Sehati Berdansa. Apa pun terjadi antara kami, saya tetap menjunjung falsafah program untuk membentangkan sesuatu yang manis dan indah kepada khalayak.

"Saya tidak akan membiarkan Scha terkapai-kapai sendiri. Semua berharap sesuatu yang manis serta indah akan berlaku dalam Sehati Berdansa dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melaksanakan amanah besar itu dengan baik," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeSun 11 Oct 2009, 6:48 pm

Bekas kekasih Ayu Raudhah bertemu cinta baru?
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mainp145
Pekin meraikan Aidilfitri bersama Sharifah Nor Idayu di Kelantan, baru-baru ini

HAMPIR sebulan umat Islam meraikan kemuliaan Syawal. Justeru, boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja jemputan majlis rumah terbuka. Disebabkan leka dengan hidangan makanan lazat dan minuman manis terutama yang banyak kandungan lemak serta gula, beberapa hari lalu Zubir 'berehat' di rumah saja gara-gara paras gula di dalam badan melebihi hadnya, tapi salah diri sendiri, reda sajalah dan belajar 'insaf' mengawal pemakanan setiap hari.

Pun begitu, gosip tetap gosip. Gosip tidak pernah kenal erti 'rehat' dan 'insaf'. Peminat sedia maklum, adik aktres jelita Rozita Che Wan iaitu Ayu Raudhah yang pernah menjalin hubungan cinta dengan aktor Mohd Iznan Ibrahim atau Pekin sejak enam tahun lalu dan baru saja putus kasih kira-kira setahun lalu, mengakui ketika ini, dia berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

"Saya suka Zaquan, dia caring (penyayang) dan sweet (manis)," kata Ayu Raudhah ketika ditanya mengenai gosip hubungannya dengan Zaquan menerusi sebuah akhbar tabloid harian, sedikit masa lalu.

Itu cerita Ayu, kali ini Zubir mendapat perkhabaran terbaru mengenai bekas kekasih Ayu iaitu Pekin. Khabarnya selepas berpisah dengan Ayu, dia baru-baru ini sudah bertemu pengganti. Menariknya, penggantinya juga bernama Ayu atau nama penuhnya Sharifah Nor Idayu. Ayu ni pernah Zubir gosipkan menjalin hubungan baik dengan komposer terkenal Ajai sebelum Ajai bernikah dengan pilihan hatinya, Norliza atau Liza, baru-baru ini.

Ayu yang kini menetap di Kuantan, Pahang sebenarnya berasal dari Kelantan. Dia juga sepupu kepada aktres popular Kuza, Kuna dan Kuni. Zubir dimaklumkan, ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Ayu pulang ke Kelantan dan khabarnya dari situlah Pekin dan Ayu bertemu dan menjalin perkenalan.

"Zubir, aku dengar cerita lain pula. Sebenarnya kalau Ayu itu yang pernah kau gosipkan dengan Ajai, dah lama kenal dengan Pekin. Maklum sajalah, Pekin juga berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Kalau tak silap aku, rumah Ayu dan Pekin di Kelantan tu, taklah jauh mana, orang kata mereka jiran sekampung. Kalaulah benar gosip terbaru mengatakan mereka bercinta, bagus sangatlah, satu negeri, senang nak balik beraya nanti!," kata seorang sumber kepada Zubir.

Menerusi maklumat lain, Zubir difahamkan, ketika meraikan sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Pekin dan Ayu kebetulan bertemu di sebuah lobi hotel terkemuka di Kelantan selepas menziarahi kenalan masing-masing di hotel berkenaan. Disebabkan sudah lama tidak bertemu, mereka sepakat untuk bergambar sama. Nak dibuatkan cerita, gambar kenangan itu sudah terlepas ke tangan Zubir...

Zubir harap baik Ayu mahupun Pekin tidak panik melihat gambar mereka terpampang di akhbar. Sekiranya benar, mereka bercinta, berkasih, Alhamdulillah, yalah, dua-dua pun sudah kembali solo. Namun, sekiranya mereka lebih selesa sebagai kenalan sekampung, kenalan sesama artis, tidak mengapalah, berkawanlah dulu, manalah tahu, suatu hari nanti, kawan baik boleh bertukar sebagai kekasih, dah banyak kes seumpamanya...

Namun, satu sumber lain memberitahu Zubir petang Khamis lalu, ada teman baiknya terserempak dengan Pekin dan Ayu Raudhah sama-sama berbuka puasa tidak lama dulu, ooops! Bagi Zubir, apa salahnya, sekalipun tidak lagi dikenali sebagai pasangan kekasih, namun ikatan silaturahim itu janganlah diputuskan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 2:58 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Abby-m10
Abby Abadi bergambar dengan pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi. Tengok betul-betul, melekat weh!
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:00 pm

Gambar anak Khai & Rosma, anak Sasha Saidin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Khai-r11
Yang kiri tu anak Sasha, yang kanan tu anak Khai & Rosma. Sehaaaat betul anak-anak mereka ni kan. Nak cubit-cubit pipi anak diorang ni

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Khai-r12
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:02 pm

Janggut Datuk K

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Siti-n10
Wow, Datuk K sudah mula menyimpang janggut. Tapi Datuk Siti tak kesah gambar ini diambil di Melaka di majlis Istihadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:05 pm

Astro Prima beri bonus kepada pelakon dan krew ‘Mertua Vs Menantu’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 01382010

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Errada10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:07 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Eraada10
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:10 pm

Lisa dikritik lakonan tak cukup ‘ummph’

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Lisa0110

BUKAN mudah untuk dinobatkan sebagai pelakon yang terhebat dan profesional kerana setiap perkara serta gerak-geri akan diperhatikan oleh peminat industri perfileman tempatan.

Sebut tentang pelakon terhebat, baru-baru ini pelakon terkenal Lisa Surihani akui kagum apabila dapat berlakon buat pertama kalinya dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira menerusi drama ‘Mertua Vs Menantu musim kedua’.

Katanya, dia berharap dapat dipertemukan dengan Erra dalam satu babak kerana pelakon itu pernah dinobat sebagai pelakon terhebat.

Tambahan pula, gandingan ini juga merupakan kerjasama pertama Lisa bersama dengan dua watak baru lain lakonan Farid Kamil dan Ezani Nizariff selepas drama ini mengutip kutipan rating tertinggi dalam sejarah Astro iaitu 2.7 juta penonton.

“Saya 'komited' untuk laksana tanggungjawab ini kerana peluang ini hanya datang sekali, jadi saya rasa berbesar hati dan ‘excited’.

“Saya memulakan penggambaran dengan cerita yang mempunyai rating tinggi dan pelakon yang gah dan senior seperti Erra, yang walaupun dia ada status tersendiri tetapi dia amat merendah diri.

“Saya kagum dengan dia. Saya tak habis baca skrip lagi dan tidak tahu kami berdua mempunyai babak bersama atau tidak tetapi saya harap ada kerana dia pernah dinobat sebagai pelakon terhebat,” katanya yang berlakon dalam drama itu sebagai salah satu kontrak eksklusif dengan Astro Megadrama.

Menyentuh tentang pelakon profesional pula, ada yang menyangkal Lisa mampu menggalas tugasnya sebagai pelakon dengan baik.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Lisa0210
Hal ini berlaku bilamana pelat huruf ‘r’ yang dialami oleh Lisa didakwa kurang memenuhi kriteria untuk menjadi pelakon profesional.

Walaupun begitu, pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-21 menerusi filem ‘I’m Not Single’ ini akui pelat huruf ‘r’ memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.

Lantas dia tidak terlalu mengambil keadaan itu sebagai suatu masalah besar.

“Saya tak terasa hati langsung dengan dakwaan itu. Saya juga tak terfikir pula untuk melakukan rawatan untuk mengubat pelat huruf ‘r’ ini.

“Saya selalu beritahu diri-sendiri yang pelat huruf ‘r’ ini bukannya untuk jatuhkan diri saya tetapi saya perlu tingkatkan diri. Saya harap dapat ‘improve’ melalui praktis.

“Saya juga pernah maklumkan kepada pengarah tentang hal ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masalah dengan sebutan ‘r’ saya dan belum pernah lagi saya mendapat komen negatif tentang itu,” luahnya sambil tersenyum.

Tambah Lisa, sebagai manusia biasa dia hanya mampu mengambil setiap komen dengan tujuan untuk memperbaiki dirinya dari masa ke semasa.

“Jika orang fikir macam tu, saya hormat pandangan mereka dan apa yang kurang saya akan perbaiki.

“Setiap individu ada hak untuk bercakap dan ia bergantung kepada saya untuk mengambil perkara itu sebagai menjatuhkan saya atau membina.

“Saya kena anggap positif. Lagipun, ramai peminat saya di FaceBook dan Twitter yang menyokong saya dan selalu berpesan supaya jangan ‘give up’,” katanya yang teringin berlakon dengan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Shaheizy Sam.

Setakat ini, Lisa berkata secara kebetulan skrip drama dan filem lakonannya adalah bersama Farid Kamil.

Jadi, dia tidak mampu menolak gandingan itu atas kehendak skrip tetapi dia tidak menafikan mahu berlakon lagi dengan pelakon hebat lain seperti Que Haidar.

“Saya pernah berlakon dengan Que dalam filem ‘Lagenda Budak Setan’ dan kalau boleh saya nak berlakon bersamanya lagi sebab dia sangat berdedikasi dan bagus.

“Saya juga nak belajar cara kerja Adlin, Afdlin dan Rosyam serta suka melihat Shaheizy dengan unsur lakonan yang semulajadi,” ujarnya yang telah dua tahun aktif dalam industri ini.

Sejak mula-mula memasuki dunia seni ini, diperhatikan ibu Lisa sentiasa mengekori ke mana anak gadisnya itu pergi.

Namun, Lisa hanya mampu meminta semua peminat supaya lebih berfikiran positif dengan menerangkan yang ibunya itu telah mengikutinya sejak dia terlibat dalam industri semasa berusia 10 tahun.

“Arwah ayah saya telah mengamanahkan ‘mummy’ untuk menjaga saya. Jadi tiada kaitan tentang ‘mummy’ tidak percaya untuk melepaskan saya seorang diri. Dia juga bukannya pembantu peribadi saya.

“Saya harap hal ini sudah jelas. ‘Mummy’ sekadar teman saya. Saya tahu apabila di lokasi pengambaran semua orang akan perhatikan dia tetapi dia tidak membawa apa-apa masalah pun.

“Dia pun ada belajar kerja seni seperti syot dan dah pandai komen ‘conti (continuety) lari’. Saya rasa tak salah untuk dia temankan saya. Nak-nak arwah ‘daddy’ dah tiada, jadi saya suka dia temankan saya.

“Saya rasa lebih selamat kerana ahli keluarga ada bersama,” jelas pelakon filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ ini.

Lisa berkata dia lebih selesa berbincang dan meminta pendapat daripada ibunya. Selebihnya adalah untuk mendapatkan restunya.

“Apa yang saya suka kalau dia temankan saya, dia akan berikan pendapat yang jujur tentang progresif kerja saya. Kadangkala dia kata lakonan saya tak cukup ‘ummph’,” cerita Lisa.

Dalam perkembangan lain, Lisa yang membawakan watak Maya dalam ‘Mertua Vs Menantu 2’ ini sedang menantikan tayangan filemnya di pawagam seperti ‘V3’, ‘Kapoww!’, ‘Lagenda Budak Setan’, ‘Zoo’ dan ‘Semerah Cinta Stilleto’.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:11 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39963810 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39963811
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:13 pm

Yusof Haslam: Saya nak 'psiko' Syamsul!


CUKUP bersemangat penerbit dan pengarah tersohor ini bila berbicara tentang anak bujangnya, Syamsul Yusof.

Tidak hanya bercerita tentang projek baru anaknya itu, Datuk Yusof Haslam sesekali tersenyum sambil mengenangkan 'kerenah' pelakon dan pengarah muda itu yang adakalanya memeningkan kepalanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Yusof110
Datuk Yusof Haslam bersama isteri tercinta, Datin Fatimah Ismail - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

Perbezaan pendapat antara mereka di dalam banyak perkara, terutamanya berkaitan bidang pengarahan, kadang-kadang boleh membawa kepada keadaan yang agak 'panas'.

Tetapi sebagai bapa, Yusof merasakan itu adalah senario biasa yang sering berlaku di dalam hubungan anak-beranak.

Malah, kata pengarah berusia 55 tahun itu, walaupun hati anak lelakinya itu agak 'keras', namun Syamsul tetap menghormati nasihat dan mendengar cakapnya sebagai seorang bapa.

Dan menurut pemilik Skop Productions ini, dia dan Syamsul juga akan bergabung tenaga untuk menghasilkan sebuah filem tidak lama lagi, walaupun sering mempunyai idea yang berbeza.

Ditanya mampukah anak-beranak ini menjadi pengarah bersama sedangkan Syamsul sendiri pernah mengaku agak kurang 'selesa' bila bapanya datang ke lokasi penggambaran filem arahannya, sambil tersenyum, Yusof menjawab:

"Kombinasi memang perlu dibuat. Sebagai orang lama dalam bidang ini, saya tahu apa yang boleh atau tidak dilakukan. Tapi apapun, saya tidak akan campur atau sekat kreativinya.

"Bukannya kami akan duduk bersama mengarah semua babak...ada separuh yang akan diarahkan oleh saya dan separuh lagi akan dibuat olehnya.

"Lagipun, tujuan saya untuk buat kombinasi ini salah satunya adalah untuk kuatkan semangat Syamsul. Saya nak 'psiko' dia, mungkin bila dia nampak saya buat kerja dengan cepat, dia akan rasa segan dan oleh kerana itu, dia juga akan cuba lakukan kerjanya dengan cepat.

"Tetapi satu perkara yang tidak dapat saya nafikan, walaupun Syamsul kadang-kadang suka tangguh siapkan kerja, tapi hasilnya tetap bagus dan memuaskan hati saya.

"Untuk projek bersama saya dengan Syamsul itu, kami belum buat keputusan genre apa yang akan diketengahkan. Tapi setakat ini, kami sudah ada dua tiga tajuk untuk dipilih," kata Yusof yang ditemui pada majlis rumah terbuka di banglo mewahnya, Darul Haslam, di Taman Melawati, Hulu Klang, kelmarin.

Ujar Yusof yang kali terakhir mengarah filem Sembilu 2005 dan Gerak Khas The Movie 3 pada tahun 2005 sebelum memberi memberi fokus yang lebih terhadap penerbitan drama, dia bagaimanapun ingin memberi laluan kepada Syamsul menyiapkan dulu projek filemnya Evolusi KL Drift 2 yang dijangka akan berada di pawagam pada awal tahun depan serta beberapa projek lain.

Mengulas mengenai filem Evolusi KL Drift 2, ujar Yusof, dia amat berpuas hati dengan sekuel filem itu yang disifatkannya jauh lebih baik berbanding penghasilan Evolusi KL Drift pertama dulu.

Walaupun isu pengharaman drama mahupun filem yang menampilkan aksi lumba haram dan rempit atau samseng jalanan hangat diperkatakan sehingga kini, Yusof yakin filem Evolusi KL Drift 2 masih boleh ditayangkan kerana mempunyai pengakhiran filem yang ada mesej tersendiri

"Dengan kos yang paling tinggi dalam sejarah penghasilan filem Skop Productions iaitu mencecah RM2.4 juta dan 'meleburkan' dua buah kereta dalam filem ini, saya berpuas hati dengan keseluruhan hasil kerja Syamsul ini.

"Dan saya juga sudah dipanggil oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) berkenaan isu itu. Saya sudah jelaskan kepada mereka tentang filem ini. Lagipun, jika setakat memaparkan aksi drift, saya tidak rasa ia terlalu teruk.

"Kalau nak fikir sudut negatif saja, susahlah untuk pembikin filem. Bagi saya, apa yang pentin adalah pengakhiran filem itu kerana setakat ini, filem-filem terbitan saya memang mempuyai mesej di penghujung cerita," katanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Syamsu10
Yusof ingin memberikan peluang yang lebih banyak untuk anaknya, Syamsul, mengarahkan filem

Malah, kata Yusof lagi, isu itu juga tidak menghalangnya untuk meminta Syamsul menghasilkan sekuel filem Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam tidak lama lagi, berjudul Bohsia: Jalan Kembali.

"Kenapa perlu takut kerana itu adalah isu semasa. Bagi saya, ada benda-benda baik yang boleh kita paparkan menerusi isu ini. Bukannya kami ingin mendewa-dewakan mat-mat rempit kerana masalah ini sudah berlaku berpuluh-puluh tahun dulu.

"Sebagai pembikin filem, kita akan cuba sedaya-upaya buat yang terbaik, bukan untuk menjual maruah bangsa. Ini memang satu cabaran sebenarnya, tetapi saya yakin LPF juga agak liberal dan boleh dibawa berbincang.

"Apapun, skrip sekuel filem Bohsia itu nanti akan saya hantar dulu kepada LPF untuk diteliti," kata Yusof yang menambah, penghasilan filem itu berkemungkinan akan dibuat pada awal tahun depan.

Tak galak Syamsul jadi penyanyi?

Bukan saja berbakat di dalam bidang lakonan dan pengarahan, Syamsul juga kini melangkah setapak lagi dengan cuba berjinak-jinak di dalam bidang nyanyian pula.

Single pertamanya berjudul Bidadari juga sudah memasuki carta lagu baru di Hot FM. Syamsul juga turut menyanyikan lagu runut untuk filem Evolusi KL Drift 2.

Ditanya tentang pembabitan anaknya di dalam bidang nyanyian, kata Yusof, dia pada awalnya tidak bersetuju apabila Syamsul ingin cuba menyanyi.

"Mula-mula memang saya tidak bersetuju, tetapi bila dengar dia menyanyi saya rasa dia ada bakat dan tidak salah untuk dia cuba. Afdlin Shauki juga adalah seorang pelakon dan pengarah yang berjaya tetapi pada masa yang sama, dia juga boleh menyanyi.

"Lagipun, saya tahu Syamsul buat benda ini sekadar untuk kepuasan, bukannya sepenuh masa. Dan saya sendiri memang menggalakkan dia letakkan fokus yang lebih terhadap bidang pengarahan dan lakonan dulu," ujar Yusof.

Tutur Yusof lagi, dia juga ingin menggalakkan Syamsul menghasilkan sekurang-kurangnya dua buah filem setahun dan berhasrat untuk memberi peluang kepada pengarah-pengarah muda yang lain.

"Memang saya ada terfikir untuk berbuat demikian. Anak saya sendiri, Faizal Yusof, saya sudah nampak bakatnya. Begitu juga dengan seorang lagi anak lelaki saya, Mohd Shafiq yang kini sedang belajar jurusan filem di Lim Kok Wing.

"Saya rancang untuk beri peluang kepada dia untuk mengarah filem dalam masa tiga tahun lagi. Bukan hanya anak-anak saya, pengarah-pengarah muda lain juga akan saya ambil," katanya.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:15 pm

Profile Alise Ismail

NEW ARTIST : ALISE ISMAIL

Full Name : Norlida Ismail

D.O.B : April 8Th 1979

Height : 164C m

Weight : 49Kg

Ambition : Business Development

Genre of Music : Pop

Hobbies : Swimming,Travel,Shopping

Personality : Happy & Friendly

Colour : White, Pink, Blue

Food : Western Food ,Mother Food

Artist/Band : Allahyarham Sudirman Hj Arshad

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 39971510

Siapa Alise Ismail?

Bermula dalam bidang peragaan dan lakonan sejak tahun 1994

Memasuki pertandingan Gadis Jelta (2001), Gadis Fair & Lovely (2002),

Berlakon dalam beberapa buah drama arahan Erma Fatima seperti Sumaiyah (2006)

Menjadi penghias kulit majalah Jelita (2001, 2002 & 2003), Utusan Malaysia, majalah tempatan.

Terlibat dengan iklan komersial bagi produk makanan Tiger (biskut) dan iklan komersial bagi produk syampu rambut Rejoice (1994)

Menghasilkan lagu single ‘Adakah Sama’ pada bulan julai (2009) Single ke-2 akan dirakam pada bulan Ogos.

‘Adakah Sama’ adalah ciptaan AlfaBooty Kesuma dan lirik oleh Tisha
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:19 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 10118110

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 10118111

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 10118112
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:24 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Mainp146
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:27 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Hi_03_16
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeMon 12 Oct 2009, 3:29 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 91820012

Gosip cinta sesama bintang Akademi Fantasia (AF) sudah menjadi lumrah program realiti TV itu sejak musim yang pertama lagi. Lebih daripada itu, ada pasangan pelajar yang pernah digosipkan telah bahagia ke jenjang pelamin seperti Khai & Rosma serta Rich & Velvet.
Bagi musim ini, Akim dan Aishah pula telah digosipkan walaupun sudah berkali-kali mereka menafikannya. Yang peliknya dan menariknya, gosip cinta mereka telah membuatkan peminat masing-masing bertindak menubuhkan kelab peminat (FC) yang menggabungkan nama mereka iaitu 'Aiskim'.

Sebelum ini ada beberapa FC yang menggunakan cantuman nama seperti itu, antaranya Ria (Riz/Nadia), Datin (Dafi/ Fatin) dan Shano (Shawal/Noni).

"Bagi kami gosip cinta hanyalah gosip. Kami sekadar berkawan. Bukan saja dikaitkan dengan Akim tapi juga Qhaud. Bagi Aishah, Qhaud juga sekadar kawan biasa dan selepas AF7 habis, kami selalu berkomunikasi kerana banyak aktiviti promosi membabitkan kami semua dan Qhaud banyak membantu Aishah.

"Kalau nak cakap soal cinta, cinta baru Aishah adalah kepada bidang nyanyian yang baru bermula," ujar Aishah kepada murai.com.my.

Kedua-dua mereka memang nampak begitu mesra dan sedondon apabila mengenakan fesyen raya yang berona garang. Aishah tampak cute sementara Akim yang berbadan tegap pula kelihatan segak dengan Baju Melayu.

Akim turut sependapat dengan Aishah kerana baginya, gosip percintaan mereka hanyalah tanggapan sesetengah pihak sahaja. Selain itu Akim menafikan dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Indonesia mahupun Juara AF5, Mila Jirin yang juga bertubuh genit seperti Aishah.

"Di Indonesia dulu, Akim memang rapat dengan Mila sebab kami berlakon bersama-sama untuk siri Kau & Aku. Di sana kami perlu berdikari dan berjauhan daripada keluarga, jadi persahabatan mengeratkan hubungan kami semua," kata Akim yang akan muncul dengan single terbarunya tidak lama lagi
Bagi Aishah mahupun Akim, gosip cinta bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan mereka menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan.
Back to top Go down
azwin
Mod PR
Mod PR
azwin

Number of posts : 6688
Age : 45
Location : Taiping - Perak
Registration date : 05/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitimeTue 13 Oct 2009, 3:17 pm

Gambar Fizz Fairuz dengan ibu dan Almy Nadia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Fizz-f10

Manjanya Fizz Fairuz bergambar dengan ibunya, Noor Haizan ni. Dengan Almy Nadia pulak tak manja sangat, bila nak kawen weh? Takkan alasan belum bersedia lak. Hindari maksiat ler. Gambar dengan Almy Nadia kejap lagi…

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Fizz-f11
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 - Page 3 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 3 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4 ... 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Create a forum on Forumotion | Society and Culture | Beauty, Celebrities, Fashion | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions