|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:01 pm | |
| Gambar Dari AF.. Baik punyerrrrrrrrrr
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:05 pm | |
| Farah Breep Breep baca Al-Quran Sejuk hati penulis melihat Farah Breep Breep membaca Al-Quran apatah lagi bertudung seperti itu. Sangat comel mukanya, bukan? Inilah hakikatnya pada bulan mulia yang sudah sampai ke penghujungnya ini, Farah mengambil peluang ini untuk memperbetulkan lagi bacaan Al-Qurannya di Masjid Umar al-Khattab, Bukit Damansara bersama 3 lagi rakan artis |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:08 pm | |
| (Gambar) Posing Azwan Ali semasa mengerjakan umrahDengar kata Azwan Ali dah berubah. Nak jadi betul-betul jantan lepas ni even apa yang terjadi kat dia sebelum ni hanya khayalan dia semata-mata, tapi untuk apa kan nak berlakon jadi sotong macam tu? Kalau Azwan jadi lelaki sejati ditambah pula dengan perangai yang baik insyaAllah pasti ramai je yang akan menyukai dan menghormati dia. Macam juga la si Pak Nil (Aznil Hj Nawawi). Lagi bagus Azwan Ali ikut perangai abang dia yang jadi YB untuk Bukit Antarabangsa tu. Kami di Oh! Artis juga pernah mengeluarkan beberapa artikel mengenai perangai buruk Azwan Ali sebelum ini termasuk mengajak ramai-ramai boikot dan flag blog milik’nya. Undian disebelah tepi Oh! Artis ni pun menunjukkan sememangnya Azwan Ali tidak disukai ramai. Apapun keputusan Azwan sebelum ini untuk mengerjakan umrah sememangnya mengejutkan semua. Ramai yang bersyukur dan berharap Azwan Ali benar-benar berubah dan cuba jadi diri dia yang sebenarnya. Ramai tahu (terutama golongan selebriti) siapa sebenarnya Azwan Ali yang sebenar. Jangan jadi macam seorang artis perempuan ni. Pergi umrah dah berapa banyak kali tapi balik-balik pakai tudung pun tak reti-reti. Pergi melancong agaknya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:09 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:14 pm | |
| (Gambar) Tiz Zaqyah aka Nur Amina yang terkini
Makin cantik anak gadis kelahiran Kuala Lumpur ni kan? Tiz Zaqyah lebih dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia setelah membawakan watak gadis naif bernama Nur Amina di dalam drama bersiri, Nur Kasih. Dilahirkan pada 25 Oktober 1988, bakat lakonan Tiz Zaqyah mula dikesan apabila terlibat sebagai pelakon tambahan dalam drama Impian Ilyana dan Gol & Gincu beberapa tahun lalu.
Bila dah berlakon dalam drama arahan Kabir Bhatia (Nur Kasih), ramailah makcik-makcik kat kampung tu yang tak tidur lena berdoa nak jadikan si Tiz ni menantu. Tak kurang juga ramai lelaki kat luar sana yang suka perempuan tak bertudung mula menyukai gadis bertudung selepas melihat Nur Amina yang manis sekali dalam drama Nur Kasih ni.
Tapi entah siapa yang pergi kantoikan gambar-gambar Tiz Zaqyah ni sedang bersosial pun tak tahulah. Takdelah sosial mana cuma kami nengok setakat enjoy-enjoy dengan member mungkin. Tapi lepas tersebarnya gambar ni, ternyata Tiz Zaqyah tidak lagi dihormati seperti sebelumnya. Ini adalah kenyataan. Pernah satu komen masuk di Oh! Artis boleh cakap yang dia baru je nak kasi anak dia nama Tiz Zaqyah, tapi lepas nengok gambar-gambar tu terus tak jadi nak letak. Fuh, sampai macam tu sekali penangannya.
Mungkin kita kena faham bahawa Nur Amina yang kita lihat di kaca tv tu bukanlah diri Tiz Zaqyah yang sebenar. Sekadar lakonan semata-mata. Tapi kalau satu hari nanti terbuka pintu hati Tiz Zaqyah ni nak bertudung manis macam Nur Amina tu, Alhamdulillah lah. Sama-sama kita doakan.
Biodata Tiz Zaqyah Razak NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak USIA: 21 tahun TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988 ASAL: Kuala Lumpur STATUS: Bujang KARIER: Pelakon PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) MULA BERLAKON: 2006 DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:16 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:18 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:18 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 1:20 pm | |
| (Panas) Motif Siti Nurhaliza bertudung tapi tetap seksi? Banyak-banyak binatang, binatang apa paling seksi? Hehehe, tentulah Zebra sebab bukak Zip nampak Bra. Hahaha! Tapi kita bukan nak cerita pasal binatang kat sini tapi manusia. Manusia yang dimaksudkan adalah Datuk Siti Nurhaliza. Dari dulu sampai sekarang selalu sangat kami menerima email tentang kritikan cara pemakaian Siti ni. Tapi since dia puh dah besar panjang tambah-tambah lagi dah ada suami, pandai-pandai la dia nak hidup kan? Tapi bila kami terima satu email dari pengirim yang ingin namanya dirahsiakan ni, baru kami tersedar mengapa Siti perlu berikan contoh yang baik bukan sahaja dari perbuatan malahan juga dari segi pemakaian. Mungkin ada yang berkata biarlah dia ataupun kubur lain-lain dan sebagainya. Tapi kita kena sedar bahawa Siti Nurhaliza adalah IKON dunia seni di Malaysia. Artis No 1 la katakan. Kata Malaysia negara Islam tapi ikon yang ada boleh diketegori’kan sebagai betul-betul Islam kah? Nyata TIDAK! Petikan dari email yang dihantar kepada kami melalui email hoi@ohartis.com Tak setuju cara pemakaian siti. Harap siti dapat berubah lebih baik. Siti kan ikon. Mana boleh beri contoh macam ni pada peminat. Kalau ada peminat ikut cara pemakaian macam siti ni (bertudung tapi baju jarang nampak coli), kan tak elok. Jadi trend nanti. Masya-ALLAH. Minta dijauhkan. Sebenarnya pemakaian baju tersebut memang sudah jadi trend pun setahu kami. Bersepah dah kat KL ni. Tapi yang bersepah kat luar tu memang tak dapat nak buat apa la kan since orang pun tak kenal diorang. Tapi bila berkait rapat dengan Siti Nurhaliza ni, kami rasa eloklah Siti sedar diri sikit dan cuba beri tauladan kepada peminat-peminat wanita anda di luar sana terutama kanak-kanak. Bila ada pencahayaan dari kamera, memang tak nampak tapi cuba kalau takde flash dari kamera? Kami bukan nak kondem Siti atau apa, cuma anggaplah ini nasihat ikhlas dari kami. Kami tidak membenci Siti malahan kami juga peminat Siti dulu hingga kini eventhou’ lepas khawin dengan Datuk K, ramai lagi yang still minat Siti dan support Siti dengan beli album yang original. Kalau nak download bukan tak boleh. Ni ikhlas cakap ni. Maaf ye Siti kalau ada terkasar bahasa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:01 pm | |
| Awan Dania 2 bermula 28 Sept 09, 10 pm di Astro RIA (Ch104) dia dh tukar ke firefly..nk tahu kenapa.tgk lah |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:03 pm | |
| Iqram, Fouziah Dah Bertegur Sapa
Murai Batu pun kadang-kadang tak faham tengok Si Iqram Dinzly danFouziah Gous. Dulu mereka macam belangkas. Ke mana ada Fouziah, di situada Iqram dan begitulah sebaliknya.
Tapi dalam beberapabulan lalu, mereka berdua dikatakan sudah berlaga angin. Seorang AnginBarat Daya dan seorang lagi Angin Timur Laut. Dengan erti kata lain,mereka dikatakan telah berkrisis atas sebab-sebab peribadi.Masing-masing tidak lagi bertegur sapa sedangkan tahun lalu, mereka ngam sangat sampaikan majlis rumah terbuka pun dibuat bersama-sama.
Jadi,dalam satu majlis sebelum hari raya, baru-baru ini, kawan Murai Batuterus terkam apabila ternampak kedua-dua mereka yangdatang berasingan. Di luar ballroom, kawan Murai Batu itu menarikkedua-dua mereka ke satu sudut dan bertanyakan sendiri apa sebenarnyayang telah berlaku.
"Oooh... sebenarnya kami bukan gaduh besar. Cuma krisisbiasa-biasa saja. Apa yang berlaku, kami mahu memberi ruang kepada dirimasing-masing untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu adarasa yang kurang menyenangkan (cemburu?) serta tidak mahu terlalumengongkong," kata Fouziah.
Iqram juga mengiyakan perkaraitu dan berkata apa yang terjadi bukanlah sesuatu yang serius sehinggamereka harus memutuskan ikatan silaturrahim.
"Kalauberdendam atau marah, takkanlah kami boleh mengambil gambarbersama-sama hari ini. Pada hari baik bulan baik ini, kami ingin terusmenjalinkan persahabatan kami dan semoga ia berkekalan," ujar Iqram.
MuraiBatu gembira mendengar kata-kata Fouziah dan Iqram itu dan berharapsegala impian mereka akan tercapai kelak. Tak tahulah pula sama adasemua ini hanya gimik mereka untuk meraih populariti semata-mata atausememangnya mereka pernah bersengketa gara-gara Fouziah dikatakan mularapat dengan orang lain... oppps... itu pun satu gosip juga.
MURAIBATU: Terkejut mendengar khabar rumah tangga seorang pelakon terkenal sedang bergolak kerana sikapnya yang suka tinggalkan suami. Ish, ish,ish... awat gitu? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:10 pm | |
| Gambar Terkini Baby Malique & Melissa Ini dia pic terkini Malique & baby yg seronok beraya sakan... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:13 pm | |
| Suami Noniswara Didenda RM700
BERNAMA hari ini melaporkan suami Noniswara, Datuk Rosman Ridzuan telah didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim. Kejadian itu berlaku empat tahun lalu.
Pada mulanya, Rosman yang juga pengerusi syarikat telekomunikasi U Mobile, mengakui tidak bersalah tetapi telah menukar pengakuannya selepas dibacakan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:19 pm | |
| Menanti Pengumuman Fasha Sandha
Malam ini, bertempat di i-Zen, Mont Kiara akan berlangsungnya majlis pertunangan Umie Aida dan Datuk Khairuddin. Bagi peminat aktres berusia 35 tahun ini yang juga ibu angkat kepada Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, hari ini sudah lama dinantikan. Kepada Umie dan Abang K-nya, GUA ucapkan tahniah. GUA doakan pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Dalam menumpang kegembiraan Umie dan Datuk K, teringat GUA pada seorang pelakon wanita yang pernah berjanji akan merungkai persoalan perkahwinannya pada bulan ini, setelah digembar-gemburkannya sejak awal tahun. Awalnya, bila ditanya, Fasha Sandha memberitahu dia akan bertunang September ini sementara majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan pada awal tahun depan. Dalam akhbar Harian Metro, bertarikh 31 Mei, sambil menunjukkan cincin berbentuk hati yang disarungkan di jari manis tangan kirinya, Fasha berkata, "Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan." Ketika itu, identiti bakal suaminya dirahsiakan dengan ketat. Yang hanya dikongsikan "orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya." Lebih pentingnya, "dia bukan suami orang, jauh lagi duda." Malah dalam temubual itu, Fasha juga mendedahkan keputusannya untuk bersara dari bidang lakonan, atas permintaan bakal suaminya. Dua bulan kemudian, laman web mstar menerbitkan satu temuramah dengan Fasha pada 22 Julai, dimana dia dipetik berkata, "InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu." Setelah lama berteka-teki, identiti buah hati Fasha didedahkan di Harian Metro, edisi 19 Ogos. Orang yang dimaksudkan bukannya bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli (Jejai) tetapi ekuesterian negara, Qabil Ambak. “Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman," kata Qabil. Tetapi nampaknya, apa yang dijanjikan selama ini tidak mampu Fasha tepati. Pada 23 Ogos, melalui MySpace-nya, dalam entri bertajuk 'Luahan Hatiku', selepas didedahkan pernah menolak lamaran dari Ally Iskandar, seorang VVIP dari Brunei dan Jejai, pada pertengahan Mac lalu, dia menerima lamaran dari bakal suaminya. "Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya?" tulisnya. "InsyaAllah, saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. "Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang, saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun, kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan." Diharapkan bila tiba masanya nanti, Fasha akan dapat berkongsi berita gembiranya bersama kita. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:22 pm | |
| Julfekar Tetap Pertahan Hak
Selepas enam bulan, kemelut Farawahida dengan bekas pengurus dan tuan punya MilleniumArt Sdn Bhd, Julfekar masih belum selesai. Selepas puas pihak media menjejaki penyanyi yang popular dengan lagu “Tanpamu” itu, dia akhirnya membuat kemunculan dalam sebuah rancangan terbitan TV3 sebelum Ramadhan lalu.
Hadir dengan sebuah lembaran dan cerita baru, Farawahida mengakui sudah mempunyai kekasih dan hidupnya semakin selesa selepas tidak bersama Julfekar.
Sebagai orang yang dipersalahkan, Julfekar akhirnya tampil membuat kenyataan dan mempertahankan haknya sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi yang berasal dari Taiping, Perak itu. Ikuti penjelasan Jelfekar.
"Saya amat terkilan dengan sikapnya masih terus membuat kenyataan-kenyataan di media massa, menghebahkan perkara- perkara yang berbaur fitnah.
Saya pun ada maruah, saya tak mahu maruah saya diperlakukan seperti ini. Selama ini saya begitu baik dengan sesiapa pun, saya tak pernah mengganggu orang atau memburukan orang lain. Apa lagi dengan Fara, saya telah melakukan segala-gala yang terbaik buat kerjaya seni Fara demi menaikkan Fara, tapi ini akhirnya…
Fara kata dah muhasabah diri, tapi kenapa masih hendak mengaibkan orang. Kalau pun dia ingin mencari publisiti kerana takut atas kejatuhan dirinya sendiri yang dia buat sendiri, tak perlulah dengan cara keji mengaibkan orang lain. Saya menganggap dia seorang yang lupa daratan dan tidak tahu berterima kasih seperti kacang lupakan kulit. Selama 7 tahun saya berusaha tanpa putus asa mengasah bakatnya dan menaikkan dia sampai ke tahap sekarang, tapi sekarang apa yang dia balas?
Saya masih ingat lagi kepayahan saya. Oleh kerana dia teringin sangat menjadi artis rakaman dan ingin memenuhi impian keluarganya, saya sanggup berulang-alik ke Taiping demi mengasah dan mengajar Fara menyanyi. Ketika itu, kalau saya tak pergi ke Taiping, dia yang akan datang dan tinggal di hotel yang saya sewakan, begitulah selama 2 tahun dari tahun 2003-2004 saya bersusah payah, lagi pun hubungan saya dengan dia pada saat itu dah terjalin. Selepas keputusan SPM, dia meminta agar dibuatkan album walaupun saya dah nasihatkan dia agar sambung belajar, tapi dia teruja sangat jadi artis rakaman. Sebenarnya jika diperhatikan dari pencapaiannya di dalam semua pertandingan nyanyian yang disertai sebelum menjadi artis MillenniumArt, ia ternyata memperlihatkan kemampuan sebenarnya yang tidak sehebat mana. Dia selalu tidak mencapai kedudukan yang baik, sekadar menjadi finalis.
Setelah menjadi artis di bawah syarikat saya dia berjaya mendapat anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2007, Juara Etnik Kreatif AJL23, dan turut muncul di beberapa acara yang berprestig. Semua ini tidak berlaku secara mendadak dan mudah. Ini menuntut pengorbanan yang besar dari segi kewangan, masa, perancangan serta strategi promosi yang mantap. Saya telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan penerbitan album yang berkualiti, strategi promosi yang berkesan, kelas vokal untuk meningkatkan mutu nyanyian dan juga perbelanjaan untuk sara hidup dan penampilannya agar tampil segar dan menarik.
Jika dibandingkan dengan artis muda yang seangkatan dengannya, nasib dia tak seburuk mana malah dia dapat hidup selesa dan menyara seluruh ahli keluarganya. Dalam tempoh 5 tahun, dia telah tampil dengan 4 buah album audio dan juga 2 VCD Karaoke;
Album ‘Farawahida’, ‘Tanpamu’, ‘Semuanya Ada Di Sini’ dan ‘Farawahida 2009’. Bayangkanlah nasib artis lain yang dalam tempoh 5 tahun tanpa sebarang album mahupun hanya sekadar 1 atau 2 album, jadi belajarlah bersyukur, berterima kasih dan mengenang budi. Jika dilihat terdapat penyanyi baru yang menjadi ‘Top Three’ dalam beberapa pertandingan pun tidak memiliki album sebanyaknya tapi masih tahu berterima kasih dan tidak mengambil tindakan memburuk-burukkan pihak syarikat rakaman mahupun pengurusan.
Persoalan berlegar-legar di minda saya ialah jika dia benar-benar yang berhati luhur dan mulia mengapakah dia meneruskan dengan rakaman album terbaru yang bermula di Indonesia pada Ogos 2008 yang lepas sedangkan dalam diam dia sudah berhasrat untuk keluar dari syarikat ini walaupun dasarnya kontraknya masih ada sehingga 19.10.2010. Bukankah ini dengan niat untuk membawa kerugian besar kepada syarikat yang telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk penerbitan album terbarunya.
Dalam kenyataannya di media massa, dia masih terus menghebahkan perkara- perkara yang berbaur fitnah, walaupun dia mengatakan tak mahu lagi membuat kenyataan-kenyataan di media tapi kenapa masih terus buat kenyataan yang berniat mengaibkan saya? Antara kenyataannya, dia mendakwa:-
Selama 5 tahun dia kononnya hidup terkongkong/terpenjara
Kenapa baru sekarang nak kata dia terpenjara/terkokngkong? Kenapa tidak sebelum ini? Dah ada udang sebalik mee barulah nak bagi alasan yang klise seperti itu? Sebenarnya saya telah menjaga Fara seperti menatang minyak yang penuh, dengan ketegasan dan disiplin sayalah telah membuatkan di tempat yang sepatutnya, kan terbukti dia telah terkenal. Tak kan saya membiarkan dia bersosial tak tentu arah. Tapi apa balas pada saya sekarang? Susu dibalas dengan tuba! Malah dia aibkan saya demi mencapai niat busuknya.
Saya kononnya berniat menamatkan kerja seninya
Saya tak pernah berniat seperti itu. Sebenarnya kalau dia menggunakan saluran yang betul seperti adakan perbincangan, perkara-perkara mengaibkan ini tak timbul. Padahal selama 6 bulan saya memujuk Fara melalui SMS agar datang berbincang dan selesaikan dengan baik tapi dia Fara degil. Tak cukup dengan itu, pihak syarikat juga dah hantar surat padanya tapi pun tiada maklum balas positif dari Fara, dan yang terakhir lawyer saya telah mengahantar surat di mana dalam surat itu pihak saya telah bersetuju dengan permohonan berhentinya yang bertarikh 9.2.2009, dia hanya perlu membayar gantirugi yang telah diminta, namu tiada juga maklum balas dari dia mahu pun dari lawyer yang dia lantik, sedangkan surat itu telah diterima oleh bapanya pada 21.7.2009.
Dia kononnya tidak terikat dengan MillenniumArt lagi
Dalam kontrak dah dipaparkan dengan jelas. Kontrak Fara ditandatangani pada 19 Februari 2004 (5 thn + 1 thn), jadi kontrak 5 tahun Farawahida hanya tamat pada 19 Februari 2009. Sebenarnya Fara masih lagi mempunyai ‘option’ atau pilihan 1 tahun yang menjadi hak syarikat untuk menyambung kontraknya selama setahun lagi tanpa notis. Hakikatnya, kontrak Farawahida akan tamat pada 19 Februari 2010. Tapi nampaknya Fara masih menggembar-gemburkan cerita bohong, oleh itu biarlah mahkamah nanti yang akan menentukan siapa yang betul, tak perlulah menyalak sana-sini yang seolah-olah meraih simpati murahan. Yang benar tetap akan benar. Saya nak dia bersabar, lawyer dah failkan di mahkamah pun. Kita akan jumpa di mahkamah selepas Hari Raya.
Kononnya setelah dia tak bersama dengan saya barulah dia memiliki duit titik peluh di depan mata
Dakwaan seperti ini adalah keterlaluan dan tak berasas. Tengok saja apa yang ada pada diri dia selama ini, hidup mewah. Tempat tinggal yang selesa dan mewah, siap 3 aircond lagi, pakaian bertimbun, kasutnya beratus pasang, aksesori dan sebaginya malah rumah di Taiping yang dulu ala-ala je dah cantik, siap mamar lagi, perabot dan macam-macam lagi. Dia jangan tak akui, selama beberapa tahun ini, setiap tahun siapa yang selalu belikan baju raya pada dia malah family dia termasuklah juga isi rumah di rumahnya. Allah maha mengetahui. Dia perlu tahu juga dari tahun 2003 - 2006 (3 thn), ketika itu Fara tiada wang dan masih belum ada penadapatan sendiri, oleh itu pihak pengurusan terpaksa menanggung semua kos sara hidup dia termasuk sewa rumah, belanja dapur, beli pakaian, bil-bil dan sebaginya. Dalam perjanjian, Fara perlu membayar balik kepada pihak pengurusan, ditolak melalui hasil hasil dari show dan royaltinya kelak.
Saya kononnya menjaja cerita
Selama ini saya tak pernah membuat kenyataan memburukkan dia di media, selalunya saya akan membuat kenyataan di media selepas dia membuat kenyataan yang tak betul di akhbar, itu pun kenyataan saya lebih kepada membidas kenyataan-kenyataan yang tak betul yang dia telah katakan. Saya dah puas nasihatkan dia agar tak perlulah lagi buat kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah, kerana akhirnya memburukkan keadaan dan dirinya sendiri. Tolonglah berhenti membuat kenyataan yang berbaur fitnah. Ceritalah benda lain seperti “cerita ayam berlaga ke”, lagi bagus.
Mendakwa saya memukulnya di depan emak dan orang ramai
Ini adalah penipuan dan dakwaan tak berasas! Masuk akal ke aku pukul dia di depan emak apa lagi depan orang ramai? Tak kan orang ramai tak bantu? Takde pun dengar orang buat laporan saya pukul! Pernah tak nampak Fara dalam keadaan lebam-lebam? Lagipun apa hak saya buat begitu pada dia? Dakwaan ini bermotifkan ingin menjatuhkan maruah saya. Ini semua satu konspirasi yang dia dah dirancang.
Saya bukanlah kekasihnya dan mendakwa kononnya saya yang menyimpan perasaan cinta terhadapnya
Dia menafikan pernah menjalin hubungan cinta dengan saya. Malas sebenarnya bercerita tentang cinta ni, nanti nampak sangat saya yang terhegeh-hegeh, padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Janggal kan? Dia kata tak bercinta, tapi yang dia pergi buat laporan yang mengatakan ada rakaman seks kami berdua tu kenapa? Bukankah dengan secara tak lansung dia telah mengakui antara kami memang ada hubungan. Malas dah mengulas lanjut tentang perkara ini, cuma di sini saya lampirkan contoh SMS yang dia telah hantar kepada saya pada Disember 2006. Jadi pembaca fikir-fikirkanlah sejauh mana kebenaran kenyataannya.
Contoh SMS Farawahida pada Julfekar (‘Fa’ Farawahida, ‘J’ Julfekar) Fa tekan b? tapi dengarlah luahan hati seorang kekasih! Fa paham J sakit… klu Fa tak paksa kamu! Dgn siapa lagi Fa nak mengadu, kamu segala-galanya! Maaf klu tak suka (SMS 31/12/2006, 9.03 mlm)
Ya paham, tapi Fa nak J jadi kekasih yg tahu hati Fa! Fa tak paksa, just bagi tau kat kamu (SMS 31/12/2006, 9.13 mlm)
Takpelah J! plz k, Fa tak nak gaduh! Fa sayangkan kamu, Fa paham J sakit! Maaf ya… Fa tak nak keluar (SMS 31/12/2006, 9.20 mlm)
Kalau Fara dah ada yang baru pun, tak perlulah mengaibkan saya demi berlagak suci padanya. Apa yang dimalukan kalau dah ‘bekas’ pun? Kalau betul-betul dia mencintai Fara, dia patut menerima Fara seadanya.
Sebenarnya saya pun dah terima yang dia itu bukan kepunyaan saya lagi, tapi janganlah memburukkan saya kerana nak beritahu si dia tu bahawa Fara ni suci bersih bak embun. Fara boleh menipu masyarakat tapi dia tak boleh menipu Allah, Allah maha mengetahui, Allah akan membalas setimpal dengan perbuatan kita. Bertaubatlah sebenar-benar taubat, Insya Allah, Allah selalu menerima taubat hambanya. Berhentilah membuat perkara yang mungkar.
Memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah, diminta dia tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar yang boleh mengganggu proses pengadilan. Apa yang seharusnya dilakukan sekarang, kita jumpa di mahkamah dan menunggu keputusan mahkamah bagi mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:31 pm | |
| Maizawati Nak Saman Akhbar Tabloid!
Hati siapa yang tidak sedih kalau dituduh mengejar lelaki berharta sedangkan yang dicari adalah lelaki yang kaya dengan budi bahasa. Itulah perkhabaran terbaru yang Murai Batu dengar menimpa Maizawati Zainal, janda Akhil Hayy.
Lantaran kecewa, Maizawati atau Maiza akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah akhbar tabloid tempatan kerana melaporkan kisah berbaur fitnah ke atas dirinya.
Dalam laporan akhbar Harian Metro yang Murai Batu baca semalam, Maiza dipetik sebagai berkata, "Memang dia (wartawan tabloid itu) ada bertanya mengenai ciri-ciri lelaki yang diidamkan sekiranya saya ingin berkahwin lagi. Saya cuma nyatakan mahu lelaki yang kaya budi bahasa dan tidak menyebut langsung mengenai duit atau harta benda seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan."
Maiza berkata, selepas artikel itu tersiar, dia cuba menghubungi wartawan berkenaan semula untuk meminta penjelasan tetapi gagal.
"Sudah banyak kali saya cuba hubungi dan menghantar SMS kepada wartawan itu tapi ia tidak berbalas. Saya masih beri peluang kepadanya untuk memohon maaf dan mengakui kesilapannya dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadap wartawan dan akhbar berkenaan," katanya.
Maiza mendakwa, akibat tulisan berkenaan, dia mendapat banyak panggilan telefon dan SMS daripada keluarga serta rakan yang menyangka dia sudah berubah. Katanya lagi, wartawan yang sama juga sebelum ini pernah mengeluarkan tulisan yang mendakwa dia meninggalkan suami pertama dulu semata-mata kerana mengejar Akhil.
"Jika benar saya mahukan lelaki kaya, saya tidak perlu bersusah payah mengusahakan perniagaan untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak," ujar Maiza. Hai, kesian pula mendengar keluhan Maiza itu tapi bersabar ajelah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:38 pm | |
| Tunang Jaclyn Victor Penyanyi yang memiliki suara paling lantang, Jaclyn Victor dalam diam-diam sudah pun menjalinkan hubungan pertunangan dengan tunangnya selama 3 tahun. Tunangnya itu, Chris Bellamy yang menetap di UK sememangnya jarang dapat dilihat di Malaysia, cuma untuk keadaan-keadaan tertentu sahaja. Melihat daripada ini, Jaclyn telah membuat perancangan untuk berkahwin dengan Chris Bellamy dengan kadar cepat dan beringinan untuk tinggal di Malaysia sahaja selepas mereka berkahwin. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:42 pm | |
| (GAMBAR) Dynas dan suami gembira di pagi raya Gambar Dynas dan suami tercinta gembira di pagi raya aidilfitri. Mereka berdua gembira di pagi raya namum siapa yg tahu mungkin Dynas agak sayu tahun ni dengan keguguran kandungan baru-baru ini. Korang rasa la kan.. kalu kandungan Dynas selamat agak-agaknya baby Dynas berapa umurnya sekarang ni ya.. Kalu baby mereka dizin-Nya untuk hidup pasti lebih meriah Dynas beraya tahun ni betul tak?.. Kami semua ucapakan takziah dengan keguguran Dynas pasti ada rezeki lain nanti. Kami semua ucapakan selamat menyambut hari raya buat Dynas dan suami. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:47 pm | |
| Diana Danielle Cungkil Bakat Dan Bakal Keluarkan Album !!
Diana yang ditemui pada sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena penglibatan hotel tersebut dalam The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini memberitahu dia kini sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan single pertamanya secepat mungkin.
"Sebenarnya sejak dari kecil saya memang minat menyanyi, tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh berada dalam bidang lakonan.
"Pada awalnya saya fikir, jadi pelakon mungkin dapat memudahkan niat saya untuk jadi penyanyi bila dapat kenal ramai orang... tapi lama kelamaan saya rasa seronok pula berlakon.
"Bagaimanapun saya masih lagi dalam perbincangan untuk menghasilkan single pertama saya dan kalau boleh saya nak ianya dihasilkan secepat mungkin sebelum hujung tahun ini.
"Saya berminat untuk menyanyikan lagu yang berentak jazz dan saya bersama pihak yang terlibat akan cuba sesuatu untuk mencari kesesuaian dengan suara saya," kata Diana yang begitu meminati penyanyi Norah Jones. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 4:50 pm | |
| Banglo Arwah Yasmin Ahmad Terbengkalai !!! Inilah rumah arwah Yasmin Ahmad di kedah yang sedang atau tergendala sementara dengan ketiadaan seorang insan seni yang berhati mulia.Menurut maklumat banglo ini akan dihadiahkan kepada ibu tersayang namun belum sempat hajat dihati yang maha kuasa sudah memanggilnya.Dengan Nama Banglo "Orang2 Kampung", disebalik nama yang Arwah berikan mungkin ada maksud yang tersirat sesuai dengan jiwa arwah yang berjiwa seni.Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat yang tak terhingga...!! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 6:11 pm | |
| Farawahida bunuh diri? PENYANYI ini hanya tergelak besar bila diajukan tentang khabar angin yang mengatakan dirinya cuba membunuh diri. Gosip yang datangnya entah dari mana itu memang diluar jangkaan Farawahida, apatah lagi ketika ini dia masih lagi asyik diulit 'mood' Hari Raya bersama keluarga di kampung halamannya di Taiping, Perak. "Buat apa saya nak bunuh diri? Manalah datang cerita macam ini. Saya baru saja dapat tahu tentang gosip ini daripada pembantu saya hari ini dan terus saya sampaikan berita ini pada keluarga. Fara anggap khabar angin yang mengatakan dirinya cuba membunuh diri sengaja direka oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya "Memang kelakar bila mula-mula dengar. Mungkin ada pihak tertentu yang cuba jatuhkan saya dengan cara macam ni. Tapi saya malas nak ambil pusing sangat tentang perkara ini. "Sekurang-kurangnya saya tahu orang masih memberikan perhatian pada diri saya," kata penyanyi yang mesra dengan panggilan Fara ini. Ujarnya lagi, dia tidak mahu memikirkan sangat tentang khabar angin tidak berasas itu. Bagi Fara, apa yang lebih penting buat dirinya ketika ini ialah menggunakan masa cutinya di kampung sebaik mungkin sebelum kembali sibuk dengan aktivit seni. "Biarlah orang nak cakap apa lagi pasal saya. Yang penting, saya cukup seronok selama dua minggu cuti beraya di kampung sebelum kembali ke Kuala Lumpur dua hari lagi," katanya. Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, dia juga sudah tidak mahu mengulas apa-apa lagi berhubung kontroversi yang melanda dirinya dan komposer, Julfekar. Kata Fara, dia telah menyerahkan semua urusan tentang perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan susulan. "Saya tidak mahu memanaskan lagi keadaan...biarlah, kita lihat saja nanti," kata Fara dalam nada perlahan. Tak berpeluang beraya dengan 'si dia' Bercerita tentang sambutan Syawal yang dirainya di Taiping, akui Fara, sambutan lebaran di kampungnya agak meriah. Namun, sambil ketawa kecil, penyanyi ini sempat meluahkan, dirinya tidak berpeluang beraya dengan kekasih hati yang beraya di kampungnya - sebuah negeri di bahagian utara. Jika sebelum ini, Fara lebih selesa untuk tidak bercerita tentang jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, namun kini, ternyata penyanyi ini sudah 'berani' berbicara serba-sedikit tentang perihal jejaka itu. "Kalau diikutkan, memang sudah lama saya mengenalinya sewaktu zaman persekolahan. Tapi baru sekarang kami rapat dan hubungan semakin serius. Dia bekerja di Kuala Lumpur dan hanyat tua setahun dari saya. "Nak cakap lebih-lebih pun, masih terlalu awal. Insya-allah, saya sentiasa berdoa yang terbaik dalam hubungan ini," katanya dalam nada ceria. Dalam perkembangan lain, Fara juga berkata, dia akan mencuba nasib sebagai pelakon buat pertama kalinya menerusi sebuah teater bangsawan yang akan dipentaskan di DBKL pada penghujung tahun ini. "Belum masanya untuk ulas lanjut tentang projek ini, tetapi apa yang boleh saya katakan, ini adalah satu peluang yang baik untuk saya mempelbagaikan cabang seni. "Dan berpeluang berlakon teater juga adalah satu platform yang baik untuk orang yang tidak ada pengalaman berlakon seperti saya. Saya sendiri memang mengimpikan untuk cuba berlakon bermula dengan teater terlebih dahulu. "Watak yang ditawarkan itu juga memang menarik. Cuma saya tidak nafikan, agak gementar juga kerana diberikan peranan utama di dalam teater ini," kata Fara tentang teater yang diilhamkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 6:14 pm | |
| Konsert KL: Beyonce Setuju Pakai Sopan KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2009: Sekali lagi superstar dunia, Beyonce, akan cuba membuat konsert di Malaysia pada 25 Oktober ini selepas mendapat bantahan daripada pihak tertentu kira-kira 2 tahun lalu yang akhirnya menyaksikan dia hanya beraksi di Indonesia. Konsert jelajah terbaru yang dikenali sebagai Beyonce I Am… World Tour Live in Malaysia 2009 dibawakan oleh Marctensia sebagai penganjur yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan, bagi menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia, penyanyi antarabangsa kesayangan ramai itu telah bersetuju memenuhi permintaan pihak penganjur untuk mengenakan pakaian yang tidak terlalu menjolok mata. Beyonce dikatakan telah bersetuju mematuhi norma-norma serta tatasusila ketika beraksi di sini kelak, sebagaimana dilakukan oleh Mariah Carey dan Avril Lavigne ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dalam sidang media, baru-baru berkata, konsert sulung Beyonce di Malaysia itu akan tetap diteruskan sebagai satu cara mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan negara serta hiburan. "Teater, seni, muzik, hiburan merupakan faktor utama sesebuah negara dikenali, peminat-peminat muzik akan mengikuti penghibur kesayangan mereka ke mana juga destinasi. Kerana hal itu banyak bandar utama di dunia dikenali ramai selain menampilkan budaya dan warisan," katanya selepas pelancaran Logo 1Malaysia Kementerian Pelancongan pada 25 September lalu. Bagaimanapun kata Ng, adalah di luar bidang kuasa kementerian untuk campur tangan dalam soal lesen dan permit konsert berkenaan. Konsert penyanyi dan pelakon filem Dreamgirls sebelum ini telah mendapat tentangan daripada sesetengah pihak di negara ini yang menyifatkannya ia sebagai punca keruntuhan moral generasi muda. Beyonce baru sahaja beraksi di Singapura sempena kejohanan F1. Tiket bagi menyaksikan Beyonce I Am…World Tour Live in Malaysia 2009 itu dijual pada harga RM93 (tempat duduk bebas), RM183, RM283, RM383 dan RM583 (VIP). Keterangan lanjut, sila hubungi 03-7711 5000. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 6:18 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 29 Sep 2009, 6:21 pm | |
| Rabecca pilih duda anak dua PADA usia yang baru menjangkau 23 tahun, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad sudah mula memikirkan untuk berumah tangga kerana sukakan kehidupan berkeluarga. Bagaimanapun calon suaminya itu mestilah menyayangi anak angkatnya, Nor Adam Daniel, setahun empat bulan, kerana dia mengasihi kanak-kanak itu melebihi dirinya sendiri. Menurut Rabecca, yang semakin laris membintangi pelbagai drama dan telefilem, dengan berkahwin jiwanya akan lebih tenteram kerana terlepas daripada tohmahan serta fitnah dunia. Dia yang suka memasak teringin untuk menyediakan juadah kesukaan untuk suami tercinta. Andai kata bertemu jodoh nanti, Rabecca berazam menjadi isteri dan ibu terbaik. Apabila bercakap mengenai jodoh, dia sudahpun ada pilihan hati iaitu duda anak dua. Dia menyifatkan lelaki itu amat baik dan memahami diri dan kerjayanya sebagai pelakon. “Jika ada yang masuk meminang, sekarang saya hendak berkahwin. Saya seronok menguruskan rumah tangga dan pasti tambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata. “Bagaimanapun, lelaki itu mesti dapat menerima Adam seperti anak mereka sendiri. “Saya bersusah payah menjaganya dari kecil, berjaga malam dan hati tidak tenang apabila dia tidak sihat. “Adam segala-galanya bagi saya. Semakin besar, Adam semakin cerdik dan kasih sayang saya melimpah ruah untuknya. Ketika keluar bekerja Adam dijaga emak saya (Asbah Aris). “Oleh itu saya tidak mahu ada orang yang menjadi penghalang kasih sayang saya dengan Adam. Saya faham bukan semua orang boleh menerima anak angkat, tetapi Allah s.w.t takdirkan Adam menjadi anak saya. “Duda anak dua itu mengerti keadaan saya yang ada ‘anak segera’ dan dapat menerima kami berdua seadanya. “Dia juga tidak mudah cemburu buta, sebab itulah saya selesa berkawan dengan lelaki berusia. “Mereka matang dan bertanggungjawab serta tidak pernah mencampuri urusan seharian saya. Bukan semua orang boleh faham kerjaya anak seni. “Disebabkan kesibukan masing-masing, kami jarang berjumpa dan percintaan kami lebih banyak berlangsung menerusi telefon dan SMS. Dek kerana itu juga orang jarang terserempak saya keluar berduaan dengan mana-mana lelaki. “Dalam pergaulan saya juga perlu menjaga hati emak dan ayah. Emak paling memahami dan ayah pula selalu memantau aktiviti serta mengambil berat penampilan saya. “Jika saya bergaya seksi dalam akhbar atau majalah, ayah pasti berleter. Saya faham, orang tua mana yang tidak sayangkan anaknya. “Tetapi sehingga kini kekasih saya itu belum buka mulut bila akan mengakhiri perhubungan kami ke jenjang pelamin. Sebagai wanita dan mengikut adat, saya tunggu sajalah,” katanya. Rabecca yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik rapat dengan emak dan kakaknya, Farah Nur Hidayah. Biarpun mampu hidup bersendirian, namun dia lebih selesa tinggal bersama emaknya di Ampang. “Emak juga kawan baik saya yang boleh berkongsi apa saja cerita. Emak tahu dengan siapa saya berkawan kerana sebagai anak saya tidak boleh membelakangkan keluarga apatah lagi emak. Beliau yang melahir dan membesarkan saya sudah tentu beliau insan yang dapat memahami hati budi saya. “Apabila saya bersikap terbuka dengan emak, tidak apa yang perlu dirisaukan. “Emak juga tidak pernah peduli gosip yang tersebar di luar sama kerana beliau lebih tahu siapa saya. “Sementelah lagi saya tinggal bersamanya. Kalau tiada emak, kakak jadi galang gantinya. Selepas tamat pengajian, kakak turut tinggal bersama saya dan emak,” katanya. Tambah Rabecca, apabila berkahwin kelak, dia akan terus berlakon kerana apabila sekali melangkah menjadi anak seni, maka selamanya dia akan mencintai bidang itu. “Pun begitu mungkin tidak seaktif zaman bujang kerana ada tanggungjawab yang menunggu di rumah. Andai tidak dapat berlakon pun, mungkin saya akan membuka syarikat produksi sendiri dan bekerja di belakang tabir. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 6:46 pm | |
| Adam Corrie Lee beraya bersama isteri Adam Corrie Lee pertama kali beraya sebagai seorang suami dan seorang Islam. Gambar di bawah, mereka bergambar bersama keluarga sebelah lelaki |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 6:48 pm | |
| Lagak manja Michelle Wee dan boyfriend Nampaknya selepas tersebarnya banyak gambar Michelle Wee bergambar bersama teman lelakinya, Tengku Naharuddin. Michelle semakin berani menayangkan lagi gambar-gambar pose manjanya dengan teman lelaki di facebooknya pada hari raya yang lepas. Tak takut kena sergah ke? Opss! Dia hos babak sergah dalam Melodi tu la. Takkan nak sergah diri sendiri pula. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 6:49 pm | |
| Gaya Bunkface bergambar ketika Hari Raya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 6:53 pm | |
| Amy Mastura bagi 'lampu hijau' pada anaknya ceburi bidang lakonan PENGLIBATANNYA di dalam industri hiburan tanah air bukanlah baru, setelah 16 tahun menglibatkan diri dalam industri ini nama Amy Mastura Suhaimi masih lagi dikenali ramai dan dia merupakan artis yang memiliki bakat dalam pelbagai bidang. Setelah berjaya dengan tujuh buah album di mana album ketujuhnya yang berjudul 'Happy' telah berada di pasaran sejak Mei lalu Amy yang juga giat berlakon drama dan mengacarakan beberapa rancangan televisyen kini sedang membilang hari untuk pementasan teater muzikal Gamat yang dibintanginya. Menurut Amy yang ditemui pada sidang media teater muzikal Gamat di Istana Budaya mengatakan dia begitu teruja ketika ditawarkan berlakon di dalam teater tersebut kerana ianya merupakan teater muzikal kanak-kanak yang begitu diminatinya. Amy sedang membilang hari untuk pementasan teater muzikal Gamat yang dibintanginya. "Ketika saya mula-mula terima tawaran ini pada bulan puasa lalu, saya tidak berfikir panjang kerana pada waktu itu jadual sayapun tidak ketat dan paling utama kerana saya amat berminat untuk berlakon dalam teater muzikal kanak-kanak. "Teater muzikal Gamat ini adalah teater kedua lakonan saya di mana saya pernah berlakon di dalam teater muzikal kanak-kanak, Siti Di Alam Fantasi lapan tahun dahulu. "Jadi ini merupakan peluang kedua saya terlibat dalam teater dan saya sangat seronok," jelas ibu kepada dua cahaya mata ini. Menyentuh mengenai cahaya mata, anak kedua Amy iaitu Adalia, 5, turut sama berlakon dan Amy sudah memberikan 'lampu hijau' buat anaknya itu untuk mengikuti jejak langkahnya. Amy sangat meminati teater muzikal kanak-kanak. "Pada mulanya Adalia hanya mengikuti saya hadir ke sesi latihan teater ini dan pada masa itu lah dia diberi peluang untuk berlakon sama di dalam teater ini. "Adalia seorang yang pemalu jadi bila dia diberi peluang sebegini saya rasa ianya satu perkara yang baik buat dia. "Bila saya tanya dia sama ada dia ingin berlakon atau tidak, agak lama juga masa yang dia ambil untuk mengatakan 'ya' dan saya ada jugak pujuk dia dengan memberi kata-kata semangat untuk membuatkan dia lebih bersemangat. "Akhirnya dia bersetuju untuk berlakon dan saya tengok sekarang dia seperti sudah bersedia untuk berlakon teater dan dia lebih sanggup datang buat latihan dari pergi ke sekolah.. "Saya tidak memberi apa-apa halangan pada dia... saya benarkan anak saya berada dalam industri ini asalkan dia sentiasa gembira," jelas Amy yang ingin terus berlakon teater jika diberikan peluang. Di dalam teater muzikal Gamat ini, Amy memegang watak sebagai ibu gamat yang memiliki sikap suka membeli belah di pasaraya sehingga mengabaikan keselamatan anak-anaknya. "Dalam teater ini saya berlakon sebagai ibu gamat, yang suka membeli belah di pasaraya hingga mengabaikan keselamatan anak-anak. "Ibu gamat juga memiliki kelebihan dalam mengubati setiap penyakit dan sentiasa diperlukan hidupan laut. "Kerana itulah ada hidupan laut yang jahat cuba untuk menculik ibu gamat, namun mereka telah menculik anak gamat. "Dari situlah bermula cerita watak saya yang ingin mendapatkan semula anak gamat," kata Amy. Teater muzikal Gamat ini akan dipentaskan bermula 3-8 dan 11-12 Oktober ini di Istana Budaya bermula jam 8.30 malam. Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai teater ini bolehlah melayari blog rasmi iaitu www.muzikalgamat.blogspot.com. Pembelian tiket secara online boleh dilakukan dengan melayari www.ticket2u.biz. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 6:56 pm | |
| Rosyam secocok dan serasi dengan Jee PELAKON dan penerbit popular, Rosyam Nor yang telah menjalani pembedahan bahu kirinya pada 30 Julai lalu merasakan sedikit perubahan yang baik pada bahunya itu setelah sebulan pembedahan tersebut dijalankan. Kecederaan pada bahu kiri Rosyam berpunca daripada insiden dia terjatuh ketika penggambaran filem 'Libas' dijalankan. Rosyam Nor kini kerap berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi di atas kecederaan bahu kirinya. - foto THE STAR oleh KAMARUL ARIFFIN "Sekarang dah masuk sebulan saya jalani pembedahan tersebut dan saya rasa semakin baik tetapi masih lagi dalam 50/50 macam tu. "Untuk pulih sepenuhnya memakan masa sehingga tiga bulan, jadi saya masih ada dua bulan untuk pastikan bahu saya pulih sepenuhnya. "Tetapi kalau setakat kerja yang ringan-ringan tu doktor kata tidak ada sebarang masalah untuk saya lakukan," kata Rosyam ketika dihubungi mStar Online. Menurut Rosyam juga kini dia berulang alik ke Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dalam dua atau tiga kali seminggu bagi menjalani rawatan fisioterapi. "Buat masa ini saya perlu berulang alik ke hospital dalam dua atau tiga kali seminggu bagi menjalani rawatan fisioterapi. "Saya kena menjalani rawatan tersebut kerana bahu saya masih belum boleh diangkat dan digerakkan tetapi luka pembedahan tersebut semakin pulih," katanya. Hari raya tahun ini juga menurut Rosyam dia hanya beraya di sekitar Kuala Lumpur sahaja bersama keluarganya dan hanya menziarah rumah saudara mara sahaja. "Raya tahun ini saya tidak kemana pun... beraya di Kuala Lumpur sahaja, sebab mak dan mak mertua saya berada di sini. "Jadi saya dan keluarga hanya beraya dan menziarah rumah saudara mara di sekitar Kuala Lumpur sahaja," ujar Rosyam yang hanya bercuti selama empat hari pada raya tahun ini. Menurut Rosyam juga selepas ini dia akan mula sibuk menjalani penggambaran beberapa buah drama seperti 'Nigina', 'Gelora Di Hati Sarah' musim kedua dan 'Isabella'. "Selepas ini saya akan menjalani penggambaran drama 'Nigina' yang turut dibintangi oleh Emelda Rosmila. "Drama ini diarah oleh Haris Kadir dan mungkin akan mula ditayangkan pada penghujung Disember dalam slot Samarinda di TV3," katanya. Rosyam juga akan berlakon di dalam drama terbitan syarikatnya iaitu 'Gelora Di Hati Sarah' yang sudah memasuki musim kedua. Rosyam yang akan terus bergandingan bersama Fauziah Latiff di dalam drama tersebut mengatakan dia (Fauziah Latiff) merupakan pasangan heroin yang secocok dan serasi dengannya. "Pertama kali saya berlakon dengan dia saya sudah dapat rasakan kami serasi dan dia amat berbakat. "Saya banyak terima e-mel dan maklum balas dari peminat yang ingin drama ini diteruskan, jadi saya putuskan untuk buat 'Gelora Di Hati Sarah' musim kedua. "Dia merupakan seorang pelakon yang berbakat, cantik, 'sweet', dan bagi saya dia merupakan pasangan heroin yang paling secocok dengan saya," ujar Rosyam yang mengakui memiliki 'chemistry' untuk berlakon bersama Fauziah Latiff. Drama 'Gelora Di Hati Sarah' ini akan bermula penggambarannya pada bulan depan dan akan ditayangkan di RTM. Sebuah lagi drama yang dibintangi Rosyam adalah 'Isabella' yang turut dibintangi oleh Vanidah Imran dan akan disiarkan di Astro. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 6:58 pm | |
| Ifa Raziah menang kes saman fitnah RM50, 000 Peguam Ifa, Shamsul Anuar Kamarudin berbincang dengan suami Ifa, Muhd Yani Abdul Rahman sebelum prosiding mahkamah bermula, pagi tadi. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah berjaya dalam tuntutan saman fitnah berjumlah RM50,000 dan ganti rugi terhadap sebuah syarikat pemasaran produk kesihatan, Sain Group Corporation Sdn Bhd (SGSB). Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan tersebut hari ini selepas meneliti penghujahan peguam Ifa (plaintif), Shamsul Anuar Kamarudin dan peguam SGSB (defendan), Boestamam Ahmad, semalam. "Sebagai kesimpulannya, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif (Ifa) bagi wang berjumlah RM50,000 sebagai ganti rugi reputasi, berserta faedah pada kadar 6 peratus dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya dan ganti rugi kos juga dibenarkan," kata Jagjit Singh dalam prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini. Ifa tidak hadir ke mahkamah hari ini dan dia diwakili suaminya, Muhd Yani Abdul Rahman. Tuntutan ganti rugi itu dibuat selepas akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana terbitan defendan bertarikh 29 Jun 2008, menerbitkan artikel yang bertajuk "Ifa Raziah bebas alahan" - ajak rakan artis minum Power Nest. Dalam artikel tersebut, Ifa (plaintif) telah dikatakan mengeluarkan kenyataan berupa pengiklanan kepada wartawan akhbar berkenaan, M. Rozi Hassan. Bagaimanapun, Ifa dalam pernyataan tuntutannya menafikan yang beliau memberikan persetujuan atau sebarang kebenaran kepada akhbar tersebut. Ifa juga menafikan beliau pernah memberikan kenyataan sepertimana yang tersiar dalam tabloid tersebut dan sebarang kenyataan yang disiarkan adalah kenyataan penerbit akhbar tersebut. Shamsul Anuar (kiri) dan peguam defendan (SGSB), Boestamam Ahmad diajukan pelbagai soalan di luar mahkamah. Oleh yang demikian, plaintif (Ifa) menuntut daripada defendan wang ganti rugi reputasi berjumlah RM50,000 dan lain-lain kos yang adil dan sesuai. Dalam prosiding mahkamah hari ini, hakim Jagjit Singh menerima keterangan Ifa telah mengalami kerugian terhadap produk keluaran Ifa sendiri. "Adalah jelas akibat siaran artikel tersebut, jualan produk plaintif telah merosot kerana peminat keliru yang mana satu produk keluaran plaintif. "Saya juga menerima penghujahan peguam plaintif di mana jualan produk defendan, Power Nest telah meningkat pada Julai 2008 iaitu selepas artikel tersebut diterbitkan pada Jun 2008. Di samping itu, terdapat usaha promosi lain oleh defendan termasuk siaran melalui Johor FM," ujar Jagjit Singh. Berhubung dengan penghujahan peguam defendan bahawa Ifa bukan seorang artis yang popular memandangkan beliau tidak memenangi apa-apa anugerah bintang popular penyanyi, pelakon atau pengacara, hakim Jagjit Singh tidak bersetuju. Jagjit berpendapat itu bukan satu-satunya kriteria untuk menentukan populariti artis. "Sebaliknya saya menerima keterangan Ifa bahawa beliau merupakan seorang artis dalam industri muzik Malaysia mulai tahun 1996, mempunyai empat buah album muzik, merupakan seorang pelakon drama dan filem juga pengacara 'Wanita Hari Ini' di TV3. "Beliau juga seorang usahawanita produk kecantikan 'Serifah' dan wajah beliau terpapar hampir setiap hari di Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, NTV7 dan Astro," kata Jagjit Singh. Hakim Jagjit Singh menambah: "Saya turut bersetuju dengan keterangan Ifa jika dia bukan seorang artis yang popular, kenapa gambar beliau digunakan oleh defendan untuk promosi dan iklan produk defendan." Sehubungan itu, Jagjit Singh berpendapat Ifa telah berjaya membuktikan dia telah mengalami kerugian dan defendan pula beroleh pertambahan pendapatan dan imej yang baik. Suami Ifa, Muhd Yani ketika ditemui memberitahu Ifa tidak dapat hadir kerana demam. Muhd Yani ternyata berpuas hati dengan keputusan hari ini. Peguam Ifa, Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga telah memfailkan saman terhadap wartawan akhbar berkenaan, M. Rozi Hassan dan akhbar Mingguan Warta Perdana. Kes itu akan dibicarakan pada April tahun hadapan. Dalam pada itu, peguam SGSB, Boestamam Ahmad memberitahu dia akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sebelum memfailkan rayuan terhadap keputusan kes hari ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 7:00 pm | |
| Erma: Datuk K kena bimbing Umie! MAJLIS pertunangan aktres Umie Aida malam tadi dengan ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan atau Datuk K bukan saja menggembirakan tuan empunya diri, malah perasaan 'lega' turut diluahkan oleh insan-insan yang cukup rapat dengan dirinya. Salah seorangnya adalah kakak Umie sendiri, pengarah tersohor Erma Fatima. "Sebelum ini saya selalu panggil Umie 'anak dara tua' sebab dia tak kahwin-kahwin lagi. Alhamdulillah, saya gembira bila dia beritahu dia serius untuk berkahwin. "Saya harap Datuk K dapat jaga Umie dengan baik, bukan dengan gelaran atau harta saja tetapi juga kena bimbing Umie untuk dunia dan akhirat. Umie adalah amanah kami untuk dia. "Saya harap Umie dapat kecapi kebahagiaan yang dicarinya selama ini setelah dia sering 'disakiti' dan dipermainkan dalam hubungan-hubungannya sebelum ini," kata Erma. Turut melahirkan rasa gembira dengan keputusan Umie untuk mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi ialah ibunya, Asmah Mohd Ali. "Sejujurnya, saya terkejut juga bila dia kata dia nak kahwin kerana dulu dia memang cakap tidak mahu berkahwin. Tetapi ini sudah fitrah Allah dan nampaknya jodohnya sampai juga. "Saya sendiri tidak pernah desak dia untuk berkahwin dan hanya berdoa pada Allah. Siapa pun pilihannya asalkan dia rasa terbaik, saya akan bersetuju. Umie memohon restu sambil bersalaman dengan ibu Khairuddin, Balkish Ahmad. "Saya baru berpeluang bertemu Khairuddin sebanyak empat kali. Tetapi saya lihat dia seorang yang lembut termasuklah dari segi tutur kata. Itu yang membuatkan Umie terpikat," ujar Asmah. Anak angkat Umie, Mohd Daniel Firdaus pula berkata, dia dan adiknya Mohd Zulhilmy memang amat menyukai kehadiran Khairuddin yang dipanggil Uncle itu dalam keluarga mereka. "Ketika pertama kali jumpa Uncle, dia memang nampak pemalu. Tetapi Uncle sangat ambil berat tentang ibu dan saya adik-beradik. Setiap hari dia akan hubungi ibu bertanyakan tentang kami semua. "Saya cuma berharap hubungan mereka akan berkekalan dan kalau boleh, kami dikurniakan adik kelak...teringin juga untuk ada adik perempuan," luah Daniel yang menambah, dia dan Zulhilmy mungkin akan memanggil Khairuddin dengan panggilan 'Abah' selepas berkahwin dengan ibu mereka. Dalam pada itu, rakan baik Umie, Erra Fazira juga mempunyai cerita berbeza tentang hasrat rakannya yang akhirnya terbuka hati untuk berkahwin. "Saya tahu mereka benar-benar serius pun baru-baru ini saja. Umie memang seorang yang cukup perahsia tentang perkara seperti ini. Bila dia cakap pada saya 'Makcik, kita nak kahwin', saya hanya menjawab 'kahwin dulu, baru kita percaya'. "Sehinggalah dia ingin buat majlis merisik, barulah saya percaya dia benar-benar serius. Kakak Umie, pengarah tersohor Erma Fatima kelihatan dalam majis pertunangan yang sangat meriah semalam. "Saya hanya sempat berjumpa Khairuddin sekali saja. Itupun Umie perkenalkan saya ketika di tepi jalan. Kali pertama bertemu, memang saya nampak Khairuddin ikhlas mencintai Umie," katanya. Bagi bakal ibu mertua Umie, Balkish Ahmad pula, dia tidak menyangka anaknya itu akan bertemu jodoh dengan seorang pelakon ternama. "Sebelum ni, hanya lihat Umie berlakon dan gambar-gambarnya saja. Saya pun tidak sangka anak saya sendiri terbuka hati untuk berkahwin lagi setelah 15 tahun hidup menduda. "Apapun, Umie saya lihat adalah seorang yang lemah-lembut. Saya harapkan mereka akan bahagia sampai bila-bila," kata Balkish. Umie dan Khairuddin dijangka akan melangsungkan pernikahan sekitar awal Januari depan secara tertutup dan resepsi pula akan diadakan dua minggu selepas pernikahan |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 7:05 pm | |
| Umie-Datuk K nikah awal Januari secara tertutup AKTRES ini pernah rasa serik untuk menerima cinta daripada lelaki gara-gara sering kecewa di dalam setiap hubungan yang dijalinkan sebelum ini. Namun, perkenalannya dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda anak dua kira-kira lima bulan lalu nyata telah mengubah pendiriannya itu. Sejujurnya, Umie Aida tidak menyangka hatinya terbuka juga akhirnya untuk menerima cinta yang diberikan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47, dan setelah majlis merisik dibuat pada 17 Mei lalu, pasangan kekasih ini sepakat untuk meneruskan ikatan hubungan mereka dengan tali pertunangan. Anggun dengan persalinan rekaan Bill Keith, aktres berusia 36 tahun ini akhirnya sah bergelar tunangan kepada Khairuddin yang dipanggil 'Abang' oleh Umie pada majlis pertunangan mereka yang berlangsung malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak. Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan terdekat dan pihak media itu, Umie menerima tiga barangan hantaran termasuk set barangan kemas berjenama Chopard seperti cincin, subang dan rantai, tepak sirih dan patchi coklat serta dibalas lima barangan seperti kurma bateel, buah strawberry dan bunga rampai. Turut hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna biru dan putih itu adalah selebriti-selebriti tanahair antaranya dua rakan baik Umie iaitu Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid dan Sharifah Shahora. Ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, menyarungkan cincin pertunangan di jari Umie Majlis tersebut disempurnakan oleh ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Umie. Khairuddin atau turut digelar Datuk K yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh para tetamu bagaimanapun tidak hadir pada majlis pertunangan itu. Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, dalam nada ceria, Umie memanjatkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan lancar meskipun akui, ramai yang bertanyakan mengapa bakal suaminya itu tidak turut serta di dalam majlis tersebut. "Sebenarnya, dia ingin mengikut adat. Lagipun, dia jenis yang tidak suka bergambar sangat. Pada Abang, biarlah saya saja yang berada dalam 'limelight' macam ini. "Tetapi, sekarang ini pun memang ramai yang sudah mengenali siapa bakal suami saya. Cuma dia sendiri belum bersedia untuk tampil berdepan dengan semua. Memang dia seorang yang pemalu. "Tetapi dua orang anaknya, Mohd Shafiq, 19, dan Mohd Shahir, 16, datang pada malam ini," ujar Umie yang dilamar oleh Khairuddin dua minggu sebelum majlis merisik diadakan. Menurutnya lagi, majlis akad nikah pula akan menyusul sekitar awal Januari depan, namun aktres ini menegaskan majlis bersejarah mereka itu nanti akan diadakan secara tertutup. "Saya meminta sedikit ruang untuk kami adakan majlis itu nanti secara privasi. Majlis pernikahan itu akan hanya libatkan keluarga. Ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak sebenarnya. "Saya hanya mampu berkongsi dengan media untuk majlis pertunangan malam ini dan resepsi yang akan diadakan dua minggu selepas bernikah kelak. Tapi apapun untuk media, kami tetap akan edarkan gambar pada majlis pernikahan nanti. "Saya ingin meminta maaf awal-awal dan saya harap semua pihak dapat menerima keputusan ini," kata Umie. Buat masa ini, tutur Umie, dia masih belum memikirkan konsep majlis perkahwinan yang akan berlangsung nanti. "Saya tidak pernah ada impian bentuk majlis perkahwinan yang ingin saya buat. Maklumlah, selama ini saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Tetapi, saya sudah jumpa tempat istimewa untuk pernikahan nanti. "Cuma untuk resepsi kelak, saya belum pasti sama ada ingin bersanding atau tidak. Lagipun, saya lebih suka buat secara sederhana saja," jelasnya. Barangan hantaran kedua-dua belah pihak yang mana masing-masing membuat kelainan dengan hanya menggunakan sebuah dulang sahaja bagi mengisi barang hantaran Ditanya tentang persediaannya bergelar isteri, sambil tersenyum, Umie akui, dia memerlukan tempoh untuk cuba menyesuaikan diri dengan status baru apatah lagi selama ini dia sering melakukan sebarang urusan seorang diri. "Saya cakap pada dia, saya sudah terbiasa buat semua benda sendiri selama saya hidup. Jadi, kena perlahan-lahanlah untuk sesuaikan diri dengan kehidupan rumahtangga. "Insya-allah, selepas berkahwin nanti kami akan tinggal di rumah ini (I-Zen). Memang ini pemberian Abang, tetapi bukan saja-saja bagi. Sebaliknya, kami akan duduk bersama di rumah ini bersama dua anak angkat saya, Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15. "Dua orang anaknya pula ketika ini tinggal bersama ibu mereka. Apapun, saya amat mengalu-alukan kehadiran mereka untuk tinggal bersama di rumah ini bila-bila masa saja," kata Umie yang menambah, hubungannya dengan dua anak tirinya itu juga cukup baik. Cuba mengimbas semula detik hatinya kembali terbuka untuk menerima kehadiran lelaki istimewa di dalam hidupnya, kata Umie, semuanya berlaku cukup pantas sehinggakan dia sendiri 'terlupa' bagaimana dia menyatakan persetujuannya menerima lamaran Khairuddin yang baru dikenalinya secara serius selama lima bulan itu. "Saya tidak ambil masa yang lama untuk terima lamarannya. Tapi itulah...saya sendiri tak tahu macam mana saya kata 'yes' kepadanya. "Sebenarnya, sebelum ini dia adalah rakan kongsi kakak saya, Erma Fatima. Ketika itu memang saya tidak bercakap langsung dengannya. Tetapi sebelum arwah bapa saya meninggal tidak lama dulu, Erma ada meminta bantuannya untuk menguruskan proses pertukaran hospital yang merawat bapa saya. "Dari situlah saya mula mengenali dia. Lama-kelamaan, saya nampak kejujurannya.Saya akui, dia mempunyai karektor yang berbeza dengan saya. Saya jenis yang aktif dan dia agak pemalu. "Tapi, saya tertarik dengan dia kerana dapat menerima anak-anak angkat saya serta keluarga. Bagi saya, tidak kiralah sekaya mana pun seseorang itu, kalau dia tidak boleh menerima keluarga saya, tidak ada gunanya. "Tapi berbeza dengan Abang. Dia melakukannya secara perlahan-lahan dan sentiasa ambil berat terhadap anak-anak saya dan ahli keluarga yang lain. Dan itulah yang membuatkan saya yakin dengannya," ujar Umie tentang tunangnya yang sebelum ini hidup menduda selama 15 tahun. Dalam pada itu, Umie turut meminta semua pihak agar tidak melabelkan Khairuddin sebagai 'jutawan' seperti mana yang sering diwar-warkan. "Dia sebenarnya adalah ahli perniagaan biasa, bukanlah jutawan seperti yang digembar-gemburkan. Bila timbulnya perkara itu, dia dan keluarganya jadi tidak selesa. "Dan saya juga tidak mahu ada pihak yang ingin memanggil saya Datin. Itu semua tidak perlulah," luah Umie yang akan meneruskan karier seninya seperti biasa selain cuba menjalankan bisnes sendiri seperti mana yang digalakkan oleh Khairuddin. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 30 Sep 2009, 7:14 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 01 Oct 2009, 3:16 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 01 Oct 2009, 3:19 pm | |
| Johan-Ozlyn bakal timang cahaya mata Oleh SHAHRIL ADZRIN PERKAHWINAN pasangan Johan Raja Lawak dan pelakon Ozlyn Wati pada 25 Julai lalu kini pastinya lebih gembira setelah Ozlyn disahkan mengandung dua bulan. Johan yang hadir ditemani Ozlyn pada sesi santai Raja Lawak bersama media yang berlangsung di restoran Marche Movenpick, The Curve semalam mengatakan dia menyedari isterinya mengandung setelah Ozlyn mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Johan dan Ozlyn bakal menimang cahaya mata setelah Ozlyn disahkan mengandung dua bulan. "Saya tak ingat bila yang pertama kali saya bawa dia (Ozlyn) berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, tetapi saya menyedarinya setelah dia mengadu pada saya dia selalu sakit perut dan muntah-muntah. "Bila kami pergi berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengandung dan perasaan saya sangat gembira hingga tak terkata apa-apa," katanya. Menurut Johan juga, isterinya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengidam makan sesuatu ketika mengandung, sebaliknya dia yang mengalami masalah tersebut apabila kerap mengidam makan makanan yang manis. "Dia tidak mengalami sebarang masalah mengidam walaupun dia yang mengandung, cuma kadang-kadang tu adalah... tapi tidak begitu serius. "Yang peliknya, saya yang menghadapi masalah tersebut apabila sekarang saya kerap mengidam makan makanan yang manis. "Sedangkan sebelum ini saya bukan suka sangat makanan manis, tapi sejak dia mengandung, saya asyik nak makan kek, ais krim dan semua makanan manis sampai saya rasa berat badanpun dah naik," jelas bekas peserta Raja Lawak musim pertama ini. Johan juga mengatakan dia tidak membuat sebarang persediaan bagi dirinya yang pertama kali akan menjadi seorang bapa, sebaliknya lebih menumpukan persediaan untuk menanti kelahiran anaknya itu. "Pada saya tidak ada sebarang persediaan yang perlu saya lakukan pada diri saya walaupun ini pertama kali bakal bergelar bapa. "Saya ingin lebih menumpukan persediaan terhadap anak saya itu nanti seperti membeli barangan bayi dan berbagai lagi. "Selain itu, jika nanti saya sibuk dengan tugasan, saya akan tetap bawa Ozlyn bersama saya jika dia larat untuk ikut saya, jika tidak saya akan bawa dia tinggal bersama ibu saya untuk menjaganya," jelas Johan yang mahukan anak kembar. Bagi Ozlyn pula, dia turut gembira seperti suaminya apabila mereka bakal memiliki cahaya mata mereka sendiri, namun dia tidak mahu terlalu mengharap kerana usia kandungannya masih terlalu awal. "Jika mengenai perasaan saya, saya gembira dan teruja bila dapat tahu saya mengandung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu terlalu mengharap. "Persediaan juga pada saya tidak perlu lagi buat masa ini kerana usia kandungan saya masih awal dan biarlah bila kandungan saya sudah hampir sembilan bulan baru kami akan membuat persediaan membeli barangan bayi dan sebagainya," katanya. Bagaimanapun Ozlyn mengatakan pada pemeriksaan awal yang dilakukannya dia menghadapi masalah semasa menjalani ujian ultrasound tiada sebarang imej bayi yang dilihat. "Masa menjalani ujian ultrasound ketika mula-mula melakukan pemeriksaan, saya takut sangat apabila tiada sebarang imej bayi dalam kandungan saya dapat dilihat di skrin. "Pada masa itu doktor sudah mula suspek mungkin saya mengalami masalah mengandung di luar rahim... bila saya dengar macam itu, perasaan gembira yang ada terus bertukar tidak gembira. "Tetapi sebulan selepas itu saya datang lagi sekali untuk buat pemeriksaan dan alhamdulillah kami dapat lihat imej bayi di dalam kandungan saya," kata Ozlyn yang bahagia bersama Johan. Ozlyn juga memberitahu sejak dia mengandung, rezeki yang diterimanya masih lagi mencurah apabila dia ditawarkan untuk berlakon di dalam sebuah drama yang akan disiarkan di slot Akasia namun tawaran tersebut masih lagi di dalam proses perbincangan. Tambah Ozlyn juga, jika usia kandungannya sudah mencecah lima atau enam bulan dia masih sanggup untuk menerima tawaran berlakon jika terus diberi peluang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 01 Oct 2009, 3:19 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 01 Oct 2009, 3:21 pm | |
| Maiza mimpi dipatuk ular saat-saat habis edah Maiza habis edah dalam tempoh dua bulan setengah..-foto The Star LAIN yang dicakap, lain yang ditulis..Selebriti popular, Maizawati Zainal akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap wartawan akhbar tabloid yang tersilap mengeluarkan fakta tentangnya sehingga menimbulkan ‘kemarahan’ peminat-peminatnya. Jelas Maiza, dia terkilan dengan jawapan ‘kaya’ yang diputarbelitkan saat diajukan tentang ciri-ciri yang diinginkan untuk menjadi calon suaminya. Menerusi temubual itu, bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy ini berkata dia menjawab inginkan suami yang kaya dengan budi bahasa sebaliknya dalam artikel itu menulis dia mengejar lelaki kaya berharta. “Saya akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid itu sekiranya wartawannya tidak membuat pembetulan terhadap artikel yang telah dikeluarkan itu. “Setakat ini saya telah bercakap dengan peguam saya untuk mengeluarkan surat amaran kepada akhbar tabloid itu. “Saya nak keluarkan surat amaran tu sebab saya jawab lain, dia (wartawan akhbar tabloid) keluar cerita lain iaitu ‘Maiza buru lelaki kaya’. “Lepas keluar cerita itu, ramai peminat saya yang menghantar mesej (SMS) marah-marah kepada saya. “Saya dah hantar SMS kepada wartawan tu supaya dia ‘clear’ semula cerita itu tetapi dia terus senyap “Saya nak dia bersihkan semula nama saya. Kalau dia buat lagi, saya akan ambil tindakan saman tetapi buat masa ini saya masih fikir dan tak nak aniaya orang,” luahnya yang sebelum ini dianiaya akibat penyebaran video rakaman lagu ‘Ketentuan’. Lantaran itu, Maiza juga telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya. Ditanya kepadanya tentang perkembangan isu itu, Maiza berkata dia belum membuat apa-apa tindakan kerana masih sibuk beraya. Sibukkan diri dengan beraya di tiga negeri Bercerita tentang destinasi ketika menyambut Hari Raya tahun ini, Maiza berkata dia memilih bercuti ke Kelantan dan Kuala Lumpur selain beraya di rumah sendiri di Ipoh, Perak. Maiza berkata dia berkunjung ke rumah keluarga angkatnya di Machang, Kelantan selama dua hingga tiga hari kemudian membawa anak-anaknya berjalan-jalan di Kuala Lumpur selama dua hari semalam. “Saya banyak menyibukkan diri untuk keluarga sendiri dan keluarga angkat. “Masa Hari Raya baru-baru ini saya ke Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin saudara keluarga angkat saya dan melayani kerenah ramai anak saudara angkat saya di sana,” ujarnya yang mengenali keluarga angkatnya sejak setahun lalu. Ditanya pula tentang perkembangan terbarunya kini, Maiza yang dijangka akan menamatkan edahnya dalam masa terdekat ini memberitahu dia akan menghadiri majlis pertunjukan fesyen anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan Persatuan Muslimat pada 29 Oktober ini di Kelantan. “Saya ke sana atas jemputan untuk memeriahkan suasana. Selain saya, artis lain juga akan turut serta seperti Heliza AF5 dan Adibah Noor. “Saya juga akan membawa produk sendiri iaitu madu dan pil homeopati IQ di bawah Maiza Collection. “Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah datang ke sana dan berjumpa dengan saya. Mereka yang ingin menjadi ejen untuk menjual produk saya juga boleh menghantar emel kepada maiza_collection75@yahoo.com atau FaceBook saya menggunakan alamat emel yang sama,” tuturnya yang mendapat mimpi dipatuk ular di saat-saat habis edah ini. Habis edah dua bulan setengah Orang tua-tua dulu kata, kalau mendapat mimpi dipatuk ular itu tandanya ada orang lelaki nak masuk meminang. Kiranya, Maiza hanya mengambil masa kira-kira dua bulan setengah untuk menyempurnakan hukum tiga kali suci dan dia juga boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja selepas ini jika sudah temui idaman kalbu. “Saya rasa seronok juga apabila habis edah nisebab lepas ni orang lain tidak akan mempertikaikan tentang edah saya dan apa yang saya akan lakukan. “Tentang kahwin tu, kalau dah tiba masanya nanti saya akan beritahu..,” ujar Maiza dalam nada ceria. Maiza dan Akhil Hayy bercerai pada 15 Julai lalu setelah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun. Dia juga pernah berkahwin sebelum menikah dengan Akhil. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 01 Oct 2009, 3:22 pm | |
| Aleeza selamat jalani pembedahan jangkitan kuman di kepala Aleeza Kassim selamat menjalani pembedahan di bahagian muka dan kepalanya selepas mengalami jangkitan kuman. AKTRES dan model, Aleeza Kassim telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan cecair kuman dari bahagian kepalanya di Hospital Pakar Damansara pada jam 1 tengahari kelmarin (29 Disember). Menurut seorang kenalan rapat Aleeza pembedahan selama 3 jam tersebut bertujuan menyedut cecair kuman di bahagian kepala Aleeza melalui hidung dan juga otak. "Dia dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani pembedahan di bahagian kepalanya. "Suami Aleeza, Mohd Fauzi Che Rus yang menghantarnya ke hospital. "Pembedahan tersebut bertujuan untuk menyedut cecair di bahagian muka dan kepalanya yang dipercayai akibat jangkitan kuman, bukan kerana mengalami pendarahan dalam otak. "Doktor cuba memasukkan wayar melalui hidung dan otaknya untuk menyedut kuman tersebut dan sekarang dia berada di dalam keadaan stabil, boleh bercakap dan makan," katanya yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Menurutnya juga, Aleeza telah menelefonnya sehari sebelum dimasukkan ke hospital memberitahu bahawa dia (Aleeza) mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, deman dan migrain. "Sehari sebelum dia dimasukkan ke hospital, dia ada telefon saya dia kata dia mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, demam dan migrain. "Masa dia telefon saya itu juga, dia beritahu saya dia akan jalani pembedahan pada hari ini dan dia minta saya datang untuk teman dia di hospital," katanya. Menurutnya lagi, keadaan Aleeza selepas sehari menjalani pembedahan tersebut agak kurang baik, namun setelah dua hari Aleeza telah menunjukkan perubahan yang baik. "Masa selepas pembedahan tersebut, saya lihat keadaan dia tidak berapa baik begitu juga sehari selepasnya. "Dia mengadu pada saya dia rasa sakit-sakit di bahagian muka dan kepalanya, dan kadangkala ada darah mngalir keluar dari hidungnya. "Tetapi selepas dua hari tempoh pembedahan, dia menunjukkan perkembangan yang positif di mana dia sudah boleh bercakap dan makan makanan yang lembut seperti bubur. "Selepas hari pembedahan tersebut, Aleeza dijaga oleh suaminya sehingga hari ini di hospital," katanya. Menurut kenalan rapat Aleeza ini, model tinggi lampai itu dimasukkan ke hospital tanpa pengetahuan umum dan hanya dikhabarkan kepada ahli keluarga Aleeza dan rakan-rakan yang rapat sahaja. "Memang Aleeza minta tidak dihebohkan mengenai dia dimasukkan ke hospital, dia hanya ingin ahli keluarganya dan rakan-rakan yang rapat sahaja tahu. "Sewaktu pembedahan hari itu juga, semua ahli keluarganya hadir di hospital," ujarnya. Katanya lagi, berkemungkinan Aleeza akan dibenarkan pulang ke rumah dalam sehari dua lagi jika terus menunjukkan perubahan positif. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 01 Oct 2009, 3:26 pm | |
| KEKASIH BLACK KE???? |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:21 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:23 am | |
| Gambar Anith OIAM dengan rambut barunya Pernah digelar artis baru yang sombong, Anith merupakan peserta OIAM musim ke 3 bergambar dengan fesyen rambut terbarunya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:24 am | |
| Nabila Huda sudah pregnant Sumber petikan dari Gua Sejak berat badannya naik, tak habis-habis orang berspekulasi – Nabila Huda Suhaimi dah mengandung ke? Berkesempatan berjumpa Nabila ketika majlis rakaman Melodi Raya 2009 pada bulan Ogos lalu, soalan yang sama telah GUA tujukan kepada anak sulung Amy Search ini. Sambil ketawa, Nabila memberitahu belum lagi rezeki dia dan suami, Zaidi Zailani walaupun mereka memang ingin cepat menimang anak. Hanya mampu berserah kepada Tuhan, tambah aktres berusia 25 tahun itu, ramai yang sudah menegur tentang perubahan saiz badannya. “Mungkin sebab saya asyik duduk di rumah dan kuat makan, itu yang berat badan cepat naik,” katanya. Semalam, isu ini timbul lagi bila seorang ahli forum Cari menyampaikan berita yang Nabila sudahpun mengandung, beberapa minggu katanya. Bila dihubungi GUA pagi tadi untuk mendapatkan kesahihan cerita yang disampaikan, Nabila berkata, “Iya-ke? Siapa orang yang beritahu tu?” “Tapi (haid) saya dah lewat sebulan. Tak tahu lagi (mengandung) ke tak. Saya belum buat ‘medical check-up’. Tapi saya ‘take it easy’, tak boleh terlalu mengharap. Kita tengok-lah nanti,” kongsinya yang kini seronok melayan adiknya, QaQa At-Tameemi yang baru dilahirkan Sept lalu. Terbaru, Nabila akan memulakan penggambaran untuk drama 44-episod di slot Akasia TV3 di Pulau Perhentian, Isnin ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:26 am | |
| Afdlin, Din Beramboi, Bob Lokman tarikan utama Raja Lawak 4! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:28 am | |
| Elyana puas 'enjoy', hitung detik bergelar isteri USIA muda tidak pernah dianggap penghalang untuk penyanyi dan pelakon ini mengakhiri zaman bujang. Malah, kata Erneelya Elyana Emrizal atau lebih popular dengan nama Elyana ini, dia akui amat teruja menantikan detik untuk bergelar isteri. Gadis berusia 22 tahun ini telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Khairul Anuar Hussin, 34, pada 11 Julai lalu dan menurut Elyana, mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan sekitar awal tahun depan. "Memang kami berhasrat untuk bertunang tidak lebih setahun dan terus mendirikan rumahtangga. Tetapi, sehingga hari ini, belum ada keputusan tetap tentang tarikhnya kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. "Namun, besar kemungkinan kami akan langsungkan awal tahun depan. Insya-allah, saya pun rasa sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri. "Saya sudah puas 'enjoy' dan sibuk dengan dunia seni sejak di zaman sekolah lagi. Jadi sekarang ini, saya ingin memandang ke hadapan dan memikirkan tentang masa depan saya. "Lagipun, saya masih boleh meneruskan karier seni seperti biasa walaupun setelah berkahwin nanti. Jadi tiada masalah untuk saya berkahwin cepat pada usia ini," tutur Elyana dalam nada ceria. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini, buat masa ini, dia hanya membuat persediaan secara kecil-kecilan kerana belum ada kata putus tentang tarikh sebenar hari bersejarahnya bakal berlangsung. "Ada lah buat persediaan sikit-sikit. Lagipun ketika ini, saya sedang di dalam proses untuk merakamkan single terbaru. Ibu pula akan mengerjakan haji bulan depan. Jadi, biarlah lepas satu demi satu perkara dulu. "Mungkin jika masanya hampir tiba nanti, barulah saya akan cari masa untuk fikirkan semuanya termasuklah konsep perkahwinan," kata Elyana yang turut mempamerkan bakat lakonan hebat menerusi drama Dunia Baru. Bercerita tentang aktiviti seninya pula, ujar Elyana, dia dijangka akan memasuki studio bagi merakamkan single terbarunya dalam masa terdekat ini. "Kalau ikutkan, memang selepas raya saya sudah kena masuk studio. Tetapi tak tahulah macam mana kerana ketika ini, saya sedang alami sakit tekak. Mungkin selepas sihat sedikit, baru saya teruskan. "Bercakap mengenai single ini, sekali lagi saya akan bekerjasama dengan komposer Aidit Alfian. Kami rancang untuk keluarkan single ini selewat-lewatnya awal tahun depan. "Dan kali ini, memang sengaja pihak syarikat rakaman, FMC, cadangkan agar saya tampil dengan single terlebih dahulu, bukannya dengan album penuh. "Lagipun sekarang ini memang ramai penyanyi buat perkara yang sama apatah lagi bila melihat senario pasaran album yang memang mengecewakan," katanya. Menyentuh mengenai karier lakonannya pula, ujar Elyana, terbaru dia akan muncul di dalam telefilem sempena Deepavali berjudul Aku, M dan Papa yang akan disiarkan di Astro Ria. Dia juga sedang di dalam pertimbangan untuk beberapa buah projek lakonan lain. "Saya pun tidak tahulah mengapa sejak kebelakangan ini tawaran berlakon cukup banyak yang saya dapat, sedangkan saya anggap bidang lakonan ini adalah sekadar sambilan. "Mungkin sudah dinamakan rezeki. Namun tidaklah pula saya terima semua tawaran tersebut, jika kena pada masa dan watak yang sesuai, barulah saya akan bersetuju. "Saya masih memberikan keutamaan kepada bidang nyanyian, kerana saya ingin orang lebih mengenali saya sebagai penyanyi, bukannya pelakon," tuturnya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:30 am | |
| Kesibukan kerja halang Audi-Nikki berbulan madu PERKAHWINAN antara penyanyi, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat bersama komposer terkenal, Audi Mok Chuang Yew pada 27 Jun lalu menjadi satu detik manis buat merpati dua sejoli ini. Namun kerana sibuk dengan tugas masing-masing, menurut Nikki hingga ke hari ini dia dan suaminya masih belum berpeluang menjalankan majlis resepsi di Sabah dan juga bulan madu sebenar mereka di Jordan. Nikki bergantung pada ibunya, Joanna Joannes, menguruskan majlis resepsi perkahwinannya bersama Audi Mok di Sabah pada 26 Disember nanti. - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH "Jadual waktu kami begitu padat, masing-masing tiada masa untuk memikirkan berbagai perancangan selepas berkahwin. "Selepas majlis perkahwinan kami pada 27 Jun lalu, kami hanya sempat untuk bercuti ke Bali selama lima hari pada 2 Julai lalu. "Itupun percutian tersebut kami anggap macam pra bulan madu kami, bukan bulan madu yang sebenar... kami bercuti ke Bali hanya sekadar untuk lepaskan 'tension' dan berehat setelah masing-masing penat menguruskan majlis perkahwinan. "Bulan madu kami yang sebenar kami rancang hendak ke Jordan, tetapi sehingga hari ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan susah untuk pilih tarikh yang sesuai untuk bulan madu kami," katanya. Ditanya mengapa Jordan menjadi pilihan destinasi bulan madu mereka, Nikki mengatakan Jordan merupakan sebuah negara yang biasa dikunjungi oleh orang ramai dan mempunyai banyak tempat bersejarah. "Kami pilih Jordan kerana negara ini merupakan tumpuan pelancong dan mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah. "Saya ada tengok gambar melalui internet dan apa yang boleh saya katakan bangunan dan kawasan-kawasan di sana sangat eksotik. "Tetapi saya tidak tahu bila kami akan berpeluang ke sana... harap-harap kami akan mempunyai masa yang terluang untuk ke Jordan," jelas wanita berusia 24 tahun ini. Kerana terlalu sibuk juga, Nikki memberitahu ibunya, Joanna Joannes, sudah mula berleter mengenai majlis resepsi perkahwinannya di Sabah yang masih tertangguh. "Ibu saya sudah mula berleter menanyakan saya mengenai majlis resepsi perkahwinan saya dan suami di Sabah yang masih lagi tertangguh. "Saya tidak mempunyai masa yang banyak di Sabah untuk menguruskan majlis tersebut, jadi semuanya bergantung pada ibu sahaja. Nikki dan Audi pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Gereja St. Francis Xavier, Petaling Jaya pada 27 Jun lalu. - foto THE STAR oleh RICKY LAI "Ibu saya lebih arif dalam perkara sebegini dan saya minta ibu jalankan majlis ini dengan tema tradisional. "Saya mahu pada majlis itu nanti kami berdua mengenakan pakaian tradisional Kadazan dan menari tarian Sumazau sambil diiringi gong Cina," jelasnya yang akan menjalankan majlis resepsi tersebut pada 26 Disember nanti. Setelah pengurus lamanya Vernon Kedit-Jolly meletakkan jawatan, Nikki kini menggunakan khidmat Fauzi Abdul Samad atau Poji sebagai pengurusnya sejak bulan Julai lalu. Diajukan soalan mengenai cahaya mata, Nikki sambil ketawa mengatakan dia dan suaminya masih belum merancang untuk mendapatkan anak kerana masing-masing terlalu sibuk dengan kerja dan hanya akan memikirkannya dalam tiga tahun lagi. "Sebenarnya sebelum kami berkahwin lagi kami sudah berbincang untuk tidak mempunyai anak dalam waktu terdekat ini. "Bagi saya sukar untuk memiliki anak jika saya dan Audi sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing yang tidak menentu. "Sedangkan masa untuk kami berduaan pun tidak selalu ada, kalau sudah ada anak kami takut nanti tidak terjaga pula anak kami. "Kami merancang untuk memiliki anak sendiri dalam jangka masa tiga tahun lagi," katanya. Nikki yang sentiasa sibuk memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis makan malam dan sebagainya mengatakan pada awal tahun depan dia akan menjalani rakaman untuk album ketiganya yang akan menampilkan kelainan berbanding dua album sebelumnya. "Selepas album pertama saya 'Maharani' dan yang kedua 'Hawa', awal tahun depan saya akan mula untuk merakamkan album terbaru saya yang akan menampilkan kelainan sekiranya semua berjalan lancar. "Sebenarnya untuk album ketiga saya ini masih lagi dalam perbincangan, tak banyak yang boleh saya ceritakan... tetapi kalau boleh dalam album tersebut nanti saya ingin banyak menggunakan elemen orkestra. "Sebelum ini orang ramai mengenali saya sebagai seorang penyanyi yang gemar membawakan lagu-lagu rancak, tetapi jika semuanya berjalan lancar saya akan tampilkan kelainan dalam album tersebut nanti," jelasnya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 9:33 am | |
| Anak Artis Kita Yang Berbikini, Hot Yea? Dikemaskini oleh M pada October 3rd, 2009 Celebrity & E-News 51 Respon Ops, korang tengok artis ni , mesti korang kenal kan? Beliau di antara artis yang menyinari drama-drama yang wujud di Malaysia. Sekali lihat saja dah kenal..Anak Rozie Othman bernama Sofia Arshad Cuma kali ini cerita pasal anaknya yang tak cukup kain , bukan tak cukup lagi. Tapi berbikini lagi gitu! Aww! Mari lihat beberapa gambar beliau dan anak-anak. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 6:52 pm | |
| Kakak, adik sama naik Pelakon Zizie Ezette dan Shaheizy Sam terkenang jatuh motor sewaktu sambut raya KECOH dibuatnya apabila adik beradik, Zizie Ezette dan Shaheizy Sam digandingkan dalam sesi fotografi raya. Nampak saja macam pemalu, tetapi Sam kuat mengusik dan mangsanya, tentu si Zizie. Mereka 'sekepala' tetapi sering 'mengenakan' antara satu sama lain. Pelbagai cerita dan kenangan diceritakan semula terutama kelucuan menyambut hari raya yang mereka tidak dapat lupakan. Nyata, anak pelakon veteran, Khaty Fauziah itu mempunyai banyak peristiwa lucu sewaktu kecil mereka pada hari raya. Dan menjelang Aidilfitri juga menjadi detik paling dinantikan mereka adik beradik kerana ketika itulah, mereka berkumpul bersama sambil menikmati juadah istimewa hidangan ibu tersayang. Sam, adik bongsu masih tinggal di rumah keluarga di Bukit Antarabangsa bersama ibu dan abangnya, Samzy Sam, manakala Zizie pula sudah memiliki rumah sendiri. Dengan nada lucu, Sam akui: "Saya rapat dengan kakak sejak kecil lagi, apabila beraya saya akan berkepit dengan kakak pergi beraya. Saya pula jenis pemalu dan tak banyak cakap, jadi ikut saja kakak. Bayangkan suatu ketika masa raya, kami hampir dihanyutkan arus deras parit gara-gara kakak membawa motosikal tidak berhati-hati. "Kami hampir jatuh apabila kakak tak dapat mengimbangi badan, bayangkan lagi saya menjerit suruh berhenti, lagi kakak menekan pedal minyak motosikal. Nasib baik dapat berhenti, kalau tidak mungkin kami dibawa arus air parit yang laju. Ketika itu, kami beraya di rumah nenek di Batu Pahat, Johor. "Saya dan kakak juga agak nakal ketika kecil, pernah terjadi sawah padi di rumah nenek terbakar gara-gara kami bermain bunga api dan mercun. Saya memang tak dapat lupa kejadian itu, kasihan habis padi terbakar. Rasa pula menyesal melemparkan bunga api ke dalam bendang. "Jika tahun sebelumnya, kami sekeluarga akan pulang berhari raya di rumah sanak saudara di Johor Bahru memandangkan nenek sudah tiada, mungkin tahun ini, kami beraya di Kuala Lumpur saja. Itupun belum ada keputusan lagi, kami hanya mengikut rancangan mummy." Sam akui, rutinnya, dia tidak akan tidur pada malam raya kerana pada waktu itulah masanya untuk mengemas rumah. Berlainan dengan Zizie, dia akan membantu ibu di dapur menyiapkan juadah raya. "Selalunya, mummy akan suruh saya buat itu, ini, ubah perabot sana sini malam raya. Ada ketikanya, saya juga kena cat rumah. Saya pula suka buat kerja sendirian, tak suka abang membantu, lebih mudah. Saya akan kemas rumah sampai pagi dan terus bersiap untuk pergi solat raya. Balik saja solat, saya akan bersalaman dan terus tido. Bila petang sikit, saya akan keluar pula membeli-belah. "Bukan apa, saya selesa membeli-belah pada hari raya, orang tak ramai. Saya jarang membeli kelengkapan raya untuk diri sendiri pada bulan puasa. Kini, saya sibuk dengan tawaran lakonan yang melimpah-ruah, jadi lagi tiada masa. Alhamdullilah, pengarah dan penerbit mempercayai bakat lakonan saya sejak setahun dua ini. Tahun ini, saya rasa kemeriahannya berhari raya, mungkin kerana rezeki tak putus-putus. Dan tahun ini juga, saya dapat menghadiahkan mummy peti sejuk, ketuhar dan kelengkapan rumah baru," katanya yang mula diperkenalkan menerusi filem Sama Tak Serupa ketika berusia 11 tahun. Teringin nak bakar lemang Zizie juga berkata, dirinya merindui saat menyambut raya ketika waktu kecil dulu. Dalam usia 31 tahun, dia tidak lagi merasa membakar lemang, menganyam ketupat dan membuat kuih raya. Secara jujur, Zizie akui: "Dulu masa arwah nenek masih ada, kami seronok beraya di kampung. Bila malam raya, kami adik beradik akan pasang pelita sambil bermain bunga api, sampaikan terbakar bendang. Ada masanya saya tolong arwah nenek dan mummy di dapur. Bila arwah nenek tiada, kami hanya sambut raya di rumah sanak saudara di Johor Bahru, itupun tidur di hotel. Kami datang sebagai tetamu saja. "Saya tak dapat lagi menikmati raya seperti dulu, tapi saya bersyukur masih mempunyai ibu dan adik beradik. Walaupun beraya di Kuala Lumpur tak semeriah di kampung, tetapi kami tetap `beraya sakan' setiap tahun. Saya dan mummy akan pastikan rumah kami sentiasa riuh rendah dengan suara sanak saudara dan rakan taulan yang datang bertandang pada hari raya. "Rumah kami juga sentiasa terbuka, kami jarang buat rumah terbuka seperti artis lain. Jika ada yang nak datang, saya dan mummy akan masak sedap-sedap untuk menjamu tetamu. Saya juga hanya melakukan persiapan raya secara sederhana kerana apabila berlakon, saya sentiasa membeli baju dan kelengkapan baru. "Seperti selalu, saya akan membeli kelengkapan raya untuk mummy, tak kiralah baju, beg tangan atau kasut, adik-adik pula walaupun sudah bekerja, mereka tetap dapat duit raya, lebih lagi adik bongsu saya seorang ini (Sam)," kata Zizie sambil akui teringin bergandingan dengan Sam dalam filem atau drama kerana mereka tidak pernah berlakon bersama sejak dulu lagi. Sambil menjeling adiknya, Zizie akui: "Saya berbangga dengan pencapaian Sam sekarang, dalam usia 27 tahun, saya lihat bintang baru bersinar apabila membintangi banyak filem dan drama TV. Kami sudah jarang berjumpa kerana Sam sentiasa sibuk di lokasi, begitu juga saya. Bagaimanapun, saya dan Sam tidak pernah bergandingan bersama, rasanya keadaan akan jadi gamat dengan keletah kami yang suka usik mengusik ini. Sam ini memang nampak pemalu tetapi bila bersama orang yang dia selesa dan kenal lama, sifat pemalunya bertukar jadi riuh.” |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 6:53 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 04 Oct 2009, 6:56 pm | |
| Ayu OIAM2 bakal nikah duda dari Kuala Kangsar? Ayu Damit khabarnya memilih Oktober untuk bergelar isteri. Cerita bintang realiti dikatakan memilih 'menetap sementara' di Perak cetus tanda tanya SELEPAS cuti raya ini, banyak juga jemputan majlis rumah terbuka Aidilfitri yang singgah menerusi SMS dan emel. Mana yang sempat tu, Zubir akan cuba hadiri, maklumlah orang dah jemput, pasti besar harapan mereka menanti kehadiran tetamu. Pun begitu, diam tak diam, tanpa Zubir sedari, berat badan sepanjang Syawal ini semakin bertambah, habis tu boleh dikatakan hampir setiap hari makan hidangan yang sedap-sedap saja. Baiklah Zubir tak mahu mengomel panjang, mata pula semakin mengantuk. Namun, dalam keghairahan mencari bahan gosip untuk tatapan pembaca B*Pop minggu ini, Zubir teringat kepada kiriman emel yang diterima ketika sedang asyik menghabiskan cuti raya di sebuah pusat peranginan popular, baru-baru ini. Memang terhenti nafas seketika membaca isi kandungan emel berkenaan apabila ia memaklumkan juara One In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu Damit, akan bernikah dalam masa terdekat ini! "Assalamualaikum Abang Zubir... Saya bukan nak menyibuk pasal orang, tetapi saya nak cerita satu kisah yang agak 'gempaq' la juga. Terlopong agaknya mulut Abang Zubir bila dengar cerita ni. Tentu Abang Zubir pernah jumpa dengan Ayu OIAM2 ni kan. Rupanya dalam diam-diam, dia dah nak bernikah! Dengar cerita, Ayu nak nikah di kampung bakal suaminya di Sauk, Kuala Kangsar, Perak! "Sekarang Ayu menetap sementara waktu di Perak supaya dirinya tidak menjadi tumpuan media massa yang pasti inginkan cerita sensasi perihal pernikahannya nanti," cerita pengirim e-mel berkenaan membuka bicaranya. Bagi Zubir, sekiranya betul Ayu nak nikah, naik pelamin, kenapa dia perlu melarikan diri daripada wartawan, bukankah mendirikan perkahwinan itu satu perkara yang mulia dan dituntut dalam Islam? Memang Zubir tak faham kenapa Ayu bertindak begitu sekiranya apa yang diceritakan penyampai emel ini satu kisah benar! Daripada maklumat tambahan yang Zubir peroleh, Ayu ditemui di rumah bakal mentuanya itu pada Hari Raya kedua, baru-baru ini. Khabarnya bakal suami Ayu yang juga anak bongsu turut berada di rumah keluarganya itu. Difahamkan, bakal suami Ayu berumur lingkungan awal 20-an dan bekerja di Bangi, Selangor di sebuah kedai perabot. "Mereka dijadualkan diijab kabul sekitar Oktober ini, tapi tak ada majlis besar-besaran, bersanding ke apa, cuma buat yang wajib, majlis akad nikah saja. Tapi, Oktober berapa hari bulan saya tak pasti, nanti kalau ada apa-apa perkembangan terbaru, saya akan emel Abang Zubir lagi," sambung cerita si pengirim emel itu lagi. Pun begitu, Zubir menerima beberapa lagi maklumat tambahan, memaklumkan bakal suami Ayu ini pernah berkahwin, kini dah bercerai. Khabarnya bakal suami Ayu seorang duda dua anak! Khabarnya lagi, sebaik saja urusan surat menyurat perceraiannya dikeluarkan pejabat agama, Ayu dan bakal suaminya itu akan menetapkan tarikh pernikahan mereka sekitar Oktober ini, sekali gus bakal bergelar suami isteri sedikit masa lagi. Sekiranya perkhabaran yang disampaikan ke pengetahuan Zubir ini menjadi satu kenyataan, Zubir dan warga kerja B*Pop ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Ayu dan bakal suaminya itu. Cuma yang Zubir hairan, kenapa Ayu, bakal suaminya dan keluarga kedua-dua belah pihak harus merahsiakan perkahwinan itu? Bukankah menghebahkan majlis pernikahan dan perkahwinan itu dituntut dalam Islam untuk mengelakkan fitnah! Zubir sebenarnya tidak mahu berprasangka buruk mengenai majlis pernikahan yang khabarnya akan dibuat secara tertutup, mungkin keluarga kedua-dua belah pihak ada alasan tersendiri. Sama halnya dengan majlis pernikahan aktres terkenal, Umie Aida dengan pasangannya Datuk Paduka Khairuddin Hassan akan berlangsung dalam satu majlis tertutup tanpa mengundang pihak media massa, mungkin Ayu dan bakal suami pun nak begitu. Pun begitu, seboleh-bolehnya Zubir mengharapkan Ayu tidak terus-terusan merahsiakan majlis perkahwinannya kerana ia bakal mengundang perasaan kurang senang di kalangan media massa termasuklah peminat. Sayangilah bakat yang ada Ayu. Zubir senang sekali mendengar dua single daripada Ayu, Hanya Di Mercu dan Inspirasi Abadi, memang power! Apabila bergelar artis, kehidupan peribadi tidak semuanya menjadi milik kita yang mutlak. Sebaliknya jika apa yang tersiar ini sekadar gosip liar semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan nama dan karier Ayu, Zubir minta maaf banyak-banyak. Bersabarlah Ayu kerana inilah dugaan dan cabaran yang harus ditempuh seorang anak seni. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 12 | Go to page : 1, 2, 3, ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |