|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 22 Nov 2009, 9:46 am | |
| Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada? Selain berlakon, Liyana Jasmay juga boleh menyanyi. Tapi ramai tak tahu, Liyana Jasmay pandai main organ, keyboard dan piano. Mmm… apa lagi bakat yang Liyana Jasmay ada? Menari pun Liyana boleh, kan? Gambar ini Budiey ambil semasa Liyana Jasmay buat persembahan di Pelancaran Album Digital Liyana Jasmay di Hard Rock Cafe. Memang ada bakat jadi penghibur. Pelapis baru! Tahniah |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 22 Nov 2009, 9:47 am | |
| COMEY KAN SHARIFAH SOFEA |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 22 Nov 2009, 9:49 am | |
| Hafiz AF7 Jadi Ben 10 Alien Swarm Versi Bahasa Melayu Tahniah buat juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz) kerana telah diberi kepercayaan meminjamkan suaranya untuk watak Ben Tennyson. First time dapat job buat voice over alih bahasa ni, Hafiz memang teruja benar. Budiey dah tengok episod pertama, ternyata Hafiz berjaya lakukannya! Siapa tak nak jadi superhero, kan? jadi, Hafiz ni sangat happy sebab dapat offer macam ni. Hafiz ambil masa lebih 2 jam untuk berlatih dan berlakon masa sesi rakaman. Satu kerja yang bukan mudah. Memang mencabar! Favorite line Hafiz… “shut down the system” dan its hero time dan bagi hafiz, alien kegemarannya ialah Heatblast. Cool! Kepada peminat Hafiz, jangan lupa tengok Ben 10 Alien Swarm pada 28 November ini jam 6 petang di saluran Cartoon Network |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sun 22 Nov 2009, 9:51 am | |
| 'Saya terlalu kerdil' KISAH pelakon hitam manis, Wan Sharmila melarikan diri daripada media kerana mengelak ditanya isu perceraiannya dengan penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom membuat wanita ini penasaran. Bukan niatnya untuk melarikan diri atau bersembunyi di sebalik kenyataan yang benar. Faktanya, sememangnya Wan Sharmila, 28, dan Fazli Baharom, 37 tahun, sudah sah bercerai tanggal 23 Oktober 2009 lalu. Mereka berpisah selepas tiga tahun berkahwin. Jelitawan ini tidak mengelak untuk mengakui hakikat tersebut. Hanya yang diminta pelakon yang kini hangat dengan drama Tari Tirana adalah ruang untuk membenarkan dia dan bekas suaminya melalui alam perpisahan secara aman. Dia juga tidak mahu mengundang sensasi atau menjadi artis yang suka menjaja hal peribadi. "Saya mengaku sudah berpisah, tetapi saya minta maaf kerana tidak mahu berkongsi masalah rumah tangga kami dengan khalayak. Saya harap mereka memahami saya," katanya meminta pengertian. Namun, beritahu wanita yang senang disapa sebagai Wan ini, ke runtuhan rumah tangganya bukan disebabkan orang ketiga. Bukan juga kerana berasa diri sudah semakin popular, maka dia mahu bebas terbang seorang diri. Sebaliknya kerana sudah tiada keserasian antara mereka berdua. "Kami tidak mengambil keputusan berpisah secara terburu-buru. "Sebaliknya, sudah dua tahun kami cuba mencari keserasian bersama, tetapi akhirnya perpisahan adalah jalan yang terbaik," bicaranya lagi yang berpisah secara baik dan masih bersahabat dengan bekas suaminya itu. Meniti hari dengan status baru, Wan saat ditanya tentang perasaannya, tenang menjawab, dia berusaha menjadi seorang wanita yang tabah. Berusaha terbang sendiri tanpa ada tali yang mengikat. Selama tiga tahun menjadi isteri dan kini kembali solo, ujar Wan, memang pada mulanya tidak terbiasa. Tetapi dia tidak boleh menoleh ke belakang. Hidup harus ke hadapan. Sedih biar disimpan jauh dalam hati kerana yang dipegang kini hanya semangat dan ketabahan seorang wanita yang baru. Nekad membisikkan tekadnya, ujar Wan: "Saya mahu jadi orang baru. Hidup harus diteruskan. Saya mahu lebih fokus dalam dunia lakonan." Di sebalik sikap optimis yang diambil, satu kegusaran yang tersimpan dalam benaknya adalah pandangan masyarakat kelak jika ternampak dia keluar bersama lelaki. Sedang ironinya, lelaki-lelaki tersebut hanya kawan biasa. "Saya harap tidak ada yang menghukum saya kelak kerana saya juga adalah orang biasa yang menjalani kehidupan biasa," ucapnya yang menyifatkan lelaki perlu ada di belakang seorang wanita sebagai pemberi perlindungan dan kasih sayang |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 23 Nov 2009, 2:30 pm | |
| Maya Karin dan Awal Ashaari @ Konsert Evolusi Damai KHAS AIDILADHA : KONSERT EVOLUSI DAMAI TEMUI PENONTON SETIA SALURAN MUZIK AKTIF Dalam menghayati erti sebenar sambutan Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam 27 November ini pastinya lagu-lagu malar segar bertemakan kasih sayang, pengorbanan dan keinsafan menjadi pilihan penonton untuk berhibur. Untuk itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan Konsert Evolusi Damai disiarkan dua episod pada 26 dan 27 November 2009, jam 9.00 malam menerusi Muzik Aktif (Saluran 180) yang secara tidak langsung menyuntik semangat menghargai erti pengorbanan yang dituntut agama terhadap setiap hambaNya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 23 Nov 2009, 2:31 pm | |
| Apabila David Teo Dikelilingi Wanita Seksi Alangkah bahagianya hidup ini, andainya selalu dikelilingi oleh wanita-wanita cantik yang seksi. Mungkin itu yang boleh Budiey ungkapkan, apabila melihat David Teo bersama dengan selebriti ternama yang menggayakan fesyen ala Arabian… Orang kata, sekeping gambar boleh menggambarkan seribu makna. Ye, betul! Budiey setuju. Jangan ada lak yang kata, semua wanita cantik suka mendampingi lelaki jutawan bergelar penerbit filem. Ironinya, kebanyakan wanita cantik yang seksi suka berkawan dengan orang ternama yang punya banyak wang. Tapi mungkin ada yang kata, di sebalik kejayaan seorang penerbit filem adalah para pelakon yang jelita dan menggoda berkerja keras untuk melariskan filem dan dramanya. Kalau kita tengok betul-betul… ada selebriti ternama ini merupakan pelakon yang selalu bekerja untuk produk drama dan filem Mr David Teo |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 23 Nov 2009, 2:31 pm | |
| Que Haidar Dalam Drama Kejar AKSI ‘KEJAR’ QUE HAIDAR MULAI 26 NOVEMBER INI DI TV2 Kemunculan aktor kacak Que Haidar di layar televisyen anda mulai 26 November 2009 menerusi drama bersiri bertajuk Kejar pastinya memberikan impak yang berbeza kerana sepanjang 26 episod siarannya memerlukan dia menjayakan watak seorang yang ‘dikejar’ daripada pelbagai konflik yang timbul lataran limpahan kemewahan yang diwarisi daripada arwah ayahnya. Namun momen-momen indah dalam hidupnya cuma sebentar kerana kemudiannya dia dihimpit masalah demi masalah berpunca daripada harta yang dimilikinya itu. Bergandingan dengan dua pelakon cantik Farahdhiya dan Ayu Raudhah, pelakon yang baru menimang cahaya mata sulong ini ‘menghidupkan’ watak utama Kejar disiarkan setiap Khamis, jam 9.30 malam menerusi TV2 yang bermula dengan adegan kematian Rosham, ayah Ryan yang tidak disangka-sangka. Kematian itu membuatkan seluruh kehidupan Ryan berubah sekelip mata. Dia kini bagaikan Putera Raja apabila mewarisi harta yang mencecah RM50 juta. Maka bermulalah episod tidak sedar diri oleh Ryan yang mana sebelum ini merupakan seorang ‘geek’ di bidang pengkomputeran. Dari seorang geek, Ryan kini bertukar menjadi seorang lelaki idaman ramai. Malah hobinya di dalam bidang perlumbaan kereta juga membuatkan dia dikejar ramai wanita serta menjadi sanjungan di kalangan mereka yang terlibat di dalam bidang itu. Namun semua keseronokan yang dialaminya mula pudar bahagianya apabila masalah demi masalah menimpanya silih berganti, malah nyawa Ryan juga mula terancam. Ini membuatkan Ryan mula mencari punca masalah-masalah yang tidak diundangnya itu dan membuatkan dia mula mengetahui rahsia bapanya yang dikawal ketat selama ini. Mampukah Ryan melarikan diri dari semua masalah yang terus mengejarnya lantaran berbapakan Rosham? Apakah rahsia Rosham yang terpaksa dipikul oleh Ryan sebagai anak dan juga pewaris harta Rosham? Dapatkan Ryan mengatasi dendam dan iri hati yang sentiasa mengejarnya dari pelbagai penjuru? Justeru untuk berkongsi adegan-adegan menarik dalam drama terbitan Global Station Sdn. Bhd, usah ketinggalan meluangkan masa menyaksikan Kejar pada setiap Khamis, jam 9.30 malam menerusi TV2 yang pastinya memberikan pengajaran berguna untuk anda seisi keluarga dalam membuktikan kemewahan harta yang dimiliki bukanlah segalanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 23 Nov 2009, 2:40 pm | |
| Fesyen Kelabu Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Seribu Warna Nak post satu gambar yang Budiey sempat ambil. Gambar ini dizoom dari jarak yang sangat jauh, sebab itu gambar tak berapa nak lawa. Lawa kan fesyen ni… mmm… Hatta Dolmat yang reka ni. Bravo bravo! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 23 Nov 2009, 3:45 pm | |
| Fesyen Kelabu Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Seribu Warna Nak post satu gambar yang Budiey sempat ambil. Gambar ini dizoom dari jarak yang sangat jauh, sebab itu gambar tak berapa nak lawa. Lawa kan fesyen ni… mmm… Hatta Dolmat yang reka ni. Bravo bravo! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 23 Nov 2009, 3:46 pm | |
| Mamat Exist Dibebaskan Dari Dakwaan Curi Telefon Bimbit Bekas anggota kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih glamour dengan nama Mamat Exist yang ditahan atas dakwaan mencuri telefon bimbit seorang pelakon tempatan pada Jumaat minggu lalu, dibebaskan dengan ikat jaminan malam kelmarin. Mamat dipercayai diikat jamin oleh bapa saudaranya yang menetap di sini sekitar jam 8 malam di Balai Polis Bedok. Polis mengesahkan penyanyi yang terkenal lagu Oh Ibu sudah bebas tetapi siasatan masih dijalankan. Penyanyi itu ditahan selepas Suhailmi Ruslan atau juga dikenali sebagai Amy Kecik membuat laporan mendakwa Mamat mencuri telefon jenama Samsung berharga S$280 (RM685.11) dari rumah beliau pada pagi Jumaat minggu lalu. Amy Kecik ketika dihubungi mahu menarik balik dakwaan terhadap rakannya itu atas alasan beliau kasihan tiga anak Mamat masih kecil. Bagaimanapun, katanya, langkah menarik balik dakwaan itu tidak dibenarkan polis dan Mamat kini berada di rumah ibu saudara teman wanitanya di Bedok Reservoir. Berita Harian difahamkan teman wanitanya itu seorang warga Singapura berusia 16 tahun. Ketika ditemui Berita Harian di Bedok Reservoir semalam dan diminta mengulas mengenai kes curi itu, Mamat berkata beliau bukan orang yang bersalah, tetapi orang yang dituduh. Mamat berkata, beliau tidak mahu memberi butir lanjut mengenai kes itu kerana sudah dinasihati polis supaya tidak melakukan demikian kerana masih dalam siasatan. Dia turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Suhailmi dalam laporan Berita Harian kelmarin. “Namanya kawan, tetapi dia sudah menjatuhkan nama saya dengan memberikan kenyataan seperti itu kepada Berita Harian. Saya tak kisahlah jika dia mahu memberikan kenyataan itu untuk menaikkan namanya sendiri, untuk memberi publisiti murahan kepada diri sendiri. Saya sudah tak nak dengar nama si Suhailmi itu lagi, ” katanya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:10 am | |
| Ida Nerina-Sha'arin Sudah Lebih Dua Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Sha'arin ketika hadir di mahkamah seorang diri tanpa isterinya, Ida Nerina hari ini. -foto Utusan SEBUTAN kes cerai pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha’arin Mohd Razali terpaksa ditangguhkan ke tarikh 22 Disember depan, pukul 9 pagi kerana pelakon itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin telah mengarahkan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari mewakili Sha’arin untuk melayangkan surat saman agar pelakon itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Sementara itu, ketika perbicaraan kes yang berlangsung pada 11.35 pagi semalam, Sha’arin yang membuat permohonan cerai itu ada menyebut yang dia telah memaklumkan kepada Ida melalui telefon. “Saya dah hubungi dia tetapi dia tidak menjawab telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) (tentang kes hari ini), tetapi dia tidak membalasnya,” kata Sha’arin ketika menjawab soalan Hakim Syarie. Sha’arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose juga memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu. Hakim Syarie: Masih tinggal bersama? Sha’arin: Saya sudah tidak tinggal bersama (dengan Ida) dalam dua hingga tiga bulan lalu sejak melafazkan cerai pada bulan September. Hakim Syarie: Siapa tinggalkan siapa? Sha’arin: Saya tinggalkan dia. Hakim Syarie: Sekarang kamu tinggal di mana? Sha’arin: Saya tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur. Hakim Syarie: Siapa yang tinggal di rumah kamu sebelum ini? Sha’arin: Ida yang tinggal di rumah kami bersama orang gaji. Ketika di luar mahkamah, Sha’arin sekali lagi menegaskan yang dia tidak tahu sebab isterinya tidak menghadirkan diri ke mahkamah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:12 am | |
| Sehati Berdansa - Pasangan Oshin Akui Tidak Tahu Menari PASANGAN suami isteri Oshin dan Firdaus, tersingkir dari program ‘Debaran Sehati Berdansa’ pada minggu kelima yang bertemakan Latin bagi musim ke-3. Oshin atau nama sebenarnya Nurul Huda Mohd Nasir dan pasangannya Mohd Firdaus Mohd Shukor yang menari untuk lagu berjudul “Volare” pada hari Khamis lalu redha dengan penyingkiran mereka. “Kami sudah buat yang terbaik dan terima keputusan juri dan SMS walaupun sedih terpaksa meninggalkan kesemua peserta program realiti ‘Sehati Berdansa’ lain,” jelas Oshin dalam temu bual selepas program tersebut. Oshin yang juga merupakan seorang penyanyi menitiskan air mata apabila keputusan diumumkan pada hari Ahad yang lalu. Dengan penyingkiran itu, pasangan yang baru enam bulan mendirikan rumah tangga ini, berjaya menyumbangkan RM 5,000 untuk rumah kebajikan mereka, Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia. Akui Oshin lagi, beliau serta suami tidak pernah mengikuti mana-mana kelas menari sebelum menyertai rancangan ini. “Saya menyanyi dan suami saya pula bekerja sendiri. Masing-masing tidak tahu menari. “Memang susah untuk mempelajari kesemua tarian yang diajar. Tetapi kami telah mencuba sedaya upaya,” kata Fidaus selepas program ‘Debaran Sehati Berdansa’ pada hari Ahad yang lepas. Menurut jurureka tari mereka, Lilly, beliau menjangkakan pasangan ini akan melepasi minggu kelima. “Apabila bertemu dengan pasangan Oshin untuk kali yang pertama, saya berasa pasangan ini memiliki rupa walaupun saya belum mengetahui sejauh mana kebolehan menari mereka pada masa itu. “Dalam sesi latihan pula, saya mendapati lebih mudah bagi Oshin untuk mempelajari sesuatu tarian yang diajar. "Manakala agak sukar untuk Firdaus untuk mengikuti rentak tari dan dia juga mempunyai masalah tempo,” jelas Lilly lagi. Selain itu, Firdaus pada mulanya tidak mahu menyertai pertandingan ini tetapi memandangkan isterinya Oshin terlibat bidang seni, beliau akhirnya mengalah dan menyertai pertandingan untuk memberi sokongan. “Dengan meyertai pertandingan ini, saya dapat berkenalan kesemua peserta pertandingan ‘Sehati Berdansa’ yang memang baik dan paramah,” tambah Firdaus. Pasangan Oshin baru mendirikan rumah tangga pada bulan Mei yang lalu. Apabila ditanya ada apa-apa rancangan untuk menimang cahaya mata, pasangan ini berkata mereka memang berhasrat untuk mendapatkan anak. “Kalau ikutkan, saya memang nak anak cepat, tetapi masih belum ada rezeki lagi,” kata Oshin. Sementara itu Oshin juga mengakui yang kumpulan Lips sudah pun berpisah dengan cara baik. “Mereka berdua iaitu Shela dan Adila tidak ingin menyanyi lagi dan masing-masing sibuk dengan hidup mereka. Shila kini sedang bekerja dan Adila pula sedang belajar dan bekerja secara sambilan. “Hanya saya sahaja yang ingin terus menyanyi dan tidak adil untuk saya memaksa mereka untuk terus menyanyi bersama saya jika mereka tidak serius,” ujar Oshin. Akhiri Oshin, beliau akan mencuba nasibnya dalam bidang nyanyian walaupun kini terpaksa menyanyi secara solo. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:14 am | |
| Sarimah Terpaksa Keluar dari 'Comfort Zone' Untuk Mengacara 'The Biggest Loser Asia' Sarimah sedang berbincang dengan sebuah syarikat rakaman mengeluarkan album terbarunya. RANCANGAN “The Biggest Loser Asia” yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim bagaikan mimpi menjadi kenyataan bagi selebriti terkenal ini sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam bidang seni. Rancangan itu yang memaparkan peserta dari beberapa negara Asia termasuk Malaysia bertanding untuk menurunkan berat badan mereka. Program itu akan ke udara di Saluran "Hallmark" (702) pada 9 malam ini. “Mengacara rancangan ini merupakan satu peluang yang besar bagi saya kerana ia dapat ditonton oleh rakyat Asia dan bukan sahaja rakyat Malaysia seperti sebelum ini. “Malah, saya tidak terkata apabila melihat wajah saya di cover majalah ‘Shape’, sebuah majalah kesihatan. Ini kerana saya bertubuh gempal suatu masa dahulu dan kini semuanya telah berubah,” kata Sarimah apabila dihubungi semalam. Anak kacukan Irish-Melayu ini berjaya menurunkan berat badannya dengan mempelajari Karate, Pilates dan dengan membuat senaman kardio. “Seseorang tidak hanya boleh menjaga berat badannya dengan hanya berdiet. Senaman dan permakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk memiliki bentuk badan yang menarik tetapi juga untuk mengamalkan cara hidup sihat,” jelas Sarimah lagi. Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi semasa penggambaran rancangan realiti itu, Sarimah pernah berasa gementar kerana mengacara rancangan yang besar seperti ini memerlukankannya untuk keluar dari “comfort zone.” “Saya memang sudah biasa mengacara dan berlakon dalam banyak rancangan-rangancan tempatan. Tetapi rancangan ini adalah satu tugas yang besar kerana akan ditonton oleh masyarakat di serata Asia. Sarimah juga akan mengeluarkan rangkaian produk kesihatan dibawah namanya. “Sebelum ini saya dikenali kerana sikap saya yang suka berlawak jenaka dan santai semasa mengacara. “Tetapi program “The Biggest Loser Asia” memerlukan saya untuk bersikap serius kerana ini menglibatkan satu proses transformasi peserta rancangan itu sendiri,” kata Sarimah. Program ini masih dalam proses rakaman. Pengacara yang berkulit putih gebu ini mengeluarkan album pada tahun 2001 berjudul ‘Sarimah.” Beliau pernah menggondol anugerah “Best New Comer” dalam Anugerah Industri Muzik (AIM). “Saya sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat rakaman untuk mengeluarkan album baru, tetapi belum menandatangani apa-apa kontrak lagi,” kata Sarimah yang bercerai pada akhir tahun lepas. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah selama tiga tahun. Selain itu, wanita yang berumur 31 tahun ini juga bercadang untuk memulakan rangkaian produk kesihatan dibawah namanya. “Saya ingin membantu golongan wanita yang perlu melakukan pelbagai tugas pada satu-satu masa. Mereka bukan sahaja perlu memasak dan menjaga rumah malah terpaksa keluar untuk mencari nafkah. “Kesihatan mereka haruslah dijaga dan dititikberatkan. Wanita perlulah menjaga diri mereka supaya mereka boleh menjaga keluarga mereka,” ujar Sarimah lagi. Sementara itu, wanita yang petah berbahasa Inggeris ini juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat tempatan untuk mencapai impiannya itu. Sarimah juga bercadang untuk mengeluarkan rangkaian pakaian yang sesuai dengan budaya tempatan suatu hari nanti. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:15 am | |
| 'Turban' Yasmin Yusoff Curi Pandangan Di IFF 2009 Betapa jelitanya bekas Ratu Cantik Malaysia, Yasmin Yusoff ketika mengenakan turban bersama busana Muslimah di IFF baru-baru ini PENGACARA terkenal Datuk Yasmin Yusoff telah mencuri pandangan ramai yang hadir apabila dia dengan selambanya muncul mengenakan 'turban' mengacarakan "Islamic Fashion Festival' (IFF) di JW Mariott semalam. Pesona yang dipamerkan Yasmin begitu menyerlahkan keterampilannya. Selalunya, Yasmin lebih gemar berpakaian santai dan ranggi. DJ yang terkenal satu ketika dulu telah memakai 'turban' berwarna biru dan dipadankan dengan busana muslimah rekaan Datuk Tom Abang Saufi. Yang membuat Yasmin lebih teruja, apabila hampir semua orang yang melihat penampilan barunya itu akan menyapa dan memujinya. "Ini bukan kali pertama saya memakai 'turban'. Sewaktu 'Fashion Of the 80's' dulu, saya pernah menggayakan fesyen yang sama. Tapi itu cerita lama lah...," jelas selebriti yang masih aktif dalam bidang pengacaraan korporat ini. Katanya lagi, "Hampir setiap orang yang melihat saya berturban akan berhenti dan memuji hinggakan saya jadi kekok. Oleh kerana terlalu ramai yang memuji, saya terpanggil untuk merakamkan foto sendiri untuk ditunjukkan kepada suami saya." Selain 'turban', busana campuran berwarna biru kusam dan kelabu yang dikenakan Yasmin turut membuat imej barunya tampak jauh lebih menyerlah. Sesuai pula dengan tubuh badannya yang tinggi lampai, rekaan Tom membuat Yasmin tampil lebih langsing dan menarik. "Saya benar-benar kagum dengan rekaan Tom Abang Saufi terutama baju muslimahnya. Ia kelihatan begitu classy, elegant tetapi simple," jelas pelakon terkenal dan bekas Ratu Cantik Malaysia ini. Buat kali kelapan, IFF muncul lagi dan pada tahun ini mulai 23 hingga 25 November, tarikan rekaannya lebih bergaya dan stailo bertepatan dengan koleksi busana muslimah. Sudah tiga tahun penganjuran IFF dan festival fesyen Islam ini sudah menjadi landasan kepada pereka untuk lebih dikenali. Malah, ia turut mencatatkan nama Malaysia sebagai hub fesyen Muslimah. Menurut Yasmin, gaya pemakaian Muslimah sudah banyak divariasikan dalam pelbagai bentuk. "Rekaan yang dipamerkan begitu cantik sekali. Sama juga seperti apa yang saya pakai hari ini...ia benar-benar satu transformasi baru. Dunia fesyen Islam sudah berubah banyak dan ini adalah petanda yang sungguh membanggakan," kata Yasmin. Antara pereka yang mengambil bahagian pada IFF tahun ini ialah Hajaba, Rudy Chandra (Indonesia), Royal Terengganu Songket, Hana Sadiq (Jordan), Galia Galadari (UAE), Tom Abang Saufi, Nadia Chawad (Morocco), Itang Yunasz (Indonesia), Amir Luqman, Ida Royani (Indonesia), Ghalia Galadari (UAE), Anya Hindmarch (UK), Albert King, Nadia Chawad (Morocco), Ghea Panggabean (Indonesia), Dezaine, Khadani, Khoon Hooi, Deden Siswanto (Indonesia) dan Melinda Looi, Oscar Lawalata (Indonesia), Radzuan Radziwill, Etro (Itali) dan Jamal Taslaq (Palestine). |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:17 am | |
| Fizo Omar: Produksi Yang Bermasalah, Bukan Salah Saya KONTRAK berlakon drama 26 episod ‘Awan Dania’ sudah selesai sehingga hujung bulan Oktober lalu, jadi apa yang perlu ditakutkan oleh pelakon muda, Fizo Omar. Jelas jejaka berusia 24 tahun ini, tiada apa yang perlu ditakuti kerana bukan dirinya yang mencari masalah sebaliknya produksi yang mengelolakan drama yang difahamkan belum selesai 13 episod itu lagi. Fizo berkata dia sudah menyediakan masa yang sesuai untuk menyelesaikan penggambaran drama itu. Namun setelah produksi yang sengaja tidak disebut namanya itu gagal menamatkan penggambaran yang melibatkan bahagiannya, dia tidak mampu ‘memberi muka’ lagi kerana mempunyai komitmen penggambaran dua buah drama lain. “Saya tiada masalah dengan produksi tetapi mereka sendiri yang bermasalah. Jadi, bukan salah saya apabila menarik diri dari drama itu kerana kontrak saya dah habis. “Kontrak saya bermula awal bulan Ogos hingga akhir Oktober dan penggambaran bahagian saya sebenarnya tak banyak sangat pun. “Saya pun tak kisah apabila mereka juga tidak membayar satu sen pun kepada saya. Tak pelah, bukan sampai RM100,000 pun. Saya terima kalau mereka nak bayar tetapi kalau tak nak bayar pun terpulanglah,” luahnya dalam nada kesal mengenai drama terbitan Astro itu. Pelakon popular menerusi drama ‘Bio-Nik’ ini juga tidak pasti di mana kelemahan produksi itu sehinggakan mereka gagal menyiapkan 26 episod drama itu dalam masa dua bulan. “Sampai sekarang, mereka senyap dan menyepi sahaja selepas menukar pengarah dan krew yang baru. Saya pernah cuba minta bayaran itu tetapi mereka tetap sama. Produksi ini bukan sahaja gagal menyiapkan 26 episod dalam dua bulan seperti yang biasa dilakukan oleh produksi lain malah gagal menyiapkan 13 episod drama itu. “Saya rasa ini pertama kali saya mengalami pengalaman bekerja seperti ini dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” ulasnya. Ditanya adakah pelakon lain seperti Scha Al-Yahya dan Jehan Miskin turut mengalami nasib yang sama, Fizo berkata dia tidak mengetahuinya. “Saya cuma sempat dapat tahu yang Scha stres dengan tindakan mereka tetapi mungkin dia dibayar kerana dia merupakan pelakon utama drama ini. “Selain masalah bayaran, mungkin disebabkan masalah jadual kerja yang bertindih antara pelakon membuatkan mereka gagal beroperasi. “Tetapi terus-terang saya katakan yang jadual kerja saya sudah padat dengan dua buah drama iaitu ‘Musang Berjanggut’ untuk slot Lagenda dan ‘Suraya’ untuk slot Samarenda,” katanya yang mungkin akan mengekalkan imej terbarunya dengan imej berjambang. Menurut Fizo, dia tidak pernah mempunyai jambang atau berambut panjang melebihi tengkuk sebelum ini. “Untuk drama ‘Suraya’, saya terpaksa menyimpan jambang dan berambut panjang agar nampak lebih tidak kemas. Tengoklah macam mana nanti sama ada saya akan kekal dengan imej berjambang atau tidak. Kalau berjambang mungkin jambang yang nipis sahaja,” ceritanya yang sempat mempromosikan drama itu yang sedang disiarkan di TV3 pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis, pukul 10.30 malam. Sementara ‘Musang Berjanggut’ dijangka disiarkan pada bulan Mac 2010. Fizo berkata dia akan sibuk sehingga awal bulan Januari depan di mana dia dijangka akan berlakon sebuah drama dan dua buah telefilem yang dikendalikan oleh sebuah produksi. Ketiga-tiga projek itu akan menjalani penggambaran di Mesir selama sebulan di mana dalam 30 hingga 40 peratus babak yang akan dilakukan di sana. “Saya tertarik dengan watak dalam cerita yang belum diberikan tajuk itu. Watak yang ditawarkan kepada saya adalah seorang lelaki yang belajar dan mendirikan rumah tangga di sana. “Saya belum selesai membaca skrip cerita itu tetapi mungkin ia seperti drama ‘Nur Kasih’,” beritahunya mengenai karya arahan pengarah Din CJ itu. Dalam masa yang sama, dengan rezeki lakonan yang tidak putus-putus itu, Fizo meluahkan rasa syukurnya sambil berkata: “Alhamdulillah, kerja yang saya terima tak berhenti. ‘Ok’lah sementara tengah ‘laku’ ni kerana bidang seperti ini tidak akan lama. Buat masa ini memang saya akan fokuskan sepenuh masa dan hanya duit simpanan ‘back up’ saya,” katanya yang turut mengajak peminatnya melayari laman web FaceBook nya di www.facebook.com.my/fofanpage. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:20 am | |
| Suria FM Kini Dah 2 Tahun! Hari ini, tanggal 24 November 2009 merupakan hari bersejarah kepada Radio Suria FM kerana sudah genap 2 tahun usia Suria FM! Jom kita nyanyi sama-sama… Selamat hari jadi… Selamat hari jadi… Selamat hari jadi… SURIA FM… Selamat hari jadi…. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 24 Nov 2009, 10:22 am | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 10:40 am | |
| Jamal Abdillah Ingin Terus Perbaiki Diri KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah, 50, yang telah tinggal bersama Persatuan Pengasih Malaysia sejak empat tahun lepas bagi membebaskan dirinya daripada belenggu dadah, kini semakin tabah dan tenang dalam menghadapi kehidupan harian. Jamal yang ditemui di majlis Aidiladha Pengasih di sini semalam berkata beliau mempunyai keazaman yang tinggi agar dapat memperbaiki diri daripada mengulangi perkara tidak baik. "Di sebalik falsafah Hari Raya Korban, saya perlu berkorban untuk diri saya agar tidak menjerumuskan diri kepada perkara yang tak baik, berubah dan lupakan minat kita kepada perkara yang tidak elok," katanya kepada Bernama selepas mengagihkan daging korban pada majlis itu. Jamal (kiri) mendermakan seekor lembu untuk dikorbankan oleh penghuni Rumah Pengasih semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. -foto The Star oleh KEVIN TAN Lima ekor lembu termasuk seekor daripada Jamal dan tiga ekor kambing biri-biri dikorbankan oleh penghuni rumah Pengasih pada majlis itu. Sejak tinggal di rumah Pengasih, Jamal telah mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan iaitu ternakan ikan hiasan di Bukit Merah, Perak dalam menambah pendapatannya. Raja Pop itu berkata inisiatif dan keazaman tinggi beliau untuk benar-benar bebas daripada pengaruh dadah itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada untuk mendapat keyakinan diri dan yang lebih penting untuk meningkatkan keyakinan peminat terhadapnya. Jamal, atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, malah amat bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus berada di persada hiburan walaupun diselubungi pelbagai cerita negatif. Mengikut tempoh wajib tinggal di rumah persatuan itu selama dua tahun, Jamal telah melepasinya namun beliau memilih untuk terus bersama Pengasih bagi mendapatkan ketenangan dan panduan agar tidak mudah hanyut apatah lagi kini beliau berhadapan dengan kes mahkamah. Perbicaraan kes beliau yang didakwa atas tuduhan mengugut bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dua tahun lalu akan didengar di Mahkamah Majistret di sini pada 8 Disember ini. Sementara itu, Presiden Pengasih Mohd Yunus Pathi berkata majlis korban yang diadakan hari ini adalah satu pendekatan yang baik bagi menunjukkan kepada penghuni rumah Pengasih bahawa ibubapa mereka sanggup bekorban apa sahaja demi anakanak mereka. Seramai 40 orang anak yatim dari Sekolah Asrama Baitus Sharifah Al-Jamalulail, Bandar Century Homes Rawang dijemput bagi meraikan majlis itu. BERNAMA |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 10:41 am | |
| Mawi Maafkan Penghantar Surat Layang POPULARITI Mawi dikatakan semakin tenggelam mengikut arus masa. Ditambah pula berpusu-pusu orang yang mahu menjadi artis dengan mencuba nasib mereka seperti menghadiri ujibakat dan memasuki program realiti. Penyanyi, pelakon dan produser ini tidak menafikan tentang ‘zaman kejatuhan’nya namun dia sudah bersedia mungkin dengan menumpukan kepada kerja belakang tabir yang diuruskan oleh produksinya. Ditanya kepada Mawi adakah ‘harga’ yang ditetapkan olehnya masih sama seperti zaman kemasyurannya sebelum ini, Mawi menjawab: “Saya tak pernah letak ‘harga’ tetapi pihak pengurusan saya, Maestro yang menentukannya. Saya tak ambil tahu tentang bayaran yang diterima. “Yang saya tahu, saya dapat jadual ‘show’ dan kalau ada, saya pergi. Sekarang saya masih lagi mengikat kontrak dengan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selama dua tahun lagi bermula bulan Ogos lalu,” jelasnya. Maafkan penghantar surat layang Sepanjang bergelar artis selepas menjuarai program realiti AF3, Mawi berkata dia telah banyak kali menerima surat layang berbaur maki hamun. “Macam-macam surat yang terima. Ada yang hantar di Maestro dan tidak kurang juga yang hantar di kampung. Orang dengki saya dari dulu sampai sekarang dan menganggap orang seperti ini saiko,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kian’, ‘Aduh Saliha’, dan ‘Angan Dan Sedar’ ini. Biar banyak mana dimakipun, Mawi tetap tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap pendengki itu. “Saya rasa tak perlu (ambil tindakan) sebab perkara kecil sahaja. Tetapi saya nak nasihatkan kepada mereka yang berkenaan supaya carilah kerja yang berfaedah...jangan risau..saya maafkan,” katanya yang akan mengambil langkah berhati-hati lagi selepas ini. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 10:42 am | |
| Dafi: Ada Orang Cuba Eksploitasi Saya... Mengenali penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 ini, dia lebih suka bersikap merendah diri walaupun merupakan anak seorang menteri. -foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNI BUKAN mudah memegang gelaran anak Datuk berstatus menteri seperti penyanyi Dafi, anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob. Serba salah dibuatnya apabila ada pihak-pihak tertentu yang berdampingan dengannya semata-mata kerana mahu meminta ‘sesuatu’. Jika ada pihak yang hendak berjumpa dengan ayahnya, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi tidak menafikan ada yang gemar mengeksplotasi dirinya. Namun begitu, penyanyi lagu ‘Bila Terasa Rindu’ dan ‘Seumur Hidup’ ini tidak merasakan hal itu sebagai suatu masalah yang besar kepada dirinya. “Memang ada orang yang cuba eksploitasi saya tetapi bila fikir semula, saya rasa tak salah menolong mereka..tetapi saya tak suka campurkan masalah kerja dengan masalah keluarga. “Jadi, dari situ saya akan cuba beritahu mereka supaya berjumpa dengan orang-orang yang sepatutnya kerana saya boleh menolong setakat yang mampu,” kata Dafi. Mengenali penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 ini, dia lebih suka bersikap merendah diri walaupun merupakan anak seorang menteri. Bagi Dafi, dia menganggap status anak menteri sebagai suatu kelebihan memandangkan sebelum ini dia terlebih dahulu merasa kehidupan anak kepada seorang yang bukan ‘siapa-siapa’. “Sekarang saya masih menjalankan kehidupan yang sama seperti dulu dan sebolehnya mahu mencapai apa yang diidamkan dengan usaha sendiri. “Bapa saya bukan terus bergelar seorang menteri semasa saya mula-mula bergelar artis dahulu. “Sejak dulu lagi bapa saya sudah mendidik kami agar berdikari. Tetapi kadangkala tidak dinafikan saya masih memerlukan sokongan keluarga kerana siapa lagi yang boleh membantu kalau bukan mereka,” beritahunya yang sudah tiga tahun bergelar artis. Menyebut tentang pencapaian yang berjaya diperolehinya setakat ini, terus-terang pemuda berusia 21 tahun ini berkata dia berada di tahap 0.5 peratus. “Masih banyak perkara yang saya perlu belajar kerana saya masih baru dalam industri. Saya akan puas bila orang kata ‘awak dah ‘improve’ banyak dari AF’. “Saya hargainya kerana ada juga yang bercakap seperti itu. Insya-Allah, selepas ini saya akan mengikuti kelas vokal dan menari kerana saya masih mencari tempat yang sesuai. “Selepas saya berjanji untuk menamatkan pengajian dalam ‘Diploma Sound and Music’ di Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing pada beberapa minggu lalu, saya tidak mahu berjanji untuk menyambung pelajaran lagi selepas ini kerana semuanya bergantung kepada masa,” ujarnya yang sedang menunggu Hari Graduasinya pada Disember ini. Selain itu, anak kedua daripada empat beradik ini akan merakamkan single terbarunya yang berentak ‘up-tempo ballads’ ciptaan Edry Abdul Halim pada minggu ini. Pelakon filem ‘Sayang, You Can Dance’ ini juga berasa teruja untuk berlakon dalam sebuah drama muzikal terbitan KRU Studios di samping penyanyi dan pelakon Marsha, Adam AF2, Zain Ruffedge dan Wangi The Fabulous Cats mulai Disember ini. “Saya memegang watak seorang pekerja hotel dan cerita ini berlatarkan hotel. Agak sukar juga untuk mencari rujukan cerita muzikal yang berlatarkan tentang hotel tetapi buat masa ini saya telah mengambil filem ‘Greece’ dan ‘High School Musical’ sebagai contoh. “Saya mengidam untuk kelihatan seperti pelakon Zac Efron dalam ‘High School Musical’. Bagaimanapun, saya akan cuba menjadi diri-sendiri..,” beritahunya yang turut terlibat dengan beberapa buah iklan seperti produk minyak wangi Silky dan undangan ‘show’. Dafi juga menyanyikan lagu kempen Telekom Malaysia Berhad (TM), ‘Through My Window’ secara trio dengan Mila dan Akim serta kempen ‘Jom, Hijaukan Malaysia’ anjuran Disney bersama Marsha, Mila dan Nana AF1 dan menyumbangkan suara mereka untuk filem ‘High School Musical 3’ oleh penganjur yang sama. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 10:44 am | |
| Riz Masih Pegang Tips Penting Daripada Anita Sarawak Riz cuba lupa masalah apabila di atas pentas. -foto The Star oleh RAHMAN SENIN SETIAP kali menaiki pentas, penyanyi Riz sentiasa mengingatkan dirinya untuk mengikut tips penting yang diberikan oleh penyanyi veteran Anita Sarawak. Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 ini berkata tips itu dikongsi oleh Anita ketika dia berada dalam program realiti itu. “Ketika hendak melakukan persembahan di atas pentas, kita kena lupa apa-apa masalah yang berlaku dalam diri. Kita tidak boleh naik atas pentas dengan masalah. “Jadi, sebelum memanjat tangga untuk naik ke pentas, saya terus fikir untuk lupakan masalah. Kalau tidak kita akan rasa stres, jadi diri kita yang akan susah nanti. “Dari situ kita akan susah senyum dan selepas itu penonton akan ‘cop’ kita sombong sedangkan mereka tidak tahu yang kita sebenarnya mempunyai masalah lain. “Begitu juga kalau saya keluar dari rumah, saya akan cuba sembunyikan perasaan stres itu. Tapi kadangkala ada juga tidak boleh ‘cover’,” katanya yang ligat memenuhi undangan persembahan sekarang. Menurut pemilik nama Mohd Idris Mohd Zaizizi ini, selepas memenangi tempat kedua dalam AF6, dia diundang untuk menjayakan banyak persembahan termasuk makan malam melibatkan orang kenamaan dan kerabat diraja. Antara kerabat diraja itu adalah Yang di-Pertuan Agong, Kerabat Diraja Perak dan Kerabat Diraja Pahang. “Saya sudah beberapa kali diundang menjayakan persembahan di hadapan kerabat diraja. Misalnya, baru-baru ini di hadapan Kerabat Diraja Pahang buat pertama kalinya. “Sebelum itu, sudah tiga kali saya mengadakan persembahan di hadapan Kerabat Diraja Perak dan Agong. “Sebelum berhadapan dengan mereka, memang saya rasa takut tetapi selepas itu saya cuba kawal perasaan gugup itu perlahan-lahan agar suara saya tidak bergetar. “Alhamdulillah, saya rasa lebih bersemangat apabila mereka bertepuk tangan dan akhirnya persembahan itu berjaya. “Misalnya saya berasa sangat gembira dan lega apabila tengok Sultan Pahang menepuk tangan dengan bersungguh-sungguh selepas saya menyanyikan lagu ‘Kasih Berubah’ dan ‘Bermula Semula’ di majlis makan malam sempena Festival Fesyen Islam 2009 baru-baru ini,” kata penyanyi yang turut popular dengan lagu ‘Hanya Sandiwara’ ini. Selain itu, pemuda berasal dari Grik, Perak ini turut berasa bertuah apabila selalu mendapat undangan melakukan persembahan di majlis orang-orang berada. Malah dia tidak menafikan ada kalangan VIP berstatus Datuk dan Datin yang meminatinya. “Saya bersyukur sebab ada kalangan orang kaya yang mahu membeli album dan menjemput saya untuk membuat ‘show’ seperti di majlis hari jadi anak-anak mereka. “Dari situ, Datuk dan Datin ini akan kenalkan saya dengan kawan-kawan mereka sekaligus melebarkan rezeki saya. “Sekurang-kurangnya, hasil titik peluh saya ini boleh menampung perbelanjaan harian saya tetapi sampai bila saya nak bergantung dengan kerja ini...,” jelasnya yang sehingga kini juga mampu membayar ansuran kereta mahal setiap bulan dengan hasil pendapatan yang diperolehinya. Bukan itu sahaja, Riz juga bersyukur dengan rezeki yang ada kerana dia turut dapat mengagihkan wang itu untuk membayar duit sewa rumah dan membeli pakaian berjenama. “Alhamdulillah, saya harap rezeki berkekalan,” luahnya yang menantikan kemunculan albumnya, ‘Bermula Semula’ di pasaran mulai 3 Disember ini terbitan syarikatnya Riz Entertainment. Menurutnya, album itu sepatutnya keluar pada Disember tahun lalu namun proses penerbitannya terpaksa ditunda disebabkan masalah kewangan. Riz juga mempunyai dua buah restoran, ‘Restoran Riz’ yang diuruskan oleh keluarganya di Grik. Walaupun sudah mampu mengumpul aset dan mengabulkan impiannya bergelar seorang penyanyi, Riz berkata dia masih belum berpuas hati dengan kedudukan sekarang lantas terus memasang angan-angannya untuk bergelar penyanyi yang lebih dikenali pada masa akan datang. “Walaupun saya sudah dikenali, tetapi saya nak lebih dari itu. Mungkin setaraf dengan penyanyi Anuar Zain kerana bagi saya dia memegang gelaran penyanyi lelaki nombor satu di Malaysia,” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 10:49 am | |
| Gambar Shahz Jaszle |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 10:51 am | |
| Carmen Soo |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Mon 30 Nov 2009, 5:38 pm | |
| Tari Tirana mengisahkan perjalanan kehidupan seorang gadis remaja yang menghadapi kemelut keluarga di mana minat untuk menari mendapat tentangan dari keluarga beliau, disamping itu konflik percintaan remaja yang tidak kesampaian dan cinta dari bekas teman lelaki musuh ketat beliau akan melibatkan banyak hati bakal dikecewakan! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 9:42 am | |
| Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang Kisah Cinta, Kesetiaan Dan Pengorbanan Berjaya Pikat Hati Majoriti Penonton DRAMA bersiri arahan Khabir Bakhtia, Nur Kasih, yang mengisahkan tentang pengorbanan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza, telah mencetuskan satu fenomena baru apabila berjaya mencatat jumlah peratusan penonton yang tinggi selesai siaran episod terakhir pada malam Jumaat lalu. Melalui kajian dan sumber yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, drama bersiri 26-episod itu telah menerima kadar penontonan (berpandukan kepada penonton berumur 4 tahun keatas) sebanyak lebih 4.1 juta (19 TVR) atau 59% dari peratusan penonton yang menonton pada 27 November, 2009, Jumaat dari jam 9.00 hingga 10.00malam. Terbitan Filmscape & Juita Viden Sdn Bhd, Nur Kasih adalah hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa yang telah mendapat sambutan menggalakkan hingga mencetuskan satu fenomena baru di kalangan masyarakat Malaysia sejak siri itu mula disiarkan di TV3 bermula 29 Mei 2009, setiap Jumaat, jam 9.00 malam. Rata-rata menyatakan rasa puas hati, dan ada juga yang merasa terharu berbaur gembira dengan kesudahan siri menarik ini di mana akhirnya Nur Amina menemui kebahagiaan bersama Adam. Menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Dato’ Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Fizz Fairuz (Aidil), Liza Othman (Hajjah Khadijah), drama bersiri ini juga telah berjaya melonjakkan populariti pelakon baru seperti Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina), Sharifah Sofea (Katrina), dan Ummi Nazeera (Siti Sarah). Sebelum tayangan episod akhir Jumaat lalu, Nur Kasih telah berjaya mencatat sebanyak 3,908 juta (20.3 TVR) 53.9 % (paling tinggi untuk slot drama) menerusi tayangan mingguan setiap malam Jumaat. Melalui siaran ulangan tanpa iklan pada pukul 7.25malam hingga 8.00malam pula, siri ini juga berupaya mencecah hampir 2 juta penonton ketika ditayangkan setiap hari Selasa hingga Jumaat. Demam Nur Kasih terus mendapat perhatian dimana sahaja, dari diskusi melalui forum-forum di laman web, radio, medium perantara seperti akhbar dan majalah hingga ke laman web sosial seperti Facebook, twitter, MySpace dan Yahoo Messenger. Bukan itu saja, melalui khidmat “Catch-up TV” di laman web rasmi www.tv3.com.my, drama ini turut mendapat sambutan hangat apabila rekod menunjukkan hampir 28 juta (sebulan) pelayar web (tempatan dan antarabangsa) menyaksikan episod drama ini. Menurul Pn Nurul Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, "Drama Nur Kasih merupakan sebuah drama yang bermutu berbekalkan jalan cerita yang sangat menarik. "Drama ini telah menjalani penggambaran di luar negara seperti Sydney dan Jeddah selain daripada penggambaran penuh di Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. "Selain mempunyai unsur-unsur pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang penuh tragis, ia juga diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran dan teladan," kata Nurul. "Kami juga akan terus menerbitkan drama drama yang seangkatan Nur kasih malah lebih baik dari itu demi peminat peminat kami. Jangan lupa nantikan kemunculan drama Alif Firdaus yang pastinya membuat penonton terpaku di kaca TV3.” Sharifah Sofea memegang watak Katrina dalam drama Nur Kasih. Melihat kepada respons penonton, drama ini akan diterbitkan dalam bentuk DVD box set dan akan mula berada di pasaran dengan harga RM99.00. Untuk maklumat lanjut mengenai DVD box set Nur Kasih, boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my. Sementara itu, difahamkan juga siri Nur Kasih ini juga akan diadaptasikan ke layar perak di mana tanggungjawab utama bakal dipikul oleh Khabir Bhatia dan Filmscape yang kini sedang dalam perancangan awal. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 9:52 am | |
| Nurul Syuhada Minat Aktiviti Lasak Oleh AU YEONG HOW Pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain jelita tetapi lasak. KEAYUAN pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain sebenarnya menyembunyikan personalitinya yang lasak. Nurul hampir sama seperti watak Lara Croft dalam filem, 'Tomb Raider'. Sama-sama jelita tapi bila menjalankan "misi" tertentu, Nurul bukan gadis cantik yang manja dan takut menyahut cabaran. "Kita kena berani mencuba sewaktu kita masih muda," katanya ketika ditemui dalam lawatannya ke Abu Dhabi baru-baru ini. Dalam satu acara lasak iaitu 'dune bashing' di gurun Sahari, Nurul menyahut cabaran lasak itu tanpa was-was. Katanya, dia meredah gurun yang berbukit-bukau dengan kereta pacuan empat roda untuk tempoh lebih sejam. Selepas duduk terumbang-ambing agak lama, akui Nurul, rakan sekerja lelaki muntah selepas tidak tahan dengan pemanduan ekstrem itu. "Saya tidak muntah, tetapi pening-pening lalat. Ini mungkin kerana saya tidak makan tengah hari dan perut berangin," katanya yang masih mampu tersenyum. Nurul mengikuti satu rombongan media ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini sempena penerbangan sulung AirAsia X ke situ. Dalam lawatan itu, pengacara berbakat ini berkata, dia turut berkesempatan merayakan Hari Raya Haji Aidiladha di pejabat kedutaan Malaysia ke Abu Dhabi. Katanya, ini adalah kali kedua dia menyambut Hari Raya Haji di luar negara selepas Perth, Australia tahun lalu. "Memang seronok merayakan Hari Raya Haji di Abu Dhabi. Bagaimanapun, sambutan di Malaysia lebih meriah," katanya. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Nurul memberitahu destinasi seterusnya adalah Afrika di mana dia akan mencuba 'cage diving'. "Apa pun, saya dapat melihat pelbagai budaya berbeza di negara-negara lain. Pada Hari Raya Haji, rakyat Malaysia mengorbankan lembu, kambing tetapi rakyat di Abu Dhabi mengorbankan unta," kata Nurul. Selepas lawatan ke Abu Dhabi, Nurul memberitahu destinasi seterusnya adalah Afrika di mana dia akan mencuba 'cage diving' pula. Ditanya sama ada dia tidak merindui kekasihnya ketika menjalankan tugasan di luar negara, Nurul pantas mencelah: "Mana ada. Saya masih membujang." Nurul kurang selesa membicarakan isu persendiriannya terutama yang mengaitkan dirinya dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed. Sebelum ini, pertunangan pasangan ini digosipkan ditangguhkan sehingga Nurul tampil memberi penjelasan. Jelas Nurul, dia tidak faham kenapa gosip itu boleh berlaku kerana mereka masih merupakan kawan yang baik. Bagi Nurul, dia lebih suka memfokus kepada kerjayanya. Dia lebih selesa dengan kehidupannya sekarang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 9:54 am | |
| Sehati Berdansa 3: Undian ‘Masuk Semula’ Pasangan Didie? Didie Tak Jadi Nangis Sementara itu, Didie yang mendapat markah terendah pada minggu lalu iaitu 52 peratus secara berseloroh berkata dia tidak jadi untuk menangis setelah mendengar berita undian masuk. “Alhamdulillah, undian masuk memberikan peluang kepada saya dan suami untuk mencuba lagi pada minggu seterusnya. Pasangan Didie dan Sham yang tersingkir pada minggu lalu gembira apabila berpeluang untuk beraksi di pentas Sehati Berdansa pada minggu ini. “Saya memang terkejut dengan berita itu namun saya sudah jangka untuk tersingkir sebab kami mendapat markah juri terendah. Mungkin kerana masing-masing penat atau usia saya ‘paling muda’ (senior) dikalangan peserta lain. “Mungkin kami akan mencuba tema latin atau hip hop tetapi semuanya perlu dibincangkan dengan koreografer Siti Ostela Adam (BB) kerana dia yang mengajar kami dan tarian itu juga perlu memadai dengan tenaga kami,” ulasnya yang mewakili Persatuan Epilepsi Malaysia. Undian minggu lalu menunjukkan pasangan Dira menduduki tangga teratas dengan markah 57 peratus, kedua- pasangan Isma (56 peratus), ketiga- pasangan Sein (56 peratus), keempat- pasangan Sazzy (54 peratus). Saksikan ‘Detik Sehati Berdansa’ pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9 malam; ‘Di Sebalik Sehati Berdansa’ pada setiap Jumaat pukul 9 malam; ‘Malam Sehati Berdansa’ pada setiap Sabtu pukul 9 malam dan ‘Debaran Sehati Berdansa’ pada setiap Ahad pukul 9 malam. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 10:01 am | |
| KD Anggap Album Duet Dengan Siti Nurhaliza Satu Berkat Krisdayanti (KD) pada awalnya kurang pasti samada projek duet bersama Siti akan menjadi kenyataan. -Foto THE STAR oleh UU BAN KRISDAYANTI (KD) seperti tidak percaya rancangan duet bersama diva pop Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, terhasil juga walaupun direncanakan setahun yang lalu bersama bekas suaminya, Anang Hermasyah. Meskipun sepakat menghasilkan album duet berdua, ada-ada saja halangan dan dugaan yang datang hinggakan KD sendiri kurang pasti samada projek duet itu akan menjadi kenyataan. Drama perceraian antara KD dan Anang sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada projek itu. "Siti adalah sahabat pertama dari negera seberang yang menelepon saya. Dia sangat perhatian dengan saya," kata KD, seperti yang dipetik di laman web media Indonesia. KD sendiri seperti tidak percaya album duet itu berjaya dihasilkan. "Sehingga rakaman habis dibuat dan Siti berada di samping saya, saya seperti tidak percaya. Bagi saya, terlaksananya album duet ini, pada saya satu berkat," jelas ibu berusia 34 tahun ini. Setakat hari ini, lima lagu sudah pun dirakamkan di mana semuanya ciptaan komposer dari Malaysia kecuali satu lagu ciptaan Charlie ST 12 yang berjudul 'Kehilanganmu'. "Lagu 'Kehilanganmu' akan membuat orang hanyut dalam perasaan. Tapi kalau ada yang membuat andaian dari tajuknya, ia menggambarkan perasaan saya, silakan," kata penyanyi terkenal dari Indonesia ini. Menurut KD, yang menariknya, proses rakaman itu hanya memakan waktu tiga hari saja. Semuanya terhasil dalam masa tiga hari termasuk rakaman, shooting untuk cover album hinggalah ke shooting video klip. "Kalau ikut rancangan, album itu akan diedarkan sebelum tahun baru," ujar penyanyi kelahiran Malang, Indonesia ini. Siti juga sempat menitipkan nasihat untuk KD agar tabah. Isteri Datuk Khalid Mohammed Jiwa itu berharap KD tidak akan luntur semangat selepas perceraiannya dengan Anang Hermansyah. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 10:04 am | |
| Rosyam Minat Buat Drama Tentang Wanita Tua Berkahwin Lelaki Muda Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ Rosyam berkata dia tidak kisah seandainya drama terbitan Suhan tidak tercalon dalam mana-mana pertandingan kerana anugerah bukanlah suatu perkara penting untuk menilai drama-dramanya. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT DRAMA mahupun telefilem di kaca televisyen sekarang semakin banyak menyiarkan cerita berkisarkan wanita tua berkahwin dengan lelaki muda. Cerita sebegitu bagaikan suatu ‘trend’ semasa sejajar dengan fenomena wanita sekarang yang lebih terbuka memilih lelaki muda sebagai pasangan hidup. Namun Produser Rosyam Nor, 42, menafikan dakwaan itu setelah menggunakan latar cerita wanita tua berkahwin dengan lelaki muda dalam dua buah drama terbaru terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd iaitu ‘Sanggar Cinta Raudhah’ dan ‘R & R’. ‘Sanggar Cinta Raudhah’ memaparkan kisah perkahwinan seorang lelaki muda berusia 27 tahun, Izwan (Zizan Nin) dengan wanita berusia 40-an, Raudhah (Aida Razwill). Izwan terpaksa berkahwin dengan Raudhah selepas mereka ditangkap basah dalam serbuan pegawai pencegah maksiat di pejabat pada lewat malam. “Cerita lelaki muda berkahwin dengan wanita muda bukan suatu perkara baru tetapi sudah lama wujud. “Saya memilih latar cerita seperti ini kerana mahu menonjolkan kebijaksanaan Raudhah (dalam Sanggar Cinta Raudhah) melakukan persediaan untuk ke Hari Akhirat kerana dia membenarkan lelakinya berkahwin dengan perempuan lain untuk mendapatkan payung emas. “Saya rasa cerita seperti ini bukan ‘trend’ tetapi mula kecoh apabila ramai kalangan artis wanita berkahwin dengan lelaki muda. “Saya yakin cerita seperti ini mampu menarik minat penonton remaja dan surirumah,” beritahunya ketika di temui di majlis pratonton kedua-dua drama itu di Finas semalam. ‘R & R’ pula merupakan sebuah drama komedi berkisar tentang kehidupan para peniaga gerai, para pekerja penyelenggaraan dan tetamu yang singgah di salah satu kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan. Drama 26 episod ‘R & R’ lakonan Nik Sayyidah Fatiha (Mek), Ku Fridah Ku Shafie, Syanie, Syed Aiman, Didie Alias, Mahmud Ali Bashah, Amyza Aznan dan Acong akan disiarkan mulai 12 Disember ini, setiap Sabtu pukul 8.30 malam di TV2. Sementara drama 40 episod ‘Sanggar Cinta Raudhah’ lakonan Aida Radzwill, Zizan Nin, Azhan Rani, Watie Sadali, Farah Alya, Liza Othman dan Kapt (B) Mohd Nor akan disiarkan mulai 3 Disember ini, setiap Khamis, pukul 8.30 malam di saluran TV yang sama. Dengan lebih 100 buah drama dan telefilem yang diterbitkan oleh Suhan, Rosyam yakin penonton bukan sahaja akan mengenali ‘produk’ terbitannya yang berkisar tentang cerita psiko dan ‘drama’ air mata malah tahun 2009 juga adalah permulaan genre seram dan komedi pula. Rosyam berkata dia tidak kisah seandainya drama terbitan Suhan tidak tercalon dalam mana-mana pertandingan kerana anugerah bukanlah suatu perkara penting untuk menilai drama-dramanya. “Saya tak kisah tentang anugerah asalkan ‘rating’ tinggi kerana jika tiada penonton yang tengok tak guna juga saya buat drama. Rosyam bersama para pelakon drama 'Sanggar Cinta Raudhah' dan 'R & R'. “Sebagai penerbit yang profesional, saya nak drama saya mendapat tempat di hati penonton. “Tidak kiralah sama ada saya berlakon atau tidak dalam drama itu,” katanya yang setakat ini tidak pasti sama ada drama ‘Ku Milikmu’ dan ‘Gelora Di Hati dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2009 pada 4 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tambah bapa kepada lima orang anak ini, dia sentiasa meletakkan tahap yang sederhana dalam setiap drama yang dihasilkan oleh syarikat produksinya seperti pelakon, bajet, dan jalan ceritanya. Ini kerana ‘saya tidak mahu menghasilkan drama yang terlalu hebat tetapi saya tekankan disiplin, kejujuran, skrip dan pasukan produksi yang baik.’ “Misalnya, saya akan ambil penulis skrip dan pengarah yang sudah ‘establish’. “Sekarang saya juga rasa lega apabila orang sudah mula kenal Suhan dan sekarang saya perlu memikirkan idea yang menarik untuk mengekalkan nama Suhan. “Buat masa ini sudah tujuh tahun berturut-turut drama Suhan disiarkan di TV3 semasa menjelang Hari Raya. Insya-Allah, pihak Astro pun sudah ‘booking’ drama dengan saya untuk Hari Raya tahun depan. “Cerita itu adalah ‘love story’ dan saya akan berlakon watak seorang cacat,” ceritanya yang sedikit sebanyak akan menyumbangkan idea dalam drama dan telefilem terbitan Suhan dan lebih selesa menggunakan khidmat novelis Sharifah Abu Salem sebagai penulis skripnya. Rosyam juga sudah merancang untuk menerbitkan sebuah lagi drama, ‘Trilogi Cinta’, adaptasi daripada tiga buah novel popular Sharifah Abu Salem iaitu ‘Tak Seindah Mimpi’, ‘Tak Semanis Impian’ dan ‘Tiada Lagi Mimpi’. “Insya-Allah, saya akan berlakon dalam drama itu di samping Diana Rafar atau Umi Nazeera yang memegang watak heroin,” ujarnya yang telah 70 peratus pulih selepas menjalani pembedahan bahu kirinya pada Julai lalu. Diana Rafar pernah berlakon dalam drama ‘Nenek Kebaya’ manakala Umi Nazeera pula menerusi drama ‘Takdir Yang Terindah 1 dan 2’ di mana ketiga-tiganya diterbitkan oleh Suhan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 10:05 am | |
| Pelakon utama 'Santau'- Esma Daniel dan Putri Mardiana. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 10:11 am | |
| Ana Raffali, Aizat, One Nation Emcee di Konsert Gegar Generasiku TV1 SIAR KONSERT GEGAR GENERASIKU HIMPUNKAN ARTIS INDIE MALAYSIA Pendekatan diambil pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha mendekatkan golongan remaja dengan RTM pastinya meninggalkan impak yang bukan sedikit kesannya apatahlagi pendekatan dilakukan melibatkan aktiviti yang digemari dan menjadi ’kegilaan’ golongan ini dengan penganjuran Konsert Gegar Generasiku yang dilangsungkan rakamannya pada 1 November 2009 lalu |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 10:12 am | |
| Aishah Menang Ganti Rugi Am Kes Saman EMI PETALING JAYA: Selepas 10 tahun, akhirnya kes saman penyanyi Aishah terhadap syarikat rakaman EMI (M) Sdn. Bhd. atas dakwaan memungkiri perjanjian selesai didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Keputusan yang memihak kepada Aishah, 44, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin selaku plaintif, disambut dengan nafas lega dan rasa kesyukuran. Aishah “Walaupun saya tidak dapat ganti rugi seperti yang dituntut, setidak-tidaknya saya dapat menuntut ganti rugi am dan lain-lain kos perbicaraan yang akan ditentukan kemudian. Kejayaan ini begitu bermakna kepada saya kerana susah payah saya selama bertahun-tahun. Saya naik turun mahkamah begitu lama….bayangkanlah, sampai anak saya pun dah besar,” jelas Aishah dalam satu perbualan telefon sejurus selepas melangkah keluar dari mahkamah. Aishah, memfailkan saman tersebut pada 6 Disember 1999, dan beliau telah diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Dalam pernyataan tuntutan terpindanya, penyanyi menuntut ganti rugi RM406,000, ganti rugi am bagi melanggar kontrak, pembayaran royalti, kos dan faedah kerana mendakwa defendan telah memungkiri kontrak antara kedua-dua pihak. Selain perintah injunksi, Aishah menuntut perintah supaya EMI menyerahkan semua album dan artikel yang mencerobohi hak ciptanya yang kini berada dalam milik syarikat berkenaan. Kes saman itu pernah dibatalkan pada 2 November 2004 selepas Aishah gagal hadir untuk pendengaran kes tersebut. Bagaimanapun pada 3 Ogos 2005, Hakim Tee Ah Sing telah membenarkan permohonan Aishah untuk menghidupkan semula saman dan pernyataan tuntutan terpinda. EMI dalam pernyataan pembelaannya pula menafikan dakwaan Aishah dan mengemukakan tuntutan balas membabitkan ganti rugi sebanyak RM93,071.66 daripada penyanyi tersebut. “Yang penting, semuanya dah selesai dan saya boleh teruskan kerja saya macam biasa. Selama 10 tahun kes ini berjalan, saya mengalami banyak kerugian. Perjalanan kerjaya saya juga turut terjejas disebabkan kes ini. Saya tidak menyangka yang mahkamah akan buat keputusan hari ini. Nak jadi cerita sebelum saya ke mahkamah pagi tadi, tayar kereta saya pula pancit…,” jelas ibu tunggal kepada dua orang anak - Arman Azhari, 13 dan Azhad Ahlami, 7. Menurut Aishah, dia akan membuat kenduri kesyukuran sedikit masa lagi untuk meraikan kejayaannya. “Saya benar-benar rasa lega kes ini sudah berakhir. Ini bukan soal wang ringgit tapi soal prinsip. Saya tidak suka hak saya sebagai artis diperlekehkan…,” jelas Aishah yang kini bernaung di bawah syarikat Sony-BMG Records. Penyanyi berusia 41 tahun ini memfailkan saman terhadap EMI (M) Sdn Bhd kerana masalah yang berlanjutan dari pembatalan program promosi album Hari Raya “Pulanglah Perantau.” EMI mendakwa penyanyi Aishah enggan mengikuti jadual di televisyen 11 tahun lalu telah menjejaskan nama syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn Bhd, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu Selasa. Bagaimanapun, Aishah berkata, dia telah menghantar memo menyatakan keengganannya melakukan promosi itu memandangkan album hari raya itu masih belum siap dan gambar album belum diambil. “Sekarang saya dah boleh tutup buku lama dan buka buku baru. Lepas ni boleh lah saya tumpukan pada promosi lagu single saya ‘Yang Hanya Ada Kenangan’ (ciptaan Azlan Abu Hassan),” jelas penyanyi yang meniti populariti dengan lagu ‘Janji Manismu.’ Aishah, masih menaruh harapan lagu barunya itu akan mendapat tempat di hati peminatnya walaupun lenggok lagu kali ini agak berbeza dari lagunya yang dulu. “Ramai yang kata lagu ini kurang menyengat berbanding lagu-lagu sebelum ini tapi saya sengaja memilih lagu seperti ini kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Saya hendak sesuatu yang berbeza dan ini lah hasilnya. Tapi apa yang saya risau bila ramai yang tidak dapat meneka lagu itu lagu saya. Saya harap selepas lagu ini selalu dimainkan di radio, orang boleh terima lagu ini,” kata Aishah yang masih aktif dengan perniagaan kraf tangannya |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 10:14 am | |
| Album Bintang Idola GELANGGANG pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian (BIBH) sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sememangnya memberi rahmat kepada pembaca akhbar ini hinggakan peluang mereka menyertai pertandingan itu membuahkan hasil yang tidak disangka. Album ‘Bintang IDOLA’ akan diriliskan pada bulan Disember 2009 ini. Album ini menggabungkan Finalis ‘Bintang IDOLA’ sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Antaranya ialah NAZATUL, FARLYANA, SYAZWANIE, NURLIDA, SYAH’Z, IRWANT & ZAKI. Album ini diterbitkan oleh JULFEKAR. Terbitan MillenniumArt Sdn.Bhd dan diedarkan oleh FMC Music. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 3:54 pm | |
| |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 3:58 pm | |
| Takut pisang berbuah dua kali Maria Farida Maria Farida tidak serik berkahwin lagi tetapi sering dihantui peristiwa hitam 10 tahun lalu BUKAN serik nak berkahwin lagi, sebaliknya pelakon jelita, Maria Farida tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kegagalan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta hampir sedekad lalu cukup membuatkannya berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Apatah lagi berkahwin bukan soal main-main, ia membabitkan masa depan. Lebih bahagia bersama satu-satunya permata hati, Mizan Ashley, 12, pelakon kacukan Melayu-Filipina itu bagaimanapun tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh. Cuma di kala hidup bersendirian selepas sekian lama, Maria tidak mahu kebahagiaan yang dimiliki hari ini direntap dengan permasalahan rumah tangga. Masih cantik seperti dulu, pelakon yang kini tampil menerusi filem Jalang itu mengakui: “Bukan saya tak percaya pada lelaki selepas rumah tangga saya dulu berkecai di tengah jalan, tetapi saya belum bertemu lelaki yang sesuai. Bohonglah, kalau tiada lelaki yang mahu mendekati, tetapi rasanya mereka hanya sesuai dijadikan kawan, bukan pasangan hidup. “Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, saya tak mahu merana selama-lamanya. Ada kalanya rasa serik masih menebal dalam diri saya, apatah dulu saya berdepan dengan konflik rumah tangga yang mencengkam jiwa. Jika ditakdirkan hidup sendiri lebih baik, saya reda. Jika bertemu jodoh dengan lelaki bertanggungjawab, punya kerjaya dan bukan suami orang, itu sudah memadai. Saya tak pilih nak berkahwin dengan lelaki kaya, berharta atau berpangkat, cukuplah ada kerjaya dan pendapatan tetap |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Tue 01 Dec 2009, 4:06 pm | |
| Idola Kecil, AF si cilik PESERTA Idola Kecil musim kedua (belakang) Natasha, (tengah dari kiri) Azzamudin, Nurul Ain, Fhazrill, Noranajihah dan Farid. Barisan depan (dari kiri) Dayana, Zur'ain dan Syafienaz |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 10:33 am | |
| Heliza Dalam Dilema Antara Dua 'Cinta'? Oleh WAHIDA ASRANI SEJAK kecil lagi, artis berusia 23 tahun ini tidak gentar untuk mencuba apa saja. Meskipun tidak berminat terhadap sesuatu perkara, namun kerana sifat ingin mencuba yang menebal dalam dirinya, Nur Heliza Helmi atau mesra dengan panggilan Heliza ini akan tetap melakukannya dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan bidang seni yang baru diceburinya kira-kira dua tahun lalu. Tutur anak kelahiran Kuala Terengganu ini, dia langsung tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penyanyi mahupun pelakon. Namun, ternyata percubaannya di dalam program Akademi Fantasia musim kelima berjaya membawa Heliza berada di tempatnya kini. Walaupun gagal meraih gelaran juara, anak kedua daripada empat beradik ini tetap mempunyai 'tuah' sendiri. Siapa sangka ketika kemunculan begitu ramai muka-muka baru dalam industri ini, Heliza mampu merebut peluang untuk muncul di layar perak menerusi filem Syurga Cinta dan melayakkannya muncul sebagai finalis bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang berlangsung Ogos lalu. Ketepikan seketika tentang bidang seninya kerana Heliza juga mempunyai potensi bergelar pendidik yang disegani. Setelah tamat menjalani praktikal sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Perempuan Likas, Kota Kinabalu, Sabah selama tiga bulan, penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan Kimia di Universiti Malaysia Sabah ini akui semakin jatuh 'cinta' dengan bidang pendidikan. Malah, disebabkan itu, Heliza akui dia sendiri tidak pasti karier yang mana perlu diberikan keutamaan apatah lagi kedua-dua bidang tersebut memang cukup 'dekat' dihatinya ketika ini. Apapun, menyedari kedua-dua bidang itu sama penting dalam dirinya, Heliza nekad untuk cuba melakukan yang terbaik di dalam kedua-duanya selagi termampu. "Memanglah kalau diikutkan, industri seni sentiasa melahirkan ramai artis-artis baru dari semasa ke semasa. Tambahan pula, saya adalah artis yang 'biasa-biasa' saja. "Tetapi, saya tidak pula rasa disebabkan itu, saya perlu 'lepaskan' bidang seni dan memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan saja. Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu karier apa yang saya ingin letakkan keutamaan. "Cuma saya tidak nafikan, sejak menjadi guru pelatih baru-baru ini, pengalaman yang saya kutip itu memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi bila melihat pelajar-pelajar saya mendapat keputusan peperiksaan yang bagus. "Mungkin apa yang akan saya lakukan adalah cuba menyeimbangkan kedua-dua bidang sebaik mungkin. Saya tetap ingin terus berada dalam industri seni dan pada masa yang sama, saya menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana," kata Heliza yang tinggal satu semester lagi untuk menghabiskan pengajiannya. Menurutnya yang kini sedang bercuti sebelum memulakan semester pengajian baru akhir Disember depan, dia bagaimanapun tidak kesal andai kata perlu memberikan tumpuan pada bidang pendidikan saja selepas ini jika tidak mampu mempertahankan karier seninya. "Benda itu semua sukar kita ramalkan. Kalau saya ditakdirkan tidak lama di dalam industri hiburan, saya tidak kisah untuk menceburi bidang perguruan saja kerana sekurang-kurangnya saya sudah mencuba pelbagai cabang seni iaitu nyanyian, lakonan dan pengacaraan. "Tetapi, buat masa ini, saya akan terus dengan dua bidang ini. Saya juga sedang di dalam perancangan untuk hasilkan single baru. Begitu juga dengan lakonan, ada beberapa tawaran yang saya dapat ketika saya sibuk belajar dan jalani praktikal tempoh hari. "Disebabkan jadual yang padat ketika itu, saya terpaksa melupakan hasrat untuk berlakon lagi. Insya-allah, lepas saya tamat pengajian sekitar Mei tahun depan, saya ingin 'all-out' dengan aktiviti seni," kata Heliza dalam nada ceria. Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan lain, Heliza berkata, dia akan terbabit di dalam sebuah program percutian anjuran Al-Mukminin Travel iaitu 'Bercuti Ke Beijing bersama Heliza' pada 5 hingga 9 Jun depan. Program tersebut bukan saja terbuka kepada peminat-peminat Heliza, malah mereka yang ingin melawat ke Beijing, China pada kadar pakej yang murah juga boleh menyertai program tersebut. "Apa yang saya dimaklumkan, pakej ini terhad untuk sekitar 40 orang saja dan harga pakej yang ditawarkan adalah RM1900 termasuk penginapan, tiket penerbangan dan makanan. Jadi, mereka yang berminat bolehlah menghubungi agensi tersebut secepat mungkin. "Sepatutnya, percutian ini dibuat pada bulan depan, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu, ia ditunda ke bulan Jun tahun depan," kata Heliza yang akan ke Brunei pada Jumaat ini untuk memenuhi undangan persembahan di sana. Bagi yang berminat untuk menyertai program percutian 'Bercuti Ke Beijing bersama Heliza', sila hubungi talian 0122931522 (Huda). |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 10:35 am | |
| Sheila Rusly Terpaksa Bergayut Atas Pokok Demi Malika Shiela Rusly melakonkan watak Malika bergambar dengan Mohd Naim (Raqib)di set penggambaran drama bersiri 'Cucu Betong' AKTRES Sheila Rusly terpaksa memberanikan diri bergayut dari tempat-tempat tinggi bagi memberi penghayatan pada watak jahat yang dibawanya, 'Malika', dalam drama 'Cucu Betong'. Sheila menganggap aksi bergantung di tempat tinggi ini salah satu cabaran yang perlu dihadapinya untuk drama seram ini. 'Cucu Betong' akan ke udara pada pukul 4.30 petang dari hari Isnin (8 Disember) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3 dan merupakan kesinambungan drama ‘Anak Betong’ yang pernah popular sedikit masa dulu. 'Cucu Betong' dan 'Anak Betong' adalah arahan suami Sheila, Jinggo. Namun, kata Shiela, ini tidak bermakna yang dia tidak risau mengenai keselamatan diri. "Walaupun risau mengenai keselamatan diri, saya tetap memberanikan diri untuk bergantung dari tempat-tempat yang tinggi seperti di atas pokok dan bangunan pada waktu malam. "Saya lakukan semua ini untuk mendapatkan sudut penggambaran yang terbaik," jelas Shiela semasa ditemui di majlis ramah mesra drama bersiri ‘Cucu Betong’ di Sri Pentas semalam. Apabila ditanya kenapa aktres itu sering berlakon dibawah terbitan syarikatnya sendiri, J.S Pictures (J.S bagi singkatan nama Jinggo dan Sheila), Sheila berkata pengarah tempatan lain tidak berani memberi peluang kepadanya untuk melakonkan watak yang mencabar kepada pelakon-pelakon yang bertudung. Shiela Rusly melakonkan aksi lasak di set penggambaran drama bersiri 'Cucu Betong' "Walaupun mendapat tawaran berlakon di bawah syarikat terbitan lain, saya memilih untuk berlakon dalam watak yang lebih mencabar walaupun kini sudah bertudung. "Saya ingin menolak persepsi masyarakat yang menganggap wanita bertudung mempunyai perwatakan yang sopan dan tidak boleh beraksi lasak semasa berlakon. Sheila juga lebih selesa berlakon dibawah arahan suaminya Jinggo. "Suami saya memahami keadaan diri saya yang sudah bertudung dan mengizinkan saya untuk membawa watak-watak yang mencabar. "Berlakon seperti sudah sebati dengan darah daging saya dan apabila sudah mencapai tahap ini, saya ingin melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan berhasrat membawa watak-watak yang jarang dilakonkan oleh wanita bertudung," tambah Sheila. Sheila kini sedang sibuk berlakon dalam drama bersiri ‘Bila Musang Berjanggut’ dan ‘Roh.’ Beliau juga akan berlakon dalam sebuah telemovie yang akan ditayangkan sempena hari Mulidur Rasul nanti. Bercakap mengenai syarikat terbitannya iaitu J.S Pictures Sdn.Bhd, Sheila berkata syarikatnya tidak akan menerbitkan filem dalam masa terdekat. "Kami sekarang lebih tertumpu menerbitkan drama kerana drama lebih mendapat sambutan dari filem. "Syarikat kami juga tidak mempunyai kapasiti dari segi tenaga kerja dan kewangan buat masa ini. "Walaupun begitu, saya mempunyai banyak idea untuk masa-masa akan datang. Saya juga bercadang untuk menerbitkan filem apabila keadaan ekonomi bertambah pulih nanti," akhiri Sheila. Pengarah drama 'Cucu Betong', Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, pula berkata, apa yang menarik mengenai ‘Cucu Betong’ ialah ianya lebih seram dan dramatik. "Karakter-karakter yang dipaparkan lebih menyerlah berbanding ‘Anak Betong.’ "Walaupun ianya merupakan sebuah drama sekuel, ceritanya penuh dengan misteri dan akan membuatkan penonton tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya," jelas Jinggo. Selain itu tambahnya lagi, walaupun drama bersiri ini hanya untuk hiburan, ada juga diselitkan ciri-ciri keislaman seperti amalan berzikir. "Watak Malissa (lakonan Farisha Ayu) dalam drama ini akan putus asa dengan hidup dan untuk mencari ketenangan, dia akan mula berzikir. "Walaupun drama ini hanya sekadar hiburan, ia juga disertakan dengan unsur-unsur keagamaan yang mengingatkan para penonton untuk kembali ke jalan benar," ujar Jinggo. Sementara itu, antara barisan pelakon drama bersiri ini adalah Ezany (Zaman), Fizz Fairuz (Jagat) Sheila Rusly (Malika) Mohd Naim (Raqib) Farisha Ayu (Malissa), Maya Matahari (Naya), Sofia Jane (Ratu Solowangi) Emilda Rosmila (Katrina) dan ramai lagi. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 10:36 am | |
| Radhi OAG Ingin Berbincang Dengan JAIS Tangguh Waran Tangkap Radhi OAG ditemuramah oleh para wartawan di perkarangan mahkamah semalam. PELAKON dan penyanyi Radhi OAG ingin menyelesaikan kes penceraian dengan isterinya Shazlin Sharif secepat mungkin. "Saya dah bosan. Kalau boleh, saya hendak para peminat saya mendengar tentang karier saya pula. Saya ingin mengeluarkan banyak produk saya pada 2010 ini," katanya ketika ditemui pada prosiding mahkamah semalam. Menurut Radhi, dia bakal memasarkan secara online 'produk' nya seperti game music, soundtrack dan single di China pada bulan ini. Katanya, dia telah membuat lima online single setakat ini. "Saya ingin pergi ke China demi negara serta mengharumkan negara dengan mempromosikan produk-produk Malaysia. "Syarikat saya mempunyai usahasama dengan sebuah syarikat di China. Dan saya dilantik sebagai pengarah muzikal untuk menjalankan kerja-kerja promosi di situ." jelasnya. Semalam, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya, Radhi telah sampai lewat. Ekoran itu, Peguam Syarie Rubiah yang mewakili Shazlin memohon mahkamah menangguhkan prosiding tersebut ke satu tarikh lain dan waran tangkap yang dimohon pada prosiding terdahulu dilanjutkan. Radhi sedar waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya itu akan menghalangnya berlepas ke China pada 10 Disember ini. "Saya menerima arahan bos untuk mempromosikan produk online games buatan Malaysia ke China. Sedihlah saya kalau ditangkap di lapangan terbang nanti," akuinya. Mengenai perkembangan terkininya, Radhi berkata, dia masih dalam proses rakaman online single selain mewujudkan record label yang akan beroperasi pada Januari 2010. "Record label ini ialah syarikat yang akan menjaga hak intelek artis, pencipta animasi serta fesyen dari segi reka bentuk," katanya. Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Radhi memberitahu dia tidak boleh bercakap apa-apa buat masa ini. "Saya tak boleh cakap banyak kerana kes perceraian saya belum selesai lagi. Saya tak nak masalah rumahtangga bercampur dengan usaha saya mempromosi lagu kelak," katanya. Radhi akui dia tidak memikirkan apa yang bakal dibuat pada masa depan. Tapi apa yang pasti, dia ingin menemui pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan berbincang agar penguatkuasan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya tidak dikeluarkan sekarang. Bagi Radhi, apa yang penting sekarang ialah perjalanan ke China untuk memulakan kerjaya barunya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 10:37 am | |
| Erma Fatima Pertahan Skrip 'Natrah' Yang Didakwa 'Berat Sebelah' Oleh WAHI AZIZ BARU kelmarin pementasan teater terbaru arahan penggiat teater kreatif, Erma Fatima 'Natrah' membuka tirainya di pentas Panggung Sari, Istana Budaya. Namun, khabar yang kurang enak mengenai teater itu sudah mula menghambat pementasan 'Natrah'. Sebilangan besar penonton yang menyaksikan pementasan sulung teater itu pada malam kelmarin menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap skrip dan jalan cerita 'Natrah' yang dianggap 'longgar' dan 'berat sebelah' kepada pihak Belanda. Enggan membuat spekulasi atau menyalahkan Erma secara melulu, mStar Online sempat menghubungi pengarah ini bagi mendapatkan penjelasannya. "Sebagai seorang penggiat seni, saya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan naskah saya kepada masyarakat. Maka, fakta tetap fakta," jelas Erma yang sedikit terkejut apabila diajukan persoalan itu. Erma, yang sememangnya terkenal dengan ketegasannya bagaimanapun mengulas dakwaan itu dengan fakta tersendiri. Menurut Erma setiap perincian di dalam skrip dan penceritaan 'Natrah' telah diperhalusi dan dikaji dengan teliti sebelum pementasan bermula bagi memastikan setiap paparan itu bersifat sahih dan benar. "Mungkin ada pihak yang kurang bersetuju dengan olahan cerita 'Natrah' dan merasakan bahawa apa yang dipersembahkan itu seolah berat sebelah dan memenangkan pihak Belanda. Tetapi, itu adalah hakikatnya. "Tidak mungkin saya boleh sesuka hati mengubahsuai fakta sejarah semata-mata untuk memenangi hati mana-mana pihak. Jika itu yang tercatat dalam sejarah, maka itulah yang saya paparkan," katanya. Biarpun pada pementasan tersebut mungkin ada pihak yang merasakan skrip 'Natrah' bersifat berat sebelah dan memihak kepada tentera Belanda, Erma menegaskan bahawa cerita yang dipaparkan itu adalah fakta yang sahih dan bukan sengaja diubahsuai atau ditokok-tambah untuk mengundang kontroversi. Mengulas lanjut mengenai desas-desus yang mendakwa skrip tersebut bersifat kurang patriotik kerana lebih memartabatkan perjuangan watak ibu kandung Natrah, Adeline (lakonan Samantha Schubert) berbanding ibu angkat Natrah, Che Aminah (lakonan Umie Aida), Erma tegas mempertahankan sebab di sebalik penceritaan tersebut. "Sebagai pengarah, saya berusaha untuk memaparkan perjuangan kedua-dua ibu Natrah dengan seadil-adilnya. Baik Aminah mahupun Adeline, mereka berjuang mempertahankan hak masing-masing dengan cara dan nahu tersendiri. "Hanya kerana paparan cerita itu seolah memihak kepada Adeline yang beragama Kristian dan bukan Melayu, ini secara tidak langsung telah meluluhkan simpati penonton terhadap perjuangan Aminah. Pada saya, dakwaan itu kurang berasas. "Walaupun ada pihak yang berpandangan sebegitu, namun ia sama sekali tidak ada kena-mengena dengan jati diri bangsa atau agama yang lemah. Penonton perlu faham apa yang saya cuba tonjolkan melalui kedua-dua watak itu adalah perjuangan mereka tanpa memanipulasi isu agama atau bangsa," jelas pengarah yang berpengaruh. Tambah Erma, mungkin kisah 'Natrah' perit untuk diterima, namun penonton sepatutnya mengambil mesej yang tersirat di sebalik kekalahan orang Melayu sebagai kemenangan kepada semangat dan jati diri bangsa Melayu. "Walaupun secara fakta, orang Melayu kehilangan Natrah, namun di sebalik kekalahan itu, orang Melayu sebenarnya menang dari aspek penyatuan bangsa. Fakta itu yang saya cuba tekankan. "Ia sepatutnya dibanggakan oleh orang Melayu dan anak Malaysia amnya. Biarpun pada mata kasar kita tewas, tetapi di dalam semangat dan jiwa bangsa Melayu kita sebenarnya menang besar melalui penyatuan bangsa kita," kata Erma lagi. Menjawab dakwaan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan perjalanan cerita teater ini yang tidak menunjukkan dengan jelas bagaimana Natrah diculik dan dirampas oleh pihak British, Erma berkata walaupun babak penting itu tidak dipaparkan dalam bentuk lakonan, namun fakta dan sejarah mengenai peristiwa telah dipaparkan secara bertulis di skrin di awal cerita. "Mungkin ada pihak yang terlepas pandang atau tidak membaca paparan fakta secara bertulis yang dipaparkan di awal pementasan. Maka, mereka merasakan bahawa babak sepenting itu tidak saya tunjukkan kepada penonton. "Jika penjelasan itu sudah dinyatakan secara bertulis di skrin di awal cerita, maka tidak perlu untuk saya tonjolkan sekali lagi dalam bentuk lakonan pula bagi menerangkan fakta yang sama," ujar Erma mengakhiri perbualan. 'Natrah' dibintangi oleh Maya Karin sebagai Natrah ketika berusia 13 dan 20 tahun, Remy Ishak (Mansor Adabi), Umie Aida (Che Aminah), Sofia Jane (Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline). Teater ini sedang berlangsung di Istana Budaya bermula 30 November hingga 9 Disember depan. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 2:37 pm | |
| Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Album Digital Pertama Nampaknya, tidak sia-sia Liyana Jasmay muncul dengan single pertama Aku Tak Percaya Cinta sebagai langkah permulaan bagi untuk menapak bergelar penyanyi. Walaupun, ada yang kritik, LJ tak boleh menari dan mempunyai suara yang biasa-biasa, tapi itu semua tak menghalang semangatnya untuk terus berdiri sebagai penyanyi. Tahniah! Untuk single kedua, Aku Jatuh Cinta, nampaknya LJ telah membuktikan beliau boleh pergi jauh. Di majlis pelancaran album digitalnya yang diadakan pada 18 November lalu, Liyana Jasmay telah mempersembahkan 5 buah lagu iaitu Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Penyelamat Cinta, Pelik dan Kejam. Semuanya bertemakan cinta. Liyana Jasmay mahu menumpukan sepenuh perhatian kini untuk mempromosikan lagu-lagu barunya ini kepada peminat. Semoga sukses! |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 2:38 pm | |
| Penyanyi dan Pelakon Hong Kong Gillian Chung Datang Ke Malaysia Ingat lagi dengan nama Gillian Chung? Mmm… pasti korang dah lupa dengan nama itu. Atau tengok pada gambar ini… mungkin dapat mengembalikan semula ingatan korang. Dan apa yang Budiey dengar, Gillian Chung akan datang ke Malaysia pada 4 Disember ini! Pastinya berita ini mengejutkan ramai peminat selebriti Hong Kong ini. Apa taknya, takde angin dan ribut, tiba-tiba penyanyi dan pelakon ini muncul semula dan mahu datang ke Malaysia. Untuk apa sebenarnya? Budiey tahu, ramai peminat di luar sana menantikan kedatangan Gillian Chung dan mahu mengambil peluang ini untuk bertemu dengan idola ini secara in person. Untuk info peminat, Gillian Chung akan muncul bagi mempromosikan produk minuman ini di Restoran & Bistro De Bali di Johor Bahru pada 4 Disember 2009. Gillian Chung akan buat persembahan istimewa untuk mengubat kerinduan peminatnya. Selidik punya selidik, Budiey dapat tahu yang Gillian Chung akan mempromosikan satu produk yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kiranya, dia adalah duta dan jurucakap yang baru kepada produk ini |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 2:39 pm | |
| SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang. Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah. Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya. Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ. Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari. Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak. Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya. Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Wed 02 Dec 2009, 2:40 pm | |
| Filem Duhai Si Pari-Pari Tajuk Filem : DUHAI SI PARI-PARI Genre : Fairy Tales Comedy Tagline : “Cerita Cinta Biasa Tapi Luar Biasa” Arahan : Azmi Mohd Hata Durasi : 110 min Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd Pelakon Utama : Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik Pelakon Pembantu : Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac & Din Beramboi |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 03 Dec 2009, 7:01 pm | |
| Ezany Terpaksa Bersilat Dalam Air Oleh R.K.SHYAMALA Ezany berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun PELAKON Ezany sanggup mengambil kelas silat semata-mata kerana watak Zaman yang dilakonkannya dalam drama ‘Cucu Betong’ memerlukannya untuk bersilat. “Saya terpaksa bersilat dalam air di bawah panas matahari terik semasa penggambaran. “Lokasinya pula terletak di kawasan air terjun di Ulu Yam. Tempatnya memang licin dan saya pernah cedera ringan kerana tergelincir semasa berlatih,” jelas Ezany semasa ditemu bual dalam majlis ramah mesra ‘Cucu Betong’ di Sri Pentas kelmarin. Ezany, yang sudah terlibat dalam dunia lakonan selama enam tahun ini, hanya memakai baju ala ‘bikers’ dan seluar jean lusuh pada majlis ramah mesra itu. Kata Ezany, walaupun dia pernah mengikuti kelas silat lincah semasa masih menuntut di sekolah menengah, beliau menjalani latihan di Sri Kembangan untuk memantapkan lagi kemahiran silatnya. Adegan seni pertahankan diri ini juga merupakan salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi oleh Ezany semasa penggambaran ‘Cucu Betong.’ “Saya perlu ada stamina yang tinggi kerana aksi silat dalam air memerlukan dua kali lebih tenaga. “Selain itu, semasa berlakon, saya bagaikan memukul orang lain, tetapi sebenarnya memukul angin. Itu juga memerlukan tenaga yang banyak kerana saya perlu melakonkan semula setiap babak beberapa kali,” tambah pelakon itu. Ezany suka menunggang motorsikal pada waktu lapang. Satu lagi cabaran bila Ezany terpaksa bertapa di bawah panas matahari. Drama bersiri ‘Cucu Betong’ yang diterbitkan oleh J.S Pictures ini akan ke udara dalam slot Lagenda TV3 mulai 8 Disember ini, pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 4.30 petang. Sementara itu, Ezany yang gemar bermotorsikal ini juga merupakan ahli kumpulan kelab motosikal, ‘Piller Bikers’. Beliau memiliki sebuah motorsikal jenis AP Rilia. “Saya telah lama menyertai kumpulan ini iaitu sejak tahun 1997 lagi. “Walaupun kini saya banyak menggunakan kereta, saya masih suka menunggang motorsikal pada waktu lapang. “Malah saya balik ke kampung pada Hari Raya Haji lalu dengan motorsikal. Tetapi saya terkandas di pertengahan jalan kerana hujan,” kata pelakon itu sambil tersenyum. Pelakon yang banyak membawa watak hero baik dalam drama-drama tempatan kini sibuk dengan penggambaran ‘Menantu Vs Mertua.’ Tetapi Ezany sempat juga membawa watak jahat dalam drama ‘Legesi 43.’ “Saya membawa watak yang talam dua muka, iaitu watak jahat yang berlakon macam baik. “Drama bersiri itu baru habis ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3,” akhiri Ezany. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 03 Dec 2009, 7:02 pm | |
| 'Mek Ani' Terus Menanti Jawapan Dari Finas Oleh WAHI AZIZ Kak Wan masih lagi menanti jawapan daripada pihak Finas berkenaan dana filem ini. SUDAH lebih setahun sejak penerbit dan pelakon kontroversi, Wan Noraini Wan Noh atau lebih mesra dengan sapaan Kak Wan melancarkan filemnya yang mengangkat tema makyung, 'Mek Ani'. Namun, sehingga hari ini masih tiada bayang mengenai status filem itu dan Kak Wan masih terus menunggu. Teruja untuk mengetahui situasi sebenar dan perkembangan terkini 'Mek Ani', mStar Online lantas menghubungi Kak Wan bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Kak Wan terus membuka bicara dan terus mengakui bahawa filem 'Mek Ani' masih belum siap dan belum lagi memulakan penggambaran. "Pembikinan sesebuah filem bertemakan epik dan warisan seperti 'Mek Ani' memerlukan kos yang sangat tinggi," kata Kak Wan. 'Mek Ani' yang sepatutnya memulakan penggambaran tahun lalu telah berhadapan dengan beberapa masalah termasuk isu kewangan sehingga menyebabkan proses penggambarannya terpaksa ditangguhkan. "Apabila 'Mek Ani' dipilih sebagai filem kenegaraan oleh Finas, saya amat bersyukur dan menarik nafas lega kerana menyedari bahawa nasib filem ini pasti akan terbela dan penggambaran dapat diteruskan," jelasnya. Menurut Kak Wan, 'Mek Ani' yang menelan kos keseluruhan mencecah RM5.4 juta itu mendapat khabar gembira tahun ini apabila dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai filem kenegaraan yang melayakkannya mendapat pembiayaan sokongan seperti filem arahan 'Embun' (arahan Erma Fatima) dan 'Paloh' (arahan Adman Salleh) sebelum ini. Masa terus berlalu, sehingga hari ini, masih tiada jawapan dan kelulusan daripada pihak Finas berkenaan status dana tersebut. "Kak Wan masih lagi menanti jawapan daripada pihak Finas berkenaan dana filem ini. Malangnya, masih tiada perkembangan dan susulan daripada mereka (Finas) tentang status dana itu. "Selagi pihak Finas belum memberi kata putus, kami tidak dapat menentukan tarikh penggambaran filem ini," katanya dengan nada sayu. Bukan mahu mempersoal jauh sekali menyalahkan mana-mana pihak, hakikatnya Kak Wan masih lagi terus menunggu dengan harapan menggunung mengenai status dana pembiayaan filemnya. "Bayangkan segala pengorbanan dan kesukaran yang telah saya tempuhi untuk menghasilkan karya ini. "Bermula dengan proses pra-produksi sehingga hari ini antaranya Kak Wan terpaksa menggantikan pengarah asal Arief Karmahani kepada Mahadi J Murat kerana Arief telah terikat dengan komitmen projek lain, menanggung kos yang tinggi untuk membeli set dan peralatan yang berkaitan, kos penerbitan lagu tema, Secebis Rindumu (nyanyian dan ciptaan Hazami) dan banyak lagi. "Tetapi, saya menganggap segala pengorbanan masa, tenaga dan kos yang mencecah RM 1.6 juta itu akan terbayar apabila filem ini disiapkan kelak," katanya lagi. Mengakui bahawa dirinya sedih, kecewa dan malu dengan situasi yang melanda, Kak Wan bagaimanapun tidak patah semangat untuk terus memperjuangkan naskah ketiga terbitannya itu selepas 'Wanita Bertudung Hitam' dan 'Cinta Yang Satu'. "Memang tidak dapat dinafikan saya agak kecewa, sedih dan malu dengan perkara yang berlaku. "Apatah lagi untuk bertemu teman industri dan pihak media kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa saya hanya 'cakap kosong' ketika melancarkan filem ini tahun lalu. Namun sehingga hari ini masih tiada sebarang perkembangan mengenai filem ini. "Hakikatnya, bukan saya 'cakap kosong' atau 'berangan' untuk menghasilkan 'Mek Ani'. Filem ini pasti akan diteruskan cuma saya masih belum mendapat jawapan daripada Finas. "Pelbagai usaha telah saya lakukan termasuklah mendapatkan surat sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri dan menghantar surat rayuan kepada Datuk seri Utama Rais Yatim menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan beberapa kali bagi merealisasikan projek ini. "Kini, jalan terbaik buat saya adalah terus menunggu kata putus daripada pihak Datuk Seri Utama Rais Yatim tentang status pembiayaan itu. Ditanya adakah dia tetap akan menerbitkan 'Mek Ani' seandainya filem itu gagal mendapat pembiayaan skim tersebut, Kak Wan optimis untuk meneruskan perjuangannya demi memartabatkan warisan dan budaya negara. "Sejujurnya Kak Wan lebih selesa untuk berfikir secara optimis dalam hal-hal sebegini. Namun, seandainya nasib tidak menyebelahi, Kak Wan akan tetap menerbitkan 'Mek Ani' walau dengan apa cara sekalipun. "Mungkin hanya setelah filem ini sudah disiapkan kelak, baru ada pihak yang akan buka mata untuk membiayai semula kos penerbitannya," ujarnya berseloroh. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 03 Dec 2009, 7:03 pm | |
| Natasha Tidak 'Melatah' Jadi Janda Kali Kedua Oleh WAHIDA ASRANI BILA aktres jelita membuat pengakuan dirinya sudah pun bercerai dengan suaminya, Datuk Shahrin Zahari, ada yang terkejut dan tidak kurang juga yang merasakan itu adalah 'lumrah' di dalam rumahtangga selebriti. Namun, cerita tentang Natasha Hudson ini sebenarnya menambat hati penulis. Sejak perkahwinan pertamanya lagi dengan Faiz Mohd Raih pada tahun 2006, tidak dinafikan nama Natasha cukup 'hangat' berbanding perjalanan seninya. Perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama empat bulan itu membuatkan banyak pihak meletakkan pelbagai spekulasi. Namun, ketika itu Natasha meletakkan prinsip untuk tidak berbicara lanjut tentang perceraian mereka. Beberapa bulan selepas penceraian tersebut, aktres dan model berusia 27 tahun ini bertemu jodoh pula dengan Shahrin yang merupakan seorang ahli perniagaan. Di sebalik kisah 'cinta' baru Natasha ini, terselit juga kisah yang kurang enak. Semuanya gara-gara 'kekecohan' yang berlaku apabila ada wartawan tidak dibenarkan masuk membuat liputan majlis perkahwinan mereka pada Ogos 2007 di Carcosa Seri Negara. Majlis yang berlangsung serentak dengan Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) yang juga menobatkan Natasha sebagai Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Chermin itu, dikatakan adalah majlis khas yang dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Disebabkan kejadian itu, ramai pihak media yang berkecil hati dengan pelakon itu yang seolah-olah meminggirkan media yang hanya bertujuan untuk membuat liputan tentang majlis tersebut. Perkara tersebut tidak berakhir di situ saja. Penampilan sulung Natasha di sebuah acara anjuran Rafflesia tidak lama selepas majlis perkahwinannya itu pasti akan sentiasa lekat di fikirannya sampai bila-bila. Masakan tidak, Natasha dianggap seperti 'boneka' di sidang media yang turut dihadiri oleh aktres Vanida Imran itu. Pihak media yang berada di situ hanya mengajukan pertanyaan kepada Vanida dan membiarkan Natasha 'mendiamkan diri' di sebelah aktres tersebut. Penulis yang berada di majlis tersebut dapat melihat reaksi Natasha yang terpaku apabila melihat semua media beredar pergi setelah hampir setengah jam menemubual Vanidah tanpa mengajukan satu pun soalan kepada Natasha. Bukannya bersifat kejam, namun tujuan pihak media berbuat demikian adalah untuk menunjukkan bahawa di dalam industri ini, jalinan yang baik antara artis dan media amat diperlukan. Namun, isu boikot itu tidak berlarutan kerana tidak lama selepas itu, cerita tentang Natasha kembali memenuhi dada-dada akhbar dan juga majalah. Pelakon itu juga sudah berkali-kali membuat kenyataan maaf tentang tindakannya itu. Berbalik kepada kisah perkahwinan Natasha dan Shahrin, perjalanan rumahtangga mereka semakin berseri dengan kehadiran cahaya mata mereka, Nessa Helena Shahrin yang kini berusia 20 bulan. Selama kira-kira dua tahun, rumahtangganya tidak diganggu dengan pelbagai kisah negatif. Namun, khabar angin tentang kegoyahan rumahtangga mereka mula bertiup baru-baru ini. Malah, ketika Natasha hadir di sambutan ulangtahun SuriaFM minggu lalu sebelum pengakuan tentang penceraiannya, mukanya kelihatan pucat lesi dan tidak bermaya. Sama ada sedang 'tertekan' atau pun kurang sihat, tidak pula penulis dapat pastikan. Enggan membiarkan pelbagai spekulasi singgah dalam dirinya, Natasha akhirnya membuat pengakuan tentang perpisahannya dengan Shahrin di sebuah akhbar kelmarin yang sekaligus merupakan penceraian kedua yang dialami oleh dirinya. Entah 'badi' apa yang terkena pada bintang ini yang asyik mengalami kegagalan dalam rumahtangganya. Tetapi jika sudah tertulis jodoh tidak berpanjangan, mahu atau tidak, perlu juga diharungi dengan hati yang tabah. Menurut Natasya, mereka berpisah sejak sebulan yang lalu namun kedua-duanya masih berkawan baik dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak perempuan mereka. Tidak pasti pula apa punca keretakan rumahtangganya kali ini. Namun, difahamkan, Natasha akan mengadakan satu pertemuan dengan pihak media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan tentang penceraiannya. Mungkin untuk melenyapkan pelbagai tanda-tanya dan mengambil 'iktibar' daripada pengalaman lalu, Natasha kali ini sudi pula bersemuka dengan pihak media. Namun, satu perkara yang penulis kagumi dengan wanita ini adalah sifatnya yang tidak cepat melatah apabila berdepan dengan kontroversi seperti ini. Walaupun kisah penceraiannya sentiasa menjadi bualan hangat, Natasha menghadapinya dengan cukup tenang. Malah, ketika berdepan dengan isu boikot dulu, Natasha tidak pula 'mengamuk' dengan tindakan media dan membiarkan perkara itu berlalu pergi begitu saja. Cuma apa yang pasti, Natasha perlu kuat untuk kembali memegang gelaran 'janda' dan kali ini, sebagai ibu tunggal juga. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 03 Dec 2009, 7:04 pm | |
| Anang - Saya Tidak Mampu Memenuhi Setiap Permintaan Yanti Oleh WAHI AZIZ Anang sudah mampu bercerita tentang perpisahannya dengan bekas isteri KD TERLERAI sudah segala kekusutan yang membelenggu dirinya. Kini, komposer juga penyanyi Anang sudah dapat menerima suratan yang tertulis ke atas kisah rumah tangganya. Malah, Anang lebih bersedia mengharungi hari muka bersama anak-anaknya sebagai bapa tunggal. Untuk pertama kalinya, menerusi pengakuan eksklusif di hadapan teman media, Anang yang membahasakan bekas isterinya itu dengan panggilan Yanti, enggan menyalahkan Kris sepenuhnya. "Saya yang harus dipersalahkan di dalam penceraian ini kerana sebagai ketua keluarga saya telah gagal menerajui perjalanan keluarga saya dengan baik," jelas Anang dengan wajah yang tenang. Anang, yang berada di sini dalam rangka promosi album solo terbarunya, 'Separuh Jiwaku Pergi' berkata, walaupun pedih untuk ditelan, Anang redha dan akur terhadap ketentuan takdir. Malah, bapa kepada Titania Aurelie Nurhermansyah (11) dan Azriel Akbar Hermansyah (9) melihat kegagalan rumah tangganya bersama diva Pop tersohor Indonesia Kris Dayanti dari sisi berbeza. Dia mengakui bahawa setiap masalah yang membawa kepada penceraian mereka adalah berpunca daripada dirinya sendiri. "Saya akui saya bukan lelaki yang sempurna. Saya tidak mungkin mampu memenuhi setiap permintaan Yanti. Maka, keterbatasan ini mungkin telah menyebabkan Yanti bertindak sedemikian. "Mahupun Yanti atau saya, kami sama-sama membuat kesilapan sehingga membawa kepada penceraian ini," ujar Anang. Tumpuan Anang kini pada kerjaya dan anak-anak Meskipun sudah jelas penceraian pasangan ini dikatakan berpunca daripada kecurangan Kris Dayanti, Anang beranggapan sebaliknya. Mengakui bahawa penceraian itu sebenarnya berpunca daripada kegagalannya sebagai ketua keluarga dalam memimpin ahli keluarganya. Ketika diusik mengenai pengalaman pertamanya terbang ke Malaysia sendirian tanpa Kris di sisi, Anang mengakui sedikit kekok dan sunyi. Tambahnya lagi kunjungannya ke Kuala Lumpur kali ini seperti ada yang kurang dan tidak lengkap. Jika sebelum ini Anang hanya datang ke sini bersama Kris, fakta itu berubah kali ini. Namun, atas tuntutan kerja dan komitmennya terhadap promosi album solo terbarunya, 'Separuh Jiwaku Pergi', Anang menyahut cabaran itu dan tampil berseorangan. Teringin Bertemu Teman Baru KD Pudar sudah episod duka, fokus Anang kini tertumpu kepada kerjaya seni dan anak-anaknya. Biar dengan siapa sekali pun bekas isterinya itu berpacaran, Anang kini lebih bersikap terbuka. Padanya, kenangan melayari bahtera perkahwinan selama 13 tahun itu biarlah tersimpan erat di dalam kotak ingatannya sahaja. "Apa yang penting kini adalah untuk terus berkarya kerana itu adalah jiwa saya. "Mungkin kalau saya seorang penulis, barangkali saya sudah menulis sebuah buku untuk berkongsi perasaan saya. Memandangkan saya seorang seniman, muzik dan lagu adalah saluran terbaik buat saya meluahkan perasaan yang terbuku di hati," jelas Anang. Beralih perbualan kepada kesediaannya untuk melihat Kris menjalani hidup baru, Anang berkata bahawa segala yang berlaku telah direncanakan oleh Kris. Di akhir bicara, Anang turut menyuarakan keinginannya untuk bertemu dengan siapa jua yang bakal bertakhta di hati Kris kelak. "Saya mendoakan yang terbaik buat Yanti dan semoga dia cepat bertemu jodoh. Sekiranya dia sudah ada calon, saya teringin sekali untuk bertemu dengannya. "Saya juga teringin sekali bertemu dengan Yanti di dalam satu majlis. Mungkin, jika dia berkahwin satu hari nanti, saya tidak keberatan untuk menghadirinya. Biarpun kami telah berpisah Yanti tetap ibu kepada anak-anak saya," jelas Anang. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Thu 03 Dec 2009, 7:06 pm | |
| Kes Cerai: Mamat Exist Gagal Hadir Pasport Ditahan Di Singapura Oleh AU YEONG HOW Marshila ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini. -Foto MSTAR oleh AU YEONG HOW KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat, 30, gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isterinya, Marshila Mustapa Kamal (Shila). Ketika ditemui di luar mahkamah, Marshila berkata, makciknya ada memberitahu Mamat tidak dapat hadir sebab paspotnya ditahan di Singapura. "Dia (Mamat) berada di sana. Dia masih berada di bawah jaminan dan mahkamah masih pegang pasportnya. "Dia cuma hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mak cik saya semalam untuk memberitahu dia akan hadir ke mahkamah pada 23 Disember ini di negara sana," katanya. Sebelum ini, media Singapura melaporkan Mamat ditahan polis atas dakwaan mencuri telefon bimbit milik seorang pelakon tempatan pada 13 November lalu. Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin di Balai Polis Bedok. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Untukmu Ibu' itu ditahan selepas Suhailmi Ruslan atau lebih dikenali sebagai Amy Kecik, membuat laporan mendakwa Mamat mencuri telefon jenama Samsung berharga S$280 (RM685.11) dari rumah beliau pada pagi 13 November lalu. Mamat turut dilaporkan merayu dibebaskan dengan memberi alasan memerlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sedang sakit. Menurut Marshila, Mamat meminta kawannya untuk menelefonnya bagi memaklumkan bahawa dia ditahan. Marshila ditemuramah para wartawan sejurus selesainya prosiding mahkamah. "Selepas dijamin, dia tidak beritahu apa-apa lagi. Bila lepas, saya pun tak tahu," katanya . Marshila memberitahu, Mamat melafazkan cerai pada 28 Oktober 2009 dan dia memfailkan pengesahan lafaz tersebut di mahkamah sehari kemudian. "Mamat datang ke rumah dan melafazkan cerai secara berdepan dengan saya. Masa itu, kami ada bertengkar sedikit dan kemudian dia lafazkan, "Saya ceraikan awak". Masa itu, kami bersama dengan anak-anak," kata Marshila yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3. Menurut Marshila, selepas bercerai mereka tinggal berasingan dan Mamat tinggal di Singapura. "Daripada maklumat yang saya terima, dia tinggal di rumah teman wanitanya," tambahnya. Dalam prosiding hari ini, Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi berkata, pihak mahkamah tidak dapat mengesahkan penceraian pasangan itu kerana pihak defendan (Mamat) gagal hadir. Justeru katanya, kes itu ditangguhkan pada 24 Februari 2010, pukul 10 pagi. "Mahkamah mohon pihak plaintif beritahu defendan tentang tarikh baru tersebut bagi mempercepatkan kes ini," katanya. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 Sat 05 Dec 2009, 3:49 pm | |
| Shah Rukh Khan Ingin Menonton Filem ‘Paa’ Bersama Keluarga Shah Rukh dikatakan telah meminta 6 tiket untuk tayangan premier filem ‘Paa - foto REUTERS FILEM Paa menjadi buah mulut ramai semenjak ianya mula dipromosikan kerana pelbagai sebab. Raja Bollywood, Shah Rukh Khan pun telah menunjukkan minat yang terhadap filem tersebut. Ada khabar angin yang mengatakan yang Shah Rukh telah meminta 6 tiket untuk tayangan premier filem ‘Paa.’ Abhishek Bachchan berkata Shah Rukh Khan ingin menonton filem itu dengan seisi keluarga. “Kerana itu, kami telah memberikan enam pas kepadanya,” jelas Abhishek. Filem Paa dibintangi oleh Abhishek Bachchan dan Vidya Balan. Mereka memainkan watak-watak utama. Amitabh Bachchan, pula berlakon sebagai pesakit Progeria, iaitu sejenis penyakit yang dimana seseorang itu dilahirkan sebagai tua dan akan bertukar menjadi muda apabila dewasa dalam filem tersebut. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 12 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 10 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |