|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 2:08 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 2:10 pm | |
| PROFIL TASHA NAMA PENUH: Natasha Liana Hudson TARIKH LAHIR: 9 September 1982 TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak STATUS: Berkahwin SUAMI: Usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari ANAK: Nessa Helena PENDIDIKAN: Sarjana dalam Rekaan Grafik di The One Academy, Sunway dan Performing Arts di Chicago Performing Arts School, Chicago PROFESION: Model, pengacara, pelakon dan penulis buku. IKLAN: Nesquick, McDonald’s, Pantene, Ambi Pur dan L’Oreal. PROGRAM TV: Fesyen TV, Girls Club, Kediaman Idaman. DRAMA : Pei Pan dan Rahsia Cemara. FILEM: Chermin, Sumolah dan Tipu Kanan Tipu Kiri |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 2:39 pm | |
| |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 3:12 pm | |
| memasing dah kahwin dah beranak pinak........tunggu le lepas bercerai...baru timbul balik....he...he...itu lah trend artis pompuan kite....... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 3:20 pm | |
| - chitra77 wrote:
- memasing dah kahwin dah beranak pinak........tunggu le lepas bercerai...baru timbul balik....he...he...itu lah trend artis pompuan kite.......
pandai jer chitra ni.....macam tau2 jer.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:11 pm | |
| Penjelasan MemeySaya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,” luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.
Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.
Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.
“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.
“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.
“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.
Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.
“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.
Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.
Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.
Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.
Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.
Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.
“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.
“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.
“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.
“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.
Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:
“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.
“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.
“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami,” kata Memey.
Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.
“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:13 pm | |
| Penat Diboikot Media Malaysia: Fasha Sandha Sambung Belajar ke IndonesiaEntah bila tempoh pemulauan Fasha Sandha oleh media Malaysia akan berakhir. Tetapi kami di OHBULAN! tidak akan sesekali menyekat berita selebriti sensasi ini dari keluar di’sini. Al-kisahnya, kerana telah tersedar akan mutu lakonan & suara kepitnya yang menjadi bahan jenaka peminat hiburan tanah air, Fasha Sandha bercadang untuk melanjutkan pelajaran dengan mengambil kursus lakonan di’salah sebuah universiti di Indonesia. Satu pertanyaan buat peminat hiburan tanah air, jika Fasha Sandha hilang untuk setahun atau dua, adakah anda akan merindukan kelibat beliau di TV & media massa? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:19 pm | |
| Noor Kumalasari beri ceramah tentang aurat"FESYEN Islamik dikaitkan dengan aurat dan bukan mudah untuk seseorang itu menutup auratnya lebih-lebih lagi wanita.
"Saya juga perlu menutup aurat dan apa yang saya lakukan pastinya akan menjadi perhatian umum..," ungkap pelakon, penyanyi dan peragawati Noor Kumalasari yang pernah menempah nama dalam industri hiburan tanah air dalam era tahun 70-an hingga 80-an.
Noor mula memasang niat untuk menutup aurat dan bertudung semasa beliau berlakon lagi dan ia semakin meluap ketika beliau mengerjakan haji di Mekah pada tahun 1997
Noor sedia berkongsi pengalamannya bertudung dalam bengkel busana muslim dengan tema 'Aurat' di Festival Fesyen Islamik ke-6 (IFF VI).
Niatnya termakbul apabila Allah membuka pintu hatinya untuk bertudung pada hujung tahun itu.
Demi merungkai segala pengalamannya sebelum dan selepas bertudung, Noor akan berkongsi cerita tersebut dalam sebuah bengkel busana muslim dengan tema 'Aurat' di Festival Fesyen Islamik ke-6 (IFF VI).
Bengkel tersebut akan diadakan pada 22 November di Starhill 1, JW Marriott Hotel. Kuala Lumpur dan turut menampilkan penceramah terkemuka seperti Datuk Dr. Fatima Al Zaharra dan Prof. Madya Mohd. Najib.
Para peserta yang berminat bolehlah menghubungi 03-4256 2060 atau 019-3131 550 di mana bengkel tersebut hanya dibuka kepada 100 orang dengan bayaran RM220.
"Sebelum ini, saya selalu meminta kepada Allah supaya membuka pintu hati saya untuk betudung dan Alhamdulillah, akhirnya Dia makbulkan.
"Sebenarnya saya dah lama berniat untuk memakai tudung secara tidak langsung semasa berlakon filem Tiada Esok Bagimu di mana saya mengenakan tudung dalam filem tersebut.
"Jadi, saya akan berkongsi pengalaman bersama orang-orang di luar sana yang hendak menutup aurat," kata Noor ketika majlis sidang media IFF VI di JW Marriot Hotel semalam.
Sebelum ini, ada juga orang yang ingin menjemput Noor untuk mengadakan ceramah tentang menutup aurat tetapi dia menolak.
Kini, Noor bersedia untuk berkongsi ceritanya kerana bengkel tersebut lebih banyak dikaitkan dengan fesyen busana muslim.
"Mungkin ramai antara wanita di luar sana yang hendak menutup aurat tertanya-tanya adakah mereka akan mempunyai kawan dan boleh mendapat kerja selepas bertudung litup?
"Bagi saya, orang akan lagi hormat kita kalau kita bertudung litup. Biarlah orang tak nak kawan dengan kita atau sukar mendapat pekerjaan.
"Saya yakin, semua itu mempunyai hikmahnya dan orang yang membuat sesuatu kerja kerana Allah, Dia akan membantu kita mendapat kerja yang sesuai dan mendapat kawan yang lebih baik daripada kawan yang meninggalkan kita dulu.
"Insya-Allah, saya akan berkongsi dengan penonton tentang bagaimana saya berubah dan melakukan dakwah secara individu," tutur Noor dalam nada yang tenang.
Noor berkali-kali menegaskan bahawa seseorang itu perlu menutup aurat dan bertudung hanya kerana Allah dan bukan sebab sesuatu.
Melihat penampilannya yang selesa ke mana-mana dengan hijab dan berjubah labuh, Noor berkata dia gemar memilih jubah longgar dan tudung lebar berwarna hitam kerana fabrik tersebut tidak jarang.
[ |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:29 pm | |
| Enot derita ketumbuhanMELIHATNYA di kaca televisyen atau secara langsung, pasti ramai tidak dapat mengagak bahawa pelakon Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot sebenarnya menanggung derita.
Disahkan mengalami ketumbuhan di bahagian ovari oleh doktor, Enot bagaimanapun tidak memikirkan sangat apa yang dihadapinya ketika ini.
Baginya, hidup perlu diteruskan dan apa jua cabaran mendatang, tabah serta sabar merupakan penawar segala dukanya.
Sungguhpun begitu, rasa takut tetap bersarang di hatinya memikirkan ketumbuhan itu semakin membesar sehingga membuatkannya tidak mampu berdiri terlalu lama dan sering terasa sakit di bahagian pinggang.
"Menurut doktor, sekarang ini ia (ketumbuhan) sudah sebesar bola tenis. Saya pun tidak tahu bila saya akan menjalani pembedahan. Rasa takut pun ada.
"Ketika ini, saya diberi ubat yang mampu mengecutkan ketumbuhan tersebut. Kalau tidak berjaya, saya akan menjalani pembedahan juga,'' kata Enot ketika ditemui Hits baru-baru ini.
Jelas Enot, ketumbuhan di bahagian ovarinya mula dikesan sejak empat bulan lalu ketika dia dan keluarga sedang bercuti di Sarawak.
"Sebaik sampai di sana, saya mengalami pendarahan, sakit di bahagian pinggang dan tidak boleh bergerak.
"Apabila dirawat di klinik, doktor pada mulanya mengesyaki saya mengalami penyakit apendiks.
"Habis sahaja bercuti, saya kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur dan merujuk penyakit yang saya alami di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),'' ujarnya.
Katanya, di HUKM, doktor mengesahkan yang dia mengalami ketumbuhan.
Menurut Enot, dia kini sedang berpantang terutama dalam aspek pemakanan bagi membolehkan ia tidak memberi kesan kepada penyakit yang dihidapinya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:41 pm | |
| Adi Fashla Tak Kecil Hati Dengan KieranKini, tiada lagi penyampai ERA bernama Kieran. Namun, dalam sibuk memperkatakan tentang Kieran meninggalkan stesen popular ini, tiba-tiba sebuah akbar tempatan menyiarkan pandangan Kieran tentang Adi Fashla, baru-baru ini. Dalam artikel tersebut Adi dikatakan perlu berubah untuk memantapkan slot Pagi@ERA. Apa pula komen Adi? Tidakkah hatinya remuk dan kecewa selepas membaca kenyataan itu? Ketika dihubungi, Adi sedia menjawab secara profesional. "Saya tidak ada masalah pun dengan Kieran. Saya tidak pasti apa maksud beliau apabila mengeluarkan kenyataan itu tapi terus terang, saya tidak rasa terjejas pun dengan komen sebegitu. "Saya hanya mahu jadi diri saya sendiri. Saya ditukarkan ke Era kerana jiwa saya gila-gila. Apa yang boleh saya cakap, mungkin Kieran tak dapat menerima cara saya berceloteh. Dulu semasa di Xfresh, saya lebih gila-gila berbanding di Era. "Terus-terang, saya ada ikut apa yang diajar oleh Kieran. Sepanjang bekerja dengannya, dia seperti 'guru' saya. "Di luar konti, kami berdua masih lagi berSMS dan bertanyakan khabar. Biasalah, ini semua adat bekerja. I'm not a moody person," jelas Adi. Menambah kenyataan tersebut, Adi berkata bahawa masyarakat juga berhak untuk bercakap apa saja. "Saya tak ada hak untuk tutup mulut orang. Saya dengan Kieran masih OK. Kami masih lagi bermain badminton bila ada masa terluang. Kerja janganlah dicampuradukkan dengan hal peribadi," katanya mengakhiri perbualan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:44 pm | |
| Scha Al-Yahya Ada Tarikan Komersial"Panggil saya Sha. Ejaannya S,C,H,A dan sebutannya Sha," kata Juara Dewi Remaja 2006, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya selepas penulis tersilap memanggil namanya.
Jika melihat wajah dan perwatakannya, ramai beranggapan Scha berusia belasan tahun. Perangai kebudak-budakannya itu membuatkan penulis sendiri tertipu. Dia yang dilahirkan di Sungai Petani, Kedah kini menjangkau usia 25 tahun pada 30 Mei 2008 lalu.
Walaupun namanya masih asing di kalangan peminat tetapi Scha kini berdikit-dikit menimba pengalaman dan berusaha meletakkan namanya sebaris dengan pelakon ternama. Selepas tayangan drama bersiri lakonannya sebagai Sofia, Bella, ia benar-benar membawa Scha berjinak-jinak dalam industri hiburan di Malaysia.
Rupanya yang cantik dan peramah memudahkan bekas pramugari ini dipancing oleh pengarah drama, filem dan iklan komersial. Tidak sampai setahun jagung, Secha kemudian diterima berlakon dalam filem Antoofighter, Histeria serta Papadom yang akan ditayangkan tidak lama nanti.
Tidak mustahil juga bekas pelajar kolej PTPL yang comel ini diterima berlakon kerana dia pernah mempunyai pengalaman menjadi model jenama terkemuka seperti Hotlink, Nokia, Olay serta Ikea. BiodataNama: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya Nama Komersial: Scha Al-Yahya Usia: 25 tahun Tarikh Lahir: 30 Mei 1983 Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah Tinggi: 5 kaki 7 inci Berat: 50 kg Iklan: Hotlink, Nokia, Olay Filem: Antoofighter, Histeria, Papadom Drama: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella Muzik kegemaran: Yang rancak Minuman kegemaran: Jus Tembikai Warna pilihan: Putih Artis kegemaran: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts Tempat kegemaran: Club Med, Cherating Idola: Tun Dr Mahathir Tabiat buruk: Terlalu banyak berfikir Gelaran: Juara Dewi Remaja 2006 |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:47 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Wed 12 Nov 2008, 4:48 pm | |
| Alyah Nekad Buat Comeback Solo |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 12 of 12 | Go to page : 1, 2, 3 ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |