|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
miecyber Mod PR
Number of posts : 155 Age : 53 Location : Kaki Gunung Tahan Registration date : 10/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Mon 03 Nov 2008, 4:46 pm | |
| Sedihnyer kisah Aziz M. Osman nie... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 8:17 am | |
| ABBY 'SERANG' NORMAN HAKIMKUALA LUMPUR - Gara-gara gelagat Norman Hakim yang dianggap terus mempertahankan pelakon baru, Memey Suhaiza, pelakon Abby Abadi tidak mampu mengawal kemarahan dan bertindak 'menyerang' suaminya itu di depan pihak media semalam. Insiden itu berlaku ketika Abby bersama lebih 20 petugas media ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini semalam, untuk bertemu Norman bagi membantu melengkapkan borang permohonan perceraian fasakh. "Kenapa asyik mempertahankan dia? Memey baik, Memey itu, Memey ini? Saya ni siapa dalam hidup abang? "kata Abby marah dan terkilan ekoran Norman seolah-olah mempertahankan Memey dalam beberapa jawapannya kepada media. Insiden itu adalah rentetan rasa kecewa Abby yang merasakan dirinya diabaikan Norman setelah suaminya dan pelakon itu ditangkap atas dakwaan berkhalwat, 30 Oktober lalu. Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, kira-kira pukul 3 pagi. Norman yang 'diserang' di lokasi drama berkenaan pada awalnya kelihatan tenang meskipun penggambaran terpaksa dibatalkan gara-gara insiden yang berpunca daripada dirinya. Bagaimanapun sebaik diajukan borang permohonan perceraian oleh Abby, Norman tidak mampu menahan perasaan lalu menangis. Setelah menenangkan diri seketika, bapa kepada tiga anak ini 'melarikan' diri daripada kumpulan media dan Abby yang hadir tanpa diundang ke lokasi. Melihat Norman menjauhkan diri, Abby lalu mengekori suaminya itu untuk menyerahkan borang itu sekali lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 8:29 am | |
| FAHRIN DAN SCHA BERPEGANGAN TANGAN??… dan semestinya bersama dengan 4 orang lain. Betul ‘kan yang hujung sebelah Fahrin Ahmad itu Scha al-Yahya? Ada orang melaporkan yang Fahrin & Scha berpegangan tangan beberapa dalam majlis rumah terbuka NSTP ini. Nampak romantik pasangan kekasih terbaru Malaya ini. Cepat-cepatlah mengaku Fahrin, senang cerita. Lagi cepat kahwin, lagi senang |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 8:36 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 8:51 am | |
| GAMBAR SOLEKAN @ LOVEBITE ANTARA AQASHA & SHARIFAH SOFEA NI??? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 8:53 am | |
| YASSIN DAN ANAK |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 9:15 am | |
| Kemuncak kekesalan pelakon dan pengacara ke atas penyampai popular Era sudah bermula MUSIM kedua program realiti tarian, Sehati Berdansa (SB2) dijadualkan menemui peminatnya di saluran Astro Ria bermula 26 Oktober ini. Seperti sedia maklum, Astro terus mengekalkan pengacara musim pertamanya, Fahrin Ahmad serta Linda Onn dalam ketika pasangan berkenaan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada status 'teman tapi mesra' yang sudah terjalin antara mereka lebih setahun yang lalu.
Sekalipun antara Fahrin dan Linda khabarnya tercetus perang dingin, tapi atas dasar profesional, mereka akur dengan permintaan Astro yang mahu mengekalkan kedua-duanya untuk musim kedua ini. Kata-kata sinis yang dilemparkan kepada bekas pasangan kekasih ini - mereka sekadar mampu berdansa, tapi tidak lagi sehati dan sejiwa. Kalau diminta bergambar sama sekalipun, kerana terpaksa atas permintaan media dan Astro.
Pada petang 15 Oktober lalu (sehari selepas sidang media SB2), Zubir berkesempatan menemui Fahrin di lokasi penggambaran Fara 3 di Sunway Lagoon. Ketika itu dia bersama Fara Fauzana baru saja menjayakan satu babak drama bersiri arahan Aziz M Osman. Untuk mengetahui apa terjadi, Zubir pun mendekati Fahrin apabila tidak berpeluang menghadiri sidang media SB2 kerana masih bercuti.
"Terus-terang saya katakan, SB2 adalah kemuncak kekecewaan saya terhadap Linda! Saya perhatikan, Linda beberapa kali pada media berlainan seperti blog, bisik-bisik pada orang sekeliling termasuk akhbar, cuba memberitahu peminatnya, dia sepatutnya digandingkan dengan orang lain dalam SB2 dan bukannya saya! Tapi, di saat-saat akhir, nama saya jadi pilihan Astro dan Linda 'terpaksa' menerimanya.
"Kalau Linda seorang yang benar-benar profesional, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar daripada mulutnya. Sewajarnya Linda harus bersedia digandingkan dengan sesiapa saja. Linda cakap saja di mulut, dia seorang yang profesional dan boleh menerima keadaan perhubungan kami ketika ini dengan hati terbuka.
"Tapi, apabila melihat dia bercakap di pelbagai media, ternyata tindak tanduknya tidak selari dengan kata-katanya. Saya sudah lama mendiamkan diri, namun disebabkan sikap keanak-anakan Linda yang terus berlarutan, saya harus bersuara untuk kebaikan semua termasuk dirinya.
"Pun begitu, saya minta maaf jika pemilihan saya sebagai pengacara bersama SB2 mengecewakan Linda. Saya juga seperti dirinya, tawaran Astro adalah rezeki buat saya (sambil merujuk kepada kenyataan Linda dalam B*Pop terbitan 12 Oktober lalu)," kata Fahrin yang nampaknya tidak lagi berlapik atau berkias ketika bercakap mengenai bekas buah hatinya, Linda.
Mengenali Fahrin, dia sebelum ini begitu teratur mengeluarkan kata-kata berhubung kisah putus cintanya bersama Linda, mungkin terlalu menjaga hati bekas kekasihnya itu, tapi kali ini dia lebih 'vokal', mungkin sudah mencapai kemuncak kekecewaannya terhadap kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi pelbagai medium. Zubir tidak menyebelahi sesiapa baik Fahrin mahupun Linda kerana kedua-duanya adalah kawan baik Zubir yang sudah lama Zubir kenal hati budi masing-masing. Tapi, apabila bercakap soal hati dan perasaan, ia terlalu sensitif. Kalau beginilah kesudahannya, masing-masing ada hujah tersendiri, Zubir harap Fahrin dan Linda mampu menyelesaikan misi SB2 ini dengan jaya, mungkin lebih berjaya daripada musim pertamanya.
Cuma satu pertanyaan Zubir kepada pihak Astro, sudah tahu antara Fahrin dan Linda tiada lagi kasih sayang, mengapa terus mengekalkan mereka sebagai pasangan pengacara, adakah tujuan Astro mengekalkan bekas 'teman tapi mesra' ini di pentas sama dengan motif mewujudkan sensasi di kalangan pihak media dan peminat, sekali gus melonjakkan rating SB2 dengan kisah cinta mereka yang tidak berkesudahan ini? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 9:23 am | |
| Rozita Che Wan rahsiakan penyakit, enggan simpati CANTIK, itulah perkataan yang sinonim dengan wanita bernama Rozita Che Wan. Namun sejak kebelakangan ini wanita cantik ini kurang muncul di khalayak ramai. (Gambar KOSMO)
Bahkan Rozita juga menolak beberapa sesi fotografi terkini dengan alasan kurang sihat termasuklah enggan mengadakan pertemuan dengan media sepanjang Ramadan lalu.
Perkhabaran yang didengar Kosmo! pula, dia baru menjalani pembedahan kerana satu penyakit yang dirahsiakan. Itu yang menyebabkan Rozita enggan muncul di depan khalayak kerana tidak mahu berita mengenai penyakitnya itu digembar gemburkan.
Untuk mendapat kepastian, Kosmo! cuba menghubunginya. Sangka penulis, dia mungkin tidak akan menjawab telefon kerana bimbang soalan kesihatannya akan diajukan.
Sangkaan itu meleset. Sebaliknya dia menjawab dengan suara yang penuh ceria. Mungkin mahu menutup lara kesakitannya? Hanya Rozita yang tahu.
Bagaimanapun, wanita ini enggan mengulas panjang menengenai penyakitnya itu. Sakit yang hanya sedikit, katanya.
"Alaa, tak ada benda pun. Sakit sikit je. Saya buat pembedahan awal bulan Ramadan lalu. Selama dua minggu saya duduk di hospital.
"Alhamdulillah semuanya okay dan saya sudah berjalan seperti biasa. Minggu ni saya sudah mula aktif semula di lokasi penggambaran untuk berlakon. Jadi tak perlulah cerita lagi. Biar saya dan keluarga terdekat saja yang tahu mengenai keadaan penyakit saya tu," tuturnya ringkas.
ENGGAN berkongsi keperitan dengan orang ramai, bimbang disalah tafsir sebagai menagih simpati.
Sengaja mahu mengorek lagi rahsia penyakitnya yang dikatakan sesetengah pihak sebagai 'agak serius', Rozita berkata dia sebenarnya keliru adakah wajar untuk berkongsi cerita berkenaan dengan khalayak.
Apakah lebih baik kalau ia sekadar menjadi bahan simpanan bersama keluarga apatah lagi ia membabitkan soal yang sangat peribadi.
"Susah saya nak cakap. Nak ikutkan hati memang saya hendak bercerita dan berkongsi tentang penyakit saya tetapi saya takut pula nanti ada yang salah tafsir. Takut nanti mereka kata saya sengaja nak cari simpati daripada orang ramai.
"Lagipun, kalau orang mendapat tahu tentang penyakit saya, sudah semestinya ramai yang akan bertanya dan banyak juga yang saya perlu menjawab.
"Ini membuatkan saya merasa kurang keyakinan dan rasa seperti lebih sakit. Dah alang-alang habis pembedahan dan kembali sihat, tak perlulah nak cerita panjang-panjang. Janji saya sudah selamat," ujarnya pinta difahami sambil menyimpan kejap kisah sakitnya itu dalam diari peribadinya.
Sengaja mengusiknya, adakah enggan mengulas hanya kerana dia gusar jika dirinya 'tidak laku' atau enggan didekati penerbit lagi, pantas saja dia menjawab.
" Eh, mana ada rasa macam itu. kalau boleh saya nak orang lihat saya sihat dan boleh kerja semula. Itu semua soal rezeki. Kalau rezeki ada, adalah, saya tak bimbang," katanya lagi.
KINI Rozita sudah kembali segar untuk melunaskan tanggungjawab di lokasi penggambaran.
Tatkala ditahan di wad, janda dua anak ini langsung tidak mahu menerima sebarang pelawat. Cukup sekadar keluarganya dan teman rapat sahaja.
Malah, awal-awal lagi jururawat-jururawat di hospital itu sudah pun diberitahu agar tidak membenarkan sesiapa selain keluarganya untuk melawat wanita ini.
"Memang masa itu saya tak mahu pelawat. Dan masa inilah saya mengambil peluang untuk berehat secukupnya. Minta maaf kalau sesiapa yang baru tahu tentang ini terasa hati dengan sikap saya," jelasnya yang akan mula sibuk untuk menghabiskan penggambaran drama bersiri, Bara Yang Ku Genggam.
Sungguhpun tubuh badannya sakit setelah menjalani pembedahan, dirinya masih lagi dihibur dengan lawak-lawak jenaka daripada ahli keluarga barunya, Lan Pet-Pet yang baru saja berkahwin dengan adiknya, Robitah.
Malah, jururawat-jururawat di sana turut dihiburkan, membuatkan suasana hospital yang suram itu menjadi ceria seketika dek lawak semula jadi adik iparnya itu.
"Lan Pet Pet memang seorang penghibur. Suka sangat buat lawak. Saya yang sakit ni pun rasa macam dah tak sakit. Gamat jugalah kawasan bilik saya sekejap," tawanya.
DALAM manis senyuman, tidak banyak yang tahu penderitaan Rozita.
Ditanya mengenai perasaannya ketika menanti detik-detik waktu menjalankan pembedahan, kata Rozita, tiada apa yang gementar dirasakannya. Suspen? Langsung tidak ada. Apa yang dilakukannya cuma menenangkan diri agar tidak terlalu tertekan dengan pembedahan yang dijalaninya.
"Tipulah kalau saya kata tak takut langsung. Tapi saya harus menenangkan diri. Saya bersyukur kerana anak-anak memahami. Bila saya kata 'mummy nak pergi hospital kejap sebab mummy sakit', mereka kata okay.
"Alhamdulillah, keluarga saya memberi sokongan seratus peratus pada saya. Mereka sanggup bersahur dan berbuka puasa beramai-ramai di hospital sepanjang saya sakit," katanya, mengenang kembali saat dirinya ditahan di wad.
Cuti sehari seminggu
Setelah menjalani rawatan, sudah semestinya rehat yang diperlukan. Oleh itu, Rozita kini mula memanjakan diri agar diri tidak keletihan dan tertekan dengan kerjayanya. Apatah lagi kini dia baru saja menjalani pembedahan, dia mula merancang hari cuti rehatnya sendiri dalam setiap minggu.
"Sekarang ni, saya tak boleh terlalu aktif sangat. Dulu kerja siang dan malam, tak ada rehat. Tetapi sekarang saya perlukan sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk berehat.
"Selain itu, bolehlah saya meluangkan masa bersama anak-anak. Kadang-kadang kasihan tengok mereka. Tapi alhamdulillah, mereka pun memahami kerjaya saya yang mencari rezeki untuk mereka juga.. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 9:24 am | |
| LAGI....LAGI............. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 9:39 am | |
| Imran Ajmain, Ashraf Muslim Bergaduh! Dulu, kecoh industri hiburan apabila 2 pelakon jelita, Lisdawati dan Rita, bergaduh di set lokasi drama arahan Rashid Sibir. Terbaru, Murai Batu dapat berita pergaduhan lagi tetapi melibatkan 2 artis lelaki yang kacak orangnya. Seorang daripada mereka adalah penyanyi dari Singapura dan seorang lelaki aktor yang tengah hangat bercinta dengan pelakon cun, Sherry Ibrahim. Mereka adalah Imran Ajmain dan Ashraff Muslim. Ketika menerima kiriman foto melalui satu e-mel, Murai Batu terkejut melihat pergaduhan itu. Murai Batu difahamkan foto ini sempat dirakamkan pengurus Imran sendiri. Belek punya belek, rupa-rupanya 2 jejaka ini hanya bergaduh dalam drama Renjis 2 di Astro Ria. Hai, buat saspen saja... Rupa-rupanya, Imran sekarang dah jadi pelakon pula. Sebenarnya, Ashraf yang sememangnya pelakon drama Renjis dikehendaki melakonkan babak bergaduh dengan Imran yang menjadi bintang undangan. Mesti kelakar kan sebab Imran tu berbadan besar dan Ashraf pula kurus... hai siapa yang menang? Kalau nak tahu, jangan lupa tontoni Renjis 2 tidak lama lagi yang turut menampilkan hero baru, Kamal Adli. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 9:47 am | |
| Gambar Panas Michelle Melodi TV3 with BoyfriendMost fans said, “padan muka, sekarang biar Melodi TV3 pulak terjah engkau, michelle” and “Michelle ini non-muslim, so why kecoh kecoh?”. It up to Michelle about how to explain to mass media and fans regarding her own gambar panas and gossip panas artis. Can`t wait to see Melodi TV3 and terjah Michelle by abang Nas |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 10:26 am | |
| |
| | | Che ab Admin
Number of posts : 1081 Registration date : 03/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 10:45 am | |
| pergh..mmg up to date lah... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 10:58 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 11:04 am | |
| ERIC FUZI SAKIT TENAT????? Pelakon remaja yang pernah membintangi filem Dunia Baru The Movie dan I Know What U Did Last Raya dan banyak lagi dikatakan sakit tenat di Hospital Serdang. Menurut kenyataan seorang gurunya, Eric menghidapi penyakit Menigitis atau dalam makna lainnya jangkitan kuman dalam otak. "Beliau masih unconcious setalah dimasukkan ke hospital pada jam 2.30 pagi. Beliau kini sedang diberi rawatan rapi oleh pihak hospital," ujar guru terbabit. Jika benarlah Eric sakit tenat, marilah sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali memberi sumbangan dalam dunia seni. Amin!! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 11:29 am | |
| ELYANA DAN TEMAN LELAKI?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 11:30 am | |
| NABILA HUDA BERSAMA BAKAL SUAMI, ZAIDINabila Huda dan Zaidi bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Disember 2008 ini. Gambar dibawah dirakamkan oleh lensa kamera Murai semasa Nabila Huda dan Zaidi menghadiri hari jadi ayah Nabila Huda, Amy Search yang ke-50. |
| | | mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 11:40 am | |
| entahlah tak tau nak kata ttg kes mereka ni... sepatutnye kenalah bawak berbincang dan mengetahui cerita yang sebenar dari pihak perempuan...dan bonda pun jgnlah trs wat statement sebegitu... sape tak sayang anak...tapi selidik dulu hal yg sebenar... Ape2 pun kite tunggu je berita dari mamarazi kite ni... Owang kat luar tu tak yahlh buang duit nak beli majalah ttg gissip artis ni... hang mai kat pekanrabu ni je...macam2 gossip ada.... yg bestnye..boleh bersoal jawab tu... klu bli majalah kite kena baca je...kat sini boleh terus komen n ramai plak yang menjawab nanti.... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | mamzie Mod PR
Number of posts : 1497 Age : 56 Location : Kuantan,Pahang. Registration date : 10/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 11:47 am | |
| ala kacang je nanti michelle jawab terjah abang nas nanti... lagi pun dia ni non muslim so klu dia nk pakai seksi ke apa ka....tadak hal punya... yg jadi hal skang ni artis muslim yang seksi maut... dah tau awak tu muslim n kat sekolah pun dah belajar bab agama tang batas2 aurat ni..klu nak tunjuk gak..mmg nak nahaslah...terutama dari dijejak mamarazzi kite awin n mamarazzi junior sally... hish...panazzzz berita mereka bawak..... abang nas pun blh salute mereka ni... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 12:04 pm | |
| ISTERI AZIZ M.OSMAN MALUNor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur.
Saya hairan dengan kenyataan bonda konon pernikahan saya dengan Aziz tidak sah dan sudah dirujuk kepada mahkamah, namun kenapa surat menyatakan perkahwinan kami tidak sah itu tidak dikeluarkan.
Saya kecewa dengan kenyataan itu kerana dibuat tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya dan keluarga. Disebabkan kenyataan itu, kami sekeluarga terpaksa menanggung malu dan individu yang terbabit turut mempersoalkan kenyataan itu, katanya.
Haih, ustazah! orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita ini sudah semestinya membuat tafsiran yang berlainan dengan apa yang ustazah fikirkan. Anda boleh menjelaskan kepada khalayak umum, namun secara tidak langsung masyarakat masih memikirkan kenapa anda boleh bernikah tanpa wali dulu? Tidak kah pelik, anda ingat perkara cerai nikah ini adalah main-main?
Anda tidak boleh salahkan ibu Aziz M Osman kerana membuat kenyataan umum, sepatutnya anda & Aziz M Osman sudah boleh menjangka perkara ini akan berlaku. Bak kata pepatah melayu, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada guna. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 12:10 pm | |
| GAMBAR SEKSI DAN MANTAP AZHARINA |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 12:14 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 12:46 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:16 pm | |
| ABBY ABADI GAGAL FAIL TUNTUTAN CERAI NORMAN HAKIM KAHWIN LAIN??Abby Abadi cakap perceraian adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut gelora rumahtangganya bersama Norman Hakim. Dah tak de jalan lain dah. Kena cerai jugak.Rentetan peristiwa hari ini:
1.Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan di mahkamah. 2.Kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman, 3.Menemui Norman di lokasi penggambaran, 4.Menyerahkan dokumen, Pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan. Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar pukul 11.30 pagi tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai terhadap Norman setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.
Dalam nada sugul, Abby yang hadir seorang diri ke mahkamah itu bertemu dengan kira-kira 20 orang wartawan yang menanti pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite itu selesai mengadakan perbincangan dengan pegawai syariah yang memakan masa lebih kurang sejam.
Dengan linangan air mata, pelakon berusia 30 tahun ini menyatakan kegagalannya menuntut cerai daripada suaminya, yang mana salah satu faktor adalah disebabkan keengganan Norman memberikan kerjasama.
“Saya datang ke sini sebenarnya ingin menuntut fasakh, tetapi prosedurnya terlalu lama setelah diterangkan oleh seorang ustaz di dalam (mahkamah) tadi.
“Jadi dia cadangkan agar saya bercerai secara baik, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana banyak maklumat saya tidak lengkapkan. Saya ada menghantar SMS kepada Norman semalam setelah dia tidak langsung menjawabpanggilan saya dan memberitahunya yang saya akan ke mahkamah hari ini. Dia membalas SMS saya dan berkata saya boleh teruskan niat saya itu,” katanya.
KES KHALWAT
Sejak kes khalwat Khamis lalu, katanya, Norman langsung tidak pulang ke rumah. “Sebab itu saya hanya mampu hantar SMS saja kepadanya. Saya tak sangka pula begitu sukar prosedur untuk menuntut perceraian ini. Saya amatharap dia (Norman) dapat bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dengan segera,” ujar Abby.
Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidakpulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah pelakon baru, Memey Suhaiza.
Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.
PERNAH BERCERAI
Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor ‘orang ketiga’ yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan dalam hal tersebut.
Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumah tangganya, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan perkahwinan mereka.
“Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi,” kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
‘DRAMA’ CEMASKAN’
Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.
Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.
Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira pukul 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama ‘rombongan’ wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.
Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.
Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.
Norman dengan linangan air mata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
“Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik. Yang keduanya ialah tentang masalah rumah tangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik,” kata Norman.
NORMAN AKUI TIDAK PULANG
Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit. Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.
“Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibu bapa untuk jaga hati mereka.
“Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.
“Saya berada dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak,” kata Norman lagi.
Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab: “Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya.”
Aktor itu turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini. Secara ringkas Norman hanya menjawab: “Dia di pejabat.”
Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:
“Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini.”
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.
“Kenapa you buat I macam ini? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?” tanya Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.
Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab “perkara ini tak patut dibincangkan depan orang”.
Bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan “you tipu!” sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan “saya tak ada apa lagi untuk dikomen.”
‘Kekecohan’ itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.
YUSOF HASLAM TERPAKSA CAMPUR TANGAN
Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.
“Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman… dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.
“Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi,” kata Yusof.
Orang kuat Skop Productions itu turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:20 pm | |
| SAMBUNGAN........Sebelum ini pun, Abby Abadi dah terdetik dalam hatinya banyak benda negatif yang orang nampak mereka berdua tidak dapat bersama. Ramai yang cakap kat Abby, diorang dah tak sehaluan lagi. Seorang ke hulu dan seorang ke hilir. Lagi pula keadaan sudah semakin teruk dan keruh sekarang. Dan bila terjadi kes tu, Abby Abadi dah tak nampak jalan lain selain perceraian.
Susulan itu, pada petang tadi, Abby telah menjejaki suaminya di lokasi pengambaran Gerak Khas di Wangsa Maju. Sebaik sahaja Norman menjalani shooting bersama krew produksi, dia telah ditemuramah oleh media. Ini adalah jawaban Norman kepada media berhubung masalah keluarganya.
”Saya sedih sangat-sangatl Kalau kita cari jalan putus untuk bercerai tapi… kita cuba berbincang. Kalau tidak takkan kejadian pertama, tak serik lagi. Bagaimana pun sewaktu Norman ditemubual. Abby Abadi datang mencelah dan berlakulah perang mulut antara mereka. Untuk meredakan keadaan, Norman beredar meninggalkan kawasan tersebut.
Dan ini luahan hati Abby.
”Saya harap dapat selesaikan kes ini dengan cepat sebab saya rasa malu sangat sebab suami saya sibuk dengan perempuan. Saya tak nak tanggung lagi apa yang saya tanggung sekarang ini. Saya sudah tak nampak jalan dah. Saya rasa bukan masalah kaunseling, tapi kalau diri sendiri tak betul, macamana nak dengar cakap orang?” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:29 pm | |
| EKSKLUSIF!! PUTERI SHAHANAZ HAZLIN HAMDAN BERCERAI!!!!!Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan dan Datuk Roslan Hashim telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan Pahang.
Ahli perniagaan itu melafazkan cerai terhadap isterinya di depan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas kes tuntutan perceraian secara fasakh dikemukakan Puteri Shahanaz disebut semula di mahkamah, pada jam 9.40 pagi semalam.
Perkahwinan pasangan itu menggemparkan negara apabila Puteri Shahanaz menerima hantaran RM444,444.44 yang dikatakan paling mahal di Malaysia, pada September 2006.
Wanita itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM22,222.22 serta 22 barangan hantaran termasuk kereta BMW-320i berharga RM250,000, set barangan kemas berharga RM150,000; jam tangan mewah jenama Rolex bernilai RM25,000, cincin (RM20,000), beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.
Bagaimanapun, pada 4 Oktober lalu, Puteri Shahanaz Hazlin memohon cerai fasakh. Roslan juga bersetuju membayar tuntutan mutaah RM100,000 secara ansuran, iaitu RM5,000 sebulan kepada Puteri Shahanaz dan akan dimasukkan ke akaun bank, mulai bulan depan. Roslan turut bersetuju membayar nafkah RM1,500 sebulan kepada anak tunggal mereka, Putera Airil Imran, yang diberi hak jagaan kekal kepada bekas isterinya. Roslan dibenar membawa anaknya bercuti ke luar negara jika dipersetujui bekas isterinya tetapi jika gagal memulangkan semula kepada Puteri Shahanaz sebelum jam 10 malam (Ahad), membolehkan akses lawatan dan bermalam yang diberi kepada Roslan, ditarik semula. |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:32 pm | |
| cayok....lagi...berita pasal Norman & Abby... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:34 pm | |
| LAGI KISAH AZIZ M.OSMAN.... Nor Radhiah Ramli Dakwa Masih Isteri Aziz M. Osman? Peliklah, Ustazah Nor Radhiah Ramli cakap, dia masih lagi isteri kepada Aziz M. Osman. Tak bercerai lagi pun. Mana satu kita nak percaya ni? ‘Saya masih isteri Aziz’
KUALA TERENGGANU - “Aziz belum jatuhkan talak terhadap saya.” Itu luahan Nor Radhiah Ramli mengulas status perkahwinannya ketika ini dengan pengarah terkenal, Aziz M. Osman di sini semalam.
Malah guru kelas agama dan fardu ain berusia 22 tahun ini berkata, beliau sudah meminta kepastian daripada Mahkamah Syariah, di sini mengenai status perkahwinannya semalam yang mengatakan pernikahan dengan Aziz masih sah.
“Sebenarnya saya juga sudah mendapat surat daripada Mahkamah Syariah pada 28 Julai lalu yang mengatakan perkahwinan saya sebelum ini sudah terbatal.
“Aziz juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak kami masih berkawan dan sehingga kini kami masih suami isteri yang sah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sebarang Baruh dekat sini, semalam.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaan ibu pengarah itu, Afida Es yang mengesahkan kedua-duanya sudah berpisah.
Afida mendakwa perkahwinan tersebut tidak sah kerana Nor Radhiah masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan bekas suaminya.
Aziz dan Nor Radhiah bernikah di Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu pada 16 Ogos lalu selepas mula berkenalan ketika mengerjakan umrah pada Mac lalu.
Dalam pada itu, Nor Radhiah enggan mengulas mengenai perkahwinan sebelum ini dengan bekas suami yang dianggap satu kesilapan dan tidak mahu mengungkit mengenainya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:39 pm | |
| Bertemu Akhirnya BerpisahKasihan melihat episod percintaan romantis artis Aida Aris dan Zul (Handy Black) yang tidak kesampaian ke peringkat seterusnya. Ramai peminat mereka menyatakan kekecewaan mereka tak dapat merasa 'nasi minyak' pasangan tersebut. Malah ramai yang terkejut selepas dapat tahu mereka putus cinta dan bawa haluan masing-masing sejak pertengahan bulan lepas. Sebelum ini, memang mereka sentiasa bersama di mana-mana sahaja mereka berada. Teguhnya cinta mereka seteguh Menara Eiffel, walaupun bengkok tapi tak jatuh. Tiada ribut tiada angin, tiada siapa tahu apa puncanya yang membawa kepada perpisahan tersebut. Itu namanya jodoh di tangan Tuhan. Ada orang walaupun mengalami episod kegagalan dan kesedihan dari cinta dahulu tapi masih bangkit dan meneruskan kehidupan tanpa putus asa. Lihat sajalah, bekas suami Aida pula sedang meniti hari bahagianya di samping isteri tercinta dan 'baby' mereka. Janganlah Aida dan Zul bersedih di atas perpisahan ini. Hidup perlu diteruskan dan perjalanan masih panjang. Orang kata kita boleh merancang, berusaha tetapi takdir, rezeki, jodoh dan ajal tetap di tangan Tuhan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:48 pm | |
| WIRA DANI DAIM KEKASIH PENGACARA SEKSI RAJA ENDON MASTURA???Wira Dani Kekasih Raja Hendon? Wira Dani Daim, anak ahli koperat terkemuka negara, dikatakan kekasih kepada Raja Endon Mastura, bekas pengacara TV3, Malaysia Hari Ini. Mereka dikatakan telah dilihat berpasangan di Dubai baru-baru ini. Ironinya, Wira Dani yang juga pelumba kereta profesional dikatakan sudah berumah tangga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 1:52 pm | |
| Marion Caunter Kekasih Anak Jutawan Naza?I was made to understand recently that the son of the late Tan Sri Nasamudin, SM Nasarudin has been romantically involved with MARION CAUNTER, a television personality. Too bad guys..she’s taken..perhaps you want to go for Stephanie Chai. I heard also that Raja Endon Mastura (REM) will be marrying Wira Dani Daim sometime middle of this year. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 2:15 pm | |
| PENGGUNAAN BOTOX DAN SUSUK DI KALANGAN ARTIS MALAYSIA - sejauh mana kebenarannya???
ISU BOTOX
Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan menjadi pilihan ramai selebriti terkenal di seluruh dunia
MANUSIA tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Dalam konteks kecantikan diri, masih ada segelintir wanita yang ingin mencari kesempurnaan dengan membuat `transformasi’ terhadap wajah mereka.
Wajah bulat mahu ditukar menjadi bujur sirih; hidung kembang mahu dimancungkan dan kulit kedut pula ingin ditegangkan seperti anak dara. Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan Botox yang kini menjadi perbualan panas seantero negara. Botulinum Toxin Type A atau Botox terhasil daripada sejenis racun dikenali sebagai Clostridium Botulium.
Ia dieksploitasi pakar kecantikan bagi menghilangkan kedutan dan tanda penuaan pada wajah manusia khususnya wanita.
Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan sering dipakai ramai selebriti terkenal di seluruh dunia.
Selepas diragui kandungan serta penggunaan bahan itu, akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, baru-baru ini mengumumkan bahawa suntikan Botox untuk tujuan kosmetik adalah haram di sisi agama Islam kerana ia mengandungi bahan yang meragukan termasuk racun dan khinzir.
Itupun selepas pihak terbabit meneliti laporan kajian pakar tempatan dan luar negara mengenai penggunaan bahan itu sebelum membuat keputusan, termasuk kajian di Asia Barat. Hasilnya, mereka mendapati Botox antara lainnya mengandungi bahan daripada khinzir, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh memudaratkan pengguna.
Selain itu, penggunaan Botox boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan anggota fizikal dan dalaman.
Dari sudut lain, suntikan Botox juga mungkin ada persamaan dengan kaedah menanam susuk yang diamalkan segelintir masyarakat Melayu sejak zaman berzaman untuk kelihatan lebih cantik tetapi diharamkan agama. Kita sorot kembali kenyataan beberapa artis tempatan yang pernah dikaitkan dengan penggunaan Botox.
SITI NURHALIZA
“SAYA masih muda untuk memerlukan suntikan Botox mahupun Vitamin C. Apa yang saya tekankan ialah penjagaan dalaman kerana kecantikan akan lahir daripadanya. Cantik di luar saja tidak guna jika di dalam tidak sihat. Namun saya hanya amalkan pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B kompleks. Saya juga minum susu untuk kalsium. Petua saya untuk tampil berseri mudah saja iaitu berselawat setiap kali mencuci muka.”
TUSHEE
“SAYA tak pakai Botox. Saya hanya amalkan suntikan kolagen pada muka saya. Bagi saya ia bukan satu kesalahan, bukan kes jenayah! Saya difahamkan, Botox lebih sesuai untuk mereka yang berusia 35 atau 40 tahun ke atas. Umur saya sekarang belum sesuai lagi untuk Botox, tapi kolagen, OK. Apabila tak ada kolagen, itu yang jadi kulit muka jadi kendur-kendur. Tapi, saya pelik apabila saya beritahu hanya ambil kolagen, orang masih kata saya pakai Botox, sampai nak bertengkar.”
ROHANA JALIL
“KECANGGIHAN teknologi harus digunakan selagi ia tidak memudaratkan pengguna. Sudah empat tahun saya mengamalkan suntikan Vitamin C dan kolagen selain mengambil pil hormon seperti primrose oil untuk kekal cantik dan melambatkan penuaan. Saya belum tengok bagaimana rupa Botox! Saya berpuas hati dengan penampilan baru, selain kedutan hilang, kulit semakin licin. Jangan biarkan diri rasa tidak selesa apabila orang memandang. Sebagai artis, walaupun penampilan saya bukan lagi seperti awal dulu, sekurang-kurangnya orang masih memandang saya hari ini. Tidak kurang juga mereka yang bertemu saya akan berkata saya nampak lebih muda.”
IFA RAZIAH
“SAYA tak malu mengakui ada mengambil suntikan Vitamin C untuk mencantikkan kulit. Tiada salahnya kerana ia tidak mengubah apa-apa. Tetapi bukan semudah itu saya lakukannya. Saya tetap dapatkan pandangan mereka yang terbabit dalam bidang agama, selain bertanya doktor pakar.
Saya tidak mahu kerana ghairah untuk cantik, akhirnya badan sendiri yang binasa. Saya tidak kesal sekali pun terpaksa mengeluarkan bajet besar untuk memelihara kecantikan. Saya cuma menjaganya dengan lebih baik.
Alhamdulillah, beberapa hari selepas mengambil suntikan itu, saya sudah nampak kesannya. Kulit saya segar dan bercahaya. Mungkin tidak secantik artis lain, tetapi saya dapat rasakan perubahan itu. Apabila sudah cantik, saya berusaha pula untuk mempertahankannya dan tidak perlu lokek keluar belanja kerana kecantikan ini bukan untuk orang lain, diri sendiri dan juga suami.”
ANITA SARAWAK
“SAYA tidak menggunakan Botox pada muka saya dan saya tidak akan merosakkan wajah semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan muda. Kulit wajah akan kelihatan agak pelik dan suntikan serum itu dan boleh merubah bentuk asal mata, hidung dan wajah seseorang. Sejak kecil ibu sudah mendidik saya untuk menjaga kecantikan tubuh dan wajah. Sehingga kini selepas berusia 54 tahun saya sentiasa mengamalkan rawatan spa kerana ia adalah suatu rawatan yang cukup istimewa untuk wajah saya.”
NANU BAHARUDDIN
“APABILA saya tampil dalam jurucakap produk Kayla suatu ketika dulu, memang wajah saya juga kembali muda namun ada desas-desus menuduh saya menyuntik Botox dan melakukan pembedahan plastik pada muka! Saya masih waras. Setiap inci perubahan yang berlaku pada diri saya, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah `keajaiban’ produk itu. Sekiranya masih ada yang menuduh saya menyuntik Botox pada wajah atau pakai susuk, mereka silap."
Pengakuan jujur artis luar negara
BAGAIMANA pula dengan artis, model dan selebriti antarabangsa? Sejak dulu lagi ramai artis luar negara banyak dikaitkan dengan isu bedah plastik dan terbaru, suntikan Botox, demi kerjaya seni masing-masing. Berikut ini antara mereka yang dilaporkan pernah menggunakan Botox untuk mendapatkan perubahan wajah yang anggun dan jelita.
KRIS DAYANTI PENYANYI lagu Mencintaimu, Kris Dayanti dalam bukunya, Seribu Satu KD terbitan 2003 pernah mendedahkan, dia ada mengambil suntikan Botox. “Saya tidak sempurna. Kulit saya kering dan hitam. Selepas mempunyai wang yang cukup untuk merawat tubuh, saya lebih suka berjumpa doktor kulit.
"Dia memberi beberapa jenis krim untuk siang dan malam hari yang bisa merawat dan menjernihkan warna kulit tanpa efek sampingan. Hasilnya lumayan. "Kini agar tetap mulus, saya juga melakukan suntikan plasenta, Vitamin C dan sesekali melakukan perawatan dengan suntikan Botox. Memang mahal, tetapi hasilnya bagus.”
LINDA EVANGELISTA SUPERMODEL ini pernah menjadi ratu di pentas catwalk dunia. Katanya, “Saya sangat meminati perkara yang membabitkan kedutan kulit dan kecantikan muka. Ya, saya menggunakan Botox. Bagi saya, ia satu perubahan hebat seperti mewarna rambut dari hitam ke blonde.”
NAOMI CAMPBEL “SAYA tidak akan menolak pembedahan plastik terutama kalau berlaku kemalangan yang menjejaskan penampilan diri. Saya cukup cerewet mengenai penjagaan kulit dan ia diwarisi dari nenek saya sendiri,” katanya. Sebelum ini, Naomi didakwa menggunakan Botox dan menafikannya. Lalu, Naomi menyaman lebih AS$50,000 kepada King of Botox, Dr Sebagh. Selain itu, peguam Naomi menyatakan bahawa Naomi tidak pernah menjadi model produk barangan keluaran Dr Sebagh.
TERI HATCHER “SAYA tidak akan menggunakan Botox lagi. Memang sebelum ini saya terlalu taksub dengan Botox dan berhasrat menghentikannya. Saya menggunakan Botox untuk menghilangkan kedutan pada wajah saya. Saya tidak akan menggunakannya lagi kerana mendapati ia hanya cantik buat sementara, malah boleh mendatangkan penyakit lain.”
TARA PALMER-TOMKINSON “SEJAK enam tahun lalu, hidung saya bentuknya begini. Saya benci hidung saya sebelum ini. Sebab itulah saya mengambil Botox untuk mencantikkannya. Peminat sudah tahu mengenainya, termasuk semua bekas teman lelaki saya. Jurusolek yang pernah menyolekkan saya juga tahu keadaan hidung saya ini. Disebabkan takut untuk pembedahan plastik, saya hanya mengambil suntikan Botox. Ini semua demi karier saya.”
JESSICA SIMPSON “SAYA tidak akan menggunakan Botox. Saya lebih rela menjadi jurucakap program amal yang membabitkan pembedahan kanak-kanak. Saya mengambil keputusan mengikut jejak Angelina Jolie selepas melawat Afrika Selatan tahun lalu juga untuk program amal.
"Kalau boleh saya mahu menggunakan diri saya sebagai selebriti ke arah amal kebajikan. Saya juga berhasrat menubuhkan persatuan menyelamatkan artis dari menggunakan Botox sehingga menjadikan diri seperti patung hidup.”
INFO BOTOX
1 Ia adalah ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot pada wajah. 2 Kos RM1,500 setiap suntikan. 3 Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan. 4 Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy. 5 Mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis. 6 Suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat. 7 Suntikan Botox disifatkan satu penipuan serta mengubah kejadian Tuhan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 2:17 pm | |
| ISU SUSUK
Artis yang Memakai Susuk!!!
Derita Artis Pakai Susuk..
KUALA LUMPUR: Ramai artis negara ini yang ingin kelihatan jelita dan mengekalkan populariti masih taksub dengan pemakaian susuk, biarpun zaman serba maju kini menawarkan pelbagai bentuk rawatan moden dan solekan.
Akibatnya ada yang terpaksa menanggung derita, termasuk diserang penyakit misteri dan jiwa sentiasa tidak tenteram akibat diganggu ‘penunggu susuk’.
Seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh) di Kemaman, Terengganu yang terkenal dengan kepakarannya membuang susuk, Liza Hamzah, 40, berkata dia sering dihubungi dan didatangi artis yang ingin mendapatkan khidmatnya.
“Saya pernah mengeluarkan susuk seorang artis veteran yang cukup terkenal tetapi menderita. Selang tiga bulan kemudian, saya dengar dia meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Berenjut.
Liza mendakwa, sehingga ini lebih 20 artis datang mendapatkan khidmatnya sama ada mengeluarkan susuk, memerdukan suara atau menaikkan seri muka.
Katanya, kebanyakan pemakai susuk, termasuk artis dan orang kenamaan, menemuinya dan menyuarakan hasrat membuang susuk, tapi pada masa sama mereka bimbang tindakan itu menyebabkan wajah mereka bertukar hodoh.
“Itulah masalah utama mereka. Baru-baru ini seorang artis lelaki berusia 40-an menghubungi saya dan menyuarakan kebimbangan sama. Dia telefon banyak kali. Namun, saya menasihatinya supaya usah bimbang dan lebih baik buang sebelum susuk makan diri,” katanya.
Liza berkata, susuk berlian, emas, jarum dan beras adalah empat susuk yang biasanya digunakan wanita atau lelaki untuk ‘ditanam’ pada wajah bagi menaikkan seri.
Bagaimanapun, berlian dan emas adalah susuk popular bagi artis dan golongan berada, manakala susuk jarum dan beras digunakan penari tarian tradisonal.
Namun di sebalik wajah berseri, lama kelamaan pengguna susuk menjadi lemah dan tidak bermaya kerana susuk dikatakan memakan diri secara tidak sedar.
“Ini kerana susuk itu mempunyai penunggu,” katanya yang mengakui sering didatangi pemakai susuk untuk mendapatkan khidmat merawat dan mengeluarkan semula susuk.
Liza berkata, kerja menanam susuk pada wajah biasanya dilakukan bomoh Indonesia atau bidan dengan bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000.
“Saya tidak nafikan, sebaik susuk emas, berlian, beras atau jarum dikeluarkan, wajah pemakai nampak berkedut halus, tapi ia tidak ketara. Jadi, mereka tidak perlu bimbang hal itu,” katanya yang lebih tujuh tahun mendalami ilmu perubatan tradisional, termasuk membuang susuk.
Liza menyarankan pemakai susuk segera membuangnya kerana memakai susuk akan memakan diri secara perlahan-lahan apabila diserang pelbagai jenis penyakit misteri yang sukar disembuhkan.
“Saya nasihatkan mereka yang memakai susuk supaya membuang amalan syirik itu yang memudaratkan diri dan menggunakan cara yang digalakkan Islam.
“Pemakai susuk tidak perlu bimbang dengan gangguan ‘penunggu’ susuk kerana mereka dibekalkan air dan limau nipis yang dijampi dengan ayat al-Quran.
“Setakat ini saya bersyukur mereka yang membuang susuk menggunakan khidmat saya boleh hidup tenteram, sihat dan tidak lagi diganggu penunggu susuk itu,” katanya yang bersuamikan seorang nelayan berusia lingkungan 40-an.
Liza yang turut berkemampuan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit berkata, khidmat diberikan tidak dikenakan bayaran atau pengeras kerana niatnya membantu adalah murni.
Sementara itu, pengamal perubatan terkenal di Pandan Indah, di sini, Awang Mohd Yahya, 55 atau lebih dikenali sebagai ‘bomoh artis’ turut mengakui ramai artis sanggup ‘berhabis’ wang, malah berhutang, untuk memasang susuk dengan kepercayaan akan kelihatan cantik dan rezeki mereka bertambah selepas berbuat demikian.
Katanya, selain artis, susuk menjadi pilihan ‘mak datin’ yang tidak mahu suami menduakan mereka, peniaga yang ingin barangan mereka laris dan golongan intelektual yang ingin dihormati.
Beliau berkata, sejak menjadi ‘bomoh susuk’ pada 1974, pelanggannya tidak pernah berkurangan.
“Ini menunjukkan kepercayaan penduduk negara ini terhadap susuk tidak pernah terjejas. Biarpun sekarang ini ada bermacam produk kecantikan, menaikkan aura dan sebagainya, susuk terus menjadi pilihan,” katanya.
Awang yang lebih mesra dengan panggilan Pak Awang mendakwa, artis adalah pelanggan utamanya dan mengaku jumlahnya besar. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan siapa artis dimaksudkan.
“Minta maaf, saya diamanahkan pelanggan supaya tidak menceritakan nama mereka kepada sesiapa, namun terus-terang saya katakan banyak artis kita, sama ada lama atau baru, memakai susuk.
“Artis biasanya memakai susuk kerana ingin mengekalkan populariti dan kelihatan cantik serta cergas sepanjang masa. Ada juga meminta saya memasang susuk sebagai pendinding dan pelindung kerana bimbang dikhianati orang,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mendakwa susuk ditanamnya adalah susuk daripada ayat al-Quran dan bukan jarum emas, berlian dan besi yang diharamkan Islam.
Antara jenis susuk yang ditawar Pak Awang ialah susuk ayat untuk ilmu kasihan, penunduk, pemanis, pendinding diri, seri wajah, suara merdu, penyeri diri, kelamin suami isteri, pelaris diri, pelaris perniagaan, pengikat kasih, penarik batin, luruh badan, pemikat umum, mandi susuk, susuk payudara, pulih dara dan ibu segala susuk.
Pak Awang berkata, berbanding bomoh susuk lain, beliau meminta pelanggan menemuinya dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada susuk itu bersesuaian dengan mereka.
Beliau yang mengendalikan Pusat Rawatan Zawil Hayat di Pandan Indah, dekat sini, mendakwa masalah susuk disalahtafsirkan sebagai sesat apabila bomoh bertanggungjawab memasukkan unsur sihir dan ilmu hitam di dalamnya.
“Bagi susuk yang ditanam benda ke dalam tubuh manusia, pemakainya harus membuang sebelum mereka meninggal dunia. Bagaimanapun, susuk saya tidak perlu buang kerana tidak dimasukkan apa-apa ke dalam tubuh,” dakwanya.
Beliau berkata, semua jenis rawatan ditawarkannya adalah satu usaha sebagai manusia yang mahu berikhtiar untuk memperbaiki diri dan kesihatan, sama ada zahir dan batin.
“Semuanya dengan keizinan Allah SWT,” katanya.
Ditanya mengenai bayaran dikenakan, Pak Awang turut merahsiakan dengan berkata, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum mengenakan bayaran seperti masalah dihadapi pelanggan, jenis dan kesukaran ketika memasang susuk. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 2:26 pm | |
|
Last edited by sally_eiyna on Tue 04 Nov 2008, 2:30 pm; edited 2 times in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 2:38 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 2:41 pm | |
| cheq xmau dh jd mamarazi..........nk ngajuk ler... |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 5:38 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- cheq xmau dh jd mamarazi..........nk ngajuk ler...
ala sally...jangan le merajuk.....zaydan gurau je tu.............cari la lagi...syok le tengok gambo... |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 7:16 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- zaydan wrote:
- udah2 ler tu..
AWAT????????? kak awin....tulun!!!tulun...ade org xsuke.... lor awat yg hg teriak... sat g org lain ambik gambaq hg teriak tempek kat cni plak.... biase la tu.. x sumer org suke apa yg kite suke.. |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 7:25 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- cheq xmau dh jd mamarazi..........nk ngajuk ler...
psssttt..sally x leh m'rjk2 ni.. jd mamarazzi x leh merajuk.... biaq aper org nak pun....gasak.. janji kite...... |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 8:51 pm | |
| Kepada mamarazzi2 prc.......ini ada link untuk kalian membuat liputan...... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular |
| | | azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 9:06 pm | |
| LAAAA...NI NGAN SAPE PULAK DAH!!!!! |
| | | Che ab Admin
Number of posts : 1081 Registration date : 03/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 Tue 04 Nov 2008, 11:15 pm | |
| Sally jangan la meghajuk ....hudoh... nk jadi mamarazi kena tebalkan muka, org kata apa lantak pi lah kt depa... satu x suka berduyun2x lagi yang suka.... bukan senang nak puaskan hati semua orang ...kalau x caya g tanya mama juwie atau huzz...Go sally go!. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 2 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 12 | Go to page : 1, 2, 3, ... 10, 11, 12 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |