| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
|
|
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 13 Nov 2008, 4:31 pm | |
| Makin Nak Kawin, Makin Teruk Ekin Kena Caci!Sukar untuk Mawi dan Ekin memuaskan hati orang di luar sana. Bila Mawi membuat pengumuman akan menikahi Ekin, banyak pula cakap-cakap belakang yang tidak senang dengan pasangan kekasih ini yang disifatkan sebagai belangkas dan asyik berkepit ke hulu ke hilir semenjak kebelakangan ini!
Semakin dekat detik 20 Disember, semakin banyak cabaran yang Peciter dapat rasakan menimpa Ekin terutamanya. Ramai benar yang tidak senang hati dengan Ekin.
Ada yang kata Ekin kikis duit Mawi, pulak tu kisah solekan Ekin juga seringkali diperbahaskan kebelakangan ini. Peribadi Ekin juga kini diasak bertubi-tubi. Kisah lama Ekin turut disensasikan.
Mungkin ada yang berharap pernikahan kedua mereka tidak akan menjadi nyata. Kalau sudah tersurat jodoh Mawi adalah Ekin, buat bagaimana sekalipun, mereka akan tetap bersatu.
Maka berpusu-pusulah versi cerita ketidak elokan Ekin. Kalau dulu, orang meluat bila Mawi tak nak berterus terang tentang hari pernikahan mereka, kini peminat bagaikan berang dan 'tidak merestui' Ekin menjadi isteri kepada penyanyi yang pernah menggemparkan Malaysia dengan lambakan peminat di sekelilingnya.
Peciter rasa, adalah lebih baik kita doakan sahaja pasangan ini ke jinjang pelamin dengan selamat. Biarlah Ekin tu bagaimana sekalipun, dah Mawi berkenan, siapalah kita nak menghalang dan mencercanya? |
|
| |
SohorCollection Newbie
Number of posts : 7 Age : 46 Registration date : 23/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 13 Nov 2008, 4:41 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Gambar Mawi and Ikin at Wedding Course (Kursus Perkahwinan)
* buruk nye pempuan bertudung gelak mcm tu! buruk benar.. ketawa macam tu cik Ekin.... ketawa sampai ke langit.. kut yer pun kelakar sangat .... tak boleh control ...ketawalah lah menunduk/tutup mulut ker... ... baru nampak kesopanannya.... huih lupa control kutt... sopan lagi i tau .. tutup mulut lagi ... |
|
| |
cik sara Super Senior
Number of posts : 622 Age : 39 Location : pucHoNg Registration date : 02/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Thu 13 Nov 2008, 5:16 pm | |
| amboi en kid..ganas btol..seriau ceq.. - kid_search wrote:
- sally_eiyna wrote:
Inilah wajah2 artis yg menjadi IDOLA rakyat MALAYSIA...Apa nak jadi dengan mangkok2 hayun..buat jahanam bangsa aja... IDOLA ? wakaka..ni gambar party selepas anugerah era 2- 3 tahun lepas.. secara literalnya aku rasa xde sape pon kat malaysia ni yg menjadikan seseorang 'artis malaysia ' tu idola diorang. diulangi artis malaysia sebab setakat org2/ peminat malaysia ni, sekadar bukak radio dengor je apa lagu yg DJ tu pasang.., layan tgk drama melayu kat tv yg pusing2 jalan cite sama konflik 'dibuat'2 , beli mangga /URTV ( dok baca gosip ), pastu bab music pulak kepada sape yg rajin kalo ader lapang2 cikit pergi la mana2 ader konsert free ( macam konsert sure heboh tu )utk balik umah dengan rasa ' cool'...so camne org2 atau peminat2 ni nak menilai secara bijak sedikit dalam mencari hiburan yg membawa ke arah keterjemahan pengIDOLAN terhadap seseorang artis malaysia itu, pasal.. nak dengar lagu pun x pandai.. camna nak tahu artis tu bagus ke tak supaya nak dijadikan idola..? betul x?
kalo di barat ICONS, IDOL merujuk kepada artis2 dah legend dalam kerja diorang , contoh nya kalo buat lagu tu idea diorang dah advance 10 tahun kedepan dan menjadi rujukan kepada ramai/ dan komposer contoh macam beatles..( itu IDOL)..pasal diprang tu dah di educatedkan utk dan menilai..
sape yg dok pandai bagi artis malaysia ni IDOLA? ( yang aku tau majalh2 macam URTV mannga je la yg kot dok tak pasal2 iktiraf 'idola idola' sini.) apa yg bestnye diorang sampai nak sibuk2 nak bercerita pasal diorang ni.. dan satu lagi watpe nak sibuk2 diorang ni nak telangkup ke nak masuk longkang ke..pasal diorang ni x best dan memang xde memberikan apa2 sumbangan langsung kepada bangsa..camne pulak diorang ada keupayaan nak menjahanamkan bangsa? idea diorang pun tak best .. . org2 camni nak menghancurkan bangsa...lain la ozzy ozbourne..artis rock tahun 70 -an ( pernah dengar?).. siap peminat dia 17 tahun bunuh diri bila dengar lagu dia tu la ( lagu tu tajuk dia * Suicide note* haaaa pi google tgk.... thats a something to talk about la .- IDOLA ke cik sally punyai IDOLA kalangan artis malaysia? |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:45 am | |
| Amal Avon dan Chef WanBagi memastikan anak-anak yang menghuni dalam lima pertubuhan yang kebajikan menjalani kehidupan yang baik, Avon dan kerjasama Chef Wan telah menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada mereka.MASKOT Upin dan Ipin yang menjadi tarikan tetamu cilik.
KEMUNCULAN maskot Upin dan Ipin dalam dewan menggamit suasana ceria dan menghiburkan. Melihat keletah mereka beraksi di atas pentas membuatkan kanak-kanak yang sedang asyik menjamu selera menguntumkan senyuman dan ketawa. Bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa yang hadir turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar sebagai kenangan. Lebih menggembirakan apabila tetamu turut berpeluang menyertai kuiz mengenai siri kartun animasi Upin dan Ipin, sekali gus membawa pulang hadiah istimewa koleksi kembar ini. Selain itu, terpancar wajah keriangan pada 50 anak yatim, miskin dan kurang upaya tatkala sepanjang majlis berlangsung mereka tidak kering gusi dicuit oleh dua ahli Senario, Azlee dan Wahid. Ada sahaja reaksi dan gelagat lucu ditampilkan mereka berdua sehingga kanak-kanak kelihatan begitu teruja. Inilah suasana yang berlaku pada majlis meraikan Aidilfitri bersama anak yatim, miskin dan kurang upaya yang dianjurkan syarikat kecantikan terulung, Avon di Petaling Jaya. Majlis ini bukan sahaja bertujuan menyambut kemeriahan berakhirnya Syawal malah memberi sumbangan wang tunai. CHEF WAN sanggup mengeluarkan wang dari koceknya sendiri berjumlah RM25,000 untuk membantu rumah kebajikan.
Menurut Presiden Avon Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia, Mansoor Wan Abdullah, Avon tidak hanya sebuah syarikat yang komited kepada wanita. Mereka juga menyasarkan peningkatan taraf hidup yang lebih baik untuk wanita serta keluarga. Justeru, atas rasa tanggungjawab kami ingin menjadikan Aidilfitri yang lebih bermakna kepada kanak-kanak kurang bernasib baik ini. "Tahun ini merupakan tahun kelima Avon menjalankan projek mengumpul dana untuk disumbangkan kepada anak- anak yang kurang bernasib baik dengan chef selebriti terkenal, Chef Wan. Kami mengutip RM1 hasil jualan menerusi penjualan buku resipi, Sajian Aidilfitri Bersama Chef Wan dan sebatang gincu yang dibeli pelanggan serta wakil Avon. "Jumlah kutipan pada tahun ini telah mencecah sebanyak RM25,000 dan dana disumbangkan kepada lima buah rumah. Bukan itu sahaja, kami juga rasa bertuah kerana Chef Wan turut menderma sebanyak RM25,000 kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah," ujar Mansoor yang berharap pada tahun hadapan mereka akan terus menyumbangkan dana kepada pertubuhan kebajikan di seluruh Malaysia. Sementara itu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, melahirkan rasa syukur kerana masih ramai masyarakat yang prihatin membeli sambil menderma. Melihat persekitaran rumah Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah yang serba kekurangan serta menempatkan bilangan kanak-kanak yang ramai telah meruntun hatinya. MANSOOR WAN ABDULLAH bersama Chef Wan menyampaikan replika cek bernilai RM40 ribu kepada lima buah pertubuhan anak-anak yatim dan agihan duit raya pada majlis Aidilfitri bersama anak-anak yatim, miskin dan kurang upaya baru-baru ini.
Jelasnya yang baru pulang dari China, hati mana yang tidak tersentuh sekiranya kanak-kanak yang dilahirkan kurang upaya dan pada masa yang menetap dalam rumah yang tidak sempurna. "Sebab itu saya tidak teragak-agak menyumbangkan RM25,000 kepada rumah berkenaan. Bagi saya keselesaan dan pemakanan anak-anak perlu dijaga. Saya juga tidak keberatan untuk membantu meringankan beban pertubuhan yang lain, selagi saya termampu," ujarnya sambil menyuapkan sate kepada salah seorang penghuni rumah Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah. Antara resipi yang terkandung dalam buku S ajian Aidilfitri Bersama Chef Wan ialah biskut Bullseye, Kepingan Jintan Manis, Kefta Bebola Daging, Sup Harina Magrib, Kuzi Kambing, Naga Sari dan sebagainya. Akhir majlis menyaksikan penyerahan cek bernilai RM40,000 daripada Mansoor Wan Abdullah dan Chef Wan kepada wakil-wakil pertubuhan. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:58 am | |
| Nur Iman Tang: Kekasih Hati Nasha AzizBerikut adalah petikan laporan Berita Harian yang menemubual Nasha Aziz baru-baru ini. Nasha Aziz baru sahaj memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kategori filem Anugerah Skrin 2008 namun beliau tiada di’majlis tersebut untuk menerima sendiri anugerah tersebut. Bicara kami pagi itu disulami dengan kisah hubungan ‘intimnya’ dengan seorang pemuda Cina yang sering dilihat bersamanya sejak kebelakangan ini. Mungkin perasaan bahagia yang memenuhi ruang hati serta musim bunga yang dilaluinya ketika ini dengan jejaka yang juga seorang promoter konsert terkenal, membuatkan Nasha tidak teragak-agak untuk menyingkap sedikit rahsia hidupnya sebagai tatapan pembaca akhbar ini. “Kami memang rapat dan sudah enam bulan saya berkawan dengannya. Dan dia pun sudah bergelar saudara baru pada Ramadan lalu dan kini dikenali dengan nama barunya Nur Iman Tang. Jadi sepanjang bulan puasa lalu, saya sibuk membantunya menerangkan serba sedikit mengenai asas agama. Dan kami juga sering menunaikan sembahyang Tarawih bersama,” cerita jurucakap Avon dan Polo ini dalam nada teruja. Mengakui amat menyenangi jejaka itu, Nasha berkata sepanjang mengenalinya dia melihat kesungguhan Nur Iman memeluk agama Islam adalah kerana keikhlasannya terhadap agama itu. “Mungkin akan ada suara nakal mengatakan yang dia memeluk Islam kerana saya. Tak baiklah berfikiran begitu kerana sepanjang mengenalinya, dia begitu dekat dengan budaya dan adat resam orang Melayu. “Dia juga sudah lama mempelajari Islam dan mengamalkannya secara berdikit-dikit. Dan sepanjang bulan puasa lalu, saya lihat dia selamba saja berpuasa tanpa menunjukkan ciri-ciri keletihan yang teramat,” ulas Nasha mengenai sikap temannya itu. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 1:17 am | |
| Maria Tengku Sabri: Perut Dua SerupaSeronok betul jadi pengacara rancangan makan-makan ni kan? Makan percuma & memberikan sumber tenaga yang lebih untuk terus bekerja. Pengacara Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tungku Sabri adalah salah seorang yang bertuah. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 1:40 am | |
| COMEY LER UPIN & IPIN NI KAN... |
|
| |
najz Enterpreneur
Number of posts : 866 Age : 53 Location : selangor Registration date : 20/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 7:46 am | |
| - azwin wrote:
COMEY LER UPIN & IPIN NI KAN... suka betul dengan mereka berdua ni..betul..betul..betul.. |
|
| |
aina809 Regular Customer
Number of posts : 218 Age : 42 Location : Taman Kota Masai, Pasir Gudang JB Registration date : 27/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 11:29 am | |
| baju sama org lain².... ala gmbr x leh nk masuk lak.. huhuuhuhuhh... |
|
| |
mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 11:46 am | |
| cam ner x leh masuk aina oi.................. :D |
|
| |
aina809 Regular Customer
Number of posts : 218 Age : 42 Location : Taman Kota Masai, Pasir Gudang JB Registration date : 27/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:07 pm | |
| tu la pasai... gmbr dlm email.. pastu format bitmap tu.. so x leh nk share gossip.... |
|
| |
aina809 Regular Customer
Number of posts : 218 Age : 42 Location : Taman Kota Masai, Pasir Gudang JB Registration date : 27/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:11 pm | |
| |
|
| |
aina809 Regular Customer
Number of posts : 218 Age : 42 Location : Taman Kota Masai, Pasir Gudang JB Registration date : 27/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:20 pm | |
| |
|
| |
meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:45 pm | |
| |
|
| |
meliza_manis Regular Customer
Number of posts : 273 Age : 44 Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur Registration date : 17/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 12:47 pm | |
| dah kawin rupanya si dekna tu....... ader gosip kata dia putus tunang.... alhamdulillahlah kalu dah kawin... |
|
| |
aina809 Regular Customer
Number of posts : 218 Age : 42 Location : Taman Kota Masai, Pasir Gudang JB Registration date : 27/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 4:15 pm | |
| Oo da ade ker.. heheeee.... x per la.. ha da kawin pn.. jdh dia kuat lg la tu.. x mcm si 'm' tu... hauhuahuahauahauahaahahahaaaaa.. |
|
| |
eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Fri 14 Nov 2008, 5:35 pm | |
| |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sat 15 Nov 2008, 12:12 am | |
| Saksikan Apa Itu Cinta di Astro Prima: Lakonan Sazzy Falak, Abby Abadi, Aleeza Kassim & Elaine DalyDrama terbaru di Astro Prima bertajuk Apa Itu Cinta mengambil konsep siri TV hits di’Amerika Syarikat, Sex and The City. Tetapi, drama ini di’bentuk dengan acuan Malaysia sendiri. Masih, bukan idea original orang Malaysia. Sedikit menyedihkan di’situ. Pembukaan awal drama TV ini tidak jauh berbeza dengan pembukaan filem rasmi Sex and The City. Namun sebagai penggemar filem tegar, aku tidak nampak naturality pelakon & pelakon tambahan dalam pembukaan Apa Itu Cinta. Apa Itu Cinta menampilkan kisah perjalanan seorang penulis popular melalui ruangannya “Apa Itu Cinta”, Diyana Dahlan (Sazzy Falak) dan rakan rakan karibnya Hani (Aleeza Kassim), Mona (Abby Abadi) dan Liza Zaidin (Elaine Daly) dalam mencari pengertian apa erti sebenar Cinta. Jangan ketinggalan menyaksikan Apa Itu Cinta setiap Khamis jam 10.00 malam hanya di Astro Prima. Terlepas episod sebelumnya |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sat 15 Nov 2008, 12:27 am | |
| (Gambar) Nur Iman Tang Kekasih Nasha Aziz & Sedikit Cerita Kurang EnakGambar jejaka Cina berambut pacak mamakai jersi bolasepak Malaysia ini di’percayai kekasih baru Nasha Aziz, Nur Iman Tang atau nama sebenar beliau Tang Wing Poh. Aku hairan kenapa wartawan Malaysia yang terserempak dengan jejaka ini di’majlis bersama Nasha Aziz tidak merakamkan gambar beliau. Adakah Nasha Aziz ingin sorok wajah sebenar Mr.Tang? Cerita kurang enak yang di’dengar dari pembaca OHBULAN! adalah Mr.Tang ini sebenarnya pernah menjalin hubungan dengan seorang gadis Melayu lain selama 8 tahun & memutuskan hubungan cinta begitu sahaja untuk mengejar cinta Nasha Aziz. Mr.Tang di’khabarkan pernah cuba untuk memikat hati Maya Karin & Maia Ahmad (ex-Ahmad Dhani) tetapi tidak berjaya. Mr.Tang juga di’katakan mempunyai hutang keliling pinggang walaupun beliau memandu kereta mewah. Seorang pembaca lagi mengatakan yang beliau sering ternampak Mr.Tang ini keluar masuk kediaman Nasha Aziz sejak awal tahun ini lagi. Tidak pasti samada Mr.Tang tinggal sekali atau datang sesekali untuk melihat ikan dalam akuarium Nasha Aziz (He he!) Terima kasih kepada pembaca yang memberikan maklumat ini. Kita tunggu penjelasan Nasha Aziz & Mr.Tang apabila media arus perdana petik cerita ini |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sat 15 Nov 2008, 12:33 am | |
| Cinta Baru Irma Hasmie Seorang Pengkid?Baru-baru ini ada laporan menyatakan yang Irma Hasmie menolak pelawaan untuk keluar bersama oleh seseorang yang bergelar Datuk R & Irma menyatakan golongan sebegitu bukan seleranya (lebih kurang’lah). Cerita terbaru yang di’bawa oleh wartawan gossip di JomStar.com ini sedikit mengejutkan kerana Irma Hasmie di’khabarkan menemui cinta hati barunya selepas Farid Kamil. Yang menjadi isu di’sini adalah buah hati baru Irma ini di’katakan seorang pengkid. Dengan isu pengharaman pengkid baru-baru ini oleh Majlis Fatwa Negara, jika benar cerita ini maka Irma Hasmie akan mengundang kontroversi yang bukan alang-alang. JomStar.com akan mendapatkan kepastian dari Irma & OHBULAN! akan membawakan kepada anda secepat mungkin. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sat 15 Nov 2008, 12:46 am | |
| Sepatutnya jadi penyanyi"FATEEN sememangnya gemar memakai gaun cantik dalam kehidupan sehariannya."
NIAT di hati pendatang baru dalam bidang seni ini ingin menjadi seorang penyanyi, namun impian yang dicita berputar ligat menjadi sebaliknya. Gara-gara menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan untuk melantun vokalnya kepada khalayak, Puteri Fateen Nasuha Shamsuddin atau Puteri Fateen akhirnya tekad mengambil keputusan bagi menjadi seorang pelakon. Mungkin nama Puteri Fateen masih belum dikenali di lantai lakonan tempatan, malah wajah manis anak gadis ini masih belum sebati dengan khalayak di kaca TV dan layar lebar. Sebelum ini saya pernah berlakon filem I Know What You Did Last Raya serta beberapa buah drama seperti Seputih Qaseh Ramadan dan Dendam. |
|
| |
azwin Mod PR
Number of posts : 6688 Age : 45 Location : Taiping - Perak Registration date : 05/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sat 15 Nov 2008, 12:57 am | |
| Ashraf & Bunga persis superstar
| PASANGAN pengantin CERIA sebaik tiba dari Jakarta.
|
PETANG Rabu lalu, pelakon Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang baru dinikahkan pada Sabtu lepas selamat tiba di bumi Kuala Lumpur. Dengan menaiki pesawat peribadi yang ditaja khas dari Jakarta, kedua-duanya begitu ceria saat dilihat keluar daripada pintu pesawat. Tampil berbaju T putih yang tertera tulisan Just Married, Ashraf serta Bunga sememangnya pasangan yang cukup romantis. Cinta mereka disatukan tanggal 8 November lalu di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia setelah lebih setahun mengenali hati budi masing-masing. Namun, perjalanan kisah cinta dua insan ini dalam menuju ke jinjang pelamin tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. |
|
| |
halytobe Ahli VVIP
Number of posts : 3065 Age : 48 Registration date : 29/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sat 15 Nov 2008, 11:53 am | |
| Hehe, ade baiknya jgn tengok gambar tu, tapi pandang kedepan...imagine ape yang berlaku kat artis sekarang ni, cerai berai , meh kita tunggu pe akan berlaku 3 bulan dari sekarang haha (jahat tak?) |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 8:04 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 8:07 am | |
| WARDINA SEKELUARGASS baru saja mendapat khabar gembira mengenai kelahiran anak mereka di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada 11 November lalu. Tahniah SS ucapkan buat Wardina dan suami kerana pengacara jelita kacukan Aceh-Australia ini diberikan bayi lelaki yang dinantikan mereka sekeluarga.
Rakan SS dimaklumkan sendiri berita ini oleh Wardina menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Dimaklumkan, bayi lelaki seberat 3.75 kilogram yang dilahirkan secara normal itu juga berada dalam keadaan sihat dan sempurna. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 8:10 am | |
| Zahida Rafik dan Sugardaddy Shopping di Selfridge (London, UK)Lama sudah peminat hiburan Malaysia tidak mendengar cerita pelakon wanita yang bernama Zahida Rafik ini. Al-kisah terbarunya, ada seorang peminat ini mencerita yang kawan’nya ternampak Zahida Rafik membeli-belah di Selfridge di Kota London.
Zahida di’khabarkan tidak berseorangan tetapi di’temani oleh seorang lelaki yang boleh di’katakan jauh lebih tua. Ketika membeli seluar berjenama D&G, seluar itu kurang sesuai potongan’nya dengan badan Zahida, maka beliau pun membuat alteration & ketika itu’lah kawan kepada peminat ini dapat mengesahkan yang itu adalah Zahida Rafik.
Kejadian ini berlaku sekitar jam 3 petang waktu UK. Agak terperinci juga cerita yang disampaikan oleh peminat ini. Good!
Lelaki tua yang mengiringi Zahida itu di’katakan mempunyai rupa seorang sugardaddy. Macam mana tu? Kita tunggukan sahaja kenyataan rasmi dari Zahida Rafik berkenaan hal ini. Kali terakhir dia berlakon apa ya? (Terima kasih karamel) |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 8:12 am | |
| (Gambar) Nasha Aziz, Ning Baizura & Teman SosialGambar ini seperti gambar lama, tetapi tidak mengapa kerana aku menjangkakan dalam beberapa minggu akan datang nama Nasha Aziz akan naik atas kisah cinta beliau. Apapun, aku rasa aku bukan orang terakhir yang tahu bahawa Nasha Aziz seorang perokok. Sayang, muka cantik tapi hisap rokok. :69: |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 8:44 am | |
| GAMBAR NASHA AZIZ TAK PAUSHATI DENGAN SCHA |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| |
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 9:10 am | |
| WARDINA DAPAT ANAK LELAKITahniah diucapkan kepada Wardina dan suami kerana pengacara jelita ini diberikan bayi lelaki yang dinantikan mereka sekeluarga bertempat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang. Kehadiran bayi lelaki pertama itu turut melengkapkan lagi kebahagian rumah tangga Wardina dan suami yang sudah mempunyai dua anak perempuan comel, Amna Nafeesa, 5, dan Azra Sareera, 2 setengah tahun. Kata Wardina, suaminya paling gembira kerana dia memang mengidamkan anak lelaki dalam keluarga mereka. Malah bayi lelaki itu juga belum diberi nama kerana Wardina menyerahkan urusan menamakan anak ketiga mereka kepada suaminya. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 9:30 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 9:43 am | |
| Azza bersama kekasihnya Firhan YusufAda orang nampak Azza dengan seorang lelaki. Parasnya ada iras wajah bekas suami Azza. Siapakah lelaki itu? Amboi... bukan "anak ikanlah" (lelaki muda), tak baik gitu! Dia kawan istimewa saya, kiranya orang baru yang hadir dan berjaya membahagiakan saya ketika ini. Dia orang Kelantan dan berniaga sendiri tapi duduk di Kuala Lumpur. Firhan Yusuf namanya. Orangnya baik dan banyak memberi dorongan kepada Azza. Bagi Azza dia faham tentang diri ini dan banyak mengambil berat tentang Azza. Berat badan Azza pun dah naik sekarang. Orang kata kalau bahagia badan naik. Sekarang berat dah naik jadi 50 kilogram. Dia pula orangnya suka makan. Kalau dia makan, Azza kenalah makan juga. Kalau nak cerita tentang wajahnya mirip Ehsan, itu mungkin kebetulan. Di mana Azza kenal dia? Dah setahun Azza kenal dia. Kenal melalui kawan artis. Waktu Azza tinggal di Bukit Antarabangsa, kawan artis ni datanglah bertandang ke rumah. Dia datang dengan si dia. Kiranya kawan dialah. Mula tengok dalam hati terdetik juga, boleh tahan handsome juga budak ni. Lepas tu Azza pun berkenalan dan terus berkawan. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 10:05 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 10:45 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 11:06 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 11:13 am | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 11:19 am | |
| Jadilah Suami Soleh...."Jadilah suami yang soleh" - pesan Ina buat Mawi PETALING JAYA: "Saya ucapkan tahniah buat Mawi dan sebagai seorang sahabat, saya harap Mawi dapat menjadi seorang suami yang baik dan soleh kelak," - luah Nordiana Mohd Naim atau turut dikenali dengan panggilan Ina Naim berhubung dengan perkahwinan penyanyi popular itu pelakon Nora'Ashikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember depan.Ina yang kini bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri kepada penyanyi nasyid Mohd Suhaimi Saad dan ibu kepada Ehmad Hadie El Fardie, 4 bulan, berkata, dia tidak mahu lagi kisah lamanya diungkit semula dan tetap menghargai hubungan persahabatan mereka.
Ditanya sama ada dia ada menerima undangan ke majlis perkahwinan penyanyi yang mendapatjolokan Raja SMS itu, Ina secara ringkas menjawab:
"Tak ada. Tetapi jika ada jemputan, Insya-Allah saya dan suami akan hadir jika ada kelapangan."
Mengenai perkembangan terkininya, Ina akui dirinya kini selesa menjadi surirumah sepenuh masa sambil memberikan tumpuan kepada anak sulungnya yang baru berusia empat bulan itu.
Walaupun rindu untuk kembali di dalam bidang nyanyian, tutur ibu muda berusia 24 tahun ini, dia tidak kisah melupakan bidang tersebut kerana baginya, keutamaan perlu diletakkan terhadap keluarga.
"Ada juga peminat bertanya kepada saya bila saya akan menyanyi semula. Sebagai isteri,saya perlu mengikut kehendak suami yang lebih suka jika saya tidak menyanyi lagi dantumpukan perhatian kepada keluarga saja.
"Tetapi saya masih lagi terima undangan untuk sesi fotografi bersama media. Itu tidak menjadi masalah kepada saya dan suami. Malah, suami juga tidak menghalang jika ada tawaran sebagai pengacara mana-mana program, cuma bukan sebagai penyanyi lagi," kata Ina yang pernah popular dengan lagu Duhai Hati tidak lama dulu.
Kisah Ina dan Mawi cukup hangat diperkatakan kira-kira dua tahun lalu setelah ikatan pertunangan yang diikat selama setahun setengah terputus sekitar Julai 2006.
Episod duka itu bagaimanapun membawa hikmah buat wanita berasal dari Kota Tinggi, Johor ini apabila dia dilamar Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) untuk menjadi artis rakaman dan Ina sempat menghasilkan sebuah album solo berkonsepkan nasyid pop.
Ina juga pernah menghasilkan buku 'Catatan Duka Diana Naim' yang dipasarkan pada Ogos 2006 yang menceritakan segala-galanya tentang percintaannya bersama Mawi.
Sebelum mendirikan rumahtangga bersama Suhaimi pada 12 Ogos 2007, Ina juga sempat bergelar pelakon dan pernah muncul di dalam drama bersiri Air Mata Maria terbitan Skop Productions. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 11:33 am | |
| Juliana Ibrahim bukan sengaja kahwin 'rahsia' TIDAK semua selebriti atau artis yang gemar menggembar-gemburkan perkahwinan mereka. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara Juliana Ibrahim, 27 yang telah melangsungkan perkahwinannya Jun lalu tanpa pengetahuan banyak pihak termasuk media. Namun, wanita kecil molek ini bukanlah sengaja untuk tidak menghebahkan berita gembira itu kepada umum. Kata Juliana, yang lebih mesra dengan panggilan Ju, dia sebolehnya ingin menguar-uarkan kepada khalayak, tetapi disebabkan faktor tertentu, dia tidak dapat berbuat demikian. "Saya bukanlah jenis suka memberitahu kepada semua orang termasuk media sebab saya memang jenis macam ni sejak dulu lagi. "Tetapi kalau ada orang tanya saya tentang hal itu, saya akan menjawabnya. Lagipun, apabila ada orang tanya sama ada wartawan atau kawan-kawan saya, saya tidak pernah menafikan yang saya sudah berkahwin. "Sebelum ini, saya hanya memberitahu kepada kawan-kawan terdekat dan sesiapa yang bekerja dengan saya. Saya mengaku yang saya memang tidak memberitahu media sebab tiada orang yang bertanyakan dengan saya," ulas Ju yang berada di Holland ketika dihubungi. Menurut Ju, semasa majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 7 Julai lalu, ntv7 ada melakukan liputan setelah mereka mengetahuinya daripada pereka pakaian pengantin dan jurusolek Shegar. Nikah di LondonBulan Jun lalu, bertempat di Malaysian Hall, London, Ju selamat diijabkabulkan dengan Pelle Aardewerk, 34. Tanpa memberitahu tarikh sebenar pernikahan mereka, kata Ju, dia sebolehnya tidak merancang untuk berkongsi tarikh keramat itu dan biarlah mereka berdua termasuk orang yang rapat dengan mereka sahaja yang tahu. "Kami nikah di sana sebab suami saya dan keluarganya tinggal di London. Suami saya juga memeluk Islam di sana. "Pada tahun depan kami akan menetap di Kuala Lumpur terus kerana suami saya bekerja di sana. "Cuma buat masa ini dia masih kerja secara kontrak. Jadi, saya akan ikut dia ke mana-mana jika tidak mempunyai kerja di Malaysia," ujar isteri kepada Pengurus Audit Teknologi Maklumat (IT) Shell ini. Menyelami pilihan hati Ju yang ditemuinya di Jakarta, Indonesia sejak setahun setengah lalu ini, Ju berkata, sikap memahami dan penyayang Pelle telah berjaya memikat hati Ju untuk bergelar isterinya. "Pelle memahami diri saya, terima saya dan tidak mencurigai saya. Dia juga seorang yang sangat penyayang, mengambil berat dan prihatin dengan hidup dan karier saya," luah Ju yang sentiasa ceria saat bercerita tentang perkahwinannya. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 12:09 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:10 pm | |
| KELUARGA SHEILA MAJIDWan Nur Khaleda Aziz, 16, dan Megat Abdul Majid Aziz, 13. Anak pertamanya bersama Acis iaitu Khadeja Zaireen Murshim kini berusia dua setengah tahun. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:22 pm | |
| YATT SUDAH BERPUNYADalam satu majlis yang sederhana, pertunangan Yatt dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor dilangsungkan dengan meriah di rumah keluarga pelakon itu di Seremban 2, Negeri Sembilan. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:28 pm | |
| Fareez Bakal Kahwin 27 Disember Ini?Februari lalu, Murai Batu pernah menyiarkan gosip tentang bekas suami Ratu Etnik, Noraniza Idris, Fareez bakal menamatkan zaman dudanya pada Mei 2008. Namun tiba masanya, majlis gembira itu tidak terlaksana. Kenapa ya?
Difahamkan, perkahwinan yang sepatutnya dirancang pada Mei 2008 itu terpaksa ditangguhkan ke Disember ini atas sebab Fareez terlalu sibuk dengan kerja.
Tapi sebelum ini, Murai Batu ada juga dimaklumkan ia ditangguhkan kerana tunangnya Fareez itu dikatakan sakit. Entahlah. Tapi kalau sakit harapnya sekarang sudah sihat wal'afiat.
Kata sumber Murai Batu: "Kalau tak silap saya, tarikh perkahwinan mereka itu adalah pada 27 Disember 2008. Kad jemputan pun saya dah dapat." Haa, baguslah. Harap-harap perancangan itu akan dimakbulkan.
Nampaknya, Fareez secara kebetulan turut memilih tarikh yang lebih kurang sama dengan majlis sambutan perkahwinan Mawi. Kalau ikut jaduallah, pada malam 27 Disember juga Mawi akan membuat konsert khas sempena majlis resepsinya di Johor. Apapun, Murai Batu tidak begitu kenal tunang Fareez itu. Apa yang Murai Batu tahu, nama mesranya adalah Mazlin. Baru semalam Murai Batu dapat menatap wajah Mazlin yang cantik itu yang sekali pandang macam penyanyi dan model Camelia. Tahniah untuk Fareez dan Mazlin. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:38 pm | |
| Kahwin? Saya Pun Tak Tahu Bila - Diana RafarRamai yang ingin tahu bilakah pelakon yang pernah digosipkan dengan Mawi ini akan bernikah dengan kekasih hatinya Zamarul Hisham. Empat tahun sudah berlalu namun tiada riak-riak pasangan ini bakal mengakhri zaman solo.. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:40 pm | |
| Salwa Abdul Rahman Dah Bercerai? Benarkah Salwa Abdul Rahman sudah bercerai? Lapan belas tahun perkahwinannya dengan bekas pemain bola sepak Subadron Aziz atau lebih dikenali dengan nama Bad, tidak pernah kedengaran cerita yang tidak enak tentang pasangan itu |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:52 pm | |
| RATU HATI RUSDI RAMLIRAMAI yang bersetuju mengenai wajah pasangan ini yang dikatakan seiras. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:56 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 2:58 pm | |
| AKO MUSTAFA NAIK PELAMINKemudian dia dicanang bakal sehidup semati dengan pelakon popular Zuliana Abdul Aziz atau Jue, 25, namun impiannya itu juga tidak kesampaian. Akhirnya takdir menentukan dia bertemu jodoh gadis Bajau dari Sandakan, Sabah, Kartina Abdullah (Tina), 28.
Ako menjelaskan dia kini menghitung hari untuk diijab kabulkan dengan wanita pujaannya itu selepas beberapa kali kecundang dalam percintaan.
Katanya, kali ini dia tidak mengambil masa lama untuk melamar kekasih hatinya itu sebaliknya selepas usia perkenalan mereka menjangkau lebih dua tahun, dia nekad mengakhiri cinta mereka di jinjang pelamin.
“Mengikut perancangan asal, majlis perkahwinan itu sepatutnya dilangsungkan Oktober lalu namun disebabkan jadual kerja saya yang padat di samping tidak mempunyai masa sesuai, maka kami terpaksa tunda kepada awal tahun depan.
“Itupun saya bimbang tertunda lagi sebab kerja masih banyak dengan beberapa penggambaran drama perlu dihabiskan. Harap majlis itu dapat diteruskan dengan sempurna seperti dirancang keluarga tanpa sebarang masalah,” katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri Kapten Boleh di saluran Astro Ceria, 22 November ini.
Bercakap mengenai majlis perkahwinan impiannya, Ako berkata dia mengimpikan majlis yang sederhana tetapi istimewa serta memberi keselesaan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.
“Saya lebih sukakan majlis yang kecil dan sederhana, tidak suka dibuat secara besar-besaran. Tina juga bersetuju dengan cara saya kerana yang penting keluarga, saudara mara dan rakan dapat berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan kami,” katanya.
Ako ditemui pada pratonton Kapten Boleh dan Ronaroni Makaroni yang diadakan di Cineleisure, Damansara, baru-baru ini. Kehadiran Ako ke majlis itu turut ditemani Tina.
Menyelami perasaan gadis manis itu yang berdarah kacukan Bajau (sebelah ayah) dan Filipina (ibu) itu, dia menjelaskan jolokan aktor popular bukan sebab utama dia menerima lamaran Ako tetapi hati budi dan pekerti jejaka menambat hatinya. |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 3:25 pm | |
| |
|
| |
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 Sun 16 Nov 2008, 3:36 pm | |
| Cinta Antara Zizan Nin & Rozita Che Wan Masih AdaIngat lagi gossip Datuk K hadiahkan sebuah BMW untuk Rozita Che Wan. Kemungkinan besar gossip itu hanya gossip semata-mata kerana Rozita sendiri menafikan perkara tersebut apabila di’ajukan oleh seorang wartawan hiburan.
Akan tetapi, kisah cinta antara Rozita Che Wan & Zizan Nin yang pernah bergelar dalam industri gossip hibuan Malaysia kini nampaknya semakin mekar.
Rozita & Zizan di’katakan bijak menyembunyikan hubungan mesra mereka sebagai kekasih tetapi keakraban mereka tampak jelas ketika berada di’lokasi & ini menjadi buah mulut para pelakon & krew.
Walaupun Rozita Che Wan adalah seorang janda yang mempunyai anak, penampilan & attitude Rozita mampu menggegarkan hati ramai lelaki.
Jika benar cinta antara mereka masih ada, OHBULAN! sentiasa mendoakan kebahagian mereka berdua kerana dua-dua sama cantik sama padan. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
| |
|
| |
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 | |
|