Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:01 am

Memori indah di Bali


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 F25
Rombongan yang terdiri daripada peminat dan pemenang GBB di ABPBH2007 berkongsi kegembiraan bercuti bersama Saiful Apek, Fara Fauzana dan Dafi di pulau peranginan terkenal

KEUNIKAN budaya dan adat masyarakat Bali yang menjadi tarikan utama pelancong serata dunia ke pulau yang turut dikenali sebagai Pulau Dewata itu tidak mungkin dilupakan dua pembaca bertuah Berita Harian.

Mereka yang juga pemenang peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) menerima hadiah utama iaitu percutian empat hari tiga malam ditaja secara eksklusif oleh Poto Travel & Tours Sdn Bhd.

Kemenangan ini, kata, dua pemenang siri pertama dan kedua GBB, Farah Wahida Mohd Zain, 30, dan Nor Khalilah Mohamad, 25, tidak pernah dimimpikan oleh mereka apatah lagi turut disertai tiga pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 iaitu Saiful Apek, Fara Fauzana dan Dafi.

Kehadiran mereka yang masing-masing memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular, Penyampai Radio Wanita Popular dan Artis Baru Lelaki Popular itu tidak hanya mengujakan 60 peserta lain yang turut serta dalam percutian itu, malah kehadiran mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendaftar masuk sebelum berlepas ke Bali turut mencuri tumpuan yang kebanyakan daripada mereka menghantar ahli keluarga untuk menunaikan haji.

Sebaik melihat kelibat Apek, suasana di kaunter pendaftaran masuk menjadi kecoh seketika kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang mengabdikan kenangan. Selepas itu, barulah kebanyakan mereka turut perasan kehadiran Fara Fauzana yang sebenarnya sudah tiba terlebih dulu tiba daripada Apek. Mungkin kerana wajah yang dibiar polos tanpa secalit mekap dan mengenakan kaca mata hitam menyebabkan mereka tidak perasaan kehadiran Fara.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ff12
PEMENANG GBB, Nor Khalilah (duduk kanan) dan Farah Wahida (tiga dari kiri) bersama adik beradik masing-masing gembira dapat bercuti bersama Fara Fauzana, Apek dan Dafi.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ffa10
DI mana-mana saja Fara Fauzana ceria melayan ahli rombongan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:13 am

Confirm! Anuar Zain Masih Single & Zandra Itu Hanya Teman Biasa


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Anuarz10

Gossip yang berlegar minggu terjawab semalam apabila pengurus Anuar Zain memberitahu media yang Anuar Zain & Zandra Aziela yang merupakan pemain bowling negara hanya kawan biasa. Menurut pengurus Anuar yang di’panggil Kak E, mana mungkin Anuar & Zandra berkasih-kasihan sedangkan Zandra sudah ada teman lelaki.

Teman lelaki Zandara di’katakan agak terasa dengan gossip ini & dan khabarnya bertegang urat jugalah antara mereka. Harap peminat sudah maklum yang antara Anuar Zain & Zandra Aziela hanya teman biasa.

Sekarang gadis-gadis masih boleh terus berharap & agak-agaknya’lah, siapa selebriti Malaysia yang sesuai jika berpacaran dengan Anuar Zain?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:22 am

Jawablah!: Biarlah apa orang nak kata

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Erema11

Mungkin dituduh kejam tetapi Erema tegas hanya dirinya saja yang tahu kenapa nekad menuntut cerai

SELAMA ini dia lebih senang mendiamkan diri, menjeruk rasa dan memendam perasaan sedih, benci dan amarah jauh ke dalam lubuk hati. Itu semua adalah demi sebuah perasaan sayang, dan seboleh mungkin dia enggan mengeruhkan keadaan.

Bagi penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema, walaupun hati terluka kerana perbuatan si suami namun kerana cinta dan sayang, dia rela menelan segala kepahitan. Harapannya, biarlah rumah tangga yang dibina hampir dua tahun lalu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun takdir Tuhan tak siapa mampu menghalangnya. Kesabaran yang selama ini menjadi pegangan, sudah sampai kemuncaknya. Akibatnya, keharmonian rumah tangga yang cuba dipertahankan berkecai juga di pertengahan jalan.

“Sayang itu sudah tiada lagi dalam hati. Perasan itu juga sudah jauh meninggalkan diri ini. Yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa simpati saja,” demikian luahan hati penyanyi yang cukup popular dengan lagu pelita Di Bawah Purnama ketika mengulas tindakannya memfailkan cerai terhadap suaminya, Seri Bayu.

Walaupun ramai yang menuding jari dan menuduhnya berlaku kejam kerana bertindak sedemikian sewaktu suaminya sedang terlantar kesakitan namun bagi Erema, semuanya tidak dipedulikan lagi kerana dia juga ada alasan tersendiri untuk mempertahankan keputusannya.

Hip: Apa sebenarnya yang berlaku antara Erema dan suami?

Erema: Sebelum ini pun Erema memang ada krisis dengan dia. Biasalah rumah tangga mana yang tidak bergelora. Tapi saya masih boleh bersabar dengan kerenahnya dan segala kesilapan yang dilakukan masih boleh diperbaiki lagi. Tetapi kata orang kesabaran itu ada batasannya. Kemuncak kepada pertengkaran kami adalah pada Aidilfitri yang lalu. Kami bergaduh besar sehingga saya nekad untuk memfailkan perceraian. Meskipun saya sedih dengan keputusan ini tapi saya rasa cukuplah apa yang saya lalui sebelum ini. Terasa pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.

Hip: Kenapa sampai tahap hingga hendak bercerai? Tak ada jalan penyelesaian lain?

Erema: Kalau boleh saya enggan mendedahkan punca sebenar perceraian kami. Sebenarnya saya memang tak mahu langsung orang lain tahu pasal perceraian ini. Tapi apabila dia sudah membuka mulut dan bercerita perkara yang tak elok mengenai diri saya serta menuduh saya yang bukan-bukan, takkan saya hendak berdiam diri. Begitupun, cukuplah sekadar saya menyatakan yang sabar saya ada batasnya. Untuk apa saya terus hidup dengan seseorang kalau rasa sayang itu sudah jauh meninggalkan diri ini. Saya sudah lama mengenalnya. Tujuh tahun berkenalan serta dua tahun bergelar isteri kepadanya, lebih banyak derita dari bahagia. Tapi itulah, disebabkan sayang, saya rela menelan segala kepahitan. Cuma saya tak menyangka, pengorbanan yang saya lakukan selama ini rupa-rupanya tidak membawa erti dalam hidupnya.

Sangka saya, sepanjang tujuh tahun bersamanya, saya sudah mengenali siapa dia sebenarnya. Rupa-rupanya tidak. Banyak perkara mengenai dirinya yang saya tidak tahu dan akhirnya terbongkar. Namun, saya rasa tak perlulah saya dedahkan segala-galanya kerana saya tak suka mengaibkan sesiapa serta ingin menjaga maruah diri ini.

Hip: Tapi Seri Bayu mendakwa perkara ini ada kaitan dengan orang ketiga?

Erema: Tak ada orang ketiga dalam hal ini. Saya tidak pernah curang. Semua ini berlanjutan apabila dia melarang saya daripada menyanyi. Saya mula menyanyi di kelab sejak Ramadan lalu. Tujuan saya untuk membantunya dari segi kewangan. Walaupun dia melarang saya menyanyi kerana katanya wang pencen dan royalti album yang diperolehnya mampu menyara hidup kami, tapi terus terang saya katakan jumlah itu masih belum cukup. Jadi apabila saya teruskan hasrat untuk menyanyi, itu yang membuatkan dia marah lantas tercetuslah pertengkaran antara kami.

Hip: Tidakkah Erema rasa tindakan memfailkan perceraian ketika dia sedang terlantar kesakitan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan?

Erema: Orang boleh kata apa saja tetapi hakikatnya, saya yang menanggung segala penderitaan. Saya memang nekad untuk bercerai dengannya walau apapun terjadi. Terus terang, saya sudah tidak tahan untuk hidup bersamanya lagi. Saya kenal dia sudah lama, malahan sebelum berkahwin dengannya, dia sudah berani mengangkat tangan pada saya. Itu tidak termasuk perbuatannya yang cukup menghancurkan hati saya yang menuduh saya berlaku curang terhadapnya serta berkelakuan kasar seperti yang diceritakannya dalam akhbar. Saya tidak pernah menendang atau memukulnya seperti yang didakwa. Walaupun sudah meminta cerai, saya tetap menjaga dia dengan baik. Saya tidak pernah mengabaikannya. Saya sediakan makan minumnya, mandikannya kemudian barulah saya pergi kerja. Biarlah apa orang hendak kata pasal saya. Saya tahu apa yang saya lakukan dan semua ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri.

Hip: Bersedia untuk bergelar janda dan berdepan dengan segala cabaran?

Erema: Kadang-kadang terfikir juga bagaimana bergelar janda dalam usia sebegini. Tetapi hidup harus diteruskan. Jika urusan permohonan perceraian ini berjaya, saya bersyukur kepada Allah. Selama ini hidup saya bagaikan terkongkong apabila bersama dia. Malah kerjaya nyanyian saya terbengkalai semuanya kerana dirinya. Jadi selepas ini, apabila semua kemelut ini selesai, saya ingin memulakan hidup baru serta kembali memfokuskan kerjaya saya dalam bidang nyanyian. Biarlah tarikh 1 Disember ini menentukan segala-galanya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Erema211
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:34 am

Dengarnya...: Syura sibuk dengan bisnes

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Syura110

SEDANG Cik Normah enak bersarapan dengan makan buah epal dan segelas air suam, Cik Normah teringat kisah penyanyi Syura yang semakin montel dan bahagia dengan kehidupannya bersama keluarga tersayang.

Bukan apa, apabila Cik Normah terasa diri kurus, mulalah teringat kawan-kawan yang berbadan comel. Cik Normah pun sebenarnya dalam proses nak menyihatkan badan yang mungil ini. Nak kata berisi tak juga, montok tu adalah juga sikit.

Dalam sibuk nak berdiet, konon nak menguruskan badan, Syura juga semakin kencang membabitkan diri dalam perniagaan ‘orang kahwin’. Sejak Mei lalu, Syura menguruskan Butik & Andaman Syura yang berpusat di Johor Bahru tetapi meluaskan cabang perniagaan itu bukan hanya di Johor Bahru tapi di Kuala Lumpur juga.

Cik Normah dengar perniagaannya ini dapat sambutan menggalakkan. Dengan modal tidak sampai ratusan ribu, Syura kini ada pendapatan sampingan dan tidak hanya mengharap duit daripada bernyanyi. Cik Normah yakin, Syura membabitkan diri bukan sebab kecewa dengan dunia nyanyian, cuma biasalah dengan keadaan pasaran dunia seni yang tak menentu, perlulah ada duit lebih nak sara hidup.

Lagipun, Syura sudah berkeluarga dan hidup bahagia dengan suami, Fadhly Md Yasin dan anak, Nurul Dania Irdani yang kini berusia setahun empat bulan.

Baguslah macam tu Syura, sentiasa beringat. Cik Normah nak ucapkan selamat berjaya buat Syura kerana lagu dendangannya Pujangga Merindu ciptaan Radeen Sri dan Hairul Anuar Harun tersenarai ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kategori Etnik Kreatif pada 28 November ini

Haa... Syura kenalah cepat kuruskan badan sebab nak nyanyi kenalah ada stamina kuat, pulak tu nak masuk TV. Tak cukup stamina nanti menyanyi macam orang nak semput pula. Cik Normah ingatkan saja. Macam Cik Normah ni, tak kisah sangat sebab memang fotogenik, di luar TV atau dalam TV tetap meletup. Upss.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:40 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Mainpi43

>Profil

NAMA: Diana Amir

ASAL: Johor Bahru, Johor

TEMPAT LAHIR: Birmingham, England

TARIKH LAHIR: 22 Jun 1986

KELUARGA: Anak keempat dari tujuh beradik

AKADEMIK: Penuntut tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

KERJAYA: Model, pelakon dan pengacara

DRAMA/ SIRI: Siri 65 episod Impian

PROGRAM: Life Can't Wait
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:56 am

Ziana Jadi Nenek Kebayan Dalam Magica

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 11212010

Bukan lagi rahsia apabila penyanyi tersohor Ziana Zain dilamar oleh KRU Studios (KRU) untuk membintangi filem terbaru produksi berkenaan tidak lama lagi.

Bukan watak biasa, penyanyi Lembah Asmara ini nampaknya menerima pelawaan KRU dengan memegang watak sebagai nenek kebayan bagi menjayakan filem muzikal fantasi bertajuk Magica.

Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini, Ziana berkata persetujuan memegang watak berkenaan bukan saja kerana tertarik dengan watak nenek kebayan, malahan juga sasaran tontonannya yang diilhamkan untuk golongan kanak-kanak.

"Filem ini adalah hikayat atau dongeng kanak-kanak dahulu kala di mana dalam satu filem itu nanti terdapat cerita rakyat lain yang akan dipersembahkan oleh pelakon popular tempatan. Satu langkah yang baik kerana pada masa yang sama juga untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan kesan yang akan terjadi jika enggan mengikut kata ibu bapa mereka.

"Maklumlah sajalah, kanak-kanak sekarang sudah tidak lagi seperti zaman kanak-kanak dulu yang percaya dengan hikayat rakyat atau dongeng yang diceritakan ibu dan bapa kita. Pada masa yang sama juga memberi kesedaran mereka akan kewujudan cerita rakyat yang bertahan sehingga sekarang," katanya.

Ziana juga tidak menafikan, statusnya sebagai ibu kepada 2 anak turut memberi dorongan yang kuat untuknya berlakon dalam Magica. Tambahnya lagi, dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk beraksi dalam filem muzikal yang disifatkan cukup berharga dan sering menjadi rebutan kebanyakan pelakon di luar negara terutama di Amerika Syarikat.

"Apa yang menarik, dalam filem ini nanti saya akan menyanyi dan berlakon. Memang sudah lama saya idamkan untuk berlakon dalam filem muzikal seperti ini. Setakat ini saya tidak tahu siapa yang akan berlakon bersama saya. Mungkin tidak lama lagi pihak KRU akan membuat sidang media berkenaan filem ini. Bagaimanapun apa yang saya tahu watak saya sebagai nenek kebayan," katanya.

Selain Ziana, murai.com.my turut difahamkan pelakon muda berbakat Diana Danielle dan sifu M Nasir serta Mawi turut dilamar untuk menjayakan Magica yang akan memulakan penggambaran awal tahun depan.

Selain bakal sibuk dengan penggambaran, tuah nampaknya sekali menyebelahi penyanyi kening terangkat ini apabila lagunya Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan Azalea disenaraikan ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik kategori Balada.

Meskipun disaingi penyanyi muda yang hebat, Ziana bagaimanapun positif dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada peringkat separuh akhir pada 5 Disember nanti.

"Benda ini semuanya berkenaan nasib dan rezeki. Kalau kita yakin dan tunjukkan usaha, mungkin kita akan bernasib baik. Saya suka sangat dengan lagu ini. Pertama kali membaca lirik lagu ini, saya terus jatuh cinta. Bagaimanapun saya percaya, pertandingan ini bukannya bergantung kepada populariti seseorang penyanyi tetapi kekuatan lagu itu," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 11:58 am

Jinbara Nekad Korbankan Rambut Panjang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 11252010

Bukan sengaja hendak mencetuskan gimik, bukan juga disebabkan hendak mencari publisiti murahan namunn yang nyata keputusan Jinbara untuk memotong rambut mereka adalah disebabkan kerelaan hati serta kemahuan diri mereka atas beberapa alasan.

Hal ini dijelaskan sendiri vokalis Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tiar, 38, sewaktu acara memotong rambut ahli band muzik rock Melayu tempatan itu di Pasar Budaya, Kuala Lumpur, petang semalam.

Tiar ketika diwawancara murai.com.my berkata, apa yang dilakukan mereka ini ternyata mempunyai banyak simboliknya.

"Pertama, ia adalah sempena meraikan kedatangan hari raya korban. Kedua adalah untuk menjayakan kempen anti-dadah. Yang ketiga pula kerana mahu mengambil inisiatif untuk memberitahu pihak luar bahawa kami tidak terlibat langsung dengan benda-benda haram tersebut. Jangan Tak Lihat

"Sebagaimana yang peminat maklum, baru-baru ini industri hiburan telah dikejutkan dengan berita kononnya seorang anggota Jinbara yang telah dikaitkan dengan dadah, walhal cerita itu sama sekali tidak benar.

"Malah orang yang ditangkap itu adalah seorang pekerja kontrak warga Indonesia yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan kumpulan kami. Jadi, apa yang kami lakukan ini secara tidak langsung adalah untuk memberitahu masyarakat luar bahawa kami, Jinbara, tidak ada kena-mengena dengan kes tersebut," katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 12:02 pm

Giliran Mazin-Anisa Mengundur Diri

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 11232010

Malam Rock 'N' Roll yang berlangsung semalam adalah detik terakhir bagi pasangan Mazin & Anisa apabila mereka terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal kepada program tarian Sehati Berdansa 2.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pengacara Linda Onn dan Fahrin Ahmad sebentar tadi, pasangan suami isteri itu terpaksa menerima kekalahan mereka selepas 5 minggu bersaing dengan bersungguh-sungguh.

Keputusan itu juga seolah-olah mahu memberi ruang rehat yang secukupnya buat Anissa yang sedang berbadan dua.

Walaupun melangkah keluar, mereka berjaya mengumpul dana berjumlah RM5,000 untuk pertubuhan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Persatuan Orang Pekak Malaysia.

Kedua-dua mereka yang juga bekas peragawan dan peragawati bagaimanapun kelihatan tenang menerima keputusan itu yang berdasarkan markah juri profesional dan khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. Jangan Tak Lihat

Anisa atau nama sebenarnya Ida Chairunias P, 26, disahkan hamil selepas bersaing pada minggu kedua program popular di Astro Ria itu. Suaminya, Mazin atau nama sebenarnya, Mazin Amen Siraj, 28, ternyata gembira menerima berita itu tetapi pada masa yang sama sedar mereka terpaksa berjuang di lantai tari.

Sejak mendapat tahu Anisa hamil, mereka berdua mula beraksi mengikut pengawasan doktor serta dinasihatkan membuat gerak tari yang sesuai dan tidak keterlaluan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 12:09 pm

Lagu-Lagu Alyah Dijangka Meletup!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 11242010

Meskipun dia belum lagi bergelar artis popular, penyanyi Alyah tetap menunjukkan kesungguhan yang ketara apabila menganjurkan majlis pelancaran album solonya dengan grand dan meriah.

Melihat strategi yang dilakukan, wartawan sendiri berbisik, penyanyi top seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi pun tidak pernah melancarkan album seperti mana yang dilakukan oleh Alyah dan syarikat pengurusannya, Wake The Baby.

Apa yang mengejutkan, ada pihak melontarkan gosip bahawa majlis itu ditaja oleh seorang sugar daddy sedangkan orang itu adalah abang kandung Alyah sendiri yang dikenali sebagai Bob. Memang bertuah Alyah kerana mempunyai seorang abang yang sanggup berhabis wang ringgit demi melihat adiknya yang sungguh berbakat itu kembali mengukir nama di persada seni.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 12:29 pm

Ayu tak mahu hilang identiti

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ayu14

ENTAH di mana silapnya, seperti Suki yang 'kurang menyerlah' berbanding Faizal Tahir, nasib sama turut dirasakan juara One In A Million musim kedua (OIAM2), Norayu Damit. Sejak bergelar jutawan, aura gadis dari Sabah ini dilihat seperti tidak ke mana.
Malah publisiti pula sering menghimpit pemenang tempat kedua, Nur Shahila Amir Hamzah atau Shila. Hinggakan anak sulung penyanyi ND Lala itu meraih peluang menyanyikan lagu tema untuk drama Alam's Story yang pernah disiarkan 8TV.

Bertemu Ayu baru-baru ini, dia tidak terlepas menjawab perihal dirinya yang dikatakan 'makin hilang'. Akui gadis berusia 19 tahun itu, dia tetap sibuk dengan proses pembikinan album sulung selain menjayakan undangan persembahan pentas.

"Sebenarnya, saya banyak menerima tawaran menyanyi di Sabah. Malah, pada masa sama, saya turut mengikuti kursus vokal di bawah bimbingan bekas anggota kumpulan VE, Lah. Selain itu, saya juga sibuk belajar cara memantapkan persembahan.

"Saya masih orang baru dalam bidang ini. Sudahlah kurang pengalaman, saya pun sebelum ini banyak 'terkena' dengan orang. Oleh itu, lebih baik saya lebih berhati-hati. Contohnya, saya sering dikritik soal imej yang dikatakan tidak sesuai.

"Sebagai remaja, saya kini dalam proses hendak mencuba perkara baru. Tetapi, saya sering diminta 'berubah' walaupun yang digayakan itu tiada masalah. Kalau ikutkan saya, pakaian ringkas seperti bahu-T dan seluar jeans jadi kegemaran," katanya.

Menurut penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini, dia tidak mahu hilang identiti diri dengan merubah gaya penampilannya kepada yang lain seperti pemakaian gaun. Apapun, akui Ayu dia memerlukan bimbingan dan kini turut sibuk belajar membaiki cara berkomunikasi.

"Saya sedar cara komunikasi perlu dipertingkatkan. Justeru, saya masih mencari individu yang boleh melatih dan membantu dalam masalah ini. Saya mahu pergi jauh dalam bidang seni dan berharap peminat akan terus memberikan sokongan mereka.

"Apapun, saya bertuah mendapat syarikat rakaman seperti Monkey Bone. Banyak pertolongan dihulurkan kakitangannya dalam membantu saya. Justeru, setakat ini saya tiada masalah terutama menjalani rakaman lagu di studio," katanya.

Ayu berkata, dia bersyukur kerana belum pernah dimarahi. Akui gadis tabah ini, walaupun masih baru dengan pengalaman merakam lagu di studio, dia tidak pernah berasa susah. Asalkan ada 'feel' yang diinginkan lagu itu menjadi mudah untuk dirakamkan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 12:54 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Aa11

awwwwww.....seksi jgk yer bini si riezman ni!!!!!! :69:
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 2:57 pm

Impak Maksima di Istana Budaya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Dsc_0310

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Dsc_0311
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 3:03 pm

wei dah makin panass cite ko nii.
baru je aku terlepas jap arini..bos
aku dok ade je lin e clear siott..huhuh eeee..geramnyer
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 3:25 pm

Mawi Menafikan Dakwaan Belikan Bakal Mertua Rumah & Kereta Mewah
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 A38

“Saya tidak belikan kereta Alphard kepada bapa Ekin dan rumah mewah kepada ibunya seperti gosip yang disebarkan di Internet itu.

“Sebaliknya, rumah di Taman Impian Mas, Johor Bahru itu dibeli keluarga Ekin sendiri. Ekin dan kembarnya Aein serta bapanya memang sepakat nak beli rumah untuk ibu mereka dengan duit pencen yang diterima bapanya.

“Kereta Alphard itu pula memang milik saya dan bapa Ekin juga masih memandu kereta Myvi sampai sekarang,” kata penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi, 27, ketika diminta mengulas mengenai isu kereta dan rumah mewah yang dikatakan diberi kepada keluarga bakal isterinya, Nora’shikin Rahmat atau Ekin, 29, seperti yang hangat diperkatakan di Internet ketika ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 3:25 pm

eira ariyana wrote:
wei dah makin panass cite ko nii.
baru je aku terlepas jap arini..bos
aku dok ade je lin e clear siott..huhuh eeee..geramnyer

ape lagi weiii...jom ar teman aku.....sembang2..
xde geng ar weiiii huwaaaa..! huwaaaa..!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 4:10 pm

Norman Hakim ke Rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh: Rai Dengan Majlis BBQ

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 A39

Mungkin ada peminat hiburan yang sudah bosan dengan cerita Norman Hakim & Memey Suhaiza ini. Tapi, jika ada perkembangan kisah ini, tidak salah berkongsi sesama kita.

Al-kisahnya, seorang penduduk Felda Tenggaroh menceritakan yang beliau pulang ke kampung hujung minggu lalu & orang kampung sibuk bercerita tentang Norman Hakim yang bertandang ke rumah keluarga Memey Suhaiza pada hari Sabtu 22 November 2008.

Tujuan sebenar kedatangan Norman Hakim tidak dapat di’pastikan dan menurut sumber, dengarnya Norman datang untuk meminta maaf kepada ibu bapa Memey Suhaiza. Norman Hakim juga meluangkan masa untuk bermalam di’sana.

Ini bahagian yang menarik, malam hari Sabtu tersebut, ibu bapa & keluarga Memey seolah-olah meraikan kedatangan Norman dengan mengadakan BBQ di’hadapan rumah mereka. OHBULAN! naik hairan, ini melawat minta maaf atau meminang?

Kita nantikan sahaja apa jawapan Norman Hakim & Memey Suhaiza berhubung perkara ini.
Back to top Go down
patzie_girl
Super Senior
Super Senior
patzie_girl

Number of posts : 767
Age : 43
Location : keramat wangsa
Registration date : 09/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeWed 26 Nov 2008, 4:28 pm

sally aku dengo memey ngn norman ni dah kawin...btol ker?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 8:11 am

Nora Danish Tidak Mahu Rujuk Kembali

Menurut Nora Danish, meskipun dirinya sudah bercerai, dia mengakui bahawa hubungannya dengan bekas suami masih baik. Namun untuk rujuk kembali adalah perkara yang mustahil berlaku selepas Nora Danish melahirkan bayinya nanti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Nora-d11

“Kami masih berbaik. Dia ada mengirim sms bertanyakan kandungan saya. Begitu juga hubungan saya dengan keluarga bekas mertua. Malah saya dan bekas suami sama-sama memilih nama untuk bayi ini. Untuk apa saya nak bergaduh dan bermasam muka. Bayi ini juga perlukan ibu dan ayahnya meskipun kami tidak lagi bersama. Baik saya dan bekas suami hanya kerana anak. Tidak mungkin kami akan rujuk kembali. Yang telah sudah saya jadikan kenangan dan pengajaran” kata Nora Danish sayu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 8:14 am

Gambar Farah Putri Kekasih Hati Bell Nasrizal Ngasri

Al-hikayatnya penceraian antara Bell Ngasri & isterinya yang bersifat kebudak-budakan itu didalangi oleh orang ketiga. Mengikut khabar angin, Farah Putri merupakan orang ketiga yang membuatkan perkahwinan mereka goyah. Mungkin lah, tidak tahu kebenarannya lagi, harap dia tidak mengalami nasib serupa Memey Suhaiza.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 F26


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ff13


Name: Farah Putri Mulyani Jasman Nada

Commercial Name: Farah Putri

Date of Birth: 28 September 1986

Place of Birth: Kuala Lumpur

Highest Education: Sijil Pelajaran Malaysia

Career: Actress, TV Host, Model

Film: Jarum Halus

Drama: Misi XX-Ray, Kawan, Timur Mencinta Barat Merindu, Pelamin Fantasia, Butakah Cinta, Lensa Kriminal, Fara,Tangisan Bulan Madu, Percaturan, Ku Milikmu, Keroncong Untuk Ana,Hilang, Mertua vs Menantu, Suara Hati

Host: Kecil-Kecil Cili Padi, Kembara Jelajah Utara and Sepetang Bersama

Commercial Ads: Sendayu Tinggi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 8:16 am

Erra Berbeza..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Erra_210

Erra juga masih belum membuat sebarang persediaan untuk kelahiran bayinya nanti. Mungkin bagi perempuan lain yang mengandung, pastinya mereka teruja untuk menyambut kehadiran orang baru.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 8:21 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 A40

Rozita Che Wan nikah tiga bulan yang lalu?

Belum habis kontroversi mengenai pemberian kereta BMW yang dikatakan diberi oleh Datuk K kepada Rozita Che Wan kini beliau sekali lagi mencetuskan kontroversi yang mampu membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai kesahihannya. Benarkah Rozita yang telah lama hidup menyendiri akhirnya dihidu telah bernikah tiga bulan lalu.

Berita yang disampaikan kepada peciter baru-baru ini sedikit sebanyak mengejutkan kerana peciter baru sahaja berjumpa dengannya tetapi beliau begitu bijak menyembunyikan mengenai perkara tersebut walaupun telah acap kali ditanya. Begitu hebat Rozita ya!

Menurut sumber, beliau dikatakan telah bernikah dengan seorang pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi terkenal tiga bulan lalu tanpa sesiapa pun di kalangan media mengetahuinya. Hanya mereka yang berhampiran sahaja mengetahuinya tetapi tidak disebarkan.

Peciter agak kecewa juga kerana beliau tidak memberitahu dan merahsiakannya tetapi peciter takut juga kalau ianya terus dirahsiakan pasti akan menjadi bualan ramai jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Apa-apa pun itu semua hak Rozita dan pasangannya sama ada untuk memberitahu umum atau terus merahsiakannya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:16 am

BANGLO MEWAH MAWI-TERATAK BONDA

Banglo Villa Mewah Mawi, Teratak Bonda. Nama Teratak Bonda adalah nama yang diambil hasil daripada peraduan yang diadakan oleh sebuah rancangan TV. Lihatlah betapa mewahnya hidup Mawi sekarang. Alhamdulillah jika Mawi bersyukur.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Mawi13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:19 am

AKSI PEMAIN PROFESIONAL

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Salina15

Sapekah awek yang beraksi ini?? lol! aksi mcm jaguh.....profesional... Basketball
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:22 am

Diana Rafar dan Zamarul Hisham Terpilih Jadi Duta Produk Al-Jabbar!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Dd11

Al-Jabbar Sales and Marketing, under Al Jabbar Herbs has selected two local celebrities, Zamarul Hisham and Diana Rafar as well as marathon runner, Suwaibah Muhammad Nasir as product ambassadors for Jabar Root and Puteri Serapat. Zamarul said this had opened up an opportunity for him to “BERDAKWAH”. At first I wonder why he said that, after all, Mawi also promoting similar products but of different brand i.e. Ali Cafe Tongkat Ali, but then Zamarul further elaborated that, it’s because of the slogan, “Ahh.. Alhamdulillah”. Oooooo.. My mouth went wide open..

The Al-Jabbar Group, a Bumiputera-owned company offering herbal based medications, targets to produce between 3-5 million cans of Jabar Root and Puteri Serapat. Their focus is overseas market, particularly in Brunei, Indonesia and West Asia. Zamarul has just finished the filming of a telefilm, VESPA MERAH.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 D15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:24 am

Rumah Baru Keluarga Ikin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 I13

Banyak yang membuat cerita mengenai rumah yang baru diduduki oleh Ikin dan keluarganya di Senai, Johor. Sungguh mewah dan tingga tingkat. Untung badanlah Ikin. If this is the case, you have to work harder to make MAWI happy …Aduhaaaaiii..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ii11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:29 am

Norman Hakim Jantan Keparat?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 N15

1. NH tinggalkan anak bini tanpa beri nafkah. Dia kata abby bekerja so knp perlu dia beri duit belanja

2. NH ditangkap khalwat dgn memek.

3. NH nak melepaskan diri dari hukuman masyarakat, lalu dia berlakon dan berpura pura baik kononnya dia masih sygkan abby dan anak2 dia. WTF!!! abis tu yg dia abaikan abby dan anak2 dia tu dan bersekongkol dgn memek tu apehal??

4. NH menitiskan airmata palsu nya itu utk meraih simpati masyarakat utk bersimpati kepada pihaknya, lantas menutup kesalahannya.

5. NH pergi ke masjid utk buat sembahyang istikarah di kg pandan, dgn kehadiran wartawan. What the hell NH pegi pmasjid sampai ada wartawan ikut pergi amek gambar? atau NH dah beritahu wartawan yg dia nak gi masjid? Esoknya keluar akhbar tabloid gambar NH sdg solat dlm masjid. Lantas masyarakat merasakan NH baik dan tak bersalah dlm hal ni. NH rasa diri dia selamat.

6. NH masih mementingkan memek dlm segala hal.

7. NH pergi bermalam di rumah memek utk meminta maaf. Apesal NH ni masih lagi nak berhubung2an dgn memek kalau dia takde special relationship dgn memek. Setakat nak mintak maaf, dlm phone pun leh mintak maaf. Takkan sampai nak kena gi bermalam kat rumah memek dan berBBQ ... nampak sgt betapa pentingnya memek dlm hidup NH....atau NH sebenarnya dh angau dgn memek...

8. Kesimpulannya, NH mmg PELAKON BESAR.
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:37 am

memang KEPARAT si Norman tuh..............hish.....tunggu la BALA dari Tuhan...!!!! eeee..geramnyer
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:38 am

Adi (era)Bergaya Dgn Kretanya....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Adi10
Kereta hebat, pandu lembap.SUDAH ada kereta idaman, misi Adi untuk mencari ratu hati pula selepas ini.

KALAU sudah namanya pemandu, maka bermacam ragam yang boleh dilihat. Baik gelagat yang menyenangkan hinggalah sampai melakukan tabiat buruk, itu semua bagaikan menjadi lumrah tatkala berada di jalanan.

Bagi penyampai di stesen radio ERA, Adifashla Juraimi atau mesra disapa dengan gelaran Adi, dia juga tidak terkecuali ada perangai tersendiri.
Jelek atau barangkali dianggap tabiat terbiasa, itu semua bergantung kepada masing-masing untuk menilai dek sifat lahiriah manusia berlainan.

Jujur mengakui sambil menyifatkan perkara ini kurang bagus untuk diri dan keselamatan pemandu lain, hakikatnya pemuda ini sukar mengikis sikap memandu sambil melihat kanan serta kiri.

Jika untuk tujuan keselamatan, memang kelakuan ini baik kerana pemandu sentiasa berada dalam kondisi yang berjaga-jaga.
Sebaliknya, Adi gemar memerhati para pemandu yang sedang memandu kereta di sekelilingnya.

DIUSIA muda, Adi sudah mampu bergaya dengan kenderaan import yang menjadi kegilaannya.

Kedengaran agak pelik dan ada kebarangkalian untuk mengundang bahaya, namun jelas Adi, perkara ini yang tidak mampu untuk dibendung hinggalah ke saat ini.
"Saya tidak tahulah macam mana tabiat ini boleh datang dalam diri.
"Apa yang saya perasan, kalau menaiki kereta, memang jadi rutin untuk saya sibuk memandang orang di bahagian kanan ataupun kiri.

"Bukan suka-suka ingin ambil tahu apa yang dilakukan orang lain, tetapi tabiat itu memang muncul semula jadi," akui Adi tertawa sendirian gara-gara mengenang perilaku pelik itu.

Sambung anak kelahiran Tanjong Karang, Selangor ini lagi, situasi ini terlihat berupaya mendatangkan bahaya kepada empunya diri dan pemandu lain.

"Disebabkan asyik meninjau pemandu yang memandu di sebelah, ada ketikanya kenderaan saya hampir memasuki lorong lain.

"Bahkan boleh jadi kelam-kabut dibuatnya kerana kereta saya mula berada dalam keadaan yang tidak terkawal.

"Hendak buat macam mana, sudah memang jadi tabiat saya memandu dengan stail begini," akui Adi yang berharap agar dapat mengubah tabiat kurang baik ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Aa12 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 A41

Sambil melihat pemandu di sebelah, ada beberapa ketika Adi sempat mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit kalau ada kereta berdekatan, yang memang amat diminati.

Begitu nakal sekali perangai Adi yang bergelar pemandu ini sampaikan dia sibuk ingin mengambil foto kereta lain walaupun sedang memegang stereng!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:48 am

Siti Fairuz penyanyi 80-an fail mutaah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Siti2010
Siti Fairuz fail mutaah

SHAH ALAM 26 Nov. - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu pada tahun 80-an, Siti Fairuz hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk menuntut mutaah (saguhati selepas perceraian) daripada bekas suaminya sebanyak RM200,000.

Siti Fairus Sheikh Mohamed, 44, selaku plaintif menamakan Muhamad Zainuddin Kordi, 45, sebagai defendan turut memfailkan permohonan untuk menuntut 11 harta sepencarian iaitu harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan.

Mahkamah menetapkan 16 Disember ini sebagai sebutan kes di bilik majlis sulh mahkamah tersebut.

Penyanyi itu berkahwin dengan Mohamad Zainuddin yang merupakan pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun 1988 dan hasil perkongsian hidup selama kira-kira 20 tahun, mereka mempunyai lima orang anak. - Utusan

byk sugguh kes skrg ni...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:53 am

Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Zizan10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ziz10

Gambar majlis pernikahan antara Zizan Nin, 35, dan Farahdhiya Mohd Amin, 24, telah tersebar. Tapi sah-sahlah ramai yang dah tahu, ini adalah antara babak penting dalam Drama Milikmu yang sedang disiarkan di TV3. Gimik yang sangat klise. Apa pendapat korang tentang drama Milikmu?

Zizan sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah dimiliki seorang gadis dalam lingkungan 20-an dan kebetulan Faradhiya juga dalam lingkungan umur itu. Bagaimanapun kata Zizan, gadis pilihannya hanyalah orang biasa bukan kalangan orang seni.

Faradhiya pula setelah episod cintanya bersama penyanyi Hattan kecundang di tengah jalan, lebih selesa memilih orang biasa sebagai kekasih. Selain itu, biarpun berdarah kacukan Melayu-Inggeris, dia lebih senang memilih lelaki Melayu sebagai calon suaminya. Adakah pasangan ini memungkiri prinsip yang dibuat mereka sendiri?

Sebenarnya Zizan dan Farahdhiya hanyalah melaksanakan watak mereka untuk drama bersiri Ku Milikmu yang kini sedang ligat ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary, setiap Selasa jam 9 malam. - kredit foto & artikel Berita Harian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Zn10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Zz15
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:56 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 F27

PROFIL: Farahdhiya Mohd Amin
Tarikh Lahir: 28 April 1984
Tempat Lahir: Sarzana, Itali
Kediaman: Kuala Lumpur
Keturunan: Melayu-Inggeris
Adik Beradik: Bongsu daripada dua beradik
Kerjaya: Penyanyi
Album: Bertakhta Di Hati
Idola Tempatan: Nicol Ann David (Skuasy)
Idola Luar Negara: Marion Jones (Olahraga)
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 9:59 am

teguran peminat terhadap Marsha Londoh dan Zizan Nin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 K10

Hai... suratkhabar ahad 26 hb ada ruangan peminat bagi e-mel/surat katanya 2 kali terserempak 2 artis ni. peminat ni jumpa marsha satu lif (kat Isetan) pas2 ada budak dlm lif ckp kat mak dia...'mak marsha AF...' tapi marsha buat dek je....x senyum, sombong la lebih kurang.

Nasib ko tu di terima masuk AF mula2 dulu, nangis sakit tekak, bila glemer sikit sombong plak.....

pas2 peminat ni menegur zizan nin di (kat Isetan jugak-- hari lain..) tegur zizan nin 'abg zizan (lebih kurg la) segak pakai kaca mata hitam...' pas2 zizan jawap 'salah ke pakai kaca mata hitam...' sakit peminat tu dgr... popular sgt ke zizan nin???
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:03 am

GAMBAR KELUARGA SAIFUL APEK

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ap10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Apex10

comel gak bini die... ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:16 am

Dengarnya...: Erra, Sarimah bakal diuruskan Vernon?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Er10 dan BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Sarima17

INILAH cerita terbaru, terhangat lagi sensasi yang disampaikan kepada Cik Normah oleh seseorang yang memang handal dalam bab bergosip ini.

Dari apa yang sumber Cik Normah ini nyatakan, jika tiada aral melintang, dua aktres jelita ini bakal bernaung di bawah pengurusan Vernon Kedit atau lebih mesra dengan panggilan Mr Manager. Ala bekas pengurus Ning Baizura itu. Ha! Terkejut dengan cerita itu?

Jangan risau, Cik Normah pun terkejut merak mendengarkan cerita si sumber tadi. Amboi Vernon, hebat awak ye? Seorang pergi, dua mari. Apalah ilmu yang dipakai Vernon sehinggakan Erra Fazira dan Sarimah Ibrahim terbuka hati untuk menyertai syarikat pengurusan Artistes United itu.

Apa yang Cik Normah dimaklumkan, perkara ini masih belum ada kata putus. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Tetapi, kalau betullah mereka berdua ini akan berhijrah di bawah pengurusan baru, Cik Normah hendak jadi orang pertama mengucapkan tahniah.

Eh! tetapi kalaulah benar Erra bakal diuruskan Vernon, ke mana pula pengurus Erra yang bernama Syed itu?

Sebelum ini tak ada pula Cik Normah dengar pengumuman rasmi yang mengatakan Erra tidak lagi diuruskan si Syed atau Cik Normah yang terlepas pandang.

Tertanya-tanya juga Cik Normah apa yang sudah berlaku antara Erra dan jejaka bertubuh tegap itu sehingga Erra ingin melantik orang lain sebagai pengurus. Apapun, nanti kalau Cik Normah jumpa Erra dan Syed akan Cik Normah ajukan pertanyaan ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:21 am

SHARIFAH SOFIA DAN TEMAN LELAKI...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ss11 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ss210

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ss310 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Ss410
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:25 am

''SAYA BUKAN SUAMI YANG ZALIM''-NASH

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 11192013

Pelbagai persepsi ditimbulkan masyarakat apabila pengasas produk kecantikan Novelles Visage, Sosilawati Lawiya, 44, mendakwa bahawa suaminya Nash yang juga bekas kumpulan muzik rock Lefthanded, masih lagi tidak mahu pulang ke rumah hingga ke saat ini.

Walhal, pihak Mahkamah Rendah Syarikah Gombak menerusi Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, sudah membuat keputusan mengesahkan mereka sebagai suami isteri yang sah berdasarkan sumpah Nash sendiri.

Apakah sebabnya Nash berbuat demikian dan apakah benar dakwaan yang dikemukakan Sosilawati itu?

Dalam pertemuan bersama Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 48, di majlis pernikahan dan persandingan Rusdi Ramli dengan Sharon Paul Abdullah di Galeri Creative Elements di Shah Alam pada Ahad lalu, Nash menjelaskan, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Sebagai seorang perempuan, saya hendak tanya awak. Kalau awak sudah berkahwin satu hari nanti, awak kena ikut siapa? Awak kena ikut suami atau suami yang kena ikut awak?

"Kalau ikut hukum syarak, sudah tentulah perempuan yang kena ikut suami bukan? Tidak kiralah sama ada suami itu tinggal di kawasan setinggan atau di ceruk mana sekalipun, seseorang isteri harus ikut suami dia.

"Jadi, dalam soal ini, tidak timbul sebenarnya tentang soal saya tidak pulang ke rumah sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya, dia sebenarnya yang tidak berbuat demikian," kata Nash kepada murai.com.my.

Nash akui bukan lelaki zalim

Menurut Nash lagi, dia juga tidak faham tentang dakwaan Sosilawati yang menyatakan kemusyhkilan tentang keengganannya (Nash) untuk pulang ke rumah menunaikan tanggungjawab sebagai suami sejak pendaftaran pengesahan cerai dilakukan sejak Oktober tahun lalu.

"Tidakkah dia tahu bahawa pasangan suami isteri tidak boleh bersama seandainya status cerai mereka mula diragui? Bukankah hukum itu sudah pun termaktub?" tanya Nash.

Jelas penyanyi itu lagi, dia bukanlah seorang lelaki serta suami yang sengaja bersikap zalim untuk menganiaya seseorang wanita yang bergelar isteri.

"Tentang isu dakwaan lafaz cerai yang dikemukakan Sosilawati itu, apa yang saya lakukan hanyalah sekadar untuk menegakkan kebenaran.

"Saya lawan kes itu sebab saya mahu buktikan bahawa saya tidak melakukannya. Itu saja dan sekarang ini sudah terbukti bahawa saya memang tidak buat. Masyarakat pun sudah tahu tentang perkara itu," katanya.

Tentang keputusan Sosilawati untuk menuntut fasakh seandainya Nash masih tidak mahu pulang untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka, Nash berkata, sebagai seorang Islam kita kena faham apakah maksud pengertian faskhah itu.

"Selalunya fasakh itu dilakukan atas sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebabnya ialah bila seorang suami itu hilang bertahun-tahun lamanya. Tapi, kalau suami sudah tercongok di depan mata, adakah relevan untuk seseorang isteri itu menuntut fasakh?" katanya dengan penuh makna.

Dengan penjelasan itu, Nash berharap peminat akan faham dengan situasi yang dihadapinya dan tiada yang lebih diharapkannya selain perkahwinan yang bahagia dan ceria.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:34 am

Indah Ruhaila Bangga bapa pernah harumkan nama negara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Gadis110 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Gadis210

Orangnya seindah namanya. Pertama kali bertentang mata dengan gadis ini, penulis agak terkesima seketika. Dirinya dikira cukup bertuah kerana selain dikurniakan kecantikan, dia juga dianugerahkan bakat menyanyi. Merupakan seorang penyanyi yang baru melahirkan sebuah album yang diterbitkan oleh sebuah syarikat rakaman yang turut dinaungi penyanyi nombor satu wanita negara, dia juga diramalkan bakal mengikuti jejak langkah penyanyi tersebut.

Gadis yang dimaksudkan adalah Indah Ruhaila Hussein atau dikenali sebagai Indah. Namanya sahaja sudah melengkapkan pakej gadis Johor ini. Indah adalah penyanyi yang sedang mencipta nama dan diberi penghargaan menghiasi ruangan Gadis Bola ABS pada keluaran kali ini.

Namun ramai yang tidak mengetahui, Indah sebenarnya adalah anak kepada bekas pemain bola sepak Malaysia dan Johor ketika era 70-an dan 80-an, Hussein Mohamed. Malah, nama bapanya pernah menjadi sebutan peminat bola sepak di negeri selatan tanah air itu.

Jelas Indah, biarpun ayahnya sudah lama bersara tetapi ayahnya masih tetap aktif bermain bola sepak. Ayahnya yang dahulu pernah merangkul gelaran Pestabola Merdeka (juara bersama Korea Selatan) ketika awal 1980-an, kini masih bergiat aktif dengan sering menyertai pasukan veteran Malaysia. Cinta ayahnya kepada sukan ini tidak pernah luntur sama sekali.

Kini ABS akan membawa para pembaca untuk mengenali pula anak kepada bekas pemain ini melalui ruangan ini. Biarpun agak sibuk dengan promosi, namun Indah bersama ibu tersayang telah meluangkan masa untuk menjalani sesi fotografi baru-baru ini...
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:37 am

Erry Putra cintakan bidang lakonan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Hibura10

Kehadiran Erry Putra dalam bidang seni baru setahun jagung, namun berbekalkan minat, usaha dan bakat yang dimiliki, Erry berjaya menarik perhatian ramai. Siapa tahu, jejaka ini sebenarnya pernah menganggotai kumpulan Boy R Us suatu ketika dahulu. Maka tidak hairanlah Erry sebenarnya turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Sambil ketawa, Erry memberitahu mungkin ramai yang tidak perasan kehadirannya pada ketika itu kerana dalam lima orang anggota Boy R Us, dialah yang paling gemuk dan berkulit gelap. Pakai ‘braces’ untuk rapatkan gigi “Apabila kumpulan tersebut dibubarkan, semuanya membawa haluan masingmasing.

Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan. Tetapi pada awalnya saya hanya menerima watak-watak kecil sahaja. Tambahan pula saya memakai pendakap gigi (braces) pada waktu itu,” katanya ramah memulakan bicara. Menceritakan pengalaman memakai ‘braces,’ Erry memberitahu, ia tidaklah semudah yang disangka. Ia membuatkan Erry kurang selera makan apatah lagi tidak boleh menjamah makanan yang keras-keras. Kerana itulah berat badannya turun sedikit demi sedikit. Tambah Erry lagi, dalam sebulan, ia akan menarik gigi dan pada waktu itu sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Penarikan tersebut adalah merupakan salah satu proses merapatkan gigi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:42 am

GADIS

Sherry tanam impian jadi penyanyi

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 A42

Kedatangan pelakon jelita ini ke studio kami tepat pada waktu dijanjikan. Dia tampil ringkas hanya mengenakan kemeja-T dan skirt labuh. Walaupun wajah tanpa solekan, tetapi masih menyerlahkan kecantikannya. Senyuman manis tidak pernah lekang. Itulah personaliti yang dimiliki Sherry Rahim, pelakon baru mula mencipta nama di arena seni tanah air.

Dari seorang gadis yang berkhidmat di awam biru, Sherry beralih mencuba nasib di dunia penuh glamor. Percubaan pertama tidak terhenti di situ. Sebaliknya ia adalah permulaan dan kini cintanya pada dunia lakonan semakin mekar. Hampir dua tahun menjejak kaki di set penggambaran, dia telah harungi perjalanan kerjaya yang mencabar dan memerlukan komitmen tinggi.

Banyak perkara yang perlu diterokai dan diperbaiki, baik gaya lakonan mahupun penghayatan. Dan setakat ini, Sherry telah berlakon dalam 10 buah drama dan sebuah filem. Antaranya drama “Dunia Baru”, “Elly”, “Jelatang”, “Renjis”, “Di bawah ketiak isteri” dan filem “Malaikat maut”. Dalam tempoh itu juga, pelakon berasal dari Selangor ini dikatakan menemui cintanya dengan pelakon kacak, Ashraff Muslim.

Sejauh mana status hubungan mereka, masih belum pasti. Namun kedua-duanya sentiasa dilihat bersama dan intim. Tetapi baru-baru ini kecoh pula cerita hubungan cinta Sherry dan Ashraff putus di tengah jalan. Semuanya gara-gara cerita mengatakan dia intim dengan seorang anak VIP. Biasalah kontroversi menjadi mainan dalam kehidupan selebriti. Namun Sherry sedikitpun tidak melatah, sebaliknya dia memberikan penjelasan sebenar. “Hubungan saya dan Ashraf sememangnya rapat. Tetapi sejak akhir-akhir ini masing-masing sibuk dan kami jarang bersama.

Cerita mengatakan saya mempunyai hubungan dengan anak VIP tu memang tak betul. Kami memang berkawan tetapi antara saya dan dia tiada apa-apa hubungan istimewa,” jelas Sherry. Nasihat buat Sherry, sebagai selebriti dan menjadi perhatian para peminat, masih banyak dugaan bakal mendatang. Jadi, bersedialah dan hadapinya dengan tenang. Buat tatapan pembaca, ikuti temu bual ringkas bersama pelakon yang menanam impiannya untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Aa13

Pengalaman pertama kali di hadapan kamera.
S: Hari pertama di set pengambaran untuk babak pertama, saya langsung tiada pengetahuan dan kemahiran untuk berlakon. Ia betul-betul membuatkan saya gementar. Untuk tidak terlalu kaku atau dilihat dibuat-buat, saya minta tolong pelakon lama mengajar bagaimana menghayati watak dan babak yang diberikan.

Sebagai pelakon baru, apakah cabaran yang perlu dihadapi?

S: Banyak perkara perlu dipelajari terutama menilai dan menghayati sesuatu watak yang diberikan. Kehendak pengarah perlulah dipatuti. Dalam dunia lakonan, kita terpaksa berhadapan dengan jangkaan yang tidak menentu oleh pelbagai pihak.

Bagaimana anda hadapi kehidupan sebagai public figure?
S: Secara jujurnya, dunia artis banyak cabaran dan rintangan. Sejak menceburi dunia ini, saya banyak belajar erti persahabatan dan kepercayaan terhadap seseorang. Di dalam dunia seni, kita akan tahu siapa kawan dan siapa bukan kawan kita. Industri ini sangat mencabar dan saya bangga serta tabik kepada orang-orang lama yang mampu bertahan.

Anda dilihat bijak berfesyen, pilihan stail anda?
S: Saya lebih suka bergaya kasual. Lebih selesa dan senang untuk digayakan. Sebenarnya saya suka menyuaipadankan pakaian dengan aksesori. Selain itu, untuk tampil lebih menonjol, saya suka memakai aksesori dan pakaian yang berwarna terang serta mengikut trend terkini. Paling penting untuk berfesyen biarlah berkemampuan.

Pernahkah anda ditegur kerana tampil seksi di sesuatu majlis?
S: Setakat ini belum pernah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 10:54 am

Hans Isaac cerita percutian dan kehidupan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Lelaki10

Hans Isac, satu nama yang besar dalam industri filem Melayu, tak mungkin ada yang tidak mengenali Hans Isac; dan tidak mustahil kalau dikatakan ramai peminat wanita mengi lainya kerana ketampanan raut wajah pan asian miliknya . Namun telahan saya, dia hanya kacak di kaca tv dan majalah. Sangkaan ini me leset, Hans bila dilihat secara live mem punyai daya penarik, bukan kerana ketampanan, tetapi kerana dirinya sendiri .

Menemubualnya hanya untuk seketika, rasa tidak mampu menghuraikan personaliti sebenar dan kekuatan diri Hans yang memegang gelaran sebagai salah seorang pelakon lelaki popular tanahair, tetapi percayalah dia seorang yang sangat mudah didampingi dan merendah diri dalam cara tersendiri. Dalam jiwanya terselit sebuah citacita dan azam yang sentiasa membakar dirinya untuk terus berjuang. Semangat ini yang kerap memotivasikannya untuk terus hidup.

Pertemuan singkat berlangsung di pejabat miliknya, Tall Order Production, Ukay Height, sebuah kawasan elit yang terletak tidak jauh dari International School. Di situ beberapa orang pekerja Hans, yang rata-rata kelihatan comel, melayan kedatangan kami dengan baik. Pejabat Hans, walaupun ringkas tetapi kelihatan beroperasi dengan baik. Hans kemudian tampil dalam kemeja Raoul, jeans dan sneakers Adidas yang menjadi koleksi kegemarannya. Gaya ini dan ketinggiannya, membuat dia tetap nampak hot dan cool.

“Maaf saya terlambat sedikit, “ tegurnya mesra. “Tidak mengapa kerana kami sedang mencari tempat sesuai untuk sesi foto, lagi pun you dah update dalam telefon tadi,” jawab saya ringkas menyenangi budi pekertinya. Meluangkan masa bersama Hans menyaksikan dirinya begitu seronok bercerita soal kerjaya dan kehidupan pada usia 37, biarpun isu kami pada kali ini lebih kepada percutian, tetapi soal kerja dan kesibukan tidak lekang dari bibir Hans.

Dia boleh dikatakan seorang yang passionate, capable dan natural. Gurau sendanya bukan dibuat-buat, dia seorang yang suka berterusterang dan hidup dalam dunia realitinya sendiri tidak seperti setengah-setengah individu yang suka berlakon dari menjadi diri sendiri. “Being direct, being the real person of what you are, itulah saya.”

“Kalau orang tak kenal memang kata saya sombong, takkan pula saya harus lempar senyum pada semua orang, tetapi saya berkawan tidak kenal taraf. Semua masuk line,” ungkapnya jujur.

Percaya atau tidak Hans mendisiplinkan diri setiap pagi dengan bangun seawal jam 7.30 pagi. Sebelum ke tempat kerja, Hans mendampingkan diri dengan kerja rumah. “Saya suka mengemas dan buat apa-apa yang patut sebelum keluar,” ungkap lelaki yang suka rumahnya kemas dan teratur walaupun dia sentiasa sibuk. Memang benar, memerhatikan tingkah laku Hans di pejabat, terasa kesibukan kehidupan hariannya. Sebagai pelakon, pengarah dan penerbit, Hans seperti tidak cukup masa.

“Setiap saat saya berfikir apa yang harus dilakukan. Sebagai pengarah saya perlu memastikan bisnes ini terus ke depan kerana setiap bulan saya bertanggungjawab menggaji setiap para pekerja saya.” Bagi Hans, life is about how to create opportunity. Jika kreatif bagaimanapun tetapi tidak tahu bertindak tidak guna juga. Idea yang ada harus diketengahkan untuk diaplikasikan menjadi realiti.

Percutian ketenangan

Di sebalik kesibukan kerja, lelaki kacukan India, Filipina, Spanish dan Eurasian ini, sangat gemar pada aktiviti selam skuba dan Hans menghabiskan masa dengannya sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali dalam setahun. “Saya ingat lagi masa mula-mula skuba dulu saya mabuk sebaik keluar dari air,” kata Hans yang mula menjinakkan diri pada skuba sejak mengacarakan program ‘Discovery scuba’ bersama NTV7 sedikit masa dahulu. Hasilnya kini Hans jatuh cinta dengan kehidupan laut. “Skuba memberikan ketenangan. Saya rasa seperti tidak percaya bagaimana ada hidupan lain di sekeliling yang saya tidak pernah lihat sebelumnya, namun bila melihat dengan mata sendiri jiwa saya terasa tenang.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:04 am

Jehan Miskin tak serik bercinta sesama artis

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Jehan13

.JEHAN Miskin asyik dikaitkan dengan artis perempuan. Hubungannya dengan pelakon Jue Aziz dan berakhir. Jehan kini bersendirian.

Serikkah Jehan untuk bercinta dengan artis lagi selepas ini? Nak tahu apa kata Jehan?

"Saya tak pernah serik bercinta walaupun sesama artis. Saya tidak boleh mengelak jika suatu hari nanti saya bertemu jodoh dengan artis wanita," kata Jehan.

Jehan akui apa sahaja yang berlaku termasuk kes putus cinta dengan Jue menjadikan dia lebih matang dan tahu mana yang elok dan mana yang tak elok dilakukan.

:"Mungkin kalau saya tidak terjatuh atau melakukan kesilapan, saya takakan tahu bagaimana rasa sakitnya," jelas Jehan.

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:07 am

COVER HAI-SITI SARAH DAN UMMI NAZEERA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Haicov10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:10 am

WAJAH IBU HAMIL-POPULAR

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Pregna10

Juma, Wardina & Abby hoorey!! hoorey!!
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:14 am

“Betapa Hebat Dan Beruntungnya Kaum Wanita Malaysia” - Datuk Dr. Mashitah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Masyit10

TAHUN 2004 telah mengubah kerjaya dan sekaligus turut mengubah rutin harian hidup Wanita VIP ini. Daripada bidang akademik, beliau beralih arah ke bidang politik, satu bidang yang tidak pernah difikirkan sama sekali sebelum ini, setelah hampir 15 tahun mencurah bakti kepada anak bangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Melihatkan kredibiliti serta bakat dalam bidang politik yang ada pada dirinya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertanding dalam pilihanraya ke-11 pada tahun 2004 yang mana Baling, Kedah, adalah kawasan yang dipertaruhkan.Mempunyai latar belakang pendidikan dalam ilmu keagamaan dan sebagai seorang pendakwah, beliau dilihat mampu menyumbangkan bakti kepada rakyat dan sekali gus kehadirannya dalam bidang politik, menambahkan lagi bilangan wanita yang berpotensi untuk sama-sama berada dalam barisan kabinet negara
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:15 am

Dr. Halina Rela Berkongsi Dr. Sheikh Muszaphar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 H14

TATKALA berbicara dengan wanita berusia 28 tahun ini, tidak puas menatap wajahnya. Tanpa secalit solekan, namun wajahnya tetap mempersona. Apatah lagi, sikapnya yang peramah dan mudah bergelak ketawa, membuatkan sesi temu bual untuk ruangan Penghias Kulit WANITA ini, seperti bertemu rakan lama meskipun ini merupakan pertemuan pertama buat kami semua yang terlibat dengan sesi fotografi ini bersamanya. Pendek kata, Dr. Halina Mohd. Yunos, mempunyai profail diri yang begitu sempurna. Beliau bukan sahaja cantik, bijak dan berpersonaliti menarik. Malah, menyandang kerjaya bagus. Maka tidak hairanlah, empunya diri ini berjaya mencuri hati angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Namun menjadi teman wanita orang popular, banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhinya.

Kata Halina, beliau pasrah berkongsi Dr. Sheikh Muszaphar...
Back to top Go down
cik sara
Super Senior
Super Senior
cik sara

Number of posts : 622
Age : 39
Location : pucHoNg
Registration date : 02/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:33 am

sally_eiyna wrote:
“Betapa Hebat Dan Beruntungnya Kaum Wanita Malaysia” - Datuk Dr. Mashitah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Masyit10

TAHUN 2004 telah mengubah kerjaya dan sekaligus turut mengubah rutin harian hidup Wanita VIP ini. Daripada bidang akademik, beliau beralih arah ke bidang politik, satu bidang yang tidak pernah difikirkan sama sekali sebelum ini, setelah hampir 15 tahun mencurah bakti kepada anak bangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Melihatkan kredibiliti serta bakat dalam bidang politik yang ada pada dirinya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertanding dalam pilihanraya ke-11 pada tahun 2004 yang mana Baling, Kedah, adalah kawasan yang dipertaruhkan.Mempunyai latar belakang pendidikan dalam ilmu keagamaan dan sebagai seorang pendakwah, beliau dilihat mampu menyumbangkan bakti kepada rakyat dan sekali gus kehadirannya dalam bidang politik, menambahkan lagi bilangan wanita yang berpotensi untuk sama-sama berada dalam barisan kabinet negara

tak suko la die ni..tk bkenan lagsug..
sejak jd ahli politik ni,makin daring la mekap..
bes lg ustazah norbahiyah..
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ciksara
meliza_manis
Regular Customer
Regular Customer
meliza_manis

Number of posts : 273
Age : 44
Location : Ampang Hilir, Kuala Lumpur
Registration date : 17/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:33 am

sally_eiyna wrote:
COVER HAI-SITI SARAH DAN UMMI NAZEERA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Haicov10

sally.... siti sarah ker nadia AF...
Back to top Go down
http://melizamanis.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:41 am

Liyana Jasmy tak gila jenama.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Jasmy10

Tentu u all nak tahu kenapa agaknya Vespa menjadi gandingan covergirl bulan ini. Bukan sebarang sebab Vespa turut jadi penghias. Sebenarnya ia simbolik dan dengan isu bulan ini yang berkaitan soal duit lantaran kenaikan harga barang dan minyak. Remaja berkereta tentu terasa akan kenaikan harga minyak baru-baru ini kan? Kalau tak boleh car pool atau sukar naik kenderaan awam, kenapa tidak bertukar kepada kenderaan yang jimat minyak?

Menunggang motorsikal adalah salah satu alternatif terbaik! Dalam masa yang sama, sempena bulan kemerdekaan ni, REMIX mahu mengembalikan nostalgia kepada generasi sekarang dengan penampilan Vespa. Lagipun Kelab Motor Vespa ini antara yang aktif berkonvoi ke destinasi pilihan setiap kali tiba Ogos. Jangan terkejut sebab ramai juga ahli kelab ini disertai oleh remaja dan pelajar universiti.
Ikutilah kisah selanjutnya dalam Remix Ogos 2008
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:44 am

meliza_manis wrote:
sally_eiyna wrote:
COVER HAI-SITI SARAH DAN UMMI NAZEERA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Haicov10

sally.... siti sarah ker nadia AF...

alamak.........soriiiiiii aduhh! aduhh!
tersilap ler weiii...nasib akak terperasan.............mekasih..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitimeThu 27 Nov 2008, 11:50 am

Gurau Tini makan tuan!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Tini10

DAHULU dia kerap muncul di kaca televisyen di dalam rancangan berbentuk informasi secara berkumpulan iaitu 3R. Kini suaranya pula kerap kedengaran menerusi siaran radio paling popular di Malaysia iaitu Hot FM. Siapakah dia?

Ya, dia adalah Tini! Seorang yang ceria dan berpendidikan tinggi. Tini sangat komited terhadap apa jua yang dilakukannya. Apa kata kita semua kenalinya dekat lebih dekat. Kalau kawan-kawan hendak tahu rahsianya semasa kecil, jom kita baca sampai habis, ya.

Ceritakan sedikit mengenai Tini
Bapa Tini bernama Kamalul Ariffin Abd. Rahim dan ibu pula, Fatimah Nasaruddin. Tini anak kedua daripada empat orang adik-beradik - kakak, Kaflina; dan dua orang adik lelaki, Kamal Faisal dan juga Kamal Fahimi.

Di antara ketiga-tiga orang adik-beradik Tini, siapakah yang paling rapat dengan Tini?
Yang paling bongsu, Kamal Fahimi. Tini rasa serasi dengannnya. Tetapi bukan bermakna hubungan Tini dengan adik-beradik yang lain tidak mesra. Cuma apabila bersama Kamal Fahimi, Tini seronok.

Lagipun, dia merupakan seorang pengkritik yang bagus. Dia akan mengkritik Tini apabila pakaian Tini tidak sesuai, perilaku Tini tidak bagus dan mekap Tini tidak menarik. Secara tidak langsung ia memberikan Tini inspirasi dan semangat baru untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3 - Page 11 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 3

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 11 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 10, 11, 12  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions