Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9 ... 17  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 2:29 pm

GAYA TERKINI ERMA FATIMA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Erma210BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Erma110

Erma Fatima pada satu majlis Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur.

Erma Fatima sentiasa tampil bergaya kalau ke majlis glamor. Walaupun imejnya bertudung litup, Erma tetap menyerlah. Sekarang semakin ramai artis dan selebriti mengenakan tudung, jadi bermacam gayalah yang timbul.

Nampaknya imej Bertutup tapi penuh gaya.
bertudung tidak menyekat seseorang untuk tampil bergaya. Sesuailah gaya ini dengan Erma Fatima yang sudah masuk 40 tahun usianya. Tak perlulah gaya over sangat kan?

Fesyennya dalam kategori jubah, tapi jenis jubah yang dipermodenkanlah. Lama juga tak dengar projek terbaru Erma Fatima kan?
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 2:43 pm

PAMELA ANDERSON VERSI MALAYSIA ??????

Sape ek pamela anderson malaysia...besar sgt ke..tut...

Aku tengok melodi tadi..sape ek yg pamela anderson malaysia tu..tak kenal la..pelakon baru ke....pamela sgt ke die tu...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Lana10 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Lana210
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 3:17 pm

MOSTI siasat pendapatan Dr. Sheikh Muszaphar

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Gambar15
SHEIKH Muszaphar bersama tunangnya, Dr. Harlina

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyiasat dakwaan sebuah akhbar milik pembangkang bahawa angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah memperoleh pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan angkasawan berkenaan sebagai 'tidak patut' sekiranya spekulasi itu terbukti benar.

"Bagaimanapun, dalam hal ini, saya terpaksa menyiasat perkara ini terlebih dulu memandangkan berita itu datangnya daripada akhbar pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.

Menurut laporan akhbar berkenaan, angkasawan itu telah menjana pendapatan sebanyak RM1.2 juta secara purata daripada 150 badan korporat sejak kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada Oktober 2007.

"Jika benar, ia tak patut berlaku sebab Sheikh Muszaphar merupakan ikon negara dan dia merupakan tiket dan lambang kepada kejayaan negara.

"Dia dilahirkan untuk memberi inspirasi dan menyemai minat dalam bidang sains dan teknologi kepada remaja dan belia Malaysia.

"Oleh itu, dia perlu lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan, dia juga perlu jaga imej baiknya... memang tak patutlah (merujuk kepada spekulasi)'' ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Fadillah, memandangkan kontrak yang dimeterai oleh angkasawan itu sebagai duta MOSTI sudah pun berakhir baru-baru ini, tiada tindakan khusus boleh dikenakan kepadanya.

"Selepas kontrak beliau tamat dengan kita, dia secara automatik mempunyai hak dan bebas melakukan apa yang dia suka.

"Namun, apa yang ingin saya katakan, walau nak buat ceramah sekali pun pada masa akan datang, mintalah bayaran yang berpada-pada dan jangan sesekali mengenakan caj yang tinggi,'' katanya.

Jelas beliau, dalam pengetahuannya, Sheikh Muszaphar hanya memberi ceramah secara percuma di mana-mana organisasi semasa masih bersama MOSTI.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 3:35 pm

GAMBAR ARTIS @ Selebriti DENGAN IBU MEREKA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Dr_she10
Dr.Sheikh Muszaphar Shukor dan ibunya..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Aliff10
Aliff Aziz dan ibunya......

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Haziq_10
Haziq Af4 dan ibunya...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mila10
Mila AF dan ibunya...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Piere12
Piere Andre dan Khatijah Tan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Dafi10
Dafi Af dan ibunya...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Aznil13
Aznil Hj. Nawawi dan ibunya serta anak2nya..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Fara11
Fara Fauzana dan ibunya....

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Fasha15
Fasha Sandha dan ibunya..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Nabil11
Nabil (Raja LAwak) dan ibunya.....
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 3:48 pm

FESYEN MUSLIMAH BERTUDUNG

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ct27
Siti Nurhaliza & Aishah (sama-sama tembam..heheheh) :82:

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mppb0210BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ajl04610
Norjuma & Wardina
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:04 pm

DATUK K DAN SITI NURHALIZA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ct28

ikan di laut asam di darat..dlm kuali bertemu jua..hahah hoorey!! ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:24 pm

Protes Cara Jinbara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Jinbar12

ANGGOTA Jinbara rela membiarkan rambut mereka dipotong lima peminat bertuah demi Aidiladha yang bakal menjelang tiba dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya anti-dadah.

Potong rambut bagi meluahkan rasa terbuku di hati mengenai kisah hitam yang dikaitkan dengan kumpulan rock popular ini

ACARA memotong rambut membabitkan anggota kumpulan Jinbara pada 24 November lalu di Pasar Seni menjadi simbolik dan medan meluahkan rasa hati bahawa mereka bukan seperti yang disangka. Ia adalah rentetan kisah hitam yang terpalit mengenai laporan media kononnya salah seorang gitaris mereka ditangkap di utara tanah air kerana penyalahgunaan dadah.

Laporan itu sekali gus mengejutkan gitaris utama mereka, Muhammad Jeffry Johari atau Cepot. Namun, apabila mengaitkan nama Jinbara, bukan Cepot saja yang terasa sebaliknya semua anggota yang lain. Ibarat kerana nila setitik, rosaklah susu sebelanga. Kata vokalis Jinbara, Shamsul Bahtiar Zakaria atau Tia, setakat ini mereka masih menunggu perkembangan lanjut daripada syarikat Warner Music dan seboleh-bolehnya tidak mahu isu membabitkan media ini berpanjangan.


Kumpulan ini mengulangi sejarah yang pernah dilakukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung majlis simbolik memotong rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat pada tanggal 1 November 1992. Bagaimanapun tujuan dan sebab acara itu berbeza.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 J15 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Jin310

Jika Amy dan Awie menyahut cabaran memotong rambut sebagai mematuhi arahan Kementerian Penerangan yang melarang artis lelaki berambut panjang menyertai rancangan hiburan di televisyen, radio dan konsert di seluruh negara, Jinbara pula terpanggil untuk mengorbankan rambut mereka bersempena Aidiladha dan membuktikan bahawa mereka bersih daripada najis dadah.

Hakikatnya mereka begitu berat hati pada mulanya untuk memotong rambut, namun dek pujukan teman dan pihak Warner Music, mereka akhirnya akur.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:28 pm

Notis Batal Saman Amy Search Ditangguh

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mainpi46
AMY bersama isterinya, Norhasniza Hassan melihat
notis permohonan pembatalan saman di luar Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menangguhkan sehingga 30 Januari depan untuk mendengar notis permohonan pembatalan saman Amy Search terhadap saman difailkan bapa seorang kanak-kanak empat tahun yang melecur di badan akibat tumpahan kuah tom yam ketika menjamu selera di restoran milik penyanyi itu.

Penangguhan itu dibuat berikutan Hakim Unaizah Mohd sedang bercuti bagi mengerjakan fardu haji.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memfailkan permohonan pembatalan saman dikemukakan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang menuntut ganti rugi berjumlah RM300,000 berikutan kecuaian pekerja Restoran Laksamana Cheng Ho milik penyanyi itu sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuhnya.

Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, notis permohonan pembatalan saman itu sudah difailkan pihaknya pada 6 Oktober lalu.

“Pada tarikh akan datang, dua permohonan akan didengar serentak, yang mana satu lagi adalah permohonan pindaan saman plaintif.

“Notis pembatalan ini dibuat kerana Restoran Laksamana Cheng Ho tidak pernah wujud, kecuali Cheng Ho Chinese Islamic Food yang ditadbir dan diurus serta dipunyai oleh Iconhill Holdings Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu juga tidak boleh saman bagi pihak anaknya kerana beliau tidak mempunyai sebarang kuasa atau locus standi.

Pada 24 September lalu, Nik Zahir Nik Mohd Idris, 31, memfailkan saman terhadap pemilik Restoran Laksamana Cheng Ho, Amy Search selepas anaknya, Nik Muhammad Zakwan melecur di badan akibat tumpahan kuah tom yam ketika menjamu selera di sana, pada 17 Jun lalu.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:35 pm

DARI PENYANYI KE PENGACARA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mainpi47
ALIF tidak meninggalkan nyanyian biarpun menyerlah
dalam bidang pengacaraan.


Alif mahu kedua-dua bidang yang diceburi dapat bergerak seiringan

BARANGKALI ramai yang melihat Alif atau nama penuhnya, Muhamad Alif Mohd Satar lebih cenderung menjadi pengacara biarpun bermula dalam bidang nyanyian lantaran kekerapan wajahnya muncul di kaca televisyen menerusi program Remaja.

Dua karier berbeza buat remaja berusia 18 tahun yang dicungkil bakat menerusi program realiti nyanyian, One In A Million (OIAM) namun bagi Alif, kedua-dua memainkan peranan sama penting untuk memacu dirinya ke persada lebih meyakinkan.


Ditemui pada majlis pelancaran program realiti bola sepak, Super Soccer Star di mana Alif turut bertindak sebagai pengacara, anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini mahu kedua-dua cabang seni itu bergerak seiring.

Tidak mungkin membelakangi karier nyanyian meskipun bidang pengacaraan lebih banyak membantu mengukuhkan namanya, Alif sedang menyusun beberapa perancangan untuk terus memperkasakan popularitinya sebagai penyanyi.

Mungkin popularitinya tidak sehebat Faizal Tahir atau Suki sekali pun lahir daripada program pertandingan yang sama, Alif keras berusaha supaya lakaran awal perjalanan kerjaya seninya membuahkan hasil.

Percubaan terbaru, Alif bakal muncul dengan sentuhan daripada Amylea, Akan Tiba yang turut menjadi pilihan untuk dimuatkan sebagai lagu latar drama bersiri, Rona Roni Makaroni siaran Astro.

“Saya agak bertuah kerana jadual antara kedua-dua bidang ini tidak bercanggah. Macam untuk Remaja, rakaman hanya dibuat pada hari tertentu dan masa selebihnya saya tumpukan kepada aktiviti nyanyian.

“Hampir dua tahun saya menggalas peranan sebagai hos program itu di samping Juliana Evans, jadi tugasan itu sudah membuatkan saya semakin selesa dengan dunia pengacaraan,” kata Alif yang popular dengan lagu Khayal.

Meskipun belum berkesempatan untuk muncul dengan album penuh, bakat nyanyian Alif tidak terpinggir begitu saja selepas menamatkan OIAM apabila diberi peluang oleh Power Records untuk menghasilkan album mini.

Pemenang tempat ketiga OIAM musim pertama itu merakamkan empat lagu, di samping dimuatkan dua single memadai bagi Alif sebagai permulaan untuk menguatkan lagi namanya di ingatan peminat.

Gejolak jiwa remajanya juga membawa Alif mencuba cabang seni lain dan sejak drama bersiri, Dendam terbitan Asia Media Content, dia turut berminat untuk memperluaskan aktiviti lakonannya.

“Cuma sepanjang November ini, saya terpaksa lepaskan tawaran kerana perlu memberikan komitmen untuk rakaman Super Soccer Star.

“Ia menuntut masa yang banyak kerana saya tidak hanya bertindak sebagai hos, sebaliknya menjadi abang kepada peserta yang memburu impian menjadi pelapis bola sepak.

“Pencarian ini adalah satu sejarah dan pastinya, saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada detik penting program yang menawarkan hadiah cukup bermakna iaitu mengunjungi Akademi Latihan Chelsea FC di London,” katanya.

Membesar sebagai remaja aktif yang gemar bersukan, akui Alif, bola sepak bukan sesuatu yang asing buatnya dan apabila dilamar menjadi hos Super Star Soccer, pantas dia memberikan kata persetujuan.

Selain tertarik dengan konsep program yang jauh berbeza daripada program realiti sedia ada, Alif berkata, dia menerima tawaran itu kerana terlalu mengagumi pasukan bola sepak popular itu.

“Rancangan realiti kata orang, sudah menjadi darah daging dan yang seronoknya, saya akan terbabit 100 peratus kerana perlu berkampung selama sebulan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

“Komitmennya besar tetapi daya tarikan apabila dimaklumkan turut berpeluang ke Akademi Latihan Chelsea FC membuatkan saya lebih teruja untuk menggalas cabaran ini.

“Saya akui berbanding Remaja, Super Soccer Star agak mencabar terutama untuk mempertahankan mood bersukan itu kerana ia memerlukan intonasi yang betul untuk memberikan kesan kepada penyampaian,” katanya.

Mengagumi Chelsea FC kerana pernah menetap di United Kingdom selama dua tahun bersama keluarganya, membuatkan bola sepak sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Justeru, kata Alif, apabila ditawarkan untuk mengendalikan program realiti sukan bola sepak dia tidak berdepan masalah besar.

“Saya juga berasa seronok apabila diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema program ini dalam dua versi berbeza iaitu Melayu dan Inggeris, malah lagu itu turut dimainkan di United Kingdom kerana ia ciptaan komposer dari sana.

“Namun apa yang saya harapkan, menerusi program ini akan dapat melahirkan pemain muda pertama Malaysia untuk mencipta nama di Liga Perdana Inggeris dengan peluang yang besar ini,” katanya.

Super Soccer Star akan mula menemui penonton pada 7 Januari 2009 di RTM2 dengan memberi penumpuan kepada mencungkil bakat remaja berusia 13 hingga 16 tahun mencuba nasib untuk menjadi empat finalis yang terpilih ke Akademi Latihan Chelsea FC.

Program hasil gabungan idea gergasi hiburan British, Galleon Entertainment itu direalisasikan di negara ini dengan kerjasama Nafalia Corporation Sdn Bhd.

Profil

Nama Penuh: Muhammad Alif Mohd Satar

Panggilan: Alif

Tarikh Lahir: 19 September 1990

Umur: 18 tahun

Asal: Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Hobi: Berenang, menonton wayang dan melancong

Tinggi: 173 cm

Berat: 66 kg

Kerjaya: Pengacara, penyanyi dan pelakon

Rancangan TV dan Drama: Remaja, On Call dan Dendam
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:40 pm

AZNIL AMAT BERSYUKUR...

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Aznil14
AZNIL menerima cendera hati daripada Rohana atas kecemerlangannya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Aznil210
BERGAMBAR kenangan bersama team produksi Macam-Macam Aznil.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Aznil310
NORA (depan, dua dari kanan) banyak memberi nasihat dan pandangan sewaktu Aznil berdepan masalah.

Peluang mengerjakan haji dan dua kemenangan serentak paling bermakna awAL Disember nanti berangkatlah pengacara dan penyampai Era, Aznil Nawawi berseorangan diri menyambut panggilan Kaabah sekali gus menunaikan rukun Islam kelima. Siapa sangka, tanpa perlu menunggu lama, tiba-tiba peluang untuk mengerjakan ibadah Haji terbentang luas buat pengacara nombor satu negara ini.

Rezeki tuhan, memang tiada siapa dapat menduga. Justeru, apabila mendapat tahu namanya tersenarai untuk menjadi tetamu Allah tahun ini, Aznil menyambut berita itu dengan penuh kesyukuran. Malah menurut Aznil segala urusannya untuk membolehkannya menunaikan ibadah itu seolah-olah dipermudahkan Tuhan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:47 pm

Peluang Hadir Ke Majlis Resepsi Mawi-Ekin!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 11282010

Ramai peminat tahu Mawi dan Ekin akan disatukan di Johor pada 20 dan 28 Disember 2008 ini. Mereka berdua akan dijabkabulkan pada 20 Disember di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada sebelah pagi dan seterusnya membuat 2 majlis kenduri serta persandingan.

Pada 20 Disember, majlis resepsi dari sebelah Ekin akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru manakala pada 28 Disember pula di Dewan Orang Ramai di Felda Taib Andak, Kulai.

Khas sempena acara yang dijangka meriah itu, murai.com.my ingin memberi peluang kepada 10 pasang peminat untuk menghadiri kedua-dua majlis itu (setiap majlis 5 pasangan).

Bagaimana caranya untuk mendapat peluang hebat itu?

Mudah saja. Anda boleh merebut peluang keemasan itu dengan menyertai peraduan Mencari Hantaran/ Harta Karun Mawi di murai.com.my sekarang.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan mengumpul sejumlah 50 barang hantaran Mawi itu yang tersembunyi di dalam pelbagai halaman dalam portal hiburan ini. Sila klik pada setiap satu barang hantaran itu dan kumpul sehingga 50 mata. Paling penting sekali, anda mesti tangkas dan kreatif menulis slogan.

Paling penting, mendaftarlah sebagai GengMurai terlebih dulu. Dalam permainan itu juga, peminat mestilah menghantar e-mel kepada rakan-rakan mereka seramai yang boleh. Siapa yang berjaya kumpul 50 barang hantaran, menghantar e-mel terbanyak dan menulis slogan paling kreatif, andalah yang akan memenangi undangan ke majlis persandingan Mawi & Ekin itu.

Cepat, jangan membuang masa, jom kita cari hantaran perkahwinan Mawi sekarang
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:49 pm

Mawi-Ekin Terima Sijil Pra Perkahwinan

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 11262010

Selesai mengikuti kursus perkahwinan pada 4 November 2008 lalu, bakal pengantin baru Asmawi Ani, 27, dan Nora' Ashikin Rahmat, 29, akhirnya menerima Sijil Pra Perkahwinan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mereka berdua dengan wajah berseri-seri hadir menerima sijil itu dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di pejabat Jakim, Putrajaya, baru-baru ini.

"Saya berasa bersyukur dan gembira kerana berjaya memperoleh sijil pra perkahwinan. Malah kami bertuah kerana ia diserahkan sendiri oleh Dato' Seri. Saya mengharapkan perjalanan ke arah hari yang kami nanti-nantikan itu akan berlangsung dengan lancar," kata Mawi kepada murai.com.my.

Penyerahan sijil itu disaksikan oleh pegawai-pegawai daripada Jakim, pihak media dan krew bertugas. Pada ketika itu juga, Zahid sempat mengucapkan taniah kepada Mawi dan Ekin kerana bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi dan berharap perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat.

Sebelum ini mereka berdua menjalani kursus kahwin di Masjid Putra, Putrajaya yang dianjurkan Jakim dan Astro Oasis. Rakaman sesi ceramah itu bakal disiarkan menerusi program Al Aris Wal Arus Mawi dan Ikin di Astro Oasis pada 17, 18 & 19 Disember 2008, jam 9.30 malam.

Mawi dan Ekin akan diijabkabulkan pada 20 Disember 2008 di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu dan mereka akan bersanding 3 kali iaitu di Kulai dalam konsep Jawa, Johor Bahru (moden kontemporari) dan Kuala Lumpur (Arabia).
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 4:52 pm

Anak Buah Mawi Bantu Siap Kad Kahwin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 11212011

Pada Selasa lalu, penulis bersama rombongan krew produksi Astro bertolak dari, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari, menuju ke Felda Taib Andak di Kulai, Johor. Sebut saja nama felda itu, orang tentu sudah tahu kami mahu ke rumah siapa bukan?

Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 5 jam termasuk berhenti rehat beberapa kali di kawasan R&R, akhirnya kami tiba di rumah bakal pengantin baru, Asmawi Ani atau Mawi.

Sebelum itu, beberapa kali kami tersalah mencari lorong dan akhirnya sampai jua ke rumah besar bernama Teratak Bonda itu.

Beberapa budak perempuan kelihatan menjengok tatkala ternampak kami di luar pagar. Tidak lebih 15 minit menunggu, akhirnya Mawi muncul di daun pintu dengan muka yang agak lesu, memakai sarung pelikat dan baju-T serta berkopiah. Jangan Tak Lihat

"Apa cerita?" katanya dengan nada malas macam baru bangun daripada tidur. Dia kemudiannya menjemput kami masuk.

Selepas Penerbit Eksekutif, Saiful, berbincang beberapa minit, Mawi akhirnya bersiap untuk melakukan pembikinan slot TV berkenaan bagi memeriahkan detik perkahwinannya pada Disember nanti.

Sikap Mawi seharusnya dipuji. Walaupun dia pulang ke kampung semata-mata untuk berehat dan membuat persiapan akhir menjelang perkahwinan, dia tetap memberi kerjasama untuk menjayakan penggambaran khas oleh krew Astro dan murai.com.my itu.

Pada ketika itu, mereka sekeluarga termasuk kakaknya, Rashidah Ani, 37, anak saudaranya, Azwa Fizwani Muhammad, 14, serta Azwa Far Hani Muhammad, 15, sedang menyiapkan hiasan kad undangan perkahwinan.

Difahamkan, kad jemputan itu ditempahkan khas daripada Indonesia.

"Kalau cepat siap Pak Cik Awi belanja tengok wayang malam ni," kata Mawi dengan mesra kepada anak-anak buahnya.


Kakak Mawi selalu layan kerenah peminat

Namun niat kami untuk menemurah ibu Mawi, Puan Ramlah Sarlan, 67, tidak tercapai apabila memerhatikan keadaannya yang kurang sihat. Walaupun mampu berdiri tegap dan berjalan dengan sempurna, Puan Ramlah tidak mampu bercakap dengan lancar lalu lebih banyak soalan diajukan kepada kakak Mawi.

Dalam temubual bersama Rashidah kurang daripada 15 minit, penulis tertarik dengan luahan hatinya.

"Kakak sebenarnya jemu juga apabila ramai yang tidak dikenali (peminat Mawi) datang tidak kira masa. Kadang-kadang tu, kita tengah membasuh baju, memasak dan mengemas. Mereka datang untuk melihat keadaan rumah Mawi ini, tempat Mawi bermain ketika kecil dan sebagainya.

"Penatlah juga hendak melayan tapi apa boleh buat. Mujurlah Aidilfitri baru-baru ini, kami semua beraya di rumah Mawi (di Kuala Lumpur)," katanya.

Yang jelas, selepas Mawi meraih kejayaan selama 3 tahun lalu, Felda Taik Andak turut terkena tempias Mawi. Ingat Felda Taib Andak, ingatlah Mawi.

Selepas selesai penggambaran, rombongan bertolak pula ke Hotel Puteri Pan Pacific yang memakan masa perjalanan 30 minit dari Kulai. Walaupun penat seharian menaiki kereta dan menguruskan kerja, penulis tidak terus tidur kerana selepas tiba di bilik hotel, kena pula memilih gambar-gambar yang dirakam.

Kira-kira jam 3 pagi, barulah penulis dapat melelapkan mata.

Jam 10 keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan lokasi seterusnya, rumah Ekin pula. Perjalanan lebih dekat, cuma 20 minit dengan kereta. Akhirnya kami sampai ke rumah 3 tingkat yang baru diduduki mereka sekeluarga, terletak di Raintree Terrace.

Sampai di sana, Ekin sekeluarga menyambut baik terutama ayahnya, Pak Rahmat Mohamad yang begitu peramah. Ibunya, Puan Fatimah Saat juga tidak duduk diam melayan serta menyiapkan hidangan untuk kami semua.

Selepas selesai membuat rakaman serta temubual, kami bertolak ke Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di lokasi strategik, di atas bukit dekat Pantai Lido.

Pada petang itu, semua pihak termasuk kedua-dua belah pihak bakal pengantin, pihak Astro, wakil masjid, polis, pegawai perubatan sama-sama bermesyuarat untuk merealisasikan hari yang dinanti-nantikan.

Perkahwinan Mawi & Ekin akan berlangsung pada 20 Disember ini di masjid berkenaan. Kelihatan pada mesyuarat itu Freddie Fernandez, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar serta pengacara popular, Zainal Alam Kadir.
Back to top Go down
luvly e'in
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
luvly e'in

Number of posts : 5108
Age : 47
Location : under 1 roof
Registration date : 03/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Baby Baru Wardina   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 6:56 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Bb310
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Bb110
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Bb211

Baby boy ini diberi nama Imran Ar-Razi
Back to top Go down
http://www.easypha-max.com
deqlis
Super Senior
Super Senior
deqlis

Number of posts : 869
Age : 43
Location : Bukit Jalil/Sungai Buloh/Setia Alam
Registration date : 27/06/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeSun 30 Nov 2008, 9:00 pm

selamat dah deqlis baca sume brita gossip part 4 nie... :69:
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:06 am

Rozita Che Wan Belum Bernikah: Masih Berharap Dato’ Dari Kedah
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Rozita18

Okay. Sekarang confirm selebriti panas yang seorang ini belum bernikah & ini di’iyakan oleh adik Rozita Che Wan sendiri yang bernama Jaja.

Menurut Jaja,”Betul. Kak Ita belum bernikah lagi. Saya sendiri tinggal bersama dia. Mustahil saya tak tahu kalau dia dah bernikah. Kami tujuh beradik (lima perempuan dan dua orang lelaki) semua tinggal di Kuala Lumpur.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:08 am

Kieran (Hot FM) & Fouziah Ghous Gandingan Baru Roda Impian

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Kieran14
Tahniah buat penyampai HotFM, Kieran bersama Fouziah Gous kerana mengacara game show terbaru TV3, Roda Impian!

Begitulah ayat satu baris dari wartawan sensasi Bintang Popular, Zubir dalam kolum tulisan beliau hari ini. Hari minggu ini beliau menulis tentang penafian Marsha tentang gossip beliau membuat pengguguran baru-baru ini.

Apa Pandangan Anda Tentang Gandingan Baru Roda Impian Ini?

Sesuai Sangat. I Like!
Yawk! Macam Tak Kena Je.
Kita Tengok'lah Camne Nanti
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:09 am

Agnes Monica Penyanyi Wanita Pilihan Kanak-Kanak Indonesia

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Agnesu10

Malam tadi berlangsungnya Indonesia Kids Choice Award 2008 di Balai Sabrini Plaza Semanggi, Jakarta Selatan. Acara ini menyaksikan Agnes Monica memenangi anugerah penyanyi wanita kegemaran kanak-kanak untuk tahun 2008.

Pemenang pada anugerah ini sememangnya di’pilih oleh kanak-kanak & ini membuktikan pengaruh Agnes Monica terhadap kanak-kanak Indonesia.

Bercakap kepada wartawan,”Perbezaan dahulu & sekarang pastinya kanak-kanak sudah cepat membesar bererti mereka cenderung menjadikan artis-artis & band muzik sebagai idola..kalau dulu tiada.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:13 am

KOLEKSI GAMBAR PERKAHWINAN WAN SHARMILA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 A47

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 B25

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 C20
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:19 am

Datuk Siti Nurhaliza menggayakan baju warna kegemaran Media Malaya

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Siti-n13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Siti-n15

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Siti-n16

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Siti-n17

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Siti-n18

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Siti-n19
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:21 am

Farawahida Terpaksa Import Ari Wibowo Untuk Klip Videonya

Adakah perlu mengimport artis Indonesia untuk melariskan album seseorang artis Malaysia seperti yang dilakukan Farawahida ini? Jika jawapan anda ya, maka tunggulah klip video “Hilangkan Segalanya” di pasaran atau pun di MTV Asia kelak.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 F31

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 F110
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:25 am

Mawi bersama Artis-Artis “King” Malaysia

Mawi bergambar bersama Jamal Abdillah, M. Nasir, Ramli Sarip, Saleem dan Ameng Spring. Lama juga Ameng Spring menyepikan diri ya?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mawi-p10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:35 am

Kulit Album Terbaru Nikki Bakal Timbul Kontroversi

Adakah Nikki tidak memakai bra? Lihat seperti tidak memakai bra

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 A48

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 B26
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:36 am

Ella Hawt bersama Peminat Muda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ella-h10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:43 am

GAMBAR MAJLIS BERKHATAM NABILA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Nabila12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Nabila13

Alhamdulillah, berlangsung petang tadi, majlis khatam Al-Quran, Nabila Huda, anak perempuan kepada Amy Search. Majlis perkahwinan Nabila akan menyusul pada 2 Disember 2008 nanti.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 8:56 am

Ako bercinta dengan tunang orang?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ako11

Hujung tahun lepas Niezam pernah menulis kisah percintaan pelakon Ako Mustapha yang sudah bertemu dengan cinta barunya, seorang gadis dari Sabah iaitu Tina atau Kartina Abdullah, 28.

Baru-baru ni ada seorang lelaki yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat minyak dan gas mendakwa kekasih Ako itu adalah tunangnya.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Jay itu mendakwa dia amat kecewa selepas mengetahui Tina menjalinkan hubungan dengan Ako.

“Untuk pengetahuan you, I dengan Tina sepatutnya kahwin pada bulan Januari ini tetapi hasrat itu terbantut sebab masalah itu. I betul-betul kecewa,” kata Jay.

Menurut Jay dia sudah lama bersabar sejak kisah percintaan Tina dan Ako ditulis oleh wartawan tetapi pada hari ini kesabaran itu sudah hilang menyebabkan dia terpaksa dedahkan perkara sebenar.

Niezam tanya Jay kenapa dia tak berjumpa dengan mereka berdua untuk menyelesaikan kemelut yang melanda?

Ujar Jay dia dah bersemuka dengan Ako untuk minta penjelasan mengenai hal itu tetapi Ako mendakwa hubungan dia dengan Tina sekadar kawan biasa saja. Bukan kekasih. Begitu juga Tina menceritakan perkara yang sama terhadap Jay.

“Saya tak suka dipermainkan. Saya pun tak tahu apa status saya sekarang ini? Masih tunang orang lagi atau tidak?” tanya Jay.

Gara-gara masalah itu, ujar Jay dia sudah tiada hati dengan Tina. Cuma dia minta kedua-dua mereka tidak terus bermain teka-teki.

Maknanya kalau betul Tina mencintai Ako, berbincanglah dengannya untuk memutuskan hubungan dengan baik.

Begitu juga Ako kalau benar dia nak kahwin dengan Tina, cakaplah elok- elok. Bukannya terus mendakwa mereka berkawan biasa.

“Terus-terang saya nak bagi tahu yang saya terpaksa batalkan hasrat untuk berkahwin dengan Tina pada Januari ini. Saya terpaksa membuat keputusan ini dan harap dia (Tina) faham,” ujar Jay.

Mudah-mudahan masalah cinta yang bersegi ini dapatlah diatasi. Tina dan Ako, harap-harap dapat cari jalan menyelesaikan masalah yang berlaku ya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:10 am

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF 08)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ct29

Acara dimeriahkan oleh persembahan artis tempatan dan Indonesia seperti Dato' Siti Nurhaliza menerusi lagu Kurik Kundi
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:13 am

Selamat Tinggal Buat Rina Dan Shahrin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 11302010

Setelah berkerja keras dan bertahan selama 6 minggu, akhirnya pasangan Sabrina & Shahrin tersingkir pada malam Debaran Sehati Berdansa 2 yang bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil, malam tadi.

Ini bermakna, mereka menjadi pasangan ke-6 tersingkir mengikuti jejak pasangan Ashed & Shima, Shahril & Noraini, Jamal Jamaluddin & Faridah, Ani Mayuni & Zairi dan pasangan yang baru tersingkir minggu lepas, Mazin & Anisa. Pasangan Rina dan Shahrin juga merupakan pasangan yang berada pada kedudukan terbawah mengikut markah juri pada Malam Sehati Berdansa 2.

Suasana ceria dan mencuit hati dengan tarian bertemakan Dramatari yang merupakan tribute kepada Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee pada malam kelmarin tiba-tiba bertukar sedih apabila keputusan tersebut diumumkan pengacara Linda Onn dan Fahrin Ahmad di akhir rancangan itu.

Walaupun tidak berjaya ke peringkat final, usaha Rina & Shahrin sudah memadai apabila mampu menyumbang RM6,000 untuk badan kebajikan yang diwakili mereka iaitu Persatuan Kesihatan Mental Malaysia. Cek disampaikan kepada wakil pusat kebajikan terbabit dan pasangan suami isteri itu menerima hadiah sumbangan Silky Girl dan Silky For Men selain trofi.

Pada minggu hadapan, 4 pasangan yang bertahan iaitu Lisdawati & Fauzi, Khai & Rosma, Sasha & Salyo, serta Amyza & Khairil akan meneruskan perjuangan mereka.

Selain Hamzah Tahir dan Linda Jasmin, Adlin Aman Ramlie muncul sebagai juri jemputan pada minggu ini.

Debaran Sehati Berdansa 2 menemui penonton menerusi Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 - 9.30 malam, manakala rentak tari pasangan disiarkan pada setiap Sabtu, jam 9 - 10 malam, juga menerusi Astro Ria.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:18 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 D17

Tuah badan fans Dayang Nurfaizah yang menyertai sesi Star Chat malam tadi. Walaupun dengan selsema, beliau tetap memenuhi permintaan seorang peminat untuk menyanyikan lagu Rihanna “Umbrella”. Dan sebagai bonus, buat kali keduanya, Dayang mendendangkan lagu tema filem pertamanya, “Terluka”. Secara langsung, ‘impromptu’ dan tanpa iringan muzik, suara Dayang memang mantap dan merdu sekali sampai ada seorang fan tu menangis. “Terluka” akan dimainkan di corong-corong radio mulai bulan depan.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Dd12 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Ddd10

Bagi pengetahuan semua, filem lakonan Dayang bersama artis cantik Indonesia, Dian Sastrowardoyo yang berjudul ‘Luka’ dijangka akan menemui peminat tahun depan. Tetapi sebelum itu, anda semua boleh membaca novel tersebut terlebih dahulu bila ia diedarkan di pasaran pada bulan Januari nanti.

Dalam perkembangan lain, bulan depan akan dikeluarkan album ‘live’ Dayang. Dan pada bulan Januari akan dilancarkan laman webnya sendiri, www.dayangnurfaizah.com.

Berbalik kepada sesi chat semalam, ia dipenuhi dengan kelucuan gara-gara Dayang yang tidak biasa chatting. Selain menaip dengan kadar yang agak ‘slow’ sehingga ada peminat yang bergurau sambil menasihati Dayang supaya memasuki kelas komputer, dia juga tidak biasa dengan ‘short form’ yang biasa digunakan oleh chatters. Nasib baik pengurusnya Liza ada berhampiran untuk menolong.

“Seronok (berchatting) walaupun menaip tu ‘slow’ sikit. Di masa depan jika dijemput lagi untuk berchatting dengan peminat, saya akan praktis dulu. Ada ketika itu, kelam kabut sikit tetapi nasib baik peminat dapat mendengar suara saya,” kata Dayang selepas sesi chat sejam itu.

Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:23 am

Rossa Penyanyi Termahal Di Indonesia?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 11212012

Karier penyanyi kecil molek, Rossa dalam dunia muzik Indonesia dan Malaysia tidak boleh diragukan lagi. Malah, ketika ini Rossa dianggap sebagai salah seorang penyanyi wanita yang termahal di Indonesia seangkatan dengan Kris Dayanti.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Tegar, Pudar dan Atas Nama Cinta ini tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Tidak hairanlah Rossa juga diberi gelaran terbaru iaitu Wanita Indonesia Abad Ke-21.

"Saya baru saja dengar tentang gelaran ini. Bagi saya, mungkin itu penilaian secara subjektif saja. Saya rasa biasa saja," jelas Rossa ketika ditemui wartawan di Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Pun begitu, Rossa yang mengadakan konsert bersama Ungu dan Melly Goeslow pada minggu ini merasakan jolokan itu terlalu menyanjung dirinya. Apa yang penting, dia tidak akan pernah sekali besar kepala.

"Saya bangga dengan diri saya sebagai seorang ibu yang perlu berusaha berlipat ganda dalam menjalani karier sebagai penyanyi," jelasnya.

Menjelaskan tentang konsert itu pula, Rossa bakal mendendangkan sebanyak 18 lagu selama 2 jam. Manakala Ungu dan Melly yang bertindak sebagai artis jemputan hanya mendendangkan sebuah lagu saja.

Paling istimewa, selain menyanyi penyanyi ini juga menunjukkan kebolehannya dalam bidang tarian.

"Malam itu saya akan tampil lain dari lain. Sekarang ni saya sedang giat berlatih untuk pandai menari," tambahnya yang berkerjasama dengan pemuzik terkenal Erwin Gutawa dan Jay Subiakto.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:27 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 A49

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF 08) yang sudahpun berlangsung sejak semalam akan berakhir pada 29 November ini. Antara agenda yang disusun sepanjang festival ialah simposium dan ‘business matching’, majlis apresiasi filem, majlis tayangan perdana, tayangan filem untuk orang awam dan malam kemuncak festival.

Sempena penganjuran KLIFF 08, filem arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan, ‘Wayang’ akan mewakili Malaysia kerana ia menepati tema festival – ‘Meraikan Kepelbagaian Budaya’. Bagaimanapun, filem-filem tempatan lain yang turut menghantar penyertaan akan ditayangkan kepada umum sepanjang tempoh festival ini diadakan. Filem-filem tersebut ialah ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, ‘Evolusi KL Drift’, ‘Susuk’, ‘Congkak’, ‘Pensil’, ‘Anak Halal’, ‘Sepi’, ‘Cuci’, ‘Duyung’ dan ‘Apa Kata Hati’.

‘Wayang’ yang menampilkan Eman Manan sebagai teraju utama akan berentap dengan empat lagi filem Asia lain untuk merebut kategori khas yang dikhususkan kepada penggiat filem Asia, Filem Asia Terbaik. ‘Wayang’ bakal bersaing dengan filem ‘Captain Abu Raed’ dari Jordan, ‘Uri Saengae Choego-Ui Sungan’ dari Korea Selatan, ‘Hai Jiao Qi Hao’ dari Taiwan dan ‘Hamoon Va Darya’ dari Iran.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa buat pertama kalinya KLIFF akan menyediakan hadiah wang tunai untuk semua kategori berbanding hanya satu kategori pada penganjuran pertamanya yang lalu iaitu untuk kategori Filem Terbaik. Walaupun jumlah wang tunai yang dijanjikan kecil, tetapi saya yakin ianya cukup bermakna kepada delegasi yang berjaya. Harapan saya, dengan adanya ganjaran wang tunai ini, lebih banyak penyertaaan akan diterima pada masa akan datang dan lebih banyak juga pihak yang sudi memberikan tajaan,” ujar pengarah KLIFF Wafa Tan Sri Abdul Kadir pada sidang media yang diadakan baru-baru ini.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 11302011

Turut hadir pada sidang media itu pengerusinya Datuk Ab Rauf Yusoh, pengerusi bersama KLIFF Mohd Mahyidin Mustakim, presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) Ahmad Puah Onah, Datuk Mustafa Maarof dan Hans Isaac.

KLIFF kali ini menyaksikan 22 buah filem cereka yang dipertandingkan bagi merebut anugerah filem terbaik secara keseluruhan. Kesemua filem ini mewakili lima buah kategori benua iaitu lima dari Afrika, lima dari Asia, tiga dari Eropah, lima dari Amerika Utara dan empat lagi dari Amerika Selatan. Apa yang membanggakan, kebanyakan filem yang menyertai KLIFF kali ini adalah filem baru yang dibuat semata-mata untuk menyertai festival ini. Malah, ada di antaranya masih belum ditayangkan di negara sendiri.

Malam kemuncak yang bakal diadakan di PWTC pada 29 November nanti akan mengumumkan pemenang-pemenang bagi 16 kategori yang dipertandingkan iaitu Filem Terbaik Asia, Filem Terbaik Afrika, Filem Terbaik Eropah, Filem Terbaik Amerika Utara dan Filem Terbaik Amerika Selatan. Manakala kategori lain yang dipertandingkan ialah Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Sinematografi Terbaik, Sistem Bunyi Terbaik, Sutradara Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Anugerah Khas Juri. Setiap penerima anugerah akan menerima hadiah berupa trofi, sijil penyertaan dan wang tunai bernilai RM3,000. Manakala filem terbaik keseluruhan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM20,000.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:52 am

Rekaan Busana Hebat Di Zoo Negara

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Zz17

Tidak pernah pertunjukan fesyen bertemakan alam sekitar dilakukan di Zoo Negara tetapi murai.com.my berjaya mencuba satu kelainan. Kelainan itu terlihat pada majlis istimewa Ahad lalu di Panggung Kancil, Zoo Negara bersempena sambutan Hari Alam Sekitar 2008.

Apa yang membanggakan, 7 pereka fesyen tempatan bergabung tenaga untuk mencipta 7 busana yang diperagakan oleh 7 selebriti popular iaitu Marsha, Linda Onn, Nana Era, Noryn Aziz, Dynas, Syafieq AF6 dan Diana Dianelle.

Pertunjukan itu berlangsung jam 10 pagi dan ia turut ditonton oleh VIP seperti KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Subuh Mohd Yassin, Pengerusi Zoo Negara, Datuk Ismail Hutson dan Ketua Editor murai.com.my, Encik Roslen Fadzil.

Diharapkan acara seperti akan dapat dilakukan lagi pada masa-masa akan datang.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 9:59 am

Marsha Londoh Gugur Janin Anak?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Marsha11

Berita panas dilaporkan oleh Abang Zubir, wartawan sensasi dari Bintang Popular, Berita Harian. Rakan Zubir telah memaklumkan kepadanya bahawa apabila Marsha mendapati dirinya hamil dan usia kandungannya memasuki tiga minggu, Marsha mengambil keputusan menggugurkan saja janin berkenaan sebelum perutnya bertambah besar, sekali gus terpaksa menanggung malu yang maha hebat. Walaupun begitu, selepas Marsha telah menafikannya apabila Abang Zubir menelefonnya dan hanya tergelak besar.

Nama Penuh : Marsha Milan Londoh
Tarikh Lahir : 6 Disember 1985
Zodiak : Sagittarius
Tinggi/Berat : 167cm/48kg
Hobi : Menyanyi dan bermain piano
Makanan/Minuman kegemaran : Western Food/Jus Oren
Penyanyi Kegemaran : Mariah Carey, Syafinaz, Jaclyn Victor
Pelakon Kegemaran : Brad Pitt, Hans Isaac, Jennifer Aniston, Ellie Suriaty
Lagu Kegemaran : Reflection
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 41
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 10:11 am

sally_eiyna wrote:
wei,eira...
jemput ler mai umah baru aku ni. hoorey!!
umah lame dh nk roboh......byk perabot sgt,..hahahaha ngeh3x
ade ler org yg prihatin kt ku.....wt banglo lak... ahakz!!! ahakz!!!
sape lg klu bkn CEO aku..... mekasih..

weii ades pantas nya dah masok part 4,
bagus2 kemajuaan samakin hangat,heheh..
itu la perabot byk sgt sampai aku nak duduk tak tauu
dah kat mana.aleh2 penuh tu dia..hehehe bagus...bagus..
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 10:13 am

SHORT SKIRT VS GADIS BERTUDUNG

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 A50
REAL CONTRAST - DAPHNE IKING IN SHORT SKIRT VS GADIS BERTUDUNG


Last edited by sally_eiyna on Mon 01 Dec 2008, 10:15 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 10:14 am

eira ariyana wrote:
sally_eiyna wrote:
wei,eira...
jemput ler mai umah baru aku ni. hoorey!!
umah lame dh nk roboh......byk perabot sgt,..hahahaha ngeh3x
ade ler org yg prihatin kt ku.....wt banglo lak... ahakz!!! ahakz!!!
sape lg klu bkn CEO aku..... mekasih..

weii ades pantas nya dah masok part 4,
bagus2 kemajuaan samakin hangat,heheh..
itu la perabot byk sgt sampai aku nak duduk tak tauu
dah kat mana.aleh2 penuh tu dia..hehehe bagus...bagus..

ngeh3x ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 12:32 pm

(Gambar) Norman Hakim di Rumah Keluarga Memey Suhaiza

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 A51

Ingat akan gossip beberapa hari lepas yang menyatakan Norman Hakim telah pergi ke rumah Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh hujung minggu lepas? Ini dia sedikit gambar yang membuktikan kehadiran Norman Hakim di’sana.

Norman Hakim tampak gembira berada di’sana seolah-olah tiada apa yang berlaku. Gadis berbaju merah itu kurang pasti identiti’nya — mungkin Memey.
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 1:23 pm

Norman Hakim Tidur Di Rumah Memey Suhaiza Felda Tenggaroh?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Bbqgossipia1

One of Felda Tenggaroh folk told to media blogger about Norman Hakim come to Memey Suhaiza parent home on last Saturday, 22 November 2008.

Its not clear why Norman Hakim come to Memey Suhaiza home in Felda Tenggaroh, however, Norman Hakim also slept in Memey Suhaiza home for one night. Memey parent also held BBQ party to entertain Norman Hakim as special guest. I think Norman Hakim come to Memey home in Felda Tenggaroh is to apologize and explain to Memey parent about khalwat case… perhaps want to meminang Memey too? Uppss!!
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 1:28 pm

Marsha nafi gugur janin


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mainpix1

Bintang realiti minta kemukakan bukti apabila dituduh lakukan perbuatan terkutuk

GOSIP panas dan kontroversi terus menjengah industri hiburan tanah air. Terbaru, cerita sensasi yang singgah ke pengetahuan Zubir apabila seseorang yang terbabit dengan kerja belakang tabir penerbitan drama dan filem, baru-baru ini, melepak bersama Zubir pada satu majlis perkahwinan di Klang, Selangor, memberitahu bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh menggugurkan kandungannya berusia tiga minggu, awal tahun ini!

Terlopong mulut Zubir mendengar khabar teman tadi kerana sebelum ini ada beberapa gosip diberitahunya, ternyata cerita sahih. Justeru, apabila dia memberitahu Marsha gugurkan kandungan, memang tersentap juga jantung Zubir dibuatnya! Pun begitu, teman tadi mendengar cerita panas ini daripada rakannya yang pernah bertugas bersama produksi penerbitan AF3, maknanya cerita atas ceritalah gosip berkenaan.

Dia memaklumkan kepada Zubir, apabila Marsha mendapati dirinya hamil dan usia kandungannya memasuki tiga minggu, Marsha mengambil keputusan menggugurkan saja janin berkenaan sebelum perutnya bertambah besar, sekali gus terpaksa menanggung malu yang maha hebat. Maklum sajalah, walaupun Marsha bukan beragama Islam, tapi dia artis remaja popular yang menjadi perhatian ramai peminat.

Kononnya Marsha menggugurkan kandungan di sebuah klinik swasta di pinggir ibu kota. Zubir pula tidak mahu jadi hakim atau beranggapan negatif selagi tidak mendengar sebarang penjelasan daripada Marsha sendiri berhubung perbuatan terkutuk itu. Alhamdulillah, ketika dalam perjalanan ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, petang Khamis lalu, Zubir berjaya menghubungi Marsha yang kebetulan sedang berehat di rumah.

Sebaik mendengar soalan Zubir, terus Marsha tergelak besar, seolah-olah tidak terkejut dengan gosip terbaru yang melanda dirinya itu.

“Abang Zubir, dah selalu sangat saya terkena gosip macam ini, tak habis-habis orang buat cerita bukan-bukan. Menjawab pertanyaan Abang Zubir, jawapannya tak pernah okey! Saya pernah terbaca gosip gugurkan anak ini dalam internet, tapi tak sangka sampai hari ini masih diperkatakan. Saya masih waras dan tahu memelihara batas-batas pergaulan. Tak mungkin saya sanggup menconteng arang ke muka keluarga,” tegas Marsha.

Disebabkan terlalu kecewa dan tertekan dengan gosip liar yang melanda dirinya itu, Marsha dengan lantang bersuara supaya mereka yang menuduhnya melakukan perbuatan keji itu supaya menampilkan bukti dan jangan hanya sesuka hati bercakap melemparkan fitnah bertujuan menjatuhkan maruah dan air mukanya saja!

Marsha yang genap usia 23 tahun pada 6 Disember ini bagaimanapun tidak menafikan masih berkawan rapat dengan ‘teman tapi mesranya’, Kefli, namun mengakui antara mereka tidak pernah merancang atau berbicara soal perkahwinan kerana menganggap usia masing-masing masih terlalu mentah apabila fokus utama ketika ini ialah memantapkan kerjaya seni yang baru saja bermula.
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 1:31 pm

Farah Putri dakwa Bell penipu

Pelakon remaja itu kesal Ngasrizal mengaku sudah bercerai

BELUM pun reda kisah panas rumah tangga pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi yang bergelora gara-gara kehadiran orang ketiga sehingga membawa kepada kes tangkap khalwat Norman dengan Memey, baru-baru ini, industri hiburan terus dilanda kontroversi apabila pelakon popular Ngasrizal Ngasri atau Bell, 28, dikatakan mempunyai hubungan intim dengan artis baru, Farah Putri Mulyani Jasman Nada atau Farah Putri, 22. Akibatnya, dilaporkan berlaku pergeseran dalam perkahwinannya yang baru menjangkau usia kira-kira dua setengah tahun.

Metro Ahad terbitan 9 November lalu, melaporkan Bell dan isterinya, Nur Farhana Mahd Fauri atau lebih mesra dengan panggilan Shasha, 26, pernah menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama sekitar ibu kota, baru-baru ini, untuk mendapat nasihat berhubung kata-kata `karang aku cerrr...' yang pernah dilafazkan Bell kepada isterinya dengan niat bergurau.

Hasil perkongsian hidup Bell dan Shasha, pasangan itu dikurniakan bayi comel, Nasfazrel Nasrizal yang kini berusia tujuh bulan.

Desas desus memberitahu Zubir, Bell dikatakan pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) cerai kepada Shasha. Namun, Bell ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Pepaya di Sungai Chincin, Gombak, menafikan dia bercerai dengan Shasha atau menjalin hubungan intim dengan Farah Putri.

Itu versi cerita Bell. Sebaliknya, Zubir berjaya teropong cerita yang lebih panas! Menurut sumber yang rapat dengan Bell mahupun Farah, ketika kedua-dua pelakon itu membintangi telemovie, Bakal Menantu Datang Beraya, mereka membawa watak sebagai pasangan kekasih dan ketika itulah Zubir dengar cerita, kononnya Bell pernah melafazkan kalimah I love you kepada Farah!

Zubir berjaya menghubungi Farah yang ketika itu berada di Jitra, Kedah bagi menjayakan penggambaran drama bersiri 26 episod, Katsarin untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dalam isu ini. Benarkah dia yang menjadi punca keretakan atau orang ketiga dalam rumah tangga Bell dan Shasha?

“Tak adil rasanya menuduh saya sebagai orang ketiga. Ini kerana dari awal persahabatan antara saya dan Bell sehingga kami menjadi kawan rapat, Bell pernah memberitahu saya, dia sudah pun bercerai dengan Shasha! Justeru, apabila baru-baru ini keluar kenyataan Bell di media massa mendakwa rumah tangganya aman damai, bermakna selama ini Bell menipu saya!

“Saya kecewa kerana dalam usahanya mendapat perhatian saya, Bell sanggup berbuat apa saja termasuk mencari ruang untuk bertemu saya setiap hari tak kira betapa sibuknya saya di lokasi. Bell juga sanggup menunggu saya habis shooting kadang kala sehingga lewat pagi,” kata Farah membongkar segala rahsia yang selama ini tersimpan rapi.

Farah juga berharap masyarakat tidak terlalu cepat menghukum wanita sebagai orang ketiga apabila berlakunya kes seumpama ini, sebaliknya berfikir, situasi seperti itu sebenarnya berpunca daripada sikap si suami yang gemar memperdayakan isterinya demi mencari keseronokan dengan wanita lain di luar rumah!

“Saya tampil dengan penjelasan ini supaya Bell bersikap jujur dan bersedia berdepan kenyataan, sekali gus tidak lari daripada mengakui kesilapannya. Jangan bersikap mementingkan diri sendiri, saya juga ada maruah dan nama keluarga yang harus dipelihara,” kata Farah memberi nasihat kepada Bell.

Zubir sebagai orang luar tidak tahu cerita sebenar, sekadar melaporkan saja. Justeru, Zubir harap baik Bell, Shasha mahupun Farah buatlah yang terbaik untuk kebaikan bersama, mudah-mudahan rumah tangga Bell dan isterinya masih mampu bertahan hingga hujung nyawa.
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 1:46 pm

Inspirasi P Ramlee kena baiki
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mainpix1

MINGGU lalu Kak Pora sudah membebel panjang pasal telefilem komedi khas, Inspirasi P Ramlee yang dihasilkan kononnya untuk memberi penghargaan dan mengenang Seniman Agung kita itu. Tak sangka juga apabila komen Kak Pora mengenai telefilem itu di Astro Prima, ramai juga kawan Kak Pora bersetuju dengan apa yang Kak Pora ulas dan ada pembaca menghantar e-mel memberi pandangan bersetuju dengan apa diluahkan.

Ramai yang setuju, telefilem macam itu bagus sebagai tanda kenangan generasi muda terhadap P Ramlee tetapi apabila dihasilkan dalam bentuk komedi yang sampai peringkat merapu dan rasa membazir masa menontonnya, buat apa? Ada babak yang langsung tidak lucu, ia bukan saja memalukan tetapi menunjukkan generasi karyawan filem zaman sekarang, selepas 35 tahun P Ramlee meninggal dunia, nampaknya mereka tidak mampu untuk melahirkan bentuk komedi yang cerdik tetapi menghiburkan. Penyudahnya, jadilah komedi yang tangkap muat dan geli-geleman dan macam nak memaksa penonton ketawa. kasihan pada budak-budak kecil yang minat sangat P Ramlee. Mereka terima apa saja yang disuap.

Memanglah ada yang kata rating telefilem Inspirasi P Ramlee tinggi dan bagus sebab dah namanya ambil nama P Ramlee tentulah dapat perhatian ramai. Lagipun, Astro tak henti-henti asyik promo rancangan itu, tentulah ramai peminat P Ramlee nak tengok terutama budak-budak sekolah.

Antaranya, ada pembaca yang marah dan hantar komen pada Kak Pora dengan berkata, dia tidak berpuas hati dengan cara olahan cerita yang dikatakan inspirasi daripada filem-filem hebat P Ramlee tetapi hasil yang ditunjukkan memperlihatkan P Ramlee macam seniman yang tidak ada kualiti.

Seorang suri rumah ada kirimkan e-mel kepada kak Pora yang berbunyi begini: “Adlin menjadikan jalan cerita tersangat bodoh, sedangkan cerita aslinya sangat menarik dan mempunyai nilai yang menjadikannya kekal sebagai legenda dan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia, malah ada antara kita yang sudah pun boleh menghafal antara dialog dalam filem Allahyarham.

“Malah, beberapa pelakon yang menjayakan watak-watak dalam cerita inspirasi ini amat mengecewakan. Mungkin pada mereka ini adalah salah satu lawak urban, namun seharusnya mereka mengetahui, ia tidak menjadi. Aneh, bagaimana Adlin boleh terfikir sesuatu yang amat mengecewakan. Pada saya, ia satu penghinaan yang nyata. Entah ke mana menghilangnya kehebatan mereka.”

Bagi Kak Pora, telefilem yang dihasilkan menerusi Inspirasi P Ramlee bukan semuanya teruk dan tidak berkualiti tetapi judul seperti Babak Empat Madu Tiga membuatkan ramai naik meluat. Bos Kak Pora pun tengok episod Senandung Malam, dia pun mengadu tak fahamlah cerita tu. Jangan nanti sampai orang menuduh program macam ini merendahkan dan menghina minda penonton. Memanglah ramai juga yang seronok untuk ketawa tetapi kalau ketawa kosong kerana cerita bodoh, buat malu sajalah. Sekarang ni zaman internet dan kita pun selalu cakap masyarakat penonton sekarang dah bijak, jadi sendiri mahu ingatlah.

Kak Pora minta produksi Inspirasi P Ramlee cubalah baiki apa yang patut. Kalau dah ditegur terimalah sikit, jangan nak menyombong perasan diri dah bagus. Pihak Astro Prima pun kena semak jugalah skripnya sebelum penggambaran dibuat untuk musim baru kelak, jangan biarkan Adlin dan geng dia buat semberono saja. Kak Pora hairan juga apabila baca kenyataan Adlin dalam akhbar Berita Harian pada Jumaat lalu apabila Adlin berkata: “Generasi muda hari ini sangat mengenali beliau (P Ramlee) menerusi filem yang diarah dan dilakonkan beliau, namun tidak mengenali beliau secara peribadi. Program Inspirasi P Ramlee diadakan untuk berkongsi bersama generasi muda.”

Kalau Adlin cakap macam tu, sebenarnya generasi muda nak berkongsi apa kalau dah buat telefilem yang macam itu. Mencacatkan imej agung P Ramlee saja. Adlin kena faham apa maksud Seniman Agung. Selepas 35 tahun P ramlee tiada di alam fana ini, kita buat drama untuk apresiasi tokoh ini macam itu saja? Main-mainlah! Ini bukannya untuk mengangkat kehebatan tetapi mempersendakan P Ramlee.

NAK TANYE....DLM SEHATI BERDANSA DEPA DOK SEBUT TAN SRI DOKTOR P.RAMLEE...MEMANG SBLM NI ADA TITLE DOKTOR TU KE?...
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 1:57 pm

Que belai rambut Linda?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Mainpix

SUDAH terang lagi bersuluh. Adegan belai rambut antara pelakon Que Haidar dan si jelita, Linda Jasmine ketika program realiti Sehati Berdansa 2, baru-baru ini, sempat dirakam wartawan portal bahasa Melayu popular, www.murai.com.my baru-baru ini. Hai, siapa nak jawab?

Que dan Linda tak perlulah nak berdolak dalih lagi mengenai hubungan intim yang terjalin. Rasanya sudah ramai yang dapat menghidu apatah kehadiran Que ke studio menyaksikan program realiti Sehati Berdansa 2 menjadi bualan. Tentunya Que hadir untuk menemani kekasihnya, Linda yang menjadi juri tetap setiap minggu.

Video eksklusif adegan romantis Que membelai manja rambut Linda di belakang pentas membuktikan mereka memang menjalin hubungan dan tak mustahil sedang merancang hari bahagia. Kalau tidak, masakan begitu mesra Que membelai rambut kekasihnya itu. Kalau Raja, orang yang tak rapat tiba-tiba datang nak membelai rambut Raja, sudah tak tentu penyepak free dia dapat!

Dalam video itu, wartawan portal yang menggelarkan diri Murai Batu itu melihat kelibat Que menunggu Linda di luar studio. Sebaik saja Linda sampai, Que berbual mesra dengan Linda sambil membelai rambut panjang mengurai si guru tari yang cantik dan masih bergetah itu. Butir-butir percakapan mereka tidak dapat didengar. Tak kisahlah, tapi yang pasti, drama Que dan Linda sudah terbongkar.

Pasangan sama cantik, sama padan begitu asyik berbual hingga tak perasan orang sekeliling sedang memerhatikan gerak geri mereka. Kalau nak tengok adegan romantis itu, tontonilah video kandid dalam www.murai.com.my Raja percaya dari renungan mata, ramai dapat mengagak Que dan Linda sedang dilamun cinta. Tak salah Que, Linda pun masih cun melecun dan hebat di mata umum walaupun berstatus ibu tunggal. Que sepatutnya berbangga.
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
alynn
Newbie
Newbie


Number of posts : 3
Age : 37
Location : golden sand.klate..
Registration date : 23/11/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 2:11 pm

td alynn tgk wnita ari ini..diorg jmput ekin n kembarnya ain...dua2 brtudung!!..bila lak yg ain tu brtdung??,.x tahu pun..
or dia saje2..
tp klo btol alhamdulilah kan....
scratch
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 41
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 2:34 pm

sally sapa farah putri yg dikata jadi
org ketiga dgn bell tu, ko ade gambp dia x?
Back to top Go down
mayang
Ahli VIP
Ahli VIP
mayang

Number of posts : 1155
Age : 40
Registration date : 08/11/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 4:47 pm

ehem...ehem...bila aku nak jadik artis....leh sally tempek berita kat sini cun x?
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 4:52 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 3073296750_342eab6a61_b
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 4:54 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 3073296770_56c175ee8e_b
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 4:55 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 3073296784_976782c4c7
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 4:56 pm

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 3073296776_bd841ae692_b
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 3073296788_e63fcc53a7_o
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 3073296780_d326d1136b
Back to top Go down
papamia
Mod PR
Mod PR
papamia

Number of posts : 4415
Age : 58
Registration date : 16/08/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitimeMon 01 Dec 2008, 6:28 pm

sally_eiyna wrote:
Rozita Che Wan Belum Bernikah: Masih Berharap Dato’ Dari Kedah
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Rozita18

Okay. Sekarang confirm selebriti panas yang seorang ini belum bernikah & ini di’iyakan oleh adik Rozita Che Wan sendiri yang bernama Jaja.

Menurut Jaja,”Betul. Kak Ita belum bernikah lagi. Saya sendiri tinggal bersama dia. Mustahil saya tak tahu kalau dia dah bernikah. Kami tujuh beradik (lima perempuan dan dua orang lelaki) semua tinggal di Kuala Lumpur.”

FUUUHHHHH.... SELAMAT.....
ADE PLUANG LAGI....


ngeh3x ngeh3x ngeh3x
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 17Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9 ... 17  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions