|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
tiehah777 Ahli Familiar
Number of posts : 170 Age : 40 Location : kL... Registration date : 16/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 01 Dec 2008, 11:31 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 7:54 am | |
| - eira ariyana wrote:
- sally sapa farah putri yg dikata jadi
org ketiga dgn bell tu, ko ade gambp dia x? dia ni pelakon gk... aku dh tempek gmbr2 dia sblm ni ..... edisi berita dunia hiburan part 3... nnt hang selek2 la ek...page bpe aku lupe ler..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 7:57 am | |
| - mayang wrote:
- ehem...ehem...bila aku nak jadik artis....leh sally tempek berita kat sini
hah..mayang!!ape lagi... p ler cpt ujibakat nk jg artis..... pastu wt kontroversi.mst sally bergossip citer mayang nnt... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 8:25 am | |
| Bukan saya yang desak - Abby KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menegaskan beliau tidak pernah mendesak Skop Production supaya menggugurkan Norman Hakim daripada drama bersiri Gerak Khas.
Menurut Abby, meskipun beliau akan muncul semula dalam drama berkenaan namun tidak pernah membuat sebarang syarat kepada penerbit berkenaan supaya 'menyingkirkan' suaminya itu.
"Tak ada kena mengena dengan saya. Saya tidak pernah mempengaruhi penerbit supaya singkirkan dia (Norman). Ya, memang saya akan kembali semula ke dalam Gerak Khas, tetapi menyingkirkan dia, bukan atas kehendak saya," tegas Abby.
Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam kelmarin mengakui bahawa khidmat Norman sebagai pelakon utama drama itu akan ditamatkan bermula pertengahan Disember ini, selain turut mengumumkan kemunculan semula Abby.
Rasanya yusof haslam bukan seorang yang mudah dipengaruhi |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 8:29 am | |
| MALAM SB NOLTALGIA P.RAMLEE MILIK AMYZA KHAIRIL?? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 8:33 am | |
| EKIN & AIN DALAM RANCANGAN WANITA HARI INI-TV3AIK....sejak bile plak ain ni pakai tudung...ker juz jd model jek.. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 9:35 am | |
| - sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- sally sapa farah putri yg dikata jadi
org ketiga dgn bell tu, ko ade gambp dia x? dia ni pelakon gk... aku dh tempek gmbr2 dia sblm ni ..... edisi berita dunia hiburan part 3... nnt hang selek2 la ek...page bpe aku lupe ler..... ya2 aku dah tahu dia pelakon drama "aku untukmu" kan..heheh |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 9:59 am | |
| - eira ariyana wrote:
- sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- sally sapa farah putri yg dikata jadi
org ketiga dgn bell tu, ko ade gambp dia x? dia ni pelakon gk... aku dh tempek gmbr2 dia sblm ni ..... edisi berita dunia hiburan part 3... nnt hang selek2 la ek...page bpe aku lupe ler..... ya2 aku dah tahu dia pelakon drama "aku untukmu" kan..heheh a'aaaaa... muke dia familiar gk la dlm drama.. tp dh d sebabkan mslh bell ni..nama dia turut di kaitkan. lagi popular......cm memey 2la. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 10:02 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 10:32 am | |
| Populariti Mawi, Ekin mampu lariskan Diari Cinta 2009ATAS dasar populariti dan kisah cinta penyanyi Asmawi Ani dan model Nora'shikin Rahmat yang bakal menaiki jinjang pelamin pada 20 Disember ini, penulis Syed Hassan Al Attas mempertaruhkan mereka sebagai ikon Diari Cinta 2009.
Buku berbentuk diari dan kalimat-kalimat cinta itu ditulis oleh Syed Hassan dan bakal dijual mulai awal Disember depan pada harga RM20.
Menurut pengarah Bina Minda Resources ini, buku tersebut mendapat pengaruh Sastera Arab dan Parsi.
Syed Hassan juga langsung menepis tanggapan yang menyamakan bukunya itu dengan karya penulis novel Ayat Ayat Cinta, Habiburrahman El Shirazy.
"ada mulanya, saya hendak menulis buku tentang pengajaran cinta tetapi niat saya terhalang apabila komputer yang menyimpan semua tulisan saya sejak 2004 'break down' sebelum bulan puasa lalu.
"Tetapi, pada awal bulan puasa selepas itu, saya mendapat idea untuk menerbitkan diari ini.
"Diari Cinta ini merupakan sedikit usaha saya untuk mengingatkan para pencinta dengan mereka yang dicintai," cerita anak saudara penulis buku politik, Syed Hussein Al Attas ini ketika majlis pelancaran buku tersebut di Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa di ibu kota semalam.
Syed Hassan juga menjangkakan buku yang bakal dijual di Malaysia dan Singapura ini bakal mendapat pasaran yang lebih meluas dengan bantuan Mawi dan Ekin.
Walaupun tiada kisah cinta Mawi dan Ekin dalam diari tersebut, Syed Hassan yakin buku yang mempunyai ketebalan hampir 500 muka surat itu mampu menarik golongan remaja untuk merah jambu dan mempunyai gambar wajah Mawi dan Ekin di kulit muka hadapannya itu mempunyai kalimat cinta dan perbahasan perjalanan cinta yang menarik.
Mawi dan Ekin bersama 'Diari Cinta 2009'
Jelas Syed Hassan, kerjasama Mawi dan Ekin di dalam penerbitan buku tersebut juga dilaksanakan atas dasar bisnes di mana Mawi dan Ekin akan mendapat komisen daripada jualan buku tersebut.
Mawi tak rasa dieksploitasi
Dalam pada itu, Mawi dan Ekin tidak merasakan yang ramai pihak termasuk penerbit buku tersebut mengeksploitasi diri mereka untuk melariskan sesuatu produk.
"Saya tertarik untuk bekerjasama menerbitkan Diari Cinta apabila memikirkan ia merupakan suatu benda baru.
"Sebelum ini, orang banyak menceritakan gosip cinta saya dan tak pernah bercerita pasal erti cinta yang sebenarnya.
"Jadi, kami terus bersetuju apabila tercetusnya idea seperti ini yang kami baru tahu bulan lepas.
"Saya tak rasa diri dieksploitasi kerana menganggapnya sebagai suatu urusan bisnes," ujar Mawi.
Ekin pula menambah, dia tidak menyangka perkahwinan mereka mendapat perhatian sebesar ini dan menerima apa yang dilakukan dengan tangan terbuka.
Tukar Diari Dengan Ekin
Ketika di dalam majlis yang dilancarkan oleh bapa saudara Syed Hassan, Syed Hussein itu, dia menyarankan supaya setiap pasangan suami isteri supaya menukar diari mereka sebulan sekali.
Lantas, Mawi dan Ekin juga memasang niat untuk menukar diari mereka seminggu sekali selepas berkahwin.
Pasangan ini akan dinikahkan pada 20 Disember depan di Johor Bahru.
Dimaklumkan, penerbit Karangkraf ada menawar untuk membuat buku kisah cinta hingga perkahwinan Mawi dan Ekin namun menurut pasangan ini, hal tersebut masih lagi dalam perbincangan.
Mawi dan Ekin ketika majlis pelancaran Diari Cinta 2009 di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
p/s...mawi ni tak terasa ke org saja amik kesempatan atas dirinya..kononnya tak kisah tapi dalam hati dan part yg tukar diari tu, masa mula kawen jer..pehtu..u know i know laaa |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 10:49 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:08 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:10 am | |
| Tunjukkan Bukti Kalau Saya Dah Bernikah!Jomstar.com bukan sekadar bertanya kepada Rozita Che Wan tentang kesahihan pernikahannya , malah sempat bertanya kepada adik Rozita yang bernama Jaja. Apakah benar cerita kakaknya sudah bernikah lagi? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:11 am | |
| Tidak Ada Isu Berat Sebelah Dalam Sehati Berdansa-Khai & Rosma Akan timbulkah kontroversi seandainya pasangan Rosma dan Khai berpeluang menjadi Juara di dalam Sehati Berdansa? Bukan kerana apa, tetapi dengan barisan juri profesional yang mengadili pertandingan Sehati Berdansa yang terdiri dari muka-muka yang lebih pro kepada program di saluran Astro, unsur-unsur pemarkahan berat sebelah pastinya sedikit sebanyak akan berlaku. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:14 am | |
| Jalan buntu Seri Bayu-EremaSeri Bayu merenung isterinya, Erema meninggalkan pekarangan Mahkamah Syariah Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Penulis lirik popular, Seri Bayu mendakwa pernah dipukul dan dilempang isterinya, Erema selain dikurung dalam bilik air sehingga jiran berdekatan mendengar tangisan beliau.
Menurut Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaluddin Sulik, 43, kejadian itu berlaku banyak kali dan kali terakhir Erema memukulnya ialah pada pukul 3.50 pagi, 25 November lalu.
Beliau menceritakan mengenai perbuatan isterinya itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas selesai prosiding tuntutan permohonan cerai oleh Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Ghazali Ahmad, semalam.
Terdahulu ketika prosiding, Ghazali bertanya pada Seri Bayu sama ada dia ada menerima saman dan penyata tuntutan penceraian yang difailkan isterinya dan adakah dia bersetuju dengan penyata tuntutan tersebut.
Seri Bayu hanya menjawab beliau ada menerima saman itu tetapi tidak bersetuju dengan penceraian.
Ghazali kemudian menetapkan kes disebut semula pada 12 Januari serta menasihatkan kedua-dua pihak mendapatkan khidmat peguam dan mengarahkan pihak Seri Bayu selaku defendan memfailkan penyata pembelaan.
Erema yang tiba di mahkamah pada 9.20 pagi telah memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah yang sama pada awal November lalu, manakala Seri Bayu tiba 8.50 pagi dengan berkerusi roda bersama keluarga angkatnya.
Ketika ditanya pemberita mengenai punca Erema meminta cerai, Seri Bayu memberitahu, sejak isterinya yang dinikahi pada 19 Disember 2006 bekerja sebagai penyanyi di kelab malam kira-kira sebulan lalu, dia sudah mula berubah sikap. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:16 am | |
| Giliran Amyza-Lisdawati pula bermasam muka DETIK kemesraan antara Amyza dengan Lisdawati sewaktu program Debaran Sehati Berdansa di Bukit Jalil kelmarin.KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi pergaduhan hos program realiti Sehati Berdansa, Linda Onn dan Fahrin Ahmad hampir reda, timbul pula isu pergaduhan antara dua pesertanya, Lisdawati dan Amyza Aznan.
Kedua-dua peserta yang juga pelakon popular itu dikatakan bermasam muka dan tidak bertegur-sapa disebabkan masalah saling mencemburui dan tidak berpuas hati dengan pemarkahan yang diberikan oleh pihak juri begitu juga sokongan peminat menerusi SMS sepanjang pertandingan berlangsung sejak Oktober lalu.
Ketika diminta penjelasan, Lisdawati menafikan sengketa yang wujud itu.
“Saya malas hendak komen panjang lebar kerana saya tidak mempunyai masalah dengan Amyza. Kalau boleh saya tidak mahu perkara kurang elok dalam pertandingan ini,’’ kata Lisdawati kepada Kosmo!
Khabar angin ini juga dinafikan oleh Amyza ketika ditemui selepas program Debaran Sehati Berdansa Ahad lalu dengan berkata, “Berita ini tidak benar.
“Hubungan kami masih baik. Memang Kami hanya borak sekali-kala dalam pertandingan ini kerana masing-masing sibuk dengan komitmen dan kesuntukan masa.’’
Menurut beliau, soal cemburu tidak timbul kerana mereka cuba melakukan yang terbaik setiap minggu persembahan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:19 am | |
| Sari Yanti umum pernikahanTIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon jelita, Sari Yanti hadir seorang diri ke pejabat Kosmo! semalam dengan tujuan untuk berkongsi perkhabaran bahagia tentang dirinya.
Sari mengumumkan bakal membawa hubungan yang terbina antaranya dengan jejaka pujaan hati, Mohd Eddy Casmady, ke gerbang perkahwinan tanggal 16 Januari tahun hadapan.
Dia yang mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri memberitahu, sungguhpun sudah bergelar isteri kelak dia tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon walaupun banyak pihak mempertikaikan keputusannya itu.
"Banyak orang cakap, tengah popular kenapa nak kahwin? Tak takut populariti jatuh ke, dan macam-macam lagi. Tetapi pada saya, perkara yang baik kenapa harus dilengah-lengahkan.
"Lagipun saya sudah bersedia sepenuhnya. Mungkin orang berkata begitu sebab saya sering bawa watak remaja, jadi orang ingat saya muda. Walhal, tahun ini umur saya sudah 24 tahun dan tahun depan sudah 25 tahun. Rasanya pada umur ini tidak ada masalah untuk saya berkahwin," ujarnya dalam nada yang cukup lembut.
Tambah gadis manis ini lagi, dia pasrah pada takdir andai kata dia tidak lagi popular selepas berkahwin kerana baginya, rezeki terletak ditangan tuhan bukannya ditangan mana-mana pihak.
KAD undangan perkahwinan ditempah khas dari Indonesia.
"Saya akan buat kerja seperti biasa, kalau selepas ini rezeki saya tidak seperti hari ini, saya hanya menganggap waktu itu mungkin rezeki orang lain pula," ujarnya yang sentiasa berfikiran positif.
Pelakon yang meraih populariti menerusi drama bersiri Kisah Kaisara ini lagi menegaskan, keputusannya itu telah difikir semasak-masaknya dan persediaan telahpun dilakukan sejak awal tahun ini.
"Kahwin bukan perkara yang mudah. Saya telah melakukan persediaan dari awal tahun ini lagi dengan membeli barang-barang dan keperluan yang lain secara perlahan-lahan.
"Perkahwinan saya hanya sederhana, tidaklah sebesar mana, cuma saya ingin sebuah perkahwinan sederhana tetapi meriah dan ringkas. Tidaklah berbelanja besar, sebab itu di pihak saya, pernikahan dan persandingan hanya dilakukan dirumah saya saja di Kuala Pilah, Negeri Sembilan," tuturnya.
Mengungkap detik perkenalan antaranya dan bakal suaminya Eddy, semuanya terjadi kira-kira dua tahun setengah yang lalu.
Bagaimanapun akui Sari, mereka berdua terlebih dahulu berkenalan sebagai sahabat sebelum hubungan beralih kepada percintaan.
"Saya kenal Eddy sebab dia merupakan kenalan keluarga saya dan kami berkenalan agak lama, bercinta baru dua tahun lebih saja.
"Tetapi bila sudah sampai waktu, kedua-dua belah keluarga juga sudah merestui hubungan kami, rasanya eloklah kami berkahwin," beritahunya jujur.
Menyifatkan bakal suaminya yang berkerja sebagai pengurus acara itu sebagai seorang yang cukup memahami dirinya, justeru sebab itulah Sari tidak teragak-agak untuk menerima lamaran Eddy.
Sungguhpun begitu, Sari enggan mengulas secara terperinci tentang majlis perkahwinannya itu, cuma menurutnya, majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan menggunakan warna-warna lembut, sesuai dengan jiwa dan cita rasanya.
"Konsep, warna, semua itu mana boleh cerita, nanti tiada kejutanlah untuk orang yang hadir. Saya ingin lakukan kejutan, jadi tunggu!," ujarnya dalam tawa manja.
Dia yang terlebih dahulu menghantar kad undangan perkahwinan kepada semua pihak media semalam, bakal menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Namun, dia menyembunyikan angka wang hantaran yang bakal diterima kerana menganggap perkara itu bersifat terlalu peribadi.
Sari dan pasangannya akan bernikah pada malam 16 Januari 2009 di kediaman keluarga Sari yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Manakala, pada keesokan harinya, iaitu 17 Januari di lokasi yang sama akan diadakan pula majlis persandingan mereka berdua.
Selepas itu, pada 24 Januari, sebuah majlis resepsi ringkas di sebelah pihak lelaki akan diadakan pula di perkarangan Masjid Besar, Subang Jaya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:22 am | |
| Wafa si ratu KLIFF yang kental Wafa dapat ucapan tahniah daripada delegasi luar. Wafa bersama rakan media dan delegasi luar selepat tamat majlis.Kuala Lumpur International Film Festival 2008 sudah selesai. Segala-galanya sudah sempuna dilunaskan.
Biasalah kalau ada yang nampak kurang puas hati ataupun rasa macam kekurangan dan belum capai standard antarabangsa.
Sebaik sahaja selesai,pastilah rakan media cari Wafa Abdul Kadir yang bertindak sebagai Pengarah Festival.
"Kalau tanya saya adalah saya puas... saya sebenarnya mahu memuaskan hati semua orang. Kalau orang puas, saya puaslah.
"Festival ini baru berusia dua tahun, saya rasa, saya dan team kami sudah membuat peningkatan berbanding penganjuran yang pertama.
"Ada satu lagi ruang yang sangat ketara untuk diisi... iaitu penglibatan orang filem local. Kita menganjurkan festival ini untuk orang-orang filem, tapi mereka pula tidak berminat.
"Melalui festival kita bawa orang-orang filem dari luar. Kita tak perlu ke festival luar untuk bertukar pendapat, kita dah bawa mereka ke sini, sepatutnya peluang ini dicekup," kata Wafa.
Sementara itu pengarah U-Wei Shaari menganggap KLIFF sudah berjaya pad tahap masa ini.
"Kita tak boleh nak ukur kejayaan sesebuah festival yang baru. Sekurang-kurangnya kita kena tunggu sehingga lima tahun untuk membolehkan hala tuju dan wajah festival itu dikenali," kata U-Wei.
Ahmad Fuad Onah dari Grand Brilliance juga menganggap KLIFF sudah berjaya secara keseluruhannya. Kekurangan yang ada, dianggap perkara biasa yang boleh diatasi pada masa akan datang.
Wafa juga ada jawapan apabila ditanya ketidakhadiran beberapa nama yang diumumkan sebagai pemenang. Malah pengarah dan penerbit filem Brazil, A Casa De Alice (Rumah Alice) yang menang Filem Terbaik Keseluruhan juga tidak diwakili.
"Mereka menghadiri festival-festival lain juga di seluruh dunia. Kita kena akur yang kita masih baru, apabila mereka juga ada undangan ke festival lain yang lebih established, pastilah mereka ke sana. Itulah masalah sesebuah festival yang baru," jelasnya.
Pendapat Wafa disokong oleh pengarah filem dari Kanada, Richie Mehta. Pengarah itu tidak terus pulang ke negaranya sebaliknya ke beberapa negara lain dahulu untuk hadir festival sebelum pulang ke Kanada.
"Memang macam inilah setiap kali kami menghadiri festival," jelas Mehta lagi. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:24 am | |
| Mengapa Esma Daniel kurus? Pelakon Esma Daniel nampak semakin kurus sekarang. Pasal apa agaknya ya? Banyak masalah ataupun banyak sangat kerja sampai badan susut.
Jangan salah anggap pula... sebenarnya Esma memang sengaja menurunkan berat badan demi kerjaya sebagai pelakon.
"Kalau berisi nanti dapat watak sebagai bapa pula. Sekarang ini persaingan pelakon kembali kuat sebab tak banyak projek baru dihasilkan," kata Esma ketika ditemui di malam anugerah KLIFF 2008 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Betul juga ya. Esma baru berusia 39 tahun. Kalau selalu pegang watak bapa nanti jadi cepat tua pula.
Nampaknya sejak kembali langsing Esma kembali rancak berlakon. Bila kembali langsing ni bekas Hero Remaja semasa awal kemunculannya itu kembali nampak segak juga. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:29 am | |
| Episod baru Pija, NaufaraBEBERAPA tahun lalu, nama dua beradik ini pernah berada di garisan populariti dunia hiburan tempatan.
Tampil dengan genre muzik berbeza, kehadiran mereka sebagai penyanyi memperlihatkan kekuatan masing-masing.
Namun, tatkala menyelusuri arus seni, nasib bagai tidak menyebelahi apabila nama mereka tenggelam begitu sahaja.
Menyepi dan terus menyepi, itulah hakikatnya yang berlaku terhadap Naufara dan adiknya, Nor Afizah Mohd. Yassin atau Pija.
Naufara muncul di pentas hiburan sekitar 2003 dan sempat melahirkan sebuah album dengan menampilkan tajuk namanya sendiri, Naufara Yassin.
Apa yang membanggakan artis muda itu ialah, setahun selepas itu, namanya tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik (AIM 2004).
Begitu juga kepada Pija, bakatnya dicungkil selepas menjuarai program realiti televisyen, Mentor pada 2005.
Melihatkan rekod pencapaian, kedua-duanya mampu untuk pergi lebih jauh sementelah sudah mencipta nama di awal kemunculan.
Bagaimanapun, seperti yang diperkatakan, entah di mana silapnya, kelibat mereka seakan tidak disedari ketika ini yang kemudiannya menimbulkan banyak persoalan.
Untuk mencari jawapan di sebalik apa yang berlaku, Hits baru-baru ini berkesempatan menemui Naufara atau Fara dan Pija di majlis pelancaran single terbaru mereka iaitu Pija & Fara.
Senada menyatakan kurangnya persefahaman dengan beberapa pihak termasuk syarikat rakaman yang dinaungi sebelum ini sebagai punca, Fara dan Pija enggan untuk menoleh kebelakang lagi.
Kini, dengan terbitnya single terbaru dan mendapat tunjuk ajar daripada komposer terkenal, Datuk Wah Idris, ia dilihat mereka sebagai sinar dan episod baru untuk kembali bersaing dalam dunia hiburan.
“Sebaik tamat Mentor, saya disambar oleh sebuah syarikat rakaman dan sempat merakamkan dua buah lagu iaitu Luka dan Pinochio Si Romeo.
“Tetapi, selepas itu, saya pun tidak tahu apa yang berlaku dan mereka (syarikat rakaman) hanya berdiam diri. Sudah banyak kali saya cuba bincang tetapi mereka seakan tidak memberikan kerjasama.
“Ia membuatkan saya kecewa dan terkilan. Dalam tempoh tidak adanya apa-apa kerja, saya banyak membuat pemerhatian sendiri tentang kehendak dan pasaran muzik masa kini,’’ jelas Pija.
Menurut gadis berusia 20 tahun ini, kekecewaannya bagaikan terubat sebaik menemui Wah Idris ketika terlibat dalam projek lagu-lagu patriotik Malaysiaku Gemilang tahun lalu.
Komposer berkenaan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat rakaman Prima Music Sdn. Bhd, jelas Pija, telah membawanya dan Fara untuk bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut.
“Kami berdua telah menjalani rakaman dan hasilnya, single terbaru kami iaitu Pija & Fara dapat disiapkan,’’ ujarnya.
Katanya, single itu memuatkan tiga buah lagu iaitu Posh, nyanyian duetnya dengan Fara; Terawal & Terakhir (nyanyian Pija) dan Julangkanlah (Fara).
Fara teruja
Bagi Fara pula, masalah yang melanda tiga tahun lalu adalah di luar jangkaannya.
“Memang saya sudah tidak ada persefahaman dengan syarikat rakaman. Saya akui mereka telah banyak memberikan saya banyak didikan khusus mengenai muzik dan penampilan.
“Selepas menamatkan kontrak pada 2005, saya hanya menjalankan kerja-kerja bisnes keluarga sehinggalah diberikan peluang oleh Wah Idris, dia membuatkan saya begitu teruja untuk kembali aktif dalam nyanyian,’’ jelasnya.
Ujar Fara, single terbaru iaitu Pija & Fara muncul dengan elemen baru dan segar.
“Mungkin selepas ini, saya dan Pija akan bergabung untuk menghasilkan sebuah album penuh,’’ katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:44 am | |
| Populariti atasi kontroversiPEMBIKINAN filem Aduh Saliha yang separuh jalan dan penyebaran gambar intimnya bersama teman lelaki di Internet yang heboh diperkatakan, tidak sedikit pun mematahkan semangat pendatang baru, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (Sarah) untuk terus mencari tapak di persada seni tanah air.Malah, duta Silky Girl yang mencecah usia 23 tahun semalam (1 Disember) tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Sekalipun kesal dengan penyebaran gambar bersama teman lelakinya yang juga model dan finalis Hero Remaja 2007, Ammar Alfian Aziz (Ammar) itu, Sarah mengakui dia tidak pernah menyorokkan dirinya daripada peminat dan pihak media sampai sekarang.
"Saya tidak fikir pun itu gambar 'panas' kerana kami masih berpakaian. Apa yang nak ditakutkan? Bagi saya gambar itu biasa saja dan bukannya gambar bogel atau babak ranjang? Hanya orang saja yang fikir bukan-bukan.
Pada peringkat awal, saya memang terkejut apabila gambar saya dan teman lelaki disebarkan secara meluas di Internet.
"Kawan-kawan rapat pula meminta saya buat tidak peduli saja apa kata orang mengenai gambar itu.
"Memang ibu bapa saya marah dengan penyebaran gambar itu dan sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab saya memberi penjelasan kepada mereka," katanya.
Pada masa sama, Sarah berkata, penyebaran gambar peribadinya itu dilakukan pihak yang ingin menjatuhkan nama baiknya.
"Memang itu gambar saya dan teman istimewa, Amar. Buat apa saya nak menipu peminat? Kami baru berkawan tujuh bulan dan hubungan kami juga serius. Tapi kami belum merancang untuk berkahwin.
"Apabila gambar itu tersebar di Internet, Ammar lebih suka berfikiran positif dan dia sentiasa menyokong saya. Ammar juga mahu kami menghadapi situasi sukar ini bersama-sama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:53 am | |
| Cinta haiwanYatt Bagi gadis ini, seperti manusia yang mengharapkan kasih sayang, haiwan juga mendambakan perhatian
HATINYA cukup berbunga-bunga kerana banyak perkara yang begitu membahagiakan erat mendakapnya sejak akhir-akhir ini. Sejak membabitkan diri sebagai anak seni sejak empat tahun lalu, rezeki pemilik mata cantik dan tubuh montok bernama Haryati Hamzah atau Yatt, 28, hebat menyebelahinya.
Walaupun masih boleh dikategorikan sebagai pelakon baru yang kian menempa nama, tekad dan azamnya membina tapak seni yang kukuh tidak pernah luntur.
Tidak kekok bergaya di sisi haiwan peliharaan eksotik ini, ternyata Yatt sangat penyayang orangnya dan cuba berlembut dengan kerenah Potter yang mengundang ‘ngeri’ dan hilai tawa apabila ular itu membuang air besar dan air kecil secara spontan hingga hampir merosakkan props bagi menjayakan fotografi ini.
“Daripada membela orang, baik bela haiwan. Diri sendiri pun tak terbela,” usik Yatt yang pernah membela iguana.
Kata Yatt, haiwan sebegini tidak menyakitkan hati dan memberikan ketenangan. Dek gemarkan haiwan, tentunya saluran kegemaran Yatt adalah Animal Planet. Bagi gadis ini sebagaimana manusia yang mengharapkan kasih sayang, haiwan juga mendambakan perhatian sewajarnya.
Menerusi persalinan kedua, bagai mengambil berkat menjelang hari bahagianya menjelang tahun depan, Yatt menggayakan kebaya ketat putih dengan potongan leher ala Victoria rekaan Lynda Rahim. Mengakui sudah bersedia ke alam rumah tangga, Yatt sedang belajar untuk membiasakan diri bergelar isteri.
“Nak membina masjid satu perkara yang murni dan mulia. Insya-Allah Tuhan akan membantu kita dalam apa juga yang kita bakal lakukan. Rezeki ada di mana-mana. Selama ini pun saya tidak menyembunyikan hari pertunangan. Jadi Yatt tidak takut dan gentar dengan andaian mengatakan apabila sudah bertunang atau berkahwin, maka susahlah nak terus hidup di dalam industri.
“Yatt masuk ke arena seni bukan untuk memperjudikan status sebaliknya cuba bersandar kepada bakat dan pakej yang ada. Ikut perancangannya, kami akan berkahwin pada pertengahan tahun depan. Yatt sudah bersiap sedia dari segi mental, emosi dan fizikal ke arah itu. Harap semuanya baik-baik saja pada masa mendatang,” kata Yatt yang sudah sembilan bulan (sejak Februari lalu) menjadi tunangan orang.
Cita-cita asal mahu jadi saintis, juruterbang
DIKURNIAKAN wajah jelita dan diimbangi dengan bakat tersendiri, gadis yang petah berbicara ini sangat kencang menerima tawaran berlakon selain bergelar pengacara dan model.
Strategi yang dipraktikkannya iaitu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas bagi memastikan dirinya sentiasa wujud di dalam industri tidak kiralah untuk peranan utama atau sebaliknya.
Jika di peringkat awal dulu, Yatt mungkin terlalu naif hingga begitu teruja dan seronok menerima tawaran berlakon kini, dia lebih selektif kerana mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Memberi contoh pelakon gred A Hollywood seperti Julia Roberts dan Charlize Theron sendiri mengambil masa yang lama untuk berada di tahap mereka sekarang, inikan pula industri di Malaysia yang acap kali didatangi bakat baru.
“Hakikatnya, dulu Yatt tidak pernah membayangkan diri ini menjadi artis kerana cita-cita asal Yatt dulu ingin menjadi saintis dan juruterbang. Tapi ia tidak bermaksud Yatt menyesal membabitkan diri di dalam bidang ini. Yatt selesa begini mendaki puncak populariti setapak demi setapak dan usah tergopoh-gapah. Apa yang penting orang di luar sana tahu bakat kita.
“Yatt juga tak mahu dihinggapi gosip liar sebagai jalan pintas untuk meledak. Biarlah Yatt terus berusaha dengan jalan ‘jujur’ dan Insya-Allah hari kemenangan itu pasti tiba satu hari nanti. Yatt kena bersaing secara positif untuk mencapai apa yang diidamkan. Nak menang kita kena pasang strategi dan ikhlas serta berazam.
“Jauh lagi perjalanan Yatt untuk menjadi pelakon terbaik dan diiktiraf. Popular saja bukan tiket untuk terus tegar di dalam industri ini, sebaliknya ia perlu diiringi bakat dan pakej lengkap. Sekarang Yatt sudah dapat rasakan bagaimana bergelumang sebagai anak seni dan ia tidaklah semudah seperti yang disangka,” kata Yatt yang mengakui bukan senang untuk terus kekal di dalam bidang seni.
Semakin sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama seperti Madu Cinta, Issandra dan program masakan, Yatt khabarnya bakal mengacarakan program Aksi Murai musim kedua dan sehingga saat ini tidak pasti sama ada Yatt akan mengacarakan seorang diri atau digandingkan dengan pengacara lain.
Menerusi drama Issandra ala drama Bawang Putih, Bawang Merah, Yatt membawakan peranan antagonis sebagai Danisha di samping Eira Syazira sebagai Issandra. Watak asal Issandra sepatutnya dibawakan Memey. Selepas filem Impak Maksima, Yatt bakal membintangi filem Kecoh Betul terbitan Sri Saheb Production yang turut dilakonkan Diana Danielle, Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek. Profil NAMA: Haryati Hamzah
PANGGILAN: Yatt
LAHIR: 13 April 1980 di Muar, Johor
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa dan Pengajian Media.
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon
DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej
FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul
Emel: yatgwenz@yahoo.com
Facebook: Taip saja nama Yatt Haryati di kotak carian laman web ini.
Fakta
Pernah mengacarakan program Joran Ria, Smart G, 4C, Selamat Pagi Malaysia dan karpet merah Festival Filem Malaysia yang ke-21.
Drama yang bakal dan sudah muncul lakonannya ialah Amanah Karmila, Juana dan PR Nani serta mengacarakan program 4C (Ceria, Cantik, Cergas, Citarasa)
Rapat dengan beberapa nama rakan artis seperti Irma Hasmie, Sherry Ibrahim, Atie AF1 dan Scha. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 11:57 am | |
| Sinar mahu pancing Linda?BARISAN penyampai Sinar FM, Abby Fana, Krill, Salih Yaacob, Raja Azura dan Pengurus Rancangan Sinar FM, Rustam Said.Tidak mustahil penyampai radio popular itu beralih stesen radio hasil rombakan besar-besaran Era
"BUKAN impian tetapi boleh jadi kenyataan. Berikan masa kepada kami setahun lebih lagi untuk terus memperkemaskan langkah persediaan ke mercu yang lebih baik,” demikian ungkap Pengurus Rancangan Sinar FM, Rostam Said yang cukup sinonim dengan panggilan Pak Tam menjawab persoalan cita-cita dan harapan untuk menjadi stesen nombor satu di Malaysia.
Bukanlah satu perkara pelik, kerana setiap makhluk di bumi ini pasti mempunyai sasaran tersendiri untuk menjadi yang terbaik dan yang pertama di dalam hidup.
Perkhabaran terbaru, apakah benar Linda Onn yang disebut-sebut bakal menyertai Sinar FM ini akan menjadi kenyataan. Jelas Pak Tam, memang dia ada merisik berkaitan hal ini kepada Linda Onn dan ia bertitik tolak kepada radio Era yang akan melakukan rombakan besar-besaran di kalangan penyampainya.
Kata Pak Tam lagi, Linda juga memberi maklum balas yang baik cuma segala keputusan bergantung kepada hak muktamad pengurusan radio naungannya.
“Saya memang ada bertanyakan Linda secara tidak rasmi berkenaan kemungkinan sama ada dia berminat untuk menyertai kami di Sinar FM baru-baru ini. Tapi perbincangan rasmi antara Era dan Sinar belum ada lagi. Saya melihat hal ini daripada sudut mata bisnes, lagipun kita sedia maklum Era bakal membuat rombakan penyampainya. Alhamdulillah, kalau Linda dapat sertai kami di Sinar FM ia satu bonus,” katanya.
Pak Tam mula menggalas tugasnya kini di Sinar FM sejak 20 Oktober lalu, menggantikan Nazri Noran yang kini menjawat jawatan yang sama di Era. Tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri, transisi perjalanan tugasnya di Sinar FM begitu dekat dan seiring dengan pertambahan usianya. Pastinya stesen radio yang menggunakan tagline Muzik Retro Terbaik ini menjadi medan terbaik buat Pak Tam melancarkan kerjayanya.
TRIO hebat yang mengendalikan Pagi Di Sinar FM.
“Kebanyakan mereka yang berada di Sinar FM saya sudah kenal dan pernah bekerjasama. Lagu yang dimainkan memang saya layan dan suka. Insya-Allah ia banyak membantu saya di sini, cuma saya kena tengok apa yang patut untuk terus mempertingkatkan stesen radio ini,” katanya.
Mengimbas kembali kenyataan Nazri Noran sebelum ini mengenai zon selesa sewaktu berada di Sinar FM, Pak Tam menjelaskan ia mungkin bertimbal balik kepada posisi jika berada di bawah radio nombor satu, Era. Tambahnya lagi, mungkin ada yang mengandaikan apabila berada di Sinar FM, tumpuan dan perhatian tidak keterlaluan berbanding Era.
Dengan demografi umur pendengar sekitar 35 hingga 49 tahun, Sinar FM kini dikatakan juga sudah menarik kelompok pendengar setia Era dan yang lebih muda untuk beralih kepadanya. Jelas Pak Tam, tidak timbul istilah mencuri pendengar, sebaliknya proses ini berlaku secara semula jadi dan ada antara pendengar yang mungkin membesar dengan stesen radio A mungkin akan beralih ke stesen radio B.
“Mungkin zon selesa yang dimaksudkan dia (Nazri Noran) ialah kerana Sinar FM tidak di bawah pengawasan dan kurang tekanan berbanding Era. Hakikatnya di mana-mana pun pasti akan ada persaingan dan itu lumrah untuk kita terus melakukan yang terbaik hari demi hari.
“Demografi umur yang ditulis itu bersifat subjektif sedangkan sesiapa saja boleh mendengar Sinar FM tanpa mengambil kira had umur. Saya beri contoh, lihat saja Era sudah 10 tahun dan ada pendengar mereka yang meningkat umur menjadikan Sinar FM sebagai alternatif. Lagipun lagu yang diputarkan di Sinar FM bersifat lama, klasik dan ada juga lagu baru yang dimainkan. Kami juga terkejut ada pendengar remaja yang turut menjadikan Sinar sebagai stesen pilihan,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 12:34 pm | |
| Mudah tersentuh lihat warga emasBERSAMA Dafi, Saiful Apek dan peminat ketika bercuti di Bali, baru-baru ini. Fara Fauzana tak menang tangan layan pembaca Berita Harian ketika bercuti di Pulau Bali
TANPA berselindung, ketika duduk berbual selesai menikmati makan tengah hari di Danau Beratan, Bali, Pengacara dan Penyampai Radio TV Wanita Popular, Fara Fauzana secara jujur mendedahkan dia sebenarnya hampir menarik diri menyertai percutian ke Bali.
Keengganan untuk menyertai acara anjuran akhbar Berita Harian yang ditaja secara eksklusif oleh Poto Travel & Tours Sdn Bhd itu amat menebal sehinggalah saat berangkat dari rumah untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perasaan itu timbul kerana dia menyangka percutian empat hari tiga malam itu hanya disertai pemenang peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) yang diadakan sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 serta beberapa artis yang lain.
Bagaimanapun apabila mendapat tahu percutian ke Bali itu turut dibuka kepada pembaca lain, perasaannya menjadi berbelah bagi. Bukan membenci peminat, tetapi tujuannya ke sana adalah untuk bercuti.
Namun perasaan berat hati yang pada mulanya cukup menebal tiba-tiba lenyap apabila kakinya memijak lantai KLIA. Melihat kelibat ahli rombongan yang kebanyakannya warga emas, hatinya yang pada mulanya bergejolak segera bertukar sejuk.
“Saya lemah tengok orang tua,” dedah Fara Fauzana jujur. Hatinya mudah tersentuh melihat warga emas. Dari enggan, dia pula yang ‘over excited’ dan melayan ahli rombongan yang hampir 100 orang seolah-olah dialah ketua rombongan.
“Seronok dapat berkenalan dengan makcik yang menyertai rombongan ini. Mereka sangat sempoi dan pandai bawa diri masing-masing. Pada mulanya saya bimbang tidak mampu melayan ahli rombongan yang mengikuti percutian ini. Malah saya hampir malas nak pergi tetapi apabila melihat kebanyakannya warga tua, saya jadi seronok.
“Saya memang lemah dan tidak boleh tengok golongan ini. Hati saya cepat merasa sayu dan kasihan dengan mereka. Sepanjang empat hari, saya banyak juga habiskan masa dengan mereka. Daripada perbualan dengan mereka, banyak kisah yang terungkai sebagai contoh salah seorang ahli rombongan adalah rakan ibu bapa saya dan salah seorangnya pula adalah guru adik saya,” katanya yang pertama kali bercuti dengan peminat.
Wanita yang dilahirkan tanggal 7 Februari 1980 berkata dia mempunyai kelab peminat tetapi setakat ini belum pernah lagi meluangkan masa bercuti bersama mereka. Aktiviti kelabnya kebanyakan lebih terarah kepada aktiviti anjuran Hot FM sehingga orang kuat stesen radio itu Seelan Paul sudah mengenali peminatnya yang sentiasa menyokong aktiviti Hot FM |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 12:37 pm | |
| Mahu popular tanpa guna nama abangAbby Nadzri Abby Nadzri bersyukur dikurniakan bakat lakonan semula jadi
SETIAP manusia mempunyai prinsip hidup yang berlainan. Ada yang memilih untuk membawa haluan hidupnya mengikut jalan yang betul, ada juga yang terpaksa mengikut jalan yang sukar dan tidak kurang juga mengambil jalan yang mudah dengan menggunakan populariti orang lain.
Bagi gadis manis yang diberi nama Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri, dia bersyukur dengan bakat lakonan semula jadi yang dimiliki kerana dengan bakat itu dia tidak dituduh mengambil kesempatan menumpang populariti abangnya untuk mencipta nama.
Mungkin ramai yang tidak mengenali Abby, tetapi industri boleh berbangga dengan usaha keras dirinya selama lima tahun sehingga ada yang tidak menyangka Abby adalah adik kepada pengarah popular Ahmad Idham.
Menurut Abby, ada baiknya orang lain tidak mengenali dirinya yang juga adik Ahmad Idham bagi mengelakkan anggapan yang tidak baik bukan saja kepada dirinya malah juga abangnya.
“Saya berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya walaupun ramai yang tahu bahawa dia bukannya bermula dari bidang seni, tetapi boleh berjaya hanya dengan prinsip hidupnya yang kukuh.
Mungkin ramai yang tidak mengenali Abby, tetapi industri boleh berbangga dengan usaha keras dirinya selama lima tahun sehingga ada yang tidak menyangka Abby adalah adik kepada pengarah popular Ahmad Idham.
Menurut Abby, ada baiknya orang lain tidak mengenali dirinya yang juga adik Ahmad Idham bagi mengelakkan anggapan yang tidak baik bukan saja kepada dirinya malah juga abangnya.
“Saya berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya walaupun ramai yang tahu bahawa dia bukannya bermula dari bidang seni, tetapi boleh berjaya hanya dengan prinsip hidupnya yang kukuh.
“Sekiranya saya ingin mengikut jalan yang singkat untuk dikenali sudah tentu saya akan menggunakan dia sebagai jalan pintas. Begitu juga dengan dia sekiranya dia ingin menaikkan saya yang juga adiknya sebagai pelakon tentu sudah banyak drama atau filem arahannya menyelitkan lakonan saya.
“Kami diasuh dari kecil untuk berpegang kepada prinsip hidup sendiri, jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain. Justeru ada baiknya saya menggunakan sebaik mungkin bakat yang sudah dikurniakan Tuhan demi melunaskan impian saya untuk menjadi seorang pelakon yang berbakat,” katanya.
Gadis yang mengambil jurusan Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akui banyak selok belok dunia lakonan yang harus dipelajari setiap masa dan abanglah tempatnya untuk merujuk.
“Saya baru lima tahun dalam bidang ini selepas tamat pengajian dalam bidang lakonan dan saya akui banyak ilmu yang harus saya peroleh untuk meningkatkan mutu lakonan saya. Sekiranya ia membabitkan bidang lakonan, saya akan bertanya kepada abang kerana dia lebih mengetahui selok belok dunia seni ini. Tidak kira apalah baik lakonan, kontrak atau kenalan orang dalam industri ini.
“Namun jika berlakon yang membabitkan watak penting di bawah arahannya belum lagi. Bukannya dia tidak pernah mempelawa saya untuk terbabit dalam drama atau filem arahannya tetapi setiap kali dia hubungi saya pasti saya sedang ada komitmen dengan produksi lain.
“Bukannya sekali dua tetapi sudah banyak kali, mungkin saya tidak pernah ada jodoh nak berlakon di bawah arahannya. Selepas ini sekiranya saya tidak ada mana-mana tawaran mungkin saya akan merisik-risik padanya,” katanya yang berbangga dengan kejayaan yang dikecapi abangnya selama ini serta mengetahui dia bermula dari bawah.
Abby yang dipertemukan jodohnya bersama jejaka yang juga berada di dalam bidang seni iaitu pemuzik profesional bernama Rozario Gulam Rasul atau Roza akui bukan mudah untuk bermula dari bawah.
“Memang tidak dinafikan bukannya mudah saya sebagai orang baru untuk menyerlahkan bakat saya dalam dunia lakonan ini. Namun saya tetap percaya kepada bakat dan rezeki yang memerlukan kita berusaha dengan gigih.
“Saya meminati bidang ini sejak di bangku sekolah lagi, saya juga banyak mewakili sekolah dalam pertandingan drama hingga ke peringkat negeri.
“Selepas tamat sekolah, saya berniat untuk meneruskan bidang ini dengan mengambil jurusan teater di Aswara dan dari situ saya mempunyai keyakinan untuk terus berada di dalam bidang ini.
“Sebaik tamat pengajian, bermula misi saya untuk meneruskan cita-cita saya dengan menghadiri sesi uji bakat. Namun saya bermula dengan uji bakat sebagai pengacara program Simply Bollywood di RTM dan Alhamdulillah rezeki saya ada di situ,” katanya yang berbangga dengan usaha gigih dia selama ini biarpun tidak berapa dikenali tetapi mendapat kepercayaan daripada orang seni.
Berkat kesabaran dan usahanya selama ini, Abby semakin dikenali dan banyak terbabit dalam drama terbitan syarikat produksi besar.
Kini dia bukan saja berbakat sebagai pengacara dan pelakon tetapi tetap memasang impian untuk muncul di layar perak sebagai pelakon filem suatu hari nanti. Profil Abby Nadzri Nama Sebenar: Arbaiah Ahmad Nadzri
Umur: 26 tahun
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1982
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Diploma Teater, Aswara.
Suami: Rozario Gulam Rasul
Umur: 27
Kerjaya: Pemuzik Profesional
Anak: Aryan Danish
Umur: 9 bulan
Drama: Manjalara, Cinta Bukan Dusta, Hidayah, Puteri Salju
Pengacara: Pop Bollywood, Simply Bollywood, Fulus Mania, Bintang RTM dan Mango TV
Teater: Pi Mai Pi Mai Tang Tu
|
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 3:21 pm | |
| MUKA DIA LAIN BERBANDING MULA-MULA KELUAR DLM CITE BLN PUASA TUH..APA TAH TAJUKNYE...JADI MAK...HE...HE...PAKAI BAJU KURUNG KAIN COTTON....AYU JE...MCM POMPUAN MELAYU TERAKHIR...LA NI...TU DIA...SUDAH BERTUKAR KULIT...HE...HE... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 3:49 pm | |
| DUA DIVA MALAYSIA VS INDONESIA |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 3:56 pm | |
| Cico akan bergelar bapa tapi belum bersedia perkenal isteridah kawin mamat ni rupenye....SPEKULASI mengenai pelakon Cico Harahap, 30, telah berkahwin dengan wanita berketurunan Thailand akhirnya terjawab apabila dia membawa isterinya yang sedang hamil lapan bulan ke pementasan teater monolog Cinta Julia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semalam.
Setelah menyapa anak tunggal seniwati Uji Rashid ini, ternyata beliau tidak kisah ditemubual dan menjawab setiap pertanyaan dengan baik.
Apabila ditanya apakah sebab sebenar dia merahsiakan pernikahannya dengan Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziani Abdullah, 25, Cico berkata, dia belum bersedia untuk memperkenalkan isterinya kepada publik sehinggalah mereka melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada tahun depan.
“Sebagai artis, saya belum bersedia memperkenalkan isteri saya. Tetapi sebagai orang biasa, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak saya.
“Jika peminat atau sesiapa yang menegur kami di luar, saya tidak kisah untuk memperkenalkan isteri saya. Maksudnya, biarlah berita ini keluar dari mulut saya sendiri.
“Saya bukannya jenis yang menyorok isteri dan sentiasa membawanya ke mana-mana kecuali majlis besar seperti malam anugerah.
“Insya-Allah selepas saya membuat majlis resepsi perkahwinan kami nanti, baru saya akan perkenalkan dan umum kepada semua,” kata Cico yang turut berharap majlis perkahwinannya nanti akan mengabulkan hasrat ibunya.
Tambah pelakon yang pernah popular melalui filem Puteri Impian ini, majlisnya nanti mungkin tidaklah sehebat majlis perkahwinan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Erra Fazira.
“Tetapi yang pasti, saya akan memastikan majlis ini berjaya membuatkan ibu saya gembira kerana itulah impiannya,” ujar Cico.
Menyentuh tentang cerita sebalik pernikahan Cico dan Elle, Cico berkata dia mula berkenalan dengan Elle, yang juga merupakan penyanyi di Thailand kira-kira setahun yang lalu.
Perkenalan mereka terdetik di Thailand di mana ketika itu Cico menghadiri show Elle.
“Waktu tu saya tengok orang lain dah mabuk tetapi dia lain sedikit sebab dia tak minum.
“Selepas itu, kami tak tahu nak buat apa, jadi kami berlawan makan cili. Mulai dari hari itu, kami mula berkawan.
“Saya juga tertarik dengannya apabila Elle kata dia selalu ikut kawannya ke masjid dan mendalami agama Islam. Selain itu, dia suka berlawak,” beritahu Cico yang pernah bekerja di Thailand sejak 2001 dalam bidang pengawasan keluar masuk lori diesel dan memeriksa keaslian diesel yang dibawa itu.
Selepas setahun berkenalan, kedua-duanya diijabkabulkan pada Februari lalu di Masjid Besar Songkla, Thailand.
Cico berkata dia akan memberitahu tarikh pernikahan mereka semasa majlis resepsi perkahwinan pada tahun depan.
Memandangkan Elle sedang sarat hamil, mereka merancang untuk membuat majlis tersebut selepas isterinya bersalin. Isteri Cico dijangka melahirkan anak sulung mereka pada awal tahun depan.
Menurut Cico, dia memilih untuk bernikah di Thailand kerana keluarga Elle yang ramai sukar untuk datang ke sini.
Lagipun, Cico dan ibunya hanya tinggal berdua di sini. Tetapi, rakannya, pelakon Que Haidar dan Beego turut dijemput menghadiri majlis tersebut.
Melihat penampilan Cico yang sedikitpun tidak berubah, mungkin orang tidak akan perasan yang dia sudah berkahwin.
Namun, apabila diajukan tentang perubahannya selepas berkahwin, Cico berkata perkahwinan mengajarnya untuk lebih bertanggungjawab dan selebihnya beliau masih seperti dulu.
“Saya nampak sahaja moden tetapi pemikiran saya tradisional. Saya juga berpegang dan memberitahu Elle tentang yang salah tetap salah dalam agama,” kata Cico yang kini sudah pulang menetap di sini dan dijangka memasuki pengambaran filem Tiga Jalan arahan pengarah Mamat Khalid, Aziz M.Osman dan Afdlin Shauki mulai 27 Disember ini. |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:01 pm | |
| biasa la artis byak duit mcm2 la di ubah muka biar napk makin cantikkan.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:04 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:08 pm | |
| Zulkifli Arifin yg agak hawt!hot tak anak ikan yg nak kapel dgn mak buyong- abby abadi? akak rasa agak hoawt la Pasti anda tertanya-tanya, benarkah Abby sudah ada pengganti? Ouh, sudah tentulah ada. Pengganti yang dimaksudkan sebenarnya adalah Zulkifli, pelakon baru dalam drama Gerak Khas. Zulkifli yang akan menggantkan watak Norman Hakim akan berganding dengan Abby sebagai Inspektor manakala Abby pula pada musim ini akan dinaikkan pangkat ke Asisten Supritendan. Gila pangkat betul Abby ni. Gurau je. Hehe ''Datuk Yusof mahu saya dan Zul memulakan penggambaran bersama pada Januari ini. Saya tiada masalah berlakon dgn sesiapa pun. Bagaimanapun, mungkin ada kelebihan berlakon dgn Zul kerana kami saling mengenali. Utk musim baru ini saya dinaikkan pangkat menjadi Asisten Superintendan manakala Zul berpangkat Inspektor,” katanya.
Last edited by sally_eiyna on Tue 02 Dec 2008, 4:28 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:19 pm | |
| ‘Tiada kaitan dengan dadah’ - Liyana Jasmay Kalau kita lakukan kerja kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, saya yakin orang ramai akan menyedarinya walaupun terpaksa mengambil sedikit masa.
‘Kurus bukan kerana dadah’
SEJAK mula diperkenalkan melalui filem Castello, nama pelakon muda berbakat besar, Liyana Jasmay terus mencuri tumpuan. Ternyata bakat yang dimiliki olehnya sukar digugat oleh rakan seangkatan.
Lantaran itu dia terus menjadi pilihan pengarah popular tanah air untuk menjayakan pelbagai genre filem antaranya Syaitan, Kami The Movie, Histeria, Malaikat Maut dan Papadom.
Namun di celah-celah kerlipan populariti, hati pelakon yang pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-19 ini sedikit terusik apabila dikaitkan dengan gejala negatif yang sering menghantui kehidupan remaja masa kini.
“Saya tidak pernah terlibat dengan dadah. Badan saya kurus bukan kerana dadah. Sejak dari dulu lagi badan saya memang kurus dan berat badan saya hanya dalam lingkungan 40 hingga 43 kilogram sahaja. “Mungkin peminat salah sangka kerana di dalam televisyen memang saya kelihatan sedikit besar daripada saiz sebenar kerana berat badan kita akan bertambah sebanyak sepuluh paun.
Saya memang terkejut apabila dikaitkan dengan perkara ini dan saya berharap peminat tidak salah sangka,” katanya yang menafikan sekeraskerasnya tentang dakwaan tersebut. Tambahnya dia sudah lama terlibat dalam bidang seni dan tahu membezakan antara perkara baik dan buruk yang boleh dilakukannya. Oleh sebab itu dia tidak memerlukan sebarang kontroversi untuk meraih perhatian peminat.
“Saya tak perlukan kontroversi. Kalau kita lakukan kerja kita dengan ikhlas dan bersungguhsungguh, saya yakin orang ramai akan menyedarinya walaupun terpaksa mengambil sedikit masa. Saya mula berlakon drama sejak umur saya sembilan tahun lagi. “Namun saya mula dikenali apabila terlibat dengan filem Castello.
Sejak itu saya mula diberikan tawaran berlakon filem dan sehingga kini saya sangat bersyukur kerana tidak putusputus menerima pelbagai tawaran,” jelasnya yang begitu sinonim dengan watak Phim, anak yang memberontak perasaan terhadap bapanya melalui filem Castello. Ditanya tentang penglibatannya dalam pelbagai filem sejak kebelakangan ini dan seolah-olah meminggirkan industri drama, dia ternyata mempunyai jawapannya yang tersendiri.
Katanya bidang drama dan filem sama penting buat dirinya namun dia lebih mementingkan skrip serta produksi yang bagus sebelum menerima mana-mana tawaran. “Seperti yang saya katakan sebelum ini saya mula berlakon sejak kecil lagi. Berlakon di dalam drama memang lebih penat berbanding filem kerana terpaksa bergelut dengan masa. Namun kalau mendapat tawaran berlakon drama yang bagus, saya tiada sebab untuk menolaknya jika mempunyai kelapangan.
“Buktinya sebelum ini saya pernah terlibat dengan drama bersiri Kami The Series dan kini saya membintangi drama Puaka Niyang Rapik yang sedang ditayangkan menerusi slot Seram di TV3. Saya sukakan drama tersebut dan Ahmad Idham sebagai pengarah telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:24 pm | |
| Erema: Sayang Hanya Berganti SimpatiPenulis lirik Jamaludin Sulik atau lebih dikenali Seri Bayu, 43, bersama isterinya, Erema atau Dayang Zaira Erema Awang Moshdad , 25, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pagi semalam untuk menyebut kes tuntutan cerai oleh Erema daripada suaminya.
Dalam sebutan kes pada kira-kira jam 9 pagi tadi, Hakim Tuan Ghazali Ahmad meminta kedua-dua mereka mendapatkan peguam setelah Seri Bayu enggan menceraikan Erema. Kes mereka disebut semula pada 12 Januari 2009 pada jam 9 pagi.
Prosiding berjalan lancar kurang daripada 5 minit disaksikan pembantu hakim, Cik Normah Md Ali dan Norkhisamuddin Mohd Nor. Seri Bayu yang hadir berasingan dengan Erema di mahkamah itu sebelum Erema tiba.
Erema kemudian diwawancara oleh murai.com.my. Dia akui tidak lagi sanggup menjadi isteri kepada Seri Bayu apabila hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman sejak setahun lalu. Ikuti luahan hatinya...
"Luahan hati saya ini bukan untuk meraih simpati tapi inilah yang sebenar-benarnya berlaku. Selama ini saya tidak pernah bersuara kepada sesiapa dan saya sentiasa menjaga maruah perkahwinan kami, tetapi Abang Bayu sendiri yang mendedahkan perkara yang tidak benar kepada pihak media. Mulanya saya ingin berdiam diri tetapi kerana apa yang disebutnya itu begitu keterlaluan, saya harus mempertahankan diri saya.
"Selama ini saya sentiasa menjaganya dengan sebaik-baiknya. Menyuapkan dia makan, minum, memandikannya serta menyiapkan tempat tidurnya. Satu ketika saya sangat sayang dan kasihankan dia sehingga pernah terfikir untuk menukarkan nyawa saya dengannya.
"Tapi selepas beberapa lama berkahwin, barulah saya tahu siapa Seri Bayu yang sebenarnya. Saya terpaksa hidup berpura-pura di depan mata masyarakat kerana sentiasa mengikut telunjuk yang salah. Saya mengenalinya sebelum dia jatuh sakit dan saya berkahwin dengannya ketika dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Itu semua satu pengorbanan. Saya korbankan usia remaja saya untuknya. Kalau tidak sayangkan dia, saya sudah lama boleh meninggalkannya - dari dulu lagi dan bukan sekarang.
"Apabila Abang Bayu jatuh sakit, dia tidak boleh lagi bekerja dan pada masa yang sama menanggung beban hutang yang terlalu banyak. Perlukan saya yang masih ada kudrat ini membiarkan dia dilanda masalah? Kerana sayangkan dia, saya sanggup menyanyi semula di kelab malam. Kalau tidak, apa kami nak makan? Kereta BMW yang dibeli atas nama saya akhirnya sudah kena tarik, duit simpanan saya sudah habis dan duit RM500 yang Karyawan derma setiap bulan itu saya ingin tanya - adakah cukup untuk menampung hidup kita di bandar besar seperti Kuala Lumpur?
"Akhirnya selepas keluar bekerja, dia mula cemburu dan menuduh saya curang malah saya telah memukul dan menendangnya. Adakah saya sekejam itu walaupun hakikatnya perkara sebaliknya pernah dilakukannya ketika dia agak sihat dulu. Semua itu orang tidak tahu. Saya amat sedih dan kecewa kerana dia menggunakan kesempatan dirinya yang sakit itu untuk mereka-reka cerita demi meraih simpati orang," jelas Erema.
Banyak hutang dan menipu orang
Sambil menangis Erema berkata lagi, siapa yang tidak malu apabila dia membawa suaminya itu berjalan-jalan di khalayak umum, tiba-tiba ada orang datang memarahi mereka dan memanggil dia (Seri Bayu) sebagai penipu dan menuntut segala hutang piutang!
"Saya sendiri berasa takut dan dia akhirnya mengajak saya berpindah randah ke sana ke mari supaya dapat menyorok diri daripada mereka yang sudah ditipunya dan meminjam wang. Itulah antara tekanan hidup yang saya alami sehingga saya tidak sanggup lagi untuk bersamanya. Kalau dia tuduh saya curang, kenapa dia masih lagi tidak mahu ceraikan saya? Sebabnya mudah... tidak ada lagi sesiapa yang sanggup menjaganya termasuk keluarganya sendiri yang sudah lama membuangnya. Hanya Tuhan yang tahu azab saya hidup dengannya.
"Saya sedar masyarakat akan mengutuk saya, menuduh saya isteri yang derhaka, tapi saya percaya, Tuhan Maha Kaya. Saya percaya semua ini ada hikmahnya dan saya sedih melihat dia sendiri tidak ada kesedaran untuk mendekati Tuhan dalam kedaan uzur itu apatah lagi membimbing saya menjadi seorang isteri yang baik.
"Malah dalam keadaan sakit pun dia masih menipu doktor berpura-pura tenat sehingga ambulans dipanggil, baru-baru ini. Apabila nampak saya bergegas datang dari jauh, dia hanya tersenyum puas dan akhirnya saya pula dimarahi doktor kerana memanggil ambulans bukan untuk pesakit yang benar-benar tenat sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang perkara itu. Semuanya dia yang rancang.
"Kini terserahlah kepada mahkamah memutuskan apa yang terbaik buat saya. Namun perasaan sayang saya sudah hilang terhadap Abang Bayu dan yang tinggal hanyalah simpati. Mungkin pada matanya, saya gagal menjaga dia seperti mana yang dia inginkan dan sebab itulah saya meminta bantuan Karyawan menghantar dia ke rumah kebajikan kerana mungkin di sana dia akan lebih bahagia dan dijaga dengan sempurna.
"Walaupun Abang Bayu tidak mahu ceraikan saya, tapi dia pernah memberitahu akan melepaskan saya dengan cara yang baik di mahkamah. Bagaimanapun saya tidak boleh buat apa sebab talak di tangannya. Saya tetap tidak berganjak untuk menuntut cerai kerana saya tidak tahan lagi dengan perbuatan dan pembohongannya di mata masyarakat. Saya ingin kembali kepada keluarga saya," kata Erema yang menangis dan terus menangis.
Mungkin juga sebahagian lirik lagu Pelita Di Bawah Purnama nyanyian Erema sendiri menggambarkan apa yang dilaluinya"Cinta... dengarlah rintih hatiku mengharap belai dan rindu yang pernah dicurah sepenuh hatimu. Kasih... inikah yang ku rasai, pengorbanan tak dihargai menjadi siksaan yang tidak diundang, ooo... pedih... sayang
Ingatkah lagi, kau pernah berkata, aku bagai pelita di bawah purnama, kini malam sepi, tinggal hanyalah memori mungkin cahaya menjelma semula..." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:29 pm | |
| FINALIS-FINALIS ETNIK KREATIF |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 02 Dec 2008, 4:34 pm | |
| PROFIL Farah Putri Name: Farah Putri Mulyani Jasman Nada Commercial Name: Farah Putri Date of Birth: 28 September 1986 Place of Birth: Kuala Lumpur Highest Education: Sijil Pelajaran Malaysia Career: Actress, TV Host, Model Film: Jarum Halus Drama: Misi XX-Ray, Kawan, Timur Mencinta Barat Merindu, Pelamin Fantasia, Butakah Cinta, Lensa Kriminal, Fara,Tangisan Bulan Madu, Percaturan, Ku Milikmu, Keroncong Untuk Ana,Hilang, Mertua vs Menantu, Suara Hati Host: Kecil-Kecil Cili Padi, Kembara Jelajah Utara and Sepetang Bersama Commercial Ads: Sendayu Tinggi ***EIRA, ni ler info tntg farah putri yang hang nk kenai tu.....** aku tempek ni hah....yg dia terlibat dlm kes penceraian bell tu.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:15 am | |
| (Gambar) Linda Hashim di B*PopPROFIL NAMA PENUH: Norhazlinda Hashim
TARIKH LAHIR: 8 September 1984
ASAL: Ipoh, Perak
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur
DRAMA: Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi, Cinta Batu Belah dan Anak Betung (masih dalam pembikinan)
KOMERSIAL: Sunsilk, Clean & Clear, Digi, Honda Motor, Hotlink dan Kentucky Fried Chicken (KFC)
PERNIAGAAN: Erin’s n Erina’s Sequins (pakej perkahwinan milik keluarga)
Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)
|
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:17 am | |
| (Gambar) Mila AF5 berimej Gothic |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:25 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:40 am | |
| LAGI GAMBAR MAJLIS HARIJADI DIANA DANIELLE"Mama selalu ingatkan Diana supaya beringat untuk kumpul duit dan beli harta. Nampaknya dia berjaya membuktikannya dan berjaya kalahkan Mama kerana pada usia baru 17 tahun, dia sudah memiliki kereta dari titik peluhnya sendiri. Sebaliknya Mama hanya berlaku pada usia 21 tahun," kata ibunya.
Menurut Mama, kereta BMW X5 berona perak yang dijadikan hadiah ulang tahun pelakon itu adalah hasil daripada titik peluh Diana sendiri sepanjang 3 tahun bergelar pelakon dan jurucakap beberapa produk.
Bagaimanapun kata Mama, kerana usia Diana masih muda, dia terpaksa menggunakan namanya terlebih dahulu bagi tujuan pinjaman bank dan kelulusan membeli kereta berkenaan.
Bagi Diana sendiri, dia sudah lama menantikan peluang untuk membeli kereta jenis mewah berkenaan dengan menggunakan duitnya sendiri.
"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga membeli kereta idaman Diana. Sudah lama sebenarnya Diana menunggu saat ini. Syukur, apa yang Diana usahakan selama ini menampakkan hasilnya," katanya.
Jelas Diana, sedari kecil lagi dia tak akan pernah terlepas untuk meraikan ulang tahunnya bersama-sama keluarga dan rakan terdekat.
Lebih istimewa sambutan ulang tahunnya kali ini apabila dapat diraikan bersama kekasih hati iaitu sehari sebelum tarikh istimewa itu selain bersama rakan artis dan pihak media pada 22 November lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:46 am | |
| Jue Aziz Ada Orang Baru? shawl af GUA dengar sekarang ini Jue Aziz tengah sibuk bercinta dengan seorang jejaka tinggi lampai. Kononnya, mereka selalu kelihatan bersama. Mesti ramai yang hendak tahu siapakah gerangan lelaki tersebut bukan? Maaflah, GUA tidak dapat dedahkan dengan lebih lanjut kerana takut ada hati yang terluka. Apa yang GUA boleh katakan jejaka ini juga terlibat dengan industri hiburan. Dia pernah menyertai program realiti yang diterbitkan oleh sebuah stesen televisyen. Orangnya agak tampan dan mempunyai senyuman yang manis.
Beberapa hari lalu GUA terserempak dengan pasangan ini di pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Jue nampak selesa dengan jejaka ini, malah mereka juga kelihatan berpegangan tangan. Daripada gerak-geri mereka, nampak macam sedang asyik bercinta. Tetapi tidak tahulah apa jawapan yang akan diberikan jika ada wartawan yang bertanya nanti.
GUA harap Jue atau si jejaka itu nanti tidak berselindung tentang status mereka. Jangan tiru bekas kekasih yang masih bermain teka-teki dengan status hubungannya dengan seorang pengacara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:49 am | |
| Keluarga Norman ada datang - Ibu MemeyMEMEY SUHAIZA belum dilamar. MERSING - "Memang Norman (Hakim) sekeluarga ada datang ke rumah kami pada hari itu (22 November).'' Demikian jelas Norlela Abdul Rahman, 45, ibu kepada pelakon baru, Memey Suhaiza yang mengesahkan kunjungan keluarga Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon sekeluarga ke rumahnya di Felda Tenggaroh 1 Selatan di sini pada 22 November lalu. Bagaimanapun tegas beliau, kedatangan keluarga Norman langsung tidak menyentuh mengenai lamaran terhadap anaknya itu. "Kami langsung tidak bincang mengenai perkara itu," katanya dalam satu pertemuan dengan Kosmo! di rumahnya di sini semalam. Pada hari tersebut, keluarga Norman berkunjung ke rumah Memey Suhaiza dan ia telah menimbulkan spekulasi bahawa Norman telah menghantar rombongan meminang bagi menutup malu. Sebelum ini, kedua-dua pelakon itu dikatakan telah bernikah secara rahsia di Thailand. Bagaimanapun, ia dinafikan pelakon tersebut. Pada 30 Oktober lalu, Norman dan Memey Suhaiza ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 pagi kerana disyaki berkhalwat. "Mana dapat cerita tidak betul ini (Norman datang melamar Memey Suhaiza),'' kata Norlela yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:50 am | |
| DJ Sinar FM bergelut dengan penyamun jamal jamaluddinKUALA LUMPUR - 'Saya bergelut dengan penyamun yang bersenjatakan pisau itu lebih kurang tiga minit hingga menyebabkan badan saya luka-luka'. Demikian cerita penyampai radio popular stesen Sinar FM, Jamal Jamaluddin (gambar), 45, yang menjadi mangsa samun di kediamannya dekat flat PPR Taman Desa Baiduri, Ampang, awal pagi kelmarin. Menurut deejay rancangan Cetusan Hati dan Dedikasi itu, pada ketika itu dia baru sahaja meletakkan keretanya sebelum mahu menaiki lif pukul 4.15 pagi selepas pulang dari kerja. Katanya, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi warna putih berhenti di hadapan keretanya dan dua lelaki keluar dari kenderaan tersebut. "Salah seorang daripada mereka memakai topeng dan bertanyakan kepada saya, adakah saya tinggal di sini. "Tiba-tiba muncul pula seorang lagi lelaki dari kereta tersebut dan lelaki yang memakai topeng itu terus menerkam saya hingga menyebabkan berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurutnya, lelaki bertopeng berkenaan yang bersenjatakan pisau cuba untuk menikam tetapi dia dapat menangkis serangan tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:52 am | |
| Zulkifli bukan ganti Norman - YusofKUALA LUMPUR - "Tidak ada sesiapa yang akan menggantikan tempat Norman." Demikian tegas penerbit, Datuk Yusof Haslam mengenai kekosongan tempat yang bakal ditinggalkan oleh pelakon Norman Hakim dalam drama bersiri, Gerak Khas tidak lama lagi.
Yusof juga menafikan kenyataan sebuah akhbar yang mendakwa beliau sudah memilih seorang pelakon baru, Zulkifli Ariffin, 22, bagi menggantikan Norman dalam drama bersiri kepolisan popular itu.
Penglibatan Zulkifli yang akan mengambil alih tempat Norman dimaklumkan sendiri oleh isteri Norman, pelakon Abby Abadi.
"Abby mungkin tersalah faham. Saya tidak pernah kata budak itu pengganti Norman. Kalau dulu Norman memang menggantikan AC Mizal (bekas pelakon Gerak Khas), tetapi sekarang ini tak ada sesiapa yang akan ganti tempat Norman," kata Yusof lagi dalam nada cukup tegas ketika menghubungi Kosmo! semalam.
Menurut penerbit jutawan itu, beliau belum terfikir untuk mengambil pelakon lain bagi menggantikan Norman memandangkan pelakon itu masih dalam tempoh 'bercuti'.
Selain itu, Yusof juga memberitahu, setiap pelakon yang memegang watak sebagai anggota polis dalam drama berkenaan perlu mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa Bukit Aman. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:55 am | |
| Hendak belajar, bukan bergaduhUMUM mengetahui, dua peserta wanita rancangan realiti tarian Sehati Berdansa 2, Amyza Aznan dan Lisdawati Nazaruddin telah menafikan sekeras-kerasnya isu bahawa mereka bersengketa dan bermasam muka baru-baru ini.
Hal itu sudah dijelaskan kedua belah pihak termasuk di dalam Kosmo! semalam. Maka tiada lagi episod mengaitkan dua pelakon drama terkenal ini punya sikap dengki disebabkan kedudukan markah atau perhatian peminat dan juri yang senget sebelah setiap minggu.
Kini, tercetus lagi isu baru membabitkan orang yang sama, Lisdawati. Kali ini lain pula ceritanya. Isu terkini mengatakan Lisdawati telah dipulaukan oleh peserta lain dalam rancangan berkenaan. Ini gara-gara sikap isteri kepada pelakon berkulit hitam manis ini, Fauzi Nawawi jarang bercampur gaul dengan peserta lain.
Lisdawati juga dikatakan cuba menolak untuk berkomunikasi dengan peserta lain dan dikatakan cuba menjauhkan diri daripada berinteraksi dengan pihak lain.
Hal-hal ini menjadi buah bicara orang dalam set dan di luar set Sehati Berdansa 2, sama panasnya dengan kisah dua pengacaranya, Linda Onn dan Fahrin Ahmad bertelingkah di lokasi.
Lisda ketika ditemui sempat menumpahkan seluruh emosi yang tidak terbendung dalam jiwa setelah ditafsir audiens bahawa dia menjadi penyebab utama masalah itu sekali gus mulai dijauhi rakan-rakan lain.
"Tiada istilah saya dibenci artis yang melibatkan diri dalam program realiti ini, sebaliknya mereka cukup tahu tentang perangai saya yang tak banyak bercakap.
"Tak tahu bagaimana isu saya dipulaukan oleh peserta lain ini wujud sedangkan selama ini saya tak pernah langsung mengacau mereka.
SUDAH terang lagi bersuluh. Lisda dan Amyza tidak pernah bermusuhan, malah saling mengusik sesama sendiri.
"Bahkan, saya sering buat hal sendiri dan tidak buat kecoh. Saya tak fahamlah dengan kata-kata yang tak berasas macam ini. Saya hanya jadi diri sendiri dan tak hipokrit," ungkap Lisda sambil mengerling ke arah si suami yang ada berhampiran.
Sambung Lisda lagi, sudah menjadi lumrah diri yang tidak banyak berbicara dengan orang sekeliling apatah lagi dia mengakui bukan mudah untuk serasi dengan individu lain lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat.
"Semua peserta pertandingan ini tidak punya banyak masa untuk berbual disebabkan masing-masing sibuk mendalami corak tarian yang diamanahkan di konsert mingguan.
"Kami jumpa dua kali seminggu. Kalau di studio semua sibuk buat hal itu dan ini, jadi bila waktunya kami nak berborak? Kalau betul-betul ada perkara yang nak dicakapkan, barulah saya akan membuka mulut, lalu berborak dengan kawan-kawan lain.
"Lagipun saya tak suka borak kosong dan merapu tak tentu pasal sesama rakan lain, sebaliknya saya suka bercerita jika perbualan itu merangkumi skop lakonan, kerjaya dan perihal anak.
"Saya tak kisah kalau dikatakan sebagai orang yang sombong. Susah rasanya hendak memuaskan hati semua orang," tutur Lisda yang sememangnya memiliki personaliti sebagai wanita pendiam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 8:58 am | |
| Gara-gara bertegang urat SABRINA dipeluk jurutari, Norhayati Yusof setelah pasangan ini diumumkan kecundang pada minggu keenam sambil diperhatikan Fahrin. Gara-gara visual berselisih faham antara Sabrina Ali bersama pasangannya Shahrin Abdul Halim dengan pereka tari, Joshua Anak Jaralson Linang, barangkali dilihat menjadi faktor utama penyingkiran mereka dalam Sehati Berdansa 2, Ahad lalu. Mereka yang menjadi pasangan keenam terkeluar carta itu bagaimanapun menafikan isu bertegang urat dengan Joshua, terus memakan diri. Menurut Sabrina, percanggahan idea dan pendapat terlihat menjadi perkara normal disebabkan masing-masing memiliki isu yang harus dibangkitkan. Namun, pertalian yang terjalin sejak beberapa bulan lepas kembali terjalin seperti sedia kala, selang beberapa minit kemudian tanpa masing-masing menyimpan amarah di jiwa. "Kami jadi diri sendiri sewaktu berada di depan kamera. Kami tak berlakon atau pura-pura baik depan audiens. "Perkara bercanggah pendapat dengan Joshua memang benar-benar terjadi, tetapi ia sebenarnya pergaduhan manja. "Lebih baik kami meluahkan segala perasaan kurang puas hati supaya Joshua mengerti sedalam-dalamnya tentang apa saja yang kami mahukan. "Buat apa kami nak simpan jika ada sesuatu yang kami rasa kurang berpuas hati dan perlu diperbaiki untuk kesenangan semua pihak kelak. "Lagipun rancangan ini dihasilkan bagi tujuan kebajikan, jadi tidak manis jika kami gaduh berpanjangan. "Seboleh-bolehnya kami memang berusaha untuk menyelesaikan masalah dalam masa itu juga," luah Sabrina yang suka berterus-terang. Pelakon jelita ini bersama suaminya, Shahrin yang mewakili Persatuan Kesihatan Mental Malaysia menyampaikan replika cek berjumlah RM6,000 kepada persatuan tersebut sebaik sahaja diumumkan pengacara, Fahrin Ahmad dan Linda Onn sebagai peserta keenam tersingkir. Menurut pasangan itu lagi, penyingkiran ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah ia sudah dijangka semenjak minggu ketiga dek melakukan sedikit kesalahan semasa mempersembah tarian berentak Hip Hop. Rentetan itu, Sabrina dan Shahrin mulai menyedari bahawa kedudukan mereka sentiasa berada dalam kedudukan paling tidak selamat saban minggu. Nasib terus menyebelahi pasangan ini setelah beberapa kali mereka terselamat hinggalah akhirnya mereka mendapat undian terendah kali ini. Optimis dengan ketentuan itu, Sabrina dan Shahrin mengakui tidak menyalahkan pereka tari mereka apatah lagi Joshua merupakan pereka tari yang berpengalaman dan kreatif dalam mengadun rentak tari. Hakikatnya, Sabrina memandang kekalahan itu sebagai tuah yang tidak menyebelahi mereka untuk bertahan ke peringkat akhir seterusnya merangkul gelaran juara Sehati Berdansa 2. SABRINA dan Shahrin mengakui sekadar mahu tonjolkan bakat berbanding populariti semata-mata. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:09 am | |
| ADAKAH LELAKI INI? BURN AF MERANGKAP DJ ERA! TAPI PIC NI MASIH BERBAJU JADIK WA TAKNAMPAK PIC NI HANGAT PUN, MACAM HANGIT JE WA TENGOK KALAU WA SALAH, WA MINTAK SORY BERLORY-LORY. NANTI WA TRY CARI Gambar 'panas' personaliti radio, kekasih dalam kamar Soseh Soseh: Gambar 'panas' personaliti radio, kekasih dalam kamar BARU-baru ini, SS menerima kiriman e-mel daripada seorang rakan. Dalam e-mel itu, dilampirkan beberapa gambar aksi panas seorangpersonaliti radio bersama temannya, seorang pegawai perhubungan awamyang bertugas di sebuah syarikat rakaman terkenal. Kalau SSsebut pun nama personaliti ini dan pasangannya mungkin ramai yang tidakmengenali mereka. Maklumlah, tidak popular sangat di kalangan peminat.Lagipun, populariti orang yang 'menjual suara' bukanlah besar sangatmacam personaliti TV. Namun, yang SS kesalkan tingkah lakumereka. Andai kata belum sah menjadi pasangan suami isteri, bukankahtidak elok jika tidur sebilik bersama. Macam-macam boleh berlaku kerana antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, pasti di tengahnya ada 'syaitan.' SSbukan hendak berceramah agama dan menonjol kebaikan diri. Tetapi, aksibersama dalam bilik itu tidak sesuai. Nanti, kalau ditulis media yangbukan-bukan, marah pula. Hakikatnya, diri sendiri yang gagal mengawaltingkah laku apatah lagi nafsu. Dalam soal ini, jika hendak buatgambar koleksi peribadi pun kenalah berwaspada. Jangan sewenang-wenangambil mudah saja. Bila sudah tersebar, siapa yang malu. Tentu dirisendiri dan keluarga. Sepatutnya, imej dan maruah diri harus dijagaelok. Malah, sebelum ini pun setahu SS banyak gambar aksi panasartis dan personaliti tersebar di Internet. Takkan itu tidak bolehdijadikan iktibar dan masih lagi mahu menjerat diri. Entahlah, lainorang lain cara pemikirannya. Umpama pepatah, tepuk dada tanya selera. Apapun, kepada individu yang terasa cerita ini berkaitan diri mereka, SS menyusun 10 jari memohon ampun. Bukanapa, tidak salah rasanya SS memberi teguran. Pada zaman kecanggihanteknologi ini, segalanya pantas tersebar hanya menerusi komputer. Jadi,fikirkanlah mana yang baik? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 03 Dec 2008, 9:13 am | |
| Gambar Fazli Zainal ala-ala FEMININSelepas menyaksikan penampilan Fazli Zainal sewaktu pertandingan separuh akhir Etnik Kreatif Muzik Muzik, baru-baru ini, Murai Batu terkejut. Bukan pasal suara atau lagu, tapi Murai Batu pelik melihat penampilan terbaru Fazli Zainal. Adakah dia sudah mencukur bulu keningnya? Ditambah pula dengan shading make-up yang mampan, wajah tampan Fazli nampak gaya sudah jadi makin feminin. Apa yang sedang berlaku dengan Fazli? Kawan-kawan Murai Batu pun turut terkejut apabila melihat gayanya itu. Dulu Murai Batu pernah dengar cerita Fazli tersentak dengan teguran dia dikatakan berdandan lama hampir mengalahkan artis wanita. Waktu itu, selepas ditegur, Fazli terus tidak berbedak lagi dan membela jambang dan misai. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 3 of 17 | Go to page : 1, 2, 3, 4 ... 10 ... 17 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |