|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 3:53 pm | |
| Scha Impikan Kerjaya Pembaca Berita: Berani Tinggalkan Dunia LakonanBerkata kepada wartawan KOSMO! baru-baru ini. Scha al-Yahya menyatakan cita-cita beliau untuk menjadi pembaca berita & tidak teragak-agak untuk meninggalkan kerjaya lakonan beliau. “Sebab saya melihat pembaca berita sebagai medium pertama yang menyalurkan maklumat kepada masyarakat.” “Saya suka itu dan berasa pekerjaan ini sebagai mempunyai integriti yang baik selain rasanya waktu bekerja saya lebih terurus” Scha juga mengakui yang lakonan beliau dalam filem Histeria adalah lakonan paling kayu atas kerana pendedahan pertama ke’dunia layar perak |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 3:55 pm | |
| Adlin Aman Ramli & Emelda Sudah Bersedia Untuk Kahwin?Hari ini, penulis blog selebriti yang popular, Budiey telah Zura Akademi di Bangsar untuk mendaftar tempat di kursus perkahwinan yang di’anjurkan di’sana. Zura Akademi ini memang terkenal sebagai tempat kursus kahwin selebriti. Maka bertemulah Budiey dengan pasangan yang romantis, Adlin Aman Ramli & Emelda Rosmila. Dan, Budiey sebagai wartawan hiburan bertanyakan bila akan mereka langsungkan perkahwinan. Jawapan dari Emelda menyatakan yang mereka sendiri tidak tahu. Mereka datang ke kursus kahwin ini awal-awal kerana dengarnya kursus akan di’panjang dari 2 ke 5 hari & yuran kursus perkahwinan juga akan di’naikkan dari RM80 sekarang. Siapa-siapa yang rasa malas nak kursus 5 hari nanti, boleh’lah pergi sekarang. Adlin & Emelda, cepat-cepat’lah kahwin. Tiada apa yang perlu di’tunggu lagi rasanya. Enjoice! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:06 pm | |
| Cicak-Man akan dipentaskan di IBCICAK-MAN merupakan watak adisatria tempatan yang semakin popular di negara ini.Cicak-Man akan dipentaskan di IB FILEM Cicak-Man 2 yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam sejak minggu lalu merupakan sekuel atas kejayaan filem Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim dua tahun lalu. Kejayaan Cicak-Man 2 dapat dilihat apabila filem terbitan KRU Films itu mengaut kutipan tiket berjumlah RM350,000 pada hari pertama ia ditayangkan di 70 buah pawagam di seluruh negara. Ia antara kutipan tiket tertinggi bagi filem tempatan, malah mengatasi filem Duyung yang juga diterbitkan oleh syarikat sama dengan meraih RM250,000 pada hari pertama tayangannya tahun lalu. Naskhah Cicak-Man kini bukan setakat di layar perak ataupun menerusi komik sahaja, tetapi KRU turut merancang untuk melebarkan lagi pengaruh watak adisatria (superhero) itu dengan cara mementaskannya di atas pentas teater. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk mementaskan teater muzikal Cicak-Man di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pada tahun depan. "Kita akan francaiskan apa juga medium yang sesuai bagi memperkembangkan lagi watak Cicak-Man. Sebenarnya, kami merancang untuk mementaskan teater muzikal Cicak-Man pada hujung tahun ini. "Bagaimanapun, disebabkan waktu yang agak singkat maka kita bercadang untuk mementaskannya pada tahun depan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran KRU Studios di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Pelancaran studio perfileman dan rakaman milik KRU yang terletak di Cyberjaya itu telah dilancarkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Menurut Norman, setakat ini pelbagai persiapan sudah pun dirancang termasuklah bagi memilih para pelakon yang sesuai bagi mementaskan teater muzikal adisatria tempatan pertama di pentas bertaraf dunia tersebut. "Kami akan memberi keutamaan kepada para pelakon filem Cicak-Man untuk berlakon dalam pementasan muzikal itu kelak. Jika tidak, barulah kami akan cari pelakon lain. "Tetapi untuk mengarahkan teater muzikal itu, kami akan mencari seorang Pengarah Kreatif yang sesuai dan berpengalaman bagi menjayakan pementasan itu nanti. Segala modal, peralatan dan pengisian pementasan itu akan menggunakan jenama KRU," ujarnya. Cicak-Man merupakan naskhah filem terbaru yang bakal dipentaskan di IB di mana sebelum ini, filem Impak Maksima arahan Ahmad Idham telah dipersembahkan di Panggung Sari, juga dalam konsep teater muzikal. Sementara itu, ketika ditanya tentang penubuhan KRU Studios, ia telah dirancang sejak 2006 bagi memperluaskan lagi operasi perniagaan syarikat tersebut bukan sahaja dalam bidang perfileman, tetapi juga industri rakaman album. Malah, Norman turut menolak andaian mengatakan studio berkeluasan 57,380 kaki persegi dan bakal disiapkan menjelang Oktober 2009 itu adalah untuk bersaing dengan Studio Digital Mix Stage milik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang juga akan beroperasi pada tahun depan. "Saya cadangkan penubuhan studio ini dua tahun lalu kepada pihak Cyberview Sdn. Bhd. yang menguruskan kawasan tersebut. Ini juga merupakan visi kami sejak sekian lama. "Apabila siap sepenuhnya KRU Studios itu nanti, operasi kami di Wisma KRU di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur sejak 1996 akan berpindah sepenuhnya ke studio baru kami itu. "Sudah sampailah masanya kami berpindah, apatah lagi KRU Studios direkabentuk khas untuk pembikinan filem dan rakaman album. Selepas berpindah nanti, Wisma KRU mungkin akan disewakan atau dijual," katanya. KRU Studios yang kini sedang dalam pembinaan peringkat fasa pertama mempunyai keluasan keseluruhan 15.39 ekar antaranya menempatkan studio suntingan video untuk iklan televisyen, filem cereka, penggredan warna, studio rakaman, audio alih suara dan sebagainya. Kemudahan lain yang akan disediakan di situ termasuklah dua buah studio tertutup di mana yang terbesar seluas 10,000 kaki persegi, manakala sebuah lagi dengan keluasan 2,500 kaki persegi. "Kami akan menggunakan kemudahan di KRU Studios ini untuk menerbitkan sekitar empat filem terbitan KRU Films dalam setahun. 70 peratus adalah untuk kegunaan sendiri, sementara 30 peratus lagi akan disewakan kepada para pelanggan kami," jelasnya. Hadir sama pada majlis pelancaran KRU Studios itu ialah Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Redza Rafiq, Pengerusi Finas, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:07 pm | |
| David Arumugam Antara Penerima Pingat Dari Yang di-Pertuan AgongBersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, apa kata kita stop kejap dari gossip-gossip artis Malaysia yang tidak pernah habis. (Padahal penulis tidak ada gossip baru). Artis veteran, Thiagarajan KR Arumugam, yang lebih dikenali David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara, semalam. David Arumugam menerima Johan Setia Mahkota (JSM) yang tidak membawa apa-apa gelaran. Tetapi cukup bermakna buat diri penyanyi yang masih popular sehingga hari ini. Tidak mengapa David, pingat itu lebih bermakna dari anugerah Datuk tetapi dari negeri. Ini Yang di-Pertuan Agong beri, siapa Shah Rukh Khan mahu lawan? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:09 pm | |
| 'My Flawless Moment’: Kisah Cinta Ashraf Sinclair & Bunga Citra LestariSiri iklan 3 episod ini di’garap oleh sutradara berbakat Indonesia Teddy Soeryaatmadja. Setiap episod merangkumi 2 minit 10 saat mengambil inspirasi kisah cinta Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair dan dalam masa yang sama mempromosikan Pond’s Flawless White versi Bunga Citra Lestari. Kita di’Malaysia mungkin tidak dapat menikmati siaran iklan romantis ini. Namun, pemurahnya seorang rakyat Indonesia memberikan download link ke’semua tiga episod siri iklan ini |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:15 pm | |
| ‘Sedia disaman Awie’ KUALA LUMPUR: “Saya bersedia menghadapi apa saja kemungkinan termasuk disaman Awie,” kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof, semalam. Jamaluddin berkata, beliau menanti tindakan susulan peguam Awie sebelum membawa perkara itu dalam pertemuan Majlis Tertinggi Pekida. Menurutnya, sebarang tindakan berikutnya akan diteruskan sebaik selesai mesyuarat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat. “Saya tidak dapat bercakap lebih panjang dan hanya menanti surat saman yang dihantar peguam Awie sebelum mengambil tindakan lanjut. “Sudah pasti, sebagai pemimpin tertinggi Pekida saya sanggup mempertahankan diri dengan mendapatkan kerjasama peguam dan meneliti maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Beliau diminta mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu mengenai kenyataan Awie yang mahu menyaman Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof apabila mendakwa pemimpin terbabit mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam laporan Metro Ahad, minggu lalu. Laporan Harian Metro, Sabtu lalu menyebut Awie, bersumpah tidak melakukan perbuatan yang didakwa Jamaluddin, termasuk mengambil RM3,600 daripada anggota yang mahu melakukan ‘baiah’ (sumpah). Awie juga menafikan terbabit sebagai Ketua Kumpulan Naga dan antara lebih daripada 15,000 ahli Pekida yang didakwa Jamaluddin sudah menyimpang daripada matlamat asal. Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, mengenai diri Awie, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan membiarkan kepada keadaan dan masa yang menentukan. Menurutnya, beliau tidak mahu meneruskan pertikaian secara terbuka dan akan cuba menyelesaikan isu yang berbangkit selepas itu mengikut saluran yang sepatutnya. Bagaimanapun, Jamaluddin mengakui mengenai program ‘pemutihan’ terhadap lebih 15,000 ahli Pekida yang tergelincir daripada landasan sebenar dan cuba membawa mereka kembali ke landasan sepatutnya. kita tunggu jerlah jawapannya.. mana satu yg menang.. hehehe |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:18 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:33 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:36 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 4:39 pm | |
| Konsert Jom Dakwah..! |
| | | mrs kapcaikokak Regular Customer
Number of posts : 237 Age : 42 Location : ~~ kawasan selatan arr~~~ Registration date : 14/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 7:52 pm | |
| wah bayknyer..lamanya x masuk sini..p kusus... cam nih 3 ari 3 malam x abes baca nih! kip going my frens!..meh upload bebanyak.....huhuhuhuhuhu |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Mon 22 Dec 2008, 11:34 pm | |
| update..up-to-date....bravo..tak yah beli majalah..singgah sini lagi bagus.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:21 am | |
| - L.I.N wrote:
- update..up-to-date....bravo..tak yah beli majalah..singgah sini lagi bagus..
xpayah beli.....smua citer terkini lagi sensasi....lagi PANAZZZZZZZZ!! |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:25 am | |
| Cinta Terhalang Kefli & MarshaAku kesian sebenarnya dengan mereka berdua ni... Tatkala kawan2 lain semua dah mendirikan rumah tangga, cinta mereka pulak tergantung... Menurut mereka, nak sangat kahwin dan umumkan kepada khalayak yang mereka benar2 nak bersatu... Tapi disebabkan status Marsha yang beragama Kristian, mereka takut ditentang keras oleh keluarga Marsha... Marsha sendiri memang nak Kefli, tapi apakan daya... Korang rasa apa jalan terbaik untuk mereka? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:33 am | |
| Kehamilan bukan penghalangTERSINGKIR dan gagal mara ke peringkat final dalam episod kesembilan program realiti popular, Sehati Berdansa, namun tiada kekecewaan. Pasangan selebriti Khai dan Rosma ternyata tidak kecewa, sebaliknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Tambahan pula, penyingkiran mereka turut membawa berita gembira kerana kini Rosma sedang berbadan dua dan tempoh kehamilannya baru sahaja mencecah minggu keenam. Pasangan ini yang ditemui sejurus rakaman program berakhir memberitahu, mereka sudah dapat mengagak keputusan tersebut, sekali gus memberi peluang kepada pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Amyza Aznan dan Khairil Izhar untuk bersaing merebut gelaran juara Sehati Berdansa. "Kami telah buat yang terbaik, dan minggu lalu kami juga pada kedudukan paling rendah, jadi bila keputusan diumumkan kami tidak terkejut, malah sudah menjangkakannya. "Walaupun begitu, saya tetap bersyukur sebab kami ada rezeki lain iaitu anak walaupun sebenarnya kami merancang tahun depan tetapi dipercepatkan dan itu telah membuatkan kami cukup gembira," ujar Rosma sambil menguntum senyuman. Mungkinkah kerana Rosma hamil menyebabkan pasangan ini disingkirkan? KALAH bermaruah. Biarpun gagal untuk beraksi pada final Sehati Berdansa musim ini, persembahan Rosma dan Khai pada episod ini adalah sesuatu yang tidak mudah hilang daripada ingatan mereka yang menontonnya. -------------------------------------------------------------------------------- Bagaimanapun Khai menafikan dakwaan itu dan mengatakan, mereka hanya mengetahui berita kehamilan pada Rabu minggu lalu, sehari sebelum mereka membuat persembahan. Namun, kehamilan itu tidak menyekat mereka untuk memberi persembahan terbaik, dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan penyingkiran mereka. "Kami tidak menyekat persembahan kerana kehamilan ini, malah buat sehabis baik. Ketika itu saya memang demam teruk, tetapi saya tetap beri persembahan terbaik, walaupun tersingkir kami keluar secara bermaruah," seloroh Khai. Sungguhpun terkeluar dengan peratusan undian sebanyak 58.06 peratus, mereka masih boleh berbangga apabila dapat menyumbang RM9,000 kepada Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia. Malah, mereka menyifatkan penglibatan mereka dalam program ini merupakan pengalaman yang cukup bermakna kerana dapat mempelajari pelbagai lenggok tarian. "Okeylah, setidak-tidaknya, walaupun kami terkeluar, kami telah menerima pengalaman dan latihan tarian yang kami tidak akan lupakan. "Jika di Akademi Fantasia (AF) dulu memang ada menari tetapi tidak macam Sehati Berdansa, dalam program ini kami diajar dari A sampai Z dalam masa 20 jam saja. "Kalau ikutkan memang tidak cukup masa, tetapi kami cuba dan boleh lakukan walaupun tidak seperti penari profesional," ujar Rosma lagi. Sungguhpun, tidak bersama Sehati Berdansa lagi, bukan bermakna mereka akan melupakan terus bidang tarian sebalik kerjasama antara mereka dan koreografer, Norhayati Yusof akan berterusan memandangkan bidang tarian dan nyanyian saling berkaitan. Menurut Khai, untuk projek yang seterusnya mereka bakal mengeluarkan album yang memerlukan mereka menari dan pengalaman dalam program ini bakal membantu mereka mempamerkan persembahan yang lebih baik lagi. MAMPUKAH Amyza dan suami menundukkan Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi pada final Sehati Berdansa 2 nanti? -------------------------------------------------------------------------------- Siapa juara, Lisda atau Amyza?Beralih kepada topik siapa yang bakal menjadi juara, Khai mahupun Rosma tidak dapat memberi jawapannya, kerana pada mereka kedua-dua pasangan ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kata Rosma, Lisda dan Fauzi mempunyai kelebihan kerana kedua-duanya pelakon dan ini memudahkan mereka untuk menghayati watak dalam setiap tarian. Manakala, Amyza dan suaminya pula berbeza kerana Khairil bukannya orang seni, dan Rosma akui memang terdapat kekurangan pada Khairil tetapi yang menariknya, Amyza seorang diri mampu menutup segala kelemahan suaminya. "Saya dan Khai pun tidak tahu, jika minggu-minggu sebelum ini markah dikira 50 peratus daripada juri dan 50 peratus undian tetapi untuk final 100 peratus undian. "Jadi, kita tidak boleh ramal, siapa yang bagus malam final nanti merekalah yang akan diundi, kena tunggu dan lihatlah," tutur Rosma. Sementara itu, Lisda yang ditemui turut meluahkan rasa syukurnya dan tidak menyangka terpilih sebagai peserta akhir, malah, Lisda dan Fauzi kini mampu berbangga apabila berada di kedudukan teratas dengan peratusan undian sebanyak 64.16 peratus. -------------------------------------------------------------------------------- "Mula-mula masuk, saya hanya fikir, bila lagi nak menari dengan suami kalau bukan dalam program ini, dan tidak menyangka sampai ke akhir. "Justeru, bila terpilih, ia menguatkan lagi semangat kami walaupun kami bukannya penari profesional dan memori ini akan kami kenang sampai bila-bila. "Final nanti, kami belum tahu lagi tetapi apa yang saya boleh janjikan kami akan beri yang terbaik, kerana akhirnya program ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal," kata Lisda. Berlainan pula dengan Amyza yang memperoleh undian sebanyak 63.70 peratus, walaupun tidak diberi markah yang banyak oleh juri, tetapi mereka terpilih berdasarkan undian daripada peminat. Menurut Amyza, meskipun begitu, itu tidak bermakna ia satu kelebihan kerana di final nanti, 100 peratus markah akan dikira menerusi undian dan apa-apa juga boleh berlaku. Tambahan, Amyza juga sedar akan kelemahan suaminya, dan ketika final nanti mereka akan buat sehabis baik dan bergembira di atas pentas persembahan. "Memang susah, sebab suami saya bukannya pernah menari sebelum ini, dia pun bukannya orang seni, bila dapat ke final, ia satu kejutan, malah saya berbangga dengannya. "Susah manapun, kami kena lakukan yang terbaik bukan untuk kami sahaja tetapi untuk badan amal yang kami wakili serta penonton yang setia menonton program ini," ulas Amyza. Malam final Sehati Berdansa akan berlangsung pada 27 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dapat disaksikan secara terus menerus daripada Astro Ria (104) bermula pukul 9 malam. Pada malam final nanti kedua-dua pasangan ini akan berentap dengan dua rutin, iaitu tarian Latin dan menari serentak di pentas menerusi lagu Melayu Kontemporari. ADAKAH Lisda dan Fauzi bakal bergelar juara? -------------------------------------------------------------------------------- Juara Sehati Berdansa musim ini akan mengumpul dana sebanyak RM15,000 untuk diberikan kepada badan amal terpilih. Selain itu, mereka juga akan membawa pulang sebuah kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang, hamper dan juga sebuah trofi, begitu juga dengan juara koreografer yang akan berpeluang bercuti ke Jepun. Manakala, naib juara pula akan mengumpul dana sebanyak RM10,000 untuk diberikan kepada badan amal terpilih dan menerima barangan hamper berserta trofi Sehati Berdansa. Buat penonton yang ingin mendapatkan pas bagi menyaksikan final Sehati Berdansa secara langsung, anda boleh layari laman web www.astro.com.my/sehatiberdansa. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:35 am | |
| Ekin tak kongkong MawiFARA sempat berlakon dalam adegan romantis menerusi filem Jin Notti bersama Mawi sebelum dia bergelar suami Ekin. SEPANJANG minggu lalu terasa kemeriahan di sekeliling Fara apabila mendengar paluan kompang, melihat deretan khemah dan deretan kereta di bahu-bahu jalan dan juga petunjuk arah yang penuh di setiap bulatan di Shah Alam dan sekitar Lembah Klang. Memang meriah... Tetapi awal-awal lagi Fara nak minta ampun dan maaf andai kata Fara tidak berkesempatan untuk datang ke majlis perkahwinan saudara mara atau jiran tetangga yang telah sudi menjemput Fara ke majlis perkahwinan mereka. Selain daripada terikat dengan tugas harian, kesihatan Fara tidak begitu mengizinkan untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kalian. Ampun maaf dipinta yea. Seronok bila dapat tahu ada pasangan pengantin ini bercinta dengan jiran depan rumah jea. Tak percaya atau tidak faham? Hehehe, maksud Fara ada pasangan yang mengorat mereka yang betul-betul berada di depan rumah jea. Itulah yang berlaku antara Syed Fero dan Juita Jaafar. Kelas kan? Apa pun, ampun maaf sekali lagi sebab tidak dapat menghadirkan diri. Selamat pengantin baru yea wahai rakan baik abang ku. Rasanya masih lagi sempat untuk Fara ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan 'Jin' Fara iaitu Mr. Mawi. Alahai, dah kahwin dah 'gengster Kulai'. Itu nama samaran yang kami saling berikan sewaktu mula-mula kenal selepas Mawi bergelar selebriti. Lepas ni boleh la Fara panggil Ekin isteri Gangster Kulai? Bukan apa, perkenalan singkat dengan Ekin sewaktu penggambaran Jin Notti dulu membuatkan Fara kagum juga dengan wanita yang bernama Nora'Ashikin ini. Seperti yang semua orang sedia maklum, Ekin sentiasa mendapat tohmahan dan kritikan disebabkan dia bercinta dengan Mawi. Malah, sepanjang yang Fara tengok mereka di lokasi penggambaran, tidak sedikit pun Ekin menyusahkan kami mahupun mengongkong setiap pergerakan Mawi. Malah, dia yang memberikan sokongan tatkala Fara dan Mawi cuba untuk melakonkan watak ala-ala romantis yang tak menjadi ahahhaha... Tak kisah la Ekin, yang penting awak sudah selamat dan sah sebagai suami isteri. Mudah-mudahan Mr. and Mrs. Mawi akan mendapat anak kembar seperti yang diharapkan. Bila dah besar sikit boleh hantar ke Rumah Asuhan Kanak-Kanak 'Gengster Shah Alam' yang belum tahu bila jodohnya ini. Yang penting, andai impian untuk membuka taman asuhan kanak-kanak itu berjaya, maka Fara sudahpun mendapat pelanggan awal ialah dua kawan baik Fara, Meck dan Oyieen dan juga Yang isteri Keiran. Alhamdulillah, jaga perut kamu semua baik-baik, yea. Dalam kita bergelak ketawa, jangan lupa pula pada mereka yang menghadapi masalah dalam rumah tangga. Mmmm... Perkara ini agak subjektif untuk Fara katakan tapi percayalah, walaupun Fara belum lagi menempuhi alam perkahwinan namun Fara sudahpun beberapa kali melihat sendiri masalah yang menimpa sesebuah keluarga bahagia dengan mata dan kepala Fara sendiri. Kes Norman Hakim dan Abby Abadi baru-baru ini antara yang menarik perhatian Fara. Bayangkan sebuah keluarga yang bahagia dengan kehadiran tiga anak yang comel sehinggakan andai kata Abby mahupun Norman terserempak dengan Fara pastinya mereka akan berkata 'menantuku'. Anda jangan keliru pulak, itu semua gara-gara Muhammad Danish Hakim yang kononnya minat dekat Fara Fauzana dan mengaku dengan mama dan daddynya yang si FF tu girlfriend dia. Tersengih jea tengok keletah anak kecil ini, sehinggakan Fara tak pasti sama ada dia faham atau tidak dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini juga boleh berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira status mahupun usia. Kalau anda nak tahu, Fara paling takut berjumpa dengan lelaki yang di depan mata kita sungguh baik, berbudi bahasa dan senang cakap 'pijak semut pun tak mati'. Ada juga yang suka naik tangan dengan pasangan. Aduhai, lebih menyakitkan lagi apabila sebelum berkahwin tanda-tanda negatif itu tidak sedikit pun ada pada pasangan yang kita sayang, alih-alih lepas kahwin 'semua belang' dah keluar. Dengan keluarnya kenyataan sebegini mengenai perkahwinan ni, anda jangan pula buat andaian yang Fara takut untuk berkahwin. Siapa yang tak nak kahwin oii... Cuma kadang-kadang jalan yang kita pilih ini membuatkan kita bersedia untuk menerima sebarang untung dan rugi dalam sesebuah perhubungan. Andai ada jodoh Fara dengan siapa pun, anda jangan la risau kerana Fara pasti anda akan tahu juga daripada mulut Fara sendiri... Cayolah cakap den. Opss, anda marah tak kalau Fara ucapkan selamat hari jadi kepada insan yang Fara sayang? Dia lelaki! Aik? Senyum nampak? Suka yea... Fara pun suka kalau anda jumpa mamat yang bernama Ahmaf Fazrideen Fadzil ucapkan la Happy Birthday Along, heheheheheh. LAYANNNN…. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:38 am | |
| Cenderahati ‘eksklusif’ MawiHARI ni, Marilyn nak berkongsi sedikit pandangan mengenai kemegahan perkahwinan seorang anak seni bernama Mawi. Mawi yang disayangi seluruh Malaysia sudahpun menamatkan zaman bujangnya bersama rembulan pujaannya, Ekin. Sebelum membebel panjang lebar, Marilyn nak bagi satu soalan cepu emas, agak-agaknya lepas kahwin, Mawi semakin panas ataupun Ekin yang semakin panas? Jawapannya kena fikirlah sendiri. Apa-apapun tahniahlah Mawi dan Ekin! Sebenarnya, di kalangan pihak media yang buat liputan majlis pernikahan Mawi dan Ekin di Masjid Sultan Abu Bakar dan persandingan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Sabtu lalu, terselit juga muka Marilyn, bukan menyibuk tau, tapi pergi buat kerja. Bukan nak komen apa, bagi Marilyn semua okey-okey je, selebihnya malaslah nak cerita. Cuma satu sahaja yang Marilyn nak jentiklah sikit. Tahulah kahwin dan semua benda yang bersalut kat tubuh Mawi dan Ekin semuanya ditaja, tapi takkan sampai cenderahati untuk tetamu datang kenduripun tajaan juga? Pergi kenduri orang lain, rumah Pak Dollah ke, orang yang bukan artis pun pasti tetamu bawa balik bunga telur takpun paling paling tidak, gula-gula bersalut tuala tangan! Tapi balik dari kenduri Mawi semua orang bawa balik sabun R&Z dan yang paling best, ada juga dua ketul kuih bangkit. Melihat kepada cenderahati ‘eksklusif’ itu, ada pula mulut-mulut nakal mengusik, ‘ini lebihan kuih Hari Raya Puasa ke Raya Haji’. Kalau nak buat kenang-kenangan, jangan haraplah. |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:38 am | |
| Hantaran Perkahwinan Mawi & EkinPelamin indah yang direka oleh Nas memang nampak begitu unik dan menarik sekali. Hantaran berwarna merah jambu pilihan Ekin diberi sentuhan kreatif oleh wedding planner Nas. Hantaran dari Ekin - kasut warna biru laut jenama Gucci untuk suami tersayang. Seputih salju kek pemberian dari Ekin. Warna kelopak mawar merah jambu menaikkan lagi seri kek ini. Unik sekali hantaran yang digubah oleh Nas. Ini adalah hantaran dari Mawi untuk Ekin |
| | | luvly e'in Ahli Lagenda
Number of posts : 5108 Age : 47 Location : under 1 roof Registration date : 03/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:44 am | |
| MAJLIS PERSANDINGAN MAWI-EKIN MERIAH WEDDING OF THE YEAR 2008Berkonsepkan moden kontemporari, majlis resepsi perkahwinan, pasangan pengantin baru Mawi dan Ekin diraikan dengan penuh kemeriahan dalam majlis yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi. Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir empat jam dimulakan dengan perarakan masuk pasangan merpati dua sejoli yang diiringi enam orang ‘flower girls’ yang menabur bunga di atas karpet merah menuju ke pelamin nan indah. Nyata pelamin rekaan Naz The Great Ideas nyata menaikkan seri dan aura perkahwinan juara AF 3 ini, dan beliau sememangnya wajar diberi pujian. Pelamin rekaannya dihiasi hampir 90 peratus bunga ros hidup nyata memberi impak yang berjaya memukau setiap hadirin yang hadir. Tetamu kenaamaan dan pihak media juga tidak melepaskan peluang mengabdikan kenangan bersama pasangan Raja Sehari, Mawi dan Ekin di singgahsana mereka. Majlis resepsi yang menggabungkan konsep perkahwinan dalam taman turut diisi dengan beberapa majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan kumpulan nasyid dan tarian zapin dan diakhiri dengan upacara memotong kek. Pasangan raja sehari, Mawi dan Ekin nyata kelihatan segak dan cantik apabila mengenakan persalinan rona krim keemasan dan hitam rekaan Putra Aziz dari butik Cosry. Pada majlis memotong kek, Mawi tampil segak dengan tuksedo berwarna putih keemasan manakala Ekin jelita dengan gaun berwarna putih persis puteri Ciderella. Majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 1300 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP. Antara artis yang membuat persembahan pada majlis tersebut adalah Akma (AF4) dan Haziq (AF5). Pagi tadi, kedua pasagan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Sesuai dengan gelaran ‘weeding of the year’ yang dilabelkan pada perkahwinan Raja SMS ini, nyata pakaian pengatin serta makanan yang disediakan sangat memuaskan hati para hadirin. Penyanyi popular dengan lagu Kian ini berkata beliau sangat bersyukur kerana majlis resepsi pada hari ini berjalan lancar dan beliau berharap media serta peminatnya akan terus memberi sokongan kepadanya terutamanya menjelang majlis resepsi pihaknya di Felda Taib Andak hujung minggu hadapan. Sementara itu bagi Ekin, walaupun sudah boleh menarik nafas lega dengan berakhirnya majlis resepsi tersebut namun beliau pada masa yang sama meminta segala kekurangan atau kecacatan yang berlaku sepanjang majlis pernikahan sehingga majlis resepsi ini dapat dimaafkan. “Saya mintak maaf jika ada apa-apa kecacatan atau kekurangan yang berlaku. Dalam mana-mana majlis perkahwinan tak ada yang sempurna 100 peratus. Kami sudah cuba memberikan yang terbaik, jika ada kekurangan mintak maaf la. Mungkin lepas ini kami boleh perbaiki,” ujarnya. Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Korea sebagai lokasi bulan madu mereka. - mstaronline |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:46 am | |
| Banglo Mawi-Ekin masih terbiarMEWAH. Inilah banglo yang bakal diduduki penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi bersama isterinya, Noor A'sikin Rahmat, 29, atau Ekin yang selamat diijabkabulkan Sabtu lalu. Banglo mewah yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta ini dikatakan masih belum diduduki Mawi. Khabarnya sebelum ini ia dihuni seorang lelaki bernama Steven.Persekitaran banglo yang terletak di Kelab Golf Bangi itu bukan sahaja tenang malah udaranya segar kerana terdapat banyak tanaman hijau selain bertentangan dengan padang golf. Tinjauan Kosmo! di banglo berkenaan semalam mendapati rumah itu seolah-olah masih belum bersedia menerima pasangan pengantin baru tersebut ekoran keadaan persekitaran kediaman itu yang tidak terurus |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:48 am | |
| Bekas pramugara bebas hukumanMOHD, Rizal (kanan) bersama peguamnya, Rakhbir Singh selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam daripada tuduhan menerbitkan VCD lucah. SHAH ALAM - Bebas dan dilepaskan daripada hukuman penjara 18 bulan. Demikianlah keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam terhadap bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS), Mohd. Rizal Mat Yusof, 35, yang dituduh menerbitkan video cakera padat (VCD) lucah enam tahun lalu. Mahkamah dalam membenarkan rayuan Rizal antara lain memutuskan sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen empat tahun lalu merupakan kegagalan keadilan. Semasa membaca keputusannya Pesuruhjaya Kehakiman P. Nallini berkata, alasan utama pembebasan tertuduh adalah kegagalan di pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa Rizal yang membuat atau menerbitkan VCD bertajuk Kehidupan Seorang Pramugara Yang Terlampau bagi tujuan pengagihan dan pengedaran. Rizal, pada 17 Disember 2004, dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Klang kerana membuat dan mengedar VCD yang memapar adegan lucah di Jalan Sri Banang, Taman Sri Andalas, Klang, antara 1999 dan Mei 2003. Berhujah lanjut, Nallini dalam penghakiman 21 muka surat berkata, para saksi pihak pendakwaan telah gagal mengaitkan VCD lucah itu dengan Rizal yang merupakan pelakon utama dalam VCD tersebut. Katanya, tiada bukti yang menunjukkan Rizal membuat atau menerbitkan VCD itu kerana keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hanya menunjukkan dia terbabit dalam beberapa adegan dan merakamkan pita kaset video menggunakan video handycam dan alat kawalan jauh. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 8:57 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 9:00 am | |
| Awie Bengang, Presiden Pekida Sedia Disaman Posted in category marketingNo CommentsEntri yang lepas aku pernah memaparkan mengenai satu tuduhan terhadap Awie dimana dia sebagai Ayahanda Pekida Ukays Perdana dikatakan telah mengutip yuran Rm3,600 daripada anggota yang mahu melakukan ‘baiah’, selain bergelar Ketua Samseng Kumpula Naga. Terbaru, Awie telah mengadakan sidang media tergempar berkenaan isu PEKIDA di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur, pada pukul 3.00 petang, Jumaat 19 disember 2008. Wah, nampaknya isu ini semakin berat kerana ini membabitkan satu pertubuhan yang agak ramai ahlinya. Bagaimana pun, pantang anak melayu dicabar. Presiden Pekida pula memberikan ulasannya, “Saya bersedia menghadapi apa saja kemungkinan termasuk disaman Awie,” kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof, semalam. Menurutnya, beliau tidak mahu meneruskan pertikaian secara terbuka dan akan cuba menyelesaikan isu yang berbangkit selepas itu mengikut saluran yang sepatutnya. Bagaimanapun, Jamaluddin mengakui mengenai program ‘pemutihan’ terhadap lebih 15,000 ahli Pekida yang tergelincir daripada landasan sebenar dan cuba membawa mereka kembali ke landasan sepatutnya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 9:10 am | |
| 1. Kemelut Abby-Norman Percaya atau tidak, namun 'sumpahan Elite' nampaknya telah menuntut mangsanya yang terakhir. Dengan perceraian Abby Abadi daripada Norman Hakim pada 18 Dec lepas, ini bermakna perkahwinan pertama kesemua anggota Elite menemui kegagalan. Pergolakan rumahtangga Abby dan Norman sudah lama diperkatakan lebih-lebih lagi bila Norman digosipkan mempunyai hubungan dengan wanita lain. Namun, perkara ini dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Norman. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pada 30 Oktober, jam 3 pagi, Norman ditangkap basah dengan pelakon baru Memey Suhaiza yang juga dikatakan pekerja di syarikatnya. Selepas insiden itu, terkeluarlah cerita yang Norman rupa-rupanya sudah lama tidak pulang ke rumah walaupun ketika itu Abby mengandung anak ketiga mereka. Tidak hairanlah yang Abby tidak mampu bersabar lagi dengan kerenah suaminya, menyebabkannya membuat keputusan untuk bercerai. Disebabkan Norman tidak pulang ke rumah selepas kejadian khalwat, Abby terpaksa turun ke lokasi penggambaran untuk mencarinya bagi mendapatkan kerjasamanya untuk memulakan prosiding perceraian. Di sana, Abby menjadi emosional berikutan sikap suaminya yang asyik mempertahankan Memey. Sebelum itu, Norman pernah meminta Abby, apabila ditangkap basah, untuk menyelamatkannya dan Memey. Baru-baru ini, Norman beserta ibu dan abangnya dilaporkan telah bertemu dengan keluarga Memey di Johor atas tujuan untuk merisik walaupun dinafikan oleh Norman. 2. Fasha Sandha Diboikot Media Setelah Fasha dikatakan punca kepada keretakkan rumahtangga pelakon comel Nora Danish, pelakon yang muncul dengan filem terbaru 'Cicakman 2' ini dikejutkan pula dengan kontroversi yang mengatakan dia 'buat perangai' dan tidak menghormati pihak media dengan melemparkan kata-kata kesat kepada wartawan. Tindak-tanduknya itu membuatkan Fasha diboikot pihak media. Sama ada anda perasan atau tidak, sekarang ini memang kurang cerita-cerita tentang Fasha sama ada di media cetak atau elektronik. Tindakan memboikot Fasha itu adalah gara-garanya memaki-hamun seorang editor hiburan sebuah akhbar sehingga membuatkan ramai pihak media tidak berpuas hati. Insiden ini ekoran daripada gosip yang mengatakan Fasha sedang masyuk bercinta dengan Bard R1. Sebaik sahaja gosip ini tersebar, Fasha telah mengamuk dengan wartawan kerana menurutnya dia langsung tidak mengenali Bard R1 secara peribadi. 4. Cerita Cerai Artis & Selebriti 2008 berakhir dengan cerita cerai artis dan selebriti. Sepanjang tahun, cerita cerai menjadi tajuk utama akhbar serta majalah. Kadangkala, perkahwinan golongan popular ini ibarat drama atau filem yang dilakonkan. Ada antara mereka yang jelas sudah bercerai, ada juga dalam proses untuk bercerai. Tidak kurang juga kes artis yang merahsiakan kisah perkahwinan dan mengembar-gemburkannya apabila sudah bercerai. Azharina, misalnya, memeranjatkan ramai apabila mengumumkan menjadi isteri kedua kepada peguam, Datuk Shukri. Tidak sampai seminggu, keluar berita mengenai status dirinya masih dalam edah. Artis lain yang sah bercerai adalah Farah Ashikin, Norish Karman, Siti Fairuz, Nora Danish, Leina Hangat, Charm VE, Anis Suraya, Emma Akma, Noraniza Idris, Bell Ngasri dan Abby Abadi. Itu kes sah bercerai. Bagaimana pula nasib artis yang menunggu keputusan mahkamah mengenai status perkahwinan mereka seperti yang terjadi kepada Beego, Radhi OAG, Aziz M Osman, serta pasangan Erema-Seri Bayu. Nash pula disahkan oleh mahkamah tidak melafaz cerai dengan isterinya, Sosilawati. Namun usahawan kecantikan itu tetap tidak mahukan Nash sebagai suami. Dua pengacara terkenal, Mazidul Akmal Sidek dan Zakiah Anas, masing-masing pula sedang menanti perbicaraan mahkamah terhadap isu rumahtangga mereka. 5. Drama Linda- Fahrin Puas dipujuk, mereka selesa mengaku teman tapi mesra. Agak menghairankan, walaupun kedua-duanya mengaku teman tapi mesra, namun seringkali muncul dengan warna pakaian serasi. Malah Fahrin sentiasa berada di sisi pengacara baru Sinar.fm ini dalam banyak acara besar. Pun begitu, tiada pengakuan cinta yang keluar daripada mulut keduanya. Akhirnya kemesraan teman tapi mesra ini pudar jua apabila Fahrin dilihat tidak lagi menemani Linda Onn. Timbul juga gosip lelaki berbadan sasa ini keluar berduaan bersama pelakon Rima Melati dan kini kerap menemani pelakon baru, Scha. Episod drama Linda –Fahrin tidak terhenti begitu sahaja. Sejak muncul mengacarakan 'Sehati Berdansa', makin galak cerita mengenai keduanya diperkatakan. Insiden Linda ditengking Fahrin terus memuncakkan cerita sensasi pasangan ini |
| | | sue_liah Newbie
Number of posts : 8 Age : 46 Registration date : 07/10/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 9:29 am | |
| hahaha..muka mawi lawak seh... |
| | | eira ariyana Ahli VVIP
Number of posts : 3481 Age : 42 Location : Kampung Melayu Subang++ Registration date : 09/07/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 9:44 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 11:18 am | |
| sambungan....6. Isu Konsert "Free” dan Band Indie "Demand Lebih”? Setiap revolusi pasti ada isu-isu yang tersangkut disampingnya. Dalam cerita revolusi indie-ke-arus-perdana 2008, isunya adalah konsert free. Mungkin budaya ini baik buat masa sekarang untuk meninggikan minat dan menarik muda-mudi ke pentas besar rock baru tanahair tetapi kesan jangka panjangnya? Dan satu lagi isu yang banyak diperkatakan tahun ini, band-band indie dikatakan "biadap” dan "tak sedar diri”, seakan seperti artis dan band yang digolongkan di bawah payung 'indie' tidak berhak untuk "demand lebih”. Namun, bukankah semua yang menghibur sama layak menuntut pulangan yang sewajarnya, tidak kira berstatus 'pop' atau 'indie', orang lama atau orang baru? Hujan, Meet Uncle Hussain, The Times, Bittersweet dan Deja Voodoo Spells kesemuanya antara tarikan paling konsisten di konsert-konsert indie percuma yang diadakan sepanjang tahun ini. Mereka juga sedikit sebanyak terbuka juga kepada tuduhan-tuduhan "pandai demand” ini. 7. Cinta Khayalan Pierre Selepas cintanya dengan pengarah-pelakon Norliana Samsudin terputus di tengah jalan, Pierre Andre telah dikaitkan dengan beberapa rakan artis jelitawan, antaranya Fasha Sandha dan Julia Ziegler. Namun pengarah muda ini dikatakan akhirnya menemui cinta baru dengan seorang gadis bernama Maya Darina Dahlan Hain. Tidak lama selepas terkeluarnya berita percintaan Pierre dan Maya, timbul pula cakap-cakap yang Maya kekasih khayalan Pierre. Atau yang lebih tepatnya, Pierre dipercayai telah dibomoh Maya yang juga dikenali melalui nama samaran Melia dan Molie. Siasatan media mendapati Pierre bukan mangsa pertama Maya yang dipercayai adalah watak rekaan Elie, bekas pekerja Metrowealth. Sebelum ini, Faizal Tahir dan Farid Kamil juga pernah ditipunya. Kehilangan Pierre dalam banyak acara, kesukaran menghubunginya dan keenganannya untuk memberi sebarang komen ke atas isu itu menyebabkan ramai pihak mempercayai yang dia benar-benar sudah di 'mandrem'kan. Setelah lama mendiamkan diri, Pierre akhirnya menjelaskan kontroversi perhubungannya dengan Maya kepada pihak media. Dia menafikan yang dirinya 'sakit' atau bercinta dengan Maya yang tidak pernah dijumpai. Mereka sekadar berhubungan melalui telefon dan itupun untuk berbincang mengenai perfileman. Semua cerita yang tersebar sebelum ini, menurutnya, adalah karut. Ikutan daripada episod hitam ini, penggambaran untuk filem arahan terbarunya, 'Jangan Tegur' untuk Metrowealth terganggu apabila dua orang wartawan telah menyerbunya di lokasi penggambaran untuk mendapatkan keterangan berkenaan Maya. Gangguan itu menyebabkan babak terakhir filem tersebut terpaksa disiapkan oleh orang lain. Perhubungannya dengan penerbit Metrowealth David Teo juga dikatakan terjejas gara-gara kes ini 8. Shah Rukh Khan Dapat 'Datuk'Penganugerahan gelaran 'Datuk' kepada pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan (SRK) oleh kerajaan negeri Melaka merupakan berita hiburan yang cukup memeranjatkan. Gelaran 'Datuk' itu diperolehi SRK selepas dia dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena ulang tahun ke-70, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Keputusan kerajaan negeri Melaka ini mendapat maklum balas yang pelbagai. Ada yang tidak mengambil peduli, tidak patut, geram, marah dan ada juga yang terkilan. Pengiktirafan yang diterima oleh SRK itu turut dipertikaikan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Berikutan itu, Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof telah menggesa pihak kerajaan negeri supaya membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila ingin mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis. 9. Azwan Ali VS Ifa Raziah Drama pergaduhan di antara Azwan Ali dan Ifa Raziah ini agak panas kerana mereka sudah berkawan baik dalam tempoh yang lama. Berita ini seakan-akan mengiyakan gosip-gosip yang mengatakan Azwan Ali suka cari gaduh. Semuanya gara-gara Azwan tidak membenarkan Ifa menumpang biliknya. Tindakan Azwan itu membuatkan Ifa berasa terkilan sehingga membuatkan 'kawan baik' ini bermasam muka dan tidak lagi bertegur sapa. Siapa yang bersalah dalam perkara ini, hanya Tuhan yang tahu. Baik Azwan mahu pun Ifa, masing-masing ada alasan tersendiri. Namun begitu, bekas rakan baik ini dilihat telah bertegur sapa semasa proses rakaman 'Melodi Raya' yang diadakan di Sunway Resort pada September lalu. 10. Video Lucah Ida Nerina Pada awal tahun ini, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan video rakaman lucah yang dikatakan membabitkan dua pelakon ternama negara – Ida Nerina dan Fauzi Nawawi. Kedua-duanya menafikan yang dua individu di dalam klip tersebut adalah mereka. Selang beberapa minggu, kontroversi itu berlalu begitu saja apabila ramai merasakan perempuan di dalam klip itu bukannya Ida Nerina. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 11:18 am | |
| - eira ariyana wrote:
- sally mana hang?
aku bz kit la hrni.... |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 4:35 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
Gambar di atas merupakan ekspresi muka Mawi & Ekin ketika berlangsungnya persandingan mereka. Lawak la muka Mawi, suka buat riak muka yang pelik-pelik. Rasanya, kalau malam pertama tu, tengok Ekin, agak-agaknya macam mana lah muka Mawi. Kalian pernah terfikir tak? Hurmm.. Ade lak mase ko nak fikir bende tu...dasat jugak pemikiran ko |
| | | L.I.N Ahli Familiar
Number of posts : 145 Age : 41 Location : KL Registration date : 22/12/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 6:55 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Radhi OAG cemarkan imej songkok
AKSI vokalis utama kumpulan OAG, Radhi Khalid yang bersongkok sambil membuka baju untuk menayangkan dadanya dalam satu konsert rock di Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR - Tindakan vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Mohd. Radhi Razali, 31, yang membuat persembahan dengan aksi membuka baju dan bersongkok pada konsert Rock The World 8 di sini malam kelmarin dianggap mencemarkan budaya tempatan.
Ini kerana penggunaan songkok yang sering dikaitkan dengan tempat serta imej yang elok seperti untuk ke masjid atau majlis rasmi di istana telah disalahgunakan pada konsert yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Negara.
Perbuatan itu dilihat bukan sahaja merendah-rendahkan martabat penggunaan songkok malah memberi gambaran negatif masyarakat terhadap penyanyi terbabit.
Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), M. Daud Wahid ketika diminta mengulas mengenai gelagat Radhi itu berkata, Papita kesal dengan perbuatan tersebut.
"Tindakan Radhi OAG itu jelas membelakangkan nilai-nilai murni budaya kita dan mencalar imej baik artis tempatan.
"Dia tidak seharusnya melakukan tindakan sebegitu biarpun ia tidak disiarkan secara langsung menerusi televisyen, namun ia tetap merupakan persembahan secara terbuka," tegas beliau. Ape lagi.. gam rr cam Faizal Tahir |
| | | chitra77 Enterpreneur
Number of posts : 1070 Age : 47 Location : Sg. Petani, Kedah Registration date : 23/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Tue 23 Dec 2008, 9:15 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- eira ariyana wrote:
- sally mana hang?
aku bz kit la hrni.... patut le tak banyak cerita..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 7:59 am | |
| Kes cerai Radhi ditangguh lagi PETALING JAYA - Setelah tiga kali tertangguh, Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam sekali lagi menangguhkan kes permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan isteri vokalis dan gitaris OAG, Shazlin Sharif kepada 3 Februari 2009. Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan demikian bagi membolehkan Mohd. Radhi Razali, 31, selaku defendan hadir ke mahkamah pada tarikh akan datang memandangkan semalam, dia gagal hadir kerana ada urusan kerja di Kedah. Peguam Syarie, Noorafizah Abdul Azis yang mewakili Shazlin, 30, memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan afidavit penyampaian semalam (kelmarin). "Sebelum ini, afidavit tersebut telah diserahkan sendiri kepada defendan pada 24 Oktober lalu tetapi defendan enggan menurunkan tandatangan pada akuan penerima. "Namun, defendan telah tandatangan akuan penerima pada 15 Disember lalu dan hari ini (semalam), defendan tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja. Oleh itu, saya mohon mahkamah mengeluarkan notis amaran terhadap defendan supaya dapat menghadirkan diri pada prosiding akan datang," katanya. Terdahulu, Shazlin yang berpakaian kasual tiba di mahkamah pukul 9.40 pagi namun tiga minit kemudian, dia dilihat keluar dari kamar mahkamah untuk menukar pakaian. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:01 am | |
| Zakiah dibenar tuntut fasakh ZAKIAH di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Permohonan personaliti dan pengacara rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas untuk meminda tuntutan cerai kepada tuntutan fasakh dibenarkan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Hakim Syarie Kamarul Zaman Ali memutuskan demikian setelah suaminya, Mohd. Yusuf Mohd. Taib, 46, selaku defendan dalam kes tuntutan itu tidak hadir tanpa sebarang sebab. Sehubungan itu, beliau turut memerintahkan peguam Zakiah, Nor Azmi Mohd. Arif untuk memfailkan permohonan tersebut secara bertulis dan menetapkan 19 Januari 2009 untuk sebutan semula kes. Dalam pada itu, Kamarul turut menasihatkan agar Zakiah, 42, meneruskan usaha menyelesaikan perkara itu dengan suaminya secara baik di luar mahkamah. "Jangan tutup pintu perbincangan dan komunikasi. Kena ada cara baik untuk selesaikan cara di luar mahkamah," kata beliau. Terdahulu, Nor Azmi memohon untuk meminda permohonan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kepada tuntutan fasakh di bawah Seksyen 53 Enakmen yang sama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:02 am | |
| Rita sah hamil dua bulanJOHOR BAHRU - Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil. Sumber Kosmo! memberitahu, usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah. "Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu kepada Kosmo!. Bagaimanapun suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi. "Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya. Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini. Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:03 am | |
| Diana Danielle tersenarai sertai PLKN KUALA LUMPUR - Bergelar pelakon popular bukan halangan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Itu reaksi positif yang diterima daripada pelakon muda Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, yang berjanji tidak akan mengingkari tanggungjawabnya mengikuti PLKN seperti yang diarahkan kerajaan. Pelakon filem Evolusi KL Drift itu diletakkan di bawah kumpulan 1 dan diwajibkan melaporkan diri pada 27 Disember ini di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor. Menurut ibunya, Norsiah Ramli, 45, Diana sudah lama ternanti-nantikan peluang untuk menyertai PLKN kerana sering mendengar cerita positif mengenai latihan berkenaan daripada teman-teman rapat. "Kalau sudah dapat arahan kata dia kena pergi, dia akan pergi dengan rela hati," kata Norsiah mewakili anak tunggalnya itu. Diana bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang penjelasan kerana sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Kecoh Betul yang baru memulakan penggambaran 22 Disember lalu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:05 am | |
| Lafaz cerai sebab marah - MazidulMAZIDUL berbincang dengan Khairul Fazlin di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.PETALING JAYA - "Kalau dia orang datang, I ceraikan you". Demikian lafaz yang diungkapkan wartawan penyiaran TV3 yang juga pengacara rancangan 360, Mazidul Akmal Sidek terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, pukul 11.30 malam, 13 Oktober lalu di rumah mereka di Damansara. Lafaz itu diakui oleh Mazidul, 41, ketika dia hadir bagi memberi keterangan ringkas dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya, Khairul Fazlin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Bagaimanapun personaliti yang tenang itu memberitahu di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad bahawa lafaz itu dibuatnya dalam keadaan dia marah. Mazidul memberitahu mahkamah, 'dia orang' yang dimaksudkan dalam lafaz tersebut merujuk kepada ibu dan bapa mentuanya. Bagaimanapun, katanya, mereka yang datang ke rumahnya pada malam kejadian ialah ibu dan dua orang adik iparnya. Tambahnya lagi, sehingga kini, ibu dan bapa mentuanya itu belum lagi datang ke rumahnya selepas insiden tersebut. Terdahulu, Ghazali bertanya kepada Khairul Fazlin sama ada berlaku pergaduhan yang menyebabkan lafaz tersebut diungkapkan. Khairul Fazlin menjawab: "Ada berlaku sedikit pertengkaran dan kemudian saya menelefon ibu saya supaya datang." Tindakan itu katanya, menyebabkan Mazidul melafazkan "Kalau dia orang datang, I ceraikan you" kerana dia mahu menyelesaikan masalah itu bersama isterinya tanpa melibatkan ibu bapa mentuanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:10 am | |
| 'Terlalu tinggi buat saya' DUA perkara menarik dikaitkan dengan bintang muda Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, 24, atau Scha Al-Yahya yang semakin menyinar namanya dalam dunia seni. Pertama, bakatnya yang begitu menyerlah dalam filem Histeria dan drama bersiri Awan Dania, kedua, hubungan intimnya dengan pengacara dan pelakon terkenal, Fahrin Ahmad, 29. Ditemui di sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini Scha, bagaimanapun enggan bercerita panjang mengenai pengacara rancangan Sehati Berdansa itu sebaliknya dia senang bercakap mengenai kerjaya lakonan yang baru disertai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2006. "Kami baru saja kenal rapat dan sudah bersama hampir lima bulan. Sebelum itu saya mengenalinya sebagai rakan pelakon dan pernah digandingkan dalam satu drama yang ditayangkan di RTM. "Masa pertama kali bertemu, saya ingat Fahrin ini seorang lelaki yang 'kawal kacak' tetapi apabila mengenalinya dengan lebih dekat ternyata dia berbeza daripada apa yang saya sangkakan. Sepanjang tempoh kami berkawan tidak dinafikan hubungan kami kini sudah di peringkat 'selesa'. "Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengharap dalam perhubungan ini. Biarlah ia berlangsung mengikut keselesaan saya mahupun Fahrin sendiri," katanya menjelaskan. Kebetulan sewaktu sesi fotografi berlangsung, Fahrin turut hadir menemani Scha. Selain menyaksikan fotografi dijalankan, Fahrin turut membantu pelakon jelita itu bagaimana hendak berhadapan dan menjawab soalan wartawan. "Sebagai orang baru, saya memerlukan bimbingan. Fahrin banyak membantu bermula memantau apa yang saya gayakan sehinggalah bagaimana hendak menjawab soalan agar nanti tidak disalah tafsir. "Saya ini orangnya ringkas dan kalau bercakap tidak pernah 'kawal' mulut. Peringkat awal saya ingat perkara seperti itu lebih mudah kerana menjadi diri sendiri. Bagaimana pun, apabila sudah bergiat aktif dalam bidang seni rupa-rupanya ada cara yang betul bagaimana hendak berhadapan dengan wartawan dan menjawab soalan. "Pernah juga sekali dua apabila membaca kembali temu bual dilakukan wartawan saya berasa kecewa kerana apa yang ditulis bukanlah apa yang saya maksudkan. "Tetapi jelas Fahrin perkara itu berlaku kerana cara saya menangani soalan diberikan silap menyebabkan artikel itu ditulis begitu. Apabila Fahrin memberikan banyak tunjuk ajar sekarang saya sudah mula faham," katanya. Menyentuh lanjut mengenai Fahrin kata Scha tanpa berselindung dan sambil ketawa, dia suka kepada aktor kacak itu kerana pengacara popular itu bertakwa dan bertubuh sasa. "Kalau masa muda dan kurang matang, saya akui lebih gemar berkawan dengan lelaki yang suka bersosial kerana sebagai bekas pramugari memang ia sebahagian daripada gaya hidup. "Berbeza sekarang, saya semakin dewasa dan kalau boleh saya mahu menjalani hidup hari ini lebih baik daripada semalam. Begitu juga dengan ciri-ciri pasangan hidup. Saya mencari seorang lelaki yang mampu membimbing saya ke arah kebaikan. Saya nampak ciri-ciri itu ada pada Fahrin," katanya. Beralih topik kepada kerjaya, cerita Scha pada peringkat awal, dia tidak pernah terlintas akan bergelar pelakon kerana mengikut cita-cita asal anak buah kepada penyanyi Datin Sheril Aida ini mahu membuka galeri lukisan. "Saya lebih berminat dalam bidang perniagaan. Sebenarnya filem Antoo Fighter dan drama Awan Dania bukanlah lakonan pertama saya sebaik memenangi pertandingan Dewi Remaja. Saya pernah cuba berlakon selama enam bulan. "Lepas itu saya berhenti kerana berasakan ia bukan bidang saya. Dalam tempoh mendiamkan diri saya banyak terbabit dengan penggambaran iklan. Bagaimanapun, kerana ingin menambah pendapatan saya kembali terima tawaran untuk berlakon lebih setahun lalu hingga sekarang. "Tidak sangka pula apabila saya kembali aktif, lakonan saya mendapat perhatian daripada penggiat filem dan drama mahupun peminat. Namun, saya masih belajar dan banyak yang perlu dilakukan untuk membaiki diri," katanya. Dalam pada itu ada yang berkata Scha antara pelakon muda yang dilihat mampu menjadi pelapis kepada pelakon filem yang ada sekarang ini seperti Erra Fazira, Maya Karin, Umie Aida dan Nasha Aziz ini kerana gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini memiliki ciri-ciri untuk bergelar heroin filem sekali gus mampu menarik penonton menyaksikannya di pawagam. "Saya takut apabila orang meletakkan saya setinggi itu. Saya budak baru belajar dan untuk berada di tahap pelakon terbaik mengambil masa panjang. Apapun saya mengharapkan sokongan daripada orang lama seperti mereka supaya kehadiran saya dalam industri dapat membantu," katanya. Jelas Scha lagi, lakonannya dinilai baik oleh penonton kerana kebanyakan watak tidak jauh daripada sifatnya yang sebenar. Bagi Scha, bakatnya belum lagi benar-benar mencabar kerana dia belum membawa watak yang jauh berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan. Menyentuh mengenai filem Histeria yang mula ditayangkan 18 Disember, kata Scha dia berasa seronok kerana dapat berlakon di bawah pengarah berbakat, James Lee. "Boleh dikatakan semua pelakon muda membintangi drama ini bagus dan sebelum penggambaran dimulakan pengarah sudah membina keserasian antara kami dengan mengadakan latihan untuk mengenal watak selama sebulan. "James Lee juga seorang pengarah yang serius. Sewaktu penggambaran dijalankan walaupun ada babak tidak membabitkan diri saya tetapi sebagai pelakon dia mahu saya terus berlatih untuk babak seterusnya supaya apabila masuk lokasi kami sudah tahu apa yang perlu dilakukan," jelasnya. Menyentuh mengenai babak bercium antara dia dan Norliana Samsudin, jelas Scha dia mengharapkan tidak ada pihak yang cuba menjadikan ia satu kontroversi kerana ia hanya paparan teknik kamera dan mereka tidak benar-benar bercium. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:13 am | |
| Sarah tersentuh kerana masih diingati TINGKAHNYA masih sama, tetap ceria dan nakal seperti dulu. Barangkali yang banyak berubah, bicaranya kini kian matang. Tampak kesungguhan pada wajahnya diiringi nada penuh semangat untuk kembali mewarnai persada seni suara selepas hampir lima tahun tidak muncul dengan album. "Saya mahu buat 'comeback' dan menyerlah semula," kata penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissudin, 24, penuh pengharapan. Terlalu banyak ujian melanda kehidupan Siti Sarah sejak lima tahun kebelakangan ini dan fitnah yang ditaburkan terhadapnya mencalarkan imej serta hampir menjejaskan karier nyanyian. Namun, sokongan peminatlah yang membuatkan penyanyi popular dengan lagu Kesetiaan ini bangkit daripada kejatuhan dan menggilap semula namanya. "Hampir lima tahun tiada album, namun peminat masih mengingati saya. Setiap kali membuat persembahan mereka sering bertanya bila agaknya saya akan muncul dengan album baru? "Apabila mereka menyuarakan hal itu, hati saya tersentuh kerana tidak menyangka masih ada lagi peminat mahu mendengar nyanyian saya. Saya ingatkan mereka sudah melupakan saya. "Berasakan masih ada lagi harapan untuk bersinar, saya kumpulkan semangat untuk merencanakan semula karier seni saya sekali gus menerbitkan album baru yang kini dalam proses praproduksi," katanya. Memastikan hasilnya yang terbaik, pemilik suara seksi ini tidak kisah menunggu lama asalkan 10 lagu yang dimuatkan dalam albumnya nanti dapat memberi kepuasan tidak hanya kepada dirinya selaku penyanyi tetapi juga peminat. "Saya tidak mahu buat album tangkap muat yang bersandar pada satu single saja sementara yang lain tidak bagus. Saya mahu setiap lagu di dalam album ini mampu menjadi hit. "Disebabkan itulah, saya tidak pernah berkira soal bajet kerana percaya untuk menghasilkan album yang bagus kita kena berani melabur. Tidak sekadar album berkualiti, saya juga mahu menjadikannya sebagai album yang ada hala tuju. "Dengan bajet sendiri, saya juga dapat terbabit secara langsung sepanjang proses pembikinan album ini. Dulu saya tidak berpeluang kerana segalanya diuruskan syarikat rakaman," katanya. Nama besar yang dijangka terbabit dalam pembikinan album Sarah ialah Aidit Alfian, Adnan Abu Hassan, Hazami, Sharon Paul dan Helen Yap. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 8:25 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 11:27 am | |
| (Kompilasi) Perkahwinan Artis Malaysia Sepanjang Tahun 2008RICH - VELVETRich dan Velvet. PERKAHWINAN ITU SUCI DAN 'PRIVASI'Cukup privasi sekali majlis perkahwinan penyanyi utama kumpulan Estranged, Richael Lawrence Gimbang, 26, atau Rich dengan bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Velvet Lawrence Aduk, 21, pada 5 Disember yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. - Ia menimbulkan kontroversi apabila pihak media tidak dibenarkan membuat liputan. Dewan tempat perkahwinan Rich- Velvet berlangsung dikatakan dikawal ketat. Gara-gara tidak puas hati, timbul pula cerita kurang manis kononnya Velvet sedang 'mengandung.' CICO-ELLEISTERI DAH MENGANDUNG 8 BULAN? Anak seniwati Uji Rashid, Cico atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaluddin, 30, rupa-rupanya telah bernikah dengan seorang wanita Siam bernama Elle sejak bulan Februari tahun ini. Berita ini tidak dapat dihidu sehinggalah kelibat isterinya Elle atau nama Islamnya ialah Nur Fuziani Abdullah, 25, yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan selalu di samping Cico. - Kata Cico, pernikahannya terpaksa dirahsiakan kerana ingin membuat majlis resepsi. Tetapi resepsi itu pula terpaksa ditangguh kerana dia ditipu beberapa produksi drama dan filem. AZIZ M.OSMAN-RADHIAHAziz M. Osman dan Radhiah. DALAM EDAH' KAHWIN LAGI? Pengarah tersohor dan juga duda anak lima, Aziz M.Osman, 42, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah, 22, di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu. Dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah. Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu. - Sekembali dari berbulan madu, pasangan ini 'berpisah' setelah bonda Afida Es membuat kenyataan anaknya 'ditipu' Radhiah yang kononnya dalam 'edah' dan pernah berkahwin sebelum ini. Radhiah memohon pengesahan nikah dan kes ini telah pun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah. CORRIE-FAZIMACorrie dan Fazima. DAPAT ALAMAT BERTEMU JODOH Perkenalan singkat antara koreografer popular, Adam Corrie Lee Abdullah dengan Fazima Mohamed Fuad membawa dua sejoli itu ke jinjang pelamin apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Zahir, Alor Star bulan lepas. - Yang manisnya Corrie, 40, mendapat 'alamat' jodohnya adalah Fazima, 30, anak seorang ahli perniagaan berjaya ketika menunaikan umrah. KHAI-ROSMAKhai dan Rosma.
KEJUTAN' DISANDINGKAN DI KONSERT AF6.Pada 26 April lalu, Khai dan Rosma sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat dalam satu majlis ringkas yang dihadiri anggota keluarga dan rakan rapat pasangan itu. Pada majlis pernikahan itu, Khai menghantar sembilan dulang hantaran termasuk mas kahwin RM100 berserta wang hantaran RM16,161.61 sempena tarikh lahir isterinya dan dibalas 11 dulang hantaran oleh keluarga pengantin perempuan. - 'Kejutan' apabila pernikahan ini disusuli dengan majlis persandingan mereka pada konsert keenam AF6 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). ZAFUAN-RITA RUDAINI
10 BULAN SIMPAN RAHSIA DAH KAHWIN.Mungkin kekecewaan yang mendorong ayah Zafuan untuk memberitahu media yang anaknya Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, telah menikahi pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 32di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu. Selama 10 bulan, pasangan ini berjaya 'mengaburi mata' keluarga, media dan peminat seolah-olah mereka tiada ikatan. Ayah mana yang tidak kecewa dan sedih apabila anak kesayangan sanggup membelakangkan keluarga. Namun sebagai ayah, Abd. Radzak Salleh, 59, tetap berdoa semoga perkahwinan Aidil Zafuan dengan Rita kekal bahagia. Sampai kini, Rita dan Aidil masih mengambil sikap diam seribu bahasa kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. - Yang musykilnya, Rita pernah menafikan dalam akhbar tentang percintaan mereka pada 12 Jun. Entah apa muslihat Rita menyembunyikan statusnya sebagai isteri pada ketika itu. Wallahualam. Rita yang berasal dari Kangar, Perlis dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem antaranya Mendam Berahi, Mistik, Mami Jaru, Cinta serta puluhan drama pernah berkahwin dengan penyampai berita sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999. Tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 2001 tanpa dikurniakan cahaya mata. ROSNAH MAT ARIS-TAJULPENGANTIN MENAFIKAN BERKAHWINPelakon Rosnah Mat Aris, 53, yang menjanda selama 15 tahun, akhirnya bertemu jodoh dengan pemuda yang bernama Tajuk Effendie Isa, 27. Pernikahan mereka disahkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, Ramli Arifin, 49, yang menikahkan pelakon itu di masjid berkenaan. Ramli yang juga Imam 2 Masjid Al-Khairiah dan dua orang saksi mengesahkan pernikahan itu tetapi Rosnah tetap menafikan. - Jarak umur suami yang 27 tahun lebih muda dari Rosnah menjadikan pasangan ini begitu unik sekali. Inilah jodoh namanya. Yang tidak sedapnya, pihak Rosnah membuat pengaduan terhadap Ramli Arifin kerana 'membocor' perihal nikah mereka.Perkara yang semulia perkahwinan boleh bertukar sebaliknya apabila ada pihak yang tidak puas hati. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 11:31 am | |
| sambungan...... Pilihan mStar: Pengantin popular dan sensasi 2008 DUA hati yang disatukan dalam satu ikatan perkahwinan pasti akan merakamkan bibit indah yang tidak mudah dilupakan ini. Tapi tidak semua orang, terutama golongan artis, yang mudah berkongsi detik manis ini bersama 'orang luar.' Ada juga yang lebih suka menyorok status dan pura-pura masih solo. Atas muslihat atau alasan apa perkahwinan perlu dirahsiakan, kita sendiri tertanya tanya? Yang pasti, sebelum tahun 2008 melabuhkan detik akhirnya, perkahwinan yang sensasi dan mendapat liputan luas dari media sehingga diberi jolokan 'Wedding of the Year' tentu saja milik Mawi dan Ekin. Begitu juga perkahwinan artis lain walaupun simple dan sederhana dan tersenarai di sini ada 'keistimewaan'nya sendiri. Diiktiraf sebagai 'Wedding of the Year' memandangkan perkahwinan Mawi dan Ekin mendapat liputan meluas. Ianya juga disiarkan secara langsung dari Astro Oasis pada pagi pernikahan yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar. MAWI-EKIN Selayaknya diberi gelaran 'Wedding of the Year.' Walau tidak seeksklusif perkahwinan Siti Nurhaliza-Datuk K, pernikahan Mawi-Ekin membawa memorinya sendiri. Pernikahan Mawi-Ekin di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor disiarkan secara langsung di siaran Astro Oasis. Mawi-Ekin mengadakan tiga resepsi dengan tiga tema yang berbeza bagi menyambut hari bahagia mereka. - Yang tidak sedap didengar apabila wartawan TV3 mendakwa mereka dihalang membuat liputan. namun, pihak Astro menafikan dakwaan ini. MAYA KARIN-STEVENMaya dan Steven. BUKAN AHLI POLITIK PILIHAN MAYA Bukan tokoh politik atau VIP seperti yang digosipkan sebelum ini tapi seorang guru matematik biasa yang mengajar di Alice Smith International School menjadi pilihan pelakon dan penyanyi jelita Maya Karin Roelcke. Maya mengambil keputusan bernikah dengan lelaki Inggeris, Steven David Shorthose, 38, pada 14 Ogos nun jauh di Itali. Sekembalinya dari sana, beliau membuat satu resepsi di FRIM Kepong. - Kad kahwin Maya yang nampak praktikal dan ekonomi menjadi topik bualan. NING-OMAR SHARIFNing dan Omar Sharif. KONSEP KAMPUNG CERIAKAN MAJLIS KAHWIN Duda kacak pilihan penyanyi Ning Baizura Sheikh Hamzah, 33. Majlis kahwin Ning dan Omar Shariff Christopher Layton Dalton, 34, agak istimewa kerana berkonsepkan `kampung' dan diadakan di Dewan Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta. - Jemputan cukup teruja dengan suasana yang dihidupkan seolah-olah jemputan berada di kampung. Dari makanan ala kampung, kambing, ayam, dodol dan semua pinggan mangkuk ada stail kampung, begitu juga dengan joget lambak dan muzik yang mengiringi majlis kahwin Ning. NABILA-ZAIDYNabila dan Zaidy. KAWAN LAMA PILIHAN NABILAAnak manja rocker terkenal Amy Search, Nabila Huda, 24, akhirnya menamatkan zaman gadisnya apabila bernikah dengan kawan lamanya Zaidy Zailani (Edy), 27. Mereka telah berkenalan selama 6 tahun. - Amy yang berpakain jubah menikahkan sendiri anak gadisnya. ASHRAF-BUNGAAshraf dan Bunga. RESEPSI TERCEMAR DEK LIPUTAN MEMALUKANAshraf Sinclair-Bunga Citra Lestari bernikah pada 8 November di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia. Sekembali dari sana, mereka membuat dua resepsi di Hotel Saujana Subang dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). - Wartawan Melodi 'menggamatkan' liputan, kononnya ada wakil media merungut kerana terpaksa menunggu lama untuk menemubual pasangan ini dan menayangkan visual kononnya mereka mengamuk. Pendedahan itu benar-benar mengecewakan Ashraf mahupun isterinya terutama apabila ada media Indonesia memetik laporan yang disiarkan Melodi. Pasangan ini menganggap berita yang disiarkan mempunyai niat untuk menjatuhkan reputasi mereka berdua. Sebuah sidang akhbar tergempar diadakan untuk membersihkan kembali nama pasangan Ashraf dan Bunga. DEJA-FENDYDeja dan Fendy. USIA BUKAN PENGHALANG Penyanyi popular, Deja Moss, 35 atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Mos diijab kabulkan dengan Pengurus Besar DC Industri, Azfendy Azuddin Ahmad (Fendy) 29 di Masjid Wilayah Persekutuan. Jarak usia 6 tahun bukan penghalang. - Deja-Fendi mengambil keberkatan Ramadhan untuk mendirikan 'masjid.' RUSDI RAMLI-SHARON PAULRusdi Ramli dan Sharon Paul. 15 TAHUN MENANTI JODOHLima belas tahun lamanya menduda, akhirnya penantian berakhir bila hati sudah berkenan pada komposer Sharon Paul. Pelakon popular Rusdi Ramli, 38 telah memperisterikan Sharon Anne Paul Abdullah, 32, dalam suasana yang cukup santai dan sederhana di banglo galeri Creative Element di Seksyen 2, Shah Alam pada bulan lepas. - Hanya kenalan rapat dan ahli keluarga sahaja yang diundang. Majlis resepsi yang simple dan sederhana tetap melakar kemanisan tersendiri buat kedua mempelai. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| | | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 11:36 am | |
| (Gossip) Zulkifli Ariffin Putus Cinta Ketika Krisis Abby-Norman-MemeyOleh kerana Abby Abadi kini secara rasmi bukan milik sesiapa, maka sudah tentu’lah akan mula timbul gossip yang mengaitkan beliau dengan lelaki lain. Seperti semua sedia maklum, Zulkifli Ariffin adalah gandingan baru Abby Abadi dalam drama Gerak Khas dan ketika di’tanya tentang hubungan mereka, pantas mereka menjawab mereka hanya teman biasa. Zulkifli di’lihat ada di mahkamah ketika Norman Hakim melafazkan cerai terhadap Abby Abadi. Gossip terbaru mengatakan Zulkifli Ariffin ini baru sahaja putus cinta dengan kekasih beliau betul-betul ketika pergolakan rumahtangga Abby Abadi & Norman Hakim. Mungkin secara kebetulan atau takdir sudah menentukan begitu. Dengar cerita, Zulkifli Ariffin ini bekas pelajar UiTM Melaka & juga bekas model seluar dalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 12:07 pm | |
| Scha Yahya Komen Tentang Fahrin AhmadKami baru saja kenal rapat dan sudah bersama hampir lima bulan. Sebelum itu saya mengenalinya sebagai rakan pelakon dan pernah digandingkan dalam satu drama yang ditayangkan di RTM. Masa pertama kali bertemu, saya ingat Fahrin ini seorang lelaki yang ‘kawal kacak’ tetapi apabila mengenalinya dengan lebih dekat ternyata dia berbeza daripada apa yang saya sangkakan. Sepanjang tempoh kami berkawan tidak dinafikan hubungan kami kini sudah di peringkat ’selesa’. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengharap dalam perhubungan ini. Biarlah ia berlangsung mengikut keselesaan saya mahupun Fahrin sendiri,” katanya menjelaskan Sebagai orang baru, saya memerlukan bimbingan. Fahrin banyak membantu bermula memantau apa yang saya gayakan sehinggalah bagaimana hendak menjawab soalan agar nanti tidak disalah tafsir. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 2:28 pm | |
| Gambar Terbaru Sharifah ZarinaSharifah Zarina Wan Hassan (— Zarina), penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh dan Harapan Berbunga Realiti. Walaupun album keduanya sudah selesai rakaman dan masih terperap di’dalam syarikat rakamannya akibat kegawatan ekonomi. Beliau kini menggunakan budget’nya sendiri untuk mempromosikan albumnya itu selepas tidak lagi menyambung kontrak dengan syarikat rakamannya itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 2:53 pm | |
| Lagi Gambar Cico Harahap Bersama ElleSebelum ini amat sukar untuk mencari gambar Cico bersama isterinya, Elle sehingga ia telah tersebar dengan meluas di’internet dan juga menerima gossip panas bahawa Cico sudah pasang lain. Gambar kali ini yang ditunjukkan akhbar Berita Harian tampak mereka sangat mesra dan sekaligus menafikan gossip liar yang melanda Cico. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 4:01 pm | |
| Bekas isteri Imuda meninggal duniaKUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas isteri pelawak dan pelukis, Imuda atau Abdul Rahim Muda, Rozalina Rosli, 45, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Jalan Ampang pada pukul 4.30 petang ini akibat barah payudara. Imuda ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, penyakit bekas isterinya itu hanya dapat dikesan pada tahap tiga kerana Allahyarham merahsiakan penyakit yang dihidapi daripada pengetahuan semua orang pada awalnya. ''Jenazah Rozalina dibawa ke rumahnya di Ampang Jaya dan akan dikebumikan pagi esok,'' katanya. Rozalina dan Imuda mendirikan rumah tangga pada 1994 dan bercerai pada 2004. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Raihanah Abdul Rahim, 14, dan Mohd. Reza Abdul Rahim, 8. takziah.. diucapkan.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Wed 24 Dec 2008, 4:28 pm | |
| Imej Terbaru SafuraSweetnya Safura dengan imej terbaru yang bertudung, aku suka lakonan dia, mantap..gambar diambil masa rancangan semanis kurma TV9 malam tadi (23.12.2008) tentang topik "Isteri Pemalas'...lepas dia branak baru, trus ubah imej..tak macam mek sorang tu, cakap kemain lagik nak ubah pakai tudung bagai bila balik haji, nan adooo... , pakai cam tudung saji adolahhh |
| | | ninarahim Enterpreneur
Number of posts : 2991 Age : 57 Location : Alor Star Registration date : 25/05/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 25 Dec 2008, 12:06 am | |
| Ehehehe....sopo dek non..yang dok pakai tudung saji..lepas balik aji tu.... |
| | | papamia Mod PR
Number of posts : 4415 Age : 58 Registration date : 16/08/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 Thu 25 Dec 2008, 11:46 pm | |
| - sally_eiyna wrote:
- Scha Yahya Komen Tentang Fahrin Ahmad
Kami baru saja kenal rapat dan sudah bersama hampir lima bulan. Sebelum itu saya mengenalinya sebagai rakan pelakon dan pernah digandingkan dalam satu drama yang ditayangkan di RTM.
Masa pertama kali bertemu, saya ingat Fahrin ini seorang lelaki yang ‘kawal kacak’ tetapi apabila mengenalinya dengan lebih dekat ternyata dia berbeza daripada apa yang saya sangkakan. Sepanjang tempoh kami berkawan tidak dinafikan hubungan kami kini sudah di peringkat ’selesa’.
Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengharap dalam perhubungan ini. Biarlah ia berlangsung mengikut keselesaan saya mahupun Fahrin sendiri,” katanya menjelaskan
Sebagai orang baru, saya memerlukan bimbingan. Fahrin banyak membantu bermula memantau apa yang saya gayakan sehinggalah bagaimana hendak menjawab soalan agar nanti tidak disalah tafsir. mmm.. sok lusa aku nak tanya sendri lah ngan scha... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 15 of 17 | Go to page : 1 ... 9 ... 14, 15, 16, 17 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |