Pekanrabu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Hydromax X30 pump zakar terbaik ~ ade free gift!
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeWed 17 Feb 2016, 10:16 am by zanuddin

» JOM BUAT DUIT RAYA JADI RESELLER EBOOK
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeFri 19 Jun 2015, 11:00 am by ASBN

» SYA NAK JUAL NOVEL TERPAKAI MURAH2
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeThu 05 Mar 2015, 10:33 pm by nurulbakar

» PEMANIS STEVIA RM50
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 02 Mar 2015, 10:27 am by ayuih179

» Teknik mudah besarkan zakar dgn teknologi air
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:30 am by zanuddin

» LIBIDO GEL (UNTUK TAHAN LEBIH LAMA DIRANJANG !!!)
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeFri 27 Feb 2015, 10:21 am by zanuddin

» Pum zakar auto energy power pump..mudah dan cepat.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» GEL Gambir Jantan | Untuk Keras Dan Tahan lama.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:54 pm by zanuddin

» Magic stick-hilangkan segala bau dan keputihan dgn mudah.
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeTue 24 Feb 2015, 7:53 pm by zanuddin


Share | 
 

 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4

View previous topic View next topic Go down 

Similar topics

+
Go to page : Previous  1 ... 8 ... 13, 14, 15, 16, 17  Next
AuthorMessage
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:16 am

Sekitar Photoshoot Marsha Londoh..

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Marsha12

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Marsha13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Marsha13
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:34 am

(Gambar) Janda Hawt Azharina

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 12011
Waw! She sure is hawt! Lihat’lah dadaku.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 21710

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 31010
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:35 am

Norman Hakim dan Abby Abadi Bercerai

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Norman17

Maka semalam bercerai’lah pasangan yang dulunya suami isteri antara lelaki paling kontroversi tahun 2008, Norman Hakim dengan bekas isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Norman yang sebelum ini diberi gelaran lelaki maskulin tidak dapat menahan sebak lalu menangis beberapa kali (drama?) ketika berada di’hadapan Hakim Syarie sebelum melafazkan cerai dan ketika terlihat kelibat Zulkifli Ariffin yang hadir bersama menemani bekas isteri’nya ke mahkamah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:37 am

POSING MAUT ZIZIE EZZETTE

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Zizie-13

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Zizie-14
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:39 am

(Gambar) Anita Sarawak Berbaju Ketat Hitam

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Anita-10

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Anita-11

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Anita-12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:40 am

GAMBAR FAMILY SAIDA AF

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Saida-11
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:42 am

GAMBAR SEKITAR MAJLIS HARIJADI SAIDA AF-KELUARGA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Saida-12
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:44 am

Lisa Surihani Posing di majalah Remaja

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 11910

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 21610
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:52 am

Mana air mata jantan Mawi?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A108

DIARI tahun 2008 lelaki 'botak' paling popular yang disayangi rakyat Malaysia, Mawi, bakal ditutup dengan lakaran yang paling indah. "Selamat tinggal alam bujang, aku kini sudah menjadi suami orang." Mungkin begitulah bunyi suara hati Mawi.

Mengahwini kekasih hati, Ekin setelah pelbagai kerenah tidak bertepi yang berjaya ditepis, disepak dan diterajang, ini adalah 'kemenangan' kepada episod cinta antara dua hati.

Sebaik lafaz akad 'aku terima nikahnya' disahkan oleh saksi-saksi, pagi yang cerah kelmarin bersamaan 22 Zulhijjah menyatukan Mawi dan Ekin sebagai pasangan suami isteri di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, negeri tanah tumpah kelahiran kedua-dua pengantin.

Bahawa jodohnya wanita sejelita Ekin yang pernah menambat hati banyak jejaka termasuk orang istana adalah sesuatu yang tidak pernah disangka oleh anak Felda Taib Andak yang bergelar artis lelaki popular itu.

Segalanya berlangsung dalam suasana tertib dan teratur. Hasil perancangan yang teliti menjadikan majlis itu berlangsung dengan cukup sempurna, bagai perjalanan sebuah drama cinta yang biasa kita tonton di kaca TV.

Lupakan kisah yang sengaja diuar-uarkan kononnya media dihalau, kerana apa yang berlaku sebenarnya hanya krew TV3 yang berhadapan dengan masalah tersebut.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 B49
MAWI sempat bercanda pada majlis pernikahannya.

Atas sebab hak eksklusif diberikan kepada stesen TV berbayar Astro dan RTM, maka krew stesen berkenaan dihalang daripada membuat penggambaran acara nikah dan sidang media.

Pun usai dua acara ini, TV3 diberi peluang lebih eksklusif menemu bual pengantin secara bersemuka, justeru masih tidak berpuas hati?

Jadi, fakta kes yang sebenarnya begini: media lain langsung tidak berhadapan dengan masalah pada majlis pernikahan Mawi dan Ekin, kecuali TV3!

Berbalik kepada acara, sesuatu yang cukup menghairankan apabila Mawi dilihat mampu melalui episod hari bahagianya tanpa setitis pun air mata.

Banyak yang menanti 'air mata jantan' Mawi menitis atau sekurang-kurangnya bergenang di tubir mata, tetapi kenyatannya itu tidak berlaku.

Hanya Ekin yang menangis teresak-esak kala membuat ikrar dan janji di depan ibunya, Fatimah Saad sedang Mawi tetap dengan wajah ceria gembira.

Wajah yang sama boleh kita lihat sebelum ini kala majlis pelancaran album atau produk terbaru di mana dia menjadi dutanya.

Benarlah bagai yang dikata, hati Mawi sekeras karang di lautan, tidak lut dengan perasaan.

Suka atau duka, Mawi bijak menyembunyi emosi di sebalik senyuman yang tidak pernah lekang bermain di bibir.

Juga ceria Mawi lain macam ketika di sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan. Tawanya berdekah-dekah, terkekeh-kekeh sampaikan seluruh sidang dewan turut sama ketawa dek lawak spontan Mawi.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 C36
DEBARAN pengantin baru membuatkan Mawi dan Ekin awalnya kelihatan agak gementar di pelamin ketika pertama kali disandingkan malam kelmarin.


Pertama kali mencium Ekin selepas 'sah' bergelar suami di depan orang ramai selepas akad nikah mereka, kata Mawi, dia cukup malu sebelum menyambung sambil diiringi ketawa besar, "Tapi, okey jugalah. Seronok cium isteri."

Cara elak fitnah

Sepertimana statusnya yang sudah berubah kepada suami orang, langkah hidup Mawi juga sudah pastinya akan berbeza daripada sebelumnya.

Dan ini diakui Mawi sendiri apabila memberitahu dia akan sentiasa ditemani Ekin ke mana saja, baik dalam urusan kerja mahupun peribadi selepas ini. Ini juga adalah cara terbaik untuk mengelakkan daripada timbulnya fitnah antara mereka.

"Dia akan jadi pengurus, perunding imej dan macam-macam lagi selepas ini. Untuk elak fitnah kepada kami, elok rasanya kalau saya bawa Ekin ke mana saja saya bergerak," kata Mawi.

Jadi, kalau masih ada yang cemburu atau tidak senang dengan pilihan Mawi ini, terimalah hakikat bahawa Mawi dan Ekin kini tak boleh dipisahkan. Akad dan nikah telah menghalalkan mereka untuk berpergian ke mana saja bersama berdua, bagaikan camar yang terbang berpasangan di udara.

Mawi juga memberitahu bahawa dia sangat menyokong langkah Ekin untuk membuka perniagaan butik pakaian muslimah tidak lama lagi.

Butik itu akan menjadi bisnes pertama pasangan suami isteri itu dalam merencana hidup yang lebih gemilang di depan.

"Ekin akan buka butik untuk pakaian muslimah, saya sokong. Baguslah untuk dia, sebab itu saya suka apa yang dia hendak buat," kata Mawi.

Khabarnya Mawi akan menyumbang modal untuk isterinya memulakan bisnes berkenaan, tetapi bukan sepenuhnya.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 D30
BAGI menjaga kerukunan rumah tangga yang baru dibina, Mawi mahu Ekin sentiasa menemaninya ke mana sahaja.


Bak kata Ekin, "Butik tu bukan semua akan guna duit Mawi. Kita kongsi-kongsilah."

Ibu Mawi menetap di Felda

Biarpun anaknya sudah membina banglo mewah di Bangi yang bakal nenjadi sarang cintanya bersama Ekin selepas mereka bergelar suami isteri, ibu Mawi, Ramlah Sarlan bagaimanapun enggan turut sama menetap di sana.

Lebih selesa terus menetap di Felda Taib Andak, tempat di mana Mawi dibesarkan, Ramlah yang kurang baik kesihatannya memberitahu dia tidak berhasrat untuk turut sama 'menumpang kasih' di banglo mewah Mawi yang terletak di Bangi itu.

"Biarlah saya terus menetap di Felda," luah Ramlah ketika ditanya. Bukan tidak sayang Ekin, atau tidak kuasa tinggal dengan menantu sebaliknya ibu tua itu tidak sanggup ditinggal-tinggalkan.

"Buat apa pergi Kuala Lumpur? Mawi sibuk, nanti mak cik kena tinggal seorang diri kat rumah. Baik duduk rumah mak cik saja," katanya yang mengakui sering teringat kepada arwah suaminya, Ani Ahmad menjelang pernikahan Mawi.

Pastinya sebelum menyediakan rumah mewah untuk diri sendiri, sejuk perut Ramlah mengandungkan Mawi apabila si anak telah terlebih dahulu menghadiahkan ruang yang cukup selesa untuk didiami oleh si ibu yang melahirkan.

Walaupun hanya terletak di Felda, rumah yang dulunya kecil sudah diberi gubahan baru oleh Mawi dengan kos beratus ribu ringgit lebih setahun lalu.

Dinamakan Teratak Bonda, kediaman di Felda Taib Andak itu adalah lambang kasih sayang Mawi buat ibu, sebelum membina 'istana cinta' untuk seorang wanita bergelar isteri.

Mawi memang anak yang mengenal untung! Selamat belayar ke alam rumah tangga yang juga tidak kurang pancarobanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 9:57 am

Ekin takut sihir

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A109
DI sebalik majlis perkahwinan yang berjalan lancar, Ekin mengakui dia bimbang dengan kesan laporan media terhadap perkahwinannya.

MENJELANG pernikahannya, banyak orang tidak tahu ada dua benda yang paling ditakuti Ekin.

Antara dua perkara itu, satu benda membuatkan dia cukup risau dan agak menggelabah. Hal ini dikongsi bersama dengan wartawan Kosmo! pada malam akhirnya berstatus 'gadis'.

Ekin mengakui yang paling ditakuti ialah kuasa-kuasa ghaib yang mampu memporak-perandakan majlis pernikahannya dengan kekasih hati yang kini sudah sah menjadi suaminya.

"Biasanya dalam majlis kahwin, akan banyak syaitan berkeliaran. Itu yang paling saya risau... takut kalau ada yang mengganggu.

"Ada yang barangkali menggunakan sihir untuk 'mengenakan' kami dan mengganggu kelancaran majlis. Hati orang kita tak tahu macam mana," kata Ekin meluah risau.

Menurut Ekin, dalam majlis perkahwinan, dia sering mendengar banyak cerita pelik berlaku gara-gara kuasa ilmu hitam atau sihir pihak yang barangkali berdengki khianat.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 B50
BARU sahaja bergelar pasangan pengantin, Mawi dan Ekin sudah mengimpikan untuk memiliki zuriat sebagai penyeri kebahagiaan rumah tangga mereka.

Ada pengantin lelaki yang tidak mampu menerima akad nikah, tergagap-gagap, dan majlis menjadi 'haru-biru' dek kuasa ilmu hitam.

"Saya tahu ramai orang hendak tengok macam mana Mawi akad nikah. Risau betul. Orang selalu cakap syaitan berlambak-lambak berkeliaran masa orang hendak kahwin, tak boleh lafazlah, tergagaplah, menggeletarlah, macam-macam. Harap sangat tak ada benda-benda macam itu," ujar Ekin.

Realitinya, itu semua tidak berlaku dan Mawi tenang melafazkan akad nikah sekaligus membuatkan Ekin tersenyum bahagia di depan pelamin di sudut tengah masjid tempat mereka disatukan.

Kebimbangan kedua Ekin pula sudah pastilah kepada laporan yang bakal ditulis media mengenai majlis perkahwinannya itu.

Ekin risau kalau-kalau dia dan Mawi tidak mampu untuk memuaskan hati pihak media yang telah dijemput khas ke majlis bersejarahnya.

Pindah ke banglo RM1 juta

Sebaik sahaja selesai majlis persandingan di Felda Taib Andak minggu depan, Ekin akan terus berpindah ke banglo mewah suaminya yang baru dibeli dengan harga jutaan ringgit di Bangi, Selangor.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 C37
Mereka sudah membuat keputusan untuk menetap di rumah mewah itu dan membina keluarga bersama-sama.

"Tak tahulah macam mana perasaan bila sudah pindah nanti. Lepas kahwin kita kenalah ikut suami.

"Memang kami akan menetap di Bangi, tetapi buat masa sekarang Ekin tak rancang lagi bila akan berpindah.

"Banyak benda kena fikir, tetapi apapun Ekin akan masuk ke rumah tu sebaik saja lepas majlis persandingan kami di Felda nanti, sekitar hujung tahun," tutur Ekin yang menyatakan kesediaannya untuk mengandungkan anak Mawi pada bila-bila masa saja.

Sebelum ini Ekin pernah menyatakan bahawa dia mahu cepat mengandung dan melahirkan zuriat memandangkan faktor umurnya yang sudah hampir ke angka 30 tahun tidak lama lagi.

"Lepas kahwin kalau mengandung terus lagi baik. Harap-harap boleh terus dapat anak. Tetapi tengoklah macam mana rezeki kami nanti," ucapnya. - TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:00 am

Ekin dapat kembar baru

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A110
RESTU ibu. Biarpun bahagia dengan perkahwinan anaknya, Ramlah Sarlan mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersama anak dan menantunya di banglo mewah mereka di Lembah Klang.

--------------------------------------------------------------------------------

TERIKAT sudah ikatan cinta mereka. Tanpa restu keluarga, barangkali cita-cita mereka untuk hidup bersama tidak akan terlaksana. Itu juga yang diluahkan kebanyakan ahli keluarga Mawi dan Ekin sewaktu ditemui media.

Perkahwinan Asmawi Ani dengan Nora' Asikin Rahmat atau Ekin sebenarnya masing-masing perkahwinan kedua dalam keluarga mereka yang telah menamatkan kemarau tanpa ‘ahli baru’ selama lebih enam tahun.

Maka apabila Mawi dan Ekin yang sebelum ini dicemuh dan pernah dikatakan tidak direstui keluarga selamat bernikah, semua bagai berpesta gembira.

“Ekin senang dibawa berbincang. Dia juga selesa dengan keluarga kami,” beritahu kakak Mawi, Rashidah Ani mengenai menantu baru dalam keluarga mereka.

Ibu Mawi, Ramlah Sarlan juga merestui cinta mereka dan berasa Ekin adalah wanita terbaik untuk menjadi suri hidup anak bujangnya yang cukup terkenal sebagai penyanyi sensasi negara.


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 B51
KUNING menjadi warna tema utama pakaian yang dikenakan pihak keluarga pengantin lelaki.

--------------------------------------------------------------------------------


Ramlah saat ditanya apakah harapan sempena hari bahagia Mawi, dengan jujur wanita berusia 63 tahun itu menjawab: “Mak cik harap Ekin dapat jaga Mawi baik-baik. Jaga rumah tangga.”

Berbeza dengan emosi keluarga Mawi yang rata-rata gembira menyambut Ekin sebagai ahli baru, keluarga Ekin, terutama ibunya Fatimah Saad sebaliknya begitu sebak melepaskan Ekin.

Namun itu bukan tanda dia tidak merestui hubungan kasih Ekin yang mempunyai saudara kembar bernama Nurul Ain atau Aean.

Sebaliknya, itu pernyataan emosi seorang ibu yang amat rapat dengan anak yang telah bersamanya selama 29 tahun itu.

“Saya tak sangka perjalanan hidup Ekin berakhir begini. Saya tahu dia tidak pernah berencana untuk berkahwin dengan artis apa lagi Mawi. Tapi inilah takdir dan jodoh dia,” luahnya.

Bicara Fatimah lagi sambil menahan sebak: “Ekin adalah anak yang paling rapat dengan saya. Selepas lebih 10 tahun, barulah keluarga kami menerima ahli baru dan perasaan itu sangat berdebar. Lagi pula dia orang terkenal dan kami harus mempersiapkan diri.

“Buat Ekin pula saya doakan dia akan terus tabah dan berjaya mengharungi cabaran rumah tangga.”

Sebagai seorang bapa yang begitu tenang melepaskan anak perempuannya kepada seorang lelaki lain, bapa Ekin, Rahmat Mohamad menyatakan dia menerima Mawi sebagai menantu kerana keikhlasan yang ditunjukkan penyanyi itu terhadap anaknya.

Sewaktu mereka pada fasa perkenalan dan Mawi ada datang menziarahnya, Rahmat pernah berkata kepada Mawi jika hubungan mereka serius, maka peliharanya dengan baik.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 C38
PUTIH bersulam kehitaman pula menjadi warna tema pilihan busana yang digayakan keluarga pengantin perempuan.

--------------------------------------------------------------------------------

“Pada waktu itu saya kata, ‘jika serius, bawalah keluarga bertemu’. Itu yang ada majlis merisik dan kini alhamdulillah mereka sudah bersatu sebagai suami isteri.

“Pesanan saya agar mereka berdua melayari bahtera rumah tangga dengan sabar dan baik. Semoga kehidupan rumah tangga mereka aman,” ujar Rahmat yang sentiasa tersenyum.

Bagi kembar Ekin, Aean yang selama ini berkongsi kasih dan duka serta suka bersama, dia juga terharu, namun dalam masa yang sama gembira kerana akhirnya Ekin berjaya membuktikan cinta sucinya kepada Mawi selepas bergelumang dengan segala fitnah.

“Sedih, tapi saya gembira untuk dia,” luah Aean sebelum menyambung: “Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk dia walaupun selepas ini kami sudah tidak sering bersama kerana dia sudah mempunyai kembar baru, Mawi.”

Kini kehidupan mereka bergantung kepada perlaksanaan bersama. Seperti kata Mawi: “Perkahwinan ini adalah satu permulaan dan titik kehidupan baru buat kami berdua. Insya-Allah saya berusaha untuk membuktikan bahawa saya layak memikul tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, ketua keluarga, teman dan juga seorang artis.”
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:10 am

Pernikahan tepis segala cemuhan


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Hi_01_25
Seri pengantin baru Ekin dan Mawi.


PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

Mawi, yang segak dengan persalinan baju Melayu serba putih dan bersamping songket, nampak gugup ketika melafazkan akad nikah, namun berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan hanya sekali lafaz sahaja.

“Masa bersalam tadi, memang saya rasa semacam bertambah gugup. Tapi alhamdulillah, saya dapat atasinya dengan sekali lafaz,” katanya tersenyum pada sidang media yang diadakan selepas upacara akad nikah.

Jelas Mawi, setiap hari dia sering menghafal ungkapan akad nikah dalam hati dan mungkin disebabkan latihan itu dia berjaya melafazkannya dengan lancar.

Sebaik selesai acara akad nikah, Mawi telah membaca taklik dan melakukan sujud syukur sebelum menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Ekin.

Acara tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi Saluran Astro Oasis (106) bermula pukul 10.30 pagi.


Mawi yang sedari awal mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, turut memberi wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada isteri tercinta.

Apa pun, bagaikan terlepas daripada bebanan yang cukup berat, Mawi nampak begitu ceria dengan menyerlahkan perwatakannya selamba dan lucu sebaik majlis pernikahan selesai.

Malah, senyuman dan gurauan tidak lekang daripada bibirnya terutama pada majlis persandingan yang berlangsung pada sebelah malam di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Majlis resepsi oleh keluarga Ekin itu dihadiri lebih 1,500 tetamu di mana pasangan pengantin memilih persalinan hitam dan putih.

Mawi mengakui ikatan pernikahan itu membuktikan bahawa dia dan Ekin sanggup menghadapi segala cabaran bersama hingga ke akhir hayat.

“Sebelum menjadi suami isteri lagi kami sudah diuji dengan pelbagai dugaan. Ekin banyak berkorban kerana setiap hari ada sahaja cemuhan yang dilontarkan kepada dia.

“Saya tahu walaupun dia bersabar tapi setiap hari dia berendam air mata. Saya mohon doa daripada semua agar rumah tangga kami kekal hingga akhir hayat. Harap lepas ini tiada lagi perkara sebegitu,” katanya yang bakal berbulan madu di Korea.

Menurut Mawi, setakat ini dia belum merancang tarikh sebenar berbulan madu kerana pemergiannya ke Korea kelak ditaja oleh Korean Tourism Organisation (KTO).

Ujarnya, buat masa ini tumpuannya lebih kepada mengurus acara resepsi di Felda Taib Andak pada 28 Disember ini dan Hotel Palace of Golden Horse pada 11 Januari depan.

Selain itu, dia juga akan terbabit dalam satu persembahan pada tahun baru ini.

Mawi yang memberi sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang itu berkata, setakat ini dia juga tidak membuat perancangan keluarga.

“Bagi saya, kalau Tuhan sudah tetapkan rezeki saya dapat anak awal, saya terima. Berapa orang itu, terpulanglah. Kalau sekali keluar dua orang pun bagus juga,” katanya.

Bagi Ekin, dia tidak pernah kesal atau berasa bersalah memilih Mawi sebagai suami biarpun sedar jejaka kelahiran Felda Taib Andak itu menjadi perhatian umum.

Padanya, Mawi adalah pilihan terbaik dan keputusan yang dibuat adalah tepat dan mungkin atas sebab itu juga Ekin dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik selamat diijab kabul.

“Air mata tadi adalah air mata kegembiraan dan syukur kerana akhirnya, percintaan Ekin dan Mawi sampai ke destinasi. Ini semua berkat sokongan keluarga.

“Kalau sebelum ini Ekin mampu menepis segala dugaan, sudah pasti mendatang pun Ekin bersedia dan akan mengatasi segala masalah rumah tangga dengan tabah,” katanya.

Ekin yang pernah dituduh memilih Mawi kerana harta berkata, biar apa pandangan orang ramai terhadap dirinya, dia reda kerana apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar.

Justeru, setelah memiliki status isteri kepada Mawi, Ekin akan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Selepas ini ke mana sahaja Mawi pergi, Ekin akan ikut. Bukan kerana cemburu atau nak kawal tapi sebagai pengurus dan perunding imej Mawi,” katanya yang bakal menetap di Bangi, Selangor.

Selain itu, Ekin juga telah mendapat kebenaran daripada Mawi untuk membuka butik busana Muslim dan mungkin perniagaan itu digabung dengan Mawi World Entertainment.

Ekin yang akan meneruskan kehidupan seperti biasa berkata, dia tidak menolak untuk berlakon jika watak yang ditawar bersesuaian dengan imej dan statusnya.

Sementara itu ibu Ekin, Fatimah Saad berkata, dia berasa gembira kerana anaknya telah selamat bergelar isteri tetapi dalam masa yang sama turut bersedih kerana anak kesayangannya itu akan berpisah dengan keluarga.

“Mula-mula dulu, mak cik tidak percaya bila Ekin beritahu yang dia nak kahwin dengan Mawi. Apa pun mak cik suruh dia kenal hati budi Mawi dulu dan alhamdulillah, akhirnya mereka disatukan.

“Memanglah akan terasa kehilangan Ekin tapi itu sudah lumrah dia perlu ikut suami. Mak cik sentiasa doa agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Bagi Rahmat Mohammad, dia tidak bimbang untuk melepaskan Ekin kerana tahu pilihan anaknya itu tepat.

Katanya, biarlah mereka layari rumah tangga sendiri dan jika timbul masalah pandai-pandailah mengatasinya.

“Sekarang ini saya rasa lega kerana mereka sudah rasmi sebagai suami isteri dan jika apa-apa yang berlaku biarlah mereka atasi sendiri,” katanya.

Sementara itu kakak Mawi, Rashidah Ani, berharap adik kesayangannya itu akan tabah menghadapi segala dugaan dalam rumah tangga.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:15 am

Radhi OAG cemarkan imej songkok

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A111
AKSI vokalis utama kumpulan OAG, Radhi Khalid yang bersongkok sambil membuka baju untuk menayangkan dadanya dalam satu konsert rock di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Tindakan vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Mohd. Radhi Razali, 31, yang membuat persembahan dengan aksi membuka baju dan bersongkok pada konsert Rock The World 8 di sini malam kelmarin dianggap mencemarkan budaya tempatan.

Ini kerana penggunaan songkok yang sering dikaitkan dengan tempat serta imej yang elok seperti untuk ke masjid atau majlis rasmi di istana telah disalahgunakan pada konsert yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Negara.

Perbuatan itu dilihat bukan sahaja merendah-rendahkan martabat penggunaan songkok malah memberi gambaran negatif masyarakat terhadap penyanyi terbabit.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), M. Daud Wahid ketika diminta mengulas mengenai gelagat Radhi itu berkata, Papita kesal dengan perbuatan tersebut.

"Tindakan Radhi OAG itu jelas membelakangkan nilai-nilai murni budaya kita dan mencalar imej baik artis tempatan.

"Dia tidak seharusnya melakukan tindakan sebegitu biarpun ia tidak disiarkan secara langsung menerusi televisyen, namun ia tetap merupakan persembahan secara terbuka," tegas beliau.
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:18 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126093747_e7f382c053_b
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126093753_99d2ac330d_b


berbalas kenyataan..hmmmm
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:21 am

Kepuasan Apek

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Apek11

MENYEBUT nama Saiful Apek, kanak-kanak paling gembira. Orang tua tersenyum sahaja dan anak muda pun mengaguminya. Masakan tidak, dialah pak lawak, dialah pelakon, juga berbakat besar sebagai penyanyi dan terkini muncul sebagai pengarah filem. Pendek kata, semua cabang seni hendak diladeninya.

Tapi kata Apek, tidak mencuba tidak akan tahu hasilnya. Dan bergelar pengarah untuk filem perdananya, Syyh.. Dia Datang dengan dirinya sendiri sebagai pelakon utama memberi dimensi baru dalam kerjayanya.

Sementara menanti Syyh.. Dia Datang di pawagam, Apek bakal muncul dengan sitkom arahannya, Hua...Hua...Hua yang ditayangkan setiap Isnin, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (Astro 104).

Yang dibanggakan mengenai sitkom ini adalah dia mampu bekerjasama dengan barisan pelakon dan pelawak seperti Angah, Along, Nabil, Zizan, Sharifah Shahirah, Raja Azura, Ijoy, Bob Kuman dan Taugeh.

Seiring hangatnya Hua...Hua...Hua, Apek akan kembali menguasai penggemarnya menerusi filem Cicak Man 2 - Planet Hitam yang dilambangkannya sebagai 'satu kepuasan'.

KOMEDI
SAYA bukan pengganti kepada sesiapa dalam dunia komedi. Tapi penyambung kepada generasi lama yang terlebih dahulu sudah menghasilkan fenomena yang baik dalam bidang ini. Tanpa komedi, hidup pun bosan dan sunyi. Komedi ini kadang-kadang boleh jadi terapi.

PENGARAHAN
SAYA enjoy melakukannya. Seorang pengarah boleh mengarah dengan baik tapi tak menjadi pelakon. Tapi pelakon boleh menjadi pengarah yang baik kerana pernah duduk dalam posisi karya sebelum itu. Maka mereka juga lebih faham dan senang untuk melahirkan kreativiti.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Apek210

2008 ADALAH TAHUN...
TAHUN yang sibuk kerana saya sibuk mengarah dan sekali gus berlakon juga. Sebuah perjalanan yang panjang dengan aktiviti seni yang berganda. Ada masam, ada manis, biasalah, kehidupan.

KONTROVERSI
BIASA bagi seorang artis. Sudah lali tapi kita harus bijak berhadapan dengan isu sebegini. Jika berasa berdiam adalah lebih baik, maka berdiam untuk tidak memperbesarkan isu. Tetapi apabila berasa harus bercakap sesuatu, maka bercakaplah agar kontroversi itu tidak berlanjutan.

SIKAT

DULU masa saya rambut pendek, sikat adalah senjata penting untuk tampil lebih kacak dan rapi. Kemudian saya selalu simpan sikat di dalam poket seluar di sebelah belakang. Sebab senang nak sikat rambut.

Tapi sejak rambut semakin panjang, saya tak perlukan sikat lagi. Saya hanya guna jari untuk menyikat rambut. Macam iklan syampu, pakai jari pun boleh.
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:22 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126891748_cabca6e514

semoga berkekalan selama ye..jgn separuh jln dahlah
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:27 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126891744_df6e88d6c0_b





penjelasan bg isu dia seorang lesbian
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:29 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126891736_f25b2db10a_b




xtau ah lawak ke apa.....
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:32 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126891724_4e2ef1f912
BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3127109846_96a035b5c4_b



berbalas kenyataan...tah sapa betul sapa salah. tunggu & lihat jelah
Back to top Go down
aida80
Newbie
Newbie


Number of posts : 57
Age : 43
Registration date : 08/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:36 am

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 3126891718_4ca6a07939

berita gumbira pd mek2x kelate ni
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:51 am

Lisdawati-Fauzi, Amyza-Khairil finalis Sehati Berdansa

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Hi_12_10

KHAI dan Rosma serta guru tarinya, Yati (kanan), bersama replika cek bernilai RM9,000 untuk Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia, selepas di umumkan tersingkir di malam keputusan Debaran Sehati Berdansa, Studio 1 ASTRO, Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Dua pasangan selebriti iaitu Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Amyza Aznan dan suami, Khairil Izhar Mohd. Nadzir diumumkan bakal berentap pada pertandingan akhir Sehati Berdansa musim kedua.

Pertandingan akhir rancangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.

Selain menyumbangkan RM15,000 kepada badan kebajikan yang diwakili, juara pertandingan itu bakal membawa pulang kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah serta barangan hamper dan trofi.

Sementara itu, naib juara bakal menyumbang RM1,000 dan membawa pulang barangan hamper beserta trofi.

Dua pasangan selebriti itu mendapat laluan mudah setelah pasangan Khai dan Rosma diumumkan tersingkir pada rancangan Debaran Sehati Berdansa di sini malam ini.

Khai dan Rosma yang mempertahankan kedudukan sehingga minggu kesembilan berjaya mengumpul dana sebanyak RM9,000 untuk Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.

Pada pertandingan akhir itu nanti, kedua-dua pasangan bakal mempersembahkan dua jenis tarian iaitu tarian Melayu kontemporari dan tarian Latin.

Keputusan pertandingan akhir itu nanti diadili sepenuhnya oleh undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 10:54 am

Mawi-Ekin: Astro jawab TV3

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A112

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Stesen satelit berbayar, Astro, kesal dengan laporan TV3 yang mendakwa pihaknya tidak memberi kerjasama kepada krew stesen televisyen swasta itu untuk membuat liputan majlis pernikahan Mawi dan Ekin di Masjid Sultan Abu Bakar, semalam.

Ketua Perniagaan Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, laporan wartawan itu yang mendakwa dia dihalang membuat liputan majlis pernikahan Mawi adalah tidak berasas.

"Saya difahamkan selepas selesai acara akad nikah yang disiarkan secara langsung menerusi Saluran Oasis (106), wartawan tersebut telah menemu bual Mawi. Macam mana dia boleh mendakwa pihak kami menghalangnya membuat liputan.

"Memang kami sudah rancang untuk memberi kebenaran kepada stesen televisyen lain menemu bual pengantin tetapi hanya selepas siaran langsung. Ini kerana hak penyiaran secara eksklusif untuk majlis tersebut adalah milik Astro," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas persandingan Mawi dan Ekin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini semalam.

Khairul Anwar berkata, apa yang dikesalkan oleh pihak Astro, rakaman temu bual antara wartawan tersebut dengan Mawi dan Ekin tidak pula disiarkan untuk tontonan umum.

Menurutnya, selain majlis akad nikah, acara di Felda Taib Andak pada 28 Disember ini dan persandingan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 11 Januari depan juga adalah hak penyiaran eksklusif Astro.

Bagaimanapun kata Khairul Anwar, stesen televisyen lain boleh membuat liputan selepas siaran langsung.

Jelasnya, memang ada beberapa penerbit program yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihaknya untuk meminta izin membuat liputan hari bersejarah Mawi.

Kata Khairul Anwar, pihaknya hanya meminta supaya permohonan dilampirkan surat rasmi, namun tiada yang berbuat demikian.

"Kalau ada yang hantar surat rasmi memohon, sudah pasti akan dipertimbangkan kerana kami sentiasa bersikap terbuka. Kami tidak ada niat untuk membalas dendam pada mana-mana pihak. Saya amat kesal dengan apa yang dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, laporan yang tidak berasas itu boleh membuatkan orang ramai memandang serong kepada wartawan lain yang ternyata tidak menghadapi masalah semasa bertugas.

Sebelum ini, wartawan dari stesen berkenaan pernah menimbulkan suasana kurang enak sewaktu melaporkan berita pada majlis perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari.

Sementara itu, Mawi yang diminta mengulas tentang kejadian berkenaan berkata, dia tidak tahu menahu akan hal tersebut.

"Saya tidak tahu apa-apa. Saya ditemu bual oleh wartawan berkenaan selepas majlis akad nikah secara tertutup. Saya tahu pun setelah rakan-rakan dan saudara mara hantar SMS tanya kedudukan sebenar.

"Temu bual kami tidak dikeluarkan, berita lain pula yang keluar. Pada saya perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia hal kecil.

"Sebelum ini saya memang ada pergi ke Media Prima mengundang rakan-rakan wartawan untuk menghadiri majlis perkahwinan saya dan tidak sangka ini pula berlaku," katanya.

Mawi yang kesal dan sedih dengan apa yang berlaku pada hari pernikahannya berkata, beliau tidak takut kejadian tersebut akan menjejaskan perjalanan kariernya.

Katanya, dia tidak bersalah dalam kejadian tersebut justeru tidak perlu meminta maaf kepada mana-mana pihak.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:02 am

Fizzow VS. Kamal : Siapa lebih berbakat sebagai pelakon?

Fizzow Omar dan Kamal Adli, dua-dua adalah finalis Hero Remaja. Lakonan Fizzow boleh ditonton dalam Puteri Salju (TV3) dan Gadis Merah Jambu (TV9) manakala Kamal plak dalam Impian & Renjis 2 (Astro Ria).

Persoalannya, siapakah yang lebih berbakat dalam bidang lakonan?

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Fisosa10
FIZOW

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Kamalh10
KAMAL
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:10 am

Alahai Julia...Buruknya pose!

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A113
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:21 am

TV3 tidak dihalau

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A11
DEBARAN memuncak ketika lafaz akad nikah.

Stesen televisyen itu sepatutnya sudah maklum majlis pernikahan Mawi, Ekin hak eksklusif Astro

KECOH seketika apabila berita Buletin Utama malam kelmarin menyiarkan laporan kononnya ada wartawan di halang dari membuat liputan majlis akad nikah membabitkan Mawi dan Ekin.

Menurut laporan itu, wartawan yang bertugas di lokasi terbabit iaitu Masjid Sultan Abu Bakar merasa kecewa apabila penganjur enggan memberi kebenaran mereka merakamkan detik bersejarah Mawi dan Ekin serta menghadiri sesi sidang media sejurus selepas kedua mempelai itu bergelar suami isteri.

Pastinya insiden itu mengingatkan kembali kepada situasi yang pernah berlaku sebelum ini iaitu sewaktu majlis perkahwinan membabitkan pasangan sensasi Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.

Dan, ini secara tidak langsung sekali lagi nama dan maruah wartawan hiburan tercalar apabila dakwaan ini tersebar luas.

Untuk meleraikan kekeliruan itu, Ketua Perniagaan Bahagian Melayu Khairul Anwar Salleh menafikan berlakunya insiden dihalau seperti yang didakwa.


Jelasnya, apa yang mereka lakukan sebenarnya mempunyai sebab kukuh kerana itu adalah hak mereka sebagai penyiar eksklusif majlis pernikahan itu.

"Seperti yang semua pihak sedia maklum, acara pernikahan ini memang hak eksklusif Astro dan memang tidak ada stesen televisyen lain boleh merakamkan acara ini. Pun begitu, kami ada memberikan ruang dan peluang lain kepada mereka iaitu selepas acara berakhir.

"Macam wartawan TV3 berkenaan, kami tetap memberi peluang mereka untuk menemubual Mawi dan Ekin selepas itu. Namun apabila kami menontonnya cerita lain pula yang dikeluarkan.

“Pada kami penyiaran berita yang mengatakan Astro menghalau wartawan itu sebenarnya tidak berasas," tegas Khairul yang sedikit terkilan dengan penyiaran berita itu.

Tambah Khairul, walaupun Astro mempunyai hak eksklusif namun mereka masih boleh berkompromi berdasarkan syarat tertentu.

"Sebelum ini pun kami mendapat tahu yang ada pihak di sana yang berminat untuk merakamkan majlis itu. Mereka menyatakan hasrat itu kepada wakil Maestro menerusi kiriman SMS. Dan reaksi kami, seboleh mungkin kami akan cuba memberikan apa yang termampu oleh kami asalkan mereka dapat tampil dengan kertas kerja.Malangnya mereka mendiamkan diri dan perkara itu terbiar begitu saja,"jelas Khairul yang ditemui selepas majlis persandingan Mawi & Ekin yang berlangsung di

Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB).

Hadir sama pengurus saluran Oasis, Izelan Basar dan pengurus saluran Prima, Nizam Sani.

Mengenai persoalan apakah perbuatan mereka itu nanti bakal menjejaskan hubungan Mawi dengan TV3, Khairul berkata mereka tidak melihat perkara itu sedemikian rupa.

"Saya percaya jika mereka melihat mawi dari sudut bakat, mereka tidak akan buat perkara sedemikian," kata Khairul ringkas.

Tiada istilah balas dendam

DIAJUKAN pertanyaan apakah tindakan mereka menghalang krew TV3 daripada menjalankan tugas sebagai agenda ‘balas dendam’ atas apa yang yang pernah mereka lalui sewaktu majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dua tahun lalu, Izelan menafikan perkara itu.

"Tidak ada istilah balas dendam. Lagipun majlis perkahwinan adalah suatu perkara yang suci. Buat apa kita hendak mencemarinya dengan perkara seperti ini. Cuma apa yang ingin saya tegaskan adalah perkara ini ada kaitan dengan hak eksklusif penyiaran. Saya berharap mereka memahami situasi ini," katanya.

Sementara itu, Mawi ketika mengulas insiden itu mengakui merasa kesal terhadap apa yang berlaku.

"Saya memberikan kerjasama yang baik sewaktu mereka menemubual saya tadi. Jadi apabila ada pihak memberitahu saya yang ada keluar cerita mengenai kekecohan itu sewaktu berita jam 1.30 petang, saya memang terkejut sangat.

"Saya akui kesal kerana perkara ini seolah-olah cuba diperbesar-besarkan. Namun saya akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati," katanya yang tidak dapat memberi jaminan apakah perkara yang sama akan berlaku untuk dua majlis yang akan datang memandangkan acara itu masih lagi menjadi hak milik Astro.

Sebagai tuan rumah pula, Ekin menyifatkan perkara itu sebagai asam garam dalam sesebuah majlis perkahwinan.

"Biasalah, dalam setiap majlis pasti tak akan berlangsung dalam keadaan sempurna. Mesti ada cacat-cela di sana sini. Begitupun, saya harap semua pihak dapat menerima majlis ini seadanya," pinta Ekin penuh pengertian.

Majlis bertandang sebelah pengantin lelaki akan diadakan minggu depan di Felda Taib Andak, Kulai sebelum diteruskan dengan majlis resepsi ala Timur Tengah di Palace Of The Golden Horses, 11 Januari depan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:25 am

Selamat berbahagia


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Mawi11
Mawi dan Ekin.

Mawi, Ekin lega percintaan berakhir dengan ikatan perkahwinan

MENGIMBAS kembali sejarah percintaan pasangan sensasi ini, rasanya tidak ubah seperti membaca sebuah novel cinta. Perkenalan yang tidak diduga, berdua merentasi onak dan duri percintaan sebelum berakhir dengan penuh kegembiraan menjadi rempah ratus sekali gus mewarnai lagi hubungan mereka berdua.

Dan selepas mengharungi pelbagai dugaan, si pemilik nama penuh Asmawi Ani atau Mawi, 27 dan pasangannya, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin menunaikan janji mereka sebelum ini untuk menoktahkan kisah percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Menjadikan Masjid Sultan Abu Bakar sebagai saksi pernikahan mereka, Mawi dan Ekin mencanai harapan supaya rumah tangga yang dibinanya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Bukan sedikit ranjau yang perlu mereka lalui sebelum hajat mereka untuk disatukan tercapai namun berkat kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan, akhirnya impian mereka menjadi realiti dan Mawi membuktikan hasratnya untuk menjadikan Ekin sebagai suri hidupnya bukan main-main.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. Selepas melalui pelbagai tohmahan serta fitnah, akhirnya kami berkahwin juga. Saya tahu Ekin terlalu banyak berkorban untuk terus bersama saya dan saya amat menghargai pengorbanannya itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Mawi210
MAWI dan Ekin sempat bergurau selepas majlis pernikahan.

'Insya-Allah, saya akan buktikan yang saya mampu menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab dalam melayari kehidupan alam rumah tangga” janji Mawi ketika ditemui sejurus selepas upacara pernikahan itu berakhir.

Sayang Mawi pada Ekin nampaknya cukup mendalam. Malah ciuman di dahi yang diberikan Mawi kepada Ekin selepas lafaz ijab direstui saksi sudah cukup menggambarkan betapa cinta jejaka ini kepada si isteri tiada galang gantinya.

Katalah apa saja terhadap isterinya itu, sedikit pun tidak menjadi kudis buat pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tiga tahun berturut-turut ini.

Di sebalik air mata Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Mawi310
CIUMAN kasih Mawi buat isteri tersayang.

WALAUPUN Mawi menunjukkan reaksi tenang namun situasi yang dilalui Ekin agak berbeza. Gadis berusia 29 tahun ini kelihatan cukup emosi sehingga mengalirkan air mata saat memeluk ibu tersayang, Fatimah Saad.

Barangkali ada sesuatu yang terbuku di hati sehingga manik-manik jernih itu tidak henti-henti mengalir di pipi mulus bekas pelakon drama bersiri Kawan ini.

"Sebenarnya saya memang rapat dengan ibu dan semua masalah sebelum ini dikongsi bersama. Apabila sudah bergelar isteri, saya bagai terasa kehilangannya,” kata Ekin yang begitu jelita mengenakan busana rona sedondon rekaan Putra dari butik Cosry serta sentuhan hasil solekan Saidatul Nisa.

Mengulas pertanyaan perancangan mereka untuk membina keluarga, Mawi berkata mereka menyerahkan perkara itu kepada takdir.

"Kalau boleh kami memang nak cepat dapat anak. Mungkin tiga atau empat orang, saya tak kisah. Tapi kalau boleh biarlah anak kembar," seloroh Mawi sambil tertawa kecil.

Mengenai destinasi berbulan madu pula, Mawi berkata dia mereka sepakat memilih untuk ke Korea sebagai lokasi pilihan.

"Mungkin kami akan ke Korea dulu. Kalau dapat cuti panjang, barulah saya akan bawa Ekin ke Syria, tempat saya melamarnya dulu," jelas Mawi lagi.

Biarpun sebelum ini sudah berbuih mulut Mawi dan Ekin menjelaskan bahawa tidak semua perkahwinan mereka ditaja, namun jawapan itu sering menjadi bahan pertikaian. Dan dakwaan mengatakan pasangan ini berkahwin tanpa mengeluarkan sesen pun semakin hangat diperkatakan terutama apabila ramai yang menyaksikan senarai panjang nama mereka yang terbabit dalam acara itu di penghujung siaran iaitu di bahagian ‘credit title’.

"Saya tak nafikan memang ada yang menaja majlis ini tetapi bukan semua. Malah ada yang memberikan harga istimewa untuk majlis ini. Itu saja,' tegas Mawi.

Nilai tajaan RM2.5 juta

SEWAKTU acara akad nikah dilangsungkan, Mawi dengan sekali lafaz saja selamat diijabkabulkan dengan Ekin dan upacara pernikahan diijalankan oleh Datuk Imam Hj Mahat Mohd Said tepat jam 11.45 pagi dengan saksi akad, Kadi Daerah Johor Bahru, Syeikh Haji Husni Tamrin Md Sharif dan Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Imam Mahadir Yahya.

Saksi mempelai lelaki diwakili Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz, manakala sebelah perempuan, Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri.

"Sebelum majlis nikah hari ini saya hari-hari berlatih melafazkan ijab dan kabul kerana bimbang salah sebut pada hari sebenarnya nanti. Jadi saya hafal hari-hari terutama permulaan ayat itu kerana kalau yang depan sudah betul, yang belakang kira okeylah,” katanya.

Rombongan mempelai lelaki diketuai Ustaz Abdul Ghani Khamis membawa 9 dulang hantaran berupa cek bernilai RM30,000, senaskhah Al-Quran, Cincin, tas tangan, jam tangan, alat solek dan wangian, kek dan sirih junjung. Adat ini dibalas 11 dulang hantaran berupa jam tangan, kasut, dompet dan tali pinggang, sejadah dan songkok, senaskhah Al-Quran, cincin, set wangian, kek, buah-buahan, coklat dan sirih junjung beserta mas kahwin RM22.50.

Kerlipan barangan perhiasan indah tajaan Habib Jewels menaikkan lagi seri kedua-dua mempelai. Habib bukan saja menaja barangan kemas untuk acara akad nikah malah turut melengkapi persalinan bersanding dan acara potong kek dengan nilai keseluruhan RM2.5 juta.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:29 am

Selamat pengantin baru Mawi dan Ekin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Aa10

EKIN menyuap makanan Mawi pada majlis persandingan mereka di Stadium Tertutup MBJB.

SEBAIK saja kaki melangkah masuk ke dalam Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang menjadi lokasi majlis persandingan keluarga pihak perempuan, aroma segar mawar merah bertebaran memenuhi suasana.

Pelamin yang tersergam indah, berlatarkan dedaun hijau serta lampu chandelier menerangi suasana seakan menggamit pasangan pengantin baru untuk singgah di sana.

Sejak awal lagi tetamu yang diundang begitu setia menanti ketibaan pengantin popular ini. Sambil diiringi gesekan biola yang mengalunkan melodi Kaulah Segalanya yang dinyanyikan Ruth Sahanaya.

Bak pahlawan melayu, Mawi kelihatan segak mengenakan kot baldu hitam yang direka khas Putra dari butik Cosry. Manakala Ekin kelihatan menyerlah dengan kebaya ekor meleret yang juga direka khas oleh pereka yang sama.

Selepas acara menepung tawar oleh ahli keluarga masing-masing, pasangan pengantin ini dibawa ke meja santapan. Sambil menikmati juadah enak iaitu nasi briyani, dalca, ayam masak merah serta pencuci mulut, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian bekas peserta Akademi Fantasia, Akma dan juga Haziq.

Bagi acara potong kek, sekali lagi pasangan ini bertukar pakaian. Kali ini Mawi tampil dengan memakai kot yang ditaja khas Lord's Tailor manakala Ekin kekal dengan rekaan Cosry.

Menepati janjinya untuk tidak berlebih-lebihan dalam mengadakan majlis perkahwinan, apa yang dikatakan majlis persandingan itu cukup ringkas dan tetamu yang hadir turut diberi peluang untuk beramah mesra dan merakamkan foto kenangan bersama pasangan pengantin.

Mungkin majlis persandingan ini bukanlah seperti majlis "Wedding of the Year' seperti yang diuar-uarkan, namun apa yang lebih penting, Mawi dan Ekin berjaya membuktikan jodoh mereka memang kuat dan walaupun pelbagai rintangan datang melanda sewaktu mereka melayari lautan cinta, namun kuasa tuhan tiada siapa

yang dapat menghalangnya.

Selamat Pengantin baru Mawi dan Ekin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

INFO: Sekitar perkahwinan Mawi dan Ekin

*SEHARI sebelum majlis pernikahan, Mawi dan Ekin tetap selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Malahan pasangan sehati sejiwa ini sempat meluangkan masa meninjau persiapan terakhir yang dilakukan penganjur.

*SUASANA di persekitaran Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor tempat berlangsungnya acara akad nikah kedua mempelai kelihatan tenang dan terkawal walaupun kononnya ada yang menjangkakan kawasan itu akan sesak kerana akan menjadi tumpuan ramai.

*MAWI akui semakin tarikh perkahwinannya hampir, semakin kerap dia ‘bertemu’ dengan arwah bapanya, Ani Ahmad di dalam mimpi.

*UNTUK pakaian yang dipakai Ekin bagi acara akad nikah, bersanding dan sesi memotong kek serta dua helai pakaian untuk Mawi yang ditaja Cosry, semuanya bernilai mencecah angka RM47 ribu ringgit.

*BAGI acara akad nikah, penonton berpeluang menyaksikannya secara langsung di saluran Astro Oasis manakala majlis persandingan di sebelah malam, penonton mungkin berpeluang menyaksikannya menerusi Astro Prima dalam bentuk rakaman

*UNTUK pelamin di Stadium Tertutup MBJB, sebanyak 15 ribu kuntum mawar merah segar digunakan sebagai bahan penyeri.

*SERAMAI 30 anggota rela, enam polis dan 10 pengawal peribadi digunakan khidmat mereka untuk acara ini.

*PENGACARA yang mengendalikan majlis persandingan di Stadium Tertutup MBJB tersalah konsep apabila gaya percakapannya seolah-olah sedang mengacarakan konsert. Terlalu banyak menjerit hingga mengundang perasaan tidak puas hati ramai pihak.

*PENGANTIN nampaknya cukup mesra apabila memberi peluang kepada tetamu untuk merakamkan foto mereka bersama sebagai tanda kenangan

*TETAMU malam itu turut dihiburkan persembahan deklamasi sajak, tarian tradisonal, nasyid serta nyanyian daripada dua bekas peserta AF iaitu Haziq dan Akma.

*BEG kertas yang tertera gambar kedua mempelai dan berisi manisan menjadi hadiah cenderahati buat tetamu jemputan yang menghadiri acara akad nikah.

SEBAIK saja acara selesai, bunga mawar merah yang menjadi perhiasan di meja makan turut dibawa pulang tetamu sebagai hadiah kenangan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:32 am

Ekin kerap menangis kerana fitnah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Mainpi16
MAWI dan Ekin di atas pelamin yang tersergam indah dengan dedaun hijau dan lampu chandeliar.

Keluarga nasihat itulah realiti terpaksa dihadapi apabila bertunang dan berkahwin dengan orang popular seperti Mawi

HATI mana yang tidak terguris jika darah daging sendiri dikata macam-macam. Sejak dicanang anaknya itu adalah kekasih kepada seorang penyanyi tersohor negara, privasi mereka sekeluarga bagaikan direnggut.

Setiap hari ada saja fitnah yang datang sehingga mencemarkan nama mereka sekeluarga.

Namun, selepas difikir kembali itulah harga yang perlu dibayar apabila mempunyai ahli keluarga yang terbabit sebagai anak seni segala kata-kata yang menyakitkan hati dipendam begitu saja.

Itulah juga yang diperkatakan bapa kepada Ekin, Rahmat Mohammad saat diajukan pertanyaan bagaimana penerimaan mereka sekeluarga yang terpaksa berdepan dengan cerita kurang manis mengenai anak gadisnya itu.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Mainpi15
EKIN dalam persiapan terakhirnya sebelum majlis akad nikah.

"Sebagai bapa, saya tahu anak saya tidak seburuk yang disangka. Tapi ada kala terasa sedih juga apabila melihat dia sering menangis gara-gara fitnah yang melanda. Apa yang boleh saya katakan hanyalah meminta dia bersabar kerana itulah yang perlu dihadapi atas populariti yang dikecapinya itu," katanya kepada Hip.

Sambil mengakui lega sebaik saja anaknya itu kini sah bergelar isteri kepada Mawi, Rahmat menjelaskan dia begitu realistik terutama ketika Ekin memperkenalkan Mawi kepada dia dan ahli keluarga lain.

"Saya selalu bercakap dengan dia (Ekin), selagi tidak diijabkabulkan, Ekin tidak harus yakin yang Mawi akan menjadi miliknya seratus peratus. Iyalah, Mawi kan popular, pasti ada ramai kawan dan akan ada ramai gadis yang mahu memilikinya.

“Jadi saya kata padanya, kalau Mawi serius hendak berkawan dengan anak pakcik, dia kenalah bawa keluarganya berjumpa.

“Itu yang selepas hari raya, keluarganya datang merisik. Begitupun, itu masih belum mampu memberikan keyakinan pada saya untuk mengatakan Mawi bakal menjadi menantu saya. Saya hanya akan merasa lega bila perkara itu sudah sah seperti hari ini," jelas Rahmat sambil menyifatkan Mawi sebagai lelaki yang baik.

Sementara itu, kakak kepada Mawi, Rashidah Ani lebih senang mendengar dari mulut Mawi sendiri mengenai bakal adik iparnya itu daripada mempercayai bulat-bulat apa yang disebarkan.

"Memang sebelum ini kami sering mendengar cerita kurang manis mengenai Ekin. Tapi kami lebih senang bertanyakan hal ini pada Mawi akan kebenarannya. Pada kami Ekin seorang yang baik dan tidak kekok untuk bercampur gaul dengan keluarga kami.

"Kami sekeluarga merestui hubungan mereka. Kalau dia tidak baik, kami doakan dia menjadi baik. Kalau dia sememangnya baik, kami doakan agar dia menjadi lebih baik,' jelas Rashidah.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:37 am

PAPERBAG GAMBAR MAWI&EKIN

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A114

Gambar mawi&ekin di abadikan pada paperba yg d berikan kepada tetamu yg hadir pada majlis perkahwinan mereka... cinta
Back to top Go down
cik sara
Super Senior
Super Senior
cik sara

Number of posts : 622
Age : 39
Location : pucHoNg
Registration date : 02/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:41 am

fuh..besnye kawin ditaja cmni..
jeles btol... eeee..geramnyer
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ciksara
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:41 am

Awie Seret Presiden Pekida Ke Mahkamah

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 12202026

KUALA LUMPUR, 19 DIS 2008: Demi kerana maruah, nama baik serta reputasi dirinya, pelakon serta vokalis Wings, Awie, tekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Pekida, Tuan Haji Jamaluddin Yusof.

Tindakan undang-undang itu dilakukan selepas Jamaluddin dengan lantangnya telah membuat andaian, dakwaan serta tohmahan yang mengaitkan dirinya sebagai kepala gangster dengan tuduhan menjadi ketua kumpulan samseng serta salah seorang daripada 15,000 anggota pertubuhan itu yang telah songsang.

Jamaluddin telah membuat kenyataan tersebut menerusi akhbar Metro Ahad edisi 14 Disember 2008 yang turut memaparkan artikel Awie mengenai pembabitannya dalam pertubuhan Pekida yang dianggotainya sejak 2001 hingga kemudian dilantik sebagai ayahanda pada 2004.
"Saya benar-benar terkejut dengan dakwaan yang dibuat Tuan Haji Jamaluddin itu menerusi Metro Ahad. Ketika itu saya berada di Kota Bharu atas satu urusan.

"Isteri saya yang beritahu saya supaya dapatkan akhbar. Hari itu memang Metro Ahad laris macam goreng pisang. Tapi, saya berjaya juga mendapatkan 2 naskhah dan apabila saya baca, saya mengucap panjang.

"Kenapa saya lagi ditimpa dengan fitnah yang sebegini? Kalau fitnah menerusi cakap saja tidak mengapa. Tapi, bila ia dipaparkan dalam kahbar dan dibaca ratusan ribu orang, bagaimana?," katanya salam satu sidang media tergempar di Hotel Millenium, di sini, petang tadi.

Jelas Awie lagi, bagaimana dia hendak berhadapan dengan keluarga sekiranya timbul berita fitnah seperti itu?

"Apa yang saya hendak cakap kepada 2 keluarga mertua saya. Hubungan bersama mertua lama tidak boleh putus kerana cucu mereka adalah anak-anak saya. Ada 5 perut dalam rumah saya yang saya hendak bagi makan. Apa yang saya hendak beri pada mereka lagi sekiranya ada pihak yang takut hendak beri saya job lagi?

"Ada beberapa produser filem mahu ambil saya berlakon dalam filem-filem mereka. Apa yang saya hendak cakap pada mereka?

"Dan kalau, mereka tak mahu ambil saya berlakon kerana takut kontroversi yang tidak betul ini kerana ia mampu menjejaskan filem mereka, bagaimana saya hendak cari rezeki untuk keluarga saya?

"Ada usahawan yang hendak buat bisnes dengan saya, tapi sebaik saja membaca kisah ini, mereka terpaksa suruh saya supaya berhati-hati kerana bimbang isu ini akan menjejaskan perniagaan yang bakal kami hendak mulakan nanti," katanya lagi dengan suara penuh emosi.


Tuduhan Jamaluddin Tidak Berasas


Sambung Awie lagi, "Kalau benar saya ini boleh kutip RM3,600 daripada setiap ahli, buat apa saya sibuk menyanyi dan berlakon di sana sini? Lebih baik saya duduk bersenang lenang dan goyang kaki. Saya tidak perlu buat kerja apa-apa. Kalau betul saya ini kepala gangster, buat apalah saya sibuk membuat kerja-kerja kebajikan untuk anak-anak yatim di seluruh Malaysia?

"Untuk apa saya sibuk menyatupadukan masyarakat Melayu khususnya golongan muda yang bermasalah sambil berusaha untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan?

"Kalaulah kerana saya memakai baju lambing naga itu salah, lebih baik haramkan apa saja yang berkaitan dengan naga serta beberapa binatang lain yang nampak ganas seperti ular dan singa. Tukarkankan dengan lambang lain seperti tikus, lintah atau kucing yang nampak comel," katanya.

Tuduhan serta dakwaan seperti itu, kata Awie bukan saja cukup mengguris hatinya tetapi membuatkan dirinya berada di dalam golongan yang teraniaya.

"Janganlah buat fitnah sesuka hati. Kalau sekadar buat andaian dengan hanya mendengar cakap orang saja, cara itu tidak betul. Buat penyelidikan dulu. “Lagipun, dia (Jamaluddin) tidak pernah kenal hati budi saya. Dia tidak tahu siapa saya. Jadi, bagaimana dia boleh buat segala tuduhan yang sama sekali tidak berasas ini.

"Saya pun tidak mahu jawatan ayahanda itu. Tapi, kalau betul, dia mahu memecat saya daripada menjadi anggota Pekida. Dia harus hantar surat tunjuk sebab. Pekida adalah satu pertubuhan. Tak boleh main cakap mulut saja," katanya.

Menerusi tetuan Arman-Yunos Advocates & Solicitors yang diwakili peguam Md Yunos Shariff, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, akan memfailkan tindakan undang-undang sivil terhadap Jamaluddin di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan & Seksyen 505 kerana melaporkan berita yang berbentuk fitnah.

Manakala satu lagi tindakan undang-undang jenayah akan dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat Awie di Balai Polis, Kota Bharu, Kelantan pada 14 Disember lalu, jam 7.31 malam selepas membaca kenyataan fitnah yang dibuat Jamaluddin itu menerusi paparan Metro Ahad pada tarikh yang sama.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:43 am

Saya tidak sombong

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Kamal10


SEJAK menjulang gelaran Hero Remaja 2007/2008, Ahmad Kamal Ahmad Adli mula seronok dengan kerjaya barunya dalam bidang glamor. Begitupun, langkah perjalanannya terpalit memori hitam gara-gara ada pihak menggelarnya artis sombong dan sering mungkir janji.


Biarpun perkara itu tidak sebesar mana, sebagai artis ia mampu menutup pintu rezekinya, apatah lagi namanya sebagai pelakon baru saja dibina.

Jika dikira, sehingga kini baru tiga watak digalasnya sebagai pelakon. Meskipun baru berjinak-jinak dalam dunia hiburan, Kamal tidak terlepas daripada asam garam dunia hiburan.

Kata jejaka berusia 22 tahun ini, bukan niatnya mahu mengguris hati sesiapa sehingga ada yang menggelarnya sombong dan suka berangan.

Mungkin perwatakannya yang pendiam dan kurang berkomunikasi disalah tafsirkan sesetengah pihak.

“Saya tahu ramai menganggap saya sombong. Baru-baru ini saya dijemput hadir pada satu majlis. Tiba-tiba saya difahamkan, nama saya digugurkan daripada senarai jemputan. Saya tak tahu kenapa.

“Agaknya mereka salah faham dengan saya. Ini kerana sebelum memberi kata putus sama ada saya boleh ke majlis itu atau tidak, saya perlu melihat jadual penggambaran drama Bionik yang dijalankan. Mungkin mereka salah anggap mengenai jawapan saya minta tempoh untuk memberi persetujuan ke majlis itu.

“Tak apalah, saya anggap itu bukan rezeki saya. Begitupun, selepas mendapat tahu nama saya digugurkan daripada majlis itu, saya segera menghubungi orang yang bertanggungjawab mengatur undangan itu dan minta maaf di atas kesulitan yang berlaku.

“Bukan niat saya mahu berlagak sombong atau mungkir janji sesuka hati, apatah lagi saya ini orang baru dalam dunia hiburan. Saya masih baru dan memerlukan bimbingan. Jangan jatuhkan hukuman begitu cepat terhadap saya,” katanya.

Sekarang Kamal sibuk di lokasi drama Bionik terbitan KRU yang akan ditayangkan di TV3 awal tahun depan. Sejak November lalu, dia jarang ada masa lapang kerana terikat dengan penggambaran drama itu sehingga Februari depan

“Mungkin perkara ini terjadi di luar pengetahuan saya. Bagaimanapun, saya minta maaf setulus hati kepada mereka yang pernah berasa hati dengan saya,” jelasnya.

Kamal yang teruja dapat berlakon dengan produksi KRU kerana kali pertama diberi watak utama, berazam mahu melakukan yang terbaik bagi membalas kepercayaan pihak produksi.

“Alhamdulillah, saya baru berlakon tiga drama tetapi sudah diberi kepercayaan memegang watak utama. Sebelum ini saya hanya diberi watak tambahan.

“Sebab itu saya mahu melakukan segala yang termampu bagi membuktikan bakat yang ada. Jika ada peluang untuk menonjolkan diri, ia harus digunakan sebaik mungkin.

“Selain itu, selepas penggambaran drama ini tamat, saya akan kembali aktif sebagai pengacara. Sekarang saya mula menerima tawaran mengacara beberapa program yang akan datang,” katanya.

Minat Kamal sebenarnya dalam bidang pengacaraan. Namun kerana peluang berlakon banyak, tidak elok pula menolak rezeki yang datang.

“Saya suka mengacara tetapi lapangan pengacaraan dan lakonan bukan dua perkara yang terlalu berbeza. Jadi, apa salahnya saya mencuba. Lagipun saya boleh mengasah bakat yang ada,” katanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:47 am

Diana atasi fobia pada kucing

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Diana12
BIARPUN tidak sampai setahun mengusahakan pusat kecantikan, D'Lugano Spa di Shah Alam, Selangor pelakon bertubuh genit, Diana Rafar, 26, mengorak langkah setapak lagi dalam perniagaannya apabila bakal menghasilkan produk Halia, krim Hot Ginger awal tahun depan.

Diana yang juga duta produk kesihatan Al-Jabbar, berhasrat menghasilkan produk itu setelah sekian lama dirancang apatah lagi spa yang diusahakan turut menghasilkan produk resipi daripada ibunya sendiri.

Di samping aktif berlakon Diana turut memperkukuhkan kedudukan perniagaannya. Pelakon filem Susuk itu, ketika ditemui selepas menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod, Radio Gaga arahan Murali Abdullah di Duta Suria, Ampang, baru-baru ini mengakui tanggungjawab dilantik sebagai duta produk kesihatan itu membuatkannya lebih bersemangat untuk menghasilkan produk.

"Jika segala-galanya berjalan lancar Insya-Allah ia adalah produk pertama dikeluarkan saya sendiri. Saya memang mempunyai impian untuk menghasilkan produk kecantikan sendiri pada masa depan. Produk halia untuk kegunaan luar seperti memecah lemak, mengatasi kulit kering dan sakit kepala.

"Tidak dinafikan pihak Al-Jabbar sendiri menerusi Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Kamaruzaman Che Hussain sentiasa memberi galakan dan nasihat untuk menghasilkan produk berkualiti. Begitupun, saya juga digalakkan untuk menghasilkan produk yang berbeza daripada yang ada di pasaran.

"Kalau diikutkan ketika menguruskan spa lagi saya sudah menghasilkan produk sendiri resipi ibu. Bagaimanapun, penggunaannya hanya di spa berkenaan. Mungkin dengan kerjasama Al-Jabbar saya dapat memasarkan produk sendiri pada masa akan datang," katanya.

Diana membintangi drama popular seperti Ezora, Diari dan Sempadan Kasih. Kini menerusi Radio Gaga, dia membawa watak teraju utama sebagai Norlela di samping barisan pelakon seperti Mahmud Ali Bashah, Maria Farida, Ezzany Nazarif, Zachery, Safa Mazlan dan Julie Dahlan.

Mengulas watak Norlela, dia berkata watak berkenaan berbeza daripada lakonannya sebelum ini paling mengejutkan apabila dia yang pada mulanya cukup fobia dan takut kepada kucing dapat mengatasi perkara itu.

"Jika sebelum ini watak saya lebih kepada watak wanita baik dan sangat feminin. Begitupun, untuk telemovie ini saya menjadi seorang wanita yang mengada-ngada dan gila-gila.

"Dalam drama ini saya mempunyai kebolehan mendengar isi hati binatang dan manusia apabila memakai alat perakam MP3 khas.

"Saya dan adik-beradik memang fobia dan takutkan kucing. Sebaik saja menerima tawaran daripada Zeel Production untuk melakonkan watak di samping seekor kucing bernama Oskar ada dalam kalangan adik-beradik saya yang mencabar untuk menerima watak itu. Memandangkan pada mereka perasaan fobia berkenaan membuatkan saya tidak mampu menjayakan watak itu.

"Disebabkan mahu meneruskan kesinambungan drama itu, saya berusaha mengatasinya. Malah dengan bimbingan pengarah, saya berjaya mengatasi masalah takut itu.

"Saya kemudian berlatih membiasakan diri dengan kucing sebelum memulakan penggambaran. Lama-kelamaan masalah berkenaan berjaya diatasi," katanya.

Tidak dinafikan bakat lakonan yang dipupuk sejak berusia lima tahun membuatkan Diana kerap mendapat perhatian pengarah dan produksi tempatan. Melalui filem Susuk arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili, Diana turut dicalonkan dalam senarai akhir Aktres Harapan di Festival Filem Malaysia ke-21 yang lalu.

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan dan memenuhi tawaran berlakon, masih ada yang bertanya mengenai hubungan istimewanya bersama pelakon drama, Zamarul Hisyam. Malah sejak enam tahun berkenalan Diana sentiasa terbuka berbicara mengenai perhubungannya.

"Kami belum merancang apa-apa. Memang kami masih berkawan begitupun masing-masing masih sibuk dengan kerjaya. Zamarul sendiri banyak memberi galakan kepada saya menguruskan bidang perniagaan. Selain berlakon, dia sendiri mengusahakan perniagaan mencuci. Dia juga suka berkongsi idea dalam mengembangkan perniagaan," katanya.


Last edited by sally_eiyna on Mon 22 Dec 2008, 11:50 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
chitra77
Enterpreneur
Enterpreneur
chitra77

Number of posts : 1070
Age : 47
Location : Sg. Petani, Kedah
Registration date : 23/05/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:48 am

BANYAKNYE BERITA...HE...HE... LAMA TAK MASUK........CUTI........................!! hoorey!!
Back to top Go down
http://www.qistinacollection.blogspot.com
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 11:56 am

2 DIANA

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Dd14 BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Dd210

DIANA RAFAR & DIANA NAIM
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 12:03 pm

Hello lariskan Farah Asyikin

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 F44

LAGU berjudul Hello nyanyian Farah Asyikin mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar muzik, malah kerap menjadi pilihan disiarkan di stesen radio tempatan.
Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik nukilan Farah sendiri itu berentak electro-pop rock disifatkan menarik dan mudah diterima pelbagai lapisan usia.

Selepas single 1000 Penipuan yang turut mendapat sambutan positif, penampilan bersama Hello juga tidak kurang hebatnya.

Pemenang anugerah Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 ini mengakui selesa menyanyikan lagu itu, malah gembira kerana mendapat maklum balas positif daripada peminat.

"Tidak kira remaja dan individu pertengahan umur juga suka mendengar lagu itu. Mungkin disebabkan lagu berkenaan mudah dihayati. Saya bersyukur kerana lagu ini mendapat maklum balas yang positif daripada peminat dan penggemar muzik. Sekurang-kurangnya ia menjadi pendorong dan motivasi kepada saya untuk terus berkarya pada masa depan.

"Ketika ini juga saya masih mengadakan perbincangan bersama Audi untuk proses pemilihan lagu untuk menerbitkan album kedua. Setakat ini kami sudah ada beberapa lagu dan akan memasuki studio rakaman selepas segala urusan pemilihan lagu selesai. Jika tiada aral, album berkenaan dijadualkan siap awal tahun depan," katanya.

Farah yang memulakan karier nyanyian sejak 1999 pernah merakamkan beberapa dua lagu iaitu Bebas dan lagu hit, Kembali Lagi Di Sisimu yang terdapat dalam album kompilasi Salem Cool Planet. Peserta program realiti nyanyian, One In A Million tampil bersama album pertama yang dipasarkan sekitar Mei tahun lalu.

Antara lagu popularnya seperti 1000 Penipuan, Dari Sini Ke Bintang-Bintang, Di Pangkuan Pilu, Cinta, dan Get Happy. Malah lagu hitnya, 1000 Penipuan turut menjadi lagu pilihan dalam telemovie dan filem popular, Gol & Gincu.

Selain aktif mengadakan persembahan pentas Farah yang juga duta produk jenama jam tangan mewah, Roscani itu turut sibuk dengan aktiviti promosi barangan berkenaan. Dia juga baru saja selesai melancarkan koleksi terbaru jam tangan Roscani di Plaza TTDI baru-baru ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 12:29 pm

RAJA LAWAK 3 (WANITA)

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Permai10
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 12:32 pm

Farah Asyikin nafi seksi


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Fa12

Nampaknya nama Farah Asyikin semakin popular sejak kebelakangan ini. Selain kerjaya seni yang semakin 'menjadi', penampilan barunya selepas bergelar janda juga turut menarik perhatian ramai.

Malah terdapat segelintir peminat nakal yang melabelkan penyanyi berkulit cerah itu sebagai seksi. Walaupun Farah menafikannya namun penampilannya ketika menjayakan majlis pelancaran model terbaru jam tangan Roscani baru-baru ini seakan mengiyakannya.

Bagaimanapun beliau ternyata mempunyai sebab tersendiri tentang penampilannya pada malam itu. Katanya dia tidak menganggap dirinya seksi kerana tidak pernah keterlaluan apabila berpakaian.

Tetapi sebagai penyanyi, katanya, dia perlu bertindak profesional kerana sesetengah acara yang dijayakannya memerlukannya memakai pakaian yang telah disediakan oleh pihak penganjur atau penaja.

"Pada hari ini saya memakai pakaian yang telah disediakan oleh pihak penaja. Tapi saya tidak rasa pakaian ini seksi kerana ianya tidak terlalu terdedah. Selain itu, saya juga memakai stoking supaya peminat tidak merasakan saya seksi.

"Saya yakin peminat sekarang semakin bijak menilai. Seksi pada saya bukan sahaja pakaian yang terlalu terdedah sebaliknya banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu kelihatan seksi pada pandangan orang lain," katanya.

Tambahnya sebagai penyanyi dia perlu sentiasa menjaga penampilan supaya peminat tidak bosan dengan kehadirannya. Apatah lagi dia kini duta jam tangan terkenal dan perlu bijak membawa imej supaya kerjasama yang terjalin di antaranya dengan pihak Roscani akan terus berjalan lancar.

"Mengikut kontrak, saya akan menjadi duta Roscani selama setahun. Sehingga kini kerjasama kami berjalan baik. Malah saya rasa sangat teruja kerana diberitahu beberapa model jam tangan yang saya gayakan mendapat permintaan tinggi daripada peminat. Saya harap keadaan ini berterusan dan peminat akan terus memberikan sokongan," ujar bekas peserta rancangan realiti popular ‘Malaysian Idol’ dan ‘One In A Million’ ini bangga.

Diusik dengan soalan tentang perhubungannya dengan Mark, anak sulung daripada empat beradik ini memberitahu mereka berdua masih berkawan baik seperti dahulu. Jadi tidak timbul soal mereka berkrisis atau bergaduh gara-gara Mark tidak menemaninya ke majlis tersebut.

Bagaimanapun dia mengakui buat masa ini mereka berdua tiada perancangan untuk mengeratkan lagi perhubungan yang terjalin dengan ikatan yang lebih kukuh.

"Mark tak datang majlis ini bukan kerana kami bergaduh. Sebaliknya dia kini berada di Sarawak. Walaupun dia di sana tetapi dia sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Tapi rasanya lebih baik dia tak datang hari ini kerana kalau dia datang, sudah pasti cerita yang keluar kelak adalah cerita antara saya dengannya. Bukan cerita tentang majlis pelancaran ini," ujar wanita berusia 29 tahun ini sambil ketawa kecil.

Tentang perkembangan terbarunya, Farah yang cukup popular dengan lagu “1000 Penipuan” ini memberitahu kerjaya seninya berjalan seperti biasa. Malah saban minggu dia menjayakan pelbagai persembahan pentas yang dianggapnya sebagai satu mekanisme berkesan untuk mempromosikan album terbarunya.

"Saya rasa begitu gembira kerana peminat mula mengenali saya apabila lagu “1000 Penipuan” dan beberapa buah lagu lain di dalam album saya mendapat perhatian. Saya sangat bersyukur kerana setelah sekian lama berkecimpung di dalam dunia seni, orang mula menghargai bakat yang saya miliki. Saya berdoa supaya sokongan peminat ini akan berterusan dan jika ada rezeki saya mahu menghasilkan album baru tidak lama lagi."
Back to top Go down
eira ariyana
Ahli VVIP
Ahli VVIP
eira ariyana

Number of posts : 3481
Age : 42
Location : Kampung Melayu Subang++
Registration date : 09/07/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 12:32 pm

adoii jenuh aku nak kahtam berita
sensasi hang ni.hhheee
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 12:37 pm

Kak Engku Gamatkan Teater Sinbad

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 12112010

Teater muzikal Sinbad arahan A Aris A Kadir kini sudah sampai ke detik penghujung pementasannya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Bagi sesiapa yang sudah menonton pementasan ini, pasti tidak akan dapat melupakan gelagat beberapa watak yang ditampilkan di dalam teater menarik ini.

Watak-watak seperti Syakala, Titi, Kumpulan Monyet, Kumpulan Obor-Obor, Kumpulan Tangan Sotong, Kumpulan Kelasi Kapal serta Pengawal & Pengikut begitu mencuit hati.

Bagi watak seperti Sinbad, Putera Zariq serta Puteri Nursaibah pula, lakonan serta nyanyian yang disampaikan pelakon-pelakon cilik ini ternyata cukup menyerlah.

Paling menarik perhatian, tentunya Raja Azura atau Kak Engku, deejay Sinar FM yang membawakan watak sebagai Dewi Bencana iaitu ratu sotong di lautan yang sangat memusuhi manusia terutama Sinbad. Dengan kostumnya yang berbentuk sotong hingga menyukarkan dia untuk bergerak, Kak Engku ternyata bijak membawakan karektornya.

Malah, lawak Kak Engku berjaya menggamatkan suasana Panggung Sari dengan lawaknya yang spontan dan sangat melucukan.

Pengarah teater muzikal Sinbad, A Aris A Kadir ketika diwawancara berkata, tidak mudah sebenarnya hendak mengendalikan produksi yang besar seperti Sinbad.

"Apatah lagi bila ia membabitkan keseluruhan kanak-kanak. Kita bukan saja perlu bersabar dengan kerenah mereka tetapi harus bijak menangani seribu satu macam perangai mereka. Alhamdulillah, pengalaman bekerja dalam beberapa produksi teater muzikal kanak-kanak seperti Siti Di Alam Fantasi, Aladdin serta Ali Baba sebelum ini banyak membantu saya untuk mengarahkan Sinbad dengan sebaik mungkin," katanya yang pernah pentaskan Bangsawan Laila Majnun tahun lalu.

Pemilihan Kak Engku sangat tepat

Sungguhpun begitu, Aris mengakui bahawa dia sangat tegas apabila berhadapan dengan mereka. Sebab tak mudah sebenarnya mengarahkan pelakon kanak-kanak berbanding dewasa.

"Lebih-lebih lagi bila ada di antara mereka ini langsung tidak mempunyai apa-apa asas teater. Ada pula yang tidak pernah berlakon langsung sebelum ini.

"Tapi, lihatlah mereka dalam pementasan ini. Mereka cukup mengagumkan dan saya terpaksa beritahu mereka supaya beri tumpuan pada lakonan mereka. Kalau ada masalah dari segi teknikal, biarkan orang dewasa yang memikirkannya," katanya.

Mengenai pemilihan Kak Engku sebagai Dewi Bencana pula, Aris yang berkata, ia sememangnya menepati kehendaknya untuk mendapatkan seseorang pelakon dewasa yang petah serta boleh berdialog secara spontan.

"Sebelum ini, Amy Mastura pernah ditampilkan dalam Siti Di Alam Fantasi. Aznil Hj Nawawi pula dalam Ali Baba. Akhirnya siapa lagi yang tinggal?

"Waktu itulah saya terfikir tentang Kak Engku. Sebaik saja ditawarkan dia bersetuju. Tak susah untuk Kak Engku serasi dengan kanak-kanak. Mungkin kerana statusnya yang bergelar ibu. Namun, bekerja dengan mereka mungkin memberikan pengalaman baru buat Kak Engku. Jadi saya minta dia untuk berusaha bermain dengan anak-anak ini supaya mereka selesa berlakon.

"Saya juga minta Kak Engku mengawal anak-anak ini menerusi lakonan serta dialognya yang spontan supaya mereka akan dapat ikut rentak Kak Engku apabila beraksi di atas pentas," katanya.

Memulakan kerjayanya sebagai penari serta koregrafer, Aris bagaimanapun mengakui bahawa dia memang mempunyai minat serta kecenderungan untuk mengarah teater.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 12:38 pm

Darling: Kami Tak Pernah Bertunang

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 12162010

"Kami tidak pernah bertunang sebagaimana yang dilaporkan. Perkara itu sama sekali tidak benar dan saya rasa ia haruslah diperbetulkan.

"Pemberian cincin emas belah rotan itu pula sekadar cincin hantar tanda daripada pihak keluarga Adam Salleh sewaktu mereka datang untuk merisik," kata pelakon, pengacara serta produser tempatan, Nasreen Ngasri atau Darling Ngasri.

Darling berkata demikian sebagai mengulas laporan murai.com.my semalam yang memaparkan berita tentang dirinya sudah putus tunang dengan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh

Laporan itu dibuat hasil daripada wawancara bersama ibu Adam Salleh, Raja Hamidah Raja Sa'at sewaktu krew murai menghadiri majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-76, petang Ahad lalu. Wawancara bersama Adam turut disertakan.

Sehubungan itu, kata Darling, dia sendiri tidak mengerti serta tidak memahami mengapa majlis merisik itu dianggap sebagai majlis pertunangan mereka sedangkan hal itu sama sekali tidak berlaku.

"Cincin hantar tanda selalunya dianggap sebagai pemberian hadiah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan sewaktu mereka datang merisik kecualilah kalau kedua-dua pihak sudah sebulat suara untuk melangsungkan pertunangan pada hari yang sama," katanya kepada murai.com.my.

Darling bagaimanapun tidak menafikan bahawa keluarganya sudahpun memulangkan cincin hantar tanda itu kepada pihak keluarga Adam, baru-baru ini.

"Sebab-sebab penolakan itu pula bukanlah datang daripada pihak keluarga saya tetapi datangnya dari diri kami berdua. Siapa yang memulakan dan siapa jua yang mengakhirinya adalah dari kami sendiri.

"Namun saya rasa, tidak wajar untuk saya menyatakan mengapa semua ini boleh terjadi. Biarlah hal itu dijelaskan Adam sendiri. Itu pun, kalau dia rasa dia perlu jelaskan. Apa yang penting, saya sangat menghormati Adam. Sebelum ini kami memang berkawan rapat dan sepanjang berkawan dengan dia, Adam bagi saya adalah seorang lelaki yang cukup baik.

"Dia juga sering memberikan nasihat yang berguna untuk saya. Malah dia juga banyak membantu saya untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan," katanya.

Jelas Darling lagi, dia tidak pernah melihat usia serta status Adam sebagai seorang duda sebagai penghalang kepada persahabatan mereka.

"Entahlah...Saya pun tidak tahu hendak cakap apa lagi. Anggap sajalah apa yang berlaku ini sudah pun berlaku.

"Apapun, saya akan serahkan semua ini kepada Allah SWT. Siapa tahu mungkin jodoh kami ada dan masih kuat. Kita tengoklah nanti, macam mana," katanya.

Adam Salleh sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Ilyka dan sebelum itu juga pernah bercinta dengan penyanyi Haleeda.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:14 pm

eira ariyana wrote:
adoii jenuh aku nak kahtam berita
sensasi hang ni.hhheee

tau xpe...e2la hang dh lame xsinggah umah aku..
byk ler berita sensasi!! dpt bonus berjuta2 kan... ngeh3x
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:18 pm

Kes cerai personaliti TV3
Zakiah diberi amaran, Mazidul tak beri kerjasama


BUKAN sahaja artis yang terpaksa turun naik mahkamah syariah untuk menyelesaikan kes perceraian mereka tetapi tidak terkecuali dua orang personaliti TV terkenal TV3, Zakiah Anas dan Mazidul Akmar Sidek.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A115

Zakiah Anas, 42, yang tidak mampu lagi bertahan dengan masalah rumah tangga yang sedang dilalui selama ini telah mengemukakan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, suami personaliti terkenal itu tidak hadir pada prosiding tersebut dengan alasan belum bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut. Malah, beliau melalui kiriman khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada peguam syarie Azmi Rais memohon sedikit masa untuk membuat perbincangan secara baik dengan isterinya itu.

Zakiah ketika ditemui di luar mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kala ditanya apakah orang ketiga yang menjadi punca permohonan cerainya itu. “Saya minta maaf kerana tidak dapat komen apa-apa mengenai hal ini (perceraian) kerana telah diberi amaran oleh pihak atasan untuk tidak memberi sebarang kenyataan kepada media.

Apa pun ia tidak ada kena-mengena dengan orang ketiga,” ujarnya ringkas sekali gus menafikan gosip yang mengaitkannya dengan seseorang yang berpangkat baru-baru ini. Pasangan yang telah berkahwin selama 15 tahun ini dikurniakan dua orang anak lelaki yang masing-masing telah menginjak ke usia remaja. Sebutan semula kes permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 pasangan ini akan disebut semula pada 23 Disember akan datang.

Sementara itu, rakan setugasnya Mazidul Akmar Sidek pula berdepan kes pengesahan lafaz cerai yang telah difailkan oleh isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Mazidul dan isteri telah berkahwin pada 21 Mei 1997 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhamad Afif Faiq, 10, dan Muhamad Azard Faez, 7.

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 B52

Sungguhpun telah 14 tahun bertugas sebagai wartawan penyiaran dan sepatutnya lebih memahami tugas sebagai seorang wartawan, Mazidul menolak untuk memberikan kerjasama dengan pihak media.

Tegas tidak mahu memberikan sebarang komen tentang perceraiannya itu, beliau dan isteri meninggalkan mahkamah sejurus selepas selesai prosiding.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:24 pm

“Saya tidak boleh lari...” Rozita Che Wan


BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 22429810

Pelakon jelita yang kini sering menjadi mangsa gosip, Rozita Che Wan mengakui dirinya semakin rimas. Masakan tidak dirinya dihujani pelbagai cerita kurang enak yang diperhebahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tatkala ditemubual ternyata Rozita berasa hampa dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya itu.

`Saya akui gosip yang diperkatakan tentang diri saya semakin menular. Keadaan ini membuatkan saya berasa rimas. Malah perkara begini terjadi disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada saya malah turut mengaibkan orang lain.

Tambah Rozita lagi dirinya pasrah dengan apa yang berlaku dan dia berharap para peminat tidak menyalahkan dirinya dan faham dengan situasi dirinya.

Rozita juga menjelaskan dirinya seringkali menjadi mangsa fitnah. `Saya tidak tahu kenapa orang fitnah saya yang bukan-bukan. Lepas satu persatu orang buat cerita tentang saya. Saya pun pelik kerana benda-benda yang dituduh tidak satupun yang saya lakukan.

`Orang boleh buat cerita apa sahaja sedangkan perkara sebegitu tidak pernah wujud dalam diri saya,’’ terang Rozita hampa.
Back to top Go down
L.I.N
Ahli Familiar
Ahli Familiar
L.I.N

Number of posts : 145
Age : 41
Location : KL
Registration date : 22/12/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:26 pm

aku singgah kat sini sebab info die up to date..bravo..syabas2..aku suka kan nya
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:27 pm

Gosip Kahwin: Camelia rimas

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Untitl39

Jika disebut nama Camelia, pasti ramai yang akan mengaitkan wanita cantik ini sebagai ikon serta pelopor fesyen bukan sahaja di negara ini malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Dikurniakan kecantikan asli dan wajah yang fotogenik, dia sentiasa dikagumi malahan foto-foto yang menampilkan wajahnya seringkali mendapat perhatian.
|
Bukan itu sahaja pemilik kepada nama penuh Dayang Nur Camelia Abang Khalid ini pernah tersenarai sebagai salah seorang wanita tercantik di dunia suatu ketika dahulu.

Berbicara dengan Camelia membuatkan masa yang berlalu seakan tidak terasa. Manakan tidaknya, banyak hal-hal dan perkembangan terbaru yang berjaya kami selongkar dari hati wanita gigih ini.

Sekian lama menyepi dan tidak muncul di mana-mana media tidak membuatkan Camelia kekok saat berhadapan dengan pelbagai soalan yang kami lontarkan. Kematangan menjawab semua soalan membuatkan terbit rasa kagum dengan personaliti dan peribadi yang tersemat kukuh dalam diri wanita anak kelahiran Negeri Sarawak ini.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:31 pm

“Itu bukan satu masalah...” Irma Hasmie

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 A116

Pelakon wanita jelita yang terkenal dengan sikapnya yang manja dan ramah Irma Hasmie sememangnya mudah untuk didekati. Sepanjang mengenali Irma, MH tidak mengalami sebarang permasalahan. Irma sering memberi kerjasama yang terbaik.

Selepas beberapa tahun bergelumang dalam bidang lakonan dan seringkali memegang watak utama ternyata mutu lakonan Irma bertambah baik. Namun sejak kebelakangan ini dengan kehadiran ramai pelakon baru Irma tidak kisah melakonkan watak yang cukup berlainan dan bukanlah sebagai watak utama.

“Pada saya perkara itu semua bukannya satu masalah. Setiap watak yang saya lakonkan sebenarnya perlu ada perbezaan. Mungkin sesetengah orang akan beranggapan begitu, namun tidak bagi saya,” jelas Irma penuh ikhlas.

“Setiap watak sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri. Sebagai seorang pelakon watak yang diberi merupakan satu tanggungjawab dan pengarah akan memberikan kebebasan kepada kita bagaimana cara untuk kita tonjolkan kepada penonton,” kata Irma yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie, ‘Hantu Raya’ yang bakal disiarkan di TV3.

Menerusi Anugerah PPMH Irma Hasmie turut disenaraikan menerusi kategori Artis Wanita Berkulit Cantik.

“Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat dan rasa diri dihargai apabila terpilih sebagai finalis bagi kategori Artis Wanita Berkulit Cantik menerusi Anugerah PPMH,” terang Irma sambil tertawa gembira.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:33 pm

Are-Meer (Sofaz) serah pada rezeki

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Cover111


Buat Are-Meer, sebaik mendapat tahu namanya tercalon di antara senarai top 5 PPMH bagi kategori Artis Lelaki Kulit Cantik merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai buatnya. Menerusi pencalonan ini buatnya dapat memahami sekaligus mendekati citarasa dan penilaian peminat di luar sana tentang selebriti tanah air.

Buat Are-Meer, kemenangan bukanlah segala-gala buatnya kerana berada di senarai top 5 pun sudah mencukupi baginya. “Saya tak mengharapkan kemenangan dan saya langsung tak fikirkan pun. Bagi saya kalau ada rezeki itu adalah,” bicaranya.

“Bagi saya MH adalah satu-satunya majalah yang diminati kerana menyajikan pelbagai cerita hiburan dalam pengisiannya. Malah di dalam MH juga terdapat semua selebriti. Bukan itu sahaja, majlis yang dianjurkan seperti PPMH ada bagusnya. Ini kerana menerusi majlis sebegini, kita boleh tahu apa yang rata-rata peminat di Malaysia inginkan. Misalnya orang bagaimana yang jadi pilihan mereka.”

Menyentuh tentang hubungan Aremeer yang pernah dikaitkan dengan pegawai perhubungan awam, Yanie dan dilihat kian ntim kebelakangan ini, nyata Are-meer enggan memberi penjelasan lanjut sebaliknya meninggalkan persoalan penulis dalam bentuk tandatanya.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:36 pm

Datin Lydiawati-Menginginkan cahayamata 2009

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Aa30

Perjalanan seninya masih belum berhenti, darah panggung yang mengalir dalam tubuhnya masih menyala. Biarpun bukan lagi rancak beraksi di layar perak, wajah dan lakonannya sesekali masih menghiasi ruang drama di kaca televisyen. Bakat lakonannya menyerlah menerusi filem ‘Suami, Isteri dan...?’ sehingga memenangi anugerah bintang Popular pada tahun 1996. Di ketika itu, dunia seni diwarnai dengan bakat lakonan hebat yang ada padanya serta kelebihan wajah ayu semula jadi yang menjadi rebutan produksi, majalah, agensi pengiklanan dan tentu sekali jejaka-jejaka tampan di kalangan kerabat, VIP atau dari golongan sederhana.

Datin Lydia tiba di lokasi agak lewat pada masa yang dijanjikan. Mungkin banyak kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikannya sebelum memenuhi temu janji di luar. Menemani DatinLydia, dua orang bodyguard baru dalam hidupnya Amar (3 tahun) dan Umar (10 tahun) anaksuaminya kini, Datuk Azhar B. Mohd Zain cahaya mata dari perkahwinan lalu. Bila ditanya mana anak gadisnya, lantas menjawab ‘anak gadis kita simpan di rumah!’ ketawa kecil dengan melemparkan senyuman cukup manis..

Melewati usia 40-an, penulis dapat melihat raut wajahnya yang masih putih berseri, tegang dan suci tanpa sebarang suntikan teknologi yang mengubah keayuan wanita Melayu terakhirnya. Sebentar lagi dengan tambahan susuk solekan akan menyerlahkan lagi raut wajah Datin Lydia agar kelihatan lebih glamor... itulah kuasa solekan yang mampu mengubah dasar wajah seseorang tanpa perlu botox. “:Buat masa sekarang Alhamdulillah saya masih lagi bersyukur dengan segala kurniaan Allah pada saya. Tidak perlu mengubah atau menambah ciptaannya, cukup dengan kuasa solekan. Paling penting saya terus mengamalkan kehidupan sihat. Saya pencinta setia pada pelbagai daun ulaman seperti pegaga, buah peria, pucuk gajus, betik dan pucuk muda daun kari yang terbukti mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Selain itu saya turut mengambil spirulina, vitamin C dan E serta multivitamin,” ujar Datin Lydia.

“Saya ingat lagi masa zaman tengah meletup... Ada kawan-kawan artis yang cuba menguji sama ada saya memakai susuk atau tidak! Dia orang membawa saya makan sate biarpun pada awalnya saya menyatakan tidak suka. Ini menguatkan lagi andaian mereka bahawa saya memang memakai susuk. Sampai di kedai sate, saya orang pertama yang menjamu selera dengan banyak sekali makan sate terus dari lidi sebaliknya mereka memisahkan daging dari lidi terlebih dahulu dengan sudu sebelum makan. Selang beberapa hari pula saya sengaja menjemput mereka datang ke rumah. Sampai di hadapan pintu mereka memberi salam dan saya menjawab salam dari dalam rumah dan menyuruh mereka masuk. Seorang daripadanya masuk dan tiba-tiba tersembur keluar susuk dari raut wajah, ketawa besar kami dibuatnya kerana saya meletakkan daun kelo di atas pintu. Daun kelo sememangnya pantang buat
mereka yang memakai susuk!” Lantas ketawa besar penulis mendengar kisah Datin Lydia.

Tentu sekali wawancara kami petang itu penuh dengan pelbagai gurauan dan jenaka oleh Datin Lydia dan jurusoleknya. Tidak kering gusi penulis dibuatnya... Itulah Lydiawati, status atau gelaran ‘Datin’ bukan penghalang untuk bermesra dan bebas menjadi dirinya sendiri. Penulis menyelit, Datin Lydia pernah rasa terkilan menjadi anak seni...

“Inilah pentas saya mencari rezeki dan tidak sama sekali saya merasa terkilan menjadi anak seni. Hanya saya kecewa dengan segelintir dari mereka yang turut bersama dalam bidang ini mempunyai hasrat dengki dan niat hati buruk yang ingin menjatuhkan orang lain dengan cara yang benar-benar salah dan di aknati Allah. Selepas saya memenangi anugerah, saya sakit akibat dari buatan orang yang sebolehnya ingin melihat saya sakit sehingga mati. Sedangkan saya tidak sakit hati pada sesiapa dan kesihatan saya doktor telah sahkan sebelum ini sihat. Dari berat badan 55kg, saya menderita turun sehingga 40kg. Itulah kenangan perit yang pernah saya lalui dalam mengharungi dunia seni ini,” ujar Datin Lydia yang semakin rancak bercerita.

Malah Datin Lydia juga pernah tangannya dimasukkan besi akibat pergaduhan bersama seorang produser yang enggan membayar hasil kerja pelakon dan krew. Demikianlah sikit sebanyak kisahnya sebagai seorang pelakon, mungkin Datin Lydia kelihatannya seorang yang manis dan ayu namun di sebalik itu terselindungnya ketegasan yang sukar dijangkakan.
Back to top Go down
sally_eiyna
Ahli Lagenda
Ahli Lagenda
sally_eiyna

Number of posts : 10338
Age : 42
Location : Changlun, Kedah
Registration date : 17/09/2008

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitimeMon 22 Dec 2008, 2:40 pm

Susan Manen tidak menyesal kahwin di usia muda

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 B0l41510


Biarpun pelbagai tohmahan terpaksa ditelan, Susan Manen, model catwalk sejak umur 11 tahun, dan Miss Malaysia 1993 yang kemudiannya menjadi pelakon ini beroleh kekuatan ‘luar biasa’ kerana mampu membuktikan model sepertinya mampu menjadi ibu dan mengurus rumah sepenuh masa. Satu bentuk pengorbanan yang jarang-jarang ingin dilakukan oleh calang-calang wanita.

Menceritakan sejarah, kata Susan, segalanya berlaku sekelip mata. Bagai arus hidup yang dilaluinya. Sebulan berkahwin dengan Mustaffa Kamal, Susan disahkan mengandung. Mabuk pagi yang dialami Susan menyebabkan Susan lebih perlu banyak berehat, begitu juga sepanjang proses mengandung. Sebaik beroleh cahaya mata pertama pula, dirinya terus terikat menjaga anak dan tanpa dirancang Susan dikhabarkan mengandung anak kedua pula, begitulah seterusnya hingga kini hidupnya bahagia dengan empat orang cahaya mata. Sabella Qawiema, 9, Aulia Qayyiem, 7, Salsabil Qur’ani, 5, Naqli Qaddiem, 2. Pertemuan kali pertama berlangsung di Andana Spa, Holiday Inn, Shah Alam. Sebaik sampai, bagai tidak percaya menyaksikan wanita secantik ini hadir bersama empat orang anak, tanpa orang gaji yang menguruskan serba-serbi. Keempat-empat anak kandungnya comel-comel belaka, mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan bapa. Kenakalan mereka terserlah, namun itu perkara biasa bagi anak-anak.

“Memang letih uruskan mereka. Waktu awal-awal dulu agak susah untuk saya sesuaikan diri kerana berkahwin pada usia muda. Tapi lama-kelamaan saya adopt the situation,” kata Susan sambil saya kerap memerhatikan lagak si kecil yang mempunyai raut seakan wanita kerana rambut yang dibiarkan panjang. Cuba mengusiknya banyak kali tapi yang kecil ini seakan tiada timbal balas. Marah tidak, senyum pun tidak.
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Empty
PostSubject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4   BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4 - Page 14 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA DUNIA HIBURAN - PART 4

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 14 of 17Go to page : Previous  1 ... 8 ... 13, 14, 15, 16, 17  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip-gossip artis-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Cookies | Latest discussions