|
| BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
| |
Author | Message |
---|
sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 9:19 am | |
| Jodoh Dengan Kenalan Lama-Keluarga sokong pilihan Arni
“SAYA tidak pernah menolak jodoh. Kalau ada rezeki dan sampai jodoh berkahwin untuk kali kedua, saya menerima dengan hati yang terbuka. Apa pun, saya tak berani nak bercakap tentang soal ini. Jauh sekali meletakkan sasaran masanya.
Biarlah keadaan yang menentukan,” ujar bekas isteri Awie, Arni Nazira Anuar menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Arni yang pernah popular dengan lagu Cinta Antara Benua itu diberitakan bakal mendirikan rumah tangga dalam tahun ini dengan kenalan lamanya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Hubungan itu kembali terjalin selepas Arni kembali hidup solo setelah bercerai dengan Ahmad Azhar Othman atau Awie tiga tahun lalu. Bekas suaminya itu kini berbahagia dengan keluarga barunya. Keluarga Arni khabarnya turut bersetuju dengan pilihannya itu dan menyambut baik hasrat Arni untuk berkahwin lagi.
Bagaimanapun, Arni ketika dihubungi barubaru ini tidak mahu mengulas lanjut tentang khabar angin tersebut. “Kalau boleh, biarlah kita tidak bercakap mengenal hal ini. Saya tahu, saya tiada hak untuk menghalang orang untuk bercakap tentang diri saya. Tetapi berilah sedikit ruang untuk saya.
“Selama ini pun macam-macam orang bercakap tentang saya. Apa yang sedihnya banyak cerita-cerita yang keluar itu tidak benar. Tetapi saya hanya berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan hal tersebut,” ujarnya lembut dan berhemah. Ibu kepada Puteri Aleeya Antasha, 7, dan Puteri Aleefa Antasha, 4 ini bagaimanapun tidak menafi kan keluarganya bersikap terbuka terhadap pilihan jodohnya pada masa akan datang.
“Mereka sentiasa menyokong saya di belakang walau apa pun yang berlalu ke atas saya. Begitu juga dalam soal jodoh dan masa depan saya. Asalkan ia baik untuk saya, mereka sedia memberikan sokongan. “Saya berharap peminat di luar sana juga begitu. Doakanlah yang terbaik buat saya untuk terus mengharungi kehidupan ini,” pintanya yang menolak untuk aktif dalam bidang lakonan kerana kesuntukan masa.
Anak-anak Awie jaga
Ditanya tentang perkembangan anak-anaknya yang berada di bawah jagaan bekas suaminya, Awie, Arni yang kini manis dengan penampilan bertudung ini memberitahu anakanaknya itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
“Setiap minggu saya akan melawat dan berjumpa mereka. Alhamdulillah setakat ini mereka dalam keadaan yang baik. Walaupun tidak dapat menjaga dan hidup dengan mereka sepenuhnya, saya sudah cukup gembira. “Biarlah mereka dengan bapa mereka buat ketika ini. Saya tidak mahu mereka terus menjadi mangsa keadaan dalam masalah saya dengan bekas suami.
Justeru, apa yang terbaik untuk mereka, saya menurut sahaja. Apa yang penting bagi saya adalah kebajikan mereka,” katanya yang kini sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 9:24 am | |
| Intan Ladyana -tak mudah melenting
SEAWAL menjejakkan kaki dan mengejar cita dalam bidang seni, anak kelahiran Selangor ini begitu berhati-hati mengatur langkah. Menjaga pergaulan, penampilan dan tentunya disiplin diri agar diri bersih daripada segala tohmah dan fi tnah.
Namun, bagaimana menjaga sekalipun, kalau sudah namanya artis, tempias gosip tetap akan singgah. Itu jugalah yang diperkatakan oleh Intan Ladyana Mohamat Yahya apabila ditanyakan tentang cerita-cerita kurang enak yang menerpa dirinya sepanjang bergelar anak seni.
Seketika dulu, nama pelakon yang penuh dengan santun ni pernah terpalit kontroversi apabila ‘gambar panasnya’ tersebar di internet. Ketika itu, itu tiada apa yang baik diperkatakan dengan dirinya melainkan soal aib yang hampir sahaja meruntuhkan kerjaya seni yang baru dibinanya.
Namun, bagi Intan yang buat pertama kalinya diperkenalkan di layar perak melalui filem Tipah Tertipu ini, prinsipnya hanya satu, berani kerana benar. “Gambar itu bukan saya, jadi kenapa saya harus takut atau merasa tertekan dengan segala tuduhan itu? Ketika berdepan kontroversi itu, saya hanya mengambil sikap tunggu dan lihat. Akhirnya yang benar tetap benar. Terbukti gambar panas yang dimaksudkan itu bukan milik saya.
“Kejadian itu membuatkan saya belajar tentang permainan dan selok-belok dunia seni ini. Jangan mudah melenting dan jangan mudah menuding jari menyalahkan sesiapa. Jika kita tidak bersalah, tiada apa yang harus kita takutkan kerana kebenaran itu akan datang,” ucapnya penuh makna. Cemburu dengan pelakon jelita Memanjangkan cerita yang sama, Intan yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran fi lem terbarunya, Remp-It V3 turut ditanyakan tentang kebenaran gosip yang mengatakan dia pernah bermasam muka dengan seorang artis jelita garagara mencemburui kejayaan pelakon tersebut.
Lebih dari itu, dia juga dituduh sebagai ‘pembawa mulut’ yang menjaja cerita artis lain sehingga menyebabkan berlaku perselisihan di antara mereka. Mendengar soalan yang seperti tidak dijangkakannya, gadis berbintang Gemini ini menarik nafas panjang-panjang sebelum menuturkan sebarang jawapan sebagai penjelasan untuk soal yang diajukan itu.
“Saya tidak pernah ada masalah dengan manamana pelakon sekalipun. Kalau tidak percaya, tanyalah mereka yang pernah bekerjasama dengan saya. Saya suka buat hal sendiri dan hanya berkawan dengan mereka mahu berkawan dengan saya. “Cerita begini timbul mungkin kerana salah faham. Sebab itulah saya katakan tadi, jangan mudah melenting. Selidik dahulu kebenaran cerita yang disampaikan itu, Jangan main hentam saja.
Akibatnya perkara yang remeh pun boleh menjadi isu,” katanya lagi yang mengakui tahu artis yang dimaksudkan itu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 9:28 am | |
| Singkap sisi hidup Daphine Iking Selain Camelia yang digelar ikon gaya, dia seorang lagi gadis Borneo paling jelita dalam industri penyiaran negara. Bergaya, popular, punya cita rasa tinggi, dan dikelilingi keluarga paling hebat dalam hidupnya, Daphne Eleanor Ik ing pasti sudah mengecap segala nikmat hidup yang dihajati. She’s living a perfect life, kecuali sering sepi ditinggalkan suami atas urusan perniagaan. Lantas di bawah telunjuk mertua, apakah dia kini bahagia, atau sisipan hidupnya sarat dibaluti kisah duka dan airmata? Langit petang begitu lapang dan mendamaikan. Saya baru ingin menjeling jam di tangan tatkala Daphne di talian memohon ampun terlambat dan dia sudah pun tiba di hadapan pejabat. Syukur, katanya dia terkejar-kejar dari set tugasan ‘The Breakfast Show’, hampir-hampir tersesat dan mujurlah dibantu teknologi moden GPS untuk tiba ke studio Karangkraf. Meskipun muncul sendirian, Ratu Unduk Ngadau berketurunan Kadazan ini tetap anggun dalam persalinan tank top ringkas, malah dia setia menjinjit tas monogram mewah Louis Vuitton Violette Vernis, hadiah sempena hari lahirnya yang lalu. Ketika bertukar khabar, saya terpana melihatkan kecantikan asli milik Daphne – berbekalkan wajah mulus tanpa litupan mekap, tulang pipi yang tinggi dan mata yang galak bercahaya, pastinya tidak sukar tugas jurusolek Surya Zainul menata solekannya sebentar lagi. Kehadiran yang tidak diduga Menguasai hampir setiap cabang media; pengacara televisyen, penerbit rancangan, penulis skrip, kolumnis, pelakon, model dan duta produk berjenama... nama glamor Daphne Iking kian rancak diperkatakan meskipun kini bergelar ibu kepada Isobel Daniella Iking-Chong, 1 tahun. Bunga suntingan ahli perniagaan, Ryan Chong ini cuma tersipu-sipu tersenyum kala menceritakan saatsaat kehamilan Isobel, yang dianggapnya satu kebetulan. “Ceritanya memang lucu. Yalah, pada masa tu kami baru berkahwin dan adatlah pasangan mudakan... masing-masing tak sabar, jauh sekali nak beringat supaya menggunakan alat pencegah kehamilan. Jadi masa lakukan ujian, tup-tup saya positif pulak mengandung... It was really an accident but we started to love the tiny bump that grow in me.” November 2007, puteri comel pasangan Daphne-Ryan selamat dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean. Memilih untuk berpantang cara tradisional Cina yang menurutnya hampir-hampir sama dengan suku Kadazan, Daphne bertuah dijaga ibu mertua yang begitu mengambil berat. “Sepanjang tinggal di rumah ibubapa Ryan, saya terikat pelbagai pantang-larang yang tujuannya untuk mengembalikan kecergasan. Hari-hari ibu buatkan sup dari pork’s meat yang dicampur herba dan rempah ratus. Oh, itu belum lagi berbaldi-baldi air di depan saya; air basuh tangan, air berkumur, air teh, banyak sangat hinggakan pernah sekali saya tersembur air halia yang disangka air kumuran untuk gosok gigi!” Kata Daphne sambil mengakui adakalanya dia tidak tahan juga dengan pelbagai larangan seperti tidak boleh mencuci rambut. “Sesekali saya curi-curi keluar ke salun. Malah kadang-kadang terpaksa ‘tipu sunat’ atas alasan berjumpa doktor, padahal saya memandu ke Burger King dan makan burger.” Ketika menceritakan perkembangan Isobel yang kian membesar, nada suara Daphne berubah ceria dan bersemangat. “Sekarang dia dah pandai bertatih. Aduh, comel sangat bila dia belajar angkat kaki dan berjalan setapak dua. Ketika mendakap Isobel, hati saya sering berikrar untuk mendidiknya sebaik mungkin. Hanya barangkali tidaklah setegas ayah. Dulu dia seorang guru sandaran, pernah menjadi anggota polis dan berhenti sebaik melanjutkan pelajaran di England. Jadi kami sekeluarga tinggal di sana hinggalah dia menamatkan pengajiannya. Bagi saya, ayah memang seorang yang tegas dan garang. Dia akan rotan kami adik-beradik kalau gagal dapatkan straight A’s. Itulah sebabnya saya sentiasa jadi Top 3 di kelas. Sekarang saya bersyukur ayah ajar kami macam tu, supaya kami fokus dan jangan terpesong.” |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 9:46 am | |
| Dengarnya...: Kecundang lagi cinta pelakon itu
CIK Normah tahu ramai orang yang akan tepuk tangan kalau baca cerita ini. Panas lagi dan baru keluar daripada ketuhar. Pendek kata kalau pelakon jelita ini baca boleh terbakar jadinya. Nampaknya cinta yang kononnya terjalin antara dia dengan bekas suami seorang pelakon sudah berakhir. Ini bukan cerita dongeng ye dan nampaknya Tuhan makbulkan penafiannya selama ini.
Walaupun Cik Normah tidak meminati lakonannya, tetapi masih terselit juga simpati dengan nasib dan hala tuju kehidupan pelakon lawa ini. Sumber yang memberitahu cerita ini memang 100 peratus boleh dipercayai. Tiada ragu dan hasrat pelakon itu yang bakal menamatkan zaman solonya pada tahun ini nampaknya tak kesampaian. Melainkan pelakon itu cari bakal suami secara mengejut atau segera.
Menurut sumber itu lagi, sebelum menjalinkan hubungan dengan bekas suami pelakon itu, dia pernah dikaitkan dengan seorang kerabat raja. Ketika itu dipukul canang, yang dia bakal menjadi permaisuri hati kerabat yang boleh tahan kacak juga orangnya. Tapi apa yang dimimpikannya hanyalah tinggal mimpi. Dan, nampaknya hal yang sama berulang lagi.
Secara jelas, nampak sangat dia yang begitu beriya-iya nak kahwin sedangkan pihak lelaki langsung tak ada niat ke arah itu. Syok sendiri agaknya kot. Cik Normah dengar kebelakangan ini, pelakon itu ada berkira-kira membuat persiapan perkahwinan termasuk menguruskan beberapa urusan di luar negara.
Kepada pelakon yang dimaksudkan, cukuplah berdrama dan bawalah insaf. Agaknya apa pula alasannya selepas ini, kalau ditanya soal perkahwinan. Entahlah. Cik Normah akan tunggu saja apa alasannya nanti. Cuma Cik Normah hendak berpesan, merobohkan rumah tangga orang mungkin mudah, tetapi hendak membina rumah tangga tidak semudah petik jari walaupun ada rupa yang cantik. Fikir-fikirkanlah. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 9:49 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 10:46 am | |
| Norish, abang Farahdhiya bercuti di Pulau Tioman? Luqman bersama pelakon Spa Q 2 dan anak-anak dilihat peminat di atas feri menuju ke lokasi peranginan
NAMPAKNYA nama bintang sensasi Spa Q 2, Norish Karman kembali menjadi perhatian Zubir minggu ini dengan kisah gosip yang lebih menarik. Kira-kira dua bulan lalu Zubir pernah menceritakan perihal Norish Karman yang kononnya berkawan rapat dengan abang sulung penyanyi dan pelakon popular, Farahdhiya iaitu Mohamed Luqman, 25. Mereka juga pernah beberapa kali dilihat peminat keluar dating. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang pengakuan daripada kedua-duanya sejauh mana kesahihan yang mendakwa mereka adalah pasangan kekasih.
Pun begitu, ketika sedang melepak bersama beberapa teman wartawan selepas pulang dari Pasir Gudang, Johor menyertai siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 minggu lalu, Zubir menerima kiriman e-mel daripada seseorang menceritakan kepada Zubir kisah hangat Norish yang baru-baru ini dilihat peminatnya pergi bercuti bersama Luqman ke Pulau Tioman.
Pun begitu, menurut cerita si pengirim e-mel itu lagi, pemergian mereka ke lokasi percutian terkenal itu turut disertai anak-anak Norish.
“Jumaat lalu (6 Mac), saya sekeluarga ke Pulau Tioman dan kebetulan satu feri dengan Norish dan anak-anaknya. Saya pernah terlihat gambar abang Farahdhiya sebelum ini, jadi saya memang perasan the same guy dalam feri tu. Bukan saja dengan Norish, malah abang Farahdhiya juga sangat mesra dengan anak-anak Norish, dia orang speaking lagi.
“Tapi, saya tak adalah ambil gambar pun. Namun, lama jugalah saya berpeluang memerhatikan gelagat mereka, hampir dua jam perjalanan kami. By the way, sekiranya Norish dan abang Farahdhiya benar-benar bercinta sekalipun, saya rasa tak ada masalah, dia orang tu sweet sangat,” kata pengirim berkenaan kepada Zubir menerusi e-mel.
Jika ditakdirkan Norish dan Luqman benar-benar sudah jatuh cinta, Zubir harap mereka sedia membuat pengakuan terbuka untuk mengelak sebarang fitnah. Yalah, sebelum ini macam-macam cerita Zubir dengar mengenai pasangan berkenaan kononnya Luqman adalah pembantu peribadi Norish di set penggambaran, walhal mereka adalah pasangan kekasih!
Rasanya kalau sudah suka sama suka, anak-anak Norish pun dah bagi ‘greenlight’, elok sangatlah perkara baik dipercepatkan. Yang penting jangan terpengaruh apabila mendengar kata negatif daripada orang sekeliling terutama apabila mendakwa pasangan berkenaan tidak sesuai gara-gara jurang usia antara kedua-duanya.
Bagi Zubir, umur sekadar nombor. bagi sesetengah orang usia juga tidak membawa sebarang erti. Yang penting, keikhlasan dan keserasian selain kepercayaan harus dipupuk sebaik mungkin untuk mengelak api cemburu meledak tak tentu pasal selepas bergelar suami isteri nanti!
ZUBIR: Minta maaf dengan forumer laman web hiburan, www.cari.com.my yang mungkin tersinggung dengan artikel sebelum ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 10:50 am | |
| aishah af7 campak tudung sbb nak masuk AF??
neh iols cilok from blog hakak azwana.... kalau dah ada org tempek pun whatever lah kan?? ada wa kesah??
klue2 yg yg hakak wana bagi very the menjurus kat aishah af7 tuh kann??
QUOTE: SMS si RATU KUCHING ni berbunyi....' MAK HAYAM .....dedah kan SEGERA tau....KISAH SEORANG USTAZAH MERAUNG RAUNG........MENGENANGKAN ANAK MURIDNYA....YANG BEGITU KUAT PEGANGAN AGAMA NYA......SANGGUP CAMPAK TUDUNG DEMI NAK GLAMOR DALAM PROGRAM REALITI **** ! USTAZAH NI AMAT KESAL....ILMU AKHIRAT YANG DI AJARNYA TAHUN DEMI TAHUN SEJAK BUDAK REALITI NI KECIL.....SAMPAI TAMAT SEKOLAH MENENGAH.....HANYA LAH SIA SIA !!!! DEMI PROGRAM **** DIA SANGGUP CAMPAK TUDUNGNYA !!!! BUKAN KAH PROGRAM REALITI ***** MEMBENARKAN CALON CALONNYA PAKAI TUDUNG????? APA NAK JADI???? USTAZAH TAK SANGKA ......ANAK MURID BELUM APA APA DAH MULA LUPA DIRI !!!!! '
MASYA ALLAH......DUNIA NAK KIAMAT dik dik nun !!!!! SI LASER NO 1 NEGARA AZWAN ALI pun membalas SMS si RATU KUCHING.....'SMS KO NI TERLALU BLUR lah....BAGI LAH CLUE CLUE SIKIT.....baru lah MELETOP GOSSIP MAK kan???? '
'BUDAK SEKOR NI TAK UBAH MACAM AMY MASTURA.......KECIK KECIK TAPI KUAT **T** !!! DAN DIA NI MAK HAYAM.....BUKAN LAH ANAK ORANG KAYA PUN.....FAMILI SEDERHANA JER TAU !!!! '
Ha....APA NAK DI KATO kan???? TAK DAPEK AKAK NAK TOLONG ni ha......DEMI GLAMOR LAH PULAK???? TUDUNG ke MANA......AMALAN ke MANA kan???? KOT YER pun TERUJA DAPAT MASUK **** yang TENGAH MELETOP tu.....APA DOSA TUDUNG TU KAK SENAH OOI??? BERANI MATI BETUL KO YER???? SEJAK KECIK BERTUDUNG LITUP.....punya NAK JADI ARTIS.....KO GADAI MARUAH WANITA ISLAM KO semudah GITEW???? MEMANG HANJJJ lah ko ni ........
MAK HAYAM GEBUSS dah lama MUAK tengok GELAGAT ARTIS dan TUDUNG kat MALAYSIA ni kan??? KALAU SETAKAT ANGGAP TUDUNG menutup RAMBUT tu SEBAGAI PESYEN jer.....LUPA KAN LAH !!!!!
Bukan MUDAH untuk jadi ARTIS yang PERTAHANKAN kenapa mereka BERTUDUNG??? SALIMA....budak AF 4....PUN pernah DIKECAM isu BASI ni......baru ni PULAK.....gara gara ANAK BULUH BETUNG...... AKAK SHEILA RUSLY pun MULA DI HENTAM gara gara PESYEN TUDUNG nya kan???? SO ....SEBAGAI ARTIS...???? LU PIKIR LAH SENDIRI....!!!
Tu lah AGAKNYA SI KENIT yang TERKEZUT BERUK.....LAGI EXCITED dapat TERSENARAI ke **** ni SANGGUP SIANG SIANG CAMPAK TUDUNG kan???? HABIS CITE.....biar SATU MALAYA TAHU kononnya DIA BUKAN GADIS BERTUDUNG SEBELUM dapat OPPER kan????
RENUNG RENUNG KAN.....SELAMAT BERAMAL...pinjam kata USTAZ KIUT HOT FM lah......AKAK AZWANA tak PERNAH BERTUDUNG lah pulak !!!! KALAU BERTUDUNG pun...AKAK AZWANA....AKAN TERSEMBUL JURAI JURAI RAMBUT ALA ALA PESYEN DATO SITI NURHALIZA jer.....NASIB LAH!!!! ITU PESYEN AKU.....AKU punya SUKER lah kan???? JADI KAEDAHNYA???? NO KOMEN HANGSUANG..... |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 10:58 am | |
| 'Jue kena faham etika kerja'
PELAKON sensasi, Zuliana Ab Aziz atau Jue Aziz menerusi B*Pop terbitan 1 Mac lalu mendakwa syarikat produksi, JS Pictures menggugurkan namanya daripada membintangi telefilem terbaru terbitan produksi berkenaan, Mabuk Estrogen, gara-gara dia tidak hadir ketika sesi membaca skrip dan menandatangani kontrak.
Pemilik JS Pictures, Sheila Rusly yang juga aktres dan pengacara terkenal, mengakui memang syarikatnya menggugurkan Jue selepas mendapati pelakon berkenaan seolah-olah tidak berminat dengan tawarannya. Sheila juga menyelar beberapa kenyataan Jue yang didakwanya tidak tepat apabila dia seolah-olah menyalahkan pengurus produksi (PM) Mabuk Estrogen, Zaidi Mat Zin atau Botak apabila berdepan isu berkenaan.
Baru-baru ini, Sheila yang hadir bersama Botak, memberi penjelasan mengenai perkara sebenar.
“Apabila membaca kenyataan Jue, saya tak marah, tak sentap atau apa saja, sebaliknya saya cuma kasihan dengan Jue. Sebagai artis baru, dia tak faham etika bekerja yang sebenarnya. Seharusnya seorang artis itu perlu ada ‘PR’ (budi bahasa), bukan hanya datang ke set, berlakon dan kemudian balik. Apabila Jue mengeluarkan kenyataan yang saya rasa agak lucu, tak sepatutnya dia cakap, jadi saya harus memperbetulkan keadaan ini.
Saya sudah menjelaskan kepada Jue, bayaran yang sudah diperuntukkan oleh pihak Astro untuk Mabuk Estrogen. Memandangkan kita sedang berdepan krisis ekonomi, saya sebagai penerbit, faham. Sekurang-kurangnya penerbit masih berpeluang untuk berkarya dan artis tetap ada ruang untuk berlakon.
Jadi, saya harap artis faham keadaan itu dan bertolak ansur dengan keadaan penggambaran dan sebagainya. Namun, alhamdulillah ketika itu Jue dia faham. Mulanya Jue ada bertanya soal bayaran, minta dinaikkan, tapi apabila saya menjelaskan kepadanya, dia akur. Justeru, saya tidak menganggap Jue demand. Menerusi perbualan lisan, dia bersetuju dengan harga yang ditawarkan kepadanya.
Pada masa sama, JS Pictures tetap memberitahu Jue, sekiranya dia berasakan bayaran itu tidak setimpal, jangan terima, jangan kecil hati, mungkin lain kali kita boleh bekerjasama dalam projek akan datang. Perkara ini bukan paksaan, tapi Jue kata dia nak juga sebab skripnya menarik.
Memang saya akui, selain bayaran, ada beberapa perkara lain yang Jue minta daripada kami. Memandangkan keadaan hotel yang penuh sebab penggambaran bertembung dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina, bilik tak ada, shooting pula jauh dalam hutan, kena naik bot, justeru tidak sesuai apabila Jue ingin membawa ibunya sekali. Kami tidak mahu menyusahkan ibu Jue.
Sekiranya ibu Jue ada bersama, ia bakal mengundang kesusahan kepada dirinya. Apabila ibunya tidak selesa, bagaimana Jue nak berkarya? Macam mana dia nak fokus kepada kerja? Jadi, perkara seumpama itu menjadi satu gangguan kepada kita. Namun, apabila Jue bercadang nak ambil bilik tambahan, nak bayar sendiri, sebagai penerbit, kenapa harus kita membebankan artis untuk bayar sendiri bilik tu?
Tanggung jawab JS Pictures adalah menanggung segala perbelanjaan termasuk bilik ketika lokasi di luar Kuala Lumpur. Masalahnya sekarang, bilik tak ada. Daripada 10 bilik, kami hanya dapat lapan saja. Apabila saya menerangkan keadaan itu, Jue faham dan dia pun setuju tidak membawa ibunya sekali. Begitu juga masalah pengangkutan, Jue akur dengan penerangan kami, dia tak jadi membawa ibunya.
Jue tak balas SMS
JUE mendakwa, apabila dia tak datang script reading, terus JS Pictures menggugurkan namanya. Saya nak buat pembetulan. Bukan hanya script reading, tapi pertemuan yang diatur merangkumi taklimat karektor dan menandatangani kontrak yang ditetapkan pada 21 Januari lalu, kira-kira jam 4 petang. Penggambaran pula akan bermula pada 24 Januari hingga 1 Februari.
Bagi saya, Jue tahu pada tarikh berkenaan ada tandatangan kontrak kerana dia sendiri mengaku dalam kenyataannya kepada B*Pop, hari itu ada tandatangan kontrak. Jadi, apabila Jue tidak hadir pada 21 Januari untuk tandatangan kontrak, itu menunjukkan dia tidak berminat.
Apabila PM saya, Botak cuba menghubunginya dan cuba berkomunikasi dengan Jue beberapa hari sebelum 21 Januari, tidak ada maklum balas daripadanya. Kita tunggu juga, mungkin dia sibuk tak sempat balas SMS, kita tunggu sehingga 21 Januari, tapi Jue tetap tak muncul.
Semua SMS yang dihantar oleh Botak kepada artis, dia hantar satu salinan kepada penerbit. Botak hantar SMS kepada artis untuk hadir pada 21 Januari itu pada 16 Januari lalu. Artis ada masa kira-kira seminggu untuk mengatur masanya. Andai kata Jue sibuk, dia boleh berkomunikasi dengan kami memberitahu masalahnya. Kenapa Jue tak balas SMS, kenapa tak call Botak mahupun saya sendiri?
Kami tunggu Jue pada 21 Januari itu sehingga jam 6 petang, namun sebarang SMS atau panggilan telefon kepadanya tiada balasan untuk mengetahui sama ada dia masih berminat atau tidak. Yang menghairankan, semua artis dan krew yang terbabit dengan Mabuk Estrogen, sampai pada tarikh yang dijanjikan, kecuali Jue!
Apabila Jue mendakwa Botak lambat mengirimkan SMS kepadanya, kenapa orang lain termasuk wakil katering, pun boleh sampai seperti yang dijanjikan.
'Saya bukan produser kejam'
JUE juga mendakwa JS Pictures sensitif, tak datang script reading, nama digugurkan dan mungkin juga JS Pictures ada pantang larangnya. Saya bukannya seorang produser yang kejam, kami faham situasi artis nak cari rezeki. Namun, kita perlu ada komunikasi dan kejujuran. JS Pictures tidak sensitif, sebaliknya kami tegas apabila bekerja.
Ia juga bukan pantang larang JS Pictures, tapi etika bekerja di JS Pictures! Mungkin produksi lain ada cara tersendiri. Tapi, apabila hendak bekerja dengan JS Pictures, dia kenalah ikut cara kami. Ini etika kita. Apabila Jue tak datang taklimat karektor, orang lain semua datang, ia boleh menimbulkan rasa berat sebelah.
Jika Jue ada masalah tak dapat hadir pada 21 Januari itu, dia boleh telefon saya terus. Saya masih boleh bertolak ansur, tapi kenapa tak ada komunikasi? Jue sibuk dan hanya berkesempatan balas SMS pada hari tandatangan kontrak, tapi kenapa dia tak balas? Dia hanya memaklumkan kepada kami, dia tak dapat datang sebab ada shooting, tapi sama ada dia masih berminat atau sebaliknya, dia tak beritahu apa-apa.
Memey ganti tempat Jue
SAYA tanya, adakah dia masih berminat dengan Mabuk Estrogen, dia tak balas. Dia hanya SMS pada Botak, memberitahu, dia shooting, itu saja. Kita akan memulakan penggambaran dalam masa dua hari lagi, mujur dalam masa dua hari itu, saya dapat pengganti, Memey Suhaiza. Pada 21 Januari itu juga, Memey datang tandatangan kontrak selepas Jue tak muncul-muncul sampai ke sudah.
Takkanlah shooting tak ada masa break langsung, SMSlah kepada kami sama ada dia masih berminat atau tidak. Kita sebagai produser, masih ada budi bicara, tapi masalahnya tak ada komunikasi langsung! Bagi saya, antara Jue dan JS Pictures bukan salah faham, tapi tak logik, takkan tak boleh sekejap jawab telefon atau balas SMS!
Macam mana saya nak terus menunggu Jue, sedangkan dia langsung tak respon panggilan atau SMS saya. Dia tak hormat saya sebagai seorang produser. Bersikap jujurlah Jue. Dia langsung tak respon sehingga gosip yang ditulis Raja Nurfatimah Mawar keluar dalam B*Pop pada 15 Februari lalu, baru dia hantar SMS, minta maaf daripada saya. Dah terlambat, shooting pun dah habis! Sebab tu saya kata, kasihan pada Jue.
Artis kena pandai jaga periuk nasi sendiri, jangan jadi artis majalah yang bermasalah! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 10:59 am | |
| "Watak Setan Puaskan Hati Saya" - Rebecca Nur Islam
Pelakon yang masih baru dalam dunia seni, Rebecca Nur Islam binti Ahmad, 24 merasakan puas menjayakan watak perempuan jahat dalam Teater Muzikal Islamik, Sirah Junjungan, Tahajud Cinta yang sedang dipertontonkan di Panggung Sari, Istana Budaya. Watak Hendon yang merupakan seorang perempuan yang mendendami terhadap sahabat Rasulullah Saidina Hamzah merupakan satu watak yang jahat umpama syaitan yang kejam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:04 am | |
| Mek Siti pilih setiausaha sulit rajaKOTA BHARU 15 Mac – Pelakon sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazid, 26, atau lebih dikenali sebagai Mek Siti selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd. Hariff Ghazali, 34, oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad di sini semalam. Mek Siti yang memilih Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan itu sebagai teman hidup, dihadiahkan gelang tangan emas bertatah berlian bernilai RM10,000 dalam upacara membatalkan air sembahyang. Hari ini pasangan tersebut diraikan dalam majlis persandingan di rumah keluarganya di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini. Kira-kira 5,000 jemputan termasuk peminat meraikan pasangan tersebut walaupun dalam keadaan hujan lebat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengetuai majlis menepung tawar diikuti ibu bapa pengantin perempuan, Yazid Mat Din dan Tuan Yam Syed Nor. Sempena majlis itu, Mek Siti yang menggayakan kebaya moden kuning keemasan sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu dan bersongket keemasan menerima mas kahwin RM11,111 serta 15 dulang hantaran dan berbalas 15 dulang dari pihak lelaki. Antara pemberian wakil lelaki berupa set barangan kemas rantai leher, anting-anting dan cincin, sepasang kasut dan beg tangan, lima pasang persalinan termasuk songket, batik dan broked, kek, sejadah buah-buahan, manisan dan coklat. Wakil perempuan membalas, dua pasang baju Melayu, sejadah, wangian, al-Quran, buah-buahan, persalinan songket, kasut dan kek. Mek Siti yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor bertunang pada November tahun lepas. Ketika ditemui Utusan Malaysia, Mek berkata, beliau berkenalan dengan pasangannya itu sejak empat tahun lalu apabila sering berurusan untuk mengadakan persembahan di istana. “Ciri-ciri yang ada pada suami, iaitu menghormati dan menyayangi keluarga saya seperti mana menyintai saya amat memikat hati. Dia ikhlas menerima Mek seadanya,” kata Mek Siti. NIK Sayyidah Fatiha Yazid (Mek Siti) bersama pasangannya Mohd. Hariff Ghazali pada majlis persandingan mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:08 am | |
| Akhirnya Emelda tunangan Adlin ADLIN dan Emelda ceria selepas majlis pertunangan mereka.
Mereka tetapkan tarikh pernikahan pada 23 Mei
APA yang diharapkan pasangan bercinta selain kasih yang disulam berakhir di jinjang pelamin. Begitulah juga impian bagi pasangan pelakon serasi, Emelda Rosmila, 29, dan Adlin Aman Ramlie, 37 yang kini dalam debaran menunggu hari disatukan.
Keutuhan kasih yang dibelai rapi selama ini diikat dengan tali pertunangan menandakan diri masing-masing sudah dimiliki dan hanya menunggu masa untuk diijab kabulkan.
Emelda atau dikenali dikenali dengan panggilan manja Mel, selamat mengikat tali pertunangan bersama Adlin di rumahnya, Kampung Melayu Batu Lapan, Ulu Kinta, Sabtu lalu. Diiringi restu ibunya, Rokiah Ibrahim, 63, Mel yang mengenakan baju kurung moden berona putih diserikan selendang sedondon kelihatan manis dan tersenyum bahagia menunggu kedatangan rombongan lelaki.
Tanda kasih sayang pasangan itu juga ditonjolkan dengan kesediaan Adlin memilih untuk mengikat tali pertunangan pada tarikh sama dengan tarikh kelahiran Emelda iaitu 14 Mac, sementara tarikh pernikahan 23 Mei depan, bersamaan pula dengan tarikh kelahiran bagi Adlin.
Rombongan lelaki disertai enam kenderaan termasuk rakan baik Adlin, pengarah dan novelis terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman tiba di kediaman Mel, kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan membawa tujuh dulang sebagai hantaran antaranya tepak sireh, kek, buah-buahan, kain pasang dan bunga rampai. Sementara pihak perempuan berbalas sembilan hantaran antaranya kemeja-T Guess, tali pinggang dan sebentuk cincin perak.
MAK MAH mengetuai rombongan peminangan anaknya.
Suasana gembira bercampur pilu apabila menyaksikan ibu Adlin, Ruminah Sidek, 63, menitiskan air mata apabila melihat wakilnya iaitu kakaknya sendiri, Jumaiyah Sidek menyarungkan cincin pertunangan berupa emas putih bertatah berlian ke jari manis Mel sebagai tanda pelakon manis itu bakal menjadi menantunya.
Bagi Ruminah yang dikenali dengan Mak Mah, tiada apa yang menjadi kepentingannya selain melihat Adlin mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati. Sememangnya itu menjadi impian dan doa setiap insan bergelar ibu.
"Mak Mah berharap, pertunangan mereka berakhir dengan sempurna hingga ke jenjang pelamin. Mak Mah bersyukur dan Mel adalah pilihan Adlin. Selama ini mereka berkawan dan sering tertanya-tanya tentang perakhiran hubungan mereka. Jadi apabila sudah bertunang, mereka hanya perlu sabar menunggu untuk diijab kabulkan.
"Mak Mah sering berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan kerana hambanya ingin berbuat kebaikan iaitu mendirikan rumah tangga. Mak Mah bersyukur kerana selepas empat tahun menyulam cinta, mereka akhirnya akan disatukan sebagai suami isteri," luahnya.
Malah tanda kesyukuran Mak Mah untuk menerima Mel sebagainya menantunya terserlah selepas beliau sendiri sanggup menambah jumlah hantaran yang dijanjikan Adlin kepada bakal isterinya sebelum ini.
Ketika perundingan dilakukan, Mak Mah rela hati menambah RM1,000 untuk wang hantaran. Walhal sebelum ini, pasangan itu bercadang untuk menyediakan hantaran perkahwinan sebanyak RM29,000, sementara mas kahwin berjumlah RM1001.
"Perkara itu memang tidak diberitahu kepada Adlin. Mak Mah memang bernazar jika ada di kalangan anak lelaki Mak Mah akan mendirikan rumah tangga, Mak Mah akan tambah wang hantaran RM1,000 daripada nilai yang dijanjikan. Mungkin ia jumlah kecil, tetapi ia bermakna bagi saya sebagai ibu," kata Ruminah.
Bersyukur majlis lancar
SEMENTARA itu Emelda ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana majlis pertunangan dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Menurutnya bukan mudah untuk melaksanakannya kerana pelbagai halangan terpaksa ditempuh.
"Sepatutnya majlis itu diadakan tahun lalu, tetapi kematian bapa, Abdul Hamid Mad Ally pada Februari tahun lalu menyebabkan ia tertangguh. Lagipun kesibukan kami dalam karier masing-masing juga menjadi halangan untuk kami disatukan lebih awal.
"Bagaimanapun, cadangan mama untuk melihat kami cepat disatukan menyebabkan kami tidak dapat bertangguh lagi. Lagipun kesihatan mama tidak menentu selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Februari lalu," katanya yang menegaskan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama.
Bercerita detik perkenalannya bersama Adlin, Emelda yang juga anak ketiga daripada empat beradik berkata, dia dipertemukan Adlin dalam satu majlis Tayangan Unggul yang mana ketika itu Adlin hangat dengan lakonan sebagai Sultan Mahmud dalam filem Puteri Gunung Ledang.
"Saya mengkaguminya dan meminati lakonan Adlin. Bermula dari situ, kami berkenalan dengan bertukar nombor telefon. Lagipun, abang ipar saya, AC Mizal juga bertanggungjawab mendekatkan lagi hubungan kami.
"Kami berkawan selama setahun dan empat tahun selepas itu serius bercinta. Bagi saya, Adlin adalah seorang lelaki yang matang dan berbakat dalam kariernya," katanya yang kini dalam persiapan untuk menjalani penggambaran dalam drama genre komedi terbaru berjudul Jongkang Jongket arahan Adlin sendiri. Antaranya pelakon lain terbabit dalam drama itu ialah, Faizal Yusof, Ruminah, Zaibo, Rosnah Mat Aris dan Sharifah Shahora.
"Mungkin itu adalah penggambaran terakhir saya sebelum sibuk melakukan persiapan perkahwinan. Saya perlu menyusun jadual sebaik mungkin dan bernasib baik Adlin sendiri yang jadi pengarah drama itu," kata Emelda yang juga adik Emylia Rosnaida.
Bagi pihak Adlin pula, dia bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan pertunangannya bersama Emelda selepas dua kali tertangguh. Bagi dirinya, dalam keadaan usianya menginjak 37 tahun, dia sudah bersedia untuk memikul tugas sebagai seorang suami.
Profil
Emelda Rosmila Abdul Hamid
Tarikh Lahir: 14 Mac 1980
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Umur: 29 tahun
Hobi: Melukis, mengembara dan berenang
Makanan Kegemaran: Gulai lemak cili padi
Minuman Kegemaran: Teh O ais
Drama: Kasanova XXL, Manjalara, Sephia, Marikas, Gila Gila Pengantin, Natasha, Trafik Light, Segalanya Berubah dan Aishah, Kekasihku Seru. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:10 am | |
| Pic Lan Ajis Ketika Bersosial |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:11 am | |
| Dengarnya...: Yatt akhiri zaman solo 29 Mac
ALHAMDULILLAH, Cik Normah bersyukur apabila diberitahu teman sepejabat bahawa pelakon, model dan pengacara cantik jelita, Yatt akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 Mac. Bakal isteri kepada Abdul Mutalib Abdul Shukor ini akan bernikah pada tarikh itu di Seremban 2, Negeri Sembilan, iaitu di rumah keluarga Yatt.
Majlis persandingan serentak bagi kedua belah pihak akan diadakan pada 4 April ini di Putrajaya. Hah! Betul tak cerita yang pernah Cik Normah siarkan sebelum ini cakap Yatt bakal tamat zaman solo sekitar April. Kira tepat jugalah sumber Cik Normah dan gara-gara artikel itu, Yatt tak menang tangan menjawab panggilan kenalan dan sanak saudara yang ingin mengetahui kesahihannya.
Kawan Cik Normah yang cukup mengenali baik Yatt turut dijemput untuk ke satu sidang media mini pada 17 Mac ini bersamaan hari Selasa. Satu pengumuman mengenai majlis hari bahagia Yatt dan tunangnya akan dimaklumkan kepada rakan wartawan.
Cik Normah difahamkan majlis itu akan diadakan di Butik Lynda Rahim di Taman Dagang, Ampang. Pereka fesyen itu memang sangat sinonim dengan Yatt dan sebelum ini pernah menaja perkahwinan Sariyanti.
Insya-Allah kalau ada masa, Cik Normah tak keberatan untuk ke majlis itu atau barangkali hanya wakil saja. Bukan apa, kawan sepejabat di meja Hip ini memang agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Selain sibuk dengan tugasan harian, kami pun sibuk dengan persiapan dan macam-macam aktiviti sempena promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.
Pejam celik, sudah nak dekat hari kemuncaknya. Cik Normah pun sedang berkira-kira untuk menerima tawaran pereka fesyen yang sudi nak menaja busana gaun meleret rona menjerit untuk digayakan Cik Normah nanti.
Jangan ada hati pula nanti menyaksikan gaya Cik Normah boleh mengalahkan artis. Hingga terkedu kawan Cik Normah, Kak Pora melihatnya. Biasalah jadi orang cantik, pakai apa pun lawa. Datin Lynda Rahim tak nak taja pakaian ABPBH 2008 untuk Cik Normah ke? |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:14 am | |
| Nabil, Irma mengaku bercinta Nabil
Juara Raja Lawak 2 dan calon final Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 sedia akhiri zaman bujang
SIAPA tahu dalam sisi humor finalis Pelakon Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 ini terpancar kesungguhannya untuk serius memikirkan hal perkahwinan. Lumrah golongan Adam yang diciptakan untuk Hawa, Nabil sebagai manusia biasa juga ingin bergelar suami dan mempunyai cahaya mata.
Lelaki yang paling laris dan murah rezeki tahun lalu hingga sekarang ini benar-benar berfikir untuk menamatkan zaman bujang, apatah lagi usianya kini 26 tahun sudah molek benar kiranya untuk memikirkan perkara ini. Tanpa didesak, temu bual Hip dengannya baru-baru ini di lobi Cinta Sayang Resort, Sungai Petani berakhir dengan satu pengakuan jujur mengenai isi hatinya yang sedang berbunga cinta.
Siapa gerangan kekasih hatinya, mungkin tidak perlu diberi pengenalan lagi. Si cantik manis, Irma Hasmie, 27, yang kini khabarnya dalam usaha melunaskan proses pengambilan anak angkat yang comel berjaya memikat hati juara Raja Lawak musim kedua ini. Malah kehadiran bayi comel itu antara punca yang terus mengikat hati mereka.
Perkenalan tak terduga tahun lalu ketika sama-sama menghadiri majlis Anugerah Stail EH! di Gardens, Mid Valley, pada 6 Ogos tahun lalu memberi pembayang yang cukup bermakna. Ketika itu, Hip menggandingkan mereka bersama dua lagi artis iaitu Dafi dan Farahdhiya dalam sebuah fotografi ‘segera’. Malahan, Nabil mula menegur Irma cuma dia masih segan untuk memberanikan diri meminta nombor telefon bimbit milik Irma.
“Memang betul kami bercinta sejak hujung tahun lalu. Kali kedua kami berjumpa sebelum tiba bulan Ramadan 2008 ketika sama-sama menjalani penggambaran program Gegar Gitu Raya di Astro. Kami memang serius dan soal ke depan memikirkan hal perkahwinan, kita sebagai manusia hanya merancang.
irma mengharapkan sinar bahagia dalam hubungannya dengan Nabil.
“Sebelum ini, bukan niat kami tidak mahu mengakui cinta yang terjalin. Lagi pun ia masih terlalu awal untuk dibicarakan. Entah kenapa, saat ini saya lebih terbuka dan mengikut kata hati menceritakan perkara sebenar. Hubungan saya dengan Myra juga berakhir begitu saja dan mungkin tiada jodoh antara kami untuk terus ke peringkat yang lebih serius,” kata Nabil tulus.
Ketika hatinya dirundung kecewa, Irma yang pada mulanya hanyalah seorang kawan biasa menjadi pendengar setia yang semakin rapat dalam hidup pemegang tagline Lu Fikirlah Sendiri ini. Kebetulan mereka tinggal di kawasan perumahan yang berdekatan di Damansara dan andai ada masa terluang pasti mereka keluar bersama ditemani si comel (anak angkat Irma).
Rentetan kerap dilihat bersama ada mulut jahat yang mengandaikan mereka tinggal serumah. Menafikan sekeras-kerasnya gosip itu, Nabil masih waras untuk memikirkan perkara baik dan buruk. Sebaliknya, Nabil tahu kenapa gosip itu boleh tersebar dengan pantas.
“Memang saya kerap ke rumahnya dan kalau pergi pun sebab dia (Irma) ada meminta tolong untuk menjaga anak angkatnya. Kalau dia ada kerja termasuklah mengacarakan program Chopp! di TV9 dan kebetulan saya lapang, saya akan menolongnya menjaga bayi itu. Kami juga merancang untuk menggunakan khidmat pengasuh atau pembantu peribadi untuk urusan menjaganya.
“Kadang-kadang, saya sendiri datang mengambil anak angkatnya ataupun Irma sendiri yang menghantarnya ke rumah saya. Kalau saya pergi ke rumahnya sekalipun, pengurus saya, Latiff akan ikut sama menemani,” katanya serius demi meleraikan perkara yang tidak benar.
Mengenai peribadi Irma, kata Nabil, dia melihat Irma sebagai anak sulung yang sangat bertanggungjawab.
“Dia (Irma) sangat mengambil berat dan saya yakin tahap umurnya kini juga sudah sesuai untuk memikirkan soal perkahwinan. Kami boleh bertolak ansur,” kata Nabil yang turut memeriahkan siri jelajah pertama ABPBH 2008 di Sungai Petani minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, Nabil dijadualkan ke luar negara untuk merakamkan sebuah program terbitan TV9 bagi musim kedua. Wajahnya kini boleh ditonton dalam program Pondok Pondok, Studio Nabil dan Ewah-Ewah. Enam lagi filemnya iaitu Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Momok The Movie, Eee... Hantu, Pisau Cukur dan Jin Notti akan menemui peminat tidak lama lagi.
'Dia buat saya rasa dihargai'
SEMENTARA itu, Irma dihubungi Hip bagi mendapatkan kenyataan mengenai hubungannya dengan Nabil. Bagaimanapun, selepas tidak berjaya menghubunginya kerana sibuk dengan penggambaran drama, Irma kembali menghubungi penulis.
Seperti Nabil, Irma juga menjelaskan gosip mereka tinggal serumah hanyalah omongan kosong. Irma memberitahu sejak sebulan lalu, dia mendapat teman serumah baru iaitu Ika dari Akademi Fantasia musim keenam yang dikenalinya sewaktu berlakon drama Awan Dania.
Kata Irma lagi, jika tiada komitmen kerja, dia akan pulang ke rumah ibu bapanya di Sungai Buluh. Ditanya mengenai hubungannya dengan Nabil, kata Irma, dia sangat menyenangi peribadi kekasihnya itu.
“Dia (Nabil) suka memberi perhatian kepada saya. Dia sangat mengambil berat dan membuatkan Irma rasa dihargai. Paling penting, dia rajin melayan anak angkat Irma. Kepala otak kami kira mudah serasi dan dalam sisi lawaknya, dia masih serius sewaktu berkata-kata,” kata Irma yang pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Farid Kamil sebelum ini.
Mengharapkan sinar bahagia dalam hubungannya dengan Nabil, Irma juga seperti wanita lain yang mengharapkan hubungan cinta yang mekar akan berakhir ke jinjang pelamin. Katanya, berkahwin bukan perkara mainan dan janji untuk sehidup semati bukan hanya sekadar lafaz di bibir saja.
“Baik Irma mahupun dia, kalau boleh memang kami tak nak lama-lama membiarkan cinta itu berpanjangan. Soal kahwin perkara yang baik dan kalau sudah bersedia apa salahnya memilih jalan itu. Bimbang pula ditangguh-tangguh jadi hal lain pula nanti.
“Ada rezeki dan kuat jodoh kami pastinya tak ke mana. Tapi nak kahwin bukan perkara mudah dan kena kumpul banyak duit. Doakan saja yang baik dan andai ada khabar gembira, kami bersedia berkongsi dengan semua pihak,” kata Irma.
INFO: Irma Hasmie
*Irma Hasmie Ibrahim dilahirkan pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur. *Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan, manakala ibunya dari Hulu Selangor. *Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita 2004, pernah muncul di kaca TV menerusi beberapa iklan komersial seperti Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha dan Pringle's. *Kali pertama mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:17 am | |
|
ROSLIN Hashim hanyalah pemain badminton, bukan artis atau selebriti pun. Tapi akhir-akhir ini ceritanya menjadi bualan, bukan juga kerana pencapaiannya dalam sukan badminton tetapi kisah perkahwinan singkatnya iaitu hanya 12 hari saja.
Cik Normah tidak mahu cakap banyak kisah perceraian antara Roslin dengan Faizah Mohamad sebab kesnya sudah dibawa ke Mahkamah Syariah. Biarlah mahkamah saja yang mengadili mereka.
Cuma apa yang Cik Normah tertanya-tanya kenapa pula penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang kelihatan berlebih-lebihan pula dalam hal Roslin. Hampir ke mana-mana saja Roslin ada, Raja Azmi pun ada juga.
Seorang kawan Cik Normah ada menonton gelagat Raja Azmi bercakap panjang lebar fasal Roslin dalam sebuah program TV, baru-baru ini.
Raja Azmi dilihat sebak, sedih kononnya dia berasa bertanggungjawab menyatukan Roslin dengan Faizah, tetapi tidak sangka perkahwinan mereka begitu singkat.
Kawan Cik Normah kata, dia tidak ada simpati pun kepada Raja Azmi. Sebaliknya rasa cuak. Kalau betul Roslin itu dianggap sebagai adik angkatnya, Raja Azmi kenalah berusaha mendamaikan atau menyelamatkan rumah tangga mereka. Paling tidak pun, usahlah menjaja keaiban Roslin dan Faizah.
Sebaliknya, daripada program TV itu juga, Raja Azmi seolah-olah serba tahu segala-galanya fasal rumah tangga Rosli termasuklah hal ehwal dalam kelambu pun hendak diceritakan. Cik Normah percaya Roslin mesti malu apabila hal dalam bilik tidur pun diberitahu kepada orang ramai. Cik Normah tidak mahu nak ulas panjang fasal ini. Cik Normah tengok, Roslin tak cakap apa-apa pun, tapi Raja Azmi pula yang buat macam-macam kenyataan.
Memang kadang-kadang Cik Normah terfikir juga barangkali Raja Azmi hendak mempopularkan Roslin. Iyalah, mana tahu kalau sudah popular nanti, bolehlah dijadikan pelakon filem terbitan terbarunya, Anu Dalam Botol.
Macam mana pun seperti Cik Normah cakap, kes perceraian mereka sudah dibawa ke Mahkamah Syariah. Dalam tempoh itu, tak adil, malahan tak elok kalau ada macam-macam kenyataan keluar dari media yang nadanya seperti memburuk-burukkan atau hendak menyalahkan antara satu sama lain. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:19 am | |
| Tak kecewa dapat 2A dalam SPM
DIANA ingin menyambung pelajaran sebagai jaminan masa depan.
Diana Danielle mahu lanjutkan pelajaran dalam bidang Sains
RESAH yang berbulan ditanggung berakhir sudah dan apa yang utama bagi artis remaja, Diana Danielle adalah meneruskan segala perancangan hidup tanpa perlu menyesali impian yang tidak tercapai.
Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan, Diana akur, dia hanya mampu mencuba terbaik namun ketentuan takdir harus diterimanya dengan tenang dan reda.
Membicarakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diperoleh, Diana bersyukur apa yang diperoleh tidak terlalu mengecewakan meskipun tidak mencapai sasaran awalnya.
Mengambil 11 subjek, Diana mencatat 2A masing-masing untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris manakala 5B untuk subjek Sains, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi, Diana tidak kecewa.
“Seperti orang lain saya juga mempunyai sasaran tersendiri tetapi keputusan ini yang terbaik mampu saya capai. Alhamdulillah, saya lulus semua subjek biarpun sehari sebelum mengambil keputusan saya resah dan tidak dapat tidur nyenyak.
“Menanti keputusan SPM begitu menakutkan. Tiada apa perlu dikesalkan kerana saya sudah mencuba setakat yang termampu dan inilah hasilnya,” kata bekas pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Inai ini.
Gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini berkata, dalam kekalutan menyusun jadual aktiviti seninya dia tidak meminggirkan agenda penting masa depannya.
“Beberapa bulan sebelum SPM saya sudah tidak menerima apa-apa tawaran. Memang saya tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tetapi tidak mengapa, hidup mesti diteruskan.
“Biarpun sibuk dengan aktiviti seni selepas ini, saya tetap akan meneruskan niat untuk menyambung pelajaran. Saya tidak mahu tangguhkan perancangan kerana pelajaran adalah jaminan masa depan,” katanya.
Diana berkata, dia akan terlebih dulu berbincang dengan ibunya, Norsiah Ramli mengenai pengkhususan yang ingin diambil namun katanya, dia ingin menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan Sains.
Biarpun mencintai aliran seni, Diana berkata, dia tidak terlintas untuk menyambung pelajaran peringkat tertinggi dalam bidang itu.
”Mungkin untuk kursus jangka pendek tetapi untuk masa depan, saya mahu mencari sesuatu yang berbeza. Saya mempunyai perancangan sendiri dan itu yang saya cuba laksanakan ketika ini,” katanya.
Usai SPM, finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 berkata, dia sedang mempersiapkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula 19 Mac ini.
Pemegang watak utama sebagai Ayu dalam filem fantasi muzikal, Magika mengakui teruja menanti detik itu cuma apabila memikirkan terpaksa meninggalkan ibunya sendirian, dia kesedihan.
“Cuma beberapa hari lagi dan memikirkan mama sendirian, saya terpaksa kuatkan diri. Mahu atau tidak saya perlu menempuhinya cuma bimbang tidak dapat mengawal diri apabila teringatkan mama sendirian di rumah,” katanya.
Katanya lagi, dari segi fizikal dia sudah bersedia menempuh cabaran baru dan berharap PLKN akan membentuk dirinya menjadi insan berdisiplin dan berdikari.
“Sebagai anak tunggal, saya sentiasa dimanjakan mama. Semuanya mama lakukan tetapi di sana, saya terpaksa membereskan segala urusan sendirian.
“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk semua itu cuma dari segi mental sukar untuk diterjemahkan. Saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di kem itu nanti,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:23 am | |
| Aizat Suka Haruman Flame Burger King
Bukan gimik lagi namun hakikatnya jenama makanan segera terkenal, Burger King telah melancarkan minyak wangi pertamanya bergelar Flame. Minyak wangi yang telah diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) pada Disember lalu itu telah mendapat sambutan hangat dan ia kini dibawa pula ke Malaysia. Apa yang menarik, produk terhad ini pernah dilelong di laman sesawang E-Bay dengan nilai lebih AS$100. Untuk tujuan pengenalan di Malaysia, hanya 100 botol saja diagihkan kepada rakyat Malaysia melalui kempen pembelian set hidangan Burger King. Selain dapat menjamu selera, pembeli set berkenaan turut menerima sebotol Flame secara percuma bersama sekuntum mawar merah. Promosi ini telah dijalankan Sabtu lalu di restoran Burger King, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, bermula jam 9.30 pagi hingga 7 malam. Pun begitu, sambutan hangat diterima masyarakat dan menjelang jam 4 petang sahaja, botol ke-100 telah diedarkan kepada pengunjung bertuah. Salah seorang pengunjung terawal yang dapat mencium bauan Flame ialah penyanyi Lagu Kita, Aizat yang turut diundang ke karnival mini itu. "Pertama kali menghidu baunya, ia macam bau burger. Tetapi, lama kelamaan harumannya berbau seperti bunga ros. Aizat bertuah kerana mendapat minyak wangi edisi terhad daripada Burger King ini," ujarnya. Selain Aizat, pasangan penyampai radio popular Anne dan Ikhwan menjadi selebriti yang seterusnya menerima Flame disebabkan mereka bertindak sebagai pengacara pada pagi itu. Tambah menarik, selebriti yang dijemput memeriahkan gerai murai.com.my bagi sesi Kecoh Karaoke turut menerima sebotol minyak wangi Flame ini. Antaranya ialah bintang Raja Lawak Astro iaitu Sepah, Azrul Cham, Jihan, Amir, Yann, Man Belon, Chot dan Am serta penyanyi Alyah, Hafiz Hamidun dan Aiman. Di samping menerima minyak wangi ini, semua selebriti itu mendengar taklimat dari 'orang kuat' Burger King tentang Flame yang mendapat sambutan hangat di AS dan Singapura. Karnival Mini Burger King pada hari itu itu turut dimeriahkan dengan sokongan Touch N Go, Henna Tattoo, Kaki Novel dan Maxis. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:26 am | |
| Syarat baru AF7 ACIS mengucapkan tahniah kepada Tiara yang dilantik sebagai Pengetua AF7, baru-baru ini.
Misi Tiara mahu kembalikan kegemilangan, populariti program realiti Astro
TUJUH syarat yang ditetapkannya bukanlah kerana terbawa-bawa daripada kehendak Puteri Gunung Ledang apabila Sultan Mahmud Shah hendak mengahwininya seperti dipaparkan dalam Puteri Gunung Ledang...The Musical. Sebaliknya tujuh syarat itu adalah untuk memastikan program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) kembali ke landasan popularitinya.
Begitulah semangat wanita pertama yang dilantik menjadi Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina ketika muncul di dalam episod pertama Diari Akademi Fantasia, Isnin lalu. Ketika membentangkan tujuh syarat baru dalam AF, semangat beliau kelihatan cukup berkobar-kobar.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran, sekiranya syarat itu tidak berjaya dicapai dalam tempoh tiga bulan iaitu setelah AF berakhir, bukankah dia akan menerima bahananya?
Pelakon dan penerbit itu begitu yakin mampu membawa perubahan kepada AF7 walaupun sesetengah berpendapat, hasratnya itu mustahil untuk dicapai. Syarat itu dibuat oleh wanita berusia 41 tahun ini sejajar dengan transformasi yang ingin dilakukan Astro terhadap program berkenaan.
Lima bekas pengetua AF sebelum ini bermula dengan Freddie Fernandez diikuti Ramli MS, M Nasir, Ramli Sarip kembali semula kepada Ramli MS dan yang terakhir Roslan Aziz tidak memerlukan slide untuk membentangkan strategi mereka bagi menaikkan nama AF. Biarpun tiada sebarang strategi khusus ditonjolkan ketika sesi pertemuan pertama dengan pelajar, musim pertama hingga ketiga program berkenaan tetap berjaya membawa fenomena kepada dunia hiburan.
Bukan disebabkan pengetua yang tidak mempunyai kredibiliti menyebabkan populariti programnya merudum. Tetapi ia lumrah bagi program yang terlalu lama, dalam masa yang sama tiada usaha dilakukan untuk meningkatkan isi kandungan serta drama sama yang diketengahkan boleh menjadi salah satu faktor yang membuatkan penonton mula berasa jemu.
Mungkin kerana sengat AF yang sudah mula menghilang, Tiara berasakan dirinya sebagai penyelamat. Dengan tujuh syarat yang dikemukakan, dia yakin sejarah baru bakal tercipta di dalam AF7.
Tujuh syarat yang dibentangkan ialah bakat nyanyian yang luar biasa; mempunyai bakat serba boleh menyanyi, menari dan merlakon dengan cemerlang; mampu bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris, perubahan imej dan stail, memiliki faktor X dan memastikan pelajar sihat serta mengamalkan diet seimbang.
Selepas pengumumannya sebagai pengetua, Tiara yakin usahanya akan menjadi kenyataan. Bersandarkan pengalaman menerbitkan teater muzikal dengan bajet besar, Tiara percaya impiannya itu akan direalisasikan.
"Saya akan cuba membawakan satu transformasi besar oleh kerana itu adalah kata kunci AF tahun ini. Saya sedar tanggungjawab ini sangat besar, tetapi alang- alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
"Banyak yang perlu saya lakukan untuk mengubah AF. Misi saya bukan untuk menghasilkan satu lagi episod AF, tetapi menjadikan AF7 program terbaik, terpopular dan paling diingati. Saya tidak mahu AF7 sama seperti AF yang lepas-lepas, tetapi sebuah program yang akan melakar sejarah baru.
"Tanggungjawab saya bukan untuk melahirkan seorang lagi penyanyi, tetapi melahirkan satu ikon yang bukan saja dikenali di sini sebaliknya penyanyi yang mencapai standard antarabangsa," katanya.
Yakin boleh berjaya
"Saya yakin usaha ini akan berjaya, siapa yang mengenali saya mereka akan tahu cara kerja saya. Setiap pekerjaan yang ingin saya lakukan akan dimulakan dengan kenyataan, dari situ kita akan berusaha lebih supaya matlamat itu akan tercapai.
"Perkara sama saya lakukan ketika menghasilkan Muzikal Puteri Gunung Ledang, ramai berpendapat mustahil untuk saya melakukannya tetapi saya sudah pun membuktikannya," kata wanita itu penuh semangat.
Jelas Tiara lagi, biarlah visinya itu nampak mustahil untuk dicapai supaya semangat pelajarnya lebih berkobar-kobar agar wawasan itu akan diperoleh dengan cepat. Masalah itulah yang membelenggu masyarakat kita kata Tiara sehingga mereka terus berada di takuk lama kerana terlalu takut meletakkan matlamat tinggi.
Bagaimanapun, Tiara meminta supaya tidak terlalu cepat menilai pelajar-pelajarnya. Sebaliknya dia meminta supaya mereka diberikan sedikit masa untuk menonjolkan bakat masing-masing. Dia juga gembira kerana ke semua 14 pelajar yang berjaya melayakkan diri dalam AF juga menunjukkan kesungguhan mereka untuk bersama-sama mencapai visi yang disasarkan.
"Saya sentiasa mengikuti AF, program ini memperlihatkan perjalanan hidup seseorang yang tidak memiliki apa-apa kepada seorang ikon yang begitu dibanggakan. Perubahan ini yang menjadi penarik kepada program ini.
"Sudah lama saya impikan untuk memiliki akademi dan saya tidak sangka hasrat itu tercapai dalam waktu cukup singkat. Tiada yang mustahil dan aneh apabila saya dipilih sebagai pengetua, bagi saya wanita dan lelaki sama saja. Wanita juga boleh melakukan perkara sama yang dilakukan golongan lelaki.
"Tinggal lagi apa legasi yang ingin seseorang itu tinggalkan setelah program ini berakhir. Memastikan hasrat ini tercapai, saya memberikan seribu peratus komitmen hanya kepada AF dan tidak melakukan sebarang kerja lain," katanya.
INFO : Tujuh syarat AF7
-Bakat nyanyian yang luar biasa.
-Mempunyai bakat dan boleh menyanyi.
-Menari dan berlakon dengan cemerlang.
-Mampu bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris.
-Perubahan imej dan stail,
-Memiliki faktor X.
-Memastikan pelajar sihat dan mengamalkan diet seimbang. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:27 am | |
| AF7: Perang Kudsia Vs Bad Di Murai!
Bagi menghangatkan lagi demam Akademi Fantasia 7 (AF7), portal hiburan murai.com.my akan membawakan 2 bloggers yang akan mengkritik dan 'berperang' mengenai apa saja tentang AF7.
Orang itu adalah bekas pengkritik AF, Kudsia Kahar bersama 'musuhnya', Badrul Hashim (Bad) yang juga seorang pengurus artis (Didi AF4) yang juga rakan setugas Kudsia di Era FM dulu. Blog kedua-dua mereka boleh diikuti di segmen Blog Pengkritik Khas di Zon AF7@Murai bermula Isnin ini, 16 Mac 2009.
Pernah berkerja di bawah satu bumbung yang sama iaitu sewaktu berkhidmat dengan Era FM satu ketika dulu, Kudsia dan Bad ternyata mempunyai keserasian yang cukup baik walaupun sering 'bertelagah pendapat' ke arah sesuatu yang positif berkaitan isu dunia hiburan.
Apakah hal yang sama juga akan turut berlaku dalam blog mereka di Zon AF7@Murai? Nampak gayanya begitulah…
Sebaik saja mengetahui bahawa Bad adalah pengkritik khas yang bakal berperang dengan Kudsia, awal-awal lagi Kudsia telah mengingatkan Badrul supaya berhati-hati sewaktu berada di jalan raya!
"Hati-hati sebab saya tahu kereta yang dipandunya. Hehehe..." kata Kudsia dengan 'amaran' awalnya.
Reaksi Bad terhadap Kudsia pula: "Saya tahu di mana Kudsia tinggal dan saya juga tahu siapa jirannya. Kalau saya beritahu jiran Kudsia yang mana satu rumahnya, tentu mereka akan pergi ke rumahnya dan melaser. Jadi, bersedialah untuk berasa takut. Hahaha.." kata Bad pula.
Walaupun perang di antara kedua-dua pengkritik berkaliber ini sudah pun hampir hendak meletus, namun kedua-dua mereka mengakui sangat teruja apabila diundang untuk menjadi pengkritik khas AF7 di portal murai.com.my.
Kata Kudsia: "Kalau hendak melibatkan diri dengan AF7 secara sepenuhnya macam dulu-dulu, memanglah tidak boleh lagi sebab komitmen kerja pun sudah semakin berat dan banyak. Tapi, untuk menulis blog lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Bad yang mulut becok tu, rasanya memang inilah waktu yang sangat sempurna.
"Saya dan Badrul sudah lama kenal tapi kami sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza. Memang Badrul agak sedikit emosi tapi saya tahu bagaimana untuk mengendalikannya.
"Saya juga sangat teruja untuk melihat tranformasi yang berlaku dalam AF7 ini. Lebih-lebih lagi pemilihan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua. Tiara, you rawks!" kata Kudsia.
Bad pula berkata, sebelum ini, dia sudah lama menjadi pengkritik yang 'tidak bertauliah' dalam blognya sendiri.
"Apabila dipilih oleh murai.com.my sebagai pengkritik khas AF7 dalam segmen Blog Pengkritik Khas di Zon AF7@murai, ianya adalah satu penghargaan buat saya. Lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Kudsia yang sudah sekian lama saya kenali. Tapi, saya lega kerana saya tidak perlu lagi melihat Kudsia menangis ketika menulis blognya nanti.
"Dengan Kudsia saya tidak perlu membuat apa-apa persediaan. Cuma saya perlu matikan telefon bimbit saya supaya tidak perlu mendengar dia membebel," kata Bad.
Tentang AF7 dan tranformasi yang bakal berlaku dalam musim kali ini, Bad berkata, setakat ini, dia masih belum melihat apa-apa tranformasi yang berlaku dalam program realiti popular terbitan Astro itu.
"Pemilihan pengetua wanita kali ini dengan pertukaran beberapa tenaga pengajar bagi saya hanyalah satu perkara yang biasa. Saya kena tunggu dan lihat dulu apa yang akan berlaku dalam AF7 ini. Tapi tranformasi pemilihan pelajar yang dilakukan melalui kem motivasi tidak begitu saya gemari. Rasanya saya lebih suka cara yang dulu. Kita memilih mereka menerusi konsert prelude.
"Dalam segmen itu, pemiihan pelajar AF dilakukan oleh tenaga pengajar sambil disaksikan penonton yang mengikuti program AF. Cara itu bagi saya lebih menampakkan kredibiliti AF," katanya.
Jadi bagi anda, jangan lupa ikuti perang blog mereka Blog Pengkritik Khas di Zon AF7@murai yang akan bermula Isnin ini! |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:30 am | |
| ABPBH 2008: Tak anggap undi simpati ABBY gembira kerana sekali lagi terpilih dalam senarai top 5 ABPBH 2008.
Pencalonan dalam ABPBH bukan sesuatu yang baru bagi Abby Abadi
BADAI yang melanda rumah tangga dibina pasangan pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya Norman Hakim mengundang simpati peminat dengan nasib wanita ini. Apatah lagi insiden itu melanda tatkala Abby sedang berada dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata ketiga Maria Danisha Hakim yang kini sudah pun berusia 4 bulan.
Selepas diduga dengan cabaran yang maha kuat, mungkin inilah yang dinamakan hikmah apabila nama pelakon itu tersenarai sebagai salah seorang finalis dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.
Kategori Pelakon TV Wanita Popular menyaksikan persaingan cukup sengit oleh kerana empat dari lima calonnya masing-masing bergelar artis kontroversi termasuk Abby sendiri selain Rita Rudaini dan Diana Danielle. Yang agak sunyi daripada kontroversi dalam tempoh dua tahun ini adalah Dynas.
Abby yang kini sedang hangat dikaitkan dengan jejaka bernama Zoulle ini bagaimanapun kurang setuju apabila dia dikatakan mendapat undi simpati.
“Saya tidak mahu meletakkan simpati sebagai isu. Saya tidak rasa peminat mengundi atas dasar simpati. Pencalonan dalam ABPBH bukan sesuatu yang baru untuk saya. Sebelum ini gelaran Pelakon TV Wanita Popular pernah menjadi milik saya sebanyak empat kali berturut-turut.
“Alhamdulillah nama saya disenaraikan dalam Top 5 untuk ke sekian kalinya. Saya tidak mengharapkan apa-apa, bagi saya berada dalam senarai finalis sudah memadai,” katanya.
Jangan burukkan keadaan
BELUM tamat kisah rumah tangganya dengan Norman Hakim yang bergolak, kisah Abby berkawan baik dengan Zoulle pula diperkatakan dan hubungan mereka bukan lagi rahsia. Ke mana saja dia melangkah, jejaka itu kerap kali dilihat berada di sampingnya.
Kekerapan Abby mengusung Zoulle sering kali menjadi buah mulut. Pelakon itu bagaimanapun kurang bersetuju dengan perkataan ‘mengusung’. Dalam nada kurang berpuas hati, Abby menjelaskan mengenai isu mengusung pelakon baru itu.
“Jangan terlalu burukkan keadaan dengan perkataan yang saya sendiri tidak pernah dengar. Dia ada kaki, jadi dia boleh bergerak sendiri. Kenapa pula saya perlu mengusung dia?
“Saya tidak pernah mengusung dia. Kami masing-masing ada kerja, bukannya 24 jam kami berkepit sana sini. Saya rasa tidak adil untuk meletakkan diri saya dalam keadaan ini,” kata Abby yang berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan.
Apa yang dibimbangi wanita ini, isu berkenaan akan mengganggu periuk nasi dia dan teman baiknya. Ini kerana masing-masing mencari sesuap nasi untuk menampung keluarga. Lebih-lebih lagi Abby sendiri yang mempunyai tiga anak masih kecil yang masih memerlukan perhatian.
Biarpun dirinya dihimpit dengan kontroversi melampau, namun Abby lega kerana peminat masih terus menyokongnya dengan kuat sehingga namanya dicalonkan sebagai top 5.
“Berilah ruang untuk kami berdua. Kami ikhlas berada dalam bidang ini dengan niat untuk mencari rezeki. Kami masih ada tanggungjawab pada ibu ayah dan juga adik beradik.
“Cuma yang peliknya, kenapa orang hanya nampak salah kami berdua. Bagaimana pula dengan artis lain yang sudah berkahwin tetapi berkawan rapat dengan jantina berbeza,” katanya yang belum pernah berbincang dengan lebih serius mengenai hubungannya bersama Zoulle.
Katanya, setakat ini dia tidak pernah berbincang mengenai langkah seterusnya dalam perhubungan mereka kerana fokusnya kini adalah untuk meningkatkan kariernya demi anak-anak serta pendidikan mereka.
“Kami tidak pernah bersoal jawab pasal kahwin. Apa yang berlaku pada saya sebenarnya semakin menguatkan saya. Saya mahu mencari peluang supaya matlamat yang belum tercapai sebelum ini berjaya dicapai. Tumpuan saya sekarang adalah pada kerjaya dan anak-anak, syukur bapa mereka semakin menunjukkan sikap tanggungjawabnya sejak akhir-akhir ini. Saya juga lebih suka jika orang bercakap mengenai karier daripada kisah peribadi,” katanya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:35 am | |
| ABPBH 2008: Kenangan indah di Terengganu Lawatan ke Taman Tamadun Islam tinggalkan kenangan manis kepada rombongan ABPBH 2008
SIRI jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 di Kuala Terengganu, hujung minggu lalu memberi pengalaman yang cukup indah buat finalis ABPBH apabila bukan saja diberi peluang beramah mesra dan menghiburkan peminat, tetapi juga berkesempatan untuk membuat lawatan di lokasi tumpuan pelancong di negeri itu.
Memandangkan acara promosi ini mendapat kerjasama sangat baik daripada Kerajaan Negeri Terengganu, maka satu daripada atur cara yang disediakan berkait rapat dengan aktiviti pelancongan. Kali ini, rombongan ABPBH 2008 yang mengandungi 30 orang ini di beri kesempatan untuk melawat Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man.
Perasaan teruja menjelma sebaik saja melihat bas antik sudah sedia menunggu di depan penginapan rombongan ini iaitu di Sumai Suite Hotel. Uniknya bas ini, bukan saja dari segi warna yang agak berbeza daripada warna bas sedia ada, tetapi reka bentuknya yang unik iaitu dari segi hiasan hinggalah tempat duduknya yang kelihatan seperti bangku di taman membuatkan ramai terpegun
Sambil diiringi polis trafik, bas antik ini meluncur menuju ke Jeti Shahbandar, untuk menaiki gondola pula iaitu bot yang akan membawa pengunjung ke Taman Tamadun Islam. Perjalanan yang mengambil masa hampir setengah jam itu cukup menyeronokkan kerana penumpang berpeluang melihat keindahan bandar Kuala Terengganu dari aras laut serta kejernihan air menandakan ia masih belum tercemar.
Dari jauh lagi sudah kelihatan, Masjid Kristal yang menjadi kemegahan penduduk di negeri Darul Iman ini, selain Masjid Terapung. Bersebelahan Masjid Kristal itulah terletaknya Taman Taman Tamadun Islam yang kaya dengan hasil kesenian Islam, sejarah dan
ROMBONGAN artis menaiki trem melawat Taman Tamadun Islam budaya.
Sebaik saja sampai di Jeti Tokku Paloh, rombongan ABPBH dibawa menaiki tram untuk melihat persekitaran taman itu yang dipenuhi dengan 21 monumen Islam yang terkenal di seluruh dunia antaranya Masjid Negara, Masjidil Haram, Makkah, Taj Mahal serta Masjid Nabawi di Madinah sambil diberi penerangan mengenai monumen itu menerusi rakaman suara.
Cukup mengagumkan kerana bukan mudah untuk menyaksikan monumen asal memandangkan kebanyakannya berada di luar negara. Usaha
ini sewajarnya diberi pujian kerana secara tidak langsung ia mendekatkan pengunjung dengan keindahan seni bina Islam yang tidak ternilai itu.
MENAIKI gondola untuk ke Taman Tamadun Islam.
Memang tidak sia-sia mereka yang menyertai rombongan ABPBH kali ini dibawa berkunjung ke tempat yang bukan saja mampu merapatkan silaturahim sesama mereka, tetapi juga menambahkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan seni bina Islam.
"Selalu bila ada roadshow, artis lepas selesai tugas akan lepak dalam bilik tak buat apa-apa. Tetapi dengan adanya lawatan seperti
ini, masa kita akan terisi dengan kegiatan yang berfaedah. Bukan saja seronok kerana berpeluang melawat tempat bersejarah
beramai-ramai tetapi juga mendapat ilmu yang berguna," ujar Adam yang cukup seronok dengan sesi lawatan itu.
Kesempatan melawat Taman Tamadun Islam itu juga berjaya menerbitkan perasaan teruja kepada pemenang tempat ketiga program realiti Akademi Fantasia, Nubhan. Selain membangkitkan nostalgia, Nubhan berkata aktiviti seperti ini perlu dijadikan acara wajib untuk setiap siri jelajah promosi ABPBH.
"Ini kali kedua, saya datang ke Terengganu. Sebelum ini saya datang untuk buat klip video lagu Ada Untukmu iaitu pada tahun
lalu. Kali ini, saya datang untuk menyanyi depan peminat. Cuma kedatangan kali ini lebih menyeronokkan kerana ada peluang untuk jalan-jalan bersama rakan artis lain.
"Pada saya, biarlah aktiviti ini diteruskan dari masa ke semasa. Lagi pun, ABPBH sudah dimasukkan dalam kalendar pelancongan
maka secara tidak langsung, ia sudah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri,” kata jejaka dari Kuala Pilah ini.
Turut terpesona dengan sesi lawatan ini adalah pelakon yang dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular iaitu Kenchana dewi.
"Ini adalah pengalaman istimewa kerana bukan mudah untuk orang seperti saya mengunjungi tempat begini. Apa yang pasti, saya
rasa kagum melihat keunikan 21 monumen ini yang belum pernah saya saksikan sebelum ini," katanya.
Bagi pelakon Sheila Mambo pula, dia berharap aktiviti yang membabitkan finalis pada masa akan datang akan lebih dikembangkan mengikut lokasi kunjungan.
"Sebagai contoh, mungkin kita boleh buat lawatan ke tempat menenun songket, kilang memproses keropok lekor atau apa saja
yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan di sesebuah negeri itu. Pasti menarik," kata pelakon yang semakin hangat menerusi drama
Mertua vs Menantu ini.
Selain membuat lawatan, rombongan ini juga dibawa menonton tayangan video secara ringkas mengenai perjuangan Rasulullah SAW
serta kisah batu tergantung seperti yang diriwayatkan menerusi peristiwa Israk dan Mikraj.
Selepas menikmati jamuan ringan, rombongan meneruskan perjalanan ke Mydin Mall yang menjadi lokasi utama siri jelajah promosi ABPBH 2008. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 11:50 am | |
| Meriah dalam hujanKemunculan calon akhir ABPBH 2008 tetap ditunggu peminat yang tidak mahu lepas peluang mendekati artis pujaan HUJAN yang membasahi bumi Kuala Terengganu petang kelmarin nyata bukanlah satu penghalang kepada lebih 5,000 warga negeri itu untuk sama-sama berhibur di siri jelajah promosi Anugerah Bintang popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang diadakan di pekarangan tempat meletak kereta, pusat beli-belah Mydin Mall. Kesetiaan mereka untuk menyokong calon akhir ABPBH 2008 terbukti apabila mereka sedikitpun tidak berganjak dari tempat masing-masing walaupun hujan semakin lebat. Biarpun dalam keadaan basah kuyup dan terpaksa bersesak-sesak, namun semua kesukaran itu sabar dilalui asalkan hasrat untuk bertemu calon akhir yang selama ini hanya dapat disaksikan menerusi TV menjadi kenyataan. Sebaik saja pengangkutan rasmi ABPBH 2008, Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd berhenti di belakang pentas utama, sudah kelihatan masing-masing sudah bersedia dengan kamera dan telefon bimbit di tangan untuk merakamkan wajah artis kesayangan mereka. WAN Abdul Hakim (tiga dari kiri) melepaskan belon tanda pelancaran siri jelajah AB PBH 2008 di Kuala Terengganu. Keresahan menanti bertukar menjadi girang dan senyuman tak henti-henti terukir di wajah mereka apabila insan yang dinanti kini menjelma di depan mata. Lebih menggembirakan apabila barisan calon akhir seperti Diana Danielle, Adam, Riz, Ayu OIAM, Nubhan, Kenchana Dewi, Fabulous Cats, Faizal Ismail, Sheila Mambo dan Zizan Raja Lawak begitu mesra melayan kerenah mereka. Kesempatan lebih setengah jam sementara menanti upacara perasmian dilakukan digunakan sepenuhnya peminat untuk bergambar kenangan bersama artis pujaan mereka yang dilakukan di gerai Berita harian yang lokasinya tidak jauh dari pentas utama. Walau terpaksa membayar RM10 ringgit untuk sekeping gambar, namun sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana mereka tahu FABULOUS CATS sanggup bermain hujan demi peminat. nilai itu takkan sama dengan pengalaman berharga yang dilalui tidak sampai beberapa saat itu. Kira-kira jam 2.15 petang, sebaik saja tali yang mengikat belon dipotong oleh Timbalan Pengerusi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Wan Abd Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, maka secara rasminya bermulalah siri jelajah promosi di lokasi yang mendapat jolokan negeri cantik, budaya menarik ini. Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Wan Abd Hakim berkata, siri jelajah promosi ABPBH di Terengganu akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri kerana pihaknya percaya industri hiburan juga mampu memberi pulangan serta menjadi pemangkin kepada industri pelancongan di negeri itu. Hadir sama menyaksikan acara itu adalah Pengarang kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail serta wakil penaja. Selepas acara perasmian, pentas sederhana besar itu terus digamatkan dengan persembahan artis. Membuka tirai persembahan adalah dua bintang realiti, Adam dan Riz. Persembahan seterusnya semakin meriah dengan kemunculan penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Zizan. Ia menjadi semakin hangat dengan persembahan daripada anak jati Kuala Terengganu, Aiman. Walaupun mengakui pemalu dan gugup kerana membuat persembahan di kampung kelahiran sendiri, Aiman yang cukup popular dengan lagu Dusta Berkalang ini berjaya melunaskan tanggungjawabnya itu dengan baik. Fabulous Cats sanggup basah PERSEMBAHAN pada petang itu bukan saja diserikan dengan acara nyanyian, tetapi turut diselitkan persembahan lawak jenaka yang datangnya daripada calon akhir ABPBH 2008 dari bidang lakonan. Acara sketsa yang dilakukan oleh pelakon remaja jelita, Diana Danielle, Kenchana Dewi dan Sheila Mambo berjaya mengundang hilai tawa penonton dengan telatah lucu mereka. Ada saja idea kreatif mereka untuk mengenakan peminat yang tampil ke atas pentas semata-mata kerana ingin memenangi hadiah yang ditawarkan. Yang penting, pengunjung yang hadir cukup sporting dan tak kisah apabila mereka 'disakat' oleh tiga pelakon tadi. Sebagai hadiah kepada sesi soal jawab yang diadakan bersama penonton, mereka yang bertuah berpeluang menaiki kenderaan bersama artis yang mereka ingini. Walaupun sekadar meronda-ronda di persekitaran kawasan pusat beli-belah itu namun tidak semua berpeluang menikmati situasi seperti itu apatah lagi apabila diri ditemani artis kesayangan. Sebagai kenangan, sempat juga Diana, Riz, Adam, Farhana dan Wangi dari kumpulan Fabulous Cats bergambar kenangan di sisi kereta Nissan Grand Livina bernilai RM94,000 1.8L khusus untuk pembaca bertuah, selain kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 yang menjadi hadiah untuk Bintang Paling Popular. Cuaca dingin bertukar hangat apabila kumpulan yang popular dengan lagu Papa Jahat iaitu Fabulous Cats sanggup turun dari pentas dan bermain hujan semata-mata kerana ingin melihat persembahan petang itu lebih meriah. Nyata strategi mereka itu berjaya apabila penonton memberi reaksi positif apabila turut sama berganjak ke depan pentas semata-mata kerana ingin menari dan menyanyi bersama mereka. "Tujuan kami ke sini untuk menghiburkan dan dekat dengan mereka. Jadi saya beranikan diri untuk turun dari pentas walaupun hujan. Selepas melihat reaksi yang baik daripada penonton, saya minta tiga anggota lain bersama-sama kami menyanyi dan menari dalam hujan. "Memang menyeronokkan dan kami puas hati," kata jurucakap kumpulan ini iaitu Cat Farish. Mereka menyanyikan lagu Bawaku Terbang, Slot Akasia serta lagu popular mereka, Papa Jahat. Turut menghiburkan penonton dengan vokal mantapnya adalah juara One in A Million musim kedua, Ayu Damit menerusi lagu Hanya di Mercu serta Ku Peluk Dunia. Dicalonkan dalam kategori Artis baru Wanita Popular, Ayu akui pengalaman membuat persembahan di Kuala Terengganu, cukup mengujakan. "Ini kali pertama saya ke Kuala Terengganu. Melihat sambutan ini, Ayu seronok dan kalau diberi peluang, pasti akan datang lagi ke sini dan ikut serta dalam mana-mana siri promosi selepas ini," kata gadis yang berasal dari Sabah ini. Sebagai penutup persembahan, Adam sekali lagi ditampilkan di atas pentas. Tidak dapat dinafikan, keupayaan anak muda ini cukup terserlah lebih-lebih lagi apabila dia membawakan lagu rancak, Robot sambil diiringi penari. Ternyata dia ada gaya tersendiri dan tidak hairanlah andai dia masih lagi dicalonkan untuk ABPBH walaupun sudah empat tahun jejaka ini keluar dari sarang Akademi Fantasia. Selepas acara tamat, semua artis dan kru ABPBH dijamu dengan nasi minyak yang lazat tajaan Mydin Mall. Walaupun penat, tergambar kepuasan pada wajah masing-masing kerana misi mereka iaitu menghiburkan peminat dengan lebih dekat, berjaya. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 12:08 pm | |
| Makin intim di luar lokasi Farid Kamil dan Lisa Surihani. Farid, Lisa terima takdir jika bertemu jodoh
BANYAK persamaan antara dua bintang yang terus mencuri perhatian ramai ini - Farid Kamil dan Lisa Surihani. Mereka bukan saja sering digandingkan bersama menerusi lakonan dalam filem dan drama, tetapi kerjaya seni turut diuruskan syarikat sama, Metrowealth Movies Productions (MMP), bahkan kedua-duanya diangkat sebagai Wajah Eksklusif Astro Megadrama, baru-baru ini.
Selain itu, Farid dan Lisa juga semakin gah di hati peminat apabila kedua-duanya dinobatkan sebagai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sehingga Farid kembali tersenarai menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular apabila namanya pernah ‘tergelincir’ pada ABPBH musim lalu, manakala Lisa yang baru setahun jagung bergelar artis, selesa dalam kelompok Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular.
Justeru, pasangan ‘merpati dua sejoli’ ini tidak dapat lari daripada kenyataan apabila sering menjadi usikan peminat dan media massa yang melabelkan mereka sebagai pasangan sedang hangat bercinta, gara-gara sering kelihatan bersama ketika waktu kerja mahupun di luar lokasi. Bukan sekadar ungkapan klise - cinta lokasi, namun apabila diperhatikan kemesraan Farid dan Lisa, seolah-olah ada satu perasan yang tersembunyi!
Apabila beraksi di layar lebar mahupun di kaca TV, mereka kelihatan secocok, bahkan ketika menjayakan sesi fotografi bersama B*Pop Isnin lalu, sedikitpun tidak kelihatan kekok apabila kedua-duanya diminta supaya beraksi manja dan romantik sekalipun ibu Lisa setia menemani anak gadisnya itu sepanjang fotografi berkenaan, seolah-olah memberi petanda awal ‘merestui’ hubungan rapat yang terjalin antara Lisa dan Farid.
Lazimnya, pasangan artis akan memberikan pose plastik semata-mata untuk meraih publisiti media massa dalam usaha menaikkan rating filem mahupun drama lakonan kedua-duanya, namun apa yang dipamerkan Lisa dan Farid, tidak keterlaluan jika mentafsir kemesraan mereka ikhlas, bukannya dibuat-buat, sekali gus aksi dirakamkan jurugambar menceritakan segala-galanya, mungkin ada ‘sesuatu’ di antara mereka.
Pun begitu, atas dasar profesionalisme atau berprasangka peminat meluat sekiranya artis kesayangan mereka memadu kasih, perasaan cinta yang mungkin terpancar di sanubari masing-masing terpaksa dipendamkan begitu saja, namun mungkin mereka juga tidak pernah jemu menanti ketika dan saat sesuai merungkai ‘sesuatu’ yang dimaksudkan tadi.
Selepas putus cinta dengan pelakon dan model cantik, Irma Hasmie suatu ketika dulu, Farid mengakui sehingga hari ini dia belum memiliki hati seorang wanita yang layak digelar kekasih. Namun, Farid dengan pantas menolak untuk memberikan sebarang komen apabila bekas kekasihnya itu dikatakan menemui cinta baru bersama juara Raja Lawak musim kedua, Nabil.
Melihat pada keintiman Farid bersama Lisa yang semakin hari terus menemui keserasian, tidak mustahil suatu hari nanti mereka bakal menjadi pasangan kekasih. Adakah pernah terdetik di hati Farid memilih Lisa sebagai cinta barunya?
“Sebagai lelaki, saya akui pakej yang dimiliki Lisa adalah sesuatu yang menarik perhatian. Semakin lama saya bekerja dengan Lisa, kami jadi semakin rapat, semakin mengenali hati budinya dan terus selesa untuk berkawan dengannya. Lazimnya, sebelum sesuatu hubungan yang serius itu terjalin, peringkat pertama, pasangan berkenaan berkawan baik.
“Namun, jika ditakdirkan suatu hari nanti hubungan rapat antara saya dan Lisa tiba-tiba ‘terbabas’ (membabitkan perasaan), perkara itu adalah di luar jangkaan. Sebarang perasaan yang bakal wujud tidak boleh dipaksa atau dibendung, ia datang sendiri. Tapi, buat masa ini, antara saya dan Lisa, kami selesa sebagai kawan baik. Sekiranya jatuh hati dengannya suatu hari nanti, semua itu kerja Tuhan.
“Tapi, terus-terang, fokus saya ketika ini kepada kerjaya, bukan cinta semata-mata. Biarlah saya sukses dan mencapai cita-cita, kemudian jika ada jodoh, saya terima seadanya. Bukan saya maksudkan Lisa adalah jodoh saya, tapi dengan sesiapa saja, insya-Allah,” kata Farid yang memberi petanda tidak mahu berpura-pura apabila berbicara soal perasaannya terhadap Lisa.
Selesa bekerja dengan Metrowealth
BERCAKAP mengenai soal kerja, Farid baru selesai membintangi filem terbarunya, Evolusi KL Drift 2 dan bermula 12 Mac lalu, dia kembali sibuk di lokasi menjayakan drama bersiri, 3 Janda sebanyak 26 episod, sekali gus bergandingan dengan Lisa. Dia juga memiliki syarikat sendiri, Untitled Art Works Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam urusan penghasilan skrip termasuk skrip Remp-It V3 yang pertama kali menyaksikan Farid bergelar sutradara.
Kini, Farid kembali bernaung di bawah pengurusan MMP selama tiga tahun sehingga 2010. Namun, sebelum itu, sebaik tamat kontrak dengan MMP, sekitar 2007, Farid cuba bergerak sendiri. Farid akui, perjalanan seninya ketika itu sedikit kabur apabila kariernya tidak diurus dengan sempurna, sekali gus dia ‘tergelincir’ dalam senarai Top 5 ABPBH 2007.
“Apabila saya kembali ke pangkuan MMP, penerbitnya, David Teo terus memberi saya peluang sebagai pengarah Remp-It V3. Bagi saya, kita sewajarnya menghormati keputusan majikan kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekiranya wujud sebarang masalah, sebaik-baiknya berbincanglah dari hati ke hati bersama majikan, jangan terus menghukum mereka. Sebagai bukti, saya dapat rasai perubahan dalam karier,” kata Farid lagi.
Lisa nafi jatuh hati pada Farid
BAGI Lisa pula, sebaik putus cinta dengan anak pak menteri suatu ketika dulu, dia turut mengakui belum lagi bertemu cinta baru. Tapi, bagaimana pula perasaannya terhadap Farid, kemesraan mereka semakin terserlah sejak akhir-akhir ini?
“Saya ni selesa berkawan dengan semua orang. Apabila saya pandang Farid, saya menghormatinya sebagai artis senior, dia banyak memberi tunjuk ajar. Kami memang berkawan, tapi sekadar sesama teman artis, tidak terbit sebarang perasaan pun,” kata Lisa yang masih berlapik apabila berbicara soal hatinya.
Sekiranya perasan sebagai seorang kawan tiba-tiba beralih kepada kasih, sayang dan cinta terhadap Farid, adakah Lisa tetap menolaknya?
“Suatu hari jika wujud perasan sayang ke, kasih mahupun cinta terhadapnya (Farid), itu ketentuan Tuhan, saya reda. Yang penting nawaitu, sekarang fokus saya terhadap kerja dan keluarga, manakala cinta bukan keutamaan. Cinta akan datang apabila tiba masanya,” kata Lisa merungkai ‘sesuatu’ yang terjalin antara dia dan Farid sekalipun masih ada tanda tanya.
Duta Lip Ice ini semakin melonjak popularitinya sehingga Astro mengambilnya sebagai ‘jenama’ sekalipun dia masih terlalu hijau dalam industri hiburan. Lazimnya populariti yang naik mendadak, akan cepat merudum, apa komen Lisa?
Cuba elak ditimpa kontroversi
"IA satu kemungkinan yang boleh berlaku, kita tak boleh nak jangka, bergantung kepada rezeki masing-masing. Pandangan saya secara peribadi, bertahan lama atau cepat merudum populariti seseorang itu, bergantung kepada artis itu sendiri. Sekiranya banyak terdedah kepada kontroversi, lebih membuka ruang, dirinya tidak bertahan lama. Harap-harap perkara seumpamanya tidak berlaku ke atas diri saya,” katanya.
Mengenai pencalonannya dalam ABPBH 2008, Lisa sangat bersyukur dengan sokongan peminat. Dia tidak mahu lalai dengan pencapaiannya hari ini.
“Untuk tahun mendatang, saya harap akan terus mendapat sokongan peminat. Kejayaan hari ini, saya akan jadikan ‘booster’ untuk terus memberikan yang terbaik kepada peminat, saya tidak mahu menghancurkan kepercayaan dan sokongan mereka,” kata Lisa yang terus menyimpan cita-cita bergelar peguam bertauliah suatu hari nanti, sekali gus mewarisi firma guaman milik arwah ayahnya.
ABPBH edisi ke-22 akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan secara langsung di TV3 dan HotFM bermula jam 9 malam. Anugerah ini terus mengekalkan tradisi prestij, meriah, glamor dan bergaya di samping penajaan daripada pelbagai sektor korporat antaranya Edaran Tan Chong Motors untuk kereta jenama Nissan, Rafflesia - The Pearl Centre, Pos Malaysia Berhad dan Empire Classic Furniture.
INFO: Farid Kamil
NAMA PENUH: Farid Kamil Zahari TARIKH LAHIR: 5 Mei 1981 ASAL: Alor Star, Kedah KELUARGA: Anak sulung daripada lima beradik DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu), ibu (Siam dan Arab) PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor FILEM: 7 Perhentian, Remp-It, Anak Halal, Evolusi KL Drift 2, Estet dan Papadom FILEM ARAHAN: Remp-It V3 DRAMA: Enigma, Begitulah Cinta, Fakulti, Takdir Yang Terindah dan 3 Janda PENCAPAIAN: Anugerah Bakat Muda Seni Filem (Pelakon) pada Anugerah Seni Negara Ke-8 dan Wajah Eksklusif Astro Megadrama
INFO: Lisa Surihani NAMA PENUH: Lisa Surihani Mohamed TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986 ASAL: Kuala Lumpur KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik (perempuan tunggal) DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu dan Bugis), ibu (Melayu dan Bugis) PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK) FILEM: Good Bye Boys, I’m Not Single, Cyber X Ancaman Penggodam, Jangan Pandang Belakang Congkak, Remp-It V3 dan Kapoww DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Anak Merdeka, Mataku Nampak Hantu dan Ponti Anak Remaja TEATER: www.puterigunungledang.com.my PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) dan Wajah Eksklusif Astro Megadrama |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 3:32 pm | |
| Azizah Mahzan Boikot Wartawan?Artikel ini dipetik dari sebuah akhbar tempatan. Hurm, lihatlah bertapa tak gunanya seorang artis bernama Azizah Mahzan. Oh! Artis secara peribadi dah lama boitkot si Azizah Mahzan ni. Anda bila lagi? Ini bukan hasutan ye, ini nasihat.. Kalau tak sampai mati pun dia macam tu la jugak.. DRAMATIS veteran, Azizah Mahzan antara artis tempatan yang mendapat liputan meluas media sejak kebelakangan ini, malah ke mana-mana saja majlis hiburan yang dihadirinya, sudah pasti beliau menjadi tumpuan. Semuanya bermula apabila Kak Pora menegur caranya berpakaian yang menjolok mata dalam drama bersiri, Spa Q 2 di TV3. Kemudian, timbul pula kisah hubungannya dengan rakan pelakon, Zaefrul, termasuk gambar mereka dalam aksi melampau, dipercayai dirakamkan di Langkawi, yang tersebar luas di internet hingga kedua-duanya tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Kak Pora diberitahu mengenai isu itu sekali gus mempopularkan mereka. Jika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ada kategori Pasangan Pelakon Paling Popular, mungkin mereka paling layak memenanginya! Namun, bukan isu populariti Azizah - Zaefrul yang mahu Kak Pora ceritakan di sini, tetapi kesombongan pelakon wanita itu ketika menyaksikan pementasan pembukaan teater muzikal Sirah Junjungan II - Tahajud Cinta, karya dan arahan Erma Fatima yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena sambutan Maulidur Rasul, pada 9 Mac lalu. Penampilan Azizah memang mengejutkan, lebih-lebih lagi beliau mengenakan jubah hitam ketika itu tanpa bertudung. Memang Kak Pora tidak menyangka, tahu juga pelakon ini yang pernah Kak Pora kagumi lakonannya suatu ketika dulu, berpakaian sopan di sebalik pelbagai isu yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah, kalau Azizah sudah ada kesedaran. Cuma, apa yang Kak Pora bengang dengan pelakon ini, Azizah cuma menegur teman baik Kak Pora, siapa lagi kalau bukan Pegawai Perhubungan Awam Istana Budaya yang berkumis tebal itu, Kassim Lee. Sedangkan di sekelilingnya ramai wartawan hiburan yang turut dijemput membuat liputan pementasan itu, Azizah buat tidak peduli saja. Usahkan menghulurkan salam, menyapa pun tidak! Padahal Kassim sudah memperkenalkan setiap wartawan yang berada di situ kepadanya. Lebih bengkak di hati Kak Pora dan teman wartawan lain, Azizah menyebut perkataan `haram’ baginya untuk bersalaman. Apakah rasionalnya beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu macam tu. takkan nak salam dengan kak Pora yang juga wanita macam dia pun dikira haram. Azizah mungkin mahu memboikot pihak media disebabkan isu berpakaian seksi dan gambar aksi terlampau bersama Zaefrul sebelum ini? Kepada Azizah, usah emosional sampai nak boikot wartawan pula. Wartawan pun sebenarnya tak kisah pun kalau selepas ini Azizah tak mahu ditemubual. Apabila media menegur sikapnya seperti aksi beliau dalam foto dan imej berpakaian dalam drama Spa Q, itu tandanya kita sayangkan dia. Tegur itu bukan tanda benci, tapi nasihat. Entahlah Azizah, Kak Pora dan kau pun hampir sebaya umur, jadi kita pandai-pandailah bawa diri… Hidup ni bukan nak menongkat langit, sampai masanya, kita dijemput Tuhan juga.
Last edited by sally_eiyna on Mon 16 Mar 2009, 4:10 pm; edited 1 time in total |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 4:10 pm | |
| Astro Awani bawa program bual bicara informasi terkini Wartawan berpengalaman tidak asing lagi, Dangsuria Zainurdin akan disertai wajah baru Astro AWANI, Faris Hamid, graduan Penyiaran. DI SEBALIK kesibukan pagi anda dengan pelbagai urusan sama ada bergegas ke tempat kerja, menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah hinggalah membuat kerja rumah di samping bersarapan, AWANI Pagi adalah pilihan terbaik rutin anda. Bermula 16 Mac 2009, Astro AWANI membawakan AWANI Pagi, program bual bicara berita yang penuh informasi terkini menerusi segmen-segmen yang mudah diikuti. AWANI Pagi bersiaran secara langsung bermula pukul 7 hingga 10 pagi dari Isnin hingga Jumaat. Ia memaparkan Isu Utama, Berita Terpilih serta Tajuk Utama Akhbar, Blog dan Laman Web. Selain itu, penonton turut dibekalkan perkembangan terbaru dari Bilik Berita Astro AWANI merangkumi laporan padat Pasaran Saham dan Bisnes, Sukan, Hiburan, Kesihatan dan Kecantikan. Pada jam pertama siaran, golongan eksekutif dan pekerja berpeluang memperolehi berita terpenting dan isu utama sebelum memulakan hari yang penuh mencabar. Manakala pada jam kedua, program ini memberi fokus kepada diskusi mendalam dan analisis isu yang relevan daripada politik, bisnes hinggalah sukan dan gaya hidup. Jam ketiga dan terakhir akan merangkumi paparan menarik berkenaan isu wanita dan keluarga, kesihatan dan kecantikan di samping meninjau prestasi pasaran saham seluruh dunia. “AWANI Pagi akan menjadi pembuka tirai liputan harian (Isnin hingga Jumaat) saluran kami. Kami akan menyediakan laporan berita yang diperlukan oleh para penonton kami, di samping memberi fokus yang lebih mendalam dan berdiskusi tentang topik terpilih lagi penting,” Rozina Aziz, Pengurus Besar Astro AWANI. “AWANI Pagi adalah siri program terbaru yang kami lancarkan dalam usaha menyediakan berita dan informasi yang relevan kepada penonton. "Kumpulan editorial kami bekerja sepanjang masa untuk menyediakan laporan yang mendalam, telus, seimbang dan menarik, di samping memaparkan perbincangan mencabar lagi hangat merangkumi liputan 360 darjah terhadap sesuatu isu.” Pada 9 Mac lalu, Saluran ini melancarkan dua program utama, Agenda AWANI dan Focus Economy. Maka, apakah perbezaannya AWANI Pagi berbanding program bual bicara pagi yang lain? Tegas Rozina, “Fokus kami lebih terarah kepada berita dan maklumat. AWANI Pagi mencetus dimensi baru program berita dengan gaya penyampaian santai dan menyegarkan. "Format tiga perantara – AWANI Pagi menampilkan tiga personaliti– untuk tempoh tiga jam ini direka bentuk untuk menyediakan berita secara padat dan tepat dengan gaya penyampaian yang segar dan santai. "Tajuk berita ringkas serta berita utama disiarkan kerap kali untuk kemudahan penonton mengikuti perkembangan berita terkini. "Mereka juga berpeluang memperolehi maklumat mendalam tentang isu-isu utama yang dikupas. Pengisian AWANI Pagi akan menentukan agenda liputan berita dan hal ehwal semasa untuk sepanjang hari.” AWANI Pagi menggabungkan tenaga muda dan berpengalaman yang sememangnya menjadi tradisi Astro AWANI. Ia menampilkan wartawan berpengalaman yang juga Pengarang Kanan, Zaiful Ariffin dan Pengacara-Penerbit yang tidak asing lagi, Dangsuria Zainurdin. Mereka disertai wajah baru Astro AWANI, Faris Hamid, graduan Penyiaran. AWANI Pagi akan melangkaui program pagi yang lain kerana ia menampilkan diskusi dan analisis isu utama bersama tetamu khas. Tontonilah Awani Pagi setiap hari bagi mendapatkan informasi padat dan terkini di Astro AWANI. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Mon 16 Mar 2009, 4:12 pm | |
| Kelab Pop tampil lebih banyak 'games' menarik untuk selebriti! AKSI spontan selebriti tempatan tatkala berentap di dalam program 'game show' Kelab Pop, memang cukup mencuit hati. Memang amat riuh-rendah suasana di set walaupun rata-rata penonton hanya dapat menyaksikan gelagat selebriti-selebriti popular itu di kaca televisyen saja. Lantaran itu, atas sambutan hebat penonton, Astro Ria meneruskan musim kedua program yang dihoskan oleh Reza Mohamed ini dengan menampilkan lebih ramai selebriti yang akan berentap sesama mereka menerusi pelbagai permainan menarik. Program yang akan mula bersiaran pada 20 Mei, setiap Rabu pada pukul 9 malam ini menjanjikan lebih banyak permainan hebat yang pastinya akan menggamatkan suasana. "Rating yang dicapai oleh program ini cukup memberangsangkan dan sebab itu kami bercadang untuk meneruskan program ini. Kali ini, lebih banyak permainan yang 'gempak', termasuklah penambahan bentuk permainan seperti Buskers, Tiru Macam Saya dan Mr Saxophone. (dari kiri) Sazilatul, Khairul Mizan dan Reza Mohamed - foto THE STAR oleh CHAN TAK KONG"Kita juga akan menampilkan lebih ramai selebriti popular. Setakat ini, antara artis yang telah menjalani rakaman program ini ialah Nora Danish, Elyana, Fara Fauzana, Sherry Ibrahim. "Datuk Siti Nurhaliza juga sebenarnya ingin menyertai program ini. Tetapi memandangkan ketika itu bapanya baru meninggal dunia, jadi dia tidak dapat ke rakaman program ini. "Malah, ada juga selebriti yang pernah menyertai musim pertama Kelab Pop dulu ingin turut serta dalam musim ini lagi," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul yang ditemui pada rakaman Kelab Pop di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, baru-baru ini. Artis-artis yang menjayakan sesi rakaman pada hari itu ialah Mawi, Ekin, Khai, Rosma, Anita Baharom dan Ashed Def Gab C. Kelab Pop yang diadaptasi daripada sebuah program berkonsepkan 'game show' dari Jerman akan menampilkan enam selebriti dalam setiap episod. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada tiga ahli. Kali ini, setiap kumpulan akan berentap di dalam tiga segmen iaitu 'Question & Answer Games', 'Team Action Games' dan 'Games Baru'. Menurut penerbit, Sazilatul Ahamad, konsep program tersebut masih terus dikekalkan termasuklah tidak menawarkan hadiah terhadap kumpulan selebriti yang memenangi episod mingguan itu. "Setakat ini, kita tidak ada perancangan untuk memberikan hadiah selain trofi Kelab Pop. Semua selebriti yang terlibat pun tidak pernah ada masalah tentang perkara ini. Malah, mereka lebih teruja untuk merebut trofi tersebut. "Lagipun, program ini lebih kepada untuk berseronok saja. Cuma kita mempelbagaikan lagi permainan pada kali ini. "Sebagai contoh, untuk permainan Suara Buluh Kasap, jika musim lalu kami menggunakan seorang lelaki Pakistan yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk menyanyikan lagu yang perlu diteka oleh peserta, kali ini kita gunakan pula seorang wanita Rusia yang akan berbuat demikian," katanya yang menambah Kelab Pop mungkin akan turut dirakamkan secara 'outdoor' pada musim-musim akan datang jika terus mendapat sambutan hebat. Dalam pada itu, pengacaranya, Reza Mohamed akui sudah semakin selesa mengendalikan program tersebut. "Banyak pengalaman melucukan yang saya dapat apabila kena 'melayan' telatah selebriti-selebriti ini. Tetapi, sebagai hos, saya kena pandai mengawal keadaan. "Adakalanya saya biarkan saja mereka dengan gelagat masing-masing, tapi ada masanya kena juga pandai 'control' keadaan," tutur Reza. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 8:20 am | |
| Beego cerai Intan elak aib Intan Shahira diceraikan Beego di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Setelah hampir setahun bertelagah kerana kes tuntutan fasakh dan nusyuz (ingkar) mereka, pelakon sitcom Puteri, Beego akhirnya rela melepaskan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa lagi. Setakat ini sahaja, saya reda dengan apa yang Allah telah tentukan ke atas saya,” ulas Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszarul Nizam Abdullah, 29, ketika ditemui selepas kes cerai mereka selesai.
Lafaz yang dibuat Beego pukul 2.57 petang itu menamatkan percintaan selama sembilan tahun dengan Intan Shahira Mohd. Shahru sekali gus meleraikan ikatan perkahwinan yang dibina pada 28 Disember 2007 di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Beego yang cuba berlagak tenang ketika melafazkan cerai gagal menyembunyikan kesedihannya apabila dia dilihat beberapa kali mengesat air mata selepas itu.
Bekas isterinya, Intan Shahira Mohd. Shahru, 28, dengan mata yang merah terpaksa dipujuk ibunya.
Terdahulu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai setelah mereka mencapai kata sepakat dan menandatangani perjanjian bersama.
Mengikut perjanjian itu, selepas diceraikan, Intan Shahira tidak akan menuntut apa-apa daripada bekas suaminya sama ada hutang-hutang terdahulu ataupun hak-hak selepas perceraian.
Bagaimanapun, pakar perunding sumber manusia di sebuah syarikat swasta itu memulangkan cincin bertunang berharga RM13,000 seperti dituntut Beego. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 8:23 am | |
| Raja Azmi pertahan filem Anu dalam BotolKUALA LUMPUR – Walaupun dikritik kerana memaparkan jalan cerita hubungan songsang, penerbit filem Anu dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman (gambar) tetap mempertahankan filem itu. Menurutnya, filem itu mampu membawa ke arah kebaikan bagi golongan lelaki yang sedang dalam dilema untuk mengubah diri menjadi seorang wanita. Menurutnya, perkara itu serius memandangkan kadar statistik mengenai lelaki menukar jantina kini mencecah ke angka 50,000 di Malaysia. “Saya rasa tidak salah untuk kita menyampaikan dakwah dengan medium filem sebegini dan kita tidak patut malu kerana inilah yang berlaku dalam negara kita. “Ia juga sebuah isu penyesalan sepanjang hayat. Jadi saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat yang ada niat untuk memotong ‘anu’nya supaya tidak jadi potong selepas menonton filem ini. Saya yakin dakwah saya akan sampai,” katanya di sini semalam. Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu, isu kematangan masyarakat bukan persoalan sama ada mereka bersedia menerima filem-filem berunsur sedemikian. “Kalau nak tunggu semua orang matang, sampai bila kita mahu menyorok isu sosial sebegini yang semakin berleluasa? Benar, ada masyarakat yang matang dan ada yang tidak dan saya rasa pada zaman ini masyarakat sudah mampu berfikir mana yang baik atau buruk. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 8:32 am | |
| Jodoh sudah sampai - Darling TIADA apa yang mampu diucapkan selain daripada senyuman yang sentiasa sarat di bibir pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling pada majlis pertunangannya yang berlangsung Ahad lalu. Saat itu terlalu bahagia buatnya. Sungguhpun ia sekadar majlis pertunangan tetapi meriahnya bak majlis pernikahan pula. Didandan angun oleh jurusolek terkenal, Saidatulnisa dan menyarungkan baju tajaan Seri Delima Bridal Boutique dari Johor Bahru, Darling tampak berbeza daripada hari-hari biasa. Malah bapa Darling, Ngasri Sain, tidak habis-habis memuji kecantikan anaknya itu, siap ditunjukkan gambar yang dirakamkan di telefon bimbit miliknya sambil berkata: "Macam Nora Danish pula saya tengok dia, berseri-seri, cantikkan?" Itulah riak bangga seorang bapa apabila melihat anak perempuannya menemui jalan bahagia setelah melalui pelbagai kisah duka. Bagi Darling pula, majlis pertunangannya berjalan penuh dengan debaran. Namun, di hatinya berputik rasa bahagia, apabila selamat ditunangkan dengan lelaki pilihannya sendiri, Nur Azlin Rahmat yang berusia 34 tahun. Walaupun sudah bergelar tunangan orang dan bakal bernikah pada 30 Mei nanti, dirinya tidak terlepas daripada cerita-cerita kurang enak. Terbaru, gosip yang tersebar luas mengatakan dia ingin segera mengikat tali pertunangan dan bergelar isteri kerana kes saman yang difailkan di mahkamah pada 23 April tahun lalu oleh bekas kekasih yang juga bekas rakan kongsinya, Wan Cromok akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi. Wan Cromok mendakwa Darling melakukan pecah amanah yang melibatkan bayaran untuk tiga buah drama arahannya dalam syarikat produksi Nasridz Pictures Sdn. Bhd. yang dimiliki secara bersama. Darling bagaimanapun menolak sekeras-kerasnya perkhabaran terbaru itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas. "Bukan sebab itulah. Jodoh sudah sampai dan bukan saya yang minta, ia datang dengan sendirinya. Apa yang berlaku, saya perlu selesaikan. Kehidupan harus diteruskan. "Saya juga bukan orang yang suka lari daripada masalah. Setiap masalah yang datang harus diselesaikan. Saya bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi kerana saya sudah bertemu dengan orang yang benar-benar saya cintai dan memahami diri saya seadanya," tutur Darling lembut. Disoal lagi, tidakkah dia kecewa kerana saat-saat bahagianya diragut oleh cerita yang kurang manis sebegini? Anak keempat daripada enam beradik ini hanya tertawa dan menjelaskan tidak ada apa yang perlu dikecewakan dan membuatkannya berdukacita kerana dirinya sudah cukup sebati dengan asam garam dunia seni. "Kalau saya kecewa atau sedih, sudah lama agaknya saya lakukan benda-benda tidak elok yang merosakkan diri. "Tetapi saya masih ada fikiran waras, masih berpegang pada agama, masih ada keluarga sebagai tempat bergantung, jadi saya tidak nampak kenapa perlu saya kecewa dengan apa yang terjadi. ANTARA barangan hantaran Darling kepada Nur Azlin. "Lagi pula, saya sudah bertunang. Memang saya gembira kerana dipertemukan dengan lelaki yang cukup mengambil berat, menghormati keluarga dan mencintai saya," ujarnya. Tidak kenal DarlingMenurut tunangnya yang berasal dari Melaka, pada peringkat awal perkenalan mereka semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila mereka cuba dijodohkan oleh teman sendiri. "Masa saya mula-mula jumpa Darling, dia tidak banyak bercakap, begitu juga saya. Masing-masing bual hal sendiri, lepas itu baru kami mula rapat sehinggalah hari ini. "Saya tidak tahu pula dia seorang artis, lama-lama tahu sendiri. Pada saya dia seorang yang baik dan serasi dengan jiwa saya," kata Nur Azlin. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang tidak tahu menahu dia bercinta dengan seorang pelakon sehinggalah Nur Azlin membawa Darling berjumpa sendiri dengan keluarganya di Melaka. "Mereka tidak cakap apa, tidak terkejut pun. Biasa saja. Tidak tahulah dalam hati mereka sebab saya tidak tanya (ketawa). Rasanya mereka boleh menerima Darling, jika tidak kami tidak akan bertunang dan berkahwin kelak," ceritanya. Bercinta, bertunang dan bakal berkahwin dengan seorang selebriti 'panas' seperti Darling bukan mudah, tetapi kata Nur Azlin, dia sudah mempersiapkan diri untuk berdiri di sisi bakal isterinya setiap saat. NUR AZLIN tidak mengetahui Darling merupakan seorang selebriti pada awal perkenalan mereka. "Saya tidak tahu dunia hiburan macam mana. Ini kali pertama saya dikerumun macam ini. Saya tidak takut, cuma terkejut sikit sebab tidak biasa. "Mungkin dengan bantuan Darling saya akan biasakan diri tetapi yang artis ialah Darling, bukannya saya. Saya hanya akan menyokongnya dari belakang," ulasnya. Perkahwinan bakal ditajaBeralih cerita kepada majlis pertunangannya. Walaupun biasa menjadi tumpuan lensa kamera dan orang ramai tetapi suasana pada majlis pertunangannya cukup berbeza buat diri Darling. Apatah lagi saat bakal ibu mertuanya Badariah Abu Bakar menyarungkan cincin pertunangan di jari manisnya. "Saya gementar dan resah. Tidak tahu nak cakap macam mana. Semua orang tengok saya, tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar. Ramai ahli keluarga yang hadir," ucapnya. Darling yang akan bersanding sehari selepas majlis pernikahannya iaitu pada 31 Mei memberitahu, persiapan menjelang hari bahagianya itu sudah siap hampir 70 peratus. Sama seperti perkahwinan para selebriti yang lain, Darling juga tidak terkecuali mendapat tajaan daripada pelbagai pihak, tetapi jelasnya bukan semua persiapan perkahwinannya ditaja. SELURUH kaum keluarga Ngasri teruja dan penuh bersyukur dengan pertunangan Darling yang bakal diikuti dengan pernikahan menjelang 30 Mei nanti. "Bukan semua, yang betul-betul ditaja ialah pakaian pernikahan sahaja daripada butik Cosry, yang lain seperti pengurus perkahwinan (Astana Karya), pelamin (Nas Greatidea dan Z & T Bridal) adalah lebih kepada tajaan dan kerjasama. "Macam katering, khemah, semuanya sudah siap. Itu semua perbelanjaan sendiri. Ada rezeki kerjasama dan tajaan, saya menerima dengan hati terbuka," jelasnya. Tentang majlis perkahwinannya, Darling mengakui dia ingin melangsungkannya dengan suasana meriah tetapi dalam kesederhanaan. "Meriah, meriahlah juga tetapi harus bersederhana. Apa yang penting lakukan perkara yang wajib, yang lain-lain itu sekadar mengikut kemampuan," kata Darling. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 8:36 am | |
| Pupuk cinta orang muda MEET UNCLE HUSSAIN
KEAMANAN serta kedamaian negara tanpa perang, tanpa bom dan tanpa darah kadang-kadang membuatkan sebilangan daripada masyarakat Malaysia hidup dalam leka.
Ada juga di kalangan generasi baru hari ini tidak kenal erti sejarah dan tidak menghargai nikmat yang dikecapi sehinggakan mereka alpa dan kabur tentang ke mana arah hendak dituju.
Di situlah media dan pucuk pimpinan kerajaan harus menyemai peranan, yang buruk dijadikan tauladan dan baik dijadikan sempadan.
Untuk sempadan diri dan memberi sokongan kepada masyarakat dunia khususnya generasi yang muda yang tidak berpeluang hidup sentosa seperti mana yang dinikmati di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan mengambil inisiatif menganjurkan Konsert Menjunjung Damai - Belia Malaysia Cintakan Keamanan.
Tujuannya bukan sahaja untuk menyemarakkan muzik dan seni yang menjadi budaya sihat anak muda masa kini tetapi acara sebegitu juga dapat menyerapkan perkembangan sahsiah dan pembangunan modal insan yang positif dalam diri anak muda Malaysia.
Jika matlamatnya sampai ke jiwa semua, acara itu boleh menggerakkan anak muda Malaysia menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri, daya saing, daya tahan, daya juang dan berwawasan yang asasnya adalah melalui melodi muzik dan seni.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, acara itu bukan sekadar satu acara, sebaliknya dengan manifestasi yang cukup bersemangat untuk memupuk rasa kasih sayang golongan muda demi cinta serta kasih kepada negara yang telah menghadiahkan sejuta keamanan kepada mereka.
ESTRANGED
"Segala keamanan yang menjadi milik kita hari ini datangnya daripada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang diterajui oleh kepimpinan yang berwawasan dan berdarjat.
"Kerana itu kita mahu mendedahkan anak-anak muda menjadi manusia yang bertanggungjawab bukan saja pada diri bahkan pada agama, bangsa dan negara," kata beliau pada sidang media baru-baru ini.
Acara konsert itu akan merangkumi persembahan lagu-lagu yang menepati selera anak muda.
Namun, melodi-melodi yang akan dilagukan kelak masih lagi berlandaskan keamanan dan kesejagatan serta menolak perang dan keganasan.
Menurut Ismail, objektif paling utama Konsert Menjunjung Damai - Belia Malaysia Cintakan Keamanan adalah untuk memperkasakan khazanah seni bangsa kepada generasi muda ke arah menanamkan semangat cintakan bangsa melalui lagu-lagu dan puisi bertemakan keamanan dan kesejagatan.
"Bahkan, menjadi hasrat kerajaan untuk menyebarluaskan pengaruh positif, berkasih sayang dan saling mencintai sesama manusia di kalangan remaja selain menjitukan semangat kenegaraan dalam jiwa anak bangsa melalui persembahan kesenian yang membangkit citra diri," tambah beliau.
Sehubungan itu, dalam usaha menarik perhatian khalayak khususnya warga kota, Konsert Menjunjung Damai menyenaraikan nama-nama besar dalam gelanggang seni.
Mereka terdiri daripada band-band indie yang berpengaruh seperti Kumpulan Meet Uncle Hussain, Kumpulan Estranged dan Kumpulan Bunkface.
Benar jenis muzik dan pembawaan imej anak-anak muda yang mewakili kumpulan indie itu sedikit kebaratan namun mereka berkongsi satu jiwa dengan seluruh pencinta muzik bahawa muzik boleh menyatukan rasa.
BUNKFACE
Dedikasi serta kesungguhan mereka itulah yang harus dipuji kerana mereka berjaya menzahirkan perasaan di jiwa dalam intonasi yang tidak merosakkan bangsa sebaliknya menggembirakan kita semua.
Tidak ketinggalan anak-anak muda yang terus menjadi kegilaan seperti Dafi dan Aizat juga akan memeriahkan pentas pada konsert yang akan diadakan pada 20 Mac ini di Dataran Remaja, Kompleks Sukan Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sudah tentu penyanyi yang memiliki aura iaitu Mawi turut terlibat mengadakan persembahan nyanyian selain bacaan sajak.
Aktres terkenal Fazura, Fouziah Gous serta Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz juga akan muncul di pentas.
Acara pembacaan puisi pada malam itu pula akan diserikan oleh jaguh-jaguh dalam lapangan itu seperti ASP Rosebaini Kassim, Lt. Kol. Radzi Abdul Hamid serta Pengarang Hiburan Kosmo!, Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Konsert Menjunjung Damai - Belia Malaysia Cintakan Keamanan turut mendapat kerjasama akrab daripada stesen radio Suria FM.
Stesen berkenaan juga sudah merancang untuk mengadakan pelbagai kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Jadi, kepada anda, peminat-peminat band indie serta artis-artis arus perdana yang lain, jangan lupa untuk sama-sama berhimpun menjayakan program tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 8:45 am | |
| AF7 langgar tradisi TIARA (kiri) bersama barisan tenaga pengajarnya (dari kiri),Siti Hajar, Syafizawati Sharif dan Fatimah Abu Bakar.
TIDAK salah untuk melanggar tradisi bagi memperbaiki mutu Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh ini. Itu janji pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Namun, apabila ketiadaan tarian tema Menuju Puncak pada penghujung konsert seperti enam musim sebelumnya, ada yang tertanya-tanya sama ada itu satu pembaharuan atau kecuaian.
Dalam siaran Diari AF, pelajar-pelajar AF7 ada berlatih malah diajar tarian baru untuk lagu tersebut. Maka, ini bermaksud tarian Menuju Puncak yang sinonim dengan AF masih dikekalkan tetapi hanya tidak dipersembahkan pada minggu pertama itu.
Apabila ditanya isu itu pada sidang media selepas konsert Sabtu lalu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan memberitahu, pelajar-pelajarnya masih belum bersedia sepenuhnya dengan gerak tarian. Tambahnya, barisan tenaga pengajar mahu pelajar lebih memberi fokus kepada persembahan mereka pada minggu pertama.
Persoalannya, mengapa pelajar-pelajar musim sebelumnya mampu untuk berlatih tarian Menuju Puncak dan pada masa yang sama menjayakan persembahan mereka?
"Kita sebenarnya ada memaparkan lagu Menuju Puncak pada permulaan konsert. Cuma pelajar-pelajar tidak menari kerana mereka belum bersedia sepenuhnya," kata Khairul.
HAFIZ merupakan antara peserta yang berjaya memancing perhatian banyak penonton.
Pengetua AF7, Tiara pula mempunyai sebab berlainan kepada 'pembaharuan' itu. Dia dengan tenang menyatakan kelainan yang ditonjolkan itu adalah elemen kejutan kepada audiens. Lagipun dia terlebih dahulu sudah diberitahu mengenai penukaran tersebut.
"Memang dari awal pihak produksi ada memberitahu bahawa para pelajar tidak akan melakukan tarian Menuju Puncak. Seperti yang diketahui, memang ada beberapa perubahan dalam AF musim ini dan penonton perlu menerimanya. Kita perlu langgar tradisi jika mahu terus berkembang dan menuju ke hadapan," jelas Tiara mengenai konsert itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Jika diperhatikan, musim terbaru AF7 juga tidak menyaksikan para pelajar keluar dan memperkenalkan diri serta menarik undi. Sebelum bermulanya persembahan, pengacara AC Mizal juga tidak berbual dengan pelajar seperti musim sebelumnya.
"Banyak benda-benda kecil yang kami tukar bagi memadatkan kualiti program. Disebabkan jumlah pelajar yang ramai, kami juga tidak mahu memanjangkan konsert sehingga tiga jam," tambah Khairul.
KELAINAN? Barisan pelajar AF7 muncul tanpa tarian tema Menuju Puncak.
Melihat pula prestasi 14 pelajar yang dipilih, rata-rata tidak meninggalkan impak kecuali Hafiz (Lagu Kita), Aril (Rahsia Perempuan), Aishah (Dan Sebenarnya), Claudia (Sempurna), Isma (Sepi) dan Rubisa (Matahariku).
Berdasarkan persembahan meyakinkan daripada Hafiz dan Aril, ramai yang meramalkan juara musim ini akan berpihak kepada pelajar lelaki.
Antara pelajar lain yang membuat persembahan termasuk Adila (Di Bawah Pohon Asmara), Rini (Elegi Sepi), Zizi (Molek), Qhaud (Phoenix Bangkit Dari Abu), Yazid (Penghujung Rindu), Sidi (Terima Kasih Cinta), Obri (Jeritan Batinku) dan Akim (Hatiku Kau Luka).
"Kalau ada yang cakap konsert malam ini hambar, saya sudah menerima banyak ucapan tahniah daripada mereka yang menonton konsert.
"Ramai pelajar yang sudah nampak bakatnya dan ada yang lebih baik daripada penyanyi di luar sana. Saya gembira kerana AF telah bermula dengan tahap tinggi berbanding musim sebelumnya," ujar Tiara dengan yakin.
Namun, pengkritik tetap iaitu Edrie Hashim, Datuk Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie yang 'dinasihatkan' untuk menilai secara berlapik juga sedikit sebanyak mengurangkan kehangatan konsert. Walaupun ramai pelajar yang diberi peluang memilih lagu sendiri telah membuat kesilapan, para pengkritik memberi 'kelonggaran'.
"Memang kami sengaja memberi mereka peluang memilih lagu sendiri pada minggu pertama. Kami mahu mereka menonjolkan personaliti dan minat mereka. Mungkin ada yang membuat pilihan tepat dan ada yang kekurangan pengalaman. Namun, itulah transformasi yang kami mahukan. Biarkan mereka belajar dan membesar dari kesilapan," jelas Tiara. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 12:37 pm | |
| Erra tolak berlakon dengan anak? David Teo (dua dari kiri) bersama barisan pelakon yang menjayakan drama Mertua vs Menantu. SUATU ketika dahulu, apabila penerbit drama bersiri Mertua vs Menantu, David Teo menyatakan bahawa ratu filem, Erra Fazira secara eksklusif bakal muncul dalam drama terbitannya, ramai yang mempersoalkan mampukah si jelita itu membawa impak sebaik filem lakonannya kepada drama tersebut.
Tidak lama selepas itu, apabila Erra disahkan sedang hamil bayi sulungnya, semakin ramai peminat yang teruja menanti kemunculan Erra untuk melihat sendiri perubahan fizikal Erra sesuai dengan watak lakonannya, Nurul Ain yang sedang hamil ketika itu.
Kronologi tersebut ternyata membawa ‘pulangan’ besar bukan sahaja kepada krew penerbitan malah, kepada barisan pelakon siri itu sendiri.
Apa yang membanggakan, drama yang mengupas perjalanan kisah ‘perang dingin’ antara mertua dan menantu itu berjaya mencatat rating sehingga mencecah 900,000 penonton walaupun baru bersiaran di minggu yang ke-10 akhir Disember lalu.
Kejayaan drama 26 episod arahan Feroz Kader yang bersiaran setiap Rabu pukul 10 malam itu ‘merampas’ kedudukan rating tertinggi antara program-program yang disiarkan di Astro Prima membuahkan idea kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG) itu untuk membawa siri tersebut ke musim yang kedua.
Tanda tanya sekali lagi melanda peminat siri tersebut apabila David menyatakan keinginannya untuk ‘melamar’ bayi Erra dan Engku Emran itu sebagai anak kepada Nurul Ain untuk musim kedua nanti.
Pasti ramai yang ternanti-nanti babak kedua siri tersebut yang khabarnya lebih menarik apabila kehidupan keluarga yang sebelum ini dingin kerana perbalahan mertua dan menantu disertai orang baru, anak Nurul Ain dan Rosyam.
Tidak sesuai
Bertemu Erra pada majlis kesyukuran drama tersebut yang diadakan di Restoran Lemon, Sri Kembangan baru-baru ini, persoalan tentang ‘lamaran’ itu diajukan kepadanya.
“Sebenarnya saya rasa tidak sesuai jika anak saya nanti turut terlibat dalam drama ini. Lagipun, pengambaran untuk musim kedua bakal bermula pada Mei ini dan ketika itu anak saya baru berusia dua bulan.
“Memang tidak berapa sesuai sebab ketika itu dia (anak) masih terlalu kecil. Lagipun, keputusan ini datangnya bukan dari saya seorang,” jelas Erra.
Menurut Erra, dia tiada masalah untuk kembali aktif berlakon dan menyanyi selepas dua bulan berehat dan berpantang.
Bercerita tentang album solonya bersama SRC yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi, kata Erra, konsep dan lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut lebih terarah dan bersesuaian dengan dirinya yang ‘baru’.
“Dua daripada lagu-lagu tersebut sudah dirakamkan manakala empat lagu lagi sudah siap muziknya. Sekarang, kena duduk dan berbincang semula tentang konsep lain berbeza dengan album-album dahulu.
“SRC nak siapkan secepat mungkin sebab mereka rancang untuk siap sebelum Ramadan, sebab itu habis saja pantang saya terus kerja,” katanya.
Antara produser yang terlibat dalam album tersebut ialah Along Exist, Sharon Paul, Mukhriz dan Helen Yap.
Percubaan pertamanya ke ‘dunia’ lakonan drama ternyata membuahkan impak yang bukan kecil buat Erra.
Bukan sahaja berjaya mencapai rating tertinggi berbanding program-program lain yang ditayangkan di Astro Prima malah, turut mendapat maklum balas positif di kalangan peminat.
Mengulas mengenai drama lakonannya itu, kata Erra: “Mungkin disebabkan oleh jalan ceritanya yang menarik. Walaupun isu yang cuba dibawa agak serius tetapi cara penyampaian komedinya kira menjadi.
“Karakter sebagai Nurul Ain dalam cerita ini sebenarnya sempoi dan tenang. Walaupun dia kelihatan seperti tomboy tetapi dia bukanlah terlalu terarah kepada lelaki, cuma perwatakan dia kasar,” kata Erra.
Bercerita tentang kontraknya sebagai Wajah Eksklusif Astro, ujar Erra ia merupakan tindakan yang wajar buat dirinya memandangkan sudah berbelas tahun dia hanya terlibat dengan produksi filem.
“Saya sebenarnya sudah lama berhajat untuk ke drama tetapi tidak tahu nak mula dari mana. Bila Astro buat kontrak sebegini, ia sebagai satu peluang untuk saya masuk.
“Sekurang-kurangnya, saya ada eksklusif di situ dan saya anggapnya sebagai satu perubahan yang baik,” katanya.
Lisa, Farid dalam Mertua vs Menantu 2?
David ketika ditemui pada majlis yang sama memberitahu pengambaran musim kedua siri tersebut bakal bermula pada Mei depan sejurus Erra selesai berpantang.
Bercerita tentang ‘pembaharuan’ yang bakal mewarnai jalan cerita Mertua vs Menantu musim kedua nanti, selain konflik berterusan antara mertua dengan menantunya, kehadiran cucu menambahkan lagi ‘kekalutan’ hidup Nurul Ain dan mertuanya, Datin Faridah.
“Musim kedua nanti adalah cerita tentang keluarga yang baru dapat baby. Selepas menantu bersalin, mertua akan dapat cucu dan ketika itu kita akan lihat bagaimana mertua layan cucu dan membuat pilihan siapa lebih penting antara cucu dengan menantu.
“Selain membawa kehadiran cucu, pembaharuan lain yang bakal kita buat kemungkinan besar ialah penglibatan pelakon Farid Kamil dan Lisa Surihani.
“Tentang anak tawaran kepada anak Erra, setakat ini kita masih lagi berusaha. Bagaimanapun, yang penting kita biar Erra selamat melahirkan terlebih dahulu, sebab kita tidak boleh buat apa-apa janji lagi kerana bayi belum lahir lagi,” katanya.
Selain drama tersebut, drama terbaru terbitan MIG yang bakal menyusul ialah 3 Janda yang bakal memulakan pengambaran awal Mac ini dan dibarisi oleh pelakon terkenal, Rozita Che Wan dan Lisa Surihani. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 12:41 pm | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:09 pm | |
| Bell dan Shasha Sudah Rujuk? Bell dan Shasha sudah rujuk?Ye ker?Menurut sumber-sumber tertentu Bell dan Shasha sudah rujuk kembali pada November lalu.Namun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Tapi menurut sumber tersebut..pada majlis pertunangan Darling Ngasri,Shasha turut kelihatan…Mungkinkah mereka sudah rujuk.Jika ya baguslah Oh!Artis fikir.Sumber itu berkata Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya. Sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Oh!Artis difahamkan, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan Oh!Artis puji tindakan diambil pasangan ini. Oh!Artis harap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:11 pm | |
| Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk SemulaAdalah someone ni makan tengah hari di satu pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam tergesa-gesa untuk sampai di tempat dijanjikan dengan rakan lain, mereka terserempak dengan pasangan Nasrizal Ngasri, 28 atau Bell dan isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26, (Sasha) bersama anak mereka. Dia berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar. Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, dia hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang. Tapi memikirkan hal positif, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi. Kelmarin (14/3) lain pula ceritanya apabila someone ni menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Dia tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha. Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya. Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Difahamkan lagi, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan ianya satu pujian atas tindakan diambil pasangan ini. Diharap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:12 pm | |
| Anith OIAM Dapat 5A1Dengar khabar Anith perserta OIAM mendapat 5A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Ini sekaligus mengalahkan aktress comel, Diana Danielle yang mendapat 2A. Namun ini adalah juga pembakar semangatnya dalam OIAM akan mendatang. Tahniah diucapkan kepada Anith. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:13 pm | |
| (Gambar) Ayu OIAM Semakin Seksi Wah selepas keluar dari OIAM, Ayu sekarang makin berani memperagakan diri dengan gaya penuh seksinya. Mungkin tektik Ayu yang mahu lebih menonjol di kalangan peminatnya. Ayu seorang artis gadis yang beraut kulit itam manis yang sering mengambil pendekatan lebih positif untuk dirinya tidak kira dalam pelbagai situasi yang di tempuhinya, dan terkini dia semakin ‘laku’ di dalam industri muzik tanah air. Syabas Ayu. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:16 pm | |
| (Gambar) Zizan Raja Lawak Bintangi Filem Kapoww Zizan memang seorang pelawak yang dilahirkan melalui rancangan atau program realiti menghiburkan Raja Lawak. Selepas dari itu rezeki Zizan bertambah dan bercurah-curah, kali ini dia diberi kepercayaan untuk membintangi filem Kapoww arahan Penulis Skrip dan Pengarah, Azizi Chunk. Artis-artis lain yang turut menjayakannya adalah, Bell Ngasri, Lisa Surihani, Mohd Aris, Awie, Harun Salim Bachik, Delyla, Afdlin Shauki, Norlia Ghani, Khir Rahman, Bob Kuman, Soffi Jikan, Usop Kopratasa, Rashidi Ishak, Zailani, Bandi Amok, Sherry Ibrahim, Aishah Sinclair, Henzi Andalas, Patrick Teoh dan Sathiya. Mari lihat sekilas gambar, macamana Zizan membintangi atau melakonkan watak dalam filem ini.. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:22 pm | |
| Saya tak takut dibuli - Diana Danielle
KEPUTUSAN Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang baru diterimanya baru-baru ini akhirnya dapat membuatkan pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini menarik sedikit nafas lega.
Meskipun sedikit kecewa kerana tidak mampu mencapai sasaran yang diletakkan, Diana Danielle tetap bersyukur kerana meraih 2A bagi dua subjek kegemarannya, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Lega penantiannya itu sudah berakhir, kini Diana menghitung hari pula untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan bermula Khamis ini selama kira-kira tiga bulan.
Mengakui sedikit gementar untuk menantikan hari tersebut, kata bintang muda ini, dia bagaimanapun sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan di Kem Princess Haliza, Sepang, seperti mana remaja-remaja lain yang turut berbuat demikian.
Malah, tutur Diana, dia tidak gentar dengan status artis yang dipegangnya itu meskipun ada suara-suara sumbang yang mengatakan golongan selebriti sepertinya nanti pasti tidak akan terlepas 'dibuli' ketika menyertai program itu nanti.
"Sejujurnya, saya tidak rasa takut. Tidak pernah langsung terdetik dalam fikiran saya yang saya mungkin akan dibuli memandangkan saya adalah seorang artis.
"Bagi saya, program seperti ini tidak memandang status. Semua akan dilayan sama rata. Tetapi, sudah tentu saya sendiri kena 'put efforts' dan apa yang pasti, tidak perlulah saya berlagak 'diva'," kata Diana dalam nada ceria.
Cuma, kata Diana, apa yang menggusarkannya ialah kerana perlu berjauhan dengan ibu tercinta, Norsiah Ramli, apatah lagi selama ini ibunya lah yang menjadi tempat Diana mengadu dan bergantung harap.
"Saya tidak pernah berjauhan begitu lama dengan Mama. Pastinya Mama akan sunyi sepanjang ketiadaan saya. Tetapi nasib baiklah ada Halley Hairil, adik angkat saya berusia 10 bulan yang akan jadi peneman Mama. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:24 pm | |
| Rosyam mencari 'Kasih' dalam program realiti baru Rosyam akan merealisasikan program realitinya tidak lama lagi. RAMAI yang menegur asyik-asyik muka yang sama sahaja disajikan di dalam filem dan drama seolah-olah industri kita ketandusan bakat baru. Tapi berapa kerat yang cuba untuk mencukupkan ruang kekosongan ini? Kesukaran mencari pelapis yang benar-benar berbakat di dalam industri kita diakui oleh pelakon dan penerbit popular Rosyam Nor. Lantas dia terfikir untuk mewujudkan satu program realiti bagi mengembangkan bakat baru dan dalam waktu yang sama, bakat-bakat yang telah disaring ini akan diserap ke dalam filem terbarunya. Malah idea yang ilhamkan oleh Rosyam dan pengarah Bade ini merupakan asas kepada satu program realiti baru yang diberi nama 'Pilih Kasih'. Dan mereka yang terpilih mengambil bahagian dalam program ini ada harapan memegang teraju penting dalam filem terbitan Rosyam yang bernama 'Kekasih.' 'Pilih Kasih' akan mula bersiaran di TV2, mulai 11 April selama empat bulan dan penonton juga berpeluang membuat penyingkiran pelajar melalui SMS nanti. Rancangan ini juga dibuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Siri ujibakat pula akan diadakan di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Penang dan Kuala Lumpur. "Sebagai pelakon lama saya sendiri akui yang kita ketandusan bakat baru. Balik-balik muka sama yang kita lihat dalam filem dan drama," kata aktor yang masih selesa memegang watak hero meskipun usia sudah mencecah 40an. Secara langsung, ini merupakan satu masalah bagi produser filem seperti Rosyam. "Jadi saya terfikir kenapa tidak wujudkan satu platform di mana kita beri latihan kepada bakat baru dan setelah selesai latihan pula, kita akan sediakan peluang pekerjaan untuk mereka," kata Rosyam yang akan duduk di dalam barisan juri untuk 'Pilih Kasih.' Rosyam yang akan menggunakan khidmat penulis novel terkenal, Sharifah Abu Salem sebagai penulis skrip filem 'Kekasih'. Program ini akan diterbitkan bersama syarikat milik Rosyam, Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dan Radio Television Malaysia manakala, produsernya pula ialah Adi Syamsul, bekas penerbit program Akademi Fantasia musim pertama hingga empat dan Raja Lawak musim pertama. Dua puluh pelajar akan dipilih dari ujibakat yang dijalankan di seluruh negara. Pelajar-pelajar ini pula akan ditempatkan selama empat bulan di Tengku Puan Cik Auditorium di Senawang, Negeri Sembilan. Selama empat bulan itu juga, mereka akan melalui kursus lakonan di bawah bimbingan aktor/pengarah Along Kamaruddin dan pengarah/penerbit Jinggo (suami kepada aktres Sheila Rusly). Setelah selesai sesi latihan dan apabila program 'Pilih Kasih' tamat, lima orang pelajar yang berjaya akan diberi peluang untuk membintangi filem 'Kekasih' yang akan diarahkan oleh Bade Haji Azmi. "Pelajar perlu menunjukkan kebolehan menerusi drama pendek di mana setiap minggu ada tiga hari penggambaran dan ditayangkan secara langsung pada hari Sabtu di TV2 dan mereka juga turut terlibat dengan pementasan teater muzikal. "Erma Fatima bersetuju mengajar dan mengarah teater muzikal itu, manakala senarai tenaga pengajar lain masih dalam penilaian," kata Rosyam yang akan memilih sendiri peserta yang terbaik. Di tanya kenapa program realiti itu dinamakan 'Pilih Kasih', kata Rosyam tujuan utama untuk mencari calon watak heroin bernama Kasih dalam filem terbitan syarikatnya. "Tapi ini tidak bermakna peserta pilihan penonton melalui undian SMS akan pegang watak Kasih. Semuanya terpulang kepada penilaian Bade dan saya. "Lima peserta yang bertahan hingga minggu ke-11 akan diberi watak yang sesuai dengan kemampuan mereka dalam filem 'Kekasih'," kata Rosyam yang akan menggunakan khidmat penulis novel terkenal, Sharifah Abu Salem sebagai penulis skrip filem 'Kekasih'. Tambahnya lagi, "Kita mempunyai ramai pelapis muda yang berbakat besar tetapi tidak di beri peluang menonjolkan kebolehan mereka. "Graduan lulusan perfileman dan lakonan dialu-alukan menyertai program ini kerana ianya adalah peluang baik untuk mencipta nama dalam dunia lakonan dan teater." "Mereka yang tiada pengalaman pun layak datang ke ujibakat," kata Rosyam. Lokasi sebenar dan tarikh uji bakat akan diumumkan pada 26 Mac ini. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:25 pm | |
| Manisha kecewa hanya ditawarkan watak 'cameo' Manisha kecewa setelah mendapat tahu dia hanya ditawarkan untuk memegang watak 'cameo'
AKTRES Manisha Koirala amat gembira tatkala ditawarkan oleh Amol Palekar untuk membintangi filem terbaru arahannya. Tetapi setelah mendapat tahu itu hanyalah watak 'cameo', Manisha akhirnya menolak tawaran tersebut.
"Saya memang teringin bekerja dengan Amol. Watak itu cukup menarik...iaitu seorang rahib Buddha. Saya memang bersetuju untuk membawakan watak itu, jika at least ada dua babak yang menampilkan karektor tersebut.
"Tetapi ini hanya satu babak saja. Saya memang amat kecewa, sebab saya cukup berminat dengan Buddha. Dan saya memang teruja untuk bekerja dengan Amol," kata Monisha.
Aktres itu bagaimanapun berharap pengarah tersebut akan menawarkan peluang lain buat dirinya agar dia dapat mengembalikan semula zaman kegemilangannya seperti ketika membintangi filem Khamoshi, Bombay dan Dil Se.
Difahamkan, watak tersebut akhirnya ditawarkan kepada Antara Mali. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:26 pm | |
| Pussycat Dolls nyanyikan lagu A.R. Rahman Pussycat Dolls bangga dapat menyanyikan lagu A.R.Rahman dan terlibat secara tidak langsung di dalam projek Slumdog Millionaire KUMPULAN pop Amerika, Pussycat Dolls dikhabarkan telah menyanyikan lagu ciptaan komposer Bollywood A.R. Rahman, yang diambil daripada filem Slumdog Millionaire berjudul Jai Ho dalam bentuk 'remix'. Lirik lagu bagi versi terbaru yang dinyanyikan oleh Pussycat Dolls itu telah ditulis semula di dalam bahasa Inggeris. Kumpulan pop yang sinonim dengan imej seksi itu juga telah menghasilkan video muzik mereka berjudul You Are My Destiny dengan mengenengahkan elemen Bollywood. "Kami amat bangga dapat berkolaborasi dengan A.R. Rahman dan terlibat secara tidak langsung di dalam projek filem Slumdog Millionaire. Muzik dan jalan cerita filem itu memang cukup menarik," kata Nicole, penyanyi utama kumpulan tersebut. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Tue 17 Mar 2009, 2:28 pm | |
| Paris Hilton sedang hangat dilamun cinta Paris Hilton sudah ada teman lelaki baru.
KALAU sesiapa masih sangsi yang Paris Hilton sudah melupakan bekas teman lelakinya, rocker Benji Madden, baca saja blognya.
Dalam satu posting terbaru di MySpace Celebrity blog, jelitawan dan jutawan muda ini menulis tentang Dough Reinhardt sebagai 'my sexy boy'.
Kedua mereka khabarnya kelihatan begitu intim ketika bersama di kepulauan Maui awal minggu ini.
Paris menulis tentang percutiannya di pulau itu dalam blognya.
"Kami begitu gembira dan keadaannya sungguh tenang dan romantik sekali. Saya suka Hawaii.
"Untuk pertama kalinya saya pergi skuba diving dan saya sungguh teruja melihat kehidupan di bawah sana," kata Paris yang pernah menerima hadiah anak anjing dari Reinhardt semasa hari jadinya baru-baru ini.
Seolah-olah gambaran ini tidak mencukupi, Paris mendedahkan yang dia tengah sibuk menyiapkan pusingan kedua program popular MTVnya.
"Hari ini saya akan mulai pengambaran episod pertama musim kedua, program barunya - 'My New BFF' show," katanya dalam blog.
"Cast baru sungguh kelakar." |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 7:49 am | |
| Beego Setuju Ceraikan Isteri Kerana tidak ingin memanjangkan lagi kemelut yang melanda rumah tangganya dan mengaibkan mana-mana pihak, semalam Beego telah menjatuhkan talak satu pada isterinya, Intan Shahira. Perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 10 hari walaupun sudah sembilan tahun berkenalan. Dalam laporan Harian Metro hari ini, Beego yang dikatakan sebak ketika melafazkan cerai, reda dengan ketentuan Ilahi. Menurut perjanjian bersama yang ditandatangani, Intan tidak akan menuntut apa-apa dari bekas suaminya sementara Beego hanya meminta untuk diserahkan cincin pertunangan yang bernilai RM13,700. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 7:51 am | |
| Ashraf Sinclair: Tidak Cium Tanpa Sebab Jika bidang lakonan yang menjadi pilihan, sudah boleh dijangka akan ada perlunya untuk melakonkan adegan mesra. Jika masing-masing solo, persoalannya mungkin tidak timbul. Tetapi bagaimana jika salah seorang atau kedua-dua pelakon sudah berpunya?
Bagi pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, yang baru empat bulan melayari alam rumahtangga, ini antara persoalan yang sudah dibincangkan mereka setelah berkahwin. Dedah Bunga, selepas bergelar isteri, apa jua tawaran yang diterima akan dibincangkan terlebih dahulu dengan suami.
“Kita berdua faham tanggungjawab kami sebagai artis dan kami saling mengerti jika ada ‘scene’ yang sebegitu, sejauh manakah ia harus pergi. Tapi seperti adegan ciuman saya dan Bunga dalam ‘Saus Kacang’, ia bukan diadakan-adakan tanpa sebab. Dalam filem ini, ia merupakan ‘turning point’ dalam perhubungan di antara Dewi dan Fredo. Jadi perlu dilihat sejauh mana pentingnya babak seperti itu, apa mesej yang ingin disampaikan dan bolehkah ia diekspresikan dalam cara lain,” jelas Ashraf, yang mengakui besar cabarannya melakonkan adegan ciuman dalam ‘Saus Kacang’ kerana belum pernah dilakonkan sebelum ini, walaupun orang yang dicium itu kekasihnya.
Pendapat yang serupa juga disuarakan Bunga. “Perlu dilihat dulu kepentingan adegan itu dalam jalan cerita. Kebiasaannya saya akan berbincang dengan pengarah dan penulis. Dalam ‘Saus Kacang’, ciuman itu bukan seksual sebaliknya lebih kepada cinta. Kita tidak patut hanya melihatnya sebagai satu adegan ciuman tetapi melihat ia secara keseluruhan dari awal sehingga penghujung cerita.”
‘Saus Kacang’ yang bakal berada di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Mac ini, mempertaruhkan Ashraf dan Bunga sebagai tarikan box office. Di Indonesia, dalam jangka masa tayangan selama lapan hari, pembelian tiket dikatakan telah menjangkau 285,000 penonton.
Arahan Indrayanto Kurniawan, ‘Saus Kacang’ merupakan sebuah kisah cinta yang amat simple jalan ceritanya dan sudah biasa dipertontonkan sebelum ini. Bunga memainkan watak Dewi, seorang chef yang selepas sekali dipatahkan hatinya, sukar lagi untuk mempercayai cinta seorang lelaki, lebih-lebih lagi pelancong lelaki yang datang berhibur di pulau Bali. Sehinggalah kedatangan Fredo, seorang pelancong warga Malaysia yang panas baran akibat dikecewakan tunangnya pada hari pernikahan mereka.
Ashraf dan Bunga bersama pengarah telah ditemui petang tadi selepas pra-tonton filem tersebut di TGV KLCC.
Terima Watak Untuk Bersama Bunga Menurut pengarah, watak Dewi telah ditulis khas buat Bunga. Tetapi watak heronya, yang dirancang akan dimainkan seorang lelaki bukan warga Indonesia, masih dicari. Calon-calon dari Korea, Singapura dan Malaysia telah di pertimbangkan. Hinggalah satu hari, dilihat berita yang Bunga sudah berpacaran dengan seorang lelaki campuran warga Malaysia.
“Pertama kali saya bertemu dengannya semasa sesi diskusi saya bersama Bunga tentang filem ini. Tengoknya ganteng dan macam okay. Tapi bimbang juga jika Ashraf yang lebih cool dan pendiam orangnya tidak mampu membawa watak Fredo yang over expressive.
“Tapi terbukti Ashraf seorang pelakon yang bagus, yang bisa keluar dari peribadinya untuk melakonkan karektor Fredo. Bersama Bunga, mereka berduanya sangat profesional dan tidak ada pacaran ketika di set,” cerita Mas Indra sambil ketawa.
Bila ditanya mengapa diterimanya tawaran Mas Indra itu, Ashraf yang baru selesai mempromosikan filem keduanya di Indonesia, ‘The Real Pocong’, dan bakal memulakan penggambaran untuk sebuah sinetron, tanpa berselindung memberitahu faktor utamanya adalah untuk bersama Bunga.
“Ashraf rasakan ‘Wahhh…so lucky’ kerana ini peluang baik, dapat shooting bersama Bunga dan melihat sendiri bagaimana kerja-kerja penggambaran di sana. Sebelum ini, Ashraf perlu berulang alik di antara KL dan Indonesia untuk berjumpanya. Of course, skripnya betul-betul interesting,” katanya yang tiada masalah bekerjasama dengan Bunga.
Antara kenangan menarik semasa penggambaran, menurut Bunga, adalah apabila perlu ditamparnya Ashraf sebanyak lima kali sehingga merah pipinya.
“Itu adalah babak kesukaan Mas Indra. Selepas kali pertama, Mas Indra katakan, ‘Jangan kesiankan dia.’ Saya perlu tampar benar. So sebelum tampar tu, I told him, ‘Sorry, sayang.’ Dan sebenarnya kebanyakan babak bergaduh kami agak mencabar untuk dilakonkan. Saya berterima kasih pada Mas Indra kerana sentiasa mengingatkan kami adalah Dewi dan Fredo, bukannya Bunga dan Ashraf,” kata Bunga yang juga baru habis sesi jelajah Indonesia bagi mempromosikan album keduanya, ‘Tentang Kamu’. Bulan depan dia akan berangkat ke Sydney, Australia untuk membuat persembahan bersama artis-artis Indonesia lain seperti Maia.
Tentang perancangan untuk menimang cahaya mata, pasangan yang sibuk ini terus terang memberitahu mereka belum mempunyai satu perancangan yang tetap. Namun jika diberi rezeki, mereka terima saja. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 7:57 am | |
| Rem Selalu Ada
Masihkah anda ingat lagi dengan penyanyi yang popular dengan lagu “Semua Orang Tahu” dan “Selingkar Kasih”? Penyanyi bersuara serak-serak basah dan gemar meneran suara ketika menyanyi ini memang popular suatu ketika dahulu dan pernah memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1998. Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim merupakan di antara penyanyi lelaki yang berjaya menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air. Keunikkan vokalnya membuatkan dia mudah diingati oleh peminat kerana ia lain daripada yang lain. Rem menjadi diri sendiri dan tidak terikut-ikut dengan gaya penyanyi yang sedia ada. Namun, peredaran masa membuatkan namanya semakin dilupakan tambahan pula tiada produk baru daripada penyanyi kelahiran Sibu, Sarawak ini.
‘Kehilangan’ Rem pasti membuatkan ramai yang tertanya-tanya ke mana penyanyi ini telah membawa diri. Baru-baru ini GUA telah menghubungi Rem untuk mengetahui perkembangan terkininya. Setelah temujanji diatur, GUA menemui Rem di salah sebuah kafe yang terletak di Bangsar Village, Kuala Lumpur.
Sama seperti dahulu, Rem masih ramah melayan persoalan demi persoalan yang GUA ajukan. Ketika diajukan soalan ke mana Rem menghilang selama ini, dengan pantas jejaka ini menafikan yang dia ‘menghilangkan diri’, cuma publisiti mengenainya dirinya sangat kurang dipaparkan di media.
“Saya tidak pernah menghilangkan diri daripada industri ini, jauh sekali merajuk. Saya masih ada di KL dan sepanjang tempoh itu saya sibuk memenuhi undangan nyanyian untuk persembahan pentas dan majlis-majlis korporat. Sesekali, saya juga ada muncul di televisyen. Tidak mungkin saya akan meninggalkan bidang ini kerana ia sudah sebati dengan hidup saya. Inilah kerja yang boleh saya lakukan.
Single terbaru
Menyentuh tentang perkembangan terbaru, rupa-rupanya sekarang ini Rem sedang sibuk di studio rakaman bagi menghasilkan single terbarunya. Menurut Rem, tahun 2009 ini dia akan buat kemunculan semula.
“Sudah sampai masanya untuk saya muncul kembali. Jika semuanya berjalan lancar, penghujung Mac atau awal April nanti saya akan lancarkan single terbaru yang berjudul ‘Selalu Ada’. Single ini saya tujukan istimewa kepada semua peminat yang merindui dan ternanti-nanti lagu terbaru daripada saya.
"Single ini merupakan hasil ciptaan Hazami, begitu juga dengan liriknya. Manakala susunan muzik dibuat oleh Mac Chew. Lagu ini mengisahkan tentang perasaan cinta yang selalu ada dalam diri seseorang walaupun ia cuba dinafikan. Saya yakin lagu ini akan diterima baik oleh peminat di luar sana kerana ia menampilkan irama pop R&B dan paling penting ia dihasilkan oleh komposer hebat.
“Selain tampil dengan single baru, tahun ini juga saya merancang untuk melahirkan album terbaru. Saya sudah pun mempunyai material buat album itu. Lagu “Selalu Ada” salah satu daripadanya. Malah, terdapat satu lagu ciptaan saya yang akan turut dimuatkan iaitu lagu “Rintihan Ku”, yang mana liriknya ditulis oleh Hazami.”
Tambah Rem lagi, dia masih mengekalkan konsep pop rock untuk albumnya kerana merasakan konsep itu amat sesuai dengan keupayaan vokalnya selain daripada memenuhi kehendak peminat.
Teringin mengacara
Dalam masa yang sama, Rem yang pernah mencuba bidang lakonan menerusi telemovie ‘Mak Andam Terlampau’ ini rupa-rupanya menyimpan hasrat untuk bergelar pengacara pula suatu hari nanti. Jelas Rem, dia ingin mencuba sesuatu yang baru bagi melebarkan cabang seni yang diceburinya.
“Tak kisahlah untuk program apa pun, asalkan ada tawaran diberikan kepada saya. Sekiranya ada nanti, saya akan cuba lakukan yang terbaik,” ujar Rem.
Diminta mengulas tentang kebanjiran penyanyi yang lahir daripada program realiti, Rem berpendapat situasi ini ada baiknya kerana ia mampu mewarnai persada seni tanah air kerana ramai bakat baru boleh ditemui.
“Saya tidak merasakan artis-artis program realiti ini mengancam penyanyi-penyanyi yang sedia ada kerana setiap individu mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri. Contohnya, apa yang ada pada diri saya, tidak mungkin ada pada orang lain. Buktinya, sehingga kini saya masih mempunyai pengikut yang setia. Mereka ini sentiasa mengikuti perkembangan karier saya dan saya amat berterima kasih kepada mereka.”
Kepada peminat Rem yang ingin menghubungi penyanyi kesayangan anda ini, anda boleh menghubunginya melalui email rem_music97@yahoo.com. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 8:26 am | |
| |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 8:28 am | |
| (GAMBAR)Ekin Dan Kembarnya, Keliru Sungguh Kami
Keliru betul bila kami tengok gambar tak bertudung Ekin dan kembarnya ini. Memang tak dapat nak bezakan yang mana satu Ekin dan yang mana satu kembarnya. Anda boleh kenalpasti yang mana satu Ekin? Kalau anda dapat, memang kami tabik spring dengan anda. Dah penat mata nie mengushar gambar di atas untuk kenalpasti mana satu Ekin semasa dia tak bertudung. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 8:30 am | |
| Bell Ngasri rujuk semula demi perkahwinan adiknya? Rakan SS berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar. SS rasa ramai yang tahu kes perceraian mereka yang dilafazkan Bell menerusi SMS dan mahkamah memutuskan jatuh talak. Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, rakan SS hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang. Tapi memikirkan hal positif kata rakan SS, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi. Kelmarin lain pula ceritanya apabila rakan setugas menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Rakan SS apa lagi, tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha. Kata rakan SS, Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya. Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. SS difahamkan, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan SS puji tindakan diambil pasangan ini. SS harap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari. |
| | | sally_eiyna Ahli Lagenda
Number of posts : 10338 Age : 42 Location : Changlun, Kedah Registration date : 17/09/2008
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) Wed 18 Mar 2009, 8:34 am | |
| (Gambar) Perkahwinan Nik Sayyidah (Mek - Nasi Lemak Kopi O)WALAUPUN selepas bergelar isteri, Nik Sayyidah Fatiha Yazib, 25, atau lebih dikenali dengan panggilan Mek menerusi rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ yang disiarkan TV9, tetap akan meneruskan kerjaya dalam bidang pengacara dan lakonan. Nik Sayyidah yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Hariff Ghazali yang juga Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan, dia mendapat restu suaminya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Nik Sayyidah yang kini dikenali menerusi drama bersiri Julia Juli, baru saja selesai penggambaran filem Senario The Movie Episod II, The Beach Boy. Dalam Julia Juli, Nik Sayyidah membawakan watak Jula mengisahkan tiga puteri kayangan dimurkai ayahanda sebelum diusir ke bumi. Menceritakan masa depannya, Nik Sayyidah yang akan meneruskan rancangan sebagai hos Nasi Lemak Kopi O, berkata minggu depan dia akan memulakan penggambaran beberapa drama episod keluaran Astro dan RTM. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
| |
| | | | BERITA DUNIA HIBURAN - PART 7! (go to part 8 plzzz) | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 15 | Go to page : 1, 2, 3 ... 8 ... 15 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |